Sepasang mata dari dalam kereta hanya memerhati dari jauh, melihat Murni keluar dipapah
oleh seorang lelaki. Dia merasa terkilan, dia lihat Murni masih cantik, tidak banyak
bezanya dari dirinya 8 tahun lalu, malah kelihatan lebih cantik, mungkin kerana susuk
badannya sudah sedikit berisi, tidak kurus keding tinggal tulang seperti dahulu. Murni
dahulu yang dia ingat amat kurus, kurus sekeping.
Lelaki itu mengecilkan matanya, untuk memastikan betul Murni atau mungkin perempuan
lain yang mirip Murni, dia seperti tidak percaya. Manalah tahu, kerana terlalu teringin
berjumpa Murni, sehinggakan ilusi, orang lain yang seakan-akan Murni disangkanya si
Murni.
Dup dap dup dap.. Degupan jantungnya bagai dipalu kencang apabila sudah pasti itu
memang Murni. Sah! 100%. Perempuan itu pernah menjadi isterinya. Setiap inci badan
perempuan itu dia tahu. Tetapi itu kesah 8 tahun lalu, kini menuyesal tidak berguna.
Tidak dapat dipastikan perasaannya tatkala itu. Marah, geram, cemburu bercampur campur.
Tetapi adakah wajar dia menyimpan perasaan itu dihatinya kini?
Hanya terdengar keluhan yang panjang, apabila lelaki itu menyedari tindakan yang
diambilnya dahulu adalah tindakan salah. Kini dia hanya mampu memerhati Murni dari
jauh, memerhati, bekas isterinya, dipapah oleh lelaki lain. Nampak mereka mesra bersama
seorang budak perempuan yang comel.
Di kepala bertanya-tanya, itu suami Murnikah?
Ya, itu pasti suaminya dan budak perempuan itu anak mereka.
Sendiri yang bertanya, sendiri pula yang memberi jawapan.
Mengapa pula Murni ke klinik?
Ehh.. apa punya soalan?
Sudah tentulah sakit, baru pergi klinik, takkan pula hendak beli ikan.. apa dahhh!
150
Lelaki itu terus mengeleng-gelengkan kepala, kenapa soalan bodoh yang muncul
difikirannnya. Kemudian tersenyum sendiri, hilang sekejap perasaan marah, geram dan
cemburunya. Bila difikirkan semula, kenapa mesti dia cemburu, Murni bukan haknya lagi.
Kenapa mesti dia geram mahupun marah, jawapan yang sama juga iaitu Murni bukan lagi
miliknya.
Pandangan masih kepada keluarga Murni, tetapi tumpuan tertarik kepada budak
perempuan yang menjinjing plastik ubat nampak gayanya.
Apabila melihat gerak geri budak perempuan itu hatinya terasa sayu, ada seperti satu suara
memanggil untuk dirinya mengetahui lebih dekat lagi gadis cilik itu. Hatinya bertanya-
tanya, kenapa? Dia menarik nafas panjang, dia bingong. Nampak gayanya Murni sudah
bahagia sekarang ini, pencarian nampaknya sia-sia sahaja. Dia sudah melihat sendiri
kebahagian Murni, dirinya bukan zalim hendak menghancurkan rumahtangga perempuan
yang pernah dia lukai. Biarkanlah dia bahagia. Tambahan menyedari, tidak mungkin dia
dapat memiliki Murni lagi setelah tindakan bodoh dirinya yang menceraikan Murni dengan
talak tiga sekali gus. Sesal tak sudah di atas tindakan yang tidak berfikir. Kini diri sendiri
yang nampak dirinya seperti lelaki yang gila talak. Tindakan bodoh yang memakan diri
sendiri.
Akhirnya lelaki itu reda.
“Biarkanlah Murni Bahagia. Dia sudah cukup menderita.. tapi?” bisik hati kecil si lelaki. n.
Dia menghidupkan engin kereta dan memandu perlahan meninggalkan kawasan klinik
mengekori kereta Zamri. Diharap suami Murni tidak perasan keretanya tadi mengekori
sejak dari mereka keluar rumah lagi. Sebenarnya, lelaki itu sudah mengetahui di mana
rumah Murni, hasil dari tindakannya bertanya kepada beberapa orang yang diterimui.
Ala.. Fraser Hill, kecil sahaja, memang mereka kenal diantara satu sama lain. Nampak
gayanya lusa dia akan mengatur langkah pulang ke Kuala Lumpur. Pulang dengan tangan
kosong. Apakah faedahnya dia marah, atau geram mahupun cemburu lagi, perasaan itu
sudah patut dibuangnya jauh-jauh, demi kebahagian Murni. Berpuluh kali dia cuba
151
menerima hakikat sebenar bahawa Murni bukan miliknya lagi, tetapi hatinya masih
menafikannya dan sangat berharap untuk memiliki Murni semula.
Wahai hati, cukup-cukuplah! Kini dia hanya mampu berastagfar panjang.
Rancangan untuk bertemu Murni untuk meminta maaf hari ini ditangguhkan. Hanya
setakat luar rumah, kerana dia telah bertembung dengan Murni dan keluarga sedang keluar
rumah. Apa yang boleh dia buat hanyalah mengekori kereta suami Murni yang akhirnya
membawanya ke Klinik. Murni sakit rupanya.
Walau bagaimanapun, esok lelaki itu bercadang untuk ke rumah Murni sekali lagi, sebelum
berangkat pulang. Dia ingin mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhirnya secara baik,
bukan seperti yang pernah dilakukannya 8 tahun lalu. Menghalau Murni keluar dari rumah
seperti anjing kurap tanpa mendengar penjelasan dari Murni terlebih dahulu. Sekurang-
kurangnya dapat juga dia bertemu suami Murni, lelaki yang bertuah memiliki Murni.
Bukan seperti dirinya yang tidak pernah menghargai Murni dulu. Dia harap suami Murni
tidak salah faham. Tu la..apabila Murni sudah pergi baru pula teringat-ingat. Itulah kata
orang tua-tua, manusia ini hanya akan dapat menghargai keujudan seseorang itu apabila
dia sudah pergi atau hilang dari kita. Semasa bersama tidak nampakpun, apabila sudah
tiada, tercari-cari pulak!.
Tambahan pula bukan senang dia hendak ke Bukit Fraser ini. Untuk ke sini, dia terpaksa
menangguh beberapa kes di bawah kawalannya semata-mata ingin bertemu dan
memastikan sendiri keadaan diri Murni, yang kini bahagian sepertimana yang dikatakan
Badri. Kini sudah terjawab, memang benar Murni bahagia, dirinya yang kecewa!
Walaubagaimanapun, ucapan terima kasih banyak-banyak perlu diberikan kepada Badri,
jika tidak kerana dia, sampai sudah dirinya tidak mengetahui di mana Murni berada.
Akhirnya dia lega dan redha, kini harus melupakan Murni dan seterusnya memulakan
hidup baru tanpa Murni, walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian. Tidak sudah-
sudah, ungkapan itu yang diulang-ulangnya.
152
Kereta lelaki itu seperti mengekori kereta Zamri. Bukan tujuannya untuk mengekorinya,
tetapi keadaan jalan yang sempit, yang hanya lulus sebuah kereta sahaja. Hampir dua puluh
minit pemanduan, akhirnya lelaki itu membelok keretanya menuju ke pakir hotel
penginapannya. Dengan longlai dia mengatur langkah berjalan ke Shahzan Inn, tempat dia
bermalam untuk beberapa hari ini. Apa hendak dikata, alang-alang sudah sampai di Fraser
Hill ini, eloklah dia gunakan masa yang ada untuk menenangkan rasa kecewanya. Bukan
senangpun dia hendak bercuti!
Yang pasti, dia sudah terlambat, 8 tahun. Bukan seperti nyanyian Michael Learns to Rocks
“25 minutes too late”. MLTR kehilangan gadis yang dia sayang hanya kerana terlambat 25
minit. Inikan pula dirinya yang sudah terlambat 8 tahun, 8 tahun lama tu! Cuba bayangkan
sampaikan Murni sudah mempunyai anak yang sedang meningkat remaja. Itulah..! Si
lelaki hanya tunduk, mengenangkan 8 tahun pencarian yang berkesudahan hampa.
Langkah dihajun laju, cuaca yang agak dingin membuatkan dirinya tidak rasa penat, malah
merasa segar walaupun berjalan kaki, tambahan bukannya jauh mana, tidak sampai 100
meterpun. Sebaik sahaja sampai di lobi resort, lelaki itu terasa telefon bimbit yang
disimpan di poket seluarnya berketar. Baru berangan hendak berehat, sudah ada gangguan.
Dia tahu panggilan dari pejabatnya apabila dilihat nama Swee Mee, Setiausahanya apa lagi
kalau bukan hal kerja. Cepat-cepat talian dijawab, kerana dia mengetahui Swee Mee tidak
akan menalifonnya jika perkara tidak penting, kerana dia telah berpesan, dia boleh
dihubungi jika ada perkara penting sahaja. Jika tidak penting, jangan call, tunggu sahaja
dia pulang.
“Hello.. ya Swee Mee.. apa hal..” tegas nada suaranya.
Maklumlah perbualan diantara boss dengan majikan. Perasaan kecewa dilindung. Macho
tetap macho. Ssi setiausahapun sebenarnya tidak tahu ke mana bossnya berada. Yang dia
tahu bossnya bercuti.
“Tuan, kes Datuk Kareem.. kena masuk court juga lusa, tak boleh postpone.. I hope you
will be home by then..”kata si setiuasaha.
Berita yang kurang enak bagi lelaki itu telah disampaikan.
153
Hati sedang kecewa, tetapi apa boleh buat, kerja perlu diteruskan. Itu periuk nasi, jangan
sekali-kali dicampur adukkan hal kerja dengan hal peribadi.
“Hemm.. why?”tanyanya, banyak soal pula.
Peguam biasalah, perlukan infomasi terperinci.
“Ada saksi dan penemuan yang baru, boss” jawab si setiausaha.
“Okey, I’m going home tomorrow.. prepare all the documents, see you later..”pendek
sahaja arahan boss tetapi padat, Swee Mee tahu apa yang dimaksudkan oleh bossnya.
Kerja.. kerja.. dan kerja.
Nampaknya lelaki itu terpaksa membatalkan kunjungan untuk berjumpa Murni kali ini.
Tugas penting harus diselesaikan dahulu. Mungkin lain kali, dia pasti akan ke sini lagi
dalam masa terdekat ini. Sudah tidak guna untuk dia menyimpan perasaan kepada
jandanya, kerana dia sudah berpunya. Kunjungan susulan hanya sekadar ingin bertanya
khabar dan berkenalan dengan keluarga baru jandanya, tidak lebih dari itu.
Selesai sahaja perbualan telefon, dia sudah sampai betul-betul di kaunter reception untuk
mengambil kunci bilik. Niat hendak menenangkan fikiran terpaksa dibatalkan. Susah betul
hendak berehat, ada sahaja yang mengganggu.
“Bilik 201” pinta lelaki itu kepada penyambut tetamu.
Segera kunci beralih tangan. Tidak berapa jauh menapak, lelaki itu berpatah balik ke
kaunter.
“Oh..ya, saya nak batal sehari reservation saya, ada hal penting.. jadi esok saya check
out..” jelasnya mendatar. Jelas terdengar suara seorang yang sedang kecewa.
“Okey Encik .. saya akan batal tempahan Encik dalam sistem. Ada apa-apa lagi yang boleh
saya bantu? ” tanya pekerja hotel memaklum dengan senyuman.
Senyuman yang kelat dan gelengan kepala dibalasnya, kerana difikirannya dipenuhi
dengan pelbagai persoalan mengenai diri Murni, dimulut kata redha, tetapi tidak
sepenuhnya di hati. Masih ada saki baki rasa terkilan.
154
Lelaki itu berjalan perlahan menuju ke lift untuk ke biliknya di tingkat dua. Elok sahaja
berehat di dalam bilik. Leka mengelamun sehingga dia tidak sedar, berdiri di sebelahnya
seorang lelaki yang berpakaian kemas, yang juga sedang menunggu lift, mungkin
pelanggan resort sama seperti dirinya, atau mungkin tetamu yang hendak ke tingkat 4, di
mana Cafe resort itu terletak.
“Apa khabar?” ramah pula lelaki tersebut, menegur orang yang tidak dikenalinya
sementara menunggu lift yang agak lama terhenti di tingkat 4. Siapalah agaknya yang
menahan lift tersebut? Memang kurang asam. Kemudian si lelaki memandang sambil
tersenyum. Pelik orang ini, over ramah, bisik hatinya
Tangan dihulur untuk berjabat tangan. Tangan sudah dihulur, apalah salahnya disambut.
“Saya Shahzan, bagaimana layanan yang Encik terima di Resort ini..?” tanya si lelaki over
ramah.
“Ooohh..saya Ammar..” tersedar dari nama yang disebut, tuan punya Resort rupanya,
patutlah apabila sahaja menyebut nama Shahzan, seperti nama itu pernah didengarnya,
tauke Resort.
“Hem..bagus.. bagus saya puas hati..” terketar-ketar Ammar menjawab soalan itu secara
spontan.
Takkan pula hendak beritahu tidak puas hati? Mahu nanti kena tidur di dalam kereta pula,
kena halau oleh tuan Resort, mengutuk.
“Terima kasih..Encik Ammar. Next time jemput datang lagi ..”katanya.
Lift terbuka dan kedua-dua lelaki tersebut masuk. Ammar menekan punat 2 dan Tengku
Shahzan menekan tingkat 4.
“Eh.. dah nak masuk bilik dah ke? Kalau sudi, boleh minum kopi sama saya..” Tengku
Shahzan mempelawa Ammar untuk bersamanya.
Pintu lift untuk ketingkat 2 terbuka, Ammar serba salah sama ada hendak menerima
pelawaan lelaki itu atau terus ke biliknya.
“Apa salahnyakan…” Ammar mengambil keputusan untuk bersama Tengku Shahzan.
Tengku Shahzan tersenyum apabila pelawaannya diterima. Ya, betul, apasalahnya,
155
sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berbual. Terubat sedikit rasa kecewanya. Duduk
sorang-sorang melayan kecewa buat apa? Bukan boleh memulangkan 8 tahun yang sudah
berlalu!
Ting! Tidak sampai seminitpun ke tingkat 4, lift sudah berbunyi.
Kedua-dua lelaki menuju ke meja bulat mengadap tingkap. Pelayan segera mendapatkan
Tengku Shahzan. Big boss sudah mari, layanan first class mesti diberi.
“Encik Ammar nak kopi atau teh.?.” tanya si tuan rumah.
“Earl grey please…” jawab Ammar.
Memang dia penggemar teh, siap request earl grey lagi.
“Saya juga..” Tengku Shahzan memandang ke arah pekerja yang memang sudah mengerti
apa yang menjadi kegemaran big boss mereka.
“Ahhh… bawa cheesecake dan blueberry muffin sekali ya..” pinta si tuan resort lagi.
“You don’t mind the dessert, Encik Ammar?” tanya Tengku Shahzan.
“Encik Shahzan,. janganlah berencik-encik dengan saya.. panggil aje saya Ammar..”pinta
Ammar, rasa janggal berencik. Seperti formal sangat dengarnya.
“Hemmm.. okey, okey.. Ammar ke sini kerana business ke atau leisure.. Saja tanya, bukan
nak jaga tepi kain orang pun..” sambil Tengku Shahzan ketawa kecil.
Soalan yang biasa, tetapi mungkin tidak disenangi jika ditanya kepada orang yang sensitive.
“Dua-dua..” jawab Ammar pendek.
“Dua-dua? Saya tak faham?” tanya Tengku Shahzan.
“Business pun ada, leisure pun ada…” jawab Ammar.
Yang sebenarnya kedua-dua urusan yang disebut “leisure dan business” itu sudah hancur
berkecai. Urusan “business” pencarian, memberi jawapan kekecewaan. Urusan “leisure”
berehat pula terbantut oleh kerja yang perlu habiskan.
Kasihan, kau Ammar!
“Haaah..sekarang baru saya faham..” jawab Tengku Shahzan lagi.
“Berapa hari menginap kat sini..?” soalan Tengku Shahzan seperti polis pencen sahaja.
Sessi suai kenal..
156
“Sepatutnya sampai lusa, tapi terpaksa cancel sehari. Ada hal pulak di ofis, kena balik KL
esok, anyway tempat ni not bad, I like it! I will come back” feedback yang diberikan oleh
seorang peguam yang bernama Ammar Aidid.
Puji melambung-lambungpun bukannya dapat penginapan percuma.
Tak percaya cuba tanya?
“Thanks. Tak apa la..this time kena balik sebab ada urusan, jadi datang lagi next
time..jangan tak datang!” ujar Tengku Shahzan sambil tersenyum.
“Assalamulaikum..” kedua-dua berpaling kepada suara yang memberi salam.
“Mualaikumsalllammm..Eh.. Megat.. come come and join us..” Tengku Shahzan
mempelawa seorang lagi tetamu.
Kedua-duanya berdiri dan menyambut tangan yang dihulur.
“Megat.. this is Ammar.. datang sini for business and leisure..” ulas Tengku Shahzan.
“Ammar.. ini Tuan DO kita, Megat Qalif” sambung Tengku Shahzan sambil
memperkenalkan lelaki yang baru sahaja sampai.
Ammar hanya menganggukkan kepala apabila diperkenalkan kepada Megat Qalif.
Megat Qalif menarik kerusi dan duduk bersama seperti yang dipelawa oleh Tengku
Shahzan. Rezeki jangan ditolak! Kerana dia sudah tahu apa rezeki yang akan disajikan
buatnya.
Sebaik sahaja pesanan minuman sampai, Tengku Shahzan meminta satu set lagi untuk
teman baiknya, Megat Qalif.
“What brings you here Qalif… minggu ni tak ada golf ke?” tanya Tengku Shahzan lagi.
“Tak ada, I tak ada kaki. Lagipun orang rumah I bawa driver turun Kuantan gi beli hadiah
kahwin, for my officers. Remember the one yang arrange games sama makan last family
day..!” ujar Megat Qalif.
“Majlisnya tidak lama lagi, lagi sebulan..kat Johor, tu yang wife I just get ready, nanti
takut tak sempat nak cari” sambung Megat Qalif lagi.
“Ohh..ya..perempuan cantik yang dah ada anak perempuan comel tu ke? Apa nama
dia ..hemm..” Tengku Shahzan lupa namanya, tetapi diperjelaskan oleh Tuan DO.
157
“The bride is Murni, dengan Zamri is the groom…, they are both my officers, both are very
good and they really committed to their works. Tadi ni, I jalan kaki aje ke sini, setengah
jam jugaklah jalan..” tersengeh Megat Qalif memuji Murni dan Zamri, selebihnya kesah
dia berjalan kaki.
Ammar terlopong tanpa bersuara sepatahpun. Mata membulat, leher tiba-tiba menjadi
panjang. Terkejut mendengar nama yang sangat familier, Murni..itu nama bekas isterinya?
Kenapa pula disebut-sebut, kecuali ada nama Murni lain di Bukit Fraser ni.
Dengan tekun Ammar mendengar satu persatu perkataan yang terkeluar dari mulut Tengku
Shahzan dan Megat Qalif tanpa mahu tertinggal sepatahpun. Dia harus jakin, nama Murni
yang diperbualkan itu adalah nama bekas isterinya. Perlahan-lahan Ammar akhirnya
memahani, memang sah Murni jandanya dan secara tidak langsung mengetahui, lelaki
yang memapahnya tadi bukan suaminya. Mereka belum lagi menjadi suami isteri. Dan
yang paling nyata, budak perempuan yang bersama mereka bukan anak dari lelaki itu.
Tetapi anak siapa ya? Adakah Murni sudah bernikah dengan orang lain selepas berpisah
dengannya? Ammar memang tidak tahu menahu langsung mengenai diri Murni, kerana
Murni terus menghilangkan diri tanpa khabar dan tanpa jejak, sejak dihalau keluar. Yang
dia tahu, Murni ada menumpang beberapa bulan di rumah kawan baiknya, Atie sebelum
menghilangkan diri. Pandai dia mencari lokasi, di atas bukit dan jauh dari orang luar.
Ammar pula malu hendak bertanya kepada bekas mertuanya di Johor, setelah apa yang
telah dilakukannya kepada anak mereka. Hendak kena penyapu, cuba tanya? Tidak sia-sia
rupanya dia menerima pelawaan taukeh resort. Dia dapat infomasi yang sangat berguna.
Tidak termasuk dapat minuman free.
“Sila..sila.. Megat.. Ammar.. jemput.. cuba rasa cheesecake tu.. home made, speciality kat
ni.. chef Azizul.. dia tu kalau baking, kalah Chef Wan tau?” terkejut Ammar dari
lamunannya, apabila Tengku Shahzan menjemput makan.
158
Perbualan rancak dari satu tajuk ke satu tajuk sehinggalah Megat Qalif meminta diri kerana
baru mendapat pesanan ringkas yang isterinya sudah menunggunya di depan Resort.
“Saya pun kena minta diri juga..nak rehat, esok pagi-pagi dah nak turun..” ujar Ammar.
Tidak dihiraukan apa yang diperbualkan. Di kepala dipenuhi dengan strategi yang harus
dia mainkan.
“Hem.. iya.. jumpa lagi lain kali..” Taukeh resort hanya bersetuju.
“Insyallah..” jawab Ammar.
Semua bersalaman diantara satu sama lain lalu meninggalkan Tengku Shahzan
menghabiskan minuman teh Earl Grey yang sudah suam-suam kuku bersendirian.
Ammar melangkah longlai menuju ke bilik. Setiap kata-kata semasa perbualan dengan
Tengku Shahzan dan Megat Qalif mengenai Murni dan pasangannya.. entah apa namanya,
Ammar tidak mengingatinya, masih teriyang-iyang lagi di kepala.
Yang pasti Ammar akan ke sini lagi. Banyak soalan yang memerlukan jawapan. Soalan
yang hanya boleh dijawab oleh Murni. Ammar akan segera kembali sebaik sahaja kes
tuduhan rasuah Datuk Karem selesai. Lebih cepat selesai, lebih bagus, agar dia juga cepat
mendapat jawapan kepada soalannya yang masih tergantung menunggu jawapan.
Di hatinya merasa gembira. Murni masih belum menjadi isteri sesiapa, dia masih ada
peluang. Dia hanya ada sebulan lagi untuk cuba memujuk.
Adakah masih ada sinar dan harapan untuk Murni menjadi miliknya kembali?
Sedangkan dia tahu dia telah menceraikan Murni dengan talak tiga?
Berkerut semula muka Ammar. Untuk dia kembali mendapatkan Murni semula, Murni
perlu berkahwin dahulu..Ahh.. memang Murni sudah kahwinpun sebelum ini, sebab dia
sudah ada anak. Ammar tersenyum semula dengan senyuman senget.
Susah jadinya, jika seorang peguam terkenal sudah gila talak. Jangan terbawa-bawa di
mahkamah kelak, mahu dia akan kalah teruk, kewibawaan syarikatnya akan tercemar.
Hebat juga rupanya penangan perempuan yang bernama Murni menguasai fikirannya. Dia
mengaku kalah. Tidak disangka dia jadi sampai begitu sekali. Persoalannya sekarang,
adakah Murni mahu menerimanya kembali?
159
“Murni, abang minta maaf, abang dah buat kesilapan yang amat besar?’ bisik Ammar
berkali-kali.
Memang dia sesal tidak sudah.
Tentunya Murni di rumah tersedak kerana namanya acap kali disebut oleh lelaki yang satu
ketika dahulu cukup rapat dengannya.
Tanpa dia ketahui, Murni sanggup membuat keputusan untuk menerima Zamri dalam
hidupnya, semata-mata hendak lari dari lelaki yang bernama Ammar Aidid.
Motifnya, Murni tidak mahu si Ammar mengetahui kehadiran Mila.
Berjayakah Murni menyembunyikannya?
Sehelai demi sehelai lapisan yang membalut rahsia sudah terselak.
Walaupun hanya helaian nipis namun akan terbuka juga jika kerap diselak.
Mampukah Murni menahannya!
160
Murni duduk bersimpuh di ruang tengah masjid dikelilingi sanak saudara, rakan sekerja
dan teman rapat yang hanya beberapa kerat. Majlis nikahnya, kali ini tidak ada kumpulan
marhaban mahupun paluan kompang. Cukuplah sekali pengalamannya merasa di majlis
perkahwinan yang lepas. Perkahwinan yang cukup meninggalkan bekas parut di hati. Yang
Murni kasihan ialah Zamri, dia tidak dapat melalui semua itu.
“Maafkan Murni, Zam.., kali ini Murni mahu majlis yang kecil dan ringkas aje, harap you
faham”kata Murni sehari sebelum majlis
“Tak apa, sayang, yang penting you jadi isteri I dan kita bersama sehingga ke jannah”
jawab Zamri.
“Insyallah.. semuanya ketentuan dariNYA..” kata Murni.
Zamri hanya senyum, dia mengerti apa yang hendak disampaikan oleh Murni. Ya, kita
hanya manusia biasa, insan kerdil yang hanya boleh merancang, yang menentukan hanya
DIA.
Murni bertanya bukannya apa, dia masih ingin memberi Zamri peluang.
Manalah tahu dia mengubah fikirannya, tidak mahu meneruskan pernikahan ini.
Manalah tahu, tiba-tiba Zamri menjadi cool feet.
Manalah tahu Zamri tiba-tiba sedar dan menjadi runaway groom.
Macam-macam boleh berlaku jika persoalan “manalah tahu” difikirkan.
Murni tidak mahu memaksa, walaupun memangpun dia terdesak!
Terdesak giler!
Itu perbualan mereka kelmarin. Tetapi jawapan Zamri membuat Murni lega. Murni harap
Zamri menerima dirinya dengan ikhlas dan seadanya.
“Murni..” tersentak dari mengimbas perbualan singkat dirinya bersama Zamri. Sempat lagi
Murni mengelamun, di dalam masjid yang selesa dan nyaman, walaupun bukan ada
pendingin udara. Yang ada hanya tiupan kipas yang ligat berputar di atas kepala.
161
“Eh! Mek, Lin, ah..Khirapun ada, bila sampai?”tegur Murni
Murni menyambut dengan salaman akan kehadiran tetamu-tetamu yang bila-bila masa
akan menjadi ibu mertua dan kakak-kakak iparnya. Murni yang memakai persalinan beige
yang ditempahnya untuk majlis pertunangan dan juga baju nikah. Terkejut juga sebenarnya
dia akan kehadiran tetamu-tetamu ini. Menurut Zamri, hanya Baba Zaki dan Halim sahaja
yang akan hadir kerana keluarganya sebok dengan persiapan perkahwinan Khira minggu
hadapan. Tetapi kini, lain pula jadinya, nampaknya semua ahli keluarga Zamri turut sama
hadir memeriahkan majlis mereka, termasuk bakal pengantin, si Khira dan tunangannya.
Syukur, alhamdullillah.
“Mila..Mila, mana Muni..” tanya Khira apabila melihat sekeliling ruang masjid Jamek
Bandar Baru, Johor Bahru. Mila tidak kelihatan.
“Entahlah Khira, tadi ada.. tentu dia bermain dengan sepupu-sepupu dia kat luar tu.. anak-
anak abang Ghaous lebih kurang baya dia aje..” jawab Murni.
Manalah dia sempat mengawal pergerakan si anak, di waktu-waktu begini. Murni tahu
Mila berada didalam pengawasan keluarganya.
“Cik Ros… bila sampai..”tegur mama Seri terus memeluk dan mencium ke kiri dan ke
kanan pipi bakal besannya.
Salaman juga kepada kedua kakak ipar anaknya.
“Baru aje, terima kasih aturkan rumah rehat untuk kami.. “jawab Mek.
Berkerut muka Murni apabila Murni mendengar perbualan dua perempuan separuh umur
itu. Dari gaya perbualan, mama mengetahui akan kehadiran Mek. Mama sudah siapkan
rumah penginapan mereka. Itulah, nampaknya dia seorang sahaja yang tidak mengetahui.
“Tak apa-apa, tuan punya homestay tu Mimi, sepupu Murni…”kata Seri.
“Oh ye ke.. “ jawab Mek.
“Cik Ros, tadi dia orang ada hantar minum untuk rombongan sebelah lelaki tak?..”tanya
mama Seri lagi.
“Terima kasih untie, ada siap bee hoon goreng. Kami dah minum kat rumah tadi..” Khira
pula yang menjawab.
162
“Ha.. bagus macam tu.. duduk duduk.. jemput..”lawa Seri lagi
“Murni okey..?”tanya mama Seri.
“Okey..” jawab Murni pendek.
Majlis nikah Murni yang diatur sebelum Zohor berjalan lancar. Di sebelah Murni, Atie
yang tersengeh-sengeh. Entah yang keberapa ratus kali dia membisikkan ke telingga Murni,
terkejut dengan berita pernikahannya, beberapa minggu lalu memberitahu kahwin adalah
the last thing in her list, lepas tu kata ingin bertunang, tup-tup jadi majlis nikah pula. Nasib
baik cutinya lulus untuk dia turut sama memeriahkan majlis. Murni sudah dua kali menjadi
pengantin, yang dirinya bila pula lagi? Belum ada jodoh lagi, itu sahaja jawapannya.
Memang betullah jawapan itu, jodoh pertemuan, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Di tengah-tengah ruang masjid kelihatan kumpulan lelaki mengelilingi Zamri yang duduk
di tengah-tengah atas kushen empat segi berhadapan Tok Khadi, beberapa orang saksi dan
Pak Majid sebagai wali. Zamri nampak segak dengan berpakaian baju melayu beige dan
bersamping songket berwarna merah hati, serta bersongkok.
Terdengar seperti pembesar suara dipasang, semua suara tenggelam oleh si pembesar suara.
Tok Khadi ingin memulakan nikah. Semua saksi dipanggil, termasuk wali, walaupun
Murni sudah pernah berkahwin sebelum ini dan berwalikan papanya, kali ini buat kali
kedua, Pak Majid menjadi walinya.
Terdengar dengan jelas Tok Khadi membacakan beberapa ayat sebelum memulakan majlis
nikah.
“Sudah sedia…” tanya Tok Khadi lagi, tegas.
“Ya..saya sudah sedia tuan..” jawab Zamri, bunyi seperti yakin sahaja.
Entah-entah di dada bergendang laju.
“Bismmillahhirramahman nirahim.. Mohd Zamrizal bin Mohd Zaki..” Tok Khadi
memulakan bicara.
“Ya.. saya..” Zamri menjawab tenang.
163
Tangan sudah berjabat dengan Tok Khadi.
“Aku nikahkan dikau dengan Murni Saleha binti Majid dengan mas kahwinnya RM22.50
tunai..” Tok Khadi membaca lafaz nikah untuk Zamri ulangi.
“Aku terima nikahnya bla..bla..bla..” Zamri dapat mengulangi dengan sekali nafas. Mahu
tidaknya, entah-entah sudah bertahun-tahun dia menghafal ayat-ayat keramat itu dengan
menyebut nama Murni, supaya tidak terlupa menyebut Saleha, nama kedua Murni, nama
yang tidak pernah digunakannya, yang juga ramai tidak mengetahui kecuali kawan-kawan
rapatnya sahaja.
Alhamdullillah sekali lafaz sudah mengesahkan Murni menjadi miliknya sebagai isteri
yang sah. Zamri bersalaman dengan semua yang hadir. Baba Zaki memeluknya, begitu
juga Halim adiknya. Murni dan Mila kini menerima Zamri menjadi ahli keluarganya yang
baru.
Tok Khadi terus memanjatkan doa sebaik sahaja diakui sah oleh saksi-saksi yang hadir.
Tok Khadi meneruskan majlis dengan lafaz taklik nikah.
“Ni.. lafaz taklik kena dengar baik-baik… pengantin perempuan pun kena dengar ya…”
Tok Khadi terhenti sebentar kerana terbatuk.
Sudah kering tekaknya asyik bercakap sahaja, ini hendak membaca taklik pula.
“Encik Zamri dan Puan Murni kena tahu hak masing-masing dalam taklik ni ya..Encik
Zamri kena ingat.. apa yang terkandong dalam taklik ni.. mana lah tahu, kita tak sedar
melakukannya, hemm.. okey saya bacakan sekarang…”
"Manakala saya tinggalkan isteri saya, Murni Saleha Majid selama 4 bulan hijrah
berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada
memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau
saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau
harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan
manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia ATAU
wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia
dengan satu "Talak Khulu", atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut
164
selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan
berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya
tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz Taklik saya".
Habis sahaja Zamri melafazkan Lafaz Taklik, Zamri bangun dan terus pergi ke penjuru
masjid yang telah disediakan sejadah untuk dia menunaikan solat syukur dua rakaat.
Selesai solat syukur, Zamri menghampiri Murni yang duduk bersimpuh di sebelah Mek
Ros dan kakak-kakaknya. Zamri memeluk Mek Ros yang mengalirkan air mata gembira.
Kemudian Zamri membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan cincin ke jari manis
Murni. Sebaik sahaja haba tangan Zamri menyentuh Murni, Murni dapat rasakan satu
perasaan yang tiba-tiba dia terasa shahdu. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan
kata-kata, perasaan kasih dan sayangnya kepada Zamri datang tiba-tiba. Murni
membalasnya dengan mencium tangan Zamri. Matanya berkaca, kenapalah dia buta selama
ini, tidak dapat menilai keikhlasan hati Zamri.
“Hari ini sudah terbukti, Zamri maafkan Muni yang selama ini menutup hati untuk
menerima keujudan Zamri” bisik hati kecil Murni.
Zamri pula kemudian mencium dahi Murni yang bertudung. Sebenarnya bukannya dia
mencium dahi, lebih kepada mencium kain tudungnya. Setiap detik dirakam oleh Halim
adik iparnya dan Musa, anak buahnya, anak kepada Abang Ghaous. Selesai sudah majlis
pernikahan Murni dan Zamri. Rombongan kemudian dibawa ke rumah Pak Majid untuk
sedikit jamuan. Cukup sederhana, melakukan hanya yang wajib. Tiada anak-anak kecil
yang membawa bunga, seperti flower girl, tidak ada makan adap-adap dengan hiasan
makanan yang cantik, tidak ada perancangan pakaian sedondon dan yang lebih ketara,
tidak ada pelamin yang dihias cantik seperti raja sehari. Demi tuhan, benda-benda itu tidak
penting bagi Murni kini. Yang penting, Zamri ialah raja dihatinya kini, bukan setakat
sehari, malah buat selama-lamanya akan terus bertahta dihatinya. Diharap Zamri juga akan
menjadikan dia sebagai permaisuri hidupnya seperti yang pernah dijanjikannya. Hari ini
Murni Saleha sah menjadi isteri Mohd Zamrizal.
165
Sedang mereka hendak beredar, muncul Mila disisi Murni. Dia juga mengerti, mulai hari
ini uncle Zamri akan tinggal bersamanya sebagai satu keluarga dan nama uncle akan gugur
dan diganti dengan panggilan ayah Zam. Cuma harapan dan tandatanya, adakah mama
akan terus menyayangi dirinya sama seperti sebelum kehadiran ayah Zam di dalam
keluarganya. Itu yang membuat Mila tergugat, kasih mama terpaksa dibahagi dua. Diantara
dirinya dan ayah Zam, adakah mama akan melebihkan ayah Zam?
166
Majlis jamuan kecil sahaja yang disediakan bagi keluarga terdekat. Keluarga Kak Ramlah
juga sebok, bagaikan mereka juga ahli keluarga terdekat. Memangpun, keluarga Kak
Ramlah adalah keluarga Murni di Fraser Hill. Rumah teres dua tingkat, lot tepi itu rioh
juga walaupun jemputan tidak ramai. Sekadar jiran tetangga, kaum keluarga terdekat,
rakan sekerja dan orang-orang masjid. Alhamdullah, majlis kecil tetapi meriah.
Zamri dan Murni mengambil cuti tiga minggu. 3 hari sudah habis untuk persiapan.
Seminggu akan dihabiskan di Johor Bahru, dan akan pulang ke Jengka dua hari sebelum
majlis persandingan Khira. Mereka akan berada di sana 5 hari lagi. 2 hari cuti yang berbaki
akan dihabiskan di Bukit Fraser, untuk Mila berehat secukupnya sebelum sekolah dibuka
semula.
Boss, Tuan DO Megat Qalif sebelum beredar, sempat lagi memerli pasangan pengantin
yang menghantarnya ke depan pagar, “jangan bercuti sampai sudah tidak jumpa jalan
hendak ke bukit Fraser semula. Alasan sesat, tidak boleh diterima kerana sekarang sudah
ada GPS”. Gurauan disambut dengan gelak ketawa dari teman-teman.
Mereka mengerti boss hanya berlawak. Manakan boleh mereka lupa, bukit Fraser,
bagaikan tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat persembunyian!
Eh lupa pulak, juga tempat bercinta, dot, dot, dot?
“Terima kasih kerana menjadi ahli keluarga kami Murni, Mek harap Zamri jaga Murni
betul-betul, kalau dia buat tak betul beritahu Mek tau?..” kata-kata yang keluar dari mulut
Mek Ros ke telinga Murni sebelum berangkat pulang ke Jengka petang itu. Mereka yang
terakhir meninggalkan majlis.
“Zam.. jaga Murni dan Mila baik-baik…” nasihat juga diberikan kepada anaknya Zamri.
“Insyaallah Mek..” jawab Zamri sambil memeluk Mek Ros.
167
Zamri terus bersalaman kepada Baba Zaki dan Baba Zaki menepuk-nepuk belakang
anaknya yang kini sudah mempunyai satu tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai
seorang suami, tanggungjawab besar. Zamri mendekati Murni dan dengan berani
memegang pinggang Murni. Murni memaling ke arah Zamri, memikirkan apa tindakan
yang perlu dilakukannya. Nasib baik di depan keluarga, mahu tidak mahu Murni
membalasnya dengan merapatkan dirinya betul-betul di sebelah Zamri. Lakonan drama ke
apa ni?
Jangan over acting pulak!.
“Khamis minggu depan kami pulang sana..” Murni bersuara.
“Nanti jumpa kat sana…” Khira mengingatkan akan majlisnya.
Mila yang tidak lepas memegang tangan ayah barunya yang masih berpakaian baju melayu
tanpa samping songket dan songkok. Songkok dan samping telah diletakkan di dalam bilik
yang bakal dikongsi bersama Murni.
“Cik Ros.. kami pun akan kesana minggu depan, insyallah. Aah.. kalau ke JB lain kali,
jemputlah singgah kat sini.!.” pelawa Mama Seri kepada besannya.
Ramah tak sudah.
“Ialah Cik Seri oi..” sambil berjalan perlahan menuju ke kereta Unser yang akan dipandu
Halim.
“Minggu depan jangan lupa..” ulang Mek Ros kepada semua
“Insyallah Cik Ros..kalau tak ada aral, kami sampai” hanya Mama Seri yang menjawab.
Habis satu kes, berkemas itu and ini, tup-tup malam menjelang.
Semua tetamu sudah pulang, hanya tinggal keluarga Pak Majid. Zamri masih di dalam
mood suai kenal dengan keluarga barunya. Berbual berbagai topik kedai kopi sampai tidak
sedar sudah hampir tengahmalam. Murni yang kepenatan sudah lama terlelap dalam posisi
duduk, terlentok di sofa panjang dengan Mila yang juga sudah terlelap di atas
pangkuannya.
“Zam..” Mama Seri memanggil Zamri.
Tertoleh Zamri.
168
“Tu.. tengok?” kata Mama menuncungkan mulut ke arah Murni yang lena.
Zamri hanya memandang, apa yang patut dilakukanya.
“Kejutkan, suruh naik, kalau nak tidur..” kata Mama Seri.
Zamri hanya angguk.
“Maaflah, saya nak kejutkan dia tu ah!” kata Zamri kepada Abah, abang Ghaous dan
beberapa orang yang dia baru kenal.
Perlahan dia mendekati Murni.
Kemudian Zamri mengangkat tubuh kecil Mila perlahan-lahan, tidak mahu mengganggu
lena Murni. Dia ingin membawa Mila dahulu masuk ke dalam biliknya di tingkat atas.
Baru sahaja menjejak beberapa anak tangga, Zamri di tegur oleh Mama Seri.
“Zam nak bawa Mila kat mana tu..?” tegur Mama Seri dengan nada perlahan apabila
melihat Zamri sedang mendukung Mila.
Mila yang tidak sedar, menyambung lena di atas bahu Zamri. Lagi lena dirasakannya
berada di dalam pelukan seorang ayah.
“Bilik atas!..” jawab Zamri jujur.
“Ishy.. tak usah. Zam bawa Mila kat sini…” Mama Seri melambaikan tangannya,
mengarahkan Zamri mengikutnya ke bilik tetamu.
Zamri hanya mengekori wanita separuh umur itu. Terkuak sahaja bilik tetamu, dilihat
anak-anak abang Ghaous bergelimpangan di atas comforter, semua sedang melayan mimpi
masing-masing. Mama Seri mengambil satu kushen kecil.
“Zam.. baringkan Mila kat sini..” tanpa banyak bicara Zamri hanya menurut sahaja arahan
ibu mertuanya.
Mila mengeliat, tetapi masih lena, mungkin agak kurang selesa lenanya ditanggu.
“Kenapa tak masuk tidur lagi, dah pukul satu ni..” tanya Mama Seri.
Zamri hanya menganguk mengiyakan yang jam sudah menunjukkan lebih dari jam satu.
“Dah tu.. pergilah rehat. Nanti Mama kejutkan Murni naik kemudian....” kata Mama Seri
lagi..
“Biarlah saya aje yang kejutkan Muni Ma, dia pun letih agaknya tu..” Zamri cuba memberi
alasan.
169
Mama Seri hanya tersenyum mendengar Zamri cuba membela Murni yang baru sahaja
beberapa jam menjadi isterinya.
Wajah terlentok Murni diamatinya, buat pertama kalinya Zamri melihat Murni dengan
jarak dekat tanpa tudung di kepala. Zamri jatuh kasihan pula hendak mengerakkannya.
Perlahan dia mencepong Murni yang memang lena sungguh sehingga tidak sedar dirinya
sudah diangkat perlahan oleh Zamri.
“Ishy.. berat juga rupanya minah ni, nampak aje badan kecil..?” tersenyum Zamri
bermonolog sendiri mengenai isterinya.
Perlahan Zamri mengatur langkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
Mama Seri memandang Zamri yang mengendong Murni sambil mengelengkan kepala.
“Zamri.. Zamri.. kenapa tidak dikejutkan saja si Murni tu.. yang pergi kendong tu buat apa,
bukannya anak kecil seperti Mila. Dah besar macam anak gajah, tahulah sayang tapi
sayangpun kenalah berpada-pada“ omel Mama Seri sambil tersenyum.
Selangkah demi selangkah Zamri berjalan berlahan menuju ke biliknya. Ekor mata Mama
Seri masih memandang Zamri sehingga hilang dari pandangan .
Perlahan tubuh Murni diletakkan di atas katil. Murni terus menyambung lenanya dengan
mulut sedikit ternganga. Zamri amati wajah perempuan itu lagi, lena sungguh sehingga
tidak dapat merasakan apa yang telah dilakukan Zamri ke atas dirinya. Tidur mati lagaknya,
jika bom meletuppun belum tentu Murni akan terjaga. Beberapa helai rambut menutup
wajah Murni diselaknya perlahan. Murni memang cantik, lebih-lebih lagi apabila
mengamati wajahnya yang sedang lena begini. Namun kerana keletihan, Zamri terlena juga,
walaupun belum puas menatap wajah si isteri. Perempuan degil yang ditunggunya selama
8 tahun. 8 tahun yang penuh berbagai pancaroba. Ada suka, duka dan macam-macam hal.
Doanya, jika diizinkan tuhan, mahu sahaja dia menatap wajah perempuan itu sehingga
akhir hayatnya.
Aminn..
170
Tersusun dua beg trolley di depan pintu, menunggu untuk Zamri memasukkannya ke
dalam bonet kereta. Mereka akan ke Jengka bila-bila masa sahaja, selepas sarapan.
Perjalanan ke sana mengambil masa lebih sedikit dari 4 jam. Jika bertolak awal, sempat
sampai sebelum gelap. Jalan ke sana bukannya ada highway, dua jam yang terpaksa
melalui jalan kampung. Yang mana Murni sangkal akan bergerak dalam masa terdekat
mengikut perancangan. Berborak di meja makan makin rancak, ada sahaja topik yang
berbangkit. Bukan setakat Mama dan Abah yang rancak berbual, abang Ghaos dan Zamri
pun boleh tahan juga. Yang tidak tumpang sekaki cuma Murni dan Kak Shimah, isteri
abang Ghaous. Budak-budak termasuk Mila sebok menonton TV, siaran sebelah pagi
memang khas untuk anak-anak bagi melekakan mereka dengan rancangan karton dan
animasi
“Ehh.. Zam, bila nak bergerak ni? Hari dah nak tinggi! Mama rasa eloklah bergerak
sekarang, sejuk sikit bergerak pagi-pagi ni, bukan mama nak halau kamu orang, cuma takut
lambat keluar nanti, lambat pulak sampainya.. “ Sedana sahaja suara Mama Seri.
Dia mengingatkan orang yang hendak bermusafir, yang masih rancak berbual dengan
berbagai tajuk, cukup-cukuplah tu!.
Cepat betul Zamri blend dengan keluarga Murni, tidak kekok langsung. Risau pula Murni,
bolehkah dia bertindak seperti Zamri dengan keluarga Zamri kelak?.
“Ya la.. Ma, Zam rasa elok gerak sekarang. Nak singgah zohor dan lunch nanti along the
way pun ambil masa jugak..” ujar Zamri, bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh ibu
mertuanya.
“Hemm… rancang perjalanan tu.” Kata abah Majid.
“Yang! Dah siap semua?”Zamri bersuara kea rah Murni.
Murni senyum sumbing.
171
Pagi ini minum apa eh! Hairan pula Murni, sejak bila pula bertukar gantinama Murni
kepada Yang.. singkatan dari Sayang.
Lantaklah kau Zam, Murni ikut je.
“Dah..” namun Murni seperti tahu-tahu sahaja panggilan Yang itu ditujukan kepada dirinya.
“Mila.. dah tu, ni.. salam atuk, wan dan Pak Long, Mak Long, Kita dah nak gerak..” Zamri
bersuara seperti arahan, bunyinya kepada Mila.
Mila yang berseluar panjang dan berbaju berlengan panjang biru berbelang puteh terus
sahaja menoleh dan bingkas bangun bersalaman dengan insan-insan yang sudah berdiri
tegak menerima salaman si cilik. Wan Seri mencium kepala Mila.. Mila sudah biasa
diperlakukan demikian.
Berteter sepupu-sepupu Mila seramai 4 orang di depan pintu melambai tangan mereka ke
arah Mila yang sudah berada di tempat duduk belakang dengan cermin pintu terbuka.
Sedih sahaja muka-muka mereka. Entah bila lagi agaknya mereka dapat berkumpul seperti
ini. Mahu bertahun, jika diikutkan sejarah Murni pulang ke Johor. Mila memang seronok
setiap kali balik ke kampung Wan Seri. Cuma kali ini ada kelainannya, ada new additional
of the family, iaitu kehadiran ayah Zam yang menambahkan keceriaan keluarga atuk Majid.
“Awak…” Murni memangil Zamri dengan nama awak.
Zamri sudah menjadi burung wak-wakkah?
“Apa hal Murni berawak-awak pulak dengan abang ni.?.”lama Zamri berdiam kemudian
bersuara.
Sudah berkali-kali Zamri menegur Murni yang masih kurang selesa memangil Zamri
dengan panggilan abang.
Terdiam dengan teguran. Termati hasrat yang hendak disampaikannya. Lama Zamri
menunggu, namun tiada terdengar apa-apa perkataan dari Murni yang terbantut kerana
ditegur Zamri.
Merajuk?
172
“Ya.. sayang apa dia? Abang tunggu ni..”meleret suara Zamri, takut pula merajuk orang
yang disebelahnya yang kini hanya menala pandangan keluar.
“Muni.. apa dia! Tadi nak cakap apa?” sekali lagi diulang Zamri, apabila Murni masih
mendiamkan diri.
Aduh.. parah.. Confirm merajuk!
“Karang kat Pekan Jengka, Muni nak singgah kat kedai Kek, nak beli satu untuk tambah
hantaran Khira, boleh tak?” akhirnya Murni bersuara.
Lega…Zamri tersenyum..
“Hemmm pasal tu, ingatkan tadi pasal apa? Buat abang terfikir-fikir aje sayang ni…”
Zamri menjawab tetapi mata masih tertumpu di jalanraya.
“Boleh tak?” ulang Murni
“Apa tak bolehnya, boleh aje. Sekali, beli buah-buah sikit kalau sempat kita pergi pasar,
beli apa-apa untuk masak. Kalau Baba dah beli, kita simpan untuk esok lusa..” Tangan
Zamri meraih tangan Murni.
Murni hanya membiarkannya.
Tangan sebelah memegang stering kereta, tangan sebelah lagi menggengam erat tangan
isteri.
Hemm.. tektik memujuk.
“Kenapa sayang, abang tengok lain macam aje. Tak sudi nak ke rumah Mek abang ke?”
tanya Zamri.
Zamri memerlukan kepastian dari Murni yang nampak kurang ceria di sepanjang
perjalanan.
“Tak.. bukan tak suka pergi rumah Mek, cuma bimbang sikit nak jumpa keluarga aaa..bang
yang lain..” akhirnya Murni menyebut abang, yang sebenarnya hampir menyebut awak.
“Apa nak dirisaukan, ayang dah pun jadi isteri abang. Orang lain kita nak peduli apa? Janji
keluarga abang dahpun terima ayang. Sudah! Jangan nak fikir yang bukan-bukan..”
mendatar sahaja nasihat Zamri.
Mila yang tempat duduk belakang leka dengan game dalam tablet. Jika sudah kemaruk
dengan game, apa pun tidak peduli. Ipad, hadiah dari ayah Zam, pandai juga kepala otak
173
Zamri mencari cara untuk melekakan Mila, agar ada banyak masa untuk dia bersama
Murni.
“Mila..” bersuara Zamri
“Hemm..” jawab Mila ringkas
“Mila buat apa kat belakang tu..” Zamri sengaja memulakan perbualan, sedangkan dia
tahu apa yang Mila lakukan.
Sudah tahu, lagi mahu tanya.
“Ni..ah.. game dalam ipad ni, best tau ayah Zam..” jawabnya lagi.
“Iya..ayah Zam tahu, tapi jangan leka sangat dengan game tu. Sampai rumah nanti kena
refresh balik study.. ya.. kalau tidak, ayah Zam ambil balik ipad tu?” kata Zamri,
mengertak Mila agar tidak terlalu leka dengan games di ipad yang dibelinya.
Yang pergi beli, siapa suruh.
Bila budak dah kemaruk, hendak gertak pula.
“Ya.. ayah Zam. Mila janji, asalkan ayah Zam tak ambil balik ni..” sambil menunjukkan
ipad yang dimaksudkannya “ni”janji Mila agar tidak leka hanya dengan games.
Termakan juga gertak Zamri kepada Mila.
Manalah sampai hati Zamri hendak merampas barang kegemaran anak barunya. Tambah-
tambah lagi apabila melihat muka cekodok basi, jika Mila merajuk.
“Ayah Zam gertak Mila aje. Main puas-puas anakku.” kata Zamri di dalam hati.
174
Akhirnya sampai juga mereka ke rumah keluarga Zamri selepas lebih dari 7 jam perjalanan.
Sepatutnya perjalanan dari Johor Bahru ke Jengka hanya mengambil masa 5 jam lebih
sedikit, tetapi kerana singgah di Pekan Jengka dan sempat pula menjamak dan mengqasar
Zohor dan Asar di sebuah masjid di Rompin. Nasib baik masih terang lagi, walaupun
sudah jam 6 petang.
Khemah sudah siap terpasang di halaman dengan kerusi dan meja bulat teratur, Cuma
belum dipasang lapik meja sahaja. Murni perlahan membuka pintu kereta dan terus ke
bonet untuk mengambil beg pakaian. Zamri sudah tercegat, mengeluarkan beg-beg dari
bonet. Mila hanya bersandar di pintu kereta. Murni perhatikan sudah ada beberapa orang
saudara mara Zamri yang tidak pernah dia temui sudah berada di rumah tersebut. Semua
sedang sebok membuat persediaan majlis Khira. Murni menghulur beg pakaian Mila untuk
dia heret sendiri. Murni pula mengheret beg, manakala sebelah tangan lagi menjinjing
kotak kek yang baru dibeli di pekan Jengka tadi. Kelibat Mek, mahupun Baba tidak
kelihatan, pastinya mereka sebok sehinggakan tidak menyedari yang menantu baru mereka
sudah sampai.
Zamri terus menuju ke biliknya, dia mengapai semua beg dari tangan Murni dan juga Mila,
lalu mengheretnya terus ke bilik tersebut.
“Eh… pengantin rupanya, bila sampai..?” tegur Makngah Nuri, tegur masam-masam kelat
sahaja kepada menantu tidak jadinya, siapa lagi jika bukan Zamri.
“Makngah…” tegur Murni dan menghulurkan tangan bersalaman.
Tangan disambut, tetapi acuk tidak acuh. Mana tidaknya, hendak bersalam dengan
perempuan yang telah merampas kebahagian anaknya. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga
menerima tangan Murni, dan menerima hakikat, Zamri tidak ada jodoh dengan Adel.
175
“Hah..Muni dan Zamri rupanya.. Mila pun ada, bila sampai..” terdengar suara Mek Ros
dari belakang.
Semua menoleh dan Murni merasa lega.
“Baru sampai Mek. Ini saya ada beli kek buat tambah-tambah hantaran Khira..”kata Murni
sambil Murni menghulur kotak kek kepada Mek.
“Mek simpan dalam peti ais dulu ya Muni, esok kita keluarkan.. Apa Murni susah-susah.
aje” kata Mek berlapik.
Sebenarnya, bagus juga, ada menambah satu lagi hantaran untuk Khira.
“Tak ada apa nak beri untuk Khira, Mek..”sambut Murni
“Rehat dulu, nanti bila dah okey, boleh tolong Mek kat bilik pengantin ya..” pinta Mek.
Murni hanya menganggok, Mek sebok di bilik pengantin rupanya.
Murni masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan menukar pakaian. Zamri sudah
terbaring, berehat meluruskan pinggangnya yang keletihan 6 jam memandu. Murni bersiap
lalu terus ke bilik pengantin seperti yang diberitahu Mek. Mila hanya mengekor Murni ke
mana sahaja dia pergi. Ada beberapa orang kanak-kanak perempuan yang sebaya, mungkin
anak saudara atau anak sepupu Zamri agaknya, tetapi Mila masih belum mesra lagi dengan
mereka. Tunggulah beberapa jam lagi nanti mesralah dia, dan pastinya tidak akan
mengekori Murni lagi.
Di lihatnya Mek sedang mengantung birai berwarna hijau emerald lembut di belakang katil.
Birai sudah terpasang, hanya memerlukan sedikit hiasan sahaja. Di dalam kotak sudah
terkumpul reben-reben yang sudah digubah menyerupai bunga kecil yang siap diikat bow.
Bunga-bunga kecil berwana puteh dan bow berwarna hijau emerald pekat. Cantik adunan
warna. Cadar dan lain-lain hiasan di bilik itu juga mempunyai gabungan warna hijau
emerald dan puteh. Murni menyelak langsir, pandangan terus ke khemah yang sudah siap
terpasang. Baru Murni perasan, konsep hijau emerald dan puteh rupanya. Cantik, memang
cantik, warna hijau menyejukkan mata dan juga jiwa dipadankan dengan warna puteh,
simbol bersih dan suci, pandai Khira memilih konsep. Nasib baik bukan hijau pekat dan
176
puteh. Takut disalahertikan menjadi lambang parti politik pula. Tapi yang ini hijau
emeraldkan?
“Murni, tolong hulurkan Mek gunting kat dalam bakul tu jap..” tersentak Murni dengan
suaran Mek.
Kini Murni hanya mampu tersengeh apabila Mila yang menghulur gunting kepada Nek
Ros seperti yang diminta. Malu juga dirasakannya, kerana tertangkap mengelamun
sendirian, bukannya menolong menghias bilik. Mek juga tersenyum, mengetahui Murni
bukan bersamanya, entah kemana fikirannya. Entah-entah memikirkan anak lelakinya yang
sedang berehat di bilik, maklumkan masih pengantin baru,semuanya indah!.
“Zamri mana Murni.?.” sengaja Mek mengajukan soalan sebagai pembuka perbualan.
Sedangkan dia mengetahui Zamri berehat di bilik.
“Rehat dalam bilik,Mek. Hendak saya panggilkan ke?”tanya Murni
“Tak apa la, nanti dia keluar boleh tolong Baba apa yang patut kat luar, Murni tolong
pegang tangga ni, Mek nak gantung benda ni kat atas, lepas ni kerja dalam bilik ni kira
selesai la…”sambung Mek lagi
“Hemm..” jawab Murni sambil mengangguk.
Memang sudah selesaipun urusan menghias bilik pengantin, simple, kemas dan cozy. Lagi
pun jika banyak sangat hiasan nanti boleh nampak bercelaru dan berserabut.
“La… kat sini rupanya Cek Ros. Ada barang kena beli lagi ni, tak cukup untuk orang
penangah esok” terjengol seorang perempuan sebaya Mek di depan pintu.
“Iya ke Cek Leha, apa barang yang tak cukup tu? Nanti saya beritahu abang Zaki..” tanpa
berkata apa-apa Mek Ros meninggalkan Murni dan Mila, keluar bersama perempuan yang
di panggilnya Cek Leha.
Murni dan Mila keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Murni ingin membantu di dapur
untuk persediaan penangah pula. Mereka membuat persiapan ayam masak lemak, gulai
kari nangka muda, ikan kering goreng dan acar timun. Semua bahan seperti bawang, timun
dan lain-lain sudah siap tergelipang di atas pangkin hanya menunggu untuk dikupas.
177
Separuh sudah disiapkan oleh beberapa perempuan yang hadir. Malangnya Murni tidak
mengenali perempuan-perempuan itu, yang pasti mereka adalah kaum keluarga barunya
dari sebelah suami.
Apa hendak kesah!
“Mari nak, tolong kupas yang ini…!” pinta seorang perempuan yang nampak sebaya Mek
untuk meminta Murni menolong menghiris bahan-bahan keperluan lain.
“Ya.. makcik..” akur Murni, berjalan menuju ke arah perempuan itu dan duduk bersila di
pangkin.
“Ahh.. duduk sebelah Mak Anjang. Ini mak Anjang...” pelawanya lagi, sambil tangan
tuanya menepuk disisinya.
Murni mengikut sahaja tanpa bantahan terus duduk bersila di sebelah. Mak Anjang terus
menghulur pisau serta landas kepada Murni. Murni terus memulakan kerja bersama
beberapa orang lagi yang ada di situ. Kini dia sudah tahu, yang mempelawanya adalah mak
anjang. Tentunya salah seorang emak saudara Zamri.
“Maaf lah ya.. nak, Mak Anjang tak dapat pergi ke Johor, cucu Mak Anjang demam.. , ni
dah okey sikit..” Mak Anjang memulakan cerita.
Murni hanya menganggok dan tersenyum.
Mak Anjang, mak saudara Zamri disebelah mana?
Sebelah Mek atau sebelah Baba. Berkira-kira Murni, tidak mengapa, akan ditanya kepada
Zamri bila ada peluang nanti.
Murni sebok membantu dan tidak menyedari rupanya Mila sudah tidak bersamanya lagi.
Sudah berjumpa kawan-kawan la tu. Mila sudah tidak ada masalah bergaul dengan teman-
teman baru. Nampaknya Murni juga begitu. Cuma Murni perlu penjelasan dari Zamri agar
dia kenal lebih rapat lagi kaum kerabat Zamri. Bermula dari hari ini Murni akan cuba
mengingat nama dan gelaran saudara mara Zamri. Bernikah dengan Zamri, bukan sahaja
mendapat suami tetapi juga seluruh kaum keluarganya.
178
Sambil menghiris bawang Murni tersenyum, di hatinya memanjatkan syukur kepada Ilahi,
yang telah mengatur perjalanan hidupnya dengan begitu sempurna. Entah yang keberapa
ratus kali, Murni berharap agar dia dan Zamri akan berkekalan sehingga akhir hayat.
Zamri telah menolak awan hitam pembawa rebut petik yang selama ini berlegar di atas
kepala Murni.
Kini hanya ada awan putih yang pastinya melindung Murni dari panahan terik matahari.
179
“Murni mari kejap?” tersentak Murni yang leka mengupas bawang, apabila terdengar suara
Zamri memanggilnya.
Semua mata yang berada di pangkin menala kearah Zamri, termasuk Murni. Murni yang
dengan mulut yang sedikit tergangga dan tangan masih memegang pisau, terhenti
mengupas bawang. Difikirannya mempunyai tanda soal yang besar “kenapalah pulak cik
abang aku ni, mencari aku sampai ke dapur”.
Namun dilindungi rasa ingin tahu dengan senyuman. Spontan Murni tersengeh kepada
semua perempuan yang mata mereka tidak berganjak dari memerhatikan dirinya. Bingkas
Murni bangun menuju ke arah Zamri yang tegak berdiri, tidak berganjak, mengaru kepala
yang tidak gatal, hairan kenapa wajah-wajah mereka seperti lain macam sahaja. Apa yang
tidak kena? Dia cuma mencari isterinya, adakah tindakannya salah?
“Amboi.. pengantin lama, tak boleh hilang lama sikit, isteri dia.. mencari! Mencari sampai
kedapur!” gurau Mak Anjang.
Dah agak dah..pasti mereka akan dipersendakan. Murni termalu, muka sudah memerah
tidak dapati dilindung lagi.
“Bukan macam tu Mak Anjang..hem..” Zamri berdehem.. sudah terjawab persoalannya tadi.
“Ada benda yang saya nak minta Murni tolong carikan, dia aje yang tahu..” jelas Zamri
yang sebenarnya juga perasan semua mata kearahnya.
Menjawab sambil mata masih tidak berganjak kearah Murni yang sudah hampir dengannya.
“Ada-ada lah kau tu Zam..ala.. mak anjang faham!” balas Mak Anjang, perempuan-
perempuan lain yang ada hanya tersenyum. Apalah agaknya yang dikatakan faham tu.
“Ya..bang, apa ke halnya..” bisik Murni yang memang sudah dihadapan Zamri, terus
berjalan seiring mengikut langkah Zamri menuju kearah bilik mereka.
“Ni.. ha..ni.. abang tak jumpa charger telefon, charger BB abang, mana Murni simpan?..”
ulas Zamri lagi.
180
“La.. pasal charger rupanya, kan abang yang simpan sendiri, charger telefon abang, Murni
punya ada dalam handbeg Murni la.. entah-entah abang simpan dalam beg galas abang tak?
beg tu ada bawa masuk tak?” omel Murni sebaik sahaja mereka sampai di bilik mereka.
“Ye ke? Ya la..abang tak bawa masuk beg tu, patut tak jumpa..sorry sayang, ni lah
susahnya bila dah ada isteri, masa tak ada isteri dulu pandai boleh pulak cari sendiri kan..
ala.. nak manja dengan Murni, tak boleh ke?” gurau Zamri, gurau yang tidak kena pada
tempatnya. Murni membuat muka tidak puas hatinya.. ada-ada saja dia ni.
“Bukan tak boleh nak manja-manja, cuma tak kena waktu .. cik abang oi.. ni ah.. bau
bawang..” sambil Murni mengangkat tangannya ke hadapan Zamri, Zamri cuba mengelak.
Cantik jari-jari runcing Murni yang masih ketara dengan warna inai di kesemua hujung
jarinya.
“Ah.. dah settle kan.. saya nak sambung balik kerja kat dapur tu..” Murni beredar, tanpa
melihat Zamri yang masih berdiri tercegat memerhatikan isterinya beredar. Tujuan mencari
charger nampaknya dia kena settle sendiri. Tangan mencapai kunci kereta dan terus keluar
keretanya yang terpakir di bawah pokok nangka sambil mengelengkan kepalanya.
Kenapalah dia boleh lupa tentang beg sandangnya itu. Sedangkan beg itu adalah salah satu
barang yang penting bagi dirinya satu masa dahulu, kerana di dalamnya ada tersimpan
bermacam-macam benda. Main campak sahaja segala benda, selagi boleh masuk.
Zamri terbongkok sedikit cuba mengeluarkan beg galas yang sudah di lantai tempat duduk
belakang kereta. Berdiri tegak semula dan menggalas beg yang agak berat. Mata Zamri
menala kearah bunyi rioh rendah di khemah. Orang sudah ramai membantu Pak Zaki
menguruskan persiapan di luar. Persiapan terakhir, maklumlah esok sudah majlis Khira.
“Zam.. nak keluar ke? Kalau keluar, nak minta tolong carikan pin baju tiga dozen boleh
tak..?” terpacul suara pengantin, suara Khira dari tingkap bilik kepada Zamri. Dia
menyangka Zamri hendak memandu keluar, memandangkan Zamri berdiri di keretanya
dengan pintu kereta masih terbuka.
181
“Zam bukan nak keluar, nak ambil barang aje.. tapi kalau pin tu Khira perlukan, Zam
keluarlah jugak.. cuba tanya Mek, apa lagi barang-barang yang tak cukup, boleh Zam
belikan sekali, dah terlanjur nak keluar ni..” laung Zamri, menjawab permintaan Khira.
“Hem.. ya la.. tunggu, Khira tanya Mek..” hilang wajah Khira yang tadinya dimuka
tingkap.
Zamri dengan sabar hanya menunggu kemunculan Khira.
“Zam nak gi mana? Pekan Jengka atau kat Supermarket Mesra depan tu aje?” Zamri
menoleh suara Mek, bukan suara Khira. Dengan lengan tersingsing sampai kesiku.
Tudungpun sudah senget, sudah tidak dipedulikannya.
“Tengok barang apa yang Mek nak Zam belikan.. yang Zam tahu tadi, Khira minta pin
baju..3 dozen kalau tak silap!” soalan Mek dijawab oleh Zam.
“Hemm.. ni saiz pin yang Khira nak..aha..dia nak 3 dozen, kalau dapat 5 dozen bagus
jugak..” sambil tangan Mek menghulur pin kecil yang berwarna emas. Pin disambut oleh
Zamri. Terus dibelek dan dimasukkan kedalam poket seluar.
“Mek nak kirim, kalau boleh Zam carikan Mek ribbon ni.. 10 meter lagi, gula merah 2 kilo
dan gula batu dalam 1 kg untuk buat jelly.. boleh tak Zam, ingat tak apa yang kena beli”
tanya Mek kepada Zamri yang agak kebingungan. Zamri menyambut potongan ribbon dan
dimasukkan kedalam poket seluar bersama pin baju. Zamri mengira-gira, 4 barang. Pin
baju, ribbon, gula merah dan gula batu. Jangan pula nanti pin baju yang diminta, peniti
pula yang sampai. Dua jenis gula, takutnya menjadi sejenis sahaja, itu gula pasir. Gula
batu entah kemana, gula merah pula bertukar warna, menjadi gula puteh!
Sebenarnya Mek hanya menyebut “meminta tolong” Zamri mencari barang-barang
tersebut, tetapi hakikatnya, ialah satu arahan, mahu atau tidak Zamri terpaksa mencarinya.
Mana tidaknya, jika setakat membeli gula merah dan gula batu, itu tidak menjadi masalah,
mana-mana kedai runcit boleh dibelinya. Yang hendak membeli pin baju dan ribbon ni,
yang menjadi masalah, dikedai mana hendak dituju. Itu bahan kraftangan, orang lelaki
mana kesah hal-hal seni begitu.
182
“Nanti Zam cuba carikan.. “ sambil tangan menyeluk poket dan mengamati dua barang
iaitu contoh pin baju dan ribbon yang telah dihulur oleh Mek tadi.
“Senang aje Zam.. pin sama ribbon tu, Zam cari kat kedai yang jual kotak telur orang
kahwin, tempat yang Zam ikut Mek last time.. ingat lagi tak? Kedai kat depan petrol pam
Petronas tu… ingat kan?” tanya Mek, yang melihat Zamri hanya menganggukkan kepala.
Entah faham entahkan tidak? Main angguk aje.
Mek dapat mengagak masalah anaknya dari riak Zamri yang sedikit berkerut.
“Ohhh… tempat tu.. Zam ingat, nanti Zam cuba cari kat situ..” Zamri terus masuk ke
dalam kereta, meninggalkan Mek yang masih tercegat memerhatikan kereta anaknya
meninggalkan pohon nangka yang rendang. Kemudian Mek berjalan pantas masuk semula
ke dalam rumah, banyak lagi kerja yang perlu dibereskan. Bukan mudah menjadi tuan
rumah pengantin, mahu tidaknya. Majlis pengantin perempuan, bukan seperti majlis Zamri
dua minggu yang lalu, mereka hanya bertandang. Teringat Mek kepada besannya, agaknya
begitulah penatnya Cik Seri dan keluarga, di Johor Bahru sewaktu majlis pernikahan
Murni dan Zamri dua minggu lalu. Sekrang memang tidak terasa penatnya, tunggu dua
tiga hari selepas majlis. Masa tu baru terasa lenguh sana, lenguh sini, jangan sakit sudah!
Hendak menerima menantu punya pasal, penat sedikit tidak mengapa. Hendak menambah
ahli keluarga.
183
Zamri mencampakkan kunci kereta ke dalam bekas anyaman mengkuang yang tersedia di
kabinet kayu tepi pintu masuk. Diikuti oleh Mila yang mengheret beg leret kecilnya. Mila
terus naik ke bilik. Murni yang terakhir masuk, dilihatnya Zamri sudah melunjur kaki,
bersandar di sofa panjang. Lelah betul nampaknya dia. Menambah penat tiga hari berturut-
turut membantu persediaan majlis Khira. Nasib baik esok hari Ahad, sekurang-kurangnya
mereka dapat melonggarkan urat-urat yang sudah lenguh dan kepenatan.
Memang penat, namun semua gembira, majlis Khira berlangsung dengan baik. Mek dan
Baba Zaki yang paling gembira kerana mendapat dua menantu dalam satu tahun. Murni
juga gembira apabila tertemu dengan Mama Seri dan Papa Majid serta Abang Ghous
sekeluarga yang mana turut sama meraikan majlis. Mana mungkin mereka tidak hadir di
majlis tersebut, Mek dan Baba sangat berharap akan kehadiran mereka.
Bisan katakana!.
Jangan tahun depan mendapat dua cucu serentak pula?.
Jika cucu dari Khira, tidak mengapa, tetapi bukan cucu dari Murni nampak gayanya.
Mengapa Murni perlu risau, hal ini bukan urusannya, semua kuasa Allah. Sama ada cucu
dari Khira ataupun Murni, itu tidak menjadi masalah. Itukan rezeki dariNYA.
Sebaik sahaja semua beg dan barang-barang dikeluarkan dari dalam kereta masuk ke
rumah, Murni ke dapur, cerek air diisi dan sementara menunggu air masak, Murni
mengeluarkan semua makanan lauk yang telah dibekalkan oleh Mek semasa pulang. Lauk
dan makanan disimpan kedalam peti sejuk. Nampaknya makan malam akan menjamu lauk
ulang tayang jawabnya.
"Ma, ada makanan tak? Tersentak Murni yang sedang leka mengacau lauk asam pedas
yang dikirim Mek.
184
"Mila lapar ke?" Tanya Murni, sudah terang-terang Mila bertanya tentang makanan, tapi
Murni masih mahu lagi tanya, untuk kepastian. Mila sudah lapar, dua atau tiga kali
ditanyapun, pasti mendapat jawapan yang sama. Hanya anggukan kepala Mila sahaja yang
diterima sebagai jawapan kepada soalannya. Murni mengusap lembut kepala anaknya.
"Ni...ma sedang masak nasi la ni, Mila duduk depan dulu ya! Nanti ma panggil, kecuali
kalau Mila nak tolong mama ke?" Murni sebenarnya hendak meminta Mila membantunya,
tetapi masih berselindung.
Perlahan-lahan mengajar anak perempuannya ke dapur.
"Mila nak tolong ma boleh?” Jawapan yang ditunggu Murni sebenarnya.
"Hah... Macamtu lah anak mama. Mila tolong set up table boleh?" Sambil kedua-dua
tangan Murni memegang kedua belah pipi anak gadisnya.
Sudah besar, rupanya Mila, tanpa dia sedar sudah berjinak-jinak di dapur. Anak perempuan
ke mana lagi cenderung kegemaran, jika tidak hal-hal perempuan.
“Boleh..” Mila menjawab dengan anggukan kepada dan bernada ceria.
Merah muka Mila diperlakukan sedemikian. Tambah-tambah sekarang ni sudah rasa sudah
dewasa konon.
Laju Mila kabinet pinggan mangkuk lalu mengeluarkan seperti biasa semua pinggan
mangkuk yang sepatutnya berada di atas meja. Murni yang sedang memasukkan lauk ke
dalam mangkuk hanya menjeling, melihat telatah Mila yang bersungguh-sungguh
menyusun pinggan mangkuk.
“Dah siap dah Ma..”jawab Mila gembira menyelesaikan hal di atas meja.
“Hemm.. good girl and thank you..” jawab Murni sambil membalas senyuman Mila yang
sudah sedia duduk di atas kerusi.
“Tunggu Ma panggil ayah Zam kejap ya?”
Mila hanya memandang Murni beredar menuju ke sofa di mana Zamri sedang
menghilangkan lelahnya.
“Abang, dinner dah siap, nak makan tak?” tanya Murni sambil tangannya menggoyang
kaki kanan Zamri.
“Ah..” suara Zamri yang masih mamai.
185
“Dinner dah siap, abang nak makan tak?” ulang Murni yang sudah berteleku di depan
Zamri yang masih bersandar.
“Hemm.. makanlah dulu, nanti boleh sambung balik rehat…” rayu Murni
“Abang tak berapa lapar lagi, kejap-kejap lagi la..” jawab Zamri sambil menarik tangan
Murni rapat ke badannya.
Badan Murni hampir terjatuh ke badan Zamri, namun dapat diimbangnya. Hendak
bergurau, sedangkan Mila sedang menunggu mereka.
“Bang, Mila dah tunggu kat sana tu..”kata Murni.
“Oh.. ya ke?” Zamri terus duduk dan meraup mukanya dengan kedua belah tangannya.
Tanpa menyedari Murni menghulurkan tangannya untuk membantu Zamri bangun.
Segera tangan Murni digapai, apabila menyedari kehadiran tangan Murni yang sedia untuk
disambut. Kejap pautan tangan Zamri menggengam tangan Murni berjalan menuju ke meja
makan, di mana Mila sudah menanti. Bagi Mila, perlakuan begitu sudah biasa, tidak ada
yang kelainan baginya. Ayaha Zam memang loving terhadap mamanya. Dia juga seronok
melihat drama mereka.
“Mila lapar ke? Sorry ayah Zam terlelap kejap tadi, tak tahu pulak anak ayah dah
lapar..”kata Zamri sambil mencuci tangan di kendi yang dituang air oleh Murni.
“Tak apa ayah, Mila bukan lapar sangat pun..” jawab Mila, sudah pandai berbohong sunat,
sedangkan tadi dia yang mengadu lapar, tetapi demi menjaga hati papa kesayangannya, dia
bertindak demikian.
“Bukan ke Ma dengar tadi Mila kata lapar?” Murni cuba mengusik anaknya.
“Memang Mila lapar, tapi lapar sikit aje.. kan ayah.?.” jawab Mila sambil meminta
sokongan Zamri.
Baru Mila perasan, dia tidak perlu ragu lagi akan kehilangan kasih sayang mama Murni,
kerana dia ada seorang lagi yang akan memberikannya kasih sayang.. ayah Zam.
“Dah.. dah.. tu..sebenarnya ayah yang lapar ni, dah tu.. mari kita makan..” Zamri memaling
ke arah Murni yang duduk di sebelahnya dengan mengangkat kening.
Murni hanya mampu tersenyum. Nasi sudah tersedia di dalam pinggan, hanya menunggu
Zamri membaca doa sebelum memulakan suapan.
186
Di meja makan Mila bercerita tentang dirinya yang mempunyai ramai kawan baru dan juga
keseronokannya berada di kampung ayah barunya, Zamri. Nampak gayanya, Zamri tidak
mempunyai masalah untuk pulang ke Jengka dimasa akan datang. Zamri tidak perlu
memujuk gadis cilik itu untuk mengikutnya setiap kali pulang ke kampungnya kelak.
Tatkala berkumpul begini, Murni dapat merasakan sangat bahagia. Di benak hatinya,
soalan kenapalah tidak dari dulu lagi dia menerima Zamri dalam hidupnya, jika tidak,
sudah lama dia menekmati kebahagian ini. Ini tidak, Zamri terpaksa menunggu hampir 8
tahun tanpa jemu menunggu dirinya. Nasib baik Zamri sabar menunggu selama 8 tahun,
andai dia jemu dan angkat kaki, melopong Murni jawabnya. Siapa yang rugi, diri
sendirilahkan? Murni bermonolog sendiri. Nasib baik itu tidak terjadi.
Zamri memandang hairan ke arah isterinya, kenapa pula isteri aku ni, lain macam sahaja di
sebelahnya. Pandangan mata di rezeki, tetapi suapan slow motion sahaja.
Biarkanlah .. janji kau bahagia wahai isteriku.
187
Murni memandang Zamri yang mukanya nampak bersahaja sejak keluar dari kereta. Hari
pertama mereka bertugas selepas bergelar suami isteri. Cuti honeymoon pun sudah habis.
Murni yang runsing, memikirkan pasti akan disakat oleh teman-teman sepejabat, terutama
teman-teman Zamri. Sudah terbayang wajah-wajah mereka yang kaki sakat, wajah Latif,
Hamdan, Misran, Loqman dan beberapa teman lagi silih berganti di kepala. Murni pandang
Zamri, dia seperti biasa sahaja. Murni pandang ke siling sambil menarik nafas panjang,
lelaki relax aje. Agaknya hanya perempuan yang selalu memikirkan perkara-perkara begini.
Kemudian mengeleng-gelengkan kepalanya.
Sudahlah pagi tadi sewaktu bersiap sudah diperli Zamri, apabila Murni menjadi serba salah
memilih pakaian. Maklumlah hari pertama bekerja sebagai Mrs. Zamri, Murni ingin
nampak extra kemas dan extra cantik. Murni ingin membuat sedikit perubahan kepada
penampilannya. Dia mahu berubah, tidak seperti Murni yang sempoi satu ketika dahulu.
Namun ideanya tidak berapa disukai oleh Zamri. Dengan alasan, kenapa perlu pakai
pakaian cantik-cantik dan bergaya, hendak pikat siapa lagi sedangkan orang yang
memikatnya dahulu sudah terikat.
Hu alah! Siapa pikat siapa? Perasan.
Itulah orang lelaki, apabila isteri hendak bergaya sedikit, sudah diperli-perli. Bukankah
elok diberikan galakan, sekurang-kurangnya isteri nampak cantik. Cantik tetapi kemas,
sopan dan menutup aurat. Bukannya sexy menjolok mata atau yang terdedah sana
terdedah sini seperti pakaian orang yang tidak cukup kain. Jika orang memuji, suami juga
yang akan dapat nama. Kemas dan cantik pakaian di anu bin si anu tu.. ohh.. itu isteri si
anu tu..Ini tidak, lebih suka lihat isteri selekeh supaya tidak digoda oleh lelaki lain.
Sedangkan diri sendiripun tak kuasa hendak melihat isteri sendiri jika berpakaian tidak
kemas.. hem.. lelaki..lelaki.. ego tak habis-habis dan juga ego tidak bertempat.
Pantas mereka berjalan beriringan menuju ke bilik masing-masing. Entah berapa lama
agaknya bilik tersebut akan menjadi bilik mereka, kerana sama ada Murni atau Zamri, pasti
188
akan ditukarkan ke Bahagian lain. Mana boleh suami isteri ditugaskan di dalam satu unit
yang sama. Tuan Megat Qalif pasti akan membuat rombakan. Jika dahulu, nama Murni
mahupun nama Zamri tidak terlibat di dalam perubahan carta organisasi, tetapi sedikit
masa lagi pasti salah satu nama akan dikeluarkan dari dinding carta organisasi yang sudah
lama tidak berubah kerana tidak ada rombakan.
One Two Zoom.. siapa gunting, siapa kertas?
Jam sudah menunjukkan jam 9.00 pagi, Zamri berjalan menuju ke bilik isterinya.
“Muni, jom kita jumpa Tuan Megat, just to say hello, at least dia dah tahu kita sudah
masuk kerja semula..” pinta Zamri.
“Hemm.. elok jugak tu..” jawab Murni, terus berdiri dan berjalan ke arah Zamri yang setia
menantinya. Bilik Tuan Megat Qalif, boss dituju.
Tidak banyak perkara yang dibualkan dengan Tuan Megat. Tuan Megat sangat
professional, hanya membicarakan perkara-perkara yang perlu sahaja. Zamri dan Murni
selesa melaporkan diri dengan Tuan Megat. Pertemuan yang singkat, tidak sampaikan
setengah jam. Namapun hanya sekadar untuk memaklumkan yang mereka sudah bertugas
semula. Lantas kedua-duanya kembali semula ke bilik masing-masing dan cuba
menyelesaikan tugas mereka yang terbengkalai disepanjang tiga minggu percutian mereka.
Kena sakat memang sudah dijangka, tetapi Murni buat tebal muka sahaja.
Sehari berlalu tanpa ada apa-apa kelainan selain tugas-tugas yang routine, dan blushing
asyik kena perli. Begitu juga selepas seminggu berlalu. Tetapi ada kelainan pada minggu
ketiga.
“Encik Zamri, boss nak jumpa..” suara telefon dari Shiha memberitahu yang Tuan Megat
meminta dia datang berjumpanya.
“Okey Shiha, kejap lagi saya ke sana..” cepat sahaja jawapan dari Zamri.
Zamri terus menutup dokumen yang sedang terpapar di skrin komputer dan mencapai buku
nota kecil bersama pen, berjalan laju keluar, menuju ke bilik Tuan Megat.
Zamri terus masuk kedalam bilik Tuan Megat, mengetahui Tuan Megat sedang
menunggunya.
189
“Assalamulaikum tuan..” memulakan bicara sebaik sahaja dia mendapat kebenaran untuk
masuk ke bilik DO.
“Mualaikumusalam Zamri.. jemput duduk” jawab Tuan DO lalu Zamri duduk di hadapan
Tuan Megat.
“Begini, Zamri tahu pasal Tu Ah Holding? Syarikat yang sedang bina Tu Ah Tower tu,
saya dapat laporan mereka tidak menyediakan keselamatan yang sempurna dan dengarnya
tanah yang ditarah juga tidak membina benteng konkrit sebelum memulakan pembinaan,
Zamri tolong tinjau, betul ke? Nanti hantar laporan kepada saya” ujar Tuan Megat
“Ya, tuan..” akur Zamri
“Ni.. dah petang, tapi saya hendak Zamri pergi petang ini juga, mungkin Zamri boleh pergi
sekarang, takut nanti lambat pulak pulang, malam bahaya kalau memandu” ulas Tuan
Megat lagi.
“Ya tuan, saya pergi sekarang..” bingkas bangun dan terus meninggalkan bilik Tuan Megat
untuk kembali semula ke biliknya. Sebelum itu dia sempat singgah ke bilik isteri.
“Muni, abang ada kerja sikit kat luar, nanti kalau abang lewat, macammana Muni nak
balik?” Terus sahaja Zamri memaklumkan isterinya akan tugasannya.
“Abang kena pergi mana?” soal dari Murni
“Tu ah, Syarikat Tu Ah tu.. tak ikut arahan yang dah diberi, abang kena tinjau..arahan dari
DO” jelas Zamri.
“Ohh.. tak apa la bang, Muni minta tolong Shiha aje la, minta tolong hantarkan, tapi abang
call Muni dulu ya? Sempat ke tidak, kalau lewat setakat sejam tu, Muni boleh aje tunggu.
Tak jadi masalah..” pujuk Murni, masih berharap agar Zamri dapat menjemputnya, tidak
mahu menyusahkan orang lain, jika boleh.
“Hemm.. ialah, kalau tak sempat nanti abang call, tengok macamana nanti..abang kena
pergi cepat ni, nanti lambat sampai Kalau lambat pergi dah pasti lambat balik..” ujar
Zamri lagi, lalu terus beredar segera tanpa mendegar lagi apa yang akan dikatakan isterinya.
Dia harus bergerak segera, nanti lambat pula. Tempat yang ditujunya sangat berliku-liku
dan sempit. Walaupun dekat, tetapi mengambil masa kerana pemanduan perlu berhati-hati
melalui jeram.
190
Dua jam sudah pemergian Zamri dengan tugasannya. Murni asyik melihat skrin telefon,
seperti tidak percaya tiada tanda panggilan yang terlepas, mahupun pesanan ringkas dari
Zamri. Samada dia sempat menjemputnya pulang atau tidak, masih menjadi tandatanya.
Murni juga sudah memaklumkan Shiha, jika sudi menumpangkannya pulang sekiranya
Zamri tidak dapat pulang ke pejabat pada waktu seperti yang dirancang. Bagi Shiha, tidak
menjadi masalah untuk membantu, bukannya selalu, sekali sekala. Dia gembira kerana
dapat membantu orang yang memerlukan. Tambahan bukannya jauh sangat dari rumahnya,
dia hanya perlu membelok ke simpang sebelah sebelum masuk ke simpan rumahnya, tidak
sampaikan lima minitpun.
191
“Mr. Lim, please let Mr. Tu Ah knows about our discussion today, ya?” tegas Zamri
kepada Mr. Lim, Ketua Jurutera di tapak projek Tu Ah Tower.
Hasil dari lebih satu jam perbincangan. Zamri sangat berharap agar Mr. Lim akan
memberitahu bossnya tentang apa yang telah dibincangkan. Jangan dia tidak faham, lain
yang disuruh lain pula yang akan dibuatnya kelak.
“Yes, Mr. Zamli, I will let him know, you jangan lisau, tadikan saya sudah belitahu,
memang kita mahu buat, tapi tak sempat ma..” Mr. Lim berdalih, sedangkan sekiranya
tidak ada tinjauan dari pihak berkuasa, mahu tidak dibuatnya retaining wall tu.
Mana tidaknya, untuk membuat retaining wall mengambil modal yang agak besar juga.
Pasti jika dibuatpun hanya pada bahagian bawah, tidak seperti yang sepatutnya. Dia peduli
apa, janji bangunan itu siap dan terjual. Jika hendak terjadi tanah runtuh atau bangunan
retak, bukannya akan berlaku esok. Mungkin setahun, dua tahun atau tahun ketiga kerana
ianya mengambil masa. Yang penting sekarang ini poket penuh dengan cagaran dan
deposit dari pembeli. Dah tu, pulak pandai-pandai menukar nama Zamri kepada Zamli..
pelat cina, mana boleh sebut hurug “r”.
“Okey lah Mr. Lim, lagi dua minggu saya datang lagi sini okey? You jangan mula apa-apa
contruction lagi, selagi itu wall tak ready!” jelas dan tegas Zamri memberi arahan.
Zamripun terpaksa mengikut lenggok bahasa Cina. Janji dia faham.
Semua ini dia perlu tegas demi keselamatan orang ramai dikemudian hari kelak. Jangan
main-main, ini melibatkan nyawa manusia.
“Hari sudah mahu gelaplah Mr. Lim, I have to leave, tapi kita jumpa lagi dua minggu ..lagi
dua minggu saya datang lagi..” Zamri masih mengulangi yang mereka akan bertemu,
Zamri bercadang untuk membuat tinjauan susulan lagi dua minggu.
“Okey la, lagi dua minggu ya..Telima kasih Mr. Zamli” balas Mr. Lim sambil
menghulurkan tangan untuk berjabat sebagai menandakan tamatnya pertermuan dan
perbincangan mereka hari ini.
192
Tentu si apek rasa lega, Mr. Zamli sudah hendak beredar. Buat atau tidak, tunggu aje dua
minggu lagi.
Zamri menyambut tangan Mr. Lim dan mereka berpisah, masing-masing menuju ke kereta
masing-masing, memandangkan jika terlewat beredar, hari akan gelap dan merbahaya bagi
pemandu untuk melalui jalan yang berliku dan bercerun. Zamli pun Zamlilah!
Zamri menghidupkan keretanya dan terus mengambil telefon bimbit untuk menghubungi
Murni. Dia perlu tahu sama ada Murni masih berada di pejabat atau sudah berada di rumah
tatkala ini. Sementara menunggu telefon dijawab, mata Zamri meleret ke jam tangannya.
Jam menunjukkan 5.45 petang. Jika dia sampaipun mungkin hampir jam 7 malam.
“Muni..Muni kat mana ni.. abang baru nak bergerak pulang..” Zamri bersuara sebaiknya
terdengar suara Murni menyebut Hello.
“Muni dah kat rumah dah ni.. Muni tunggu call dari abang tapi tak ada, jadi Muni buat
keputusan tumpang Shiha aje tadi” jelas Muni
“Tak apa, abang risau takut Muni masih kat ofis.. baru sekarang abang nak bergerak.
Discuss dengan Mr. Lim tu sampai terlupa nak contact Muni.. sorry sayang.. anyway Muni
dah selamat kat rumah, abang lega.. ni nak gerak dah ni..” jelas Zamri.
Sungguh ambil berat Zamri kepada Murni.
“Hem.. abang tu berhati-hati, hari dah nak gelap ni, hati-hati bang…” nasihat Murni
kepada suami.
Hatinya sekarang sudah seratus peratus untuk lelaki ini. Dia sudah tidak ragu-ragu lagi
dengan lelaki ini, Murni yakin pilihannya kali ini adalah pilihan yang tepat.
“Ya lah..abang gerak sekarang,!...hemm Murni...” mengulangi lagi, tetapi terhenti, kerana
masih teragak-agak hendak memberitahu sesuatu.
“Ya.. bang..” tanya Murni, menunggu apa lagi yang akan Zamri luahkan.
“Hem.. tak ada apa-apa, jumpa nanti kat rumah.” Jelasnya.
Murni tertanya-tanya, ingatkan apalah yang hendak dikatakan kepadanya sebentar tadi.
Jika sekadar hendak memberitahu akan berjumpa di rumah, baik tak payah cakap, saja nak
buat orang risau sahaja.
193
Zamri memandu berhati-hati dicuaca yang hampir rembang senja. Tidak sampai setengah
jam pemanduan Zamri terlihat kelibat seorang lelaki sudah menyingsing lengan kemeja
puteh, cuba menahan keretanya. Entah siapa, Zamri tidak dapat melihat wajah lelaki ini.
Keretanya rosak atau perompak?.
Zaman sekarang ini semua kena berhati-hati, sehinggakan jika ingin membantupun kena
berfikir berkali-kali. Manalah tahu, niat hati hendak membantu, silap-silap niat hendak
membantu, nyawa pula yang melayang.
Zamri memandu perlahan sambil berfikir, lama dia berfikir sama ada hendak membantu
atau meninggalkan sahaja lelaki tersebut di dalam gelap di situ. Akhirnya Zamri membuat
keputusan untuk membantu, manalah tahu, lelaki itu mungkin benar-benar memerlukan
pertolongan. Tawakal sahajalah. Niat Zamri ikhlas untuk membantu, insyallah dia akan
dilindungi ALLAH.
Zamri memberhentikan keretanya agak jauh, sudah terlajak. Zamri melihat dari cermin
belakang apa seterusnya tindakan lelaki itu. Manalah tahu jika ada geng yang bersembunyi
di semak-semak di tepi jalan. Zamri lihat lelaki itu berlari mendapatkan keretanya. Untuk
keselamatan, Zamri masih mengunci keretanya dengan semua pintu tertutup rapat. Apabila
lelaki itu sudah berada di sebelah, baru dibuka sedikit sahaja cermin tingkapnya.
“Encik.. saya nak minta bantuan, tolong hantar saya ke hotel tempat saya menginap malam
ini, kereta saya meragam pulak, rasa saya sudah kehabisan minyak, saya terlupa isi.. sebab
nak cepat tadi..” bersuara lelaki tersebut dengan termegah-megah.
“Oh.. macam tu. Hotel mana Encik menginap?” tanya Zamri, tetapi cermin tingkap masih
tidak diturunkan sepenuhnya, hanya setakat boleh mendengar apa yang dibicarakan. Dia
masih ragu-ragu, lelaki itu masih belum dapat memberi kepercayaan kepada Zamri seratus
peratus.
“Saya dah booked Shahzan Inn, tolonglah Encik bantu saya, saya sudah locked kereta saya,
itu nanti saya uruskan esok, bila siang, tapi sekarang saya benar-benar perlukan bantuan”
Jelas lelaki itu seakan-akan merayu.
194
Kasihan pula rasa di hati Zamri. Bagaimana jika Zamri yang menjadi lelaki yang masih
berdiri di cermin sisi.
Jika dia tidak membantu, adakah orang lain akan membantu di waktu begini?
Sedangkan apabila gelap, mana ada kenderaan menaiki Bukit Fraser. Zamri berfikir, andai
dirinya di tempat lelaki itu, apa akan terjadi agaknya!.
“Okey Encik, saya hantar Encik kat Shahzan Inn.. masuklah..” akhirnya kata hati Zamri
mempercayai lelaki itu.
Tawakal.
“Terima kasih Encik..” jawab lelaki itu dan terus menjinjing beg kecil.
Beg pakaian agaknya lalu berjalan pantas ke seat penumpang di sebelah Zamri.
Lelaki itu terus masuk dan terus menghulurkan tangan memperkenalkan dirinya.
“Terima kasih Encik.. saya Ammar Aidid” memperkenalkan dirinya.
Zamri menyambut tangan lelaki yang baru memperkenalkan dirinya. Namun itu tidak
penting, Zamri masih perhati-hati, manalah tahu si lelaki ini masih mencurigakannya.
Siapa namanya tidak menjadi hal kepada Zamri. Zamripun tidak registerpun nama disebut.
“Saya Zamri..” Zamri memperkenalkan dirinya dan meneruskan pemanduan pulang.
Di dalam kereta tidak banyak yang bicarakan. Mana tidaknya, lelaki itu adalah orang asing
yang baru beberapa minit sahaja dikenalinya, takkan dia hendak over ramah pulak.
Tambahan pula, sebaik sahaja lelaki itu keluar dari keretanya, mereka akan menjadi orang
asing semula. Zamri hanya membantu mana yang perlu.
Sampai di Shahzan Inn, hari sudah gelap. Lelaki itu tidak putus-putus mengucapkan terima
kasihnya yang tidak terhingga kepada Zamri. Tanpa pertolongan Zamri, dia tidak tahu apa
akan jadi kepadanya. Silap haribulan tidur di dalam kereta di tengah-tengah hutan Fraser
Hill tu. Tidak dapat dibayangkan olehnya. Bukan dia sahaja yang tidak dapat
membayangkan apa akan terjadi? Zamri juga memikirkan perkara yang sama, jika perkara
itu terjadi kepadanya, rasanya tidak tidur satu malam jawabnya. Menjadi jaga sehingga
siang.
Sebaik sahaja mereka mengucapkan selamat malam, Zamri memandu pulang. Isteri
tercinta sedang menunggu di rumah. Pasti Murni risau, menunggu dirinya yang tidak
195
sampai-sampai. Jika di kira dari waktu dia memberitahu kepulangannya, dia sepatutnya
sudah lama berada di rumah.
Seperti dijangka, Zamri melihat Murni yang sudah memakai kaftan batek lengan panjang
tercegat di depan pintu rumah. Murni berlari-lari anak membuka pintu, rambutnya yang
diikat ekor kuda terliang liuk mengikut pergerakan pantas tuannya. Murni tidak memakai
tudung sudah berada dalam rumah sendiri. Pintu pagar dibuka luas, untuk membenarkan
Zamri memakirkan keretanya bersebelahan kereta Murni. Sebaik sahaja kereta dipakir,
Murni menutup semula pintu pagar dan menguncinya.
Zamri menunggu isterinya dengan harapan untuk masuk bersaing ke dalam rumah. Murni
mengambil beg bimbit kulit Zamri manakala tangan Zamri melilit bahu Murni. Murni
senang diperlakukan sedemikian. Mereka masih pengantin baru katakan.
“Kenapa lambat ..?” pendek sahaja pertanyaan Murni.
Nadanya lembut sahaja, tetapi maknanya mendalam. Dia tahu Zamri tahu apa maksudnya.
Zamri perlu berhemah untuk memberi jawapan agar Murni tidak bersangka buruk
terhadapnya.
Zamri menghela nafasnya sebelum menjawab.
”Tadi.. tadi masa abang balik, abang jumpa this guy.. tahan kereta abang, katanya kereta
dia..hemm kereta kehabisan petrol, dia lupa isi, dia kata dia rushing nak ke sini. Tulah
abang tolong hantar dia kat hotel yang dia dah booked..” jelas Zamri.
“Betul ke cerita abang ni.., macam cerita rekaan aje..” balas Murni
“Betul.. bukan abang nak buat cerita pulak, tak apa .. terserah, Muni nak percaya ke tidak,
abang cakap yang betul” bersungguh-sungguh Zamri untuk menegaskan apa yang
diberitahu adalah benar.
“Manalah tahu, saja nak buat cerita.. bukan Muni tahu pun, betul ke tidak?” kata Murni
menyakat.
“Tak percaya sudah.. abang cakap yang betul”jawab Zamri, malas hendak layan.
“Tak kesahla.. apa aje cerita abang tu..janji abang dah selamat sampai.. ha.. pergi mandi
dan solat maghrib dulu, Muni nak panaskan lauk” tukas Murni sambil tersenyum.
196
Sejuk hati Zamri, dia tahu isterinya mempercayai ceritanya. Cerita yang benar, bukan
rekaan, kenapa dia perlu risau.
Bagi Murni, kenapa perlu meragui suaminya. Murni yakin, itu memang cerita sebenar.
Suaminya sudah membantu orang yang memerlukan pertolongan, syukur alhamdullillah.
“Mila mana?” tanya Zamri, apabila melihat sekeliling tidak adapun bayang Mila. Anak
kesayangannya itu.
“Ada kat atas, buat homework, dia dah makan dah.. awal lagi, Muni nak dia tidur awal
malam ni, esok dia ada koku.., nanti dia letih..” penjelasan Murni yang lengkap agar Zamri
tidak perlu bertanya lagi.
“Ya la.. abang naik dulu, bak beg abang tu.” Zamri mengambil begnya yang sudah dihulur
oleh Murni, terus menaiki tangga. Murni berjalan ke dapur untuk menyediakan makan
malam mereka yang sudah dimasak oleh Kak Romlah.
Selang dua puluh minit, Zamri turun mencari Murni yang sedang leka di sofa menonton
TV. Drama Akasia TV3 rupanya. Layan drama melayu pulak minah ni. Zamri hanya
tersenyum dan mengambil tempat di sebelah Murni yang mengesot memberi ruang agar
suaminya dapat duduk dengan selesa di satu sofa.
“Cerita apa Yang” tanya Zamri
“Hah..” Murni menjawab, tetapi mata masih tertumpu di kaca TV
“Cerita apa..” ulang Zamri
“Teduhan Kasih.. best jugak cerita dia.. tapi ada jugak yang tak logiknya, macam tak ada
orang lain, sentiasa aje ada kebetulan..” omel Murni, banyak pula komplainnya, tapi setiap
petang tunggu juga drama bersiaran.
Zamri cebik muka, cuba menghadam apa yang dikatakan Murni sebentar tadi. Tidak puas
hati dengan jalan cerita, tetapi tonton juga.
“Jom makan..” Zamri mengajak Murni makan malam.
Murni mengambil remote dan menutup TV terus berjalan kemeja makan dengan Zamri di
belakangnya.
Semua makanan sudah tersedia, kecuali nasi yang masih di dalam periok nasi eletrik.
Murni menyendok nasi dan memasukkan ke dalam mangkuk nasi.
197
Di meja makan, mereka berbual kesah yang berlaku di pejabat. Kesah Zamri membantu
lelaki yang tidak dikenalinya petang tadi langsung tidak dibangkitkan. Apa pula hendak
diulang cerita yang telah disampaikannya kepada Murni. Jika Zamri ceritapun, bukan
memberi apa-apa faedahpun. Yang penting dirinya selamat, begitu juga si lelaki yang
dibantunya itu pun selamat…
Tanpa Murni sedar, Zamri telah membantu Ammar, bekas suaminya
198
Terdengar sahaja loceng berbunyi, berselerak kanak-kanak keluar dari bilik darjah. Apa
lagi, mereka mencari keluarga masing-masing yang datang menjemput pulang. Dari jauh
Fifi sudah nampak anaknya Husna. Nampaknya Milapun ada dibelakang. Mereka juga
sama seperti yang lain, turut berlari dan terus membuka pintu kereta sebaik sahaja sampai.
“Bu, Nana nak minta ibu tolong singgah kat Manis Jelita Store kejap! Nana sama Mil kena
beli somethinglah bu, boleh tak bu. Kat sana aje ada balang yang kita orang nak isi hadiah
untuk teacher’s day esok” ujar Husna termengah-mengah, sebaik sahaja masuk ke dalam
kereta.
Fifi hanya angguk dan terus memandu perlahan, dia kena berhati-hati keluar dari kawasan
sekolah kerana masih ada anak-anak yang sebok mencari keluarga masing-masing. Berlari
tanpa melihat kiri atau kanan. Takut pula ada tragedi pula yang akan berlaku nanti.
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Orang yang berhati-hatipun boleh terlibat,
inikan pula orang yang leka. Dari itu Fifi sentiasa berwaspada, tidak mahu dirinya leka,
walau sesaat. Sesaat yang leka boleh merubah segalanya.
Mila yang duduk di belakang hanya menganggokan kepala tanda bersetuju dengan
cadangan si kawan, Husna.
“Hemm.. ye, nanti ibu berhenti sekejap, tapi situ susah nak parking, Nana pergi sama Mil
sendirilah ya, tapi ingat! hati-hati…” nasihat Fifi kepada kedua-dua anak gadis itu tanpa
memandang wajah anak gadis tersebut kerana dia sedang memandu. Dia kena fokus di
jalan yang sempit dan berliku.
Tidak sampai sepuluh minit, mereka sudah sampai ke destinasi.
Husna dan Mila telah mengumpul duit dari semua kawan-kawan sekolah untuk membeli
coklat yang akan diisi ke dalam balang serta diikat reben. Coklat telah dibeli oleh Sabrina,
kerana dia dan keluarganya baru sahaja pulang dari bercuti di Eropah, dia telah membeli
sebungkus coklat import dan reben pula akan dibekalkan oleh Suppayah kerana bapanya
199