Jadual 1: Interpretasi Tahap Julat Min
Julat Tahap Kecenderungan
1.00 – 2.40 Rendah
2.41 – 3.80
3.81 – 5.00 Sederhana
Tinggi
Bahagian A: Maklumat Responden
Responden adalah seramai 32 orang dengan 50% responden adalah dari kategori
pensyarah/pegawai. Manakala sebanyak 9.4% adalah dari kategori kakitangan sokongan
dan pelajar kolej adalah sebanyak 40.6%. Responden diminta menjawab sebanyak 13
item berkaitan isi kandungan, antara muka aplikasi dan tahap kepenggunaan serta
keberkesanan aplikasi menggunakan Skala Likert.
Bahagian B: Isi Kandungan Dan Antara Muka Aplikasi
Jadual 2: Item-Item Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Pembangunan Aplikasi Ini
Item Pembangunan Aplikasi Min Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju
1 Maklumat dalam aplikasi ini 4.53 0.0% 2.6% 10.4% 54.5% 32.5%
lengkap, tepat dan terkini
2 Susun atur menu di dalam aplikasi 4.50 0.0% 0.0% 9.4% 31.3% 59.4%
ini teratur dan senang difahami
3 Reka bentuk dan paparan skrin 4.34 0.0% 3.1% 9.4% 37.5% 50.0%
sesuai dan menarik
4 Pemilihan font, saiz dan warna teks 4.41 0.0% 3.1% 3.1% 43.8% 50.0%
bersesuaian dengan paparan skrin.
5 Integrasi teks dalam aplikasi ini jelas 4.59 0.0% 0.0% 6.3% 28.1% 65.6%
dan senang difahami
Min Keseluruhan 4.47
Jadual 2 menunjukkan nilai skor min Item-Item Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap
Pembangunan Aplikasi Ini. Hasil analisis yang telah dibuat mendapati kesemua item
berada di tahap tinggi dengan item 5 dengan nilai skor min paling tinggi iaitu 4.59.
Diikuti Item 1 skor min sebanyak 4.53 dan item 2 pula sebanyak 4.50. Item 3 adalah nilai
skor min paling rendah iaitu sebanyak 4.34. Manakala item 4 mempunyai nilai skor min
sebanyak 4.41.
92
Bahagian C: Tahap Kepenggunaan Dan Keberkesanan Aplikasi
Jadual 3: Item-Item Tahap Kepenggunaan Dan Keberkesanan Aplikasi
Item Kepenggunaan Dan Keberkesanan Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Aplikasi Min Tidak Setuju Pasti 28.1% Setuju
0% 9.4% 40.6% 62.5%
1 Aplikasi ini mesra pengguna dan Setuju 25.0% 56.3%
mudah dikendalikan 4.53 0.0% 0.0% 3.1% 28.1%
25.0% 65.6%
Aplikasi ini memudahkan saya 4.53 0.0% 0.0% 9.4% 31.3%
62.5%
2 mencapai maklumat berkaitan KKNP 4.56 0.0% 0.0% 9.4% 68.8%
65.6%
walau di mana saya berada 4.53 0.0% 0.0% 6.3%
Aplikasi ini membantu 4.63 0.0% 0.0% 3.1%
93.8%
3 mempercepatkan penyampaian 4.63 0.0% 6.3%
Ya 6.3%
maklumat semasa aktiviti promosi Tidak 93.8%
Ya
Aplikasi ini membantu Tidak 4.56
4 mempercepatkan penyampaian
maklumat semasa aktiviti promosi
5 Aplikasi ini menjimatkan wang
kerana tiada cetakan perlu dibuat
Aplikasi ini sesuai digunakan sebagai
6 bahan utama promosi oleh staf Kolej
Komuniti Negeri Perak
7 Menyarankan aplikasi ini kepada
orang lain untuk menggunakannya
8 Masalah dihadapi ketika
menggunakan aplikasi ini
Min Keseluruhan
Jadual 3 menunjukkan nilai skor min Item-Item Tahap Kepenggunaan Dan
Keberkesanan Aplikasi. Didapati kesemua item berada di tahap tinggi dengan item 5 dan
6 mencatat nilai skor min paling tinggi iaitu 4.63. Ini diikuti dengan item 3 dengan nilai
skor min 4.56. Manakala item 1, item 2 dan item 4 mempunyai nilai skor min yang sama
iaitu 4.53.
Impak Inovasi
Hasil dapatan kajian dengan nilai min 4.47 (bagi isi kandungan dan antara muka
aplikasi) serta min 4.56 (bagi tahap kepenggunaan dan keberkesanan aplikasi) jelas
membuktikan i2uKKNP berkebolehan untuk digunakan sebagai bahan promosi bagi
KKNP. Antara impak penghasilan i2uKKNP ialah:
i. Menjimatkan kos cetakan risalah Kolej Komuniti Negeri Perak seterusnya
menjimatkan peruntukan promosi bagi JPPKK amnya. Selaras dengan kehendak
Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) yang menggalakkan
penjimatan kos dan masa.
ii. Membantu pensyarah dan kakitangan kolej berperanan sebagai duta yang boleh
mengadakan promosi dalam menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan
semasa promosi.
iii. Memudahkan penyebaran maklumat terkini, tepat dan lengkap bagi program sijil
dan diploma yang terdapat di Kolej Komuniti Negeri Perak
93
Cadangan Penambahbaikan
Seiring dengan kemajuan dunia teknologi masakini dan perkembangan institusi Kolej
Komuniti sendiri, pihak pembangun mempunyai beberapa cadangan penambahbaikan.
Antaranya ialah:
i. Maklumat yang dikumpulkan di dalam aplikasi mudah alih ini hanya meliputi 14
buah Kolej Komuniti Negeri Perak sahaja. i2uKKNP boleh diperluas dengan
memasukkan maklumat semua Kolej Komuniti di Malaysia
ii. Membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan platform iOS bagi pengguna
iPhone.
Kesimpulan
Hasil daripada inovasi ini, diharapkan dapat membantu semua pihak dan berupaya
menyumbang kepada peningkatan jumlah pelajar yang mendaftar di Kolej Komuniti
Negeri Perak. Selain dari itu, ianya juga diharapkan agar dapat memberi maklumat dan
menjadi satu medium promosi yang berkesan bagi Kolej Komuniti Negeri Perak.
Rujukan
https://www.statista.com/statistics/233979/number-of-apps-used-by-asia-pacific-mobile-
users/ .Capaian pada Julai 2019
94
INTEGRATED STUDENTS INTAKE FORM (ISI-FORM)
Muhammad Ikhwan Syafiq Zulkifli, Norain @ Fauzana Mohd Bokori,
Nurhafiza Mohd Nafi
Kolej Komuniti Manjung, Perak
Abstrak
Setiap Kolej Komuniti seluruh Malaysia mempunyai borang permohonan yang berbeza-beza
mengikut kolej. Acapkali maklumat-maklumat yang diperlukan boleh berubah mengikut
peredaran zaman dan adakalanya borang telah di cetak dengan banyak dan ini merugikan jika
ianya tidak boleh digunakan atau tidak lengkap. Inovasi ini berjaya memudahkan proses
permohonan dan boleh di ubah suai mengikut keperluan pada bila-bila masa. Borang online ini
juga memudahkan proses permohonan, simpanan maklumat serta perkongsian data kepada yang
memerlukan.
Kata kunci : Pengambilan dan Promosi, Kolej Komuniti Manjung, Isi-Form, Borang Online
Pengenalan
Setiap Kolej Komuniti seluruh Malaysia mempunyai borang permohonan yang boleh
dikatakan berbeza-beza mengikut kolej. Maklumat-maklumat yang diperlukan boleh
berubah mengikut peredaran zaman contohnya untuk lulus SPM, bermula tahun 2013
pelajar perlu lulus subjek sejarah. Adakalanya borang telah di cetak dengan banyak dan
ini merugikan jika ianya tidak boleh digunakan atau tidak lengkap. Dengan borang
online ini, ia boleh diubah serta merta jika ada perubahan dan ianya membantu staf untuk
menawarkan pelajar peluang pada bila-bila masa.
Pada zaman teknologi ini, bakal pelajar lebih cenderung untuk mengisi borang
yang mudah, boleh di isi di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ketika promosi sedang
berlansung contohnya semasa hari keputusan SPM, borang yang terlalu banyak
berpotensi untuk tercicir dan juga isu utama yang selalu timbul adalah tulisan yang tidak
dapat dibaca, lantas menghilangkan peluang pelajar itu sendiri untuk menymabung
pelajaran. Dengan borang online ini, data akan di simpan di ‘cloud’, supaya tidak akan
mudah hilang dam boleh di akses pada bila-bila masa.
Pegawai-pegawai Pengambilan dan Promosi akan berkongsi data sesama sendiri
apabila keluar semasa program-program promosi. Kebiasaan di antara pegawai untuk
menghantar gambar borang sesama sendiri mengikut permohonan bakal pelajar. Dari
‘gambar’ borang, ada beberapa perkara yang menjadi isu. Antaranya adalah dari segi
kualiti gambar, di mana tulisan tidak jelas. Kedua, isu tulisan sendiri yang seringkali
kabur dan tidak dapat di baca. Ketiga apabila borang terlalu banyak, kemungkinan
keciciran data boleh berlaku. Borang online ini dapat di susun mengikut kolej dan kursus
yang dipohon dan boleh terus di kongsi dari tuan empunya sistem, atau pun boleh di
akses terus oleh pegawai lain sekiranya dibenarkan oleh pemunya.
Isu ketika penawaran pelajar dari JPKK antaranya ialah mengenai lokaliti serta
minat pelajar itu sendiri. Kebiasaan nya data yang diterima telah disaring dan isu lokaliti
terutamanya dan juga bukan pilihan utama kursus malahan lebih teruk jika data yang
dilelong menyebabkan pelajar tidak berminat untuk sambung belajar. Dengan borang ini,
mana-mana pelajar yang berminat boleh terus berhubung dengan pegawai yang terlibat
dan membantu mengurangkan risiko salah kursus dan lokaliti menjadi penghalang untuk
mereka menyambung pengajian.
95
Ada beberapa penjimatan yang diperoleh dari penggunaan borang ini. Dari segi
kos adalah ketara apabila borang-borang jarang digunakan. Dari segi masa, ianya lebih
efisien kerana bakal pelajar boleh memohon sendiri melalui telefon bimbit mereka.
Ketika permulaan borang ini digunakan, staf dan juga bakal pelajar memberi respon yang
baik dan menyatakan mudahnya menggunakan borang ini, tambahan pula ianya adalah
‘mobile-friendly’.
Rajah 1: iSi-FORM https://bit.do/mohonkkperak
Oleh yang demikian, penggunaan borang ini dapat memberi impak yang baik dari segi
kemudahan permohonan bakal pelajar, perkongsian data, penawaran yang lebih efisien,
serta penjimatan kos dan masa. Borang ini selari dengan peredaran masa yang
memerlukan kita bergerak mengikut arus perdana.
Rasional Membangunkan Inovasi
Rasional borang ini dibangunkan adalah untuk membantu dalam proses promosi
pengambilan pelajar. Walaupun permohonan ke kolej komuniti atau poli adalah melalui
online, borang ini hanya dibuka mengikut semester dan pada tarikh-tarikh tertentu, serta
ianya tidak ‘mobile-friendly’. Dengan iSi-Form permohonan mereka diterima 24 jam
sehari 7 hari seminggu. Data dari borang rasmi juga hanya boleh didapati selepas
penawaran di buat, dan ini juga telah disaring oleh sistem . Borang online ini dijanakan
untuk memberi alternatif kepada borang-borang permohonan manual sedia ada.
96
Kaedah Perlaksanaan Inovasi
Rajah 2: Maklumat Am
Borang ini bermula dengan mengenalpasti maklumat-maklumat am yang penting,
antaranya ialah nombor kad pengenalan, telefon bimbit, dan alamat atau lokasi secara
ringkas.
Rajah 3: Keputusan SPM
Bahagian 2 ialah keputusan SPM. Tiga subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah (syarat
lulus SPM) dan juga Matematik (sesetengah kursus memerlukan kelulusan Matematik,
atas arahan MQA).
97
Rajah 4: Pilihan Kolej Komuniti Dan Program
Bahagian tiga adalah senarai pilihan Kolej dan Program serta Sesi Ambilan. Bakal
Pelajar boleh membuat dua pilihan, berdasarkan ‘drop-down’ menu yang ada.
Perbezaan Perkara/Proses Sebelum Dan Selepas
Rajah 5: Perbezaan dari Borang Manual ke iSi- Form
98
Rumusan Dan Implikasi
Hasil kajian menunjukkan kajian inovasi ini dapat membantu memudahkan proses
permohonan bakal pelajar ketika promosi sama ada ’online’ atau ’offline’ serta
memudahkan perkongsian data di antara pegawai pengambilan. Ia juga memberi peluang
kepada pelajar untuk memohon tanpa menunggu tawaran rasmi dari JPKK dan
mendapatkan maklum balas serta merta dan membantu dari segi lokaliti.
Rajah 6 : Carta Menunjukkan Kaedah Permohonan Kemasukan ke Kolej Komuniti
Manjung
Rajah di atas menunjukkan peratusan pendaftaran pelajar yang memohon melalui
iSi-Form ini. Kaedah permohonan kemasukan menunjukkan 45% memohon kemasukan
ke kolej melalui borang online https://bit.do/mohonkkperak , 32.5% menggunakan
borang manual, dan baki 22.5% melalui borang rasmi online Kolej Komuniti (JPKK)
atau melalui UPU. Selain itu, impak inovasi adalah kepada penggunaan borang ini yang
makin meluas. Bagi tujuan promosi, “Flyers Kolej Komuniti Wilayah Perak” juga
meletakkan ‘link’ untuk borang ini pada cetakan, serta pada “Flyers Kolej Komuniti
Manjung” juga disertakan ‘link’ bagi borang ini.
Cadangan Penambahbaikan
Kelemahan utama borang ini adalah sekiranya tiada capaian internet, borang manual
masih lagi diperlukan. Alternatif lain sedang diusahakan untuk mencipta borang
”mobile-friendly” secara offline bagi memudahkan lagi proses permohonan pelajar
ketika promosi besar-besaran khususnya.
99
PENDEKATAN PROMOSI KOLEJ KOMUNITI SANDAKAN
DI SEKOLAH PEDALAMAN: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PENANGAH, TONGOD, SABAH
Nurul Anith Abu Bakar
Kolej Komuniti Sandakan, Sabah
Abstrak
Pegawai Pengambilan memainkan peranan utama dalam menjalankan promosi secara pameran
di sekolah-sekolah mahupun memenuhi jemputan promosi daripada pelbagai agensi. Promosi
yang menarik mampu menarik minat orang ramai untuk lebih mengenali peranan dan kelebihan
yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti. Tetapi tidak semua tempat di daerah Sandakan atau yang
berdekatan mengenali Kolej Komuniti Sandakan dek kekangan jarak yang beratus kilometer
walaupun masih berada dalam satu daerah yang sama disebabkan demografi tanah di Sabah
lebih-lebih lagi yang terletak di pedalaman. Lantaran itu, penulisan ini terhasil berdasarkan
tujuan untuk mencari pelajar-pelajar di kawasan pedalaman bagi memenuhi norma pelajar di
Kolej Komuniti Sandakan serta langkah promosi yang lebih efektif dan berlainan dapat
ditonjolkan berbanding promosi di kawasan bandar. Satu program yang padat telah dirangka
selama lima hari bagi memperkenalkan Kolej Komuniti Sandakan di SMK Penangah, yang
dikategorikan pedalaman P2 semasa program dilaksanakan. Sekolah ini hanya menggunakan
penjana kuasa untuk mendapatkan kemudahan elektrik sehingga jam 12 tengah malam dan air
sungai bagi mendapatkan bekalan air. Program dijalankan bagi setiap tingkatan iaitu Tingkatan
Satu sehingga Tingkatan Enam, meliputi pelbagai aspek aktiviti seperti taklimat tentang Kolej
Komuniti, cara kemasukan ke IPTA, ‘Career Talk’, etika pakaian serta di meja makan, sukaneka,
malam mencari bakat, pertandingan inovasi dan ‘hiking’. Setiap aktiviti dijalankan selepas
tamat hari persekolahan iaitu petang dan malam supaya pelajar-pelajar tidak terganggu masa
pembelajaran mereka di kelas. Strategi promosi yang dibuat sangat mendapat sokongan dan
sambutan daripada pelajar-pelajar SMK Penangah kerana jarang sekali mana-mana institusi
datang melaksanakan pelbagai aktiviti sebegitu di sana. Para guru juga turut mendapat
maklumat tentang Kolej Komuniti dengan membabitkan mereka bersama dalam beberapa
aktiviti. Konsep promosi seperti ini adalah seperti sambil menyelam, minum air kerana peranan
guru adalah penting dalam meluaskan promosi serta memberi pandangan kepada pelajar-
pelajar untuk menyambung pelajaran selepas mereka tamat Tingkatan Lima. Hasil daripada
strategi promosi dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah pedalaman ini menunjukkan
keberhasilan yang bagus kerana terdapat beberapa pelajar yang datang mendaftar di Kolej
Komuniti Sandakan samada pelajar sekolah SMK Penangah itu sendiri atau saudara kepada
guru-guru di sana. Mentelahan lagi, promosi tersebut telah diceritakan mulut ke mulut ke
kawasan sekitar yang menyebabkan pelajar-pelajar sekolah lain di daerah tersebut telah
memohon belajar juga di Kolej Komuniti Sandakan. Oleh itu, dapat disimpulkan pendekatan
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menarik semasa menjalankan promosi merupakan kata kunci
utama untuk memujuk pelajar memilih Kolej Komuniti sebagai kesinambungan masa depan
mereka.
Kata Kunci: pendekatan promosi, sekolah pedalaman, aktiviti-aktiviti promosi, pendaftaran
pelajar
100
Pengenalan
Promosi adalah merupakan suatu perkara penting bagi setiap Kolej Komuniti lebih-lebih
lagi pada Pegawai Pengambilan kerana ini merupakan medium atau langkah utama
dalam mendapatkan pelajar dan memperkenalkan Kolej Komuniti kepada orang ramai.
Promosi diibaratkan satu proses memberitahu, memujuk dan mempengaruhi pelanggan
(Loo, 2010). Promosi bukanlah suatu perkara yang mudah apabila membabitkan
komuniti yang tidak mengenali kewujudan dan peranan Kolej Komuniti lebih-lebih lagi
masyarakat di pedalaman. Komuniti pedalaman termasuk guru-guru yang bertugas di
sana tidak mendapat pendedahan dan maklumat tentang Kolej Komuniti yang
membolehkan pelajar-pelajar menyambung pelajaran di Kolej Komuniti selepas tamat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedangkan bilangan pelajar di sekolah kawasan
pedalaman boleh mencecah beratus orang pelajar. Justeru itu, menjadi satu
tanggungjawab dan cabaran kepada Pegawai Pengambilan untuk melaksanakan promosi
di sekolah-sekolah pedalaman dalam menambahkan enrolmen pelajar yang mendaftar di
Kolej Komuniti. Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Sandakan (KKSK) telah memilih
Sekolah Menengah Kebangsaan Penangah, Tongod sebagai tempat perintis untuk
menjalankan promosi di kawasan pedalaman dan seterusnya dapat menarik pelajar
menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Sandakan.
Latar Belakang SMK Penangah
Sekolah Menengah Kebangsaan Penangah (SMKP) terletak di KM 80, Jalan Telupid-
Penangah, Kampung Penangah, 89300 Tongod, Sandakan, Sabah (Sekolahmy.com, n.d.).
Jarak sekolah ini dengan bandar Sandakan adalah kira-kira 200-kilometer sehala yang
memakan masa selama empat jam perjalanan. Sekolah ini dikategorikan sebagai kawasan
pedalaman (P2), Penangah juga dikenali sebagai ‘Heart of Sabah’ kerana kawasan ini
terletak di tengah-tengah Sabah (Kobol, 2018).
Perjalanan ke Penangah memerlukan kenderaan pacuan empat roda (4WD)
kelazimannya untuk pemanduan yang lebih selamat dan memuaskan kerana terpaksa
melalui jalan berbukit, sungai, hutan dan berbatu kelikir. Walaupun terletak di kawasan
pedalaman dan serba kekurangan dari segi sumber elektrik iaitu menggunakan bantuan
generator yang hanya berfungsi pada jam 5 pagi sehingga 12 tengah malam, punca air
hanyalah dari sungai berdekatan dan talian telefon serta internet yang kadang-kadang
sukar ditembusi, namun sekolah ini mempunyai pelajar melebihi 600 ratus orang dan
barisan guru yang melebihi 50 orang (APAC Directory Malaysian Education (School,
College and University) Directory, n.d.).
Tambahan pula terdapat enam perkampungan sepanjang perjalanan ke SMK
Penangah iaitu Kampung Langkabong, Kampung Napagang, Kampung Mananam,
Kampung Maliau, Kampung Namukon dan Kampung Penangah itu sendiri. Majoriti
pelajar-pelajar SMK Penangah adalah berasal daripada kampung-kampung tersebut.
Terletak di pedalaman dan tidak mempunyai kemudahan seperti di bandar bukanlah
alasan untuk SMK Penangah tidak menyinar dalam bidang akademik dan sukan.
Banyak kejayaan-kejayaan yang telah dicapai seperti menjadi antara 35 buah
sekolah di Sabah yang mendapat 100% lulus STPM 2013 bagi kumpulan pelajar pertama
yang mengambil STPM di SMK Penangah (“17 rural schools among 35 with 100pc
passes”, 2014). beberapa orang pelajar Tingkatan Enam mendapat ‘Band 4 dan 5’ untuk
“Malaysian English Test” (MUET) bagi sesi 2016, tempat pertama Pertandingan Bicara
Irama bahagian Sandakan serta memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan All About
Youth ALL Star 2016 anjuran Petronas peringkat kebangsaan (Gi, 2016).
Tidak kurang hebatnya juga pelajar-pelajar SMK Penangah dalam arena sukan
seperti olahraga, ragbi, bola sepak dan bola jaring di peringkat negeri sehingga ada yang
101
pernah mewakili Sabah ke peringkat Kebangsaan. Contohnya, Pasukan Bola Jaring
SMKP yang mewakili daerah Tongod mendapat naib johan bagi Kejohanan Sukan Sabah
(SAGA) 2015 (Talata, 2015) dan Johan Kejohanan Bola Jaring Tingkatan 6 peringkat
Negeri Sabah 2016. Ini menunjukkan anak-anak pedalaman adalah berdaya saing dan
bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Menjadi satu kerugian sekiranya
pelajar-pelajar ini tidak diperkenalkan dengan laluan pembelajaran yang disediakan oleh
Kolej Komuniti.
Pendekatan Promosi Di SMK Penangah
Merujuk kepada Semenik (2002), promosi adalah medium pemasaran yang mampu
mempengaruhi seseorang individu cenderung memilih jenama sesuatu produk atau
perkhidmatan. Lantaran itu, cara pemasaran dan penjenamaan Kolej Komuniti adalah
penting dalam menarik perhatian dan mempengaruhi masyarakat setempat untuk
mendekati serta memahami visi dan misi Kolej Komuniti. Langkah pertama yang
diambil oleh Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Sandakan untuk mempromosi
KKSK ialah dengan mengenal pasti aspek utama yang menjadi tarikan dan kesukaan
pelajar-pelajar serta kakitangan SMK Penangah iaitu minat mereka dalam bidang sukan.
Hussein (2003), telah mendefinisikan minat adalah sesuatu yang menjurus kepada aspek
seperti berikut:
“Minat sebagai memahami apa-apa yang dilakukan mempunyai skil,
berupaya bekerja sendiri dan dalam kumpulan, berkebolehan
merekacipta dan berkeyakinan menyelesaikan masalah (ms. 2)”.
Menurut Hussein (2003) sendiri pula, minat seseorang terhadap sesuatu perkara
dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu minat biasa, minat mendalam dan minat
bersungguh-sungguh. Setelah diteliti rekod pencapaian sukan dan aktiviti riadah petang
di SMK Penangah, sukan yang paling digemari serta diminati bersungguh-sungguh di
sana adalah Bola Jaring dan Bola Sepak sehingga ada beberapa pelajar dipilih untuk
mewakili Sabah. Lantaran itu, banyak aktiviti sukan telah dilakukan bersama warga
SMK Penangah seperti perlawanan persahabatan futsal dan bola sepak antara pelajar
Kolej Komuniti Sandakan (KKSK) bersama kakitangan sekolah ini sebanyak tiga kali.
Seterusnya, kerjasama telah terbentuk dalam menjayakan Bengkel Bola Jaring
untuk pelajar Sijil Pelancongan dan Pengembaraan KKSK semester tiga bagi modul
MPU 1421: Kokurikulum (Sukan) bersama jurulatih Bola Jaring SMK Penangah yang
juga merupakan jurulatih Sukan Sabah (SAGA) Tongod dan pemain-pemain bola jaring
sekolah tersebut. Kerjasama ini boleh diibaratkan sebagai sambil menyelam minum air
kerana Bengkel Bola Jaring amat diperlukan oleh para pelajar KKSK untuk memahami
dan belajar dengan lebih mendalam tentang kemahiran dan teknik bermain sukan bola
jaring.
Pegawai Pengambilan KKSK juga menganjurkan Kursus Pendek Bola Jaring
serta Kursus Pendek Bola Sepak untuk pelajar-pelajar SMK Penangah bertempat di
sekolah tersebut dengan bantuan kemahiran guru-guru di sana serta kakitangan KKSK
yang dibawa bersama. Semua kerjasama ini dapat dijalankan dengan sebaiknya
sehinggakan Pegawai Pengambilan KKSK telah dilantik dan diberi kepercayaan untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai Pengurus Pasukan Bola Jaring Sukan SABAH
(SAGA) Tongod 2017 di mana semua pemainnya adalah daripada SMKP. Mereka telah
mengalahkan daerah-daerah lain untuk mewakili bahagian Sandakan ke Kejohanan
Sukan Sabah tersebut.
102
Selain daripada aktiviti sukan yang disenaraikan di atas, Pegawai Pengambilan
KKSK juga melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang
dinamakan ‘Menggilap Permata di Rimba Harapan’ di sana. Pelbagai aktiviti telah
dilaksanakan seperti ceramah tentang ‘Resume Development’, ‘Future Career’ dan
‘Industry Attachment’ yang disampaikan oleh Pegawai Latihan Industri KKSK kepada
pelajar Tingkatan 5 dan 6 SMKP. Pegawai Pengambilan turut juga memberi taklimat
tentang Promosi Jom Masuk IPTA. Penekanan taklimat adalah lebih terarah kepada
peranan dan fungsi Kolej Komuniti.
Seterusnya, pengalaman dan kemahiran pensyarah KKSK dikongsi bersama
pelajar melalui sesi pengurusan diri iaitu penerangan tentang etika di meja makan dan
majlis rasmi serta cara berpakaian. Demonstrasi atau latihan secara praktikal juga
dilaksanakan bagi memudahkan pelajar lebih memahami intipati pengajaran. Program
‘CSR’ ini juga merangkumi aktiviti Eksplorasi (Sukaneka), Malam Inovasi (Rekacipta),
‘Hiking (Eco Tourism Awareness) dan Malam Gemerlapan Bintang (Penangah’s Got
Talent).
Sumbangan ilmu daripada pihak luar turut diselitkan iaitu dengan menjemput
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk memberi ceramah tentang
Pengenalan kepada APM serta pertolongan cemas kepada semua pelajar SMKP. Segala
aktiviti yang dianjurkan telah mendapat penyertaan yang sangat hebat daripada para
pelajar kerana jarang-jarang Institusi Pengajian Tinggi yang lain datang menjalankan
aktiviti sebegini di SMK Penangah, lantaran jaraknya yang jauh di pelusuk pedalaman
Sabah.
Di samping itu, perkara paling utama apabila berada di tempat orang adalah
dengan menunjukkan personaliti yang bagus, menghormati orang lain dan beramah
mesra. Menurut Ghani, Che Aman, Nik Yaacob dan Che Ahmad (2008), personaliti ialah
berkaitan dengan pemikiran, mental emosi dan tingkah laku seseorang. Manakala, Md.
Nawi, Redzuan, Hamsan, Asim (2014) menafsirkan personaliti sebagai penyusunan
sistem psikologikal dan fizikal yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-
ciri tingkah laku dan penyesuaian dengan alam sekeliling. Dinamik bermaksud yang
berubah-ubah dan berkembang. Pegawai Pengambilan KKSK mengambil pendekatan
untuk mengamalkan sikap beramah mesra dan cuba mengenali setiap kakitangan SMKP
supaya tiada jurang komunikasi dan rasa lebih selesa untuk mempromosikan Kolej
Komuniti. Personaliti yang disarankan untuk Pegawai Pengambilan adalah
berketrampilan dan meyakinkan. Segala informasi tentang Kolej Komuniti dan
pengetahuan tentang program-program yang ditawarkan mestilah tepat, jelas dan terkini.
Di samping mempromosikan Kolej Komuniti kepada pelajar-pelajar, para guru
juga dapat diterangkan dengan lebih jelas tentang kewujudan Kolej Komuniti yang dapat
membantu mereka mempromosi Kolej Komuniti kepada pelajar. Ini adalah salah satu
cara contoh promosi yang berkesan kerana menurut Abd. Halim (2005) yang
menegaskan promosi atau bentuk komunikasi yang berlaku bagi memasarkan produk
(program-program yang ditawarkan di Kolej Komuniti) kepada pembeli (bakal pelajar,
ibu bapa pelajar, dan orang awam) merupakan salah satu keperluan bagi setiap Kolej
Komuniti dalam memperkenalkan dan memperkukuhkan jenama Kolej Komuniti kepada
masyarakat awam. Dapatan Dehne (n.d.) juga menyatakan reputasi sesuatu produk atau
perkhidmatan adalah ditentukan oleh komunikasi tidak formal (word-of-mouth).
Penyampaian informasi tentang Kolej Komuniti dari mulut ke mulut adalah antara faktor
penggerak utama kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti.
103
Kesimpulan
Komitmen yang diberikan dalam menjayakan setiap program bersama warga SMK
Penangah telah dapat membuka mata mereka tentang kewujudan dan fungsi Kolej
Komuniti. Mengikut statistik pendaftaran KKSK sebelum tahun 2016, tiada langsung
walaupun seorang pelajar daripada SMK Penangah datang menyambung pelajaran di
KKSK. Ketiadaan asrama merupakan isu utama untuk mereka belajar di KKSK kerana
mereka tidak mempunyai rumah atau saudara di bandar Sandakan. Ekonomi keluarga
juga mempengaruhi keputusan mereka untuk menyambung pelajaran. Setelah
menjalankan segala bentuk promosi yang berterusan dan dirasakan mampu membantu
Pegawai Pengambilan meningkatkan pendaftaran pelajar, akhirnya terdapat beberapa
orang pelajar dan anak saudara guru SMKP yang datang menyambung pelajaran di
KKSK bermula tahun 2016.
Khabar yang menggembirakan juga didendangkan hasil daripada promosi ini
iaitu ada pelajar-pelajar SMKP yang melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti yang lain
juga seperti di Kolej Komuniti Beaufort. Lantaran itu, bukan sahaja pelajar-pelajar
daripada SMK Penangah yang datang belajar di KKSK sekarang, tetapi KKSK turut juga
menerima beberapa orang pelajar daripada sekolah sekitar Telupid dan Tongod seperti
SMK Telupid, SMK Tongod dan SMK Entilibon hasil daripada promosi dan informasi
mulut ke mulut oleh komuniti setempat. SMK Ulu Sapi yang terletak di bawah
penyeliaan PPD Telupid juga makin ramai menjadi pelajar KKSK iaitu sekitar 11 orang
semasa artikel ini ditulis.
Boleh disimpulkan di sini, promosi yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang
menarik serta berguna kepada pelajar (prospek utama) dan pendekatan mendekati
kakitangan sekolah (prospek sekunder) mampu menarik minat pelajar-pelajar di sekolah
pedalaman untuk belajar di Kolej Komuniti Sandakan. Di samping itu, sokongan dan
galakan daripada guru terutamanya kaunselor sekolah adalah penting kerana mereka
boleh mendorong pelajar untuk memilih Kolej Komuniti.
Rujukan
17 rural schools among 35 with 100pc passes. (2014, Mac 20). Daily Express. Retrieved
from http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=88773
Abd. Halim, M. A. S. (2005). Mengurus gerai pameran. Batu Caves, Selangor: PTS
Professional.
APAC Directory Malaysian Education (School, College and University) Directory.
(n.d.). Sekolah Menengah Kebangsaan Penangah, Telupid. Retrieved from
https://www.apac.com.my/xea2224-smk-penangah.html
Dehne, G. C. (n.d.). The future of promotional marketing in higher education. Retrieved
from http://www.dehne.com/news_research/research _future_marketing.html
Ghani, M. Z., Che Aman, R., Nik Yaacob, N. R., & Che Ahmad, A. (2008). Perbezaan
personaliti ekstrovert dan introvert dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik
(PCA) berdasarkan gender. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23, 111-122.
Retrieved from http://apjee.usm.my/APJEE_23_2008/JPP23-
6_PERBEZAAN%20PERSONALITI.pdf
104
Gi, S. (2016, December 1). SMK Tatau Bintulu harumkan nama Sarawak. Utusan
Borneo Online. Retrieved from
https://www.utusanborneo.com.my/2016/12/01/smk-tatau-bintulu-harumkan-
nama-swak
Hussein, Z. (2003). Minat: Bagaimana menyedari dan mengembangkannya. Kuala
Lumpur: Insitut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Kobol, H. (2018, Mac 18). Kembara sastera di bumi Penangah. Utusan Borneo Sabah.
Retrieved from https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-
sabah/20180318/282041917659837
Loo, C. K. (2010). Perdagangan SPM: Focus goal SPM. Bandar Baru Bangi: Penerbitan
Pelangi.
Md. Nawi, N. H. Redzuan, M., Hamsan, H., & Asim, M. I. A. (2014). Hubungan antara
trait personaliti dengan tingkah laku kepimpinan. Sains Humanika, 2(1), 107-115.
Retrieved from http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/37889/
Sekolahmy.com. (n.d.). SMK Penangah. Retrieved from
http://www.sekolahmy.com/N_SABAH/XEA2224.html
Semenik, R. J. (2002). Promotion & integrated marketing communications. Australia:
South-Western Thomsan Learning.
Talata, S. N. A. (2015, June 5). Emas bola jaring milik Kota Kinabalu. Sayang Sabah.
Retrieved from https://www.sayangsabah.com/emas-bola-jaring-milik-kota-
kinabalu/
105
KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM SKUAD SERBU PELAJAR LEPASAN
SPM 2018 KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
Mohd Firdaus Abdullah, Syahidah Ilias
Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang
Abstrak
Kajian ini dilakukan bagi mengetahui keberkesanan Program Skuad Serbu Pelajar Lepasan
SPM 2018 terhadap pengambilan pelajar di Kolej Komuniti Kepala Batas. Sebanyak 28 buah
sekolah di Daerah Seberang Perai telah terlibat dalam kajian ini. Set soal selidik mengandungi
10 item telah diedarkan kepada responden dan analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual.
Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukan responden memberikan persepsi yang positif
terhadap aspek yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pihak sekolah terhadap skuad
serbu adalah tinggi. Diakhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada
pihak tertentu untuk diberikan perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga
turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa hadapan.
Kata kunci: skuad serbu, lepasan spm, persepsi pihak sekolah, pengambilan pelajar.
Pengenalan
Kolej Komuniti merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian
Pengajian Tinggi yang menawarkan program-program latihan kemahiran. Pengambilan
pelajar di Kolej Komuniti dilakukan sebanyak dua kali iaitu sesi jun dan sesi disember
setiap tahun. Oleh itu, promosi kemasukan ke Kolej Komuniti sentiasa dilakukan
khususnya Kolej Komuniti Kepala Batas termasuklah Skuad Serbu. Skuad Serbu ini
dilaksanakan untuk mempromosikan Kolej Komuniti Kepala Batas di kalangan pelajar
lepasan SPM 2018. Pelajar-pelajar lepasan SPM di Sekolah sekitar Seberang Perai akan
diterangkan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kepala Batas.
Terdapat 4 kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kepala Batas iaitu Sijil Servis
Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Pembuatan, Sijil Animasi 2D dan Sijil Terknologi
Senibina. Sehubungan dengan itu, program Skuad Serbu ini merupakan satu kaedah
promosi yang bagus untuk meningkatkan ambilan pelajar di Kolej Komuniti Kepala
Batas.
Pernyataan Masalah
Kajian ini dilakukan bagi mengetahui keberkesanan Program Skuad Serbu Pelajar
Lepasan SPM 2018 terhadap pengambilan pelajar di Kolej Komuniti Kepala Batas.
Kajian ini juga bertujuan untuk menjawab segala persoalan iaitu adakah kekurangan
kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Kepala Batas atau kurangnya pengetahuan dan
maklumat orang ramai terhadap kursus-kursus yang terdapat di Kolej Komuniti Kepala
Batas.
106
Jadual 1: Peratusan Kemasukan Pelajar ke Kolej Komuniti Kepala Batas
Tahun Peratus Kemasukan Pelajar
2013 84
2014 72
2015 70
2016 62
2017 58
2018 49
% KEMASUKAN
100 84
80 72 70
62 58
60 49
40
20
0
2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
Rajah 1: Carta Palang Menunjukkan Peratusan Kemasukan Pelajar ke Kolej Komuniti
Kepala Batas bagi tahun 2013 hingga tahun 2018.
Rajah 1 menunjukkan peratusan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Kepala Batas
bagi tahun 2013 hingga tahun 2018. Bagi tahun 2013, 84% kemasukan pelajar ke KKKB
berbanding norma yang ditetapkan oleh Jabatan. Pada tahun 2018, hanya 49%
kemasukan pelajar telah didaftarkan. Ini menunjukkan penurunan kemasukan telah
berlaku secara berterusan dari tahun 2013 hingga tahun 2018.
Tujuan Kajian
i) Bagi melihat keberkesanan Program Skuad Serbu terhadap promosi Kolej
Komuniti Kepala Batas.
ii) Bagi mengkaji persepsi pihak sekolah terhadap Program Skuad Serbu yang
dilakukan oleh Kolej Komuniti Kepala Batas.
Persoalan Kajian
i) Adakah Program Skuad Serbu ini sesuai sebagai kaedah promosi kemasukan ke
Kolej Komuniti Kepala Batas?
ii) Adakah maklumat yang disampaikan responden mengenai Kolej Komuniti Kepala
Batas mencukupi dan difahami?
Tinjauan Literatur
Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, Promosi bermaksud ‘segala usaha dan kegiatan
untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dan
sebagainya); mempromosikan melakukan promosi untuk sesuatu yang (hendak)
dipasarkan’. Oleh itu, promosi merupakan satu elemen yang penting untuk meningkatkan
ambilan pelajar di Kolej Komuniti Kepala Batas. Terdapat pelbagai kaedah promosi
yang boleh dilaksanakan dan antaranya adalah Program Skuad Serbu ini.
107
Penerangan secara lisan dan artikel juga penting semasa program Skuad Serbu ni
dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan mudah difahami oleh orang
ramai. Mengikut kamus pelajar edisi kedua, Lisan bermaksud “ sesuatu yg diucapkan;
perkataan: diberitahu secara ~ diberitahu dengan mulut (tidak dengan surat). melisankan
menyebut dgn mulut; menuturkan”. Manakala Artikel mengikut kamus pelajar edisi
kedua adalah “karangan atau tulisan tentang sesuatu perkara yang disiarkan dalam
akhbar dan sebagainya”.
Kaedah/Metadologi
Kajian yang dijalankan adalah secara kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik
sebagai kaedah pengumpulan data. Responden kajian adalah staf Kolej Komuniti Kepala
Batas yang mewakili setiap sekolah yang dihadiri pada hari program dijalankan. Sekolah
tersebut merupakan 28 buah sekolah menengah terpilih sekitar Negeri Pulau Pinang dan
Kedah. Sekolah-sekolah tersebut adalah sekolah sasaran pelajar akademik sederhana.
Borang soal selidik tersebut diedarkan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kajian.
Melalui kaedah soal selidik, ia memudahkan responden kerana hanya perlu menandakan
jawapan yang difikirkan relevan dan memilih jawapan yang berkemungkinan sesuai
selaras dengan saranan Glassow, (2005) yang menggalakkan penyelidik menggunakan
kaedah soal selidik sebagai cara pengumpulan data.
Terdapat 3 perkara utama dalam soal selidik :
1. Mengenai kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kepala Batas
2. Mengenai senarai edaran risalah maklumat mengenai kursus yang ditawarkan
3. Kaedah penerangan yang diberikan semasa Skuad Serbu.
Dapatan Kajian
Jadual 2: Analisa Borang Soal Selidik Skuad Serbu Pelajar Lepasan SPM 2018
Bil. Kenyataan Ya Tidak
1 Borang permohonan mudah difahami. 26 2
Pelajar memberi maklum balas positif terhadap penerangan
28 0
2 yang diberikan.
3 Ramai pelajar berkunjung ke kaunter pendaftaran. 23 5
4 Kursus yang ditawarkan menarik minat pelajar lepasan SPM. 23 5
5 Ramai pelajar yang mengisi borang permohonan. 23 5
6 Lokasi kaunter yang strategik. 27 1
7 Mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah. 28 0
8 Bahan edaran yang dibekalkan mencukupi. 27 1
9 Bahan edaran yang dibekalkan bersesuaian. 27 1
Kaedah promosi ini perlu diteruskan lagi pada masa 28 0
10 hadapan.
Jadual 2 menunjukkan analisa borang soal selidik yang telah diedarkan kepada staf yang
bertugas sebagai responden sempena Program Skuad Serbu Pelajar Lepasan SPM 2018.
Dapatan kajian menunjukkan persepsi pihak sekolah terhadap skuad serbu adalah tinggi.
Kebanyakan responden bersetuju dengan semua item soalan yang dinyatakan dan semua
responden bersetuju kaedah promosi ini perlu diteruskan pada masa hadapan.
108
BILANGAN 75
PERMOHONAN 63 58
44
24
SDD SKR SMN STS MMN
KOD PROGRAM
Rajah 2: Carta Garis Menunjukkan Bilangan Permohonan Kemasukan Pelajar ke Kolej
Komuniti Kepala Batas.
Rajah 2 menunjukkan bilangan pelajar yang memohon untuk kemasukan ke
Kolej Komuniti Kepala Batas sempena Program Skuad Serbu Pelajar Lepasan SPM 2018
yang telah di adakan. Permohonan bagi Program SDD iaitu Sijil Animasi 2D sebanyak
63, SKR iaitu Sijil Servis Kenderaan Ringan sebanyak 58, Sijil Teknologi Pembuatan
(SMN) 44, Sijil Teknologi Senibina (STS) 75 dan Sijil Teknologi Pembuatan (Lepasan
Menengah) (MMN) sebanyak 24. Jumlah keseluruhan permohonan adalah 264 borang.
% KEMASUKAN
100 84
80 72 70
60 62 58 49 51
40
20
0
2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020
Rajah 3: Carta Garis Menunjukkan Peratusan Kemasukan Pelajar ke Kolej Komuniti
Kepala Batas bagi tahun 2013 hingga tahun 2019
Rajah 3 menunjukkan peratusan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Kepala Batas
bagi tahun 2013 hingga tahun 2019. Bagi tahun 2013 hingga 2018, penurunan
kemasukan telah berlaku secara berterusan. Setelah menjalankan Program Skuad Serbu
ini, sedikit peningkatan telah berlaku iaitu kemasukan pelajar tahun 2019 sebanyak 51%
berbanding tahun 2018 iaitu 49%.
Perbincangan
Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan peratusan ambilan pelajar dari tahun
2018 sebanyak 49% kepada 51% pada tahun 2019. Peningkatan ini boleh dikatakan hasil
daripada Program Skuad Serbu yang telah dijalankan. Hasil perbincangan dengan pihak
sekolah yang terlibat untuk program Skuad Serbu, pelajar kurang mendapat maklumat
mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kepala Batas. Oleh itu,
Program Skuad Serbu ini telah berjaya memberikan maklumat dan menarik minat pelajar
lepasan SPM untuk menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Kepala Batas.
109
Berdasarkan perbincangan kajian, penyelidik ingin menyarankan beberapa cadangan
untuk kajian lanjutan iaitu:
a) Kajian ini dilakukan dengan hanya menggunakan hasil soal selidik yang terikat
kepada jawapan yang telah disediakan. Rekabentuk kajian ini akan lebih
sempurna sekiranya penyelidik menjalankan temuduga terhadap responden
disamping soal selidik.
b) Kajian selanjutnya dicadangkan melibatkan komuniti luar selain pelajar lepasan
SPM bagi membantu meningkatkan ambilan pelajar di Kolej Komuniti Kepala
Batas.
Rumusan
Berdasarkan hasil kajian dan dapatan yang telah dijalankan, Program Skuad Serbu ini
telah berjaya meningkatkan peratusan kemasukan pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas.
Pelajar lepasan SPM mendapat maklumat yang tepat dan betul mengenai kursus-kursus
yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kepala Batas dan seterusnya memilih untuk
menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Kepala Batas. Diharapkan Program Skuad
Serbu ini diteruskan setiap tahun bagi meningkatkan pengambilan pelajar di Kolej
Komuniti Kepala Batas.
Rujukan
Koleksi Kertas Kajian / Penulisan Ilmiah Kolej Komuniti Kepala Batas KPT Edisi
1/2011. Kepala Batas: Kolej Komuniti Kepala Batas.
Prof. Dr. Ishak Abdulhak & Dr. Dani Parmawan (2015). Teknologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: SAM Synergy Media Sdn. Bhd.
Seminar Kebangsaan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti 2012. Kepala Batas: Kolej
Komuniti Kepala Batas.
110
KEBERKESANAN FACEBOOK DALAM USAHA PROMOSI PROGRAM
PENGAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI KUCHING
Liew Foong Ching1, Siti Nadia Muhammad Samsuddin2
Kolej Komuniti Kuching1, Politeknik Sultan Idris Shah2
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meneroka keberkesanan Facebook terhadap promosi program
pengajian dalam usaha untuk meningkatkan ambilan pelajar di Kolej Komuniti Kuching,
Sarawak. Sejauh mana Facebook mempengaruhi pilihan pengguna terhadap program pengajian
di Kolej Komunti Kuching. Turut dikaji adalah sama ada pengguna menggunakan media sosial
ini untuk mendapatkan maklumat pengajian dan kolej. Kajian ini dilakukan ke atas pelajar
baharu Kolej Komuniti Kuching dengan memberikan soal selidik secara dalam talian,
menggunakan metodologi kuantitatif kepada 39 responden yang terpilih berdasarkan kriteria
yang telah ditetapkan. Didapati bahawa media sosial Facebook mampu mempengaruhi
keputusan pengguna dalam pemilihan institusi pengajian. Pengguna percaya bahawa Facebook
adalah media yang baik dan mudah diakses dalam mendapatkan maklumat pengajian. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa Facebook mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan
dalam pemilihan program dan institusi pengajian. Selain itu, institusi pengajian tinggi
disarankan untuk menggunakan dapatan kajian ini dalam perancangan strategi promosi
program pengajian. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada pihak institusi pengajian
tinggi khususnya untuk mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai platform promosi
yang lebih berdaya saing.
Kata Kunci: Media Sosial, Institusi Pengajian Tinggi, Promosi
Pengenalan
Media sosial merupakan media atas talian yang telah menjadi kepentingan kepada pelajar
sebagai sumber utama untuk memperoleh maklumat institusi pengajian tinggi (Shields,
2019). Di Malaysia, media sosial seperti Facebook telah menjadi arus perdana dalam
menyebarkan maklumat kepada pengguna. Menurut statistik, Malaysia tercatat dalam
tangga ke-22 dalam pengguna Facebook yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak
25,520,000 pengguna Facebook daripada populasi 32,365,999 penduduk Malaysia
(Statista, 2020). Data ini menunjukkan bahawa seramai 79% penduduk di Malaysia yang
menggunakan Facebook untuk mencapai maklumat. Penggunaan Facebook yang tinggi
ini telah membuka peluang promosi di atas talian kepada institusi pengajian tinggi dalam
usaha meningkatkan pengambilan pelajar.
Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti keberkesanan Facebook sebagai
aktiviti promosi dalam proses pengambilan pelajar di Kolej Komuniti Kuching Sarawak.
Aspek yang dikaji merangkumi tujuan penggunaan Facebook, aktiviti yang dilakukan,
kekerapan penggunaan Facebook dan jangka masa penggunaan Facebook.
111
Latar Belakang Kajian
Media sosial membolehkan pelajar memperoleh maklumat tentang institusi pengajian
tinggi (Stagno, 2010). Oleh itu, media sosial merupakan platform yang sangat penting
dalam aktiviti promosi program pengajian kepada bakal pelajar (Salem, 2020). Institusi
pengajian tinggi perlu fokus pada aktiviti promosi atas talian melalui media sosial
sebagai salah satu platform untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat kepada bakal
pelajar (Kuzma, 2013). Aktiviti promosi memainkan peranan yang penting dalam usaha
meningkatkan pengambilan pelajar sesebuah institusi pengajian tinggi. Malahan, aktiviti
promosi melalui media sosial telah terbukti memberi impak yang positif dalam
pengambilan institusi pengajian tinggi (Rutter, 2016). Sementara itu, pelajar juga
mendapati bahawa media sosial sangat membantu dalam pemilihan program pengajian
(Sandvig, 2016).
Menurut Vukić (2019), Facebook merupakan media sosial yang paling digemari
oleh pelajar. Kenyataan ini terbukti apabila Facebook menunjukkan penggunaan yang
paling tinggi digunakan oleh pelajar dalam memperoleh maklumat institusi pengajian
tinggi terutamanya maklumat program pengajian yang ditawarkan (Chan, 2020).
Sementara itu, pelajar lebih cenderung melayari Facebook daripada laman sesawang
institusi untuk pelajar (DiAna, 2014). Malahan, kebanyakan institusi pengajian tinggi
teratas di Asia dan Africa menggunakan Facebook sebagai media sosial utama dalam
aktiviti promosi atas talian (Paladan, 2018).
Pemasaran digital dipercayai belum diguna sepenuhnya oleh mana-mana pihak
(Oluwasola, 2020). Walaupun pelbagai bentuk promosi melalui media sosial seperti
Facebook telah dijalankan oleh institusi pengajian tinggi, namun tidak nyata
keberkesanannya dalam meningkatkan pengambilan pelajar. Justeru itu, kajian ini ingin
mengenalpasti apakah keberkesanan strategi promosi melalui Facebook dalam
pengambilan pelajar.
Objektif kajian adalah mengenal pasti kecenderungan pelajar menggunakan
Facebook dalam mendapat maklumat program pengajian tinggi dan kepercayaan pelajar
dalam maklumat yang didapati dalam Facebook.
Kajian ini boleh menjadi rujukan kepada institusi pengajian tinggi untuk
menjalankan aktiviti promosi yang lebih berkesan dalam usaha mempengaruhi bakal
pelajar membuat keputusan pemilihan program pengajian tinggi. Di samping itu, pihak
institusi pengajian tinggi juga boleh memahami dengan lebih tepat mengenai
penggunaan pelajar dalam mendapat maklumat melalui media sosial Facebook.
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik atas
talian. Teknik persampelan digunakan bagi mendapatkan responden kajian ini. Seramai
39 orang pelajar Kolej Komuniti Kuching telah diambil sebagai responden kajian ini.
Sampel kajian juga dipilih daripada kalangan pelajar yang mempunyai akaun Facebook
dan penggunaan Facebook sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Kajian yang
dijalankan ini menggunakan soal selidik ini akan dianalisis secara deskriptif. Instrumen
dalam kajian ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian demografi pelajar dan
penggunaan Facebook.
112
Dapatan Kajian
Seramai 39 orang responden daripada Kolej Komuniti Kuching telah terpilih sebagai
responden kajian. Menurut kajian, pengaruh iklan dalam Facebook mendapati seramai 34
responden bersetuju yang mencatat 87%. Manakala seramai 5 responden berpendapat
tidak terpengaruh dengan iklan Facebook mengenai penawaran pengajian program oleh
Kolej Komuniti Kuching (rujuk Rajah 1).
Rajah 1 : Pengaruh Iklan Dalam Aplikasi Media Sosial Facebook Yang
Dilakukan Oleh Kolej Komuniti Kuching
Analisis seterusnya adalah penggunaan Facebook oleh responden dalam mencari
maklumat mengenai pengajian dan program di Kolej Komuniti Kuching. Merujuk pada
Rajah 2, dapatan menunjukkan seramai 37 iaitu merangkumi sebanyak 95% yang
menggunakan Facebook dalam memperoleh maklumat mengenai pengajian dan program
yang ditawarkan di Kolej Komuniti Kuching. Selain itu, juga dikenalpasti bahawa
responden juga memperoleh maklumat mengenai institusi kolej melalui cara yang sama
juga. (rujuk Rajah 2)
Rajah 2 : Penggunaan Facebook Mencari Maklumat Pengajian Dan Program Di
Kolej Komuniti Kuching
113
Responden didapati melayari laman Facebook untuk mendapat maklumat
mengenai institusi pengajian tinggi serta program pengajian atas faktor maklumat adalah
terkini dan interaksi bersama kalangan kakitangan kolej. Didapati kebanyakan responden
iaitu seramai 34 responden juga menunjukkan 87% yang berpendapat bahawa Facebook
kolej memaparkan maklumat terkini di dalam laman sosial Facebook. Manakala seramai
5 responden yang merangkumi 13% beranggapan maklumat Facebook adalah tidak
terkini.
Responden turut mengambil kira faktor interaksi bersama kakitangan melalui
laman sosial Facebook. Seramai 36 responden; 92% yang bersetuju bahawa interaksi
merupakan salah satu faktor penggunaan Facebook dalam memperoleh maklumat
institusi. Manakala seramai 3 responden; 8% yang tidak bersetuju interaksi bersama
kakitangan kolej merupakan faktor penggunaan Facebook. (rujuk Jadual 1)
Jadual 1: Faktor Penggunaan Facebook Kolej Dalam Memperolehi Maklumat
Faktor Penggunaan Item Sangat Tidak Kuran Setuju Sangat Jumla
Tidak Setuju g Setuju h
Setuju
Setuju
Maklumat yang (N) 0 0 5 19 15 39
diberikan dalam
media sosial
Facebook kolej
adalah yang terkini % - - 12.8 48.7 38.5 100.0
(up-to-date)
Facebook kolej (N) 0 0 3 22 14 39
membolehkan
interaksi di
kalangan % - - 7.7 56.4 35.9 100.0
kakitangan kolej
Hasil daripada kajian ini, mendapati promosi menerusi media sosial Facebook
menunjukkan berkesan dan memperoleh sambutan yang baik daripada pengguna dalam
usaha peningkatan ambilan pelajar di Kolej Komuniti Kuching. Malah, Facebook adalah
medium paling sesuai kepada institusi pengajian tinggi untuk promosi dalam media
sosial.
Kesimpulan
Facebook merupakan media sosial yang paling popular di mana penggunaan yang paling
kerap (Sandvig, 2016). Oleh itu, dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa
penyaluran maklumat mengenai institusi pengajian tinggi melalui Facebook terbukti
berkesan.
Generasi muda kini lebih gemar melayari media sosial berbanding dengan laman
web rasmi. Dapatan kajian membuktikan bahawa responden memperoleh maklumat
pengajian dan institusi melalui Facebook Kolej. Walaupun kolej mempunyai laman web
rasmi, kajian menunjukkan bahawa maklumat dalam media sosial turut memainkan
peranan yang penting dalam penyaluran maklumat pengajian dan institusi. Dapatan
114
kajian ini jelas menunjukkan bahawa responden lebih yakin dan tertarik terhadap laman
sosial Facebook dalam mendapatkan maklumat.
Selain itu, teknologi semasa dan strategi pemasaran yang terdapat dalam
Facebook mempermudahkan kolej dalam pengiklanan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pengaruh iklan dalam media sosial Facebook memainkan peranan yang penting
dalam penghebahan pengambilan pengajian kepada komuniti. Ini terbukti apabila
responden menunjukkan keputusan yang positif dan peratusan yang tinggi terhadap
pengaruh iklan dan maklumat dalam media sosial; Facebook Kolej Komuniti Kuching.
Malah, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lebih percaya dan berpengetahuan
untuk mencari maklumat mengenai program pengajian tinggi dengan mengakses dalam
Facebook. Faktor lain yang menjadi sumbangan terhadap kecenderungan pelajar
melayari Facebook kolej adalah maklumat yang terkini dan peluang interaksi bersama
kakitangan kolej. Responden menunjukkan maklumbalas yang positif apabila Facebook
kolej dianggap sebagai aktif dan mesra pengguna. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar
mempunyai tanggapan yang positif terhadap media sosial Kolej yang aktif dan senang
berkomunikasi dalam laman sosial.
Justeru itu, institusi pengajian tinggi disarankan untuk menggunakan Facebook
sebagai medium promosi utama dalam memperkenalkan program pengajian kepada
pelajar. Melalui kajian ini, jelas menunjukkan bahawa Facebook penting dalam
mempengaruhi pelajar untuk membuat keputusan dalam pemilihan program pengajian.
Rujukan
Chan, C. M., Rahman, I. A., & Noor, N. M. (2020). Effective Postgraduate Student
Recruitment Strategy: Identifying the Prerequisites. International Journal of
Acdemic Research in Progressive Education and Development, 9(1), 39-50.
Kuzma, J. M., & Wright, W. (2013). Using social networks as a catalyst for change in
global higher education marketing and recruiting. International Journal of
Continuing Engineering Education and Life Long Learning, 23(1), 53-66.
Oluwasola, O. (2020). 9 Digital marketing communication strategies for private
universities in South Western Nigeria. Strategic Marketing of Higher Education in
Africa.
Paladan, N. N. (2018). Higher Education Institutions Embracing Digital & Social Media
Marketing: A Case of Top 25 Universities in Asia & Africa. Available at SSRN
3347018.
Rutter, R., Roper, S., & Lettice, F. (2016). Social media interaction, the university brand
and recruitment performance. Journal of Business Research, 69(8), 3096-3104.
Salem, O. (2020). Social Media Marketing In Higher Education Institutions. SEA-
Practical Application of Science, (23), 191-196.
Sandvig, J. C. (2016). The role of social media in college recruiting. International
Journal of Web Based Communities, 12(1), 23-34.
Shields, A. B., & Peruta, A. (2019). Social media and the university decision. Do
prospective students really care?. Journal of Marketing for Higher
115
Education, 29(1), 67-83.
Stagno, Z. (2010). Potential of the social media as instruments of higher education
marketing: Guidelines for a social media marketing strategy for the University of
Twente (Bachelor's thesis, University of Twente).
Statista, R. (2020, July 28). Malaysia: Facebook users 2018-2023. Retrieved from
https://www.statista.com/statistics/490484/number-of-malaysia-facebook-users/
Vukić, M., & Vukić, M. (2019, June). THE IMPACT OF SOCIAL MEDIA ON THE
RECRUITMENT OF STUDENTS BY HIGHER EDUCATION INSTITUTION.
In TISC-Tourism International Scientific Conference Vrnjačka Banja (Vol. 4, No.
1, pp. 307-326).
116
PENYELIDIKAN DALAM PENGURUSAN PENGAMBILAN PELAJAR :
KAJIAN TERHADAP KEPUASAN PELAJAR BAHARU TERHADAP PROSES
PENDAFTARAN PELAJAR SEBELUM DAN SEMASA PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Rozilawati Mat Nor
Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
Abstrak
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mendapat maklum balas berhubung keseluruhan proses
pendaftaran pelajar baharu sebelum dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP). Maklumat ini adalah penting untuk mengenalpasti perlaksanaan pendaftaran pelajar
baharu dapat memenuhi kehendak pelanggan di samping mengenalpasti ruang penambahbaikan
yang perlu. Sebelum PKPP pelajar baharu yang melapor diri akan datang bersama ahli
keluarga yang tidak dihadkan bilangannya. Pelajar juga boleh melapor diri walaupun suhu
badan melebihi 37.5°c. Namun begitu selepas perintah PKPP dilaksanakan. Pendaftaran pelajar
baharu perlu mengikut Garis Panduan Pengurusan Pengoperasian Institusi Semasa Dan Pasca
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Wabak Covid-19 Bagi Politeknik Dan Kolej Komuniti. Di
dalam garis panduan tersebut, bilangan ahli keluarga pelajar yang mendaftar dihadkan kepada
dua orang sahaja. Pelajar juga akan melalui proses saringan suhu, yang mana jika suhu badan
melebihi 37.5°c pelajar tidak dibenarkan untuk melapor diri. Penjarakkan sosial sebanyak satu
(1) meter juga perlu dikekalkan sepanjang tempoh pendaftaran. Proses ini sedikit sebanyak akan
menyebabkan ketidakselesaan kepada pelajar. Jika ini berlaku adakah akan menggangu proses
pendaftaran?. Bilangan responden yang menjawab borang soal selidik semasa PKPP (Sesi Jun
2020) adalah seramai 89 orang pelajar. Manakala bilangan responden yang menjawab borang
soal selidik sebelum PKPP (Sesi Disember 2019) adalah seramai 51 orang pelajar. Sebanyak 11
soalan yang perlu dijawab. Skop soalan adalah berkenaan borang-borang pendaftaran yang
terdapat di dalam fail sama ada mudah difahami atau tidak. Soalan berikutnya adalah
berkenaan kaunter-kaunter yang akan dilalui oleh pelajar. Kaunter-kaunter tersebut adalah
semakan dokumen, bayaran yuran pengajian, bayaran pelbagai dan kaunter kad pelajar
sementara. Soalan seterusnya adalah berkenaan layanan urusetia,kemudahan tempat duduk
untuk menunggu, tempoh pendaftaran serta kelancaran keseluruhan proses pendaftaran. Hasil
dapatan kajian, proses pendaftaran pelajar sebelum dan semasa PKPP adalah cemerlang
kerana semua soalan mendapat skor setuju 88% sehingga 90 % dan ke atas. Ini menunjukkan
pelajar tetap berpuas hati walaupun perlu melalui beberapa saringan bagi mematuhi garis
panduan yang telah ditetapkan. Namun begitu, terdapat beberapa langkah penambahbaikan
perlu diambil terutama bagi proses semakan dokumen di kaunter semakan. Langkah
penambahbaikan tersebut adalah dengan menyatakan arahan pelajar perlu menyusun dokumen
pendaftaran mengikut senarai semak yang terdapat di dalam Buku Panduan Pendaftaran yang
diterima oleh pelajar bersama surat tawaran. Selain itu, petugas di kaunter pertanyaan juga
perlu mengingatkan pelajar agar menyusun dokumen pendaftaran sebelum melalui proses
pendaftaran.
Kata Kunci : PKPP, saringan, pelajar baharu
Pengenalan
Kepuasan pelanggan merupakan suatu tahap dimana kehendak, keinginan dan harapan
pelanggan dapat dipenuhi yang menyebabkan terjadinya ulangan pembelian atau
kesetiaan yang berlanjutan terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
sesebuah organisasi (Band, 1991). Kepuasan pelanggan boleh diukur dalam dua cara
iaitu sejurus selepas penggunaan produk atau perkhidmatan buat pertama kali dan
117
selepas beberapa kali penggunaan produk atau perkhidmatan (Fornell dan rakan, 1996).
Kepuasan bagi setiap pelanggan adalah amat penting kerana ia menggambarkan sesuatu
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesuatu organisasi itu berkualiti dan
dapat bertahan di pasaran.
Rajah 1 : Model Hubungan Antara Faktor-Faktor Kepuasan Pelanggan
Ukuran kepada kepuasan pelanggan melibatkan proses kognitif dan afektif yang
dipengaruhi oleh elemen psikologikal dan fisiologikal (Oh dan Park, 1997). Zeithmal dan
Bitner (1996) pula mengemukakan bahawa kepuasan pelanggan bukan sekadar penilaian
terhadap kualiti perkhidmatan sahaja tetapi ianya lebih luas dengan mencakupi faktor-
faktor lain seperti kualiti produk, harga, situasi dan peribadi pelanggan (rujuk Rajah 1).
Satu bahagian utama yang menekankan perkhidmatan berkualiti adalah di
bahagian kaunter. Kaunter merupakan barisan hadapan di dalam sebuah organisasi yang
memberikan perkhidmatan. Pegawai-pegawai akan berinteraksi secara langsung dengan
orang awam di bahagian ini. Ia adalah bahagian utama dan mula-mula sekali ditempohi
oleh pelanggan. Oleh kerana pandangan pertama pelanggan adalah penting, perkhimatan
kaunter haruslah mempunyai kualiti. Menurut Kallo dan Koltai (2010), dalam
perkhidmatan, menunggu memberi impak yang besar pada perkhidmatan dan kepuasan
pelanggan.
Pada hari pendaftaran pelajar baharu di Kolej Komuniti Kuantan, beberapa
kuanter dibuka bagi tujuan pendaftaran pelajar. Antara kaunter yang dibuka adalah,
kaunter semakan, kaunter yuran pengajian, kaunter bayaran pelbagai, kuanter bantuan
kewangan, kaunter pendaftaran CCMS (Community College Management System) dan
kaunter rumah sewa. Mengikut takwim tahun 2020 yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan
Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti bertarikh 14 Januari 2020, pendaftaran Pelajar
Baharu bagi Sesi Jun 2020 adalah pada 22 Jun 2020. Namun begitu tarikh tersebut
ditunda ke tarikh 3 Ogos 2020 sehingga 6 Ogos 2020. Ini adalah berikutan Coronavirus
atau nama umumnya Covid-19 menyerang seluruh negara bermula Disember 2019.
Mengikut Garis Panduan Pengurusan Pengoperasian Institusi Semasa Dan Pasca Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) Wabak Covid-19 Bagi Politeknik Dan Kolej Komuniti yang
dikeluarkan pada 30 Jun 2020, Politeknik dan Kolej Komuniti perlu membuat
perancangan yang teliti dan memastikan urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu
dibuat secara berperingkat bagi memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada satu-
satu masa.
Soal selidik proses pendaftaran pelajar baharu Jun 2020 semasa Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kolej Komuniti Kuantan telah dijalankan
pada hari pertama pelajar melapor diri iaitu pada 4 sehingga 6 Ogos 2020 mengikut
kursus yang ditawarkan. Manakala soal selidik proses pendaftaran pelajar baharu
Disember 2019 sebelum PKPP di Kolej Komuniti Kuantan telah dijalankan pada hari
pertama pelajar melapor diri iaitu pada 4 Disember 2019. Tujuan soal selidik ini
118
dijalankan untuk mendapatkan maklum balas berhubung keseluruhan proses pendaftaran
pelajar baharu. Maklumat ini adalah penting untuk mengenalpasti perlaksanaan
pendaftaran pelajar baharu dapat memenuhi kehendak pelanggan di samping
mengenalpasti ruang penambahbaikan yang perlu.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:
i. Kepuasan pelajar terhadap keseluruhan proses pendaftaran pelajar baharu
sebelum dan semasa PKPP
Metodologi
Untuk membuat kajian ini penulis telah menggunakan Borang Soal Selidik Proses
Pendaftaran Pelajar yang terkandung dalam Garis Panduan Pengambilan Pelajar Kolej
Komuniti Edisi 9 Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti 2019. Borang soal
selidik ini menggunakan skala Likert yang diberikan nombor 1,2,3, 4 dan 5. Nombor 1
bermaksud pelajar amat tidak setuju, manakala nombor 2 bermaksud pelajar tidak setuju,
nombor 3 bermaksud pelajar tidak pasti, manakala nombor 4 bermaksud pelajar setuju,
seterusnya nombor 5 pelajar amat setuju.
Borang soal selidik diagihkan kepada pelajar baharu yang mendaftar. Bilangan
responden yang menjawab borang soal selidik semasa PKPP (Sesi Jun 2020) adalah
seramai 89 orang pelajar. Manakala bilangan responden yang menjawab borang soal
selidik sebelum PKPP (Sesi Disember 2019) adalah seramai 51 orang pelajar
Borang Kaji Selidik
Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi dua bahagian utama iaitu, bahagian A
dan bahagian B. Bahagian A merupakan soalan yang merangkumi maklumat asas sampel
manakala bahagian B pula mengandungi soalan berkaitan tahap kepuasan pelanggan
terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan ketika pendaftaran pelajar berlangsung.
Skala Likert biasanya dibina dalam bentuk skala berperingkat dan digunakan secara
meluas dalam kajian yang menggunakan skala persetujuan. Ia mengandungi lima
peringkat iaitu sangat setuju, tidak setuju, sangat tidak setuju, setuju dan tidak pasti.
Dengan beranggapan bahawa maklumbalas kepada setiap pernyataan mempunyai kaitan,
pengkaji boleh meletakkan nilai skala iaitu 1 hingga 5 (Majid 2000).
Jadual 1: Jadual skor pemeringkatan
Skor Peringkat
1 Amat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Amat setuju
Jadual 2 : Tahap skor min
Skor Min Tahap
1.00-1.99 Rendah
2.00-2.99 Sederhana
3.00-4.00 Tinggi
119
Analisis Data
Jadual 3: Proses Pendaftaran Pelajar Baharu
Jumlah Jumlah
Peratusan bagi
Peratusan bagi Skor Sesi Jun
2020 (Semasa
Skor Sesi
PKPP)
Bil. Kriteria Penilaian Disember 2019 1, 2 & 4 & 5
3 (%) (%)
(Sebelum 4.76 95.24
PKPP) 6.35 93.65
1, 2 & 4 & 5 7.94 92.06
3 (%) (%)
1.59 98.41
1 Arahan di dalam Buku Panduan 11.8 88.2 3.17 96.83
Pendaftaran KK adalah mudah difahami 9.8 90.2 3.17 96.83
1.59 98.41
Borang-borang pendaftaran yang terdapat 9.8 90.2 1.59 98.41
2 di dalam Buku Panduan Pendaftaran KK 5.9 94.1
5.9 94.1 3.17 96.83
mudah difahami dan dilengkapkan 7.8 92.2
7.8 92.2 4.76 95.24
Proses semakan dokumen di Kaunter 0 100
3 Semakan Membantu pelajar mengenalpasti 7.8 92.2 1.59 98.41
7.8 92.2
dokumen yang tidak lengkap
4 Urusan pembayaran yuran pengajian
berjalan lancar
5 Urusan bayaran pendaftaran koperasi
berjalan dengan lancar
6 Urusan pembayaran insurans dan yuran
hari suai kenal berjalan dengan lancar
7 Proses pemberian kad pelajar sementara
berjalan dengan lancar
8 Urusetia pendaftaran banyak membantu
dan memberi layanan yang baik
Tempat duduk yang disediakan untuk
9 menunggu semasa prsews pendaftaran
adalah mencukupi
10 Tempoh yang diambil untuk proses
pendafataran adalah memuaskan
11 Keseluruhan proses pendaftaran pelajar 3.9 96.1
adalah terkawal dan berjalan lancar
Pada keseluruhannya, semasa PKPP pelajar-pelajar mempunyai pendapat positif
terhadap proses pendaftaran di Kolej Komuniti Kuantan. Proses yang menerima respon
tertinggi ialah pada bahagian soalan 4,7,8 dan 11 iaitu 98.41% setuju. Manakala sebelum
PKPP, proses yang menerima respon tertinggi ialah pada bahagian Soalan 8 iaitu urusetia
pendaftaran banyak membantu dan memberi layanan yang baik, mendapat skor 100%
setuju. Pada bahagian soalan 11 (Keseluruhan proses pendaftaran pelajar adalah terkawal
dan berjalan lancar) sebanyak 96.1% menyatakan bersetuju.
120
Rumusan
Kesimpulannya proses pendaftaran pelajar sebelum dan semasa PKPP adalah cemerlang
kerana semua soalan mendapat skor setuju 88% sehingga 90 % dan ke atas. Ini
menunjukkan pelajar tetap berpuas hati walaupun perlu melalui beberapa saringan bagi
mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pengoperasian Institusi Semasa Dan Pasca
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Wabak Covid-19 Bagi Politeknik Dan Kolej
Komuniti.
Cadangan Penambahbaikan
Hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan, terdapat beberapa langkah
penambahbaikan perlu diambil terutama bagi proses semakan dokumen di kaunter
semakan. Langkah penambahbaikan tersebut adalah dengan menyatakan arahan pelajar
perlu menyusun dokumen pendaftaran mengikut senarai semak yang terdapat di dalam
Buku Panduan Pendaftaran yang diterima oleh pelajar bersama surat tawaran. Selain itu,
petugas di kaunter pertanyaan juga perlu mengingatkan pelajar agar menyusun dokumen
pendaftaran sebelum melalui proses pendaftaran.
Wabak korona virus ini masih belum diketahui bila pengakhirannya. Oleh itu,
sebagai cadangan mengekang penularan wabak ini, pendaftaran pelajar baharu boleh
dilakukan secara maya (online). Ini membolehkan pelajar yang berada di kawasan yang
diistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh meneruskan
pengajian seperti pelajar-pelajar lain.
Rujukan
A.Ashraf,M.& Ibrahim,Y.(2009). Quality Education Management at Private Universities
in Bangladesh: An Exploratory Study.Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 24, ms 17-
32
Garis Panduan Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti Edisi 9 Jabatan Pengajian Politeknik
dan Kolej Komuniti 2019
Garis Panduan Pengurusan Pengoperasian Institusi Semasa Dan Pasca Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Wabak Covid-19 Bagi Politeknik Dan Kolej Komuniti
(JPPKK.BGK.600-1/1/1(50))
Gotzami, K.D. & Tsiotras G.D.,(2002). The True Motives behind ISO 9000 Certification:
Their Effect on the Overall Certification Benefits and the Long Term Contribution
Towards TQM. International Juornal of Quality & Reliability mangement. 19(2):
151-169
Kallo, N.& Koltai, T.(2010). Optimization of Express Line Performance: Numerical
Examination and Management Considerations. Springer Science+ Business Media,
0(0). Dicapai pada Februari 12,2010 dari: 10.1007/s11081-008-9053-3
Mustafa, Z.et al(2007). Pengelasan Atribut Kualiti bagi Meningkatkan Kepuasan
Pelanggan. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis,3(1),ms.149-159
Takwim Pengurusan Ambilan Pelajar Politeknik Dan Kolej Komuniti Tahun 2020
(JPPKK.BAPP.800-2/2/2(5))
121
TRANFORMASI DIGITAL KAEDAH PROMOSI DAN PENGAMBILAN
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI, JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN
KOLEJ KOMUNITI (APLIKASI D’CCU)
Norolizah Abu Hassan, Normazlina Othman, Noor Ajuma Mat Hassan
Kolej Komuniti Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Abstrak
Aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan carian kolej komuniti bagi setiap negeri di seluruh
Malaysia dan carian program yang terdapat di setiap kolej komuniti. Aplikasi ini digunakan
untuk tujuan promosi yang sering dilakukan sepanjang tahun dan membantu bakal pelajar
mencari program yang diminati sebelum membuat permohonan. Objektif penghasilan aplikasi
ini adalah bertujuan memudahkan carian bagi semua program yang ditawarkan di Kolej
Komuniti seluruh Malaysia. Penghasilan aplikasi ini tidak mengambil masa yang lama untuk
dihasilkan serta masa carian adalah sangat cepat. Hal ini memudahkan dari segi carian
program dan negeri yang membantu untuk dikomersialkan secara meluas dan memberi impak
yang tinggi dalam promosi di kolej komuniti. Aplikasi D’CC U yang dilaksanakan dengan
mewujudkan antaramuka yang mudah difahami dan kelajuan untuk mencapai maklumat yang
diperlukan. Aplikasi ini adalah lebih baik berbanding carian yang buat di buku promosi yang
dibekalkan oleh pihak ibu pejabat dan ianya boleh dimuat turun di telefon bimbit untuk tujuan
promosi. Bagi mempertingkatkan lagi aplikasi ini adalah dicadangkan dengan meningkatkan
lagi maklumat yang terdapat di aplikasi D’CC U ini. Penerimaan yang baik daripada pengguna
terhadap aplikasi ini terutama dari segi antaramuka, capaian dan isi kandungannya
menunjukkan bahawa Aplikasi D’CC U ini sangat berpotensi untuk disebarluaskan.
Kata Kunci : Capaian, Promosi, Antaramuka, Aplikasi, Maklumat
Pengenalan
Trasnformasi Digital Dalam Kaedah Promosi Dan Pengambilan Pelajar
Dalam dunia pasca pandemik Covid-19 ini, pelbagai norma baharu telah diamalkan bagi
memastikan keselamatan setiap individu disamping sebagai satu langkah untuk kita
melawan virus ini dari terus berlanjutan. Tidak dinafikan, situasi pandemik Covid-19
pada hari ini telah memberi kesan kepada keseluruhan sektor di negara kita termasuk
sektor di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Di Kolej Komuniti seluruh Malaysia,
ambilan pelajar baharu akan berlaku setiap tahun dan ambilan pelajar tetap diteruskan
dalam situasi pandemik ini dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Bagi tujuan
memenuhi bilangan enrolmen setiap kursus yang ditawarkan, sudah pasti usaha untuk
mempromosikan program dan kolej komuniti perlu diteruskan.
Seperti yang umum sedia maklum, transformasi digital adalah perlaksanaan
penggunaan teknologi digital yang memberi perubahan kepada cara sesuatu perniagaan
beroperasi terutamanya yang melibatkan perkhidmatan pelanggan. Di Malaysia,
penggunaan kaedah promosi secara digital sangat sesuai dilaksanakan. Merujuk kepada
salah satu laporan Digital in 2018 Essential Insights into Internet, Social Media, Mobile
dan Ecommerce use around the world (Kemp, 2018) yang dikeluarkan oleh laman web
We Are Social, terdapat peningkatan jumlah pengguna internet di negara ini iaitu
sebanyak 79 % daripada penduduk Malaysia iaitu berjumlah hampir 25.08 juta
pengguna. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 75 % pengguna telah memperuntukkan
masa selama 3 jam sehari bagi melayari laman sosial. Penggunaan laman sosial juga
122
menunjukkan peningkatan di peringkat global di mana ia telah mencecah seramai 3.196
bilion pengguna iaitu meningkat 13% berbanding daripada tahun sebelumnya. Selain itu,
pengguna media sosial secara mudah alih pula meningkat 14 % berbanding tahun lepas
kepada 2.958 bilion pengguna dimana hampir 93% daripada pengguna tersebut melayari
laman sosial dengan menggunakan telefon pintar mereka.
Aplikasi D’CCU Di Dalam Promosi Pengambilan Pelajar
Sebagai satu usaha untuk menjayakan transformasi digital di negara ini, barisan pegawai
dan pensyarah daripada Kolej Komuniti Kuala Pilah telah bergabung idea dan tenaga
untuk menghasilkan satu “Kit Promosi Digital” dalam bentuk aplikasi peranti mudah
alih.
Aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan carian kolej komuniti bagi setiap negeri di
seluruh Malaysia dan carian program yang terdapat di setiap kolej komuniti. Aplikasi ini
digunakan untuk tujuan promosi yang sering dilakukan sepanjang tahun dan membantu
bakal pelajar mencari program yang diminati sebelum membuat permohonan.
Objektif penghasilan aplikasi ini adalah bertujuan memudahkan carian bagi
semua program yang ditawarkan di kolej komuniti seluruh Malaysia. Penghasilan
aplikasi ini tidak mengambil masa yang lama untuk dihasilkan serta masa carian adalah
sangat cepat. Hal ini memudahkan dari segi carian program dan negeri yang membantu
untuk dikomersialkan secara meluas dan memberi impak yang tinggi dalam promosi di
kolej komuniti.
Aplikasi D’CC U yang dilaksanakan dengan mewujudkan antaramuka yang
mudah difahami dan kelajuan untuk mencapai maklumat yang diperlukan. Aplikasi ini
adalah lebih baik berbanding carian yang buat di buku promosi yang dibekalkan oleh
pihak ibu pejabat dan ianya boleh dimuat turun di telefon bimbit untuk tujuan promosi.
Bagi mempertingkatkan lagi aplikasi ini adalah dicadangkan dengan
meningkatkan lagi maklumat yang terdapat di aplikasi D’CC U ini. Penerimaan yang
baik daripada pengguna berdasarkan maklumbalas secara rawak yang diperolehi sewaktu
promosi dijalankan terhadap aplikasi ini terutama dari segi antaramuka, capaian dan isi
kandungannya menunjukkan bahawa Aplikasi D’CC U ini sangat berpotensi untuk
disebar luaskan.
Pernyataan Masalah
Hasil dapatan daripada pegawai pengambilan ,sewaktu promosi dijalankan masalah yang
sering timbul adalah keterbatasan maklumat berkaitan dengan senarai program yang
ditawarkan di kolej-kolej seluruh Malaysia. Kebiasaannya kit promosi yang dibawa lebih
menumpukan kawasan negeri atau zon kolej masing-masing. Kebanyakan bakal pelajar
kerap mengajukan pertanyaan berkaitan program yang ditawarkan oleh kolej komuniti
secara umum. Pihak kolej akan tercari-cari maklumat berkenaan dan hanya akan
menyebut maklumat yang diketahui oleh individu itu sahaja.
Selain daripada itu, sebelum kewujudkan aplikasi ini kit kemasukan atau promosi
kolej komuniti di Malaysia, kebiasaannya hanya disediakan dalam bentuk cetakan
(hardcopy). Ini akan menimbulkan kesukaran sekiranya kit ini tertinggal dan banyak
cetakan perlu dibuat untuk memenuhi banyak aktiviti promosi . Aplikasi ini juga lebih
mesra pengguna kerana semua maklumat berkaitan program yang ditawarkan beserta
maklumat kolej yang menawarkan boleh diakses pada satu pangkalan data yang berpusat .
Pengguna tidak perlu melayari banyak laman sesawang bagi mendapatkan maklumat
berkaitan program di kolej komuniti seluruh Malaysia.
123
Ciri – Ciri Aplikasi D’CCU
Kemajuan dalam teknologi peranti mudah alih semakin meningkat dari semasa ke
semasa. Kebanyakan aplikasi komputer dan juga perlaksanaan proses secara manual telah
ditransformasi secara aplikasi peranti mudah alih selari dengan peningkatan pengguna
peranti mudah alih diseluruh dunia. Sejajar dengan perkembangan teknologi peranti
mudah alih, satu aplikasi peranti mudah alih telah dibangunkan bagi kegunaan semua
unit promosi kolej komuniti Malaysia dengan menggunakan peranti mudah alih bagi
platform Android.
Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Thunkable dan Google
Site bagi membuat rekabentuk UI/UX dan dihubungkan ke pangkalan data Google Drive
bagi menerapkan penggunaan cloud computing di dalam pengumpulan data unit ini.
Aplikasi ini menyediakan 3 menu ringkas di mana menu-menu ini terdiri daripada:
i. Menu Utama memaparkan butang Negeri dan Kluster
ii. Menu Negeri akan memaparkan semua negeri yang terdapat kolej komuniti di
Malaysia.
iii. Menu Kluster memaparkan semua kluster yang terdapat kolej komuniti di mana
menu ini mengandungi 9 kluster bagi memaparkan 66 program diploma, sijil dan sijil
asas.
Aplikasi ini turut memaparkan video pendek berkenaan program secara secara
keseluruhan tanpa mengikut kolej masing-masing dan ini telah memudahkan pengguna
tanpa membuat carian di lama sesawang yang lain.
Cara Penggunaan Aplikasi D’CCU
Secara umum, aplikasi ini terdiri daripada 2 modul utama iaitu, modul KLUSTER dan
modul NEGERI. Menerusi modul KLUSTER pengguna dapat mencari maklumat
mengikut program yang diminati oleh mereka. Menu ini akan memaparkan kluster yang
menyenaraikan program dan program yang ditawarkan mengikut kluster dimana ia
mengandungi video tentang program, senarai kolej komuniti yang menawarkan program
berkenaan.
Bagi Modul NEGERI, pengguna boleh memilih negeri bagi melihat program
yang ditawarkan oleh negeri dan kolej komuniti yang dikehendaki. Di setiap menu
negeri akan terpapar nama kolej, video korporat kolej, alamat, no telefon, nombor fax
dan senarai program yang dilaksanakan di kolej berkenaan.
124
Gambarajah Aplikasi D’CCU
Gambarajah di bawah menunjukkan antaramuka aplikasi Kit Promosi Digital (D’ CC U)
dan menu-menu berkaitan.
Rajah 1: Antaramuka Aplikasi d’CC U
Rajah 2: Menu Utama
Rajah 3: Sub menu KLUSTER
125
Rajah 4: Sub menu NEGERI
Impak Penggunaan Aplikasi D’CCU
Kit Promosi Digital (D’ CC U) ini sangat mudah dicapai , menggunakan antaramuka
yang mudah difahami oleh pengguna, capaian boleh dibuat secara online ataupun offline
, mengandungi video yang menerangkan tentang program beserta syarat-syarat
kemasukan serta maklumat setiap kolej komuniti dalam bentuk video dan tulisan dan
tiada kos yang diperuntukan untuk membangunkan aplikasi ini.
Di antara kelebihan dan kebaikan penggunaan aplikasi ini adalah:
i. Pengurangan kos dari segi penggunaan kertas dalam pengagihan Kit Pengambilan
ke setiap kolej untuk tujuan promosi.
ii. Semua maklumat disimpan secara cloud computing di mana data disimpan di dalam
perisian Google Drive dan dapat diakses secara mudah bagi tujuan pengumpulan
dan manipulasi data.
iii. Bakal pelajar dan orang awam dapat mengakses aplikasi ini pada bila-bila masa dan
dimana-mana sahaja kerana aplikasi ini dibangunkan bagi kegunaan peranti mudah
alih Android.
iv. Aplikasi ini dapat digunakan oleh semua kolej yang menjalankan program di kolej
komuniti dan tidak terhad kepada Kolej Komuniti Kuala Pilah sahaja.
Cadangan Penambahbaikan
Beberapa cadangan telah dipertimbangkan bagi meningkatkan lagi keupayaan dan
penggunaan aplikasi ini
i. Memperluaskan penggunaan aplikasi ini kepada pengguna IOS dimana aplikasi ini
akan dibangunkan di dalam persekitaran IOS.
ii. Menambahkan lebih banyak elemen interaktif di dalam aplikasi ini terutamanya
meletakkan menu maklumat tambahan berkenaan kolej komuniti.
iii. Menaiktaraf aplikasi ini di mana pengguna dapat berhubung secara interaktif
dengan pihak kolej berkaitan dengan program yang ingin di pohon.
126
Kesimpulan
Kesimpulannya integrasi teknologi dan kaedah promosi digital yang lebih mendalam
mampu membantu menjadikan aktiviti promosi lebih mudah diakses dan lebih saksama
selepas berakhirnya COVID-19 nanti. Usaha sama semua pihak diperlukan untuk
memastikan usaha ini dapat memberikan impak kepada peningkatan enrolmen pelajar
kolej komuniti. Salah satu iktibar sekatan pergerakan musim pandemik ini, maka telah
tercetusnya idea untuk menghasilkan satu kaedah transformasi digital kaedah promosi
yang boleh disebarluas dan diguna pakai di setiap kolej komuniti seluruh Malaysia.
Teknologi tidak akan menyelesaikan semua cabaran yang dihadapi pada hari ini, namun
ia mampu menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh segenap lapisan masyarakat
127
KAJIAN KEBERKESANAN PROJEK PERINTIS KESEDIAAN BEKERJA
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI GERIK SEBELUM MEMASUKI PASARAN
KERJA DAN TAHAP PELAJAR SEBELUM MEMASUKI LATIHAN INDUSTRI
DI BAWAH PROJEK I-WORK BRITISH COUNCIL MALAYSIA
Zainordin Zhafran Zulkefli, Santhana Julias Henry, Ahmad Rizal Omar
Kolej Komuniti Gerik, Perak
Abstrak
Kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan Pilot Projek Kesediaan Bekerja pelajar kolej
komuniti Gerik sebelum memasuki pasaran pekerjaan dan tahap kesediaan pelajar sebelum
memasuki latihan industri.Projek dan ini adalah dibawah program I-WORK dibawah tajaan
British Council Malaysia. Data untuk kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang dibuat
melalui penglibatan pelajar yang terlibat dalam pilot projek ini iaitu 15 orang pelajar dan 5
pihak industri dan dianalisis menggunakan SPSS 20. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan
menggunakan kaedah alfa Cronbach yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.947. Hasil
kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dan peningkatan pelajar dengan majikan
terhadap tahap kesediaan ke alam pekerjaan. Didapati bahawa melalui pilot projek kesediaan
bekerja ini tahap persediaan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan adalah lebih baik
berbanding dengan sebelum pelaksanaan pilot projek ini.
Kata Kunci: kesediaan; pilot projek kesediaan bekerja
Pengenalan
Kolej Komuniti Gerik telah dipilih melalui proposal kajian Pilot Projek Kesediaan
Bekerja (Work Readiness Pilot Project) dibawah British Council dengan penglibatan
lima (5) kementerian dan diwakili oleh institusi pengajian iaitu kementerian telah terlibat
dalam menjayakan kajian dan pilot projek berdasarkan keperluan dan latarbelakang
kedudukan institusi bagi memantapkan kebolehpasaran graduan serta hubungan dengan
industri.
Improving work opportunities for young people in the commonwealth (i-work)
objektif projek ini adalah untuk meningkatkan prospek pekerjaan orang muda, termasuk
mereka dari latar belakang yang kurang bernasib baik, merintis dan memperkenalkan
pendekatan baru untuk pengembangan kemahiran yang dipimpin oleh majikan. Dengan
mempromosikan amalan baik, perkongsian dan pembelajaran bersama negara anggota.
Projek ini akan dilaksanakan di empat negara ODA, Ghana, India, Malaysia dan Afrika
Selatan, tetapi akan menyebarkan pelajaran dan mempraktikkan inovasi di seluruh
negara Komanwel.Projek ini adalah sepenuhnya dibawah tajaan British Council dengan
setiap institusi yang terpilih akan dipadankan bersama kluster dan hos. Kolej Komuniti
Gerik berada dibawah Kluster Kebolehpasaran yang diketuai oleh Isle of Wight College
United Kingdom, Northlink College South Africa, 2ND Image International Skills College
Ghana dan Gram Tarang Employability Training Service Pvt.ltd Indian.
Melalui projek ini, penyelidik telah diberi peluang untuk lawatan kerja di
Nortlink College South Africa dan Isle Of Wight UK dan berpeluang terlibat dalam
bengkel perbincangan praktis terbaik yang diamalkan di dalam institusi pengajian TVET
di antara negara terlibat serta bertukar pandangan sebelum pilot projek ini dijalankan.
Pendidikan TVET telah memasuki era baru yang mencabar di mana kehadiran revolusi
128
industri 4.0 memberikan impak positif terhadap kebolehpasaran dan tahap kesediaan
bekerja graduan.Oleh itu, ternyata amat penting untuk memastikan negara sentiasa
bersedia untuk melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri kesediaan bekerja yang
lengkap dan kukuh sejajar dengan Malaysian Education Blueprint 2015-2025 core 4:
Quality Technical and Vocational Education and Training (TVET).
Graduates and Polytechnic and Community College Strategic Plan 2018-2025
core 1: Industry driven TVET Curriculum serta melalui lonjakan tranformasi TVET
adalah untuk melatih dan meningkatkan tenaga mahir tempatan secara berterusan bagi
menjadikan mereka berdaya saing dan memiliki pekerjaan serta pendapatan lumayan dan
taraf hidup yang lebih baik.Kerajaan berhasrat untuk melatih 300,000 rakyat Malaysia
sehingga menjelang 2025 melalui program dan latihan yang dilaksanakan di Institusi
TVET.Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya kemahiran yang ditawarkan di
Kolej Komuniti. Di sini, kita dapat melihat bahawa ia selaras dengan pelan pemerkasaan
TVET dan meningkatkan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti terutamanya melalui
Pilot Projek Kesediaan Bekerja Graduan yang dilaksanakan.Objektif projek ini adalah
untuk memperkasakan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan disamping
merapatkan hubungan industri.
Pernyataan Masalah
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengadakan pelbagai inisiatif bagi
memastikan usaha memperkasakan TVET selari dengan peredaran industri.Pelbagai
program telah dilaksanakan termasuk pendekatan industri dan akademik bagi tujuan
untuk meningkatkan hubungan bersama industri, institusi TVET perlu bersama industri.
Adalah menjadi persoalan sejauh manakah pendekatan KPT ini dapat
memastikan Kolej Komuniti terus relevan dengan peredaran industri dan mampu
meningkatkan kebolehpasaran graduan.Melalui perkongsian ,pertukaran pendapat dan
tatatertib yang memuaskan sewaktu lawatan kerja ke 2 buah negara telah memberikan
satu kesimpulan iaitu selagi mana graduan itu sendiri tidak mempunyai usaha atau
kesediaan bekerja maka pendekatan yang dilaksanakan ini tidak akan berhasil
sepenuhnya.Graduan perlu memastikan tekad dan azam diri sendiri sudah bersedia untuk
memasuki alam pekerjaan serta mempunyai ilmu kemahiran yang cukup disamping
berdisiplin sewaktu bekerja juga diperlukan oleh setiap industri.Sijil yang diperoleh
belum tentu menjamin sebarang pekerjaan dan masih belum mampu meyakinkan
majikan walhal industri memerlukan pekerja yang mempunyai pelbagai
kemahiran.Sehubungan itu, graduan yang memperoleh gred yang tinggi tidak semestinya
memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh pihak industri berkemungkinan tidak dapat
diperoleh melalui pembelajaran teori di dalam kelas.
Kajian keberkesanan Pilot Projek Kesediaan Bekerja Graduan ini sangat penting
kerana ianya dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada institusi seperti Kolej
Komuniti kepada Institusi Pengajian Tinggi serta graduan itu sendiri.Menurut kajian ini,
faktor penting yang akan mempengaruhi peluang pekerjaan adalah tahap kualiti
pendidikan,kesediaan majikan untuk mengambil pekerja,pertumbuhan dan pembangunan
ekonomi Malaysia dan kualiti graduan itu sendiri(Muhammad Hazrul 2012).
Bidang ilmu yang dipelajari,pencapaian akademik,kemahiran insaniah dan faktor
peribadi merupakan faktor-faktor penting kebolehpasaran graduan ahmad et
al(2011).Menurut Nooriah Yusuf et al(2103) menyatakan bahawa kebanyakan graduan
yang keluar daripada Institusi Pengajian Tinggi tidak berupaya memenuhi kehendak
majikan dari segi kemahiran insaniah dan kebolehkerjaan.Ini memberi gambaran Pilot
129
Projek Kesediaan Bekerja Graduan sangat diperlukan bagi mengatasi cabaran pada era
pascamerdeka ini dan dapat membentuk graduan yang selari dengan kehendak industri di
mana pelajar atau graduan ini haruslah melalui pembentukan kesediaan bekerja bukan
hanya sewaktu latihan industri pada akhir tahun malah pada setiap cuti semester para
pelajar.Hal Ini turut memberikan suatu pengalaman dan pembentukan dinamik
pengalaman mempraktikkan kemahiran serta kemahiran insaniah para graduan.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji Keberkesanan Projek Perintis Kesediaan
Bekerja Para Pelajar Kolej Komuniti Gerik 2019 dan mengenalpasti :
i. Adakah terdapat perbezaan kemahiran sebelum dan selepas pelaksanaan projek
perintis.
ii. Apakah perbezaan tahap kesediaan bekerja pelajar sebelum dan selepas projek
perintis.
Persoalan Kajian
i. Apakah perbezaan antara kemahiran sebelum dan selepas pelaksanaan projek
perintis?
ii. Apakah tahap kesediaan bekerja pelajar sebelum dan selepas projek perintis?
Skop Kajian
Kajian ini melibatkan seramai 15 pelajar tahun 1, kursus Sijil Kenderaan Ringan Kolej
Komuniti Gerik (2019) yang telah menghadiri temu duga bagi menyertai Projek Perintis
Kesedian Bekerja di mana 3 pelajar telah ditempatkan ke 5 buah industri yang dipilih
iaitu syarikat Honda di taiping, Syarikat Toyota Service di Taiping, syarikat Proton
service di Taiping, Syarikat Ramli Motor Sdn Bhd di Baling, Kedah dan syarikat Gerik
Tyre di Gerik selama 1 minggu iaitu pada cuti semester pelajar bagi menyelesaikan
kajian ini.
Metadologi Kajian
Kajian ini adalah penyelidikan berbentuk deskriptif dan kuantitatif. Borang soal selidik
telah diedarkan kepada pelajar dan tenaga pengajar yang terlibat dalam Projek Perintis
Kesediaan Bekerja. Sampel kajian adalah melibatkan pelajar tahun pertama di Kolej
Komuniti Gerik yang terlibat dalam Program Projek Perintis Kesediaan Bekerja yang
berjumlah 15 orang dengan pengkhususan Sijil Asas Kenderaan Ringan. Pelajar akan
mengisi soal selidik ini sebelum dan selepas tamat berada di industri selama seminggu
mengikut tempoh pilot projek kesediaan bekerja.Data yang terkumpul adalah hasil
daripada maklum balas daripada respondan soal selidik yang diedarkan kepada
respondan dan jawapan yang diberikan adalah 100% mengikut pendapat responden.
Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji
.Instrumen tersebut juga telah menjalankan kajian rintis dengan bacaan nilai Alpha
Cronbach iaitu 0.889. Soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian utama selain
130
daripada maklumat demografi di Bahagian A, Bahagian B (Kemahiran Pelajar),
Bahagian C (Infrastruktur Di Kolej Komuniti), Bahagian D (Kurikulum) dan Bahagian E
(Tahap Kesediaan Bekerja). Hasil dapatan daripada soal selidik ini dianalisis
menggunakan kaedah Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 23.0.
Data yang telah diperoleh disimpulkan dalam bentuk Min dan
Kekerapan(%).Bagi menerangkan data dengan lebih jelas penyelidik memaparkan data
melalui kaedah jadual dan graf. Mengikut kajian ini, penyelidik telah menetapkan julat
skor min antara 1.00 sehingga 1.49 yang menyatakan tahap yang amat rendah. Manakala,
bagi julat skor min antara 1.50 sehingga 2.49 menandakan tahap yang rendah. Julat skor
min antara 2.50 sehingga 3.49 pula adalah untuk menunjukkan tahap sederhana.
Seterusnya, julat skor min antara 3.50 hingga 4.49 merupakan tahap yang tinggi dan julat
terakhir, iaitu 4.50 sehingga 5.00 mewakili julat tahap yang amat tinggi bagi bacaan skor
min. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian dan para pelajar akan mengisi soal selidik ini sebelum dan
selepas selesai berada di industri selama 1 minggu tempoh pilot projek kesediaan
bekerja.Borang soal selidik merangkumi 10 soalan.
Data daripada soal selidik yang diperoleh akan dianalisa mengunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences versi20(SPSSv20). Data yang diperoleh
ditunjukkan dalam bentuk min dan frekuensi(peratus).Bagi menerangkan data dengan
lebih jelas penyelidik haruslah memaparkan data melalui kaedah jadual dan graf.
Dapatan Kajian
Objektif kajian 1: Mengenalpasti apakah tahap kesediaan bekerja pelajar dan tahap
kemahiran yang dipelajari di Kolej Komuniti Gerik sebelum pelaksanaan projek perintis
kesediaan Bekerja.
Rajah 1: Tahap Kesediaan Bekerja dan tahap Kemahiran sebelum projek perintis
kesediaan bekerja.
Rajah 1 di atas menunjukan bahawa tahap kesediaan bekerja pelajar berada pada tahap
rendah iaitu 2.1 dan tahap kemahiran yang dipelajari juga berada di tahap rendah iaitu
2.24 .
Rajah 2: Tahap Kesediaan Bekerja dan tahap Kemahiran selepas
projek perintis kesediaan bekerja.
131
Rajah 2 di atas menunjukkan bahawa tahap kesediaan bekerja pelajar berada
pada tahap tinggi iaitu 4.1 dan tahap kemahiran yang dipelajari juga berada di tahap
tinggi iaitu 3.9 selepas menyertai pilot projek kesediaan bekerja pelajar.
MEAN
5
4 3.9
3 4.1
2 2.2
1 2.1
0 SKILL
READINESS
PRE TEST POST TEST
Rajah 3: Perbandingan data sebelum dan selepas pelaksanaan pilot projek kesediaan
pelajar.
Berdasarkan Rajah 3 diatas dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat
peningkatan yang jelas sebelum dan selepas pelaksanaan pilot projek kesediaan
pelajar.Ini menunjukkan isyarat perlu dilaksanakan projek ini bagi mendedahkan pelajar
dalam membentuk jati diri dan kemahiran pelajar untuk kesediaan bekerja.
Kesimpulan
Hasil kajian mendapati pelajar yang menyertai pilot projek kesediaan bekerja ini
memberikan isyarat jelas bahawa terdapat peningkatan yang ketara dari segi kesediaan
bekerja pelajar dan juga kemahiran pelajar.Ini adalah kerana melalui pilot projek ini,
pelajar akan mengalami pengalaman berada di industri seawal tahun pertama selaras
merapatkan hubungan silaturrahim bersama industri dan pelajar dapat mengasah
kemahiran yang tidak dapat diperoleh di dalam institusi pengajian disamping pilot projek
ini juga memberikan impak 2 hala iaitu institusi pengajian mengetahui kehendak industri
dan menepati kehendak majikan.
Kolej Komuniti Gerik juga mendapatkan input daripada pihak industri untuk
digunakan dalam memberi pendidikan kepada pelajar agar pembelajaran yang
dilaksanakan selari dengan kehendak industri.Pada zaman yang lebih mencabar ini
adalah perlu pelajar berada selangkah lebih awal bersama industri berbanding hanya
pada tahun akhir untuk menjalani latihan industri kerana pengalaman lebih awal bersama
industri akan memberikan suatu indikator kepada pelajar apakah keperluan, ilmu dan jati
diri yang perlu diterapkan dalam diri setiap graduan untuk majikan mengambil
bekerja.Ini juga akan membantu kepada peratus kebolehpasaran yang lebih tinggi dan
hubungan yang baik bersama industri.Mengikut kajian yang dilaksanakan ini, kami
mendapati bahawa kunci hubungan antara industri dan institusi pengajian adalah melalui
hasil graduan, kerana graduan akan mencerminkan keluaran sesebuah institusi pengajian
itu sendiri.Oleh itu, pilot projek ini akan ditambahbaik dan diteruskan untuk melihat
lebih jauh impak yang berlaku.
132
Penambahbaikan
i. Membuka lebih banyak bidang bagi melihat keberkesanan Pilot Projek Kesediaan
Bekerja di kalangan para pelajar Kolej Komuniti .
ii. Mewujudkan kerjasama dengan industri besar bagi membentuk ruang kerjasama 2
hala yang berterusan.
iii. Memberi ruang masa untuk menyelidik lebih mendalam sehingga pelajar selesai
belajar bagi melihat projek perintis ini secara lebih telus.
Rujukan
Ismail Jusoh. (2012). Quality of Education in Human Capital. Bangi: HALUAN,
Malaysia.
Muhammad Hazrul Ismail. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di
Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan, Prosiding PERKEM ke-7:906-913.
Nooriah Yusof, Zakiah Jamaluddin, & Norain Mat Lazim. (2013). Persepsi pelajar
prasiswazah terhadap kebolehpasaran graduan dan persaingan dalam pasaran
pekerjaan.Jurnal Personalia Pelajar16: 77-92.
Nur Zakiah Hani Kamarolzaman & Masnora Sepikun. (2011).The effectiveness of
teaching among electrical lecturer from not education background. Procedia -
Social and Behavioral Sciences112: 1056-1063.
Shaharuddin Ahmad, Noraziah Ali & Mohd Fauzi Hamzah. (2011). Kebolehpasaran
Graduan UKM: Satu Kajian Perbandingan Antara Graduan Disiplin Sains
dan.Bukan Sains. Jurnal Personalia Pelajar14: 81-90.Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015.
http://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/24
133
EDOC.YURAN : INOVASI SISTEM PENGURUSAN YURAN PENGAJIAN
DI KOLEJ KOMUNITI LEDANG
Rusnani Yahya
Kolej Komuniti Ledang, Johor
Abstrak
eDoc.Yuran merupakan satu sistem atau pun easy tools yang direka menggunakan aplikasi
Microsoft Excel untuk menjadikan proses pengurusan yuran pengajian pelajar lebih terurus dan
sistematik secara tidak langsung dapat memudahkan urusan Pegawai Pengambilan Pelajar
dalam menyediakan dokumen berkaitan. Tujuan eDoc.Yuran dibangunkan adalah bagi
mengatasi masalah yang wujud iaitu Pegawai Pengambilan Pelajar sukar untuk mendapatkan
maklumat berkaitan pelajar yang telah membayar yuran atau pun belum secara menyeluruh
melalui sistem sedia ada iaitu sistem ePelajar dan sistem igfmas. Seterusnya, status pelajar yang
telah menjelaskan yuran pengajian mahu pun menangguh pembayaran hanya boleh diperolehi
secara individu melalui sistem sedia ada dan bukannya secara pukal mengikut kelas dan sesi
semasa. Masalah terakahir adalah proses untuk mengenalpasti pelajar yang menangguh
bayaran yuran pengajian ini akan mengambil masa yang lama untuk dilakukan. Oleh itu, dengan
adanya eDoc.Yuran dapat membantu Pegawai mahupun Penyelaras Pengambilan Pelajar dalam
menyediakan Laporan Pembayaran Yuran Pengajian Pelajar mengikut sesi semasa dalam masa
yang singkat dan menyeluruh tanpa merujuk pada sistem sedia ada.
Kata kunci : eDoc.Yuran, yuran pengajian pelajar
Pengenalan
eDoc.Yuran merupakan satu sistem atau pun easy tools yang direka menggunakan
aplikasi Microsoft Excel untuk menjadikan proses pengurusan yuran pengajian pelajar
lebih terurus dan sistematik secara tidak langsung dapat memudahkan urusan pegawai
pengambilan pelajar dalam mengenalpasti pelajar yang telah menjelaskan yuran
pengajian atau pun belum.eDoc.Yuran juga merupakan satu sistem yang dapat
membantu pegawai pengambilan pelajar dalam mengenalpasti pelajar yang telah
membayar yuran dan pelajar yang masih belum membayar yuran pengajian.eDoc.Yuran
dapat membantu Pegawai Pengambilan Pelajar dalam menyediakan Laporan Pembayaran
Yuran Pengajian Pelajar mengikut sesi semasa dalam masa yang singkat.
Pernyataan Masalah
eDoc.Yuran ini dibangunkan adalah ekoran daripada masalah yang dihadapi oleh
Pegawai Pengambilan Pelajar dan Penasihat Akademik dalam mendapatkan maklumat
berkaitan pembayaran yuran pengajian di kalangan pelajar Kolej Komuniti Ledang.
Masalah yang dihadapi adalah Pegawai Pengambilan Pelajar sukar untuk mendapatkan
maklumat berkaitan pelajar yang telah membayar yuran atau pun belum secara
menyeluruh melalui sistem sedia ada iaitu sistem ePelajar dan sistem igfmas. Seterusnya,
status pelajar yang telah menjelaskan yuran pengajian mahu pun menangguh pembayaran
hanya boleh diperolehi secara individu melalui sistem sedia ada. Masalah terakhir adalah
proses untuk mengenalpasti pelajar yang menangguh bayaran yuran pengajian
mengambil masa yang lama untuk dilakukan. Oleh itu, dengan adanya eDoc.Yuran ini
mampu mengatasi masalah yang berlaku.
134
Objektif
i. Pegawai / Penyelaras Pengambilan Pelajar sukar untuk mendapatkan maklumat
berkaitan pelajar yang telah membayar yuran atau pun belum secara menyeluruh
melalui sistem sedia ada iaitu sistem ePelajar dan sistem igfmas.
ii. Status pelajar yang telah menjelaskan yuran pengajian mahu pun menangguh
pembayaran hanya boleh diperolehi secara individu melalui sistem sedia ada.
iii. Proses untuk mengenalpasti pelajar yang menangguh bayaran yuran pengajian
mengambil masa yang lama untuk dilakukan.
Kaedah Perlaksanaan Inovasi eDoc.Yuran
i. Peringkat 1: Idea Awal
Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Pegawai / Penyelaras Pengambilan Pelajar
dan Penasihat Akademik dalam menyediakan maklumat pembayaran yuran pengajian di
kalangan pelajar.
ii. Peringkat 2: Perbincangan dalam membangunkan aplikasi eDoc.Yuran
Perbincangan dilakukan bersama penyelaras Unit Pengambilan Pelajar yang turut terlibat
dalam membangunkan sistem eDoc.Yuran ini dalam menentukan kaedah penyediaan
eDoc.Yuran, rekabentuk yang ingin dihasilkan dan yang paling penting kesan yang
positif yang bakal diperolehi oleh pengguna eDoc.Yuran ini.
iii. Peringkat 3: Rekabentuk dan pembangunan inovasi eDoc.Yuran
eDoc.Yuran ini dibangunkan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Layout
borang bagi setiap program yang terlibat iaitu program Sijil Pastri, Sijil Pengoperasian
Perniagaan, Sijil Servis Kenderaan Ringan dan Sijil Teknologi Penyejukan dan
Penyamanan Udara direka dan di format. Setiap borang tersebut terdiri daripada petak
nama pelajar, nombor kad pengenalan, nombor kad matrik, nombor resit dan catatan
yang merujuk kepada jumlah yuran pengajian yang telah dibayar. Pelajar yang telah
membayar yuran akan memiliki nombor resit dan jumlah 200 akan dimasukkan ke dalam
petak catatan. Petak akan menjadi warna biru (pop-up) automatik menandakan pelajar
telah membayar yuran. Sekiranya pelajar belum membayar yuran, tiada nombor resit
dikemaskini dan jumlah 0 akan dimasukkan ke dalam petak dan akhirnya warna merah
akan muncul.
iv. Peringkat 4: Pengujian inovasi eDoc.Yuran
Proses ujian penggunaan dilakukan dengan menguji aplikasi eDoc.Yuran tersebut
dengan cuba meminta penyelaras pengambilan pelajar untuk mengisi butiran yang
diperlukan bagi setiap pelajar mengikut program dan sesi semasa. Proses mengisi
maklumat dilakukan selepas pendaftaran pelajar. Maklumbalas yang positif telah pun
diterima daripada penyelaras menyatakan dengan menggunakan eDOc.Yuran ini,
maklumat berkaitan status pembayaran yuran oleh pelajar aktif sesi semasa dapat
diperolehi dengan mudah dan tepat serta secara menyeluruh. Proses untuk mengesan
pelajar yang masih menangguh bayaran adalah sangat mudah. eDoc.Yuran juga sangat
mesra pengguna kerana sangat mudah untuk digunakan oleh semua pengguna.
v. Peringkat 5: Penyediaan Manual Penggunaan eDoc.Yuran
Penyediaan Manual Penggunaan eDoc.Yuran ini bagi memastikan segala arahan
penggunaan eDoc.Yuran di dalam manual dapat membantu pegawai pengambilan pelajar
dan pegawai berkaitan dalam menggunakan eDoc.Yuran . Manual ini dibekalkan kepada
135
pengguna bagi menggunakan aplikasi tersebut.
vi. Peringkat 6: Perlaksanaan eDoc.Yuran
eDoc.Yuran telah pun digunakan oleh Pegawai Pengambilan Pelajar dan Penyelaras Unit
Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti Ledang bermula dari sesi Julai 2018, November
2018, Disember 2018 sehingga kini Jun 2020. Aplikasi ini sangat membantu proses
pengesanan status pelajar yang telah membayar yuran pengajian atau pun yang belum
membayar yuran. Maklumat tersebut dapat dicetak secara pukal mengikut program dan
sesi semasa pelajar. Keadaan ini dapat menjimatkan masa jika dibandingkan dengan
penggunaan sistem ePelajar dan igfmas yang tidak boleh mendapatkan dan mencetak
maklumat secara pukal.
Perbezaan Antara Proses Sebelum Dan Selepas Penggunaan Inovasi eDoc.Yuran
BIL PROSES SEBELUM SELEPAS
1. Pengesanan status Menggunakan Menggunakan eDoc.Yuran
sistem igfmas dan dalam mengesan status pelajar
pembayaran yuran ePelajar dengan yang telah menjelaskan yuran
pengajian pelajar. memasukkan secara pukal.
nombor kad
pengenalan pelajar
secara satu persatu.
BIL. PROSES SEBELUM SELEPAS
2. Penyediaan data Tidak dapat Dapat menyediakan data
berkaitan disediakan berkaitan status pembayaran
3. pembayaran yuran menggunakan sistem yuran mengikut program dengan
pengajian igfmas dan sistem mudah.
mengikut program. ePelajar.
Follow-up pelajar Mengambil masa Tidak mengambil masa yang
tangguh yuran. yang agak lama untuk lama kerana maklumat berkaitan
menyediakan status pembayaran yuran telah
maklumat kerana dikeamskini ketika pendaftaran
pembayaran yuran pelajar tidak kira pelajar baharu
melibatkan tarikh- atau pun lama. Proses follow-up
tarikh yang berbeza dapat dilakukan terus selepas
bergantung kepada tempoh dua (2) minggu tanpa
kesediaan pelajar merujuk kepada sistem igfmas
menyediakan Kiriman dan ePelajar.
Wang.Oleh itu proses
untuk follow-up
kepada pelajar yang
tangguh yuran akan
mengambil masa.
136
BIL. PROSES SEBELUM SELEPAS
4. Pengesanan jumlah Sukar untuk mengesan Mudah dalam mengesan jumlah
yuran hasil jumlah terimaan hasil yuran hasil dengan bilangan
daripada yuran daripada yuran pelajar mendaftar.
pengajian yang pngajian pelajar
diterima seimbang seimbang dengan
dengan jumlah jumlah pelajar
pelajar yang telah mendaftar melalui
mendaftar (pelajar sistem sedia ada.
aktif)
Impak Dan Keberkesanan Inovasi eDoc.Yuran
a) Impak kepada Pegawai Pengambilan Pelajar
Membantu pegawai untuk menyediakan data berkaitan pembayaran yuran
pengajian dengan mudah sekali.
Menjimatkan masa pegawai dalam mencetak maklumat secara pukal
(menyeluruh) tanpa merujuk kepada sistem igfmas dan ePelajar.
Pengesanan pelajar yang menangguh yuran pengajian dapat dilakukan dengan
cepat selepas tempoh 2 minggu pendaftaran.
Proses follow-up dengan penasihat akademik untuk menyampaikan maklumat
kepada pelajar berkaitan dapat dilakukan dengan mudah berdasarkan
maklumat yang telah dikemaskini lebih awal menggunakan eDoc.Yuran.
137
b) Impak kepada penasihat akademik (pensyarah kelas)
Pensyarah kelas lebih mudah untuk follow-up terhadap pelajar masing-
masing berkaitan status pembayaran dalam masa yang singkat jika
dibandingkan sebelum ini, pensyarah kelas diminta untuk membantu
mengesan menggunakan sistem yang sedia ada dengan memasukkn nama
dan kad pengenalan satu demi satu yang menagmbil masa yang lama.
c) Impak kepada Pegawai Kewangan Kolej
Mengurangkan beban kerja pegawai kewangan untuk mengesan pelajar yang
masih belum menjelaskan yuran secara individu dan bukannya pukal.
Gambarajah Inovasi eDoc.Yuran
Rajah 1: Layout Hadapan eDoc.Yuran Rajah 2: Layout setiap borang
eDoc.Yuran
Rajah 3: Layout untuk PRINT borang Rajah 4: Layout print preview
eDoc.Yuran
138
Cadangan Penambahbaikan
eDoc.Yuran ini boleh diperbaiki dari sudut mengimport data pelajar terus dari sistem
ePelajar bagi menjimatkan masa pegawai untuk key-in butiran nama dan yang berkaitan
bagi setiap pelajar pada hari pendaftaran pelajar. eDoc.Yuran dicadangkan agar
digunapakai oleh Pegawai Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti untuk memudahkan
proses pengesanan status pembayaran yuran pengajian pelajar yang telah mendaftar bagi
setiap sesi semasa.
Kesimpulan
eDoc.Yuran merupakan satu sistem atau pun easy tools yang direka menggunakan
aplikasi Microsoft Excel untuk menjadikan proses pengurusan yuran pengajian pelajar
lebih terurus dan sistematik secara tidak langsung dapat memudahkan urusan pegawai
pengambilan pelajar dalam mengenalpasti pelajar yang telah menjelaskan yuran
pengajian atau pun belum. eDoc.Yuran ini juga boleh digunakan sepanjang masa bagi
membantu Pegawai Pengambilan Pelajar, Penasihat Akademik dan Bahagian Kewangan
kolej dalam pengurusan maklumat berkaitan pembayaran yuran pengajian pelajar
program sepenuh masa.
Secara kesimpulannya eDoc.Yuran ini direka dan dibangunkan khas bagi
membantu Pegawai Pengambilan Pelajar dan pegawai berkaitan dalam menyediakan
dokumen berkaitan status pembayaran yuran pengajian pelajar program sijil sepenuh
masa sama ada telah menbayar yuran atau pun belum. Penyediaan dokumen ini dapat
dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak membebankan mana-mana pihak dalam
memastikan pengurusan pembayaran yuran pengajian pelajar dapat dilakukan secara
seratus peratus (100%).
139
Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 6, Galeria PJH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
Tel : 03 8888 3837 Faks : 03 8888 2111
http://ambilan.mypolycc.edu.my