The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Malinja Putih, 2020-11-01 08:52:07

KONSEP PERAKAUNAN ISLAM (PDF)

KONSEP PERAKAUNAN ISLAM (PDF)

tanpa perlu meminta kebenaran. Tidak ada sesiapa yang berhak
menghalang kecuali tindakan mengambil air itu adalah bertujuan untuk
melakukan perkara yang memudaratkan. Maka wajib disekat dan dihalang.

ii. Air di tempat khas

Apa-apa sahaja sumber air yang digali atau diperolehi oleh seseorang dan
berada dalam kawasan tanahnya. Air yang berada dalam tempat-tempat
yang digali tadi masih lagi menjadi hak milik bersama, Cuma binaan yang
berbentuk telaga, parit atau saluran itu sahaja yang menjadi milik tuan
tanah. Sesiapa sahaja yang berhajat untuk mendapatkan air tersebut perlu
meminta kebenaran tuan tanah ataupun diberi sendiri oleh tuan tanah tanah
membenarkan sesiapa pun memasuki kawasannya. Tujuan kegunaan air
yang diambil hanya dibenarkan untuk diminum olehnya atau binatang
ternakan atau tujuan-tujuan tertentu yang lain. Selain itu tidak dibenarkan
kerana tuan tanah lebih berhak ke atas air tersebut.

iii. Air dalam bekas simpanan khas

Air yang disimpan oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat air. Ia menjadi
milik khas penyimpannya. Orang lain tidak dibenarkan mengambilnya tanpa
kebenaran samada secara percuma atau dikenakan bayaran.

b) Hak membina saluran air

Merujuk kepada hak untuk
mendapatkan air melalui saluran
tertentu. Pemilik tanah yang tidak
mendapat kemudahan air boleh
membina saluran bagi mendapatkan
kemudahan tersebut dari punca air
yang berdekatan dengannya
walaupun terpaksa melalui kawasan
tanah orang lain. Dia juga boleh menyambung saluran sedia ada dalam
kawasan orang lain, boleh juga berkongsi dengan pemilik tanah yang lain
bagi mendapatkan air. Tidak ada sesiapa pun yang berhak menghalang
perbuatan tersebut. Namun ia perlu dilakukan dengan teliti dan bertimbang
rasa bagi mengelakkan kemudaratan masa akan datang.

40

c) Hak membina parit

Hak ini merujuk kepada perbuatan membuang air kotor dari kawasan
seseorang melalui tanah milik orang lain. Segala perbelanjaan untuk
membuat dan membaiki saluran ini ditanggung oleh orang yang
memerlukannya. Hukumnya sama sahaja dengan perbuatan membina
saluran air. Asalkan tidak timbul sebarang masalah antara kedua belah
pihak.

d) Hak menggunakan laluan

Merujuk kepada laluan atau jalan
yang harus dilalui oleh seseorang
untuk sampai ke rumahnya dengan
melalui laluan orang lain terlebih
dahulu. Laluan ini samada bersifat
jalan umum atau jalan khusus
miliknya atau orang lain. Hukum
hak ini berbeza mengikut kategori
jalan:

(i) Jika jalan itu adalah jalan
umum, maka dibenarkan
untuk sesiapa sahaja melaluinya, membuka lorong padanya,
membina anjung, memberhentikan kenderaan, membuka gerai dan
sebagainya. Namun ia tertakluk kepada dua syarat: i) tidak
membahayakan orang lain, ii) mendapat izin hakim/pemerintah.

(ii) Jika jalan itu sifatnya khusus (milik seseorang) maka hak
penggunaannya hanya khusus kepada pemiliknya sahaja. Tidak
dibenarkan kepada sesiapa sahaja untuk membuka jalan baru atau
membuat apa-apa binaan di situ. Tetapi sekiranya berlaku
kesesakan di jalan umum, pemilik jalan khusus perlu membuka
jalannya untuk dilalui oleh orang lain.

e) Hak kejiranan

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang tidak
aman jirannya dari kejahatannya.” (Riwayat Muslim).

41

Terdapat dua jenis hak kejiranan iaitu jiran atas dan jiran sebelah.
Jiran atas sebagaimana wujud pada hari ini merujuk kepada kawasan
perumahan pangsapuri atau rumah pangsa. Kedudukan rumah adalah
secara berlapis atas dan bawah. Manakala jiran sebelah bagi kawasan
kejiranan rumah teres yang saling menyebelah antara satu sama lain. Hak
kejiranan ini menghalang mana-mana pihak melakukan kemudaratan pada
bangunan yang dikongsi bersama kerana mereka mempunyai pemilikan
secara bersama. Kemudaratan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada
sesuatu tindakan yang boleh mengganggu kepentingan asasi seseorang
seperti mengancam nyawa, keselamatan, harta dan sebagainya.

Dalam menjaga keharmonian hidup berjiran ini di negara kita hampir
kesemua taman perumahan atau kampung mempunyai jawatankuasa
penduduk sama ada yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Keselamatan
dan Kemajuan Kampung atau Rukun Tetangga. Terdapat satu akta khusus
yang dinamakan Akta Rukun Tetangga 2012 yang telah menggariskan
beberapa peruntukan undang-undang agar jawatankuasa yang dilantik
mempunyai garis panduan dalam menjalankan tugas. Akta ini dengan jelas
memberikan kuasa kepada jawatankuasa untuk menjadi badan yang
mampu memastikan kehidupan masyarakat setempat berada dalam
keadaan harmoni tanpa sebarang pelanggaran hak termasuklah hak
kejiranan dan untuk itu pihak jawatankuasa sendiri seharusnya mempunyai
pengetahuan dan pemahaman tentang hukum berkaitan hak kejiranan yang
telah dibincangkan oleh para ulamak Islam (Akramin, 2018).

2.7 Tanggung jawab Terhadap Harta dan Pemilikan

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta
sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang
salah dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu
kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian
daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahui.”

(Surah al-Baqarah: 188)

Islam mengiktiraf manusia sebagai pemilik bagi harta yang dimiliki.
Fitrah manusia sememangnya mencintai dan ingin memiliki harta. Namun,

42

ia datang bersama tanggung jawab dan amanah yang besar. Harta yang
ada perlulah diuruskan dengan sebaik-baiknya mengikut tatacara Islam.
Konsep harta dalam Islam sangat komprehensif, di mana Islam tidak hanya
mengatur bagaimana harta itu dapat diperoleh dengan cara yang halal,
bagaimana harta dapat dikembang dan digunakan, tetapi juga mengatur
bagaimana harta itu dapat berfungsi mensejahterakan umat. Setiap
pemilikan harta akan disoal di hari kiamat kelak. Biarlah berapa banyak pun
harta yang dimiliki, tetapi ia mesti menjurus ke arah kebaikan, bukannya
maksiat. Islam melarang dengan sekeras-kerasnya amalan riba, rasuah,
pecah amanah, menyorok barang, menaikkan harga sesuka hati dan
sebagainya.

Islam mensyariatkan zakat bagi tujuan penyucian jiwa daripada sifat
kedekut, bakhil dan cintakan harta secara melampau. Islam juga
menggalakkan manusia untuk sentiasa bersedekah, berwakaf, melaburkan
harta pada jalan yang betul dan memberi manfaat. Kesemua ini menjadi
bukti bahawa agama ini amat menggalakkan manusia supaya berlumba-
lumba mengumpul harta dan menjadi kaya. Kemudiannya harta itu boleh
disalurkan pula kepada golongan-golongan yang memerlukan. Bukannya
sekadar mengumpul harta untuk dibangga-bangga atau untuk simpanan
sendiri sahaja. Dengan cara sedemikian, komuniti Muslim akan menjadi
seimbang dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

2.8 Kesimpulan

Memahami konsep harta dan pemilikan menjadikan individu itu faham
kaedah menguruskan harta. Ia juga menjadi jalan bagi meraih redha Allah
SWT. Harta ialah amanah dan manusia menjadi pemegang amanah
tersebut. Memiliki harta adalah ujian daripada Allah SWT. Bukan sedikit
manusia yang kecundang apabila diuji dengannya. Harta juga menguji
manusia mengenai konsep sabar, amanah, tidak tamak dan boros. Manusia
yang beriman percaya bahawa harta boleh menjadi jambatan ke arah jalan
kebaikan. Adakalanya harta menjadi tali yang mengikat hati-hati manusia
daripada berbuat kebaikan. Justeru, ilmu menguruskan harta perlu dipelajari
dengan sebaiknya.

43

BAB 3
PERAKAUNAN ZAKAT

3.1 Pendahuluan

Menjaga harta merupakan salah satu daripada kategori maqasid syariah.
Aktiviti ekonomi yang halal dalam Islam terdiri daripada cara mendapatkan
harta, cara membelanjakan harta dan kemudian perlu juga diinfaqkan. Harta
yang diperoleh oleh mana-mana individu Muslim perlulah dikongsi bersama
individu yang lain. Tidak semua harta benda yang dimiliki adalah kepunyaan
individu tersebut seratus peratus. Di dalamnya juga terdapat hak Muslim
yang lain yang perlu ditunaikan. Termasuk dalam pensyariatan bagi
menunaikan hak tersebut adalah menerusi kewajipan berzakat.

3.2 Makna Zakat

3.2.1 Bahasa

Dr Yusof al-Qardawi (2010) dalam kitab beliau Fiqh Zakat memperincikan
makna zakat sebagaimana berikut:

Perkataan zakat berasal daripada kata dasarnya zakaa yang
bermaksud berkat, tumbuh, bersih, baik. Kita boleh katakan jika seseorang
itu zakaa bermaksud dia baik. Jika sesuatu itu bersifat zakaa bermaksud ia
tumbuh dan berkembang. Dalam kamus Lisan al-‘Arab zakat juga
membawa makna yang sama iaitu suci, tumbuh, berkat dan terpuji.
Semuanya digunakan dalam al-Quran dan hadith.

3.2.2 Istilah

Istilah di sini merujuk kepada perbahasan fiqh. Zakat ialah satu kewajipan
untuk mengeluarkan sejumlah harta tertentu dan diberikan kepada
golongan-golongan tertentu dengan kadar yang tertentu (Dr Yusof al-
Qardawi, 2010).

Makna zakaa di atas memberikan kesan ke atas harta dan hati si
pemberi. Harta akan menjadi suci daripada kebinasaan manakala hati pula
menjadi suci dan bersih daripada sifat kedekut, sombong dan sayangkan
harta. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 103 yang bermaksud:

45

“Ambillah zakat daripada kekayaan mereka, engkau
bersihkan dan sucikan mereka dengannya.”

3.3 Perbezaan Antara Zakat dan Sedekah

Dalam al-Quran zakat juga diwakili dengan perkataan sedekah. Justeru
zakat dan sedekah adalah sama. Apakah signifikan persamaan tersebut?

Al-Mawardi menyatakan bahawa sedekah itu adalah zakat dan zakat
itu adalah sedekah; berbeza nama tetapi ertinya sama. Menurut Qadhi Abu
Bakar bin Arabi, perkataan sedekah (‫ )صدقة‬berasal daripada perkataan sidq
(‫ )صدق‬yang bermaksud benar iaitu benar dalam sebutan dan sehala dengan
tindakan, ucapan dan keyakinan. Sedekah bermaksud bukti kebenaran
iman dan membenarkan adanya hari kiamat. Apabila seseorang itu
mengeluarkan zakat, maka dia sebenarnya yakin dan percaya dengan janji
Allah SWT. Sekiranya dia tidak yakin dan tidak membenarkan adanya hari
kiamat maka akan engganlah dia daripada mengeluarkan zakat kerana
wujud sifat kedekut, sombong dan cintakan harta dalam hati (Yusof al-
Qardawi, 2010). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sedekah itu
adalah bukti.” (Riwayat Muslim).

Kata zakat dalam bentuk makrifah disebut 30 kali dalam al-Quran;
antaranya 27 kali bersekali dengan perintah solat, 1 kali dalam ayat yang
berasingan dengan solat tetapi sesudah ayat solat (Surah al-Mukminun ayat
2 dan 4). Semua ayat berkaitan zakat bersifat Madaniyyah kecuali 8 ayat
sahaja yang fiturunkan di Mekah. Manakala perkataan sedekah disebut
sebanyak 12 kali dan semua ayat berkaitan dengan sedekah diturunkan di
Madinah.

Zakat merupakan satu kewajipan ke atas semua Muslim. Ia mula
diperintahkan pada tahun 2 hijrah berdasarkan hadith yang bermaksud:

“Rasulullah SAW memfardukan zakat fitrah satu gantang
tamar, atau satu gantang gandum pada bulan Ramadan
ke atas setiap orang Islam samada merdeka atau hamba,
lelaki atau perempuan.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

46

3.4 Syarat-syarat Wajib Zakat

Terdapat lima syarat am yang mewajibkan seseorang itu menunaikan zakat:

1) Islam – tidak wajib zakat atas orang kafir dan pemberian daripada
mereka tidak dikira sebagai zakat.

2) Merdeka – zakat tidak diwajibkan atas golongan hamba walaupun
kekayaan mereka melebihi harta tuan. Zakat ke atas hamba wajib
dikeluarkan oleh tuan kerana hamba berada di bawah tanggungan
tuannya.

3) Sempurna milik – fizikal dan manfaat harta sepenuhnya berada di
bawah pemilikan tuannya dan tiada halangan ke atasnya untuk
menggunakan harta tersebut.

4) Cukup nisab – nisab ialah paras minimum yang menentukan
samada harta itu dikenakan zakat atau tidak. Nisab zakat adalah
bersamaan dengan nilai sebanyak 85 gram emas kecuali beberapa
jenis zakat yang terkecuali menggunakan nisab 85 gram emas.

5) Cukup haul – genap setahun mengikut tahun hijrah (354 hari) atau
tahun masihi (365 hari) kecuali bagi zakat pertanian dan galian.

3.5 Asnaf / Masarif Zakat

Asnaf zakat terdiri daripada 8 golongan iaitu fakir, miskin, ‘amil, muallaf,
hamba mukatab, orang yang berhutang, orang yang berperang pada jalan
Allah dan ibnu sabil. Lapan golongan ini telah dinyatakan oleh Allah SWT di
dalam surah al-Taubah ayat 60:

‫إَِّمنَا ال مص َدقا ُت لِلُفَقراِءاََّوملالِلمََوساباكِنياِلن مَسوابليعِالِۖملفَيرَين َضَعلَةًي ِهماَنَواالَمُّملَِلؤلمَۗفِةَواَّقُملللُوُُعَبُلميٌمَوِفَح اكليِرقٌما۞ِب َوالغا ِرميَن َوِف َسبي ِل‬

3.5.1 Fakir

Orang yang tidak mempunyai harta dan juga pekerjaan. Atau mempunyai
pekerjaan tetapi tidak mencukupi untuk perbelanjaan bagi melengkapkan
keperluan (bagi yang sangat-sangat diperlukan sahaja).

47

Seseorang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi untuk
perbelanjaan sepanjang hidupnya mengikut umur kebiasaan seperti contoh;
setiap bulan dia memerlukan RM1000 untuk menampung keperluan asas
diri dan tanggungannya. Namun pendapatan yang diperolehinya adalah
RM450 sebulan kurang daripada separuh keperluannya iaitu RM500. Maka
dia dianggap fakir walaupun dia memiliki nisab atau lebih. Oleh yang
demikian dia wajib mengeluarkan zakat kerana memiliki nisab dan dia juga
berhak menerima zakat kerana dianggap fakir.

Menurut ulamak tafsir al-Tabari pula, makna fakir ialah golongan
yang memerlukan bantuan tetapi mereka tidak meminta-minta. Manakala
golongan miskin mereka juga memerlukan bantuan tetapi sentiasa
meminta-minta. Menguatkan pendapat beliau adalah berdasarkan firman
Allah SWT mengenai golongan yahudi yang selalu meminta. Perkataan
yang digunakan ialah maskanah (‫( )مسكنة‬Dr Yusof al-Qardawi, 2010):

‫َُو ُضِربَ ْت عَلَيْ ِه ُم ال ِذلمةُ َوالْ َم ْس َكنَة‬

“Ditimpakan kepada mereka kehinaan dan
kelemahan..”

(Surah al-Baqarah: 261)

3.5.2 Miskin

Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan halal yang
hanya boleh menampung 50% atau sedikit lebih untuk keperluan diri dan
tanggungan tetapi tidak mencapai had kifayah. Jadi kedudukan miskin lebih
baik berbanding fakir.

Sebagai contoh, seseorang yang memerlukan RM1000 sebulan dan
pendapatan yang diperolehinya adalah RM500 atau RM600 atau RM700
(lebih daripada separuh). Tetapi tidak sampai kepada jumlah RM1000 bagi
menampung keperluan diri dan tanggungannya.

Sementara itu, jika dirujuk pada zaman awal Islam sendiri pun sudah
wujud kedua-dua jenis kemiskinan ini. Misalnya pada zaman Mekah,
majoriti yang memeluk Islam ialah golongan fakir dan miskin. Contohnya
Abdullah bin Mas’ud dan juga keluarga Ammar bin Yasser RA. Manakala
selepas era hijrah ke Madinah, wujud golongan ahlus suffah yang mendiami

48

masjid nabi, dan golongan ini adalah golongan fakir. Di antara ahli suffah
yang terkenal ialah Abu Hurairah RA. Beliau sering mengikat batu ke
perutnya demi menahan kelaparan bahkan pernah dianggap gila kerana
bercakap-cakap sendirian menahan lapar. Akhirnya Rasulullah SAW
membawanya pulang ke masjid nabi dan ditugaskan untuk menjaga gudang
menyimpan hasil zakat.

Dalam konteks hari ini, kita boleh mendefinisikan orang fakir itu
sebagai miskin tegar atau miskin mutlak. Manakala kepada golongan miskin
yang masih mampu hidup walau serba kesempitan hanya dianggap miskin
sahaja (www.zakatselangor.com.my).

3.5.3 ‘Amil

‘Amil ialah golongan yang dilantik oleh pihak berkuasa untuk menguruskan
hal ehwal zakat. ‘Amil terlibat dengan pengumpulan, penyimpanan,
penjagaan, pencatatan dan pengagihan harta zakat. Seorang ‘amil mestilah
beragama Islam, faham hukum Islam, mukallaf, merdeka, adil dan
sempurna tubuh badan. Dalam sesetengah syarat ‘amil juga dinyatakan
mestilah seorang lelaki. Namun dalam perbincangan kontemporari, kaum
wanita juga dibenarkan menjadi ‘amil kerana tiada dalil yang
menghalangnya. Justeru, Lembaga Zakat Selangor ada melantik kaum
wanita sebagai ‘amil yang bekerja dalam skop kemahiran dan kesesuaian
diri mereka (https://www.zakatselangor.com).

Mengapakah ‘amil juga layak menerima zakat? Kerana mereka
adalah pekerja. Justeru pekerja mesti diberi upah dengan kadar yang tidak
terlalu kecil dan tidak terlalu besar. ‘Amil tetap diberi zakat walaupun kaya
kerana yang diberikan itu adalah upah atas pekerjaan yang dilakukannya,
bukan berupa bantuan kepada yang memerlukan.

3.5.4 Muallaf

Muallaf terbahagi kepada beberapa golongan daripada Muslim dan bukan
Muslim (Dr Yusof al-Qardawi, 2010):

1) Golongan yang diharapkan keislamannya atau keislaman kaum atau
keluarganya. Contohnya Safwan bin Umayyah yang diberikan

49

keistimewaan oleh Rasulullah SAW ketika pembukaan Kota Mekah
(Fath Makkah) berupa kebebasan dan kesempatan untuk
memikirkan dirinya selama 40 bulan berdasarkan perintah nabi
SAW. Beliau juga menyertai Perang Hunain bersama tentera Islam
walaupun ketika itu beliau menjadi Muslim. Nabi SAW juga pernah
memberikan beliau beberapa ekor unta. Selepas daripada itu
Safwan bin Umayyah memeluk Islam dan menjadi Muslim yang baik.
2) Golongan yang ditakuti kerana perlakuan jahat mereka. Zakat diberi
bagi mencegah kejahatan tersebut.
3) Golongan yang baru memeluk Islam walaupun kaya. Mereka perlu
disantuni dengan baik agar bertambah keyakinan terhadap Islam.
4) Pemimpin dan tokoh masyarakat yang telah memeluk Islam yang
mempunyai sahabat-sahabat yang kafir. Dengan memberikan
mereka zakat diharapkan dapat menarik simpati mereka untuk turut
memeluk Islam.
5) Pemimpin dan tokoh pemimpin kaum Muslimin yang masih lemah
imannya tetapi mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan
masyarakatnya. Dengan perhatian yang diberikan melalui zakat
diharap imannya akan kembali teguh dan mampu pula menyumbang
dengan lebih baik untuk agama.
6) Kaum Muslimin yang menetap di kawasan bersempadan dengan
musuh. Mereka diberi zakat dengan harapan dapat
mempertahankan diri dan membela kaum Muslimin yang lain yang
berada jauh dari sempadan dari serbuan musuh.
7) Kaum Muslimin yang memerlukan zakat bagi tujuan mengurus dan
menyelesaikan masalah golongan yang enggan mengeluarkan
zakat. Tiada jalan lain melainkan dengan paksaan. Justeru bantuan
zakat boleh digunakan bagi tujuan tersebut atas kapasiti yang
dibenarkan pemerintah.

Ada juga pendapat yang tidak membenarkan zakat diberikan kepada
golongan selain Muslim. Namun Dr Yusof al-Qardawi mengatakan bahawa
ia dibolehkan merujuk kepada ayat (‫ )المؤلفة قلوبهم‬meliputi golongan kafir dan
Muslim, akan tetapi dilarang mengkhususkan kepada mereka. Majlis Fatwa
Kebangsaan pada tahun 2007 juga memutuskan adalah harus hukumnya
menyalurkan wang zakat kepada non-Muslim.

50

3.5.5 Hamba Mukatab

Sistem perhambaan sudah lama wujud dalam sejarah kehidupan sosial
manusia. Perhambaan menjadikan segolongan manusia terikat di bawah
kekuasaan manusia yang lain secara mutlak. Namun apabila Islam datang,
sistem perhambaan ini mula dihapuskan. Nabi SAW dan isteri baginda
pernah memiliki hamba iaitu Zaid bin Thabit RA. Bahkan baginda
merupakan antara yang terawal membebaskan hamba menjadi manusia
yang merdeka.

Asnaf riqab merujuk kepada golongan hamba yang diberi peluang
oleh tuannya untuk menebus diri mereka dengan harga tertentu. Oleh
kerana itu mereka berhak diberikan zakat supaya dapat memerdekakan diri
daripada perhambaan tersebut. Walau bagaimanapun pada zaman
sekarang golongan hamba hampir sudah tiada. Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) telah menamatkan institusi hamba seluruh dunia melalui
Deklarasi Hak Asasi Manusia pada 10 Disember 1948. Justeru istilah
hamba ini telah diubah kepada pentafsiran yang lebih semasa. Sebagai
contoh di Selangor asnaf riqab diperluaskan kepada perhambaan yang
bersifat mental dan jiwa tidak terhad kepada fizikal semata-mata. Misalnya
penagih dadah, remaja atau wanita yang terjebak ke lembah pelacuran dan
salah laku ataupun yang terlibat dengan ajaran sesat. Mereka ini
terbelenggu dan diperhambakan oleh masalah jiwa dan mental. Ada juga
ulamak yang berpendapat tentera Muslim yang ditawan oleh tentera kafir
dalam mana-mana peperangan juga layak digelar hamba
(https://www.zakatselangor.com.my).

3.5.6 Orang yang berhutang

Ada dua sebab berhutang bagi golongan gharimin ini iaitu atas sebab
menanggung keperluan diri dan keluarga atau berhutang untuk maslahah
orang lain.

Pertama, berhutang untuk maslahah diri sendiri dan tanggungan.
Berhutang bagi tujuan memenuhi keperluan asasi sahaja, bukannya atas
kepentingan tertentu. Atau selepas berlaku bencana ke atas diri dan
keluarga disebabkan bencana alam, kemalangan, kebakaran dan

51

sebagainya. Selagimana mampu menampung sendiri hutang tersebut maka
tidak boleh dibantu.

Kedua, berhutang untuk maslahah orang lain atau kepentingan
ummah. Sebagaimana berlaku pada zaman Rasulullah SAW apabila
seorang sahabat bernama Qabishah bin al-Mukharik (‫)قبيصة بن المخارق‬
menggunakan kekayaannya bagi mendamaikan dua pihak yang
bersengketa sehingga beliau dibebani dengan hutang. Mengambil iktibar
daripada kisah ini maka orang Islam yang memerlukan bantuan kewangan
bagi kemaslahatan masyarakat Islam yang lain layak menerima bantuan
zakat. Contohnya, pihak yang mengendalikan rumah kebajikan anak-anak
yatim, rumah perlindungan wanita teraniaya, rumah bagi pesakit AIDS,
sekolah-sekolah tahfiz dan sebagainya.

3.5.7 Fi sabilillah

Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam menentukan siapakah golongan
yang berada dalam kategori fisabillah ini. Satu pendapat mengatakan
bahawa golongan ini merujuk kepada mereka yang melalui jalan jihad
seperti peperangan bagi mempertahankan agama Allah SWT.

Pendapat yang kedua pula memberikan makna yang lebih umum
kepada apa sahaja kerja yang dilakukan bagi tujuan mengembangkan
agama Allah SWT. Sebagai contoh menyampaikan dakwah, berusaha
menerangkan mengenai Islam, menolak fitnah, mengajak manusia ke arah
kebaikan dan sebagainya.

Para ulamak telah menyimpulkan bahawa golongan fisabilillah ini
meliputi:

1) Mereka yang membiayai ketenteraan yang bertujuan
mengembangkan Islam dan menangkis serangan yang dilancarkan
terhadap negara-negara Islam.

2) Membantu pelbagai kegiatan individu mahupun organisasi yang
ingin mengembalikan pelaksanaan hukum Islam.

3) Membiayai pusat-pusat dakwah Islam atau masjid di negara-negara
bukan Islam di bawah kelolaan tokoh Islam yang jujur dan amanah.

52

4) Membiayai pusat-pusat pengajian ilmu, mendirikan perpustakaan,
kelas, dewan kuliah dan sebagainya.

5) Membiayai para penuntut ilmu supaya mereka dapat menumpukan
perhatian terhadap pengajian seterusnya dapat menyumbang
semula kepada masyarakat.

3.5.8 Ibnu Sabil

Pada asalnya makna ibnu sabil ini merujuk kepada orang Islam yang
kehabisan belanja dalam sesuatu perjalanan dan mereka dibantu dengan
zakat supaya dapat meneruskan perjalanan. Masa kini, takrifan ibnu sabil
diluaskan lagi kepada mana-mana orang Islam yang hendak memulakan
perjalanan sedangkan dia tidak mempunyai belanja atau orang Islam yang
sudah tiba ke sesuatu tempat namun kehabisan belanja untuk kembali ke
negara asal. Dia layak dibantu dengan wang zakat walaupun di negara
asalnya tergolong dalam golongan yang kaya. Tujuan perjalanan mestilah
bukan atas tujuan melakukan maksiat. Niat dan tujuan mestilah baik
walaupun untuk melancong atau mengembara semata-mata. Apatah lagi
para penuntut ilmu yang menyambung pengajian samada di dalam atau luar
negara. Mereka lebih-lebih lagi boleh dibantu dengan wang zakat ini.

Berikut merupakan contoh-contoh senarai jenis bantuan zakat yang
disalurkan oleh institusi-institusi zakat negeri (Hamizul Abdul Hamid, 2012):

Fakir/Miskin
• Saguhati Hari Raya.
• Pengurusan rumah orang tua.
• Pembinaan rumah berkelompok.
• Bantuan perubatan.
• Pengurusan jenazah fakir.
• Pembinaan rumah individu.
• Membaik pulih rumah.
• Bantuan rumah sewa.
• Bantuan kecemasan/runcit.
• Bantuan kewangan bulanan.
• Memasang paip dan pendawaian rumah.
• Projek asnaf.
• Bantuan makanan bulanan.
• Bantuan modal penternakan.

53

• Kursus/latihan.
• Bantuan yuran sekolah rendah/ menengah.
• Bantuan keperluan pendidikan/biasiswa.
• Agihan raya anak yatim.
• Dan lain-lain.

‘Amil
• ‘Amil zakat institusi.
• ‘Amil zakat fitrah.
• Pengurusan institusi ‘amil.
• Dan lain-lain.

Fisabilillah
• Saran tenaga kerja sokongan.
• Elaun guru agama.
• Elaun guru KAFA.
• Elaun bulanan pegawai masjid.
• Bantuan kecemasan, rebut, kebakaran, banjir.
• Bantuan keperluan sekolah.
• Bantuan pengajian tinggi.
• Bantuan umum pelajaran.
• Dan lain-lain.

Muallaf
• Saguhati Hari Raya.
• Pembinaan rumah berkelompok.
• Percetakan dan penerbitan.
• Dermasiswa muallaf.
• Bantuan pengurusan Unit Dakwah.
• Aset muallaf.
• Bantuan perkahwinan.
• Pembinaan rumah individu.
• Elaun guru kelas agama.
• Bantuan umum pelajaran.
• Dan lain-lain.

Gharimin
• Hutang kerana keperluan hidup.
• Hutang badan atau persatuan kerana maslahah umat.
• Hutang rawatan atau sumbangan mesin dialisis.
• Hutang perubatan.
• Pengurusan jenazah tanpa waris.

54

• Dan lain-lain.

Ibn Sabil
• Bantuan musafir.
• Bantuan tiket pergi atau balik.
• Bantuan pelajar ke luar negara.
• Dan lain-lain.

Riqab
• Bantuan pemulihan akidah.
• Bantuan pemulihan akhlak.
• Dan lain-lain.

3.6 Enam Keperluan Asasi Manusia

Manusia memerlukan enam jenis keperluan dalam hidup mereka. Sekiranya
tidak ada maka boleh membawa kepada kemudaratan. Sesebuah institusi
zakat mengambil
kira enam aspek
keperluan hidup
manusia ini bagi
mendefinisikan
golongan fakir
dan miskin
seterusnya dapat
menyalurkan
bantuan zakat
mengikut kadar
yang ditetapkan.
Keperluan-
keperluan itu
ialah tempat
tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, rawatan dan pengangkutan.
Seandainya pendapatan isi rumah yang diperolehi setiap bulan tidak
mampu memenuhi kecukupan minima bagi keperluan-keperluan ini,
seseorang itu layak dianggap sama ada miskin ataupun fakir.

3.7 Jenis-jenis Zakat

Zakat terbahagi kepada DUA (2) jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

55

3.7.1 Zakat Fitrah

Merupakan kadar tertentu daripada harta yang wajib dikeluarkan oleh setiap
mukallaf bagi dirinya dan orang yang di bawah tanggungannya setelah
matahari terbenam pada hari terakhir bulan Ramadan dengan syarat-syarat
tertentu. Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan (Abdul Razak,
2015).

3.7.1.1 Waktu dikeluarkan zakat fitrah:
1) Wajib keluarkan setelah terbenam matahari pada akhir Ramadan –
kerana dimestikan mendapat sebahagian daripada Ramadan dan
sebahagian Syawal.
2) Harus dikeluarkan dari awal Ramadan lagi.
3) Sunat dikeluarkan sebelum solat hari raya.
4) Makruh dilewatkan hingga akhir hari raya.
5) Haram dilambatkan selepas hari raya tanpa sebarang keuzuran.

3.7.1.2 Kadar zakat fitrah

Kadar zakat fitrah ialah satu satu sha’ iaitu satu gantang Baghdad.
Berdasarkan hadith daripada Ibn Umar RA yang jelas menyebut sha’:

،‫ أَْو َصا ًعا ِم ْن َشِعيٍر َعلَى الَعْب ِد َوالحُِر‬،‫فََر َض َر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسله َم َزَكاَة الِفطِْر َصا ًعا ِم ْن َتٍْر‬
ِ‫ َوأََمَر ِِبَا أَ ْن تَُؤهدى قَْب َل ُخُروِج النها ِس إَِل ال هصلاَة‬،‫ َوال هصِغيِر َوال َكبِيِر ِم َن المُ ْسلِ ِميَن‬،‫َوال هذَك ِر َوالأُنْثَى‬

“Rasullullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah, iaitu
satu gantang tamar atau satu gantang gandum pada bulan
Ramadan ke atas setiap orang Islam, sama ada yang
merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan.”

(Riwayat Bukhari)

Di negara kita, sha’ ini dikenali dengan nama gantang. Satu sha’
menyamai ukuran hari ini kira-kira 2751 gram (2.751 kg) menurut Dr.

56

Wahbah al-Zuhaili. Itu mengikut timbangan gandum. Sekiranya mengikut
timbangan beras, satu gantang Baghdad menyamai 2600 gram atau 2.6 kg
mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Gambar 3.1 Ukuran Sha’ dan Mud Dalam Kiraan Zakat Fitrah

Seelok-eloknya tatkala mengeluarkan zakat fitrah itu hendaklah
dilebihkan sedikit dari kadar segantang yang diwajibkan itu kerana ada
kemungkinan makanan yang dikeluarkan itu terdapat tanah, jerami atau
seumpamanya yang boleh mengurangkannya dari kadar yang sepatutnya
dikeluarkan.

Zakat fitrah terdiri daripada makanan yang biasa dimakan oleh
masyarakat sesebuah negara, mengenyangkan, suci daripada tanah dan
hampa dan tidak ada aib seperti bubuk, basah, yang lama, berubah rasa,
bau atau warna.

Terdapat sembilan jenis bahan makanan pokok yang wajib
dikeluarkan zakat mengikut kategori makanan asasi sesebuah negeri
Syeikh Abdul Rahman al-Jazairi, 2011):

Gandum Biji gandum Gandum yang tidak berkulit
Jagung Ketan merah Kurma
Keju
Padi Anggur

57

Jika terdapat dua macam bahan makanan itu sama dalam hal
kebiasaan dijadikan makanan maka ia boleh memilih untuk mengeluarkan
yang mana satu daripada dua jenis itu.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10
Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh
Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa (Abdul Razak, 2015):

1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS
bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu
gantang Baghdad bersamaan 2.60 kilogram.

2. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah
berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS,
masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah
dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu
gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kilogram.

3.7.1.3 Keharusan mengeluarkan zakat fitrah dengan wang

Terdapat khilaf ulamak:

1) Mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad; zakat fitrah wajib
dikeluarkan dalam bentuk makanan asas setempat. Tidak harus
dikeluarkan dalam bentuk wang sekalipun yang seharga dengan
makanan yang wajib dikeluarkan zakat mengikut nilaian semasa.

2) Menurut mazhab Hanafi; harus mengeluarkan zakat fitrah dengan
wang yang senilai dengan harga satu gantang makanan asas tadi
jika itu lebih memberi manfaat kepada fakir miskin. Pandangan
mazhab Hanafi ini ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam
kitab Fiqh Zakat beliau.

3.7.2 Zakat Harta

Zakat harta ialah zakat yang wajib dikeluarkan oleh orang Islam yang kaya
iaitu hartanya melebihi nisab, mempunyai harta sempurna milik dan
mestilah seorang merdeka.

58

3.8 Nisab, Kadar dan Haul

Penentuan nisab dan kadar ditentukan melalui hadith Rasulullah SAW:

“Kamu tidak diwajibkan membayar zakat emas kecuali
apabila telah cukup 20 misqal. Sekiranya telah cukup 20
misqal maka kamu perlu membayar zakatnya sebanyak
setengah misqal.”

(Riwayat Abu Dawud dan Baihaqi)

Karat Emas Karat Emas Karat Emas

24K 999 21K 875 18K 750

23K 950 20K 835 14K 585

22K 916 19K Paun 9K Suasa

NISAB 1 misqal = 4.25 gram Misqal juga disebut
20 misqal = 4.25 gram x 20 = 85 gram sebagai dinar kerana
wang 1 dinar biasanya
dicetak menggunakan
emas seberat 1 misqal.

Kadar pula bermaksud jumlah yang perlu dikeluarkan sebagai zakat.
Secara umum kadar zakat ialah sebanyak 2.5% (1/40) daripada jumlah
harta yang dimiliki. Dalil yang menetapkan kadar ini adalah melalui sabda
Rasulullah SAW:

“Apabila kamu memiliki 200 dirham yang telah mencapai
masa haul, zakat yang wajib dikeluarkan daripadanya ialah
5 dirham. Kamu tidak berkewajipan apa pun dalam emas

59

kecuali kamu mempunyai 20 dinar. Apabila kamu
mempunyai 20 dinar yang telah mencapai haul, maka
zakat yang wajib dikeluarkan daripadanya ialah 0.5 dinar
(1/2 dinar).

(Riwayat Abu Dawud dan Baihaqi)

Haul ialah tempoh harta perlu disimpan sebelum ditunaikan zakat ke
atasnya. Secara umum haul bagi zakat harta ialah selama 12 bulan
mengikut kalendar Hijrah. Walau bagaimanapun demi maslahah
masyarakat, pengiraan haul mengikut kalendar Masihi boleh diterima.
Antara sebabnya adalah urusan gaji dibayar mengikut kalendar Masihi. Bagi
pengiraan mengikut tahun Masihi kaedah berikut boleh digunakan (Hasan
Bahrom & Ezani Yaakub, 2006):

Jadual 3.1 Pengiraan Zakat Mengikut Tahun Masihi

HAUL KADAR

Tahun Hijrah 2.5%

Tahun Masihi 2.575% (365 hari x 2.5% / 354 hari)

Penggunaan kadar 2.575% telah ditetapkan dalam Muktamar Zakat di Kuwait

pada 1404 Hijrah.

Bagi tahun Masihi (lompat) kaedahnya ialah: 2.5 x 354 / 366 = 2.418%

Bagi tahun masihi biasa, kaedahnya ialah: 2.5 x 354 / 365 = 2.424%

3.9 Asas Pengiraan Zakat

3.9.1 Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan hanya wujud selepas kewafatan Rasulullah SAW kerana
berkembangnya pencapaian hukum bagi menjamin kemaslahatan umat
Islam. Sebahagian ulamak berpendapat zakat pendapatan ini telahpun
wujud sejak zaman para sahabat. Pada zaman Sayyidina Uthman bin ‘Affan
RA beliau telah memerintahkan tenteranya mengisytiharkan harta pada
setiap akhir tahun. Setiap lebihan harta perlu dizakatkan setelah ditolak
keperluan diri dan tanggungan.

60

Para fuqaha’ bersetuju bahawa zakat pendapatan perlu ditunaikan
kerana daripada pendapatan hasil pekerjaan mampu membuatkan
seseorang itu kaya. Dr. Yusof al-Qaradhawi menggunakan hujah daripada
al-Quran bagi menyatakan rasional kewajipan zakat pendapatan ini. Firman
Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian
daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan
sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi
untuk kamu.”

(Surah al-Baqarah: 267)

Walaupun ayat ini tidaklah secara khusus menyebut tentang
kewajipan mengeluarkan zakat pendapatan tetapi para ulamak bersetuju
bahawa ia menjadi dalil kepada pelaksanaan zakat pendapatan dan harta-
harta lain.

Terdapat empat jenis pendapatan yang boleh dikeluarkan zakat:

1) Melalui jalan pekerjaan yang tetap seperti gaji yang diperoleh
setiap bulan.

2) Melalui hasil bebas. Contohnya bayaran royalti, komisen,
honorarium dan upah tidak berkala.

3) Melalui sumber sewaan seperti sewa rumah, sewa kereta,
pajakan tanah dan lain-lain (harta mustaghallat).

4) Melalui sumber bukan pekerjaan. Contohnya wang pencen,
saguhati, hadiah, pampasan, pusaka dan lain-lain.

3.9.1.1 Nisab, kadar dan haul

Nisab zakat pendapatan bersamaan nilai semasa 85 gram emas.

Kadar sebanyak 2.5% atau 1/40 bahagian.

Namun, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulamak bagi
penentuan haul. Pendapat pertama mewajibkan zakat pendapatan
ditunaikan setelah cukup haul setahun. Pendapat kedua pula perlu
ditunaikan sejurus memperoleh pendapatan, diqiyaskan kepada zakat
pertanian. Maka terpulang kepada pembayar zakat untuk memilih cara

61

pertama atau kedua. Di Malaysia kebanyakan pusat zakat memilih
pendapat yang kedua.
3.9.1.2 Kaedah pembayaran zakat pendapatan
Terdapat tiga kaedah pembayaran zakat pendapatan:
(1) Tanpa tolakan
Mengambil keseluruhan pendapatan dan ditolak sebanyak 2.5%. Hasil
tolakan tersebut dikenakan bayaran zakat. Kaedah pertama ini akan
menyebabkan jumlah tolakan zakat menjadi agak banyak justeru mungkin
membebankan sehingga menjejaskan tanggungan yang lain.
Formula
Jumlah pendapatan kasar tahunan x 2.5% = jumlah zakat
Sebagai contoh, pendapatan tahunan Ahmad sebanyak RM60000. Ditolak
2.5% [RM60000 x 2.5% = RM1500]. Maka zakat pendapatan Ahmad pada
tahun tersebut adalah sebanyak RM1500.
(2) Tolakan asas
Tolakan asas diadaptasi daripada kaedah Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) dalam penolakan cukai dan ditambah beberapa item lain mengikut
pusat zakat. Penolakan asas ini boleh jadi berubah-ubah mengikut keadaan
dan keperluan semasa. Justeru had kifayah diperkenalkan.
Formula
Jumlah pendapatan tahunan - keperluan asas x 2.5% = jumlah zakat

62

Jadual 3.2 Contoh Kadar Had Kifayah di Terengganu

BIL BUTIRAN BANDAR LUAR
(RM) BANDAR

(RM)

1 Pemohon (Tinggal Rumah Berbayar) 940.00 740.00

2 Pemohon (Tinggal Rumah Percuma) 640.00 540.00

3 Isteri Bekerja 490.00 460.00

4 Isteri Tidak Bekerja 310.00 280.00

5 Dewasa Tidak Bekerja / tidak 0.00 0.00
bersekolah

6 Dewasa Tidak Bekerja (Cacat / Uzur) 220.00 200.00

Dewasa Menuntut / Belajar 370.00 350.00
7 (18 – ke atas)

8 Remaja Bersekolah 300.00 250.00
(13 – 17 tahun)

9 Kanak-kanak Bersekolah 270.00 250.00
(7 – 12 tahun)

10 Kanak-kanak Pra Sekolah 230.00 220.00
(5 - 6 tahun)

11 Kanak-kanak Belum Bersekolah (Bawah 300.00 270.00
4 tahun)

Sumber: http://www.maidam.gov.my/index.php/en/had-kifayah

(3) Tolakan sebenar perbelanjaan wajib

Perbelanjaan wajib merangkumi enam keperluan asasi manusia iaitu
makanan, pakaian, kediaman, pendidikan, perubatan dan pengangkutan.
Bagi kaedah ini berkemungkinan seseorang itu terlepas daripada kewajipan
berzakat terutama jika dia tidak bijak berbelanja sehingga tidak mustahil
termasuk pula ke dalam golongan asnaf miskin.

Formula

Jumlah pendapatan tahunan - perbelanjaan sebenar x 2.5% = jumlah zakat

63

Contoh kes:

Hafiz bekerja di Syarikat A. Pendapatan bulanan beliau adalah sebanyak
RM5200. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang
masih bersekolah. Beliau memberi belanja sebanyak RM300 sebulan
kepada kedua ibu bapanya. Potongan caruman KWSP beliau adalah
sebanyak 11% daripada pendapatan. Setiap bulan beliau mencarum
sebanyak RM300 ke dalam akaun Tabung Haji.

Pendapatan daripada semua RM5200 x 12 bulan RM62400
A) sumber
RM9000
B) Perbelanjaan asas yang RM3000
RM3000
dibenarkan: RM3600
RM6864
Diri sendiri RM3600

Isteri RM1000 x 3 orang
Anak – 3 orang

Pemberian kepada ibu bapa RM300 x 12 bulan

Caruman KWSP

Caruman ke Tabung Haji

Jumlah tolakan RM29064
Pendapatan yang layak
C) dizakatkan (andaian nisab RM33336
semasa RM12223
RM833.40
Zakat yang wajib dibayar RM33336 x 2.5% setahun atau
setahun (2.5%)
RM69.45
sebulan

3.9.2 Zakat Simpanan

Zakat wang simpanan dikenakan ke atas simpanan wang di bank ataupun
di rumah. Ia dikira sebagai harta yang subur terutamanya yang disimpan di
bank kerana kebiasaannya akan dilaburkan dan memberi pulangan dalam
bentuk dividen kepada pendeposit.

3.9.2.1 Nisab, kadar dan haul zakat simpanan

64

Nisab zakat simpanan bersamaan nilai semasa 85 gram emas.

Kadarnya sebanyak 2.5% atau 1/40 bahagian. Sekiranya disimpan
di rumah maka kiraan zakat adalah dengan melihat kepada baki akhir setiap
haul juga dengan kadar yang sama.

3.9.2.2 Kaedah pengiraan

Pengiraan zakat wang simpanan dikira berdasarkan baki terendah dalam
akaun setelah cukup tempoh haul (Contoh A). Sekiranya terdapat lebih
daripada satu akaun di bank, maka baki terendah dalam semua akaun itu
perlu dijumlahkan (Contoh B). Sekiranya melebihi nisab maka wajib
dizakatkan.

(Contoh A)

Tarikh Simpan Tarikh Keluar Amaun (RM) Baki (RM)
01/01/20XX 100,000.00 100,000.00
23/04/20XX (5,000.00) 95,000.00
10/07/20XX 30/05/20XX (5,000.00) 90,000.00
92,000.00
11/11/20XX 12/08/20XX 2,000.00 87,000.00
31/12/20XX (5,000.00) 89,000.00
2,000.00 91,000.00
2,000.00

Baki terakhir bagi keseluruhan tempoh dalam jadual di atas ialah
RM91000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tempoh haul dalam
contoh ini dikira dari 01/01/20xx hingga 31/12/20xx.

Justeru, zakat wang simpanan yang perlu dikeluarkan:

= Baki terakhir (setahun) x 2.5%
= RM 91,000 x 2.5%
= RM 2,275

65

(Contoh B)

Haul: 01/01/20xx hingga 31/12/20xx

Buku Simpanan Baki Terakhir (RM)
Akaun A 4,000.00
Akaun B 1,000.00
Akaun C 15,000.00
20,000.00
Jumlah Baki Terakhir

Justeru, Zakat Wang Simpanan:
= Baki Terakhir x 2.5%
= RM 20,000 x 2.5%
= RM 500.00

Nota:
1) Tidak semua negeri di Malaysia yang menetapkan baki terakhir
sebagai jumlah yang perlu diambil untuk dizakatkan. Antaranya
Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
menggunakan baki terakhir. Manakala Perak, Pulau Pinang, Johor,
Johor dan Kelantan mengambil kira baki terendah dalam akaun
seseorang yang perlu dizakatkan.

2) Sekiranya pendeposit memiliki beberapa akaun simpanan di dalam
bank atau lain-lain institusi kewangan, perlu menjumlahkan kesemua
baki terakhir bagi setiap akaun simpanan. Zakat dikenakan apabila
jumlah kesemua baki terakhir tersebut menyamai atau melebihi
nisab.

3) Sekiranya wang disimpan dalam akaun konvensional maka wang
simpanan yang wajib dizakatkan hanya ke atas wang pokok. Segala
keuntungan yang diperolehi hasil simpanan seperti dividen dan
bonus tidak boleh dimasukkan ke dalam pengiraan zakat. Hal ini
kerana dividen dan bonus daripada bank konvensional termasuk
dalam kategori harta yang tidak halal.

3.9.3 Zakat Pertanian

66

Zakat pertanian dikenakan ke atas tanaman dan buah-buahan yang menjadi
makanan asasi manusia dalam keadaan biasa, boleh disimpan lama dan
tidak rosak. Antaranya seperti kurma, anggur, gandum, barli, padi, kacang
putih, jagung dan sebagainya. Di Malaysia, makanan asasi kita adalah nasi.
Nasi terhasil daripada padi. Maka zakat pertanian yang dikenakan adalah
ke atas tanaman padi.

3.9.3.1 Nisab, kadar dan haul zakat simpanan

Penetapan nisab dalam zakat pertanian tidak sama bagi setiap negeri
kerana ia ditentukan oleh enakmen dalam undang-undang atau fatwa negeri
masing-masing. Contohnya:

Jadual 3.3 Nisab Zakat Pertanian Mengikut Negeri

Negeri Nisab Zakat Pertanian (kg)

Johor 816.75

Kedah 1300.49

Kelantan 875

Melaka 1300

Negeri Sembilan 1306

Pahang 1000

Perak 363

Perlis 986.7

Pulau Pinang 1300

Selangor 1306

Terengganu 937.5

Wilayah Persekutuan 363

Sarawak 1080

Sabah -

Sumber: Mohamad Zaim Isamail et.al (2013). Zakat Pertanian Di Malaysia: Satu

Kajian Pemerkasaan

67

3.9.3.2 Penetapan kadar pula dibahagikan kepada tiga kategori:

Kategori Penetapan Negeri Rasional
1 kadar Selangor,
Kerana para petani
2 Zakat padi Negeri
dikenakan Sembilan, perlu mengeluarkan
3 terhadap Terengganu,
pendapatan Melaka, Perak, kos yang tinggi
kasar pada kadar Pahang, Kedah,
5% atau 10%. Kelantan, Johor termasuk

Zakat padi Sarawak dan perkhidmatan air dan
dikenakan Pulau Pinang
terhadap jentera untuk
pendapatan Perlis sahaja
bersih setelah mendapatkan hasil
ditolak kos
pertanian pada yang baik dan
kadar 10%.
lumayan.
Zakat padi
dikenakan Jika menggunakan
terhadap
pendapatan padi sumber air maka
setelah ditolak
kos pertanian kadar zakat dikenakan
dan kos sara
hidup pada kadar sebanyak 10%. Jika
10%.
menggunakan tenaga

manusia atau haiwan

(diusahakan) maka

zakat dikenakan

sebanyak 5%.

Kos pertanian

termasuklah baja,

racun, sewaan, upah

tenaga kerja,

penuaian dan

pengangkutan.

Kos sara hidup

merangkumi

keperluan diri sendiri,

isteri dan anak-anak,

ibu bapa, tanggungan

lain seperti adik

beradik, anak angkat,

orang gaji dan

seumpamanya.

68

3.9.3.3 Kaedah pengiraan

Pak Ali menanam padi menggunakan sistem perparitan. Setelah menuai
hasil padinya, didapati berat keseluruhan padi itu ialah 1.5 tan. Berapakah
jumlah zakat yang perlu dikeluarkan oleh Pak Ali?

Nisab 1.306 tan teknologi
Kadar 5% (pengairan menggunakan
moden/tenaga manusia)
Haul Sebaik sahaja hasil dituai
Harga semasa padi RM750/tan

Oleh kerana jumlah tuaian Pak Ali melebihi nisab maka Pak Ali wajib
mengeluarkan zakat sebanyak 5%.

Formula zakat padi: berat padi x harga semasa padi x 5%
1.5 tan x RM750 x 5% = RM56.25

3.9.4 Zakat Ternakan
3.9.4.1 Nisab, kadar dan haul

Nisab zakat ternakan adalah bersifat tetap. Bagi unta – 5 ekor, lembu atau
kerbau – 30 ekor, kambing/biri-biri/kibas – 40 ekor.

Haul ditetapkan untuk satu tahun. Manakala kadar bagi zakat
ternakan adalah sepertimana jadual di bawah mengikut kategori haiwan:

a) Kambing/biri-biri/unta

Kadar Zakat

Bil. Kadar Nisab

Bilangan Jantina Umur

1 5 hingga 9 ekor 1 ekor kambing – 1 tahun lebih
biri-biri

2 10 hingga 14 ekor 2 ekor kambing – 1 tahun lebih
biri-biri

69

3 15 hingga 19 ekor 3 ekor kambing – 1 tahun lebih
biri-biri – 1 tahun lebih
Betina 1 tahun lebih
4 20 hingga 24 ekor 4 ekor kambing Betina 2 tahun lebih
biri-biri Betina 3 tahun lebih
Betina 4 tahun lebih
5 25 hingga 35 ekor 1 ekor unta Betina 2 tahun lebih
betina Betina 3 tahun lebih

6 36 hingga 45 ekor 1 ekor unta
betina

7 46 hingga 60 ekor 1 ekor unta
betina

8 61 hingga 75 ekor 1 ekor unta
betina

9 76 hingga 90 ekor 2 ekor unta
betina

10 91 hingga 120 ekor 2 ekor unta
betina

b) Lembu/Kerbau

Kadar Zakat

Bil. Kadar Nisab Bilangan Jantina Umur

1 30 hingga 39 ekor 1 ekor Jantan 1 tahun lebih
2 40 hingga 59 ekor
3 60 hingga 69 ekor 1 ekor Betina 2 tahun lebih

4 70 hingga 79 ekor 2 ekor Jantan 1 tahun lebih

1 ekor Jantan 1 tahun lebih

dan 1 ekor Betina dan 2 tahun

70

5 80 hingga 89 ekor 2 ekor Betina lebih
6 90 hingga 99 ekor 3 ekor Jantan 2 tahun lebih
2 ekor Jantan 1 tahun lebih
7 100 hingga 109 1 tahun lebih
ekor dan 1 ekor Betina dan 2 tahun

lebih

3.9.5 Zakat Emas dan Perak

Emas merupakan sesuatu yang boleh dijana bagi mendapatkan keuntungan
dan nilainya akan berkembang. Justeru, ia termasuk dalam kategori harta
yang wajib dikeluarkan zakat.

Rasulullah SAW dalam sabda baginda yang bermaksud:

“Apabila kamu mempunyai perak 200 dirham dan telah
cukup satu tahun maka zakatnya 5 dirham, dan tidak wajib
atasmu zakat emas sehingga kamu mempunyai 20 dinar.
Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup satu
tahun, maka wajib zakat adanya setengah dinar.”

(Riwayat Abu Dawud)

3.9.5.1 Nisab, kadar dan haul

Perbincangan mengenai pengiraan zakat emas boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu emas yang tidak dipakai dan emas yang dipakai. Bagi
emas yang tidak dipakai seperti jongkong emas, mata wang emas maka
kadar yang ditetapkan adalah bersamaan 20 misqal (20 dinar = 85 gram
emas) sepertimana dinyatakan dalam hadith nabi SAW di atas.

Emas yang dipakai pula merujuk kepada perhiasan atau alatan
emas yang dipakai walaupun sekali dalam setahun. Contohnya, perhiasan-
perhiasan emas bagi wanita, gigi emas, pinggan mangkuk emas dan lain-
lain. Tiada penentuan khusus dalam al-Quran dan hadith bagi kadar emas

71

yang dipakai. Justeru, Imam Syafie berpendapat bahawa kadarnya
hendaklah melihat kepada uruf masyarakat tersebut. Menjadi tanggung
jawab institusi zakat negeri bagi menentukan kadar atas persetujuan mufti
(Norshah, 2019). Berikut merupakan kadar uruf bagi pengiraan zakat emas
yang dipakai bagi negeri-negeri di Malaysia:

Jadual 3.4 Kadar Uruf Zakat Emas yang Dipakai

ZON NEGERI KADAR URUF
(GRAM)

Perlis 170

Zon Utara Kedah 170
Pulau Pinang 165

Perak 500

Selangor 800

Zon Tengah Wilayah Persekutuan 800

Negeri Sembilan 200

Zon Selatan Melaka 180
Johor 850

Pahang 500

Zon Timur Terengganu 850

Kelantan -

Zon Sabah Sabah 250

Zon Sarawak Sarawak 775

Sumber: Laman Web Institusi Zakat Negeri

3.9.5.2 Kaedah pengiraan

Formula zakat emas: Berat emas (jika melebihi nilai nisab) x Harga Emas
Semasa x 2.5%

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas perhiasan yang dipakai
dalam tempoh setahun ialah 900 gram:

= Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf) x harga emas semasa 1 gram
x 2.5%
= 900 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%
= RM3,727.80

72

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang disimpan dalam
tempoh setahun ialah 200 gram maka:

= Berat emas dipakai x harga emas semasa 1 gram x kadar zakat 2.5%
= 200 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%
= RM828.40

3.9.6 Zakat Perniagaan

Islam amat menggalakkan para penganutnya untuk melibatkan diri dalam
bidang perniagaan dan keusahawanan. Rasulullah SAW juga memberi
jaminan bahawa mana-mana “peniaga yang jujur dan amanah akan
bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” (hadith
riwayat Tirmizi). Pendapatan daripada hasil perniagaan juga menjadi
sumber rezeki yang banyak sekiranya dilakukan dengan cara yang betul.

Aktiviti perniagaan tidak terhenti sekadar menjual barang dan
menambah keuntungan semata-mata. Namun, ia perlu dibersihkan dengan
cara mengeluarkan zakat perniagaan. Dalam mana-mana sumber rezeki
manusia yang melebihi had yang ditetapkan agama maka di situ terdapat
juga hak orang lain yang memerlukan.

Dalam aspek perniagaan, zakat yang dikenakan adalah ke atas
barang-barang yang diperniagakan bagi tujuan mendapatkan keuntungan.
Barang-barang itu boleh jadi dalam bentuk fizikal mahupun tidak seperti caj
sewaan atau caj perkhidmatan. Jenis perniagaan seperti hasil pertanian,
haiwan ternakan, emas, perak, perkilangan, perkapalan dan sebagainya
termasuk dalam kategori wajib dikeluarkan zakat samada dilakukan oleh
peniaga kecil mahupun besar, secara persendirian, koperasi, perniagaan
saham dan lain-lain.

3.9.6.1 Syarat-syarat zakat perniagaan

Hasil perniagaan wajib dikeluarkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan. Sekiranya tidak bertepatan dengan syarat-syarat ini maka
ia tidak termasuk dalam kategori zakat perniagaan. Terdapat dua syarat
iaitu:

73

(i) Harta yang diusahakan memang bertujuan untuk diniagakan, bukan
untuk tujuan sendiri. Sebagai contoh, sekiranya Encik Ahmad
membela beberapa ekor lembu sebagai haiwan ternakan sahaja
tanpa meniatkannya untuk dijual beli maka ia tidak termasuk dalam
harta yang perlu dizakatkan bagi kategori perniagaan. Ianya
tertakluk kepada zakat ternakan sahaja sekiranya memenuhi pula
syarat bagi zakat ternakan.

(ii) Perniagaan yang dijalankan adalah menepati syarak. Barang-barang
jualan seperti dadah, arak, barang curi dan sebagainya yang haram
tidak termasuk dalam hasil yang diwajibkan zakat perniagaan.

Perniagaan yang dijalankan secara perkongsian antara pemilik
Muslim dan bukan Muslim tetap dikenakan zakat perniagaan. Namun, hasil
perniagaan hanya dikenakan ke atas harta pemilik Muslim sahaja.

3.9.6.2 Nisab, kadar dan haul

Nisab bagi zakat perniagaan adalah 85 gram emas. Manakala kadar yang
ditetapkan adalah sebanyak 2.5%. Pengiraan haul adalah satu tahun. Kunci
utama bagi zakat harta perniagaan adalah kewujudan aset niaga yang
hakiki di hujung tahun.

3.9.6.3 Kaedah pengiraan

Secara lebih tenikalnya, terdapat dua kaedah pengiraan zakat perniagaan
iaitu Kaedah Model Berkembang dan Kaedah Modal Kerja. Berikut
merupakan contoh pengiraan zakat perniagaan bagi Syarikat PPE Sdn.
Bhd.

Penyata kewangan Syarikat PPE Sdn. Bhd.

Berakhir pada 31 Disember 2019

ASET BUKAN SEMASA RM

Bangunan dan peralatan 10,000,000

Pelaburan dalam syarikat subsidiari 1,600,00

11,600,000

ASET SEMASA RM

74

Stok 500,000
Penghutang perdagangan 2,000,000
Deposit tetap 1,000,000
Penghutang pelbagai
Cukai belum terima 100,000
Wang tunai dan wang di bank 50,000

400,000
4,050,000

LIABLITI / TANGGUNGAN SEMASA RM
Pemiutang 1,500,000
Lain-lain pemiutang
Pinjaman jangka pendek 500,000
Pemiutang sewa beli 400,000
Peruntukan cukai
25,000
300,000
2,725,000

Aset / liabiliti semasa bersih 1,325,000
12,925,000

DIBIAYAI OLEH RM
Modal saham 6,200,000
Keuntungan terkumpul 5,000,000
11,200,000

TANGGUNGAN JANGKA PANJANG RM
Pinjaman 1,725,000
12,925,000

Pengiraan zakat perniagaan Syarikat PPE Sdn. Bhd. dengan
menggunakan Kaedah Model Berkembang dan Kedah Modal Kerja:

KAEDAH MODEL BERKEMBANG KAEDAH MODAL KERJA
4,050,000.00
Modal / ekuiti 11,200,000.00

pemilik

+ Pinjaman 1,725,000.00 - Tanggungan 2,725,000.00
semasa
jangka panjang

- Aset tetap 10,000,000.00

- Aset bukan 1,600,000.00

75

semasa

(A) Aset bersih 1,325,000.00 = Aset / liabiliti 1,325,000.00

semasa bersih

PELARASAN

(B) Aset Semasa (ditolak)

Nota Amaun Keterangan

- (100,000.00) Penghutang pelbagai – milik tidak sempurna

- (50,000.00) Cukai belum terima – hanya perakaunan, milik

tidak sempurna

150,000.00

(C) Tanggungan Semasa (campur kembali)

Nota Amaun Keterangan

+ 400,000.00 Pinjaman jangka pendek – sumber, milik sempurna

+ 25,000.00 Pemiutang sewa beli - pengkelasan

425,000.00

Oleh itu, amaun yang dikenakan zakat ialah A - B + C =
RM1,6000,000.00 x 2.5% = RM40,000.00

3.9.6.4 Kaedah pembayaran

Kaedah pembayaran zakat perniagaan boleh dilakukan dengan hadir sendiri
ke mana-mana pejabat zakat yang berdekatan meminta untuk ditaksirkan
harta perniagaan yang wajib dikeluarkan zakat, atau boleh juga
menghubungi pegawai di pejabat zakat untuk hadir datang ke premis
perniagaan masing-masing, atau pemilik-pemilik perniagaan boleh juga
menghantar akaun syarikat kepada mana-mana pejabat zakat berdekatan
untuk ditaksir hasil perniagaan yang diwajibkan zakat.

3.10 Kesimpulan

Zakat bertujuan membersihkan harta yang dimiliki. Dalam 2.5% harta
seseorang itu terdapat juga hak orang lain yang perlu ditunaikan. Zakat
difardhukan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan dijalankan perintah itu
sejak zaman Rasulullah SAW. Amalan berzakat telah melalui fasa yang
sangat panjang. Sehinggalah kini ia telah dibincangkan secara kontemporari
bagi memperincikan lagi penerima-penerima yang layak yang terkandung
dalam lapan kategori asnaf. Kesedaran menunaikan zakat juga telah

76

meningkat dari masa ke semasa. Dalam masa yang sama umat Islam
semakin kreatif dalam menambah nilai kekayaan seterusnya tergolong
dalam kategori pengeluar zakat dan bukan lagi sebagai penerima. Justeru,
hikmah berzakat ini sekiranya dikaji dan digali maka akan lahirlah pelbagai
hikmah-hikmah lain yang memberikan manfaat kepada ummah.

77

BAB 4
PERAKAUNAN DALAM INSTITUSI KEWANGAN

ISLAM

4.1 Pendahuluan

Institusi perbankan Islam mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri yang
digambarkan secara jelas melalui amalan perakaunannya yang telus. Ia
juga menghindar sebarang perspektif yang meragukan dan amalan-amalan
yang bertentangan dengan syarak. Sistem perakaunan konvensional pasti
tidak dapat memenuhi aspek tersebut kerana ia mempunyai asas norma
dan juga nilai yang berlainan dengan Islam. Oleh yang demikian, adalah
penting bagi institusi perbankan dan kewangan Islam mempunyai standard
perakaunan yang tersendiri berbanding dengan hanya menggunapakai
sistem perakaunan konvensional. Proses membangunkan sistem
perakaunan Islam merupakan satu tugas berat yang digalas oleh pakar-
pakar syariah dan juga pengamal industri profesional.

Amalan perakaunan dalam institusi kewangan Islam Malaysia
menggunakan standard daripada International Financial Report Standard
(IFRS) yang beribu pejabat di Britain. Kumpulan IFRS ini terdiri daripada
pakar-pakar serata dunia yang mempunyai pengalaman luas dalam industri
perbankan Islam bagi mengawal selia sistem perakaunan Islam. Kumpulan
konsultasi tersebut ialah “Islamic Finance Consultantive Group” (Kumpulan
Konsultansi Kewangan Islam) yang ditubuh khas di bawah IFRS bagi
menyelesaikan sebarang permasalahan berkaitan dengan cabaran semasa
yang timbul dalam mengaplikasikan standard IFRS ke dalam sistem
akuantasi institusi kewangan Islam seluruh dunia. Namun begitu, kumpulan
konsultasi ini tidak sama sekali berperanan dalam memutuskan hal
berkaitan status patuh syariah sesuatu transaksi ataupun produk yang
ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan Islam.

Sistem perakaunan institusi kewangan Islam di Malaysia adalah
dikawal selia oleh pihak “Malaysian Accounting Standard Board” (MASB)
atau Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia. Namun begitu, wujud satu
jawatankuasa tetap di bawah MASB iaitu Jawatankuasa Tetap Laporan
Kewangan Islam (Standing Committee on Islamic Financial Reporting) yang
mengawal selia aspek perakaunan yang diaplikasi di dalam transaksi
kewangan Islam di Malaysia. Berikut merupakan tiga daripada sebelas
pakar bidang kewangan Islam yang merupakan sebahagian daripada ahli
jawatankuasa tersebut.

79

Gambar 4.1 Ahli Jawatankuasa Tetap Laporan Kewangan Islam

Dato’ Mohammad Mohamed Rafe Dr. Marjan Muhammad

Faiz Azmi Mohamed Haneef Ketua Bahagian

Pengerusi Eksekutif, CEO, Penyelidikan,
International Shari’ah
PricewaterhouseCoopers CIMB Islamic Bank Bhd

Research Academy for

Islamic Finance (ISRA)

Sumber: Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

Pihak MASB memutuskan bahawa IFRS boleh digunapakai oleh
pelbagai institusi kewangan Islam di Malaysia dalam menerbitkan laporan
kewangan samada secara bulanan, sukuan, setengah tahunan atau
tahunan. Standard laporan kewangan yang dikeluarkan MASB tersebut
dinamakan sebagai “Malaysian Financial Reporting Standard” (MFRS) dan
ia turut digunakan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga
institusi perbankan Islam di Malaysia.

4.2 Jenis-jenis Institusi Kewangan Islam

4.2.1 Bank

Bank berasal daripada perkataan Perancis iaitu “banque” yang merujuk
kepada kerusi tempat pinjaman wang kepada para pedagang pada abad ke-
15 dan merupakan sebuah institusi yang mempunyai sejarah yang cukup
lama. Kini bank atau institusi perbankan telah berkembang dengan begitu
luas sehingga tidak wujud mana-mana negara yang tidak mempunyai
sebuah institusi bank mereka sendiri.

Institusi perbankan di Malaysia, adalah satu-satunya institusi
perbankan yang unik apabila sistem perbankannya berjalan seiringan
dengan sistem perbankan Islam yang mempunyai lanskap kewangan dan
juga perundangannya yang tersendiri. Walaupun begitu, kedua-dua buah
sistem perbankan ini berada di bawah pengawal seliaan Bank Negara
Malaysia sebagai sebuah bank pusat di Malaysia. Bank-bank komersial

80

yang wujud di Malaysia tertubuh di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
2013 yang telah menggantikan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan
1989, dengan kini telah mencapai 26 buah bank semuanya termasuk
daripada luar negara. Berikut adalah senarai bank-bank konvensional di
Malaysia:

Jadual 4.1 Senarai Bank Komersial di Malaysia

Bank Entiti Bank Entiti
L
Affin Bank Berhad D India International Bank L

(Malaysia) Berhad L
L
Alliance Bank Malaysia D Industrial and Commercial D
L
Berhad Bank of China (Malaysia) L
D
Berhad D
L
AmBank (M) Berhad D J.P. Morgan Chase Bank L

Berhad L
L
BNP Paribas Malaysia L MUFG Bank (Malaysia)

Berhad Berhad

Bangkok Bank Berhad L Malayan Banking Berhad

Bank of America Malaysia L Mizuho Bank (Malaysia)

Berhad Berhad

Bank of China (Malaysia) L OCBC Bank (Malaysia)

Berhad Berhad

CIMB Bank Berhad D Public Bank Berhad

China Construction Bank L RHB Bank Berhad

(Malaysia) Berhad

Citibank Berhad L Standard Chartered Bank

Malaysia Berhad

Deutsche Bank (Malaysia) L Sumitomo Mitsui Banking

Berhad Corporation Malaysia

Berhad

HSBC Bank Malaysia L The Bank of Nova Scotia

Berhad Berhad

Hong Leong Bank Berhad D United Overseas Bank

(Malaysia) Bhd.

*D, pemilikan dalam negara; **L, pemilikan luar negara.

Sumber: Bank Negara Malaysia

81

4.2.2 Perbankan Islam

Perbankan Islam merujuk kepada sistem perbankan yang patuh syariah.
Prinsip yang mendokong perbankan Islam adalah berkonsepkan
perkongsian keuntungan dan risiko yang ditanggung bersama antara dua
pihak iaitu bank dan pelanggan. Ia juga bersifat adil, transaksi yang
berasaskan aktiviti perniagaan atau aset serta selari dengan kehendak
Islam. Prinsip-prinsip ini menggalakkan aspek-aspek keusahawanan,
perdagangan serta pembangunan masyarakat. Institusi perbankan Islam
boleh menawarkan pelbagai produk perbankan yang fleksibel dan
berinovasi dengan menggunakan konsep seperti pajakan (ijarah),
perkongsian untung (mudharabah), perkongsian (musyarakah) dan lain-lain.
Di samping itu, dengan keperluan transaksi yang seharusnya disokong oleh
aktiviti perniagaan yang ‘sebenar’, perbankan Islam menetapkan tahap
peraturan pelaburan yang lebih tinggi untuk meningkatkan akauntabiliti dan
pemindahan risiko.

Sistem perbankan Islam di Malaysia dikawal selia oleh Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial and Services Act
2013; IFSA Act 759) yang mana telah menggantikan Akta Perbankan Islam
1983 (Islamic Banking Act 1983; IBA Act 276). Menurut Akta 759 (IFSA
2013), bahagian 1, seksyen 1, istilah perbankan Islam membawa maksud
sebuah institusi perbankan Islam yang menjalankan aktiviti perniagaan yang
berasaskan syariah seperti berikut:

a) Menerima deposit Islam atas
(i) Akaun Semasa
(ii) Akaun Deposit
(iii) Akaun Simpanan
(iv) atau akaun yang serupa dengannya

b) Menerima wang di bawah Akaun Pelaburan
c) Menyediakan perkhidmatan pembiayaan

Disebalik aktiviti perbankan Islam yang dijalankan tersebut, terdapat
sebuah badan berautoriti yang memastikan setiap transaksi yang dijalankan
oleh perbankan Islam sentiasa mematuhi syariah. Badan tersebut adalah
Majlis Penasihat Syariah (MPS) di mana penubuhannya di setiap institusi
perbankan Islam adalah tertakluk di bawah seksyen 51, Akta Bank Negara
Malaysia 2009. Penubuhan MPS bukan sahaja ditubuhkan di bank-bank

82

komersial Islam seperti Maybank Islamic dan Bank Islam Malaysia Bhd
sahaja, malah BNM juga turut mempunyai sebuah badan MPS bagi
mengeluarkan sebarang garis panduan perkaitan produk-produk dan juga
perkhidmatan berkaitan dengan dengan perbankan Islam.

Setelah lebih 30 tahun beroperasi, sistem perbankan Islam di
Malaysia kini telah berada pada tahap yang membanggakan. Ia tumbuh
secara berterusan dengan sokongan persekitaran yang kondusif,
kepelbagaian instrumen pelaburan Islam yang inovatif, infrastrukur
kewangan Islam yang menyeluruh serta pelaksanaan amalan perundangan
global. Perbankan Islam di Malaysia juga menekankan aspek pembangunan
modal insan selari dengan pertumbuhan industri perbankan bagi menjamin
ketersediaan bakat dalam industri perbankan Islam, sekaligus
mentransformasikan Malaysia kepada salah satu pasaran perbankan Islam
terunggul di dunia.

Perkembangan industri perbankan Islam di Malaysia dapat dilihat
melalui pelbagai aspek. Antaranya ialah prestasi perkhidmatan kewangan
yang dapat digambarkan melalui pelbagai indikator sebagaimana yang
dilaporkan oleh pihak Bank Negara Malaysia dan diterbitkan melalui
Laporan Ekonomi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Berdasarkan kepada
Laporan Ekonomi, dapat dilihat bahawa prestasi industri perbankan Islam di
Malaysia semakin berkembang. Sama ada dari aspek pemilikan aset,
simpanan deposit mahupun perkhidmatan pembiayaan yang disediakan
oleh bank-bank Islam di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa wujudnya
permintaan terhadap produk-produk dan juga perkhidmatan yang
disediakan oleh industri perbankan Islam di Malaysia malah ia semakin
berkembang.

83

Gambarajah 4.1 Jumlah Aset, Deposit dan Pembiayaan Industri Perbankan
Islam Dari Tahun 2007 sehingga 2017

Sumber: Laporan Ekonomi dari tahun 2007 sehingga 2017

Sejak daripada penubuhan institusi perbankan Islam yang pertama
iaitu Tabung Haji di Malaysia pada tahun 1963, institusi perbankan Islam
semakin bertambah dan sehingga kini ia telah mencapai 16 buah institusi.
Ia terdiri daripada pelbagai institusi perbankan dari luar negara dan dalam
negara yang asalnya menyediakan perkhidmatan perbankan konvensional.
Sedikit demi sedikit institusi perbankan konvensional ini mula menyediakan
perkhidmatan perbankan Islam yang bermula daripada “Islamic Windows”
iaitu perkhidmatan perbankan Islam yang beroperasi di kaunter-kaunter
berasingan di dalam premis perbankan konvensional. Kini perkhidmatan
perbankan Islam telah pun beroperasi secara berasingan dengan
mempunyai pelbagai inovasi produk-produk deposit, pelaburan dan juga
pembiayaan patuh syariah di bawah akta khas merujuk kepada operasi
perbankan Islam iaitu akta IFSA 2013. Namun begitu, terdapat juga bank-
bank Islam yang sejak dari mula penubuhannya hanya menyediakan
perkhidmatan perbankan Islam seperti Bank Islam Malaysia Bhd dan juga
Bank Muamalat Malaysia Bhd. Berikut adalah senarai bank-bank Islam di
Malaysia.

Jadual 4.2 Institusi Perbankan Islam di Malaysia

Bank Entiti Bank Entiti
D
Affin Islamic Bank Bhd D Hong Leong Islamic Bank

Berhad

84

Al-Rajhi Banking Investment L Kuwait Finance House L

Corporation (Malaysia) (Malaysia) Berhad D
D
Berhad L
D
Alliance Islamic Bank D MBSB Bank Berhad. D
D
Berhad

Ambank Islamic Berhad D Maybank Islamic Berhad

Bank Islam Malysia Berhad D OCBC Al-Amin Bank

Berhad

Bank Muamalat Malaysia D Public Islamic Bank

Berhad Berhad

CIMB Islamic Bank Berhad D RHB Islamic Bank Berhad

HSBC Amanah Malaysia L Standard Chartered

Berhad Saadiq Berhad

*D, pemilikan dalam negara, **L, pemilikan luar negara.

Sumber: Bank Negara Malaysia

4.2.3 Institusi Kewangan Bukan Bank

Institusi kewangan bukan bank (IKBB) merupakan institusi yang tidak
mempunyai lesen perbankan bagi menjalankan atau beroperasi sebagai
sebuah bank yang menerima wang deposit daripada pelanggan. IKBB
mempunyai pelbagai jenis institusi yang menyediakan pelbagai
perkhidmatan kewangan yang lain seperti pelaburan, insurans,
pembrokeran, tukaran wang asing, pajak gadai dan lain-lain. Sebahagian
daripada instutisi IKBB adalah merupakan anak syarikat atau syarikat
subsidiari di bawah kumpulan perbankan seperti Maybank Group dan juga
CIMB Group. Di bawah kumpulan perbankan tersebut terdapat anak-anak
syarikat yang lain. Sebagai contoh boleh dilihat pada gambar rajah 4.2 di
bawah:

85

Gambarajah 4.2 Anak-anak Syarikat Kumpulan Maybank Group

Sebagai contoh berdasarkan gambar rajah di atas, dapat dilihat
bahawa institusi kewangan bukan bank (IKBB) mendominasi jumlah institusi
di dalam organisasi Kumpulan Maybank. Dan mengikut laporan kewangan
yang dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Maybank, pendapatan bersih yang
diperolehi pada tahun 2018 didominasi oleh sektor perkhidmatan kewangan
diikuti sektor perbankan kumpulan itu. Ia dapat dilihat dengan jelas pada
gambar rajah 4.3 apabila sektor perkhidmatan kewangan Kumpulan
Maybank menyumbang kepada 55% daripada untung bersih Kumpulan
Maybank pada tahun tersebut. Diikuti oleh sektor perbankan; 33%, bank
pelaburan;5%, insurans dan takaful; 7 % dan pengurusan aset 0.004%.

Carta pai di bawah merupakan salah satu contoh peranan pelbagai
jenis institusi kewangan termasuk institusi kewangan bukan bank di bawah
satu kumpulan institusi kewangan dalam menyediakan pelbagai jenis
perkhidmatan kewangan selain produk perbankan. Walaupun kes di atas
merujuk kepada keadaan di Kumpulan Maybank yang mungkin mempunyai
perbezaannya yang tersendiri berbanding dengan kumpulan perbankan
yang lain, namun apa yang ingin dijelaskan di sini ialah institusi kewangan
yang selama ini dibayangkan adalah lebih luas dalam menyediakan
pelbagai produk kewangan.

86

Gambarajah 4.3 Carta Pai Pecahan Untung Bersih Kumpulan Maybank
Mengikut Kumpulan Anak Syarikat Pada Tahun 2018

Selain daripada Kumpulan Maybank, terdapat juga institusi
kewangan bukan bank lain yang tidak mempunyai syarikat induk seperti
Maybank. Antara institusi tersebut adalah seperti berikut:
a) Institusi Kewangan Pembangunan
Berperanan menyokong pembangunan pelbagai sektor ekonomi negara
sama ada melalui dana kerajaan atau dengan menyediakan kemudahan
kredit kepada syarikat-syarikat terlibat bagi memulakan usaha niaga dalam
sektor masing-masing. Ditubuhkan di bawah Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002.

Contoh institusi adalah seperti Bank Pertanian Malaysia Bhd
(Agrobank), Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd dan Bank
Pembangunan Malaysia Bhd. Sebahagian daripada institusi ini turut
menyediakan produk pembiayaan Islam. Sebagai contoh Paddy-i yang
ditawarkan oleh Agrobank bagi pesawah-pesawah padi mendapatkan
modal yang berasaskan kepada kontrak tawaruq.

87

Gambar 4.2 Produk Paddy-i oleh Agro Bank

b) Institusi Keselamatan Sosial
Institusi ini terlibat dalam menyediakan faedah persaraan kepada pencarum
yang terdiri daripada kakitangan kerajaan mahupun swasta. Contoh institusi
ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ditubuhkan di
bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452). KWSP
turut menyediakan perkhidmatan akaun caruman yang patuh syariah
dengan berasaskan kepada kontrak wakalah.

Gambar 4.3 Produk Simpanan Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

88

c) Syarikat Jaminan
Syarikat Jaminan merupakan sebuah syarikat milik penuh Menteri
Kewangan yang telah diperbadankan bagi mengurus tadbir skim jaminan
bagi memudahkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapatkan
khidmat pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan. Syarikat Jaminan
Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) telah dipertanggungjawabkan bagi
mengurus dua jenis skim jaminan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi
Kedua dengan menawarkan Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK) dan Skim
Jaminan Penstrukturan Semula Indsutri (SJPSI) dengan had nilai jaminan
sehingga RM17.5 bilion.

Gambar 4.4 Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Di bawah Kementerian
Kewangan

d) Agensi Penarafan Kredit
Agensi penarafan kredit merupakan sebuah institusi bukan bank yang
menawarkan perkhidmatan nilai dan taraf kredit atau risiko kepada syarikat
atau pihak yang menerbitkan sekuriti bond dan sukuk (Islamic Bond).
Penarafan kredit yang diterbitkan adalah berdasarkan kepada prestasi
kewangan institusi atau syarikat tersebut. Laporan kredit yang diterbitkan
mudah diperolehi daripada laman web agensi-agensi berkaitan. Di Malaysia
terdapat dua buah agensi penarafan kredit yang ditubuhkan di bawah kawal
selia Suruhanjaya Sekuriti (SC). Agensi tersebut ialah Malaysia Rating
Corporation (MARC) dan juga RAM Rating (RAM).

89


Click to View FlipBook Version