The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elfarishkamil16, 2022-06-13 13:59:41

Assest\ment

Folio Novel

didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan
Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang
penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Bab 25

Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada
melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar
dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun.
Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang.
Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan
menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga
minyak petrol dan diesel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di
mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan
api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan
yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos
perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah
menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat
kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan
gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili
memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26

Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya
dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang
dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar
tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih memberi tumpuan menghabiskan
masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti
menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga
mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan
kampung terletak di bawah tanggungjawab Danel sebagai penduduk tetap dan
perlu memperjuangkannya.

Bab 27

Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang
Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk
membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana
sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga
segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik
sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang

berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba
seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan
tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak
siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah.
Tiada seorang pun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani
melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai
kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

Bab 28

Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya,
Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam
dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang
berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan
sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang
tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam
usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam
di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak
Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan
rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah
mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak
Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh
pihak berkuasa.

Bab 29

Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah
keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta
Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan
akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi.
Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang
dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan
merancang untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.

Bab 30

Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk
mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis
pernikahan anak Pak Busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang
bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke

rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di
rumah.

Bab 31

Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam
menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga
berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan
pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah
menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga
menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang
dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan
mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che
Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Bab 32

Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa
orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che
Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan
dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada
kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-
penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua
penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan
lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk
memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq
lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha
memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau.
Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Bab 33

Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan
pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat
pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah
melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah
biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke
pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan
polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan
Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya.
Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang

pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bab 34

Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju
perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan
tanah mereka. Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat
melindungi anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda
kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan
pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi
pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung
dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk
kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini
semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu
tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji
akan membantunya sehingga pulih.

Bab 35

Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk
membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan
pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.

Bab 36

Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu
tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk
menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman
menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang
terlalu banyak kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis
yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula,
Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah
Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari
ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan
pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan
dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke
Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela
menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang

5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN
PENAMBAHBAIKAN

5 Kekuatan

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Jendela Menghadap
Jalan karya Ruhaini Mat Darin. Terdapat beberapa kekuatan yang terkandung
dalam novel ini. Kekuatan yang terdapat dalam novel ini adalah novel ini
mempunyai teknik pemerian yang menerangkan peristiwa dalam plot secara
langsung. Seabagi contoh, penulis menceritakan hati Lili sebak untuk pulang ke
kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya
supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan. Seterusnya, novel ini
mempunyai pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Sebagai
contoh, dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan
tradisional. Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk
tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
Kemudian, novel ini adalah monolog dalam penceritaan. Teknik monolog dapat
dapat menambat hati pembaca tentang pengucapan watak secara bersendirian di
dalam novel. Sebagai contoh, datuk bermonolog tentang perubatan tradisional
yang sekian lama dipeloporinya dikampung itu. Selain itu, teknik saspens yang
menimbulkan rasa tertanya-tanay terhadap pembaca.Sebagai contoh, pembaca
tertanya-tanya tentang orang yang melarikan kubah surau. Mereka menyangka
bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana anggapan
penduduk kampung. Kekuatan yang terakhir adalah novel ini mempunyai jalan
cerita tenatang imbas kembali yang mengingati semula peristiwa yang lalu.
Sebagai contoh, Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu
Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang
secukupnya menyebabkan ibu kurang mengamalkan ilmu kegamaan.

5 Kelemahan

Pada pendapat saya, novel ini merupakan novel yang paling
membosankan di antara novelnovel Tingkatan 4. Hal ini kerana jalan cerita yang
amat perlahan dan terlalu lama membincangkan isu yang boleh dibincangkan
dengan sekejap. Sebagai contoh, isu kubah di kampung Lili. Seterusnya, tajuk
novel ini tiada kena mengena dengan cerita utama novel ini. Nenek dan datuk
Lili hanya menceritakan mengapa jendela rumah menghadap jalan dan tiada kena
mengena dengan keadaan semasa Lili. Kemudian, perwatakan Lili iaitu
protagonist dalam cerita ini terlalu pasif dan tiada perkembangan yang berlaku
terhadap perwatakan Lili. Berdasarkan pemerhatian saya, Lili bersifat pasif dan
tidak bertindak, Lili hanya memberi reaksi atau tindak balas terhadap peristiwa

yang berlaku. Selain itu, novel ini juga tidak menarik kerana plot yang berulang
dan terlalu perlahan. Jalan cerita juga boleh diagak dan tidak menimbulkan rasa
ingin tahu dalam diri pembaca kerana pembaca dapat mengagak apa yang bakal
berlaku. Pernahkan anda berfikir bahawa adakah novel ini ditulis semata-mata
untuk menjadi KOMSAS dan disepadukan ke dalam silibus sekolah menengah
kita? Jika anda berfikir tentang hal itu, banyak titik plot mula masuk akal.

5 Cadangan

Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang
boleh diperbaiki oleh penulis iaitu penulis perlulah mengarang setiap plot dengan
lebih kreatif kerana semua nilai yang boleh diamalkan oleh pembaca berulang
banyak kali dan sama. Selain itu, penulis mestilah fokus sepenuhnya pada
objektif utama novel tanpa mengisahkan lebih plot yang kurang penting.
Seterusnya, penulis haruslah mencipta watak sampingan yang mempunyainya
berlainan sifat dan perwatakan untuk menarik minat pembaca. Kemudian, penulis
perlulah memendekkan ayat yang ingin disampaikan kerana ayat yang terlalu
panjang boleh menyebabkan pembaca rasa bosan. Akhir sekali, penulis haruslah
mempromosikan novel ini pada pasaran terutamanya pada golongan remaja
kerana novel ini mempunyai banyak nilai yang boleh diamalkan dalam
kehidupan sehariannya.

PENGENALAN NOVEL PANTAI KASIH

Karya penulisan novel ini mengisahkan tentang seorang doktor muda yang
bernama Raiha. Beliau telah menghadapi pelbagai cabaran sebelum berjaya
menjadi seorang doktor bedah. Raiha juga gagal dalam perkahwinannya
bersama Dr. Sadiz. Selepas itu, Raiha menerima pelawaan mentornya, Doktor
Uwang untuk bekerja di sebuah pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha merasakan sesuatu yang aneh sepanjang
bertugas di pusat rawatan tersebut kerana pesakit yang sama mempunyai
komplikasi yang serupa beberapa kali. Dalam masa yang sama, Raiha dihantui
kisah silamnya bersama bekas suaminya. Walau bagaimanapun dia tetap tabah
meneruskan kerjaya dalam bidang perubatan. Dr. Raiha cuba meluahkan
keanehan yang dilihat di pusat perubatan kepada Doktor Uwang, tetapi
mentornya tidak senang dengan luahannya. Raiha juga sebenarnya berminat
dengan Dr. Uwang sejak menjadi pelajar di IPT dahulu. Peristiwa aneh berlaku
semakin kerap sehingalah Dr. Uwang mengalami kemalangan jalan di pusat
rawatan. Akhirnya, kejadian antara Raiha dan bekas suaminya dihuraikan dan
Raiha sedar bahawa di merupakan seorang mangsa keadaan.



BIOGRAFI PENULIS

Azmah Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Beliau
menerima pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris.
Beliau ke Sabah pada tahun 1973 dan seterusnya menetap di sana sehingga kini.
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam
penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula
pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.
Azmah sangat aktif menghasilkan karya. Banyak karyanya yang telah terbit dan
memenangi hadiah. Antara kejayaan yang telah dicapainya termasuklah Hadiah
Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya,
Singkowoton, Hadiah Kedua Sayembara ESSO-GAPENA VIII 1991 bagi
cerpennya, Kuntum Perdamaian dan Hadiah Pertama Peraduan Mengarang
Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome. Novelnya yang
pernah memenangi hadiah ialah Kukui (1986), Noor Ainku Sayang (1987) dan
Dukanya Abadi (1988/89). Selain itu, novelnya, Dari Dalam Cermin (1992)
telah dipilih untuk memenangi tiga hadiah sastera, iaitu Hadiah Pertama
Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun Sabah Merdeka, Hadiah
Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93. Sehingga kini
Azmah masih aktif berkarya.

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui
pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah.
Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia
akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di
pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering
terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk
bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada
para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak
ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha,
apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar,
memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada
sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan
Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya
yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat
mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat,
dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor
Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum
itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan
mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia
menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi
tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke
ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut
pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan
kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor,
Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula
berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh
berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang
berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang
profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan
menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang
digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai
Kasih (PRPK) menghadapi masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa
silam yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan
tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali
keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga
mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit
pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan
dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak
harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan
menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak,
sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti doktor
idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam
cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih
Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama
sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan
seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha
menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang
Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan
profesional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya
adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan.
Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak
menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak
berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.

Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu
tidak menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu
yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji
yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan
sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang
terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap
dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk
melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex
pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya

juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di
hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini.
Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan
terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka
melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga jururawat
Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut
diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaannya sendiri dia
tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin
harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk
mengelakkan diri daripada bertembung dengan Raiha.

BAB 2

Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak
bersetuju sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil
keterlanjurannya dahulu pun dihantar belajar di sekolah swasta
berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk
bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor
Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana
memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan
menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa
keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK
kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor
Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.

Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang ada
kalanya seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia
berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah
menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh
kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum
sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia
kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini,
tugas itu diserahkan kepada Raiha.

Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan
kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang
dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza.
Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan
menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak bersyukur
dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat
kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan
sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatannya juga
turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di
PRPK miliknya.

BAB 3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia
sangat mamai ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang
digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan
mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta
bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan
kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri
Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan
bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau
panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa
ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang
marak membakar kereta mewah doktor itu.

Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya
ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia
menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari
bidang perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang
kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya.
Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh
tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak
kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang
insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.

Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan
menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan
perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian
anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca
daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini
menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan
layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas
menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil
hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya
tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan
tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang
selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian
lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha
sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor
Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya.
Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga menyatakan bahawa barang kemas yang
dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal
dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas
miliknya hasil titik peluhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai
mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha
merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata
golongan masyarakat elit.

BAB 4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang
terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha
teringat akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes
tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa
sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini.
Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek
moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias
suatu kawasan di Hulu Lubuk Dalam daerah Ranau.

Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum
peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil
persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor
Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandunginya itu kerana
kehadirannya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi
tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan
masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha
tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah
hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan
diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.

Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya
Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut
perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor
Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan
kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan
yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang
pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan
perniagaan kesihatan kini.

Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak
Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan
penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah
menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk
memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali
ganda masuk ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana
mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang
mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen.
Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di
hadapan matanya sendiri.

Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit
lelaki yang pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi
kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun
dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang.
Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia
mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan
tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan
sengaja mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-
baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.

Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit
itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan
Felicia terjelopok, namun itu hanyalah khayalan Felicia semata-mata. Apabila
Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada
di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak
perempuan pak ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab
malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui
di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak
dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang,
begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka
mengganggu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih itu.

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab
malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi
isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan

mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab
malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam
itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi
anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak
disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu
yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba mengganggu
kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-olah menyebabkan dia mengunjungi
bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila
Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister
Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di
rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam
di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam
keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam
hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun
Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

BAB 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang
terbakar. Kisahnya bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong
meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas
sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu
hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati
pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga
berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke
kondominiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul
lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa
tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah
sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu.
Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal
Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk
pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya
pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga
menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati
Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor
Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang
tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit
Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut
dan tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan
Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima
terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang
marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai
Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.
Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak
Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’
menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika
itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur
membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia,
dia tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha
yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat
dalam rawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada
badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak
mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu
memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus
bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya.
Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah.
Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas
sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan
bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari
apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat
Rawatan Pantai Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi
Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati
bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering
mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti
Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu
Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri.
Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran
tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja

menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia
berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan
rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan.
Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah
hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan
bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu
juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan
hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan
dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat
batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap
berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak
dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan
keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya
dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas
mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi
mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan
antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas
ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan
mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya
sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan
tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak
membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat
panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang
sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut
menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu
seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin
menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak
fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.

BAB 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama
Doktor Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering
menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu
Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani
pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak
berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi

kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji
tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama
di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan
normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan
ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi
ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar
dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister
Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu,
di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong
Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal
penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron
meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu
menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan
membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam
bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron
begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan
meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu
Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas
penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam
peperiksaan akhir semester.

BAB 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan
Pantai Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah
meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia
teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas
walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada
kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
mengimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun
pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap
sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua
wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi
dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu
hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia
Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun
baru. Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang
kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat ketika

membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti
di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta
Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak
perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon
simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah
bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya
komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali.
Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya.
Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila
dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya
kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat
Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak perempuan
tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya
walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup
Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar
melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat
dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan
sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti
secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai
Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila
tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan
mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut
dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan
pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelangan tangan
dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota
tersebut.

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan
dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang
akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz
melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila
secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia
turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi
kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN
PENAMBAHBAIKAN

5 Kekuatan

Kekuatan yang terdapat dalam novel ini adalah novel ini mempunyai permulaan
novel yang sangat menarik.Sebagai contoh, Novel ini dimulai dengan Raiha
yang masih dihantui peristiwa kematian anaknya dan kegagalan rumah
tangganya akibat dikap suaminya Dr. Sadiz. Raiha juga yang baru bertugas di
Pusat Rawatan Pantai Kasih berasa hairan terhadap pesakit Unong Siron yang
menjalani pembedahan di tempat yang sama beberapa kali. Kekuatan kedua
adalah novel ini perkembangan jalan cerita yang dapat memudahkan pembaca
memahami tentang jalan cerita yang disampaikan. Sebagai contoh, Setiap watak
seperti Raiha, Felicia dan Dr.Uwang dibayangi dengan kisah lampau mereka
yang meninggalkan kesan sehingga hari ini. Raiha diberi peluang untuk
membedah Unong Siron dan cuba memastikan di tidak perlu dibedah lagi dan
berhempas pulas mencari wang untuk menanggung kos rawatan. Kemudian,
novel ini mempunyai dialog supaya pembaca dapat memahami dan dapat
membayangi jalan serita.Sebagai contoh, Datu Ontong dan isteri Dr. Uwang
yang berbual tentang bahaya ubat tradisional. Seterusnya, novel ini merujuk
kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak
dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain.Sebagai contoh, Dr. Raiha
mempersoalkan sama ada Pusat Rawatan Pantai Kasih memerangkap pesakit
yang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di situ. Selain itu, novel ini
memberi banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dan amalkan dalam
kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, Raiha tabah menghadapi dugaan dan
kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan
belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat
Rawatan Pantai kasih

5 Kelemahan

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Pantai Kasih hasil karya Azmah
Nordin. Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini. Karakter sampingan di
novel ini seperti Doktor Uwang begitu zalim kerana meskipun itu adalah
salahnya tetapi dia menyalahkan anak hasil ketelanjurannya meskipun dia yang
terlanjur dan anaknya tidak mempunyai kesalahan pun. Menambahkan bilangan
bab dan mengurangkan kandungan dalam satu bab kerana pembaca akan berasa
bosan dan akan susah untuk membuat sinopsis disebabkan oleh kandungan
dalam suatu bab yang begitu panjang. Pengakhiran novel ini agak kurang
mantap di mana pengakhirannya dia meminta maaf dengan begitu sahaja lalu

mangsa itu hanya memaafkan begitu sahaja meskipun hal yang dilakukan oleh
karakter itu tidak dapat dimaafkan. Perkembangan watak utama tidak begitu
mantap kerana dia masih naif dan tidak mempunyai perkembangan yang mantap
seperti di novel Leftenan Adnan Wira Bangsa di mana watak utamanya penuh
dedikasi dan berani. Perkembangan cerita dalam novel ini kurang
memberangsangkan kerana cerita dalam novel ini agak memeningkan bagi
membaca akibat terlalu banyak konflik dan pergaduhan yang berlaku di dalam
novel ini

5 Cadangan

Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh
diperbaiki oleh penulis iaitu penulis perlu menambahkan saspens dalam plot
agar pembaca berasa semangat untuk mengetahui tentang kejadian jalan cerita
yang seterusnya. Selain itu penulis juga perlu menambahkan konflik yang
menterujakan di dalam plot agar setiap pembaca lebih berminat tentang
perkembangan jalan cerita. Seterusnya, penulis perlulah menambahkan latar
tempat dalam jalan cerita novel agar menjadikan novel lebih menarik dengan
terperinciannya. Disamping itu, perwatakan di dalam novel ini perlulah
ditambahkan agar lebih banyak perkembangan cerita yang menarik yang dapat
disampaikan oleh pembaca novel ini. Akhir sekali, penulis perlulah
memperbanyakkan teknik plot yang menarik dan menjadikan lebih tersusun
serta lebih mantap di hati pembaca.

PENGENALAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian
kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya,
Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental.
Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk
belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani
Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah
dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi
pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran
ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.



BIOGRAFI PENULIS

Kairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong,
Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada
sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh
getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya
dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail
sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982
hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah
Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas
sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di
sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai
Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong
Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau
melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik
Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam,
Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang
penulisan. Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung
tradisi masyarakat berketurunan Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan
Parit Raja,. Beliau melalui kehidupan sebagai warga kampung, penghuni asrama
sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu mengikuti kursus perguruan di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya banyak berubah semasa
bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak menteri,
kerabat raja, datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu,
beliau melihat pelbagai ragam kehidupan manusia yang baik hinggalah penagih
dadah dan pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu keras, pentingkan
diri dan nekad, secara tidak langsung membentuk dirinya menjadi berani hadapi
segala kemungkinan.

Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat
membaca buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila
menatap karya abangnya Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering
terpampang melalui media massa. Pada tahun 1975, beliau mula menulis dan
karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian semasa beliau di tingkatan
tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi rencana yang
tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu keputusan

SPM, Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh
Knight Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul
keyakinan bakat dirinya dalam bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau
menulis novel Pelangi Senja yang diterbitkan oleh Tra-tra Publishing pada
tahun 1983. Semasa menunggu keputusan STP, beliau menggarap novel
Ayahku Ayahku Jua (diterbitkan dengan judul Guruku Ibuku Jua), yang berjaya
mendapat tempat ketiga Peraduan Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11,
1982.Beliau semakin yakin setelah menangi anugerah dan ayahnya mulai
merestui minat beliau. Mulai detik itu beliau terus berkarya, menulis puisi,
cerpen, drama radio dan drama pentas.

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam
Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar
dan disenangi oleh teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun,
Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya
terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha
dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang
ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat
kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar
kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual
kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja
setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak
menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki
tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga
Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh
mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak
cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek
Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi
oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya
tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.

Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian
kepada keluarganya. Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah
berasrama penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11
tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu berdikari. Apabila
ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi
menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan
keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah ibunya
dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah
mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air
dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya
sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen
Sri Gading).

Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari
dipandang serong oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai
untuk menyelamatkan Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi
dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah
keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung
pelajarannya semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal

seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi
meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan
Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan STPM.

Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia
terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan
Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan
mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang
bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan
semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember,
dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu,
Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari
pertunangannya.

Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga
Azhari terlambat sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang
menjadi jurucakap majlis pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua
kampung telah menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke
Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk
kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke
Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari
sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam
pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah
berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila
dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar
tingkatan enam rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya
mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti
Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan
seorang lelaki mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki
itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar
dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga
memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik.
Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi
sehingga ke jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya
semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu
balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia
membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada.
Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik
menangis kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan
belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati
kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia
telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke
Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia
terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya.
Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya
juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya
Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk
waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun
getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya
mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke
dalam kebun.

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia
tertanya-tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia
tidak tahu orang yang berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia

pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah.
Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan
kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar
emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara
Nek Kiah, ibu kepada emaknya.

Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia
memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek
Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam
kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya
yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua
Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan
rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke
hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati
menyiapkan latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik.
Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu
menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk
melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan
keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk
membaiki diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung
tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk
mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia
dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong
memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik
Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah
keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar
isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau
menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu
mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak
suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-
anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai
cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah
memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang
mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik.
Badannya juga terasa lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong
tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik
kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau
akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka
dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke
rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang
sepatutnya pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana
adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri
sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya.
Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim
iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak
Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya
oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa
dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik
teringat emak, Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka
ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang
akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia
dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu,
Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya
macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan
terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan
Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah
dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman
telah memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital
Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu
Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah
dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “orang
gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek
Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak
Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah
itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga
yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan
menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda campur supaya hantu
tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali

kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah
ketentuan Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang
mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam
sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah
dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu.
Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh
pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan
nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong
kehairanan kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu
menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk
menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari
Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam
mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam
kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong
membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin
kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu
mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke
Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said.
Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton.
Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah
kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada
petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang
lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya
masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-
kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-
anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau
ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu
Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya.
Dahlia tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas.
Dahlia bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia

ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula
kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati
meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang
yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak
mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan
kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan.
Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan
menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai
bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong
cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan
pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia
memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain
sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan
dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang
merupakan kawan Dahlia.

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia.
Najib melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami
punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib
mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek
Kiah. Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang
adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh
Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang
tidak diketahui asal-usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki
oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari
pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai
tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.

Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk
keluar dari asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi
Dahlia hanya memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak
mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar
jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja.
Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu
Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu

Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah
berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia
berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh
diharap dan suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah.
Kemarahan Embong semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan
kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular
sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal
dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah
di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar
memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya
tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri.
Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong
tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk
meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka
berdua sangat baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul
3:15 petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya
dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an
yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar
Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan
memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu.
Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada
tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat
emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari
memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari
ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat
emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia
sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang
dipandu oleh seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap
Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau
akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat abahnya
keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak

mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar
akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu
abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar
sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor
kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa
hampa apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong
meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin
kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim
memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada
Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau
milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali
pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat
sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-
rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin
merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk
menerima lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi
harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke
universiti dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang
mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau
mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari
dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya.
Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik
diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan
solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di
pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan.
Semasa ketiadaan abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara.
Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah
agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar
pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak
dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang

pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan
Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat
salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak
ketinggalan dalam pelajaran.

Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar
kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah
juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di
kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah,
emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat
di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk
membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu
Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik
adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia.
Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke
Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang
untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal
keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu
membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat
sebarang keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di
hospital. Dia menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan
tanah yang akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual
tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap
Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami
masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan
anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah
dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi.
Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut
apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti
di depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah
sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum
menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke
sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan
penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang
mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual.
Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak
tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul
pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek
Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia,
tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia
untuk berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut
yang akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah.
Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu
abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk
mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya
dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas
itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja
bagi membantu meringankan beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak
bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya
untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong
dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas
membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang
datang ke balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur
Rasul yang akan diadakan malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak
di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan
tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana
kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu.
Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak
Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke
rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar

yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir
memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah
memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya.
Abu Bakar juga telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah
mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-
kawannya yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu
dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi
sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar
terjumpa kain merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang
mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku.
Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki
terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan
dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di
rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia.
Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit.
Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan
gembira oleh kawan-kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib
begitu berharap agar Dahlia dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia
hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati
emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada
penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari
pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang
terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama
dua hari. Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan
Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman
langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah.
Abu Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula

mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli
keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya.
Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji
Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah
mengajak Embong sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan
perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang
hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji
Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji
Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara satu
sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya
penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di
kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai
insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula
dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap
penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu
dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu
nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM
menjelang. Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi
membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30
Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya Dahlia hanya menurut
sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah
dengan kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita
tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk
mencari pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa
Dahlia telah terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti
di Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan
sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam
peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama enam bulan.

Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin
pertunangan mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di
Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah
semakin rapat. Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke
Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang
pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin
dengan Azhari. Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu
majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang
tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau.
Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji
Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak
RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-
kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan
memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak
ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan
sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga
menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia
agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN
PENAMBAHBAIKAN

5 Kekuatan

Kekuatan yang pertama ialah watak-watak yang terdapat dalam novel ini
mempunyai perwatakan yang boleh dicontohi. Sebagai contoh, Dahlia seorang
yang bertanggungjawab dan Azhari merupakan seorang yang setia dan mahukan
yang terbaik buat Dahlia. Seterusnya, kisah cinta yang terdapat dalam novel ini
lebih menarik berbanding novel Tirani hasil karya Ben Sabariah. Hal ini kerana
Azhari memilih yang terbaik buat Dahlia dan bukan seperti Zahid yang
meninggalkan Waheeda atas sebab cemburu buta. Kemudian, novel ini sesuai
untuk dijadikan KOMSAS kerana sangat menyentuh jiwa dan dekat dengan
para pelajar. Pelajar boleh mencontohi sikap bertanggungjawab Dahlia. Selain
itu, novel ini juga membuat pembaca beremosi. Sebagai contoh ketika
diberitahu Dahlia kerap tidak hadir ke sekolah atas sebab perlu menjaga adik-
adiknya. Tidak lupa juga novel ini mengingatkan kita bahawa semua perkara
yang berlaku ada hikmahnya. Sebagai contoh, sebagai seorang anak sulung,
Dahlia menjaga adik-adiknya dengan penuh kasih sayang dan pada masa yang
sama Dahlia tidak lupa untuk teruskan belajar supaya cemerlang dalam STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat
ijazah pertama selama 4 tahun.

5 Kelemahan

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya
Khairuddin Ayip.terdapat beberapa kelemahan yang terdapat dalam novel ini.
Kelemahan pertama di dalam novel ini ialah watak utama di novel ini tidak
dapat berfikir dengan jelas kerana dia memilih Azhari yang melamarnya lebih
awal berbanding dengan Najib yang mana merupakan sahabat baiknya lalu dia
menolak lamaran Najib dengan begitu sahaja tanpa alasan yang kukuh. Watak
antagonis di novel ini jika kita bandingkan dengan novel Bimasakti kurang
melawan matlamat watak utama kerana matlamat antagonis di novel ini hanya
untuk menyusahkan hidup cucunya lalu dia berubah pada pengakhiran novel.
Perkembangan watak sampingan di novel ini juga kurang memberangsangkan
kerana jika kita bandingkan dengan novel Bimasakti, sebahagian watak di
dalam novel ini tidakmemberikan impak langsung kepada penceritaan novel.
Semangat kemasyarakatan dalam novel ini kurang kita lihat kerana semasa
kejadian banjir itu masyarakat kurang membantu watak utama membina semula

rumah mereka yang telah hanyut dibawa oleh air banjir Pengakhiran novel ini
tergantung kerana ia tidak menceritakan dengan lebih lanjut apa yang terjadi
kepada Azhari dan Dahlia selepas Dahlia tamat pengajian berbanding dengan
novel Bimasakti Menari dimana kita dapat lihat yang Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik hidup dengan

5 Cadangan

Pada pendapat saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh
diperbaiki oleh penulis iaitu penulis perlulah memantapkankan lagi penulisan
dialog supaya jalan cerita menjadi lebih menarik. Selain itu, teknik imbas
kembali perlu dikurangkan dalam novel ini supaya dapat mengurangkan
kebosanan jalan cerita. Seterusnya, penulis perlu memikirkan ayat yang menarik
dan kreatif bagi konflik agar pembaca dapat merasai akan jalan cerita yang
ingin disampaikan. Disamping itu, perkembangan cerita dalam novel ini
perlulah diolah supaya jalan cerita menjadi lebih mantap dan lebih tersusun.
Akhir sekali, penulis novel perlulah menambahkan teknik plot dalam novel ini
supaya setiap pembaca dapat memantapkan pemikiran mereka untuk
menganalisis novel.



PENGENALAN NOVEL TIRANI

Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama
Waheeda juga ingin mengecapi kemajuan atas anma dirinya dalam bidang
pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah
mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah membuat
kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan
pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan
yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak
rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang
dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah
berat dan harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda
tidak larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca
daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah
rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan
berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan
anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati
Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang
hanyalah satu Tirani.



BIOGRAFI PENULIS

BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet,
lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior
Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan
ikhtisas diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab
Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.

Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam
genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar
raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah
Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu
KEPEZI SATU, KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan
Zaharah Nawawi) dan Memori Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi
Pengucapan Puisi Hari Wilayah-Bandar Raya 2003, 2004, 2005, Antologi Puisi
Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA 2000, Pelagus-Antologi Sastera Sarawak
Jilid 1 2003.

Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar
Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu, Utusan
Sarawak, Mingguan Sarawak serta Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita.

Beliau juga penerima Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP
Cawangan Sarawak pada tahun 2001 dalam genre puisi dan Naib Johan
Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan 50 tahun DBP-2006 dari
bahagian Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP Cawangan Sarawak.

Mendapat tempat ketiga rencana kritikan sastera Hari Guru dalam Antologi
Guru ke-XX tahun 2007. Kini bergiat dalam penulisan novel dan novel pertama
berjudul Tirani kini di pasaran. Dalam proses penerbitan adalah sebuah
kumpulan cerpen berjudul Mawar Magenta.

NAMA Beb Sabariah mungkin sedikit terlindung dalam lautan manusia
yang bergelar penulis di media arus perdana terutama di Semenanjung. Namun
bagi penulis dan peminat sastera Sarawak, nama ini cukup gah menghiasi laman
kecintaan yang indah itu melalui aktiviti sastera mahupun karya-karyanya.

Seperkara yang cukup istimewa bagi Beb Sabariah yang dikenali
masyarakat setempat sebagai Cikgu Bibi biarpun meminati bidang penulisan
sastera sejak zaman persekolahan dan maktab perguruan, namun beliau benar-

benar menceburi bidang ini hanya pada tahun-tahun akhir kerjayanya sebagai
Guru iaitu tahun 2000 dengan cerpennya Rakan Siber @ disiarkan di Mingguan
Sarawak.

Sebagai penulis negeri, Beb Sabariah yang lebih awal berjaya dalam
bidang penulisan puisi begitu pantas bertapak dan dapat menguasai rantau
nasional. Tidak sampai setahun selepas cerpen pertamanya itu menyusul Surat
Untuk Nancy Maimunah-disiarkan di Mingguan Malaysia (2001).

Selepas itu bertalu-talu cerpennya disiarkan media arus perdana peringkat
nasional dan negeri seperti Menyusur Galur dalam Berita Minggu 14.7.2002,
Forum Wanita (Mingguan Malaysia 25.8.2002), Mahkota Di Payang Puri
(Mingguan Sarawak 29.2.2004), Di Multazam Rindu Terlerai (Utusan Melayu
Mingguan 30.5.2003), Pesanan (Berita Minggu 27.4.2003) Menunggu Mawar
Magenta (Majalah WANITA keluaran Februari 2005), Ayah Bagi Balik Tangan
'Ain (Wadah Yang Indah Itu Bahasa/DBP-Utusan Sarawak 27.3.06) dan PM-A
Lwn PM (Utusan Sarawak 3.11.2006).

Setiap insan berjiwa seni lazimnya akan terus berusaha menggilap dan
meningkatkan kemampuan seninya. Begitu juga Beb Sabariah. Beliau tidak
hanya berpuas hati dengan tahap pencapaian yang ada. Bagi mengukur setakat
mana kejayaan dapat dicapai dan sejauh mana kakinya boleh melangkah, beliau
memasuki pertandingan cerpen sempena ulang tahun DBP 50 tahun peringkat
negeri Sarawak.

Penyertaan Beb Sabariah tersebut membuktikan kemampuannya memang
tidak lagi wajar dipertikai setelah beliau meraih tempat kedua dengan cerpennya
berjudul Mahligai Seri Gading.

Selain cerpen dan puisi, Beb Sabariah juga menulis genre novel dan cerpen
kanak-kanak. Novel pertama beliau berjudul Tirani (sedang dalam proses
penerbitan) merupakan projek penulisan novel Bahagian Penerbitan DBP Kuala
Lumpur dengan Kelab Penulis Zaharah Nawawi (Kepezi) yang Beb Sabariah
menjadi seorang ahlinya. Sebagai ahli Kepezi, dua buah cerpen Beb Sabariah
juga pernah diantologikan. Cerpen Rakan Siber @ dalam Antologi Cerpen
Kepezi Satu dan Menyusur Galur dalam Antologi Cerpen Kepezi Dua.

Dalam menggarap hasil-hasil karyanya Beb Sabariah merupakan penulis
yang cukup peka dengan segala peristiwa yang berlaku di sekitar. Sesetengah
penulis gemar mengangkat cerita daripada peristiwa yang benar-benar terjadi,
sama ada pada diri sendiri mahu pun keluarga dan sahabat handai. Berbanding
dengan Beb Sabariah, beliau boleh mengolah karya hanya berdasarkan berita
yang dibaca atau ditontonnya melalui media cetak dan elektronik.

Cerita digarap bersungguh dengan dibumbui bahan-bahan berharga iaitu
ilmu bantu yang diperolehi melalui internet dan hasil pembacaan yang cukup
luas; juga beliau memanfaatkan sebaik-baiknya warna kehidupan dan budaya
masyarakat setempat. Misalnya novel Tirani yang mengangkat tema
pelancongan di Sarawak, novel ini diperkaya dengan adat perkahwinan daripada
merisik, bertunang sehingga kepada hari persandingan; selain permasalahan
yang cukup jauh untuk diselami iaitu soal pembedahan plastik untuk kecantikan.

Menyentuh sekilas tema yang menterasi cerpen-cerpen Beb Sabariah
dalam kumpulan Mawar Magenta ini, ternyata hampir tiada isu yang sama
diangkat untuk menyemarakkan minat pembaca, dalam karya-karyanya.

Beb Sabariah mendapat ilham menulis cerpen Surat Untuk Nancy
Maimunah apabila perasaan marahnya begitu bergejolak tatkala serangan
Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq dilancarkan. Cerpen Rakan Siber@ pula
berkaitan kegilaan rakyat negara ini apabila dilanda kebanjiran pc dengan
kemudahan berhubungan melalui dunia siber biarpun hanya antara jiran di
sebelah rumah. Menyusur Galur sesuai dengan judulnya cerpen ini
mengetengahkan cerita anak angkat yang ingin mencari ibu bapa kandungnya
setelah tidak berpuas hati dengan kasih sayang yang diberikan ibu angkatnya.
Setelah dia dibawa menemui ibu kandungnya, gadis berkenaan kembali ke
pangkuan ibu angkat.

Nusaibah pula biarpun hanya cerita klise mengenai wanita yang tertipu
oleh sikap baik seorang lelaki yang ingin mengahwininya, namun sarat dengan
falsafah dan kasih sayang ayah terhadap anak. Sementara Menunggu Mawar
Magenta yang sebahagian judulnya diangkat menjadi tajuk kumpulan cerpen ini
adalah cerita seorang dari sebuah pertubuhan sukarela yang diberikan tugas
menjemput seseorang tokoh ternama di lapangan terbang. Pengalaman tokoh
tersebut ditahan pihak imigresen kerana tiada membawa pengenalan diri mampu
diangkat oleh penulis ini menjadi cerita lucu.

Beberapa contoh cerpen di atas (sekadar mengangkat beberapa buah) untuk
dijadikan panduan memperlihatkan betapa pekanya penulis Beb Sabariah
terhadap setiap yang berlaku di sekitarnya. Kepakaan beginilah yang seharusnya
ada pada setiap penulis.

Seperkara yang cukup menarik mengenai penulis wanita gigih ini, semua
karya cerpennya mengambil latar tempat tempatan di Sarawak. Pendedahan
begini amat sesuai sekali apabila dibaca oleh pembaca di peringkat nasional
yang tidak banyak sedikit dapat memperkenalkan sosiobudaya Sarawak secara
tidak langsung melalui karya sastera.

Meneliti karya-karya Beb Sabariah, kita dapat membuat kesimpulan yang
konkrit: Inilah hasil kerja penulis yang mempunyai ilmu dan terdidik dalam
bidang berkenaan.

Satu kebanggan dan pujian yang harus diberikan kepada Beb Sabariah
yang pernah bertugas sebagai pendidik selama 35 tahun ini, beliau bermula
lewat dalam bidang penulisan biarpun minat bercambah dalam usia remajanya.

Dengan ini Beb Sabariah berjaya membuktikan usia bukanlah ukuran
kejayaan atau kegagalan bagi seseorang penulis kerana yang paling utama ialah
kesungguhan serta ilmu yang dipelajari secara khusus melalui bengkel-bengkel
yang banyak diadakan secara formal di negara ini; apatah lagi jikalau mengikuti
pengajian ilmu sastera dan penulisan di pusat-pusat pengajian tinggi.

Kehadiran Beb Sabariah di arena kesusasteraan adalah umpama
menyaksikan setaman mawar magenta berkembang mewarnai dunia penulisan
yang selalu banyak cabarannya. Dan dalam cabaran yang silih berganti ‘mawar
magenta’ yang satu ini berjaya muncul di tengah sekian banyak mawar-mawar
lain yang pelbagai warna namun tetap mempunyai bau yang satu: harum
semerbak menyegarkan alam.

SINOPSIS KESELURUHAN

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu
menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda
juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan
sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan
batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang
kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau
pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya
hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang
jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang
diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan
niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam
kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga
Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda
terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya
yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu
oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam
bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland.
Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka
dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah
satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.


Click to View FlipBook Version