The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_ieda81, 2021-08-09 03:31:15

eDIGEST

eDIGEST

eDIGEST

PENGURUSAN
PENGAMBILAN PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI

2020

Cetakan Pertama, 2020

Diterbitkan oleh:

BAHAGIAN AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR (BAPP)
DAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4-7, Galeria PjH, Jalan P4w, Persiaran Perdana,
Presint 4 62100 W.P. Putrajaya

Tel: 03-8888 3837
Faks: 03-8888 2111
© 2020 Kementerian Pengajian Tinggi

Hak cipta terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara
sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Bahagian Ambilan dan
Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi.
Perpustakaan Negara Malaysia

e-Digest Pengurusan Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti Edisi 2020
eISBN 978-967-2243-96-0

Perkongsian Ilmiah Pensyarah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan rahmatNya, eDigest Pengurusan
Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti 2020 dapat diterbitkan. Setinggi-tinggi tahniah dan
jutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi kerana berjaya
menghasilkan dokumen penyelidikan dan penulisan ini.

Ilmu penyelidikan merupakan tunjang kepada pembangunan dan perkembangan tamadun
manusia. Penerokaan ilmu baharu dari penemuan hasil kajian mampu membantu
mengatasi cabaran yang dihadapi. Penerbitan ini diharap berupaya menjadi wahana
perkongsian maklumat yang mampu mengupas permasalahan
kontemporari melibatkan pengurusan pengambilan pelajar
kolej komuniti.

Semoga usaha murni ini dapat membantu memantapkan hala
tuju sistem pendidikan TVET negara. Ucapan setinggi-tinggi
penghargaan di atas komitmen semua penulis dalam
perkongsian idea untuk menghasilkan karya bermutu ini.
Semoga eDigest ini dapat memberi manfaat yang tidak
ternilai kepada semua pembaca. Tahniah kepada
Jawatankuasa Penerbitan yang berusaha menjayakan
penerbitan buku ini. Semoga kesungguhan dan
komitmen mendapat ganjaran dari Allah SWT, Insyaallah.

Sekian, terima kasih.

Pengarah
Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Sekapur Sirih
Timbalan Pengerusi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, e-Digest Pengurusan
Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti 2020 dapat diterbitkan. Tahniah dan jutaan terima kasih
kepada Jawatankuasa Sidang Redaksi kerana berjaya menghasilkan dokumen penyelidikan
dan penulisan ini.

Penyelidikan dan penulisan ini dapat membuka peluang kepada para penyelidik untuk
membentangkan hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan dan memberi ruang
perbincangan kepada para pegawai berhubung dengan isu-isu pengambilan pelajar pada
masa ini. Platform ini juga diharapkan dapat meningkatkan
lagi pembudayaan amalan penyelidikan, inovasi dan penerbitan
dalam kalangan Pegawai Pengambilan Pelajar Politeknik dan
Kolej Komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas penglibatan
para penyelidik, panel penilai dan penulis dalam
memberikan sokongan untuk menjayakan penerbitan ini.
Semoga setiap karya yang dihasilkan ini dapat memberi
manfaat kepada khalayak pembaca. Akhir kata, terima kasih
atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
pelaksanaan penerbitan ini.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Pengarah
Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Sekalung Penghargaan

Barisan Panel Penilai eDigest Pengurusan Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti
Edisi 2020

Dr. Syafizwan Nizam bin Mohd Faroque
Bahagian Koordinasi TVET
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Dr. Norhana binti Ahad
Kolej Komuniti Segamat
Kementerian Pengajian Tinggi

Dr. Muhammad Razuan bin Abdul Razak
Kolej Komuniti Pasir Salak
Kementerian Pengajian Tinggi

Pengerusi
Noranyza binti Mohamad Yusoff

Timbalan Pengerusi
Amalulkhair bin Sarbini

Setiausaha
Nor Suria Hazni binti Che Husain

Ketua Sidang Redaksi
Mohd Ramadan bin Mohd Khalid

Ketua Editor
Ahmad Nasrul Hisyam bin Hamzah

Editor
Noor Suhaina binti Abdul Azis

Santhana Julias a/l Henry
Syahidah binti Ilias
Qistina binti Ismail

Fauzimah binti Wahab

Pereka Grafik
Nor Fazilah binti Soid
Mohd Suhalil bin Omar

AJK Teknikal
Mohamad Khairul bin Mohamad@ Alwi

Azizah binti Safie

AJK Panel Penilai
Maliah binti Rohaizat
Aidil Azhiim bin Shamsuddin

Prakata Pengerusi
Sekapur Sirih, Timbalan Pengerusi
Sekalung Penghargaan
Sidang Redaksi

1. Faktor Pemilihan Kolej Komuniti Dan Kursus Sijil Teknologi Pembuatan Di 1

Malaysia

Noor Rahimi Idiris, Mohd Ramadan Mohd Khalid, Nurul Syarafina Sholahuddin

2. Kajian Keberkesanan Saluran Info Kemasukan Kolej Komuniti Manjung 10
Muhammad Ikhwan Syafiq Zulkifli, Nurhafiza Mohd Nafi, Norain @Fauzana
Mohd Bokori

3. Roda Tangguh 16
Sabrina Binti Jumadi, Nurul Anith Abu Bakar, Zunaedah Binti Sahrul

4. Kajian Kes Pencapaian Pelajar Keusahawanan Ketika Perlaksanaan Perintah 21
Kawalan Pergerakan (PKP)
Mohd Khairol Nizam Mohd Anuar, Noor Suhaina Abd Azis

5. Sistem Maklumat Pelajar Tangguh Dan Berhenti (e-TB) 28
Mohd Hasrizam Hasan, Shudiani Mohd Sukri, Halimah Adnan

6. Penggunaan Kod Respons Pantas (Kod QR) Bagi Aktiviti Promosi 34
Pengambilan Pelajar
Noor Suhaina Abd Azis, Mohd Khairol Nizam Mohd Anuar, Mohd Iskandar
Mohd Yatim

7. Faktor-Faktor Yang Mendorong Pelajar Memilih Program Pelancongan Dan 39
Pengembaraan Di Kolej Komuniti Tambunan, Sabah
Donna Tampasok, Safary Samat, Aminah Faheeza Bashier Ahmad

8. Kajian Kecenderungan Minat Dan Penggunaan Media Sosial Sebagai Medium 45
Promosi Terhadap Pemilihan Generasi Muda Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti

Nor Fazilah Soid, Azizah Safie, Mohamad Khairul Mohamad @ Alwi

9. Kajian Strategi Promosi Terbaik Pengambilan Pelajar Sesi Jun 2018 Dan 56
2019 Kolej Komuniti Jerai
Ummi Atiqah Ahmad, Noor Hayati Saleh

10. Kajian Maklumbalas Calon Pelajar Terhadap Buku Panduan Pendaftaran 63
Pelajar Baharu Kolej Komuniti Tahun 2020
Syahida Abu Bakar, Nur Ili Shamimi Jamal Nasir

11. Sistem Maklumat Pengambilan Pelajar Di Kolej Komuniti Paya Besar 71
Halimah Adnan

12. Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penurunan Jumlah Enrolmen Pelajar 76
Baharu Di Kolej Komuniti Arau (KKAP) & Kolej Komuniti Cawangan Kangar
(KKCK)
Widad Mohd Ismail, Azlia Mohd Nazli, AinilHuda Abd Razak

13. Portal Permohonan Kemasukan Pelajar Ke Kolej Komuniti Miri Sarawak 82

(KKMS)

Roland Tsok Vui Liang, Noor Fazsikeen Mermeji@Termizie, Noor Aini Bojeng

14. i2uKKNP : Aplikasi Mudah Alih Promosi Kolej Komuniti Negeri Perak 88
Azuwin Abd Rahim, Fauzimah Wahab, Sulaihah Dollah, Yusliza Yusop

15. Integrated Students Intake Form (iSi-FORM) 95
Muhammad Ikhwan Syafiq Zulkifli, Norain @ Fauzana Mohd Bokori,
Nurhafiza Mohd Nafi

16. Pendekatan Promosi Kolej Komuniti Sandakan Di Sekolah 100
Pedalaman: Sekolah Menengah Kebangsaan Penangah, Tongod,
Sabah
Nurul Anith Abu Bakar

17. Kajian Keberkesanan Program Skuad Serbu Pelajar Lepasan SPM 2018 106
Kolej Komuniti Kepala Batas
Mohd Firdaus Abdullah, Syahidah Ilias

18. Keberkesanan Facebook Dalam Mempromosikan Program Pengajian Di Kolej 111
Komuniti Kuching

Liew Foong Ching, Siti Nadia Muhammad Samsuddin

19. Penyelidikan Dalam Pengurusan Pengambilan Pelajar : 117
Kajian Terhadap Kepuasan Pelajar Baharu Terhadap Proses Pendaftaran
Pelajar Sebelum Dan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP)
Rozilawati Mat Nor

20. Tranformasi Digital Kaedah Promosi Dan Pengambilan Pelajar Kolej 122

Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (Aplikasi D’CCU)

Norolizah Abu Hassan, Normazlina Othman, Noor Ajuma Mat Hassan

21. Kajian Keberkesanan Projek Perintis Kesediaan Bekerja Pelajar Kolej 128
Komuniti Gerik Sebelum Memasuki Pasaran Kerja Dan Tahap Pelajar
Sebelum Memasuki Latihan Industri Dibawah Projek I-Work British Council
Malaysia
Zainordin Zhafran Zulkefli, Santhana Julias Henry, Ahmad Rizal Omar

22. EDOC.YURAN- Inovasi Sistem Pengurusan Yuran Pengajian Di Kolej 134
Komuniti Ledang
Rusnani Yahya

FAKTOR PEMILIHAN KOLEJ KOMUNITI DAN KURSUS SIJIL TEKNOLOGI
PEMBUATAN DI MALAYSIA

Noor Rahimi Idiris1, Mohd Ramadan Mohd Khalid2, Nurul Syarafina Sholahuddin3

Kolej Komuniti Kuantan1, Kolej Komuniti Segamat2, Kolej Komuniti Kepala Batas3

Abstrak

Kolej Komuniti di Malaysia telah menyediakan pelbagai kursus dalam bidang Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sejak 19 tahun lagi. Sijil Teknologi Pembuatan (SMN)
merupakan salah satu kursus kejuruteraan yang ditawarkan di empat buah Kolej Komuniti di
Malaysia. Sejak kebelakangan ini, sesi pengambilan pelajar untuk kemasukan kursus SMN sukar
untuk mencapai norma pengambilan yang telah ditetapkan. Kajian terbaru ini dijalankan
bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan Kolej Komuniti dan kursus
SMN dalam kalangan pelajar. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif di
mana maklumat dikumpulkan melalui instrumen soal selidik. Responden terlibat adalah seramai
97 orang pelajar daripada kursus SMN yang aktif pada sesi Disember 2019 dari seluruh
Malaysia. Data yang diperolehi di analisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian
mendapati faktor utama yang mendorong responden memilih Kolej Komuniti sebagai institusi
pengajian tinggi untuk melanjutkan pelajaran adalah kerana ingin mendapatkan pengalaman
baharu dan kursus-kursus yang ditawarkan adalah diiktiraf. Responden cenderung memilih
kursus SMN disebabkan oleh faktor kerjaya diikuti dengan faktor minat. Kesimpulannya, kajian
ini diharapkan dapat membantu Kolej Komuniti Malaysia yang menawarkan kursus SMN
khususnya dalam meningkatkan bilangan kemasukan pelajar dan kualiti pengajian itu sendiri.

Kata kunci : Kolej Komuniti, Faktor Pemilihan, SMN

Pengenalan

Kolej Komuniti telah diperkenalkan sejak tahun 2001 dengan penubuhan 12 buah kolej
komuniti rintis. Institusi pendidikan ini menyediakan pelbagai keperluan latihan dan
kemahiran di peringkat sijil dan diploma kepada lepasan menengah sebelum melangkah
ke alam pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa
sekarang terdapat sebanyak 104 buah Kolej Komuniti yang beroperasi di seluruh
Malaysia yang menawarkan pelbagai kursus untuk memberi peluang kepada pelajar-
pelajar menyambung pengajian ke peringkat tertiari.

Terdapat 4 buah Kolej Komuniti yang menawarkan kursus SMN di Malaysia
iaitu Kolej Komuniti Kuantan, Kolej Komuniti Segamat, Kolej Komuniti Kepala Batas
dan Kolej Komuniti Taiping. Pada awalnya kursus ini dikenali dengan nama Sijil
Teknologi Pembuatan Bersepadu kemudian bertukar kepada Sijil Mekanikal Pembuatan
dan sekarang kembali dengan nama Sijil Teknologi Pembuatan (SMN). Sejak
kebelakangan ini Kolej Komuniti yang menawarkan kursus SMN menyaksikan tren
penurunan dari segi pengambilan pelajar dan sukar untuk mencapai norma pengambilan
yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenalpasti faktor
pemilihan Kolej Komuniti dalam kalangan pelajar yang sedang aktif mengikuti Kursus
SMN di seluruh Malaysia. Terdapat banyak kajian telah dijalankan sebelum ini yang
mengkaji faktor pemilihan institut pengajian tinggi dan kursus pengajian dalam kalangan

1

pelajar dan mahasiswa. Kajian yang dijalankan oleh M.H Norhidayah, H.Y Ahmad
Mujahideen, W.S.W.A Najmudin (2017) mengulas beberapa faktor pendorong pemilihan
kursus di IPT dalam kalangan pelajar iaitu dari segi minat, kedudukan dan reputasi
institusi, pengiktirafan, peluang kerjaya, kos pengajian, pengaruh keluarga dan lain-lain
lagi. Noor Laila & Mohd Fuad (2018) mengkaji faktor pemilihan Politeknik berdasarkan
latar belakang pelajar-pelajar yang berbeza. Namun begitu tiada lagi kajian yang
memberi perhatian kepada pemilihan kursus SMN dilakukan terutamanya di Kolej
Komuniti Malaysia.

Persoalan Kajian

1. Apakah faktor pemilihan pelajar untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti?
2. Apakah faktor pemilihan Kursus SMN dalam kalangan pelajar?

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti faktor pemilihan pelajar menyambung pengajian di Kolej Komuniti.
2. Mengenalpasti faktor pemilihan Kursus SMN dalam kalangan pelajar

Sorotan Kajian

Banyak kajian telah dilakukan sejak 10 tahun kebelakangan ini berkaitan dengan faktor
pemilihan institusi pengajian tinggi dalam kalangan pelajar. Ini kerana kebanyakan IPT
di Malaysia menghadapi persaingan dari segi penawaran tempat di peringkat tertiari.
Kolej Komuniti juga merupakan salah satu IPT yang menghadapi cabaran dalam
mencapai norma pengambilan yang telah ditetapkan khususnya untuk Kursus SMN.

M.H Norhidayah, H.Y Ahmad Mujahideen, W.S.W.A Najmudin (2017)
merumuskan bahawa pemilihan tempat untuk pengajian tertiari merupakan suatu perkara
yang sangat penting kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada pelajar berkenaan.
Pemilihan tempat yang tepat berdasarkan keperluan pasaran, minat serta dorongan
keluarga dan rakan sangat penting dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran
dalam melakar sebuah kejayaan. Kajian yang dijalankan oleh Zanariah et al (2015)
mendapati kualiti yang ditawarkan oleh IPT sangat penting kerana program yang
berkualiti dan diiktiraf oleh badan-badan akreditasi mampu menjamin kemudahpasaran,
keboleh pasaran dan masa depan pelajar setelah tamat pengajian. Menurut Nadia & S.
Normazila (2016) perakuan akreditasi sangat penting kepada Kolej Komuniti kerana
dapat memberikan impak yang tinggi kepada kualiti pengurusan di kolej dan kualiti
akademik itu sendiri.

Noor Laila & Mohd Fuad (2018) mendapati faktor utama pemilihan pelajar
dalam bidang yang diambil adalah kerana memikirkan peluang pekerjaan pada masa
akan datang. Ini bertentangan dengan kajian Azizi & Norhashimah (2011) yang
membuktikan keluarga adalah faktor utama yang mempengaruhi pelajar-pelajar dalam
membuat keputusan memilih bidang pengajian. Menurut kajian yang telah dijalankan
oleh Mohamad Fhaisal et al (2015) pemilihan bidang pengajian bukan suatu perkara
yang boleh dianggap mudah dan seseorang pelajar lazimnya akan dipengaruhi oleh
beberapa faktor luaran dan dalaman yang terdapat di persekitarannya. Nurzatil et al
(2015) merumuskan pemilihan tempat untuk melanjutkan pengajian akan memberi kesan
jangka panjang kepada pelajar kerana pelajar akan menghabiskan masa yang lama dalam
tempoh pengajian, menyesuaikan diri dengan keadaaan dan suasana pembelajaran.

2

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor pemilihan pelajar untuk
menyambung pengajian di Kolej Komuniti dan faktor pemilihan kursus SMN bagi
membantu pihak pengurusan khususnya dalam meningkatkan pencapaian norma
pengambilan yang telah ditetapkan.

Metodologi Kajian

Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk kajian tinjauan bagi melihat faktor
pemilihan Kolej Komuniti dan kursus SMN di Malaysia. Kaedah tinjauan merupakan
salah satu kaedah penyelidikan yang dijalankan untuk mengumpul data daripada
populasi Chua (2011). Maklumat kajian ini diperolehi daripada borang soal selidik yang
diedarkan kepada responden. Soal selidik kajian ini diedarkan secara atas talian di alamat
web https://forms.gle/91Wq5XcDMgmwxW426 kepada keseluruhan populasi. Pengkaji
menyalurkan soal selidik atas talian melalui pensyarah yang mengajar dan terlibat
dengan Kursus SMN di Kolej Komuniti Kuantan, Segamat, Kepala Batas dan Taiping.
Kaedah ini bagi memastikan hanya responden yang tepat sahaja menjawab soal selidik
tersebut. Instrumen kajian iaitu borang soal selidik ini diadaptasi dan diolah semula dari
kajian yang dijalankan oleh Noor Laila & M. Fuad (2018) dan juga Ts.Ahmad Zawawi
et. al (2018). Borang soal selidik yang telah dibangunkan mengandungi 3 bahagian iaitu
bahagian A, B dan C.

Skala Likert digunakan bagi membantu responden menyatakan tahap persetujuan
terhadap item-item yang dikemukakan. Jadual 1 menunjukkan Skala Likert yang
digunakan.

Jadual 1 : Nilai skor Skala Likert

Nilai Skor Skala Aras Pengukuran
1 Sangat Tidak Setuju
2
3 Tidak Setuju
4 Kurang Setuju
5
Setuju
Sangat Setuju

Populasi kajian ini menggunakan kaedah sample bertujuan yang melibatkan
semua pelajar yang sedang aktif mengambil Kursus SMN di seluruh Malaysia iaitu
seramai 127 orang. Berdasarkan jadual Krejcie & Morgan (1970) sekiranya populasi
kajian seramai 130 orang maka sampel kajian hendaklah tidak kurang daripada 97 orang.
Data yang diperolehi daripada responden dianalisis secara deskriptif menggunakan
perisian komputer SPSS bagi menjawab soalan kajian.

Dapatan Kajian

Kajian ini dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS. Borang soal selidik yang
diedarkan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Kaedah peratusan
digunakan untuk menganalisis bahagian A yang terdiri daripada maklumat demografi
responden. Data demografi responden terdiri daripada empat perkara termasuk jantina,
lokasi Kolej Komuniti, semester sekarang dan lokasi kediaman rumah. Kaedah analisis
deskriptif digunakan untuk menerangkan skor min yang diperolehi dari setiap item di
bahagian B dan C. Bilangan item untuk setiap bahagian ditunjukkan dalam Jadual 2.

3

Jadual 2 : Bilangan item mengikut bahagian soal selidik

Bahagian Item Bilangan item
A Maklumat demografi 4
B Faktor pemilihan Kolej Komuniti 15
C Faktor pemilihan Kursus SMN 12

Sampel pelajar yang diambil adalah seramai 97 orang pelajar dari keseluruhan populasi
pelajar semester 1, 2 dan 3 yang sedang aktif mengikuti Kursus SMN pada sesi Disember
2019. Jadual 3 menunjukkan daripada 97 orang responden, 75 (77.3%) orang terdiri
daripada lelaki, manakala 22 (22.7%) terdiri daripada pelajar perempuan. Ini
menunjukkan Program SMN dimonopoli oleh golongan lelaki berbanding perempuan.

Jadual 3 : Taburan responden berdasarkan jantina

Perkara Bilangan Peratus
Lelaki 75 orang 77.3%
Perempuan 22 orang 22.7%
Jumlah 97 orang 100%

Jadual 4 menunjukkan bilangan dan peratus responden mengikut Kolej Komuniti
di seluruh Malaysia. Terdapat seramai 20 (20.6 %) orang responden daripada Kolej
Komuniti Segamat diikuti 21 (21.6%) orang daripada Kolej Komuniti Kuantan dan
seramai 23 (23.7%) orang responden daripada Kolej Komuniti Taiping. Kolej Komuniti
Kepala Batas mencatatkan responden paling tinggi iaitu seramai 33 (34.1%) orang.

Jadual 4 : Taburan responden mengikut Kolej Komuniti

Lokasi Kolej Komuniti Bilangan Peratus
Kuantan 21 orang 21.6%
Segamat 20 orang 20.6%
33 orang 34.1%
Kepala Batas 23 orang 23.7%
Taiping 97 orang 100%
Jumlah

Jadual 5 menunjukkan bilangan dan peratus responden mengikut semester.
Responden yang sedang mengikuti Kursus SMN semester 2 mencatatkan bilangan paling
tinggi iaitu seramai 65 (67%) orang. Manakala responden semester 1 dan semester 3
masing-masing mencatakan jumlah 15 (15.5%) dan 17 (17.5%) orang. Ini menunjukkan
pengambilan pada sesi Jun 2019 adalah lebih tinggi berbanding pengambilan pada sesi
Disember 2018 dan Disember 2019.

Jadual 5 : Taburan responden berdasarkan Semester

Semester Sekarang Bilangan Peratus
Semester 1 15 orang 15.5%
Semester 2 65 orang 67.0%
Semester 3 17 orang 17.5%
Jumlah 97 orang 100%

4

Jadual 6 menunjukkan bilangan dan peratus responden mengikut lokasi kediaman
rumah. Didapati responden yang berada di bandar lebih terdedah kepada maklumat
mengenai Kolej Komuniti. Ini berdasarkan bilangan yang dicatatkan oleh responden di
bandar sangat tinggi iaitu seramai 75 (77.3%) berbanding responden yang berada di luar
bandar iaitu sera,ai 29 (29.9%) orang.

Jadual 6 : Taburan responden berdasarkan lokasi kediaman rumah

Lokasi Kediaman Rumah Bilangan Peratus
Bandar 68 orang 70.1%
29 orang 29.9%
Luar Bandar 97 orang 100%
Jumlah

Bahagian B terdiri daripada perkara-perkara yang dibangunkan untuk menganalisis
faktor pemilihan Kolej Komuniti oleh responden. Hasil dapatan analisis menunjukkan
faktor utama pemilihan Kolej Komuniti oleh responden adalah kerana ingin
mendapatkan pengalaman baharu dan kursus-kursus yang ditawarkan adalah diiktiraf.
Analisis ini berdasarkan skor min tertinggi yang dicatakan untuk item B2 dan B5 iaitu
4.66. Item B6 mencatatkan skor kedua tertinggi iaitu 4.62 yang menyatakan kursus sijil
yang ditawarkan di Kolej Komuniti memenuhi kehendak pasaran kerja.

Manakala skor tertinggi ketiga dicatatkan sebanyak 4.60 iaitu item B4 yang
menyatakan Kolej Komuniti menawarkan kursus sijil yang diminati. Skor min 4.56
dicatatkan untuk perkara yang menyatakan pemilihan Kolej Komuniti oleh responden
kerana peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah tinggi.

Item B15 mencatakan skor min terendah iaitu sebanyak 3.29 yang menyatakan
pemilihan Kolej Komuniti oleh responden disebabkan pengaruh rakan sebaya. Item B14
mencatatkan skor min kedua terendah iaitu 3.53 yang menyatakan pemilihan Kolej
Komuniti oleh responden disebabkan pengaruh keluarga. Skor min 3.85 dicatakan oleh
item B11 yang menyatakan pemilihan Kolej Komuniti oleh responden disebabkan
pensyarah yang dikenali ramai.

Jadual 7 : Skor Min Faktor Pemilihan Kolej Komuniti

No Item Skor
Item Min
B1 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana reputasinya 4.44

yang baik
B2 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana semua kursus 4.66

sijil di Kolej Komuniti diiktiraf
B3 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana mendapat 4.43

maklumat yang lengkap tentang Kolej Komuniti
B4 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana menawarkan 4.60

kursus sijil yang diminati
B5 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana ingin 4.66

memperolehi pengalaman baharu
B6 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana kursus sijil yang 4.62

ditawarkan memenuhi kehendak pasaran kerja
B7 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana peluang untuk 4.56

mendapatkan pekerjaan adalah tinggi

5

B8 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana kos sara hidup 4.52
pengajian yang rendah

B9 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana jarak yang dekat 4.03
dengan kediaman keluarga

B10 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana kemudahan 4.27
infrastruktur yang lengkap

B11 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana pensyarah yang 3.85
dikenali ramai

B12 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana kurang kes 4.27
disiplin dalam kalangan pelajar

B13 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana perkhidmatan 4.41
yang cekap

B14 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana pengaruh 3.53
keluarga

B15 Saya memilih untuk belajar di Kolej Komuniti kerana pengaruh rakan 3.29
sebaya

Perkara-perkara yang dibangunkan di bahagian C adalah berkaitan dengan faktor
pemillihan Kursus SMN oleh responden. Analisis data menunjukkan faktor utama
pemilihan kursus SMN dalam kalangan responden adalah kerana memikirkan peluang
pekerjaan pada masa hadapan yang mencatatkan skor min tertinggi iaitu sebanyak 4.63
pada perkara C8. Skor min kedua tertinggi dicatatkan oleh item C1 iaitu sebanyak 4.46
yang menyatakan responden memilih kursus SMN kerana meminati Bidang Teknologi
Pembuatan. Responden menyatakan bahawa mereka menyukai bidang Teknologi
Pembuatan selepas sebulan mengikuti kursus ini dan merasakan mata pelajaran bidang
ini sangat senang dipelajari. Skor min yang dicatakan oleh item C11 dan C12 iaitu
sebanyak 4.41 4.33 mengesahkan pernyataan ini. Skor min 4.03 dicatatkan untuk item
C2 yang menyatakan responden mempunyai kemahiran berkaitan bidang Teknologi
Pembuatan.

Jadual 8 : Skor Min Faktor Pemilihan Kursus SMN

No Item Skor

Item Min

C1 Saya sangat meminati bidang Teknologi Pembuatan 4.46

C2 Saya mempunyai kemahiran berkaitan bidang Teknologi Pembuatan 4.06

C3 Saya mempunyai keputusan akademik yang cemerlang 3.92

C4 Saya mengikut kehendak ibu bapa/penjaga/saudara 3.30

C5 Pengaruh dari rakan sebaya 3.04

C6 Cadangan dari guru/kaunselor di Sekolah 2.82

C7 Pilihan kursus yang terdapat dalam borang permohonan ke kolej 3.62

komuniti adalah terhad

C8 Saya memikirkan peluang pekerjaan pada masa hadapan 4.63

C9 Saya ditawarkan kursus ini TANPA memohon 3.30

C10 Saya hanya mencuba nasib semasa memohon kursus ini dan 3.42

kemudiannya terpilih untuk masuk ke Kursus Teknologi Pembuatan

C11 Selepas mengikuti Kursus Teknologi Pembuatan selama sebulan saya 4.41

amat menyukai bidang ini

C12 Selepas mengikuti Kursus Teknologi Pembuatan selama sebulan saya 4.33

merasakan mata pelajaran dalam bidang ini sangat senang dipelajari.

6

Skor min terendah dicatatkan pada item C6 iaitu 2.82 yang menyatakan
responden memilih kursus SMN hasil daripada cadangan guru/kauselor di sekolah.
Pemilihan kursus SMN disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya menunjukkan skor min
kedua terendah iaitu 3.04 pada item C5. Item C4 dan C9 masing-masing mencatatkan
skor min 3.30 yang menyatakan responden memilih kursus SMN kerana mengikut
kehendak ibu bapa/penjaga/saudara dan responden ditawarkan kursus SMN tanpa
memohon.

Perbincangan

Perbincangan kajian ini merujuk kepada dapatan kajian kepada persoalan kajian iaitu
apakah faktor pemilihan pelajar untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti dan
apakah faktor pemilihan Kursus SMN dalam kalangan pelajar.

Soal selidik yang dibangunkan untuk melihat faktor pemilihan pelajar untuk
menyambung pengajian di Kolej Komuniti diolah dari kajian Ts.Ahmad Zawawi et. al
(2018). Tujuannya adalah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pelajar-
pelajar yang sedang aktif mengikuti Kursus SMN Sesi Disember 2019 di Malaysia
memilih Kolej Komuniti sebagai Institusi Pengajian Tinggi untuk melanjutkan
pengajian di peringkat tertiari. Berdasarkan analisis kajian, antara faktor utama
responden memilih Kolej Komuniti adalah ingin mendapatkan pegalaman baharu,
kursus-kursus yang ditawarkan adalah diiktiraf dan memenuhi kehendak pasaran kerja
dan juga peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah tinggi.

Penemuan kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian yang dijalankan oleh
Ts. Ahmad Zawawi et. al (2018) iaitu faktor kursus yang diiktiraf mendapat skor
tertinggi berbanding yang lain. Menurut Nadia & Normazila (2016) proses perakuan
akreditasi membawa Kolej Komuniti ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan dan
meningkatkan imej Kolej Komuniti sendiri samada dari segi kualiti pengurusan dan
kualiti akademik yang dijalankan. Judith (2012) menyatakan bahawa akreditasi telah
menjadi sebahagian daripada memelihara kepelbagaian institusi pengajian tinggi dalam
pelbagai jenis pengalaman pendidikan yang disediakan untuk pelajar selain memainkan
peranan dalam mengekalkan persaingan sihat dalan kalangan kolej dan universiti.

Penemuan baharu dicatatkan yang menyatakan responden ingin mendapatkan
pengalaman baharu di Kolej Komuniti. Ini kerana Kolej Komuniti menawarkan pelbagai
latihan kemahiran yang menumpukan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET). Pada masa sekarang bidang TVET sangat dititikberatkan oleh
kerajaan dalam melahirkan pekerja-pekerja mahir di Malaysia. Ini sangat bertepatan
dengan visi Kolej Komuniti iaitu menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.

Soal selidik yang dibangunkan untuk melihat faktor pemilihan Kursus SMN
dalam kalangan pelajar diubahsuai dari kajian Noor Laila & Mohd Fuad (2018).
Berdasarkan analisis yang dijalankan antara faktor utama adalah kerana memikirkan
peluang pekerjaan pada masa hadapan diikuti dengan faktor minat terhadap bidang
Teknologi Pembuatan. Selain itu responden menyukai bidang ini selepas sebulan
mengikutinya dan merasakan bidang Teknologi Pembuatan sangat senang untuk
dipelajari. Mempunyai kemahiran dalam bidang ini juga menjadi antara faktor pemilihan
kursus SMN dalam kalangan responden. Hasil penemuan ini mempunyai persamaan
dengan kajian Noor Laila & Mohd Fuad (2018) iaitu faktor peluang pekerjaan dan
meminati bidang yang diambil mendapat faktor tertinggi berbanding yang lain.
Penemuan yang sama juga didapati dalam kajian Ts.Ahmad Zawawi et. al (2018) di
mana pelajar memilih faktor tarikan potensi pekerjaan pada masa hadapan diikuti dengan
faktor minat terhadap bidang yang diikuti.

7

Secara keseluruhannya pelajar-pelajar yang mengikuti kursus SMN meletakkan
pemilihan kerjaya sebagai faktor utama dalam pemilihan bidang selain faktor minat. Ini
selaras dengan matlamat utama Kolej Komuniti untuk menghasilkan graduan TVET yag
diyakini dan menjadi rebutan majikan untuk menyumbang kepada pembangunan
ekonomi negara.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya faktor utama pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Kursus SMN
pada sesi Disember 2019 memilih Kolej Komuniti untuk melanjutkan pengajian ke
peringkat tertiari adalah kerana ingin memperolehi pelbagai kemahiran baharu dan
kerana semua sijil yang ditawarkan di Kolej Komuniti adalah diiktiraf. Oleh itu pihak
pengurusan diharapkan dapat menambahbaik atau memberikan lebih lagi kemahiran
yang seiring dan relevan dengan kehendak semasa. Ini kerana faktor utama pelajar
memilih bidang pengajian kerana memikirkan peluang pekerjaan pada masa hadapan.

Rujukan

Azizi Yahya, Norhashimah Ismail (2011). Faktor-faktor Pemilihan Kursus dan Masalah-
masalah Pembelajaran dalam Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar
Tingkatan 4 Aliran Teknikal di Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia.
Journal of Technical, Vocational & Engineering Education Volume 2 June 2011,
Pages93-106/ISSN: 2231- 7376

Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan : Kaedah penyelidikan. Edisi
Kedua.Kuala Lumpur : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hairi, Nadia & Normazila, Siti (2016). Kajian Terhadap Perakuan Akreditasi MQA Bagi
Program Sijil Kolej Komuniti. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK).

Judith S. Eaton. 2012. Planning for Higher Education. The Future of Accreditation.
Volume 40, Number 3, Page 8-15, Apr – Jun 2012.

M.H. Norhidayah, H.Y. Ahmad Mujahideen & W.S.W.A Najmuddin (2017). Faktor-
faktor Pendorong Pemilihan Kursus Di Institusi Pengajian Tinggi – Satu Ulasan.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 5
(September 2017):139 – 145, www.icohlcb.com, eISSN:01268147.

Mohamad Fhaizal Mohamad Bukhori, Rohaiza Daud, Nur Fazliana Rahim, Nor Amalina
Ahmad, Mohd Aminudin Mustapha, Farah Liyana Azizan, Mohd Alhafiizh Zailani
& Dhana Jay Raja Gopal (2015). Kajian Empirikal Awal Terhadap Pola
Kecenderungan Pemilihan Aliran Pengajian Peringkat Pra-Universiti oleh Pelajar
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jurnal Personalia Pelajar 18(1)(2015):
23 – 34.

N. Laila & M. Fuad (2018). Faktor yang mempengaruhi Pelajar Semester Satu Politeknik
Kota Kinabalu JKE Sesi Jun 2018 Memilih Bidang Kejuruteraan Elektrik. First
International Multidisciplinary Academic Conference 2018 (IMAC'18). 2018.

8

Norziha Jusoh. 2006. Kajian Mengenai Faktor-faktor Pemilihan Pelajar Matrikulasi ke
Universiti Tempatan (IPTA) dan Kursus Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia.

Nurzatil Ismah, Zanariah, Nazneen & Sahlawati (2015). Faktor – faktor yang mendorong
pemilihan institusi pengajian tinggi di kalangan pelajar. E-Proceeding of the 2nd
International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, 567 – 571.

Ts. Ahmad Zawawi, Fariza & Ts. Nazeera (2018). Faktor Pemilihan Politeknik &
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) Dalam Kalamgan Pelajar DKM
Politeknik Sultan Syed Sirajuddin PTSS. Journal of Technical & Vocational
Education Vol. 1.97-109

Zanariah, Nazneen, Nurzatil Ismah & Sahlawati (2015). Faktor tarikan pelajar ke Program
Sarjana Muda Di Akademi Islam, Kolej Islam Antarabangsa Selangor. Proceeding
of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015, 695 – 703.

9

KAJIAN KEBERKESANAN SALURAN INFO KEMASUKAN KOLEJ
KOMUNITI MANJUNG

Muhammad Ikhwan Syafiq Zulkifli, Nurhafiza Mohd Nafi, Norain @ Fauzana Mohd
Bokori

Kolej Komuniti Manjung, Perak

Abstrak

Nadi bagi sebuah institusi pendidikan adalah para pelajar. Justeru itu, bidang promosi
memainkan peranan penting dalam menjadikan sesebuah institusi itu pilihan utama pelajar yang
ingin melanjutkan pelajaran. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti saluran info
kemasukan dari pelajar sedia ada bagi membantu unit Pengambilan dan Promosi Kolej
Komuniti Manjung (KKMP) mengenalpasti saluran yang paling efisien dan efektif untuk
digunakan. Responden bagi kajian ini terdiri dari 40 orang pelajar sedia ada dan juga bekas
pelajar di KKMP. Maklumat yang diperoleh bakal membantu unit promosi untuk lebih fokus pada
saluran yang mempunyai peratusan kemasukan yang tinggi. Penulisan ini juga bertujuan untuk
mendapatkan maklumbalas dan ini amat penting untuk memastikan strategi promosi yang
dilaksanakan adalah menepati dengan kehendak bakal pelajar dan komuniti setempat.

Kata kunci : Saluran Info Kemasukan, Pengambilan dan Promosi, Kolej Komuniti Manjung

Pengenalan

Kolej Komuniti adalah di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan visi
menjadi peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta Hab
Pembelajaran Sepanjang Hayat Menjelang 2025. Kolej Komuniti bermula dengan 10
buah kolej rintis yang beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan
Disember 2001. Sejak dari penubuhan pada 2001, kini kerajaan telah pun menubuhkan
sebanyak 110 buah seluruh Malaysia. Sasaran Kolej Komuniti adalah untuk menyediakan
laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada
pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang- bidang teknikal
dan vokasional termasuk perdagangan, pertanian, kesihatan dan lain-lain. (“Maklumat
Bajet Kerajaan”, 2017).

Menurut Hartley (2003), promosi adalah satu usaha komunikasi pemasaran produk,
organisasi, perkhidmatan atau idea dengan tujuan untuk mengubah perspesi pengguna
atau pembeli yang disasarkan. Di dalam konteks promosi Kolej Komuniti, ia lebih
cenderung kepada info pengambilan dan kemasukan ke program sijil, diploma serta
kursus pendek yang ditawarkan. Aktiviti promosi di Kolej Komuniti Manjung diadakan
sepanjang tahun untuk memenuhi norma yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengajian
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Pelbagai konsep dan saluran mengenai
kemasukan ke Kolej Komuniti Manjung telah diadakan bagi menambat hati bakal pelajar
dan menaikkan imej kolej terutamanya pada komuniti setempat. Oleh yang demikian,
teknik dan juga konsep promosi mestilah selari dengan peredaran masa serta permintaan
komuniti khususnya.

10

Objektif

1. Menilai saluran info kemasukan Kolej Komuniti Manjung yang paling berkesan.
2. Menilai keberkesanan program dan aktiviti promosi yang dijalankan oleh Kolej

Komuniti Manjung
3. Mencadangkan kaedah, strategi dan keperluan promosi yang lebih sesuai dengan

keperluan semasa pada masa-masa akan datang untuk pengambilan pelajar baru.

Kajian Literatur

Brooks (2002) mengatakan bahawa pengaruh daripada ibubapa, saudara-mara, guru dan
masyarakat akan memaksa pelajar membuat keputusan tanpa menyelidik terlebih dahulu
sama ada institusi terbabit adalah bagus ataupun tidak dari segi reputasinya. Ini
menunjukkan bahawa orang yang terdekat kepada pelajar adalah sangat penting dalam
mempengaruhi keputusan mereka untuk melanjutkan pelajaran. Untuk promosi yang
dilakukan sepanjang tahun, keberkesanan perlaksanaan promosi adalah penting untuk
memastikan ianya tidak sia-sia. Menurut Mustafa dan rakan rakan (2007) tahap
keberkesanan program dan aktiviti promosi berkait rapat dengan kaedah promosi dan
kumpulan sasaran yang ditujukan bagi memastikan ia benar-benar berkesan pada masa
depan. Mereka juga menekankan kepentingan kepelbagaian dan penggunaan internet dan
media elektronik untuk mencapai kumpulan sasaran. Selain itu, pusat-pusat pengajian
dan unit- unit lain berada di bawah kawalan universiti juga perlu menjadi “back-up”
kepada unit promosi universiti supaya sama-sama berganding bahu dalam
mempromosikan program dan kepakaran masing-masing agar ia boleh memberi nilai
tambah kepada daya tarikan universiti terhadap bakal- bakal pelajar mereka nanti.

Menurut Idrus (2001), Institut yang mencerminkan reputasi yang bersih seperti
mempunyai kualiti staf yang bagus, pentadbiran yang cekap, mementingkan kebajikan
pelajar dan mampu mengeluarkan graduan yang bermutu adalah institut yang sepatutnya
dipilih. Ini menunjukkan kepentingan imej sesebuah institusi juga mempengaruhi
pemilihan pelajar. Menurut kajian Norhayati dan Intan Junizah (2014), mereka
mendapati bahawa kaedah promosi yang mendapat rating yang tinggi adalah menerusi
media elektronik. Ini diikuti oleh media cetak, pameran dan sebagainya. Kaedah promosi
kini perlu fokus kepada media elektronik khususnya media sosial seperti facebook,
telegram, whatsapp, website dan seumpamanya. Penghasilan video yang menarik
contohnya boleh mendapat perkongsian yang banyak dan seterusnya menaikkan imej
sebuah insititusi. Berdasarkan kajian tersebut juga mereka mendapati para pemohon
untuk kemasukan ke kolej komuniti juga semakin menggemari penggunaan
permohononan secara atas talian atau “online”.

Metodologi

Kaedah tinjauan dengan mengedarkan satu set borang soal selidik menggunakan “Google
Form” telah digunakan untuk mengumpul data. Soal selidik yang dikemukakan
menggunakan mengandungi 6 soalan yang berkaitan dengan tahap keberkesanan program
dan aktiviti promosi serta cadangan lokasi promosi di Kolej Komuniti Manjung.
Responden adalah terdiri daripada 40 pelajar Kolej Komuniti Manjung bagi
mendapatkan maklum balas tepat mengenai saluran info kemasukan yang membantu
mereka membuat keputusan melanjutkan pelajaran di KKMP. Data yang telah
dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2010 serta Google
Spreadsheet.

11

Analisis Data
Berdasarkan analisa data, responden yang menjawab kaji selidik ini adalah terdiri dari 40
orang pelajar yang berumur antara 18 hingga 20 tahun. 87.5% dari mereka adalah
perempuan manakala baki 12.5% lagi adalah lelaki. Sebanyak 82.5% responden adalah
pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian dan 17.5% adalah pelajar Sijil Pembuatan Kasut dan
Kraf Kulit. 60% dari responden adalah pelajar ambilan Jun 2018, 25% dari November
2017 dan baki 15% peratus dari Julai 2017.

Rajah 1 : Carta Kaedah Permohonan Kemasukan ke Kolej Komuniti Manjung
Kaedah permohonan kemasukan menunjukkan 45% memohon kemasukan ke kolej

melalui borang online https://bit.do/mohonkkperak , 32.5% menggunakan borang manual,
dan baki 22.5% melalui borang rasmi online Kolej Komuniti (JPKK) atau melalui UPU.

Rajah 2 : Histogram “Dari Manakah anda mendapatkan maklumat mengenai
Kolej Komuniti Manjung”

Pada Rajah 2, 50% responden menyatakan bahawa mereka mendapat maklumat
dari ahli keluarga dan 30% menyatakan dari rakan sebaya. Seramai 43% responden
mengatakan bahawa mereka memperoleh maklumat dari media elektronik, 25% dari
guru, 18% dari pameran/promosi dari taklimat/karnival. Bagi saluran melalui majalah,
flyers dan iklan billboard pula hanya 3% setiap saluran. Ini jelas menunjukkan pengaruh
terdekat iaitu ahli keluarga dan rakan sebaya banyak menyampaikan maklumat kepada
bakal pelajar. Kedua ianya dapat dilihat bahawa media elektronik lebih mempengaruhi
dan menyampaikan maklumat dengan lebih baik berbanding Guru dan Pameran Promosi.

12

Rajah 3 : Carta Peratus Saluran Promosi KKMP Yang Paling Berkesan
Saluran promosi kemasukan KKMP menunjukkan bahawa 60% responden
mengatakan saluran promosi melalui media elektronik adalah yang paling berkesan. Ini
diikuti oleh 32.5% responden mengatakan aktiviti Pameran Promosi dan Karnival paling
berkesan dalam menyampaikan maklumat. Hanya 7.5% responden lagi mengatakan
bahawa saluran promosi bagi Kolej Komuniti Manjung yang paling berkesan adalah
melalui media cetak.

Rajah 4 : Carta Peratus Pendapat Responden Tentang Maklumat Promosi KKMP
Sebanyak 85% responden mengatakan bahawa kempen promosi yang dijalankan oleh
Kolej Komuniti Manjung memberikan maklumat yang lengkap berbanding 15%
menyatakan sebaliknya.

Rajah 5 : Carta Peratus Rekabentuk Iklan Promosi Menarik Perhatian Responden

13

Seterusnya, hanya 70% responden mengatakan bahawa rekabentuk iklan KKMP
adalah menarik dan mampu menarik minat bakal pelajar, dan baki 30% responden
bersetuju bahawa iklan promosi KKMP kurang menarik. 30% adalah angka yang boleh
dikatakan signifikan atas dasar promosi zaman kini tertumpu pada media elektronik.

Perbincangan

Merujuk kepada dapatan diatas, terdapat 4 isu utama dalam analisa ini iaitu kaedah
permohonan, sumber dapatan info kolej dan saluran info kemasukan, kesempurnaan
maklumat yang disampaikan serta rekaan iklan promosi. Kajian ini dibuat kepada para
pelajar yang memasuki kolej Komuniti Manjung untuk mengetahui sumber dan punca
mereka membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Kaedah permohonan
kemasukan, 45% memohon kemasukan ke kolej melalui borang online
https://bit.do/mohonkkperak, 32.5% menggunakan borang manual, dan baki 22.5%
melalui borang rasmi online Kolej Komuniti (JPPKK) atau melalui UPU. Ini
menunjukkan bahawa promosi yang dijalankan melalui media social
(facebook/Instagram/twitter) adalah berkesan kerana pautan borang online
https://bit.do/mohonkkperak hanya disiarkan dalam posting facebook dan Instagram. Dari
dapatan sumber info mengenai kolej komuniti, ia menunjukkan bahawa ahli keluarga
(50%) dan rakan sebaya (30%) memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan
maklumat dan membantu pelajar membuat keputusan. Ini kerana majoriti pelajar
dipengaruhi oleh faktor terdekat dengan mereka. Media elektronik (43%) melalui
halaman sosial juga membantu menyampaikan maklumat yang menyumbang kepada para
pelajar untuk membuat pemilihan melanjutkan pelajaran.

Saluran promosi kemasukan KKMP juga menunjukkan kebanyakan responden
bersetuju bahawa media elektronik (60%) sangat membantu dan berkesan dari segi
membina imej kolej dan juga menyampaikan maklumat secara berkala mengenai info
kemasukan dan ambilan. Para pelajar ini sentiasa cakna dengan perkembangan sosial
semasa dan dunia internet memudahkan mereka mendapatkan maklumat dengan lebih
efisien. Pengiklanan melalui promosi di karnival (35%) menunjukkan kurang
memberansangkan berbanding dengan media elektronik, tetapi kaedah promosi ini masih
relevan untuk diteruskan. Walaubagaimanapun, media cetak kurang berkesan mengikut
respon dari para pelajar iaitu hanya 7.5%. Justeru, kaedah promosi dan info kemasukan
perlu di laksanakan dengan lebih agresif pada media sosial, dan kaedah konvensional
media cetak pula perlu diolah lebih menarik supaya komuniti setempat lebih mudah
mendapatkan maklumat.

Rumusan dan Implikasi

Kajian ini mendapati bahawa pengaruh daripada ahli keluarga dan rakan serta laman
sosial media elektronik sangat besar dalam pemilihan institusi pengajian tinggi pelajar.
Dapatan menunjukkan info kolej komuniti disebar dengan lebih baik dan efisien
sekiranya ia timbul dari saranan orang terdekat. Justeru, unit pengambilan dan promosi
perlu mengembeleng usaha dari segi perkongsian maklumat yang lebih kerap kepada
kumpulan sasaran ahli keluarga dan rakan sebaya. Ini dapat dicapai antaranya dengan
inisiatif perkongsian maklumat kepada peserta kursus pendek contohnya, yang rata-rata
dari golongan berkerjaya dan berkeluarga. Dari segi media sosial pula, kaedah dan teknik
hebahan promosi perlu mengikut kehendak, keperluan, citarasa dan trend semasa yang
dekat pada kumpulan sasaran. Imej Kolej Komuniti Manjung juga dapat dinaikkan
dengan media cetak sekiranya ia dilaksanakan dengan lebih baik.

14

Media majalah, flyers dan suratkhabar perlu digandingkan dengan rekaan moden
inovatif dan menarik yang lebih bertumpu edarannya dari sekadar hebahan melalui
suratkhabar atau promosi rumah ke rumah yang tiada asas pada kumpulan sasaran.
Pengiklanan media cetak dari segi billboard adalah lebih baik kerana radius hebahan
yang luas, tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi. Kerjasama di antara kolej dan Pihak
Berkuasa Tempatan adalah perlu dalam usaha mengurangkan kos dan membantu dari
segi penyampaian maklumat. Untuk mencapai sasaran pengiklanan yang baik tidak kira
di media sosial atau media cetak, latihan perlu diberi kepada pegawai-pegawai yang
bertanggungjawab dalam menyediakan iklan dan bahan promosi, supaya hasil yang
digunakan untuk tujuan promosi adalah menarik dan mengikut kehendak semasa. Tugas-
tugas promosi dan hebahan juga perlu digalas bersama oleh semua anggota dalam
organisasi kolej, demi mencapai sasaran pelajar yang ditetapkan.

Tanggungjawab dalam mempromosikan kolej tidak sepatutnya diletakkan pada
individu, tetapi kepada organisasi. Motivasi dari ketua organisasi dan unit serta ganjaran
juga adalah perlua untuk menyuntik semangat dalam usaha mempromosikan kolej, lebih-
lebih lagi dewasa ini terlalu banyak insitusi pengajian tinggi awam dan swasta yang perlu
disaingi oleh Kolej Komuniti. Ini perlu demi mencapai visi menjadi peneraju Pendidikan
dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat
Menjelang 2025.

Rujukan

Kotler, P., Haider, D. and Rein, I. (1993) Marketing Places. Attracting Investment,
Industry and Tourism to Cities, States, and Nations. Maxwell Macmillan Int,
New York.

Maklumat Bajet Kerajaan KPT (2017) Retrieved from
https://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2017/b64.pdf

Mohd Farid, Noryanto Asroun & Nordin (2010), Laporan Akhir Penyelidikan : Kajian
Aspek Pembentukan dan Keberkesanan Strategi Promosi Dalam Pemasaran Unit
Kedai Baru. Kajian Kes : Ipoh, Perak. UITM Perak.

Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah dan rakan-rakan (2007), Kajian Keberkesanan
Promosi Universiti Malaysia Perlis, Jurnal HEPA, UMP.

Norziha Jusoh (2006), Kajian Mengenai Faktor-faktor Pemilihan Pelajar Matrikulasi ke
Universiti Tempatan (IPTA) dan Kursus Pendidikan, Tesis Sarjana UTM.

Norhayati Othman & Intan Junizah Abu Samah (2014), Pengaruh Pemilihan Pengajian ke
Kolej Komuniti dan Cadangan Promosi, Kolej Komuniti Selayang.

Nur Jam’atur Rahmah Mohamed Nawawi (2015), Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Pemilihan Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi : Kajian di KUIN, Tesis Sarjana
Sains (Pengurusan), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Robert F. Hartley (1983), Marketing Fundamentals, New York : Harper & Row.

Wida Yanti, Z. &. (2015). Keberkesanan Program Dan Aktiviti Promosi Di Kolej
Komuniti Jasin 2015. Kolej Komuniti Jasin

15

RODA TANGGUH

Sabrina Jumadi1, Nurul Anith Abu Bakar2, Zunaedah Sahrul3

Kolej Komuniti Tawau1, Kolej Komuniti Sandakan2, Kolej Komuniti Temerloh3

Abstrak

Jumlah maksimum tempoh pengajian seorang pelajar Kolej Komuniti adalah 10 semester. Salah
satu tugas seorang Pegawai Pengambilan (PP) adalah memanggil pelajar yang tangguh
pengajian untuk melapor diri semula agar mereka dapat menamatkan pengajian dalam tempoh
maksimum tersebut. Namun PP terlebih dahulu akan menilai samada pelajar tersebut layak
untuk lapor diri atau sebaliknya. Kaedah yang kebiasaannya diambil oleh PP dalam membuat
pengiraan adalah dengan melakar tempoh waktu pengajian pelajar berkenaan dan kaedah ini
mempunyai risiko tersilap pengiraan kerana lakaran biasanya akan bercampur-aduk dengan
data yang lain. Oleh itu, Roda Tangguh diwujudkan bagi mengurangkan risiko tersebut. Roda ini
mempunyai dua skala iaitu Skala Utama dan Skala Sekunder yang boleh diputar. Ia telah
diaplikasikan oleh PP di Kolej Komuniti Tawau dan ianya terbukti membantu menjimatkan masa
pengiraan tempoh pengajian pelajar tangguh. Paparan skala yang sangat jelas dan mudah
difahami turut membantu memudahkan PP mengambil keputusan dan tindakan selanjutnya.
Dalam usaha untuk membantu PP Kolej Komuniti, Roda Tangguh ini akan disediakan dalam
bentuk template yang standard sebelum diedarkan dan digunakan oleh PP seluruh Malaysia.
Inovasi ini walaupun nampak mudah tetapi sedikit sebanyak dapat meringankan beban tugas
seorang Pegawai Pengambilan di Kolej Komuniti.

Kata Kunci : Tangguh, 10 semester, Pegawai Pengambilan (PP)

Pengenalan

Proses pendaftaran pelajar baharu di Kolej Komuniti bagi Sijil Kolej Komuniti (SKK)
yang terkini adalah sebanyak dua kali dalam setahun iaitu pada ambilan Jun dan
Disember. Satu semester adalah bersamaan dengan enam (6) bulan tempoh pengajian
termasuk cuti. Justeru itu, Pegawai/penyelaras Pengambilan adalah orang yang
dipertanggungjawabkan dalam mengurus proses pendaftaran pelajar ini.

Setelah pelajar mendaftarkan diri sebagai pelajar Kolej Komuniti serta
memulakan sesi perkuliahan, ada kalanya pelajar memohon untuk melakukan
penangguhan pengajian di atas sebab-sebab yang tertentu. Borang Tangguh Pengajian
akan diisi oleh pelajar yang berkenaan dan Pegawai/penyelaras Pengambilan akan
mengisi data penangguhan tersebut di dalam sistem e- pelajar atau CCMS (bagi pelajar
baharu ambilan Jun 2020) setelah mendapat kelulusan daripada beberapa pihak.

Oleh yang demikian, Pegawai/penyelaras Pengambilan perlu memberi perhatian
dan mengingati setiap data pelajar yang melakukan penangguhan supaya pelajar ini dapat
dipanggil untuk mendaftar semula bagi semester seterusnya dan mengelak berlakunya
keciciran panggilan pendaftaran. Kelazimannya, pelajar yang melakukan penangguhan di
atas sebab yang bersesuaian seperti masalah kesihatan, tidak akan mempunyai masalah
untuk datang mendaftar semula. Tetapi apa yang sering kali terjadi dan mendatangkan
masalah kepada Pegawai/penyelaras Pengambilan ialah apabila pelajar tersebut tidak
datang mendaftar walaupun Surat Panggilan Lapor Diri telah dikeluarkan.

Apabila pelajar tidak datang mendaftar atau menghilangkan diri semasa tempoh
pengajian, pelajar tersebut boleh ditafsirkan sebagai kurang berminat untuk meneruskan

16

pengajian mereka di Kolej Komuniti. Namun demikian, pelajar berkenaan tidak boleh
sewenang-wenangnya diberhentikan kerana Unit Pengambilan tertakluk kepada Garis
Panduan Pengambilan Pelajar yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Ambilan dan
Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Pelajar tersebut hanya boleh diberhentikan apabila mengisi borang berhenti pengajian
atau mencapai 10 semester bagi tempoh maksimum pengajian.

Pernyataan Masalah

Status pelajar di Kolej Komuniti dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu
Mendaftar, Tangguh dan Berhenti. Seorang pelajar yang telah mendaftar di Kolej
Komuniti kebiasaannya mengambil masa empat (4) semester bersamaan dua (2) tahun
untuk menamatkan pengajian mereka iaitu setelah tamat latihan industri. Namun begitu,
terdapat juga pelajar yang tidak tamat mengikut waktu yang ditetapkan disebabkan
mereka menangguhkan pengajian. Bagi sama-sama menjaga kualiti pengurusan pelajar,
Pegawai/penyelaras Pengambilan Kolej Komuniti perlu memastikan status tangguh
pelajar tidak mencapai 10 semester pengajian. Tugas berat ini dipikul bersama dengan
Pensyarah Kelas di mana pelajar-pelajar yang menangguh pengajian perlu dijejaki dan
dipanggil untuk melapor diri semula agar pengajian mereka dapat ditamatkan dalam
tempoh maksimum tersebut. Namun begitu, sebelum pelajar tangguh ini dipanggil untuk
melapor diri semula, Pegawai/penyelaras Pengambilan terlebih dahulu akan menilai
samada pelajar tersebut layak untuk lapor diri atau sebaliknya.

Kaedah penilaian semester yang kebiasaannya digunakan adalah dengan melakar
tempoh waktu pengajian pelajar berkenaan dan pengiraan dibuat secara manual
berlandaskan rujukan tarikh di kalendar atau ingatan Pegawai/penyelaras Pengambilan
sendiri. Kaedah ini mempunyai risiko tersilap pengiraan kerana lakaran biasanya akan
bercampur-aduk dengan data yang lain. Tiada borang yang spesifik boleh digunakan
semasa proses pengiraan berlaku. Tambahan pula, ada pelajar melakukan penangguhan
pengajian di semester yang berlainan. Hal ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada
Pegawai/penyelaras Pengambilan untuk membuat pengiraan dan mengingati data kerana
manusia ada kalanya bersifat pelupa, lemah dan terbatas.

Tambahan pula, jumlah pelajar yang melakukan penangguhan bukannya sedikit
jika dikira dalam perkadaran lima (5) tahun. Hal ini boleh mendatangkan kekeliruan dan
ralat kepada Pegawai/penyelaras Pengambilan untuk melakukan pengiraan secara manual
serta mengingati semester yang tepat bagi memberhentikan pelajar tersebut. Lebih-lebih
lagi sekiranya dalam jangka masa lima (5) tahun tersebut, ada berlakunya perubahan
jawatan bagi Pegawai/penyelaras Pengambilan. Hal ini akan lebih mengelirukan lagi
Pegawai/penyelaras Pengambilan yang baharu untuk mengingati data pelajar yang
tangguh serta memahami cara pengiraan tersebut. Cara penentuan pengiraan yang lebih
efektif dan teratur diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini.

Sehubungan dengan itu, Roda Tangguh diwujudkan bagi mengurangkan risiko
kesilapan pengiraan tempoh pengajian pelajar serta melancarkan lagi pelaksanaan tugas
Pegawai/penyelaras Pengambilan.

Objektif
Terdapat dua (2) objektif utama Roda Tangguh iaitu:
i. Memudahkan pengiraan tempoh maksimum pengajian
ii. Mengurangkan kesilapan dalam pengurusan pelajar tangguh pengajian di Kolej

Komuniti

17

Ciri-Ciri
1. Reka bentuk
Roda Tangguh ini terdiri daripada dua skala yang dapat diputarkan mengikut data yang
dikehendaki. Skala utama terdiri daripada sesi pengajian dua (2) kali setahun iaitu sesi
Jun dan Disember manakala skala sekunder adalah bilangan tempoh pengajian bermula
dari sesi mendaftar sehingga ke tempoh maksimum pengajian 10 semester.

i) Skala Utama Roda Tangguh
Bahagian ini mengandungi skala yang mewakili sesi pengajian 2 kali setahun iaitu
Sesi Jun dan juga Sesi Disember. Pemilihan pada skala tahun dipilih berdasarkan
tahun pertama pelaksanaan sistem semester 2 kali setahun iaitu bermula pada Jun
2018. Pemilihan tahun juga diletakkan agar kiraan semester melebihi 10 semester
bermula Sesi Jun 2018.

ii) Skala Sekunder Roda Tangguh
Skala sekunder adalah bilangan tempoh pengajian bermula dari sesi mendaftar
sehingga ke tempoh maksimum pengajian 10 semester. Dalam skala sekunder ini
juga, turut dipaparkan adalah ruang waktu pemberhentian pelajar yang telah
melebihi tempoh maksimum pengajian.

2. Mudah dibaca
Oleh kerana reka bentuk Roda Tangguh ini ringkas, ia menjadikannya mudah untuk
dibaca. Ini kerana skala-skala yang ditunjukkan memberikan bacaan secara langsung di
samping arahan yang mudah untuk difahami.
3. Mudah dikendalikan
Binaan yang ringkas juga menjadikan Roda Tangguh ini mudah untuk dikendalikan
melalui konsep putaran dua roda.
4. Fleksible
Skala tahun dan sesi pada Skala Sekunder Roda Tangguh boleh ditukar ganti bergantung
kepada sesi pengajian yang sedang berkuatkuasa. Ini menjadikan Roda Tangguh ini lebih
fleksible mengikut keadaan semasa.

18

Cara Operasi

Rajah 1 : Komponen utama Roda Tangguh
i) Roda Tangguh ini beroperasi menggunakan konsep putaran dua roda iaitu antara roda

Skala Utama dan juga roda Skala Sekunder.

Rajah 2 : Langkah-langkah penggunaan Roda Tangguh
ii) Bagi memulakan penggunaan, pengguna terlebih dahulu perlu mengetahui sesi

kemasukan/pendaftaran bagi pelajar berkenaan. Apabila sesi kemasukan telah
dikenal pasti dan disetkan mengikut tahun yang betul, jarum pada Skala Sekunder
secara langsung akan menunjukkan sesi pengajian maksimum bagi pelajar
berkenaan. Maklumat ini akan digunakan oleh Pegawai/penyelaras Pengambilan
untuk merancang dan melaksanakan tindakan selanjutnya yang perlu diambil.
iii) Sekiranya sesi pengajian semasa pelajar berkenaan masih belum melepasi tempoh
maksimum pengajian, pelajar tersebut akan dipanggil semula untuk menyambung
pengajiaannya yang tertangguh. Namun begitu, sekiranya sesi pengajian semasa
pelajar berkenaan telah melebihi tempoh 10 semester (tempoh maksimum pengajian
di Kolej Komuniti), maka pelajar tersebut akan diberhentikan.

19

Impak Inovasi
Impak kepada pengguna:

i. Pengguna Roda Tangguh ini tidak terhad kepada Pegawai/penyelaras Pengambilan
sahaja tetapi boleh digunakan oleh semua staf di Kolej Komuniti seperti Pensyarah
Kelas, Pegawai Peperiksaan malah sesiapa sahaja yang memerlukannya. Alat bantu
ini dapat memberi kefahaman yang lebih mudah dan jelas serta memberi
kefahaman yang seragam kepada semua pengguna berkenaan pengiraan semester
belajar pelajar Kolej Komuniti.

ii. Penggunaan Roda Tangguh juga dapat menjimatkan masa pengguna dalam
menentukan tempoh pengajian seseorang pelajar terutamanya sekiranya data
pengajian pelajar diperlukan secara mengejut.Roda Tangguh juga dapat
meringankan beban tugas terutamanya kepada Pegawai/penyelaras Pengambilan di
mana ia dapat mengurangkan kesilapan pengiraan disamping dapat memberikan
data tangguh pelajar dengan cepat dan tepat.

Impak kepada jabatan:
i. Data pelajar tangguh dapat dikenal pasti dan disediakan dengan lebih cepat dan
tepat terutamanya dalam waktu-waktu tertentu yang memerlukan Ketua Jabatan
mendapatkan data ini dengan kadar segera.
ii. Pihak kolej dapat mengambil tindakan yang lebih wajar kepada pelajar tangguh.

iii. Bilangan pelajar yang berhenti pengajian dapat dikurangkan dapat dikurangkan
dalam tempoh waktu yang pendek.

Cadangan Penambahbaikan
Bagi meningkatkan penggunaan Roda Tangguh ini secara keseluruhannya, adalah
dicadangkan agar:

i. Capaian template Roda Tangguh dapat diakses secara atas talian
Memuat naik capaian template Roda Tangguh secara atas talian agar lebih mudah di
muat turun oleh Pegawai/penyelaras Pengambilan seluruh Malaysia.

ii. Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps)
Penggunaan telefon pintar sebagai medium komunikasi amat penting pada masa kini
dan menjadi keperluan manusia. Oleh yang demikian adalah dicadangkan Roda
Tangguh ini dimuatnaik sebagai aplikasi mudah alih agar mudah dicapai
menggunakan telefon pintar.

Kesimpulan
Proses penangguhan pelajar di Kolej Komuniti memerlukan komitmen ramai pihak agar
pelajar yang datang mendaftar di Kolej Komuniti dapat menamatkan pengajian dalam
tempoh yang ditetapkan. Pelbagai usaha dijalankan agar matlamat ini tercapai
termasuklah mewujudkan Roda Tangguh ini agar pelajar yang menangguh pengajian
dapat dibantu untuk menamatkan pengajian dengan lebih sistema

Rujukan

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (2019), Garis Panduan Pengambilan
Pelajar Kolej Komuniti (Edisi 9), Putrajaya : Bahagian Ambilan dan
Pembangunan Pelajar .

Reka bentuk inovasi diilhamkan dari Pregnancy Wheel Obstetric (Roda Kehamilan).

20

KAJIAN KES PENCAPAIAN PELAJAR KEUSAHAWANAN KETIKA
PERLAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Mohd Khairol Nizam Mohd Anuar, Noor Suhaina Abd Azis

Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka

Abstrak

Kajian dilaksanakan ke atas sampel seramai 52 orang pelajar semester 3 Sijil Servis Kenderaan
Ringan berlainan sesi iaitu Sesi Jun 2019 (Kumpulan 1) dan Sesi Disember 2019 (Kumpulan 2)
menggunakan kurikulum pembelajaran dan tenaga pengajar yang sama. Objektif kajian ini
adalah bertujuan mengkaji perbezaan pencapaian pelajar Semester 3 dalam kursus MPU 1222
Keusahawanan bagi Program Sijil Servis Kenderaan Ringan sebelum (Sesi Jun 2019) dan
semasa (Sesi Disember 2019) perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak
penyakit Covid-19. Kaedah pemerhatian telah dilaksanakan dengan mengambil data keputusan
Rekod Penilaian Markah bagi kedua-dua kumpulan pelajar tersebut. Dapatan kajian mendapati
bahawa terdapat penurunan gred yang ketara bagi pelajar Kumpulan 2 iaitu tiada seorang
pelajar pun yang memperoleh Gred A+(Sangat Cemerlang) dan Gred A(Cemerlang) dengan
Nilai Mata 4.00. Bilangan pelajar yang memperoleh Nilai Mata 4.00 adalah seramai 35 orang
pada sesi sebelumnya (Kumpulan 1). Daripada perbandingan gred ini juga mendapati bahawa
keseluruhan pelajar hanya memperoleh Nilai Mata dalam lingkungan 3.00 hingga 2.00 yang
berstatus (Kepujian dan Baik) selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kesimpulannya, pelajar- pelajar yang dinilai (penilaian berterusan) semasa dalam tempoh PKP
(Sesi Disember 2019) mempunyai gred yang lebih rendah berbanding sebelum perlaksanaan
PKP (Sesi Jun 2019).

Kata kunci : Perintah Kawalan Pergerakan, Gred, Pencapaian Pelajar

Pengenalan

Melalui sumber Wikipedia (2020), pada 25 Januari 2020 Pandemik COVID-19 telah
disahkan merebak di Malaysia. Berikutan peningkatan kes pada Mac, Yang di-Pertuan
Agong telah menyatakan kebimbangan baginda dan Perdana Menteri Malaysia telah
mengumumkan langkah selanjutnya bagi mengatasi penyebaran virus ini di dalam Negara
melalui siaran langsung pada 13 Mac 2020. Pada malam 16 Mac 2020, akibat
peningkatan drastik kes sejak hari sebelumnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengumumkan sebuah tindakan yang dinamakan sebagai Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang melibatkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya
adalah melibatkan penutupan semua institut pendidikan tinggi awam dan swasta serta
institut latihan kemahiran di seluruh negara.

Hal ini demikian telah membawa kepada penutupan semua institusi di bawah
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak. Justeru itu, lanjutan daripada penutupan ini mengakibatkan proses
pentaksiran dan penilaian di institusi terhenti.

Pada 27 Mac 2020, pihak JPPKK telah mengeluarkan satu garis panduan iaitu
berkaitan dengan pelaksanaan pentaksiran dan penilaian program pengajian diploma dan
sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi Disember 2019 berikutan penguatkuasaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai rujukan para pensyarah untuk
menyelesaikan baki pengajian pada sesi tersebut.

21

Beberapa objektif kajian bagi memenuhi tujuan kajian ini adalah seperti berikut :
i. Mengetahui perbezaan pencapaian gred pelajar sebelum dan semasa pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ii. Mengenal pasti kesan pelaksanaan PKP terhadap pencapaian gred pelajar

Pernyataan Masalah
Dalam usaha menangani penyebaran wabak Covid-19, walaupun berlakunya penutupan
pusat- pusat institusi diseluruh Malaysia akibat PKP, sistem pembelajaran tetap
diteruskan bagi menyelesaikan baki pentaksiran dan penilaian. Bagi memastikan pelajar
tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran, warga pendidik mula menggunakan
opsyen menjalankan kelas secara dalam talian. Pelbagai kegusaran yang timbul apabila
ingin melaksanakan kaedah pentaksiran dan penilaian secara atas talian ini. Ada pelajar
yang tidak mempunyai gajet atau telefon pintar peribadi, ada yang tidak mempunyai
cukup data internet dan ada pula yang tidak mempunyai capaian internet langsung. Bagi
pendidik pula, wujud kesangsian platform manakah yang sesuai untuk menjalankan
pembelajaran secara atas talian dan kebanyakannya menggunakan kaedah cuba jaya, iaitu
menggunakan mana-mana platform dan lihat kepada kesesuaian.

Menurut Ehwan Ngadi (2020), tiga implikasi utama dilihat menjadi cabaran besar
kepada pendidik bagi menjalankan pembelajaran secara atas talian, iaitu kebolehcapaian
internet dan kestabilan platform pengajaran, pengurusan emosi serta pentaksiran secara
holistik. Hal ini mungkin menyebabkan berlakunya perubahan dalam pencapaian gred
pelajar sama ada memberi kesan positif atau negatif. Secara tidak langsung ianya juga
akan memberi impak kepada pencapaian institusi.
Oleh itu, kewujudan kajian ini adalah untuk melihat sama ada terdapat perbezaan
pencapaian sebelum dan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menjurus
kepada kursus MPU 1222 Keusahawanan bagi pelajar semester 3 program Servis
Kenderaan Ringan.

Tinjauan Literatur
Akibat daripada Pandemik ini, pendekatan pembelajaran dan pengajaran institusi di
bawah (JPPKK) telah berubah daripada kaedah pertemuan bersemuka kepada secara
dalam talian sepenuhnya. Berdasarkan Garis Panduan Pentaksiran dan Penilaian Jabatan
Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (27 Mac 2020), pelaksanaan secara bersemuka
di semua Politeknik & Kolej Komuniti ditamatkan mulai 18 Mac 2020. Penilaian
Berterusan (PB) yang belum dilengkapkan boleh menggunakan kaedah-kaedah
pembelajaran jarak jauh (remote) seperti penilaian melalui tugasan, perbincangan
berkumpulan secara online dan pembelajaran kendiri mengikut kesesuaian. Pendedahan
komponen amali boleh dilaksanakan melalui video, virtual simulation atau kaedah-
kaedah lain yang bersesuaian.

Menurut Rozita Talha (2020), impak daripada pandemic Covid-19 bukan sahaja
tertumpu kepada ekonomi negara malahan ia juga memberi kesan kepada aspek sosial
penduduk. Penduduk akan mengalami perubahan gaya hidup harian berbanding
kehidupan sebelumnya seperti pekerjaan yang boleh menjejaskan pendapatan dan
perbelanjaan, pendidikan, kesihatan, keselamatan, kebajikan, aktiviti keagamaan dan
hubungan sosial. Dalam sektor pendidikan, golongan yang terkesan adalah seperti murid
sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), guru dan pensyarah. Beberapa kelebihan
dan kelemahan telah disenaraikan. Antaranya seperti Jadual 1 dibawah:

22

Jadual 1: Kelebihan dan Kelemahan dalam Sektor Pendidikan

Kelebihan Kelemahan

Meningkatkan literasi komputer Bahan rujukan yang terhad

Sesi pembelajaran dirumah Kurang komunikasi lisan

Merapatkan hubungan murid atau pelajar Akses internet terhad

dengan ibu bapa

Meningkatkan kemahiran mengajar secara Pindaan sesi pengajian dan ujian

online

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, Newsletter (2020)

Kursus MPU 1222 Keusahawanan merupakan kursus teras bagi semua pelajar semester
3 program Sijil Servis Kenderaan Ringan yang ditawarkan di Kolej Komuniti Malaysia.
Kursus ini meliputi Topik 1 - Asas Keusahawanan, Topik 2 – Campuran Pemasaran,
Topik 3 – Business Pitching dan Topik 4 – Pengurusan Kos. Selain itu, hasil
pembelajaran yang diharapkan bagi kursus ini adalah pelajar dapat Menjelaskan konsep
asas keusahawanan, Mencadangkan idea perniagaan secara offline dan online dan
Menyediakan kos pelaksanaan projek dan pengiraan untung rugi perniagaan. Pelajar yang
mengikuti kursus ini akan dinilai secara teori dan amali. Keputusan Pencapaian gred
pelajar pula adalah berdasarkan gred yang diperolehi selepas sesuatu sesi pengajian tamat
merujuk kepada (Panduan Penulisan Item Pentaksiran Edisi 2013). Manakala Sistem
Gred yang digunapakai di Kolej Komuniti (Peraturan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian
Kolej Komuniti Edisi 5 2017) adalah seperti pada Rajah 1.

Rajah 1: Sistem Gred
Oleh itu, pencapaian gred pelajar adalah bergantung kepada penguasaan dan
pemahaman terhadap apa yang telah dipelajari daripada para pensyarah atau tenaga
pengajar mereka. Dengan perubahan kaedah atau format pentaksiran dan penilaian akibat
pelaksanaan PKP, pelbagai jangkaan yang bermain diminda pensyarah yang mengajar
sama ada dapat membantu pelajar menguasai ilmu yang disampaikan ataupun tidak.

23

Metodologi Kajian
Kajian yang dijalankan adalah secara kuantitatif iaitu dengan pengumpulan data
sekunder yang diperoleh daripada Unit Peperiksaan, Kolej Komuniti Bukit Beruang,
Melaka (KKBBM). Data tersebut merupakan markah Rekod Penilaian Keseluruhan bagi
Kursus MPU 1222 Keusahawanan bagi Program Sijil Servis Kenderaan Ringan semester
3 Sesi Jun 2019 dan Sesi Disember 2019. Data markah ini melibatkan seramai 37 orang
pelajar sesi Jun 2019 dan 15 orang sesi Disember 2019 dengan menggunakan kurikulum
dan tenaga pengajar yang sama. Rajah 2 menunjukkan carta alir proses kajian dijalankan.

Sampel A
(Kumpulan 1)

Rajah 2: Carta Alir proses kajian

Analisa Data Kajian
Dapatan kajian terbahagi kepada dua kumpulan iaitu sebelum pelaksanaan PKP
(Kumpulan 1) dan pencapaian pelajar semasa pelaksanaan PKP (Kumpulan 2). Jadual 2
dan 3 menunjukkan analisa bilangan pelajar mengikut pencapaian gred bagi kedua-dua
kumpulan pelajar tersebut.

Jadual 2 : Analisa Pencapaian Gred pelajar bagi Kursus MPU 1222 Keusahawanan
sebelum pelaksanaan PKP (Kumpulan 1)

Gred Status Nilai Mata Bilangan Pelajar Peratus Gred
(Kumpulan 1) (Kumpulan 1)
A+
A Sangat Cemerlang 4.00 8 21.6
A- Cemerlang 4.00 27 73.0
B+ Kepujian 3.67 2 5.4
B Kepujian 3.33 0
B- Kepujian 3.00 0 0
C+ Baik 2.67 0 0
C Baik 2.33 0 0
C- Baik 2.00 0 0
D+ 1.67 0 0
D Lulus Bersyarat 1.33 0 0
Lulus Bersyarat 1.00 0 0
Lulus Bersyarat 0

24

Jadual 2 di atas menunjukkan pencapaian gred yang diperolehi pelajar Kumpulan 1 bagi
kursus MPU 1222 Keusahawanan. Berdasarkan jadual tersebut, seramai 8 orang pelajar
memperoleh Gred A+ (21.9 %), 27 orang pelajar memperoleh Gred A (73%) dan 2 orang
pelajar memperoleh Gred A- (5.4%). Selain itu, jadual ini juga menunjukkan bahawa
tiada pelajar yang memperoleh gred di bawah A-.

Jadual 3: Analisa Pencapaian Gred pelajar bagi Kursus MPU 1222 Keusahawanan
semasa pelaksanaan PKP (Kumpulan 2)

Gred Status Nilai Mata Bilangan Pelajar Peratus Gred
(Kumpulan 2) (Kumpulan 2)
A+
A Sangat Cemerlang 4.00 0 0
A- Cemerlang 4.00 0 0
B+ Kepujian 3.67 0 0
B Kepujian 3.33 0 0
B- Kepujian 3.00 1 6.7
C+ Baik 2.67 5 33.3
C Baik 2.33 5 33.3
C- Baik 2.00 4 26.7
D+ 1.67 0 0
D Lulus Bersyarat 1.33 0 0
Lulus Bersyarat 1.00 0 0
Lulus Bersyarat

Jadual 3 pula menunjukkan pencapaian gred yang diperolehi pelajar Kumpulan 2.
Berdasarkan jadual tersebut seramai 1 orang pelajar memperoleh Gred B (6.7%), 5 orang
pelajar memperoleh Gred B- dan C+ (33.3%), dan 4 orang pelajar memperoleh Gred C
(26.7 %). Jadual tersebut juga menunjukkan tiada pelajar memperoleh gred B+ ke atas.
Keputusan ini menunjukkan penurunan pencapaian gred yang ketara kerana tiada pelajar
yang memperoleh status Sangat Cemerlang (A+) dan Cemerlang (A) berbanding
Kumpulan 1 yang kebanyakan pelajar memperoleh status Cemerlang.

Jadual 4: Analisa Perbandingan Pencapaian Gred Pelajar mengikut Kumpulan

Gred Status Nilai Bilangan Peratus Bilangan Peratus Peratus
Mata Pelajar Gred Pelajar Gred Peningkatan/
A+ Sangat Kumpula Kumpulan Kumpula Penurunan
Cemerlang Kumpulan
A Cemerlang n1 1 n2 2
A- Kepujian
B+ Kepujian 4.00 8 21.6 0 0 -21.6
B Kepujian
B- 4.00 27 73.0 0 0 -73.0
C+ Baik 3.67 2 5.4 0 0 -5.4
C Baik 3.33 0 0 0 00
C- Baik 3.00 0 0 1 6.7 +6.7
Lulus 2.67 0 0 5 33.3 +33.3
Bersyarat 2.33 0 0 5 33.3 +33.3
2.00 0 0 4 26.7 +26.7
1.67 0 0 0 00

25

D+ Lulus 1.33 0 00 0 0
Bersyarat 0 00 0 0
37
D Lulus 1.00 15
Bersyarat

Jumlah Keseluruhan
Pelajar

Rajah 3: Graf Perbezaan Peratus Pencapaian Status Penilaian Mengikut Kumpulan

Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 3 di atas, pencapaian gred pelajar Kumpulan 1 adalah
lebih baik berbanding Kumpulan 2. Keputusan ini menggambarkan bahawa terdapat
penurunan pencapaian pelajar akibat pelaksanaan PKP bagi kursus tersebut. Perbezaan
graf pada Rajah 2 menunjukkan peratus pencapaian terbaik pelajar Kumpulan 1 adalah
pada status Sangat Cemerlang iaitu sebanyak 21.6 %. Manakala pencapaian terbaik
Kumpulan 2 adalah pada status Kepujian iaitu sebanyak 6.7%.

Apabila pelaksanaan PKP, pertemuan bersemuka antara pelajar dan pensyarah
(norma biasa) adalah tidak dibenarkan. Segala bentuk pentaksiran dan penilaian adalah
secara maya. Antara bentuk penilaian yang perlu dilaksanakan adalah berbentuk kuiz,
ujian, tugasan dan amali. Faktor tidak bersemuka mungkin menyebabkan kurangnya
komitmen pelajar terhadap keperluan penilaian yang perlu dihantar kepada pensyarah
dan ini menyebabkan markah yang diperoleh rendah. Berbanding dengan norma biasa
pelajar mudah untuk bertemu dengan pensyarah dan akses secara talian yang memerlukan
kos dan kemahiran tidak diperlukan dalam penghantaran dokumen penilaian.

Perbincangan dan Cadangan
Secara umumnya, melalui kajian ini dijangka jika tempoh PKP ini diteruskan atau
berlanjutan, ianya akan memberi kesan penurunan terhadap prestasi pencapaian gred
pelajar. Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dilakukan terhadap kursus-kursus yang
lain bagi memperoleh perbezaan keseluruhan pencapaian para pelajar sebelum dan
semasa pelaksanaan PKP. Ianya juga adalah bagi memastikan kualiti pelaksanaan
pentaksiran dan penilaian terhadap pelajar melalui kaedah tidak bersemuka (maya) dapat
dilaksanakan dengan adil dan berkesan. Dicadangkan juga agar pihak institusi
mendedahkan atau memberi latihan secukupnya kepada para pelajar dan pensyarah
dalam menguasai pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian selaras dengan
keperluan pembelajaran abad ke 21. Ketidakselarasan gred pencapaian pelajar yang
berlaku ini juga mungkin disebabkan oleh faktor kemudahan teknologi pelajar itu sendiri.

26

Kesimpulan
Kesimpulannya, akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dapat
menjadi kayu pengukur terhadap tahap kesediaan atau kemampuan para pelajar dan
pensyarah dalam mengatasi kekangan-kekangan yang wujud dalam pembelajaran suasana
normal baharu. Diharapkan, pihak institusi akan mengambil langkah bersedia dalam
menangani isu seperti ini supaya prestasi pencapaian pelajar sentiasa konsisten dan ke
arah lebih baik.
Rujukan
Ehwan Ngadi (2020). COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian.

Diambil dari https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-
pengajaran-dan- pembelajaran-atas-talian/
Garis Panduan Pentaksiran dan Penilaian JPPKK (27 Mac 2020)
Kamus Dewan (2005). Edisi Ke-4. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Panduan
Penulisan Item Pentaksiran Kolej Komuniti (Edisi 2013)
Peraturan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Kolej Komuniti (Edisi 2017)
Rozita Talha (2020). Kajian Kes Impak Perintah Kawalan Pergerakan Kepada Penduduk
Malaysia. Diambil dari
https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DO
SM_BP PD_1-2020_Siri-17.pdf
Wikipedia (2020). Pandemik COVID-19 di Malaysia. Diambil dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19_di_Malaysia

27

SISTEM MAKLUMAT PELAJAR TANGGUH DAN BERHENTI (e-TB)

Mohd Hasrizam Hasan1, Shudiani Mohd Sukri2, Halimah Adnan3

Kolej Komuniti Cawangan Maran1, Kolej Komuniti Paya Besar2,3

Abstrak

Pihak pengurusan dan akademik Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB) perlu sentiasa bersedia
dalam menyediakan data dan maklumat berkaitan pelajar bagi memenuhi keperluan segala
pihak berkaitan. Capaian data pelajar tangguh dan berhenti secara keseluruhan agak sukar
diperolehi melalui sistem sedia ada. Bagi mendapatkan data yang diperlukan, pengguna perlu
membuka setiap satu kelas yang ada dan membuat pencarian secara satu persatu melalui kelas
yang aktif dan tamat. Kaedah ini mempunyai beberapa masalah yang sangat nyata seperti
kemungkinan data yang diperolehi kurang tepat, keciciran data dan penyediaan data yang
mengambil masa lama untuk dikumpulkan. Selain itu, banyak salinan surat makluman perlu
dibuat dan diedarkan kepada pihak pengurusan tertentu dan pensyarah kelas. Pensyarah kelas
juga perlu membuat salinan untuk edaran kepada pensyarah subjek. Kebiasaannya, edaran
tersebut lambat dibuat dan berlaku keciciran dokumen. Terdapat dua objektif utama sistem e-TB
ini dibangunkan iaitu untuk meningkatkan kualiti pengurusan dalam menguruskan data pelajar
tangguh dan berhenti dengan lebih efektif dan berkesan. Seterusnya, untuk menambah baik
kaedah edaran surat makluman secara atas talian secara lebih mudah dan cepat. Sistem e-TB
dibangunkan berasaskan web yang menggunakan pengaturcaraan PHP dan pangkalan data
MYSQL. Sistem e-TB menggunakan rangkaian intranet kolej dan mempunyai dua skop pengguna
iaitu pengurus tadbir sistem dan pengguna biasa. Sistem e-TB digunakan oleh pihak pengurusan
dan pensyarah di KKPB sahaja. Ini untuk memastikan keselamatan data di dalam sistem yang
dibangunkan lebih selamat. Pembangunan Sistem e-TB menggunakan kaedah Model Air Terjun.
Ini disebabkan oleh beberapa faktor berkaitan iaitu, saiz sistem e-TB lebih kecil, berisiko rendah
dan tidak kompleks. Selain itu, ‘platform’ dan perkakasan yang digunakan adalah perkakasan
sedia ada di KKPB seperti komputer dan sistem operasi ‘Windows’ semasa. Penggunaan Sistem
e-TB boleh digunakan secara lebih meluas di seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Kata Kunci: Kolej Komuniti, Pengurusan Sistem Maklumat Pelajar, Pengurusan kualiti

Pengenalan
Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB) merupakan salah satu Institusi Pendidikan Teknikal
dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sehubungan dengan itu, semua program yang ditawarkan di KKPB telah mendapat
pengiktirafan daripada Malaysia Qualification Association (MQA). KKPB juga turut
terlibat dalam melaksanakan sistem pengurusan kualiti di bawah pemantauan Institut
Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan memperolehi sijil MS-
ISO 9001:2015. Keperluan penyediaan maklumat pelajar secara terperinci amat
diperlukan untuk memastikan sistem pengurusan di kolej sentiasa mengikut piawaian
yang diperlukan dari semasa ke semasa. Salah satu keperluan data yang sering
diperlukan untuk memastikan piawaian dipenuhi adalah berkaitan dengan maklumat
pelajar tangguh dan berhenti mengikut sesi dan bilangan pelajar yang bergraduasi
mengikut tempoh yang ditetapkan. Namun demikian, sistem sedia ada iaitu e-Pelajar,
JPPKK hanya mempunyai fungsi carian data pelajar tangguh dan berhenti mengikut butir
peribadi pelajar secara individu dan bukan secara berkumpulan. Pensyarah perlu
membuat carian melalui kelas aktif dan kelas tamat pelajar ataupun melalui butir peribadi
pelajar tersebut. Proses ini memerlukan jangka masa yang lama dan teliti untuk

28

memastikan semua data pelajar yang berstatus tangguh dan berhenti dapat dikumpulkan.
Seterusnya, kaedah lain digunakan di KKPB sebelum ini adalah melalui kaedah manual
merujuk kepada borang permohonan tangguh dan berhenti pelajar.

Metodologi pembangunan Sistem e-TB adalah berasaskan kepada sistem kitar
hayat pembangunan (Sistem Development Cycle) (Rajah 1). Sistem kitar hayat
pembangunan adalah pendekatan fasa untuk menganalisis dan menekankan sistem
kepada pembangunan yang terbaik menerusi penggunaan kitaran terperinci analisis dan
aktiviti pengguna. Sistem e-TB juga menggunakan kaedah Model Air Terjun. Model Air
Terjun yang digunakan adalah bersesuaian dengan sistem e-TB (Rajah 2). Ini disebabkan
oleh beberapa faktor berkaitan iaitu, saiz sistem e-TB lebih kecil, berisiko rendah dan
tidak kompleks. Selain itu, ‘platform’ dan perkakasan yang akan digunakan adalah
perkakasan sedia ada di KKPB seperti komputer dan sistem operasi ‘Windows’ semasa.

1. Mengenalpasti kekangan peluang
dan objektif

2. Menentukan keperluan
maklumat

7. Melaksana dan 3. Menganalisis Keperluan
menilai sistem Sistem

6. Menguji dan 4. Merekabentuk sistem yang
menyelanggara sistem Dicadangkan.

5. Membangunkan dan
mendokumenkan perisian

Rajah 1: Sistem Kitar Hayat Pembangunan

29

MASALAH

KEPERLUAN DAN
ANALISIS

REKABENTUK SISTEM

PEMBANGUNAN SISTEM
(Prototaip)

PENGUJIAN & IMPLEMENTASI

OPERASI DAN
PENYELENGGARAAN

Rajah 2: Model Air Terjun

Pernyataan Masalah

Projek inovasi penghasilan e-TB ini bermula dengan permasalahan pengurusan data
pelajar berhenti dan tangguh di Kolej Komuniti Paya Besar. Antara masalah yang
dihadapi oleh pihak pengurusan dan akademik KKPB adalah dalam menguruskan data
pelajar tangguh dan berhenti mengikut sesi secara lebih cepat, tepat dan efisien bagi
keperluan unit pengambilan dan unit peperiksaan, menyediakan data pelajar tamat dan
bergraduasi mengikut tempoh untuk keperluan MQA, data pelajar tangguh dan berhenti
mengikut tahun untuk keperluan Polytechnic and Community College Performance
Sistem (PERSIST). Selain itu, keperluan kerja pegawai pengambilan untuk membuat
surat panggilan melapor diri dengan mudah juga diperlukan di dalam sistem e-TB dan
keperluan mencetak surat kelulusan permohonan bagi pelajar yang berstatus tangguh dan
berhenti bagi tujuan edaran secara mudah capai juga diperlukan oleh pensyarah dan
pihak pengurusan di KKPB. Sistem Maklumat Pelajar Tangguh dan Berhenti (e-TB)
adalah sebagai salah satu alternatif kepada sistem sedia ada yang lebih menjurus kepada
pengurusan pelajar tangguh dan berhenti di KKPB. Jadual 1 menunjukkan perbandingan
sebelum dan selepas sistem e-TB dibangunkan dan diimplementasikan di KKPB.

Jadual 1: Perbandingan Sebelum dan Selepas Sistem e-TB

BIL SEBELUM SELEPAS

1 Pengurusan rekod data pelajar tangguh Pengurusan rekod data pelajar
dan berhenti perlu dibuat secara manual tangguh dan berhenti lebih cepat,
efisien dan sistematik

2 Sukar untuk menyediakan data pelajar Data pelajar tamat dan bergraduasi
tamat dan bergraduasi mengikut tempoh mengikut tempoh mudah disediakan
dan lebih efektif

3 Surat makluman tangguh dan berhenti Janaan surat makluman tangguh dan
dibuat secara manual berhenti adalah secara automatik

Surat panggilan mendaftar pelajar Surat panggilan mendaftar pelajar

4 tangguh dibuat secara manual. Risiko tangguh dijana secara automatik dan

keciciran tinggi tiada keciciran data

5 Edaran surat makluman dibuat secara Surat makluman boleh diakses dan
manual dicetak secara atas talian

30

Laporan keseluruhan pelajar tangguh dan Laporan keseluruhan pelajar

6 berhenti mengikut sesi dan tahun dibuat tangguh dan berhenti mengikut sesi

secara manual dan tahun dijana secara automatik

7 Carian data pelajar tangguh dan berhenti Carian data pelajar tangguh dan
perlu dibuat satu persatu dalam kelas di berhenti lebih mudah dan cepat
sistem epelajar menggunakan enjin carian sistem e-
TB

Objektif Inovasi
Terdapat tiga objektif utama sistem e-TB ini dibangunkan iaitu:

1. Meningkatkan kualiti pengurusan dan proses kerja pegawai pengambilan dalam
menguruskan data pelajar tangguh dan berhenti dengan lebih efektif dan
berkesan.

2. Memudahkan pengurusan data graduan tamat dalam tempoh mengikut tahun.
3. Menambah baik kaedah edaran surat makluman secara atas talian supaya lebih

mudah dan cepat.

Ciri-Ciri Inovasi
Satu kajian Keperluan sistem e-TB telah dijalankan bagi mengenal pasti ciri-ciri dan
rekabentuk sistem. Sistem e-Tb yang dibangunkan adalah hasil analisis daripada kajian
keperluan sistem e-TB. Terdapat tiga (3) ciri-ciri utama dalam pembangunan Sistem e-
TB iaitu merangkumi aspek penggunaan dan keperluan peralatan, platform dan kaedah
capaian sistem serta skop pengguna sistem.

a) Penggunaan dan keperluan peralatan
sistem e-TB dibangunkan menggunakan perkakasan komputer yang sedia ada di
Kolej Komuniti Paya Besar. Perisian yang terlibat dalam pembangunan sistem e-
TB juga menggunakan perisian umum yang boleh digunakan secara percuma
iaitu perisian pengaturcaraan ‘xamp.exe’ dan ‘Windows’.

b) Platform, Capaian Sistem dan pangkalan data
Sistem e-TB yang dibangunkan adalah mesra pengguna berasaskan web yang
menggunakan pengaturcaraan PHP dan pangkalan data MYSQL. Sistem e-TB
menggunakan rangkaian intranet dalaman kolej. Sistem e-TB boleh digunakan
oleh pihak pengurusan dan pensyarah di KKPB sahaja. Ini untuk memastikan
keselamatan data di dalam sistem yang dibangunkan lebih selamat. Sistem yang
akan dibangunkan juga dapat memudahkan kerja pengurusan data pelajar tangguh
dan berhenti dengan lebih cepat dan tepat. Ini adalah untuk menggantikan kaedah
sedia ada yang perlu mencari maklumat secara manual. Pihak organisasi yang
masih menyimpan data secara manual akan menimbulkan pelbagai masalah
dalam pengurusan operasi.

c) Pengguna sistem.
Terdapat tiga (3) kategori pengguna bagi sistem e-TB iaitu pembangun sistem,
pentadbir sistem dan pengguna biasa.
i. Pembangun sistem.
Pembangun sistem bertanggungjawab dalam memastikan pangkalan data sistem
sentiasa berada dalam keadaan baik dan setiap fungsi yang ada dalam sistem
berjalan dengan baik. Selain itu, pembangun sistem juga bertanggungjawab
untuk membuat pengaturcaraan bagi setiap fungsi yang dicadangkan dalam
sistem dari masa ke semasa.

31

ii. Pentadbir sistem.
Pentadbir sistem akan menguruskan rekod data yang keluar dan masuk dalam
sistem. Fungsi yang dibenarkan adalah seperti buang, ubah dan tambah rekod
dan janaan laporan. Tugas pentadbir sistem diberikan kepada Pegawai
Pengambilan pelajar.

iii. Pengguna biasa
Pengguna terakhir adalah pengguna yang terdiri daripada pensyarah dan pihak
pengurusan. Fungsi yang dibenarkan adalah seperti paparan data pelajar tangguh
dan berhenti, fungsi carian mengikut sesi, tahun dan butir peribadi pelajar dan
fungsi muat turun serta cetakan surat.

Cara Operasi
Terdapat beberapa proses yang terlibat dalam merekodkan dan menguruskan data pelajar
tangguh dan berhenti melalui sistem e-TB yang dibangunkan.

a) Proses ‘import’ data pelajar baharu ke pangkalan data sistem e-TB.
Salah satu kelebihan utama dalam pembangunan sistem e-TB adalah dalam
proses ‘import’ data pelajar baharu ke dalam pangkalan data sistem secara
menyeluruh tanpa memerlukan pengguna untuk merekodkan satu persatu data
pelajar. Senarai data pelajar yang di muat turun daripada CCMS atau ePelajar
dalam bentuk format excel boleh di ‘import’ secara langsung ke pangkalan data
sistem e-TB.

b) Proses merekodkan permohonan pelajar tangguh dan berhenti.
Pelajar perlu mengisi borang permohonan tangguh atau berhenti yang
dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
(JPPKK) dan mendapat kelulusan. Seterusnya, borang tersebut akan dihantar
kepada pegawai pengambilan untuk tujuan rekod. Pegawai pengambilan hanya
perlu membuat carian nama pelajar dalam rekod kelas dalam sistem e-TB dan
menukarkan status pelajar tersebut kepada tangguh atau berhenti mengikut
permohonan semasa. Maklumat sesi penangguhan dan sesi mendaftar semula
akan direkodkan.

c) Proses menukarkan status pelajar tangguh kepada berhenti mengikut
permohonan.
Bagi pelajar yang mempunyai status tangguh dan ingin membuat permohonan
berhenti, pelajar perlu menghantar borang berhenti dan rekod pelajar tersebut
boleh ditukarkan terus di dalam sistem e-TB. Bagi pelajar yang mempunyai
rekod berhenti, data bagi pelajar tersebut akan ditarik keluar terus dari senarai
kelas pelajar aktif. Status bilangan semasa pelajar aktif dapat disemak terus oleh
pensyarah bagi keperluan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP).

d) Proses janaan surat makluman kelulusan permohonan dan cetakan mengikut
keperluan.
Selepas proses menukarkan status semasa pelajar kepada tangguh atau berhenti,
surat makluman kelulusan permohonan akan dijana secara langsung dan
dipaparkan di sebelah rekod nama pelajar untuk capaian ‘online’. Surat tersebut
juga boleh dicetak keluar mengikut keperluan.

e) Proses carian rekod pelajar tangguh dan berhenti mengikut sesi, tahun dan butir
peribadi pelajar.

32

Pihak pengurusan dan pensyarah yang memerlukan rekod pelajar tangguh dan
berhenti boleh mengakses sistem e-TB. Fungsi carian disediakan dan rekod boleh
dicapai mengikut sesi, tahun dan butir peribadi pelajar dengan mudah.

f) Janaan laporan pelajar tangguh dan berhenti mengikut keperluan pihak
pengurusan.
Laporan secara keseluruhan mengikut tahun, sesi mahupun program pelajar boleh
dijana terus dari sistem e-TB. Laporan boleh dicetak keluar bagi tujuan
pembentangan dalam mesyuarat yang berkaitan dan bagi tujuan kajian semula
pengurusan. Laporan ini penting untuk memastikan bilangan pelajar tamat
pengajian mengikut tempoh tercapai. Seterusnya, membantu meningkatkan
keberkesanan pendekatan aktiviti yang dijalankan oleh unit pembangunan pelajar
kepada pelajar.

g) Proses janaan surat panggilan semula mendaftar bagi pelajar tangguh
Setiap kali sesi baru pelajar bermula, semua pelajar yang mempunyai rekod
tangguh perlu dipanggil semula untuk mendaftar. Setiap rekod pelajar tangguh
mempunyai butang pilihan untuk menjana surat panggilan semula mendaftar
secara langsung dari sistem e-TB. Surat panggilan tersebut boleh dicetak terus
dan masalah keciciran surat panggilan pelajar tangguh dapat dielakkan.

Impak Inovasi
Hasil pembangunan dan implimentasi sistem e-TB dapat memberi impak yang sangat
baik dan berkesan dalam pengurusan data pelajar tangguh dan berhenti di Kolej
Komuniti Paya Besar. Kelebihan dan kebaikan inovasi

i. Penambahbaikan dalam pengurusan (CQI) dapat dibuat setiap tahun berdasarkan
janaan laporan tangguh dan berhenti.

ii. Aktiviti Unit Pengambilan Pelajar lebih mantap dan berkesan seiring dengan
keperluan semasa pelajar.

iii. Pengurusan penyimpanan rekod dan data pelajar tangguh /berhenti lebih mudah
dicapai dan sistematik

iv. Hubungan komunikasi di antara pensyarah dan pelajar meningkat
v. Data graduan tamat dalam tempoh dapat disediakan setiap tahun dengan lebih

efektif dan cepat.
vi. Pengurangan kos perbelanjaan pembelian kertas dan cetakan di KKPB

Kesimpulan
Sistem e-TB dibangunkan adalah bagi meningkatkan sistem Pengurusan dan pentadbiran
di KKPB. Kajian Keperluan dijalankan bagi mendapatkan maklum balas daripada semua
kakitangan di KKPB. Hasil dapatan dan analisis yang diperolehi akhirnya Sistem e-TB
berjaya dibangunkan dan digunakan oleh pihak pengurusan dan akademik di KKPB.
Terdapat beberapa cadangan dan penambahbaikan hasil daripada pengujian dan
implementasi sistem e-TB di KKPB. Antaranya adalah penambahan fungsi untuk status
pelajar yang bertukar program dan kolej serta Sistem e-TB digabungkan bersama sistem
CCMS di JPPKK. Diharap Penggunaan Sistem e-TB boleh digunakan secara lebih
meluas dan memberi manfaat di seluruh Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan di
Malaysia.

33

PENGGUNAAN KOD RESPONS PANTAS (KOD QR) BAGI AKTIVITI
PROMOSI PENGAMBILAN PELAJAR

Noor Suhaina Abd Azis, Mohd Khairol Nizam Mohd Anuar, Mohd Iskandar Mohd
Yatim

Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka

Abstrak

Kod QR adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi
yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan
pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod
bar UPC biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini
terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih.
Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.
Proses pengambilan pelajar sepenuh di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) dibuat
dua kali setahun iaitu pada ambilan Julai dan Disember. Aktiviti-aktiviti promosi pula
dijalankan pada sepanjang tahun mengikut pada tarikh yang dirancang di dalam takwim
akademik KKBBM dan berdasarkan jemputan dari pihak luar sekitar negeri Melaka. Ambilan
perdana ke KKBBM lazimnya berlaku pada ambilan Jun iaitu selaras dengan penawaran oleh
UPU. Sebelum ambilan perdana ini berlangsung, para pensyarah dan staf akan ditugaskan
untuk mengadakan promosi ke sekolah-sekolah sekitar negeri Melaka apabila keputusan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Sambutan yang amat menggalakkan
pada waktu ini seringkali menyukarkan proses pengisian permohonan pelajar baharu kerana
faktor kesuntukan masa dan kekangan bilangan borang permohonan yang dibawa ke aktiviti
promosi ini. Justeru, Unit Pembangunan Pelajar KKBBM telah mengambil inisiatif dengan
membangunkan sistem rekod pengumpulan data dengan menggunakan Kod QR selaras dengan
pernyataan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) yang menggalakkan penjimatan
kos dan masa.

Kata Kunci: Kod QR, Pengambilan Pelajar, PKPA

Pengenalan

Aktiviti promosi yang kerap diadakan dalam setahun seringkali menyukarkan pihak
pengurusan dan staf KKBBM untuk merekod data permohonan pelajar baharu. Kaedah
konvensional yang digunakan iaitu pengisian borang permohonan secara manual
memakan masa yang agak lama selain menggunakan kos yang tinggi. Selain itu,
keciciran borang permohonan yang telah diisi oleh calon pelajar juga telah memberi
kesan kepada norma ambilan pelajar. Justeru, penggunaan Kod QR dalam permohonan
kemasukan ke KKBBM amatlah membantu mengatasi masalah-masalah ini. Fokus
kajian adalah kepada pegawai dan staf Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka yang telah
mengikuti aktiviti promosi kemasukan sempena pengumuman keputusan SPM 2018 di
sekolah sekitar negeri Melaka.

34

Rajah 1: Kelebihan Menggunakan Kod QR

Kajian Literatur
Proses pengambilan pelajar sepenuh masa di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka
dibuat dua kali setahun iaitu pada ambilan Jun dan Disember. Aktiviti-aktiviti promosi
pula dijalankan pada sepanjang tahun mengikut pada tarikh yang dirancang di dalam
takwim akademik KKBBM dan berdasarkan jemputan dari pihak luar sekitar negeri
Melaka. Ambilan perdana ke KKBBM lazimnya berlaku pada ambilan Jun iaitu selaras
dengan penawaran oleh UPU. Sebelum ambilan perdana ini berlangsung, para pensyarah
dan staf akan ditugaskan untuk mengadakan promosi ke sekolah-sekolah sekitar negeri
Melaka apabila keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.
Sambutan yang amat menggalakkan pada waktu ini seringkali menyukarkan proses
pengisian permohonan pelajar baharu kerana faktor kesuntukan masa dan kekangan
bilangan borang permohonan yang dibawa ke aktiviti promosi ini. Justeru, Unit
Pembangunan Pelajar KKBBM telah mengambil inisiatif dengan membangunkan sistem
rekod pengumpulan data dengan menggunakan Kod QR selaras dengan pernyataan
Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) yang menggalakkan penjimatan kos
dan masa

Penggunaan Kod QR dibangunkan bertujuan untuk melihat manfaat yang boleh
didapati ketika aktiviti promosi kemasukan dan seterusnya memudahkan pengumpulan
data permohonan kemasukan pelajar baharu ke Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka.
Kod QR merupakan singkatan daripada perkataan Quick Response Code kerana dapat
menterjemah isi kandungan Kod QR dengan cepat. Fungsi utama Kod QR ialah
mengubah data bertulis ke dalam bentuk kod dua dimensi yang kecil dan ringkas.
Perkembangan teknologi pintar ketika ini menggalakkan lagi penggunaan Kod QR dalam
pelbagai bidang termasuk dalam bidang pendidikan. Kamera telefon pintar dapat
digunakam untuk membaca isi kandungan Kod QR menerusi aplikasi Kod QR Reader,
Rouillard, (2008),

Penggunaan Kod QR juga boleh menghasilkan pelbagai statistik dan laporan
berdasarkan maklumat yang telah direkod atau tersimpan di dalam sistem ini. Tambahan
pula, sistem ini dibangunkan untuk menggantikan cara manual untuk menyimpan data
permohonan kemasukan pelajar dan menambahbaik kaedah permohonan kemasukan
pelajar yang sedia ada. Dengan perkembangan pesat teknologi maklumat pada masa ini,
penggunaan komputer semakin meluas, begitu juga dengan telefon bimbit yang semakin
hari semakin canggih dilengkapi dengan warna, resolusi yang tinggi, akses tanpa wayar
dan pemprosesan berkelajuan tinggi. Teknologi ini dapat memberikan motivasi kepada
calon dan digunakan pada bila-bila masa dan keadaan. Antara kelebihan teknologi ini
adalah fleksibel, murah, saiz yang kecil dan mesra pengguna.

35

Menurut Massis, (2011), [2], aspek praktikal yang terdapat pada aplikasi Kod QR
adalah aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma ke dalam mobile device. Pengguna
hanya perlu mencari kata kunci seperti Kod QR Reader dan pelbagai pilihan aplikasi
pengimbas boleh di muat turun oleh pengguna. Pengguna hanya perlu menekan butang
aplikasi pada skrin peranti pintar dan mengimbas Kod QR yang boleh didapati secara
percuma.

Kaedah Penyelidikan
Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini bagi mengenal pasti tahap
pemahaman dan penerimaan penggunaan Kod QR ketika aktiviti promosi kemasukan ke
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. Kaedah pengumpulan data yang digunakan
untuk kajian ini adalah kaedah soal selidik kerana menurut Sabitha Marican, (2005), [3],
penggunaan soal selidik adalah lebih berkesan dan juga praktikal kerana penggunaannya
dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran maklumbalas yang diberikan sampel. Ini
adalah disebabkan ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Populasi kajian
melibatkan 40 orang pegawai dan staf yang terlibat dalam aktiviti promosi kemasukan ke
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka sempena pengumuman keputusan SPM 2018 di
sekolah sekitar negeri Melaka. Saiz sampel yang dipilih bagi mewakili populasi adalah
seramai 37 orang responden sebagaimana yang dicadangkan dalam Jadual Krecie dan
Morgan (1970), [4]. Soal selidik yang digunakan untuk kajian ini telah diadaptasi
daripada soalan kajian yang dibangunkan oleh Mohammad Hafiz Zaini dan Saedah Siraj
(2016). Soal selidik terdiri daripada 15 soalan dengan darjah persetujuan. Di samping itu
juga, soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan daripada responden dan
ia lebih mudah untuk dianalisis. Borang soal selidik ini menggunakan skala Likert 5
mata. Ketepatan kajian ini bergantung kepada keterbukaan responden dalam memberikan
jawapan mereka secara ikhlas dan jujur tanpa sebarang prejudis.

Bagi menguji kebolehpercayaan dan kesahahan soal selidik yang dibina,
sebanyak 15 borang soal selidik diedarkan sebelum kajian kepada 15 orang pegawai
yang telah mengikuti aktiviti promosi sebelumnya untuk memastikan item soalan yang
dibangunkan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi atau sebaliknya.
Seterusnya ujian Alpha Cronbach telah dijalankan dengan menggunakan perisian
Statistic Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0 Menurut Ghozali (2011),
[6], nilai alpha yang melebihi nilai 0.70 menunjukkan soal selidik sesuai digunakan
sebagai instrumen kajian.

Interpretasi Tahap
Bagi mengukur tahap kompetensi bagi konstruk kelebihan dan kefahaman penggunaan
Kod QR, analisis deskripsi dilakukan dengan merujuk jadual skor min dan interpretasi
tahap yang dicadangkan oleh Kamarulzaman (2009).

Dapatan dan Perbincangan
i. Demografi Responden
Rajah menunjukkan peratus demografi responden. Secara keseluruhannya, seramai 37
orang responden telah telibat dalam kajian ini. Berikut adalah pecahan responden yang
menggunakan Kod QR.

36

Rajah 2: Demografi Responden

ii. Manfaat Penggunaan Kod QR
Menerusi dapatan kajian dan analisa yang telah dibuat, didapati bahawa responden
memberi maklumbalas yang positif terhadap manfaat penggunaan Kod QR ketika aktiviti
promosi dilakukan dengan kecenderungan tinggi iaitu purata min 4.5367. Item d)
Aktiviti promosi lebih menjimatkan kos berbanding penggunaan borang
manual/konvensional mempunyai nilai skor min paling tinggi iaitu 4.6212, selaras
dengan pernyataan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) yang
menggalakkan penjimatan kos dan masa. Manakala item g) Penggunaan pengimbas Kod
QR adalah mengujakan menunjukkan nilai skor min paling rendah iaitu 4.4054.
Penggunaan Kod QR menjamin data yang diperolehi berbanding penggunaan kaedah
konvensional. Ini kerana data yang diperolehi disimpan secara elektronik dapat
mengelakkan berlakunya kehilangan data seperti keciciran. Hal ini disokong dengan item
f apabila memperoleh skor min yang sangat tinggi iaitu 4.5135.

Rajah 3: Kelebihan Penggunaan Kod QR

37

Kesimpulan
Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa penggunaan Kod QR
ketika aktiviti kemasukan ke Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka memberi manfaat
yang tinggi kepada pegawai dan staf yang terlibat. Kajian ini memberi petunjuk bahawa
penggunaan Kod QR juga memudahkan aktiviti promosi selain meminimakan
penggunaan peralatan promosi konvensional yang melibatkan penggunaan kertas yang
banyak. Penggunaan Kod QR juga adalah mesra pengguna dan mudah untuk difahami
dan digunakan oleh pegawai dan staf.Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan agar
penggunaan Kod QR ketika aktiviti promosi perlu diteruskan kerana ianya memberi
manfaat kepada pegawai dan staf Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. Namun begitu,
kajian ini lebih tertumpu kepada maklumbalas penggunaan Kod QR. Bagi membuktikan
bahawa ianya memberi kesan yang optimum, kajian perbandingan keberkesanan kaedah
konvensional dan penggunaan Kod QR perlu dilaksanakan untuk membuktikan
maklumbalas positif.

Rujukan
B. E. Massis. (2011). QR Codes in the Library. 112. (9/10), 466-469.
Ghozali. (2011). Aplikasi Analisis Multivariate dengan Program SPSS.
J. Rouillard. (2008). Contextual QR codes. (pp. 50-55).
K. Moidunny. (2009). Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan

Kebangsaan (NPQH). Tesis Doktor Falsafah.
Kerajaan Malaysia. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 1999.

Dimuat turun pada 30 Januari 2020 daripada
https://www.mampu.gov.my/ms/pekeliling/category/58-1999
M. H. Zaini, S. Siraj. JuKu UM. (2016). Kebolehlaksanaan Penggunaan Kod Quick
Response Terhadap Pembelajaran Herba Kesihatan Dalam Kalangan Pelajar
Institut Pengajian Tinggi Di Malaysia. 4 No 2, 20-30.
R. V. Krejcie, D. W. Morgan. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
30, 607-610.

38

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MEMILIH PROGRAM
PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN DI KOLEJ KOMUNITI
TAMBUNAN, SABAH

Donna Tampasok, Safary Samat, Aminah Faheeza Bashier Ahmad

Kolej Komuniti Tambunan, Sabah

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih
program pelancongan dan pengembaraan di Kolej Komuniti Tambunan, Sabah. Faktor-faktor
yang diketengahkan adalah dari segi minat, promosi, pengaruh ibubapa, pengaruh rakan sebaya
dan kerjaya. Kajian ini melibatkan 80 orang pelajar ambilan Mac 2016, ambilan November
2015 dan ambilan Julai 2015 yang mengikuti program pelancongan dan pengembaraan pada
peringkat Sijil Kolej Komuniti di Kolej Komuniti Tambunan iaitu Sijil Pelancongan dan
Pengembaraan. Secara umumnya kajian ini dijalankan kepada remaja berusia 18 hingga 25
tahun yang kebanyakan berbangsa Dusun dan berasal daripada 12 daerah yang terdapat di
Sabah seperti daerah Tambunan, daerah Keningau, daerah Ranau, daerah Nabawan, daerah
Penampang, daerah Tenom, daerah Penampang, daerah Kota Kinabalu, daerah Tuaran, daerah
Kudat, daerah Kota Maudu,daerah Kota Belud. Data mentah dikutip menggunakan borang soal
selidik yang diedarkan kepada responden dan kemudian dianalisis secara deskriptif. Pada
keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan responden memberikan reaksi yang positif
terhadap aspek-aspek yang dikaji. Hasil kajian mendapati faktor minat melancong dan
mengembara merupakan faktor paling tinggi yang mendorong pelajar memilih program
pelancongan dan pengembaraan diikuti oleh faktor lain seperti faktor kerjaya, pengaruh
ibubapa, promosi dan pengaruh rakan sebaya.

Kata kunci: faktor,mendorong,program pelancongan dan pengembaraan

Pengenalan
Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi merupakan institusi yang menyediakan
keperluan latihan dan kemahiran serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan
menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat
yang lebih tinggi. Setakat Mei 2016 Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti melaporkan
terdapat 94 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh Malaysia yang mana 9
daripada 94 buah kolej komuniti beroperasi di Sabah. Hanya 13 buah kolej komuniti di
seluruh Malaysia yang menawarkan program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan dan 3
daripadanya terletak di Sabah iaitu Kolej Komuniti Semporna, Kolej Komuniti Sandakan
dan Kolej Komuniti Tambunan. Sukatan Kurikulum bagi program Sijil Pelancongan dan
Pengembaraan ini adalah 70 peratus berasaskan penilaian berterusan amali dan 30
peratus berasaskan penilaian teori. Tempoh pengajian adalah selama 16 bulan
dibahagikan kepada 4 semester bersamaan 1 semester 4 bulan. Pemilihan program untuk
melanjutkan pelajaran merupakan satu keputusan yang besar kerana ia memberikan
impak jangka masa panjang kepada pelajar.

Menurut Nadzri Mohammad dan Abu Osman Md. Tap (2002) di dalam Nurzatil
et. al (2015), proses membuat pemilihan tempat dan kursus pengajian juga menjadi
semakin sukar kerana semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) ini menawarkan pelbagai
pilihan program berkualiti dan berdaya saing yang bertujuan menarik perhatian pelajar.
Pemilihan institut pengajian tinggi juga amat berkait rapat dengan kursus yang akan
diikuti oleh pelajar bagi mencapai cita-cita mereka. Ia perlu kepada persediaan dan
perancangan rapi terutama dalam mendapatkan maklumat berkenaan bidang kerjaya

39

yang boleh diceburi selepas tamat pengajian. Ketepatan pemilihan kursus pengajian
berkait rapat dengan maklumat yang diperolehi oleh seseorang tentang sesuatu kerjaya.

Industri pelancongan yang semakin berkembang pesat juga menjadi faktor
pemilihan kursus ini. Kewujudan tarikan pelancongan yang bertaraf antarabangsa,
membuka peluang pekerjaan, sekaligus menyumbang kepada permintaan dalam
pelancongan.

Latar Belakang Masalah
Dewasa ini, pasaran tenaga kerja di Malaysia mengalami kekurangan dari tenaga kerja
mahir di peringkat sijil kemahiran. Salah satu kemahiran yang mendapat tempat di
kalangan pelajar masa kini adalah sijil kemahiran dalam bidang pelancongan dan
pengembaraan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong pelajar memilih program pelancongan dan pengembaraan di Kolej Komuniti
Tambunan sekaligus membantu pihak pengurusan dan pengambilan Kolej Komuniti
Tambunan khususnya dan am kepada semua Kolej Komuniti yang terdapat di Malaysia
dalam memperkasakan ambilan pelajar setiap semester.

Sebagai contoh Mohd Rizal dan Rusli Radzi (2008) telah menyenaraikan
beberapa faktor pemilihan kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya di
Institut Kemahiran Belia Negara, Peretak. Antara faktor berikut ialah faktor minat pelajar
terhadap pemilihan kursus hospitaliti, peranan ibu bapa, peranan rakan sebaya untuk
menceburi kursus hospitaliti dan samada kelayakan akademik mendorong pelajar dalam
memilih kursus hospitaliti. Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011) telah
menyenaraikan faktor -faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus rekaan dan jahitan
di daerah Muar, Johor dan antara faktor berikut ialah pengaruh minat pelajar, pengaruh
kemudahan bengkel, pengaruh kerjaya serta pengaruh sikap pelajar dalam memilih
kursus rekaan dan jahitan pakaian.

Nurdzifazura Binti Dziyauddin dan Emyzatul Najlaa’ Binti Roslin (2015) yang
menyatakan faktor minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan faktor kerjaya
telah mendorong responden dalam pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti
Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Objektif Kajian
Objektif kajian yang hendak dicapai adalah:

i. Mengenal pasti sama ada faktor minat mendorong pelajar memilih program
pelancongan dan pengembaraan di Kolej Komuniti Tambunan.

ii. Mengenal pasti sama ada faktor pengaruh ibubapa mendorong pelajar memilih
program pelancongan dan pengembaraan di Kolej Komuniti Tambunan.

iii. Mengenal pasti sama ada faktor pengaruh rakan sebaya mendorong pelajar
memilih program pelancongan dan pengembaraan di Kolej Komuniti
Tambunan.

iv. Mengenal pasti sama ada faktor promosi mendorong pelajar memilih program
pelancongan dan pengembaraan di Kolej Komuniti Tambunan.

v. Mengenal pasti sama ada faktor kerjaya mendorong pelajar memilih program
pelancongan dan pengembaraan di Kolej Komuniti Tambunan.

40

Metodologi Kajian
Kajian ini bersifat kajian tindakan dan seramai 80 orang pelajar Kolej Komuniti
Tambunan telah mendaftar bagi ambilan Mac 2016, ambilan November 2015 dan
ambilan Julai 2015 dan sebanyak 80 borang selidik telah diedarkan dan maklum balas
yang diterima adalah sebanyak 80 responden. Menurut Syed Arabi (1992) penggunaan
soal selidik adalah lebih praktikal, berkesan dan menjimatkan masa. Kaedah ini sesuai
digunakan kerana ianya lebih realistik dan jawapan yang berikan lebih mudah diproses
dan dianalisis. Borang soal selidik bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
bahagian pertama berdasarkan demografi responden yang berkaitan dengan jantina, umur
dan bangsa. Manakala bahagian kedua pula melibatkan faktor-faktor pemilihan program
pelancongan dan pengembaraan seperti faktor minat, pengaruh ibubapa, pengaruh rakan
sebaya, promosi dan kerjaya.

Analisis Dapatan
i. Bahagian A – Data demografi

Hasil dapatan melalui borang soal selidik yang telah dijalankan kepada 80 orang
responden yang terdiri daripada pelajar ambilan Mac 2016, ambilan November 2015 dan
ambilan Julai 2015 di Kolej Komuniti Tambunan. Analisisi demografi mendapati
perempuan lebih ramai mengambil program pelancongan daripada lelaki dan majoriti
pelajar berumur dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun serta bangsa majoriti adalah
bangsa Dusun.

Jadual 1 : Data Demografi

JANTINA : LELAKI 28 (35%)
UMUR : PEREMPUAN 52 (65%)
BANGSA
: 18 - 20 TAHUN 57 (71.25 %)
: 21 - 25 TAHUN 23 (28.75%)
: 26 TAHUN KE ATAS 0 (0 %)
: KADAZAN 7 (8.75 %)
: DUSUN 51 (63.75%)
: MURUT 4 (5 %)
: RUNGUS 3 (3.75%)
: BAJAU 1 (1.25 %)
: BANJAR 3 (3.75%)
: KEDAYAN 1 (1.25 %)
: SINO-DUSUN 5 (6.25%)

: JAWA 1 (1.25 %)

: KADAZAN DUSUN 1 (1.25 %)
: SUNGAI 1 (1.25 %)
: BRUNEI 1 (1.25 %)

41


Click to View FlipBook Version