The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikaadzhar, 2024-07-01 09:06:32

LAPORAN PBS 2

LAPORAN PBS 2

LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Menemubual pengawal keselamatan pada 10 Jun 2024 KEKUATAN: ● Maklumat yang dicari tercapai. ● Beliau sangat memberi kerjasama dalam memberikan segala maklumat. KELEMAHAN: ● Tempat menemu bual guru kurang memuaskan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Mencari tempat yang sesuai sebelum sesi menemu bual.


LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Menemu bual murid pada 11 Jun 2024 KEKUATAN: ● Murid memberikan kerjasama yang baik. ● Maklumat yang diberikan jelas dan padat. KELEMAHAN: ● Ada gangguan daripada murid yang lain seperti gangguan bunyi. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Memastikan kawasan temu bual tidak mempunyai sebarang gangguan.


LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Menghadiri Mesyuarat guru bil 2/2024 pada 11 Jun 2024 KEKUATAN: ● Maklumat yang diberikan dan dibincangkan semasa mesyuarat dapat digunakan untuk melengkapkan portfolio. KELEMAHAN: ● - CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● -


LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Program NILAM pada setiap pagi sebelum ke kelas. KEKUATAN: ● Program temu bual berjalan dengan lancar. ● Mendapat maklumat yang lengkap mengenai NILAM. KELEMAHAN: ● Ada murid yang bermain ketika program NILAM dilaksanakan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Guru perlu memantau murid supaya murid tidak bergurau senda.


LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Pertandingan Storytelling dan action song. KEKUATAN: ● Sambutan yang amat mengalakkan daripada semua murid. ● Guru dan murid bekerjasama dalam menyertai pertangdingan ini. ● Program berjalan dengan lancar. KELEMAHAN: ● Ada murid yang kurang memberikan perhatian semasa aktiviti berlangsung. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Guru perlu memantau murid supaya murid menumpukan perhatian


LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Penyampaian hadiah pertandingan action song dan story telling serta Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Guru Cemerlang pada 14 Jun 2024. KEKUATAN: ● Program berjalan dengan lancar. ● Murid memberikan perhatian sepenuhnya. KELEMAHAN: ● Ada murid yang kurang memberikan perhatian semasa aktiviti berlangsung. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Guru perlu memantau murid supaya murid menumpukan perhatian


LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Menenemu bual GPK pentadbiran pada 19 Jun 2024 KEKUATAN: ● Maklumat yang diberikan padat. ● Berjalan dengan lancar. KELEMAHAN: ● Masa menemu bual tidak begitu baik kerana guru agak sibuk untuk program yang akan datang. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Mencari masa yang sesuai.


LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Menemu bual guru Kaunseling pada 19 Jun 2024. KEKUATAN: ● Maklumat yang diberikan padat. ● Berjalan dengan lancar. KELEMAHAN: ● Masa menemu bual tidak begitu baik kerana guru agak sibuk untuk program yang akan datang. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Mencari masa yang sesuai.


LAMPIRAN 2-13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) PROGRAM/AKTIVITI: Menemu bual Guru Bahasa Melayu pada 19 Jun 2024. KEKUATAN: ● Maklumat yang diberikan padat. ● Berjalan dengan lancar. KELEMAHAN: ● Masa menemu bual tidak begitu baik kerana guru agak sibuk untuk program yang akan datang. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: ● Guru perlu memantau murid supaya murid menumpukan perhatian


10.0 RUMUSAN


Sebelum beralih kepada rumusan, saya akan menceritakan latar belakang sekolah yang telah dipilih untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kali kedua selama dua minggu ini. Sekolah yang pilih adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Machang yang terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan. Sekolah ini terletak di luar bandar dan sekolah gred B. Tambahan pula, sekolah ini dibimbing oleh Puan Norlida Akmar Binti A.Aziz yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Machang. Bilangan murid di sekolah ini berjumlah 387 murid dan semua murid ini adalah kaum Melayu. Di sekolah ini, terdapat 27 orang guru, dengan 20 orang guru perempuan dan 7 orang guru lelaki. Walaupun bilangan murid tidak begitu ramai, akan tetapi sekolah ini kekurangan guru Bahasa Melayu dan guru bahasa Inggeris. Kesemua guru di sekolah SK Sungai Machang ini merupakan guru siswazah. Setelah dua minggu saya menjalankan PBS ini, banyak kebaikan atau manfaat yang saya perolehi. Antaranya, saya dapat memupuk sikap ke arah yang lebih baik seperti keyakinan yang tinggi dalam berkomunikasi bersama warga sekolah seperti pengawal keselamatan, guru-guru, murid-murid serta kakitangan sekolah. Kini, saya sedar bahawa kemahiran komunikasi ini sangat penting serta mampu dipertingkatkan lagi dengan adanya latihan interaksi dalam kehidupan seharian. Melalui pergaulan bersama murid, sekaligus meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka serta menambah kosa mahupun perbendaharaan kata. Tanpa adanya kemahiran berkomunikasi ini, seseorang tidak mampu mewujudkan hubungan yang baik antara pelbagai pihak serta tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Seterusnya, saya mendapati juga tahap disiplin murid Sekolah Kebangsaan Sungai Machang ini berada pada tahap yang baik. Saya mendapatkan maklumat mengenai disiplin hasil daripada temubual bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan guru bimbingan dan kaunseling. Antara masalah disiplin yang dihadapi seperti masalah datang lambat ke sekolah. Bagi mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi, pelbagai langkah diambil terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Hasil maklumat yang diperolehi, guru memberi nasihat kepada murid agar datang awal ke sekolah dan jika masalah ini berlanjutan, guru akan memaklumkan


kepada ibu bapa. Dengan memberi peringatan serta nasihat ini secara langsung membuka mata ibu bapa mengenai masalah datang lewat ke sekolah. Sekolah ini memandang serius mengenai masalah disiplin agar mampu melahirkan murid bersahsiah terpuji. Hasil pemerhatian saya semasa berada di dalam kelas juga, saya dapat melihat bagaimana guru mengajar murid-murid dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik bagi memastikan murid memahami sesuatu topik terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu. Kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran mengikut kepada kreativiti guru itu sendiri. Pencapaian sekolah ini juga dilihat meningkat dari tahun ke tahun. Bukan itu sahaja, saya juga memperoleh ilmu baharu daripada guru Bahasa Melayu iaitu Encik Rosli Khan bin Illadad Khan mengenai cara untuk mengawal kelas dengan lebih baik. Aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian aras murid dan latar belakang murid itu sendiri. Kerjasama yang baik serta memberangsangkan antara guru serta murid-murid turut membawa kepada kejayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pentaksiran secara berterusan yang dilakukan di dalam kelas sekaligus membantu guru untuk mengenal pasti kemajuan, kebolehan dalam kelas. Sepanjang dua minggu saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Machang, saya melihat aktiviti kokurikulum di sekolah begitu aktif pagi tahap 2. Aktiviti yang dilaksanakan ini mampu melahirkan murid sekolah ini kearah yang lebih sihat dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek mahupun sosial. Bahkan, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan secara tidak langsung melahirkan bakat murid sekaligus mengasah bakat mereka agar murid lebih maju kehadapan. Tambahan pula, aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan penglibatan murid dalam persekitaran sekolah. Misalnya, murid melibatkan diri dalam sukan dan permainan, unit beruniform mahupun kelab dan persatuan. Secara tidak langsung, mengukuhkan jati diri murid serta membina semangat cinta akan sekolah. Program kokurikulum yang dijalankan di sekolah ini mampu meningkatkan kemahiran sosial murid serta kemahiran interpersonal.


Selain itu, hubungan yang begitu akrab antara pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) begitu aktif untuk menjadikan sesuatu aktiviti itu berjalan dengan lancar. Sumbangan yang diberikan oleh PIBG amat menggalakkan. Pelbagai sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah seperti smart tv di bilik khas, penapis air untuk kegunaan murid, menyediakan kemudahan sekolah, mengadakan gotong-royong membersihkan sekolah dan sebagainya. Sumbangan PIBG sekolah ini tidak terhad kepada tenaga, masa atau wang ringgit. Hasil maklumat ini diperolehi daripada Guru Besar iaitu Puan Norlida Akmar Binti A.Aziz. Kesimpulannya, pengumpulan maklumat bagi melengkapkan tugasan turut dilaksanakan sepanjang tempoh PBS ini. Data yang dikumpulkan termasuklah organisasi sekolah, kurikulum, Hal Ehwal Pelajar, kokurikulum, komuniti, Dasar Pendidikan Semasa mahupun maklumat-maklumat lain turut dicari dan dicatat. Mencari dan mengumpul data melalui pelbagai kaedah juga menjadikan saya lebih proaktif. Bahkan, maklumat atau data yang diperolehi mampu menambah ilmu pengetahuan sebagai bakal guru serta pendidik. Saya didorong oleh nasihat, motivasi dan pandangan warga sekolah untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan yang lebih mencabar.


11.0 LAMPIRAN


LAMPIRAN 2-14 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Machang 2 No. Telefon Sekolah 06-7585422 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Luar Bandar 5 Nama Pengurus Sekolah Puan Norlida Akmar Binti A.Aziz 6 Nama PK Pentadbiran Wan Razmani Anuar Bin Wan Majid 7 Nama PK HEM Maryati Binti Marzuki 8 Nama PK Kokurikulum Rosniza Binti Baharudin 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah Gred B 11 Bilangan Guru Lelaki: 7 orang 26 ORANG Perempuan: 20 orang 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 27 ORANG Bukan Siswazah: - 13 Bilangan Kelas 12 buah kelas 14 Purata Saiz Kelas 30 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lai n Lelaki 193 - 4 6 Perempuan 178 - 5 1 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini


Kemudahan infrastruktur: Bilik studio PSS Bilik BBM Pusat Sumber sekolah Kelas Pra-sekolah Surau kelas arus perdana


Bilik linguistik Tapak perhimpunan Padang Bilik mesyuarat Dewan Makmal sains


Bilik muzik Pejabat Kantin Bilik kaunseling


Bahan bantu mengajar (BBM): “Te-vo” iaitu tenteng vokal Sayap KVKV Pakaian warna Puzzle huruf Kad bergambar


` Pancing suku kata Kad padankan suku kata Buku besar Kad suku kata KVK Set “Telingaku capang”


Temu bual: Guru besar GPK pentadbiran Pengawal keselamatan Guru bimbingan dan kaunseling Guru bahasa Melayu Guru pemulihan


Guru inovasi Pembantu Pengurusan Murid Jururawat Murid \ GPK Kokurikulum


Program/aktiviti: Program 1 Murid 1 Sukan Pertandingan Storytelling dan Actions Song Penggambaran Majlis Graduasi Pra-sekolah


Program NILAM Penyampaian hadiah bagi pertandingan kulit buku, penanda buku, storytelling dan action song Mesyuarat guru, kokurikulum dan kurikulum


Ujian SEGAK Bengkel melukis bersama syarikat BLINKS Aktiviti Kokurikulum Badan Beruniform


Program Gotong-Royong Madani Program Sambutan Hari Kemerdekaan Program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri


Click to View FlipBook Version