The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adibah09-430, 2021-09-22 00:50:11

BUKU LOG PENGAKAP

Buku log pengakap

LOG PENG
A
U K
K
U
B A
P

NUR ADIBAH HUSNA BINTI MOHD SUHAIRI
PISMP JUN 2020 SEM 3
MPU 3062

KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM

Nama PENSYARAH: cik noryatimah osman

TARIKH HANTAR: 22 sept 2021

BIODATA

Nama : NUR ADIBAH HUSNA BINTI MOHD SUHAIRI

Insituti : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

No. Tel : 014-2179711

Jawatan : BENDAHARI PENGAKAP 2

Kumpulan : PENGAKAP 2

No. K/P : 010618-11-0308

No. Matrik : P19191159

Angka Giliran : 2020192340201

E-mail : [email protected]

Nama Pensyarah: Cik Nor Yatimah Osman

ISI KANDUNGAN

Perlembagaan Sejarah
Pertubuhan Pengakap

Struktur dan Kemahiran
Organisasi Perkhemahan
Pertubuhan,
Asas
Pengurusan dan Kawad Kaki
Pentadbiran
Laporan
Simpulan Perjumpaan/
dan Ikatan Kuliah/Amali
Mingguan
Asas
Pertolongan

Cemas

Bahagian 1

PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN

LENCANA KEAHLIAN
PENGAKAP

PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN




Fasal 1 : Nama dan Alamat
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KELANA INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
PENDIDIKAN TEKNIK

Fasal 2 : Tujuan Persatuan
i. Membentuk warganegara yang taat kepada negara
ii. Meninggikan persaudaraan antara Pengakap-Pengakap Sedunia
iii. Mewujudkan fikiran progresif antara belia

Fasal 3 : Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada lingkungan umur 18 1/2 hingga 35 tahun.
ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat ahli pada awal tahun.
iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi ahli bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.

Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.
i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam
semua aktiviti persatuan.
ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan
dalam persatuan.

Fasal 5 : Mesyuarat.
i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun
untuk:

– memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan
– kewangan
– ucapan penangguhan
– cadangan-cadangan
ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK
iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun
berkenaan.
iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan
persatuan.
v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan
ahli.
vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli
jawatankuasa.

PERLEMBAGAAN

PERTUBUHAN




Fasal 6 : Tugas Pegawai atau AJK Persatuan.
i. Pengerusi
Menjadi pengerusi mesyuaraat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat
dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
ii. Setiausaha
Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat,
menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan
persatuan.
iii. Bendahari
Bertanggungjawab dalam hal kutippan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku
beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.
i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :

a. wang SUWA (Kokurikulum).
b. sumbangan.
c. derma daripada ahli dan orang ramai.
ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu
mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.
i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung.
ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru
Besar.

Fasal 9 : Tafsiran.

i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan
ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan
Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran.
i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan pengarah atau
Pentadbir Institusi.

LAMBANG PENGAKAP






Pecahan tiga kelopak
Persetiaan Pengakap yang tiga




Dua buah bintang pecah lima warna ungu
pada kelopak kiri dan kelopak kanan
Undang-undang Pengakap yang sepuluh

Warna ungu
Warna biro Pengakap sedunia

Lingkaran tali berwarna putih
Persaudaraan Pengakap Sedunia

Ikatan putih
Ikatan persaudaraan Pengakap

Warna putih
Kesucian dan kebersihan

LAMBANG
PENGAKAP MALAYSIA




3 kelopak pada lambang - 3 Persetiaan Pengakap
(Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang
setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap)
Bintang pecah lima (berwarna hijau) - undang-undang
Pengakap yang sepuluh
Ikatan hijau yang mengikat kelopak - "Persaudaraan
Pengakap"
Bintang pecah 14 - "Kesemua negeri-negeri dalam
Malaysia"
Bulan Sabit - "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam"
Lingkaran Tali - "Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia"
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang - warna
diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada
lambang menandakan unit-unit pengakap.
- Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak"
- Hijau - "Pengakap Muda"
- Merah - "Pengakap Remaja"

COGAN KATA PENGAKAP




Pengakap 'Buat
Kanak-Kanak Sehabis Baik'

'Selalu Sedia' Pengakap
Muda

Pengakap 'Pandang Luas'
Remaja

'Berkhidmat' Pengakap
Kelana

BENDERA DAN
LAGU PENGAKAP




Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa

Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta



Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama



Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara



Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia



Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

BENDERA DAN MAKSUD
BENDERA




a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud “Persetiaan
Pengakap” iaitu:-” taat kepada Tuhan,Raja dan Negara” “Menolong orang
setiap masa” , “menurut undang-undang Pengakap”.

b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna
hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan
Pengakap”

d) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan
“Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”

d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan “Agama rasmi
Negara iaitu Agama Islam”.

e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan “Perpaduan Rakyat
Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.

f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan
unit-unit pengakap.
kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”, hijau “Pengakap Muda”, merah
“Pengakap Remaja”

g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna
diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Lambang Pengakap Dunia

PERSETIAAN/ IKRAR PENGAKAP







UNDANG-UNDANG
PENGAKAP

HORMAT PENGAKAP




Hormat Pengakap diberikan selepas
penerimaan hadiah kurniaan dan istiadat
mengibarkan bendera. Dalam keadaan
sedia, angkat tangan kanan dan penjuru
kening. Tiga jari ini bermaksud tiga perkara
penting dalam persetiaan Pengakap, iaitu
Taat kepada tuhan, raja dan negara,
menolong orang pada setiap masa serta
menurut undang-undang Pengakap.

SEJARAH
PENGAKAP

SEJARAH PENGASAS




Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya
BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun
1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan
Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan
bagi Pengakap pada tahun 1907.
Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857
di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah
Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G.
Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak
kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh
orang adik beradik. Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga
tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan
dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya.
Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan
sentiasa taat pada perintah.
Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma
pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa
berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih
kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan
pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki
Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan
di India pada tahun 1876.

Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon
Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama
askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau
telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai
bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi
gelaran “serigala yang tidak pernah tidur” atau “Impeesa” kerana keberanian dan
kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.

Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga
perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas
untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah
mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang
mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober
1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi
kepungan musuh.

Pada 1899, semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan
kanak- kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan
peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi
dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas
peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.

Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka
rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku
“Aids to Scouting”. Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku
tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powelltelah diundang untuk memeriksa satu
pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith.
Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda
yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di PulauBrownsea di Poole
Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau
merupakan“Scout Master” atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W
Green. H Robsondan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell.

Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini
semula buku “Aids to Scouting” kepada “Scouting for Boys”. Buku ini merupakan pandu asas
pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa
lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan
kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau
telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral.

Semasa tercetusnya PerangDunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil
bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh
Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan
Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga
merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.

Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpuldi London menghadiri jambori dunia
pertama. Jamboriitu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh
jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada
malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of
the World.

Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia
penubuhannya 21 tahun,keanggotaannya melebihi dua juta orang.Mengenangkan jaya yang
diberikan, Baden Powell telahdianugerahkan darjah kemuliaanyang tertinggi di England iaitu Lord,
dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang
menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.

Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari
pergerakan Pengakapdi merata-rata dunia. Beliau bersamaisterinya Lady Baden Powell atau Miss
Olave Soames pengasaspergerakan pandu puteri telah berhijrahke Kenya, Afrika. Beliau
bermastautin di sebuahkampung yang aman permai selepasberkhidmat kepada dunia Pengakap
selama 33 tahun.

Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam
lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliauturut diukir “RobertBaden Powell, Chief
Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941.” Logo Pengakap dan pandu puteri
turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan
satu titik di tengah-tengah yang bermaksud “Gone Home“. Kata-kata terakhir BP adalah seperti
berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja- kerjamu.

SEJARAH PENGAKAP
MALAYSIA




Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun
setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands
menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2hb
Julai 1910. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap
Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia
Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap.
Perkembangan Pergerakan Pengakap di negeri ini ialah seperti berikut :
· 1913 - Sabah oleh Thomas Cecil Alexander di Sandakan
· 1915 - Pulau Pinang oleh HR Cheeseman di Penang Free School
· 1915 - Sarawak oleh Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif selepas 1930)
· 1919 - Pahang oleh GM Laidlow di Pekan (diaktifkan 1927 oleh HP Hertslet
· 1922 - Kedah oleh EC Hicks, EAG Stuart, RPS Walker & CW Bloomfield
· 1926 - Perak oleh LR Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar
· 1926 - Melaka oleh R Brunstone di Bandar Melaka
· 1926 - Negeri Sembilan oleh R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith
· 1926 - Selangor oleh BE Haw di Sekolah Victoria Institution
· 1927 - Terengganu oleh AJ Gracle
· 1927 - Kelantan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong
· 1928 - Johor oleh HR Cheeseman di Maktab Sultan Abu Bakar
· 1931 - Perlis oleh Bird Smith & Roger Smith

Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai
Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik.
Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti
penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas
malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di
bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja
Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu
dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu
badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada
Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan
Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.

Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan
November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian
berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia
apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.
Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri,
iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang,
Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu
pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan
belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari
1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap
Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di
sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja
Persekutuan Pengakap Malaysia.

TUJUAN PENUBUHAN




Memelihara serta Meninggikan taraf pencapaian
menyemarakkan Semangat Pengakap di semua peringkat
dari segi pengetahuan, kemahiran
Pengakap di kalangan
Pengakap Raja dan Pengakap dan perkhidmatan
kemasyarakatan dengan daya
di semua Peringkat upaya yang telah diperolehi

melalui Pengakapan

Menawarkan perkhidmatan Membantu Persekutuan
kepada masyarakat dan Pengakap Malaysia (PPM)
negara di dalam sebarang peringkat Daerah/ Negeri/

bidang yang terdaya sesuai Negara di dalam
dengan prinsip dan dasar menjalankan pentadbiran
Pengakapan
dan aktiviti

Mengurus dan Menjalankan
menjalankan tugas-tugas lain selaras
Kumpulan Terbuka
dengan objektif
penubuhan PPM

ISTIADAT-ISTIADAT
RASMI PERTUBUHAN




Istiadat Istiadat
Laung Agung Bendera

(PKK sahaja)

Istiadat Istiadat
Melantik Meningkat

Naik

Istiadat Istiadat
Pemeriksaan Pengalungan
Manik Kayu
Pagi

Istiadat
Penganugerahan

Pingat
dan Bintang PPM

ISTIADAT LAUNG AGUNG

a. Istiadat Laung Agung merupakan satu istiadat yang penting dan hanya terdapat di
dalam Unit Pengakap Kanak-kanak sahaja. Istiadat ini tidak dilakukan dalam unit-unit
pengakap yang lain.

b. Istiadat Laung Agung dilakukan oleh Pengakap Kanak-kanak di seluruh dunia.

c. Laung Agung atau nama asalnya Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan sama
seperti situasi keluarga serigala berhimpun mengelilingi batu untuk bermesyuarat.
Dalam mesyuarat tersebut, Akela atau ketua serigala berada di tengah-tengah
bulatan.

d. Istiadat Laung Agung dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka boleh
melaksanakan sesuatu dengan ”Buat Habis Baik”.

e. Istiadat Laung Agung dilaksanakan setiap kali diadakan perjumpaan PEK, iaitu
semasa permulaan dan penutupan perjumpaan PEK.

ISTIADAT BENDERA

a. Istiadat Bendera terbahagi kepada tiga jenis istiadat, iaitu:
(i) Istiadat Mengibarkan Bendera;
(ii) Istiadat Menaikkan Bendera; dan
(iii) Istiadat Menurunkan Bendera.

Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PKK):
(i) Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung pada setiap pagi. Kebiasaannya selepas
diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
(ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Sekawan Bertugas.

Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PM/PR/PK):
(i) Istiadat ini diadakan pada setiap pagi dan dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit
Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat
Pemeriksaan Pagi.
(ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas.

Pelaksanaan Istiadat Menaikkan Bendera (PM/PR/PK):
(i) Seperti mana Istiadat Mengibarkan Bendera, Istiadat Menaikkan Bendera juga diadakan
pada setiap pagi dan hanya dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan
Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
(ii) Bendera sudah siap diikat pada tali tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas.

ISTIADAT MELANTIK

a. Istiadat Melantik akan diadakan apabila ada ahli atau adik baharu
yang ingin menjadi ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap
Remaja atau Pengakap Kelana.

b. Sebelum istiadat ini dilaksanakan, pemimpin/Akela perlu menyediakan
lencana keahlian, skaf, wogel dan topi mengikut bilangan adik baharu
pengakap.

Pelaksanaan Istiadat Melantik adalah seperti yang berikut:
Jika PKK, Istiadat Melantik akan dimulakan dengan melakukan
Istiadat Laung Agung terlebih dahulu.
Istiadat Melantik diakhiri dengan Istiadat Laung Agung yang buat
pertama kalinya disertai oleh Adik Baharu.
Sekiranya keseluruhan PEK merupakan ahli baharu dalam PKK, maka
Istiadat Melantik akan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan
akan dilantik terlebih dahulu diikuti oleh Adik Baharu yang lain.

ISTIADAT MENINGKAT NAIK

a. Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang
berikut:
(i) apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli
Pengakap Muda;
(ii) apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli
Pengakap Remaja; dan
(iii) ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap
Kelana.

Pelaksanaan Istiadat Meningkat Naik adalah seperti berikut:
Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung
penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan
berteriak “BERSURAI!”.

STRUKTUR DAN
ORGANISASI

PERTUBUHAN,
PENGURUSAN DAN

PENTADBIRAN

STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT KEBANGSAAN

STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT NEGERI

STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT DAERAH

STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT SEKOLAH

STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT KUMPULAN

SENARAI SEKAWAN

SENARAI SEKAWAN

FUNGSI MAJLIS TADBIR




Fungsi utama Majlis Tadbir MPKLMIPG
adalah untuk menjaga dan mengawasi serta
mengurustadbirkan 27 Pergerakan Pengakap
Daerah yang dikenali sebagai Kumpulan
Latihan Malaysia (KLM) di 27 buah Institut
Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, seperti
yang termaktub dalam Buku Undang-undang
Kecil MPKLMIPG. MPKLMIPG beribu pejabat
di Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

TUGAS MAJLIS TADBIR




Memajukan Mengaturkan
kebajikan kerjasama di antara
pergerakan
pengakap di IPG IPG dalam kursus
kepemimpinan
pengakap

Memilih jawatankuasa Menghantar satu
kerja, jawatankuasa salinan laporan
tahunan MPKLMIPG
kewangan dan kepada Ibu Pejabat,
jawatankuasa- PPM tidak lewat
jawatankuasa kecil yang daripada 15 November
lain untuk menjalankan pada setiap tahun
tugas-tugas tertentu jika

perlu

Menguruskan mesyuarat- Mencari dan mentadbirkan
mesyuarat, perhimpunan- segala wang, sama ada dicari,
perhimpunan, persidangan- dermaan, yuran kurniaan atau
persidangan dan gerak-gerak
kerja MPKLMIPG secara bersama diterima daripada sebarang
untuk faedah MPKLMIPG dan punca yang sesuai dengan

para anggotanya  peraturan-peraturan ini untuk
pembangunan kepengakapan di

MPKLMIPG

PAKAIAN SERAGAM AHLI

PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN

Bahagian 2

LAPORAN
PERJUMPAAN/
KULIAH/ AMALI
MINGGUAN

TARIKH: LAPORAN MINGGU 1
MASA:
TAJUK: 23 JUN 2021
11:15 a.m – 1:15 p.m.
TEMPAT: Pengenalan, konsep, sejarah dan kepentingan unit
PENSYARAH BIMBINGAN: beruniform Pengakap.
BILANGAN AHLI: Google meet
Cik Nor Yatimah Osman
30

Masa Aktiviti Catatan

11.15 – 1.15 1. Aktivit 1: Pengenalan

petang  Cik Nor Yatimah Binti Osman telah

memperkenalkan dirinya sebagai pensyarah

bimbingan bagi Unit Pengakap 2 yang terdiri

daripada ahli pengakap seramai 30 orang.

 Seterusnya, sesi suai kenal antara ahli pengakap

pula dijalankan. Setiap ahli akan memberitahu

butiran peribadi mereka iaitu nama, asal negeri

dan pengalaman sebagai ahli pengakap semasa

berada di bangku sekolah rendah atau

menengah.

 Setelah itu, sesi mesyuarat untuk melantik ahli

jawatankuasa tertinggi iaitu Pengerusi, Naib.

Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha telah

diadakan. Pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi

ini adalah berdasarkan jumlah undian tertinggi

yang dilakukan oleh ahli pengakap.

 Senarai ahli jawatankuasa tertinggi:

Pengerusi:

N. Pengerusi:

Bendahari:

Setiausaha:

 Ahli pengakap perlu membina sekawan masing-

masing yang hanya terdiri daripada 6 orang

sahaja. Pensyarah juga meminta untuk memilih

warna bagi melambangkan setiap sekawan
masing-masing. Misalnya, warna merah, kuning,
hijau, biru dan jingga.

2. Aktiviti 2: Perlembagaan Pertubuhan dan sejarah
pengakap

 Cik Nor Yatimah telah menerangkan tentang
prinsip pertubuhan, perlembagaan, pertubuhan,
lambang dan cogan kata, bendera, persetiaan
dan undang-undang serta lagu Pengakap secara
menyeluruh.

 Sebagai permulaan, beliau menyanyikan lagu
pengakap Malaysia terlebih dahulu dan kemudian
diikuti oleh ahli pengakap secara atas talian.

 Cara mengingati 10 undang-undang pengakap
juga didedahkan kepada ahli pengakap melalui
nyanyian lagu yang diberikan oleh Pensyarah.

 Pengasas pengakap pertama ialah Robert
Baden- Powell atau lebih dikenali sebagai BP.
Beliau telah menganjurkan perkhemahan di Pulau
Brownsea England pada 31 Julai hingga 9 Ogos
1907 dan di situlah bermulanya pertubuhan
pengakap.

 Pada tahun 1910, pergerakan pengakap pertama
kali ditubuhkan di Singapura. Kumpulan pertama
ini terdiri daripada 30 orang sahaja. Kemudian,
setiap negeri di Malaysia menubuhkan
pergerakan pengakap dengan tuuan untuk
menambahkan keahlian dalam pergerakan
pengakap di Malaysia.

4. Aktivit 4: Pengurusan dan Pentadbiran
 Cik Nor Yatimah telah memberitahu bahawa
setiap ahli pengakap mestilah mendaftar dengan
Persekutuan Pengakap Malaysia melalui
pembayaran sebanyak RM 30 setiap seorang.

 Penjelasan tentang fungsi buku log dan folio turut
diberikan. Penulisan buku log ini adalah untuk
menulis laporan aktiviti mingguan yang telah
dijalankan sepanjang minggu tersebut, manakala
portfolio diri pula untuk menulis butiran peribadi
ahli pengakap pada buku log tersebut.

 Pakaian seragam terdiri daripada:
(a) Forage cap/bowler hat
(b) Epolet penolong pemimpin
(c) Tanda pangkat penolong pemimpin
(d) Tulisan KLM
(e) Nombor kumpulan
(f) Lencana keahlian
(g) Tanda nama
(h) Skaff
(i) Woggle
(j) Tali pinggang

REFLEKSI

Kesimpulannya, melalui sesi suai kenal yang telah dijalankan, saya dapat mengenali semua
ahli pengakap 2. Hal ini juga dapat membantu saya serta ahli pengakap yang lain supaya
tidak segan untuk bertegur sapa dan meminta pertolongon sepanjang bersama dalam unit
beruniform Pengakap ini. Seterunya, pengagihan kumpulan sekawan yang berbeza negeri
juga telah dapat mengeratkan hubungan saya bersama kumpulan serta dapat menambah
ahli kenalan. Di samping itu, penerangan yang jelas berkaitan sejarah pengenalan, konsep,
sejarah dan kepentingan telah menambahkan ilmu yang baharu buat saya dan ahli
pengakap yang lain. Sebagai contoh, pengetahuan tentang jenis-jenis epolet yang terdapat
7 warna ini merupakan ilmu yang baharu kepada saya. Pendedahan ini membantu kami
untuk mengetahui pangkat warna setiap epolet sekiranya terlibat dalam suatu perkhemahan
ataupun program jamboree.

TARIKH: LAPORAN MINGGU 2
MASA:
TAJUK: 30 JUN 2021
11:15 a.m – 1:15 p.m.
TEMPAT: Penerangan Buku Log dan Kemahiran Perkhemahan
PENSYARAH BIMBINGAN: (Kraf Perkhemahan dan Ikhtiar Hidup)
BILANGAN AHLI: Google meet
Cik Nor Yatimah Osman
30

Masa Aktiviti Catatan

11.15 a.m. - 1. Aktiviti 1: Buku log

13.15 p.m.  Ciri-ciri buku log:

(a) buku berkulit tebal, bersaiz A4 dan sekurang-

kurangnya 200 muka surat

(b) Kulit depan buku log mestilah menggambarkan

unit pengakap

(c) Penyediaan buku log terbahagi kepada empat

bahagian:

i. Nota-nota tentang maklumat, kemahiran

dan aktiviti pengakap

ii. Laporan perjumpaan mingguan

iii. Laporan aktiviti, laporan tugasan dan

laporan lain yang difikirkan sesuai

iv. Nota, gambar, carta yg berkaitan unit

beruniform daripada pelbagai sumber

(d) Gambar yang hendak ditampal mestilah jelas

dan tidak kabur

(e) Buku log dihias mengikut kreativiti masing-

masing

2. Aktiviti 2: Kemahiran Perkhemahan
 Pengurusan dan Penjagaan Khemah.
- Pensyarah iaitu Cik Nor Yatimah
menerangkan kepada semua ahli pengakap
tentang pengurusan dan penjagaan khemah.

- Pensyarah juga menjelaskan ciri-ciri

perkhemahan yang baik iaitu:

i. Perlu mendapatkan kebenaran dan

maklumat.

ii. Mudah untuk memperoleh kemudahan

asas seperti bekalan air.

iii. Berkhemah di Kawasan yang lapang.

iv. Berkhemah tidak terlalu jauh dari

penduduk atau perkampungan atau jalan

besar supaya mudah meminta

pertolongan sekiranya berlaku

kemalangan.

- Cik Nor Yatimah menjelaskan kepada semua

ahli pengakap cara pemilihan tempat bagi

mendirikan khemah, seperti:

i. Tanah rata, lapang, teduh dan selesa.

ii. Tidak mendirikan khemas di bawah pokok

reput dan di kaki bukit.

iii. Mendirikan khemah dengan berlawanan

arah tiupan angin.

 Kraf Perkhemahan (Gajet)
- Cik Nor Yatimah menerangkan fungsi atau
tujuan gajet dibina semasa perkhemahan
adalah seperti:
(a) Tempat menyimpan, menyusun bahan
dan peralatan
(b) Mengelakkan kemalangan seperti
terlanggar peralatan tajam
(c) Memudahkan kerja-kerja memasak
dan menghidangkan makanan
(d) Menjadi mercu tanda perkhemahan
seperti pintu gerbang dan tiang
bendera
- Pensyarah memberitahu jenis-jenis gajet yang
terdapat dan penting ketika perkhemahan:

i. Gajet rak kasut
ii. Gajet ampaian
iii. Gajet pintu gerbang
iv. Gajet Tiang bendera
v. Gajet papan kenyataan
vi. Gajet tempat menyimpan bahan-bahan

masakan
 Ikhtiar Hidup

- Cik Nro Yatimah menjelaskan maksud ikhtiar
hidup iaitu keupayaan atau keadaan sesuatu
itu untuk terus hidup.

- Cik Nor Yatimah menjelaskan bahawa
kemahiran ikhtiar hidup ini penting kerana
ianya diperlukan untuk menyediakan
keperluan seperti air, makanan, tempat tinggal
dan lain-lain.

- Terdapat empat prinsip ikhtiar hidup,
antaranya ialah:
i. Keselamatan
ii. Usaha
iii. Kawalan diri
iv. Kerjasama

 Kebudayaan
- Cik Nor Yatimah menjelaskan aktiviti yang boleh
dilaksanakan sewaktu malam kebudayaan.

 Simbol dan Pengembaraan

REFLEKSI
- Mengetahui cara untuk menguruskan perkhemahan jika diberi peluang
- Dapat mengetahui jenis jenis gajet dan kegunaannya
- Dapat mengetahui kepentingan ikhtiar hidup seperti masakan rimba
- Keseluruhannya boleh menguruskan perkhemahan dan memasuki hutan.

TARIKH: LAPORAN MINGGU 3
MASA:
TAJUK: 07 JULAI 2021
11:15 a.m – 1:15 p.m.
TEMPAT: Kemahiran Pengakap (Simpulan & Ikatan dan Asas
PENSYARAH BIMBINGAN: Kawad Kaki)
BILANGAN AHLI: Google meet
Cik Nor Yatimah Osman
30

Masa Aktiviti Catatan
1. Aktiviti 1: Simpulan & Ikatan
11.15 a.m. -
13.15 p.m.  Simpulan dan ikatan pada asalnya dikuasai oleh
pengakap laut sahaja. Kini, penggunaan simpulan
dan ikatan semakin luas terutamanya ketika
perkhemahan dilaksanakan.

 Cik Nor Yatimah menjelaskan fungsi-fungsi setiap
simpulan dan ikatan kepada ahli pengakap
seperti simpul manuk yang digunakan bagi
memulakan gajet.

 Jenis-jenis simpulan dan ikatan:
(a) Buku sila
(b) Bunga tepi
(c) Simpul manuk
(d) Simpul kasih
(e) Lilit balak
(f) Simpul belit

2. Aktiviti 2: Asas Kawad Kaki
 Kawad ialah perbarisan oleh anggota seragam
yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan
badan secara serentak.
 Cik Nor Yatimah memberikan contoh video
kawad kaki pada Google Classroom maka setiap
ahli pengakap perlu menontonnya.
 Cik Nor Yatimah memberitahu bahawa setiap

Bahasa hukuman atau arahan ini perlulah
menggunakan suara yang lantang dan kuat.
 Arahan kawad ini terdapat harakat atau
Panjangnya dan penekanan pada bahagian
tertentu.
 Kawad terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

i. Kawad statik
ii. Kawad dinamik
iii. Kawad formasi

REFLEKSI

- Mengetahui jenis jenis ikatan yang ada
- Mempelajari cara membuat ikatan
- Mengetahui fungsi ikatan
- Melatih diri untuk mahir supaya dapat melakukan ujian amali dengan baik.
- Ikatan yang dipelajari membantu dalam membina gajet
- Dapat mempraktikkan ikatan untuk tugasan amali
- Dapat mempraktikkan asas kawad kaki untuk amali

TARIKH: LAPORAN MINGGU 4
MASA:
TAJUK: 14 JULAI 2021
11:15 a.m – 1:15 p.m.
TEMPAT: Kemahiran Perkhemahan (Asas Pertolongan Cemas
PENSYARAH BIMBINGAN: dan Pengurusan & persiapan perkhemahan)
BILANGAN AHLI: Google meet
Cik Nor Yatimah Osman
30

Masa Aktiviti Catatan

11.15 a.m. - 1. Aktiviti 1: Asas Pertolongan Cemas
13.15 p.m.
 Cik Nor Yatimah menerangkan definisi

pertolongan cemas iaitu rawatan awal yang

diberikan kepada mangsa sebelum tibanya

bantuan perubatan.

 Tujuan Pertolongan Cemas ini adalah untuk

menyelamatkan nyawa, mengelakkan

kecederaan yang lebih serius dan mengurangkan

kesakitan.

 Cik Nor Yatimah memperkenalkan gambar

bahan-bahan yang terdapat dalam kotak

pertolongan cemas, seperti berikut:

i. Termometer

ii. Mangkuk Enamel

iii. Ubat cium

iv. Asprin

v. Panadol

vi. Ubat melepuh

vii. Kain pembalut luka

viii. Kain Tekap

ix. Kapas

x. Gunting

xi. Kain kapas

xii. Pin semat

xiii. Elastoplast

xiv. Ubat Luka
xv. Papan Tuap
xvi. Kain Segitiga
xvii. Ubat cuci mata
xviii. Pembalut berelastik
xix. Pembalut pembebat
xx. Adesif lekat sendiri
 Selepas itu, pensyarah menerangkan setiap
fungsi dan cara menggunakan bahan-bahan yang
terdapat dalam kotak pertolonga cemas kepada
semua ahli pengakap.
 Satu contoh situasi kemalangan atau kecederaan
dan menjelaskan cara untuk memberi rawatan
awal bagi situasi tersebut telah diberikan oleh Cik
Nor Yatimah. Sebagai contoh, rawatan awal bagi
mangsa yang tangan patah, kita boleh membuat
anduh besar pada tangan mangsa yang patah.

2. Aktiviti 2: Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan
 Cik Nor Yatimah menjelaskan kepada semua ahli
pengakap berkaitan pengurusan dan persiapan
perkhemahan.
 Dalam menguruskan perkhemahan terdapat
Langkah-langkah yang penting perlu diikuti oleh
setiap ahli pengakap, antaranya ialah:
1. Penubuhan jawatankuasa seperti jawatankuasa
urus setia, aktiviti, peralatan, keselamatan dan
kecemasan.
2. Pemilihan tempat – pemilihan tempat perlulah
merangkumi ciri-ciri yang selalu ditekankan oleh
Cik Nor Yatimah seperti:
i. Tanah rata, lapang, teduh dan selesa.
ii. Tidak mendirikan khemas di bawah pokok
reput dan di kaki bukit.
iii. Mendirikan khemah dengan berlawanan
arah tiupan angin.

v. Berkhemah tidak terlalu jauh dari

penduduk atau perkampungan atau jalan

besar supaya mudah meminta

pertolongan sekiranya berlaku

kemalangan.

3.Mendapatkan surat kebenaran seperti penyelaras

perkhemahan perlu mendapatkan surat kebenaran

daripada pihak sekolah, ibu bapa, jabatan

Pendidikan negeri dan sebagainya sebelum

menjalankan sesuatu program perkhemahan.

4.Perkhemahan yang hendak dijalankan juga perlu

mengambil kira tujuan, seperti apa yang peserta

perolehi setelah melibatkan diri dalam program

perkhemahan tersebut.

REFLEKSI

- Memperolehi ilmu baharu tentang merawat orang dengan memberi rawayan awal
- Mengetahui cara atau larangan Ketika memberi rawatan awal
- Dapat mengetahui jenis jenis bahan dan fungi bahan dapat kotak pertolongn cemas
- Mengetahui cara untuk menguruskan perkhemahan dan perkara penting dalam

merancang perkhemahan.


Click to View FlipBook Version