TARIKH: LAPORAN MINGGU 5
MASA:
TAJUK: 21 JUN 2021
TEMPAT: 11:15 a.m – 1:15 p.m.
PENSYARAH BIMBINGAN: Pengurusan dan persiapan perkhemahan
BILANGAN AHLI: Google meet
Cik Nor Yatimah Osman
30
MASA AKTIVITI CATATAN
11.15 a.m. - Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan kebangsaan/
13.15 p.m. Antarabangsa
Aktiviti 1:
Perancangan dan persiapan awal
Cik Nor Yatimah menerangkan perancangan dan
persiapan awal dengan menerangkan langkah-
langkah persiapan awal yang dimulakan dengan
pembentukan jawatankuasa seterusnya
mengenalpasti kawasan perkhemahan.
Tidak boleh dilupakan surat kebenaran yang perlu
disediakan awal bagi mendapatkan kebenaran dan
keizinan daripada pelbagai pihak.
Seterusnya menyiapkan belanjawan kerana
perbelanjaan merupakan nadi utama sesuatu
aktiviti atau program. Akhir sekali alatan
perkhemahan yang perlu disediakan lebih awal bagi
membantu pelajar dan guru untuk melakukan
aktiviti.
Aktviti 2
Pemilihan tempat
Pemilihan tempat merupakan kawasan yang akan
menjadi kawasan untuk didiami sepanjang
perkhemahan,program dijalankan.
Jadi aspek pemilihan tempat perlu diteliti agar
kawasan tersebut selamat dan sesuai untuk
melaksanakan aktiviti.
Aktivit 3
Aspek keselamatan Kemudian Cik Nor Yatimah turut
menegaskan aspek keselamatan yang merupakan
perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak
penganjur bagi memastikan keselamtan peserta
terjamin.
Aktiviti 4
Kemudahan asas 3 faktor penting yang ditekankan
dalam kemudahan asas iaitu jangka masa, tempat
dan bilangan peserta yang mengikuti program
REFLEKSI
Menambah ilmu pengetahuan tentang pengurusan dan persiapan awal perkhemahan.
Dapat memahami perkara yang perlu dilakukan sebelum perkhemahan dilaksanakan
Mengaplikasikan pengetahuan yang diajar ketika pelaksanaan yang sebenar.
TARIKH: LAPORAN MINGGU 6
MASA:
TAJUK: 18 OGOS 2021
TEMPAT: 11:15 a.m – 1:15 p.m.
PENSYARAH BIMBINGAN: Pengurusan dan persiapan perkhemahan
BILANGAN AHLI: Google meet
Cik Nor Yatimah Osman
30
MASA AKTIVITI CATATAN
11.15 a.m. - Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan kebangsaan/
13.15 p.m. Antarabangsa
Aktiviti 1: Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan
Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan
Kebangsaan/Antarabangsa
Pengurusan dan persiapan perkhemahan
unit/ Kem Tahunan
Kebangsaan/Antarabangsa secara
menyeluruh kepada semua ahli pengakap
kelas 1.
Persiapan perkhemahan melibatkan
beberapa prosedur utama iaitu
1. Perancangan dan persiapan awal
2. Pemilihan tempat
3. Aspek keselamatan
4. Kemudahan asas
Aktiviti 2: Pemeriksaan pagi
Seterusnya pemeriksaan pagi yang biasa
dilakukan semasa perkhemahan
berlangsung. Antara cara pemeriksaan
pagi yang dilakukan adalah dengan
memeriksa kebersihan diri, khemaha
serata kawasan perkehamahan.
Antara aspek-aspek yang dinilai
termasuklah:
1. Kebersihan dalam dan persekitaran
khemah
2. Susun atur barang dan peralatan
kumpulan
3. Pakaian yang dibawa
4. Gajet yang dibawa
Aktiviti 3: Surat-menyurat
Aktiviti seterusnya melibatkan penerangan
surat-menyurat yang perlu dilakukan dan
disediakan:
1. Sebelum menjalankan aktiviti,
2. Surat untuk memastikan aktiviti
berjalan lancar dan atas
makluman pihak berkuasa
3. Surat diperolehi sebelum peserta
dibenarkan mengikut aktiviti
perkhemahan
4. Sebelum aktiviti perkhemahan
REFLEKSI
Menambah ilmu pengetahuan tentang pengurusan dan persiapan awal perkhemahan.
Dapat memahami perkara yang perlu dilakukan sebelum perkhemahan dilaksanakan
Mengaplikasikan pengetahuan yang diajar ketika pelaksanaan yang sebenar.
TARIKH: LAPORAN MINGGU 9
MASA:
TAJUK: 28 JULAI 2021
TEMPAT: 11:15 a.m – 1:15 p.m.
PENSYARAH BIMBINGAN: Orientasi kokurikulum unit beruniform
BILANGAN AHLI: Google meet
Cik Nor Yatimah Osman
30
MASA AKTIVITI CATATAN
11.15 a.m. - Aktiviti 1: Membincangkan tentang pengurusan dan
13.15 p.m. persiapan perkhemahan unit beruniform dengan
mengetahui definisi khemah iaitu tempat perlindungan
sementara yang selamat, selesa dan mempunyai
kemudahan asas yang minima.
Aktiviti 2: Memahami bahawa laporan merupakan
penerangan ke atas sesuatau aktiviti yang telah
ditetapkan dan refleksi adalah tindak balas (reaksi) ke
atas hasil daripada laporan yang dibentangkan. Di
samping mengetahui tujuan laporan dan refleksi
disediakan untuk apa jua program mahupun aktiviti yang
dijalankan.
Aktiviti 3: Orientasi Kurikulum Sekolah Rendah
Kurikulum unit beruniform
REFLEKSI
Mengetahui info berkenaan pengurusan dan persiapan perkhemahan serta tujuan
membuat laporan.
Dapat memahami cara menghasilkan perancangan orientasi dengan baik.
TARIKH: LAPORAN MINGGU 10
MASA:
TAJUK: 25 OGOS 2021
TEMPAT: 11:15 a.m – 1:15 p.m.
PENSYARAH BIMBINGAN: Pengurusan dan persiapan perkhemahan
BILANGAN AHLI: Google meet
Cik Nor Yatimah Osman
30
MASA AKTIVITI CATATAN
Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan kebangsaan/
Antarabangsa
Aktiviti 1:
Cik Nor Yatimah menerangkan perancangan
orientasi yang perlu disediakan oleh ahli
pengakap bagi kerja kursus unit uniform
semester ini.
Aktiviti 2:
Perancangan orientasi merupakan perkara yang
perlu disediakan oleh guru ketika berada di
sekolah dalam mengendalikan unit beruniform
tahunan.
Perancangan program ini perlu disediakan untuk
15 minggu.
Perancangan orientasi perlu merujuk buku SKIM
Latihan Pengakap sebagai rujukan dan panduan
dalam menyediakan perancangan orientasi
Aktiviti 3:
Cik Nor Yatimah memberikan arahan kepada setiap
sekawan untuk memilih lencana gangsa, perak atau
emas untuk membuat perancangan orientasi.
REFLEKSI
Mengetahui cara yang betul untuk menyediakan perancangan orientasi dengan baik.
Dapat menghasilkan perancangan orientasi dengan mengaplikasikan contoh dan
merujuk bahan yang diberikan dengan baik.
Bahagian 3
KEMAHIRAN
PERKHEMAHAN
KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
Kraf perkhemahan merujuk kepada kemahiran asas yang perlu dipelajari
dan dikuasai untuk menghadapi cabaran alam semula jadi semasa berada
dalam kegiatan luar atau perkhemahan. Pengetahuan dalam kraf
perkhemahan adalah penting dan digunakan semasa individu menjalankan
aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.
Kraf perkhemahan bertujuan menggalakkan ahli Pengakap untuk
mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam aktiviti
luar atau perkhemahan. Seterusnya, kraf perkhemahan memberi
pendedahan kepada ahli Pengakap untuk mengetahui cara-cara untuk hidup
apabila berada di dalam hutan atau tapak perkhemahan. Tambahan pula,
kemahiran tersebut memberi kesedaran kepada ahli Pengakap tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dengan kaedah yang betul dan berkesan.
PERKHEMAHAN
ª Perancangan sebelum perkhemahan
- Memohon kepada ibu pejabat Kadet Remaja Sekolah kebenaran
menjalankan perkhemahan.
- Menubuh jawatankuasa perkhemahan (staf kem).
- Mengadakan mesyuarat staf perkhemahan.
- Memilih tapak yang sesuai dan mempunyai kemudahan asas.
- Menghantar surat makluman kepada majlis perbandaran (kutip sampah),
hospital (doktor on call dan Balai Polis).
- Memilih staf perkhemahan iaitu : Kem Komandan , Penolong Kem
Komandan , Juru Pertolongan Cemas, Penolong Juru Pertolongan Cemas,
Juru Masak & Penolong Juru masak.
- Menyedia jadual aktiviti perkhemahan.
- Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan.
Senaraikan peralatan perkhemahan.
ª Semasa Perkhemahan
- Memastikan tapak perkhemahan telah dalam keadaan sedia semasa ahli
mendaftar.
- Menjalankan aktiviti yang dirancang.
- Mengubahsuai aktiviti mengikut keperluan semasa.
- Bekerjasama dengan staf perkhemahan menyelesaikan masalah di tapak
- Menjalankan mesyuarat Court Of Honour (COH) setiap hari bersama staf
perkhemahan dan ketua dan penolong kumpulan (mesyuarat staf
perkhemahan dan ketua-ketua kumpulan).
R Memeriksa tapak perkhemahan setiap hari selepas panji-panji.
ª Selepas Perkhemahan
- Membuat penilaian perkhemahan.
- Membuat laporan.
- Menghantar surat terima kasih kepada agensi yang terlibat membantu
perkhemahan.
- Membersihkan tapak perkhemahan.
- Membersih dan menyimpan peralatan perkhemahan.
- Membaik pulih peralatan yang rosak.
PERKHEMAHAN
ª PERATURAN UMUM PERKHEMAHAN
Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta
arahan- arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Mengikut dan menjalankan setiap aktiviti dengan penuh dedikasi dan
bersemangat tinggi.
Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankan setiap aktiviti.
Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan dalam setiap aktiviti
yang dijalankan.
Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam setiap
aktiviti.
Mematuhi semua nasihat, teguran dan tunjuk ajar yang diberikan oleh
pensyarah atau penunjuk cara. Undangan.
Menyediakan sebuah buku log bagi mencatat segala aktiviti yang
dijalankan.
Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari pensyarah penasihat.
Khemah
-Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar.
Ciri-ciri tapak atau kawasan khemah:
Mendapatkan kebenaran dan maklumat.
Kemudahan asas seperti bekalan air.
Kawasan lapang.
Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan.
Syarat Mendirikan Khemah
Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam.
Berlawanan dengan arah tiupan angin.
Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah rata, lapang, teduh dan
selesa.
Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah
tumbang, berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya mengelakan
serangga atau binatang berbisa.
PENGURUSAN DAN
PENJAGAAN KHEMAH
Khemah merupakan tempat perlindungan sementara yang selamat dan
mempunyai kemudahan asas yang minima. Berkhemah merujuk kepada
penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman rumah, di dalam hutan,
pantai, bukit, gunung dan sebagainya. Berkhemah adalah berkait rapat dengan
ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan. Selain itu, aktiviti berkhemah
2merupakan suatu cabang ilmu yang menguji kemampuan meneladan fizikal untuk
menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.
JENIS-JENIS KHEMAH
Ridge tent Dome tent
Khemah yang mempunyai tiang Khemah yang berbentuk
melintang di sepanjang bumbung
dan diperbuat daripada material gelembung dan menggunakan
nilon yang ringan supaya mudah
dibawa dan dilipat. material yang sesuai dan
fleksibel. Dome tent adalah
ringan, mudah dibawa dan sesuai
digunakan untuk perkhemahan
sekolah atau berkelah.
Frame tent Bell tent
Khemah jenis besar yang Khemah yang mempunyai satu
biasanya digunakan untuk tiang tinggi pada puncak
perkhemahan keluarga. Rangka khemah. Khemah ini sudah
khemah akan dipasang dahulu
dan kemudiannya kanvas. jarang digunakan dan digantikan
dengan khemah jenis “DOME”.
SHELTER
Shelter adalah sukar dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Shelter dapat
melindungi daripada serangga, cuaca panas, hujan, angin, salji dan suhu yang sejuk, di
samping mampu menyembunyikan diri daripada musuh bahaya.
JENIS-JENIS SHELTER
Phonco
Tent
Phonco-Lean-To One man
Shelter
PENGURUSAN DAN
KESELAMATAN KHEMAH
Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau
menghampiri khemah.
Khemah bukannya tempat untuk menjemur dan menyidai
pakaian.
Tidak dibenarkan memasak.
Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut
atau binatang memasuki khemah.
Pastikan khemah ditutup sekiranya tiada orang di dalam
khemah.
Pastikan bahagian luar dan dalam khemah sentiasa bersih
dan kemas.
Tidak dibenarkan merokok di dalam khemah.
Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat
untuk digunakan.
PENJAGAAN KHEMAH
Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang khemah
berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk
memasukkan dan mengeluarkan tiang dengan lebih mudah.
Letakkan sedikit pelincir pada zip khemah untuk memudahkan zip
dibuka.
Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan
daripada binatang mencari atau merosakkan khemah semasa dalam
usaha mencari makanan.
Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka yang
berdekatan dengan khemah.
Pastikan khemah betul-betul kering sebelum menyimpannya.
Disarankan supaya sentiasa membersihkan khemah setiap kali selepas
selesai menggunakannya, di samping memeriksa kotoran dan sampah
sarap yang tertinggal.
Sekiranya khemah berkeadaan basah, elakkan daripada menekan,
menarik atau apa cara sekalipun untuk mengelakkannya terkoyak.
Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di
dalam khemah untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak
diingini.
MELIPAT, MENJAGA DAN
MENYIMPAN KHEMAH
Khemah perlu diturunkan dan dilipat supaya senang dibawa balik.
Semua tali dan pancang hendaklah diletakkan di bahagian dalam lipatan.
Khemah yang paling senang dilipat ialah khemah berbentuk ‘A’ dan
dinding.
2Sebelum melipat khemah pastikan tiada sampah sarap melekat pada
khemah. Jika sempat khemah yang masih lembap seharusnya dibiarkan
kering dahulu di bawah cahaya, matahari. Apabila sampai di sekolah,
khemah perlu dikeringkan jika masih basah atau lembap. Ini untuk
mengelakkan khemah menjadi cepat rosak dan koyak.
Simpan khemah di tempat yang sesuai. Apabila khemah tidak
digunakan beberapa lama, buka sekali-sekala dan sidai pada cahaya
dan suhu bilik. Biasanya khemah perlu dibuka apabila tidak digunakan
dalam tempoh tiga bulan atau lebih. Ini untuk memastikan khemah
kering, tidak cepat rosak atau digigit oleh serangga. Jika terdapat
bahagian khemah yang koyak hendaklah ditampal atau dijahit.
Sebelum khemah dilipat, ia perlu dibentangkan di atas tanah. Selepas
itu lipat ke bahagian dalam khemah semua helaian pintu dan penahan
angin. Semua tali khemah hendaklah dimasukkan ke dalam lipatan.
Peserta tidak boleh membiarkan tali khemah berjuntai keluar dari
gulungan khemah tersebut.
Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5
meter kemudian gulung dengan kemas. Akhirnya khemah dilipat dengan
kemas.
GAJET
Gajet - binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan yang berada di sekitar
perkhemahan dan dikukuhkan menggunakan tali untuk menggantikan perabot rumah
di tapak perkhemahan.
Tujuan pembuatan gajet - meningkatkan taraf keselesaan, kemudahan dan
kebersihan semasa menjalankan perkhemahan.
Penghasilan gajet perkhemahan merupakan salah satu acara yang dipertandingkan
2semasa menjalankan perkhemahan.
Semasa membuat gajet perkhemahan, peserta boleh mempraktikkan kemahiran
membuat simpulan dan ikatan, di samping merangsang kreativiti peserta untuk
mereka gajet yang menarik dan praktikal.
TUJUAN MEMBUAT
GAJET
Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan
keselesaan.
Mengantikan perabot di rumah.
Melambangkan kecekapan kemahiran ikatan dan simpulan.
Meperlihatkan keadaan kawasan perkhemahan yang kemas, selamat dan
cantik.
Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah.
Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi.
Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan
dan dipraktikkan.
Semangat pertandingan yang sihat.
Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
“Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan
gajet.
Meninggikan mutu perkhemahan.
Mengisi masa terluang semasa perkhemahan dengan membuat gajet-gajet
yang berfaedah.
KRITERIA SEMASA
MEMBINA GAJET
Sesebuah gajet mestilah ringkas dan praktikal
Sesebuah gajet mestilah senang dibina dan mengambil masa yang lama untuk
disiapkan.
Sesebuah gajet seharusnya kukuh, dapat digunakan sepenuhnya dan bukan
untuk dijadikan bahan pameran sahaja.
Menggunakan bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling kawasan
perkhemahan untuk membina gajet.
Menggunakan ikatan dan simpulan yang betul semasa membina gajet.
Keselamatan menggunakan gajet bergantung kepada ikatan dan simpulan yang
2digunakan.
Menggunakan bahan yang sesuai. Keadaan ini boleh menyebabkan mudah patah,
roboh dan tidak selamat digunakan.
Gajet-gajet hendaklah dibina dan diletakkan di tempat yang sesuai. Gajet yang
dibina seharusnya serbaguna.
JENIS-JENIS GAJET
DAN KEGUNAANNYA
Tiang Bendera
Digunakan untuk mengibarkan
bendera Malaysia, bendera
negeri dan bendera Pengakap di
kawasan lapang, manakala
pengibaran bendera Sekawan
atau Patrol di dalam kawasan
perkhemahan
Pagar
(dibina untuk menentukan
keluasan kawasan perkhemahan
Sekawan atau Patrol)
2
Pintu gerbang
(sebagai pusat kawalan
dan tempat untuk
memasang bendera
Sekawan atau Patrol)
Papan kenyataan
(memaparkan notis untuk kegunaan
ahli perkhemahan dan memudahkan
penyampaian maklumat oleh ketua atau
guru penasihat kepada ahli-ahlinya
semasa berkhemah)
Ampaian pakaian
(digunakan untuk
menyidai pakaian)
Penyangkut periuk
dan cerek
(digunakan untuk menjerang
air dan memasak)
Rak dapur
(tempat menyimpan bahan-bahan
masakan seperti kicap, cuka dan
sebagainya)
Rak peralatan
(tempat meletak peralatan
seperti cangkul, parang, pencakar,
tukul dan sebagainya)
2
Kerusi dan meja
(sebagai meja makan dan
sebagai meja persidangan atau
perbincangan Sekawan atau
Patrol)
Rak kasut
(tempat untuk meletakkan kasut-
kasut ahli kumpulan dalam
kawasan perkhemahan tersebut)
Tempat basuhan
(tempat membasuh pakaian)
2
Lubang basah dan
lubang kering
(tempat buangan sampah)
IKHTIAR HIDUP
Ikhtiar hidup atau survival merujuk kepada suatu situasi atau
keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk
meneruskan kehidupan, terutamanya semasa mengikuti aktiviti
perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung. Dalam konteks
2aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan usaha atau ikhtiar yang
harus dilakukan oleh seseorang untuk terus hidup semasa
menghadapi ancaman seperti sesat di dalam hutan.
Gejala-gejala yang menunjukkan situasi ikhtiar hidup
Kehabisan Ancaman
bekalan binatang buas
makanan dan
minuman
Masalah
Sesat di perlindungan
dalam hutan
PRINSIP IKHTIAR HIDUP
Keselamatan Usaha
Memberi keutamaan kepada soal Pelbagai usaha boleh dilakukan dari
semasa ke semasa sebagai ikhtiar untuk
keselamatan nyawa untuk mengatasi masalah yang sedang
dihadapi. Sikap berdiam diri dan
menjauhkan diri daripada berserah kepada nasib atau takdir
semata-mata tanpa usaha akan
melakukan perkara yang boleh mengundang risiko. Sekiranya suatu
usaha itu gagal, maka hendaklah
membahayakan keselamatan. berusaha mencari cara yang lain
asalkan usaha tersebut tidak
Contohnya, elakkan daripada menjejaskan faktor keselamatan.
Semakin banyak usaha yang dilakukan,
memakan tumbuh-tumbuhan yang semakin banyak peluang yang akan
muncul untuk mengatasi segala
tidak dikenali puncanya, sama ada rintangan dan risiko yang dihadapi.
boleh dimakan atau tidak Kerjasama
walaupun berasa sangat lapar Kerjasama yang erat dan
berterusan dalam pasukan
Kawalan atau kumpulan amat penting
diri supaya segala kerumitan dan
Kawalan diri adalah penting kesulitan dapat diatasi
untuk dilakukan supaya segala secara bersama. Kesepakatan
keputusan dan tindakan dapat
memberikan hasil yang positif. membawa berkat.
Tanpa kawalan diri, perasaan
cemas dan panik serta hilang
pertimbangan akan menyebabkan
seseorang bertindak secara
terburu-buru tanpa berfikir.
ASAS IKHTIAR HIDUP
JALAN LASAK DAN
PANDU ARAH
Jalan lasak dan pandu arah bertujuan
mewujudkan pengurusan aktiviti pandu
arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan
TUJUAN JALAN LASAK
1. Memenuhi syarat/objektif latihan.
2. Latihan kecekapan - pancaindera.
3. Latihan semangat tabah dan sabar menghadapi kesusahan.
4. Menguji kecekapan dan kecerdasan.
5. Pengalaman baru.
6. Keseronokan dalam menjalankan penyiasatan.
7. Mempraktikkan sistem Berpatrol.
8. Semangat kerjasama.
9. Tanggungjawab - nilai-nilai murni.
10. Menanam/suburkan kegemaran.
11. Menikmati keindahan alam.
JENIS-JENIS JALAN LASAK
Menyiasat alam semulajadi
Hutan, tumbuh-tumbuhan, bauh-buahan, binatang, serangga, ikan burung dan lain-
lain.
Menyiasat tempat, kawasan dan bahan sejarah
Muzium, bangunan lama, kawasan tapak perkuburan, gua. Boleh mengaitkan dengan
pahlawan dan peristiwa penting.
Melakukan kajian geografi dan sosiologi
Tentang sungai, batu batan, kampung, perbandaran, lembah, bukit, gunung dan lain-
lain.
Pengembaraan khusus
Mendaki gunung/bukit, berakit, berkeno, bersampan, berbasikal, bermotosikal,
memancing dan lain-lain.
Pengembaraan misteri
Mencari harta karun, menjejak isyarat, pertolongan cemas, langkah kecemasan dan
sebagainya.
Pengembaraan survival
Hidup dalam hutan, memasak cara hutan, mendaki gunung dan bukit, pelajari isyarat
sulit.
Tujuan ialah untuk menguji ketahanan ahli untuk menggunakan kemahiran dan
pengalaman asas ikhtiar hidup.
INFO JALAN LASAK
CARA-CARA JALAN LASAK
1. Berjalan kaki - menggunakan kompas.
2. Berbasikal.
3. Kenderaan awam.
4. Rakit, sampan/perahu/kayak.
5. Pengembaraan udara.
6. Mendaki gunung/bukit.
7. Orentaring.
8. Compas marching.
ALATAN SEMASA JALAN LASAK
1. Kotak pertolongan cemas dan ubat
2. Parang
3. Botol air
4. Peta dan kompas
5. Tongkat panjang 6 kaki
6. Tali manilahemp 2 meter
7. Lampu picit
8. Mancis api
9. Alatan memasak yang rengkas, rIngan dan sesuai.
10. Pakaian ibadat
11. Jam
12. Wisel
13. Pen dan buku catatan
AKTIVITI DALAM JALAN LASAK
1. Mengikut jejak
2. Arahan sulit
PENGENDALIAN JALAN LASAK
1. Mesyuarat – perancangan.
2. Taklimat – peraturan/disiplin.
3. Peralatan – senarai semak seperti ubat, pisau, ponco pakaian ibadah dan lain-lain.
4. Kawalan.
5. Disiplin.
6. Penerangan.
INFO JALAN LASAK
PROSEDUR SEBELUM JALAN LASAK
1. Kebenaran daripada pihak tertentu;
- Pengetua.
- Ibu bapa/penjaga.
- Tuan punya tapak perkhemahan/untuk bermalam.
- Hospital.
- Balai Polis.
- Penghulu/ketua kampung dan lain-lain.
2. Tarikh dan masa pengembaraan.
- Musim panas/hujan.
- Tetapkan tarikh.
3. Pakaian dan peralatan.
- Sesuai - musim/tempat.
- Alatan memasak - ringan, ringkas & sesuai.
4. Soalan-soalan/tugasan.
5. Sediakan track perjalanan lebih awal.
6. Pesanan kepada peserta
- Jangan celupar.
- Jangan merosak harta orang lain.
- Wujudkan hubungan yang baik dengan orang ramai.
PROSEDUR SEMASA JALAN LASAK
1. Pembimbing ikut kumpulan secara jauh dan pastikan aktiviti yang diberi diikuti.
2. Peserta membuat tugasan.
3. Pastikan keselamatan.
4. Mempastikan peserta ikuti arahan atau taklimat.
5. Pastikan peserta tidak merosakkan alam sekitar, tak ambil harta orang, tidak
mencuri dan tidak mengganggu.
PROSEDUR SELEPAS JALAN LASAK
1. Serah laporan/hasil dapatan semasa pengembaraan.
2. Pastikan tiada peserta sakit, hilang/tercedera.
3. Penilaian dan ganjaran dari jurulatih.
4. Rumusan/Refleksi dari jurulatih.
PERALATAN JALAN
LASAK DAN PANDU ARAH
Peta Peta yang menunjukkan landasan
utama dan perlu disalin semula pada peta
peserta. Semasa menjalankan
pertandingan, landasan sudah siap
dicetak atau disalin pada peta
peserta bagi mengelakkan risiko
kesilapan peserta dan menjimatkan
masa.
Sekumpulan titik-titik kawalan Landasan
yang perlu dilawati mengikut
susunan tertentu dan dilukis
di atas peta utama yang
merangkumi semua titik
kawalan, titik permulaan dan
titik penamat.
Kompas Alat bantuan untuk
menunjuk arah pergerakan.
Sebagai panduan oleh peserta, Penanda
menggunakan warna yang cerah kawalan
dan mudah dilihat, serta
digantung pada aras yang
sesuai iaitu tidak terlalu tinggi
dan tidak terlalu rendah.
Setiap penanda kawalan
mempunyai nombor kod masing-
masing.
PERALATAN JALAN
LASAK DAN PANDU ARAH
Kad untuk membuktikan bahawa
kawalan peserta telah sampai ke
setiap penanda kawalan
untuk menebuk lubang pada
setiap petak yang disediakan.
Penanda yang ditandai pada Titik
peta sebagai panduan kepada kawalan
peserta yang digunakan
sebagai sasaran, mempunyai
simbol dan kegunaan yang
berbeza-beza.
Penebuk Memperlihatkan lubang yang
lubang akan ditandai pada setiap
petak pada kad kawalan
Senarai titik-titik kawalan Keterangan
yang terdapat di dalam kawalan
sesuatu landasan dan
mempunyai butiran sisi titik
kawalan, kod kawalan dan
keterangan ringkas.
PANDU ARAH
TUJUAN
Tujuan perbincangan ini adalah untuk memberi penerangan
yang mencukupi kepada semua peserta supaya dapat
menjalankan tugas dengan menggunakan peta dan kompas
dengan cara yang berkesan.
PETA
- Merupakan satu dokumen yang penting.
- Mengandungi lukisan ataupun rajah sebahagian bumi mengikut sukatan atau skil
tertentu.
’ KEPENTINGAN PETA
a. Panduan pergerakan dari satu tempat ke suatu tempat.
b. Mengetahui jarak.
c. Mengetahui atau mengenalpasti kedudukan tempat.
d. Mengenalpasti keadaan tanah.
e. Merancang pergerakan ke RV, pengkalan dan sebagainya.
f. Perancangan lojistik.
g. Lain-lain keperluan.
’ PENJAGAAN PETA
Bekalan peta yang terhad menyebabkan ia perlu dijaga dengan baik, maka adalah dicadangkan :
F Lipat mengikut ukuran dan bentuk yang dikehendaki.
F Elak terkena air / kotoran – dibalut plastik atau fablon.
F Elakkan tandaan – dengan pensil atau pen.
F Keselamatan – sebagai dokumen terkawal, hanya orang yang diiktiraf sahaja boleh memilikinya.
’ MAKLUMAT DARI PETA
F Tajuk peta – nama daerah / kawasan / pekan
F Bilangan perta – termasuk siri dan edisi
F Sukatan – dalam ela, batu atau metrik ( SI )
F Rajah perbezaan utara benar, utara grid dan utara magnetik serta perubahan tahunan
F Tanda, simbol topografi yang digunakan
F Tarikh cetakan
JENIS PETA
peta sekolah peta jalan
peta topografi
(atau peta topo)
SIMBOL TOPOGRAFI
Keadaan Fizikal Tanah: Perkara Buatan Manusia:
F Sungai F Jalan raya
F Lembah F Denai
F Bukit F Jalan kereta api
F Gunung F Jambatan
F Hutan
F Paya dan lain-lain F Bandar / Pekan
F Tali air dan lain-lain
Garisan grid
F Garisan Utara – bawah ke atas
F Garisan Timur – kanan ke kiri
Jarak antara grid ialah 1000 meter atau bergantung kepada ukuran (
skil ) yang digunakan pada setiap peta
MASAKAN RIMBA
Masakan rimba merujuk kepada kaedah memasak tanpa peralatan yang
bermaksud memasak tanpa menggunakan peralatan dapur. Bahan seperti daun,
ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh digunakan untuk
menggantikan peralatan dapur. Kini, kerajang aluminium, tin dan dawai juga
digunakan.
KAEDAH MEMASAK
(i) Memasak menggunakan makanan sebagai bekas
Makanan seperti ubi kentang, bawang besar, tomato, labu atau oren dipotong dan
isinya dikeluarkan, seterusnya bahagian atas digunakan sebagai penutup. Bekas
makanan dibalut dengan kerajang aluminium dan dimasak dalam bara api. Misalnya,
kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut.
(ii) Memasak menggunakan daun
Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan.
Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak dalam bara api. Jenis daun yang boleh
digunakan ialah daun pisang, kubis dan kulit jagung.
(iii) Memasak menggunakan ranting atau dawai
Ranting kayu boleh dijadikan alat untuk memanggang dan pastikan ranting tidak berasal
dari pokok beracun. Misalnya, roti boleh dililit menggunakan ranting kayu.
(iv) Memasak menggunakan kepingan batu
Batu yang leper dan ketebalan sederhana digunakan. Api dihidupkan atas permukaan
batu dan dibiarkan selama 30 minit. Permukaan batu dikira cukup panas apabila tirisan
air berdesir ketika jatuh atasnya. Seterusnya, bersihkan permukaan batu dengan kain
dan boleh goreng telur atau ikan di atas permukaan batu yang panas tersebut.
(v) Memasak menggunakan buluh
Buluh adalah sesuai dijadikan sebagai bekas memasak. Buluh turut boleh digunakan untuk
memasak nasi dan lemang.
MEMBUAT PERANGKAP
Perangkap dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang
ketika kehabisan makanan semasa perkhemahan di dalam hutan.
JENIS-JENIS PERANGKAP
Perangkap atau jerat pelanduk
Mudah untuk dibuat kerana hanya memerlukan beberapa bahan
seperti kayu pelentik, tali pesawat yang kuat dengan ukuran
panjang yang sesuai, kayu cabang berbentuk ‘Y’ yang kedua-dua
belah hujung ditajamkan, kayu pesawat dan alas pemijak. Tali
jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan daun-daun dan
daun-daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk
menyembunyikan bau badan.
MEMBUAT PERANGKAP
Perangkap atau jerat ayam hutan
Mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan
jerat sentak yang dibuat untuk menangkap burung ruak-ruak.
Bahan yang digunakan adalah sebatang kayu lentik, dua
batang kayu yang bercabang, tali pesawat, dua batang kayu
pelepas, sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang
5 cm dan juga beberapa batang kayu pemijak.
Perangkap atau jerat hempap dan jerut
Biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau binatang,
mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas. Bahan yang
diperlukan ialah tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai
panjang yang sesuai, umpan, tali pemberat tambahan, batang
kayu penghempap, dua batang kayu penghalang hadapan, dua
batang kayu penghalang belakang, kayu pesawat, dua batang
kayu pelepas dan beberapa batang kayu pemijak. Perangkap ini
akan memastikan kaki haiwan terjerut serta dihempap oleh
batang kayu.
Perangkap kurungan
Digunakan untuk menangkap haiwan hidup-hidup. Perangkap ini kurang
popular dan tidak praktis kerana mengambil masa yang agak lama
untuk menyiapkan serta membazirkan tenaga. Bahan yang
diperlukan ialah batang-batang kayu yang secukupnya untuk
dijadikan dinding, kayu alang, tiang pintu dan sebagainya,
seterusnya umpan, gelang rotan, kayu pesawat dan tali pesawat.
Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah untuk
memastikan perangkap tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.
MEMBACA KOMPAS
Kompas adalah alat bantu untuk menentukan arah mata angin
BAHAGIAN-BAHAGIAN KOMPAS
Dial
(permukaan di
mana tertera
angka dan huruf)
Jarum Visir (pembidik
penunjuk sasaran)
Tutup dial Kaca pembesar
dengan dua garis (untuk pembacaan
bersudut 45 angka)
Alat penggantung (sebagai
penyangkut ibu jari untuk
menopang kompas pada
saat membidik)
JENIS KOMPAS
Kompas Prismatik Kompas Lensatik
Kompas Orienteering
CARA MEMBACA KOMPAS
a. Letakkan kompas di atas permukaan yang datar. Setelah
jarum kompas berhenti bergerak, maka jarum kompas
menunjuk ke arah utara magnet.
b. Bidik sasaran melalui visir dengan kaca pembesar.
Miringkan sedikit letak kaca pembesar, kira-kira 50 di mana
berfungsi untuk membidik ke arah visir dan mengintai angka
pada dial.
c. Apabila visir diragukan kerana kurang jelas dilihat dari
kaca pembesar, luruskan saja garis yang terdapat pada
tutup dial ke arah visir, searah dengan sasaran bidik agar
mudah dilihat melalui kaca pembesar.
MENGESAN TANDA DAN SIMBOL
Tanda dan simbol digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau
mendaki bukit. Pengetahuan tentang tanda dan simbol adalah
bermanfaat kepada seseorang individu untuk memberikan isyarat supaya
ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat
menggunakan batu, ranting kayu, rumput, lorekan pada tanah dan
sebagainya.
JENIS-JENIS TANDA JEJAK
Tanda jejak di Tanda-tanda
atas tanah dengan batu
Tanda-tanda Tanda-tanda
dengan rumput dengan ranting
TANDA MEDAN
SImbol Arah
Ikut arah ranting kayu yang patah
.
Dibuat dengan mematahkan ranting atau anak kayu. Bahagian yang dipatahkan
itu direbahkan ke arah yang dimaksudkan.
Ikut arah hujung rumput ini.
Dibuat dengan menyimpul rumput atau lalang dengan hujungnya dihalakan ke
arah yang dimaksudkan.
Ikut arah batu kecil ini.
Menggunakan batu yang disusun berderet, dimulakan dengan batu yang lebih
besar dan semakin kecil ke hujungnya. Hujung batu kecil menunjukkan arah
yang dimaksudkan.
Ikut kiri.
Memberi arahan supaya membelok atau mengikut jalan ke sebelah kiri. Boleh
dibuat dengan meletakkan sebutir batu kecil di atas batu besar dan menyusun
beberapa butir batu kecil bagi menghala ke kiri.
Ikut kanan.
Arahan supaya mengikut jalan ke sebelah kanan. Dibuat menggunakan
susunan batu-batu besar dan kecil seperti isyarat “ikut kiri” tetapi disusun
menghala kekanan. Kedua-dua isyarat ini juga boleh dilukis.
SImbol Arahan
SImbol Maklumat
SImbol Maklumat
SIMPULAN
DAN IKATAN
Pendahuluan
Kemahiran menggunakan tali dalam simpulan dan ikatan perlu dipelajari
dan dikuasai dalam pergerakan kepanduan.
Banyak kemahiran yang diajar kepada Kadet Remaja Sekolah termasuk
kemahiran ikatan dan simpulan.
Kemahiran ikatan dan simpulan juga menjadi ukuran dan penilaian dalam
ujian yang ditetapkan oleh Kadet Remaja Sekolah.
DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN
a) Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad lamanya.
b) Namun begitu, adalah sukar untuk dikenalpasti siapakah pelopor kepada
penggunaan simpulan dan ikatan ini.
c) Selain itu, adalah dipercayai bahawa penduduk Mesir telah menggunakan
tali sejak lebih kurang 5000 tahun dahulu.
d) Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan.
e) Dalam kehidupan seharian, tali digunakan sepanjang masa, tempat dan
keadaan seperti di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan juga kegiatan
luar.
SIMPULAN
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia
digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh
simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul,
simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan
masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan
jahitan.
IKATAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan,
tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya beberapa ikatan yang
digunakan adalah seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit
balak.
SAMBAT
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu
peralatan. Meyambungkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat
sangat baik san selamat semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan
seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.
MEMATIKAN HUJUNG TALI
Seorang ahli pengakap tidak menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan.
Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya
hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.