The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Strategi Abdul Rahman bin Auf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by baihaqie1234, 2020-01-09 20:51:02

ebook dari IK

Strategi Abdul Rahman bin Auf

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Sudah tentunya akan turut terhenti.

Bayangkan sekiranya ini terjadi kepada anda.
Sekiranya anda bekerja makan gaji, atau
menjalankan satu jenis perniagaan sahaja, apa
akan terjadi sekiranya pendapatan anda daripada
satu punca tersebut terhenti? Berapa bulan anda
dapat menampung kos kehidupan anda dengan
simpanan yang sedia ada?

Bagi ramai antara kita, apabila melihat kepada
senario ini, jawapannya amat menakutkan.
Mungkin wang simpanan yang kita ada hanya
mampu menampung perbelanjaan untuk kurang
dari tiga bulan sahaja kos kehidupan kita dan
keluarga.

Aliran pendapatan berganda adalah apabila anda
mempunyai pelbagai punca pendapatan.

Bayangkan sebuah singki yang mempunyai satu
pili. Sekiranya anda membuka pili tersebut pada

101

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

arus yang deras, oleh kerana ada lubang aliran
keluar di dasar singki tersebut, maka air akan
tetap keluar dan tidak dapat memenuhi singki itu.

Tetapi, bayangkan anda mempunyai singki yang
mempunyai empat pili. Sekiranya keempat-empat
pili tersebut dibuka dengan deras, walaupun
terdapat lubang aliran keluar di singki itu, tidak
lama nanti, seluruh singki itu akan tetap dipenuhi
air sehingga melimpah–limpah.

Bayangkan juga setiap pili tersebut adalah punca
pendapatan anda. Air yang mengalir adalah wang
dan lubang di dasar singki itu adalah perbelanjaan
harian anda.

Bagaimanakah caranya untuk menambahkan
wang anda? Adakah dengan hanya bergantung
kepada satu pili sahaja? Ataupun menggunakan
empat pili supaya mendapat pendapatan yang
berlimpah–limpah? Ataupun lebih?

102

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Aliran pendapatan yang berganda diamalkan oleh
ramai golongan kaya. Mereka tidak hanya
bergantung kepada satu punca pendapatan.

Bagi usahawan yang berjaya, mereka tidak hanya
bergantung kepada satu perniagaan sahaja malah,
mereka memulakan beberapa jenis perniagaan
untuk menghasilkan untung yang berlipat kali
ganda.

Sebagai tambahan, untung dari perniagaan itu
pula dilaburkan untuk mendapatkan pulangan
pelaburan yang lebih lumayan. Ini menambahkan
lagi aliran pendapatan yang sedia ada.

Melabur pada lebih dari satu pelaburan
Apabila melabur pula, bukan sahaja melabur pada
satu jenis pelaburan, tetapi, melaburkan juga pada
beberapa jenis pelaburan yang lain untuk
memastikan untung atau rugi disebarkan. Aliran
pendapatan juga turut berganda dengan pelbagai
akaun pelaburan yang dimulakan.

103

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Ramai juga yang memiliki perniagaan, dan
melaburkan keuntungan mereka dengan membeli
hartanah kemudian menyewakan hartanah
tersebut atau menjualkannya semula untuk
memperolehi lebih keuntungan. Bukan lagi rahsia
bahawa industri hartanah telah melahirkan ramai
jutawan sejak dahulu kala lagi sehingga kini.

Sebagai tambahan, bidang hartanah juga, boleh
menjadi punca pendapatan berganda apabila
melabur kepada beberapa hartanah dan bukan
hanya pada satu sahaja!

Dan YA, Abdul Rahman bin Auf juga
menjalankan perniagaan hartanah dan pernah
menjual tanah pada harga 40,000 dinar (RM5.7
bilion) dan disedekahkan keseluruhannya untuk
mereka yang memerlukan!

Dan ini hanyalah sangat sedikit dari jumlah
keseluruhan pemberiannya. Kita nak derma
RM570 pun sangat susah bila tiada wang. Sebab
itulah Islam galakkan umatnya menjadi kaya dan
berjaya!

104

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Pepatah Inggeris berbunyi

“Don’t put all eggs in one basket”

Jangan letakkan kesemua telur dalam bakul yang
sama. Ini kerana, sekiranya bakul yang dibawa
terjatuh maka, kesemua telur akan pecah.
Maksudnya, dengan membawa satu bakul sahaja
ia umpama bergantung hanya kepada satu sumber
pendapatan sahaja.

Dengan mempunyai punca pendapatan yang lain,
kita akan dapat memperolehi aliran pendapatan
yang berganda. Sekiranya si kaya mempunyai 5
punca pendapatan, di mana setiap daripadanya
dapat memperolehi RM3,000 setiap bulan. Jumlah
pendapatan kesemuanya akan menjadi RM15,000.
Sekiranya mempunyai 10 punca pendapatan,
maka, pendapatan bulanan menjadi RM30,000
(Ha… di sini nak derma RM570 atau lebih lagi dah
semakin mudah!).

105

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Fikirkan bagaimana anda boleh gandakan
pendapatan anda ketika ini. Fikir bagaimana anda
boleh membuka lebih banyak pili pendapatan
untuk menghasilkan aliran pendapatan yang lebih
deras seperti si kaya!

Aliran pendapatan berganda Abdul Rahman bin
Auf

Begitu juga dengan Abdul Rahman bin Auf
sememangnya pada permulaan ketika beliau tidak
memiliki apa-apa, perniagaannya hanyalah
menjual dadih pada hari pertama di pasar.

Tetapi, apabila perniagaannya berkembang, beliau
menjual pelbagai barangan pula seperti kurma,
gandum, beras, pakaian, barangan rumah, minyak
wangi dan apabila perniagaan semakin
berkembang, mengusahakan ladang, menjual
kambing, unta, kuda, tanah dan banyak lagi!

Apa yang beliau lakukan adalah “multiple streams
of income” atau aliran pendapatan yang berganda.
Tidak mengharapkan hanya satu aliran

106

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

pendapatan, tetapi mengembangkan perniagaan
dalam industri yang pelbagai.

Oleh kerana kehebatan pengalaman dan ilmu
yang sangat tinggi dimiliki Abdul Rahman bin
Auf sebelum memulakan perniagaannya di
Madinah, walaupun bermula dari kosong, tiada
perniagaannya yang gagal pada ketika itu.

Sehingga dikatakan umpama jika beliau
mengangkat batu, pastinya terjumpa emas!

Kata-kata ini juga menunjukkan bahawa Abdul
Rahman bin Auf sangat bijak melihat dan
mengambil peluang yang ada dalam
perniagaannya yang pelbagai. Barangan yang
dijual adalah pelbagai untuk memenuhi
permintaan ketika itu.

Namun bagi kita yang masih kurang ilmu dan
pengalaman dalam perniagaan, mempunyai aliran
pendapatan yang berganda adalah langkah yang
bijak bukan sahaja dapat menambahkan

107

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

pendapatan perniagaan, tetapi juga sebagai satu
‘safety net’ jika dalam keadaan sesuatu perniagaan
kurang mendapat sambutan atau gagal (harapnya
tidak!), maka ada perniagaan dan aliran
pendapatan lain yang tetap memberi cashflow
yang positif.

Tetapi, jangan lupa mengambil langkah seperti
Abdul Rahman bin Auf juga. Bermulanya
bukanlah terus dengan pelbagai perniagaan.
Tetapi, fokus kepada satu perniagaan terlebih
dahulu dan kemudian kembangkan lagi.

Sedikit perkongsian dari blog saya
www.IrfanKhairi.com

Mungkin ianya satu tabiat, bagi saya, setiap tahun,
saya akan mulakan satu perniagaan internet baru.
Kesemua perniagaan yang saya mulakan bermula
kecil sahaja. Tidak meggunakan modal yang besar,
ataupun pekerja yang ramai. Dan kesemuanya
menggunakan Internet sebagai platfom.

108

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Sejak dulu lagi saya mengamalkan ‘multiple
source of income’. Walaupun perniagaan yang
bemula kecil tetapi apabila mempunyai banyak
perniagaan, jumlah pendapatan keseluruhan
adalah tinggi juga apabila periagaan semakin
membesar.

Bila guna internet, itu yang tidak perlu modal
yang besar dan pekerja yang ramai.

Selepas 4 tahun menjalankan perniagaan di Dubai
yang pelbagai, tahun ini saya dapat lihat “gaps in
the market” dan permintaan dalam food and
beverage industry di Dubai, terutamanya restoran-
restoran mewah di sini dan menghasilkan
perkhidmatan untuk pasaran ini.

Point saya sebenarnya bukanlah mengenai
perniagaan saya. Tetapi mengenai “multiple
source of income”.

Saya memiliki beberapa aliran pendapatan. Dari
royalti menulis buku, produk-produk saya di

109

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Internet, perkhidmatan yang dijalankan,
pelaburan, juga beberapa perniagaan online dalam
negara dan luar negara termasuk di Dubai kini.

Ramai antara kita hanya mempunyai 1 atau 2
aliran pendapatan sahaja. Namun sekiranya kita
lihat mereka yang berjaya dalam bidang
kewangan, mereka mempunyai 4…5 atau lebih
aliran pendapatan.

Sebab itulah saya suka membina perniagaan
online (walaupun bermula kecil) tetapi, perlahan-
lahan kembangkannya satu demi satu
menggunakan teknik dan startegi perniagaan
internet.

Sedikit pengakuan…

Saya memulakan beberapa perniagaan dan
kembangkannya bukan hanya kerana pulangan
dari segi wang. Tetapi, bagi saya sekiranya saya
tidak mulakan sesuatu yang baru dan aktifkan

110

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

dan cabar minda saya…. nanti saya akan jadi
tersangat bosan!

Ya, saya jenis yang akan rasa “rimas” kalau tiada
projek baru. Kalau tidak, nanti saya bosan.

* Ini juga mungkin boleh dikategorikan sebagai
PROAKTIF seperti di STRATEGI #1. Perasaan
ingin memulakan dan melakukan sesuatu.

Bila saya mulakan sesuatu baru, saya akan belajar
sesuatu baru. Dan ini sering memberi saya
semangat dan momentum setiap hari dan setiap
tahun.

Jadi, ianya win-win situation. Bukan sahaja
multiple source of income dapat memberi
pendapatan tambahan kepada saya dan keluarga,
tetapi juga ia dapat penuhkan masa saya dan
cabar diri saya sendiri supaya tidak bosan dan
sentiasa melakukan perkara baru!

111

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Pernah kah anda berada dalam keadaan ini?
Mungkin wang bukan merupakan masalah utama,
dan anda mempunyai masa. Tetapi anda rasa
ingin cuba sesuatu baru, a new veture untuk
aktifkan diri sendiri.

Perniagaan di internet
Sentiasa saya beringat dan bersyukur sejak 20
tahun lalu telah belajar cara memulakan
perniagaan di internet. Sejak itu, tidak lagi saya
menoleh ke belakang dan terus menerus
menggunakan internet sebagai platform utama
perniagaan.

Dengan mempunyai ilmu perniagaan online,
apabila saya mempunyai idea ingin memulakan
sesuatu perniagaan, tak sampai 1 minggu,
InshaAllah perniagaan itu akan bermula sudah di
internet. Kalau ada rezeki, pendapatan baru
(multiple source of income) juga akan bermula
dalam masa 1 minggu.

Platform Internet membolehkan kita memulakan
perniagaan dengan mudah dan murah. Dengan

112

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

hanya mempunyai laman web, dan media sosial
kini, ia merupakan langkah pertama untuk
menjana pendapatan tambahan, secara aliran
pendapatan berganda.

Kerja dari rumah
Ketika menulis ini, saya berada di rumah.
Walaupun mempunyai pejabat di Dubai Marina
(sungguh cantik pemandangannya!), tetapi sering
kali pejabat itu adalah untuk sebarang
appointment dan meeting sahaja. Saya lebih suka
dan selesa melakukan kerja dari rumah. Dan ini
yang saya lakukan sejak 20 tahun lalu.

Salah satu manfaat menjalankan perniagaan
online adalah dari segi kebebasan masa di mana
saya boleh melakukannya di mana sahaja dan
pada bila bila masa pun.

Teringat saya sejak anak sulung saya dilahirkan
lagi, saya sudah pun menjalankan perniagaan dari
rumah. Ketika itu, bukan zaman Google,
Facebook, YouTube, Instagram dan Whatsapp.

113

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Ketika itu, zaman Altavista, Netscape, Lycos,
Infoseek dan Ask Jeeves!

Kini, anak sulung sudah pun remaja (dan tambah
lagi 3 anak), dan saya masih lagi bekerja dari
rumah!

20 tahun berlalu dan perniagaan Internet kini…

20 tahun berlalu dan perniagaan internet
merupakan platform utama serata dunia dalam
memulakan perniagaan dan mengembangkan
perniagaan. Tidak kira perniagaan besar atau
perniagaan kecil-kecilan menggunakan internet
dan media sosial.

Mungkin 10 atau 20 tahun yang lalu, orang-orang
terkaya di dunia (dan di Malaysia) adalah mereka
yang menjalankan perniagaan hartanah. Hari ini,
jika dilihat orang-orang terkaya di dunia, ramai
antara mereka menjalankan perniagaan internet.
Orang terkaya di dunia hari ini, Jeff Bezos adalah
pemilik laman web perniagaan terbesar di dunia,
iaitu Amazon.com.

114

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Zaman berubah. Kaedah untuk menjadi kaya juga
berubah. Ilmu perniagaan internet adalah semakin
penting hari ini dan patut dipelajari oleh semua,
termasuk diri kita dan juga anak-anak kita.

Sering juga saya fikirkan. Sekiranya 20 tahun lalu
saya tidak belajar perniagaan internet, dan tidak
memulakan perniagaan online, agak-agaknya apa
yang saya lakukan hari ini?

Wallahualam
IK
Dubai

Petikan www.irfankhairi.com

115

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

STRATEGI #7:
KEMBANGKAN EKOSISTEM

PERNIAGAAN

Tidak dinafikan dalam masa beberapa tahun
sahaja, perniagaan Abdul Rahman bin Auf
berkembang dan terus berkembang walaupun
bermula dari perniagaan yang kecil sahaja seorang
diri sahaja.

Bermula dari kosong, dan menjadi jutawan dalam
masa 10 tahun, dan billionaire dalam masa 30
tahun.

Dari penyelidikan yang telah saya lakukan (dan
akan terus lakukan), boleh dirumuskan terdapat
dua fasa perniagaan yang dilakukan oleh Abdul
Rahman bin Auf dari bermula menjalankan
perniagaan kecil seorang diri dari pasar Qaynuqa’
menjual dadih bermodalkan kurang 5 dinar
hingga menjadi perniagaan global bernilai
berbilion.

116

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

FASA 1: Bermula Dengan Bootstrap
FASA 2: Kembangkan Ekosistem Perniagaan

FASA 1: Bermula Dengan Bootstrap
Konsep bootstrap bukanlah konsep baru. Malah ia
telah dilakukan sejak dulu lagi. Ia bermaksud
mengengembangkan sesuatu perniagaan secara
organik, tanpa bantuan kewangan atau pinjaman,
tetapi dengan hanya menggunakan keuntungan
perniagaan tersebut semula untuk kembangkan
lagi perniagaan.

Itu yang dilakukan juga oleh Abdul Rahman bin
Auf. Pada mulanya, beliau hanya menjual dadih
di pasar Qaynuqa’. Dengan kerajinannya yang
sering berniaga hampir setiap masa,
perniagaannya perlahan-lahan berkembang dari
zero sehingga lebih besar dan mula menjual
barangan yang lain hasil dari keuntungan
perniagaan.

Antara cara Abdul Rahman bin Auf berniaga
adalah dengan tidak meminta bantuan dan tidak

117

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

mengambil pinjaman. Jangan lupa, beliau pernah
menolak pemberian kebun dari saudara Islamnya
malah hanya minta ditunjukkan jalan ke pasar
untuk mulakan perniagaan.

Abdul Rahman bin Auf menjalankan perniagaan
trading. Iaitu beli dari tempat lain, dan
menjualkannya semula pada harga untung.
Bermula kecil meniagakan dadih, tetapi seperti
perkongsian sebelum ini, menjalankan pelbagai
perniagaan untuk menjana aliran pendapatan
berganda apabila perniagaan semakin besar.

Bermula dengan bootstrap, kemudiannya
melakukan multiple streams of income dan
mengulangi proses ini sehingga perniagaan terus
berkembang lagi dan lagi.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan,
saya amat syorkan menggunakan pendekataan
bootstrap!

118

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Apa yang dimaksudkan oleh bootstrap adalah,
anda jangan mengambil pinjaman modal dari
mana-mana untuk memulakan perniagaan (tidak
kira badan kewangan atau keluarga dan rakan-
rakan).

Abdul Rahman bin Auf tidak pernah
mendapatkan pinjaman wang untuk
perniagaannya oleh kerana beliau percaya Allah
SWT akan memberi rezeki kepadanya. Dirinya
juga yakin dengan kebolehannya untuk
memulakan dan mengembangkan lagi
perniagaannya dengan mencari peluang-peluang
yang ada.

Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan
anda sendiri. Mulakan perniagaan kecil-kecilan.

Keuntungan yang anda terima dari perniagaan
kecil anda, anda perlu laburkan kembali untuk
memajukan dan mengembangkan perniagaan
anda.

119

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Ramai jutawan lahir dari pendekatan bootstrap
apabila memulakan perniagaan (begitu juga
dengan saya). Ini adalah kerana, dengan
menggunakan konsep bootstrap, anda akan lebih
berhati-hati dengan wang yang dilaburkan.

Anda juga akan lebih mempelajari dari usaha
perniagaan anda. Ia juga akan memaksa anda
menggunakan inovasi dan kreativiti anda dalam
menguruskan perniagaan anda– mulakan kecil
dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan
anda dengan ilmu dan pengalaman yang
dikumpulkan melalui bootstrap.

Untuk memahami lagi konsep bootstrap, saya
sertakan ekstrak dari buku saya “9/10: Dari
SOLOpreneur ke ENRTREpreneur menjadi
GLOBALpreneur”

(Muka surat 126 “Bootstrap”)

Membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi

120

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi
tanpa modal yang besar atau tanpa bantuan
kewangan dari bank dan kerajaan. Begitulah
syarikat saya Irfan Khairi Sdn Bhd. Tidak pernah
mendapat bantuan dana kerajaan ataupun
pinjaman bank.

Melalui pengalaman saya memulakan perniagaan
online dan menjana pendapatan, saya amat
percaya dengan strategi yang dikenali sebagai
bootstrap. Iaitu bermula kecil dan perlahan-lahan
kembangkan perniagaan melalui keuntungan
perniagaan.

Apakah persamaan syarikat Facebook, Dell,
Apple, GoPro, HP, Microsoft, Ebay, Oracle dan
Amazon.com?

Kesemuanya menggunakan strategi bootstrap.

Ya, orang terkaya di dunia hari ini, Jeff Bezos 121
pengasas Amazon.com juga menggunakan
bootstrap bermula 1995!

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Ketika saya mulakan perniagaan, saya tidak
mempunyai wang untuk membeli laptop baru,
domain name dan web hosting. Ketika itu, internet
masih lagi baru. Harga domain name dan
webhosting ketika itu adalah agak mahal. Hampir
USD500 untuk setahun!

Tidak seperti sekarang, RM100 setahun pun sudah
boleh mulakan perniagaan online dengan
mempunyai laman web. Apa lagi alasan kita
untuk tidak mulakan perniagaan online?

Wang yang saya kumpulkan dari kerja sebagai
tukang cuci selama dua tahun saya laburkan
untuk membeli laptop, webhosting dan domain
name.

Untung dari perniagaan itu, saya laburkan
semula pada perniagaan. Ketika itu banyak yang
saya laburkan pada ilmu mempelajari teknik dan
strategi perniagaan online. Anggap di awal

122

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

perniagaan, segala-galanya adalah pelaburan.
Bukan perbelanjaan.

Memulakan perniagaan adalah pelaburan.
Mencari ilmu adalah pelaburan. Ianya akan
menambahkan lagi pendapatan kita. Bukan
liabiliti yang akan mengurangkan aset kita.

Saya masih ingat lagi ketika itu, walaupun telah
menjana pendapatan sejuta dari perniagaan
online, saya masih memandu kereta second-hand
Honda mayat, dan tinggal di flat kecil bersama
isteri untuk beberapa tahun.

Konsep bootstrap bermaksud, untung perniagaan
perlu digunakan semula untuk perniagaan, bukan
untuk belanja diri sendiri. Jika perniagaan untung
RM1,000, gunakan RM900 untuk pelaburan
kembangkan perniagaan, dan selebihnya RM100
untuk belanja diri sendiri.

Jika perniagaan untung RM10,000, gunakan
keuntungan RM9,000 sebagai pelaburan untuk

123

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

memperbaiki perniagaan sama ada dari segi
infrastruktur perniagaan, kos pemasaran,
teknologi, atau ilmu memperbaiki lagi perniagaan.
Semua ini adalah pelaburan.

Jangan jadi seperti sesetengah usahawan, baru
jana pendapatan RM10,000, terus belanja
RM15,000 untuk diri sendiri. Selebih RM5,000 itu
hutang kad kredit pula!

Apabila tahun 2006 saya menubuhkan Irfan Khairi
Sdn Bhd, saya kendalikan perniagaan dari rumah
sahaja. Bukan tidak mampu mendapatkan training
center sendiri kerana ketika itu saya telah pun
menjana RM1,000,000 saya yang pertama melalui
internet beberapa tahun sebelum itu. Tetapi perlu
fikirkan bootstrap. Mula kecil dan besarkan
perniagaan dari keuntungan perniagaan.

Ketika itu, segala training yang dikendalikan, saya
lakukan di dewan seminar hotel. Dengan cara ini,
tidak perlu melaburkan kos yang besar untuk
mempunyai training center sendiri.

124

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Beberapa tahun kemudian, apabila perniagaan
training saya berkembang, barulah saya labur
pada satu unit shop lot tingkat atas di Mutiara
Damansara, sebagai training center Irfan Khairi
Sdn. Bhd. Mengapa tingat atas? Kerana ianya
murah!

Beberapa tahun kemudian, kami mengambil alih
unit di bawahnya ground floor pula.

Beberapa tahun kemudian, mengambil alih unit
bersebelahan, dan setahun dua kemudian, unit
seterusnya.

Tahun 2019, training center kami telah berpindah
dari Mutiara Damansara ke Oval Damansara,
training center yang lebih selesa, besar dan sangat
eksklusif!

Inilah Bootstrap.

125

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Irfan Khairi Sdn Bhd, walaupun mampu memiliki
training center dari awal perniagaan (oleh kerana
Alhamdulillah saya telah pun menjana
pendapatan tinggi sebelum itu) tetapi, dengan
menggunakan konsep bootstrap, kami tidak
mempunyai pejabat pun dan pilih untuk
berkembang secara organik tahun demi tahun.

Konsep yang sama juga saya gunakan apabila
memulakan perniagaan di Dubai. Walaupun
mampu menyewa pejabat yang lebih besar, pada
tahun pertama saya hanya menggunakan ruang
co-working space iaitu berkongsi dengan startup-
startup lain.

Tahun kedua, berpindah ke pejabat sendiri di
Dubai Marina apabila perniagaan berkembang
(mungkin anda pernah melihat saya kendalikan
Facebook Live dari Marina Plaza).

Dan ketika menulis buku ini juga, sedang dalam
proses berpindah ke pejabat baru di downtown
Dubai, berhampiran dengan bangunan tertinggi di
dunia, Burj Khalifa!

126

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Inilah cara bootstrap yang saya amalkan dan
banyak lagi perniagaan amalkan.

Mengapa bootstrap penting?

1. Ianya membantu bagi usahawan yang kurang
modal permulaaan. Untuk mendapat bank loan
atau dana kerajaan, bukannya mudah. Lebih-lebih
lagi untuk perniagaan baru.

2. Ianya membantu kita untuk lebih berhati-hati
dalam perniagaan. Bermula dari kecil akan
memberi kita banyak ilmu dan pengetahuan
mengenai perniagaan yang dijalankan. Sebaiknya,
dapatkan ilmu dan pengetahuan terlebih dahulu
sebelum melabur lebih besar pada perniagaan.

3. Ianya membantu kita untuk berpijak di bumi
yang nyata dalam perniagaan. Sering kita dengar
kisah perniagaan yang mendapat pinjaman bank
besar atau dana kerajaan yang besar, tetapi tidak
menghargai modal tersebut dan berbelanja secara

127

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

boros. Perniagaan pula entah ke mana.

Tetapi, perniagaan yang bersusah-susah dahulu
menggunakan bootstrap, akan tahu susah senang
berniaga dan lebih menghargai setiap sen
keuntungan perniagaan.

4. Mengembangkan perniagaan secara organik,
akan memberi kita pelbagai ilmu dalam
mempelajari simpang siur sesuatu perniagaan.
Pengalaman berniaga bertahun tahun dari bawah
dan dari kecil akan memberi kita banyak ilmu
apabila perniagaan berkembang lebih besar kelak!

Untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh
kembangkan perniagaan anda dari perniagaan
kecil-kecilan ke peringkat yang lebih tinggi
dengan modal minima, lawati www.9dari10.com

FASA 2: Kembangkan Ekosistem Perniagaan

Fasa ke-dua yang digunakan olehnya adalah
mengembangkan perniagaan dalam vertical yang

128

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

sama. Iaitu memperbesarkan satu-satu ekosistem
perniagaannya sendiri.

Biar saya jelaskan…

Salah satu perniagaan Abdul Rahman bin Auf
adalah menjual kurma yang dibeli dari Madinah.

Namun, apabila perniagaan kurmanya
berkembang (bootstrap), Abdul Rahman bin Auf
mengusahakan ladang kurmanya sendiri dan
dapat menjual kurma pada harga yang lebih
rendah serta mendapat margin untung yang lebih
tinggi (aliran pendapatan berganda).

Pada mulanya beliau menyewa unta dari
usahawan lain untuk menghantar kurma
dagangannya dari satu tempat ke tempat yang
lain. Tetapi apabila perniagaannya makin berjaya
(bootstrap), apa yang dilakukan adalah membeli
dan menternak unta sendiri untuk penghantaran
perniagaan kurmanya. Kini, beliau juga dapat

129

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

memulakan perniagaan menternak unta pula
(aliran pendapatan berganda).

Seterusnya adalah perniagaannya menternak unta.
Pada mulanya, beliau mendapatkan makanan
untuk unta dari peniaga lain. Tetapi apabila
perniagaan semakin berkembang (bootstrap),
kemudiannya mengusahakan pula perniagaan
pertanian untuk menghasilkan sendiri makanan
untuk untanya pula. Dalam waktu yang sama,
dapat memulakan dan usahakan perniagaan
pertanian pula menjual gandum dan produk
pertanian lain (aliran pendapatan berganda)!

Tak lupa juga beliau menggunakan untanya untuk
mengairi ladang pertaniannya dan bukan manusia
supaya perniagaannya dapat berkembang dengan
lebih pantas lagi dengan leverage pada sumber
yang sedia ada dimiliki.

Untuk memudahkan lagi anda melihat contoh
“value chain” perniagaannya:

130

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

1. Bermula dengan menjual kurma yang dibeli
dari peniaga lain (bootstrap)

2. Mengusahakan ladang kurma sendiri apabila
perniagaan semakin berkembang (aliran
pendapatan berganda)

3. Menyewa unta dari peniaga lain untuk
penghantaran kurma (bootstrap)

4. Membeli dan menternak unta sendiri untuk
penghantaran kurma apabila perniagaan
berkembang (aliran pendapatan berganda)

5. Memulakan perniagaan menternak unta dan
kuda (aliran pendapatan berganda)

6. Membeli makanan untuk unta dari usahawan
lain (bootstrap)

7. Mengusahakan ladang untuk menghasilkan
makanan unta sendiri (bootstrap)

8. Memulakan dan mengembangkan perniagaan
ladang pertanian pula (aliran pendapatan
berganda)

Keseluruhan proses ini bukanlah terjadi dengan
pantas, tetapi akan mengambil masa mungin
bertahun-tahun juga. Itulah pentingnya melihat
perniagaan untuk jangka masa yang panjang.

131

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Anda dapat lihat kebijaksanaan Abdul Rahman
bin Auf dalam memperbesarkan ekosistem
perniagaannya?

Di atas hanyalah salah satu daripada vertical
perniagaan yang dijalankan, iaitu bermula dari
perniagaan kurma yang dikembangkan.
Bayangkan konsep ini dilakukan untuk
perniagaan-perniagaannya yang lain seperti
dadih, minyak wangi, minyak masak, pakaian,
gandum, peralatan rumah, dan lain-lain.

Strategi ini adalah sangat hebat dalam
menambahkan kekayaan sesuatu perniagaan.
Sebab itulah, jika dilihat usahawan billionaire hari
ini, ramai antara mereka juga menggunakan
strategi mengembangkan ekosistem seperti ini
dalam perniagaan mereka.

Apa kata kita lihat sebahagian dari ekosistem
orang terkaya di dunia hari ini, Jeff Bezos
(Pengasas Amazon.com)

132

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

1. Amazon.com bermula sebagai laman web e-
commerce menjual buku-buku (bootstrap).

2. Apabila Amazon.com dikenali sebagai kedai
buku secara online, mereka menggunakan
platform yang sama untuk menjual Ebook
pula (aliran pendapatan berganda).

3. Setelah menjual Ebook di Amazon.com,
mereka mencipta Amazon Kindle, iaitu alat
untuk membaca ebook! (aliran pendapatan
berganda).

4. Apabila menjual buku bejaya, dan platform
Amazon.com lebih dikenali, Jeff Bezos
menggunakan platform Amazon.com menjual
barangan-barangan lain pula (aliran
pendapatan berganda).

5. Pada mulanya Amazon.com melakukan
penghantaran produk mereka menggunakan
perkhidmatan penghantaran US Mail
(bootstrap).

6. Apabila perniagaan mereka berkembang,
mereka mempunyai kenderaan sendiri untuk
sistem penghantaran Amazon.com di USA
(bootstrap).

133

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

7. Pada mulanya, Amazon.com menggunakan
syarikat lain untuk system server mereka
(bootstrap).

8. Apabila muatan dan keperluan bertambah,
Amazon.com membeli system server yang
canggih untuk urusan server mereka sendiri
in-house (bootstrap).

9. System server yang dimiliki ini juga telah
menjadi pendapatan tambahan untuk
Amazon.com oleh kerana menyewakan
penggunaannya kepada syarikat dan
perniagaan lain termasuk NetFlix
menggunakan system server Amazon S3!
(aliran pendapatan berganda).

10. Apabila menguruskan system server
untuk NetFlix, Amazon.com menciptakan
video streaming mereka sendiri juga yang
dikenali sebagai Amazon Prime Videos,
pesaing kepada Netflix (aliran pendapatan
berganda).

11. Bukan sahaja mengendalikan Amazon
Prime Videos, tetapi Amazon.com juga
menghasilkan hardware Amazon Fire Stick
dan menjualnya untuk menjadikan TV di
rumah sebagai Smart TV! (aliran pendapatan

134

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

berganda).

Adakah anda dapat lihat persamaan bagaimana
Jeff Bezos mengembangkan perniagaannya hari ini
dibandingkan dengan Abdul Rahman bin Auf
berkurun-kurun yang lalu?

Ya, ekosistem keseluruhan perniagaan
dikembangkan pada vertical yang sama secara
organik.

Apa kata saya berikan contoh pada skala yang
lebih kecil.

1. Seorang usahawan produk kosmetik yang
kekurangan modal memulakan
perniagaannya dengan cara menjadi agen
kepada sebuah syarikat kosmetik (bootstrap).

2. Apabila perniagaannya berjaya dan
berkembang, dan mempunyai ramai
pelanggan, beliau mulakan jenamanya sendiri
dengan menghasilkan produk kosmetik
melalui syarikat/kilang OEM (bootstrap).

135

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

3. Kini beliau mempunyai jenama produk
kosmetik sendiri, dan ramai agen-agen
dibawahnya pula (aliran pendapatan
berganda).

4. Bila perniagaan berkembang lagi, untuk
mengurangkan kos, beliau membina kilang
produk kosmetiknya sendiri dan tidak
mengharapkan syarikat/kilang OEM lagi
(bootstrap).

5. Beliau juga menggunakan kilang produk
kosmetiknya itu untuk menghasilkan produk-
produk kosmetik untuk usahawan kosmetik
lain yang inginkan jenama mereka sendiri
(aliran pendapatan berganda).

6. Dengan menghasilkan banyak produk-produk
kosmetik untuk usahawan kosmetik yang lain,
beliau boleh menguruskan satu event atau
expo produk kosmetik besar-besaran di Kuala
Lumpur (aliran pendapatan berganda).

7. Kini beliau boleh menghasilkan satu
perniagaan baru iaitu “event management
company” untuk menguruskan expo itu,
dalam waktu yang sama, event management
company ini dapat menguruskan event-event

136

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

untuk pelanggan lain juga! (aliran pendapatan
berganda).

Harapnya anda dapat lihat apa yang
dimaksudkan dengan mengembangkan ekosistem
perniagaan pada vertical yang sama, walaupun
bermula sebagai perniagaan kecil-kecilan!

Cuba perhatikan jenama-jenama perniagaan yang
besar hari ini. Adakah mereka menggunakan
strategi yang sama?

Dan ianya bukan strategi yang baru, tetapi strategi
yang telah lama digunakan oleh usahwan hebat
Abdul Rahman bin Auf untuk menambahkan
kekayaannya.

137

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

STRATEGI #8:
SAUDAGAR TUHAN

“Bukanlah kekayaan itu kerana banyak harta.
Tetapi kekayaan adalah kaya jiwa” ~ HR Bukhari
dan Muslim

Abdul Rahman bin Auf dikenali sebagai saudagar
Tuhan. Beliau faham apa ertinya kekayaannya
dalam perniagaan. Bukan sekadar kaya harta,
tetapi kaya jiwa.

Kekayaannya tidak pernah mengaburi matanya
kepada duniawi dan beliau sentiasa merendah
diri. Sehinggakan jika seseorang yang tidak
mengenali beliau, terlihatnya duduk bersama
pekerja-pekerjanya, dia tidak akan dapat tahu
siapakah perkerja dan siapakah tuan.

Harta tidak akan berkurangan jika bersedakah dan
berzakat. Dan inilah yang dilakukan oleh Abdul
Rahman bin Auf dan para sahabat Rasulullah
SAW lain yang merupakan usahawan-usahawan

138

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

hebat termasuk Abu Bakar As-Siddiq, Omar Al-
Khattab dan ramai lagi. Lebih banyak yang diberi,
maka lebih banyak yang mereka dapat setiap
masa.

Berikut adalah antara harta pemberian Abdul
Rahman bin Auf untuk Islam yang diketahui.

• 500,000 dinar emas untuk mereka yang miskin
• 400 dinar emas untuk setiap seorang 100

tentera perang Badar yang masih hidup ketika
itu. Jumlahnya 40,000
• Pemberian 1,500 ekor unta untuk tentera Islam
• Pemberian 500 ekor kuda untuk tentera Islam
• Menjual antara tanahnya bernilai 40,000 dinar
dan sedekahkannya secara keseluruhan
• 80,000 dinar kepada 4 isteri Rasullullah SAW
selepas baginda wafat
• Dan banyak lagi…

Sekadar untuk memberi gambaran, 1 dinar pada
ketika itu, kini bernilai lingkungan RM700. Oleh

139

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

itu, pemberian sedekah 500,000 dinar adalah
sebanyak RM350juta!

Dan tak termasuk yang tidak diketahui, oleh
kerana kebanyakan sedekah yang dilakukan oleh
Abdul Rahman bin Auf adalah secara senyap – di
mana beliau sendiri mencari orang-orang miskin
untuk memberi sendiri sedekah dan bukannya
orang miskin yang mencarinya!

Ketika menulis STRATEGI #8 ini, membuatkan
saya fikir lebih mendalam. Adakah layak untuk
kategorikan “sedekah” sebagai satu “strategi
perniagaan” untuk disenaraikan?

Jika di ambil dari segi bahasa, apakah yang
dimaksudkan dengan “strategi” ianya adalah:

Perancangan yang disertakan dengan aksi untuk
mencapai sesuatu matlamat jangka masa pendek
dan juga panjang.

140

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Jika dari segi bahasa, maka YA. Sedekah dikira
sebagai satu strategi, iaitu strategi untuk
mendapat pahala. Strategi untuk mendapatkan
lebih banyak rezeki di dunia dan juga di akhirat.
Strategi untuk membukakan hati kita bahawa
kekayaan sebenar adalah pelbagai dan tiada had
(abundance), dan bukannya terhad (scarce).
Wallahualam.

Konsepnya adalah mudah. Dari dulu lagi kita
pernah dengar; lagi banyak kita memberi, lebih
banyak kita akan dapat.

Teringat saya pada ceramah Ustaz Azhar Idrus di
YouTube, sambil-sambil berjenaka, katanya;

“Kita sering minta banyak rezeki dari Allah
SWT. Kita sering minta dan doakan supaya kita
jadi kaya raya. Tapi, bila waktu sedekah, nak
beri seringgit atau dua ringgit pun kedekut!”

141

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Sambungnya, “…lebih banyak kita bersedekah,
maka lebih banyak lah Allah SWT akan beri
pulangan semula kepada kita!”

Masa saya kecil-kecil dulu, saya melihat orang
kaya yang banyak memberi derma dan sedekah di
sekolah saya. Terdetik dalam hati saya bahawa…

“Mereka kaya. Boleh la beri sedekah”

Tetapi, apabila semakin dewasa, baru saya dapat
lihat bahawa…

“Mereka banyak memberi sedekah. Sebab itu
mereka kaya!”

Abdul Rahman bin Auf adalah orang yang terkaya
di zaman itu melalui perniagaannya. Antara para
sahabat Rasulullah SAW, beliau adalah yang
paling kaya.

142

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Kekayaannya amat sukar untuk dibayangkan
hingga ke hari ini. Tetapi, jika anda ingin
bayangkan juga, saya telah membuat
pengiraannya.

Bayangkan dengan harta yang dimiliki, Abdul
Rahman bin Auf boleh membina 320 Menara
Berkembar Petronas.

Ya, kita lihat pemandangan KL dengan hanya 1
Menara Berkembar Petronas pun sudah kelihatan
gah. Abdul Rahman bin Auf boleh membina 320
menara. MasyaAllah!

Namun, kekayaannya bukanlah untuk duniawi.

Beliau juga dikatakan seorang yang paling
pemurah dan sangat mudah memberi hartanya
kepada mereka yang memerlukan. Dan itu yang
dilakukan dengan hampir kesemua kekayaanya.
Namun, lebih banyak yang diberikan, lebih
banyak yang diterima hasil dari keuntungan
perniagaan.

143

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan,
maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah
Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah
Saba’: 39)

“Bandingan (derma) orang-orang yang
membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah
sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu
pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah),
Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa
yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya” (Surah Al Baqarah: 261).

144

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Epilog

Satu ketika dulu, ketika saya masih muda, saya
terdengar mengenai satu “hadis” yang
mengatakan Abdul Rahman bin Auf walaupun
dijanjikan syurga, tetapi caranya memasuki
syurga adalah yang terakhir dikalangan sahabat-
sahabat lain, dan dalam keadaan merangkak.
Sebabnya adalah, beliau terlalu kaya, dan
kekayaannya telah melewatkannya memasuki
syurga, dalam keadaan merangkak.

Tentunya, pertama kali mendegar “hadis” ini,
perasaan takut menyelubungi diri saya.

“Orang yang kaya akan merangkak memasuki
syurga! Kalau begitu, takkan aku nak jadi kaya!”

Tetapi, apabila saya lebih mendalami “hadis” ini,
nyata ianya adalah palsu. Sesuatu yang mungkin
hanya dibuat-buatkan oleh musuh Islam untuk
menakutkan orang Islam dari lebih berusaha ke
arah kejayaan dan kekayaan. Perkara sebegini
boleh merosakkan pegangan orang Islam.

145

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Tidak masuk akal sahabat Rasulullah SAW,
seorang Muslim yang sebegitu hebat dan beriman
masuk syurga dalam keadaan yang merangkak.
Jika ini benar, bagaimana pula kita? Wallahualam.

Islam mahukan umatnya kaya dan berjaya. Islam
mahukan umatnya hebat di dunia dan juga di
akhirat. Seperti Abdul Rahman bin Auf dan
sahabat-sahabat Rasulullah SAW.

Abdul Rahman bin Auf adalah insan yang ke-8
memeluk agama Islam.

Dengan kekayaan Abdul Rahman bin Auf dan
sahabat-sahabat Rasulullah SWT yang juga kaya
raya yang lain melalui perniagaan, membantu
Islam berkembang ke serata dunia.

Abdul Rahman bin Auf juga adalah seorang yang
terlalu kaya hasil dari perniagaan, namun hampir
semua harta pemberiannya diberikan semula
untuk Islam.

146

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Abdul Rahman bin Auf juga adalah satu-satunya
sahabat Rasulullah SAW yang pernah
mengimamkan solat Rasulullah SAW.

Abdul Rahman bin Auf telah meriwayatkan 65
hadis daripada Rasulullah SAW

Abdul Rahman bin Auf, dijanjikan syurga.

Abdul Rahman bin Auf adalah seorang ikon
usahawan yang patut kita contohi.

147

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Kata akhir…

Walaupun buku ini telah tiba di penghujungnya,
namun begitu perjalanan kita mungkin baru akan
bermula.

Jika anda ingin memulakan perniagaan online
anda yang pertama, atau mahu kembangkan
perniagaan sedia ada anda ke tahap yang lebih
tinggi, ingin menjemput anda untuk sertai
Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi
Media Sosial.

Program ini bukan sahaja mempunyai modul-
modul yang teratur dan lengkap untuk memberi
ilmu perniagaan dan pemasaran internet, tetapi
juga memberi bantuan dan bimbingan yang anda
perlukan.

Alhamdulillah sejak tahun 2006 lagi program yang
saya kendalikan telah melahirkan paling ramai
usahawan online berjaya, dan jika ada rezeki, anda
juga dapat turut serta.

148

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Untuk maklumat lanjut lagi Program Intensif
Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial,
lawati www.OpenEducation.com.my

Kita jumpa di sana!

Irfan Khairi
Dubai, UAE
Januari 2020

149

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com


Click to View FlipBook Version