The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Malinja Putih, 2020-11-01 08:52:07

KONSEP PERAKAUNAN ISLAM (PDF)

KONSEP PERAKAUNAN ISLAM (PDF)

Skim pajak gadai Islam ar-Rahnu adalah alternatif kepada amalan
pajak gadai konvensional yang melibatkan riba. Secara umumnya, produk
ar-Rahnu yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam (IKI) melibatkan
empat kontrak Syariah iaitu al-qard (pinjaman), al-rahnu (cagaran), al-
wadi`ah (simpanan) dan al-ujrah (upah simpan). Pembiayaan berasaskan
ar-Rahnu dilaksanakan melalui proses di mana barangan emas pelanggan
akan digadaikan sebagai syarat bagi pinjaman yang akan diberikan oleh IKI.
IKI akan menyimpan aset cagaran tersebut berdasarkan konsep wadi`ah.
Caj upah simpan akan dikenakan ke atas perkhidmatan simpanan barangan
emas tersebut berdasarkan nilai marhun (BNM, 2020).

Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS) pada
mesyuarat ke-194 bertarikh 25 Jun 2019 telah memutuskan bahawa struktur
semasa produk ar-Rahnu seperti yang diaplikasikan oleh IKI yang
berasaskan gabungan kontrak al-Qard (pinjaman), al-Rahnu (gadaian), al-
Wadi’ah (simpanan) dan al-Ujrah (upah simpan) adalah tidak menepati
syariah berdasarkan beberapa hujah berikut:

(i) Keberkaitan dan kebergantungan kontrak iaitu; al-rahnu, al-wadi`ah
dan al-ujrah dengan kontrak al-qard dalam struktur produk ini
menimbulkan isu qard jarra naf`an (pinjaman yang menjana manfaat
kepada pemberi pinjam) dan isu Bai’` wa salaf (gabungan kontrak
jual beli dan pinjaman) yang tidak dibenarkan oleh syarak.

Dalam struktur produk pajak gadai Islam, salah satu kontrak tidak
akan efektif tanpa kewujudan kontrak lain. Sebagai contoh, al-qard
(pinjaman) hanya akan diberikan dengan syarat pelanggan
menyimpan emas di IKI tersebut dan membayar upah simpanan
emas tersebut. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan
keberkaitan antara qard dan caj upah simpan yang membawa
kepada isu qard jarra naf’an.

Berkaitan larangan pemberi pinjam ditegah mensyaratkan
mengambil manfaat dari pinjaman yang diberikan, terdapat satu
hadith Nabi SAW yang bermaksud:

Daripada Sayyidina Ali r.a berkata bahawa Rasulullah
SAW bersabda: Setiap qard (pinjaman) yang menjana
manfaat (kepada pemberi qard) adalah riba.”

140

(ii) Kombinasi al-rahnu dan al-qard dalam produk al-Rahnu bagi
menjana keuntungan untuk institusi kewangan Islam adalah tidak
menepati objektif kontrak al-rahnu dan al-qard memandangkan
objektif asal kedua-dua kontrak adalah untuk cagaran dan
kebajikan. Jelas di sini, tujuan asal kedua-dua kontrak adalah
berbeza.

(iii) Bank Negara Malaysia telah menerbitkan Polisi Dokumen Rahn
(berkuatkuasa 1 Ogos 2019) yang menggariskan keperluan Syariah
dan operasi berkaitan dengan kontrak Rahn. PD Rahn menetapkan
bahawa caj yang boleh dikenakan kepada pencagar hanyalah kos
yang berkait langsung dengan penyimpanan aset cagaran. Oleh
yang demikian, sebarang caj yang melebihi kos langsung adalah
tidak dibenarkan kerana ia akan membawa kepada penjanaan
keuntungan yang mana ia bertentangan dengan objektif asal
kontrak al-rahnu.

Menurut Shamsiah Mohamad dan Safinar Salleh (2008), kos
penjagaan barang gadaian atau upah simpan yang perlu dibayar balik oleh
penggadai sepatutnya tidak melebihi kos sebenar yang telah dikeluarkan
oleh pemegang gadai. Ini disebabkan apa yang dituntut daripada penggadai
adalah hutang kerana pemegang gadai telah mendahulukan wangnya bagi
perbelanjaan barang gadaian berkenaan. Oleh itu amat tidak wajar bagi
pemegang gadai untuk menuntut lebih daripada perbelanjaan yang telah
dikeluarkannya.

Dalam amalan semasa pajak gadai Islam di IKI, kadar upah
simpanan emas yang dikenakan kepada pelanggan ditentukan berdasarkan
nilai emas yang dicagarkan. Kaedah penentuan kadar upah simpanan ini
didapati mengandungi elemen keuntungan dan ini adalah tidak selaras
dengan keperluan syariah yang hanya membenarkan pengenaan caj
simpanan berdasarkan kos yang berkait langsung dengan transaksi al-
rahnu sahaja (BNM, 2020).

Lanjutan daripada ketidakharusan struktur produk Ar-Rahnu sedia
ada yang berasaskan kontrak al-qard dan al-rahnu, maka beberapa IKI
seperti Bank Rakyat dan YaPEIM telah mengemukakan cadangan untuk
menawarkan produk Ar-Rahnu berasaskan kontrak tawarruq dan al-Rahnu
(sacbnm, 2019).

141

Dalam struktur baharu ini, tawarruq akan menjadi kontrak pendasar
bagi mewujudkan keberhutangan antara pelanggan dengan IKI. Pelanggan
tetap akan menggadaikan barangan emas kepada IKI, namun yuran
penyimpanan emas tidak akan dikenakan kepada pelanggan. IKI akan
memperoleh keuntungan hasil daripada urus niaga murabahah dalam
aturan tawarruq yang dilaksanakan.

Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS) dalam
mesyuarat ke-198 dan ke-199 bertarikh 29 Oktober 2019 dan 26 November
2019 telah memutuskan bahawa gabungan kedua-dua kontrak iaitu
tawarruq dan al-rahnu tidak membawa kepada perkara yang dilarang oleh
syarak seperti riba, gabungan jual beli dengan hutang (Bai’ wa salaf) dan
hutang yang menjana keuntungan kepada pemberi pinjam (qard jarra
naf’an). Sehubungan itu, MPS memutuskan bahawa penggunaan kontrak
tawarruq dan al-rahnu dalam produk Ar-Rahnu yang baharu adalah
menepati keperluan Syariah. Manakala pelaksanaan cagaran barangan
emas dalam pembiayaan produk Ar-Rahnu adalah diharuskan dari segi
syarak bagi menjaga kepentingan IKI yang memberi pembiayaan pajak
gadai dalam situasi kemungkiran oleh pelanggan (sacbnm, 2019).

Rajah berikut menunjukkan ilustrasi umum produk Ar-Rahnu
berasaskan kontrak tawarruq dan al-rahnu.

Gambarajah 5.2 Modus Operandi Produk Ar-Rahnu Berasaskan Tawaruq

142

5.9 Kesimpulan

Islam merupakan agama yang syumul melengkapi seluruh aspek kehidupan
manusia. Apa jua persoalan yang dihadapi oleh manusia, maka syariat
Islam mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri berasaskan wahyu
dari Allah dan RasulNya. Antara matlamat utama dalam syariat Islam
adalah menjamin kemaslahatan manusia, mengelakkan kemudaratan serta
menyokong nilai-nilai murni yang bersifat universal seperti keadilan sosial,
tiada penindasan serta merealisasikan konsep al-‘adl wa al-ihsan.

Menyentuh kesyumulan ajaran Islam, sudah tentu ia merangkumi
semua perkara dan berhubungkait dengan komponen-komponen ajaran
Islam itu sendiri iaitu akidah, syariah dan akhlak. Apabila dihubungkait
dengan bidang kajian ini, maka kita melihat kesempurnaan ajaran Islam itu
turut merangkumi sistem ekonomi dan kewangan termasuklah aktiviti pajak
gadai yang menjadi talian hayat untuk sebahagian manusia dalam
menangani kemelut wang.

Justeru, kita melihat para sarjana perundangan Islam yang terdahulu
mahupun kontemporari telahpun membahaskan hukum-hukum fiqh
berkaitan gadaian. Mereka telah menuliskan persoalan hukum gadaian
beserta dalil-dalilnya dalam kitab-kitab fiqh klasik yang menjadi rujukan dan
panduan kepada pelaksanaan skim pajak gadai Islam al-Rahnu pada masa
kini. Hukum-hukum tersebut dibincangkan dengan terperinci bertujuan
menjaga kepentingan dan kebajikan pihak-pihak yang terlibat dalam
transaksi penggadaian sama ada penggadai ataupun pemegang gadai
tanpa memberi sedikitpun ruang berlakunya kezaliman dan penindasan.

Pada masa kini, terdapat pelbagai institusi samada perbankan
mahupun bukan perbankan seperti yang telah dibincangkan, yang begitu
berjaya dalam penawaran dan pelaksanaan skim pajak gadai Islam al-
Rahnu masing-masing. Oleh yang demikian, salah satu maqasid syariah
iaitu Hifzul Mal (memelihara harta) dapat dicapai dengan sebaik-baiknya
terhadap umat Islam dan juga masyarakat bukan Islam, bagi mencapai
sebuah sistem pajak gadai yang patuh syariah dan diredhai oleh Allah SWT.

143

BAB 6
PERAKAUNAN DALAM TAKAFUL

6.1 Pendahuluan

Takaful merupakan salah satu komponen dalam sistem kewangan Islam
yang turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara seterusnya
di peringkat global. Peningkatan positif dari sudut permintaan terhadap
produk-produk takaful memberi petunjuk bahawa masyarakat semakin
memahami kepentingan takaful dan perbezaannya dengan struktur insurans
konvensional.

Kesedaran individu untuk melindungi kehidupan dan harta
merupakan perkara penting yang perlu dititik beratkan. Seperti mana yang
kita ketahui, kehidupan penuh dengan ketidakpastian di mana tiada siapa
yang pasti apa yang berlaku di masa depan. Tragedi dan kecelakaan
kepada individu dan ahli keluarga boleh berlaku secara tidak disengajakan
seperti kemalangan, kematian atau kecacatan. Jadi, perlindungan
insurans/takaful boleh menyediakan diri individu dari segi kewangan untuk
berhadapan dengan ketiga-tiga risiko utama ini.

Justeru, adalah penting bagi individu untuk mengetahui sepenuhnya
dan memahami jenis perlindungan atau perlindungan yang diperlukan untuk
meminimum atau memindahkan risiko.

Sistem kewangan konvensional menawarkan produk insurans bagi
mengatasi masalah di atas. Namun, bagi umat Islam, mereka harus
dilindungi dengan skim perlindungan alternatif yang patuh syariah seperti
takaful.

6.2 Definisi

Istilah takaful berasal daripada kata dasar bahasa Arab kafala (‫ )َ َك َفل‬yang
bermaksud menjaga, melindungi atau menjamin keperluan seseorang
individu. Menurut Akta Takaful 1984, istilah takaful membawa maksud “satu
skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama
yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-
peserta jika diperlukan di mana peserta sama-sama bersetuju untuk
memberi sumbangan bagi maksud itu.”

145

Oleh yang demikian, konsep takaful merupakan permuafakatan
sekurang-kurangnya dua pihak untuk saling menjamin antara satu sama lain
sekiranya berlakunya kerugian disebabkan bencana atau musibah.

Dalam al-Quran, perkataan kafalah memberi makna memelihara
atau menjaga. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam Surah Ali ‘Imran
ayat 37 yang bermaksud:

“Maka dia (Maryam) diterima oleh tuhannya (sebagai
nazar) dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya
dengan didikan yang baik serta diserahkannya untuk
dipelihara (kafala) oleh Nabi Zakaria.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan
kebajikan dan taqwa.”

6.3 Prinsip-prinsip Asas

Berdasarkan definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat tiga
prinsip utama dalam mendasari model-model takaful seperti dalam rajah
berikut:

Gambarajah 6.1 Prinsip-prinsip Asas Takaful

Saling bertanggungjawab

Saling membantu Takaful
Saling melindungi

146

6.3.1 Saling Bertanggungjawab

Prinsip pertama ini menjelaskan bahawa sebagai manusia dan umat Islam,
tanggungjawab ini tidak hanya kepada Allah SWT tetapi juga kepada
makhluk-makhluk lain. Di dalam konteks takaful, saling bertanggungjawab
sesama manusia merupakan asas solidariti dalam kalangan umat Islam. Ini
berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:

“Setiap orang dari kamu adalah pemikul tanggungjawab
dan setiap dari kamu adalah bertanggungjawab terhadap
orang yang di bawah tanggungjawab kamu.”

6.3.2 Saling Membantu

Ajaran Islam amat menitikberatkan prinsip saling bekerjasama dan
membantu di antara satu sama lain. Nilai ini diterapkan dalam sistem takaful
agar umat Islam dapat membantu insan lain yang benar-benar ditimpa
musibah. Sebagaimana yang dijelaskan menerusi dalil-dalil dalam al-Quran
dan hadith.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan)
kebajikan dan takwa, janganlah kamu tolong-menolong
dalam berbuat dosa dan permusuhan.”

(Surah al-Maidah: 2)

“Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi mereka
saling membantu antara satu sama lain.”

(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

6.3.3 Saling Melindungi

Musibah yang melanda adalah sesuatu yang di luar jangkaan akal manusia.
Justeru, umat Islam disaran agar bukan sahaja sentiasa bersedia
melindungi diri, bahkan juga membantu melindungi insan lain yang ditimpa
musibah.

147

“Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada
siapa yang akan masuk syurga jika beliau tidak melindungi
jirannya yang berada dalam kesusahan.”

(Riwayat Imam Ahmad)

Berdasarkan kepada prinsip dan maksud daripada al-Quran dan
hadith di atas, para ilmuan Islam menyarankan supaya produk-produk
takaful yang ingin diperkenalkan kepada masyarakat perlu menepati prinsip-
prinsip asas takaful iaitu saling bertanggungjawab, melindungi dan
membantu antara satu sama lain.

6.4 Sejarah Awal Takaful

Konsep takaful telah lama dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW di
Madinah. Ia diaplikasikan daripada amalan yang dilakukan oleh masyarakat
Arab jahiliyyah. Sistem ini diambil daripada konsep tolong menolong
sesama masyarakat Arab pada waktu itu. Apa sahaja yang tidak
bercanggah yang menjadi kebiasaan masyarakat maka ia turut diraikan
dalam Islam. Terdapat tiga sistem diamalkan iaitu ‘aqilah, qasamah dan
akad muwalah.

6.4.1 ‘Aqilah

Sistem ini mula diperkenalkan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja baginda
berhijrah ke Madinah dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan
Ansar. Ia berteraskan konsep saling bertanggung jawab sesama ahli. Setiap
ahli hendaklah mengadakan tabung kewangan bersama yang dikenali
sebagai ‘kunz’. Semua pungutan dalam tabung tersebut dibayar oleh setiap
ahli dan akan digunakan bagi membantu sesiapa sahaja yang ditimpa
musibah atau bencana. Dalam sistem ini ia memfokuskan bantuan kepada
mana-mana ahli yang terlibat dengan pembunuhan tidak sengaja atau untuk
menebus tawanan perang Muslimin daripada tentera musuh.

6.4.2 al-Qasamah

al-Qasamah merujuk kepada bayaran pampasan kepada keluarga yang
terbunuh. Sistem ini dilakukan dengan menyumpul dana ke dalam sebuah
tabung hasil caruman setiap ahli. Manfaat akan dibayar kepada ahli waris

148

yang dibunuh jika kes pembunuhan itu tidak diketahui siapa pembunuhnya
atau keterangan saksi yang layak untuk benar-benar mengenal pasti
pembunuhnya tidak diperolehi.

6.4.3 Akad Muwalah

Merupakan satu bentuk perjanjian jaminan. Contohnya, jika A berkata
kepada B: “Anda menjadi pelindung kepada saya, kalau saya melakukan
jenayah secara tidak sengaja anda hendaklah membayar diyat bagi pihak
saya.” Sekiranya B bersetuju maka kontrak mereka sah. Sekiranya A
melakukan jenayah tidak sengaja maka A akan menyediakan diyat. Dan
sebagai ganjarannya B boleh mempusakai harta-harta A sekiranya dia mati
tanpa waris.

Di bawah sistem ini penjamin akan menjamin seseorang yang tidak
berwaris dan tidak diketahui keturunannya seperti contoh pendatang asing.
Penjamin bersetuju akan menanggung bayaran diyat sekiranya orang yang
dijamin itu melakukan sesuatau jenayah. Sebaliknya jika orang yang dijamin
itu meninggal dunia maka penjamin boleh mempusakai hartanya selagi
tidak diketahui siapa warisnya.

6.5 Sejarah Takaful Moden

Pada tahun 1960, di dalam persidangan Majlis Fatwa Dunia yang pertama
di Mesir telah diputuskan bahawa insurans konvensional yang ditawarkan
oleh syarikat-syarikat insurans pada ketika itu adalah haram. Keputusan ini
dibuat kerana terdapat beberapa elemen yang yang dilarang dalam ajaran
Islam seperti gharar, maisir dan riba terkandung di dalam kontrak insurans
konvensional. Keputusan ini juga kekal diulang dalam persidangan Majlis
Fatwa Dunia yang ke-2 di Mekah, Arab Saudi dan ke-5 di Kuala Lumpur,
Malaysia.

Rentetan daripada keputusan tersebut, syarikat insuran Islam yang
pertama atau pengendali takaful yang pertama telah ditubuhkan di Sudan
pada tahun 1979. Pada tahun yang sama juga lahir Syarikat Insurans Islam
di Arab Saudi. Manakala Dar al-Maal al-Islami menubuhkan Syarikat
Takaful Islam Luxembourg empat tahun kemudian.

149

6.5.1 Perkembangan Takaful di Malaysia

Di Malaysia, langkah memperkenalkan sistem takaful sebagai alternatif
kepada sistem insurans konvensional bermula pada tahun 1982. Langkah
ini selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (1972) yang turut
memutuskan bahawa insurans konvensional adalah haram kerana
terkandung elemen-elemen yang tidak patuh syariah.

Selaras dengan tujuan tersebut, Badan Petugas Khas ditubuhkan
pada tahun 1982 bagi mengkaji usaha mewujudkan insurans Islam di
Malaysia. Dua tahun kemudian, satu laporan diserahkan kepada Parlimen,
yang hasilnya pada tahun itu kerajaan meluluskan Akta Takaful dan lahir
syarikat takaful pertama di Malaysia, Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
Sehingga kini terdapat 15 syarikat atau operator takaful di Malaysia yang
menawarkan pelbagai produk takaful yang bersesuaian dengan keperluan
masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

Jadual 6.1 Senarai Pengendali/Operator Takaful di Malaysia

No. Syarikat/Operator Takaful
1. AIA PUBLIC Takaful Bhd
2. AmMetLife Takaful Berhad
3. Etiqa Family Takaful Berhad
4. Etiqa General Takaful Berhad
5. FWD Takaful Berhad
6. Great Eastern Takaful Berhad
7. Hong Leong MSIG Takaful Berhad
8. Prudential BSN Takaful Berhad
9. Sun Life Malaysia Takaful Berhad
10. Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
11. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad
12. Takaful Ikhlas Family Berhad
13. Takaful Ikhlas General Berhad
14. Zurich General Takaful Malaysia Berhad
15. Zurich Takaful Malaysia Berhad

150

6.6 Kepentingan Takaful

Pada masa kini takaful berada dalam salah satu keperluan yang mesti
disertai oleh umat Islam terutamanya bagi menjaga kepentingan diri dan
keluarga. Antara kepentingan takaful adalah sebagaimana berikut:

1) Meringankan beban kewangan peserta dan keluarga sekiranya ditimpa
musibah seperti kematian, hilang upaya, kerosakan harta benda
mahupun kehilangan punca pendapatan atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan.

2) Menyediakan dan melindungi aset peserta untuk diwarisi melalui
kaedah perwarisan harta pusaka agar ahli keluarga dapat meneruskan
kehidupan selepas musibah yang melanda.

3) Memberi peluang kepada peserta untuk “berkongsi” keuntungan
melalui beberapa model takaful yang berasaskan pelaburan seperti
mudharabah.

6.7 Perbezaan Insurans Konvensional dan Takaful

Seperti mana yang kita ketahui, insurans konvensional telah diwartakan
haram oleh badan-badan perundangan syariah samada di peringkat
antarabangsa mahupun di Malaysia. Takaful diperkenalkan sebagai produk
perlindungan kewangan alternatif dengan beberapa elemen yang mematuhi
prinsip-prinsip syariah, namun tidak mengabaikan objektif utama
sebagaimana yang ditawarkan oleh insurans konvensional.

Perbezaaan antara takaful dan insurans konvensional dapat dilihat
di dalam Jadual 6.2 di bawah:

Jadual 6.2 Perbezaan Antara Takaful dan Insurans Kovensional

TAKAFUL INSURANS KONVENSIONAL

Kombinasi kontrak tabarru’ dan Kontrak jual beli antara syarikat

agensi (wakalah) dan/atau insurans dan pemegang polisi/klien.

perkongsian keuntungan

(mudharabah).

Peserta bertanggungjawab untuk Pemegang polisi bertanggungjawab

membuat sumbangan ke dalam untuk membayar premium kepada

dana takaful dan berhak untuk syarikat insurans.

berkongsi keuntungan yang

151

diperolehi daripada pelaburan

(sekiranya ada).

Syarikat/operator takaful menerima Syarikat/operator insurans mengaut

upah/komisen di atas perkhidmatan keuntungan menerusi lebihan

menguruskan skim takaful (wakalah) pengunderaitan (underwriting

atau berkongsi keuntungan surplus).

berdasarkan prinsip perkongsian

keuntungan (mudharabah).

Syarikat/operator takaful akan Syarikat insurans bertanggungjawab
untuk membayar sebarang manfaat
berperanan sepagai pentadbir dana seperti mana yang telah dipersetujui
melalui dana pemegang amanah.
takaful dan membayar sebarang

manfaat daripada dana tersebut.

Sekiranya dana takaful tidak

mencukupi, syarikat/operator akan

memberikan pinjaman tanpa faedah

kepada dana tersebut.

Tiada hubungan insurans Hubungan yang jelas sebagai
penjamin dan orang yang dijamin di
konvensional (insured-insurer) di antara syarikat insurans dan
pemegang polisi.
antara syarikat/operator takaful dan
Tiada halangan untuk dana takaful
peserta skim takaful. Para peserta dilaburkan ke mana-mana instrumen
tanpa mengambil kira sama ada
akan menjadi penjamin dan orang ianya patuh syariah ataupun tidak
patuh syariah.
yang dijamin sesama mereka. Tiada sebarang halangan bagi
syarikat insurans konvensional
Dana takaful perlu dilaburkan di melaksanakan modus operandi yang
melanggar prinsip-prinsip syariah.
dalam instrumen patuh syariah.

Modus operandi takaful tidak
mengandungi perkara-perkara yang
melanggar prinsip-prinsip syariah;
riba, maisir dan gharar

152

6.8 Hubungan Kontraktual Dalam Takaful

Prinsip asas operasi takaful dapat dilihat dari sudut hubungan kontraktual
antara:

1) para peserta; dan
2) pihak operator takaful dan sekelompok peserta.

Terdapat beberapa kontrak asas syariah yang asas digunapakai bagi
membangunkan struktur takaful yang lebih bersistematik. Kontrak-kontrak
asas tersebut adalah seperti berikut:

1) Mudharabah

Kontrak perkongsian untung di mana terdapat pihak yang akan
menyumbangkan modal (rabb al-Mal) kepada pihak yang akan
menguruskan dana berkenaan (mudharib) sama ada melalui aktiviti
pelaburan mahupun perniagaan yang akan memberikan keuntungan
kepada mereka.

Pihak-pihak ini telah bersetuju untuk berkongsi keuntungan
berdasarkan kadar yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

2) Wakalah

Wakalah bermaksud wakil atau agensi. Melalui kontrak wakalah, seseorang
akan melantik wakil bagi melaksanakan tugas mahupun tanggungjawab
untuk menjalankan tugas-tugas perniagaan bagi pihaknya.

3) Jua’lah

Kontrak menyewa bagi perkhidmatan iaitu satu pihak berjanji untuk
membayar jumlah wang tertentu bagi perkhidmatan yang telah selesai
dilaksanakan selaras dengan terma-terma yang dirundingkan antara
mereka. Dalam erti kata lain, ju’alah adalah upah atau yuran yang telah
ditetapkan kepada pihak wakil.

4) Wakaf

153

Wakaf bermaksud seseorang individu menyerahkan hak miliknya harta yang
boleh digunakan (tanpa susut fizikalnya) kepada pengguna wakaf tersebut
dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah
SWT. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana
individu.
6.8.1 Hubungan Kontraktual Sesama Peserta
Bagi hubungan kontraktual sesama peserta, ia didasari dengan konsep
tabarru’ yang bermaksud sumbangan atau derma. Dalam konteks takaful,
tabarru’ kontrak di mana derma atau sumbangan akan dilepaskan bagi
memenuhi tanggungjawab untuk saling membantu dan diperuntukkan untuk
membantu peserta lain yang ditimpa musibah.

Gambarajah 6.2 Hubungan kontraktual sesama peserta takaful

6.8.2 Hubungan Kontraktual Peserta dan Operator Takaful
Berbeza dengan insurans konvensional, hubungan di antara peserta dan
operator takaful bukanlah berlandaskan prinsip penjamin dengan individu
yang dijamin (insured-insurer). Tugas utama operator takaful adalah untuk

154

mengelolakan dana takaful bagi pihak peserta seperti mengurus kutipan
sumbangan, pembayaran tuntutan dan pelaburan portfolio dana.

Terdapat beberapa kontrak muamalat yang digunapakai
berdasarkan keperluan pihak-pihak yang terlibat seperti mudharabah,
wakalah, ju’alah, wakaf atau kombinasi di antara kontrak-kontrak muamalat
terbabit.

Mudarabah Peserta Pelaburan

Wakalah Sumbangan Bayaran
Jua’lah Dana Takaful Tuntutan

Wakaf Operator Takaful
DanaaTakaful

Pengurusan

Operator Takaful
Gambarajah 6.3 Hubungan kontraktual antara peserta dan operator

6.9 Operasi Takaful

6.9.1 Model Mudharabah

Model ini adalah model terawal operasi takaful khususnya di Malaysia.
Seperti mana yang didefinisikan, mudarabah adalah kontrak perkongsian
untung di antara dua pihak. Namun, konsep asas takaful iaitu tabarru’ masih
lagi menjadi prinsip asas dalam model ini.

155

Sumbangan yang diterima daripada peserta bukanlah untuk tujuan
modal mudarabah secara langsung. Pelaburan daripada wang sumbangan
ini hanya untuk mengoptimumkan penggunaan dana sehingga tuntutan
dibuat atau perbelanjaan lainnya ditanggung.

Berdasarkan model mudarabah, peserta atau dikenali sebagai rabb
al-mal akan membuat sumbangan kepada dana takaful sebagai tabarru’.
Para peserta pula akan melantik operator takaful sebagai pengurus dana
(mudarib) dalam melaksanakan tugas dalam seperti pentadbiran, pelaburan
dan penyelesaian tuntutan oleh para peserta.

Gambarajah 6.4 Model Operasi Takaful Mudharabah Asas

Keuntungan 100% - X% Operator
Pelaburan Takaful
Mudarabah

Sumbangan X% Tuntutan Surplus
100%
Tabarru’ Sumbangan Tolak
+ Tuntutan
Peserta

6.9.2 Model Wakalah

Seperti mana model mudarabah, melalui kontrak wakalah peserta takaful
akan menyumbang dana takaful berdasarkan prinsip tabarru’. Seterusnya,
para peserta akan melantik operator takaful untuk menjadi wakil (agen)
mereka dalam menguruskan dana takaful. Berdasarkan kontrak wakalah,
operator takaful dibenarkan untuk mengenakan yuran atas tanggungjawab
menguruskan dana bagi pihak peserta.

Struktur model takaful berdasarkan konsep wakalah dapat dilihat
melalui gambarajah 6.5:

156

Gambarajah 6.5 Model Operasi Takaful Wakalah Asas

Keuntungan
Pelaburan

Pengurusan Wakalah

Operator Sumbangan Sumbangan Tolak
Takaful + Tuntutan

Keuntungan

Tabarru’ Tuntutan Surplus
Peserta 100%

6.10 Perakaunan Pembahagian Keuntungan

6.10.1 Simulasi Operasi Takaful model Murabahah

Bagi model murabahah, prinsip perkongsian keuntungan menjadi asas
kepada model ini. Transaksi yang melibatkan aliran sumbangan dan
seterusnya pembahagian keuntungan dapat dilihat melalui simulasi mudah
model operasi mudarabah seperti dalam Gambarajah 6.6. Dalam simulasi
ini telah dipersetujui bahawa pembahagian keuntungan adalah 70:30, iaitu
70% keuntungan akan diagihkan kepada peserta sebagai penyumbang
dana. Manakala operator takaful berhak diberikan 30% daripada
keuntungan pelaburan.

157

Gambarajah 6.6 Simulasi Mudah Model Operasi Mudharabah

Nisbah Perkongsian UntungKeuntungan RM100 x (100% - 70%) = RM30
(Contoh = 70:30)Pelaburan Mudarabah
Tolak Operator
RM100 Takaful

RM100 x 70% = RM70

Sumbangan Sumbangan + Tuntutan Surplus
RM1000 Tuntutan RM700 RM370

RM1000 + RM70

Peserta 100%

Tabarru’

6.10.2 Simulasi Operasi Takaful Model Wakalah

Seperti mana yang telah dibincangkan dalam bahagian terdahulu, wakalah
merupakan kontrak yang mana peserta takaful akan melantik operator
takaful sebagai wakil yang akan menguruskan dana takaful. Sebagai
ganjaran kepada operator takaful, yuran akan dikenakan atas khidmat
menguruskan dana takaful bagi pihak peserta.

Transaksi yang melibatkan aliran sumbangan dan seterusnya
pembahagian keuntungan dapat dilihat melalui simulasi mudah model
operasi mudarabah seperti dalam gambarajah 6.7.

158

Gambarajah 6.7 Simulasi Mudah Model Operasi Wakalah

Keuntungan
Pelaburan

RM90

Pengurusan Wakalah

Operator Sumbangan Sumbangan Tolak
Takaful RM900 RM900 Tuntutan
Yuran RM700
Yuran RM100 Keuntungan
RM90

Tabarru’

Tuntutan

Peserta 100% Surplus
RM290

6.11 Isu dan Cabaran Perakaunan Takaful

Antara isu dan cabaran yang paling ketara dalam perakaunan takaful
adalah dari sudut pembahagian keuntungan atau bayaran kepada peserta
mahupun operator takaful. Ini berikutan kepelbagaian model operasi yang
diperkenalkan oleh pakar dalam bidang ini.

6.11.1 Pengagihan Keuntungan Daripada Surplus Dalam Model
Mudharabah

Bagi model operasi takaful mudarabah asas, keuntungan mudarabah
ditakrifkan sebagai surplus melebihi modal awal yang disumbangkan
peserta setelah ditolak kos dan perbelanjaan. Namun dalam beberapa
produk takaful, surplus berkemungkinan terlalu sedikit untuk dikongsikan
akibat pertambahan bilangan tuntutan atau lain-lain perbelanjaan. Oleh
yang demikian, model mudarabah telah dimodifikasikan untuk mengatasi
masalah ini.

159

Gambarajah 6.8 Simulasi Model Operasi Mudharabah Dimodifikasi

Keuntungan Operator
Pelaburan Takaful
Mudarabah

RM100

100 *RM400 x 50% = RM200
%
Sumbangan Sumbangan + X)% Surplus
RM1000 Tuntutan Tuntutan RM400
RM1000 +
RM100 Tolak RM700

Peserta
*RM400 x 50% = RM200
X)%

* Nisbah perkongsian keuntungan (Contoh 50:50)

6.11.2 Perkongsian Keuntungan Dalam Operasi Takaful Model Wakalah

Dalam model wakalah asas, pihak operator takaful hanya berhak untuk
menerima ganjaran melalui yuran yang diterima daripada peserta sahaja. Ini
bersesuaian dengan konsep wakalah yang mana pihak wakil cuma
menjalankan tugas bagi pihak prinsipal (majikan) sahaja. Oleh yang
demikian, sekiranya terdapat surplus, pihak operator takaful tidak berhak
untuk berkongsi dengan peserta. Surplus ini akan disalurkan kembali
kepada peserta.

Walau bagaimanapun, beberapa operator takaful berpendapat
bahawa mereka juga harus ‘berkongsi’ surplus walaupun dalam model
wakalah. Hujah asasnya kerana mereka telah menjalankan tugas dengan
baik sehinggakan mampu untuk memberikan keuntungan kepada dana
takaful.

Akibatnya, satu model wakalah telah diperkenalkan yang mana
membolehkan pihak operator takaful berkongsi surplus dengan peserta.
Model ini dikenali sebagai ‘model wakalah dimodifikasi’. Syarat kepada

160

model ini ialah para peserta perlu memberi keizinan untuk berkongsi surplus
atau lebih dikenali sebagai ‘yuran prestasi’ dengan operator takaful.

Gambarajah 6.9 Simulasi Mudah Model Operasi Wakalah Dimodifikasi

Keuntungan
Pelaburan

RM90

Pengurusan Wakalah

Operator Sumbangan Sumbangan Tolak Tuntutan
Takaful RM900 RM900 RM700
Yuran
RM100 Keuntungan
RM90

Tabarru’ Tuntutan Surplus
Peserta 50% xRM290 = RM145 RM290

* Nisbah perkongsian keuntungan (Contoh 50:50) di mana 50% kepada operator
takaful dikenali sebagai yuran prestasi

6.12 Jenis-jenis Produk Takaful

6.12.1 Takaful Keluarga

Gabungan perlindungan dan simpanan jangka masa panjang yang
mempunyai tempoh perlindungan dalam jangka masa panjang iaitu melebihi
1 tahun. Menyediakan perlindungan dan pampasan terhadap kematian atau
hilang upaya kekal dan menyeluruh. Selain menyediakan perlindungan dari
sudut kewangan, penyertaan dalam produk takaful keluarga memberikan
keuntungan pelaburan yang dikongsi bersama melalui kontrak mudharabah
atau wakalah.

161

6.12.1.1 Jenis-jenis takaful keluarga:

Keluarga Termasuk pelan pelajaran, gadai janji dan kesihatan.
Peserta akan menerima manfaat kewangan sekiranya
berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Anuiti Persaraan Memberikan pendapatan tetap selepas peserta
bersara.

Pelaburan Gabungan pelaburan dan perlindungan hayat.

Perubatan dan Perlindungan kos rawatan di hospital atau pusat
kesihatan perubatan.

6.12.2 Takaful Am

Merupakan perlindungan suatu jangka pendek seperti kehilangan atau
kerosakan harta atau barangan peribadi. Lazimnya Takaful Am bersifat
jangka pendek atau diperbaharui setiap tahun (yearly renewable). Tidak
seperti takaful keluarga, takaful am tidak mempunyai elemen pelaburan.

6.12.2.1 Jenis-jenis takaful am:

Takaful Rumah Melindungi daripada kerugian akibat banjir,
kebakaran, kerugian atau kerosakan barangan dalam
rumah.

Takaful Motor Melindungi peserta daripada menanggung kerugian
atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian atau
kemalangan pada kenderaan anda dan kecederaan,
kematian, kerosakan atau kerugian pihak ketiga.

Takaful Menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian,
Kemalangan Diri hilang upaya atau kecederaan disebabkan oleh
kemalangan.
Pelan perlindungan jangka masa pendek seperti ke
luar negara.

162

6.13 Kesimpulan
Perlindungan takaful sudah menjadi salah satu keperluan di masa ini.
Kemalangan jiwa, ditimpa penyakit dan kemusnahan harta benda akan
melibatkan kos yang besar. Justeru itu, takaful merupakan salah satu
alternatif terbaik untuk membantu para peserta dari sudut kewangan.
Prinsip takaful adalah bertepatan dengan ajaran Islam yang berdasarkan
konsep saling bantu-membantu dan bertanggungjawab terhadap golongan
yang memerlukan di saat berlakunya musibah. Namun, masyarakat perlu
memahami perbezaan di antara insurans konvensional dan takaful agar
tidak ada sebarang salah faham mengenai produk-produk yang ditawarkan
di pasaran.

163

BIBLIOGRAFI

al-Quran al-Karim

AAOIFI. (2015). Shari'ah standard. Manama, Bahrain: Dar AlMaiman for
Publishing & Distributing.

Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem kewangan Islam dan pelaksanaannya
di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abdul al-Rahman al-Jaziri. (1970). Kitab al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-Arba‘ah
(5 j). Kaherah: Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra.

Abdul Aziz Ismail. (2018). Celik muamalah. Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia.

Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat &
aplikasinya kepada produk-produk perbankan Islam. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Abdul Halim Muhammad. (2001). Undang-undang muamalat dan
aplikasinya kepada produk-produk perbankan Islam (cetakan 1).
Bangi: Jawatankuasa Penerbitan, Fakulti Undang-Undang, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman, A.R. (2010). An introduction to Islamic accounting theory
and practice. Kuala Lumpur: Cert’ Publications.

Abdul Rashid Haji Dail. (1994). Bank Islam. Bangi: Pustaka Rashfa Sdn.
Bhd.

Abdul Razak Abdul Talib & Mohamad Noor Sahidi Johari. (2015). Kit ibadat
zakat: Konsep, praktikal & kaedah pengiraan. Mustread Sdn. Bhd.

Abdullah Said dan Normala Rabu (2010). Konsep & sejarah perkembangan
ilmu perakaunan dalam Islam. Melaka: UiTM Melaka.

164

Abibullah Haji Samsudin. (2002). “Skim ar rahnu: Satu model mikro kredit di
Malaysia”. Konvensyen Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu) Serantau,
Kuala Lumpur, 27-28 Oktober 2002.

Ahmad Mazlan Zulkifli, Badrul Hisham Abd Rahman, Nasser Yassin & Jamil
Ramli. (2012). Amalan asas takaful: Tahap permulaan untuk
pengamal, Kuala Lumpur. IBFIM.

Ar-Rahnu X’change. (2020). “Tentang ar-Rahnu X’Change”. Dicapai pada
20 September 2020,
http://www.arrahnuxchange.com.my/v4/ms/utama/

Ar-Rahnu YaPEIM. (2020). “Pengenalan ar-Rahnu”. Dicapai pada 20
September 2020, https://www.arrahnuyapeim.net/pengenalan.

Asian-Oceanian Standard-Setters Group. (2018). Financial Reporting Issues
relating to Islamic Finance: An update to the 2010 research paper.
AOSSG Islamic Finance Working Group.

Azhari, Abu Mansur Ahmad b. Muhammad al-. (t.t.). Tahdhib al-Lughah, 15
j. Kaherah: Dar al-Misriyyah li al-Ta’lif wa al-Tarjumah.

Bala Shanmugam and Michael T. Skully. (1991). “Pawnbroking in Malaysia”,
The official publication of the National Pawnbrokers Association. Fort
Lauderdale.

Bank Negara Malaysia. (2009). Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta
701). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Bank Negara Malaysia. (2010). Resolusi syariah dalam kewangan Islam.
Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia. (2011). Laporan BNM 2010. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Bank Negara Malaysia. (2018, February 2). Financial Reporting for Islamic
Banking Institutions: Dicapai pada 19 September 2020 daripada
https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=57&pg=137&ac=28&bb=file

165

Bank Negara Malaysia. (2019). “Keputusan Majlis Penasihat Shariah ke-194
dan 195”. Dicapai pada 20 September 2020,
https://www.bnm.gov.my/documents/SAC/SAC 194th & 195th

Meeting Statement (BM).pdf

Bank Negara Malaysia. (2019). Laporan BNM 2018. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Bank Negara Malaysia. (n.d.), Licensed Insurance Companies & Takaful
Operators,
https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=li&cat=insurance&type=TKF
&fund=0&cu=0

Bank Rakyat. (1993). “Pelaksanaan Perbankan Syariah Di Bank Rakyat”
dalam Majalah Rakyat, keluaran April-Jun 1993. Kuala Lumpur:
Bank Rakyat.

Bank Rakyat. (1994). “Sistem Perbankan Syariah”, Dewan Masyarakat,
Oktober 1994.

Bank Rakyat. (1996). “Semakin Ramai Manfaat Skim Ar Rahnu” dalam
Majalah Rakyat, bil. 1. Kuala Lumpur: Bank Rakyat.

Bank Rakyat. (2020). “Helaian Pendedahan Produk”. Dicapai pada 20

September 2020,

https://www.bankrakyat.com.my/index.php?rp=personal_financing_3

8_2

Bank Rakyat. (2020). “Pembiayaan-i: Pajak Gadai-i”. Dicapai pada 20

September 2020,

https://www.bankrakyat.com.my/c/perbankan/pembiayaan_i/pajak_g

adai_i-39/pawn

Berita Harian. (2020). “Bank Rakyat Lancar Kempen ‘Emas 2 Kilo’”. Dicapai
pada 20 September 2020,
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/07/711274/bank-
rakyat-lancar-kempen-emas-2-kilo

166

Burhanuddin Abdul Jalal. (1994). “Kenali Sistem Pajak Gadai Islam”,
Usahawan Malaysia, Mei/Jun 1994.

Che Mohd Yusri Che Hashim. (1995). “Pelopor Sistem Gadaian Islam”,
Dewan Ekonomi, Julai 1995.

Dalia Ismail. (1994). “Bukan Islam Turut Gunakan Kemudahan Ar-Rahn”,
Usahawan Malaysia, September/Oktober 1994.

Davison, J. and Warren, S., (2009). Imagining accounting and
accountability. Accounting, Auditing & Accountability Journal. Vol. 22
Iss: 6.

Dinsman. (1994). “Ar Rahn Satu Produk Perbankan Islam?”. Dewan
Masyarakat, Februari 1994.

Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali. (2010). Panduan asas takaful. Kuala
Lumpur, CERT Publications Sdn. Bhd.

Dr Yusuf Qardawi. (2010). Fiqh zakat (ed. ke-11). Jakarta: PT Pustaka
Litera AntarNusa.

Faizah Hj Ismail. (1995). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

Grey, R., Owen, D., & K. Maunders (1987). Corporate social reporting:
Accounting and accountability. Prentice-Hall International: UK.

Hairunnizam Wahid et.al. (2018) Perakaunan untuk aset wakaf, zakat dan
Baitulmal oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia: Satu
cadangan kerangka kerja syariah (Dalam Pengurusan Zakat di
Malaysia Isu dan Cabaran Kontemporari). Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Hamizul Abdul Hamid. (2012). Eksklusif zakat. Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Hasan Bahrom & Ezani Yaakub. (2006). Pengurusan zakat semasa. Shah
Alam: UPENA.

167

Ibn Faris, Abu al-Husayn Ahmad. (1970). Mu‘jam maqayis al-Lughah (6 j).
(c. 2). Kaherah: Syarikah Maktabah wa Matba‘ah Mustafa al-Babi al-

Halabi wa Awladih.

Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad b. Mukarram al-Ansari.
(1994). Lisan al-‘Arab, 15 j., c. 3. Beirut: Dar Sadir.

Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Abu Muhammad ‘Abd Allah b. Ahmad b.
Muhammad. (1972). al-Mughni, 15 j. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.

International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance. (2011),
Islamic financial system: Principles & operations. Kuala Lumpur.
ISRA.

International Shariah Research Academy (ISRA). (2012). Islamic financial
system: Principles and operations. Kuala Lumpur: ISRA.

Joni Tamkin Borhan. (2005). “Pelaksanaan Prinsip Syariah Dalam Amalan
Perbankan Islam Di Malaysia”, dalam Abdullah Alwi Hj. Hassan et al.
(ed.), Teori dan aplikasi kontemporari sistem ekonomi Islam Di
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Kadir Ahmad et al. (1994). “Ar Rahn Dapat Sambutan Menggalakkan”
dalam Majalah Rakyat, bil. 1. Kuala Lumpur: Bank Rakyat.

Kementerian Kewangan Malaysia. (2011). Laporan Ekonomi 2010/2011.
Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Lembaga Zakat Selangor. (2020). Bayar zakat kepada ‘amil wanita?.

Dicapai daripada laman web

https://www.zakatselangor.com.my/artikel/bayar-zakat-kepada-amil-

wanita/

Mahbob Mahfot. (2010). Beberapa aspek perakaunan dalam Islam. Shah
Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Mahmud Saedon Awang Othman. (1993). “Akta Pajakgadai (1972) dari
pandangan Islam dan hubungannya dengan al-Rahn”. Kertas Kerja

168

Seminar Kebangsaan Pajakgadai Islam (Ar-Rahn) anjuran
Persatuan Ulamak Malaysia dengan kerjasama MAE Escapades
Sdn. Bhd. di Hotel Subang Merlin, Subang Jaya, 13 November
1993).

Malayan Banking Berhad. (2018, December 31). Annual Reports: Maybank.
Retrieved from Maybank Online Annual Report 2018:
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd
=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwjql5W60uzrAhXTSH0KHXs_AHo
QFjACegQIARAB&url=https%3A%2F%2Fwww.maybank.com%2Fm
aybankar18%2F&usg=AOvVaw0WjUtcxI9aBpCJeLnEWnEu.

Mohamad Sofuan Bin Mohamad Saleh (2015). Peranan pendidikan
perakaunan dalam pembangunan insan. Proceeding of the 3rd
Global Summit on Education GSE 2015, 9-10 March 2015, Kuala
Lumpur, Malaysia.

Mohamad, Shamsiah; Salleh, Safinar. (2008). Upah Simpan Barang dalam
Skim Ar-Rahnu: Satu Penilaian Semula. Jurnal Fiqh, [S.l.], v. 5, p.
47-65, dec. 2008. ISSN 2289-7518.

Mohd Daud Bakar. (2020). “Sosioekonomi dan kebangkitan ummah ke arah
kemakmuran bersama 2030”. Kertas Kerja Muzakarah Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah, Ipoh, Perak pada 24-25 Februari 2020.

Mohd Hamdan Hj. Adnan. (2002). “Pajak gadai konvensional di Malaysia:
suatu sorotan daripada perspektif pengguna Malaysia”. Konvensyen
Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu) Serantau, Kuala Lumpur, 27-28
Oktober 2002.

Mohd Sharif Baharudin. (2002). “Skim ar rahnu: ke arah pengukuhan
kerjasama serantau”. Konvensyen Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu)
Serantau, Kuala Lumpur, 27-28 Oktober 2002.

Muhammad Kamal Atiyah (1993). Sistem perakaunan dalam Islam (terj.).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Kamal Atiyah. (1992). Perakaunan syarikat dan bank menurut
sistem Islam (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

169

Muhammad Saiful Islami Mohd Taher. (2006). Penerimaan Pelanggan
Terhadap Skim Pajak Gadai Islam al-Rahn: Kajian Di Kedai Ar-
Rahnu Bank Rakyat Cawangan Alor Setar, Kedah. Disertasi
Sarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Muhammad Syukri Salleh. (2014). Aliran pemikiran ekonomi Islam dunia
Melayu. ‘Ulum Islamiyyah Journal, 12: 1-33.

Mustafa al-Khin et al. (1996). al-Fiqh al-Manhaji, 3 j. Damsyik: Dar al-‘Ulum
al-Insaniyyah.

Mustafa Dakian. (2005). Sistem kewangan Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nor Mohamed Yakcop. (1996). Teori, amalan dan prospek sistem
kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Norsham Firdaus. (1994). “Modal Skim Ar-Rahn Bertambah” dalam Majalah
Rakyat, bil. 3. Kuala Lumpur: Bank Rakyat.

Pacter, P. (2017). Pocket Guide to IFRS® Standards: the global financial
reporting language. Retrieved March 21, 2019, from
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd
=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwjZrujW0OzrAhWMV30KHTfxBM0
QFjAAegQIAhAB&url=https%3A%2F%2Fwww.ifrs.org%2Fnews-
and-events%2F2017%2F05%2F3-pocket-guide-to-ifrs-standards-
the-global-financial-reporting-

Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia. (2006). Akta Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia. (2013). Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia Berhad.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). (2018). Diakses pada 27 Ogos
2018 dari http//prpm.dbp.gov.my.

170

Razi, Muhammad b. Abu Bakr b. ‘Abd al-Qadir al-. (1972). Mukhtar al-Sihah.
Beirut: Dar al-Fikr.

Shariah Advisor Council, Bank Negara Malaysia. (2019). “Mesyuarat MPS
ke-198 dan ke-199: Cadangan Produk Ar-Rahnu Berasaskan
Tawarruq”. Dicapai pada 20 September 2020,
http://www.sacbnm.org/wp-content/uploads/2020/06/Draf-
Kenyataan-MPS_Rahnu-final.pdf

Sharul Effendy Janudin (2008). Perakaunan di kalangan isi rumah di
Malaysia: Amalan dan kesannya terhadap pembentukan keluarga
berhemah. UPSI.

Sheikh Othman bin Sheikh Salim et al. (1991). Kamus Dewan Edisi Baru, c.
2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sinar Harian. (2020). “At-Tawarruq Dalam Perkhidmatan Ar-Rahnu Mulai
Bulan Depan”. Dicapai pada 20 September 2020,
https://www.sinarharian.com.my/article/65289/BISNES/At-Tawarruq-
dalam-perkhidmatan-Ar-Rahnu-mulai-bulan-depan

Sudin Haron & Wan Nursofiza Wan Azmi. (2009). Islamic finance and
banking system: Philisophies, principles & practices. McGraw-Hill
(Malaysia) Sdn Bhd.

Syarbini, Syams al-Din Muhammad b. Muhammad al-Khatib al-. (1958).
Mughni al-Muhtaj, 4 j. Kaherah: Syarikah Maktabah wa Matba‘ah
Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih.

Syarifah Md. Yusof. (2005). “Pajak Gadai Islam: Sistem Yang Adil Dan
Telus”, Dewan Ekonomi, Mac 2005.

Syeikh Abdul Rahman al-Jazairi. (2011). Siri fiqh 4 mazhab: Zakat. Johor
Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Syeikh Muhammad bin Soleh. (2015). Panduan zakat dalam Islam.
Penerbitan Seribu Dinar Sdn. Bhd.

171

T. S Whelan. (1979). The pawnshop in China. Michigan: Center for Chinese
Studies, The University of Michigan.

Wahbah al-Zuhayli. (1989). al-Fiqh al-Islami wa adillatuh, 8 j., c. 3. Damsyik:
Dar al-Fikr.

Zahri Hamat. (2013). Perakaunan zakat perniagaan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zubaydi, al-Sayyid Muhammad Murtada al-. (t.t.). Taj al-‘Arus, 10 j.
Banghazi: Dar Libiya li al-Nashr wa al-Tauzi’.

172


Click to View FlipBook Version