The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Strategi Abdul Rahman bin Auf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by baihaqie1234, 2020-01-09 20:51:02

ebook dari IK

Strategi Abdul Rahman bin Auf

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

MAKLUMAN PENTING

1. Ebook ini adalah percuma. Ianya tidak boleh dijual
semula.

2. Walaupun ebook ini adalah percuma, dilarang
kongsikan ebook (PDF) ini melalui email, media sosial,
internet atau whatsapp.

3. Cara terbaik dan amat digalakkan untuk kongsikan
ebook ini dan ilmu di dalamnya, adalah dengan kongsikan
link www.AbdulRahmanAuf.com. Ini adalah untuk
memastikan ebook yang diedarkan adalah versi terkini
dan telah disunting untuk segala pembetulan atau
penambahan yang penting.

4. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan ebook versi terkini
secara percuma di www.AbdulRahmanAuf.com

Versi 1.0 1

(5/1/2020)

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

2

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Kenali Irfan Khairi

Sebuah laptop, talian Internet,
minda keusahawan dan impian.
Kombinasi ini telah melonjakkan
karier Irfan Khairi sebagai seorang
perekacipta multimedia dan
konsultan Internet di United
Kingdom, sehingga menjadi ikon
perniagaan dan pemasaran Internet #1 Malaysia.

Dengan hanya bermodalkan RM500, bermula
ketika berumur 20 tahun, Irfan Khairi telah berjaya
mencapai apa yang ramai usahawan tidak capai di
ketika itu, iaitu membina perniagaan yang
mencecah keuntungan RM1,000,000 pada usianya
baru 25 tahun sahaja, tanpa pekerja dan peralatan
yang canggih.

Syarikatnya, Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) kini terus
mencipta nama dan memberi impak sebagai
syarikat latihan dan pendidikan perniagaan
Internet utama di Malaysia sejak tahun 2006 lagi.

3

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Kejayaan awal Irfan Khairi bermula dengan
mempunyai mindset yang betul dan mempelajari
teras strategi perniagaan sendiri serta melalui
pengalaman jatuh dan bangun di dalam dunia
perniagaan. Sehingga kini, beliau telah menjadi
inspirasi kepada ramai di Malaysia dan seluruh
dunia.

Irfan Khairi telah menulis 8 buku terlaris di
pasaran yang memberi fokus kepada perniagaan,
motivasi dan kewangan. Buku-bukunya yang
mudah difahami dan memberi tip dan strategi
praktikal dalam membina kekayaan, telah berjaya
di pasaran dan mendapat tempat di hati ramai
pembaca.

Blog perniagaan Irfan Khairi telah menjadi pilihan
bacaan ramai usahawan tempatan sehingga hari
ini dengan lebih 1,100 artikel motivasi dan
perniagaan. Pengikut laman Facebook Irfan Khairi
kini lebih dari 700,000 ribu dan video-videonya
sering ditonton pengguna dengan lebih 10 juta
kali.

4

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Pusat latihan eksklusif Irfan Khairi di Oval
Damansara, membuka pintunya kepada peserta-
peserta setiap bulan yang menyertai program
keusahawanan dan pemasaran Internet yang
dianjurkan.

Bukan sahaja Irfan Khairi dikenali sebagai
penceramah profesional, penulis buku terlaris, dan
pelatih peringkat antarabangsa dalam bidang e-
niaga, Irfan Khairi juga merupakan pemimpin
bervisi dan pakar yang sering dirujuk dalam
bidang perniagaan, internet dan media sosial.

Selain daripada mengendalikan beratus program
tempatan dan juga luar negara, Irfan Khairi
pernah dijemput untuk memberi ucapan dan
berkongsi ilmu di persidangan dan acara
perniagaan dan pemasaran di seluruh dunia
termasuk, New York, Los Angeles, London, Paris,
Amsterdam, Sydney, Seoul, Tokyo, Copenhagen,
Bangkok, India, Dubai dan Qatar.

Program utama Irfan Khairi, iaitu Program
Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media

5

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Sosial, kini menjadi pilihan utama usahawan
Internet yang baru dan juga berpengalaman dalam
membina keuntungan perniagaan online yang
berpanjangan. Sejak 2005, syarikat IKSB telah
melahirkan paling ramai usahawan Internet
berjaya di Malaysia.

Dengan pelbagai kejayaan yang dicapai di dalam
dan juga luar negara, Irfan Khairi juga telah
dipilih untuk menghasilkan modul-modul dan
program keusahawanan untuk beberapa buah
universiti tempatan dan antarabangsa serta
jenama-jenama pusat pendidikan yang dikenali
tempatan dan luar negara.

Sebagai tambahan, pada tahun 2014, persembahan
ceramahnya mengenai Pemasaran Facebook telah
mendapat pujian di Internet Week New York,
sebuah persidangan Internet antarabangsa yang
berprestij di USA.

2015, rekod kejayaan Irfan Khairi menghasilkan

program-program perniagaan Internet yang
bermutu dan berjaya telah membawanya sebagai

6

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

penasihat Internet dan Media Sosial untuk
International Council for SME and
Entrepreneurship. Tahun yang sama juga, beliau
telah diberi penghargaan sebagai Global Media
Catalyst bersama 16 lagi belia dari seluruh dunia
di 9th Al-Jazeera Forum di Doha, Qatar.

Kini, perniagaannya bukan sahaja di Malaysia,
tetapi juga telah berkembang dan berpusat di
Dubai, UAE.

Irfan Khairi juga sering mendapat penghargaan
dari pelbagai pihak dalam bidang perniagaan
Internet. Terbaru, beliau dianugerahkan Malaysia
Top Achievers 2019, Leadership Excellence in
Online Marketing.

7

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Untuk maklumat lanjut Program Intensif
Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial,
lawati www.OpenEducation.com.my

8

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Muqadimah

Ketika menulis ini, bilik apartment hotel saya
menyaksikan Masjidil Haram di Mekah. Seperti
berjuta umat Islam yang lain yang pernah
menjejaki tanah suci, perasaan bersyukur, sayu,
gembira, teruja, sedih dan rindu pelbagai yang
bermain dalam hati.

Alhamdulillah baru sahaja tiba di tanah suci
beberapa hari yang lepas dan terus mengerjakan
umrah bersama keluarga. Waktu di sini saya akan
gunakan sebaik yang mungkin.

Pastinya di tanah suci terkenangkan kisah
Rasululluah SAW dan para sahabatnya. Dan
sahabat yang sering saya kenangkan dan menjadi
role model dalam bidang perniagaan adalah tak
lain tak bukan, sahabat rapat Rasulullah SAW
Abdul Rahman bin Auf yang dikenali sebagai
usahawan yang terhebat dan insan yang terkaya
ketika itu.

9

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Kita sering terdengar kisah kekayaannya melalui
perniagaan dan juga sumbangan harta Abdul
Rahman bin Auf kepada Islam. Apabila tentera
Islam memerlukan bantuan wang untuk perang,
beliau lah yang akan tampil kehadapan. Apabila
ada orang yang susah dan memerlukan bantuan,
beliau lah yang akan membantu. Apabila
Rasulullah SAW wafat, beliau juga yang
memastikan nafkah seluruh keluarga Rasulullah
SAW terjaga dan lebih dari itu.

Walaupun digelar orang yang terkaya ketika itu,
namun, kekayaannya bukanlah untuk duniawi
tetapi digunakan untuk dakwah Islam.

Perkongsian saya melalui buku ini adalah lebih
kepada strategi dan “rahsia” perniagaan Abdul
Rahman bin Auf, yang kurang dikongsikan dan
diketahui ramai.

Sememangnya ada banyak penulisan mengenai
biografi sahabat Rasululluah SAW, Abdul Rahman

bin Auf, tetapi tidak banyak yang mengupaskan
strategi perniagaannya yang telah menjadikannya

10

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

seorang billionaire walaupun bermula dari kosong
memulakan perniagaan yang kecil dari pasar
sahaja.

Tetapi sebelum itu, sedikit fakta menarik
mengenai Abdul Rahman bin Auf…

• Beliau adalah antara 8 insan yang terawal
memeluk agama Islam.

• Antara 10 sahabat Rasulullah SAW yang
diijanjikan syurga

• Pernah menjadi imam solat Subuh dan
Rasulullah SAW menjadi makmum

• Sangat rapat dengan Rasulullah SAW
sehingga diberi tanggungjawab untuk
menjaga keluarga Rasulullah SAW selepas
kewafatan

• Pernah diceritakan rombongan perniagaannya
yang merangkumi 700 unta yang membawa
pelbagai barangan jualan hingga bergegar
bumi Madinah. Cuba bayangkan 700 unta!

• Sahabat Rasulullah SAW yang paling kaya
dan paling pemurah dalam pemberian harta

11

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

untuk Islam. Namun beliau sering rasakan
pemberiannya tidak pernah mencukupi.
• Bukan sahaja memberi harta dan kekayaan,
Abdul Rahman bin Auf walaupun merupakan
usahawan hebat dan sangat sibuk dalam
perniagaan, tetap memberi masa dan
tenaganya berkorban untuk Islam dalam
peperangan penting Badar dan Uhud
sehingga sering kali tercedera!
• Kekayaannya jika dibandingkan dengan
kekayaan hari ini adalah bernilai USD527
billion. Jumlah ini adalah 5 kali ganda lebih
tinggi dari orang terkaya di dunia hari ini,
iaitu Jeff Bezos USD112 billion, pengasas
Amazon.com… dan Amazon.com juga
menggunakan strategi perniagaan Abdul
Rahman bin Auf!

Ingin tahu apakah strateginya? Ianya akan
terjawab dalam buku ini.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah antara
strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf
supaya anda mendapat inspirasi dari kaedahnya

12

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

dalam perniagaan. Selain dari kisah yang
dikongsikan mengenai Abdul Rahman bin Auf
dan kupasan yang saya berikan, saya juga
kongsikan contoh praktikal bagaimana strategi
yang di sarankan dapat digunakan pada zaman
ini.

Namun begitu, sebelum kita bermula, pastinya
sebagai seorang usahawan Muslim antara kunci
dalam kejayaan perniagaan adalah..

• Jujur dan telus sentiasa dalam setiap transaksi,
dan tidak menzalimi orang lain.

• Bersedekah dan membayar zakat, untuk
membersihkan harta.

• Sentiasa berusaha keras dalam apa yang
dilakukan. Islam inginkan umatnya cemerlang
di dunia dan akhirat.

Anda bersedia? Sedia kan pen dan kertas untuk
menulis nota…

13

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

STRATEGI #1:
ILMU & PENGALAMAN

Tabiat berniaga

Abdul Rahman bin Auf dilahirkan dalam keluarga
yang menjalankan perniagaan. Berasal dari Bani
Zurrah yang sememangnya kaum yang amat
sinonim dengan perniagaan.

Ayahnya adalah usahawan yang berjaya ketika itu
dan sejak Abdul Rahman kecil lagi, telah dibawa
bersama untuk urusan perniagaan. Oleh itu,
kelebihan yang dimiliki adalah dari pengalaman
yang dipelajari sejak kecil.

Abdul Rahman bin Auf sering berniaga dari
Mekah ke Yemen sejauh 1,000km untuk
menjalankan perniagaan. Bayangkan ketika itu,
kenderaan pilihan adalah unta dan kuda sahaja.
Bukan kapal terbang seperti hari ini. Menjalankan
perniagaan adalah satu kepuasan di zaman
Rasulullah SAW.

14

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Tak banyak yang diketahui mengenai Abdul
Rahman bin Auf ketika beliau muda. Tetapi,
beliau adalah antara yang beruntung oleh kerana
di besarkan dalam keluarga yang sedia kaya
melalui perniagaan. Namun begitu, kekayaannya
ketika itu adalah sangat jauh lebih kecil
dibandingkan selepas beliau memeluk agama
Islam dan berhijrah ke Madinah.

Dilahirkan sekitar 10 tahun sebelum Rasulullah
SAW dan merupakan peniaga sebelum memeluk
agama Islam. Ketika pulang ke Mekah selepas
berniaga, beliau terdengar mengenai Islam dan
menjadi antara 8 orang terawal memeluk Islam!

Namun, apabila Abdul Rahman bin Auf memeluk
Islam (ketika 30-an) dan berhijrah ke Madinah dari
Mekah, kesemua hartanya ditinggalkan dan
diambil oleh orang Quraisy di Mekah dan
berhijrah sehelai sepinggang. Walaupun sudah
mempunyai kekayaan, segalanya ditinggalkan
oleh kerana yakin dan percaya pada agama Islam
dan amat setia dan cintakan Rasulullah SAW.

15

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Di Madinah beliau memulakan perniagaan dari
kosong. Dari bawah.

Kisah menceritakan bahawa Abdul Rahman bin
Auf adalah seorang usahawan yang sangat rajin
dan berusaha keras. Jika tidak beribadat di masjid,
dirinya boleh dijumpa di pasar sedang berniaga.

Jelas dilihat ilmu adalah aset yang paling penting
dalam perniagaan. Ilmu dan pengalaman yang
dimiliki dapat membawa perniagaannya dari
kosong, menjadi jutawan dan kemudiannya
billionaire - usahawan yang termasyur ketika itu!

Antara kelebihan Abdul Rahman bin Auf ketika
dibesarkan termasuk:

• Ilmu perniagaan yang dipelajari dari ayahnya
yang merupakan usahawan berjaya dan sering
menyertai rombongan dan persidangan
perniagaan di negara-negara lain.

16

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

• Pengalaman praktikal dalam bidang
perniagaan bertahun-tahun lamanya bersama
ayahnya di serata tempat dan dilihat sangat
berbakat dalam bidang perniagaan.

• Kenalan dan jaringan perniagaan yang telah
dibina bertahun-tahun. Beliau juga
menjalinkan hubungan perniagaan bersama
mereka yang bukan Islam juga. Malah,
jaringan kenalan perniagaanya juga telah
membawanya memeluk Islam.

Kunci perniagaan: Ilmu

Manusia diberi anugerah akal fikiran yang
merupakan anugerah yang paling istemewa
sekali. Dan untuk berjaya dalam apa sahaja bidang
memerlukan ilmu.

Siapa yang menghendaki kehidupan dunia,
maka harus disertai dengan ilmu. Dan siapa
yang menghendaki kehidupan akhirat, juga
harus dengan ilmu" ~ Imam Syafi'i

17

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Kata-kata ILMU disebut lebih dari 700 kali dalam
Al Quran. Kunci kejayaan bukan lagi satu rahsia
oleh kerana ianya tertera jelas dalam Al Quran,
iaitu ILMU.

Ilmu perniagaan boleh dibahagiakan kepada 5
perkara iaitu, STRATEGI, PEMASARAN,
OPERASI, SUMBER MANUSIA & KEWANGAN.
Untuk menjadi usahawan sangat berjaya, perlu
siap sedia dengan kelima-lima perkara ini.

Oleh kerana operasi, sumber manusia dan
kewangan tidak termasuk dalam skop buku ini,
saya kupaskan dua jenis ilmu perniagaan di
bawah yang ditunjkkan oleh Abdul Rahman bin
Auf, iaitu ILMU STRATEGI dan ILMU
PEMASARAN.

ILMU STRATEGI

Salah satu strategi perniagaan Abdul Rahman bin
Auf apabila perniagaannya telah berkembang,
adalah menternak, jual dan beli kuda. Ketika itu,
industri ini adalah sangat kompetetif dan

18

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

pesaingan begitu ramai lebih-lebih lagi dikalangan
usahawan-usahawan Yahudi.

Oleh kerana pesaingan yang tinggi, margin
keuntungan menjual kuda menjadi semakin
rendah. Abdul Rahman bin Auf mengaplikasikan
strategi baru dalam perniagaannya dan mula
menjual pelana kuda untuk meningkatkan margin
untung perniagaannya sehingga tewas pesaing-
pesaingnya yang lain.

Strategi yang digunakan di sini adalah “cross-
promotion” (atau promosi bersilang). Iaitu
menggunakan satu produk untuk
mempromosikan produk lain yang berkenaan.

Apa yang beliau lakukan adalah memikirkan
produk yang baru untuk pasaran yang sedia ada.
Oleh kerana pelanggannya membeli kuda darinya,
walaupun margin untung kecil, apa yang
dilakukan adalah menjual pelana kuda pada
pelanggan sama yang pasti memerlukan pelana
untuk kuda mereka. Ini dapat meningkatkan
margin keuntungan dalam perniagaan.

19

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Dengan mengetahui ilmu STRATEGI perniagaan
yang pelbagai, segala masalah yang dihadapi
dalam perniagaan dapat diselesaikan.

Apabila anda menjalankan perniagaan, cuba
fikirkan, apakah produk atau perkhidmatan
susulan yang anda boleh turut sama jual kepada
pelanggan yang sama?

Dalam istilah pemasaran hari ini, ianya dikenali
sebagai “up sell”. Sebaiknya, produk susulan ini
adalah yang berkaitan atau diperlukan bersama
produk asal.

Lihat bagaimana kedai komputer apabila menjual
komputer riba, dapat juga menjual perisian
“Windows” dan software “Anti Virus” kepada
pelanggan yang sama. Kedua-dua ini sangat
diperlukan oleh pembeli komputer riba tersebut.

Bukan sahaja keuntungan diperolehi dari 20
komputer riba tersebut (hardware), tetapi

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

keuntungan dapat melalui software. Dan dalam
industri komputer, margin keuntungan menjual
software adalah lebih tinggi dari menjual
hardware!

Ini hanyalah satu contoh sahaja dari beribu contoh
yang ada di luar sana.

Salah satu buku lama yang banyak menceritakan
tentang strategi perniagaan adalah Tsun Szu, The
Art of War yang diterbitkan berkurun-kurun
kemudian di China. Walaupun buku ini di
khususkan untuk strategi perang, ramai usahawan
dari China menggunakan strategi yang diterapkan
dalam The Art of War untuk perihal perniagaan
juga.

Saya suka bayangkan bahawa Abdul Rahman bin
Auf yang juga adalah seorang tentera dan ketua
dalam perang-perang yang bermakna dalam
sejarah Islam termasuk perang Badar dan perang
Uhud. Dan bayangan saya, kehebatan strateginya

di medan perang juga dibawa ke medan
perniagaan dan menjadikannya seorang usahawan

21

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

termasyur. Tetapi ini, hanyalah bayangan saya
sahaja. Mana lah tahu, strategi Tsun Szu adalah
dari mempelajari strategi beliau. Wallahualam.

Lebih banyak strategi perniagaan yang anda
miliki, maka lebih banyak “senjata” yang anda ada
dalam menjayakan perniagaan anda. Bayangkan
jika pesaing anda hanya menggunakan satu atau
dua strategi sahaja, dan anda pula menggunakan
enam atau tujuh strategi. Sangat jelas perniagaan
siapa yang akan berjaya berbanding dengan
pesaing!

Tambahkan ilmu strategi perniagaan anda. Hari
ini, kesemua strategi boleh diaplikasikan melalui
perniagaan online dan strategi media sosial.

ILMU PEMASARAN
Sebelum (dan selepas) memeluk agama Islam,
Abdul Rahman bin Auf sering berniaga ke serata
tempat, bandar dan negara.

22

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Sebelum memeluk Islam, beliau sering
mengunjungi Yemen dari Mekah yang lebih dari
1,000km jauhnya. Setelah memeluk Islam dan
apabila perniagaannya semakin meluas, sering
diceritakan rombongan perniagaannya ke Syria
dan Mesir dari Madinah yang lebih dari 1,500km
jauhnya. Dan pastinya juga ini hanyalah sekadar
tiga contoh sahaja tempat-tempat beliau
menjalankan perniagaan.

Mengapa begitu jauh beliau mengembara untuk
berniaga?

Jangan lupa ketika itu unta adalah pengangkutan
utama untuk perniagaan dan membawa
rombongan perniagaan unta lebih 1,000km akan
mengambil masa yang lama. Sehari pergerakan
adalah dalam lingkungan 30-40km sahaja
jaraknya. Untuk sampai ke destinasi lebih 1,000km
pastinya mengambil masa lingkungan 1 bulan!

Jawapannya adalah PEMASARAN!

23

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Tidak seperti hari ini, pemasaran boleh dilakukan
dihujung jari sahaja dengan internet. Dari Kuala
Lumpur, boleh mencapai pelanggan di Johor
dengan menggunakan Facebook sahaja dalam
masa 1 saat. Atau dari Johor boleh capai
pelanggan yang berada di Dubai (yang lebih
5,000km) dalam masa 1 saat juga melalui email!

Pemasaran adalah nadi dalam perniagaan.
Tujuannya adalah untuk mencapai seberapa ramai
prospek dan pelanggan yang boleh untuk menjual
produk atau perkhidmatan yang disediakan.

Ketika zaman itu, Abdul Rahman bin Auf perlu
membawa rombongan barangan dagangnya
secara fizikal dari satu tempat ke tempat yang lain
untuk pemasaran. Dengan hanya berniaga di satu
lokasi sahaja seperti pasar di Qaynuqa’ di
Madinah, pastinya hanya mendapat pelanggan
setempat sahaja.

Dengan membawa rombongan perniagaannya ke
bandar, negeri dan negara yang lain, pemasaran

24

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

perniagaannya menjadi semakin meluas oleh
kerana dapat membuka pasaran yang baru.

Pastinya ketika zaman Abdul Rahman bin Auf,
tidak banyak kaedah pemasaran yang boleh
digunakan, tidak seperti hari ini di mana terdapat
pemasaran offline dan juga pemasaran online.
Oleh itu, untuk berjaya dalam perniagaan hari ini,
lebih banyak ilmu pemasaran yang perlu
dipelajari.

Apa yang saya dapat bayangkan ketika itu adalah,
cara pemasaran adalah dengan membawa produk
ke tempat-tempat tertentu secara fizikal, dan
kaedah pemasaran word-of-mouth. Itulah “media
sosial” seperti mana kita kenali hari ini.

Menggunakan satu atau dua ilmu pemasaran
sahaja tidak mencukupi pada zaman ini dikala
banyak peluang dan platform pemasaran yang
wujud, dan makin ramai pesaingan yang ada tidak
kira apa sahaja industri.

25

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Sering saya mendapat keluhan dari usahawan
bertanyakan pada saya:

“IK, perniagaan saya kurang mendapat
sambutan. Di manakah silap saya?”

Tanpa mengetahui perniagaan apa yang
dijalankan lagi, pastinya saya tahu silap usahawan
tersebut amat kurang melakukan pemasaran.

Mungkin hanya melakukan satu atau dua cara
sahaja (seperti Facebook dan Instagram), dan
bukan 5 atau 6 atau lebih cara (seperti Facebook,
Instagram, Email, Video, Landing Page, SEO dan
sebagainya!)

Oleh kerana saya ingin sangat anda pelajari
tentang ILMU PEMASARAN, berikut adalah
ekstrak dari buku “9/10: Dari SOLOpreneur ke
ENRTREpreneur menjadi GLOBALpreneur”

(Muka surat 50 “Ilmu Pemasaran Trend vs 26
Evergreen”)

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Bukan lagi rahsia, untuk berjaya di dunia, kita
perlu ILMU. Untuk berjaya di akhirat, kita perlu
ILMU. Perkataan ILMU disebut dalam Al-Quran
lebih 700 kali, menunjukkan betapapentingnya
ilmu dalam mencapai apa sahaja kejayaan.

Dan di sini saya ingin kongsikan apakah ilmu
pemasaran yang paling penting dalam
perniagaan online yang telah membantu saya
kembangkan perniagaan dari perniagaan SOLO
seorang diri, dan menjadi perniagaan global.

Take note. Anda perlu faham ini 100%. ILMU
penting. Ilmu perniagaan dan pemasaran online
ada dua:

Pemasaran TREND dan EVERGREEN.

Trend bermaksud kaedah pemasaran online yang
mengikut trend. Ada naik dan turun. Seringkali,
ianya bermula naik, di mana kaedah teknik
pemasaran tersebut adalah sangat efektif, tetapi

27

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

beberapa tahun kemudian ia akan turun dan
menjadi kurang efektif.

Evergreen pula, seumpama ‘lagu evergreen’. Iaitu
lagu dari dulu, hingga kini bila kita dengar, tetap
lagi best. Dalam konteks pemasaran pula,
pemasaran yang evergreen bermaksud, dari dulu
ianya efektif dan hingga kini ia tetap efektif lagi.
Ianya bukan turun naik seperti trend.

Contoh trend adalah, anda pernah dengar MIRC,
Friendster, MySpace, atau Foursquare? Mungkin
pernah bukan? Dulu ianya amat popular. Tetapi,
kini boleh dikatakan sudah tidak lagi wujud.

Facebook, Instagram dan YouTube adalah trend.
Bukan saya nak kata Facebook, Instagram dan
YouTube akan hilang dan tidak lagi wujud, itu
saya tak tahu. Tetapi, Facebook, Instagram dan
YouTube 5-6 tahun lalu, tidak seperti sekarang.

Dulu, reach di Facebook adalah tinggi. Kini, reach
Facebook adalah rendah. Dulu jika kita

28

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

mempunyai 1,000 followers di Facebook, apabila
kita post sesuatu, 800 orang akan dapat lihat
(reach). Hari ini, walaupun kita mempunyai 1,000
followers di Facebook, apabila kita post sesuatu,
hanya 80 orang sahaja yang dapat lihat. Dulu,
harga iklan di Facebook adalah murah. Hari ini,
harga iklan di Facebook bertambah mahal.

Jika dulu harga iklan adalah hanya 50sen satu klik,
kini harga iklan telah menjadi RM5 untuk setiap
klik. Sehingga perniagaan yang margin untung
rendah tidak mempunyai ruang langsung
meletakkan iklan Facebook Ads.

Tidak seperti dulu, perniagaan kecil dan
mempunyai margin untuk kecil juga boleh
meletakkan FacebookAds kerana harga iklan
Facebook adalah murah.

Ini adalah contoh TREND. Trend berubah. Dulu
meningkat, kini menurun. Ada trendnya.
Kesilapan seorang usahawan adalah apabila kita
hanya fokus pada TREND sahaja.

29

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Kesilapan yang besar.

Untuk berjaya dalam perniagaan online jangka
masa panjang, jangan fokus pada trend sahaja.
Gunakan kaedah pemasaran evergreen juga.
Kaedah pemasaran yang tidak ditelan dek masa.

Contohnya adalah seperti SEO (Search Engine
Optimization), teknik yang saya gunakan sejak
tahun 2001 lagi hingga hari ini 2019 yang diajar
oleh mentor saya, Corey Rudl. Email marketing,
teknik yang digunakan sejak dulu lagi hingga kini.
Blog & content marketing, yang masih lagi
popular dari dulu hingga hari ini. Hinggakan Bill
Gates pada tahun 1996 mengatakan bahawa
“Content is KING”.

Sehingga hari ini, ianya adalah benar. Itulah
namanya evergreen!

Ramai usahawan online di Malaysia melakukan
kesilapan hanya menggunakan kaedah pemasaran

30

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

TREND, seperti Facebook dan Instagram.
Sedangkan untuk berjaya jangka masa panjang
dalam perniagaan, kaedah pemasaran
EVERGREEN adalah sangat penting.

Ketika menjalankan program saya, dan juga ketika
menjawab soalan-soalan melalui #TanyaIK di
media sosial, sering saya ditanya.

"IK, apakah trend pemasaran terkini?"

Semua orang nak tahu apakah trend. Trend adalah
mudah untuk tahu. Strategi apa yang ramai
gunakan, itulah trend. Seperti Facebook dan
Instagram ketika ini. Tetapi, masalah dengan
trend adalah, apabila terlalu ramai orang
menggunakannya, ia akan menjadi tepu.

Dan apabila ia menjadi tepu, ia akan menjadi
kurang efektif. Seperti mana Facebook dan
Instagram tidak lagi seperti dulu, mudah dan
murah. Kini, susah dan mahal.

31

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Waktu terbaik untuk menggunakan kaedah
pemasaran yang mengikut trend adalah ketika
trend sedang meningkat. Bagi Facebook
contohnya, adalah sekitar tahun 2012-2016 ketika
trendnya meningkat naik.

Mereka yang telah memulakan perniagaan online
di Facebook ketika itu, sangat beruntung
(termasuk saya) oleh kerana reach sangat tinggi
dan kos iklan FacebookAds adalah sangat rendah
ketika waktu trend sedang meningkat.

Sama seperti di bursa saham. Pastinya pelabur
akan berebut melaburkan wang mereka ketika
peningkatan naik trend sesuatu pelaburan untuk
mendapat untung. Tetapi, apabila trend pelaburan
itu jatuh, pelabur akan cepat-cepat menjual saham
mereka oleh kerana tidak mahu rugi.

Untuk berjaya dalam perniagaan online bukan
sekadar setahun dua, tetapi untuk teruskan
perniagaan sepuluh atau dua puluh tahun dari
sekarang, pastikan anda jangan hanya fokus pada
kaedah pemasaran TREND.

32

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Tetapi lakukan juga kaedah pemasaran
EVERGREEN.

Bagaimana sesuatu perniagaan dapat berkembang
dari perniagaan SOLO ke peringkat yang lebih
tinggi?

Jangan hanya fokus pada trend. Kesilapan yang
besar.

Sebab itulah, dalam program yang saya
kendalikan, Program Intensif Perniagaan Internet
dan Strategi Media Sosial, modul saya tidak
hanya fokus pada pemasaran berbentuk TREND.

TREND sememangnya penting, tetapi
mempelajari trend sahaja tidak mencukupi.
Program ini juga menekankan kaedah-kaedah dan
strategi pemasaran EVERGREEN juga.

TREND diajar, EVERGREEN juga diajar. 33

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Dan Alhamdulillah, sebab itulah program saya
sejak tahun 2006 lagi telah melahirkan paling
ramai usahawan online yang berjaya di Malaysia
hingga kini! Dapatkan maklumat lanjut di
www.openeducation.com.my

Kunci perniagaan: Pengalaman

Ilmu secara teori sahaja tidak mencukupi jika
tidak disertakan dengan aksi yang praktikal.
Seperti Abdul Rahman bin Auf, bukan sahaja
dilengkapi dengan ilmu dari ayahnya, tetapi juga
ayahnya membawanya ke serata tempat untuk
berniaga dan menghadiri persidangan perniagaan
ketika beliau masih muda.

Dengan ilmu dan pengalaman, seseorang yang
bergelar “usahawan jutawan”, jika memulakan
perniagaan yang baru, lebih cenderung lagi untuk
berjaya. Jika tidak kira apa pun sebabnya
perniagaannya gagal, dia boleh terus memulakan
perniagaan yang baru dan perniagaan baru itu

34

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

juga akan mencapai kejayaan yang tinggi dengan
ilmu dan pengalaman yang dimiliki sebelum ini.

Begitu juga hakikatnya Abdul Rahman bin Auf
yang mempunyai ilmu dan pengalaman bertahun-
tahun dalam bidang perniagaan sebelum
memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah tanpa
sebarang harta. Kesemua harta dan perniagaan
keluarganya dirampas dan ditinggalkan di Mekah
ketika berhijrah.

Abdul Rahman bin Auf memulakan perniagaan
yang baru di Madinah. Walaupun bermula dari
kosong, dan memulakan perniagaan kecil, ianya
berkembang menjadi satu empayar perniagaan
yang jauh lebih hebat dari sebelum itu dengan
ilmu dan pengalaman yang dimiliki.

Pastinya anda pernah dengar nama dua syarikat
ini. Iaitu Disney dan juga Lego. Kedua-dua
syarikat ini telah mencapai kejayaan yang
cemerlang. Tetapi ada masa di mana, walaupun
selepas kejayaan yang hebat tersebut, kedua-

35

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

duanya pernah melalui saat masalah dalam
perniagaan sehingga hampir bankrap!

Ya, walaupun nama yang gah seperti Disney dan
Lego, kedua-duanya hampir tutup kedai juga.
Untuk Lego, ianya tidak lama dulu pada tahun
2003.

Tetapi, dengan ilmu dan pengalaman perniagaan
kedua-dua syarikat tersebut, mereka dapat
mengatasi masalah ini dan terus menjadi syarikat
bilion dollar sehingga hari ini.

Dan tahukah anda, Disney juga menggunakan
strategi mengembangkan perniagaan seperti mana
yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf
berkurun-kurun sebelum itu?

Dalam STRATEGI #7: KEMBANGKAN
EKOSISTEM PERNIAGAAN akan dikongsikan!

Sebelum memulakan perniagaan, pastikan anda

lengkapkan diri anda dengan ilmu terlebih

36

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

dahulu. Pengalaman akan datang apabila anda
mempraktikkan ilmu perniagaan itu.

Kunci perniagaan: Jaringan Perniagaan

Tidak dinafikan bahawa jaringan perniagaan atau
business network adalah sangat penting dalam
perniagaan. Walaupun hari ini network
perniagaan boleh di lakukan melalui online seperti
di Facebook atau pun Linked in, tetapi jaringan
perniagaan bersemuka masih lagi menjadi pilihan
dan lebih efektif oleh kerana terdapat perjumpaan
bertentang mata, eye-contact untuk membina
keyakinan dan kredibiliti.

Abdul Rahman bin Auf mempunyai network
perniagaan yang meluas sebelum memeluk Islam
dan berhijrah ke Madinah di mana beliau bermula
dari kosong.

Tambahan, jaringan dalam perniagaannya juga
terdiri dari mereka yang bukan Muslim walaupun
selepas memeluk agama Islam.

37

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Antara kisah yang sering diceritakan mengenai
Abdul Rahman bin Auf adalah berkenaan kenalan
perniagaannya Ummayah bin Khalaf seorang
bukan Islam di mana terdapat perjanjian untuk
Ummayah menjaga keselamatan Abdul Rahman
bin Auf di Mekah dan Abdul Rahman bin Auf
menjaga keselamatannya di Madinah.

Ketika melakukan perjanjian tersebut Ummayah
tidak mahu meneruskan perjanjian melainkan
Abdul Rahman bin Auf menggunakan nama
beliau sebelum memeluk Islam iaitu “Abu Amr”.
Abdul Rahman bin Auf akhirnya bersetuju
menggunakan nama bukan Islamnya dan
termeterailah perjanjian tersebut.

Apa yang dapat dikupaskan di sini adalah daya
berunding Abdul Rahman bin Auf dalam
perjanjian tersebut untuk bertolak ansur dalam
mencapai sesuatu persetujuan.

Berunding (negotiate) dalam apa sahaja perlu

mempunyai tolak ansur. Menjadi perunding yang
hebat bukan bermaksud sebelah pihak sahaja yang

38

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

mendapat kelebihan, tetapi kedua belah pihak
mendapat kemenangan, iaitu situasi WIN-WIN.

Apabila anda melakukan perundingan dalam
perniagaan, fikirkan kisah ini.

Jaringan kenalan perniagaan Abdul Rahman bin
Auf bukan sahaja membantunya dalam
menjayakan perniagaan, tetapi juga tidak kerana
kenalan dalam perniagaannya, Saidina Abu Bakar
memperkenalkannya pada agama Islam dan
menjadi antara orang yang terawal memeluk
Islam.

Melalui perniagaan dan jaringan perniagaan juga
boleh berdakwah!

39

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Sedikit latihan praktikal untuk anda. Apa kata
letak kan matlamat untuk berkenalan dengan 4
usahawan setiap bulan. Tidak kira mereka masih
lagi baru atau sudah lama dalam bidang
perniagaan. Jalinkan silaturrahim. Saya yakin,
dengan melakukan ini sahaja, rezeki perniagaan
anda InsyaAllah meningkat seperti mana hadis:

"Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya
dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia
menyambung silaturahim." ~HR. Muttafakun
'alaih dari Anas bin Malik r.a

40

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

STRATEGI #2:
PROAKTIF & POSITIF DALAM

PERNIAGAAN
“… Di manakah pasar?”

Ketika di Madinah, Abdul Rahman bin Auf ingin
diberi bantuan oleh Sa’ad bin Rabi’, seorang
saudara barunya yang merupakan orang yang
kaya di Madinah.

Sa’ad bin Rabi’ ingin memberi kebunnya kepada
Abdul Rahman bin Auf yang berhijrah sehelai
sepinggang meninggalkan segala hartanya di
Mekah.

Kata Sa’ad bin Rabi’ ingin membantu;

“Ketahuilah saya seorang Ansar yang banyak
harta. Ambillah satu daripada dua kebun saya
untuk diusahakan”

41

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Namun, Abdul Rahman bin Auf menolak bantuan
itu dengan baik.

“Semoga Allah SWT memberi berkat kepada
keluarga dan harta mu…

Namun tunjukkanlah jalan menuju ke pasar”

Beliau bertanya Sa’ad bin Rabi’ dimanakah pasar
untuk dirinya mula berniaga kerana itulah
matlamatnya. Pasar yang dimaksudkan adalah
pasar Qaynuqa’, iaitu pasar yang popular di
Madinah.

Keyakinan Abdul Rahman bin Auf bahawa Allah
SWT akan membantunya sudah mencukupi.
Walaupun tidak mempunyai harta, beliau tidak
mahukan bantuan dari saudaranya.

Kisah menceritakan bahawa Abdul Rahman bin

Auf tidak membuang masa untuk mulakan

perniagaannya yang pertama sejurus selepas tiba

di Madinah. Terdapat kisah yang mengatakan

42

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

beliau memulakan perniagaan di Madinah pagi
esoknya apabila tiba. Ini menunjukkan sikapnya
yang proaktif dan positif.

Pada hari pertama menjalankan perniagaan di
pasar, beliau telah mampu membeli makanannya
sendiri dari pendapatan berniaga!

Selang beberapa hari kemudian, hasil dari
perniagaannya membolehkannya berkahwin pula!

Betapa hebat kebolehannya menjana pendapatan
bermula dari kosong dalam masa yang singkat
sahaja.

“Allah tidak akan mengubah nasib seseorang
sehingga mereka mengubahkan nasib mereka
sendiri” Surah al-Anfal, ayat 53.

Proaktif merujuk kepada sikap ingin
memulakan dan melakukan sesuatu. Ianya
bermaksud mengawal keadaan dan melakukan

43

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

sesuatu, dan bukan hanya sekadar menunggu
sesuatu akan berlaku.

Menurut buku bestseller, Stephen Covey, The 7
Habits of Highly Effective People, tabiat #1 yang
dimiliki oleh orang yang sangat berjaya adah
PROAKTIF. Malah, ianya adalah bab pertama
dalam buku tersebut.

Untuk berjaya, seseorang itu perlu mengambil
tanggungjawab dalam setiap keadaan secara
positif untuk memperbaiki keadaan semasa. Tidak
perlu menunggu waktu yang sesuai, atau tidak
perlu menunggu orang yang menyuruh.

Bermula dengan modal kurang dari 4 dinar
berniaga dadih secara kecil-kecilan pada hari
pertama, perniagaannya berkembang maju
sehingga menjadi usahawan termasyur ketika itu.

Semangat yang ditunjukkan oleh Abdul Rahman
bin Auf perlu dicontohi. Jangan diberi alasan
untuk tidak bermula, dan tidak perlu mendapat

44

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

bantuan untuk bermula. Mulakan dengan apa
sahaja yang kita ada, dan apa sahaja yang
termampu.

Antara soalan (atau alasan) yang sering saya
dengar adalah

“Tiada modal nak mulakan perniagaan”

Untuk memulakan perniagaan, mulakan
perniagaan kecil sahaja yang tidak memerlukan
banyak modal.

Katakanlah anda ingin memulakan perniagaan
menjual produk kesihatan. Langkah pertama
adalah untuk bermula menjadi agen kepada
sesuatu pemilik perniagaan kesihatan yang
memerlukan kos yang rendah, dan bukan
memulakan jenama produk kesihatan anda sendiri
yang pastinya memerlukan kos yang sangat
tinggi.

45

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Menjadi agen kepada sesuatu perniagaan yang
lain mungkin modalnya hanya beratus ringgit
sahaja. Pastinya kita ada beberapa ratus ringgit
bukan?

Tetapi, jika seseorang itu hendak mencari alasan,
pastinya akan jumpa juga alasan.

“Saya seratus ringgit pun tiada. Bagaimana?”

Jika tiada modal seratus ringgit, apa kata cari agen
lain yang sedia ada, dan pinjamkan produknya
untuk anda jual. Dengan syarat kepada agen
tersebut, anda tidak perlu keluarkan modal, dan
komisyen anda ambil separuh dari hasil jualan
anda. Agen itu akan mendapat separuh lagi 50-50.
Agen asal itu tidak perlu lakukan apa-apa.
Pastinya dia akan setuju oleh kerana anda yang
buat kerja dan dia akan menjana pendapatan atas
hasil usaha anda. Stoknya pula akan bergerak!

46

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

“Tapi kalau begitu, untung saya sedikit” Alasan
lagi! Inilah yang dikatakan, orang lain buat duit,
kita buat alasan.

Dan ini adalah sangat berlawanan dengan sikap
proaktif dan positif. Orang yang hanya memberi
alasan dan berfikir negatif tidak akan berjaya.

Mempunyai mindset yang positif adalah amat
penting untuk berjaya. Bila berfikir positif, lebih
banyak peluang kita dapat lihat dan kita juga tahu
sekiranya sering bersama orang yang negatif,
nanti kita juga akan menjadi negatif.

Tetapi, adakah anda sering mempunyai mindset
positif atau negatif?

Sedikit latihan. Cuba lihat dua pilihan di bawah
dan tentukan anda lebih cenderung ke arah yang
mana…

MINDA POSITIF 47

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

• Mereka yang mempunyai mindset positif akan
sentiasa memikirkan penyelesaian kepada
masalah. Tidak terlalu mengutamakan
masalah, tetapi lebih fokus untuk mencari
penyelesaiannya. Mereka akan lebih
bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu
dan tidak menyalahkan orang lain sekiranya
sesuatu itu tidak menjadi atau tidak kena.

• Orang yang mempunyai minda positif akan
sentiasa optimis dalam apa yang dilakukan
dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Namun, tidak sehingga menjadi ego atau
terlalu ‘over-confident’ sehingga tidak berhati-
hati dengan setiap langkah yang dilakukan.
Setiap langkah dilakukan dengan penuh
perancangan yang teliti dan bukan sekadar
‘main langgar’ sahaja.

• Mindset positif akan suka melihat kejayaan
orang lain. Suka juga membantu orang lain
mencapai kejayaan. Apa sahaja kejayaan
disekeliling akan diambil sebagai inspirasi
untuk memperbaiki diri sendiri mencapai

48

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

kejayaan yang lebih tinggi lagi.

• Kata-kata orang yang positif juga dipenuhi
dengan mesej, nasihat, atau perbualan yang
positif. Kerana mereka tahu, sekiranya
bercakap perkara yang negatif, ia akan
memberi impak negatif kepada diri sendiri
dan akan impak juga mindset positif mereka
menjadi negatif!

MINDA NEGATIF

• Mereka yang mempunyai mindset negatif
akan sentiasa melihat masalah yang ada
disekeliling. Masalah-masalah ini akan
menjadi alasan kepada mereka untuk tidak
melakukan atau memulakan sesuatu. Apabila
melihat masalah, mereka tidak pula
memikirkan penyelesaian tetapi mencari lebih
banyak alasan supaya mengukuhkan
pendirian mereka untuk tidak bermula.

• Orang yang mempunyai minda negatif juga
kurang mempunyai keyakinan diri. Mungkin
pada zahir nampak gah dan hebat, tetapi

49

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

ianya hanya sekadar lakonan untuk
menyorokkan ketidak yakinan diri. Apabila
ingin melakukan sesuatu, apa yang dilihat
adalah halangan-halangan yang dihadapan
dan bukan jalan untuk mencapainya.

• Mindset negatif pula akan sering iri hati
melihat kejayaan orang lain. Bukan sekadar
itu sahaja, tetapi juga memberi pelbagai alasan
mengapa orang lain mudah berjaya, dan diri
sendiri sukar untuk berjaya. Adakalanya juga
mereka yang mindset negatif tidak suka
melihat orang lain lebih berjaya dan cuba
menjatuhkan semangat mereka supaya sama-
sama menjadi negatif.

• Kata-kata mereka yang negatif akan sentiasa
berkenaan masalah, alasan, kritikan,
kesukaran, kesusahan dan sewaktu
dengannya. Kesemua kata-kata ini bukan
sahaja mengambarkan mindset yang dimiliki,
tetapi juga adalah percubaan untuk
menguatkan lagi sebab musabab diri sendiri
mengapa mereka tidak berusaha untuk
mencapai kejayaan.

50

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com


Click to View FlipBook Version