The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Strategi Abdul Rahman bin Auf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by baihaqie1234, 2020-01-09 20:51:02

ebook dari IK

Strategi Abdul Rahman bin Auf

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Lihat sahaja mereka yang berjaya. Boleh dikatakan
kesemuanya sering mengamalkan pemikiran
positif. Namun fikir positif ni, lebih mudah untuk
diperkatakan berbanding dengan diamalkan. Bila
stress, down, masalah, tertekan, pastinya minda
akan berfikir negatif bukan?

Berikut pula adalah 3 cara apa yang perlu
dilakukan untuk kembali berfikir positif!

1. Tanya soalan yang betul dan positif
Setiap masalah pastinya ada penyelesaiannya.
Setiap kesusahan pastinya ada peluang
disebaliknya. Apabila dilanda masalah, kita akan
sentiasa berfikir negatif dan tertekan. Lebih-lebih
lagi apabila minda mula fikirkan yang bukan-
bukan membuatkan kita rasa takut, marah, ragu-
ragu, sedih dan seangakatan dengannya.

Apa yang perlu dilakukan adalah ubah soalan-
soalan yang negatif kepada soalan yang positif.

51

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Apabila bertemu masalah atau kesusahan, tanya
diri sendiri berulang kali 3 soalan ini:

• Apakah yang positif dalam keadaan ini?
• Apakah peluang yang ada di sini?
• Apakah penyelesaian untuk memperbaiki

keadaan?

Soalan-soalan yang positif akan menjana jawapan
dan tindakan yang lebih positif.

2. Positifkan orang lain
Apabila kita down dan dalam perasaan negatif,
apa kata positif kan orang lain. Tindakan
menggembirakan orang lain pastinya akan
berjangkit pada kita. Beri bantuan atau sokongan
kepada orang lain yang memerlukan. Berikut
adalah antara apa yang boleh dilakukan untuk
positifkan diri sendiri:

• Bantu orang lain yang dalam kesusahan.
Apabila kita membantu orang lain, kita juga

52

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

akan mendapat bantuan berkali ganda apabila
memerlukan.
• Dengar masalah orang lain. Adakalanya,
bantuan yang terbaik adalah menjadi
pendengar kepada keluhan atau masalah
orang lain. Lapangkan dada mereka, dan anda
juga akan lapang dada.
• Beri sokongan kepada orang lain, beri kata-
kata semangat dan tingkatkan semangat
mereka untuk mencapai sesuatu.

Dalam apa pun keadaan, lebih banyak kita
memberi, lebih banyak kita akan menerima.
Sekiranya kita beri yang positif, maka positif juga
kita akan terima.

3. Positif di awal pagi
Apa yang kita lakukan di awal pagi akan memberi
impak kepada kita sepanjang hari. Tanamkan
tabiat untuk sentiasa berfikir positif di pagi hari.

Sentiasa membaca, mendengar, melihat dan 53
memperkatakan perkara-perkara yang positif
sahaja. Ia akan membawa sepanjang hari. Cari
ketenangan minda dan hari di awal pagi oleh

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

kerana rezeki dan keberkatan sangat luas diwaktu
pagi. Sentiasa dalam keadaan berwudhu untuk
murah rezeki dan dalam keadaan tenang selalu.

Abdul Rahman bin Auf juga tidak lari dari
menghadapi tekanan.

Bayangkan ayahnya yang merupakan mentor
perniagaannya telah terbunuh dalam satu
serangan Banu Jazimah ketika rombongan
berniaga.

Bayangkan, seorang yang sudah kaya tetapi,
segala hartanya di rampas oleh orang Quraisy
kerana memeluk agama Islam.

Bayangkan keluarganya, termasuk ibunya juga
tidak setuju dengan agama Islam sehingga tidak
mahu bercakap dengannya.

Namun Abdul Rahman bin Auf yakin bahawa
Allah SWT akan membantu dalam apa sahaja

54

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

tekanan sekali pun, dan terus proaktif dan
berfikir positif.

Seperti yang dikongsikan dalam bab yang lepas,
perniagaan memerlukan ilmu dan pengalaman
untuk berjaya. Pelajari selok belok perniagaan dan
dalami ilmu dan pengalaman perniagaan yang
anda ingin lakukan.

Abdul Rahman bin Auf adalah seorang usahawan
yang sangat berilmu dan berpengalaman sebelum
berhijrah ke Madinah. Berbekalkan ilmu dan
pengalaman dalam perniagaan, beliau dapat
memulakan perniagaan yang kecil dan
mengembangkannya ke peringkat yang lebih
tinggi.

Mungkin dari pengalaman dan tabiatnya sebagai
seorang usahawan sebelum berhijrah ke Madinah,
dan pastinya juga ingin menjana kekayaan untuk
membangunkan Islam, Abdul Rahman bin Auf
mengambil sikap yang proaktif dan positif untuk
memulakan perniagaan yang baru apabila tiba di
Madinah.

55

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

“Tunjukkanlah jalan menuju ke pasar” mintanya
kepada Sa’ad bin Rabi’.

Abdul Rahman bin Auf tidak membuang masa
untuk memulakan perniagaannya yang pertama
walaupun bermula kecil, walaupun tidak
mempunyai apa.

Keuntungan dari perniagaan digunakan untuk
membesarkan lagi perniagaan. Ianya dikatakan
beliau menjadi jutawan dalam masa 10 tahun, dan
billionaire dalam masa 30 tahun dengan hanya
bermulakan perniagaan yang kecil.

Ingin tahu strateginya dalam mengembangkan
perniagaan kecil sehingga menjadi billionaire?
Akan dikongsikan di STRATEGI #7:
KEMBANGKAN EKOSISTEM PERNIAGAAN!

56

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

STRATEGI #3:
FIKIR JANGKA PANJANG
“Cukup dengan untung yang sedikit”

“Aku tidak menjual barang yang cacat. Aku
merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi
diberkati”

Itulah yang dikatakan oleh Abdul Rahman bin
Auf. Strateginya dalam perniagaan adalah biarlah
untung sedikit, tetapi ianya diberkati.

Namun begitu, bagaimana “untung sedikit” itu
boleh menjadi strategi yang hebat?

Kuncinya adalah pada setiap transaksi, dipastikan
mempunyai keuntungan- walaupun sedikit.
Tetapi, perlu mempunyai jumlah transaksi yang
banyak (volume), dan dalam waktu yang sama
menggunakan strategi jangka masa panjang.

57

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Antara kunci kejayaan dalam perniagaan adalah
kesabaran. Sabar adalah satu strategi. Dan Abdul
Rahman bin Auf adalah seorang yang sangat
penyabar.

Mereka yang tidak sabar akan sering melihat
keuntungan jangka masa pendek sahaja dan tidak
memikirkan keuntungan setahun, 5 tahun, 10
tahun, 20 tahun yang akan datang. Sehebat Abdul
Rahman bin Auf, beliau mencapai jutawan selepas
10 tahun!

Sejak zaman Rasulullah SWT, tanah Arab dikenali
sebagai tempat pedagang-pedagang yang hebat
oleh kerana lokasinya yang sangat strategik.
Anak-anak diberikan pendedahan kepada
perniagaan sejak kecil lagi. Menjalankan
perniagaan adalah suatu yang dibanggakan.

Menjalankan perniagaan adalah sunnah.

Pendedahan awal juga adalah untuk berniaga
jangka masa panjang. Rasulullah SAW juga telah

58

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

mendapat pendedahan berniaga sejak berumur 12
tahun lagi. Selain dari Abdul Rahman bin Auf,
ramai antara sahabat-sahabat Rasulullah SAW
juga adalah terdiri daripada usahawan.

Sabar untuk jangka masa panjang

Teringat saya baru-baru ini di Dubai, saya
berpeluang duduk semeja sambil minum-minum
bersama seorang usahawan Cina dari negara
China dan seorang pekerja dari Filipina. Ianya
merupakan satu ‘moment’ yang agak luar biasa
sebenarnya, kerana…

Orang Cina memang terkenal dengan kehebatan
dan kejayaan mereka dalam bidang perniagaan.
Manakala, orang Filipina adalah antara pekerja
yang terajin bekerja di serata dunia – di Dubai
memang terlalu ramai warga Filipina yang
bekerja!

Pastinya, ketika berbual-bual, banyak yang saya
pelajari mengenai budaya berniaga dan kerja
seorang usahawan Cina dan seorang pekerja

59

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Filipina. Dan peluang itu, saya ambil untuk
bertanyakan soalan yang sering saya ingin tahu
selama ini…

“Mengapa orang Cina pandai berniaga?”

Jawab usahawan Cina ini…

“Bertahun-tahun dulu, sejak ibu, ayah, datuk,
nenek, moyang dan seterusnya, budaya orang
Cina di China adalah untuk mengajar anak
mereka supaya berdikari dan berniaga. Itu
adalah prioriti utama…

Bekerja dengan orang bukanlah pilihan utama,
tetapi, anak-anak sejak kecil lagi sejak beratus
tahun dulu didedahkan untuk menjalankan
perniagaan. Untuk fahami transaksi jualan. Untuk
tahu untung dan rugi. Dan untuk sentiasa berjimat
cermat dalam berniaga. Walaupun untung kecil,
tetapi mereka didedahkan untuk sentiasa
bersabar dan fikir long-term.” Katanya.

60

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Itulah pendedahan yang diberikan kepada anak-
anak oleh ibu bapa untuk beberapa generasi sejak
beratus tahun lagi di negara Cina.

Bagaimana pula dengan budaya bekerja pula?
Apabila ditanya pada rakan Filipina yang
merupakan pekerja pula, jawapannya adalah
terbalik pula!

Kata perkerja Filipina yang bersama berbual pula,
sejak kecil lagi orang Filipina terdedah kepada
budaya bekerja. Ibu dan bapa (mungkin seperti di
Malaysia) inginkan anak belajar, dan selepas habis
belajar, cari kerja. Kejayaan hidup adalah dalam
mendapatkan kerja yang baik.

Mencari pekerjaan adalah satu prioriti yang
didedahkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Berniaga, bukanlah satu yang penting. Utamakan
bekerja untuk jangka masa panjang.

Dan inilah yang kita dapat lihat serata dunia.
Pekerja dari negara Philippines ada di mana-mana

61

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

sahaja. Sehingga jumlah wang dari mereka yang di
hantar balik ke negara mereka berjumlah
RM125bilion setiap tahun- hebat!

Tetapi hebat lagi Abdul Rahman bin Auf, oleh
kerana pendapatannya seorang dari perniagaan
sahaja boleh mencecah berbilion setiap tahun!

Oh ya, kawan Filipina juga berkata, usahawan-
usahawan yang berjaya di Philippines adalah
mereka yang di gelar “Tsinoy”. Yang bermaksud
orang Cina Filipina.

Orang Cina juga!

Memang rezeki ada dalam perniagaan, dan juga
bekerja. Sama ada menjadi usahawan atau pekerja,
kedua-duanya akan berpunca dari mindset.

Tidak kisahlah kita datang dari negara mana.
Dulu-dulu sejak kecil lagi saya didedahkan untuk
belajar tinggi-tinggi dan mencari kerja. Mungkin

62

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

ini caranya ramai orang Malaysia juga. Tetapi
dalam diri saya, saya mempunyai minat yang
teramat sangat untuk berniaga.

Rasulullah SAW mula berniaga ketika umurnya 12
tahun lagi mengikut bapa saudaranya Abu Talib
dalam rombongan berniaga. Ada satu ketika,
jualan Rasulullah SAW adalah yang paling tinggi
dibandingkan dengan peniaga-peniaga lain. Hebat
juga Rasulullah SAW yang kita sayangi berniaga!

Satu inspirasi dan motivasi bagi saya dan ramai
umat Islam untuk berniaga dan menjadi
usahawan yang berjaya. Dan satu ketika dulu,
usahawan Muslim adalah antara peniaga-peniaga
yang terhebat di dunia. Bukan usahawan dari
China.

InsyaAllah satu hari nanti zaman kegemilangan
ini akan kembali.

Keuntungan yang sedikit
Orang kata, keuntungan yang sedikit, lama-lama

63

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

akan menjadi bukit. Namun ianya perlu
disertakan dengan strategi. Iaitu, strategi “lama-
lama”, yang bermaksud strategi jangka masa
yang panjang.

Apabila cashflow adalah positif, dilihat macam
mana pun, sesuatu perniagaan itu tetap juga
menjana keuntungan. Namun perlu diingatkan
juga untuk sentiasa memerhatikan terdapat
keuntungan di setiap transaksi, dan bukan
sekadar jualan (sales) yang tinggi, tetapi kos
keseluruhan adalah lebih tinggi.

Pastikan cashflow adalah sentiasa positif.

Mendapat keuntungan yang sedikit, boleh
dikatakan menjual barangan pada harga yang
lebih rendah untuk mendapatkan pelanggan.
Namun perlu diingat, menjual pada harga yang
rendah BUKAN bermaksud menjual barangan
yang tidak berkualiti.

64

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

“Aku tidak menjual barang yang cacat. Aku
merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi
diberkati”

Salah satu tabiat perniagaan Abdul Rahman bin
Auf adalah, segala transaksi perniagaannya
adalah secara tunai dan tidak dibenarkan
hutang. Barang dibeli secara tunai, dan barangan
dijual semula juga secara tunai.

Untuk menjaga aliran wang juga, Abdul Rahman
bin Auf juga mengelakkan dari menyimpan stok
barangan. Asalkan mendapat keuntungan
walaupun kecil, cashflow adalah sentiasa positif
dan stok juga pantas bergerak.

Beliau juga tidak melewat-lewatkan jualan dan
menjual dengan pantas, tidak mebenarkan
pelanggan menunggu.

Jumlah jualan yang tinggi (Volume) 65
Strategi ini akan mendapatkan lebih ramai
pelanggan (volume). Tetapi juga, ianya hanya

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

akan menjadi apabila perniagaan adalah untuk
jangka masa yang panjang.

Contoh mudah untuk pengiraan adalah, jika
seorang usahawan yang menjual tudung
mendapat untung RM10 satu unit tudung sekali
pun, dan mendapat 20 jualan sehari = RM200. Jika
ini dilakukan selama 13 tahun, tidakkah
keuntungan dapat dikumpulkan dengan lebih
banyak dan menjadi RM1,000,000 sudah?

*Pengiraan ini akan berganda apabila anda
aplikasikan STRATEGI #5: Aliran Pendapatan
Berganda nanti!

Bayangkan ketika rombongan Abdul Rahman bin
Auf yang memerlukan 700 ekor unta untuk
membawa barangan dagangannya! Beliau menjual
dengan untung yang kecil tetapi pada volume
yang sangat tinggi, dengan syarat, setiap transaksi
adalah cashflow positif – tanpa hutang, dan tidak
menyimpan stok.

66

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Saya tak dapat bayangkan. Katakanlah satu unta
membawa 50 barangan sekali pun, bererti sekali
rombongan berdagang, barangan yang dijual
berjumlah 35,000 unit barangan yang pelbagai. Itu
pun hanya satu trip di satu lokasi!

Jangka masa panjang
Strategi menjalankan perniagaan dalam masa
yang panjang, bukan sahaja akan dapat
mengumpulkan keuntungan yang lebih banyak
apabila diberi masa, tetapi juga dapat
mengumpulkan kepercayaan dan kesetiaan
pelanggan juga.

Di internet, strategi ini dikenali sebagai “trip-
wire” iaitu menjual produk atau perkhidmatan
pada harga yang lebih rendah terlebih dahulu
untuk mendapatkan jualan yang pertama.

Apabila mendapat jualan yang pertama, jualan-
jualan seterusnya adalah semakin mudah oleh
kerana prospek dan pelanggan yang pernah

67

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

membeli pastinya telah yakin dengan penjual
tersebut.

Ianya dikatakan untuk mendapat jualan yang
pertama adalah yang paling sukar. Tetapi,
jualan-jualan yang seterusnya dari pelanggan
yang sama adalah makin mudah.

Pernah tak anda memasuki sesuatu kedai dengan
niatnya nak membeli sehelai baju sahaja. Tetapi,
sedar-sedar anda keluar dari kedai itu dengan 2-3
helai baju lagi?

Dan sebagai tambahan pula, di masa-masa yang
akan datang, anda akan sering melawat kedai
yang sama oleh kerana anda sudah suka dengan
kualiti dan juga harga baju yang ditawarkan di
kedai tersebut.

Pastinya pernah bukan?

Inilah yang dimaksudkan dengan strategi, apabila

mendapat jualan pertama pada kos yang lebih

68

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

murah, jualan-jualan seterusnya adalah semakin
mudah oleh kerana kepercayaan dan kredibiliti
penjual telah pun dibina untuk jangka masa yang
panjang.

Ini jelas kelihatan apabila rombongan dagangan
Abdul Rahman bin Auf membawa 700 ekor unta
tiba di kota Madinah yang selalunya sunyi,
menjadi gamat dan riuh dengan sorakan orang
ramai oleh kerana teruja dengan rombongan
dagangannya yang sering membawa barangan
yang terbaik pada harga yang terbaik. Ini kerana
keyakinan dan kredibiliti telahpun terbina dalam
jangka masa yang panjang.

Ummul Mukminin Aisyah RA keluar dari rumah
apabila bergegar kota Madinah dengan
rombongan 700 unta dan mendengar riuh rendah
di luar dan bertanya

“Apakah yang sedang berlaku di Madinah?”

Lalu seorang penduduk Madinah menjawab 69

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

“Abdul Rahman bin Auf baru pulang dari Syam
(Syria)”

Aiysah bertanya

“Bagaimana membuat bising sebegitu?”

Dan di jawab;

“Ya, bunyi itu datang dari 700 ekor unta
miliknya!”

Abdul Rahman bin Auf tidak megharapkan
keuntungan yang tinggi. Walaupun untung
sedikit, beliau tetap melakukan transaksi jualan.
Ini kerana baginya, aliran wang (cash flow) adalah
sangat penting.

Meletakkan barang jualan pada harga yang
rendah dan untung yang kecil adalah satu strategi.
Namun strategi ini perlu diimplimantasikan

70

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

dengan kebijaksanaan. Bukan sekadar meletakkan
harga rendah untuk menarik pelanggan sahaja.
Silap cara, perniagaan sendiri yang akan gagal.

Sering saya dengar usahawan mengeluh tentang
“pesaing main harga”. Perkara ini bukanlah
sesuatu yang tidak dibenarkan dalam perniagaan.
Dalam perniagaan, pastinya akan berlaku “main
harga” oleh kerana ianya adalah strategi
perniagaan. Air Asia juga menggunakan strategi
“main harga” dengan meletakkan harga yang
lebih rendah.

Sebagai seorang usahawan, kita perlu tahu cara
menangani ini dengan kebijaksanaan. Ya, ianya
merupakan satu masalah bagi kita sebagai
usahawan jika pesaing menurunkan harga. Tetapi
soalan yang lebih peting adalah, sebagai
usahawan, apakah langkah anda untuk melawan
keadaan ini?

Jangan lupa, seseorang yang mempunyai minda
positif akan sentiasa mencari penyelesaian. Bukan
memikirkan masalah.

71

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Jawapannya adalah dalam STRATEGI #4:
KREATIF DAN UNIK

72

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

STRATEGI #4:
KREATIF DAN UNIK

Pertama kali saya mendengar mengenai kehebatan
Abdul Rahman bin Auf adalah dari ustaz saya
satu ketika dulu ketika saya masih muda.

Ustaz saya menceritakan…

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah,
Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan
termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual
unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga
mendominasikan pasaran unta, dimana pada
sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-
usahawan Yahudi. Pesaingan adalah sangat
sengit.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga
kos (cost price). Ya, tiada untung! Semua yang
ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman
bin Auf. Maklumlah, ianya sangat murah!

73

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Terus saya bertanyakan pada ustaz…

“Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu,
macam mana nak berniaga?”

Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan
unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi,
keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat
unta”. Di situlah datangnya keuntungan.
Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah
sungguh cantik dan bermacam-macam warna.

Dengan strategi ini, beliau berjaya menguasai
pasaran jualan unta dan menewaskan pesaing-
pesaing lain yang menguasai pasaran ketika itu.

Itulah pertama kali saya mendengar nama Abdul
Rahman bin Auf, dan detik itu juga saya terpegun
dengan kehebat dan pemikirannya yang unik dan
kreatif dalam perniagaan!

74

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Tentunya anda pernah dengar USP; iaitu Unique
Selling Point. Yang mencadangkan dalam keadaan
pesaingan perniagaan yang sengit, perniagaan itu
perlu ketengahkan sesuatu yang unik untuk
berjaya.

Dan itulah yang dilakukan oleh Abdul Rahman
bin Auf.

Keunikan berkait rapat dengan kreativiti. Dan
dalam perniagaan, sama ada cara melancarkan
perniagaan, cara pemasaran, cara mengendalikan
perniagaan, sekiranya dilakukan dengan kreatif, ia
akan menjadi unik!

Tetapi, bagaimana caranya untuk kita menjadi
kreatif dalam perniagaan?

1. Jadi kreatif dengan cara banyak melayari
internet!
Pepatah Melayu, jauh perjalanan, luas pandangan.
Zaman ini, dengan adanya internet, kita tidak

75

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

perlu lagi secara fizikal untuk mendapat luas
pandangan.

Dunia ada di hujung jari anda sahaja.

Layari internet untuk mendapat idea-idea yang
boleh diaplikasikan pada perniagaan anda.
Lakukan search di Google tentang perniagaan dan
industri anda, tetapi lakukan search untuk melihat
perniagaan-perniagaan dan industri anda di luar
negara juga, bukan sahaja di Malaysia.

Dengan melakukan ini, anda akan mendapat lebih
banyak idea-idea yang digunakan di luar negara
yang boleh diaplikasikan untuk perniagaan anda
di Malaysia!

2. Tak semestinya industri anda sahaja!

Buka fikiran anda untuk idea-idea yang dilakukan
oleh perniagaan lain. Juga, jangan hanya tumpu
pada idea yang terdapat pada industri anda
sahaja.

76

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Adakalanya idea dari industri lain, boleh
diaplikasikan untuk industri anda.

Sebagai contoh, mungkin dari search anda, anda
terjumpa perniagaan kasut “Tom’s”
www.toms.com. Ianya adalah sebuah perniagaan
menjual kasut yang telah menjadi popular melalui
USP mereka, iaitu beli sepasang kasut, dan
sepasang kasut lagi akan didermakan oleh Tom’s
kepada kanak-kanak yang tidak mampu di Afrika!

Hmmm… boleh kah idea sebegitu digunakan
dalam industri tudung sebagai contoh? Beli
tudung dari anda, dan sehelai tudung akan
didermakan kepada anak-anak yatim piatu!

Hanya sekadar contoh, tetapi anda dapat lihat
bagaimana caranya menjadi kreatif? Idea dari
industri lain diaplikasikan ke perniagaan anda.
Ianya tidak susah!

3. Kreativiti adalah seperti otot. Lagi digunakan,
lagi kuat!

77

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Sering kita lihat, ada “Orang yang kreatif” ada
pula “orang yang tidak kreatif”.

Sebenarnya kreativiti adalah seperti otot. Orang
yang kreatif, sering berfikir dan melihat perkara-
perkara kreatif. Seperti contoh-contoh di atas.
Kreativiti ini akan merangsang diri sendiri untuk
menjadi lebih kreatif.

Lebih banyak yang kita fikirkan untuk jadikan
perniagaan kita kreatif, lebih banyak idea-idea
kreatif yang kita akan dapat.

Seperti otot, lagi banyak kita bersenam dan
workout, lebih kuat otot kita. Jika kita kurang
fikirkan kreativiti dalam perniagaan, sebab itulah
kita tidak menjadi kreatif.

Oleh itu, untuk menjadi kreatif, mula berfikir
secara kreatif. Lama-kelamaan, anda akan
mendapat lebih banyak idea-idea yang kreatif
yang anda boleh aplikasikan dalam perniagaan
anda!

78

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Contoh-contoh idea kreatif yang saya lihat yang
dilakukan…

• Tom’s shoes menjadi kreatif melalui derma.
Untuk setiap pembelian kasut, mereka
menderma kasut pada kanak-kanak yang
tidak mampu serata dunia.

• Perniagaan Sharpie (pen warna)
menggalakkan pengguna-pengguna pen
Sharpie menghantar hasil lukisan/contengan
mereka kepada mereka untuk dipaparkan di
Instagram mereka!

• Sebuah restoran Pizza memberi satu slice
pizza kecil percuma kepada pelawat mereka
yang “follow” mereka di Facebook dan
Instagram.

• Sebuah travel agent menjalankan
pertandingan selfie. Ambil selfie di tempat-
tempat menarik, dan gunakan hashtag travel

79

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

agent tersebut untuk mendapat diskaun
travelling akan datang!

Dan banyak lagi! Jangan lupa… fikirkan
bagaimana idea yang kreatif dari industri lain
boleh anda aplikasikan untuk perniagaan anda
juga.

Satu lagi kisah yang memaparkan kebijaksanaan
Abdul Rahman bin Auf sebagai usahawan berjaya
adalah, selepas menghantar rombongan barang
dagangnya ke satu-satu bandar untuk berniaga,
apabila selesai berniaga, didapati unta-untanya
pulang kosong.

Walaupun telah mendapat untung yang banyak
dari sesuatu rombongan itu, tetapi apabila pulang,
unta tidak membawa apa-apa.

Abdul Rahman bin Auf membuat keputusan
untuk menambahkan lagi pendapatan
perniagaannya. Kali ini dengan membeli barangan
dari bandar tersebut pula, dan pulang bersama

80

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

barang-barang dagangan baru untuk dijual
semula di bandar asal.

Dengan cara ini, perniagaannya menjadi lebih
efisyen oleh kerana unta-unta tidak lagi pulang
kosong, malahan pendapatan juga semakin besar
oleh kerana mendapat peluang baru berniaga
barangan dari luar pula.

Hari ini, model perniagaan ini dikenali sebagai
eksport dan import. Beliau eksport barangan dari
negara asal ke negara luar, dan import kembali
barangan yang lain dari negara luar ke negara asal
tanpa menambahkan kos penghantaran oleh
kerana macam mana pun, unta perlu pulang
semula!

Sebagai usahawan kita perlu fikirkan ruang-
ruang untuk menjadikan perniagaan kita lebih
efisyen, dari segi kos, pengurusan dan juga
proses.

81

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

• Adakah cara di dalam perniagaan anda yang
membolehkan anda megurangkan kos
disamping meningkatkan keuntungan?

• Adakah cara di dalam perniagaan anda yang
membolehkan pengurusan dilakukan dengan
lebih baik, seperti menyediakan SOP
perniagaan?

• Adakah cara di dalam perniagaan anda yang
membolehkan anda membuka pasaran yang
baru dengan sumber yang sedia ada
sepertimana yang dilakukan oleh Abdul
Rahman bin Auf?

Apa yang dilakukannya adalah, memulakan aliran
perniagaan baru dengan mendapatkan barangan
dagang pula dari bandar itu untuk diniagakan di
bandarnya pula.

Ini menunjukkan kebijaksanaan Abdul Rahman
bin Auf untuk menjadikan perniagaannya lebih
efisyen dan tidak membazir masa dan sumber.

82

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Kreatif thinking dalam perniagaan adalah penting
dalam mencari penyelesaian kepada masalah.
Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan!

Satu contoh perniagaan hari ini yang saya ingin
kongsikan mengenai kreativiti dalam perniagaan
adalah dari usahawan wanita Anita Roddick,
pengasas The Body Shop.

Ketika mengembara pada sekitar tahun 70-an,
Anita Roddick mendapati di negara yang
dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk
melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick
menggunakan kreativitinya untuk membawa idea
tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!

Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak
mempunyai modal yang mencukupi untuk
membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita
menggunakan kreativitinya membeli bekas yang
paling murah ketika itu, iaitu bekas menyimpan
sample air kencing di hospital untuk dijadikan
bekas kosmetik. Kini, tidak lah gunakan bekas air

83

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

kencing lagi… nanti jadi viral pula perkongsian
saya ini!

Apabila membuka kedainya yang pertama pada
1976 (Ya, The Body Shop kini sudah beroperasi
lebih 40 tahun, itulah pentingnya memikirkan
jangka masa panjang dalam perniagaan! ),
dinding kedainya berlumut dan kotor.

Anita menggunakan kreativitinya untuk
menggunakan cat yang paling murah berwarna
hijau yang sama dengan warna lumut tersebut
untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini,
warna hijau (warna lumut) yang sama masih
digunakan dan membawakan konsep alam semula
jadi di kedai The Body Shop.

Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam
menangani masalah dan membuat keputusan.
Jangan jadikan alasan menghalang anda. Fikir
cara kreatif dan unik dalam perniagaan anda.

84

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

STRATEGI #5:
KEPIMPINAN & KOMUNIKASI

Zaman ini, kita sering melihat “influencer”
sebagai mereka yang mempunyai ramai followers
di media sosial, dan mereka yang bergelar
influencer, adalah agak mudah untuk berjaya
dalam bidang perniagaan oleh kerana sedia
mempunyai followers yang ramai.

Zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat
Rasulullah adalah “infleuncer” ketika itu. Ya,
mereka mempunyai followers yang ramai.

Sahabat-sahabat Rasulullah mempunyai
tanggungjawab mengikut kepakaran dan
kekuatan masing-masing. Ada yang mempunyai
kekuatan dari daya kepimpinan, ada yang
mempunyai kekuatan dari segi keberanian dan
fizikal, ada juga yang mempunyai kekuatan dari
segi ekonomi seperti Abdul Rahman bin Auf.

85

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Oleh yang demikian, masing-masing mempunyai
followers yang tersendiri. Untuk Abdul Rahman
bin Auf, pastinya ramai antara followers beliau
adalah pengguna-pengguna yang ingin membeli
barangan dari rombongan perniagaannya.

Pernah diceritakan bahawa orang ramai berpusu-
pusu untuk mendampingi Rasulullah SAW dan
Abdul Rahman bin Auf yang merupakan sahabat
rapatnya ketika di pasar oleh kerana merindui
mereka. Sedikit sebanyak, pastinya ini juga
membantu lagi perniagaan Abdul Rahman bin
Auf sehinggakan, tidak ramai yang berkunjung ke
pasar yang dimiliki oleh orang Yahudi dan
terpaksa menutup kedai… atau menutup pasar!

Walaupun Rasulullah SAW tidak menjalankan
perniagaan ketika itu, namun, Rasulullah juga
berpengalaman dalam berniaga sejak berumur 12
tahun lagi ketika turut serta berniaga bersama
bapa saudaranya Abu Talib.

Pastinya anda juga pernah dengar bahawa
baginda berjumpa dengan Ummul Mukminin Siti

86

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Khadijah RA, seorang usahawan wanita hebat
ketika dalam rombongan berniaga juga.

Apa kata kita hayati pula 8 ciri-ciri keusahawanan
Rasulullah SAW yang diriwayatkan. Semoga kita
mencontohi baginda dan mengamalkannya setiap
hari dalam perniagaan.

1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain
Keperibadian Rasulullah SAW sangat disenangi
walaupun daripada usahawan-usahawan lain
yang merupakan pesaing.

2. Lurus dan tepat dengan kiraan
Membina kepercayaan adalah amat penting dalam
perniagaan. Menipu dalam pengiraan atau
berniaga bukan sahaja akan kehilangan
pelanggan, malah akan menjadikan keuntungan
kita tidak berkat.

3. Sentiasa senyum ketika menjual beli

87

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak
susah memberi senyuman, malah ia juga akan
mengundang senyuman yang lain. Rezeki akan
dimurahkan apabila kita murah dengan
senyuman.

4. Jujur dan amanah

Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen”
dikalangan usahawan dan juga pelanggan ketika
berniaga. Rasulullah SAW juga pernah menegur
seorang peniaga yang menyorokkan buah-buahan
yang basah di bawah timbunan buah-buahan yang
baik.

“Barang siapa menipu, dia bukan pengikut
saya.” HR Muslim

5. Lemah lembut ketika berniaga

Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi
oleh pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan
latar belakang. Pelanggan Rasullullah adalah dari
pelbagai bangsa dan agama juga.

88

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

6. Berniaga secara kreatif

Ada ketika baginda memberitahu harga pokok
barangan yang dijual dan memberi pilihan kepada
pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja
yang termampu! Bagi mereka yang tidak mampu,
baginda menjual pada harga kos sahaja tanpa
mengambil sebarang keuntungan.

7. Bukan mengejar harta semata-mata

Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika
berniaga.

9. Fasih dalam bertutur kata

Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika
berniaga. Bukan sahaja gaya percakapan, tetapi
juga komunikasi melalui keterampilan diri.

10. Bijak membuat keputusan

Rasulullah SAW telah mendalami ilmu perniagaan

dan belajar dari usahawan yang lebih

berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa

saudaranya, Abu Talib. Ilmu dan pengalaman ini

telah menjadikan baginda usahawan yang hebat.

89

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Ciri-ciri ini juga dimiliki oleh Abdul Rahman bin
Auf dalam perniagaannya. Beliau terkenal dengan
sifatnya sebagai peniaga yang sangat jujur. Jika
terdapat sebarang kekurangan pada barangan
yang dijualnya, beliau akan memberitahu
pelanggan sebelum mereka membuat sebarang
keputusan belian.

Sifat jujur dan telus seorang usahawan akan dapat
membina kepercayaan dan kredibiliti pelanggan
dan inilah yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin
Auf sehingga orang ramai suka membeli
daripadanya oleh kerana namanya dikaitkan
sebagai jenama yang jujur dan dipercayai.

“Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-
sama dengan para nabi, golongan yang benar
(siddiqin) dan golongan yang mati syahid di
jalan Allah” HR At-Tirmizi

Kebolehan berkomunikasi 90
Satu perkara yang tak terfikir dek akal adalah
bagaimana hebatnya kebolehan komunikasi

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Abdul Rahman bin Auf ketika itu dalam urusan
perniagaannya yang meluas sehingga ke luar
negara di zaman itu.

Rombongan dagangan Abdul Rahman bin Auf
sehingga 700 ekor unta dari satu bandar ke bandar
yang lain (dan juga negara yang lain!) pastinya
mempunyai ramai pekerja dibawahnya.
Perniagaannya juga adalah pelbagai di serata
tempat. Zaman itu bukannya ada telefon pintar
atau internet untuk berkomunikasi.

Apa yang boleh terfikir adalah skil komunikasi
dan pengurusan manusia Abdul Rahman bin Auf
pastinya hebat oleh kerana pastinya juga apabila
perniagaan Abdul Rahman bin Auf berkembang,
ianya tidak dilakukan seorang diri.

Apabila beratus rombongan unta yang membawa
barangan dagangnya tiba di Madinah, orang
ramai bersorak gembira dan berpusu-pusu ingin
membeli barangan yang didagangkan bersama
pekerja-pekerjanya.

91

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Kepimipinan Abdul Rahman bin Auf yang
ditunjukkan kepada pekerjanya telah membawa
perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi. Dirinya
juga sering mengetuai mereka di waktu malam
untuk solat hajat, berwirid, taubat dan berzikir
dan diajar untuk memupuk rasa kasih sayang
antara peniaga dan pelanggan.

Untuk menjadi seorang pemimpin dalam
perniagaan, keluarga atau tempat kerja, pastinya
komunikasi adalah amat penting. Ianya mustahil
menjadi seorang pemimpin tanpa kebolehan
berkomunikasi dengan baik.

Masalahnya, ramai antara kita agak lemah dalam
bidang komunikasi. Termasuk diri saya sendiri
satu ketika dulu. Sebab itulah saya mulakan
perniagaan Internet; sebab takut hendak
berhadapan dengan orang, malu nak berjumpa
pelanggan, tak berani membuat jualan bersemuka,
dan banyak lagi alasan-alasan.

92

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Kesemua alasan tersebut sebenarnya adalah
sekadar alasan dan fikiran negatif sahaja. Iaitu,
kelemahan saya dalam bidang komunikasi.

Berikut adalah 3 strategi komunikasi berkesan:

1. Dengar dan bukan hanya bercakap

Ramai yang berfikir, seorang yang hebat dalam
komunikasi adalah seorang yang banyak
bercakap. Ianya sememangnya tidak benar sama
sekali.

Untuk mencapai komunikasi berkesan, seseorang
itu perlu banyak mendengar sebelum memberi
respon terbaik. Fikirkan satu dialog dan bukan
monolog. Komunikasi berkesan adalah apabila
terdapatnya fahaman dua hala di mana kedua-dua
pihak capai matlamat yang diinginkan, dan bukan
hanya sebelah pihak sahaja.

Orang lain tidak akan mengambil endah apa yang
kita ingin katakan selagi mereka tidak yakin dan
tidak fikirkan kita mengambil berat tentang

93

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

mereka. Komunikasi bukanlah dengan hanya
bercakap mengenai diri kita sendiri, tetapi juga
untuk kita sebagai komunikator yang efektif
dalam memahami dan mengenali audien dan
memberi respon yang terbaik.

2. Permudahkan bahasa dan penyampaian
Pernah atau tidak anda mengalami satu situasi di
mana anda menyampaikan maklumat kepada
seseorang untuk disampaikan kepada orang yang
lain, pihak ketiga. Tetapi, maklumat yang diterima
oleh pihak ketiga itu lain pula daripada apa yang
anda ingin sampaikan?

Senario ini sering terjadi oleh kerana apa yang
diterima oleh penyampai tersebut adalah berbeza
seperti mana yang dirinya faham- tidak seperti
apa yang anda faham dan ingin sampaikan
kepada pihak ketiga.

Perenggan ini pun sudah sukar untuk faham!

94

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Mungkin bukan salah penyampai tersebut
menyampaikan maklumat yang tidak tepat.
Tetapi, silap diri sendiri dalam berkomunikasi
dengan tidak berkesan dan menyukarkan.

Permudahkan bahasa dan penyampaian. Lebih
mudah bahasa dan cara yang disampaikan, lebih
mudah mesej komunikasi dapat disampaikan
kepada sesiapa sahaja.

3. Komunikasi bukan hanya di mulut

Komunikasi bukan hanya di mulut sahaja, tetapi
juga dengan bahasa badan (body language).
Bercakap ketika menyilangkan tangan adalah
umpama defensif. Bercakap ketika mata
berkeliaran di tempat lain umpama menyorok
sesuatu. Bercakap dengan terlalu banyak “ermm”,
“aaa” umpama tidak berkeyakinan pula.

Terdapat kisah yang pernah diceritakan oleh ustaz
saya, Rasulullah SAW sering memberi eye-contact
ketika berniaga. Ini memberi keselesaan dan dapat
membina hubungan bersama pelanggan.

95

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Perlu ingat bahawa untuk berjaya, komunikasi
adalah amat penting. Tidak perlu menjadi pakar
komunikasi, tetapi, memadai tahu serba sedikit
asas komunikasi supaya dapat memberi kelebihan
kepada diri sendiri. Bermula dengan asas,
kemudian pastinya ia dapat memberi keyakinan
kepada diri.

Kebolehan berunding

Kebolehan berunding atau negotiation skill adalah
satu lagi kebolehan yang perlu ada dalam
menjalankan perniagaan. Dalam menjalankan
perniagaan, anda tidak akan dapat lari dari
berunding (negotiate) mungkin dengan
pelanggan, pembekal, pengilang, rakan kongsi,
pekerja dan sebagainya.

Salah tanggap yang paling besar dalam
negotiation skill adalah, seseorang yang hebat
dalam negotiating adalah yang bijak berbicara dan
dapat memaksimakan pulangan diri sendiri-
dalam erti kata lain, menang dalam apa jua
perundingan.

96

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Sebenarnya, dalam berunding, tujuan anda
bukanlah untuk memaksimakan pulangan anda.
Tetapi, kuncinya adalah untuk mencipta keadaan
win-win. Di mana, anda mendapat apa yang anda
inginkan, serta, pihak sebelah lagi juga mendapat
apa yang mereka inginkan.

Dari mata kasar, sememangnya anda dilihat
sebagai “pemenang” sekiranya anda dapat meraih
keuntungan bagi pihak anda yang maksima
melalui sebarang perundingan. Sebenarnya,
keadaan ini amat bahaya oleh kerana untuk
kemajuan perniagaan anda, anda perlu
mempunyai network yang kuat untuk jangka
masa panjang.

Sekiranya kemenangan hanya berpihak kepada
anda dalam sebarang perundingan, ini akan
membuat pihak satu lagi sukar berkerjasama
dengan anda pada masa hadapan.

Dengan mencipta keadaan win-win dalam 97
perundingan, pihak satu lagi akan turut
bergembira dengan apa jua transaksi dan

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

membina satu jambatan kepercayaan dengan
anda- satu pelaburan jangka masa panjang untuk
perniagaan anda!

Kepakaran komunikasi dan berunding Abdul
Rahman bin Auf bukan sahaja ketika berunding
untuk perihal perniagaan sahaja, tetapi juga
pernah di hantar oleh Rasulullah SAW untuk misi
ketenteraan mengetuai beratus tentera Islam ke
Dumatul Jandal.

Selama 3 hari Abdul Rahman bin Auf berunding
bersama musuh Islam dan di akhirnya, ketua puak
tersebut, Al Asbagh (Kristian) memeluk agama
Islam bersama pengikut-pengikutnya. Maka,
perang pun dapat dielakkan.

Jika berunding dengan musuh ketika berperang
pun dapat diselesaikan, apatah lagi ketika
melakukan transaksi jual beli.

98

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

Kehebatan komunikasi dan berunding Abdul
Rahman bin Auf pastinya tidak dapat
disangkalkan lagi.

99

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com

8 Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf – Usahawan Muslim Terhebat | Irfan Khairi

STRATEGI #6:
ALIRAN PENDAPATAN BERGANDA

Apakah sebenarnya rahsia si kaya? Apakah
persamaan yang terdapat pada mereka yang kaya
raya? Apakah strategi dalam menambahkan
pendapatan mereka?

Jawapannya adalah Aliran Pendapatan Berganda
atau bak kata orang putih, “Multiple Streams of
Income.”

Aliran pendapatan berganda bermaksud, tidak
bergantung kepada hanya satu punca pendapatan
sahaja. Sekiranya anda mempunyai satu punca
pendapatan sahaja, apakah yang akan terjadi
andainya punca pendapatan tersebut terhenti?

Sebagai contoh, jikalau anda sedang bekerja

dengan satu syarikat, dan kemudian atas sebab-

sebab yang tidak dapat dielakkan, syarikat

tersebut terpaksa memberhentikan anda. Apakah

yang akan terjadi dengan aliran pendapatan anda?

100

Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn Bhd www.AbdulRahmanAuf.com


Click to View FlipBook Version