guru di sekolah ini memberikan penilaian secara menyeluruh yang mana bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan keperluan murid itu sendiri.
5.0 KOKURIKULUM
5.1 Carta Organisasi CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SK SUNGAI MACHANG SESI 2024/2025
5.2 Komponen Kokurikulum KOMPONEN KOKURIKULUM SESI 2024/2025 Bil Komponen Kokurikulum Nama Guru 1. Badan Beruniform I) Pengangkap Ketua Guru Pemimpin : Encik Khairul Bin Abd. Aziz Guru Pemimpin : 1. Encik Khairul Nizam Bin Mustaffa 2. Encik Afizudin Bin Idrus 3. Puan Zairatul Syazwani Binti Mohd Muhyiddin 4. Puan Mumtazzah Binti Hamzah 5. Puan Norhazan Binti Malek 6. Encik Rosli Khan Bin Illadad Khan 7. Puan Nor Haliza Binti Amir 2. Pandu Puteri Tunas Ii) Pandu Puteri Tunas Ketua Guru Pemimpin: Puan Siti Rohani Binti Mad Lazim Guru Pemimpin : 1. Puan Zarina Binti Yusuf 2. Puan Suriya Binti Mohamad Said 3. Puan Roslyza Binti Md Salleh 4. Puan Syuhada Binti Buhollia 5. Puan Fairus Nabila Binti Mat Isa 6. Puan Sharifah Munirah Binti Mustapha 7. Puan Asikin Binti Said Iii) Tunas Kadet Remaja Sekolah Ketua Guru Pemimpin : Encik Azuraini Ikhwan Bin Mohd Hushaini Guru Pemimpin : 1. Puan Fatahiah Binti Basri 2. Encik Mohd Azman Bin Kamari 3. Puan Nor Zulfa Binti Mohd Arifin 4. Cik Siti Haziqah Binti Ismail
2. Kelab Dan Persatuan I) Persatuan Bahasa Melayu Ketua Guru Penasihat : Puan Zarina Binti Yusuf Guru Penasihat : 1. Puan Syuhada Binti Buhollia 2. Encik Rosli Khan Bin Illadad Khan ii) Persatuan Bahasa Inggeris Ketua Guru Penasihat : Puan Fairus Nabilla Binti Mat Isa Guru Penasihat : 1. Puan Nur Haliza Binti Amir 2. Puan Siti Rohani Binti Mat Lazim Iii) Persatuan Sains Dan Matematik (Stem) Ketua Guru Penasihat : Puan Suriya Binti Mohamad Said Guru Penasihat : 1. Puan Roslyza Binti Md Salleh 2. Encik Mohd Azman Bin Kamari 3. Puan Fatahiah Binti Basri Iv) Persatuan Agama Islam Dan Bahasa Arab Ketua Guru Penasihat : Puan Zairatul Syazwani Binti Mohd Muhyiddin Guru Penasihat : 1. Puan Hafaizah Binti Abd Manaf 2. Puan Norhazan Binti Malek V) Kelab Seni Dan Budaya Ketua Guru Penasihat : Puan Sharifah Munirah Binti Mustapha Guru Penasihat : 1. Encik Khairul Bin Abd Aziz 2. Encik Khairul Nizam Bin Mustafa Vi) Kelab Kerjaya Ketua Guru Penasihat : Cik Siti Haziqah Binti Ismail
Vii) Kelab Pencegahan Jenayah Ketua Guru Penasihat : Encik Azuraini Ikhwan Bin Mohd Hushaini Guru Penasihat : 1. Encik Afizudin Bin Idrus 2. Puan Mumtazzah Binti Hamzah Viii) Kelab Skim Pinjaman Buku Teks Ketua Guru Penasihat : Puan Asikin Binti Said 3. Sukan Dan Permainan i) Bola baling Ketua Guru Penasihat: Puan Syuhada Binti Buhollia Guru Penasihat: 1. Encik Rosli Khan Bin Illadad Khan 2.Puan Zarina Binti Yusuf 3.Puan Norhazan Binti Malek 4. Encik Khairul Nizam Bin Mustaffa ii) Bola Sepak Ketua Guru Penasihat: Encik Mohd Azman Bin Kamari Guru Penasihat: 1.Puan Zairatul Syazwani Binti Mohd Muhyiddin 2.Puan Siti Rohani Binti Mat Lazim 3. Encik Azuraini Ikhwan Bin Mohd Hushaini iii) Bola Jaring Ketua Guru Penasihat:Puan Hafaizah Binti Abd Manaf Guru Penasihat: 1.Puan Nor Zulfa Binti Mohd Arifin 2.Puan Roslyza Binti Md Salleh 3.Puan Nor Haliza Binti Amir iv) Bola Tampar Ketua Guru Penasihat: Puan Fatahiah Binti Basri Guru Penasihat: 1.Cik Siti Haziqah Binti Ismail 2.Encik Khairul Bin Abd Aziz 3.Puan Fairus Nabilla Binti Mat Isa
v) Ragbi Ketua Guru Penasihat: Encik Afizudin Bin Idrus Guru Penasihat: 1.Puan Mumtazzah Binti Hamzah 2.Puan Asikin Binti Said 3.Puan Suriya Binti Mohamad Said 4. Kejohanan Sukan Sekolah i) Rumah Sukan Dato’ Bahaman (Merah) Ketua Guru Rumah : Puan Fatahiah Binti Basri Guru Penasihat : 1.Encik Khairul Bin Abd Aziz 2.Puan Zarina Binti Yusuf 3.Puan Zairatul Syazwani Binti Mohd Muhyiddin 4.Puan Nor Zulfa Binti Mohd Arifin 5.Encik Azuraini Ikhwan Bin Mohd Hushaini 6.Puan Syuhada Binti Buhollia ii) Rumah Sukan Dato’ Dol Said (Kuning) Ketua Guru Rumah : Puan Norhazan Binti Malek Guru Penasihat : 1.Puan Roslyza Binti Md Salleh 2.Puan Hafaizah Binti Abd Manaf 3.Encik Khairul Nizam Bin Mustaffa 4.Encik Afizudin Bin Idrus 5.Cik Siti Haziqah Binti Ismail 6.Puan Sharifah Munirah Binti Mustapha iii) Rumah Sukan Dato’ Maharajalela (Biru) Ketua Guru Rumah : Puan Fairus Nabila Binti Mat Isa Guru Penasihat : Puan Mumtazzah Binti Hamzah Puan Suriya Binti Mohd Said Encik Mohd Azman Bin Kamari Puan Asikin Binti Said Puan Siti Rohani Binti Mat Lazim 5. Kejohanan MSSD/ MSSNS/MSSM i) Pasukan Bola Baling Pengurus : Encik Khairul Nizam Bin Mustafa Jurulatih (Lelaki) : Encik Rosli Khan Bin Illadad
Khan Jurulatih (Perempuan) : Puan Syuhada Binti Buhollia ii) Pasukan Olahraga/ Merentas Desa Pengurus : Puan Asikin Binti Said Jurulatih : Encik Afizudin Bin Idrus Puan Nor Haliza Binti Amir iii) Pasukan Ragbi Pengurus : Puan Nor Haliza Binti Amir Jurulatih : Encik Afizudin Bin Idrus iv) Pasukan Bola Sepak Pengurus : Puan Zairatul Syazwani Binti Mohd Muhyiddin Jurulatih : Encik Mohd Azman Bin Kamari v) Pasukan Catur Pengurus : Cik Siti Haziqah Binti Ismal Jurulatih : Encik Azuraini Ikhwan Bin Mohd Hushaini vi) Pasukan Bola Tampar Pengurus : Puan Fairus Nabilla Binti Mat Isa Jurulatih : Puan Fatahiah Binti Basri vii) Pasukan Bola Jaring Pengurus : Puan Roslyza Binti Md Salleh Jurulatih : Puan Hafaizah Binti Abdul Manaf 6. PAJSK sekolah Pengerusi : Puan Norlida Akmar Binti A.Aziz (Guru Besar) Timb Pengerusi : Puan Rosniza Binti Baharudin (Gpk Kokurikulum) Naib Pengerusi 1 : Encik Wan Razmani Anuar Bin Wan Majid (Gpk Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : Puan Maryati Binti Marzuki (Gpk Hem) Penyelaras : Puan Syuhada Binti Buhollia Setiausaha Kokurikulum : Puan Nor Haliza Binti Amir Setiausaha Sukan : Encik Rosli Khan Bin Illadad Khan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Sukan/Permainan : Puan Sharifah Munirah Binti Mustapha Penyelaras Kelab/Persatuan : Puan Nor Zulfa Binti Mohd Arifin Penyelaras Badan Beruniform : Puan Hafaizah Binti Abdul Manaf Guru Kelas Tahap 2
7. Kokurikulum Tambahan Pengerusi : Puan Norlida Akmar Binti A.Aziz Timb Pengerusi : Puan Rosniza Binti Baharudin Naib Pengerusi 1 : Encik Wan Razmani Anuar Bin Wan Majid Naib Pengerusi 2 : Puan Maryati Binti Marzuki Setiausaha Sukan :Encik Rosli Khan Bin Illadad Khan Setiausaha Kokurikulum : Puan Nor Haliza Binti Amir Ahli Jawatankuasa : 1.Penyelaras MTQ 2.Penyelaras KBS & KCJ 3.Penyelaras Unit Beruniform 4.Penyelaras Kelab/Persatuan 5. Penyelaras Sukan/Permainan 8. Program Pembangunan Sukan Sekolan Pengerusi : Puan Norlida Akmar Binti A.Aziz Timb Pengerusi : Puan Rosniza Binti Baharudin Naib Pengerusi 1 : Encik Wan Razmani Anuar Bin Wan Majid Naib Pengerusi 2 : Puan Maryati Binti Marzuki Setiausaha Sukan : Encik Rosli Khan Bin Illadad Khan Setiausaha Kokurikulum : Puan Nor Haliza Binti Amir Ahli Jawatankuasa : Encik Mohd Azman Bin Kamari Puan Hafaizah Binti Abd Manaf Encik Afizudin Bin Idrus Encik Rosli Khan Bin Illadad Khan Encik Azuraini Ikhwan Bin Mohd Hushaini
5.3 Takwim Kokurikulum JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM SESI 2024/2025
5.4 Program-program peningkatan kokurikulum berkaitan : Pendidikan di Malaysia mementingkan aktiviti kokurikulum kerana ingin melahirkan murid yang seimbang dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani mahupun intelek. Bukan hanya mementingkan kurikulum sahaja bahkan, melalui kokurikulum murid juga dapat membentuk sahsiah, kecergasan fizikal, dan kemahiran sosial. Melalui penyertaan murid dalam pelbagai aktiviti atau program kokurikulum, secara tidak langsung membuka peluang murid untuk mengembangkan lagi bakat yang sedia ada dan seterusnya, murid lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan yang semakin mencabar dengan yakin dan berani. Dengan ini, pihak sekolah perlu menggalakkan penyertaan dan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti kokurikulum untuk melahirkan kemenjadian murid. 5.4.1 Kolaborasi komuniti Hubungan yang erat dengan komuniti membolehkan sesuatu program atau aktiviti yang dilaksanakan berjalan dengan penuh lancar. Bahkan, kerjasama komuniti memberi manfaat kepada semua individu khususnya murid-murid di sekolah yang mana memperluaskan pengalaman pembelajaran murid dan mengkaitkan ilmu yang telah dipelajari dengan dunia sekeliling mahupun dunia luar. Antara kolaborasi komuniti yang dianjurkan oleh pihak unit kokurikulum di SK Sungai Machang adalah program sambutan Hari Guru dan Hari Kemerdekaan pada tahun 2023. Hasil dapatan maklumat daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Machang. Program sambutan Hari Guru dan Hari Kemerdekaan peringkat peringkat sekolah ini adalah sungguh meriah sekali dengan adanya ibu bapa, PIBG dan warga sekolah seperti guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid, badan-badan NGO spt pegawai polis dan sebagainya. Melalui Sambutan Hari Guru ini, sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh PIBG dari aspek kewangan, makanan atau alatan-alatan yang hendak digunakan untuk majlis. Bahkan, PIBG juga membantu pihak sekolah dalam menghias sekolah juga. Tambahan pula, penglibatan aktif murid juga dapat dilihat dari segi memberi kad ucapan, membuat persembahan sempenan Hari Guru dan Hari Kemerdekaan iaitu nyanyian mahupun tarian, melibatkan diri dalam aktiviti pakaian dan basikal yang
bertemakan Hari Kemerdekaan, . Melalui kerjasama daripada pelbagai pihak, sambutan Hari Guru dan hari Kemerdekaan mampu memupuk ikatan saudara yang erat dan kehidupan yang harmoni. Selain itu, melalui unit kokurikulum telah menganjurkan program buku bersama dengan syarikat buku terkenal iaitu syarikat BLINK pada 14 Jun 2024. Kolaborasi bersama dengan syarikat buku ini boleh menggalakkan lagi murid-murid SK Sungai Machang untuk membaca buku. Melalui pemerhatian saya, antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran buku, jualan buku dan bengkel melukis yang merupakan pelukis daripada syarikat BLINKS yang berpengalaman dalam menghasilkan komik. Aktiviti membeli buku untuk murid pada waktu rehat. Manakala, bengkel melukis dijalankan pada pukul 11 pagi untuk murid-murid. Manfaat daripada program buku yang dilaksanakan ini, memberikan sokongan kepada proses pembelajaran murid itu sendiri yang mana murid dapat meluaskan lagi pengetahuan di luar daripada di dalam kelas. Selain itu, murid SK Sungai Machang dapat melengkapkan nilam mereka. Melalui bengkel melukis ini, murid didedahkan dengan cara melukis watak-watak yang terdapat dalam buku hasil daripada perkongsian pelukis komik tersebut. Murid diajar daripada peringkat awal untuk melukis iaitu bermula daripada bahagian muka hingga tubuh badan. Bagi murid yang berminat dalam melukis, murid tersebut akan lebih bersemangat dalam menghasilkan karya-karya lukisan yang menarik dan berkualiti. Tambahan pula, bagi murid-murid yang baru belajar melukis ini dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka iaitu koordinasi mata dan tangan serta ketangkasan menggunakan alat iaitu pensel dan berus juga dapat ditingkatkan. Kesimpulannya, program buku bersama syarikat BLINKS ini memberikan kesan positif untuk melahirkan murid yang minat akan membaca. Secara tidak langsung, program ini dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan pihak syarikat buku yang mana kebaikan bagi kedua-dua pihak ini. Oleh itu, aktiviti yang berkaitan buku membolehkan murid mengembangkan lagi pengetahuan sedia ada mereka, fikiran mahupun kemahiran.
Selanjutnya, program gotong-royong madani yang dijalankan di kawasan SK Sungai Machang pada 22 jun 2024 bersamaan dengan hari sabtu. Pihak yang terlibat adalah guru-guru, kakitangan sekolah, para pentadbir, ibu bapa, murid-murid, pihak polis, pihak penjara dan juga PIBG. Program gotong-royong yang dijalankan ini mampu memupuk satu ikatan yang sangat erat yang mana kesepaduan sosial mampu diwujudkan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah membersihkan kelas, tandas, memotong rumput, mengecat bangunan sekolah, menanam pokok, membina landskap, membaiki perabot, menghias kelas dan sebagainya. Bahkan, melalui aktiviti ini dapat membersihkan kawasan sekolah yang bersih. Hal ini bagi mewujudkan keselesaan dan keseronokkan murid untuk menuntut ilmu di SK Sungai Machang. Pengukuhan hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti setempat yang mana hubungan sillarturrahim antara sekolah dan komuniti setempat, termasuk pihak polis dan penjara, yang penting untuk keselamatan dan kesejahteraan sekolah. Komuniti yang baik adalah komuniti yang aktif dalam semua program sekolah sama ada menyumbang tenaga, wang, kepakaran mahupun masa. Hasil kerjasama dengan pihak penjara mahupun pihak polis mampu memberikan kesedaran mengenai undang-undang, peraturan dan keselamatan. Secara tidak langsung, pendidikan dan kesedaran dapat diberikan kepada murid-murid untuk tidak terjerumus dengan jenayah dan tingkah laku negatif. Di samping itu, program sambutan Hari Raya Aidil Fitri juga adalah salah satu program yang sangat popular di SK Sungai Machang. Sambutan yang amat menggalakkan dan sangat meriah dengan adanya GB Zon Lenggeng, PIBG, Kawasan Rukun Tetangga, ibu bapa atau penjaga, ADUN lenggeng, masyarakat sekitar sekolah mahupun murid-murid. Antara aktiviti yang dijalankan adalah jamuan hari raya, pertandingan baju raya tercantik iaitu baju Melayu terbaik dan baju kurung tercantik, persembahan nyanyian dan lakonan Hari Raya dan sebagainya. Ibu bapa boleh membawa kuih raya dari rumah untuk ditukar antara satu sama lain, memperkenalkan pelbagai jenis kuih raya. Selain itu, adanya hiasan cantik bertemakan sambutan Hari Raya dan menjadi tumpuan pada hari tersebut. Hiasan ini disediakan oleh guru-guru SK Sungai Machang. Dengan ini, sambutan Hari Raya menjadi sangat bermakna serta menjadikan hubungan antara pihak sekolah dan komuniti setempat erat.
Akhir sekali, program yang saya dapat melihat semasa membuat pemerhatian adalah Program Kesihatan dan Keselamatan daripada kerjasama dengan klinik dan hospital. Program ini dijalankan pada 11 Jun 2024 yang mana suntikan percuma dan pemeriksaan mata untuk murid tahun 1 sahaja. Hasil temu bual bersama seorang jururawat iaitu Puan Nurul Shafika Binti Misyam menyatakan bahawa suntikan ini adalah sangat penting untuk kanak-kanak. Suntikan vaksin yang digunakan adalah Vaksin DT yang mana untuk mencegah penyakit tetanus iaitu kancing gigi serta diphtheria iaitu gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak, bengkak tonsil dan kemungkinan berlaku komplikasi berbahaya. Bagi pemeriksaan mata tahun 1 juga dijalankan dengan tujuan untuk mengesan sama ada murid-murid tahun 1 SK Sungai Machang mempunyai masalah mata atau tidak. Hal ini demikian kerana, masalah mata yang tidak baik boleh menjejaskan proses pembelahajaran dan seterusnya menghalang pencapaian sama ada akademik dan kokurikulum. Tambahan pula, perkembangan sosial dan emosi murid juga terjamin kerana murid mempunyai keyakinan diri dan murid dapat berkomunikasi mahupun melakukan aktiviti sosial dengan baik. Oleh itu, program kesihatan yang dijalankan di sekolah mampu membantu dan merawat masalah penglihatan seawal yang mungkin. Melalui aktiviti sebegini, ibu bapa berpeluang untuk memberikan sokongan kepada anak-anak mereka dan hubungan baik antara guru mahupun kakitangan dapat diwujudkan. Murid-murid SK Sungai Machang dapat berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat dan mengembangkan lagi kemahiran sosial. Di samping itu juga, murid-murid SK Sungai Machang didedahkan dengan pendidikan luar bilik darjah yang mana mereka dapat mengaplikasi konsep-konsep akademik dalam dunia sebenar yang semakin mencabar dari semasa ke semasa. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sangat bertanggung jawab dalam menyokong dan memperkasakan sekolah agar setiap masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dapat diselesaikan. Saya melihat sambutan program gotong-royong adalah sangat baik dengan adanya kerjasama pelbagai pihak. Kesimpulannya, saya dapat melihat bahawa kerjasama antara pelbagai pihak mampu mewujudkan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan komuniti sekolah.
Kesedaran persekitaran, memperkukuhkan hubungan sosial serta ruang pembelajaran praktikal dapat disediakan untuk kegunaan warga sekolah. Setiap program yang dianjurkan di atas dijalankan dengan lancar dan teratur. Semua pihak mengetahui peranan masing-masing ketika menjalankan sesuatu aktiviti.
5.4.2 Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan Program kokurikulum yang mempunyai kaitan dengan dasar pendidikan. Oleh sebab ingin melahirkan kemenjadian murid yang berkualiti iaitu pembangunan secara menyeluruh bukan hanya di dalam bilik darjah semata-mata akan tetapi di luar bilik darjah juga. Bahkan, nilai-nilai murni juga dapat dipupuk mahupun kemahiran insaniah yang tinggi. Antara program kokurikulum yang dilaksanakan di SK Sungai Machang yang berkaitan dengan dasar pendidikan adalah program 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Program 1 Murid 1 Sukan ini dijalankan setiap hari selasa pada jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi. Setiap guru mempunyai tanggungjawab masing-masing semasa menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan permainan ini. Terdapat 5 jenis sukan dan permainan di SK Sungai Machang iaitu bola baling, bola jaring, bola sepak, ragbi dan bola tampar. Melalui aktiviti 1 Murid dan 1 Sukan ini, murid dapat menunjukkan bakat yang mereka pendam dan seterusnya mewakili sekolah dalam pertandingan sukan yang mereka minati. Objektif 1 Murid 1 Sukan ini adalah untuk memastikan semua murid terlibat dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan bagi meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan fizikal. Tambahan pula, menggalkkan murid untuk mengeluarkan peluh dan langkah awal mencegah obesiti dalam kalangan murid-murid. Selain itu, program Nadi Ilmu Amalan Membaca atau dikenali sebagai NILAM juga turut dijalankan di SK Sungai Machang pada setiap pagi iaitu sebelum murid memasuki kelas masing-masing. Murid yang terlibat adalah murid tahun 1 sehingga murid tahun 6. Melalui program NILAM ini, secara tidak langsung memupuk sikap membaca dalam kalangan murid dan menambah ilmu pengetahuan di luar bilik darjah yang mana tidak mengharapkan penyampaian maklumat daripada guru semata-mata. Objektif program NILAM ini ada meningkatkan budaya membaca dalam kalangan murid. Antara aktiviti program NILAM adalah membaca buku dan merekod bacaan, pertandingan bercerita, program rakan pembaca, bengkel membaca, lawatan ke perpustakaan serta minggu membaca. Murid-murid yang telah membaca buku dan merekod bacaan yang banyak akan diberi mata berdasarkan jumlah buku yang dibaca serta bagaimana murid faham akan buku tersebut. Seterusnya, murid yang telah
mencapai tahap bacaan tertentu layak menerima pengiktirafan atau hadiah daripada guru-guru iaitu anugerah NILAM sama ada bentuk sijil mahupun trofi. Seterusnya, mewakili sekolah dalam pertandingan NILAM peringkat daerah mahupun negeri. Dengan adanya langkah atau sokongan daripada semua pihak, budaya membaca dalam kalangan murid sekolah dapat dipertingkatkan. Selanjutnya, program badan beruniform dan kelab dan persatuan yang dijalankan di SK Sungai Machang yang mana dijalankan setiap minggu pada hari rabu pada jam 1.30 tengah hari hingga 3.30 petang. Aktiviti unit beruniform dan kelab dan persatuan bertukar-tukar pada setiap minggu. Setiap guru-guru di sekolah ini telah diberikan unit beruniform dan kelab dan persatuan masing-masing. Terdapat 3 jenis unit uniform di sekolah ini iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengangkap dan Tunas Puteri. Bagi kelab dan persatuan pula, terdapat 8 jenis yang terdiri daripada Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Sains dan Matematik (STEM), Persatuan Agama Islam dan Bahasa Arab, Kelab Kesenian dan Kebudayaan, Kelab Kerjaya, Kelab Pencegahan Jenayah (HEM) dan Kelab Skim Pinjaman Buku Teks. Berdasarkan pemerhatian saya, melalui program unit beruniform ini dapat membentuk kemahiran kepimpinan, disiplin, keyakinan mahupun semangat kesukarelawan. Antara aktiviti unit beruniform adalah aktiviti perkhemahan badan unit beruniform yang dijalankan di sekolah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti cara untuk mendirikan khemah, latihan pertolongan cemas, malam kebudayaan, latihan kemahiran mengikat tali dan simpul, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui kemahiran-kemahiran yang murid perolehi secara tidak langsung dapat mereka aplikasi dalam kehidupan seharian sebenar mereka serta mampu menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar. Program badan beruniform mahupun kelab dan persatuan mendatangkan banyak manfaat dan mampu mengembangkan pelbagai aspek. Disamping itu juga, Pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum atau dikenali sebagai PAJSK merupakan salah satu program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan. Tujuan program ini dijalankan adalah perkembangan murid di luar bilik darjah dapat dilihat secara holistik. Terdapat beberapa komponen dalam
PAJSK ini iaitu aktiviti jasmani seperti ujian SEGAK, aktiviti sukan serta aktiviti kokurikulum. Berdasarkan pemerhatian saya di SK Sungai Machang ini, ujian Segak dijalankan pada 20 Jun 2024. Antara kelebihan menjalankan program PAJSK ini adalah menggalakkan penglibatan aktif murid yang mana murid terlibat dalam semua aktiviti seperti sukan, badan beruniform dan sebagainya. Bahkan, kemahiran insaniah murid juga dapat dilihat dari segi disiplin, tanggungjawab, kerjasama mahupun kepimpinan. Tambahan pula, murid juga akan diberikan pengiktirafan pencapaian dalam bidang suka, mahupun kokurikulum dan seterusnya, bakat, keyakinan diri dan motivasi dapat dipertingkatkan juga. Program PAJSK perlu dilaksanakan secara berterusan untuk melahirkan individu atau murid yang sihat, berdisiplin, dan berkemahiran tinggi. Kesemua program kokurikulum yang saya nyatakan ini memberikan kesan yang positif dalam seseorang individu khususnya murid-murid. Murid yang berkembang dengan baik mampu mengimbangi aktiviti kokurikulum mahupun kurikulum. Otak yang cerdas dan badan yang sihat mampu meningkatkan pencapaian akademik.
6.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN
4.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan Terdapat beberapa instrumen data yang saya gunakan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang kedua ini. Antaranya adalah pemerhatian, temu bual serta senarai semak. Kesemua instrumen yang digunakan ini sekaligus melancarkan urusan saya dalam mengumpul maklumat-maklumat yang diinginkan secara lebih sistematik dan lebih terperinci. Dengan bantuan daripada instrumen-instrumen ini, saya juga dapat mengumpul, menyusun dan menganalisis data selama dua minggu saya di sekolah. 6.1 Pemerhatian Instrumen pemerhatian ini salah satu instrumen yang paling kerap saya gunakan sepanjang pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kali yang kedua ini. Hal ini demikian kerana, saya memperoleh sesuatu info atau maklumat melalui pemerhatian seperti mengambil gambar program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mengambil gambar menemu bual guru-guru, warga sekolah, melihat bagaimana cara pengurusan sekolah dari segi sumber manusia mahupun hal ehwal murid di sekolah, melihat kemudahan dan prasarana sekolah dan sebagainya. Dengan mengambil gambar ini, secara tidak langsung boleh menjadi bahan bukti bagi melengkapkan tugasan yang diberi. Melalui pemerhatian juga, saya dapat melihat bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam kelas terutamanya dalam mata pelajaran bahasa Melayu yang merupakan khusus yang saya ambil. Tambahan pula, saya juga dapat melihat bagaimana seseorang guru itu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran seperti simulasi, bercerita, penyoalan dan sebagainya. Dengan adanya kepelbagaian kaedah yang digunakan ini, menjadikan sesuatu topik yang diajar lebih menyeronokkan dan mampu menarik minat murid dalam pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian juga, saya juga dapat melihat pengurusan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Antaranya, aktiviti kelab dan persatuan, unit beruniform, sukan permainan mahupun program Satu Murid Satu Sukan. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini juga dilihat begitu aktif di sekolah ini. Misalnya, aktiviti
pelaksanaan latihan bola baling mahupun bola jaring, aktiviti sukan mahupun olahraga, penyertaan aktiviti badan beruniform dan sebagainya. Selanjutnya, sokongan yang padu antara pelbagai pihak seperti PIBG, guru-guru, murid-murid, warga sekolah mahupun ibu bapa bagi menjayakan sesuatu program ini juga dapat dilihat melalui pemerhatian saya. Hubungan yang erat ini, secara tidak langsung memberikan banyak manfaat kepada semua pihak. Sumbangan ibu bapa, warga komuniti, pihak PIBG ini memberikan pelbagai kemudahan serta sumbangan kepada murid seperti penggunaan Televisyen Pintar di dalam bilik khas, penapis air dan sebagainya. Komuniti di SK Sungai Machang lebih kepada sumbangan berbentuk tenaga dan juga wang ringgit bagi memastikan keselesaan kepada warga sekolah khususnya murid-murid. Dengan adanya instrumen pemerhatian, saya memperoleh maklumat dengan lebih lanjut serta terperinci. 6.2 Senarai semak Penyediaan bagi senarai semak turut saya sediakan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kali yang kedua ini. Penggunaan senarai semak ini memudahkan saya untuk melengkapkan tugasan pertama iaitu portfolio dan juga tugasan kedua iaitu kerja lapangan. Tambahan pula, penggunaan senarai semak ini secara tidak langsung memudahkan urusan, menjimatkan masa serta tenaga bagi mencari sesuatu maklumat. Dengan ini, maklumat yang hendak dicari tidak tercicir dan lebih sistematik. Berikut merupakan senarai semak. Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. 1.0 Pengurusan dan organisasi sekolah /
1.1 Carta organisasi sekolah 1.2 Kemudahan dan prasarana sekolah 1.2.1 Kelas 1.2.3 padang 1.2.4 Bilik Muzik 1.2.5 Makmal komputer 1.2.6 Makmal Sains 1.2.7 Dewan 1.2.8 Kantin 1.2.9 Bilik guru 1.2.10 Bilik Stor Sukan 1.2.11 Bilik RBT 1.2.12 Bilik Mesyuarat 1.2.13 Tandas guru/murid 1.2.14 Bilik Mesyuarat 1.2.15 Bilik Bantu Mengajar (Bilik BBM) 1.2.16 Bilik Bimbingan dan Kaunseling 1.2.17 Perpustakaan 1.2.18 Kelas Pra Sekolah 1.2.19 Kelas Pemulihan Khas 1.2.20 Surau 1.2.21 Koperasi Sekolah 1.2.22 Bilik Rawatan 1.2.23 Bilik TVPSS / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 2. 2.0 Kurikulum 2.1 Carta Organisasi /
2.2 Bidang tugas Panitia 2.3 Takwim Kurikulum 2.5 Program-program peningkatan kurikulum: 2.5.1 Perancangan dan perlaksanaan pdp 2.5.2 pendekatan dan strategi pengajaran 2.5.3 Bahan Bantu Mengajar (inovasi) 2.5.4 Pentaksiran dan penilaian 3. 3.0 Hal Ehwal Pelajar 3.1 Carta organisasi 3.2 Pengurusan disiplin sekolah 3.3 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) / 4. 4.0 Kokurikulum 4.1 Carta organisasi 4.2 Komponen kokurikulum 4.2.1 Unit Beruniform 4.2.2 Sukan dan permainan 4.2.3 Kelab dan persatuan /
4.2.4 1 Murid 1 Sukan 4.3 Takwim Kokurikulum 4.4 Program-program Peningkatan Kokurikulum 5. 5.0 Komuniti 5.1 Carta organisasi 5.2Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 5.3 Sekolahku Sejahtera / 6. 6.0 Dasar Pendidikan Semasa 6.2 Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 6.3 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2) /
Sumbangan PIBG untuk sekolah Bil Sumbangan PIBG Ada Tiada 1. Televisyen / 2. Kerusi / 3. Meja / 4. Penapis air / 5. Kewangan / 6. Pintu tandas / 7. Projektor / 8. Papan putih interaktif / 9. Komputer / 10. Alat muzik / 11. Peralatan sukan / 12. Jersi sukan / 13. Buku-buku cerita /
6.3 Temu bual Instrumen temu bual juga turut digunakan untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang lebih tepat serta sahih. Saya telah menemu bual beberapa orang responden seperti Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Pentadbiran, guru panitia Bahasa Melayu, guru pra-sekolah, Pembantu pengurusan murid, guru kaunseling, guru pemulihan khas, guru-guru, murid, jururawat mahupun warga sekolah. Malah, saya juga dapat mengumpul maklumat mengenai pengurusan kokurikulum, organisasi, maklumat umum sekolah, sejarah, hubungan sekolah dengan pihak luar, prasarana atau kemudahan di sekolah dan sebagainya. Saya akan menyediakan beberapa soalan sebelum menemu bual responden. Hal ini demikian kerana, melancarkan urusan serta menjimatkan masa. Soalan disediakan mengikut bidang masing-masing bagi mendapatkan data yang lebih terperinci. Antara soalan asas yang ditanya ada seperti di bawah: a) Nama b) Jawatan yang dipegang. c) Berapa lama berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang. d) Pengalaman bekerja di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang. e) Cabaran yang dihadapi semasa memegang jawatan yang digalas. f) Bagaimana puan atau tuan mengatasi atau mencegah cabaran tersebut? g) Adakah cabaran tersebut memberi kesan atau impak sama ada positif atau negatif kepada seseorang?
7.0 KOLABORATIF
7.0 Kolaboratif Penggunaan kolaboratif ini dengan tujuan untuk mengisi segala perbincangan mahupun perkongsian pengalaman daripada warga sekolah. Sebagai contoh, borang ini mungkin mengandungi soalan berkaitan yang perlu dijawab oleh setiap responden. Melalui kolaboratif ini secara tidak langsung boleh menjadi bahan bukti dalam menyiapkan tugasan ini. Bahkan juga, kolaboratif ini juga boleh menjadi sumber rujukan untuk melihat setiap maklumat yang telah diisi dan seterusnya dihuraikan dalam bentuk penulisan. Borang ini boleh merekodkan tugas atau tanggungjawab setiap individu atau responden di sekolah. Ini membantu saya dalam melihat atau mendapatkan penjelasan mengenai siapa individu yang bertanggungjawab untuk memikul tugas tertentu dan memastikan tanggungjawab tersebut diselesaikan tepat pada masanya. Contohnya perbincangan adalah seperti berikut: 7.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 7.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 7.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 7.4 Interaksi dengan murid 7.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh :10 Jun 2024 Masa : 12.17 p.m Tajuk / Perkara : Pengurusan Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat selama 2 tahun di SK Sungai Machang. 2. Cabaran yang dihadapi oleh beliau adalah cabaran untuk meningkatkan penggunaan digital di sekolah seperti e-RPH, e-filing dan penggunaan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Teknologi dan Maklumat (TMK). 3. Terdapat sebahagian guru yang menolak penggunaan digital ini terutamanya bagi guru yang sudah berumur atau telah lama berkhidmat sebagai seorang guru. 4. Menganggap pendigitalan sukar. Langkah untuk menyelesaikan masalah ini : ● Memberikan pendedahan cara penggunaan digital dengan mengajar langkah-langkah penggunaan pendigitalan ini. Tandatangan: Nama : Jawatan :
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 Jun 2024 Masa : 9.25 a.m Tajuk / Perkara : Penglibatan Sekolah dalam Dasar Pendidikan masa kini Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat selama 2. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai Dasar Pendidikan masa kini dengan lebih terperinci dan padat. 3. Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan Dasar Pendidikan masa kini seperti TS25, Sekolahku Sejahtera dan SKPMg2 adalah bagaimana dasar ini hendak diterangkan kepada komuniti, ibu bapa, guru mahupun PIBG. Tindakan menghadapi cabaran: • Para pentadbir perlu memahami dasar Pendidikan terlebih dahulu sebelum menerangkan kepada pihak lain. • Para pentadbir boleh menyertai bengkel atau program mengenai dasar-dasar pendidikan agar memperolehi maklumat lebih lanjut. Tandatangan: Nama : Jawatan :
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 10 Jun 2024 Masa : 10.21 p.m Tajuk / Perkara : Tahap keselamatan murid Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 6 bulan. 2. Tahap keselamatan murid masih lagi dalam keadaan yang baik. 3. Beliau juga ada memaklumkan bahawa ada sesetengah murid berlari untuk keluar ke pintu sekolah. 4. Ada juga murid yang tidak mematuhi dan mengabaikan arahan yang diberikan. Tindakan menghadapi cabaran: ● Beliau akan melepaskan murid keluar sekiranya ibu bapa mereka sampai sahaja. ● Pintu akan ditutup sekiranya ibu bapa murid masih belum sampai. ● Murid tidak benar melepasi pintu keluar sehingga ibu bapa mereka dijemput. ● Pemantauan dan beliau perlu peka terhadap sekeliling bagi memastikan keselamatan murid terjamin. Tandatangan: Nama : Kumarran A/L Satiasilan Jawatan : Pengawal Keselamatan
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2024 Masa : 12.34 p.m Tajuk / Perkara : Masalah murid tidak dapat menyebut perkataan KVKV Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah bekerja selama 4 tahun sebagai guru di SK Sungai Machang. 2. Ada murid tidak dapat menyebut perkataan KVKV secara keseluruhan. 3. Mereka mampu menyebut suku kata KVKV akan tetapi tidak mampu menggabungkan perkataan tersebut. 4. Hasil dapatan seramai 7 orang murid yang masih belum menguasai. Tindakan menghadapi cabaran: ● Beliau telah menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan pelbagai untuk mengajar murid . ● Beliau juga telah menghasilkan bahan inovasi untuk menyelesaikan masalah ini iaitu “ Telinga Capangku”. Tandatangan: Nama : Jawatan :
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2024 Masa : 8.09 a.m Tajuk / Perkara : Cara pelaksanaan pemulihan khas Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat sebagai guru pemulihan selama 14 tahun di SK Sungai Machang. 2. Murid yang menerima program pemulihan ini hanya tahun 3 dan tahun 4. 3. Subjek yang diajar adalah Bahasa Melayu dan Matematik. Tindakan menghadapi cabaran: ● Beliau akan menggunakan modul khas untuk mengajar murid-murid pemulihan ini. ● Beliau juga menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan pelbagai untuk mengajar murid . ● Menggunakan BBM yang menarik seperti penggunaan teknologi Tandatangan: Nama : Jawatan :
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 Jun 2024 Masa : 1.42 p.m Tajuk / Perkara : Cara pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu di SK Sungai Machang. 2. Cabaran yang guru hadapi di dalam kelas adalah terdapat beberapa orang murid yang kurang memberi perhatian ketika guru sedang mengajar. 3. Terdapat juga pelajar yang mempunyai aras tinggi dan meninggalkan pelajar yang lain semasa menyiapkan tugasan yang diberi. Malah, guru sukar memberikan perhatian kepada pelajar yang mempunyai aras asas. Tindakan menghadapi cabaran: ● Mengenal pasti murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza. ● Murid aras tinggi boleh membantu murid yang lemah dengan menggunakan kaedah mentor mentee. ● Mempelbagaikan kaedah pengajaran agar proses pembelajaran murid lebih menarik seperti didik hibur, simulasi, main peranan dan sebagainya. Tandatangan: Nama : Jawatan :
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 Jun 2023 Masa : 11.31 a.m Tajuk / Perkara : Masalah Disiplin dan tingkah laku Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat sebagai guru kaunseling selama 2 tahun di SK Sungai Machang. 2. Cabaran yang dihadapi oleh beliau adalah mengenai masalah disiplin dan tingkah laku murid. 3. Murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah seperti membawa barang terlarang iaitu rokok elektronik dan suka mengejek rakan-rakan. 4. Antara faktor-faktornya iaitu persekitaran, ibu bapa, komuniti, rakan-rakan dan sebagainya. Tindakan menghadapi cabaran: ● Mengenal pasti murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza. ● Melakukan sesi kaunseling bersama murid. ● Guru kaunseling bekerjasama dengan ibu bapa untuk menyelesaikan masalah. ● Mengadakan program-program bersama pihak luar seperti polis atau pihak penjara. Tandatangan: Nama : Jawatan :
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2024 Masa : 10.08 a.m Tajuk / Perkara : Ketidakhadiran murid semasa aktiviti kokurikulum Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat sebagai GPK Kokurikulum di SK Sungai Machang. 2. Beliau menerangkan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Pada hari selasa 1 Murid 1 Sukan (7.40 a.m-8.40 a.m) manakala Kelab dan Persatuan serta Badan Uniform (1.30 p.m-3.30 p.m). 3. Cabaran yang dihadapi adalah ketidakhadiran murid semasa aktiviti kokurikulum. 4. Faktor-faktornya adalah sikap murid itu sendiri, ibu bapa, pengaruh rakan mahupun aktiviti yang dijalankan oleh guru tidak menarik. Tindakan menghadapi cabaran: ● Memberi surat amaran kepada murid. ● Memaklumkan kepada ibu bapa mengenai program kokurikulum. ● Guru perlu mempelbagaikan lagi aktiviti yang menarik. Tandatangan: Nama : Jawatan :
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 11 Jun 2026 Masa : 10.42 a.m Tajuk / Perkara : Suntikan vaksin untuk murid tahun 1 Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau berkhidmat sebagai jururawat U29 di hospital kerajaan. 2. Suntikan ini hanya untuk murid tahun 1 sahaja. 3. Nama suntikan ini adalah vaksin DT yang mana untuk mencegah penyakit tetanus iaitu kancing gigi serta diphtheria iaitu gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak, bengkak tonsil dan kemungkinan berlaku komplikasi berbahaya. 4. Cabarannya ada ibu bapa yang tiddak membenarkan anak mereka untuk menerima suntikan tersebut. Tindakan menghadapi cabaran: ● Pihak doktor dan jururawat tidak memberikan suntikan kepada murid yang tidak mendapat kebenaran daripada penjaga. ● Pihak doktor akan memanggil ibu bapa sekiranya ibu bapa atau penjaga murid tidak bersetuju untuk memberikan suntikan tersebut. Tandatangan: Nama : Jawatan :
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 11 Jun 2024 Masa: 10.26 a.m Tajuk / Perkara : Cabaran yang dihadapi ketika belajar. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Hazrunarizam merupakan murid tahun 6 Ibnu Sina. 2. Cabaran yang dihadapi ketika belajar adalah kadang kala cara penyampaian guru ketika mengajar kurang menarik dan tidak faham. 3. Gangguan daripada rakan-rakan juga menyebabkan berlakunya fahaman dalam sesuatu topik yang diajarkan oleh guru. Tindakan menghadapi cabaran: ● Bertanyakan kepada guru sekiranya tidak faham. ● Bertanya kepada rakan-rakan yang lebih faham. ● Membaca topik yang hendak diajar oleh guru sebelum guru mengajar topik tersebut. Tandatangan: Nama : Jawatan :
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 10 Jun 2024 Masa : 2.40 p.m Tajuk / Perkara : Pengurusan Murid Pra-sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau berkhidmat sebagai Pembantu Pengurusan Murid. 2. Cabaran yang dihadapi oleh beliau adalah ada sesetengan murid yang tidak makan makanan yang telah ditetapkan oleh guru. 3. Ada murid yang alah dengan makanan tersebut. 4. Selain itu, terdapat PPM dapat mengesan murid yang mengalami murid berkeperluan pendidikan khas iaitu autism. Tindakan menghadapi cabaran: ● Murid diberikan makanan selain daripada menu yang telah ditetapkan. ● Memaklumkan kepada ibu bapa untuk dibawa kepada orang yang lebih pakar iaitu doktor. ● Bagi murid yang telah disahkan sebagai murid berkeperluan khas dibawa ke PPKI. Tandatangan: Nama : Jawatan :
8.0 ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI SENARAI SEMAK, PEMERHATIAN DAN TEMU BUAL
6.1 Pemerhatian Melalui kaedah pemerhatian yang dijalankan sepanjang 2 minggu melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah kali yang kedua ini, saya dapat merasai pengalaman mengenai bagaimana suasana mahupun budaya yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang. Pengalaman yang diberikan ini, amat bermakna kepada saya kerana saya mampu berinteraksi bersama warga sekolah, guru-guru mahupun murid-murid dan merasai suasana sekolah yang sebenar sebelum menjadi seorang pendidik. Budaya kerja setiap sekolah adalah berbeza dan tidak sama dengan sekolah-sekolah yang lain. Hal ini demikian kerana, budaya kerja sekolah mengikut kepada bagaimana cara guru itu mengurus sekolah, komunikasi dan sebagainya. Tambahan pula, budaya kerja di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang adalah sangat baik yang mana mempunyai pemimpin iaitu Guru Besar serta guru pentadbir yang sangat bertanggungjawab serta amanah dalam melakukan sesuatu tugas. Tidak lupa juga, hubungan yang baik antara guru-guru, warga sekolah mahupun pihak luar yang saling bantu membantu dalam menjayakan sesuatu perkara mahupun program. Bahkan, semua warga sekolah memainkan peranan masing-masing dengan komited. Sesuatu keputusan yang hendak dibuat berdasarkan kata kesepakatan daripada pelbagai pihak. Disini dapat dilihat, kelebihan sesebuah sekolah itu bergantung kepada sesuatu yang ada pada kepakaran guru mahupun para pentadbir. Seterusnya, Sekolah Kebangsaan Sungai Machang juga menjalankan Dasar Pendidikan Semasa seperti Program Transformasi Sekolah (TS25), Program Sekolahku Sejahtera mahupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2). Sekolah Kebangsaan Sungai Machang mempunyai kemudahan untuk menjalankan sesuatu aktiviti seperti alatan sukan dan permainan. Pemerhatian disiplin murid sekolah berada pada tahap yang baik. Masalah disiplin besar seperti buang sekolah, ponteng sekolah dan gantung sekolah tidak berlaku di sekolah ini. Suasana sekolah yang menarik secara tidak langsung memberikan aura yang positif kepada warga sekolah seperti penanaman tumbuh-tumbuhan di kawasan-kawasan sekolah.
6.2 Senarai semak Senarai semak turut digunakan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Penggunaan senarai semak ini memastikan setiap maklumat yang hendak dicari tidak tercicir. Penggunaan senarai semak ini menjadikan perjalanan PBS selama dua minggu berjalan dengan lancar. Senarai semak merupakan salah satu borang penting semasa hendak mencari maklumat. Isi kandungan yang terdapat pada borang senarai semak seperti pengurusan sekolah, kurikulum, Hal Ehwal Pelajar, kokurikulum, komuniti serta Dasar Pendidikan Semasa. Setiap bahagian ini mengandungi tajuk-tajuk yang kecil iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), disiplin murid, kelab dan persatuan dan sebagainya. Penggunaan senarai semak ini, membantu saya mengingati perkara-perkara yang penting semasa melaksanakan PBS. Dengan ini, segala tujuan yang ingin dicari adalah tercapai serta mampu mengukur kemajuan saya. 6.3 Temu bual Kaedah temu bual turut dilakukan semasa perlaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kali yang kedua ini. Temu bual ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat lebih tepat daripada guru guru, kakitangan sekolah, Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru panitia Bahasa Melayu, guru-guru, murid-murid warga sekolah mahupun komuniti di sekitar SK Sungai Machang ini. Menggunakan kaedah temu bual bersama warga sekolah ini secara tidak langsung meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi saya dari semasa ke semasa. Saya menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan bidang responden sebelum menemu bual. Hal ini kerana, melancarkan proses menemu bual dan menjimatkan masa antara kedua-dua belah pihak. Segala soalan yang dikemukakan, mereka menjawab soalan dengan baik dan memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi menemu bual berlangsung. Segala isi-isi penting yang diperolehi akan saya catat pada buku nota serta mengambil gambar bersama responden sebagai bahan bukti. Disini saya dapat melihat bahawa betapa pentingnya hubungan interaksi yang baik antara kedua-dua belah pihak serta sesuatu maklumat yang diperolehi daripada temu bual mampu melengkapkan tugasan yang diberi.
9.0 REFLEKSI
LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Program buku bersama Syarikat BLINKS pada 14 Jun 2024. KEKUATAN: ● Murid dapat merasai suasana menghadiri bengkel melukis. ● Murid dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai aktiviti melukis. ● Murid dapat berkenalan dan berjumpa bersama pelukis terkenal daripada syarikat BLINKS. ● Murid dapat pengalaman membeli buku yang mereka inginkan. ● Menggalakkan dan memupuk minat murid dalam membaca buku-buku. KELEMAHAN: ● Aktiviti melukis yang dijalankan terhad. ● Masa yang diberikan tidak cukup untuk murid menghadiri bengkel melukis. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Memberikan masa yang lebih kepada murid semasa menjalankan aktiviti melukis. ● Mempelbagaikan aktiviti bersama syarikat BLINKS.
LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Program gotong-royong madani pada 22 Jun 2024. KEKUATAN: ● Ibu bapa, warga sekolah, murid, pihak polis, pihak penjara dan pihak PIBG dapat bekerjasama dalam bergotong-royong dalam menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah. ● Hasil kerjasama dengan pihak penjara mahupun pihak polis mampu memberikan kesedaran mengenai undang-undang, peraturan dan keselamatan. ● Ibu bapa berpeluang untuk memberikan sokongan kepada anak-anak mereka dan hubungan baik antara guru mahupun kakitangan dapat diwujudkan. ● Murid-murid SK Sungai Machang dapat berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat dan mengembangkan lagi kemahiran sosial. KELEMAHAN: ● Tugas-tugas yang tidak diagihkan dengan baik. ● Kekurangan Alat dan Bahan CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Tugas-tugas yang diagihkan perlu diikuti dengan baik. ● Menambahkan lagi alatan-alatan supaya semua individu dapat melaksanakan tugasan dengan baik.
LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Program 1 Murid 1 sukan pada setiap hari selasa. KEKUATAN: ● Murid dapat melakukan aktiviti sukan dan permainan. ● Murid dapat mengeluarkan peluh. ● Murid dapat menambah kemahiran sama ada kemahiran membaling bola, menyepak bola, menyambut mahupun kemahiran sosial mereka. KELEMAHAN: ● Fasiliti yang tidak mencukupi iaitu ruang padang yang tidak cukup untuk murid melaksanakan aktiviti ini. ● Kemudahan yang ada mungkin kurang diselenggara, menyebabkan risiko keselamatan dan mengurangkan keberkesanan latihan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Membuat penyelenggaran bagi alaatan yang rosak untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan. ● Melakukan aktiviti selain di kawasan padang.
LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Badan Beruniform pada 19 Jun 2024. KEKUATAN: ● Meningkatkan kemahiran murid dalam pelbagai kemahiran. ● Aktiviti yang dijalankan mampu menarik minat murid KELEMAHAN: ● Ada beberapa orang murid yang tidak memberikan perhatian yang baik ketika aktiviti sedang berlangsung. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Guru perlu memastikan murid memberikan perhatian sepenuhnya.
LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Menemu bual Pembantu Pengurusan Murid pada 11 Jun 2024. KEKUATAN: ● Data diperolehi dengan mudah. ● Sesi temu bual berjalan dengan lancar. KELEMAHAN: ● Sesi temu bual yang dijalankan pada waktu beliau hendak balik. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Mencari masa yang lebih sesuai untuk menemu bual guru