Murni duduk di birai katil menonton TV kecil di biliknya sementara menunggu Zamri
keluar dari bilik air. Masih terdengar derauan air dari bilik air. Zamri masih belum selesai
membersihkan dirinya. Zamri, mandi seperti itek, tak boleh jumpa air!
Mata Murni tersorot ke arah Zamri yang keluar dengan hanya bertuala merah hati terlilit di
antara bahagian bawah pusat dan atas lutut badannya. Tangan ligat mengeringkan
rambutnya dengan tuala kecil berwarna puteh.
“Tolong abang..” Zamri menghulurkan tuala kecil yang digunakan untuk mengeringkan
rambutnya ke arah Murni.
Murni tanpa bicara menyambut tuala dan mengeringkan rambut Zamri yang sudah hampir
kering, duduk membelakangkan dirinya.
“Sayang.. sayang marah kat bang ya?” Zamri cuba memecahkan kesunyian, namun tidak
berhasil.
Murni masih dengan rajuknya, walaupun tangannya masih memegang tuala kecil
mengeringkan rambut Zamri. Zamri memegang tangan Murni untuk meminta dia berhenti
mengeringkan rambutnya, apabila tiada jawapan yang diberikan kepada soalannya.
“Murni.. dengar sini, abang bukannya apa, abang tak sokong si Ammar tu, cuma kalau
boleh, kita jangan bincang perkara Ammar dan Mila di ruang tamu, kalaulah Mila
terdengar, kan susah. Abang rasa ini belum masanya untuk dia tahu. Apa-apa nak cerita,
cerita kat sini, just within this four walls” jelas Zamri, sambil mata melilau empat ceruk
biliknya.
Zamri hanya mendengar helaan nafas yang panjang dari Murni. Sama ada dia terasa lega
atau tidak puas hati dengan jawapannya, Zamri tidak pasti. Murni memang selalu
unsangkarable.. kan dah kata, perempuan ni selalu beri signal yang bertentangan. Ingatkan
rasa lega, tetapi rupanya tidak puas hati!
Confirm confuse..
Zamri bangun dan mengambil pakaian yang sudah disediakan oleh Murni di atas katil,
terus menyarungnya ke badan. Zamri senyum, sayang juga dia, masih sanggup
250
menyediakan pakaian. Ini masih merajuk atau apa? Memang Zamri tidak dapat
mentafsirkanya.
Murni langsung tidak melihat apa yang dilakukannya. Ditumpukan pandangannya ke arah
kaca TV. Entah cerita apa yang bersiaranpun dia tidak tahu sebenarnya, janji dia tidak
memandang Zamri. Merajuk sungguh dia kepada Zamri, atau lebih kepada protest... konon.
Zamri duduk di sebelah Murni, mengetahui Murni tidak ambil pusing akan kehadirannya
di sebelah.
Zamri bersuara lagi.“Murni..abang minta maaf kalau apa yang abang cakap tadi
menyakitkan hati Murni” Zamri memegang tangan Murni dan ditepuknya perlahan.
“Murni tak marah abang kan?..” pujuk Zamri.
Akhirnya Murni bersuara, mata memandang kelantai… “takkk” hanya satu perkataan yang
keluar dari mulut Murni dengan nada yang tinggi.
Zamri cebik muka.
Kata tidak, tetapi nada menengking!
Masih tidak puas hati rupanya dia.
“Habis tu.. yang tak mahu bercakap dengan abang tu, kenapa?, kalau Murni tak puas hati
luahkan..luahkan.. abang dengar…!” pujuk Zamri.
Tiba-tiba Murni menangis.
“Muni ingat abang akan sokong Muni 100 percent.. ni tidak! Jadi dengan siapa lagi Muni
nak berharap, kalau Mila di ambil orang macammana?.” jelas Muni dengan esakan.
Zamri memalingkan muka Murni ke arahnya dan menyika air mata yang berlumba-lumba
turun ke pipi Murni. Kan dah sah, Murni masih tidak puas hati. Tetapi baru beberapa saat,
Zamri mendengar yang dia menjawab “Tak”. Hish.. haru betul!
“Siapa pulak yang tak sokong Muni? Abang sentiasa akan ada di belakang Muni beri
sokongan, Cuma abang nak Muni kena berhati-hati, jangan nanti kita menyesal dengan
tindakan melulu kita tu. Muni kena ingat tu.. orang yang kita nak lawannya bukan
sebarangan orang, dia pakar Muni.. pakar dalam hal-hal ni..lagipun dia bukan orang luar
yang Muni katakan tu.. dia bapa kepada Mila. Muni.. dia jugak ada hak. Opps.. sorry, dia
bukan saja ada hak, dia memang berhak! ” kata Zamri.
Hey, dah merajuk pulak.. susahlah nampaknya.
251
“Abang tolong Muni…” Muni terus merangkul suaminya ketat.
Basah jua baju di dada Zamri oleh air mata Muni.
“Sudah tu.. kuatkan semangat, jangan menangis, karang Mila balik, apa pulak difikirnya..,
dah tu.. kita fikir yang terbaik untuk semua. Muni pun kena bersedia apa-apa aje
consequence..nanti.” kini Zamri pula menghela nafas.
Bukan helaan nafas lega, tetapi helaan nafas buntu. Murni sudah tidak di dalam
pelukannya lagi, tetapi masih berada di sisinya. Dipeluknya dan dikucupnya belakang bahu
Murni.
“Be strong sayang.. be strong..” Zamri berdiri sambil mendepakan tangannya.
“Kita tengok apa yang akan berlaku seterusnya, kita kena redha. Waktu begini hanya doa
kepada yang Satu itu aje yang boleh membantu. Dia Yang Maha Mengetahui..ingat tu
sayang..” kata Zamri cuba menenangkan si isteri.
Memang dia sejak dua menjak ini bicaranya persis ustaz Zamri.
“Jom kita turun… abang tolong sayang masak, atau nak makan luar aje hari ni..”tanya
Zamri. Zamri tidak jemu memujuk Murni. Memberi si isteri pilihan, hendak dia membantu
atau lebih mudah boleh sahaja makan di luar.
Murni menyambut tangan Zamri yang sudah didepanya panjang dan mereka beredar ke
tingkat bawah.
“Abang nak makan apa hari ni..” akhirnya bersuara dengan suara yang sedikit sengau,
akibat menangis. Zamri lega, sudah hilang rajuknya. Fikir punya fikir, ada benarnya juga
apa yang dikatakan Zamri.
“Sayang nak masak ke? “ tanya Zamri.
Hanya anggukan yang diterima.
“Hemmm let me see, hemm bagi abang aje yang masak hari ni, sayang duduk..duduk
rehat..” mata Zamri ditala ke siling, kemudian tangan Zamri meraih bahu Murni dan
menekannya untuk membiarkan Murni duduk sahaja di sofa.
“Tak bang, Muni nak masak jugak.. macam ni la, abang masak apa yang abang nak masak,
Muni masak apa yang Muni nak masak, amacam!..”jelas Murni.
Sudah berbunyi riang.
252
“Hmm.. okey..abang nak masak telur masak kicap special..” kata Zamri sambil
mengangguk-aggukkan kepalanya. Masak telur kicap special. Apalah specialnya masak
kicap telur.
“Sedap ke bang?..” tanya Murni ingin tahu apa yang specialnya tu.
“Don’t under estimate me okey.?.” jawab Zamri.
Murni senyum perli, apabila melihat Zamri tidak mahu kalah. Terhibur dengan gelagat si
suami. Memujuk dengan percubaan menunjukkan talentnya. Kepandaian memasak.
Zamri memang pandai memasak, dia tidak kekok bila berada di dapur. Selama 4 bulan
sebagai suami isteri, banyak perkara yang Murni baru tahu mengenai lelaki ini. Walaupun
dia sudah kenal Zamri lebih dari 8 tahun, rupanya banyak lagi yang Murni tidak tahu
mengenai suaminya. Yang hairannya Zamri yang banyak tahu mengenai diri Murni. Apa
yang Murni suka, apa yang Murni tidak suka, makanan apa yang Murni gemar, apa
masakan yang Murni pandai and the list continues on and on. Begitu detail pengetahuan
Zamri terhadap si isteri.
Tetapi Murni…?
“Okey.. lets start the challenge..!” berkobar-kobar Zamri hendak memasak sambil
mengesek kedua belah telapak tangannya. Zamri siap menyarung apron, sedangkan Murni
tidak. Ligat tangannya mengupas bawang dan semua bahan yang diperlukan. Memang
nampak special telur masak kicapnya. Walaupun sebok, Murni sempat juga menjeling,
melihat Zamri dengan masak kicap telur specialnya. Murni hendak memasak yang main
rebus sahaja, iaitu menyediakan masak lemak ayam, Murni lihat bahan yang disediakan
oleh Zamri. Telur, serai, daun limau perut, kentang, bawang, tomato, bawang puteh, halia,
cili merah, cili api dan kicap semestinya. Jika tidak ada kicap, tentulah resipi itu tidak
dipanggil telur masak kicap! Hanya telur tanpa perkataan kicap di belakang.
Bawang, bawang puteh dan halia sudah dihiris dan disimpan di dalam mangkuk. Kentang
sudah dipotong bulat, serai sudah ketuk, daun limau perut sudah dikoyakkan, kedua-dua
cili sudah dihiris.
“Tepi sikit sayang… nanti merecik, berbekas pulak isteri abang yang cantik ni, kena
minyak panas, nanti cacat pulak..” sempat lagi Zamri menyakat isterinya.
253
Di dapurpun sempat menyakat juga.
Zamri mengoreng telur mata kerbau, dan diletakkan ke tepi. Kemudian dia mengoreng
kentang. Setelah kentang matang dicampaknya semua bawang dan halia. Layu sahaja
bawang Zamri memasukkan serai yang sudah diketuknya sedikit dan akhir sekali daun
limau purut yang sudah dikoyaknya. Dimasukkannya kembali telur mata kerbau dan
tomato yang sudah dihiris lapan. Akhir sekali, tentulah kicap. Dituangkannya kicap, dan
tidak sampai seminit ditutupnya api. Sedap baunya.
“Ayang ada beli lemon tak?” tanya Zamri
“Lemon.?. lemon tak beli..” jawab Murni
“Hemm.. tak apa la, kalau tak ada tak apa, afterall tomato tu pun dah masam dah..” Zamri
bercakap sendirian.
Hanya dia yang mengerti, Murni hanya menjeling melihat Zamri bercakap sendirian. Dia
tidak bercakap dengannya.
“Bang..nasib baik Gordon Ramsay tidak dapat datang, dia sakit perut!“ Murni cuba
membuat lawak kepada kewibawaan suaminya.
Zamri tersenyum. Amboi! Hendak perli pulak si perempuan yang baru lepas merajuk..
“Tak apa? Ni.. Gordon Zamri to the rescue…” kata Zamri, kemudian kedua-dua tertawa
dengan lawak spontan Zamri.
Gordon Ramsey konon! Silapnya Gordon Ramsay masak main campak-campak bahan tak
basuhpun…
“Ma.. bau sedap ni, Mil rasa lapar tiba-tiba, Ma masak apa?” terdengar suara Mila dari
depan pintu.
“Bukan mama… ayah Zam..oppss. Gordon Zamri!. This time bukan Hell Kitchen, tapi
Lovenest Kitchen” Murni pula berlawak sambil terkekek gembira.
“Siapa ma?” tanya Mila.
Lain benar bunyi nama orang yang baru disebut Murni.
“Tak da pa apa.. sayang dah lapar ke?” tanya Murni
Mila terus ke dapur. “Hmmm…” sambil menhidu dan mendongakkan kepalanya.
“Bau sedap la ayah Zam..” kata Mila lagi.
254
“Itu baru bau aje..Mil, rasanya lagi sedap..” jelas Zamri dengan bangga.
“Hahh, kalau macam tu, cepat sikitlah ayah Zam.. Mil nak makan..ni.. dah lapar” Mila
terus duduk di kerusi makan.
“Dah siap pun.. bagi ayah Zam 2 minutes okey.. Mila duduk situ diam-diam..” kata Zamri,
Murni angkat mata.
Hilang rasa masalahnya dengan Ammar seketika, apabila 2 tubuh badan insan yang
disayanginya berada di depan mata.
“Mila nak makan kan…ahhh.. tolong set meja..” Murni meminta bantuan Mila, dia sudah
besar sekarang, perlu diajar kedapur perlahan-lahan.
Pantas Mila membantu seperti yang diarahkan mamanya. Bukan dia tidak biasa, sudah
banyak kali dia membantu.
Suasana riang di meja makan. Masakan telur masak kicap special Zamri memang istimewa,
terasa seperti paprik sahaja, tetapi menggunakan telur bukan daging hiris. Agaknya itulah
masakannya yang selalu dimasak semasa hidupnya membujang. Telur… masakan yang
menggunakan telur kerana telur mudah, cepat dan senang dimasak. Apakah agaknya
masakan yang akan disediakannya di masa akan datang? Masakan yang menggunakan
telur jugakah? Murni tersenyum memandang Zamri dan Mila yang berselera mengadap
rezeki. Masalah yang ada di kepala ditinggalkan ke tepi. Biarkanlah sahaja mengikut
percaturan yang ditentukan olehNYA. Murni tidak perlu menjadi tamak, orang tamat
selalunya akan rugi. Tidak mampu rasanya hendak dia halang.
Murni hanya menyebut di dalam hati “Que sera sera what ever will be, will be”.
255
Pintu bilik Murni terkuak dengan rakus. Terkejut Murni, tetapi lega apabila yang tercegat,
si suami rupanya.
“Muni, nampaknya Muni kena arrange lagi sekali dengan Shiha, kalau abang lambat hari
ini, Muni tumpang dia macam last time eh!.” Zamri meminta Murni menumpang Shiha,
sekiranya dia tidak sempat sampai ke pejabat untuk menjemputnya pulang.
Badannya merengang pintu bilik Murni. Tergesa-gesa sahaja nampaknya dia. Tugasannya
untuk membuat kunjungan ulangan ke tapak projek Tu Ah Tower yang sepatutnya
dilakukan minggu depan, tetapi disebabkan Pejabat Daerah masih mendapat laporan
menyatakan tiada sebarang perubahan dibuat, memaksa Zamri mengintai ke tempat itu
seminggu lebih awal.
“Hemm.. nanti saya aturkan. abang jangan risau hal Muni ..abang tu!, hati-hati driving,
jalan licin ni.. kat luarpun suram aje Muni tengok..” nasihat Murni kepada Zamri, hanya
meninggikan sedikit suaranya agar Zamri mendengar lebih jelas.
Di hati Murni berkata-kata, memang kalut cik abang sayang hari ini, sampai tak sempat
masuk, hanya memberitahu di depan pintu sahaja.
Namun entah didengar Zamri atau tidak, kerana pintu sudah tertutup semasa Murni
menghabiskan percakapannya.
Memang Zamri dengar, tetapi hendak cepat punya pasal, dia terus meneruskan
perjalanannya. Hatinya riang, sayang juga rupanya si isteri kepadanya, nasihat tidak habis-
habis. Zamripun sayang perempuan itu. Yang utama sekarang ialah menyelesaikan tugasan
yang telah diserahkan kepadanya. Belumpun jauh, Zamri sudah rasa ingin segera bersama
Murni.
Tiba-tiba muka Zamri yang tadinya senyum bertukar masam.
“Kurang asam betul kontraktor, tak faham-faham! Tahu nak untung aje!” omel Zamri
sambil berjalan meninggalkan bilik Murni.
256
“Entah-entah si Lim tu tak beritahu boss dia tak? Atau dia tak faham apa yang dia kena
buat? Atau boss dia yang tak faham? Atau pembekal tu yang tidak mengikut ukuran yang
sepatutnya…bla..bla..bla.. ” macam-macam andaian bermain di kepala Zamri.
Yang terkeluar hanya perkataan “atau”, “atau” dan “atau”.
Betul kata Murni, suasana di luar agak suram. Tambahan pula di waktu musim hujan
begini, setiap hari Fraser Hill diberkati dengan anugerah tuhan, air dari langit. Air hujan.
Di luar masih rebas, hujan tidak lebat, tetapi tidak berhenti. Ditambah pula cuaca mendung
ibarat sudah hampir malam, pada hal hari masih siang. Penglihatan agak terbatas.
Murni menyambung semula kerjanya yang terhenti dek lawatan pengejut si suami sebaik
sahaja pintu tertutup. Leka bekerja sehinggakan hampir terlupa memaklumkan Shiha.
Cepat-cepat Murni menghubungi Shiha, takut terlupa terus, alamatnya terpaksa
menumpang sesiapa sahaja yang boleh membantu. Hendak cari teksi, mana ada
perkhidmatan teksi di Fraser Hill ni?.
Hendak menapak jalan kaki pulang ke rumah? Murni memandang dirinya, mata tertala ke
kaki. Mahu satu jam baru sampai dengan kasut wedges dan baju kurung?
Tak mahu eh!
Cepat-cepat tangan menekan punat telefon.
“Shiha.. Muni ..! Nak minta tolong sekali lagi...“
Terjengok-jengok Murni di muka pintu. Bayang Zamri tidak juga muncul. Hari sudah
hampir gelap. Lembayung senja sudah hampir hilang kemerahannya. Pada waktu begini,
dia sepatutnya sudah sampai di rumah. Tidak berapa minit lagi pasti gelap.
“Dalam perjalanan pulang agaknya dia tu..” Murni menyedapkan hatinya.
Tetapi dihati bertanya pula “Ke manalah agaknya dia, entah-entah pergi minum dengan
teman-teman ke? Mentang-mentang dapat keluar sesekali ni, kembang sayapnya..” Murni
membuat andaian, manalah tahu.
257
Andaian yang tidak masuk akal langsung. Hendak minum dengan teman buat apa? Minum
bersama isteri di rumah lagi best!
Sudah dia cuba beberapa menghubungi melalui telefon bimbitnya, tetapi asyik suara
perempuan yang memaklumkan “nombor yang anda panggil tidak dapat dihubungi”.
Asyik-asyik suara itu, sampai hendak hafal Murni dibuatnya. Sudah naik jemu
mendengarpun. Perasaan marahpun ada juga. Marah kepada telefon atau marah kepada
siapa?
Marah kedua-duanya, kepada telefon dan juga empunya telefon. Jika tidak pandai hendak
menjawab panggilan, buangkan sahaja ke dalam sungai Kelang!!
“Hish.. Abang ni..kalau iya lambat balik, calllah beritahu, ini tidak!” Murni hampir hilang
sabarnya.
Marah kepada tuan punya telefon sebenarnya yang lebih.
“Balik nanti kenalah dia, Buat orang risau tak tentu pasal, ishy..”bebel si Murni.
Murni marah kepada Zamri yang tidak menghubunginya. Sekurang-kurangnya
memberitahu di mana dia berada.
Mila menghampiri Murni yang tercegat di depan pintu. Tangan mamanya dipegang.
“Mama tunggu ayah Zam ya ma? Dah gelap ni tak sampai-sampai..” tegur Mila.
“Hemm.. ma tunggu ayah Zam, tulah! entah mana dia pergi..Mil kalau lapar, Mil makan
dulu ya nak! Mama boleh makan sama ayah Zam nanti..mama tunggu ayah Zam..” Murni
meminta Mila mengambil makan malamnya dan selepas isyak boleh, biarkan dirinya
sahaja yang menunggu Zamri.
Berlegar-legar Murni di dalam rumah. Sudah tidak tahu hendak buat apa lagi. Orang yang
diharap, tidak juga pulang.
Dilihat ada cahaya lampu kereta menghala ke rumahnya.
Murni rasa lega.
“Aaahh.. dah sampaipun dia, alhamdullillah”. Murni sudah mampu tersenyum.
Apabila kereta itu sudah dekat, Murni menjengok keluar dan Murni tertanya-tanya. Itu
bukan kereta suaminya.
258
Murni hairan, kereta siapa pulak? Jantung sudah bergendang laju. Siapakah geragan
mereka yang datang di waktu-waktu hampir senja?
Keluar dua orang yang beruniform.
Uniform Polis.
Ahhh! Polis?
Apa hal?
Hati Murni dup dap dup dap.. berirama lebih pantas. Sudah dapat merasakan ada benda
yang tidak kena.
Darah sudah naik ke kepala. Apa hal pula polis datang ke rumahnya.
Teringat dia tentang Zamri!!
Astagfillulahhalazim..tak mungkin.
Kunjungan polis itu mungkin mengenai hal lain, bisik hati yang sedang libang libu.
“Assalamulaikum..” bersuara salah seorang daripada Polis di luar pagar.
Samar-samar sahaja wajahnya kerana Murni hanya melihat dari jauh. Dicapainya tudung
yang disangkutnya di belakang pintu. Tudung yang memang selalu dibiarkan tersangkut,
jika memerlukan, tidak perlulah dia naik ke bilik untuk mengambilnya. Mila mengekori
mamanya, apabila Murni mara ke pintu pagar, di mana dua anggota polis itu berdiri.
“Puan, puan ni.. Puan Murni Saleha Majid ke?” soal polis itu lagi.
“Iya.. saya, kenapa Encik?” soal Murni
“Saya hendak minta Puan bertenang ya? Suami puan nama Mohd Zamrizal Mohd Zaki?”
ujarnya lagi.
Murni hanya mengangguk kemudian bersuara “Kenapa dengan suami saya Encik?”
Sepintas kilat, Murni memikirkan Zamri sudah kena tahan, tetapi apa kesalahnnya. Jika
melihat polis, pastinya tidak ada perkara lain, kecuali ditahan polis. Tetapi setahunya
Zamri seorang lelaki yang baik, dia tidak akan buat kerja yang bukan-bukan atau
menyalahi undang-undang.
259
“Puan… saya hendak minta puan bertenang ya.. bertenang puan..” bicara anggota polis lagi.
Bukan lagi tenang malah lebih kencang degupan jantung Murni apabila pegawai polis
memintanya bertenang.
“Ishy.. polis ni, asyik suruh orang bertenang.. bertenang, hendak cakap, cakaplah cepat,
buat orang tertunggu aje..mana boleh bertenang waktu begini!” bisik hati Murni yang
sudah tidak sabar mengetahui apa yang sebenarnya sudah berlaku.
“Kami menerima laporan yang seorang awam telah menemui kereta yang didaftar atas
nama suami puan. Kereta jatuh gaung” akhirnya terjawab penantian Murni dengan berita
dari anggota polis itu.
“Apa? Jatuh gaung..!” lemah seluruh anggota badan Murni, dan tetiba badannya menjadi
sejuk.
“Bagaimana keadaan suami saya, tuan?”tanya Murni di dalam perasaan yang bercelaru,
Murni sempat bertanyakan khabar si suami. Ingin sahaja dia dengar jawapan yang baik-
baik sahaja.
Harapan agar si suami ditemui sihat… Ya Allah. Dengarlah bisikan hati hamba mu ini..
“Puan.. suami puan ..” sambung anggota polis tersebut suara tersekat-sekat. Tidak sempat
si abang polis menghabiskan ayat, kaki Murni lemah dan tiba-tiba kelapanya berpusing
lalu pengsan. Nasib baik si abang polis sempat menyambut badan Murni sebelum
tersembam ke lantai.
Sungguh! Murni tidak mahu mendengar berita apa yang bakal disumbat ke telinganya. Dia
tidak bersedia mendengarnya. Walaupun dia tahu hakikatnya.
260
Ingatkan siang tidak akan muncul, lama sungguh di rasa, Murni menunggu ketibaan waktu
siang. Sepanjang malam Murni bersolat, berdoa kepadaNya. Kak Romlah juga risau
melihat Murni yang sentiasa mengalirkan air mata. risau betul dia. Walaupun dia yakin,
Zamri hanya cedera ringan. Yang dia perlu bersyukur, berita dari hospital memberitahu
suaminya hanya tidak sedarkan diri.
Keluarga mertua yang muncul di subuh hari. Mek Ros tidak sampai hati melihat Murni
yang asyik menangis di sepanjang perjalanan ke hospital. Pantang nama Zamri disebut,
akan tersedulah dia. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari rumah ke hospital
Kuala Kubu Baru bagaimana 4 jam dirasakan . Jauh sangat perjalannnya. Itu sebab Mek
dan Baba Zaki tidak membenarkan Murni memandu sendirian. Jika memandu mengikut
emosi, takut lain jadinya. Zamri pulang ke rumah sihat, Murni pula yang terlantar di
hospital!
Murni berlari-lari anak ke kaunter hadapan hospital sebaik sahaja mereka sampai. Tidak
sabar-sabar lagi dia hendak mengetahui keadaan si suami.
Itulah pasal, kelmarin yang Murni terpengsan, belum sempat si polis memberitahu keadaan
Zamri yang sedang di rawat di hospital. Nasib baik Kak Romlah datang menjengok kerana
tertinggal baju kurung tempahan orang yang hampir selesai sulaman tulang belut di leher
baju berkenaan.
Hemm.. buat malu sahaja, apabila Kak Romlah melihat si Polis yang merah padam
mukanya sedang memeluk Murni yang sudah longlai. Pada mulanya hairan juga Kak
Romlah. Tetapi apabila diterangkan keadaan sebenar, barulah Kak Romlah mengerti dan
segera meminta Murni yang masih pengsan di bawa ke sofa. Nasib baik juga tidak
menimbulkan fitnah. Masyallah..
261
Kak Romlah segera menyedarkan Murni dan menyampaikan berita yang sepatutnya Murni
Murni dengar dari mulut pegawai polis itu sendiri.
Pesanannya “Suami Puan kemalangan dan kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru”.
Berbalik ke kesah di hospital!
“Pesakit Zamrizal..”tanya baba Zaki kepada jururawat bertugas
“Encik Zamrizal di bilik 22B, Encik, sebelah kiri, Encik” jawabnya sebaik menyemak
senarai pesakit yang ada di depan matanya.
Bergegas mereka mencari bilik menuju mengikut yang dimaklumkan.
.
Terkuak sahaja pintu bilik 22B, hati Murni lega apabila melihat si suami yang sedang
duduk di atas katil tersenyum. Zamri gembira melihat insan-insan yang istimewa dalam
hidupnya sudah berada di depan mata. Kelihatan seorang anggota polis juga berada di
hujung bilik. Sempat pula baba Zaki berbual dengan si abang polis, menurut laporan hasil
dari keterangan Zamri, polis memaklumkan bahawa dia tergelincir ke dalam gaung kerana
mengelak sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. Disyaki lori tersebut membawa
balak keluar dari kawasan larangan. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut.
Jangan polis bertindak hangat-hangat tahi ayam sudahlah. Mula-mula memang berkobar-
kobar hendak mencari lori hantu tersebut. Tetapi apabila ditelan waktu, pelahan-lahan lupa.
Memang berdendang sayang nampaknya lori hantu tersebut membawa keluar banyak lagi
balak secara haram.
Ahh.. malas Murni hendak memikirkan hal polis dan lori haram. Hal suami yang tidak
tentu lagi ini yang paling dirisaukannya.
“Abang.. abang macammana..?” lembut sahaja suara Murni.
Zamri yang kepala berbebat kain puteh hanya menoleh ke arah Murni. Jelas kelihatan
tanda lebam di muka.
“Muni nangis ya..” soalan Murni tidak dijawab, soalan lain pula yang dikemukakan Zamri.
262
“Mana ada.. Muni hemm..mana ada Muni menangis.!.” jawab Murni masih mahu
menafikan, sedangkan terang-terang nampak muka sudah sembab dan mata pun bengkak.
Hidung berona merah.
Zamri menggenggam tangan Murni. Tidak dapat berbuat lebih dari itu, kedua orang tuanya
ada bersama. Nanti dikatakan tidak hormat kehadiran mereka pula.
“Abang tahu, Muni nangis. Jangan risau, abang selamat, cuma kaki ni aje tak terasa,
macam kebas sahaja. Lain-lain luka sikit aje...nasib baik abang tak bawak laju” jelas Zamri.
“Syukur Alhamdulillah.. Abang selamat..” katanya sayu.
“Kaki tu kebas temporary aje tu.. Zam, doktor dah beritahu tahu tadi… alhamdullillah tak
teruk injurynya..” jawab baba Zaki.
Zamri mengangguk kepala, insyallah, itu sahaja harapannya. Dia masih bernyawa itupun
sudah cukup seribu rahmat.
“Zam kena buat rawatan lanjut kat HBKL, Zam tahu tak?” tanya baba Zaki lagi.
“Saya tahu bah, tapi bila entah .. dia orang tak maklumkan pulak..?, Muni.. Muni dah
inform office hal abang ni..?” Zamri meminta bantuan isterinya untuk memaklumkan apa
yang telah berlaku kepada dirinya.
Dalam sakit-sakit masih juga teringatkan kerjanya.
“Belum bang.. kejap lagi, orang belum masuk kerja lagi..ni baru pukul 7, kejap lagi saya
call..” Murni memberitahu hanya akan menalefon Tuan DO mengenai diri Zamri dan juga
untuk dia memohon cuti tergempar untuk beberapa hari, mungkin cuti untuk menemani
Zamri sepanjang Zamri
Semua memandang ke arah pintu apabila terdengar pintu dibuka.
“Apa khabar hari ini Encik Zamri?” tanya doktor muda bersama pembantunya.
“Macam nilah doktor..” jawab Zamri.
Murni beredar dari berada di sebelah Zamri untuk memberi ruang doktor menjalankan
tugasnya.
263
Doktor membuat rondaan pesakit dan memaklumkan bahawa Zamri akan dihantar ke
HBKL keesokkan harinya. Murni akan menemankannya ke sana nanti. Nampaknya esok
Murni perlu datang dengan persalinan dirinya dan Zamri.
Doktor juga meminta Zamri banyak berehat dalam keadaan dirinya yang baru sedar dan
stabil. Doktor juga memberitahu Zamri memerlukan rawatan lanjut di Hospital Besar
Kuala Lumpur kerana kecederaan yang agak serious di bahagian pinggang. Hentakan kuat
stering kereta ke pinggang Zamri telah mencederakan anggota dalamannya. Hospital Kuala
Kubu Baru tidak mempunyai peralatan secanggih Hospital Besar Kuala Lumpur.
Doktor menyarankan agar Zamri menggunakan kerusi roda buat sementara waktu. Berapa
lama dia akan memerlukan bantuan ini tidak dapat dipastikan. Hanya doktor pakar di
HBKL yang boleh memberikan jawapan
Murni menarik nafas lega, terutama selepas mendengar penjelasan dari doktor tentang
keadaan Zamri. Dia amat bersyukur, doanya di dengar. Zamri hanya cedera ringan.
Betulkah? Doktor memaklumkan keadaan Zamri sudah sedar dan stabil, cuma dia
memerlukan rehat secukupnya.
“Bila dah selesai rawatan kat sana, Murni call Baba tau? Nanti Baba pergi ambil.. ya
Zam..”kata Baba Zaki
Baba Zaki merancang untuk menjemput Zamri dan Murni di Kuala Lumpur kelak. Mek
Ros bersetuju. “Nanti kita boleh jugak singgah rumah Kak Chah ya bang..” ujar Mek Ros.
Kak Chah, kakak sulung Mek Ros, emak saudara Zamri. Tinggal di Bukit Kerinci bersama
keluarga anak lelakinya.
“Ha ah.. lama jugak kita tak jengok dia sekeluarga, kalau Zamri sihatpun boleh ikut sekali,
dia tak sempat datang masa majlis Zam dulu, dia dah sakit-sakit, tak larat nak travel
katanya. Bolehlah dia berkenalan dengan Murni?” sambung Mek Ros.
Zamri dan Murni hanya tersenyum. Jika Zamri sihat, apalah salahnya berkunjung sekali.
Sambil menziarah, dapat pula berkenal-kenalan. Bukan orang lain emak saudara sendiri.
Bisik hati Murni. Rupanya ramai lagi saudara mara Zamri yang Murni belum kenal. Kini
264
sudah menjadi keluarga orang Jengka, kenalah pandai-pandai menyesuaikan diri dengan
keluarga orang Jengka jawabnya.
“Saya okey aje Mek. Ke mana saja Abang Zam pergi, saya akan ikut..” jawab Murni,
mengalehkan pandangan ke arah Zamri yang senyum sumbeng.
Bangga dengan pengakuan isterinya yang memang nampak menyayanginya.
“La.. baguslah kalau macam tu.. ah Zam, macammna? Murni dah setuju tu..” tegur Abah
Zaki.
“Baba yang drive, bukan Zam, jadi ke mana aje Baba bawa, Zam kena ikutla. Macamana
Zam nak bantah, kalau Zam bantah jawabnya kena tinggal kat hospital sorang-sorang,
mana boleh jadi…?” jawab Zamri, bergurau.
“Ya tak ya jugak..: jawab Baba Zaki.
Terkedu dengan jawapan si anak dengan soalan spontannya.
Semua ketawa berderai..ha..ambik kau..jawapan dari orang sakit.
Belum lagi sampai di Kuala Lumpur sudah perancangan dibuat, apa-apapun semua
perancangan yang baik, apalah salahnya dituruti. Kunjung mengunjung, mengeratkan
silatulahim.
265
Kak Romlah terintai-intai dari celah langsir, dia nampak seperti ada orang di luar pagar. .
Pada mulanya dia ingatkan Fifi, emak si Huzna menghantar Mila pulang dari sekolah,
tetapi masih awal lagi. Hendak di katakan Murni, Murni sudah keluar bersama mertuanya
ke hospital, mustahil juga dia boleh balik seawal ini? Di selaknya langsir lagi sekali, dia
perlu pastikan betul-betul apa yang dia nampak. Siapa agaknya, mungkin mencari rumah
seseorang. Manusia mempunyai berbagai ragam, mungkin yang ini malu hendak bertanya.
Yang malu tidak bertempat tu kenapa? Hendak gunakan peribahasa “Malu bertanya sesat
jalan“ sudah tidak berapa praktikal hendak digunakan kerana zaman canggih sudah ada
GPS siap bersuara. Share location, boleh berkongsi lokasi. Google map pun ada. Semua
infomasi boleh di dapati hanya dengan hujung jari, apa lagi hendak?
Ahhh.. baik sahaja bersangka bahawa si perempuan malu bertanya, apa salahnya Romlah
sahaja yang bertanya.
“Assalamualaikum cik, cik cari siapa?“ tanya Kak Romlah sopan.
“Mulaikumsalam hemm..Kak.. saya nak tanya, ini rumah Murni ke?“ tanya si perempuan
yang berseluar jeans dan blouse biru. Rambut pendek setakat bahu. Ranggi.. orang KL
agaknya, telah Kak Romlah.
“Kenapa cik mencari Murni, cik ni siapa?” tanya kak Romlah lagi.
Hairan pula dia. Murni tidak pula berpesan yang dia menunggu seseorang.
Hissy susah…
“Saya ni dari KL, saya kawan Murni…” katanya sambil tangan mengelap batang
hidungnya yang sudah berkeringat. Bila di amati wajah si perempuan, cantik juga
orangnya. Puteh dan memang nampak modern.
Kak Romlah tidak berani hendak memperlawa si perempuan masuk ke rumah. Ini rumah
Murni dan Zamri, bukan rumahnya. Takut pula dia hendak pandai-pandai, zaman sekarang
kena berhati-hati. Banyak sudah dia dengar cerita orang dipukau, perompak di siang hari
dan macam-macam yang tidak terfikir oleh kepala otak orang yang jujur.
“Kawan Murni?” tanya Kak Romlah lagi, sudah seperti seorang anggota polis.
266
“Ya.. kawan Murni masa Murni di KL dulu. Jadi betullah ini rumah Murni?” ulangnya,
apabila bukan jawapan yang dia dapat.
Asyik-asyik soalan dari perempuan separuh umur ini.
“Siapa nama cik?” tanya kak Romlah seterusnya.
“Jadi betullah ini rumah Murni? Saya aaa…nak jumpa dia..dia ada?” ulang si perempuan.
“Murni dah keluar..ada apa-apa yang saya boleh sampaikan kepada dia..?” tanya Kak
Romlah.
Cukup sekadar memberitahu Murni tidak ada di rumah. Rasanya tidak perlu diceritakan
kesah Zamri yang terlantar di hospital. Si perempuan kawan Murni, bukannya kawan
Zamri.
“Ohh.. bila agaknya dia balik. Saya betul-betul nak jumpa dengannya..” kata si perempuan
itu lagi.
“Lain kali ajelah cek datang, saya pun tak pasti bila Murni ada. Dia bukan ada di sini, dia
ada di tempat lain”jawab Kak Romlah, pandai juga dia jual temberang.
“Ohh.., tak apa kak, terima kasih. Nanti aje saya datang..” katanya dengan nada kendur,
bunyi seperti kecewa sahaja.
“Terima kasih...“ dan dia terus beredar.
Kak Romlah tergaru-garu kepala, siapa pula perempuan yang tidak bernama itu. Datang
dari Kuala Lumpur mencari Murni. Murni tidak pernah pula bercerita yang dia masih ada
kawan di Kuala Lumpur? Misteri betul perempuan ini. Yang pasti, si perempuan datang
salah timing, di waktu Murni di dalam kerisauan.
Kak Romlah mendekati Murni yang sedang menyusun pakaian Zamri untuk di bawa ke
hospital.
“Muni, tengahari semalamkan, ada seorang perempuan datang cari Muni. Dia kata, dia
kawan Murni dari KL. Yang akak tak faham tu, dia tak beritahu nama dia?“ kata Kak
267
Romlah sambil memerhati tangan Murni yang ligat melipat dan menyumbatkan beberapa
helai pakaian ke dalam beg.
“Kawan? KL? Siapa agaknya ya?“ jawab Murni acuh tak acuh.
“Macammana rupa dia? Entah Muni tak ingat, memang Muni ramai kawan masa kerja kat
Putrajaya dulu tu..” jawab Murni sambil terus menguruskan apa yang perlu dibawa buat
encik abangnya.
“Muda.. cantik jugak. Orang bandar, tak cantikpun jadi cantik, bila dah bergaya.. “kata
Kak Romlah yang duduk di tubir katil.
“Entah, mungkin jugak kawan Murni.. masa kat Putrajaya dulu kot? Tapi rasa Murni dia
orang tak tahupun Murni tinggal kat sini?“ kata Murni, dia hairan.
“Tak apa kak.. kalau dia serious nak jumpa Muni, nanti dia datang lagi la.. “jawab Murni
sambil menarik zip beg.
“Ah ah..akak dah kata Muni sebok sekarang ni,mungkin.. mungkin dia datang
lagi..“ perlahan sahaja suara Kak Romlah.
Sekurang-kurangnya dia sudah memberitahu Murni apa yang berlaku, setelah tertangguh
selama sehari semalam. Namun kepala otak Kak Romlah memikirkan, siapakah agaknya
si perempuan sanggup mencari Murni sampai ke Fraser Hill ini.
Mustahak sangatkah?
Terkejut Kak Romlah apabila Murni memegang bahunya.
“Akak tak usah risaulah kak. Kalau dia datang nanti tahulah Muni siapa orangnya. Kalau
dia datang lagilah..“ kata Murni sambil tersenyum sambil mengheret beg lalu
ditinggalkannya di hujung katil.
Dia cuma mengembirakan kakak angkatnya yang nampak seperti risau, apabila perempuan
yang entah dari mana yang tiba-tiba muncul mencari Murni. Sebenarnya, Kak Romlah
dapat rasakan si perempuan berniat buruk terhadap Murni. Tetapi Murni sudah mengaku
dia mungkin kawannya, hendak buat macammana?
“Harap-harap jangan kau datang lagi.. memeningkan kepala aku je” bisik hati Kak Romlah
lalu meninggalkan Murni yang sebok bersiap untuk ke hospital semula esok.
Di fikirannya tidak ada langsung bayangan dia memikirkan siapakah perempuan yang
sedang menjadi dirinya.
268
Dia ada tugas yang lebih besar yang perlu difikirkan. Tugas membantu suami agar cepat
sembuh.
269
Sudah dua hari dua malam Murni meneman Zamri di HBKL. Laporan mengenai
kecederaan Zamri masih tidak dapat dipastikan. Jika dilihat dari fisikal, Zamri nampak
sihat, tetapi kenapa dia masih ditahan?
Soalan yang masih menjadi tanda tanya kepada Murni, begitu juga tuan punya badan,
Zamri.
“Murni, kalau abang cacat, terus tak boleh jalan, Murni masih sayang abang lagi tak?”
soalan yang terkeluar dari mulut Zamri semasa Murni leka mengelap muka dan badannya
dengan air suam. Kerana dia tidak boleh berjalan, Zamri hanya dry cleaning sahaja. Mandi
hanya sekali sehari, di sebelah pagi.
“Apa abang ni, merepek aje la. Abang boleh jalan, cuma lambat aje.” Murni menjawab
soalan yang tidak terduga olehnya.
“Abang tanya ni.. kalau.?” sambung Zamri lagi.
“Dahlah tu, tak ada kalau..kalaunya..baik cerita lain. Cerita yang happy.. happy.. Muni tak
mahulah cerita yang belum pasti macam tu.!”. tangan Murni masih mengelap Zamri.
Jika tadi tangan kanannya, kini sudah beralih di tangan kiri. Zamri merenung tajam ke
wajah isteri yang sangat dekat kepadanya masih sebok mengelap seluruh tangannya.
“Lepas Muni selesai lap badan abang, abang nak makan tak? Muni suap..” terhenti sekejap
Murni kerana bertanyakan Zamri niatnya.
“Boleh juga, makan sama Muni.. tapi abang tak mahu makanan hospital la..abang
bukannya sakit..lauk hospital untuk orang sakit, abang tak sakit, kaki aje yang sakit. Selera
masih tajam” ujar Zamri sambil menaikkan matanya ke atas memandang siling, menunggu
apa pula jawapan isterinya yang masih leka memerah tuala di dalam baldi kecil.
“Hemm.. saya tahu, kaki abang aje yang sakit. Kalau macam tu, Muni beli aje kat kantin,
abang nak lauk apa..” tanyanya lagi
“Apa-apa aje, yang Muni rasa sedap..sedaplah abang rasa” jawab Zamri.
“K” singkat aje jawapan Murni.
270
Selesai sahaja tugas Murni membersihkan Zamri, Murni menyeluk begnya dan mengambil
dompet duit dan dia turun ke kantin mencari makanan mengikut seleranya.
Dibelinya lauk masak lemak pucuk paku, ikan kembung sambal dan sambal tempeh. Dia
yang teringin lauk-lauk tu, maka lauk itulah dibelinya. Dia tahu Zamri juga akan suka
dengan pilihannya.
“Abang ni sebenarnya tak perlu disuap, tangan abang tak cedera, cuma kaki.” jelas Zamri.
Berulang-ulang memberitahu yang dia tidak sakit, cuma cedera di kaki.
“Tak apa, Muni nak suap juga…” desak Murni.
Berselera sungguh Zamri makan, tambahan pula disuap si isteri. Bukan main manja lagi
layanan Murni.
“Kalau macam ni, abang nak sakit selalulah, boleh Muni suapkan..” Zamri bersuara dengan
mulut yang penuh.
“Dah over pulak.. jangan nak mengada-ngada..” jawab Murni, tetapi di dalam hati,
sebenarnya Murni gembira. Jika Zamri mahu disuap setiap haripun tidak mengapa, dia
sanggup. Tidak perlu hanya semasa dia sakit.
Doktor membuat lawatan, singgah di tempat Zamri, doktor muda itu tersenyum-senyum.
Mesra dan manja sahaja nampaknya couple itu. Nurse juga turut tersenyum-senyum. Murni
memberhentikan menyuap Zamri. Malu pula dirasakan di perhatikan. Bukan buat apapun,
hanya menyuap si suami makan, salahkah?
Doktor mendekati Zamri dan menyemak carta di hujung kaki. Segala anggota dipegangnya
dan tertanya sama ada Zamri dapat merasa sentuhannya. Malah Zamri juga dapat merasa
pegangan doktor kepada kakinya, cuba tidak kuat.
Encik Zamri, saya dapati kaki encik Zamri tidak mengalami cedera yang teruk. Encik tidak
boleh berjalan hanya buat sementara waktu sahaja, tetapi dengan physical therapy,
insyallah encik boleh berjalan semula. Encik boleh buat physical therapy di tempat Encik
atau hendak teruskan di sini. Kami boleh aturkan. Cuma, hemm..cuma saya juga dapati,
pinggang encik mengalami kerosakan agak teruk. Hentakan, mungkin hentakan benda
keras yang penyebabnya. Kerosakan ini mungkin mengganggu reproduction organ encik,
saya harap kerosakan itu juga temporary… encik faham apa yang saya maksudkan. Tapi
encik kena ingat, itu semua kuasa tuhan, kami doktor, hanya dapat membuat diagnose dan
271
analisa. Kadang-kadang tidak tepat juga. Jika dirawat dengan betul, mungkin boleh
sembuh.” Doktor muda itu memberi penjelasan di atas rawatannya. Zamri dan Murni setia
mendengar.
“Encik inform nurse, di mana encik hendak meneruskan rawatan physical thearapy tu,
nanti kami boleh aturkan. “ doktor muda itu meneruskan penjelasannya dan kemudian
meninggalkan bilik Zamri.
Ternganga Murni dan Zamri mendengar penerangan doktor, terutama penerangan yang
mengenai reproduction organ tu. Zamri terus terasa kenyang. Murni faham, Zamri merasa
dirinya sudah tidak sempurna sebagai seorang lelaki. Besar sungguh dugaan mereka.
“Abang nak thearapy kat sini atau kat Kubu Baru aje..” Murni cuba mengalihkan ingatan
Zamri kepada masalah dirinya.
“Entah.. abang, mana-manapun boleh..” jawab sambil lewa Zamri
“Kalau kat Kubu Baru, Murni boleh pergi kerja, petang Murni datang teman abang sampai
malam, abang setuju tak.? Tanya Murni
“Hemm..” sambil lewa sahaja menjawab.
“Abang.. jangan difikirkan sangat hal tu.. kan Muni dah cakap, Muni akan bersama abang,
walaupun dengan apapun keadaan abang.” Kata-kata semangat dari Murni.
“Ya lah, Muni boleh cakap sekarang, akan datang kita tak tahu...!”sedih sahaja Zamri
bersuara.
“Ha.. abangpun cakap akan datang kita tak tahu, jadi jangan difikirkan sangat, yang
penting abang selamat dan Muni ada di samping abang sekarang ni..itu dah cukup, Muni
rasa”kata Murni.
“Abang tak dapat nak bahagiakan Muni lagi..Murni faham tak?” nada suara Zamri sedikit
tinggi.
Bunyi seperti orang hilang harapan, dia kecewa. Kelelakiannya sudah tidak berfungsi.
“Bahagia macammana lagi yang Muni nak..Muni dah bahagia sekarang ni bang, Muni ada
abang, Muni ada Mila, Muni dah ada segala-segalanya yang seorang perempuan tu
perlu.”kata Murni.
272
“Abang tak boleh beri Muni zuriat. Muni dengar tadi apa doktor tu cakap” sedih sahaja
nada Zamri.
“Shuuut.., cukup tu bang, jangan cerita lagi hal tu boleh tak, itu semua kuasa tuhan. Doktor
tadi tu pun cakap, itu kuasa tuhan, dah..dah tu.. abang jangan bangkitkan lagi cerita tu.
Sekarang ni kita arrange. Sama ada nak balik Kubu Baru atau therapy kat sini..hemm kita
balik Kuala Kubu lahya..” tangan Murni sudah singgah di bibir Zamri.
Murni masih mencadangkan agar therapy di Kuala Kubu sahaja.
“Abang setuju tak ni? Atau abang nak buat kat sini aje.. kat sinipun boleh, Muni tunggu la,
kalau lama, Muni ambil cuti tanpa gaji aje..” kerana tidak mendapat jawapan, Murni
membuat andaian yang Zamri setuju di KL.
“Ikut senang Muni.. abang dah malas nak fikir, abang dah tak guna..” Zamri menjawab
sambil lewa.
Penjelasan doktor mengenai dirinya betul-betul melemahkan semangatnya.
“Abang.. Muni kata jangan fikir lagi perkara tu, abang jangan fikir. Hish penatlah
bercakap dengan orang degil macam abang ni..” Murni duduk di birai katil hospital yang
sempit dan memeluk bahu Zamri, terus melentokkan kepalanya ke bahu Zamri.
Zamri terangak-agak hendak memeluk isterinya. Dia masih sangsi dengan kata-kata
isterinya. Adakah Murni bercakap jujur dengannya atau sengaja tidak mahu menyakitkan
hatinya. Sedangkan dia dengar sendiri, bahawa diriya sudah tidak boleh berfungsi sebagai
lelaki normal. Murni mendongak dengan senyuman, Zamri dipeluknya erat. Nasib baik
bilik untuk 2 pesakit itu hanya Zamri seorang sebagai penghuninya. Jika tidak, pastinya
menjadi tontonan pesakit lain.
273
Terkejut Murni dan Zamri apabila pintu bilik terkuak. Hendak katakan doktor membuat
lawatan, baru sebentar sahaja tadi doktor menjalankan tugasnya. Hendak dikatakan
pembantu hospital membawa makanan, sudah dimaklumkan oleh Murni bahawa bilik
Zamri tidak memerlukan makanan untuk hari ini. Hendak dikatakan pencuci bilik,
selalunya lewat petang baru mereka datang. Cepat-cepat Murni mengangkatkan kepalanya
dari bahu Zamri.
Muncul seorang lelaki segak bergaya, walaupun hanya dengan memakai kemeja berkolar
kelabu dan seluar jeans denim, berjalan menuju ke arah mereka dengan menjinjing sebakul
buah yang dihias cantik dengan bunga dan reben. Murni ternganga, dia kenal betul dengan
si lelaki. Zamri juga kenal.
“Macam mana pula jantan ini tahu, kita orang ada di KL, siapa pula yang gatal mulut
memberitahu dia?” bisik hati Murni yang geram.
Lelaki itu terus mara menuju ke arah mereka.
“Assalamulaikum.. “Ammar memberi salam.
Salam dijawab oleh Zamri, Murni hanya menjawabnya dalam hati. Dengan lelaki itu,
Murni memang tidak selesa, memang dia benar-benar tidak selesa.
“Maafkan saya, datang tak beritahu, yesterday I call your office nak beritahu this week end
kononnya mahu ke sana, tahu-tahu the operator inform me that you involved in a car
accident.. lepas tu dia kata you kat HBKL, apa lagi, I trace you and here I’m.” jelas
Ammar.
Bercerita panjang seperti hendak mengarang cerpen.
Dia ingat suka sangatkah Murni hendak mendengar cerpennya yang tidak menarik
langsung itu!
Namun Zamri setia mendengar. Hanya Murni buat muka sardin, lantaklah kau hendak
cerita apa, Murni tidak berminat hendak mendengar. Setiap patah perkataan yang keluar
dari mulut lelaki itu membuat Murni jelik. Mahu sahaja dia menutup telinganya, tetapi
nanti dikata tidak sopan pula. Jawabnya terpaksa sahaja menadah telinga untuk mendengar,
274
ibarat masuk telinga kanan dan serta merta keluar telinga kiri. Memang nampak paksa rela,
suka atau tidak, itu belakang kira.
“Who cares.. ada aku peduli.!.” bisik hati Murni lagi, mulutnya mencebek.
“Terima kasih, datang. I tak ada apa-apa, semua selamat, as you can see.. cedera sikit aje.”
lain pula sambutan dari Zamri.
Orang hendak menziarah, apa salahnya.
Bukankah hadith nabi “Setiap orang yang menziarah orang sakit, akan membawa bersama
jika pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat
sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000
malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan
mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” Jadi
itulah yang Ammar lakukan, menziarah.
Untuk kesejahteraan seorang yang dia tidak tahu hendak iktirafkan, sebagai seorang kawan
atau seorang lawan!
Hendak dikatakan seorang lawan, lelaki yang terlantar itu terlalu baik menerima
kehadirannya. Hendak dikatakan kawan, lelaki yang terlantar ini juga telah merosakkan
rancangannya untuk merampas semula hati bekas isteri. Apa hendak dikata, best man win.
“Nah..” Ammar menghulurkan bakul itu kepada Murni.
Mahu tak mahu Murni menyambut dan meletakkannya di meja sisi katil yang kosong
kerana meja sisi Zamri sudah penuh dengan berbagai barang, termasuk sejambak bunga
yang diberi Khairuzzaman, anak sulung Mak Chah.
“Alhamdullilaah.. semua selamat, sebab kata operator tu, you involved dengan lori balak..
ngeri jugak bila I dengar. Tambah-tambah lagi, mereka kata kereta you yang masuk gaung
tu jatuh upside down. Macammanapun syukur, you tak apa-apa, hanya cedera ringan” jelas
Ammar lagi.
“Ni nak tanya? Tahu tak lori siapa? Dari syarikat mana? Kalau hendak saman mereka, saya
boleh bantu..” jelas Ammar.
Kalau dah lawyer tu, ke mana-mana otak lawyer, ingat saman menyaman sahaja yang
mereka tahu!. Sekurang-kurangnya dapat satu lagi job.
275
“Polis sedang siasat.. susah juga, saya tak dapat beri banyak maklumat sebab sudah gelap
waktu tu. Itulah, lori tu pun dah nak cepat, takut tak sempat hendak turun. Saya yang
mengelak, tu yang jatuh gaung. Kalau saya tak elak, saya dah di bawah tayar lori tu. Encik
Ammar tentu tidak dapat berbual dengan saya sekarang..” jelas Zamri.
Masih lagi hendak bergurau.
Ammar hanya angguk.
“Tak apalah, if you need any legal information just buzz me..” katanya lagi.
“By the way.. Mila suka tak hadiah yang I hantar?” tanpa menyebut nama, Murni tahu
pertanyaan ditujukan kepada dirinya, apabila Ammar menoleh ke arahnya yang sedari tadi
hanya diam membisu.
“She love it..” jawab Zamri.
Soalan ditujukan kepada Murni tetapi Zamri pula yang menjawab.
Jika diikutkan hati Murni, mahu rasanya dia memberitahu Ammar supaya jangan
menghantar barang-barang sedemikian lagi kepada Mila. Tetapi bila dia teringat pesan
Zamri, dibatalkan niatnya.
“Oh..I’m sorry I shouldn’t raise this issue at this moment.. I’m sorry” Ammar tunduk,
menyedari dia bertanya tidak kena pada waktu dan tempat.
“Zamri, kalau ada apa-apa yang you perlukan, just let me know. At least di KL ini I akan
bantu apa yang I boleh..” ulang Ammar cuba membantu.
“Thanks.. kami dah nak balik, esok mungkin I discharge..” jelas Zamri dengan girang.
“That soon? Why so soon, you dah sihat betul ke Zamri?..” soal Ammar
“Ya.. kan I dah kata, I tak serious mana pun..” Zamri menyakinkan dia sihat.
Cerita sebenar tidak diberitahu, biarlah dia dan Murni sahaja yang tahu. Oh ya, dan doktor
muda yang merawatnya juga yang mengetahui. Lama juga mereka berbual. Murni
langsung tidak ambil pusing mahupun menyampuk dengan apa yang dibualkan mereka.
Malas hendak Murni layan. Lelaki itu memang sudah dipadamkan dari kotak fikirannya
sejak dia menjadi Mrs Zamri. Cuma sekarang lelaki ini asyik selalu muncul di hadapannya,
276
membuatkan dirinya rimas. Murni faham dan cukup mengerti, lelaki itu akan terus muncul
selagi dia tidak dapat apa yang dia hendak.
Wajah Mila terbayang.
Lega hati Murni sebaik sahaja Ammar pergi meninggalkan mereka. Sempat pula Ammar
menjeling ke arah bekas isterinya. Murni buat tidak nampak sahaja. Dia sudah ada Zamri,
Zamri segala-gala bagi dirinya kini. Walau apapun keadaannya, Zamri akan tetap disisinya.
Namun persepsi Zamri lain pula, dia perasan, Ammar masih sayangkan Murni. Dari gerak
mata dan renungan Ammar kepada Murni, Zamri dapat mentafsirkan. Masih ada kasih
Ammar terhadap Murni, membuat Zamri tercabar.
“Inilah manusia.. bila dapat peluang, bukan main lagi hendak ambil kesempatan, sudah
beri betis, hendak peha pulak..” bisik hati Zamri, geram.
Entah mengapa, jika dahulu dia tidak merasa cemburu, tetapi tidak sekarang. Sekarang dia
merasa sangat cemburu dan rasa tergugat, terutama apabila menyedari keadaan dirinya.
Dirinya yang sudah tidak sempurna sebagai seorang yang dipanggil “Lelaki”.
277
Dua minggu berlalu begitu pantas. Murni sudah lali berulang-alik dari Fraser Hill ke Kuala
Kubu Baru. Jadualnya ketat, sehingga tidak ada ruang untuk dia memikirkan yang bukan-
bukan, terutama soal Ammar. Bila sebok, masalah Ammar hilang dibawa terbang dek
angin lalu. Jadual harian bermula seawal subuh. Selesai sembahyang subuh di hospital dia
akan terus memandu pulang ke rumah. Menukar pakaian dan terus ke tempat kerja. Waktu
rehat tengahari juga dia pulang ke rumah, untuk bertemu dengan Mila yang di bawah
jagaan Kak Romlah, Baba Zaki dan Mek Ros. Waktu rehat tengahari sahaja dia dapat
bertemu dengan anak kesayangan dan mertuanya. Sebelum jam 2.00 bergegas semula ke
pejabat. Tepat jam 5.00 petang dia memandu ke hospital semula. Nasib baik tidak ada
kesesakan lalu lintas. Semua berjalan lancar, cuma jika hari hujan Murni terpaksa
memandu perlahan, dan akan terlewat sedikit sampai bertemu Zamri. Hasil dari intensive
physical thearapy yang dijalankan ke atas Zamri, nampaknya Zamri sudah boleh berjalan.
Tetapi berjalan dengan bantuan tongkat berkaki empat.
Puhh! Nasib baik dia tidak terus menggunakan kerusi roda.
Hari ini hari terakhir kepada routine itu, Murni akan membawa Zamri pulang. Murni
mengemas bilik yang menjadi bilik tetapnya selama dua minggu. Tidak selesa seperti bilik
hotel, tetapi mendamaikan kerana dia sentiasa berada dengan orang tersayang.
Murni memeriksa laci-laci, manalah tahu ada barang-barang yang tertinggal. Jika tertinggal,
jawabnya wassalam!
Tidak Murni lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua doktor, perawat dan
juga pembantu hospital yang sudah bersusah payah membantu Zamri agar dia sembuh di
sepanjang sessi rawatannya di hospital ini. Sedih pula dirasa, apabila sudah sebati di dalam
diri. Namun syukur, Zamri sudah sembuh. Di luaran, dalaman? Hanya DIA yang maha
mengetahui.
278
Semua menyambut kepulangan Zamri dengan gembira. Paling gembira Mila kerana ayah
Zam sudah sihat.
Memandangkan Zamri agak sukar menaiki tangga, bilik di tingkat bawah menjadi bilik
sementaranya. Semua sudah dikemas oleh Kak Romlah. Bilik yang dahulu menjadi bilik
hinggap Kak Romlah, kini sudah menjadi bilik Zamri dan Murni sehingga Zamri betul-
betul sudah sihat. Cuti juga dipanjangkan sehingga 2 minggu lagi. Kerana cuti sakit dari
hospital, Zamri cuti bergaji penuh. Zamri mengambil kesempatan bercuti untuk
menyiapkan laporan lawatannya ke Tu Ah Tower yang tertunda. Dia tidak ada masalah
untuk menyiapkan, kerana dia hanya sakit kaki, bukan sakit otak. Tuan DO, Tuan Megat
Qalif dan teman-teman sering menziarahnya, sama ada semasa dia di hospital KKB,
mahupun di rumah. Zamri tidak pernah sunyi, ada sahaja orang datang melawatnya.
Popular juga Lee Min Ho Malaya ni ek!
Dua minggu kemudian, tongkat kayu pula sudah boleh disimpan ke dalam stor. Baba Zaki
dan Mek Ros pun sudah pulang ke Jengka. Namun mereka masih saban hari menalifon
bertanyakan khabar, begitu juga Papa Majid dan Mama Seri. Mereka sungguh perihatin,
jika bab anak menantu mereka. Esok hari pertama Zamri bekerja setelah bercuti panjang.
Bukan main tidak sabar lagi Zamri hendak memulakan tugasnya semula. Barulah dia sedar
betapa bosannya tinggal di rumah jika lama bercuti. Lainlah jika dia bercuti bersama Murni
dan Mila, jika bercuti bersama mereka 2 bulanpun dia sanggup.
Ini tidak, Mila ke sekolah, Murni ke pejabat. Hanya ada Kak Romlah dan orang tuanya.
Bukan maknanya dia tidak gembira bersama kedua ibu bapanya, cuma suasana itu lain,
bila bersama dengan dua insan yang sudah menjadi sebahagian dari dirinya.
279
“Biar Muni drive, abang duduk sebelah diam-diam aje…” kata Murni, memujuk Zamri
yang degil mahu memandu.
“Tak..tak..tak.. abang nak drive. Muni duduk sebelah jadi mem..kenapa? Muni takut ke,?
takut kaki abang kebas lagi.. dah okeylah sayang..” jawab Zamri sambil menjeling ke arah
isterinya. Sambil ditepuknya kedua pehanya, bagi menguatkan katanya yang dia sudah
sihat sepenuhnya.
Tangan menadah, meminta kunci kereta yang sudah dipegang Murni. Murni serba salah.
Melihat wajah Zamri yang meminta simpati, Murni terbayang adigan si kucing kuning
Puss in Boots, Murni terus jatuh kasihan. Murni menghulurkan kunci ke tapak tangan yang
sedia menadah. Hendak buat bagaimana, suami ada kuasa Veto!!.
Kak Romlah hanya mengelengkan kepala melihat telatah adik angkatnya. Pasal kuncipun
jadi masalah.
“Bukan pasal kaki tu.. pasal Muni nak bagi abang rehat lagi. Bukannya jauhpun, tak
sampai 15 minit …” Murni tidak puas hati.
Murni kena akur, arahan suami. Kunci kereta sudah diberi tetapi Murni masih membebel.
“15 minit ke, satu minit ke.. abang nak drive..full stop..” jelas Zamri.
“Ialah cik abang sayang..” Murni malas hendak bertengkar pasal perkara kecil.
“Hemmm abang rindu bilik abang..” sambung Zamri lagi.
Murni jeling sotong, sepatutnya orang beri cuti, happy, tetapi lelaki ini terbalik kot, lebih
suka bekerja..
“Selamat kembali Zam..kau dah betul-betul sihat ke?” tanya Hamdan sewaktu bertembung
di lobi pejabat.
“Macam ni lah Medan..” jawab Zamri.
Tangan Hamdan menepuk lembut bahu Zamri..
280
“Janji kau dah selamat, bro..” katanya lagi.
Zamri hanya sengeh.
Melintas beberapa orang temannya, juga mengucapkan ucapan yang sama. Mereka terharu
dan bersyukur. Jika dilihat dari bentuk kereta Zamri yang remuk, nauzubillah, memang
orang mudah berkata, pemandunya tentu tidak ada harapan. Rupanya, Allah beri peluang
kedua kepada Zamri, Syukur..
“Kenapa dia orang tengok kita tersengeh-sengeh aje ya Murni?” tanya Zamri.
“Entah bang? Muni pun tak tahu? Sebab mereka tak sangka kut, dapat jumpa abang lagi..”
kata Murni.
“Tak patut betul dia orang ni, fikir negatif aje..” omel Murni.
“Hish.. jangan sangka buruk, mungkin mereka gembira abang dah selamat, mana kita
tahu..” kata Zamri yang sentiasa memikirkan yang baik-baik sahaja.
Murni diam, ada betulnya juga, hati manusia, manalah kita boleh baca.
Murni menghantar Zamri ke pejabatnya kemudian baru ke biliknya.
“Puan, Tuan Megat nak jumpa Puan dan Encik Zamri, sekarang.. urgent!” kata Shiha, si
Pembantu Khas tuan DO.
Murni baru hendak memulakan kerja, sudah di panggil pula.
“Big boss hendak apa?” tanya Murni
“Apa hal Shiha, tak tahu. Dia nak jumpa kat bilik Meeting. Ada hal penting!” jawab Shiha,
gelabah sahaja gayanya.
“Sayapun tak tahu puan? Tuan DO suruh panggil.saya panggil lah!, Puan dan Encik Zamri
ya puan?” ulangnya.
“Ya.. Ya.. saya akan datang kejap lagi..” jawab Murni.
Shiha hilang, berdesup pulang ke bilik, agaknya.
Takut di marahi boss, jika hilang lama-lama.
Murni tanpa berlegah, berjalan pantas ke bilik Zamri.
“Bang, boss nak jumpa kita kat bilik mesyuarat, A.S.A.P..” kata Murni cemas,
281
“Memangpun abang nak jumpa Tuan Megat, kejap-kejap lagi.. ni dia dah panggil elok
sangatlah..jom lah!” kata Zamri.
Murni yang masih kurang yakin yang si suami sudah pulih sepenuhnya masih bersungguh-
sungguh memastikan si suami berjalan dengan betul.
Muni.. please.. I’m okey. Your husband is not cripple, okey.!.” kata Zamri.
Murni hanya senggeh diperli suami.
Niat hanya ingin membantu.
Kedua-duanya berjalan pantas ke bilik mesyuarat.
Pintu bilik mesyuarat ditolak rakus.
Murni dan Zamri ternganga kaku…
Hah! apa hal!
282
“SURPRISE!!!” bergema laungan suara semua yang ada, termasuk big boss, Tuan Megat
Qalif.
Dia bertepuk tangan apabila melihat pasangan Murni dan Zamri yang sudah terkejut beruk,
ternganga, ingatkan mesyuarat tergempar, rupanya.
Hampeh betul si Shiha!
Kemudian mereka tersenyum. Apalah si Shiha ni, dah buat kejutan, pandai kau berlakun ya.
Tadi, mati-mati ingatkan memang ada mesyuarat!
Tuan DO membuat jamuan mengejut di bilik Mesyuarat. Jamuan doa selamat dan juga
jamuan selamat kembali bertugas kepada Zamri, katanya. Tuan DO membuat tempahan
catering khas dari Shahzan Inn Resort. Murnipun tidak tahu menahu rancangan mereka,
Kalau Murni tahu, bukanlah namanya surprise party kan?.
Siap kain rentang tertulis “Welcome back Zamri” berkilau-kilau di dinding.
Habis, tidak tertulispun di mana-mana nama Murni?
Dia tumpang nama Zamrilah jawabnya.
Gasaklah kau..
Dengan belon dan bermacam-macam reben yang berwarna warni. Angin siapa agaknya
yang memenuhi belon-belon tersebut. Mahu semput si peniup belon. Guna pam basikal
gamaknya. Gaya party birthday remaja sahaja. Zamri terharu, kepulangannya di sambut
begitu sekali.
Zamri yang sudah tidak bertongkat, merasa malu pula apabila kepulangannya selepas
bercuti selama sebulan disambut sebegitu. Dia bukannya VIP, cuma pegawai cabok sahaja,
namun Zamri sungguh terharu, Megat Qalif sentiasa menghargai kehadiran setiap anak
buahnya.
“Zamri.. welcome back” tegur Tuan DO
“Are you sure you dah totally recovered or you want a few more days..” tanyanya lagi.
283
“I’m fine.. Tuan.. and thank you. Saya dah cukup rehat, tak mahu dah cuti lagi, beku otak
saya lama-lama kat rumah!” jawab Zamri sambil senyum kepada bossnya.
Tunjuk hendak dapat penghargaan khidmat cemerlangkah?
“Tak .. bukan begitu Zamri, saya hendak pekerja saya betul-betul sihat, takut mudarat jika
tak sihat lagi dah buat kerja..” soal Tuan DO
“Jangan risau Tuan.. saya dah sihat..” jawab Zamri lagi.
Menjawab dengan bersemangat sekali. Kena tunjuk yang dirinya betul-betul sudah
bersedia untuk berkhidmat semula.
Hendak beri cuti lagi? Mahu mati kutu di rumah sorang-sorang. Kak Romlah sudah
tentulah tak boleh datang. Nak mampus berdua sahaja dengan Kak Romlah di dalam satu
rumah. Lainlah kalau ada Murni bersama. Asyik-asyik Murni, asyik-asyik Murni, seperti
tidak ada perempuan lain di dunia selain dia selain dari Murni.
Bercerita pasal Murni, di mana dia?
Zamri sedari, sejak sampai tadi dia tidak nampak kelibat isterinya. Sedangkan dia datang
ke bilik mesyuarat itu tadi bersama!
“Nah.. cukup tak?” tertoleh Zamri mendengar suara Murni yang tiba-tiba muncul di
sebelahnya menghulurkan sepinggan makanan. Barulah Zamri sedar, isterinya hilang
kerana pergi mengambil makanan untuknya. Tuan DO yang duduk di sebelah Zamri hanya
pandang sinis.
“Tuan ?“ tanya Murni, manalah tahu Tuan DO memerlukan sesuatu.
Tuan Megat hanya menangkat tangan dan mengoyangkannya.
Phew.. Murni lega. Takut pula nanti dikatakan mengampu boss...
Bukan Murni hanya pentingkan hal suaminya sahaja, tanpa memperdulikan big boss.
Murni tahu, hal Tuan DO akan di uruskan oleh si Shiha, Pembantu Khas, merangkap
pembantu segalanya.
“Muni pergi ambil air kejap?”ucap Murni terus berlalu, tidak sempat Zamri hendak
bertanya, dia sudah beredar ke tempat air.
284
Kawan-kawan Zamri yang berada di dalam bilik mesyuarat hanya memerhati sambil
senyum simpul. Bertuah badan kau Zamri, semua sudah diuruskan, hanya perlu suap
sahaja.
Murni duduk di sebelah kerusi yang kosong bersama kawan-kawan perempuan yang lain,
setelah meletakkan secawan air di hadapan Zamri. Cukup-cukuplah di cop belangkas.
Zamri menjadi perhatian rakan-rakan. Tidak habis-habis mereka bertanya. Sudah beratus
kali Zamri bercerita, sudah naik bosan. Dahlah tadi tergempar menjadi guest of honour.
Penganjur dan penyumbangnya ialah big boss. Naik malu pula Zamri dibuatnya.
“Ohh.. surprise parti.. cepat-cepatlah selesai, sekarang ni bukan lagi guest of honour, tetapi
lebih kepada guest of horror” bisik hati kecil Zamri.
Mata memaling ke arah Murni yang rancak berbual dengan rakan-rakannya. Sedangkan dia
di sebelah boss, tak tahu cerita apa yang hendak dibuka.
Hendak bercerita pasal kerja, dia sudah sebulan bercuti kerana tersadai di hospital!
Hendak bercerita mengenai dirinya, rasanya tidak sesuai pula…
Habis hendak cerita apa?
Akhirnya, boss pandang Zamri dan Zamri pandang boss!
Tersengeh seperti kerang busuk.
Sabar ajelah kau Zamri a.k.a guest of horror!!!
285
Di Kuala Lumpur
Berkerut muka Ammar membaca fail kes yang telah di sediakan oleh Swee Mee di atas
meja.
Kes bunuh. Seorang anak didakwa menyembelih bapanya sendiri kerana si anak
mendengar satu suara meminta dia membunuh bapanya sebagai menebus dosa keluarga.
Ammar geleng kepala, dunia semakin tua, dan manusia semakin gila. Ammar terpaksa
membacanya dengan teliti. Ini melibatkan nyawa satu insan. Adakah benar si anak tidak
siuman atau memang si anak ada niat membunuh. Tugasnya membela si anak. Jika sabit
kesalahan, si anak pasti akan ke tali gantung. Satu nyawa yang sudah hilang, sudah
ditakdirkan ajalnya. Nampaknya satu lagi nyawa bakal hilang, menyusul. Dia tidak boleh
melawan takdir, Dia juga tidak mahu mengumpul dosa, melepaskan orang yang sudah
sahih bersalah. Menjadi pembelapun ada hadnya, jangan cuba menempah neraka. Dia akan
cuba sedaya upaya menyelamat, tetapi jika sudah tersurat dan tersirat, dia redha.
Dunia, dunia, macam-macam.!!.
“Treet..“ tersentak Ammar dengan bunyi interkom, membuat Ammar terus menekan
butang untuk menjawab. Orang sedang sebok, ada saje gangguan mendatang.
“Ya.. Swee Mee..“ katanya dengan nada letih.
Suarapun sudah meleret sahaja bunyinya.
“Puan Qistina is here..“ katanya.
Ammar menarik nafas panjang. Apa lagi yang mummynya mahu darinya. Tidak cukupkah
dia mengatur hidupnya sehinggakan sudah mencicah umur 40an masih dikongkong oleh
ibunya. Adakah mummy mahu terus mengongkong hidupnya sehingga rambutnya sudah
memutih uban?. Biar betul mummy oi! Sudah dua kali gagal dalam perkahwinan. Pilihan
sendiri bungkus, pilihan mummypun bungkus.
Jadi siapa yang hendak disalahkan?
286
Salah pilih atau suratan takdir?
"Mummy.. please give me a space, I need that space to breath" katanya di dalam
hati, tetapi tidak terluah, tidak sampai hati menyakitkan hati seorang ibu.
Sudahlah bekas isteri mengganggu hidupnya saban hari, sampaikan dia naik bosan.
Swee Mee juga memberitahu Edwina, bekas isteri, sering menalifon pejabat bertanyakan
hal ehwal dirinya. Edwina sudah mula syak kenapa Ammar selalu tidak ada di pejabat. Ini
tidak pernah terjadi di sepanjang Ammar menjadi suaminya. Tetapi kini, sejak mereka
berpisah dia sering hilang pula. Kenapa dan ke mana agaknya bekas suaminya menghilang.
Yang pasti usaha untuk memujuk sudah tidak berguna.
Ammar sudah berpatah arang berkerat rotan dengannya. Terutama apabila cerita lama yang
sudah lapan tahun berkubur, tiba-tiba terbongkar. Terbongkar setelah di asak oleh Ammar
apabila dia terjumpa sekeping nota di celah-celah buku kepunyaan Murni yang tersimpan
di dalam kotak di dalam stor. Itu bukan tulisannya, dia kenal tulisannya sendiri. Juga bukan
tulisan Murni, dia kenal tulisan Murni. Tetapi dia perasan tulisan itu, memang selalu dia
lihat, sangat familiar. Siasat punya siasat, Ammar membandingkan tulisan yang selalu
tergantung di pintu peti sejuk. Nota yang selalu di tinggalkan oleh Edwina, jika keluar
bertemu teman, atau jika dia pulang lewat.
Sah! Tertangkap.
Tidak jauh rupanya bukti yang selama ini dia tidak perasan. Jika dia tidak mengelidah
kotak untuk mencari buku-buku rujukannya yang lama bagi kes bunuh ini, sudah pasti dia
tidak bertemu dengan nota yang sudah lapan tahun terletak aman di celah buku tersebut.
Murni menyimpan nota itu secara tergesa-gesa, main selit sahaja waktu itu, agaknya.
Apa lagi meletuplah Bom Hiroshima! Habis semua terbongkar, tersedu-sedu Edwina
meminta maaf. Hendak minta maaf sepatutnya bukan kepada dirinya, tetapi kepada Murni
dan clientnya dari Singapura itu, tak pasal-pasal mereka menjadi mangsa!
Terbayang wajah Murni dan wajah client dari Singapura, apabila Ammar teringatkan hari
kejadian silam. Mereka langsung tidak di beri peluang untuk membela diri. Tidak guna
287
berhujjah dengan seorang peguam kerana sudah tahu, tidak akan berhasil. Mati-mati dia
ingatkan Murni yang curang, rupanya dia di perangkap. Macammana dia boleh buta waktu
itu! Dia sendiripun tidak faham. Dia yang seorang peguam sepatutnya menyelidik dahulu
sebelum menjatuhkan hukum.. tetapi pelik, Ammar bukan sahaja menjatuhkan hukum
malah menjatuhkan Talak..
Masyallah.. Ammar, sudah kenapa kau?
Ammar mengeleng-gelengkan kepalanya apabila teringatkan insiden itu. Buta betul mata
dan hatinya.
Edwina yang meletakkan sampul surat di concierge hotel untuk Murni. Surat yang
menyatakan Ammar meminta dia menunggu dirinya di dalam bilik bernombor sekian.. dan
sekian. Di mana nombor bilik adalah nombor si client Singapura. Pandai betul dia.
Sementara itu, dia telah mengatur JAIS datang menyerbu. Rupanya, Edwina menggunakan
namanya untuk memerangkap Murni.
Kasihan kau Murni...
Yang mummy pula, bila mengetahui menantu bukan pilihan ditangkap khalwat, apa lagi?
Menggunakan jarum untuk mencucuk Ammar agar menceraikan sahaja si isteri yang
malang. Yang jadi mangsa ialah Murni. Dan tanpa Ammar menyedari, rupanya ada satu
lagi mangsa yang masih belum melihat dunia juga terlibat!
Ammar memegang kepalanya lalu tunduk. Sesal tak sudah dengan tindakan terburu-
burunya.
Apakan daya,,
Sudah berbulan Ammar tidak menjenguk mummy, hatinya masih panas kerana mummy
yang mendesak Ammar agar menerima Edwina, anak perempuan adiknya sebagai ganti
isteri yang curang. Tanpa dia mengetahui semua itu adalah rancangan licik si menantu
pilihan, Edwina. Hebat..hebat..tapi “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke
tanah jua”.
288
Edwina sepatutnya bersyukur kerana dia hanya diceraikan dengan talak satu, tidak tiga.
Tidak semalang Murni yang mendapat talak sekali gus tiga. Nasib baik hanya ada talak
tiga. Jika ada empat, lima atau enam, pasti juga dia mendapat talak yang paling maksima.
Ammar cukup marah tatkala itu, mengikut nafsu amarah dan nafsu mudanya. Ammar sedar,
dia tidak perlu memeningkan kepalanya mengenai perkara yang sudah lepas.
Ammar memegang pelipisnya, dia tahu dia akan lebih pening memikirkan mummy dari
kes bunuh yang sedang dibacanya.
“Yes, lets her in..“ hendak buat macammana? Dari orang lain di pejabat tahu kancah
kepincangan keluarganya, baik sahaja dia benarkan ibunya masuk.
“Am? Kenapa lama tak jenguk mummy?“ tanyanya sebaik sahaja dia masuk.
Dudukpun belum lagi, soalan sudah muncul.
Ammar hanya mendiamkan diri. Ammar kerut muka. Mummy sudah ada jawapannya,
kenapa masih perlu bertanya?
“Am! Dengar tak mummy tanya ni..?” Tanya mummy Tina lagi.
Ammar hanya tunduk dan berpura-pura membaca.
“Mummm..apa hal mum nak jumpa Am, sampai datang sini..Am kan sedang kerja ni
mum..” tanya Ammar
“Sejak bila seorang ibu tak boleh jumpa anaknya?“ soal mummy.
“Mummy call banyak kali, Swee Mee beritahu Am cuti dan keluar daerah..Am pergi mana?
Atau Am memang mengelak dari bercakap dengan mummy” Tanya mummy Tina. Nada
bukan main tinggi, kalah suara hakim.
“Apa salahnya Am bercuti? Itupun kena beritahu Mummy jugak ke?” kata Ammar sinis.
Mummy Tina diam.
“Tak cukupkah Mummy interfere hidup Am?“ tanya Ammar
“Amm.. tak ada seorang ibupun dalam dunia ni yang sanggup tengok anaknya menderita
dan kecewa Am.Terutama apabila seorang ibu itu membesarkan anaknya sendirian.
Mummy salah seorang ibu tu..“ kata mummy Tina tunduk.
Meminta simpati.
289
“Am tahu, kalau mummy tahu susahnya membesarkan anak sendirian, kenapa mummy
buat pada orang lain? Sampai perempuan tu terpaksa membesarkan anaknya sendirian?”
tanpa Ammar sedar, dia telah memecahkan tembelang kehilangannya selama ini ialah
berjumpa dengan anaknya.
Ternganga Mummy Tina, dia tidak faham. Apa yang sebenarnya yang hendak disampaikan
oleh Ammar kepadanya?
Siapa yang membesarkan anaknya sendirian? Yang dia tahu yang membesarkan anak
sendirian ialah dirinya?
Ammar dan Edwina pula mana ada anak?
“Am, Am cerita apa ni..?” dia memberanikan diri bertanya.
“Am ada anak mum. Anak yang Am biarkan selama 8 tahun tanpa seorang ayah. Anak
yang Am biarkan si ibu menjaganya sendirian..“ mendatar sahaja suara Ammar.
Mummy Tina ternganga dengan mata terbeliak...
Anak dengan siapa pula? Ammar ada isteri lainkah tanpa pengetahuan dirinya?
Atau Ammar ada misstress di mana-mana, sampaikan menghasilkan anak?
Itu tidak mungkin, Ammar bukan kaki perempuan. Hati mummy Tina berbelah bagi.
Ammar ada anak tidak sah tarafkah?
Bagaimana ini boleh terjadi, walaupun kehadiran seorang cucu memang sangat-sangat
diharapkannya, tetapi dia tidak sanggup berdepan dengan consequence yang begini.
Ammar stop giving me riddle? I need answer, not riddle? Bisik hati mummy Tina, geram!!
Ammar masih mendiamkan diri membiarkan mummy Qistina memikirkannya sendiri.
Ammar hendak melihat, apa reaksinya nanti, apabila anak yang disebut Ammar adalah dari
perkongsian perkahwinannya bersama Murni. Menantu yang dia benci, satu waktu dahulu,
yang kini sudah menjadi bekas menantu. Adakah dia boleh menerima hakikat itu atau
Murni dan si anak bakal menjadi mangsa buat kali kedua!
290
Kembali ke Fraser Hill
Lengan Zamri melintang di atas dahinya. Menoleh di sebelah kiri didapati Murni sedang
lena tidur mengereng dengan sebelah tangan di atas perut Zamri. Kelihatan turun naik,
turun naik perut Zamri mengikut helaan nafasnya beriring dengan sebelah tangan si isteri,
bagaikan irama yang tidak ada tempo, cuma senada. Tangannya yang di dahi berpindah
mengulis tangan Murni. Murni tersedar apabila tangannya diulis Zamri.
“Kenapa bang.. abang tak tidur lagi ke?” tanya Murni dengan suara yang meleret.. orang
mamai, terkejut dari lena.
“Tak..abang nak tidur la ni.. Muni tidur aje la..kejap lagi abang lena ..” jawabnya, entah
Murni dengar entah kan tidak, kerana tiada jawapan yang diterima, selepas itu.
Murni menyambung lenanya. Malah telah beralih posisi, kepalanya sudah berada di dada
Zamri. Diulisnya perlahan rambut Murni. Murni hanya bergerak sedikit, apabila merasa
ada sesuatu menganggu di kepalanya. Zamri memeluk erat si isteri, lagilah Murni rasa
comfort dibelai begitu. Diciumnya rambut Murni perlahan.
Hemm.. harumnya..
“Berapa lamakah agaknya aku akan menekmati kebahagian seperti ini” bisik hati Zamri.
“Adakah sehingga akhir hayat, atau hanya sementara, aku tak mahu menyiksa perempuan
yang di dalam pelukan aku ini, kasihan dia..” bisik hatinya lagi.
Tidak disedari air jernih mengalir perlahan di pipi. Mengalir air mata seorang lelaki.
Diperhatinya puas-puas wajah Murni yang tidak tahu menahu dirinya diperhatikan kerana
memang dia lena .. lena sungguh di dalam pelukan seorang suami yang sangat dia percaya
akan melindunginya. Sedangkan Zamri di dalam mempertimbangkan apa yang harus
dilakukannya. Dia rasa kerdil dengan dirinya, kerana di kepalanya sudah tersimpan ayat
“Zamri, kau sudah tidak lagi lelaki yang sempurna, kau tidak layak untuk perempuan ini”.
291
“Ya ALLAH.. berilah aku kekuatan untuk mengharungi hidup ini. Jika boleh bersama
perempuan ini hingga ke Jannah, ya ALLAH..tetapi adakah tindakan aku betul! Kau yang
maha mengetahui, tunjukkan jalan kepada hambamu ini, Ya ALLAH ” doa Zamri di dalam
hati.
Zamri mengalih kepala Murni ke bantal dan dia mengambil uduk dan bersolat sunat.
Jiwanya perlu mencari ketenangan. Ketenangan yang hanya boleh diberi oleh Pencipta,
Allah yang Satu. Kemudian dia bertasbih, membaca apa sahaja zikir yang terlintas di
kepalanya.
Selesai bertasbih, hatinya sedikit terubat. Baring semula di sebelah perempuan yang sudah
hanyut di alam mimpi. Diperhatinya puas-puas, kemudian layu.. dan layu.. dan akhirnya
dia juga terlena. Sama seperti lena Murni. Jika boleh ingin mereka berjumpa di dalam
mimpi. Sama-sama mengejar rama-rama di padang hijau yang entah di mana lokasinya.
Atau sama-sama berguling-guling di atas salji entah di banjaran gunung mana mereka
singgah!
Bolehkah?
“Bang.. saya betul-betul tak setuju dengan si Ammar tu.. ni tengok?” tangan Murni
menarik sebuah basikal.
Hadiah buat Mila dari Ammar yang baru dihantarnya petang tadi sebaik sahaja dia sampai
di Fraser Hill. Esok hari Sabtu, dia ingin meminta kebenaran dari Zamri dan Murni untuk
membawa Mila ke Bukit Merah New Village.
Dari Fraser Hill hanya memerlukan pemanduan lebih sedikit dari 2 jam. Dengan kereta
Mercedes Benz miliknya lagi cepat sampai. Zamri berbelah bagi hendak membenarkan
atau tidak, jika ditanya Murni sudah pasti mendapat jawapan yang mengecewakan.
292
“Biarkanlah Murni.. hadiah bukan dari orang lain, dari bapa dia sendiri” jawab Zamri,
yang sebenarnya juga tidak berapa setuju dengan cara Ammar cuba memikat Mila.
Memikatnya dengan barang yang mahal. Katanya untuk hadiah harijadi yang tidak pernah
dia hadiahkan, jadi sekarang Mila sudah berumur 7 tahun, nampaknya Mila akan
memenerima 4 lagi hadiah misteri dari Papa Am. Dua sudah diberinya, 4 akan mendatang
dan hari jadinya yang ke7 lagi 2 bulan, entah apa lagi hadiah yang akan Mila akan dapat?
Mungkin juga bulan dan mungkin juga bintang! Andai boleh dipetik seperti buah di pohon
kayu, mahu rasanya si Ammar menghadiahkannya.
“Abang ni serba salah..Murni kena bantu abang kali ni, Ammar ada tanya abang boleh tak
dia nak bawa Mila whole day tomorrow. Dia nak bertolak awal pagi dan balik sebelum
gelap. Macammana? Murni beri kebenaran tak?” Zamri mengajukan pertanyaan kepada
Murni,“Bila dia tanya abang? Pandai dia ya, tak mahu tanya Murni… dia dah tahu
jawapannya kalau tanya Murni. Murnipun dah naik menyampah bang..! lat 2 minggu ada
aje muka dia kat sini..” Murni meluahkan kemarahannya kepada Ammar yang kerap
berkunjung ke Fraser Hill. Nasib baik Fraser Hill bukan kepunyaannya, jika dia yang
punya, mahu dipagarnya dengan tembok setebal tembok besar negeri China.
Zamri hanya diam, dia mengerti, Murni masih marah kepada bekas suaminya. Tetapi
keras-keras kerak nasi.. kalau selalu berjumpa, mahu juga lembut hatinya satu hati nanti.
Ini lagi membuat hati Zamri risau. Takut Murni pada mulanya benci, lama-lama timbul
perasaan lain pula! Mahu haru..nahuzubillah..dia sayang perempuan ini.
Murni menghulurkan air juice kepada Zamri yang duduk di sofa menonton TV. Satu lagi
yang ada di tangannya dihirupnya perlahan, duduk di sebelah Zamri.
Ikutkan hati, Zamri tidak benarkan, tetapi kasihan pula Ammar datang dari jauh semata-
mata mahu berjumpa dengan anaknya sendiri. Zamri tidak mahu isterinya dicop hanya
mementingkan diri sendiri. Bukan darahnya seorang yang mengalir di dalam diri Mila,
malah ada darah Ammar juga. Darah yang tidak boleh ditukar dengan darah orang lain,
walau menggunakan teknologi dialysis yang canggih manapun. Tetap ada darah Ammar
293
yang mengalir di dalam tubuh budak perempuan yang bernama Mimi Sharmila Ammar
Aidid.
“Saya pun rasa macam tu jugak bang.. ser..ba sa…lah, nanti kalau tak izinkan takut pula
dia buat tektik lain, tektik kotor” tukas Murni.
Mengerti kretibiliti bekas suaminya sebagai seorang peguam. Di kepala sentiasa ada idea
untuk menjalan jalan. Idea yang tidak terfikirpun oleh insan yang bukan berjawatan
peguam.
“Kasihan pulak abang, dia sanggup datang dari jauh semata-mata nak jumpa Mila.. tiba-
tiba kita tak beri dia bersama. Cuba kalau kita ditempat dia, macammana?” Zamri juga
merasa simpati, kalaulah letakkan dirinya ditempat Ammar, bagaimana pula dirasakan.
“Abang ni, baik sangatlah..tu yang si Ammar tu naik minyak. Macammana kalau kita kata
tak boleh, hanya boleh jumpa kat sini aje..dia nak kata apa?” Zamri mengerti memang
Murni sudah tidak larat lagi dengan si Ammar, walaupun sebenarnya dia tahu hubungan
Ammar dan Mila.
Marah Murni masih menebal. Ammar patut tahu, di mana dia semasa Murni hamil?
Di mana dia semasa Murni sakit hendak melahirkan?
Di mana dia semasa Murni berjaga malam semasa Mila bayi?
Di mana dia semasa sakit pening Murni dan Mila?
Di mana?
Kini Mila dah besar pandai pula dia sogok itu dan ini untuk menawan hati anaknya.
Bukankah itu juga boleh dikategorikan hanya mementing diri sendiri namanya. Lainlah
jika Mila lahir-lahir sahaja sudah boleh berlari dan berdikari seperti sekarang.
“Muni bukan hendak membantah cadangan abang, tetapi Muni still stand on my decision,
my decision is final.. big NO..” jawab Murni.
“Macammana kalau kita pergi sama..” tanya Zamri.
Mulut bercakap, tetapi diselangi dengan hirupan juice.
294
“Hah…kita ikut sama? Mahu ke si Ammar tu.. dia nak bawa Mil .. bukan kita..” jawab
Murni.
“Ia lah.. kita pergi sama, tapi Mil masih kita perhatikan dari jauh, at least she is not out of
our sight..” kata Zamri dan memaling kearah si isteri yang sedang berkerut berfikir.
Bagus juga cadangan itu.
Mug juice yang kosong Zamri serahkan semula kepada Murni. Murni meletakkannya di
depan meja kopi bersama dengan mugnya yang juga sudah kosong.
“Ia jugak.. cuba abang tanya dengan si Ammar tu.. kalau dia setuju, elok juga rancangan
abang tu.., kalau nak bermalam kat sanapun best juga, saya belum pernah pergi sana lagi..”
jawab Murni teruja dengan rancangan Zamri.
Zamri meraut wajahnya.
Pulak!. Tadi bukan main marahnya dia dengan Ammar, kini sudah setuju pula. Cepat betul
terpusingnya keputusan perempuan ini.
Kalau berjalan.. hidup dia!
Murni nampak Zamri seperti sedang bingong.
Dirangkulnya Zamri erat-erat, hingga hendak rebah mamat itu dibuatnya.
“Abang.. abang jangan salah sangka pulak dengan saya, abang ingat saya suka sangat nak
berjalan sampai satu hari dengan si jantan tak guna tu! Saya nak bersama dengan abang
dan Mila aje, tapi sebab diapun hendak bersama Mila jadi kita kena
kongsilah..berkompromi..” jelas Murni yang masih merangkul leher Zamri.
“Banyaklah ayang punya kongsi.. abang tarik balik rancangan abang tu..” tukas Zamri,
memikirkan rancangan itu tidak sebagus yang difikirkan.
Memberi peluang Ammar untuk lama bersama dengan bekas isteri yang masih dia kasih..
itu mengundang Bahaya!
“Hemm.. tak apa.. kita tetap jugak pergi tapi kita-kita aje, without Ammar in the
picture…ya bang..” pujuk Murni.
Digoyang-goyangnya tubuh Zamri.
“Hemm.., jadinya ni.. benarkan ke tidak?” tanya Zamri dengan nada tinggi.
295
Sudah berjam-jam berbincang, tetapi tidak pergi kemana-mana. Keputusan tidak juga
dibuat, asyik berpusing-pusing, sama ada beri kebenaran ataupun tidak.
Zamri perlu berfikir waras dan sebaik mungkin dengan setiap rancangan perlu diatur
dengan betul kerana dia perlu berhati-hati takut rancangan tersebut bukan merapatkan Mila
dengan bapanya, tetapi merapatkan Murni dengan Ammar. Hish runsing.. runsing.. buat ini
tak kena, buat itupun tak kena.
“Okey macamni lah sayang.. kita tanya Mil, lagi elok.. sama ada dia nak kita pergi sama
atau dia boleh aje dengan papa Amnya..” Zamri memberi satu lagi cadangan.
“Abang tanyala.. bila Mil balik dari kelas mengaji tu nanti..” Bagi Murni, apa sahaja
cadangan yang datang dari Zamri, pasti dia setuju.
Tidak pula dia ketahui yang kini Zamri sudah bermain teka teki dengannya. Sejak dua
menjak merasa diri tergugat. Terutama sejak merasakan dirinya tidak sempurna. Tidak
sempurna untuk menjadi suami kepada Murni. Apa sahaja bersangkutan dengan Ammar
akan menjadi ancaman kepadanya. Dia takut Murni akan berpaling semula kepada Ammar,
tambahan pula mereka ada anak bersama. Anak adalah penghubung satu keluarga,
sedangkan dirinya tidak mampu berbuat demikian. Betulkah alasan anak sebagai
penghubung?
One Big Question Mark??
“Mila tak mahu pergi kalau ma dan ayah Zam tak pergi” itu jawapan dari Mila apabila
ditanya Zamri sebaik sahaja anak itu pulang dari mengaji.
Terjawab sudah persoalan yang menjadi masalah Zamri dan Murni yang tidak berhasil
mencari penyelesaian. Tidak perlu berpusing-pusing berbincang, namun tidak berjaya
meraih jawapan.
Nah! Si tuan punya badan yang sudah membantu memberikan jawapannya.
296
Zamri lega dengan keputusan Mila, Murni lagi lega. Sekurang-kurangnya Zamri boleh
memberitahu Ammar bukan dia tidak memberi kebenaran, tetapi si anak yang menolak.
Nampaknya, mereka dua beranak hanya akan bersama di sekitar Fraser Hill sahaja.
Fuhhh.. lega…bisik Murni.
297
Mila hanya mengayuh basikal barunya di hadapan rumah. Tidak mahu membawanya
keluar ke jalan besar, takut tercalar, dia cukup sayang pemberian papa Am. Basikal
canggih, tentu mahal harganya. Kalau boleh Mila tidak mahu tercalar sedikitpun,
berdebupun dia tidak mahu, dia hendak lihat basikal itu berkilat sepanjang masa seperti
baru.
“Adik, adik duduk sini ya?“ Mila tertoleh dan terhenti mengayuh apabila ditegur oleh
seorang perempuan.
Sumpah! Dia tidak kenal perempuan itu
“Hemm.. ni rumah Mila, kenapa untie?“ tanya Mila ingin tahu.
“Uncle yang hantar basikal semalam tu siapa?” tanyanya lagi.
Mila memikirkan, bagaimana ek! Perempuan ini tahu pula papa Am datang menghantar
basikal untuknya semalam?
Siapa pula perempuan ini ya?
“Papa Am..” jawab jujur seorang budak.
“Ahhhh.. papa?“ jantung Edwina sudah bergendang kencang.
Terus mukanya menjadi kelat dan mulut terkumat kamit, bukannya dia membaca mentera
tetapi memaki seranah.
Kini baru dia sedar, dia diceraikan kerana budak perempuan itu. Dia tidak sangka, Murni
masih menjadi pencabarnya, walaupun dia telah berjaya menghalaunya jauh dari
kehidupan Ammar satu ketika dahulu. Rupanya di dalam diam mereka masih berhubung,
sehinggakan mempunyai seorang anak!
Tak guna punya perempuan!
Oppss.. Tak guna punya laki!
“If I cant have him, no body can..“ jawab Edwina, perlahan.
Hatinya bengkak, Murni tak sudah-sudah menjadi penyebab dia kalah. Tanpa dia sedar,
kemenangannya dulu adalah kerana dia menggunakan tektik kotor. Tetapi sekarang dia
298
kalah sekali lagi, malah telah kalah lebih teruk, kalah dengan TKO. Yang hairannya, apa
hebatnya Ammar sehinggakan dia tidak rela Ammar dimiliki oleh orang lain, melainkan
dirinya.
Adakah kerana kedudukan Ammar atau harta Ammar?
Sungguh dia seorang yang mementing diri sendiri, pendengki!
“Mama ada?” tanyanya lagi.
“Ada! Untie siapa?”tanya Mila
Risau pula dia apabila si perempuan bertanya itu dan ini. Yang pasti si perempuan bukan
anggota polis.
“Auntie, kawan mama..” jawab Edwina.
Kawanlah sangat!
“Ohhh…” jawab Mila, lega, bukan orang jahat tetapi kawan mama rupanya.
“Nanti Mila panggil ya..? Mama tentu happy jumpa kawan dia…” kata Mila.
Mata Ediwna menala ke langit, mulut tersengget.
Bangga juga mempergula-gulakan seorang kanak-kanak.
”Your are right girl, she will be very very happy to see me! Ya, ini kawan Murni yang
paling rapat!” bisik hatinya, geram dan bangga.
Mila terus menyorong basikalnya masuk ke porch.
Edwina menunggu di luar pagar.
Apa sebenarnya yang dia hendak dari Murni?
Dia mahu merayu agar Murni melepaskan Ammarkah, atau dia mahu melakukan adengan
tarik tarik rambut hanya berebutkan seorang lelaki.
Sedarkah dirinya sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan si Ammar?
Ammar sudah menjadi bekas suami?
Dia sudah diceraikan?
Ahhh.. dia lupa agaknya, atau masih berharap.!!
299