Pemulihan Pernafasan atau
Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR)
Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu
mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran
oksigen ke otaknya berterusan.
Ingat petua S-P-P
S - Saluran Udara P - Pernafasan
Pastikan saluran Bernafas untuk
udara terbuka pesakit dengan
mengembungkan paru-
parunya dan
mengoksigenkan darah
P - Peredaran
Mengedarkan atau
melancarkan aliran
darah dengan
memampatkan dada
CARA-CARA
PEMULIHAN PERNAFASAN
S - Saluran Udara Terbuka
Baringkan pesakit. Keluarkan
1 sebarang benda asing
daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling
mulut.
Angkat lehernya ke atas 2
dan dongakkan kepalanya ke
belakang perlahan-lahan.
3 Tarik rahangnya
ke atas.
P - Pernafasan
Letakkan mulut anda di atas mulut
pesakit, picit hidungnya agar tertutup
1 dan hembus ke dalam mulutnya dengan
kuat supaya dadanya mengembung. Jika
pesakit adalah seorang bayi atau kanak,
letakkan mulut anda di atas hidung dan
mulutnya semasa menghembus.
Alihkan mulut anda dan dengar dengan 2
teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang
tindakan menghembus. Jika tiada
pertukaran udara, periksa semula
kedudukan kepala dan rahang pesakit
serta lihat sama ada lidahnya menghalang
saluran udara. Cuba sekali lagi.
3 Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara,
pusing pesakit ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali
untuk mengeluarkan sebarang benda asing daripada tekak.
Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa
4 sehingga pesakit mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia
mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit itu pulih.
5 Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit
berasa hangat dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia
telah pulih semula.
P -Peredaran (Mampatan Luar Dada)
Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa
31 berdenyut, walaupun hampir tidak kedengaran dan jika
sebarang nadi dapat dirasai.
Jika jantung belum berdenyut lakukan perkara ini
1 Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada
2 Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan
kanan anda di atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan
kanan.
Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini
3 (Tekan… Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat
ini adalah dengan menekan jantung mangsa dan memaksa
darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan
jantung.
Selepas 30 tekanan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut
4 ke mulut. Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga
jantung mangsa berdenyut secara normal.
Bahagian 3
LAPORAN
AMALI
PROGRAM : PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2021
TARIKH : 6 SEPTEMBER – 10 SEPTEMBER (5 hari)
LOKASI : KUALA NERUS, TERENGGANU (Kawasan kediaman)
JURULATIH : CIK NOR YATIMAH OSMAN
AKTIVITI:
1. UJIAN IKATAN DAN SIMPULAN
2. UJIAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS
3. UJIAN KRAF PERKHEMAHAN
4. UJIAN MASAKAN RIMBA
5. UJIAN KAWAD KAKI
AKTIVITI : UJIAN IKATAN DAN SIMPULAN
TARIKH : 6 SEPTEMBER 2021
LOKASI : KAWASAN KEDIAMAN
MASA AKTIVITI CATATAN
9.00 am –
4.30 pm Mencari bahan berkaitan ikatan Jenis ikatan dan simpulan
dan simpulan. Simpulan buku sila
Berlatih ikatan dan simpulan. Simpulan bunga keti
Membuat demonstrasi, merakam Ikatan tindih kasih
dan menghantar rakaman ujian Ikatan balak
ikatan dan simpulan. Simpul belit
Refleksi:
Saya dapat mempelajari dan memahami cara ikatan dan simpulan yang betul
mengikut kaedah yang ditetapkan selain membantu saya bersedia pada waktu akan
datang khususnya semasa aktiviti perkhemahan yang seterusnya.
AKTIVITI : UJIAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS
TARIKH : 7 SEPTEMBER 2021
LOKASI : KAWASAN KEDIAMAN
MASA AKTIVITI CATATAN
9.00 am –
4.30 pm Mencari bahan berkaitan Perkara yang diuji
pertolongan cemas. Anduh besar
Berlatih cara melakukan Balutan luka di tapak
pertolongan cemas. kaki/tangan
Melaksanakan, merakam dan Balutan luka di kepala
menghantar rakaman ujian asas Penghentian pengaliran
pertolongan cemas darah dengan menekan di
titik nadi yang terdapat pada
badan.
Refleksi:
Saya dapat mempelajari dan memahami teknik balutan dan penghentian darah yang
tepat dan betul. Perkara ini membantu saya sekiranya terdapat individu berdekatan
yang memerlukan pertolongan cemas dengan segera. Hal ini secara tidak langsung
dapat menyelamatkan nyawa individu yang terlibat dalam perkara seperti
kemalangan atau sakit.
AKTIVITI : UJIAN KRAF PERKHEMAHAN
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2021
LOKASI : KAWASAN KEDIAMAN
MASA AKTIVITI CATATAN
9.00 am –
4.30 pm Mencari bahan berkaitan kraf Gajet rak peralatan.
perkhemahan seperti buluh dan
tali.
Merangka pembinaan gajet rak
peralatan.
Menyediakan kesemua peralatan
yang diperlukan seperti gergaji,
parang dan penukul.
Membina, merakam dan
menghantar rakaman pembinaan
gajet rak peralatan.
Refleksi:
Saya dapat berinovasi dan mereka sebuah gajet rak peralatan yang kreatif
menggunakan bahan seperti buluh, tali dan alatan yang lain. Melalui ujian ini, daya
kognitif saya untuk berfikiran kreatif serta menyelesaikan masalah berkaitan kraf
tangan seperti cara ikatan, bentuk kraf, saiz dan bahan yang digunakan dapat
dirangsang serta ditingkatkan.
AKTIVITI : UJIAN MASAKAN RIMBA
TARIKH : 9 SEPTEMBER 2021
LOKASI : KAWASAN KEDIAMAN
MASA AKTIVITI CATATAN
9.00 am –
4.30 pm Mencari bahan berkaitan Teknik Merebus
masakan rimba bagi teknik
merebus seperti telur ayam,
buluh, arang dan sebagainya.
Menyediakan tempat
memasak.
Memasak, merakam proses
dan menghantar rakaman
ujian masakan rimba.
Refleksi:
Saya dapat mempelajari dan melakukan satu teknik masakan iaitu merebus telur
menggunakan buluh. Melalui ujian ini saya dapat belajar tentang sifat berdikari dan
pentingnya menguasai kaedah masakan khususnya sewaktu perkhemahan.
AKTIVITI : UJIAN KAWAD KAKI
TARIKH : 10 SEPTEMBER 2021
LOKASI : KAWASAN KEDIAMAN
MASA AKTIVITI CATATAN
9.00 am –
4.30 pm Mencari kawasan kawad kaki Kawad Kaki
yang sesuai. Statik
Berlatih gerakan kawad kaki Dinamik
statik dan dinamik.
Melakukan demonstrasi kawad
kaki, merakam dan menghantar
rakaman tersebut.
Refleksi:
Saya dapat mempelajari tentang kaedah melapor serta cara perlakuan kawad kaki
dengan betul. Di samping itu, pengetahuan saya dalam memberikan arahan dan
menerima arahan juga berkembang mengikut kaedah yang betul. Melalui ujian ini ia
membantu saya dalam meningkatkan taraf disiplin dalam hidup saya khususnya
dalam mengikuti peraturan dan menerima arahan yang telah dinyatakan.
TAMAT
TERIMA KASIH