SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1 :
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang
tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan
sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan
hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya
seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan
keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat
diredakan.
Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan
lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan
yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah,
Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada
keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat
Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang
galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat
tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke
dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan
kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di
situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay
itu.
Bab 2 :
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2
lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang
Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga
menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang
hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas
penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk
membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya,
Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan
hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi
kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet.
Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka
Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan
yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda
dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan
plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
Bab 3 :
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu
ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta
pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan
jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk
memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak
lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh
tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak
berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak
menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah
jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga
sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar
Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan
Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu
berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa
kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke
rumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal
bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre,
Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
Bab 4 :
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan
kebersihan bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang
banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat
peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan
daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang
telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah.
Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di
salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka
berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama
belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya,
Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari.
Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh
Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia
berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di
sini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan
dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan
semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
Bab 5 :
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan
yang akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut
mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu
bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas.
Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ
untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang
ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu
kononnya untuk menolak bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa
dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada
ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu
rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka
ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga
memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC.
Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa
dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk
anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah.
Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah
demi kecantikan wajahnya.
Bab 6 :
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan
lancar. Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr
Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan
Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan
wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh
ibunya yang menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar
dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang
jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk
merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda
berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang
ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa,
Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
Bab 7 :
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr
Zahari. Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut.
Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel
tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-
tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga
menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay
kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba
munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi.
Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai
bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
Bab 8 :
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan
bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja.
Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik
perbualan yang panjang antara mereka berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-
cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-
orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada
kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah
telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan
Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan
pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda
teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding
dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet
Tajau Emas.
Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk
menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort.
Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel
Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam
itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah
kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
Bab 9 :
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di
Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan
keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staf di situ
seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima
bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda
makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid
setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul.
Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka.
Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan
pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah
cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang
benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke
Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang
agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan
budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat
akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit,
Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut,
Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini,
Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan.
Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila
Halloway memuji kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus
berbunga.
Bab 10 :
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort
dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari
Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam
akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan
sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak
suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam.
Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu,
perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di
Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan
perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid.
Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda
didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada
ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin
rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau
Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan
mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang
pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang
bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk
memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke
Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda
mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai
ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11 :
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid.
Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak
kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira
mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism
International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan
oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi
cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr.
Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada
Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad
jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu
rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda
masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran
Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang
pada majlis pertunangan itu nanti.
Bab 12 :
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan
dirinya setelah digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja
menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk
acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya.
Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda.
Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan
dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak
panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya
pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan
kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui
telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan
Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering
selesema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik
panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih
berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan
hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke
SMC untuk mendapatkan rawatan.
Bab 13 :
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik
pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak
dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel
dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa
keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan
Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah,
isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi
Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan
berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu
Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu
Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong
dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar
menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah
Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan
Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia
sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil
keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ.
Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan
kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda.
Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di
masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses
tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa
Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses
merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat
kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan
itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut
berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak
wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
Bab 14 :
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas.
Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak.
Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000
orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi
tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun
dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan
penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating
ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk
paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas
menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya.
Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara
akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin
diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis
perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua
kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang
serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang
bersatu itu sungguh gembira
Bab 15 :
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah.
Banjaran Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari
kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan dari
Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah
digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong
asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga
mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya
Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga
terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita.
Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang
cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa
hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut
utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya
membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Bab 16 :
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The
Expert banyak member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu
Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari
timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau
Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke
Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan
Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya
sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan
alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim.
NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah
Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang
sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran
Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan
masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda
telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak
lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu
datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan
ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan
terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini
menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja
menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik.
Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin
bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin
berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya.
Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik
berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki
oleh ayahnya.
Bab 17 :
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan
membayangkan dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan
menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin
berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu,
Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa
santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga,
Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang
kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang
dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang
berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari,
Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun
ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia
perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres,
tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda
menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan
Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila
Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di
SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak
bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri
Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan
dalam kenangan yang melingkari hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya
menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa
keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
Bab 18 :
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan
sejarah hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan
Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid.
Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway
bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan
Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan
yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan
Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of
Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke
biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda
tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan
alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda
dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak
peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya
perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu
cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin
menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan
suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki
benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam
kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu
yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka
datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang
dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan
bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital
Normah tanpa kehadiran Zahid.
Bab 19 :
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad
eksklusif Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu,
Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin
Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan
bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di
hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda
teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz,
ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah
berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya,
Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar
bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang
bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego
Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang
ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel
rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian
DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca
berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik
tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan
Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama
dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan
tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah
dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid
telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah
terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-
kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya
untuk menambahkan luka di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan
perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap
Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga
dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat
bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Bab 20 :
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak
dengan Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan
Lais menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa
saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan
bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan
kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak
Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan,
Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum
beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan
nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk
bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah
menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap
suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga
melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah
mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan
abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin
berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda
ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di
Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais
dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-
Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
Bab 21 :
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat
rindu akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang
pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz
menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang
dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk
membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku
dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda
menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia
ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri
Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan
keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang
berjaya.
Bab 22 :
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang
disimpannya berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati
ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir
menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah.
Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati
hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi
hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri
anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia
malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus
bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-
Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan
dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang
diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada
suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas
yang mula mendaftar di chalet itu.
Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani.
Sambil menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid
menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas
isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung
serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan
isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid
juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana
pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang
menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat
mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk
melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang
mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga
mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang
tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan
mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles.
Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada
malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata
dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis
di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan
Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang
melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga
menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca
laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa
kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan
doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang
mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat
mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di
Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat
pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu
tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang
wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan
anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah
yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat
tingkah laku anak gadisnya itu.
Bab 24 :
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata.
Ingatannya terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat
fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung
pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu
mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya
dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah
memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di
Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih
dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal,
sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya
yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk
meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan
dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-
olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia
jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya
5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN
PENAMBAHBAIKAN
5 Kebaikan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Tirani hasil karya Ben Sabariah.
Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini. Kekuatan yang pertama ialah
novel ini mempunyai perkembangan watak yang bagus dan baik. Sebagai contoh,
Waheeda berjaya meneruskan kehidupannya walaupun dengan ketiadaan suaminya
iaitu Zahid untuk bersama-sama membesarkan anaknya. Seterusnya, novel ini
sememangnya membuat banyak rujukan untuk penerokaan secara terperinci etnik
atau budaya masyarakat Sarawak. Penamat cerita yang bagus dan membolehkan
pembaca mengambil iktibar serta tidak mencontohi sikap Zahid. Namun, jika
hendak dibandingkan dengan Jendela Menghadap Jalan, Tirani lebih menarik
kerana plot yang tidak berulang. Saya juga perasan bahawa novel bertujuan
sebagai sejenis cara untuk membincangkan topik seperti pemeliharaan budaya
dan hubungan yang kesat.
5 Kelemahan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Tirani hasil karya Ben Sabariah.
Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini. Kelemahan yang pertama ialah
novel ini banyak menyimpang atau tersasar daripada plot utama. Seterusnya,
jika hendak dibandingkan dengan Songket Berbenang Emas hasil karya
Khairuddin Ayip, kisah cinta dalam novel ini sangatlah tidak rasional. Pada
pendapat saya, tidak mengaku anak hanya disebabkan oleh bentuk hidung yang
tidak sama dan meminta cerai disebabkan cemburu buta merupakan perangai
kebudak-budakan dan tidak patut dicontohi. Kesimpulan pada cerita ini juga
boleh dipersoalkan kerana penutup cerita ini tergantung dan membuat pembaca
tertanya-tanya apa yang berlaku kepada mereka tiga beranak. Selain itu,
pemikiran watak utama tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan dan mengambil
kesempatan ketika terkena serangan oleh monyet-monyet besar untuk membuat
pembedahan plastik. Pada pendapat saya, novel ini tidak menarik kerana
jalan cerita yang ‘cliché’
5 Cadangan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh
diperbaiki oleh penulis iaitu penulis perlulah lebih jelas dengan
pengakhiran novel yang dipilih supaya tidak mengelirukan pembaca. Selain
itu, penulis bolelah melanjutkan peristiwa watak utama di awal jalan cerita
dan hujung jalan cerita supaya pembaca dapat mengetahui dengan lebih teliti
tentang keadaan dan masalah yang dihadapi. Kemudian, penggunaan kontra
warna di hadapan kulit novel perlulah ditukar supaya banyak pembaca lebih
minat untuk membaca novel. Seterusnya, penggunaan bahasa di dalam novel
supaya dapat difahami oleh setiap pembaca novel. Akhir sekali, penulis
perlulah menyemak tentang penggunaan tanda baca yang digunakan di dalam
novel untuk menjadikan novel tersebut lebih sempurna.
PENGENALAN NOVEL BIMAKSAKTI MENARI
Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai
Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar
dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar,
tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah.
Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut.
Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat
sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak
kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot
atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki
kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik
anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-
kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan
Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan
orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’
Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto
bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan
memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita
kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor
Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa
itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman
cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul
Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD
Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk
setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis
membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak
tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik
diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman
berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri
kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan
isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington
pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad
Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman
orang tua Nurul Hafsa.
BIOGRAFI PENULIS
Penulis novel Bima Sakti Menari, Sri Rahayu binti Mohd Yusop, 39,
merupakan guru bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang. Beliau adalah
bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah itu memiliki ijazah sarjana muda TESL dari
Universiti Otago, New Zealand dan kelayakan ikhtisas pendidikan di Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Bima Sakti Menari adalah sebuah karya novel yang unik serta menarik
kerana temanya yang berbeza dari topik kebiasaan di mana ia mengisahkan
tentang pemeliharaan alam sekitar khususnya untuk menangani pencemaran
cahaya.
Dalam Bimasakti Menari, Sri Rahayu membawa pembaca sejenak
merenung tentang aktiviti-aktiviti antropogenik yang telah mengakibatkan
pencemaran cahaya sehingga langit tidak lagi gelap dan kelip-kelip Kuala
Selangor tidak lagi mahu menunjuk cahaya.
SINOPSIS KESELURUHAN
Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3,
baris 3. Nurul Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3 orang
guru pengiring dari Hiroshima Jepun di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Nurul Hafsa baru
seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik dan kajian falak, Universiti
Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa bertugas.
Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan
seterusnya menjadi judul bab 2. Watak utama kedua (hero), Muhammad Taufik,
anak kepada Maryam @ Marion Wickham Abdullah dan Tan Sri Muhaimin
(yang telah berpisah) melengkapkan cita-cita perjuangan Nurul Hafsa, iaitu
projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji
Yassir (bapa Nurul Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan
Sri Muhaimin), Dato' Haji Mustofa al-Hamidi (pegawai daerah Kuala Selangor)
dan menteri besar Selangor (tidak disebut nama).
Novel Bima Sakti Menari - Komsas Tingkatan 5Konflik / pergolakan
bermula dengan kemunculan watak penentang (antagonis), iaitu Dato' Johann-
Arlington-Majid (campuran Melayu-Irish) yang kebetulan pernah berebut kasih
Marion Wickam dengan Tan Sri Muhaimin. Dia pembekal lampu utama Kuala
Selangor, serta sahabat baik Dato' Mustofa. Projek Nurul Hafsa bersama
Muhammad Taufik dan Budiman suatu ancaman besar perniagaannya, lalu dia
merancang komplot dengan mengupah tiga orang samseng.
Mangsa pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi
setelah tayar keretanya pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang
dipasang bersama besi tajam) yang sengaja diletak di situ. Setelah itu Nurul
Hafsa sendiri diculik, tetapi dia tidak diapa-apakan kerana dia hanya sebagai
umpan untuk mendapatkan semula Muhammad Taufik. Akhirnya pihak polis
berjaya menggempur tempat Muhammad Taufik disembunyikan.
Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah yang
tersembunyi. Tan Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham.
Malah, Muhammad Taufik sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul
Hafsa yang diterima dengan senang hati.
SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1: JANJI SRIKANDI
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui
hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada
kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi,
Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya,
Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada
malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul
Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut.
Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam
azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya,
Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan
bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah
bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit,
hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita.
Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh
keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh
deria.
BAB 2: WICHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir
sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu
kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama
Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat
oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa.
Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan
namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial
menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka.
Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut
Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip
Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan
Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra
alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu
apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang
kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana
tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal
tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang
melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji
Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-
mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak
kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan
melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut
hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu.
Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu
jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh
mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi
bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik
persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip
serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka.
Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan
sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak
fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah
dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti
yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari
bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman
bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai
cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah
Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah.
Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji
falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala
Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada
di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya
lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor
belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.
Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus
tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.
BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan
kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya
Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali
kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham
Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang
kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang
terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air
muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam
telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya
ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang
dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri
Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan
zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.
BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai
Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang
tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian,
Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan
diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar
yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap
mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun
yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu
hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia
melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya
Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang
remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar
serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan
masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar
perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia
untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat
kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan
kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut,
namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk
terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut
dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan
Simpan Langit Gelap.
BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan
berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki
berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya,
Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip,
Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja
pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-
kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba
mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya.
Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil
lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama
ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam
masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik
menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang
menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api
yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati
populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di
jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari
kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa
ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan
meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul
Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik
kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu
mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang
mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar
penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat
tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang
dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia
ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran
bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara
terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong
oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju
dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai
misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad
Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu
Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala
Selangor.
BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor
satu kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang
amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip.
Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing.
Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa
usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang
manusia bernama Muhaimin dan Maryam.
BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan
kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia
selalu didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil
kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya
setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan
dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa
bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin,
Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala
Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan
pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik
kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga
tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul
Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk
mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus
sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat
kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan,
Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut
untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di
jeti Kampung Kuantan tempoh hari.
BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan
pendayung, bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk
membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti
setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa,
keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip
yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu
tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx
tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi
satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan
Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju
dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan
pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.
BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan
pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut,
Nurul Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat
56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan
menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.
BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar
terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan
berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan
tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann
merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita
yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan
terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir
bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap
berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.
BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek
yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya
bukan untuk memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh
pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah
membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada
Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan
dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri
Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender
dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam
kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto
bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan
memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju
ke rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak
pernah berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang
melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong
rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia
menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita
Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu
dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian
rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital
Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun
penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah
kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
berada dalam keadaan stabil.
BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk
melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat
ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang
kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual
dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas
itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka
mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik
walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari
kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada
rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika
Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu
masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa
tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas
isterinya berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua
Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa
kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi
memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan
tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah
seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan.
Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan
telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor
Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu
kerja mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka
terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja
tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan
oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun
untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba
Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di
tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak
susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz
lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.
BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut
ibunya pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut
selendang hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam
jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30
pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang
yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya,
dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya.
Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung
sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya
disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi
tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-
apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan
Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul
Hafsa berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang
jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang.
Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri
daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri,
dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran
Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan
meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah.
Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua
stesen televisyen tempatan.
BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.
Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan
oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut
sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada
Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon
bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak
mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang
penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil.
Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan
perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman
Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk
mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad
taufik berjaya diselamatkan.
BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan
pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri
Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke
hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut,
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari
pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman
orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas
daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.
5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN
PENAMBAHBAIKAN
5 Kelebihan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Bimasakti Menari hasil karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat beberapa kekuatan yang terdapat dalam novel
ini. Kekuatan yang pertama ialah pada pendapat saya, penulis mesti telah
membuat banyak rujukan untuk menghasilkan novel ini. Saya berkata demikian,
atas sebab dengan membaca novel ini, pembaca boleh mempelajari banyak
perkara baharu seperti kelip-kelip. Seterusnya, novel ini merupakan novel yang
paling memberi kesedaran kepada pembaca berbanding novel-novel KOMSAS
yang lain. Hal ini kerana penulis mengetengahkan isu pencemaran cahaya.
Tidak lupa juga penulis mengambil berat tentang nilai cinta akan alam sekitar.
Jika hendak dibandingkan dengan novel-novel KOMSAS menengah atas yang
lain, novel ini merupakan yang paling menarik kerana jalan cerita yang tidak
menyimpang dan menambah ilmu. Seterusnya, walaupun novel ini pendek dan
ringkas, namun isi kandungan novel ini sangat padat dan berbaloi untuk dibaca.
Akhirnya, penamant untuk novel ini juga memuaskan dan tidak membuat
pembaca tertanya-tanya.
5 Kelemahan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Bimasakti Menari hasil karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat beberapa kelemahan yang terdapat dalam novel
ini. Kelemahan yang pertama ialah watak antagonis di novel ini kurang masa
kemunculan dalam novel ini berbanding dengan novel Songket Berbenang
Emas yang mana watak antagonis itu sudah muncul di perkembangan cerita dan
kekal sehingga ke akhir cerita. Watak sampingan di novel ini mempunyai
banyak konflik yang memeningkan berbanding dengan novel Songket
Berbenang Emas yang mana mempunyai konflik yang kurang dan lebih
memfokuskan kepada kehidupan watak utama. Kisah cinta antara Nurul Hafsa
dan Muhammad Taufik tidak sehebat kisah cinta antara Dahlia dan juga Azhari
kerana Muhammad Taufik menyukai Nurul Hafsa tanpa pengorbanan.
Penjelasan tentang bagaimana Tan Sri Muhaimin dan juga Maryam Wickham
boleh bercerai kurang dijelaskan dalam novel ini kerana secara tiba-tiba sahaja
mereka berpisah kerana mempunyai haluan tersendiri lalu mereka bersatu
semula dan ia berpunca dari Johan Arlington-Majid tanpa sebarang penjelasan.
Matlamat watak utama di novel ini masih belum tercapai dan jika kita
bandingkan antara novel ini dengan novel Songket Berbenang Emas di mana
watak utamanya berjaya mencapai matlamatnya.
5 Cadangan
Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh
diperbaiki oleh penulis iaitu penulis patutlah menambahkan pengakhiran novel
yang menunjukkan perkembangan watak sepanjang jalan cerita novel.
Seterusnya, penulis perlulah fokus pada plot utama atas watak utama sepanjang
jalan cerita dan tidak merumitkan masalah watak sampingan dengan watak
utama. Selain itu, penulis mestilah memulakan novel bersama dengan watak
utama sepanjang jalan cerita novel. Kemudian, penulis perlu menambah
kreativiti terhadap kulit buku novel tersebut agar ramai pembaca lebih minat
untuk membaca novel tersebut dalam kalangan remaja. Akhir sekali, penulis
perlu menambahkan sesuatu jalan cerita yang tidak disangka untuk pembaca
agar menjadikan novel ini seperti luar biasa dan mantap
PENGENALAN NOVEL SILIR DAKSINA
Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman
ayahnya, Abdullah Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima
daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya. Kampung
tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi telah menetap di Kuala
Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat Haiqal
untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya.
Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik.
Dia kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui
orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang
dilukis oleh ayahnya didalam manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-
watak sebenar yang wujud di kampung itu. Abdullah Kayan merupakan
penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga adalah guru yang
aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan
kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya
di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan
kepada Haiqal. Adakah haiqal mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana
manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan?
BIOGRAFI PENULIS
Penulis novel Silir Daksina, Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu
Pahat, Johor. Beliau merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan
baru menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia
pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah.
Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun amat bertuah
apabila terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun
2009 kategori novel remaja.
Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang
mewajarkan ia memenangi HSKU pada tahun 2009. Antaranya novel ini
menampilkan watak remaja yang unggul serta mempunyai jati diri yang tinggi
dan berakhlak mulia.
Novel ini juga memberi sedikit sebanyak info mengenai tarian seni zapin
yang makin dilupakan kini. Kekuatan novel ini juga terletak pada integrasi
kaum antara masyarakat Melayu dan Cina.
SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi.
Dia hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah
manuskrip lama yang didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari
jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat,
Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan
daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia
sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala
Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor.
Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun
uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti
jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang
wang perbelanjaan untuk kesana.
Novel Silir Daksina - Komsas Tingkatan 5Sesampai di Kampung Seri
Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan
demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana.
Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui
peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau
juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal
mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung
Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat
persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat
terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberikan sokongan.
Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang
ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
Haikall begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal
58 muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya
Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia
seperti berada dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada
masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia
tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya.
Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal
menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.
BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai
Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian
selepas tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan
ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang
menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu
Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-
siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna
tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu.
Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu
kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang
manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa
beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba
mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai
Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di
kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai
Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya
Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang
seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku
latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau
cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran
dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah
ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan
motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah
berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang
bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang
yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan
untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya,
Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah
rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi
rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku.
Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan
mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku
menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering
membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada
Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan
meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana
keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching
diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja
sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke
Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang
penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling
ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya
sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam
pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di
dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun
Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai
Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk
mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik
untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang
mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak
mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.
ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke
Lim tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih
mementingkan perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang
yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas
untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke
pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya
membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk
dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu
Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu
menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang
sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus
terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju
untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim
meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta
aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi
menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung
amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama
kampung menjadi popular.
iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim
juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D”
Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat
JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri
akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan
membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai
satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua
bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin
jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan
ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim
bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang
dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang
dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk
sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-
tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah
lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.
iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai
Ling antara 15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi
bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling
tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat
berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi
aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu.
Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai
Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang.
Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan
deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku
kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,
v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu
menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga
dia membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim
mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera
yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya
seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku
mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda
kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang,
bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan
pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-
cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said.
Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat.
Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa
orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu.
Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang
mengelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih
berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk .
Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan
isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku
terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret
ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai
hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai
Ling
vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju
mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku
ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi
penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan
sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan
sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan
hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin
D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul
kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB
Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada
pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional
Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari
maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan
D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula
mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk
menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak
muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja
ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.
vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri.
Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun
begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung.
Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa
bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang
kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3
tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang
anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku.
Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku
terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya.
viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan
program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum
sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan
semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh
menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai
Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program
yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan
yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai
Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim.
Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik
dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang
membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai
saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya
kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa
termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung
Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku
berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu.
Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam
itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul
surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku
tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.
BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya ,
Abullah Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati
Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah
Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung
itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya
sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya
sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya.
Haikal benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk
menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai
membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu
ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila
Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak
tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit
yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit
seorang diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya
seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara
Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat
daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat
dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada
kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk
berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya
tentang ayahnya.
BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori
yang dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu
dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa
ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama.
Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari
zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga
Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan
impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal
bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan
dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-
apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang
kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi
tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal
sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih
sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah
kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan
ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu
kepada umi.
BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna
menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik
timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke
kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang
diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya
pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan
Haiqal dan menyokong keputusannya secara diam-diam.
BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu,
dia dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas.
Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana
bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.
BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke
Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan
Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik
warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan
membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong
datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong
terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah
menunggunya di halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta
Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis
di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa
mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada
Haiqal untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal
tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya,
Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.
BAB 11: SUASANA BAHARU
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya
selama seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah
yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan.
Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang
kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan
mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit.
Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang
kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan
Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama
diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui
SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya
ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan
puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat
melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman
kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah
Haiqal pada malam minggu.
BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat
melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian
dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum
ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang
menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa
buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan
arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ.
Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar
ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui
bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya
ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri
Purnama.
BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai
raya kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri
Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut
kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut
untuk bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk
Kampung Seri Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk
persembahan zapin.
BAB 16: BERMULALAH EPISOD
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang
terletak di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam
dengan ayah apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup
datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang
selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.
5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN
PENAMBAHBAIKAN
5 Kelebihan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina hasil karya Nizar
Palman. Terdapat beberapa kekuatan novel ini. Kekuatan yang pertama ialah
novel ini tidak menyimpang dari plot utama. Seterusnya, novel ini
memperkenalkan tarian zapin iaitu tarian yang berasal dari Johor. Kemudian,
novel ini juga mewujudkan keharmonian antara kaum kerana banyak bangsa di
Malaysia yang terdapat di dalam novel ini iaitu bangsa Cina dan Melayu. Jika
hendak dibandingkan dengan Jendela Menghadap Jalan, jalan cerita novel ini
lebih menarik dan laju kerana tidak membincangkan perkara yang tidak penting
kepada jalan cerita dengan terlalu lama. Tidak lupa juga, perwatakan watak
sampingan juga secara terperinci sehinggakan kita dapat tahu apakah fungsi
watak tersebut tanpa mempersoalkan watak mereka.
5 Kelemahan
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina hasil karya Nizar
Palman. Terdapat beberapa kelemahan novel ini. Matlamat watak utama di
novel ini agak biasa berbanding dengan novel Bimasakti Menari di mana watak
utamanya mempunyai matlamat yang luas dan besar kerana ia bercakap tentang
isu alam sekitar manakala di novel ini ia hanya menceritakan yang watak utama
di novel ini hanya berbuat demikian bagi mengembalikan tarian zapin yang
telah lama hilang. Novel ini juga lebih memfokuskan kepada cerita watak yang
lain di mana ia hanya mempunyai sedikit sahaja kaitan dengan cerita utama
novel. Ini akan menjejaskan bacaan pembaca kerana ia agak mengelirukan.
Karakter sampingan kurang memberikan impak kepada cerita. Jika kita
bandingkan antara novel Songket Berbenang Emas karakter sampingan di novel
itu amat memberikan impak kepada novel. Perkembangan cerita di novel ini
amat perlahan berbanding dengan novel Songket Berbenang Emas kerana di
novel ini banyak melakukan penceritaan di bab 3 dan memakan ruang untuk bab
yang lain. Tajuk novel ini tiada kaitan dengan penceritaan novel. Ini kerana jika
dibandingkan dengan Novel Songket Berbenang Emas. Novel itu mempunyai
kaitan dengan nama novel manakala novel ini tiada kaitan langsung
5 Cadangan
Pada pendapat saya, penulis bolehlah memilih tajuk novel yang berkaitan
dengan jalan cerita supaya tidak mengelirukan pembaca. Seterusnya, perlulah
penulis menambahkan lebih bnyak perwatakan kepada setiap watak supaya