The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_ieda81, 2021-08-09 03:31:15

eDIGEST

eDIGEST

Bahagian B – Faktor-faktor pemilihan program pelancongan dan pengembaraaan
Jadual 2: Data faktor-faktor pemilihan program pelancongan dan pengembaraan

BIL PERNYATAAN SKOR YANG DINILAI

A. FAKTOR MINAT 1 2 3 4
1 Saya minat melancong dan mengembara. Tidak Tidak Setuju Sangat
2 Saya berminat mendalami ilmu pelancongan. Setuju Pasti Setuju

24 (30%) 56 (70%)
2 5 26 47

3 Saya terpengaruh dengan rancangan televisyen berkisarkan 3 14 44 19
bidang pelancongan

4 Saya suka berjumpa dengan orang baru dan tempat baru. 7 40 33

B. FAKTOR PENGARUH IBUBAPA

5 Ibubapa saya membuat keputusan dalam pemilihan program 14 19 31 16
ini

6 Ibubapa saya merasakan program ini sesuai dengan kebolehan 3 22 38 17
saya.

7 Ibubapa saya merasakan program ini menjamin masa depan 4 14 42 20
saya.

8 Ibubapa saya memberi galakan dan sokongan apabila 9 37 34 (42.5%)
memohon program ini. (11.25%) (46.25%)

C. FAKTOR PENGARUH RAKAN SEBAYA 11 26 23 20
9 Ramai rakan-rakan saya memilih program pelancongan. 20 18 20 22
10 Saya dan rakan memohon program yang sama.

11 Kejayaan rakan-rakan saya dalam bidang pelancongan 9 18 24 29
(22.5%) (30%) (36.35%)
mendorong saya memilih program ini. (11.25%)
39 14
12 Rakan saya merasakan program ini sesuai dengan kebolehan 6 21
saya.

D. FAKTOR PROMOSI

13 Saya sangat tertarik dengan aktiviti program pelancongan yang 2 11 39 28
dikongsikan di facebook Kolej Komuniti Tambunan.

14 Saya tertarik dengan penerangan pegawai bertugas yang 3 12 35 30
menerangkan tentang program pelancongan.

15 Saya tertarik dengan maklumat program pelancongan yang 11 32 34 (42.5%)
dikongsi melalui rangkaian media sosial seperti facebook, 3 (3.75%) (13.75%) (40%)
whatsapp,telegram dan wechat.

16 Saya mendapat maklumat mengenai program pelancongan 12 14 37 17
melalui risalah yang diedarkan.

E. FAKTOR KERJAYA

17 Saya bercita-cita untuk bekerja dalam bidang industri 3 (3.75%) 22 55
pelancongan. 8 (27.5%) (68.75%)

18 Pelajar lepasan ini mempunyai pilihan pekerjaan yang baik dan 3 39 30
pendapatan yang lumayan.

19 Program pelancongan memberi peluang kepada saya untuk 2 12 39 27
menjadi usahawan berjaya dalam bidang pelancongan.

20 Program pelancongan memberi persediaan yang cukup kepada 2 5 34 39
saya sebelum melangkah ke alam pekerjaan

42

Perbincangan
Hasil analisis mendapati pelajar yang memilih program pelancongan dan pengembaraan
di Kolej Komuniti Tambunan didorong dengan faktor minat melancong dan mengembara
dengan analisis skor sebanyak 70% pelajar sangat setuju dan 30% pelajar setuju diikuti
dengan minat mendalami ilmu pelancongan, suka berjumpa dengan orang baru dan
tempat baru seterusnya terpengaruh dengan rancangan televisyen berkisarkan bidang
pelancongan.

Faktor dorongan pengaruh ibubapa yang memberi galakan dan sokongan dalam
memilih program pelancongan dikatakan mencapai skor sebanyak 42.5% pelajar sangat
setuju, 46.35% pelajar setuju dan 11.25% pelajar tidak pasti diikuti dengan ibubapa
merasakan program pelancongan ini menjamin masa depan anak mereka, sesuai dengan
kebolehan anak mereka dan ibubapa yang memilih program pelancongan untuk anak
mereka. Dari segi faktor dorongan pengaruh rakan sebaya pula 36.35% pelajar sangat
setuju dan 30% setuju menyatakan mereka tertarik dengan program pelancongan dan
pengembaraan ini melalui kejayaan rakan mereka dalam bidang pelancongan. Ini diikuti
dengan mengikut rakan memohon program yang sama dan merasakan program
pelancongan sesuai dengan kebolehan mereka.

Faktor dorongan promosi menyatakan 42.5% pelajar sangat setuju dan 40%
pelajar setuju mengatakan mereka tertarik dengan maklumat program pelancongan yang
dikongsi melalui rangkaian media sosial seperti facebook, whatsapp, telegram dan
wechat dan hanya 3% pelajar tidak setuju dengan pernyataan ini. Selain itu mereka juga
didorong dengan penerangan pegawai bertugas yang menerangkan program pelancongan
dan tertarik dengan aktiviti program pelancongan yang dikongsikan di facebook Kolej
Komuniti Tambunan serta tertarik melalui risalah yang diedarkan. Faktor dorongan
kerjaya menunjukkan 68.75% pelajar sangat setuju dan 27.5% pelajar setuju menyatakan
mereka memilih program pelancongan dan pengembaraan ini kerana mereka ini bercita-
cita untuk berkerja dalam bidang industri pelancongan.

Kesimpulan Dan Cadangan
Hasil perbincangan dan penilaian analisis kajian yang telah dilakukan, mendapati pelajar
pelancongan dan pengembaraan mempunyai pandangan yang positif terhadap minat
melancong dan mengembara termasuk pengaruh daripada kejayaan rakan-rakan yang
menceburi bidang pelancongan.

Peranan ibu bapa dalam memberikan galakan dan sokongan merupakan faktor
penting dalam menentukan pemilihan program pelancongan dan pengembaraan di Kolej
Komuniti Tambunan di samping kemampuan pelajar dari aspek sosioekonomi. Tanpa
pendedahan maklumat dan promosi yang berkesan dari pihak Kolej Komuniti agak sukar
bagi pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam memilih laluan kerjaya mereka.
Pada masa kini,media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam menarik
perhatian anak muda untuk menceburi bidang pelancongan dan pengembaraan.

43

Rujukan
Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi

pemilihan Kursus Rekaan dan Jahitan di Daerah Muar, Negeri Johor. Journal of
Technical,Vocational & Engineering Education, Volume 4,58-76.
Mohd Rizal Mohd Said dan Rusli Radzi (2008). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Pelajar Memilih Kursus Hospitaliti Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Di
Institut Kemahiran Belia Negara,Peretak. Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi
Malaysia.
Nadzri Bin Mohamad, Abu Othman bin Md. Tap (2002). Keutamaan pemilihan bidang
dan tempat pengajian: pendekatan konjoin kabur, dalam jurnal teknologi
maklumat dan sains kuantitatif. Universiti Teknologi Mara.
Nurdzifazura Binti Dziyauddin, Emyzatul Najlaa’ Binti Roslin (2015). Faktor-faktor
yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong
Tebal,Pulau Pinang.
Syed Arabi Idid (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Dewan
Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

44

KAJIAN KECENDERUNGAN MINAT DAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
SEBAGAI MEDIUM PROMOSI TERHADAP PEMILIHAN GENERASI MUDA

KE POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

Nor Fazilah Soid, Azizah Safie, Mohamad Khairul Mohamad @Alwi

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi

Abstrak

Tidak dapat dinafikan satu fenomena komunikasi di dunia Internet yang semakin popular pada
ketika ini ialah media sosial. Seiring dengan perkembangan teknologi informasi yang
berasaskan internet, peranan media sosial menjadi semakin penting dan ia juga adalah salah
satu faktor yang dapat memberikan efek positif dalam pemilihan generasi muda untuk
menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Medium seperti Facebook, Twitter,
Instagram, YouTube antara medium yang digunakan secara universal dan meluas. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan minat pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti
melalui media sosial (Internet). Satu kajian menggunakan borang soal selidik telah dijalankan
kepada 5,308 pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti, yang berumur antara 18 hingga 24 tahun.
Daripada hasil kajian mendapati bahawa hampir kesemua pelajar Politeknik dan Kolej
Komuniti mempunyai peranti pintar berserta jaringan internet dan juga akaun di media sosial.
Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat membantu jabatan dan institusi dalam memahami
kecenderungan minat pelajar dalam media sosial dan dapat meningkatkan bilangan permohonan
kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti menggunakan medium ini sebagai perantara
promosi kemasukan pelajar.

Kata Kunci: Media Sosial, Minat, Kecenderungan, Medium Perantara

Pengenalan
Internet merupakan media komunikasi moden yang kini menjadi medium penting dalam
kehidupan seharian masyarakat. Hal ini kerana sifat internet yang mudah diakses dan
dianggap sebagai jendela dunia baru. Pada hari ini, dengan adanya media sosial proses
komunikasi menjadi lebih mudah dan cepat. Internet adalah saluran komunikasi moden
dan merupakan platform baru untuk penggemar sosial dalam berinteraksi dan
menyebarkan maklumat. Pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia
mencetuskan fenomena baru dalam kehidupan masyarakat yang dalam tempoh masa
singkat telah memberikan impak besar kepada pelbagai sektor di negara kita. Bukan
sahaja dari segi peningkatan kadar pengangguran dan ketidaktentuan ekonomi dunia,
sektor-sektor lain turut merasai tempias pandemik yang di luar dugaan tersebut dengan
sektor pendidikan tidak terkecuali.

Dari perspektif pendidikan tinggi, ketika para pensyarah dan pelajar sedang
melakukan adaptasi terhadap pembelajaran dan pengajaran dalam talian, banyak norma
baharu yang perlu diberikan perhatian khusus. Kaedah face to face perlu dikurangkan
bagi memerangi virus tersebut tersebar dan kebanyakan urusan ditukarkan kepada
kaedah secara atas talian, dimana masyarakat perlu menggunakan internet sebagai
medium untuk bekerja dan berkomunikasi. Pelbagai kaedah diwujudkan bagi
memudahkan masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat. Tidak
ketinggalan kaedah pembelajaran di Politeknik dan Kolej Komuniti juga perlu
dilaksanakan secara atas talian.

45

Hal ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh internet dalam kehidupan
manusia pada masa kini. Internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektif
dan efisien untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh dan dekat. Dalam
masyarakat yang moden ini, internet menjadi pilihan sebagai alat komunikasi seperti
media elektronik (e-mail), perbincangan dan perbualan secara berkumpulan (chatting).
Di samping itu, internet juga digunakan sebagai bahan untuk mencari dan menambahkan
kenalan di seluruh dunia serta bertukar-tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama.
Selain berkomunikasi dengan teks, terdapat juga penggunaan suara dan video dimana
kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-
masing dengan menggunakan video conferencing ataupun tele-conference.

Pernyataan Masalah

Dalam usaha mempromosikan dan menyampaikan informasi berkenaan kemasukan ke
Politeknik dan Komuniti pelbagai usaha telah giat dijalankan sama ada melalui kaedah
konvensional mahupun kaedah digital. Medium seperti Facebook, Instagram, Twitter,
Whatsapp dan Telegram antara medium utama yang digunakan bagi menyampaikan
maklumat. Walaubagaimanapun, kumpulan sasar yang terdiri daripada Gen Z yang lahir
pada tahun 1995 hingga 2010 perlu diberi penekanan dan mengkaji minat mereka supaya
promosi yang dijalankan lebih berkesan. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk
mengenal pasti kecenderungan dan minat pelajar melalui media sosial bagi mengukur
dan menambahbaik kaedah promosi yang dijalankan.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kecenderungan dan minat generasi muda dari segi
pemilihan penggunaan media sosial. Antara objektif khusus yang digariskan adalah:

1) Mengenal pasti peranti pintar dan juga kaedah mengakses internet yang sering
digunakan oleh pelajar untuk melayari internet dan media sosial.

2) Mengenal pasti kecenderungan dan minat pelajar Politeknik dan Komuniti
melalui media sosial.

Soalan Kajian

Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan jawapan-
jawapan seperti berikut:

1) Apakah peranti pintar dan juga kaedah mengakses internet yang sering digunakan
oleh pelajar untuk melayari media sosial.

2) Apakah kecenderungan minat pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti melalui
media sosial.

Tinjauan Literatur

Gen Z di Malaysia merujuk kepada individu yang lahir di antara tahun 1995-2010
(Jamiah et al, 2015). Dimana generasi Z ini adalah terdiri daripada kumpulan sasar calon
pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti. Generasi ini dikatakan seolah-olah mempunyai
genetik Internet sejak dilahirkan. Ini kerana, mereka lahir sewaktu Internet mula
digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ia mengubah cara manusia berinteraksi,
bekerja dan berkongsi maklumat secara drastik. Kehadiran Web 2.0 yang
kemudiannya disusuli dengan penciptaan telefon pintar serta peralatan teknologi

46

komunikasi yang canggih menjadikan fungsi keibubapaan dan pendidikan lebih
kompleks dan mencabar.

Media sosial merupakan aplikasi yang menggunakan teknologi Web 2.0 dan
memberi peluang kepada pengguna untuk menghasilkan bahan-bahan dalam pelbagai
bentuk seperti teks, audio dan video yang dapat dikongsi dengan pengguna lain
(Mohammad Rezal, 2016). Menurut Mohammad Rezal lagi, media sosial juga boleh
ditafsirkan sebagai aplikasi yang menggabungkan pelbagai fungsi sosial seperti
kerjasama, perkongsian, kebebasan, keterbukaan, interaktif dan penglibatan.

Sehubungan itu, kajian dilaksanakan untuk meneroka penggunaan media sosial
dan implikasinya terhadap remaja generasi Z di Malaysia. Gen Z membesar di era digital
dan bebas terdedah kepada segala informasi dari internet. Ini bermakna golongan ini
memiliki kemampuan untuk mengakses informasi lebih cepat melalui gajet-gajet
walaupun usia mereka masih kecil. Selain itu, menurut pembentangan kaji selidik Gen Z
(Gen Z Survey Launch) anjuran INTI International University and Colleges, Gen Z
mempunyai ‘short attention span’ (rentang perhatian yang singkat), selesa
mengekspresikan diri dengan awam secara spontan, mengamalkan multitasking dan lebih
gemar bermain di dalam rumah (indoors).

Dengan Generasi Z merangkumi semua lapisan pendidikan di Malaysia, ciri-ciri
umum seperti di atas telah merevolusi sistem pendidikan dalam pelbagai aspek. Oleh itu,
kefahaman tentang Gen Z ini penting bagi merangka pelan strategik dalam agenda
memperkasa remaja secara holistik dalam konteks media baharu. Bagi merancang
kaedah penyampaian maklumat dan promosi yang dijalankan sepanjang tahun kepada
kumpulan sasar, keberkesanan pelaksanaan promosi adalah penting untuk memastikan
ianya sampai kepada kumpulan sasar sekaligus dapat membeli jiwa calon pelajar untuk
mengetahui lebih lanjut berkenaan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti.

Rajah 1: Calon pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti terdiri daripada kumpulan Gen Z
iaitu yang lahir pada tahun 1995 sehingga 2010. (Sumber: Hari Wibawanto, Universitas

Negeri Semarang)

47

Rajah 2: Dapatan Kajian Aktiviti Atas Talian (Online) Tahun 2016 Dan 2018
(Sumber: Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) )

Rajah 3: Dapatan Kajian Tempat Untuk Mengakses Internet
(Sumber: Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) )

48

Metodologi Kajian
Kajian ini telah dilakukan melalui soalan kaji selidik dengan menggunakan aplikasi
Google Forms yang telah diedarkan secara atas talian pada Minggu Suai Kenal (MSK)
pada sesi Disember 2019. Responden adalah terdiri daripada pelajar baru yang mendaftar
di Politeknik dan Kolej Komuniti bagi sesi tersebut. Kajian ini mengambil pendekatan
analisis deskriptif yang dilakukan untuk menilai karakteristik dari sebuah data dalam
bentuk peratusan kekerapan minimum dan maksimum, melalui 3 seksyen utama yang
terdiri daripada, Seksyen A: Data Demografi / Maklumat Peribadi, Seksyen B: Soalan
Kajian Kecenderungan dan Minat dan Seksyen C: Tahap Pengetahuan Pelajar Tentang
Politeknik dan Kolej Komuniti.
Dapatan Kajian

i. Seksyen A: Data Demografi / Maklumat Peribadi
Seramai 5,308 orang responden telah menjawab soalan kaji selidik ini dengan
pecahan sebanyak 54.4% daripadanya adalah pelajar perempuan, manakala 45.6%
peratus merupakan pelajar lelaki. Majoriti besar responden adalah berumur dari
lingkungan 18 hingga 24 tahun atau boleh diklasifikasikan sebagai Gen-Z iaitu
sebanyak 97.5% dan selebihnya adalah dari lingkungan 25 hingga 38 tahun. Carta 1
menunjukkan taburan negeri asal / tempat tinggal responden yang juga merupakan
pelajar semester 1 dari Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.

Carta 1: Taburan Negeri Asal / Tempat Tinggal Responden.
ii. Seksyen B: Soalan Kajian Kecenderungan dan Minat
Soalan analisa seterusnya adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan dan
minat pelajar yang terdiri dari generasi muda. Bagi mengenalpasti minat dan hobi
pelajar bagi mengisi masa lapang, responden dibenarkan untuk membuat pilihan
lebih dari satu. Carta 2 menunjukkan lebih daripada 50% peratus responden telah
memilih muzik sebagai minat dan hobi utama, diikuti oleh Video/Youtube.

49

Carta 2: Minat/ Hobi Generasi Muda Mengisi Masa Lapang

Analisis berikutnya bertujuan untuk mengenal pasti peranti pintar dan juga
kaedah mengakses internet yang sering digunakan oleh responden untuk
melayari media sosial. Bagi soalan-soalan ini responden juga dibenarkan untuk
membuat pilihan lebih daripada satu. Daripada hasil kajian mendapati bahawa
hampir kesemua pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti mempunyai peranti
pintar beserta jaringan internet sendiri (personal data plan) dengan peratusan
yang tinggi melebihi 90%. Carta 3 dan 4 menunjukan jenis peralatan dan
peranti yang digunakan untuk mengakses internet serta kaedah mencapainya.

Carta 3: Jenis Peralatan (Device) yang Digunakan Untuk Mencapai Internet

Carta 4: Kaedah yang Digunakan Untuk Mengakses Internet

50

Analisa berikutnya bertujuan untuk mengenalpasti akaun media sosial
yang dimiliki oleh pelajar yang mewakili Gen Z dan seterusnya kecenderungan
dan minat responden ketika melayari medium tersebut. Responden juga diberi
pilihan untuk memilih lebih daripada satu jawapan bagi soalan-soalan ini. Carta
5 menunjukkan hampir semua pelajar semester 1 mempunyai akaun media
sosial Instagram iaitu sebanyak 4,942 responden (93.1%) diikuti oleh
Facebook sebanyak 4,033 responden (76%) dari 5,308 responden.

Carta 5: Akaun Media Sosial

Carta 6 pula menunjukkan kecenderungan dan minat responden yang
sebahagian besarnya mewakili Gen Z ketika melayari media sosial. Sebanyak
84.2% telah memilih hiburan dan juga lawak sebagai pilihan pertama diikuti
oleh berita terkini sebagai pilihan kedua.

Carta 6: Kecenderungan dan Minat Ketika Melayari Media Sosial
Hasil penelitian bagi soalan-soalan di atas, dapat disimpulkan bahawa
majoriti besar responden memiliki lebih dari satu akaun media sosial dan
menggunakan lebih dari satu jenis peranti/ alat serta jaringan internet untuk
mengakses sosial media. Sebahagian besar daripada responden yang juga
mewakili Gen Z mempunyai lebih dari satu minat dan kecenderungan terhadap
hobi pada masa lapang dan juga ketika melayari media sosial. Analisa
berikutnya adalah sejauh mana kecenderungan responden untuk berkongsi
maklumat di Internet. Berdasarkan jumlah peratusan pada Carta 7, lebih
daripada separuh responden iaitu sebanyak 66.5% memilih untuk berkongsi
maklumat di Internet.

51

Carta 7: Kecenderungan Berkongsi (sharing) Maklumat di Internet

Soal selidik berikutnya adalah untuk meneliti sejauh manakah tahap
keberkesanan medium promosi dan hebahan maklumat kepada golongan muda
dengan menggunakan Skala Likert dari skala 1 hingga 5 yang mewakili tafsiran
seperti dalam Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Skala Likert

Skala Tafsiran
1 Paling Kurang Efektif
2
3 Kurang Efektif
4 Sedehana
5 Efektif

Sangat efektif

Soalan ini telah mengemukakan sebanyak TUJUH (7) medium promosi
dan hebahan maklumat kepada golongan muda yang terdiri daripada; 1) Surat
Khabar, 2) Majalah, 3) Brochure/ Boolet/ Flyers mewakili media cetak, sosial
media yang diwakili oleh; 1) Facebook, 2) Instagram, 3) YouTube dan juga
media elektronik yang diwakili oleh Portal Institusi dan juga Portal Rasmi
Kementerian Pengajian Tinggi. Hasil dari penelitian ini seperti yang
ditunjukkan pada Carta 8, medium sosial media telah dipilih sebagai medium
promosi dan hebahan maklumat yang paling efektif dengan peratusan sebanyak
60.12% (3,191) Instagram, 49.67% (2,636) YouTube dan 48.93% (2,597)
Facebook.

Medium elektronik yang diwakili oleh Portal Institusi dan juga Portal
Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi pula mencatat sebanyak 30.31% (1,609)
sekaligus menjadi medium kedua yang efektif sebagai penyebaran promosi dan
hebahan maklumat kepada generasi muda iaitu Gen Z

Manakala medium cetak diklasifikasikan sebagai medium promosi dan
hebahan maklumat yang paling kurang efektif di kalangan generasi muda
dengan peratusan serendah 8.48% (450) bagi Surat Khabar, 6.27% (333)
Majalah dan 5.31% (282) Brochure / Booklet / Flyers. Ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar Gen Z lebih terbuka dalam memilih sosial media
sebagai medium hebahan dan promosi yang efektif.

52

Carta 8: Tahap Keberkesanan Medium Promosi dan Hebahan Maklumat
kepada Golongan Muda

iii. Seksyen C: Tahap Pengetahuan Pelajar Tentang Politeknik dan Kolej
Komuniti

Analisa berikutnya bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah responden yang
juga merupakan pelajar semester satu mengenali Politeknik dan Kolej Komuniti
sebelum mendaftar sebagai pelajar dan bagaimana mereka tahu tentang institusi ini.
Sebilangan besar responden telah menjawab ‘Ya’ dan mereka telah mengenali
Politeknik dan Kolej Komuniti sebelum mendaftar, iaitu sebanyak 94.6% dan
separuh daripada responden menyatakan bahawa mereka mengenali institusi ini
daripada media elektronik dan media sosial iaitu sebanyak 57.3%.

Carta 9: Bagaimana Responden Tahu Tentang Politeknik dan Kolej Komuniti

53

Soalan terakhir adalah berbentuk open-ended question (soalan terbuka) yang
bertujuan untuk meneliti bentuk usaha responden bagi mempopularkan Politeknik
dan Kolej Komuniti di kalangan masyarakat awam khususnya generasi muda atau
Gen Z. Sebayak 90.9% (4,825) responden telah menjawab dengan kaedah promosi
dapat mencapai usaha tersebut.

Carta 10: Kaedah Bagi Mempopularkan Politeknik Dan Kolej Komuniti Di
kalangan Masyarakat Awam

Perbincangan

Kajian ini dijalankan bagi membantu Unit Ambilan dan Pembangunan Pelajar
khususnya bagi memahami dan mengenali kumpulan sasar yang terdiri daripada
Gen Z. Kajian perlu dibuat supaya pelan promosi yang akan datang dapat di rancang
dengan sebaiknya dengan mengambil kira medium yang digunakan serta
kecenderungan minat kumpulan sasar. Tanpa kita sedar teknologi yang semakin
berkembang telah menguasai kehidupan seharian kita. Internet merupakan keperluan
utama dan bukan kehendak lagi. Kebergantungan kepada teknologi, gajet dan
aktiviti komunikasi melalui media sosial telah menjadi rutin harian.

Oleh itu, medium yang paling praktikal untuk menyampaikan maklumat dan
mempromosikan Politeknik dan Kolej Komuniti adalah melalui saluran di media
sosial yang mana hampir kesemua pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti
mempunyai akaun di media sosial. Beberapa kaedah yang menarik perlu dirancang
untuk membeli jiwa bagi menarik minat supaya penyampaian maklumat dapat
disalurkan secara efektif kepada kumpulan sasar. Antara kaedah yang sesuai
digunakan adalah dengan menggunakan info grafik dan video yang menarik iaitu
durasi diantara satu ke tiga minit. Walaubagaimanapun, kandungan bahan tersebut
perlulah bersesuaian supaya tidak menimbulkan isu serta kekeliruan kepada semua
pihak.

Rumusan
Secara keseluruhannya, kajian ini dilakukan untuk mengetahui kecenderungan minat
generasi muda atau lebih dikenali dengan Gen Z. Kefahaman tentang kecenderungan
minat golongan ini sangat penting untuk merancang dan membuat strategi bagi
mempromosikan Politeknik dan Kolej Komuniti kepada kumpulan sasar yang terdiri
daripada generasi ini. Selain daripada itu, analisis ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
medium promosi yang paling efektif bagi Gen Z.

Daripada hasil kajian telah terbukti bahawa media sosial menjadi medium
perantara yang penting bagi generasi muda dalam penyebaran maklumat dengan peratus
pemilihan yang tinggi dari kalangan responden. Strategi memerangi media sosial secara
menyeluruh perlu dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat serta membeli jiwa bakal
pelajar sekaligus meningkatkan bilangan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti.

54

Oleh itu, semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil serius dalam menangani
masalah ini serta mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Kesimpulannya, hasil yang
diperoleh daripada kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang langkah
seterusnya yang perlu diambil bagi menyampaikan promosi dan hebahan yang efektif
kepada generasi muda.
Rujukan
Agustina, I. (2018). Memahami Generasi Z Lebih Dekat. Diperolehi dari

https://pbi.uii.ac.id/wp-content/uploads/2018/03/Presentasi-Materi-Generasi-Z-
PBI-UII-Vian-Ike.pdf
Hamzah, M.R. (2016). Faktor peramal tingkah laku kesihatan di media sosial dalam
kalangan pelajar di Universiti Awam Malaysia. Tesis PhD. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Diperolehi dari https://www.researchgate.net
/publication/309668766 _Penggunaan_dan_Implikasi_Media
_Sosial_Terhadap_Remaja_Generasi_Z
Manap, J., Hamzah, M.R., Izani, N. N. M & Saim, N.J. (2015). The definition of Z
Generation: A systematic review. Diperolehi dari https://www.researchgate.net
/publication/309668766_Penggunaan_dan_Implikasi_Media_Sosial_Terhadap_R
emaja_Generasi_Z
Setya, E. D., Watie. (2016). Komunikasi dan Media Sosial (Communications and Social
Media). Jurnal The Messenger, 3(2), 69-74.
Sulaiman, S., Ramanair, K., & Fairos Ismail, N. (2006). Kajian Keperluan Pendekatan
Portal Haluan Siswa (PHS) untuk Pelajar Tahun Pertama di FSKSM, UTM.
National Student Development Conference (NASDEC) 2006. Kuala Lumpur.
Wibawanto, H. (2016). Generasi Z dan Pembelajaran di Pendidikan Tinggi. Diperolehi
dari http://event.elearning.itb.ac.id/assets/download/materi3.pdf

55

KAJIAN STRATEGI PROMOSI TERBAIK PENGAMBILAN PELAJAR SESI
JUN 2018 DAN 2019 KOLEJ KOMUNITI JERAI

Ummi Atiqah Ahmad, Noor Hayati Saleh

Kolej Komuniti Jerai, Kedah

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji strategi promosi terbaik bagi tiga sesi pengambilan pelajar
baharu iaitu sesi Jun 2018 dan Jun 2019 bagi mencapai sasaran norma yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) terhadap Kolej Komuniti Jerai (KKJ). KKJ
menawarkan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL) dan ia merupakan satu bidang yang
kurang diminati oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan
pengajian mereka ke peringkat seterusnya. Ia juga merupakan salah satu bidang yang kurang
mendapat sambutan di seluruh kolej komuniti di Malaysia yang menawarkan kursus tersebut.
Justeru itu, menyebabkan KKJ sukar untuk mencapai peratusan norma yang ditetapkan oleh
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti(JPKK) setiap tahun. Beberapa strategi promosi telah giat
dijalankan bermula pada hujung tahun 2017 dan impak yang positif kelihatan apabila
pencapaian pengambilan pelajar meningkat dan melebihi norma pada sesi Jun 2018 dan 2019.
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik dimana respondennya
terdiri daripada pelajar KKJ bagi 2 sesi pengambilan iaitu seramai 69 orang. Di akhir kajian
ini, strategi promosi yang terbaik akan dikesan dan boleh terus dijadikan penanda aras bagi sesi
pengambilan KKJ seterusnya. Hasil kajian ini juga boleh digunakan oleh kolej-kolej lain yang
mempunyai masalah yang sama.

Kata Kunci: Strategi promosi berkesan, penjenamaan, pengambilan pelajar, Kolej Komuniti
Jerai

Pengenalan

Kolej Komuniti Jerai merupakan sebuah institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) yang
menawarkan kursus Sijil pelancongan dan Pengembaraan (SPL).
Bagi tahun sebelum ini, KKJ menjalankan pengambilan pelajar baharu sebanyak 2 sesi
iaitu Julai dan November untuk tempoh pengajian selama 1 tahun 4 bulan. Setelah
diperbaharui sukatan pelajaran oleh JPKK, tempoh pengajian berubah menjadi 2 tahun
iaitu sesi Jun dan Disember bermula tahun 2018.

Oleh kerana sejarah norma pengambilan pelajar di KKJ sebelum ini tidak
memberangsangkan maka beberapa kaedah strategi telah dilaksanakan demi mencapai
hasil norma yang positif melalui kajian yang dilakukan. Hasil dari kajian ini akan
dijadikan sebagai panduan untuk melaksanakan promosi pengambilan pelajar baharu
bagi sesi seterusnya dan boleh dijadikan panduan untuk kolej-kolej komuniti diseluruh
Malaysia yang mengalami masalah pencapaian norma yang sama.

Pernyataan Masalah

Kajian bertujuan untuk menjawab segala persoalan bagi pegawai promosi dan
pengambilan mengapa KKJ kurang mendapat sambutan apabila pengambilan pelajar
baharu dibuka sehingga menyebabkan pencapaian norma terjejas. Di samping itu juga
kajian ini akan memberi pendedahan bagaimana KKJ boleh mencapai norma
pengambilan dengan jaya sekiranya kaedah promosi yang dijalankan ini berkesan.

56

Objektif Kajian

Secara khususnya objektif kajian atau tujuan kajian yang dilaksanakan adalah seperti
berikut:

i. Mengenalpasti strategi promosi paling berkesan untuk pengambilan 2 sesi
ii. Menganalisis semua strategi promosi pengambilan bagi sesi Jun 2018 dan 2019
iii. Memastikan strategi promosi terbaik digunakan oleh Kolej Komuniti Jerai.

Soalan Kajian

Segala persoalan kajian yang hendak dikaji oleh penyelidik dinyatakan dalam borang
soal kaji selidik berbentuk google form dan diolah menjadi soalan-soalan yang terdiri
daripada beberapa bahagian. Persoalan-persoalan itu adalah seperti berikut:

i. Sejauh manakah pelajar mengetahui kewujudan Kolej Komuniti Jerai yang
terletak di Guar Chempedak?

ii. Sejauh manakah pengetahuan pelajar mengenai kos yang ditawarkan oleh Kolej
Komuniti Jerai?

iii. Sejauh manakah pengetahuan pelajar cara memohon untuk menyambung
pelajaran ke Kolej Komuniti Jerai?

Tinjauan Literatur

Banyak kajian telah dilakukan terhadap proses pengambilan pelajar di Kolej Komuniti di
Malaysia terutama dari segi faktor yang mendorong pelajar menyambung pengajian di
Kolej Komuniti. Hasil dapatan dari kajian Sia (2010) menyatakan bahawa faktor institusi
pengajian yang tersenarai dalam rangka kerja konseptual iaitu lokasi institusi, kos
pengajian, bantuan kewangan, peluang pekerjaan, pengiklanan atau hebahan, wakil pihak
institusi dan lawatan kampus mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan.
Menurut kajian Davies (2003) menyatakan bahawa faktor penarik pelajar memilih kursus
pengajian yang ditawarkan oleh institusi adalah faktor sebaran maklumat iaitu strategi
pemasaran yang dilakukan oleh IPT.

Metodologi

Dalam kajian kali ini iaitu teknik kuantitatif dipilih untuk digunakan dan diaplikasikan
dalam kajian dimana sesi kaji selidik di adakan pada 69 pelajar semasa sesi Jun 2018 dan
Jun 2019 menerusi borang kaji selidik mengenai keberkesanan strategi yang di
aplikasikan kepada mereka. Terdapat 2 jenis soal selidik yang biasa digunakan iaitu
butiran bentuk tertutup dan butiran bentuk terbuka. Pengkaji memilih jenis soal selidik
butiran bentuk tertutup kerana butiran yang dikehendakkan adalah berbentuk jawapan
pendek supaya responden boleh menjawab dengan mudah, mengambil masa yang
pendek, fokus dan mudah disusun serta di analisis.

57

MENGENAL PASTI MASALAH

PELAJAR

MENYENARAIKAN STRATEGI PROMOSI

MELAKSANAKAN KE SEMUA STRATEGI PROMOSI

MENGUMPUL BAHAN BUKTI PROMOSI YANG TELAH

DIJALANKAN TEMPOH TUGASAN

MENYEDIAKAN BORANG KAJI SELIDIK

MENGEDAR BORANG KAJI SELIDIK DIBERIKAN

MELAKSANAKAN HASIL DAPATAN KAJIAN

RUMUSAN KAJIAN

Rajah 1: Carta prosedur mengumpul data

Dapatan Kajian

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisa data dan
memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah
diisi oleh responden. Data yang telah dimasukkan di proses bagi mendapatkan statistik
seperti nilai peratusan dan taburan kekerapan.

i) Dapatan Kajian Soal Sesi Jun 2018
a) Bahagian 1: Latar Belakang Responden
Jumlah keseluruhan responden dari kajian ini terdiri daripada 39 orang pelajar iaitu

seramai 30 orang perempuan (76.9%) dan 9 orang pelajar lelaki (23.1%). Diantara
mereka adalah berusia 18 tahun hingga 21 tahun tetapi terdapat seramai seorang sahaja
pelajar yang berusia diantara 22 tahun hingga 25 tahun. Responden terdiri daripada
pelajar semester pertama dan kedua seperti rajah yang dipaparkan. Sebanyak 66.7%
daripada mereka merupakan pelajar yang lokalitinya berasal dari negeri kedah dan
selebihnya (33.3%) mewakili dari negeri-negeri lain di Malaysia. Dapatan hasil dari
kajian responden juga menunjukkan bahawa seramai 4 orang pelajar adalah dari aliran
Sains Sosial, 4 orang pelajar lagi beraliran Sains Tulen, 3 orang beraliran agama dan
seramai 28 orang dari aliran lain-lain.

b) Bahagian II: Tinjauan Kesedaran Kewujudan Kolej Komuniti Jerai
Soal selidik dibahagian ini direka untuk mengkaji tinjauan kesedaran pelajar
terhadap kewujudan Kolej Komuniti Jerai. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa 71.8% (28 orang) responden menjadikan sijil pelancongan dan pengembaraan
sebagai pilihan utama untuk menyambung pengajian manakala sebanyak 33.3% (13
orang) tidak menjadikan kursus ini sebagai pilihan utama.
Seramai 25 orang pelajar (64.1%) memberi respon bahawa kedudukan lokasi
menjadi faktor pemilihan mereka untuk menyambung pengajian ke Kolej Komuniti
Jerai manakala 35.9% (14 orang pelajar) tidak menjadikan lokasi sebagai faktor utama
pemilihan mereka untuk melanjutkan pengajian. Manakala bagi soal selidik seterusnya

58

adalah mengenai Kolej Komuniti Jerai sebagai Institusi Pengajian Awam (IPTA).
Seramai 26 orang responden (66.7%) memberi respon bahawa mereka telah sedia
maklum bahawa Kolej Komuniti merupakan IPTA manakala selebihnya iaitu seramai
13 orang responden (33.3%) tidak mengetahui.

c) Bahagian III: Soal Selidik Respon Pelajar Terhadap Pelaksanaan Strategi
Promosi

Soalan dibahagian ini adalah untuk mengkaji respon pelajar terhadap 13 strategi
promosi pengambilan pelajar baharu yang telah dilaksanakan oleh Kolej Komuniti Jerai
yang menjadi pendorong kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke Kolej
Komuniti Jerai. 13 strategi yang digunakan adalah khidmat nasihat dari kaunselor
sekolah, khidmat media sosial, hebahan iklan pengambilan melalui masjid semasa
khutbah Jumaat, hebahan melalui program dengan agensi luar, edaran flyer, promosi
semasa hari pengumuman keputusan SPM, pengaruh dari pelajar Senior, khidmat nasihat
dari kakitangan Kolej, hebahan melalui aktiviti kursus pendek, pre-tawaran melalui surat,
pre-tawaran melalui panggilan telefon, pre-tawaran melalui system pesanan
ringkas(SMS) dan akhir sekali hebahan iklan melalui kain rentang.

Rajah 2: Dapatan 13 strategi promosi sesi Jun 2018

Berdasarkan soalan-soalan tersebut responden perlu membuat pilihan samada
mereka pernah atau tidak pernah terlibat ataupun maklum dengan mana-mana strategi
promosi tersebut. Secara rumusannya menunjukkan bahawa kebanyakan responden
maklum mengenai strategi melalui pra-tawaran dan tawaran terus dari Kolej Komuniti
Jerai dan Unit Pusat Universiti (UPU). Pilihan kedua tertinggi adalah daripada strategi
khidmat pesanan ringkas, Whatsapps dan panggilan telefon iaitu seramai 15 orang
memberi respon pernah meneriama tawaran kemasukan tersebut dan baki selebihnya
tidak pernah.

d) Bahagian IV: Cadangan Dan Penambahbaikan
Soalan dibahagian IV dalam soal selidik adalah direka untuk mendapat cadangan
dan penambahbaikan strategi promosi yang telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi
pengambilan pelajar baharu kolej komuniti jerai pada sesi akan datang. 7 soalan jenis
skala likert telah direka dan 5 pilihan jawapan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak
pasti, setuju dan sangat setuju diberikan untuk responden memberi respon. Responden
sangat bersetuju untuk pihak pengambilan KKJ membuat hebahan iklan pengambilan
pelajar baharu melalui media masa seperti facebook, Instagram, whatsapp dan twitter.
Responden juga sangat bersetuju strategi promosi ditambahbaikkan melalui hebahan
iklan pengambilan pelajar baharu kepada agensi luar seperti sekolah, masjid, agensi

59

kerajaan dan swasta. Selebihnya responden memberi respon bahawa mereka bersetuju
bahawa strategi promosi seperti membuat tawaran kemasukan melalui panggilan telefon
serta terus memberi pra tawaran kepada pelajar lepasan SPM ketika hari penerimaan
keputusan SPM di sekolah-sekolah.

ii) Dapatan Kajian Sesi Jun 2019
a) Bahagian 1: Latar Belakang Responden
Jumlah keseluruhan responden dari kajian ini terdiri daripada 26 orang pelajar

iaitu seramai 19 orang perempuan (73.1%) dan 7 orang pelajar lelaki (26.9%). Semua
responden adalah terdiri daripada golongan umur 18 hingga 21 tahun dan daripada
pelajar semester kedua. Sebanyak 84.6% daripada mereka merupakan pelajar yang
lokalitinya berasal dari negeri kedah dan selebihnya 15.4% mewakili dari negeri-negeri
lain di Malaysia. Hasil dapatan dari kajian responden juga menunjukkan bahawa seramai
2 orang pelajar adalah dari aliran Sains Sosial, 4 orang pelajar lagi beraliran Sains Tulen,
2 orang beraliran agama dan seramai 18 orang dari aliran lain-lain.

b) Bahagian II: Tinjauan Kesedaran Kewujudan Kolej Komuniti
Jerai

Soal selidik dibahagian ii ini direka untuk mengkaji tinjauan kesedaran pelajar
terhadap kewujudan Kolej Komuniti Jerai. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa 73.1% (19 orang) responden menjadikan sijil pelancongan dan pengembaraan
sebagai pilihan utama untuk menyambung pengajian manakala sebanyak 26.9% (7
orang) tidak menjadikan kursus ini sebagai pilihan utama.Seramai 13 orang pelajar
(50%) memberi respon bahawa kedudukan lokasi menjadi faktor pemilihan mereka
untuk menyambung pengajian ke Kolej Komuniti Jerai manakala 50% (50 orang
pelajar) tidak menjadikan lokasi sebagai faktor utama pemilihan mereka untuk
melanjutkan pengajian. 80.8% responden memohon menyambung pengajian melalui
system online UPU dan selebihnya 19.2% responden mewakili tidak memohon
menyambung pengajian melalui system online UPU.

Soalan seterusnya adalah berkaitan sejauhmana responden sedar kewujudan
promosi pengambilan pelajar baharu yang telah dilaksanakan oleh Kolej Komuniti
Jerai. 50% responden memberikan respon ya dan selebihnya 50% memberikan
responden tidak. Manakala bagi soal selidik seterusnya adalah mengenai Kolej
Komuniti Jerai sebagai Institusi Pengajian Awam (IPTA). Seramai 16 orang responden
(66.7%) memberi respon bahawa mereka telah sedia maklum bahawa Kolej Komuniti
merupakan IPTA manakala selebihnya iaitu seramai 8 orang responden (33.3%) tidak
mengetahui.

c) Bahagian III: Soal Selidik Respon Pelajar Terhadap Pelaksanaan
Strategi Promosi

20 orang responden memberi respon pernah mendapat tawaran melalui pra-
tawaran dan tawaran terus dari kolej komuniti jerai dan Unit Pusat Universiti (UPU).
Pilihan kedua tertinggi adalah daripada strategi khidmat pesanan ringkas, Whatsapps
iaitu seramai 12 dan panggilan telefon iaitu seramai 13 orang memberi respon pernah
menerima tawaran kemasukan tersebut dan baki selebihnya tidak pernah. Hasil dapatan
juga menunjukkan bahawa 8 daripada 13 strategi promosi yang disenaraikan kurang
mendapat respon positif daripada responden. Kelapan-lapan strategi ini mendapat respon
dari 20 orang ke atas dan memberikan maklumbalas bahawa tidak pernah maklum
terhadap promosi-promosi tersebut. Antara strategi promosi yang kurang mendapat
sambutan adalah khidmat nasihat kaunselor sekolah, hebahan di masjid, edaran flyers

60

ditempat awam, hebahan dari pelajar senior, hebahan dari kakitangan serta hebahan
melalui program dan kursus pendek serta pra-tawaran semasa hari pengumuman
keputusan SPM dikeluarkan.

d) Bahagian IV: Cadangan dan Penambahbaikan
Soalan dibahagian IV dalam soal selidik adalah direka untuk mendapat cadangan
dan penambahbaikan strategi promosi yang telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi
pengambilan pelajar baharu kolej komuniti jerai pada sesi akan datang. 7 soalan jenis
skala likert telah direka dan 5 pilihan jawapan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak
pasti, setuju dan sangat setuju diberikan untuk responden memberi respon. Responden
sangat bersetuju untuk pihak pengambilan KKJ membuat hebahan iklan pengambilan
pelajar baharu melalui media masa seperti facebook, Instagram, whatsapp dan twitter.
Responden juga sangat bersetuju strategi promosi ditambahbaikkan melalui hebahan
iklan pengambilan pelajar baharu kepada agensi luar seperti sekolah, masjid, agensi
kerajaan dan swasta. Selebihnya responden memberi respon bahawa mereka bersetuju
bahawa strategi promosi seperti membuat tawaran kemasukan melalui panggilan telefon
serta terus memberi pra tawaran kepada pelajar lepasan SPM ketika hari penerimaan
keputusan SPM di sekolah-sekolah.

Perbincangan

Dalam kajian ini, penyelidik telah mengeluarkan 13 soalan strategi promosi yang di perlu
direspon oleh responden dan 3 daripada 13 strategi promosi itu dilihat telah mencapai
objektif paling bekesan untuk kedua-dua sesi pengambilan pelajar. 3 strategi itu adalah
seperti berikut:

i) Pra tawaran kemasukan pelajar baharu ke Kolej Komuniti Jerai melalui data yang
diperolehi semasa program-program yang dijalankan sepanjang tahun seperti
menjalankan kerjasama dengan pihak sekolah sekitar daerah yan untuk
mendapatkan data-data pelajar lepasan SPM melalui pengeposan surat tawaran.

ii) Pra tawaran kemasukan pelajar baharu ke Kolej Komuniti Jerai menggunakan data
yang diperolehi semasa program-program yang dijalankan sepanjang tahun melalui
panggilan telefon yang dilakukan oleh pegawai pengambilan dan kakitangan Kolej
Komuniti Jerai.

iii)Pra tawaran kemasukan pelajar baharu ke Kolej Komuniti Jerai menggunakan data
yang diperolehi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dilakukan oleh
pegawai pengambilan dan kakitangan Kolej Komuniti Jerai.

Rumusan

Hasil dapatan kajian strategi promosi pengambilan baharu sesi Jun 2018 dari seramai 39
orang responden telah memberi respon yang baik. Antara perkara yang perlu diambil
tindakan selanjutnya adalah menjadikan faktor lokaliti sebagai peranan utama untuk
menarik bakal pelajar dari kawasan setempat untuk melanjutkan pengajian di Kolej
Komuniti Jerai. Ini kerana, hasil dapatan mendapati bahawa kebanyakan responden
berasal daripada negeri Kedah memilih instusi yang dekat dengan lokasi kediaman
mereka untuk menyambung pengajian. Oleh itu, KKJ perlu memperbanyakkan lagi
promosi kepada penduduk setempat kerana masih ramai menganggap KKJ adalah sebuah
IPT swasta dan tidak sedar akan kewujudan KKJ di sini sebagai IPT Awam. Hasil
responden juga mendapati bahawa kaunselor sekolah tidak memberi khidmat nasihat
kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke Kolej Komuniti. Faktor ini

61

berkemungkinan kurangnya maklumat dan jaringan antara pihak KKJ dengan kaunselor
sekolah mengenai kepentingan menyambung pengajian di KKJ terutama bagi pelajar
yang mempunyai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak memberangsangkan.
Manakala kajian strategi promosi pengambilan baharu sesi Jun 2019 pula dilaksanakan
pada seramai 26 orang pelajar. Hasil dapatan mendapati bahawa faktor lokaliti juga
menjadi faktor utama juga sama seperti sesi Jun 2018.

Pendekatan yang boleh diteruskan lagi melalui hasil dapatan dari kajian sesi Jun
2019 ini adalah seperti menjalankan promosi seperti pra-tawaran kemasukan pelajar
baharu ke Kolej Komuniti Jerai melalui data yang dikumpul sepanjang tahun melalui
program-program promosi seperti pengumpulan data di hari pengumuman keputusan
SPM di sekolah-sekolah sekitar, pameran-pameran dan lain-lain lagi dilihat sangat
membantu dalam pengambilan pelajar. Selain itu, tawaran melalui panggilan telefon dan
khidmat pesanan ringkas (SMS) juga memberi kesan yang memberangsangkan.
Gabungan kaedah-kaedah ini wajar diteruskan untuk sesi pengambilan pelajar akan
datang. Kesimpulannya, keputusan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk
melaksanakan promosi pengambilan pelajar baharu bagi sesi seterusnya dan boleh
dijadikan panduan pada seluruh kolej komuniti di Malaysia yang mengalami masalah
pencapaian norma yang sama terutama bagi kolej yang menawarkan satu kursus sahaja.
Secara keseluruhan dari kajian ini pada 69 responden untuk kedua-dua sesi ini ialah KKJ
perlu melaksanakan penjenamaan semula pada penduduk setempat agar mereka lebih
mengenali dan mengingati kewujudan KKJ menggunakan kaedah-kaedah promosi yang
telah dikaji keberkesanannya.

Rujukan

(SMEcorp, https://smeinfo.com.my/my/penjenamaan/kenapa-ia-penting, 2018)

(Ward, https://ms.unitinal.com/pemasaran-sasaran/, 2020)

Davies, R. (2003). Dropping Out: A study of early leavers from higher education.
Research Report RR386. Retrieved from https://warwick.ac.uk/fac/soc/ier/
publications/2002/davies_and_elias_2002_rr386.pdf

Sia, J.K.M. (2010). Institutional factors infl uencing students’ college choice decision in
Malaysia: A conceptual framework. International Journal of Business and
Social Science, 1(3), 53-58. Retrieved from http://www.ijbssnet.com/journals/
Vol._1_No._3_December_2010/6.pdf

https://www.researchgate.net/publication/325203184_FAKTOR_PENDORONG_DAN_
STRATEGI_PROMOSI_UNTUK_PENGAMBILAN_PELAJAR_DI_KOLEJ_KO
MUNITI_SANDAKAN_KKSK (B.Q, n.d.)

62

KAJIAN MAKLUM BALAS CALON PELAJAR TERHADAP BUKU PANDUAN
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KOLEJ KOMUNITI TAHUN 2020

Syahida Abu Bakar , Nur Ili Shamimi Jamal Nasir

Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang

Abstrak

Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Komuniti (BPPPBKK) adalah merupakan
sebuah rujukan utama kepada pelajar baharu yang akan mendaftar ke Kolej Komuniti untuk
menyediakan dokumen pendaftaran. Namun begitu sering terdapat pertanyaan dan dokumen
yang dikemukakan semasa pendaftaran tidak tepat dan kurang lengkap. Kajian ini bertujuan
untuk mengetahui maklum balas pelajar terhadap BPPPBKK. Seramai 150 orang pelajar di
Kolej Komuniti Negeri Pulau Pinang telah memberi maklum balas melalui soal selidik yang
diedarkan secara atas talian menggunakan aplikasi google forms. Kajian mendapati pelajar
tidak mengalami kesukaran semasa menyediakan dokumen, namun begitu pelajar memberi
maklum balas mengenai jenis kekeliruan yang mereka alami. Kekeliruan ini mungkin daripada
terlalu banyak maklumat yang perlu dibaca. Manakala penyampaian maklumat dengan
menyeimbangkan perkataan dan grafik dapat membantu keberkesanan sesebuah buku panduan.
Dapatan dan cadangan kajian ini diharapkan dapat diberi perhatian dalam mencapai
pengurusan ambilan pelajar yang berkualiti.

Kata Kunci: Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Komuniti(BPPPBKK)

Pengenalan

Buku panduan adalah buku yang menjadi panduan dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan
(Pustaka, n.d.). Sesuatu urusan dapat dilaksanakan dengan baik dan bertepatan dengan
kehendak urusan tersebut dengan merujuk sesebuah buku panduan. Buku Panduan
Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Komuniti (BPPPBKK) adalah merupakan sebuah buku
yang dijadikan rujukan oleh calon pelajar berjaya yang akan mendaftar di Kolej
Komuniti dalam menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa hari
pendaftaran pelajar baharu. BPPPBKK ini adalah merupakan terbitan Bahagian Ambilan
dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan
bersifat dinamik yang mana telah melalui beberapa edisi sehingga yang terkini iaitu edisi
9.

BPPPBKK dibekalkan kepada calon pelajar berjaya melalui laman web JPPKK
selepas surat tawaran dikeluarkan. Pelajar perlu memuat turun BPPPBKK dan seterusnya
menyediakan keperluan pendaftaran seperti dokumen-dokumen dan urusan yang
diperlukan berdasarkan rujukan kepada BPPPBKK. Maklumat yang dibekalkan dalam
BPPPBKK bersifat am dan Unit Pengambilan di Kolej Komuniti perlu menyediakan
perincian yang lebih khusus dan tepat dengan keperluan Kolej Komuniti itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, calon pelajar akan merujuk dua jenis dokumen yang berbeza
iaitu BPPPBKK daripada laman web JPPKK dan surat perincian daripada Kolej
Komuniti yang akan pelajar mendaftar.

Kolej Komuniti Nibong Tebal merupakan sebuah Kolej Komuniti yang terletak
di Negeri Pulau Pinang yang menawarkan Program Sijil Kulinari. Pengambilan pelajar
dilaksanakan pada setiap ambilan iaitu pada sesi Jun dan Disember. Pada asasnya calon
pelajar berjaya di Kolej Komuniti Nibong Tebal akan menerima sebuah buku panduan

63

iaitu BPPPBKK yang merangkumi maklumat am mengenai dokumen yang perlu
dilengkapkan dan dibawa semasa mendaftar, bayaran yang perlu dijelaskan dan urusan-
urusan lain berkaitan. Namun begitu pihak kolej akan mengeluarkan surat perincian
khusus yang mengandungi sedikit maklumat yang berbeza daripada BPPPBKK.
Antaranya adalah mengenai jumlah bayaran, kaedah bayaran, waktu mendaftar dan
sebagainya. Perkara ini adalah kerana program yang ditawarkan oleh setiap kolej adalah
berbeza dan begitu juga dengan keperluannya. Calon pelajar berjaya perlu meneliti
kesemua dokumen dengan baik agar dapat mengemukakan dokumen yang tepat dan
seterusnya dapat melancarkan proses pendaftaran. Kajian ini dijalankan sebagai amalan
penambahbaikan kualiti secara berterusan yang merupakan salah satu usaha dalam
peningkatan kualiti sesebuah organisasi.

Pernyataan Masalah

Unit Pengambilan Kolej Komuniti adalah sebuah unit yang bertanggungjawab untuk
menguruskan kemasukan pelajar baharu ke Kolej Komuniti dan melaksanakan Hari
Pendaftaran Pelajar Baharu pada setiap sesi ambilan. Sehubungan dengan itu, penyelidik
sebagai Pegawai Pengambilan sering berdepan dengan masalah di mana pelajar tidak
dapat mengemukakan dokumen yang tepat semasa datang mendaftar. Situasi ini
menyebabkan proses pendaftaran terganggu dan tidak dapat berjalan dengan lancar.
Berdasarkan temubual ringkas yang dilaksanakan secara rambang bersama pelajar,
didapati mereka menyatakan terlalu banyak dokumen yang perlu dirujuk dan
menyebabkan kekeliruan. Memandangkan peri pentingnya peranan BPPPBKK sebagai
medium utama rujukan pelajar, kajian ini dilaksanakan untuk membantu penulis
memahami masalah yang wujud dan seterusnya membuat penambahbaikkan yang
berterusan kepada pengurusan pengambilan di Kolej Komuniti di negeri Pulau Pinang.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui maklum balas pelajar terhadap Buku Panduan
Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Komuniti. Perkara ini penting dalam memberi
penambahbaikkan berterusan kepada kaedah sedia ada dan seterusnya memantapkan
perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Pengambilan Kolej Komuniti Nibong Tebal.
Antara objektif khusus yang digariskan adalah:
1. Mengenalpasti kesulitan yang dialami oleh pelajar semasa merujuk Buku Panduan

Pelajar Baharu Kolej Komuniti dalam menyediakan dokumen pendaftaran.
2. Mendapatkan maklum balas pelajar terhadap Buku Panduan Pelajar Baharu Kolej

Komuniti.

Soalan Kajian

Berdasarkan tujuan kajian yang dinyatakan, terdapat dua persoalan yang menjadi fokus
kajian ini iaitu :
1. Adakah pelajar mengalami kesukaran semasa merujuk Buku Panduan Pelajar Baharu

Kolej Komuniti untuk menyediakan dokumen pendaftaran pelajar baharu?
2. Apakah kaedah penyampaian maklumat yang berkesan di dalam sesebuah buku

panduan?

64

Tinjauan Literatur

Usaha peningkatan kualiti dan keperluan untuk meningkatkan kualiti dalam
perkhidmatan telah menjadi semakin lazim dalam semua bidang masyarakat termasuk
bidang pendidikan (Mohamad, Don, & Kasa, 2016). Maklum balas adalah merupakan
satu elemen dalam pengurusan yang berkualiti (M. F. Al-Zu'bi, Al-Lozi , E. Dahiyat ,
Alshurideh , & Ahmed , 2012). Selain itu, maklum balas dapat membantu sesebuah
pengurusan menemukan penyelesaian dan idea dalam sesebuah permasalahan.

Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan melalui soal selidik yang diedarkan secara atas talian menggunakan
aplikasi google forms dan temubual secara rawak bersama pelajar. Sasaran kajian ini
adalah merupakan Pelajar semester 1 bagi sesi Jun 2020. Sampel bagi kajian ini adalah
150 orang pelajar dari Kolej Komuniti di Negeri Pulau Pinang iaitu Kolej Komuniti
Nibong Tebal, Kolej Komuniti Bayan Baru, Kolej Komuniti Seberang Jaya, Kolej
Komuniti Tasek Gelugor, Kolej Komuniti Bukit Mertajam dan Kolej Komuniti Kepala
Batas. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk
peratusan.

Dapatan Kajian

i. Bahagian A – Data demografi
Seramai 150 orang responden telah menjawab soal selidik kajian ini dengan
pecahan sebanyak 54% daripadanya adalah responden wanita, manakala 46%
peratus merupakan responden lelaki. Majoriti responden adalah berumur lingkungan
18-20 tahun. Carta 1.0 menunjukkan peratusan responden mengikut kolej di negeri
Pulau Pinang yang menjawab soal selidik.

Carta 1.0 : Responden Mengikut Kolej

ii. Bahagian B – Analisis Kajian
Berdasarkan Carta 2.0, 62.7 % responden menjawab bilangan dokumen yang
diterima untuk rujukan semasa penyediaan dokumen pendaftaran pelajar adalah 7
dan keatas. Manakala 6.0% responden yang menjawab menerima 1 hingga 2
bilangan dokumen, 17.3 % menjawab menerima 3 hingga 4 dokumen dan 14.0%
responden menjawab menerima 5 hingga 6. Dapatan ini menunjukkan responden
menilai bilangan dokumen yang diterima adalah melebihi 7 jenis dan hanya
segelintir pelajar sahaja yang menyedari bahawa bilangan dokumen pendaftaran
hanyalah 1 hingga 2 jenis sahaja. Ini berkemungkinan pemahaman responden
terhadap jenis dokumen adalah berbeza. Penyelidik mendapati berkemungkinan cara
susun atur buku panduan atau dokumen adalah berbeza setiap kolej.

65

Carta 2.0 : Pengetahuan responden Carta 3.0 : Kesedaran Bilangan
terhadap bilangan dokumen yang dokumen yang diterima membantu
anda terima untuk rujukan semasa semasa menyediakan keperluan DPPB

penyediaan DPPB

Berdasarkan Carta 3.0, seramai 53.3% responden‘Sangat Bersetuju’ dengan
bilangan dokumen yang diterima sangat membantu semasa proses penyediaan
dokumen pendaftaran pelajar baharu (DPPB) manakala selebihnya 40.0% responden
‘Bersetuju’ dan 6.7% responden menyatakan ‘Sederhana’. Dapatan ini
menunjukkan bilangan dokumen yang dibekalkan kepada pelajar adalah membantu
semasa penyediaan DPPB.

Carta 4.0 : Kaitan bilangan dokumen Carta 5.0 : Kekeliruan responden
dan kekeliruan semasa penyediaan semasa penyediaan DPPB
DPPB

Carta 4.0 menunjukkan pengaruh bilangan dokumen yang diterima memberi

kesan kepada kesukaran menyediakan dokumen pendaftaran. 44.7% responden
menjawab ‘Tidak Sukar/ Keliru’ dan 27.3% menjawab ‘Sangat Tidak Sukar/
Keliru’. Manakala responden mendapati kesukaran/kekeliruan pada kadar
‘Sederhana’ adalah sebanyak 21.3% dan hanya segelintir yang mendapati ‘Sukar/
Keliru’ dan ‘Sangat Sukar/ Keliru’ adalah 4.0% dan 2.7%. Carta 5.0 menunjukkan

kekeliruan yang dialami oleh responden semasa penyediaan DPPB. Dapatan kajian
menunjukkan 46.0% responden mengalami ‘Tidak Sukar/ Keliru’ dan 30.0%
responden mengalami‘Sangat Tidak Sukar/ Keliru’ mendapat kedua tertinggi iaitu
sebanyak 30.0%. Manakala 20.0% merasakan pada tahap ‘Sederhana’ kekeliruan
dan hanya segelintir yang mendapati ‘Sukar/ Keliru’ dan ‘Sangat Sukar/ Keliru’

yang mana masing-masing diwakili dengan 2.0% responden. Ini menunjukkan

majoriti responden tidak mengalami masalah semasa penyediaan DPPB dan terdapat

segelintir yang menghadapi kekeliruan atau kesukaran semasa menyediakan DPPB.

66

Carta 6.0 : Jenis Kekeliruan Yang Dihadapi Pelajar
Baharu Terhadap BPPPBKK

Carta 6.0 menunjukkan beberapa jenis kekeliruan yang dialami oleh
responden terhadap Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Komuniti
(BPPPBKK). Dapatan kajian menunjukkan 44.7% responden yang menyatakan
‘Terlalu banyak dokumen yang perlu dirujuk’ adalah pilihan tertinggi manakala
sebanyak 43.3% responden pula menyatakan bahawa ‘Terlalu banyak maklumat
yang perlu dibaca dalam ayat yang panjang’. Seterusnya peratusan ketiga tertinggi
adalah ‘Istilah/ maksud yang sama untuk perkataan yang berbeza seperti Surat
Beranak/ Sijil Kelahiran’ dan sebanyak 5.3% responden yang menyatakan
‘Penerangan tidak jelas’. Dapatan ini agak berbeza jika dikaitkan dengan penemuan
pada carta 4.0 dan 5.0 kerana majoriti pelajar menjawab tidak mengalami
kekeliruan, namun begitu carta 6.0 menunjukkan agak tinggi responden menjawab
mengenai jenis kekeliruan yang dialami.

Carta 7.0 : Susun Atur BPPBKK Carta 8.0 : Bahasa/ Gaya Bahasa
yang digunakan

Berdasarkan Carta 7.0, kajian mendapati majoriti responden bersetuju

bahawa BPPPBKK teratur dan mudah difahami. Ini diwakili dengan 46.7%
responden menjawab ‘Mudah Difahami’ dan 38.7% menjawab ‘Sangat Mudah
Difahami’. Manakala 14.0% responden menjawab susun atur pada
tahap‘Memuaskan’ adalah 14 0.7% pada tahap ‘Sangat Sukar Difahami’. Responden

juga bersetuju bahawa bahasa/gaya bahasa yang digunakan dalam BPPPBKK

mudah difahami seperti yang ditunjukkan pada Carta 8.0. Seramai 46.0% responden
menjawab ‘Mudah Difahami’ dan 44.7% adalah ‘Sangat Mudah Difahami’.
Terdapat 8.7% responden menjawab ‘Sederhana’ dan 0.7% menjawab ‘Sangat
Sukar Difahami’.

67

Carta 9.0 : Ciri-ciri BPPPBKK Carta 10.0 : Dokumen Keperluan
Pendaftaran Dimuatnaik Secara Online

Sebelum Hari Pendaftaran

Carta 9.0 menunjukkan ciri-ciri BPPPBKK yang responden cenderung untuk
memilih. Seramai 69.3% responden menjawab ‘Seimbang penggunaan grafik dan
bilangan perkataan’, 18.7% menjawab ‘Banyak gambar/ grafik daripada bilangan
perkataan’ dan 12.0% menjawab ‘Kurang grafik/ gambar berbanding bilangan
perkataan yang digunakan’. Kajian mendapati keseimbangan penggunaan grafik

dan bilangan perkataan di dalam BPPPBKK dapat meningkatkan keberkesanannya.

Carta 10.0 menunjukkan pendapat responden sekiranya semua dokumen untuk

tujuan pendaftaran dimuatnaik secara atas talian sebelum hari pendaftaran. Hasil

kajian mendapati majoriti responden bersetuju dengan diwakili seramai 37.3%
responden menjawab ‘Sangat Setuju’, 34.7% menjawab ‘Sangat Setuju’ dan 20.0%
responden menjawab ‘Sederhana’. Terdapat juga seramai 4.7% dan 3.3% responden
yang ‘Tidak Bersetuju’ dan ‘Sangat Tidak Setuju’ masing-masing. Kajian

menunjukkan kaedah memuatnaik dokumen untuk keperluan pendaftaran

dimuatnaik sebelum hari pendaftaran boleh cuba dilaksanakan bagi mengurangkan

kesalahan mengemukakan dokumen ketika pendaftaran dan seterusnya menjimatkan

masa.

iii. Hasil Temubual
BPPPBKK boleh ditambahbaik dengan mengurangkan penggunaan tulisan tetapi
menambahkan grafik/ gambar/ gambarajah/ carta alir. Selain itu, arahan yang
diberikan adalah haruslah lebih jelas dan tidak meleret. Perkara yang sangat penting
seperti aliran pembayaran yuran, haruslah diterangkan satu persatu supaya tidak
tersalah aturan. Setiap penyerahan dokumen atau pembayaran yuran harus
diletakkan tarikh dan hari akhir pembayaran dan tempat membuat bayaran yuran.
Ada juga responden meminta untuk menambah informasi dan contoh dalam
dokumen/ buku panduan pendaftaran pelajar baharu. Responden juga ada
mencadangkan beberapa isu seperti menambahkan slot soal jawab (Questions and
Answers (Q&A)) secara bertulis tentang soalan-soalan lazim oleh pelajar baharu,
menggunakan istilah atau Bahasa yang lebih jelas atau mudah difahami,
buku/dokumen dalam cetakan berwarna, tidak mengulangi ayat yang sama dalam
memberi arahan untuk penyediaan dokumen/ prosedur penyediaan dokumen.

Selain itu, responden juga mencadangan untuk memperkemaskan lagi cara
penyusunan buku panduan dan dokumen pendaftaran pelajar baharu itu. Ada juga
responden yang menyatakan bahawa rujukan yang diberikan adalah tidak jelas.
Selain itu, responden juga meminta cara pemakaian pelajar harus dalam bentuk
grafik dan jika buku panduan berwarna hitam putih, responden meminta untuk
melabelkan warna dan jenis pakaian itu. Responden juga mencadangakan supaya
meletakan arahan “SILA BACA BUKU PANDUAN INI DARI MULA
SEHINGGA AKHIR” pada hadapan buku/dokumen panduan pendaftaran dan ada
cadangan responden untuk mengadakan sesi taklimat secara online atau offline
kepada bakal pelajar baharu.

68

Perbincangan

Kajian ini dijalankan bagi membantu Unit Ambilan dan Pembangunan Pelajar di
Kolej Komuniti umumnya dan Kolej Komuniti Nibong Tebal khasnya bagi
menambahbaik BPPPBKK atau dokumen pendaftaran yang dibekalkan dari Kolej
Komuniti. Kajian mendapati pelajar tidak mengalami kesukaran semasa
menyediakan dokumen, namun begitu pelajar memberi maklum balas mengenai
jenis kekeliruan yang mereka alami. Kekeliruan ini mungkin daripada terlalu banyak
maklumat yang perlu dibaca. Manakala penyampaian maklumat dengan
menyeimbangkan perkataan dan grafik dapat membantu keberkesanan sesebuah
buku panduan.

Penyelidik mencadangkan beberapa penambahbaikan iaitu dengan
memasukkan carta alir/proses satu persatu tentang cara-cara penyediaan dokumen
mengikut kehendak kolej komuniti. Ayat yang ringkas selalunya adalah penggunaan
ayat imperative iaitu memulakan ayat dengan kata kerja. Penyelidik juga
mencadangkan supaya BPPPBKK/Dokumen Pendaftaran hanya akan dikeluarkan
oleh pihak Kolej Komuniti berpandukan keseragaman daripada pihak JPPKK kerana
terdapat beberapa maklumat yang berbeza pada setiap Kolej Komuniti.
Pembangunan sebuah sistem pendaftaran pelajar baharu boleh difikirkan untuk
berperanan sebagai medium untuk memuatnaik semua dokumen yang perlu
dikemukakan oleh calon pelajar berjaya sebelum hari pendaftaran. Perkara ini
mungkin akan dapat menjimatkan masa semasa proses pendaftaran.

Rumusan

Sebagai kesimpulannya, BPPPBKK merupakan salah satu dokumen yang penting
kepada pengurusan ambilan pelajar kepada sesebuah Kolej Komuniti. Sekiranya
dokumen ini tidak dapat difahami dengan baik maka urusan semasa pendaftaran
akan mengambil masa yang lama dan mungkin akan dibawa kepada minggu
perkuliahan. Penambaikan kepada dokumen ini akan meningkatkan kualiti
perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti. Justeru penyelidik perkara ini
diberi perhatian dalam mencapai pengurusan yang bersifat mampan

Rujukan

BAPP, J. (2020). Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu. Putrajaya.

Guat, T. M. (2010). Pandangan Guru Pelatih Terhadap Buku Teks Bahasa Melayu
Kurikulum Bersepadi Sekolah Rendah. Jurnal Penyelidikan IPG BKL, Jilid 9 .

M. F. Al-Zu'bi, Z., Al-Lozi , M., E. Dahiyat , S., Alshurideh , M., & Ahmed , A. (2012).
European Journal of Economics, Finance and Administrative Sciences - Issue 51.

Mohamad, M., Don, Y., & Kasa, M. (2016). Amalan Penambahbaikan Kualiti
Berterusan dalam Institusi Pendidikan. International Seminar on Generating
Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, .

Pustaka, D. B. (t.t). Pusat Rujukan Persuaratan Melayu@PRPM. Didapatkan dari
https://prpm.dbp.gov.my/

69

Sulaiman, S., Ramanair, K., & Fairos Ismail, N. (2006). Kajian Keperluan Pendekatan
Portal Haluan SIswa (PHS) untuk Pelajar Tahun Pertama di FSKSM, UTM.
National Student Development Conference (NASDEC) 2006. Kuala Lumpur.

Zainol, Z., & Endot , Z. (2006). Sandaran Kajian Umum Mengenai Pembacaan Santai.
National Student Development Conference (NASDEC) 2006. Kuala Lumpur.

70

SISTEM MAKLUMAT PENGAMBILAN PELAJAR DI
KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR

Halimah Adnan

Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang

Abstrak

Perkembangan Revolusi industri 4.0 telah membuka banyak peluang dan manfaat dalam
meningkatkan keberkesanan pengurusan maklumat dan pengambilan pelajar di Kolej Komuniti
Paya Besar (KKPB). Penyampaian maklumat perlu tepat, efektif dan mudah dicapai seiring
dengan perkembangan teknologi terkini. Sehubungan dengan itu, sistem maklumat pengambilan
pelajar di KKPB dibangunkan dalam bentuk laman web yang mudah dicapai dan mesra
pengguna. Penggunaan laman web www.pengambilankkpb.weebly.com ini dapat memberi akses
yang meluas kepada Program TVET berkualiti dan diiktiraf. Laman web yang dibangunkan
boleh di manfaatkan sepenuhnya melalui perkongsian pintar dengan semua pihak yang
berkepentingan terutamanya pihak sekolah yang mempunyai pelajar lepasan menengah. Laman
web pengambilan di KKPB direka bentuk menggunakan perisian weebly.com dan di integrasi
kan bersama google drive bagi menyimpan data dan maklumat yang selamat. Kos pembangunan
laman web ini juga percuma kerana platform yang disediakan adalah percuma. Tiada sebarang
kos yang terlibat dan masa yang diambil untuk pembangunan laman web ini juga singkat dan
mudah. Konsep yang digunakan untuk membangunkan laman ini adalah bertema profesional
dan korporat serta interaktif. Laman ini boleh di akses secara atas talian melalui komputer dan
telefon pintar. Selain itu, dengan penggunaan laman web ini, segala pengurusan promosi
dipermudah kan dan juga berpotensi untuk meningkatkan kebolehpercayaan masyarakat
setempat terhadap kualiti pengurusan dan pendidikan TVET dan dapat menarik lebih banyak
peluang kepada masyarakat untuk belajar di KKPB. Impak daripada penggunaan sistem
maklumat pengambilan ini dapat meningkatkan data pengambilan pelajar di KKPB dan
memudahkan sistem pengurusan pendaftaran pelajar secara umumnya. Konsep laman web ini
berpotensi tinggi untuk digunakan secara meluas di seluruh Kolej Komuniti di Malaysia.

Kata Kunci : Pusat Informasi, Kolej Komuniti, Promosi Berkesan, Pengambilan Pelajar

Pengenalan

Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi
kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian bagi
memudahkan urusan semua pihak secara maksimum. Penggunaan aplikasi atas talian
seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan dalam masyarakat. Penggunaan
laman web dapat memberi banyak kesan dan impak yang positif antaranya adalah dalam
meningkatkan produktiviti kerja, memantapkan kaedah penyampaian maklumat yang
lebih berkesan, memudahkan proses permohonan calon pelajar, mengurangkan kos
percetakan dan kertas, menjimatkan masa dan dapat meningkatkan kepercayaan
masyarakat dalam perkhidmatan yang ditawarkan. Orang awam yang berminat untuk
mengenali kolej dan program yang ditawarkan akan diberikan alamat laman web
www.pengambilankkpb.weebly.com. Semua maklumat berkaitan kolej dan program
disediakan. Manakala, bagi pelajar baharu, setiap calon akan menerima mesej pesanan
ringkas daripada pihak jabatan mengenai status permohonan sekiranya berjaya mendapat
tawaran. Calon tersebut akan diberikan maklumat nombor telefon pegawai pengambilan
untuk urusan lanjut. Pegawai pengambilan akan memberikan alamat laman web kepada

71

pelajar untuk urusan borang pendaftaran dan panduan mendaftar. Calon pelajar perlu
memuat turun segala borang pendaftaran berkaitan. Setelah itu, borang-borang tersebut
akan dibawa oleh calon semasa hari pendaftaran. Urusan mengeposan sebarang surat
tawaran mahupun borang pendaftaran tidak perlu lagi dibuat oleh pihak pengambilan
kolej. Seterusnya, bagi keperluan pensyarah kelas, borang-borang berkaitan pengambilan
juga boleh dicapai dan dicetak terus secara atas talian. Pembangunan dan implimentasi
laman web ini banyak memberikan kesan dan impak yang positif dalam pengurusan
pengambilan dan pendaftaran pelajar baharu, urusan promosi dan urusan pensyarah
kelas.

Metodologi pembangunan laman web pengambilan KKPB adalah berasaskan
kepada Model air terjun (Rajah 1). Selain itu, ‘platform’ dan perkakasan yang akan
digunakan adalah perkakasan sedia ada di KKPB seperti komputer dan sistem operasi
‘Windows’ semasa.

PENYATAAN MASALAH

KAJIAN KEPERLUAN DAN ANALISIS

REKABENTUK DAN FUNGSI LAMAN WEB

PEMBANGUNAN LAMAN WEB

MUATNAIK ATAS TALIAN

IMPLIMENTASI DAN PENYELENGGARAAN

Rajah 1: Carta Alir Proses Pembangunan Laman web Pengambilan KKPB (Model Air
Terjun)

Pernyataan Masalah

Pembangunan Laman web Pengambilan KKPB ini bermula dengan permasalahan
pengurusan pendaftaran dan pengambilan pelajar di KKPB. Antara masalah yang
dihadapi oleh pihak kolej adalah dalam kaedah penyampaian maklumat yang lebih
menarik dan interaktif bagi tujuan promosi kepada masyarakat dan calon pelajar. Kaedah
penyampaian maklumat sebelum ini memerlukan masa yang panjang dan penerangan
secara telefon kepada calon pelajar. Kebanyakan calon pelajar kurang memahami dan
mengingati apa yang telah disampaikan melalui panggilan telefon. Oleh itu, keperluan
laman web bagi menguruskan maklumat pengambilan dan pendaftaran amatlah
diperlukan untuk memastikan penyampaian yang efektif dan berkesan. Selain itu, setiap
kali sesi pengambilan pelajar, pegawai pengambilan perlu mencetak dan menyediakan
segala borang-borang berkaitan pendaftaran untuk diedarkan kepada calon pelajar yang
ditawarkan. Banyak keperluan kerja diperlukan dan penggunaan kertas yang tinggi.
Seterusnya, pensyarah kelas memerlukan beberapa borang berkaitan tangguh, berhenti
dan sebagainya. Borang tersebut di sediakan di unit pembangunan pelajar. Pensyarah
kelas perlu ke unit pembangunan pelajar untuk mengambil borang kerana tiada borang

72

yang boleh dicapai secara atas talian. Bagi memudahkan urusan kerja semua pihak di
KKPB, keperluan penghasilan laman web berkaitan pengambilan amatlah diperlukan di
kolej. Jadual 1 menunjukkan perbandingan sebelum dan selepas pembangunan dan
implimentasi laman web pengambilan KKPB.

Jadual 1: Perbandingan Sebelum dan Selepas Pembangunan Laman Web Pengambilan
KKPB

BIL SEBELUM SELEPAS

1 Tiada laman web berkaitan Laman web dibangunkan dan digunakan
promosi, pengambilan dan sepenuhnya bagi tujuan pengambilan,
pendaftaran pelajar untuk Kolej keperluan pendaftaran dan promosi di
Komuniti Paya Besar Kolej Komuniti Paya Besar

2 Brosur promosi, borang Tiada lagi pos dibuat. Semuanya boleh
pendaftaran pelajar diedarkan
kepada calon pelajar baharu dicapai secara atas talian. Alamat laman

web akan diberikan terus kepada pelajar
baharu melalui aplikasi “whatsapp”

3 Sukar menerangkan berkaitan Segala informasi berserta gambar dan

kolej dan kelebihan program kejayaan disediakan dan boleh dicapai

kepada orang awam yang berminat terus secara atas talian

4 Kos pengurusan sampul surat, Tiada kos yang terlibat selepas
penggunaan kertas dan setem pembangunan dan implementasi laman
tinggi web pengambilan KKPB

5 Pensyarah kelas yang memerlukan Borang – borang pengambilan boleh di
Borang-borang pengambilan perlu muat turun terus dari laman web
mengambil borang tersebut di Unit www.pengambilankkpb.weebly.com
Pembangunan Pelajar.

6 Tiada borang “walk in” secara Borang “walk in” boleh diisi secara atas
“google form” disediakan bagi talian menggunakan “google form” sebagai
permohonan calon “walk in”
salah satu alternatif bagi memudahkan

calon pelajar yang berminat.

Objektif Inovasi
a) Memudahkan urusan capaian borang-borang pengambilan bagi keperluan
pensyarah dan pelajar baharu
b) Meningkatkan kaedah promosi dan minat orang awam serta pelajar baharu
dengan mengenali lebih dekat berkaitan kolej
c) Meningkatkan pengurusan penyampaian informasi berkaitan pengambilan dan
pendaftaran kepada pelajar baharu
d) Mengamalkan penjimatan kertas, selaras dengan dasar ‘paperless’ oleh pihak
kerajaan kerana pihak kolej tidak perlu menghantar kelengkapan borang
pendaftaran kepada calon pelajar baharu. Semuanya boleh di muat turun secara
atas talian.

73

Ciri-Ciri Inovasi

Terdapat tiga (3) ciri-ciri utama dalam pembangunan laman web pengambilan KKPB
iaitu merangkumi aspek penggunaan dan keperluan peralatan, platform dan kaedah
capaian sistem serta skop pengguna sistem.

a) Penggunaan dan keperluan peralatan
Laman web dibangunkan menggunakan perkakasan komputer yang sedia ada di
Kolej Komuniti Paya Besar. Perisian yang terlibat juga menggunakan perisian
umum yang boleh digunakan secara percuma iaitu weebly.com

b) Platform, Capaian Sistem dan pangkalan data
Laman web pengambilan KKPB yang dibangunkan adalah mesra pengguna
berasaskan web yang tidak memerlukan sebarang bahasa pengaturcaraan dan
pangkalan data. Laman web ini boleh dicapai menggunakan internet dan boleh
diakses di mana-mana. Segala maklumat dan data disimpan menggunakan
aplikasi google drive melalui GMail.

c) Pengguna sistem.

Terdapat dua (2) kategori pengguna bagi Laman web pengambilan KKPB iaitu
pembangun laman web dan pengguna biasa.

i.Pembangun Laman Web.
Pembangun laman web pengambilan KKPB bertanggung jawab dalam
memastikan laman web sentiasa berada dalam keadaan baik dan setiap fungsi
yang ada dalam laman web berjalan dengan baik. Memastikan data yang diterima
disimpan dengan baik. Pembangun laman web juga perlu memastikan maklumat
yang dipaparkan sentiasa dikemas kini mengikut keperluan dan perubahan
semasa.

ii.Pengguna biasa
Pengguna biasa adalah pengguna yang terdiri daripada kakitangan KKPB,
masyarakat dan calon pelajar. Pengguna boleh memaparkan semua maklumat
yang disediakan dalam laman web dan menggunakan fungsi yang disediakan.

Cara Operasi

Terdapat beberapa fungsi dan menu yang disediakan dalam laman web pengambilan
KKPB. Proses utama urusan pendaftaran dan pengambilan pelajar di KKPB di tunjukkan
melalui carta alir 1 dan 2 seperti berikut:

a) Proses Selepas Pembangunan Laman Web Pengambilan KKPB

74

MULA MULA

Pelajar hendak berhenti / tangguh / Calon pelajar semak
bertukar / pelepasan kelas keputusan permohonan

(borang-borang pengambilan) Berjaya

Pensyarah kelas muat turun Ya
melalui laman web Set Borang Pendaftaran wajib dimuat turun
pengambilan melalui laman web pengambilan (tiada urusan

Lengkapkan borang dan Pos)
hantar ke pegawai
pengambilan Pelajar lengkapkan borang dan
bawa masa hari pendaftaran
TAMAT
TAMAT
Carta 1: Proses Kerja Baru Pensyarah
Kelas Carta 2: Proses Kerja Baru Urusan
Pengambilan Pelajar

Impak Inovasi
i. Peningkatan terhadap kecekapan pengurusan pengambilan dan pendaftaran pelajar
baharu
ii. Meningkatkan promosi kepada orang awam secara lebih jelas, menarik dan
terperinci.

iii. Memudahkan urusan kerja pensyarah kelas
iv. Mengurangkan kos setem, sampul surat serta kertas dan cetakan
v. Meningkatkan peratus pelajar yang hadir mendaftar dan capaian prestasi

pengambilan kolej.

Kesimpulan
Maklum balas daripada pelajar baharu kolej, pensyarah dan orang awam mendapati
bahawa penggunaan laman web ini banyak membantu memudahkan penyampaian
maklumat yang berkesan, jelas dan menarik. Pengurusan borang-borang dan brosur juga
dibuat secara lebih sistematik dan efektif. Selain itu, pengurusan dan KPI bagi
pengambilan dan pendaftaran pelajar turut meningkat. Kesimpulannya, laman web
pengambilan KKPB ini berjaya menjimatkan kertas di samping memberi manfaat kepada
semua pihak dalam penggunaan gadjet dan teknologi maklumat secara bermanfaat
umumnya. Diharap konsep laman web ini boleh digunakan secara lebih meluas dan
memberi manfaat di seluruh Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan di Malaysia.

75

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENURUNAN JUMLAH
ENROLMEN PELAJAR BAHARU DI KOLEJ KOMUNITI ARAU (KKAP) &

KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN KANGAR (KKCK)

Widad Mohd Ismail, Azlia Mohd Nazli, AinilHuda Abd Razak

Kolej Komuniti Arau, Perlis

Abstrak

Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 398/2225/00 yang telah
dikemukakan oleh Menteri Pendidikan pada 5 Julai 2000, tentang konsep penubuhan dan
perlaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Pada 12 Jun 2001 Kolej Komuniti
Arau, Perlis (KKAP) telah mula beroperasi dengan menjalankan 2 Kursus Sepenuh Masa iaitu
Sijil Pelukis Pelan Senibina dan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan).
Pada Julai 2017, Program Elektrik telah diasingkan pengoperasiannya ke Kolej Komuniti
Cawangan Kangar (KKCK) namun masih dibawah pengurusan KKAP yang juga menjalankan
Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK), Program Sijil Fesyen dan
Pakaian (SFP), Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) serta Program Sijil
Teknologi Senibina (STS) yang dahulunya dikenali sebagai ‘Sijil Pelukis Pelan Senibina’.
Namun setelah hampir 20 tahun penubuhannya, Kolej Komuniti Arau masih menghadapi
masalah enrolmen pelajar baharu yang tidak menentu. Meskipun pelbagai kaedah promosi
telah dilaksanakan, semuanya kurang memberi impak dalam meningkatkan jumlah pendaftaran
pelajar baharu. Oleh itu, kajian penyelidikan telah dilaksanakan dengan mensasarkan dua (2)
objektif utama iaitu bagi (1) mendapat maklumat terperinci tentang punca-punca yang
menyebabkan penurunan enrolmen pelajar baharu di KKAP & KKCK serta (2) mengenalpasti
kaedah promosi yang lebih efisyen. Kajian ini dilaksana dengan menggunakan kaedah 1)
kuantitatif melalui soal selidik dan 2) kualitatif melaui temubual. Dapatan daripada kaedah
kuantitatif dianalisa menggunakan ‘Descriptive Statistic (Frequency)’. Secara keseluruhannya,
sebanyak 60.5% daripada responden tidak mengetahui tentang program pengajian sepenuh
masa yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti. Namun, majoriti responden daripada pelajar
sekolah telah memilih program pengajian yang ditawarkan oleh KKAP dan KKCK. Ini
menunjukkan bahawa promosi bagi pengajian sepenuh masa perlu di pertingkatkan bagi
memastikan para pelajar sekolah terutamanya di sekitar negeri Perlis maklum tentang program
yang ditawarkan dengan lebih jelas beserta kelebihan pengajian yang bakal diperolehi.

Kata kunci: Kolej Komuniti Arau, Kolej Komuniti Cawangan Kangar, enrolmen, pengajian,
promosi.

Pengenalan

i. Latar belakang Kajian
Sejarah penubuhan Kolej Komuniti seluruh Malaysia
Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No.
398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep
penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan
menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua
peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah lulusan SPM
sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

76

Sejarah Penubuhan Kolej Komuniti Arau
Kolej Komuniti Arau, Perlis (KKAP) mula ditubuhkan pada 12 Jun 2001 dengan
menjalankan 2 Kursus Sepenuh Masa iaitu Sijil Pelukis Pelan Senibina dan Sijil
Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan). Pada awal penubuhan, Kolej
Komuniti Arau, Perlis menumpang di Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis sementara
menanti kampus tetap di Tambun Tulang, Arau, Perlis untuk disiapkan. Pada bulan
November 2005 Kolej Komuniti Arau, Perlis telah berpindah ke kampus tetap di
Tambun Tulang, Arau, Perlis dan menjalankan 3 lagi Kursus Sepenuh Masa iaitu Sijil
Komputer Dan Sokongan , Sijil Fesyen Dan Pakaian dan Sijil Pemprosesan Dan
Kawalan Mutu Makanan.

Pada Julai 2007, Kolej Komuniti Arau, Perlis menawarkan Kursus Diploma
Teknologi Elektrik kepada pelajar kolej komuniti lulusan Sijil Teknologi Elektrik
(Pemasangan Dan Perkhidmatan). Bagi memenuhi keperluan fizikal program Diploma
dan Kursus Pendek, Kolej Komuniti Arau, Perlis telah menyewa tiga premis rumah kedai
yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran. Premis yang
telah disewa bemula dari Julai 2009 ini terletak di Jejawi Arau, Perlis. Lebih kurang 7
kilometer dari kampus utama melalui Jalan Tengku Budriah, Longboh. Sehingga tahun
2010, Kolej Komuniti Arau, Perlis masih lagi menawarkan lima program sepenuh masa
di peringkat Sijil, namun program Diploma tidak lagi ditawarkan dan digantikan dengan
Sijil Modular Kebangsaan (SMK) iaitu Pemasangan Elektrik (PE).

Walaubagaimanapun, Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Pemasangan
Elektrik (PE) tamat pada hujung tahun 2012. Seterusnya, pada tahun 2017, Program Sijil
Teknologi Elektrik (SKE) berpindah lokasi ke Cawangan Kangar namun masih diterajui
oleh pengurusan Kolej Komuniti Arau. Manakala Program Sijil Sistem Komputer dan
Rangkaian (SSK), Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP), Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu
Makanan (SPK), Sijil Teknologi Senibina (STS) serta Program Sepanjang Hayat (PSH)
atau kursus pendek masih beroperasi di Kolej Komuniti Arau, Tambun Tulang.

ii. Permasalahan Kajian
Jumlah ambilan pelajar baharu yang tidak menentu setiap tahun telah memberi kesan
negatif kepada pengurusan Kolej Komuniti Arau & Kolej Komuniti Cawangan Kangar.
Jumlah ini meningkat pada tahun 2018 dan menurun semula pada tahun 2019.
Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya, jumlah penurunan pada tahun 2019 adalah
lebih rendah daripada tahun 2017. Hal ini telah memberi kesan kepada banyak aspek
seperti (1) jam mengajar pensyarah tidak mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI), (2) aset
tidak digunakan sepenuhnya, (3) aktiviti sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
(PdP) menjadi terhad kerana kekurangan pelajar serta (4) jumlah penerimaan peruntukan
kewangan bagi penggunaan aktiviti pelajar akan berkurangan mengikut jumlah pelajar
yang berdaftar.

Isu ini harus diambil serius kerana jika jumlah penurunan ambilan pelajar baharu
berlaku secara berterusan, pensyarah yang mempunyai jumlah jam yang tidak mencapai
KPI mungkin akan dipindahkan ke Kolej Komuniti diserata Malaysia yang mempunyai
lebih ramai pelajar. Situasi lebih teruk lagi yang tidak diingini berlaku adalah jika jumlah
pelajar program pengajian sepenuh masa sangat sedikit sehingga tawaran pengajian
terpaksa ditutup bagi mengelakkan kerugian perbelanjaan pengurusan.

77

iii. Objektif Kajian
i) Mendapat maklumat terperinci tentang punca-punca yang menyebabkan

penurunan enrolmen pelajar baharu di KKAP & KKCK.
ii) Mengenalpasti kaedah promosi yang lebih efisyen.

iv. Persoalan Kajian
i) Apakah punca-punca yang menyebabkan penurunan enrolmen pelajar baharu di

KKAP & KKCK?
ii) Bagaimanakah kaedah promosi yang lebih efisyen perlu dilaksanakan?

Tinjauan Literatur
i. Justifikasi Enrolmen

Enrolmen didefinisikan sebagai bilangan orang yg mendaftarkan diri sebagai pelajar di
sesebuah institusi (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017). Justeru, ia dapat
dilabelkan sebagai perniagaan teras bagi sesebuah institusi memandangkan jumlah
pelajar yang mendaftar akan memberi impak kepada pengoperasian sesebuah institusi
pendidikan tersebut.

ii. Faktor-Faktor Yang Memberi Kesan Kepada Enrolmen Pelajar
Setiap institusi pendidikan yang bertauliah mempuyai tahap norma ambilan pelajar yang
yang telah ditetapkan. Item ini adalah tonggak utama dalam meneruskan pengoperasian
di sesebuah institusi pendidikan. Ini adalah kerana, jika kekurangan pelajar, proses
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana
kekurangan penglibatan pelajar. Lebih teruk lagi jika tiada pelajar yang mendaftar bagi
sesuatu program yang telah ditubuhkan. Hal ini dapat menjejaskan perjawatan tenaga
pengajar bagi program yang terbabit. Jika isu kekurangan pelajar ini meruncing di mana-
mana Jabatan Perkhidmatan Awam, pensyarah mungkin perlu dipindahkan ke cawangan
lain atau jika di institusi swasta, tenaga pengajar boleh diberhentikan kerana akan tiada
lagi keperluan perkhidmatan di organisasi tersebut.

Oleh yang demikian jumlah pelajar adalah amat penting di setiap institusi
pendidikan. Antara faktor- faktor yang dapat memberi kesan kepada enrolmen pelajar
adalah seperti berikut:
i. Reputasi institusi
ii. Pengikhtirafan
iii. Sebaran maklumat/ strategi pemasaran
iv. Kursus yang diminati/ program yang ditawarkan
v. Pengalaman/pengetahuan baru
vi. Kehendak pasaran/peluang kerjaya
vii. Kos pengajian
viii. Bantuan kewangan
ix. Pengaruh keluarga/rakan
x. Jarak IPT
xi. Lokasi
xii. Infrastruktur
xiii. Tenaga pengajar yang dikenali/selebriti
xiv. Kurang kes disiplin
xv. Kurang berlaku penyingkiran terhadap pelajar akibat kegagalan
xvi. Perkhidmatan yang cekap dan efisyen
xvii. Wakil daripada pihak institusi dan lawatan kampus

78

Metodologi Kajian
i. Kaedah Penyelidikan

Kajian ini lebih tertumpu kepada kaedah kuantitatif didalam bentuk soal selidik dan
diselitkan dengan kaedah kualitatif sebagai mengukuhkan dapatan. Sebanyak 840 naskah
borang soal selidik telah diisi oleh pelajar sekolah manakala seramai 403 penduduk
disekitar kawasan kajian telah di temuramah. Jumlah edaran ini dirujuk daripada
makluman edaran soal selidik oleh Krejie dan Morgan (1970). Data kemudian dianalisis
dengan menggunakan aplikasi SPSS 2.0. Kaedah analisis yang digunapakai daripada
SPSS 2.0 adalah ‘Frekuensi’.

Dapatan Kajian Dan Perbincangan
i. Data Inventori, Analisis dan Dapatan Kajian
Data Inventori, Analisis dan Dapatan Kajian Pelajar Sekolah

i) Pendapatan keluarga pelajar
Data ini menunjukkan bahawa majoriti daripada kumpulan sasaran bakal pelajar Kolej
Komuniti di Negeri Perlis ialah mereka yang datang daripada keluarga yang
berpendapatan RM3000 dan kebawah. Oleh itu, pihak Kolej Komuniti perlu lebih peka
terhadap keperluan dan kehendak mereka sebagai daya tarikan untuk menarik minat
mereka bagi menyambung pengajian di sini.
ii) Pemilihan tempat pengajian selepas SPM
Majoriti daripada responden memilih untuk memasuki Universiti Awam/Swasta iaitu
seramai 355 orang iaitu sebanyak 42.3%. Kumpulan kedua teramai adalah sebanyak 162
orang iaitu 19.3% memilih untuk menyambung pengajian di Politeknik. Kumpulan
ketiga teramai adalah sebanyak 101 orang iaitu 12% memilih untuk memasuki Kolej
GiatMara. Kolej Komuniti menjadi pilihan keempat teramai iaitu 79 orang atau 9.4%.
Namun, seramai 27 orang iaitu 3.2% pelajar memaklumkan bahawa mereka tidak
berminat lagi untuk menyambung pengajian.
iii) Pemilihan lokasi pengajian selepas SPM
Data diatas menunjukkan bahawa majoriti daripada jumlah responden lebih berminat
untuk menyambung pengajian di luar negeri Perlis iaitu seramai 550 orang atau 65.5%.
Lebihan seramai 290 orang responden iaitu 34.5% cenderung untuk menyambung
pengajian di sekitar negeri Perlis.
iv) Kemudahan pilihan utama di IPT
Maklumat data diatas menunjukkan majoriti daripada responden memilih Institut
Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan bantuan kewangan seperti biasiswa atau elaun
iaitu seramai 387 orang bersamaan 46.1%. Pilihan kedua tertinggi dalam pemilihan ke
IPT adalah penyediaan tempat tinggal atau asrama dipilih oleh seramai 267 orang atau
31.8%. Seterusnya seramai 128 orang atau 15.2% pelajar memilih IPT yang mempunyai
suasana pengajian yang baik. Selebihnya melihat kepada Tenaga Pengajar seramai 44
orang atau 5.2% dan lain-lain aspek iaitu seramai 14 orang atau 1.7%.
v) Program pilihan utama di IPT
Data diatas menunjukkan program pilihan responden di IPT kelak. Namun semua
program pilihan tersebut telah diambil daripada program yang ditawarkan di Kolej
Komuniti Arau, Kolej Komuniti Cawangan Kangar, IKBN Perlis, GiatMARA Perlis dan
IKM Perlis. Secara keseluruhannya lima program pilihan tertinggi adalah yang
ditawarkan di Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Cawangan Kangar. Pilihan
tertinggi adalah program Fesyen & Pakaian iaitu Seramai 148 Atau 17.6%. Kedua adalah
program Pemprosesan & Kawalan Mutu Makanan iaitu seramai 119 orang atau 14.2%.
Program pilihan ketiga tertinggi pula adalah Sistem Komputer dan Rangkaian iaitu

79

seramai 107 orang pelajar atau atau 12.7%. Manakala program pilihan keempat tertinggi
adalah Teknologi Elektrik iaitu seramai 45 orang atau 5.4%. Seterusnya program
Teknologi Senibina adalah program pilihan pelajar kelima tertinggi iaitu seramai 40
orang atau 4.8 %.

ii. Data Inventori, Analisis dan Dapatan Kajian Komuniti

i) Pengetahuan tentang program yang ditawarkan di KKAP & KKCK
Data diatas menunjukkan bahawa majoriti responden iaitu seramai 508 orang atau
60.5% tidak mengetahui tentang program Sijil yang bertempoh dua tahun (4 semester)
ada ditawarkan di Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Cawangan Kangar.

Cadangan kajian
i) Meningkatkan kaedah menguar-uarkan Alumni Kolej Komuniti contohnya

seperti:
a. Meletakkan label/frame memaklumkan perniaagaan dimiliki oleh Alumni

KK.
b. Kerapkali menguar-uarkan kejayaan Alumni di media sosial.
c. Selitkan kejayaan alumni bagi setiap program pada ‘flyer’ promosi.
ii) Menambahbaik infrastruktur.
iii) Melaraskan semula jumlah yuran pelbagai
iv) Mewujudkan ‘Tabung Wakaf Ilmu’ bagi membantu pelajar yang kurang mampu
bagi melunaskan yuran.
v) Memaparkan akreditasi institusi.
vi) Memaparkan tahap pendidikan Tenaga Pengajar serta kejayaan inovasi dan
kajian.
vii) Memaparkan kejayaan pelajar di ‘flyer’ dan media sosial
viii) Memaparkan video Latihan Industri di media sosial.
ix) Meningkatkan kualiti PdP dan cuba menghindari isu-isu berkaitan pelajar yang
dapat menjejaskan reputasi kolej.
x) Kolaborasi bersama industri.
xi) Mempraktikkan kaedah kemasukan online.

Kesimpulan
Secara rumusannya dapatan daripada kajian ini telah memberi sedikit-sebanyak
maklumat yang dapat membantu penyelidik dalam mengenalpasti antara faktor-faktor
yang menyebabkan kepada penurunan jumlah enrolmen pelajar baharu di Kolej
Komunit Arau dan Kolej Komuniti Cawangan Kangar. Antaranya adalah pengetahuan
komuniti tentang kolej komuniti. sebanyak 60.5% daripada responden tidak mengetahui
tentang program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti.
Namun, majoriti responden daripada pelajar sekolah telah memilih program pengajian
yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Cawangan Kangar. Ini
menunjukkan bahawa promosi bagi pengajian sepenuh masa perlu di pertingkatkan bagi
memastikan para pelajar sekolah terutamanya di sekitar negeri Perlis maklum tentang
program yang ditawarkan dengan lebih jelas beserta kelebihan pengajian yang bakal
diperolehi.

80

Rujukan
E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic

Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala
Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 567
M.H.Norhidayah, H.Y. Ahmad Mujahideen2 and W.S.W.A Najmuddin (2017). Faktor-
Faktor Pendorong Pemilihan Kursus Di Institusi Pengajian Tinggi- Satu Ulasan.
Journal Of Humanities, Language, Culture And Business (Hlcb). Vol. 1: No. 5
(September 2017). Page 139-145
Nur Jam’atur Rahmah Mohamed Nawawi (2015). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pemilihan Pelajar Ke Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Di Kuin, Universiti Utara
Malaysia, Kedah.
Nurul Anith Abu Bakar and Wei Boon Quah (2018). Faktor Pendorong dan Strategi
Promosiuntuk Pengambilan Pelajar di Kolej Komuniti Sandakan (KKSK). Https:
//www. researchgate. net/publication/325203184
Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon, Nazneen Ismail Dan Sahlawati Abu Bakar
(2015). Faktor-Faktor Yang Mendorong Pemilihan Institusi Pengajian Tinggi Di
Kalangan Pelajar. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis),
Selangor, Malaysia.

81

PORTAL PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE
KOLEJ KOMUNITI MIRI SARAWAK (KKMS)

Roland Tsok Vui Liang, Noor Fazsikeen Mermeji@Termizie, Noor Aini Bojeng

Kolej Komuniti Miri, Sarawak

Abstrak

Portal Permohonan Kemasukan Pelajar ke KKMS dibangunkan hasil pemerhatian terhadap
capaian untuk memohon masuk ke program yang ditawarkan dan mendapatkan maklumat
lengkap berkaitan program KKMS. Objektif pembangunan portal adalah bertujuan untuk
memudahkan akses pemohon ke KKMS tanpa perlu hadir atau membeli nombor pin. Ia juga
memudahkan pemohon dari segi pengisian data kerana lebih mesra pengguna serta mampu
memberi gambaran awal berkaitan program yang ingin dipohon. Penggunaan portal dapat
menjimatkan kos, masa, tenaga dan meminimumkan penggunaan data internet terutamanya
bagi kawasan luar bandar dan penyebaran maklumat lebih tepat dan benar. Hasil soal selidik
terhadap pelajar Sesi Disember 2019 (semester 1 hingga 4) bagi program Sijil Rekabentuk
Dalaman dan Sijil Penyenggaraan Industri di KKMS seramai 98 orang. 47 responden memilih
portal sebagai kaedah permohonan, 21 responden media sosial, 18 memilih walk in dan 12
memilih untuk membeli nombor pin. Bagi memastikan data pemohon yang diisi adalah tepat
dan benar dicadangkan untuk menyediakan ruangan untuk memuatnaik dokumen. Penerimaan
positif daripada pemohon menyatakan portal tersebut lebih menjimatkan kos, masa dan
tenaga.

Kata Kunci: Portal, Permohonan, Data

Pengenalan
KKMS menawarkan dua program sepenuh masa iaitu Sijil Penyenggaraan Industri dan
Sijil Rekabentuk Dalaman. Permohonan masuk ke program sepenuh masa di KKMS
boleh dibuat melalui kaedah walk in, media sosial KKMS seperti Facebook dan
Instagram serta permohonan melalui pembelian nombor pin. Namun, tinjauan mengenai
latar belakang dan data pemohon mendapati bahawa kebanyakan pemohon mengalami
kesukaran untuk memohon ke KKMS melalui kaedah sedia ada. Portal Permohonan
Kemasukan Pelajar ke KKMS dibangunkan bagi mengatasi kekangan yang dihadapi oleh
pemohon untuk memohon masuk ke program sepenuh masa di KKMS. Portal tersebut
dibangunkan dengan menggunakan Google Sites.

Pernyataan Masalah
1. Kaedah walk in menyukarkan pemohon yang tinggal jauh dari bandaraya Miri
2. Pemohon perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk pergi ke kawasan bandar

bagi membeli nombor pin
3. Laman permohonan MyPolyCC yang sedia ada tidak menjurus kepada program

yang ditawarkan ke KKMS
4. Pendaftaran pemohon secara manual memerlukan borang yang perlu di hantar ke

Kolej Komuniti Miri. Kaedah ini menyukarkan pemohon yang berada di luar
kawasan Miri kerana memerlukan pengangkutan ke Kolej Komuniti Miri.
5. Unit Promosi Kolej Komuniti Miri terpaksa mencetak brosur sebagai media
promosi.

82

Objektif Inovasi
1. Memudahkan pemohon bagi mendapat capaian terus bagi permohonan masuk ke

program sepenuh masa di Kolej Komuniti Miri
2. Menjimatkan kos, masa dan tenaga kerana semua maklumat mengenai program

sepenuh masa tertera di portal
3. Penerimaan data pemohon yang sistematik daripada portal memudahkan pegawai

bertanggungjawab untuk mengakses dan memproses data permohonan
4. Meningkatkan kesedaran umum terhadap program sepenuh masa di KKMS
5. Memudahkan promosi dan penyebaran maklumat
Ciri-Ciri Inovasi & Cara Operasi

83

1. Klik pada pautan portal permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Miri
shorturl.at/opLPX. Paparan HOME akan muncul pada screen.

2. Klik pada #JUARAKOLEJKOMUNITI akan memaparkan alumni Kolej
Komuniti Miri yang telah berjaya.

3. Klik pada #LAGUKOLEJKOMUNITI akan memaparkan lagu Kolej Komuniti
Miri melalui laman YouTube.

4. Untuk memasuki ke laman Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, Google Map
dan Call Us Kolej Komuniti Miri, klik pada ikon tersebut:

5. Klik pada VISI & MISI portal permohonan kemasukan pelajar ke Kolej
Komuniti Miri, akan memaparkan maklumat visi dan misi Kolej Komuniti.

84

6. Klik pada PROGRAM dan pilih Program Sijil Rekabentuk Dalaman,
maklumat untuk program SRD akan terpapar pada skrin. Klik pada pautan untuk
mendapat gambaran di alam pekerjaan sebenar.

7. Klik pada PROGRAM dan pilih Program Sijil Penyenggaraan Industri,
maklumat untuk program SPI akan terpapar pada skrin. Klik pada pautan untuk
mendapat gambaran di alam pekerjaan sebenar.

8. Klik pada KAEDAH PERMOHONAN paparan kaedah permohonan akan
dipaparkan pada skrin. Pautan borang permohonan akan muncul pada skrin.
Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan dan hantar secara
dalam talian. Pemohon boleh mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar
untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti
Miri atau klik MyPolyCC, portal pengambilan pelajar Politeknik dan Kolej
Komuniti akan terpapar, membolehkan calon mendapat maklumat mengenai
pengambilan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti.

85

9. Borang permohonan ke Kolej Komuniti Miri

10. Klik pada GALERI, gambar-gambar keadaan sebenar Pengajaran dan
Pembelajaran di Kolej Komuniti Miri

Impak Inovasi
Laman portal ini dibangunkan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dengan
membekalkan maklumat terkini berkaitan program sepenuh masa yang ditawarkan di
Kolej Komuniti Miri. Melalui laman portal ini juga, pelbagai maklumat dapat
disediakan kepada tiga golongan pengunjung utama iaitu orang awam, pemohon dan
pihak industri. Pemohon boleh memulakan carian maklumat berdasarkan minat dan
kecenderungan cabang laluan kerjaya yang diminati dan seterusnya mendapatkan
maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan. Manakala, majikan dengan
mudah boleh mendapatkan maklumat tentang KKMS serta bidang latihan kemahiran
dan persijilan yang berkaitan industri mereka.

Kelebihan dan kebaikan:
 Penyebaran maklumat KKMS yang meluas;
 Penjimatan kos dari segi pencetakan brosur promosi;
 Maklumat calon pelajar mudah di akses;
 Memudahkan calon untuk proses pendaftran;
 Senang dan mudah difahami;
 Portal dapat dikemaskini dari masa kesemasa dengan cepat dan mudah;
 Penjimatan penggunaan kertas;

86

 Penjimatan masa permohonan pelajar;
 Calon pelajar tidak perlu datang ke Kolej Komuniti Miri untuk

pendaftaran;
 Mudah untuk di bina dan diselenggara;
 Lebih mudah untuk memaparkan semua jenis maklumat (teks, video,

muzik, imej dan lain-lain) ke internet, tidak terhad kepada penggunaan
yang telah dibangunkan.

Cadangan Penambahbaikan

 Penambahan lebih banyak info dan gambar yang menarik pada portal
 Mewujudkan butang keputusan penerimaan permohonan dan pemohon

boleh mencetak keputusan permohonan;
 Mewujudkan ruang makluman terkini, seperti tarikh-tarikh penting;
 Merangka satu portal yang merangkumi semua Kolej Komuniti di Zon

Sarawak
 Mewujudkan butang carian bagi memudahkan pencarian maklumat

melalui keyword
 Menambah ruangan FAQ bagi menjawab soalan-soalan yang biasa ditanya

umum

Kesimpulan
Penggunaan Portal Permohonan Kemasukan Pelajar ke KKMS dapat menjimatkan
masa penyebaran maklumat berbanding amalan penyampaian konvensional selain dapat
meningkatkan motivasi pelajar untuk melanjutkan pengajian kerana terdapatnya info
bergambar “success story” graduan pelajar Kolej Komuniti Miri. Ia juga membolehkan
program ini lebih mudah untuk dilihat di internet dan memberikan imej positif yang
jelas, seterusnya boleh menghasilkan komitmen yang tinggi daripada pelajar terhadap
program yang ditawarkan. Berdasarkan dapatan kajian, kos untuk pemohonan masuk ke
KKMS (elemen kewangan dan masa) merupakan antara faktor penting yang dapat
diatasi dengan kewujudan portal ini. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan
pemilihan penggunaan portal berada pada tahap yang tinggi.

87

i2uKKNP : APLIKASI MUDAH ALIH PROMOSI KOLEJ KOMUNITI NEGERI
PERAK

Azuwin Abd Rahim1, Fauzimah Wahab2, Sulaihah Dollah3,Yusliza Yusop4

Kolej Komuniti Chenderoh1, Kolej Komuniti RTC Gopeng2, Kolej Komuniti Sungai
Siput3, Kolej Komuniti Pasir Salak4

Abstrak

Aktiviti promosi merupakan perkara penting dan sangat sinonim dengan pengambilan pelajar ke
Kolej Komuniti. Para pensyarah dan kakitangan Kolej Komuniti (KK) khususnya akan bertugas
bagi mempromosikan pengambilan pelajar pada Sesi Jun dan Disember setiap tahun sebagai
satu usaha bagi mencapai norma pengambilan pelajar. Permasalahan timbul apabila
Jawatankuasa promosi tidak mempunyai maklumat yang tepat dan lengkap tentang program-
program Sijil dan Diploma yang ditawarkan di Kolej Komuniti Negeri Perak (KKNP). Oleh itu,
i2uKKNP: Aplikasi Mudah Alih Promosi Kolej Komuniti Negeri Perak dibangunkan sebagai
satu pemudahcara kepada pensyarah dan kakitangan KK yang bertugas untuk mendapatkan dan
menyampaikan info tentang KKNP dengan menggunakan telefon bimbit. i2uKKNP adalah
singkatan Information To You Kolej Komuniti Negeri Perak yang dibangunkan menggunakan
perisian MIT App Inventor. Objektif pembangunan i2uKKNP ini adalah sebagai platform
penyampaian maklumat terkini dan seragam bagi empat belas (14) KKNP. Maklumat bersepadu
ini merangkumi kesemua data pengajian melibatkan 21 program pengajian Sijil dan 2 program
pengajian peringkat Diploma, aktiviti pelajar, pemetaan program, bantuan kewangan serta
kaedah permohonan kemasukan ke KK. i2uKKNP ini dihasilkan untuk kegunaan pensyarah,
kakitangan kolej dan pelajar khususnya, dan juga orang awam amnya. Aplikasi Mudah Alih ini
dimuat naik ke Google Store bagi memudahkan capaian dan boleh muat turun oleh semua
pengguna secara percuma. Bersifat mesra pengguna dan terkini menjadikan i2uKKNP ini
sebagai bahan rujukan utama semasa aktiviti promosi dijalankan.

Kata Kunci: Aplikasi mudah alih, aktiviti promosi dan Kolej Komuniti Negeri Perak

Pengenalan

Unit Pengambilan Pelajar merupakan unit yang bertanggungjawab untuk melaksanakan
aktiviti pengambilan dan pendaftaran pelajar baharu setiap tahun. Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menetapkan norma tahunan pengambilan
yang perlu dicapai oleh setiap Kolej Komuniti menerusi dua (2) sesi ambilan pelajar iaitu
sesi Jun dan Disember setiap tahun. Oleh yang demikian, Kolej Komuniti Negeri Perak
(KKNP) sentiasa mencari idea baharu bagi membantu aktiviti promosi pengambilan
pelajar bagi mencapai norma tersebut.

Antara kaedah promosi yang dilakukan oleh pihak KKNP adalah mengadakan
promosi di segenap medium seperti media sosial, media elektronik, cetakan risalah,
promosi secara terus kepada calon pelajar dan ibubapa. Namun masalah timbul apabila
Jawatankuasa Promosi Kolej Komuniti Negeri Perak yang terdiri daripada pensyarah
atau kakitangan kolej seringkali tidak dapat menyampaikan maklumat yang terperinci,
tepat dan terkini tentang KKNP kepada orang awam. Mereka tidak mampu menerangkan
tentang program sijil atau diploma yang ditawarkan di KKNP dengan yakin dan
semestinya hanya maklumat berkaitan Kolej Komuniti sendiri sahaja yang mereka
ketahui. Perkara ini dilihat sebagai tidak professional sewaktu menjalankan tugas dan
boleh menjatuhkan imej KK.

88

Statista (2019) menunjukkan bilangan muat turun aplikasi mudah alih terus
meningkat saban tahun. Hal ini membuktikan aplikasi mudah alih menjadi tren semasa di
dunia. Justeru aplikasi mudah alih i2uKKNP dibangunkan sebagai satu platform kepada
Jawatankuasa Promosi Kolej Komuniti Negeri Perak yang bertugas untuk mendapat
maklumat lengkap, tepat dan terkini yang dapat membantu memudahkan aktiviti promosi
dengan menggunakan telefon bimbit. Antara objektif penghasilan i2uKKNP ialah:

i. Menyelaraskan maklumat terkini bagi semua Kolej Komuniti Negeri Perak
ii. Memudahkan capaian maklumat bagi semua Jawatankuasa Promosi Kolej

Komuniti Negeri Perak
iii. Menjadi bahan rujukan utama kepada Jawatankuasa Promosi Kolej Komuniti

Negeri Perak

Pernyataan Masalah
Idea berkaitan pembangunan i2uKKNP: Aplikasi Mudah Alih Promosi Kolej Komuniti
Negeri Perak ini dihasilkan setelah wujud beberapa masalah khususnya kepada
Jawatankuasa Promosi Kolej Komuniti Negeri Perak yang bertugas semasa aktiviti
promosi. Antaranya:

a) Jawatankuasa Promosi Kolej Komuniti Negeri Perak tidak dapat menerangkan
secara terperinci program-program Sijil dan Diploma yang ditawarkan di Kolej
Komuniti Negeri Perak selain daripada kolej masing-masing.

b) Jawatankuasa Promosi Kolej Komuniti Negeri Perak tidak mengetahui secara jelas
maklumat seperti kaedah-kaedah permohonan, syarat kemasukan, yuran dan
bantuan kewangan yang disediakan di Kolej Komuniti.

c) Peningkatan kos cetakan risalah dan kain rentang dalam kuantiti yang banyak bagi
membantu penyampaian maklumat kepada orang awam.

d) Tiada capaian maklumat yang terkini, tepat dan seragam bagi Kolej Komuniti
Negeri Perak menyukarkan aktiviti promosi berjalan dengan lancar. Laman web
jabatan turut mengandungi maklumat ini. Walaubagaimanapun maklumat tersebut
sukar dicapai kerana mengandungi lambakan maklumat dan tidak berfokus kepada
Negeri Perak sahaja.

e) Perlu adanya satu bahan promosi yang seiring tren semasa.

Ciri-Ciri I2UKKNP
i2uKKNP merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan menggunakan perisian MIT
App Inventor. Aplikasi mudah alih ini dimuat naik di dalam Google Store dan pengguna
boleh memuat turun aplikasi mudah alih ini secara percuma pada bila-bila masa. Data
yang digunakan dikumpul dalam satu pangkalan data. Sumber data diperolehi daripada
Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Negeri Perak, Bahagian Ambilan dan
Pembangunan Pelajar (JPPKK) dan Laman Web JPPKK di bawah tadbiran Unit
Komunikasi dan Korporat (UKK) JPPKK.

Terdapat tujuh (7) menu button iaitu senarai kolej komuniti, senarai program,
permohonan, bantuan kewangan, aktiviti pelajar, pegawai pengambilan dan Informasi
Pegawai Pengambilan. Menu button Senarai Kolej Komuniti akan menyenaraikan
kesemua 14 buah Kolej Komuniti di dalam Negeri Perak. Selepas pilihan dibuat, paparan
akan memuatkan alamat lengkap, nombor telefon, nombor faks, pautan ke laman sosial
kolej masing-masing, seperti Facebook, Instagram, Youtube, dan Google Maps lokasi
Kolej Komuniti tersebut. Menu button Senarai Program memaparkan kesemua 21
program Sijil, dua (2) program Diploma dan dua (2) Sijil Khas. Kesemua program ini
mempunyai menu button dengan setiap satunya akan memaparkan sinopsis program,
prospek kerjaya, syarat kemasukan, tempoh pengajian, yuran pengajian, senarai Kolej

89

Komuniti yang menawarkan program yang sama dan pemetaan pengajian ke Diploma.
Menu button Aktiviti Pelajar Kolej Komuniti Negeri Perak memaparkan aktiviti

pelajar dari KKNP yang dipautkan dari media sosial KKNP seperti Facebook, Instagram
dan Youtube. Menu button Senarai Pegawai Pengambilan memaparkan gambar dan
nama 14 orang Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Negeri Perak, nombor telefon
bimbit dan alamat emel pegawai tersebut. Menu button Pemohonan pula menyenaraikan
pelbagai kaedah permohonan secara online dan offline iaitu permohonan secara terus ke
pejabat atau walk –in. Penerangan ringkas juga disediakan bagi membantu pemahaman
mengenai kaedah permohonan tersebut beserta pautannya. Seterusnya menu button
Bantuan Kewangan menyenaraikan jenis-jenis bantuan kewangan yang boleh dipohon
dan ditawarkan kepada pelajar Kolej Komuniti. Syarat permohonan dan penerangan
ringkas berkaitan kadar dan cara permohonan turut disediakan lengkap dengan pautan.
Bagi menu button Info pula memaparkan maklumat pembangun aplikasi mudah alih ini
bagi memudahkan pertanyaan dan cadangan berkaitan aplikasi ini. Ia adalah suatu bentuk
sistem sokongan berpanjangan bagi memastikan operasi aplikasi ini berjalan lancar.

Pembangunan I2UKKNP
i2uKKNP boleh digunakan oleh semua pengguna merangkumi Jawatankuasa Promosi
KK Negeri Perak, bakal pelajar, ibubapa penjaga atau sesiapa sahaja yang ingin
mendapatkan maklumat mengenai Kolej Komuniti secara percuma pada bila-bila masa
sahaja. Rajah Konseptual di bawah menunjukkan secara konsep operasi dan komponen
yang terlibat dalam pembangunan i2uKKNP ini.

Rajah 1: Konseptual i2uKKNP

Pembangunan i2uKKNNP diadaptasi daripada model reka bentuk R2D2 atau
Reclusive, Refelective, Design & Development yang diperkenalkan oleh Willis (1995). Ia
merupakan sebuah model pembelajaran konstruktivis yang mempunyai tiga fokus utama
iaitu mentakrif (define), mereka bentuk (design & develop) dan penyebaran
(disseminate) seperti di rajah 2. Pada fasa menakrif (define), ianya tertumpu kepada 3
aspek utama iaitu takrifan dari sudut skop maklumat, dan mengenalpasti aplikasi mudah
alih berbentuk informatif yang sedia ada. Pada fasa ini juga maklumat akan dikenalpasti
dan dikategorikan untuk memudahkan pengguna menggunakan i2uKKNP.

Seterusnya, perbandingan akan dibuat antara aplikasi sedia ada iaitu Info Kios
2018 dengan aplikasi yang akan dihasilkan. Fasa ini juga cuba mengenalpasti reka
bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka bentuk antara muka yang bersesuaian
dengan pengguna. Seterusnya ialah fasa mereka bentuk dan membangunkan (design &

90

develop) di mana pembangun akan mereka bentuk aplikasi ini. Tiga jenis reka bentuk
akan diambil perhatian dalam kajian ini iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi
serta reka bentuk antara muka. Antara muka skrin direka dengan susunan grid dan
penggunaan ikon yang biasa digunakan agar pengguna tidak merasa keliru menggunakan
i2uKKNP. Pada fasa inilah gabungan konsep dan teori akan terhasil.

Rajah 2 : Model R2D2

Seterusnya ialah fasa penyebaran (disseminate) di mana i2uKKNP ini akan
dimuat naik ke Google Playstore. Google Playstore ialah sebuah ruang storan yang
disediakan oleh aplikasi Android di mana ianya digunakan oleh pengguna untuk memuat
turun aplikasi-aplikasi mudah alih yang disediakan dan dalam masa yang sama
digunakan oleh Google Developer untuk menyebarkan aplikasi mudah alih ciptaan
mereka. Seterusnya, pembangunan i2uKKNP akan menerokai fasa demi fasa sehinggalah
pengujian dilakukan ke atas sistem yang telah diubah itu. Memandangkan aplikasi adalah
berasaskan teknologi mudah alih, penyelenggaraan kemungkinan diperlukan sekiranya
terdapat sebarang masalah semasa memuat naik fail kepada pelayan. Selepas dimuat naik
dan diedarkan kepada orang awam, pembangun turut membangunkan soal selidik bagi
mendapatkan maklum balas pengguna. Penyelenggaraan dari semasa ke semasa
dilakukan jika terdapat perubahan maklumat berkaitan.

Secara keseluruhannya kos yang terlibat sepanjang pembangunan aplikasi mudah
alih ini ialah sekitar RM 250.00. Kos ini merangkumi kos pendaftaran akuan Google
Developer, kos latihan kursus pendek dan pendaftaran Hak Cipta (MyIPO). Kos ini
sememangnya jauh lebih rendah berbanding kos pembangunan aplikasi mudah alih ini
jika dibangunkan oleh syarikat luar. Pembangunan yang melibatkan tenaga kerja dan
kemudahan sedia ada ini memanfaatkan sepenuhnya kemahiran dan peluang yang
disediakan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Dapatan Kajian
Dapatan kajian disusun mengikut soalan yang terkandung dalam borang soal selidik yang
diedar menggunakan Google Form dan telah diproses menggunakan program Statistical
Package for the Social Science (SPSS Ver 23.0) bagi mendapatkan peratusan dan min.
Jadual pentafsiran min yang digunakan diadaptasi dan diubahsuai daripada Wiersma
(1995). Jadual 1 merupakan interpretasi tahap julat min yang digunakan dalam kajian ini.
Analisis ini juga dibuat mengikut bahagian supaya dapatan kajian dapat dijelaskan secara
tersusun.

91


Click to View FlipBook Version