The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elfarishkamil16, 2022-06-13 13:59:41

Assest\ment

Folio Novel

KAJIAN 8 BUAH NOVEL
TINGKATAN 4 DAN 5 ZON DI

MALAYSIA

1) LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
2) DI SEBALIK DINARA

3) JENDELA MENGHADAP JALAN
4) PANTAI KASIH

5) SONGKET BERBENANG EMAS
6) TIRANI

7) BIMASAKTI MENARI
8) SILIR DAKSINA

Nama: El Farish Kamil Bin Khairi
No Maktab: Pb190026
Kelas: 4 Farabi

Homeroom: Cikgu Rosliza
Nama Guru: Puan Haryani

ISI KANDUNGAN

1) Penghargaan
2) Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

i) Pengenalan Novel
ii) Biografi penulis
iii) Sinopsis keseluruhan & setiap bab
iv) 5 kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
3) Novel Di Sebalik Dinara
i) Pengenalan Novel
ii) Biografi penulis
iii) Sinopsis keseluruhan & setiap bab
iv) 5 kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
4) Novel Jendela Menghadap Jalan
i) Pengenalan Novel
ii) Biografi penulis
iii) Sinopsis keseluruhan & setiap bab
iv) 5 kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
5) Novel Pantai Kasih
i) Pengenalan Novel
ii) Biografi penulis
iii) Sinopsis keseluruhan & setiap bab
iv) 5 kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
6) Novel Songket Berbenang Emas
i) Pengenalan Novel
ii) Biografi penulis
iii) Sinopsis keseluruhan & setiap bab
iv) 5 kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
7) Novel Tirani
i) Pengenalan Novel
ii) Biografi penulis
iii) Sinopsis keseluruhan & setiap bab
iv) 5 kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
8) Novel Bimasakti Menari
i) Pengenalan Novel
ii) Biografi penulis
iii) Sinopsis keseluruhan & setiap bab
iv) 5 kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
9) Novel Silir Daksina
i) Pengenalan Novel
ii) Biografi penulis
iii) Sinopsis keseluruhan & setiap bab
iv) 5 kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
10) Rujukan

PENGHARGAAN

Terlebih dulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T
kerana telah mengurniakan kesihatan dan petunjuk kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempuran atas bantuan
pelbagai pihak.Pihak-pihak ini telah mendorang dan membantu saya dari
pemulaan tugasan hingga akhir.

Antaranya, guru bimbingan mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 4
Farabi, Siti Nor Haryani Binti Che Nordin.Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau kerana telah banyak
membantu saya sepanjang menyiapkan tugasan folio ini. Segala maklumat yang
diberikan amat bermakna dan tanpa tunjuk ajar beliau serta dorongan yang
diberi saya tidak akan pasti menyiapkan tugasan folio ini.

Seterusnya, saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu-
bapa saya yang telah memberi sokongan moral kepada saya supaya menyiapkan
tugasan ini. Mereka telah memberikan segalah kemudahan antara rangkain
internet,peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba dan juga
alatan menulis. Dorongan mereka telah meyakinkan saya untuk terus berusaha
membuat tugasan ini dengan sempurna dan lengkap.

Akhir sekali, tidak akan dilupa jasa sahabat-sahabat saya yang membantu
saya. Perbincangan secara atas talian telah memberikan input serta infomasi
yang banyak untuk saya menyiapkan tugasan ini.

PENGENALAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA

BANGSA

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota
Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang
dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar
Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42
orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan
askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mengisahkan keberaniandan
keperwiraan seorang anggota tenteraMelayu dalam mempertahankan tanah
airdaripada dijajah oleh kuasa asing. Leftenan Adnan bin Saidi telah
menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongon
daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau terbukti apabila
beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.



BIOGRAFI PENULIS

Abdul Latip bin Talib (lahir 2 Jun 1954) ialah seorang penulis yang aktif dan terkenal
di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada
tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang
ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam.

Abdul Latip Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di
Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954.

Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat
golongan remaja untuk membaca bahan sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah Islam
yang diterbitkan oleh PTS Fortuna. Berdasarkan laman web universitipts.com, karya-karya
beliau telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah pencapaian ujian
sejarah Islam.

Novel karangan beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing
telah memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak dan
Hadiah Sastera Utusan pada tahun 2005. Ketika penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan-ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja, beliau memenangi tempat ketiga
dengan novel Beraraklah Awan Pilu. Pak Latip meraih hadiah RM3,000 dan sijil. Hadiah
disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar di Hotel
Renaissance, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2006.

Pada tahun 2007, beliau telah dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat
(PMC) oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Selain itu, novel beliau Perang Jementah dan Datuk
Moyang Saleh telah merangkul hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 2007.[perlu
rujukan]

Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau
menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku
beliau yang mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang
Benar, Khalifah-khalifah yang Benar dan Perang-perang yang Benar telah mencecah lebih
sejuta ringgit.[petikan diperlukan] Dua yang pertama daripada tiga kompilasi novel itu pula
tersenarai dalam 'Top 10 Judul Buku Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2011 Berdasarkan
Perolehan Ringgit'.

Novel Umar Al-Khattab - Reformis Dunia Islam sedang dalam proses diterjemah ke
dalam bahasa Inggeris.

Pada Mac 2013, buku-buku beliau sudah diluluskan oleh Jabatan Mufti Brunei untuk
dipasarkan di negara tersebut.[perlu rujukan] Brunei merupakan sebuah negara yang
menggariskan syarat yang ketat tentang bahan bacaan yang boleh dibawa masuk terutamanya
yang berunsurkan agama.[perlu rujukan] Di Pesta Buku Brunei yang diadakan antara 28
Februari sehingga 10 Mac, buku-buku beliau telah mendapat sambutan yang menggalakkan
sehingga terdapat beberapa judul yang kehabisan stok, antaranya buku Umar Abdul Aziz -
Bayangan khalifah al-Rasyidin.

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama,
iaitu Adnan. Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan
Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,
Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan.
Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya
sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak
Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu
Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak
Saidi. Sewaktu masih kecil, Adnan merupakan anak yang rajin membantu
keluarganya dan taat akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru
mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah untuk
membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia mengerjakan sawah
bendang.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana
moyangnya menjadi orang buruan Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang
mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi
amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau
senantiasa menekankan peri pentingnya orang-orang Melayu mengubah
kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini
dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang-orang
Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya
mewarisi pekerjaannya. Pak Saidi memiliki keazamanan yang tinggi terhadap
masa depan anak-anaknya. Pengetahuan Pak Saidi tentang sejarah tanah air
dikagumi oleh penduduk kampungnya.

Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan
didikan terbaik untuk anak-anaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti
kepada agama, bangsa, dan tanah air. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu
pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah
sememangnya tidak suka orang-orang Melayu menjadi pandai. Atas dasar itu,
Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya mendapatkan ilmu
pengetahuan di sekolah aliran Inggeris. Tindakan Pak Saidi itu mendapat
tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan
diresapi pengaruh agama Kristian, dan seterusnya menjadi murtad.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan
terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat
disenangi oleh temanteman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan
cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, dia diterima
menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun begitu, bidang
perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi
askar. Adnan terpilih menjadi askar dalam temu duga yang diadakan di Port
Dickson. Adnan berkahwin dengan Sophia. Adnan membawa isteri dan anak-
anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anak dan
isterinya pulang ke kampung apabila mendengar berita Jepun akan menyerang
Singapura.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah berlangsung di
Manila yang dihadiri pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan
British. Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah
belayar menuju ke Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal
pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal
pembinasa sedang menuju ke Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat
yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai
Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat,
mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India
British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang
Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan banyak
askar terkorban. Askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan
pendaratan askar Jepun. Namun begitu, pada hari yang ketiga, Askar Melayu
yang sedang bertempur diarahkan supaya berundur. Askar Jepun akhirnya
berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk
menangkis serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa
tentera Jepun akan mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya
berkubu di sepanjang pantai. British juga menghantar dua buah kapal perang,
iaitu Prince of Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu.
Malangnya, kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya
ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze.
Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British
sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal.
Malah Inggeris yakin bahawa kubunya di Singapura itu tidak akan dapat
ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran di Kelantan dan di Singapura,
askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang
hebat. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 orang pegawai Melayu
yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar
Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau

bersama-sama 42 orang anggotanya telah berjuang sehingga ke titisan darah

yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki

Singapura setelah berlaku pertempuran yang hebat. Akhirnya, British terpaksa

menyerah kalah kepada Jepun.

SINOPSIS SETIAP BAB

Sinopsis Bab 1 Darah Pahlawan

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih
kecil) bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan
tiga orang anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama
Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di
Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah
pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita itu kerana
sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika
itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka.
Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah
Melayu.

Sinopsis Bab 2 Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat
menyelamatkan Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang
sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api
menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang menyerang
penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala
rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh
sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas
tersedar Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor
gilirannya pula turun ke sawah.

Sinopsis Bab 3 Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar
deringan bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana
kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang sedang berlatih silat di

halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan minuman.
Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar
bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana
sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap
kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika membantunya mahupun ketika
bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun sudah
dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang
kayu pula.

Sinopsis Bab 4 Dusun Durian Di Tanah Perkuburan

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah
Perkuburan. Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi
Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah
Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang kampung
menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan
buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal
usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan
bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British.
Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak
Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik
sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan
bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang
Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui
politik.

Sinopsis Bab 5 Harapan Seorang Ibu

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada
waktu malam pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan
ibunya. Adanan menyatakan hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi
pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah
Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat
belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang
pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan
zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi berdasarkan
pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan
hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga
orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga
akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.

Sinopsis Bab 6 Guru Besar Steward

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai
penduduk kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana
kononnya akan menjadi murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia
ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum
pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari
sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.
Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi
mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya
mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-
anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-
anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.

Sinopsis Bab 7 Mereka Tidak Mengerti

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi
menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung
tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada
Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya bersekolah di
sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil.
Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik
sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan
penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya
Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini.
Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

Sinopsis Bab 8 Seteguh Karang

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah
Chong hasil jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk
Ketua supaya mengambil tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak
belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan yang
akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang.
Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di
sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang
tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang
mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang perempuan
semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti
Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua

kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan
dia menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di
sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah
bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi
walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

Sinopsis Bab 9 Anak-Anak Kampung

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di
sekolah Inggeris. Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan
mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat
menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia
lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah
walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap
belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan
bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar
supaya dapat mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah
mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak
Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada seorang yang
mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak
Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu
isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam
tempoh hari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian
atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap menjadi askar yang
dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

Sinopsis Bab 10 Masuk Jawi Basikal Baharu

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai.
Walaupun Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-
rakan Adnan mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya
berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan
bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas
dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari
yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

Sinopsis Bab 11 Yakin Boleh

Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan
bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri
memulakan perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan
Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk

mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana
syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang
ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak
Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-
rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan
bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada
hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong
mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Sinopsis Bab 12 Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal
berjaya mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu
menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan
tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab.
Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda
kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan
yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan
berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak
dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan
menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan
Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar
berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa
mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar
pesan ayahnya.

Sinopsis Bab 13 Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai gur mengajar di
sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia
bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang
menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah
pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar
Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah
mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam
kalangan guru-guru.

Sinopsis Bab 14 Askar Melayu Diraja

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan
mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat
keinginan Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai
Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan
mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke
dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin
Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka
Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras
ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya
ibu Adnan mengalah.

Sinopsis Bab 15 Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung
untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma
berjalan kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari
Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas
dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Sinopsis Bab 16 Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani
latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera.
Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan
sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati Adnan.
Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai
perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura
manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-
masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Sinopsis Bab 17 Kehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah
menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang
sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di
London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi
seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia
berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda

Sinopsis Bab 18 Berhari Raya Di Kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri
dengan kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan
seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia. Pada
akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa
keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang,
dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka
hidup bahagia.

Sinopsis Bab 19 Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk
menjajah Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya
kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi
Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka
yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang
amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan.
Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah.
Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir
Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.

Sinopsis Bab 20 Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang
sama Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad
mencadangkan agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja namun
kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit
Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan
Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut
kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu
berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap
dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan,
Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang
enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung
berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat kawalan dan
mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat
surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya
dalam keadaan selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga tidak
berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah
yang harus mempertahankan tanah air.

Sinopsis Bab 21 Di Ambang Perang

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang.
Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah
Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka
akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun
akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana Thomas C.
Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah
pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit
Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan
yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung
yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua
lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan
salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Sinopsis Bab 22 Hati-Hati Yang Resah

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan
pejabat pangkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai
baharu yang akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai
tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang
pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya Pegawai
Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang
dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk
berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau
melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya.
Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih
mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di
Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam
waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia
kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan.
Dia takut kehilangan Adnan.

Sinopsis Bab 23 Bermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun
akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak
menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung
Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu
berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang
anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan
tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar
Melayu.

Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera.
Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering
mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang
supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Sinopsis Bab 24 Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan
meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut
sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka.
Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula
menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar.
Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi
mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai
digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di
pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk komander batalionnya,
Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh.
Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah
Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak
dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di
pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap
dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan
pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran
secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British
yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku,
gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan
meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun,
sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke
hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas,
kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan
mula berundur.

Sinopsis Bab 25 Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan
Pangkalan Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath
memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya
pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador
dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun
sudah pun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana

ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera
Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka
akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh
tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh.
Akhirnya tentera Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941,
tentera Jepun menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.
Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai
sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun
pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas
serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan
Sungai Petani.

Sinopsis Bab 26 Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera
Jepun dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut.
Kapal perang kebanggaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse
meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun
pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah
kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya
ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E.
Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di
Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera
Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah
pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap
kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera
Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan
kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion
Punjab dan Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan.
Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah
terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia
dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Sinopsis Bab 27 Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai
tentera Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal
kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di
Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu.

Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap
paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur
Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh
Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh
Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British
yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor
sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip
tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad,
pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan
Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan
kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah
Melayu.

Sinopsis Bab 28 Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan.
Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan
pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral
Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak
di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri Jepun pula menyerang
Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun
dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British
terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke
Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera
Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-sungguh
mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat
untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun
anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat
juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Sinopsis Bab 29 Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan
pangkalan. Petang itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang
bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan persediaan mereka bertempur
membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam
perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip
Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam
itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut
Jepun. Malam keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita
berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita

pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan
Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan
menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar
Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan,
akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh
tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah
lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir
Panjang.

Sinopsis Bab 30 Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan.
Selepas solat Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing.
Suasana hening menjadi gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun
sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun
menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti
dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara
kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu
mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat
juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya
mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun.
Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan
hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu
akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh
yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal
itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan
menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Sinopsis Bab 31 Biar Putih Tulang

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu
petang tersebut hingga musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat
melihat dengan jelas tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang
menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani dengan
tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun
menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di
Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban.
Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten
Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan
oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan
supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji
Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Sinopsis Bab 32 Tumpah Darah Perwira

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata
digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri
mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes,
askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi,
mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang
berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan
berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan
darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-
orangnya untuk bertahan bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah
kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah
berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun
kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu
pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera
Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah
pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam
tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet.
Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Sinopsis Bab 33 Jatuhnya Kota Singa

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British
menyerah kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang
tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka
menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat
askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang
terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga
terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal
Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga
ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-
mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Sinopsis Bab 34 Darah Mengalir di Sungai Ramal

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai
Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk
kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka
menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan
menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun.
Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang
pendudukan Jepun di tanah Melayu

Sinopsis Bab 35 Perjuangan Belum Berakhir

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di
bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut
dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup
dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja
yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya
iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya,
Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah
dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali
memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai
kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara
anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula,
Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama
memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan
akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang
bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka.
Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.

5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN
PENAMBAHBAIKAN

5 Kekuatan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip Talib. Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini yang saya
dapat. Kekuatan yang pertama ialah novel ini mempunyai banyak nilai patriotik
dan juga mempunyai nilai patriotism yang paling banyak berbanding novel
Tingkatan 4 yang lain. Novel ini juga sangat beremosi kerana terdapat enam
kematian yang berlaku dalam novel ini jika hendak dibandingkan dengan novel
Tingkatan 4 yang lain. Saya juga perasan bahawa untuk menghasilkan novel ini,
penulis pasti perlu membuat rujukan yang banyak kerana kisah askar Melayu ini
merupakan adaptasi kisah benar. Novel ini sangat bagus dan pada masa yang
sama dapat mengajar pembaca banyak nilai murni. Sebagai contoh, nilai
semangat cinta akan negara. Novel ini lebih menarik minat saya daripada novel
Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Dengan ini, novel ini
amat sesuai untuk dibaca oleh pelajar Tingkatan 4 kerana mempunyai banyak
kelebihan dan kekuatan terhadap novel ini.

5 Kelemahan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa karya Abdul Latip Talib, terdapat bebearapa kekuatan yang terkandung
dalam novel ini. Antaranya, pengakhiran novel agak memeningkan bagi
pembaca kerana secara tiba tiba satu karakter novel itu mati lalu novel itu
berakhir. Selain itu, perkembangan watak utama tidak begitu hebat berbanding
dengan novel Leftenan Adnan di mana watak utamanya mempunyai
perkembangan yang mantap. Seterusnya, tajuk novel kurang berkait dengan
cerita yang disampaikan. Sebagai contoh, meskipun nama novel ini di sebalik
dinara tetapi ia tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang apa yang
dimaksudkan dengan dinara. Kemudian, novel ini lebih menceritakan tentang
futuristik berbanding dengan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa yang lebih
menceritakan tentang masa lampau. Akhir sekali, watak antagonis di novel ini
juga kurang menarik kerana tidak menentang watak utama terlalu ketara
berbanding dengan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa di mana watak
antagonisnya menentang watak utama dengan cara yang begitu kejam dan zalim.

5 Cadangan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang

boleh diperbaiki oleh penulis iaitu dengan memberi penjelasan yang lebih dalam
ketika mencerita sesuatu contoh peristiwa. Selain itu, penulis dicadangkan
untuk mengubah suai pilihan kontra warna pada kulit hadapan dan kulit
belakang novel untuk kelihatan lebih menarik kepada pembaca terutama pada

golongan remaja zaman ini. Seterusnya, penulis perlulah menghuraikan lebih
setiap ayatnya dengan lebih gramatis untuk menarik minat pembaca. Kemudian,
penulis haruslah memperbanyakan contoh peristiwa yang mempunyai sifat yang
boleh diteladani oleh pembaca. Akhir sekali, penulis juga perlulah memberi
perhatian pada plot-plot yang penting supaya plot tersebut dapat menambat hati
pembaca untuk sambung membaca jalan cerita novel ini.

PENGENALAN NOVEL DI SEBALIK DINARA

Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan
teknologi sehingga menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat
menerima Medina atau Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi
apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang
sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji
sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan
orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia
meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam
sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.



BIOGRAFI PENULIS

Nama Kormesil : Dayang Noor
Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik ; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan :
Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru(Aliran Sains)

SINOPSIS KESELURUHAN

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.
Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk
menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya
kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang
disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan
sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan
persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.
Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang
banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi
menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok
komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1

Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem
baru sahaja selesai bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan
Terbang Senai, Farisha berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka
duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke KLIA. Farisha agak teruja
melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat kawalan
elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat
sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”.
Farisha terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain
skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha
ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel
Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri
cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat
bekerjasama dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.

BAB 2

Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri
sebuah simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden
Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan
bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam simposium tersebut semua
diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips
Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa
diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini

Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek
mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran
Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perak. Tetapi
pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala
maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah
sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk
menyelamatkan Dinara.

BAB 3

Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk
satu projek, Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju
membincangkan perkara itu di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang
yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan tiga tahun
dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan
Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta
kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk
membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk
melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang diteraju oleh Karl
terhenti kerana dia sakit.

BAB 4

Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di
Soft Lab di Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada
temu janji dengan Khairul Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab
dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklah penggunaan
imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan
ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya
apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua
aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya barulah tugasan
Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun dalam
masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan
perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan
Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka
amat perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka
akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida,
sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan
memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih
supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan
Shida.

BAB 5

Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida
dibawa oleh Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh
Alia tentang semua kod program yang ada dalam Soft Lab. Pada sebelah
petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram menjelaskan
bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara,
tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya
menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada
tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan
bayaran RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi
semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa
Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia
terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua
kali ganda daripada perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan
kepala yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini
bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi
kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan
tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan
tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada
masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan
mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di
Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha
mengalami mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.

BAB 6

Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia
menunggu. Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia
telah memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi
dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta pertolongan daripada Farisha
untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan butiran
perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa
ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang
diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan
persoalan tentang seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di
Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya
di Arkib.

BAB 7

Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat
Secured Shell. Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab.
Sementara mereka berbincang tiba-tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah
terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat meneliti kontrak
dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu mereka
diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari
kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured
Shell dengan membawa beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang
serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam selepas
kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai utk makan malam di
rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua
anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia
mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat
mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya.
Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.

BAB 8

Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah
sedar, tiba-tiba Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke
hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia
sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat
tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa
ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk
berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang
penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung.

BAB 9

Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu
menggantikan Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza.
Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam dengan mikrocip yang
membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan teknologi ini
sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30
petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah
dan cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun
Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak
angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan
terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan
itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan
Amin datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan
maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh

WALL. Tetapi kali ini meraka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha
lemah. Selepasitu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha
menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu
bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak
memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor
memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam
badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha
yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara
itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal
dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan menggantikan
tempat Farisha.

BAB 10

Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang
penyelidik bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B.
Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia
tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas
Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi.
Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima
minit. Ini akan merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha
dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut
dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa
amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang
menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit
gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia
mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah perbuatan
perempuan tua itu kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri.
Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah inginmembuktikan siapa yang
benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap murung,
berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal
menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL
atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida
tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing
liar yang ketakutan.

BAB 11

Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan
penjelasan daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai
menceritakan semua yang dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi adik
angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujikaji

ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah
diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan
bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas
dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha
keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang
dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian
Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk
mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan
Karl melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana
virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja
memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi
Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke
Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu
Farisha. Dalam masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida.
Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah
seorang budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti
ingatannya. Khairul Anwar sangat berang. Karl juga menyebut bahawa dia
memukul seorang wanita sehingga menjadi cacat.

BAB 12

Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban
membawa Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat
dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu
Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia berkomunikasi dengan Shida
dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl
kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina.
Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang
akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri
selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang
tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar
dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan
mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat
mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai
juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan
yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan
dia akan bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu.
Namun Farisha marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu
sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada
abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab,
Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia

mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat
tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi
sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas
suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya diubah. Mereka
juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan pengalamannya
selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen minyak
Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha,
menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas
dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya dulu.
Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.

BAB 13

Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau
menyatakan bahawa kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus
menghubungkan fikiran Karl melalui Shida. Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl
melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak melalui komputer
berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini diterima
oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun dahulu.
Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama
Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar.
Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup
mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah
mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan
akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha.
Dr.Maxi dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada
keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa
Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.

BAB 14

Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap
seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata.
Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang
ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl. Bermula dengan Aqram,
Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha
mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat
pukul tujuh malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka.
Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-
cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.

Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti
Karl. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk
menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan
berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.

5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN
PENAMBAHBAIKAN

5 Kekuatan

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara hasil karya Dayang
Noor. Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini. Kekuatan pertama yang
terdapat dalam novel ini ialah disebabkan oleh novel ini merupakan novel sains
fiksyen. Hal ini kerana di Malaysia, agak sukar untuk mendapatkan novel sains
fiksyen. Sememangnya ada, namun kurang berbanding genre novel yang lain
seperti percintaan dan aksi. Seterusnya, novel ini merupakan sebuah karya
futuristik teknologi di malaysia di bidang IT sekaligus membuat novel ini dapat
menarik minat banyak pembaca. Bukan itu sahaja, pada pendapat saya, novel ini
juga merupakan novel yang paling menarik di antara novel Tingkatan 4. Hal ini
kerana novel ini merupakan novel yang mempunyai ‘plot twist’ yang tidak
disangka-sangka. Setelah membaca novel ini, saya berpendapat bahawa novel
ini memerlukan banyak ilmu dan rujukan yang perlu dibuat untuk mencapai cita
rasa pihak pembaca. Tidak lupa juga novel ini mempunyai nilai murni seperti
rasional. Sebagai contoh Farisha dan Shila tidak membuat keputusan dengan
melulu setelah mendapat tawaran, mereka memikirkan dahulu sebelum
membuat keputusan. Oleh itu, novel ini sesuai untuk dibaca oleh pelajar
Tingkatan 4 kerana mempunyai beberapa kekuatan yang boleh dikagumi oleh
pelajar.

5 Kelemahan

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara hasil karya
Dayang Noor. Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini. Kelemahan yang
pertama ialah, pengakhiran novel agak memeningkan bagi pembaca kerana
secara tiba tiba satu karakter novel itu mati lalu novel itu berakhir. Kemudian,
tajuk novel kurang berkait dengan cerita yang disampaikan. Sebagai contoh,
meskipun nama novel ini di sebalik dinara tetapi ia tidak menjelaskan dengan
lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan dinara. Selain itu, novel ini
lebih menceritakan tentang futuristik berbanding dengan novel Leftenan Adnan
Wira Bangsa yang lebih menceritakan tentang masa lampau. Perkembangan
watak utama tidak begitu hebat berbanding dengan novel Leftenan Adnan di
mana watak utamanya mempunyai perkembangan yang mantap. Seterusnya,
watak antagonis di novel ini juga kurang menarik kerana tidak menentang
watak utama terlalu ketara berbanding dengan novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa di mana watak antagonisnya menentang watak utama dengan cara yang
begitu kejam dan zalim.

5 Cadangan

Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang
boleh diperbaiki oleh penulis iaitu penulis perlulah lebih menekankan watak
utama berbanding dengan watak sampingan yang lain. Selain itu, penulis jaga
perlu pastikan bahawa binaan ayat yang digunakan adalah sesuai untuk semua
golongan pembaca novel ini. Kemudian, kulit belakang novel ini terlalu kosong
tanpa sebarang editan tambahan untuk menarik minat pembaca. Seterusnya,
penulis juga harus menitik beratkan contoh peristiwa yang dikemukan dalam
novel ini dengan lebih terperinci supaya pembaca mudah faham. Akhir sekali,
penulis perlulah menambah lebih banyak isi tambahan yang boleh dipelajari
pembaca selain daripada persaingan seseorang dalam penciptaan sains dan
teknologi sehingga menghapuskan nilai kemanusiaan.

PENGENALAN NOVEL JENDELA MENGHADAP
JALAN

Dari jendela terkuak yang menghadap jalan, Lili mengaut beribu pengalaman
yang menerjah dari luar.Lili juga menghadam makna hidup dari isi rumah yang
penuh sejarah.Cerita datuk yang teguh memaut tradisi dan kisah nenek yang
mengembara mengutip kematangan usia.Semuanya mencatumkan keinginan
Lili untuk mengetahui falsafah di sebalik jendela itu.



BIOGRAFI PENULIS

Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah.
Alhamdulillah sepenuh masa hamba Allah. Mendapat pendidikan sehingga
Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus
kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan
konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai tenaga
pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016
memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah
kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa
yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja
keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan
Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi
pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan
novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah. Alumni
Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK, sebuah program bicara karya
eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang dianjurkan setiap bulan
bermula bulan Ogos 2017. Pengasas bersama program bicara santai Kupi &
Snek Sastera Malaysia - sejak Oktober 2020.

SINOPSIS KESELURUHAN

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan
bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili
bercuti bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk
pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili
pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang
menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili
merupakan antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk
merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini,
pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara
perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak
mereka yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan
golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di
atas surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang
ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya.
Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat
dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga
Che Jah. Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang
kampung kerana suka mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada
suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq
dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah ditawan
oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai
pendapat yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah
kepada Che Jah dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi
disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak bertanggungjawab. Dengan
pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan datuk,
akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga
pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan
sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk
menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun,
Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke
kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.

Bab 2

Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas
ekspres dengan menyandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika
itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya
mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca
buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili
berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuruteraan Awam,
Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama.
Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang
diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.

Bab 3

Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke
Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya
pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana
tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk
tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu
Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4

Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan
sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu
bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek, datuk sibuk dengan urusan
gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan
masyarakat kampung.

Bab 5

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang
malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang
dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat
tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung
dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga
menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan
pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.

Bab 6

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup
semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk
terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian
perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili
pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-
tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau
nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera
makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila
berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber
rujukan.

Bab 7

Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan
Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan
ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan
minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit
ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya
terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang
begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili berasa bangga kerana mendapat
penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah
lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.

Bab 8

Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah
datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak
mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu
keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak
ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu

agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara,
menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya.
Sepanjang berada di kampung, Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang
terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah
datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba
mempengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai
pengubatan tradisional di samping memujuk supaya menjualkan tanah bagi
tujuan membina rumah sewa.

Bab 9

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk
menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan
pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin
membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid. Kebanyakan
penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding membina
sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di samping itu juga, Danel
telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan
rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains
perubatan untuk meyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk,
walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan
tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua
bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya
lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah
secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10

Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional,
kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk
ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel,
walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat meyakinkannya.
Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima
penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata datuk boleh
diterima pakai oleh penduduk-penduduk kampung termasuk William, malah
berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula
menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah
menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk
kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu
menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11

Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana,
namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa
menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti.
Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam
mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih
tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan
secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus
ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada
sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar,
tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili
menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-
soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu
yang Lili tidak ketahui.

Bab 12

Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung.
Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah
menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua
kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga
berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah
berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang
kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek
itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang
tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak
seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor
ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana
keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua
melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-
perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan
tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana
bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili
ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan
seorang perempuan.

Bab 13

Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal
dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya
lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke
anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk
hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh

bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk
menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan
fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang
bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili
memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang
Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus
bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat
bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid
akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Bab 14

Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa
bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah
neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha,
mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke
rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi
bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan
keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari
terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat
India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam
hidup.

Bab 15

Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang
kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula
dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu.
Nenek gembira dengan khabar tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah
menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk
dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk
pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah
bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

Bab 16

Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan
untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja
Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan
kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah
tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan
minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali

pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu
pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada
ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek
Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi
ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam
perjalanan pulang, Lili terserempak dengan adegan kejar-mengejar beberapa
orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di
rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut
oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini
hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis
artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.

Bab 17

Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah
menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah.
Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar
negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain
seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya
memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian
perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah
boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan di samping boleh
menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang
pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

Bab 18

Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam
Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya
masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang
Berhormat diperlukan. Tiba-tiba, Lili yang ternampak julur ranting di jendela
mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk
membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan
menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas,
Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19

Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera
untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini
boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa

nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga
selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu
masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka
singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili
merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang
menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan
Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar
yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki
dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang
sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam
kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili.
Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat penculikan yang dilakukan oleh kedua-
dua anak lelaki Che Jah.

Bab 20

Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel
telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel
memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak
memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan
tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang
pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya
terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri,
juga orang-orang kampung menyumpah-nyumpah supaya anaknya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah, nenek
menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan
cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.

Bab 21

Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana
berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel,
Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung
pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok
tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan
hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat
yang diperoleh dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negatif dan
menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk
mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq
dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian
semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon

kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas
faktor keselamatan.

Bab 22

Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap
oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk
dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui
keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama
dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili
disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq
teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi,
Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai,
tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq
menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga
perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa
yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah
memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang
menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah
hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.

Bab 23

Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang
lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka
bermuka-muka. Kadang-kadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja.
Lili menghampiri datuk yang masih belum selesai dengan isu kubah surau dan
herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang
bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya,
tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk
Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta
isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas
hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik
anak-anak dalam membina keluarga bahagia.

Bab 24

Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori
membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam,
barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam
masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam
kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid


Click to View FlipBook Version