Terbayang Murni, memang pun abang Ghaous suka makan durian kampung, tidak
disangka ketika itu ada penjual orang asli menjual durian kampung dan madu asli di depan
Restaurant Café Mesra. Habis diborongnya durian tersebut dan dimakannya anak beranak
disitu juga…termasuk dirinya dan Mila masih kecil ketika itu....abang Ghaous..abang
Ghaous.. hantu durian. Tersenyum Murni mengingat peristiwa itu. Hilang sekejap rasa
marah dan tertipunya kepada Zamri.
“Hahh.. dah okey ke?.. senyum sikit..fikir baik-baik, tenang..cepat-cepat beri jawapan.. I
hope you tak mengecewakan I this time..”Zamri memberi harapan agar jawapan gembira
yang akan diterimanya kelak.
Murni menghela nafasnya panjang. Setelah mendengar penjelasan panjang lebar dari
Zamri, Murni sudah membuat keputusan. Lelaki ini memang serious di dalam perkara ini
dan memang pandai membuat hati Murni tenang. Tambah-tambah lagi satu masalah yang
Murni amat takut dan bimbang, bimbang akan kemunculan bekas suaminya. Kini Murni
perlukan seseorang, seseorang yang boleh dipanggil suami. Seseorang yang boleh
melindungi dirinya, melindungi Mila dan yang lebih penting seseorang yang Murni
perlukan untuk menyika air matanya dan seorang lelaki yang Mila boleh panggil papa. Dia
tahu lambat laun, dia terpaksa hadapi ini semua. Murni nekat untuk bersetuju sahaja
dengan lamaran Zamri dengan satu syarat.
“Okey Zam.. kalau I terima, tetapi bersyarat..“ kata Murni
“Syarat!” terkejut Zamri, Murni mengenakan syarat pula.
Sebenarnya Murni tidak dapat memikirkan apakah syarat yang hendak diberikan kepada
Zamri. Nantilah akan difikirkannya. Sengaja ingin menduga kesungguhan lelaki itu dengan
hubungan ini.
“Syarat pun syarat la.. tapi jangan beri syarat yang tak masuk di akal sudah la..”Zamri
mengomel
“Bagi I, tak ada syarat-syarat, yang penting you sedia terima I, dan tak sia-sialah penantian
I selama ni”, sambil tersenyum seperti yakin Murni tidak akan mengubah fikirannya.
“Ha.. okey apa syaratnya..” tanya Zamri ingin tahu. Murni memandang ke syiling..
100
“Nantilah I beritahu you kemudian..” sebenarnya dia tidak pasti apakah syarat yang hendak
diberikannya.
“Macam ni lah Zam.. I nampak you boleh terima I dan keluarga I. Yang I bimbang
keluarga you, boleh ke mereka terima I?.” keraguan Murni dengan penerimaan mereka
terhadap dirinya yang berstatus janda.
“Itu lah sebabnya I nak bawa you jumpa parent I next week..kira jadilah ya?” jelas Zamri.
“You will meet my mom, ayah dan dua orang kakak I..and my little brother. Mereka okey..
mereka dah tahu hal kita, cuma tak pernah tengok rupa you aje. Mereka sudah jemu
dengan I asyik cerita hal you aje everytime balik kampung..” sambung Zamri dengan
selamba bercerita.
Murni mengerut muka, apa ke halnya mamat ni cerita hal dirinya kepada orang yang tidak
dikenalinya.
“Okey, kalau macam tu.. I ikut you balik kampung next week.., tapi I belum boleh beri
jawapan lagi, lepas jumpa keluarga you baru I beri jawapan.. dan jugak syarat tu..boleh?”
tanya Murni
“Boleh .. sayang.. janji you ikut I balik kampung next week.. Dah jom I hantar you balik..
malam ni tidur awal, bangun malam…sembahyang istiqarah..doa banyak-banyak minta
petunjuk.. you mesti nampak muka I punya lepas tu dalam mimpi you..” Zamri bergurau.
Murni cebik muka, macam confident aje muka dia yang akan muncul, kalau muka Lee Min
Ho, pelakun Korea tu yang muncul dalam mimpinya macammana?
“Jangan buat muka macam tu… buruk rupanya., I cakap betul apa..unless you ada orang
lain yang I tak tahu” tegur Zamri.
Kini Murni mampu senyum segaris.
Mereka sama-sama berdiri dan berjalan menuju ke pajero Zamri. Zamri sempat mengambil
beberapa helai lagi tissue dari kotak tissue di atas meja dan menghulur ke tangan Murni.
“Nah..sedia ni .. kalau nak menangis lagi dalam kereta, boleh menangis kuat-kuat..orang
tak dengar..” Zamri mengusik Murni.
101
Murni mengambil tissue yang dihulur, manalah tahu sekurang-kurangnya sudah sedia ada
ditangannya, tidak perlu menyika air mata dengan belakang tangan lagi.
Manalah tahu Zamri ada lagi rahsia yang dia terlupa hendak beritahu.
Nampaknya rancangan berhijrah ke KK terpaksa ditunda, atau mungkin dibatalkan terus,
kerana Murni sudah ada penyelamat, Knight with shining armour versi Melayu disisinya.
Wahai lelaki bernama Zamri, betulkah kau penyelamat?
Atau kehadiran kau akan menambah lagi sesak di dada?
102
“Kakkk… Muni nak minta pandangan akak sikit.. boleh?” tanya Murni kepada Kak
Romlah dengan tangan masih penuh dengan bueh sabun, kerana sedang mencuci bekas-
bekas yang telah digunakan sewaktu memasak.
“Hem…bolehhh, apa dia?” jawab Kak Romlah yang sedang mengacau lauk masak lemak
ikan parang. Perlahan sahaja dia mengacau, agar santan tidak pecah, isi ikan tidak hancur.
“Muni nak minta pandangan akak..” ulangnya lagi.
Malu sebenarnya hendak memulakan pertanyaan. Dulu selalu menafikan ada hati dengan
orang tu, tup-tup dah sampai hendak mengikut balik kampung pula. Takut kena perli.
“Iya.. pandangan apanya? Asyik-asyik pandangan, asyik-asyik pandangan.. pandangan
apa ..buat akak tertanya-tanya aje..hisss budak ni” Mata Kak Romlah melerek ke arah
Murni yang tidakpun menoleh kepadanya, masih membilas bekas-bekas dari bueh sabun.
Masih memikir, untuk meluahkan. Masih sempat untuk dia ubah fikiran, jika tidak mahu
membicarakannya. Boleh aje pusing cerita lain.
Kemudian bekas-bekas tersebut diletakkannya di atas saringan.
“Ni.ah...si Zam tu ah ajak Muni sama Mila ke rumah keluarga dia kat Jengka nun, minggu
depan.. apa akak rasa?” akhirnya Murni bersuara dengan tersekat-sekat.
Segannya yang kedua, bimbang dikatakan akan disalah anggap oleh Kak Romlah, seperti
perigi mencari timba.
“Hem.. pasal tu..Muni nak pegi ke?” pertanyaan seperti terkejut sahaja Kak Romlah.
“Entahlah kak? Rasa segan pulak nak pergi rumah keluarga orang lelaki yang tak ada
hubungan apa-apa, nanti apa pulak mereka kata.. macam Muni ni, perempuan tak tahu
malu aje..” Muni meluahkan rasa risaunya tentang pandangan orang mengenai idea Zamri
mengajaknya pulang bersama kekampung.
103
“Dulu akak tanya, Muni kata tak ada apa-apa dengan si Zam tu! Ni.. dah lain macam aje
akak tengok? Kasihan akak masa Murni marah si Mil, tak pasal-pasal budak tu Muni
marah” Murni diam, memang salahnya, angin tak bertempat.
Kan dah kata.. Kak Romlah sudah memulangkan paku buah keras, padan muka!
“Kalau akaklah, akak pegi..akak nampak Zamri tu baik orangnya.. lagipun Muni dah lama
berkawan dengan dia kan? Tentu Muni dah tahu hati budi dia.. akak hanya nampak je dia
baik, tapi tak lebih dari itu..” sambung Kak Romlah.
Nasib baik Kak Romlah sporting orangnya.
“Akak bukannya apa, dah lama sebenarnya akak nak tanya Muni, tapi takut pulak Muni
marah. Hhemm akak sebenarnya nak tanya, Muni ni, tak ada hajat ke nak cari bapa baru
buat si Mila tu? Zamri akak tengok rapat dengan Mil” kata Kak Romlah, jangan masih
tidak dialih dari lauk yang sedang mengelegak, sengaja tidak mahu mamandang wajah
Murni.
Dia tahu Murni memaling ke arahnya, mungkin terkejut dengan soalan cupumas agaknya.
Soalan yang sudah biasa didengar, tetapi selalunya soalan itu muncul jika dia di kampung,
tetapi sekarang ini sudah menjangkit di dalam rumah sendiri.
“Ke situ pulak akak ni! Muni memang rapat dengan Zam, tapi Muni anggap dia macam
kawan aje, sama dengan kawan-kawan satu pejabat yang lain. Tapi ni pulak dia ajak
kawin..” secara tidak sengaja Murni sudah terlepas kata.
“Ahh..baguslah tu! Akak setuju kalau Muni terima dia. Itu pandangan akak, keputusan
pada Muni” terhenti Kak Romlah mengacau, sungguh! Berita yang baru didengarnya
adalah berita gembira, senyum segaris dan pandangan ditala ke arah Muni yang buat tidak
tahu, tangan masih menyusun bekas-bekas di tempat penyejat air.
Malu eh! Orang membicarakan soal hubungannya dengan lelaki yang baru beberapa jam
menandatangani perjanjian damai dari perang dingin.
Itulah, kerana terpaksa aku relakan...
104
Orang dah warning,jika tak mahu kena tarikan magnet hati Zamri, kena cari penebat.
Tetapi tarikan magnetnya kuat betul, sampai Murni dah tak boleh lari!
Terlambat mencari penebatpun satu hal.
Murni pandang semula ke arah Kak Romlah.
Kak Romlah senyum meleret.
“Ingat senang aje Kak Romlah ni, bukan dia yang kena buat keputusan nak kahwin..”
Murni berbisik di dalam hatinya.
“Zam.. oh Zam.. sudah tidak ada gadis lain ke dalam dunia yang hendak kau jadikan isteri?
Yang tunggu aku kepala angin ni buat apa?” hati Murni berkata-kata.
“Hey! Berangan ke? Akak tanya ni, nak terus makan ke?” terkejut Murni kerana disergah
oleh Kak Romlah.
Tertangkap berangan.
“Ah! Akak bercakap dengan Muni ke tadi?” tersentak Murni dengan soalan yang muncul
spontan.
“Ye la.. siapa lagi, akak tak nampak orang lain,..selain Muni dengan akak aje yang ada kat
ni, sekarang ni” jawab Romlah melihat Murni tesrsengeh sahaja apabila tertangkap sedang
berkhayal.
.“Oh.. sorry..Muni rasa kita terus makan aje, lepas makan akak boleh balik. Maaf kak,
Muni tahan akak balik lambat sikit malam ni. Muni memang penat betul malam ni, kalau
tak ada akak, makan maggi aje rasanya. Tak larat nak masak. Mila pun tentu dah lapar ..”
jawab Murni seraya mengeluarkan beberapa pinggan dari dalam kabinet dapur dan
menyusunnya ke atas meja.
Mana tak penatnya. Penat menangis dan penat menahan malu, apabila Zamri
membuka pekong di dada.. Jika dihimpun, boleh dijadikan drama, Zamri sebagai
naratornya bercerita dari satu episod ke satu episod menyelak kesah silam Murni yang dia
tahu memang gelap gulita.
105
“Oh ya..pasal pecah geran tanah tu, saya dah selesaikan. Akak tolong beritahu Pakcik Taha
datang ofis boleh ambil geran baru, sebelum tu call dulu, berapa kena bayar. Saya tak tahu
urusan pembayaran sebab Pak Taha kena call Bahagian Kewangan.. ya kak?” Sambil
bercakap tangan Murni menceduk perlahan kuah masak lemak ke dalam mangkuk.
Termalu sebenarnya, dia cuba mengaleh tajuk, sudah cerita bapa Kak Romlah pula
dibangkitkan.
Kak Romlah senyum meleret.. dia faham.
“Hemm. Ialah..” Kak Romlah memegang 3 gelas kosong dan disusunnya ke atas meja.
Persediaan untuk makan malam.
Semua sudah tersedia di atas meja,, hanya menunggu tuan puteri Mila sahaja turun dari
biliknya. Berita untuk menerima pelawaan Zamri ke rumahnya hujung minggu depan
belum lagi diberitahu Mila. Murni sudah dapat mengagak, pasti Mila melompat gembira
jika berita ini disampaikan nanti. Murni tidak mahu memberitahu Mila awal-awal.
Rancangan ini hanya akan diberitahu sehari sebelum bertolak.
Nampaknya Murni kena buat muka sardin. Bertamu ke rumah orang bujang. Ini baru kira
betul perigi cari timba. Perigi yang sudah terdesak, demi anak tersayang.
Demi tidak mahu kehilangan Mila, Murni terpaksa menebalkan muka.
Apa sahaja anakku... walaupun terpaksa berkorban kebahagian diri sendiri.
Bagaimana agaknya nanti..
Runsing tak sudah dibuatnya..
Ahhh.. gasaklah
Let's go with the flow...
106
Pagi Sabtu yang cerah, terlihat awan kumulus dan sirrus seperti rendah sahaja di awangan,
menutup Banjaran Titiwangsa. Sungguh indah alam yang diciptaNya. Awan dan gunung
bagaikan sudah berjanji, bekerjasama bagi mengindahkan lagi alam ciptaanNya. Kabus
pula malu-malu menjengah kerana sudah tidak tahan dengan bahang mentari yang baru
mencelah. Munculnya hanya seketika, hanya kelihatan di waktu menurun Bukit Fraser.
Sampai di kaki bukit, ianya sudah menghilang.
Zamri tenang sahaja memandu kenderaan pacuan empat roda. Di dalam hati bergendang
riang sebenarnya. Diperhatikannya perempuan yang duduk sebelah, hanya berdiam diri.
Tidak mengapa, perjalanan baru bermula. Andaikata Murni tetap berdiam di sepanjang
perjalanan selama 3 jam itupun, Zamri rela. Yang penting dia sudah ada di sebelah.
Pandangan sesekali dilontarkan ke arah Murni, mengharap akan terkeluar sepatah dua kata
bagi memecah sunyi. Tetapi hampa, telinga Zamri tetap dipaksa untuk mendengar putaran
kipas menghawa dingin menjalankan tugasnya. Dikatakan sepi itu indah.. Indahkah? Bagi
Zamri tidak indah lansung.. menyiksa jiwa dan raga sebenarnya.
Tetapi buat ketika ini, Zamri hanya mengikut rentak Murni, iaitu berdiam diri. Tengoklah
berapa lama dia boleh bertahan dengan perlakuannya. Zamri perlu bertolak ansur dan
bertindak bijak agar Murni tidak rasa tertekan. Yang penting Zamri sudah nampak hasil
selama 8 tahun memujuk, akhirnya hari ini tertunai jua hajatnya untuk memperkenalkan
Murni kepada keluarganya, insyallah.
Tersenyum sendiri, di dalam hati berkata “tembok pertama telah berjaya di tembusi”.
Murni masih memandang keluar, malas sungguh dia hendak berbicara. Mila ditempat
duduk belakang, menyambung tidurnya. Walaupun dia gembira apabila diberitahu akan ke
kampung uncle Zamri, tetapi tidurnya terganggu di hujung minggu ini. Dua jam lagi
107
perjalanan untuk sampai ke Jengka. Jalan kampung, bukan lebuhraya, sengaja Zamri
mengikut jalan tersebut, agar dia dapat lama bersama Murni dan sekurang-kurangnya
masa boleh meredakan sedikit kerunsingan Murni. Bergeliga juga otak mamat ini. Dia
dapat membaca gerak geri Murni, dan dia dapat meneka Murni sedang runsing. Memang
benarpun Murni sedang runsing. Runsing memikirkan apakah akan berlaku apabila dia
sampai di rumah keluarga Zamri kelaki.
Adakah dia akan di sisih atau di terima dengan baik!
Apakah penerimaan mereka terhadap dirinya. Dia tidak mempercayai langsung apa yang
telah diberitahu Zamri. Bukan boleh pakai sangat dengan apa yang dicakapnya. Mungkin
hanya sekadar ingin menyedapkan hatinya. Yang dia paling tidak percaya, ialah dirinya
sendiri, tiba-tiba terbuka hati untuk menerima pelawaan Zamri. Ubat guna-guna jenama
apakah yang telah Zamri guna untuk membuat dia tiba-tiba membuat keputusan diluar
jangka. Keputusan yang tidak pernah terlintas di kepala. Keputusan yang sekian lama dia
elak. Yang pasti ubat guna-guna itu sungguh mujarab dan hebat!
“Muni…” akhirnya Zamri bersuara memecah kesunyian.
Mengantuk pula rasanya, jika hanya mendengar desiran alat pendingin kereta. Zamri yang
mengalah.
“Hemm..” Murni menjawab pendek tanpa berpaling, pandangannya masih dibuang keluar.
Orang sudah memanggil namanya, takkan dia tidak menyahut. Itu sudah jatuh kurang
sopan.
“Kenapa ni..? Relax sayang, my parents tu okey.. , jangan runsing sangat…” jawapan
Zamri kepada jawapan Hemm Murni.
Pandai betul Zamri membaca apa yang tersirat di dalam kepala Murni.
Zamri cuba menenangkan Murni yang memang sedang runsing sekarang ini, tahap gaban.
Jika tidak kerana dia mengetahui bekas suaminya sedang mencari dan mempunyai agenda
tersendiri, sudah pasti Murni tidak berada di dalam kereta Zamri sekarang ni.
108
Ehhh.. baru dia teringat, Zamri tidak mengguna apa-apa ubat guna-guna, dia sendiri yang
setuju untuk menerima cadangan Zamri. Semuanya kerana tidak mahu jantan keparat
menganggu dirinya dan mengambil Mila, nyawanya. Murni lupa jantan yang dikatakan
keparat itu adalah bapa kepada anaknya.
Di kepala memikirkan, sama ada dia membuat keputusan yang betul. Adakah keputusan ini
merupakan penghujung pelariannya atau permulaan sengsaranya.
“I’m sure they will love you as I love you.sayang, trust me..” Zamri membebel sendiri.
tanpa mengetahui fikiran Murni entah ke mana, bukan mendengar apa yang Zamri lafazkan.
Fikirannya melayang.. entah-entah sudah sampai ke Gurun Sahara. Kalau tidak ke situ
mungkin juga sudah sampai ke Kutub Selatan. Kerana sebenarnya pada saat dan ketika ini,
dia ingin lari.. lari dan terus lari bersama Mila dari semua orang, lari ke ceruk dunia yang
tidak ada penghuni, di satu tempat yang boleh dia huni dua beranak sahaja, jika boleh!!
“Hemm..hemm” itu sahaja jawapan yang boleh diberikannya kepada Zamri sekarang ini.
Zamri pun satu, dia masih tidak dapat membaca hati perempuan yang di sebelahnya, mahu
tidak rasa gementar, dia hendak berjumpa dengan orang yang tidak pernah dia kenal.
Lainlah Zamri, mereka adalah keluarganya. Dari itu untuk mengelakkan dari bertengkar
yang tidak berfaedah, baik sahaja Murni diam dan melayan perasannya yang gementar.
Yang mana, Murni membuat pilihan yang baik. Nasib baik ada Mila, penguat
semangatnya.. Mila adalah nyawanya, Mila adalah udara untuk dia bernafas, Mila segala-
gala buat dirinya.
Masa bagaikan berlari, cepat sungguh ianya berlalu. Kecut perut Murni sebenarnya apabila
Zamri memberitahu mereka sudah sampai ke destinasi. Mahu tidaknya, perempuan
berkunjung ke rumah keluarga lelaki, berkali-kali Murni memikirkan tindakannya ibarat
perigi mencari timba!!
Di dalam kepala otaknya masih lagi mencari kepastian, sama ada tindakan yang
dilakukannya betul atau tidak.
109
Sudah sampai ke destinasipun, masih ada peluangkah untuk dia mengubah fikirannya?
Sudah terlambat, Murni terpaksa redah, sudah tidak ada opsyen untuk dipilih.
Perasaan gelabah bertambah apabila Murni melihat beberapa batang tubuh sudah berdiri di
depan pintu, pastinya menunggu ketibaan mereka. Kaki Murni sudah terasa kebas dan
berat hendak melangkah keluar, dia tidak mengerti kenapa berlaku kebas begini, mungkin
kerana terlalu lama tidak bergerak atau mungkin juga kerana takut, mungkin campuran
kedua-duanya sekali. Sehinggakan Zamri terpaksa membuka pintu kereta dan menunggu
Murni keluar, setelah lama melihat Murni yang susah sangat hendak bangun dan keluar
dari kereta. Malu juga pada mulanya, takut disalah anggap oleh mata-mata yang sudah
terpacak menunggu mereka di depan pintu rumah kayu style rumah melayu kampung.
Tetapi perasaan takut dan gabra itu hilang apabila mendengar suara dari seorang
perempuan yang mungkin sebaya dengan mama Seri. Perempuan ini pastinya ibu Zamri.
Lembut suara perempuan itu menyambut Murni.
Murni lega.
“Jemput.. jemput.. ..masuk.. masuk..jangan malu-malu” berbicara tanpa apa-apa dialeg.
Selalunya orang Pahang berbicara dengan dialeg yang seakan-akan dialeg Kelantan, tetapi
tidak dengan perempuan ini, lancar sahaja bahasanya tanpa sedikitpun dialeg dari mana-
mana negeri. Tangan secara spontan dihulur dan disambut, Mila juga berbuat demikian.
Murni gagahkan juga berdiri, walaupun masih terasa kebas di kaki.
Murni hampir terjatuh kerana kakinya masih kebas, segara didakap oleh perempuan itu dan
memapahnya naik tangga perlahan. Nasib baik ibu Zamri yang sempat menahannya dari
jatuh, jika Zamri yang memapahnya, apalah agaknya sangkaan mereka ya?
Buat malu sahaja Murni, muka sudah satu inci tebal. Apa hal pulak kaki kemas, time time
begini.
“Naik… Murni..” bersuara lagi perempuan itu.
110
Seingat Murni, dia belum memperkenalkan dirinya tetapi perempuan itu sudah tahu
namanya. Ini mesti kerja si Zamri. Entah apa lagi yang telah diceritakannya perihal Murni
kepada mereka.
“Hah.. ini mesti Mila kan…” Perempuan itu mengusap kepala Mila.
Tengok tu! Nama Milapun dia tahu.
Hish..Hish..Hish.. Zam!
Mila mendongak ke arah perempuan tersebut. Begini agaknya semua perempuan yang
sebaya umur Wan Seri lakukan setiap berjumpa dengan budak perempuan sepertinya.
Kerana jika pulang ke kampung neneknya Wan Seri, dia juga diperlakukan sedemikian.
“Murni, ini Mek saya…” sambil tangan Zamri melengkar dibahu perempuan separuh umur
itu.
Pengenalan diteruskan kearah beberapa lagi ahli keluarga Zamri yang masih tercegat
dimuka pintu.
“Baba..” tersengeh sahaja lelaki tua itu apabila diperkenalkan.
Begitu juga Murni menyambut dengan senyuman balas.
“Apa khabar Pakcik..” Murni memberi hormat
“Pakcik baik aje nak..” jawabnya.
“Syakhira.. panggil Khira” bersuara seorang perempuan mungkin kakak Zamri.
“Halim..” suara garau seorang budak lelaki belasan tahun bersuara.
“Shazlina.., orang panggil saya Lin” seorang lagi kakak Zamri gamaknya, Nampak sebaya
Khira.
“Lin dan Khira kembar tu..tapi tak seiras..” terdengar suara di corong telinga Murni.
Suara Zamri yang seakan berbisik.
Murni kerut muka.
Wahai Encik Zamri oi, jangan bisik-bisik, buat Murni rasa tidak selesa.
“Adelina…” berkerut muka Zamri memperkenalkan gadis yang satu ini.
Seingat Murni, Zamri ada memberitahunya dia mempunyai dua orang kakak dan seorang
adik lelaki. Yang seorang lagi adik perempuan dia lupa hendak beritahukah?
111
“Adik sepupu I, anak makngah Nuri, adik Mek..” jelas Zamri apabila memperkenalkan
seorang lagi perempuan yang mmemandang tidak lepas ke arah Zamri.
Tajam pandangannya.
“Ohhh..” terangguk-angguk Murni, kini baru dia mengerti. Sepupu rupanya.
“Ade bila balik sini, cuti ke?” tanya Zamri kepada gadis yang tidak disangkanya akan
bertemu di rumah menyambut tetamu istimewa bernama Murni.
“Ha ah.. cuti, seminggu habiskan cuti tahun. Dengar dari Maklong abang nak balik, tu..
yang Ade datang ni..Hhem, ingatkan abang balik sorang, rupanya ada tetamu istimewa..”
kata Ade sambil pandangan dan senyuman diberikan kepada Murni.
Murni kurang mengerti dengan apa yang dibicarakan oleh sepupu Zamri yang satu ni..
mungkin hanya Zamri yang mengerti.
Mereka terus dibawa ke sofa ruang tamu. Rumah kayu yang yang sederhana besar dengan
hiasan yang serba sederhana juga.
Semua mengambil tempat, kecuali Mek dan Khira. Mereka hilang entah ke mana.
Beberapa minit mereka muncul sambil menatang dulang yang berisi gelas minuman sejuk.
Memang tepat waktunya untuk Murni menghirup apa sahaja cecair yang dapat
menghilangkan kekeringan tekaknya. Bertalu-talu soalan yang datang dari semua penjuru.
Nampaknya mereka memang menanti kunjungan Murni.
Disepanjang berbual ramah mesra, Murni perhatikan Ade asyik duduk di sebelah Zamri.
Apa sebenarnya hubungan mereka, selain dari sepupu, mereka ada hubunga lainkah? Rasa
curiga sudah mula menyelinap dalam dada. Kini perasaan curiga pula muncul dibenak
hatinya. Jika sehari dua yang lalu Murni bersetuju dengan permintaan Zamri hanya semata-
mata kerana dia hendak lari dari bekas suaminya. Takut bekas suami merampas Mila.
Zamri adalah heronya kerana Zamri bakal menjadi penyelamatnya.
Andai kata si hero yang diharapkan berubah fikiran, apa agaknya akan terjadi kepada
Murni? Bagaimana agaknya dia akan berdepan dengan bekas suaminya? Murni sudah
112
bersedia memikirkan apa tindakan yang perlu dia lakukan. Dia perlu bersedia dengan
banyak plan. Bukan setakat plan A atau plan B, malah lebih. Jika sampai ada plan Z lagi
bagus. Plan A sampai Z, tak banyakpun 21 plan aje. Buat masa ini proceed dengan plan A.
Plan yang lain-lain tu, fikir kemudian.
“Zamri .. Zamri apa yang telah kau ceritakan kepada mereka-mereka ini. Ini baru langkah
pertama. Banyak langkah lagi yang perlu kita lalui..” bisik hati kecil Murni.
Di sudut serambi Murni perasan tersusun bekas-bekas seperti hantaran dan peralatan
membuat bunga telur.
“Siapa pulak hendak kahwin. Zamri sudah membuat persiapan ke? Biar betul !…“ bisik
hati Murni.
Mila hanya duduk di sofa melayan bapa Zamri yang mengelarkan dirinya Tok Ki..
sengkatan dari perkataan Zaki.. Mohd Zamrizal bin Mohd Zaki. Pandai orang tua itu
melayan budak-budak.
“Boleh akak panggil Murni dengan panggilan Muni aje..” tiba-tiba suara Khira, mematikan
pandangan Murni dari peralatan membuat bunga telur.
“Ah..ha.. boleh .., saya pula hendak panggil Khira aje kut sebab Khira lebih muda dari saya
sikit..” jawab Murni, mengetahui Khira dan Lin hanya setahun lebih muda darinya,
maksudnya dua tahun beza dari Zamri.
“Tak kesah nak panggil Kak Khira pun tak apa, Murni kan berkawan dengan adik akak..?”
Murni kurang mengerti apa maksudnya. Belum apa-apa pun bersetujuan yang diberi
kepada Zamri. Ini pasti Zamri sudah memberitahu apa-apa yang tidak diketahui Murni.
Murni hanya senyum sumbing.
“Muni pandai buat bunga telur.?.” tanya Khira sambil mengajak Murni ke penjuru serambi
di mana peralatan bunga telur terkumpul.
“Siapa yang nak kahwin ni Khira?” akhirnya Murni mengambil keputusan memanggil
dengan panggilan nama sahaja, tidak berkakak seperti yang diminta.
“Tak apa, nanti-nanti Khira ceritakan. Saje buat persediaan awal. Jom!”sambung Khira.
Murni hanya mengikut pelawaan si tuan rumah.
113
Perkataan "persiapan awal, bunga telur, kahwin, persiapan awal, bunga telur, kahwin",
berulang-ulang ayat itu bermain di mata Murni.
Bagaikan news crawler dikaca TV, mengumumkan berita terkini.
Mahu rasanya Murni menjerit hendak meminta penjelasan dari seorang lelaki.
“Kau harus ada jawapan yang betul-betul tepat bagi soalan ini sayang. Jika tidak, kau harus
bersedia untuk lari!”geram sungguh si Murni.
Siapa lagi jika bukan seorang lelaki yang bernama ZAMRI!
Z.A.M.R.I bersedia untuk lariiiii
114
“Murni tolong akak potong dawai ni ikut saiz ni ya?” Khira meminta Murni membantunya
untuk memotong dawai halus yang berbalut hijau mengikut saiz ukuran yang diberikannya.
“Boleh ke? Saya ni… saya tak pernah buat kerja-kerja kraftangan macamni. Keras tangan
adalah..” kata Murni tersengeh, hal-hal seni yang halus memang bukan bidangnya.
Murni ketawa kecil dengan, konon hendak berlawak, tetapi tidak menjadi. Segera dia
mengambil beberapa barang dawai dan pemotong wayar yang dihulurkan. Termalu, kerana
dia perasan, apa yang dikatakan bukan gurauan buat Khira.
“Bukan perlu apa-apa kepakaranpun, Murni buat macamni, akak tunjuk..” Khira masih
membahasakan dirinya kakak, maklumlah Zamri adalah adiknya, dan perempuan di
hadapannya adalah bakal adik ipar. “Bakal” dalam inveted coma!
“Siapa yang nak kahwin ni..?” Murni masih menanti jawapan, lantas mengulang
pertanyaan yang sama sekali lagi.
“Takkan Zam tak beritahu Murni?” soalan yang diberi, tetapi soalan juga yang Murni
terima.
Murni hanya mendiamkan diri. Di dalam hati tidak usah dikata, Murni sangat geram.
Tetapi disorok dengan senyuman. Hanya wajah Zamri yang terpampang di ruang mata.
Lelaki itu perlu membuat persiapan, mental dan fisikal. Murni akan mengamuk
dengannnya. Murni cukup geram sekali. Dia bagaikan tidak sabar-sabar, sampaikan sudah
membuat persiapan. Seminggu yang lalu sudah berjanji, Murni hanya akan memberi
jawapan sama ada untuk meneruskan rancangan atau tidak selepas kunjungan ini. Yang
sudah siap bunga telur berpahar-pahar tu, apa cerita!
“Akak… Akak yang nak kahwin masa cuti sekolah nanti… hem.. lagi 4 bulan la..” kata
Khira dengan suara girang, setelah melihat wajah Murni yang sudah pucat dan hanya
mendiam diri sambil memotong dawai. Dari pergerakan Murni memotong dawai, boleh
dilihat dawai menjadi mangsa, Murni melepaskan geramnya kepada dawai tersebut.
115
Murni menarik nafas lega, dengan ucapan “Alhamdullillah…” sebaik sahaja Khira
menjelaskan.
“Murni sama Mila datang la ya..jangan tak datang pulak? Nanti boleh kenal dengan ramai
saudara mara kami..”sambung Khira lagi yang sudah duduk bersila memintal daun-daun
untuk dicantumkan menjadi bunga pahar.
“Sebenarnya akak sudah tempah katering.. tapi maklumlah catering selalu tidak mencukupi
untuk membawa balik makanan. Nanti kita ada rewang jugak tau!” kata Khira lagi.
Murni juga sudah memulakan pemotongan dawai-dawai mengikut ukuran yang telah Khira
serahkan kepadanya. Mila menunjukkan minatnya hendak mencuba, tetapi dihalang oleh
Murni.
“Mila tengok aje ya sayang, biar untie Khira buat.. “ pujuk Murni,
“Biarlah Muni.. kalau dia nak cuba pun lebih baik, budak perempuan, benda-benda macam
ni memang dia orang suka, perlahan-lahan kita lentur dia” tegur Khira.
“Nah! Cuba buat yang ni..” Khira menghulur beberapa helai daun, kuntuman bunga yang
sudah siap dan pelilit hijau, sarung telur dan sebatang buluh kecil kepada Murni.
“Eh… pandai rupanya Murni buat..”puji Khira setelah melihat Murni ligat tangannya
memintal pelilit hijau menjadikannya sebagai satu batang bunga pahar.
“Sikit-sikit boleh la, tapi taklah sekemas Khira” Murni merendah diri.
Sebenarnya memang dia suka membuat semua kerjatangan.
“Panggil kakak Murni.. kakak, biasakan diri memanggil saya kakak..” tegur Khira apabila
Murni masih dengan panggilan namanya sahaja.
“Okey la tu.. kemas lagi, kalau macam tu boleh tolong Khira selesaikan ya..Murni..?”
seperti permintaan sahaja dari Khira.
Murni hanya mendiamkan diri dan mengambil satu set lagi untuk dipasang. Sepasang ke
sepasang yang lain, laju sahaja dia memasangnya.
Khira juga menghulur satu set kepada Mila, tetapi Mila mengelengkan kepala. Betul juga
kata mama. Nanti jika rosak, sudah tentu akan rugi satu bunga telur. Dari itu lebih baik dia
menjadi pemerhati sahaja buat masa ini.
116
“Untie Khira nak Mila try, tak apa. Cantik ke tidak, belum tahu. Entah-entah lebih kemas
dari untie Khira punya, kan Mila?” ujar Khira, cuba memberi semangat kepada Mila untuk
mencuba.
Mila masih geleng.
“Tak apa, bila Mila dah ready nak cuba, beritahu untie hem? “ sambung Khira lagi.
Mila angguk.
“Mek ajak makan ni..” terdengar suara Zamri yang berdiri di belakang Murni.
“Jom Murni!” bersuara Khira.
“Cik abang dah panggil tu…” usik Khira.
Murni cebik muka, Zamri yang terdengar gembira, walaupun dia perasan Murni membuat
muka kepadanya.
Murni bangun serentak dengan Khira dan Mila setelah meletakkan bunga pahar yang sudah
siap di dalam bekas plastik besar yang sudah terkumpul bunga-bunga pahar yang lain.
“Jom..” berjalan seiring bersama Zamri dan Khira ke ruang dapur yang terpaksa menuruni
beberapa anak tangga kayu.
Adelina tidak kelihatan, ke mana agaknya dia.
“Mari..duk makan..” pelawa Mek Ros, yang rupanya sedang menunggu mereka..
Terhidang semua makanan kegemaran Murni. Masak kurma ayam, jelatah darat, ikan
jenahak masak masam manis, sayur kailan kicap dan sambal belacan.
“Zamri.. Zamri..bersungguh-sungguh betul rupanya dia, sampaikan lauk kegemaran pun
dia beritahu emaknya..” bisik hati Murni.
“Zam.. hulurkan nasik kat Murni tu..” bicara Mek Ros lagi, sambil tangan memanjangkan
mangkuk yang berisi nasi.
“Tak pa Zam.. I ambil sendiri” Murni terasa malu pula dilayan seperti puteri.
Terhenti Zamri hendak menyeduk nasi ke pinggan Murni, yang secara tidak langsung
duduk di sebelahnya. Mila sudah memulakan suapan, berselera sahaja dia.
“Mila nak apa-apa, cakap dengan nenek ya.. “ Mek Ros membahasakan dirinya nenek
kepada Mila.
117
“Hemmm” jawab Mila sambil mengangguk.
“Susah-susah aje, makcik masak untuk kami..” segan pula Murni dibuatnya, mereka
memang benar-benar gembira akan kehadiran Murni.
Soalan pertama Murni sudah terjawab. Tidak perlu ragu, yang pasti keluarga Zamri sudah
bersedia untuk menerimanya sebagai ahli keluarga baru mereka.
Persoalan itu sudah boleh dibuang dari senarai.
“Dah lama Mek dengar nama Murni. Ni baru jumpa. Zam tak sudah-sudah cerita pasal
Murni Setiap kali balik kampung” Mek Ros membuka cerita.
“Mek dah lama minta dia bawa Murni ke mari, tapi jawapan Zamri ada aje alasannya,
Murni seboklah, Murni tak sihat la .Murni balik kampung la. Sampailah hari ini, akhirnya
jumpa jugak Mek dengan Murni yang disebut-sebutnya tu..” cerita Mek sambil menjamah
rezeki.
“Oh.. itu kerjanya dia selama ini, menceritakan hal dirinya.
Murni bermonolog sendiri.
Pandangan Murni beralih kepada Zamri yang relax mengatur suapan, tanpa rasa bersalah.
“Ni.. Mek nak jemput Murn. Sebab dah ada ni, baik jemput aje, cuti sekolah nanti Khira
nak langsung. Murni datang ya.. sama Mila,.kan Mila?” kata Mek Ros lagi.
Mila yang tidak mengetahui hujung pangkal hanya mengangguk.
“Insyallah, kalau tak ada apa-apa sampailah kita orang, cuma kena beri tarikh dan alamat
ajelah, sampailah kami nanti..” jawab Murni.
“Eh.. kenapa nak alamat bagai, ikut aje Zam. Bolehkan Zam? Bawa Murni kat sini nanti”
Mek memandang ke arah Zamri yang rancak menjamu. Mek Ros meminta kepastian dari
Zamri untuk membawa Murni dihari pernikahan Syakira kelak.
“Zam.. dengar tak apa Mek kata ni.?.” ulang Mek
“Zam dengar mek, tapi kena tanya orang sebelah ni dulu. Kalau dia nak ikut Zam balik,
Zam tak ada masalah..” akhirnya Zamri bersuara.
Muka Murni sudah masam masam kelat.
118
Hendak terus bersetuju, risau pula dikatakan tidak tahu adap, belum apa-apa sudah berkepit
ke hulu ke hilir dengan anak teruna orang. Jika tidak setuju, bimbang pula dikatakan jual
mahal. Hari ini gatal boleh ikut pulak!
“Muni..?” tanya Zamri.
“Hemm.. Terima kasih atas jemputan tu, tapi, nantilah saya fikir dulu Mek..” akhirnya
Murni memberi jawapan yang belum pasti, sama ada sanggup untuk hadir ke majlis
tersebut bersama Zamri.
“Kalau Murni setuju boleh terus buat majlis tunang Murni dengan Zam sekali?” terpacul
permintaan Mek Ros.
“Uhukk!” Tersedak Murni apabila Mek Ros menghabiskan kata-katanya.
Nasi tersembur keluar dan dia terbatuk-batuk. Zamri terkejut apabila melihat wajah Murni
yang sudah merah padam dan terbatuk-batuk. Hendak ditepuk belakang, nanti takut pula
nak kena flying kick dari Murni. Hendak tahu cuba buat la!! Mana tidaknya, apa hak dia
nak pegang-pegang perempuan yang tak ada apa-apa ikatan. Tambah-tambah di depan
keluarganya. Mek segera bangun dan mengurut belakang Murni dan Khira menghulur air
sirap. Mila juga terhenti menyuap, terkejut melihat mama yang terbatuk-batuk.
“Maaf makcik, apa makcik kata tadi?” Murni meminta Mek Ros mengulangi apa yang baru
sahaja didengarnya tadi.
“Tak apa, mungkin Murni belum sedia. Maafkan Mek. Makan dulu nanti kita cerita” Mek
baru perasan, Murni tidak tahu menahu dengan hal yang baru diberitahu tadi. Itu pasti kerja
Zamri.
Ishy.. pandai-pandai dia.. Zamri tenang sahaja di sebelah.
Murni sudah hilang selera, walaupun sebenarnya masakan Mek Ros memang enak, terkejut
dengan rancangan yang diatur untuknya. Memang dia belum bersedia. Namun untuk
menghormati orang tua yang telah bersusah payah menyediakan makanan untuknya, di
suapkan juga nasi yang berbaki di pinggan. Di dalam hati rasa geram pula dengan Zamri.
Kenapa dia tidak memberitahu rancangan keluarganya. Sedangkan Murni juga belum lagi
memberitahu rancangannya kepada keluarganya di Johor. Niatnya akan dimaklumkan
119
selepas kunjungan ini. Murni ingin mengetahui bagaimana penerimaan keluarga Zamri
terhadapnya terlebih dahulu, baru akan diajukan rancangannya kepada Mama dan Papa.
Insiden di meja makan terus dilupakan, apabila Lin membuka cerita lain. Cerita mengenai
tugasnya sebagai nurse di hospital besar Kuantan dan kesah Halim yang masih belajar
tahun akhir di UNITEN. Pak Zaki pendiam orangnya, tidak banyak bercerita.
Pak Zaki rupanya seorang pesara tentera dan Mek Ros, masih bekerja sebagai kerani besar
di Pejabat Daerah Jengka. Patutlah mereka tidak ada dialeg bahasa dari mana-mana negeri,
sebab mereka selalu merantau. Pernah beberapa tahun di Kedah, beberapa tahun di Port
Dickson dan beberapa tahun di Sarawak. Pak Zaki bersara awal tentera dan sekarang ini
membuka bengkel membuat grill di Pekan Jengka, hasil pengalaman sebagai jurukimpal
tentera. Zamri berasa bangga dengan usaha orang tuanya yang telah mendidik dirinya,
kakak dan adik sehingga berjaya dalam hidup. Sedikit sahaja diselitkan cerita Khira yang
akan berumahtangga cuti sekolah nanti, kerana Khira seorang guru lulusan Universiti Utara,
yang akan bertemu jodoh dengan guru juga, lulusan Universiti Malaya. Patutlah Murni
perhatikan Khira sangat pandai melayan Mila. Cikgu rupanya, patutlah dia pandai
mendekati kanak-kanak.
Cikgu bertemu cikgu, senang mereka mengatur hidup rumahtangga mereka. Cuti pasti
bukan masalah dan tidak perlu difikirkan kerana sudah tahu mereka akan cuti bersama
mengikut penggal. Waktu kerja usah difikirkan kerana pastinya mereka akan dapat
bersama setiap petang. Mereka mudah merancang untuk bercuti rehat, tidak perlu
mengambil cuti extra dan tidak perlu risau si isteri atau si suami akan pulang lewat, cikgu
mana ada overtime. Tetapi membawa kerja ke rumah untuk memeriksa buku murid-murid.
Mata Murni tertancap ke arah sejambang bunga pahar, duduk cantik di sudut rumah. Murni
tersenyum sendiri. Tersenyum kerana bunga telur itu, dia hampir mencetuskan perang
dingin sekali lagi kepada Zamri, dan hampir menggagalkan rancangan Murni untuk lari
dari ex-husband. Semua bermula dengan salah tafsiran, ingatkan bunga telur tersebut
adalah persiapan untuk dirinya dan Zamri.
Rupanya bukan.
120
Lawak betul!!
Malunya!
Mana hendak letak muka tak malu ni…
121
Selepas minum petang dengan hidangan teh kosong dan cucur bawang, Zamri meminta diri
untuk membawa Murni dan Mila pulang. Selalunya dia akan bermalam, hanya bergerak
awal pagi esoknya untuk pulang ke Bukit Fraser, tetapi kali ini disebabkan dia bersama
tetamu, dia terpaksa pulang pada hari yang sama. Tambahan pula dia terpaksa bergerak
sebelum hari gelap nanti bahaya pula untuk menaiki bukit yang berliku-liku itu.
Murni memberi salaman selamat tinggal dan terima kasih kepada semua ahli keluarga
Zamri. Mek Ros memeluk kejap Murni.
Sungguh! Dari pergerakan wanita separuh umur itu, dia mengalu-alukan kehadiran Murni
ke dalam keluarganya. Insyaallah, akan Murni fikirkan semasak-masaknya keputusan
kelak. Mereka melayan Mila juga seperti anak buah atau cucu mereka sendiri. Murni
sungguh terharu. Baik sungguh penerimaan mereka. Jauh betul tersasar dari jangkaan
Murni selama ini.
Di dalam kereta Zamri berulang-ulang kali meminta maaf di atas kejadian sewaktu makan.
Memang dia tidak mengetahui sama sekali rancangan yang diajukan oleh Mek. Yang dia
pasti, keluarganya dapat memerima Murni dan Mila menjadi sebahagian dari keluarganya.
Tetapi sehingga kini, Zamri masih tidak mengetahui penerimaan dari pihak Murni.
“Ah.. macammana? My family.. okey tak?” tanya Zamri memecahkan kesunyian di dalam
kereta setelah setengah jam bergerak.
“I tak sangka, your family treated me that good… cuma..” jawab Murnitergantung-gantung
sambil membuang pandangan ke arah Zamri yang menumpukan pandangannya ke
jalanraya. Kali ini pemanduan mengikut lebuhraya supaya sampai Bukit Fraser awal
sedikit, sebelum gelap.
“Cuma apa?”tanya Zamri.
Risau apabila Murni tidak menghabiskan soalannya.
122
“Cuma Mek buat kejutan.. betul-betul I terkejut dengan rancangan Mek sampai macam
tu..” Murni menjelaskan kenapa dia tersedak.
“Kenapa.. Muni tak suka ke?” soal Zamri
“Taklah macam tu. Cuma I takut nanti Mek menyesal. Ini kan baru first time jumpa, tak
tahupun lagi my true colours .I ni, banyak kekurangannya Zam. I pun sebenarnya hairan,
kenapa Zam tak pernah putus asa..”jawab Murni.
Murni masih cuba menyelami niat sebenar Zamri, walaupun sebenarnya dia sudah ada
jawapannya.
“Can we drop the subject.. We talk something else, boleh tak?” kata Zamri yang sudah
tidak kuasa mendengar, ada sahaja alasan Murni.
“Pulak! Tadi tanya! Bila dah beri pandangan, suruh drop the subject pulak. Yang mana
satu ni.?.” angin pula Murni dibuatnya.
“Maksud I, drop kesah yang sesal menyesal tu, yang lain boleh carry on.. “ jawab Zamri
lembut.
“Hemm.. okey..I cakap benda lain. Ooh ya..sepupu you, apa namanya?.. Adil..? Ade ?
cantik budak tu ya? Cantik.. lembut dan muda lagi. I nampak suka kat you, kenapa you tak
pilih dia aje.?.” kata Murni.
Zamri tepuk dahinya.
Dia minta Murni jangan bertanya kesah yang lepas untuk elak bertekak.
Tapi Murni bangkitkan kesah yang lain pula. Ini soalan bukan setakat bertekak, kena
tinggal tepi jalanpun ada kemungkinan.
“Dia adik sepupu I sayang. Kenapa sampai ke situ pulak you ni. I dah anggap dia macam
adik I aje ? cemburu ke?” jawab Zamri lembut agar Murni faham.
Murni kena sedas oleh Zamri.
“Bukan cemburu., I tak mahu dituduh jadi penghalang pulak .I nampak budak tu sayang
betul pada you, pandangan mata dia tak lepas tengok you..”kata Murni lagi.
“Yeke? I tak perasanpun? Halang apa? Apalah Murni. Ookey cerita ni pun kena drop
juga..”kata Zamri tegas.
123
“Semua yang I cerita asyik kena drop aje, habis nak cerita apa?” Murni pun bingong dibuat
si Zamri, semua topic hendak digugurkan.
“Ceritalah yang elok-elok, pasal cuaca ke? Pasal Mila ke? Or else pasal proposal Mek. Itu
lebih berfaedah…” sambung Zamri.
Murni terus tersenyap. Dia cuba mengelak dari berbicang mengenai perkara itu, tetapi
Zamri pula yang membangkitkannya.
“Kenapa senyap.?.”tanya Zamri lantas mengalihkan pandangan pantas ke arah Murni
kerana nampaknya hanya dia sahaja yang bersuara, perempuan yang di sebelahnya sudah
buat hal, mogok tidak mahu bersuara sebab kena tegur.
“Sayang.. dengar tak apa I cakap ini. Think about Mek’s proposal!..” Zamri menyambung
bicara.
“Hah! Are you serious..? Zam, my family pun tak tahu lagi. I have to inform them first..”
akhirnya Murni bersuara, apabila Zamri mengulangi persoalan yang tidak ada jawapan.
“Kalau you nak tahu, yang ikut you balik kampung you ni pun mereka tak tahu tau? Kalau
mereka tahu, matilah I. Macam I ni desperate sangat!” kata Murni bersungguh-sungguh.
“Ya la..I know, they will not have any objection, believe me..” jawab Zamri dengan penuh
yakin.
“Eh wah… you pulak pandai-pandai..macamlah you tahu keluarga I sangat..” Murni
mencebek mukanya ke arah Zamri.
“Yes,. I do..” Zamri menjawab dengan sengeh gembira.
Murni lupa, Zamri sudah kenal keluarganya sama seperti dia mengenal keluarganya
sendiri..
“Ya la..ya la..nanti I beritahu mama dan papa dulu, kita tunggu apa kata mereka, okey..?
Puas hati?”Akhirnya Murni mengalah.
“Hem.. jangan lama-lama, kalau jadi, kita buat simple aje. Hantar cincin, kalau you dah
ready, nikah teruspun boleh. Boleh ada dua pengantin..” kata Zamri sengaja menyakat
Murni.
124
“You giler ke apa ni Zam? Jangan buat cadangan giler macam tu ya.!.” Murni melenting
dengan permintaan Zamri.
Zamri sudah tahu, itulah jawapan dari Murni. Menuduhnya sudah gila, memangpun Zamri
sedang gila sekarang ini, gilakan dirinya.
“Apa salahnya, kita nikah kat masjid dan buat keramaian sekali dengan majlis Khira,
afterall orang yang sama juga yang akan dijemput nanti..” Zamri senyum nakal.
Lagi Murni melenting, lagi galak Zamri menyakat.
“Aduh..” rupanya Murni mencubit peha Zamri, tidak disangka Murni sudah berani
bergurau.
“Padan muka, jangan buat hal okey.!.”kata Murni sambil mengetap bibirnya.
“Kenapa uncle” tiba-tiba Mila mencelah setelah mendengar jeritan kecil Zamri.
“Hem.. tak da apa-apa, uncle kena gigit semut…” selamba sahaja Zamri menjawab
“Oh.. ada semut dalam kereta uncle ke?” Mila ingin tahu lebih lanjut mengenai semut di
dalam kereta Zamri.
“Aha…ada.. semut besar..’ Zamri masih ingin bercerita mengenai semut.
“Oh…ya ke?. Bahaya tak uncle?” tanya Mila lagi.
“Memang bahaya Mila. Unclepun takut..” bersahaja Zamri bercerita kepada Mila
mengenai semut ilusinasinya.
“Heee..Milapun takut jugak la uncle”jawab Mila
Tersenyum Murni dan Zamri dengan jawapan Mila.
Sungguh innocent.
Murni sampai d irumah sebelum masuk waktu maghrib, tepat betul perancangan Zamri.
Kini dia perlu fikirkan masak-masak. Apa yang diraguinya selama ini sudah terjawab. Dia
sudah tidak perlu bersusah hati lagi, mengenai penerimaan dirinya oleh keluarga Zamri.
Ternyata apa yang diberitahu Zamri adalah benar, mereka boleh menerima kehadiran
Murni di dalam keluarga mereka. Mengenai keluarganya pula, Murni yakin seratus peratus,
125
ini adalah satu berita gembira buat mama dan papa. Mereka harus dimaklumkan segera,
termasuk memaklumkan cadangan Mek Ros. Cadangan Zamri juga sudah dalam perhatian
tetapi K.I.V dulu. Asalkan semua rancangan dijalankan sebelum kemunculan bekas suami.
Jika dia muncul sebelum rancangan dapat dilaksanakan, akan porak peranda hidup Murni.
terutama Mila. Segala rancangan akan huru hara, silap-silap segalanya akan terbatal.
Harap-harap itu tidak akan berlaku. Yang diharapkan rancangan yang direncanakan
bersama Zamri akan berhasil. Harapan juga rancangan ini akan mengakhiri pelariannya.
Benarkah ini penghujung pelariannya?
Murni menjulingkan matanya ke atas. Dia nampak di dalam kepala otaknya banyak tanda
soal yang berselirat..
Banyak perkara hanya dalam perancangan.
Macam-macam boleh berlaku.
Hemmm..
126
Pandangan Murni lepaskan keluar jendela yang dibukanya luas. Suasana pagi yang sunyi,
hanya kedengaran desiran daun-daun bergesel diantara satu sama lain apabila ditiup angin.
Sempat pula si angin dingin menyapa wajahnya. Murni hanya membiarkan rambut separas
bahu mengerbang oleh hembusan angin segar dan nyaman itu.
Angin segar!
Tersenyum sendirian, memikirkan pasti Mila masih berselimut, di waktu-waktu begini.
Membalas dendam mengkhadaq tidur dihujung-hujung minggu begini. Murni juga
mengambil peluang untuk memanjakan dirinya. Senyuman semakin lebar apabila
terkenangkan kunjungan terpaksa mereka ke rumah keluarga Zamri minggu lalu. Tidak
disangka keluarga Zamri melayan mereka begitu baik sekali. Keluarga yang sederhana,
tetapi kaya dengan budi bahasa. Beruntung sesiapa yang menjadi ahli keluarga ini.
Dalam pada itu Murni rasa hendak tergelak pun ada!
Betulkah tindakan yang dibuatnya?
Murni.. oh cik Murni..
Panggilan telefon kepada mama di Johor Baharu juga telah dilaksanakannya. Mama dan
papa menyambut baik, apa sahaja cadangan Murni. Murni hanya mencadangkan majlis
pertunangan, tidak langsung menceritakan cadangan Zamri untuk nikah serentak bersama
Khira. Jika cadangan itu dikemukakan kepada mama dan papa, pasti lebih gembira orang
tua itu agaknya. Tidak cukup nyiru, padang bola stadium Johor Bahru ditadahkan. Sudah 8
tahun mereka menunggu berita gembira seperti ini berlaku.
Cepatnya masa berlalu, kesah minggu lepas bagaikan baru sahaja semalam berlaku. Esok
sudah hari Isnin semula.
Murni berjalan perlahan ke almari baju, memilih pakaian yang hendak dipakainya esok.
Disusun di hujung katil untuk disterika. Mengelamun boleh, tetapi jangan pula sampai ada
127
baju yang berlubang kerana asyik hangau. Hangau dengan lelaki yang pada satu ketika
dahulu, dia nekat tidak mahu ada apa-apa hubunganpun.
Baru kau rasakan Murni!
.
“Muni, dah seminggu I tunggu jawapan you, macammana?” Zamri bersuara sewaktu
Murni sedang menjamah mee goreng sewaktu makan tengahari di restaurant mamak..
“Hem.. jawapan apa dia, ya?” tanya Murni pura-pura tidak faham soalan dari Zamri yang
memang sudah jelas, tidak perlu ditanya lagi sebetulnya.
Jawapannya sudah ada, sengaja Murni simpan untuk diberitahu pada waktu dan tempat
yang sesuai. Hendak beri kejutan konon. Alahai cik abang sayang, nampaknya Murni akan
menjawab proposal kahwin di dalam kedai mamak!
Tidak romantik lansung…
“I tanya, dah seminggu I tunggu jawapan, you tak beri lagi. Mek dah tanya? I dah tak ada
alasan lagi nak beri, I dah penat pekakkan telinga. Tolong kasihan pada I sayangggg..” kata
Zamri seakan merayu.
Siap tangannya menunjuk ke arah telinganya, memang berdengung agaknya setiap kali
Mek bertanyakan hal yang sama.
Gasak kau Zamri!
“Ya ke?” pendek sahaja jawapan Murni.
Membiarkan Zamri mengerutkan mukanya, betul ke tidak si Murni ni, atau dia masih
sangsi dengan dirinya. Susah betul perempuan ni. Murni seperti main tarik-tarik tali sahaja
dengannya. Sekejap memberi signal yang dia bersetuju, sekejap signal macam tidak
bersetuju. Susah betul Zamri membaca fikiran perempuan yang bernama Murni,
membuatkan perkara mudah menjadi susah.
“Kalau I jawab tidak, macammna?”jawab Murni ingin menduga Zamri dengan jawapan
teka teki.
128
“Tak apa. I terima, at least I ada jawapan nak jawab, bila Mek tanya nanti. So, jawapannya
“Tidak” la ya..?” tanya Zamri yang agak kecewa dengan jawapan teka teki Murni.
Apakan daya, yang dia hendak jawapan. Sudah terjawab, jadi terpaksa terima apa sahaja
jawapannya.
“Tak.. I kata “Tidak” I kata Ka…lau. Kalau jawapannya tidak.Hish, you ni, soalan simple
macam tu pun you buat jadikan dia complicated..” gumam Murni.
“Tak.. bukan I yang buat benda ini complicated, you yang beri jawapan yang buat orang
tanya balik. Jadi yang mana satu sekarang ni!. Jawapannya Ya atau Tidak.?.” Zamri
meninggikan suara. Dia sudah naik geram apabila soalannya seperti dipermainkan oleh
Murni.
“Hemmm..you rasa?”kata Murni lagi sebelum menyedut air jus.
Membiarkan Zamri memerhatikannya, menunggu apa sahaja ayat yang terkeluar dari
mulut Murni. Geram juga Zamri dibuatnya, namun dia perlu bersikap cool.
“Apa pulak main rasa-rasa. Cakap ajelah sayang oi! Apa aje jawapan dari you I akan
terima” sudah hilang tahap kesabaran Zamri.
Hialng sifat Mr. Cool Zamri dibuatnya.
Sudah malas Zamri bermain teka teki dengan percakapan Murni.
“Cepat lah..?”sergah Zamri yang memang sudah hilang kesabarannya dengan perangai
Murni yang suka menyakat.
“Hemm…” Murni mengangguk-angguk kepalanya terus menyambung semula menyedut
air yang sudah hampir kering digelas.
“You setuju…?” Zamri cuba mendapat kepastian, kerana Murni hanya menanggukkan
kepala.
“Betul ni!.. Muni..alhamdulillah..” Zamri senyum segaris, gembira walaupun tidak
mendengar jawapan yang sangat indah ditelinganya, tetapi cukuplah sekadar gaya
perbuatannya dengan angukan kepala.
129
“Hey! Nanti..nanti, yang angguk ni setuju, I faham, tapi setuju yang mana? Bertunang atau
nikah?”tanya Zamri lagi.
Zamri masih ingin mengetahui maksud persetujuan Murni. Masih samar-samar, dia perlu
mendapatkan penjelasan, sejelas-jelas yang boleh.
Yang pasti, akhirnya berjaya juga melembutkan hati seorang perempuan yang ditunggunya
selama 8 tahun.
“You setuju yang bertunang ke atau yang mana? Kalau tunangpun I tak mahu lama-lama,
paling lamapun mungkin 6 bulan gitu.. boleh..!” Gesa Zamri, memang tidak sabar sahaja
bunyinya si Zamri ini hendak memiliki Murni.
Nampak sangat sifat gelojohnya.
“Hey.. cek abang sayang, relax okey, apa yang nak cepat-cepat sangat, nanti Mek tak
hilang penat langsungkan perkahwinan Khira dah nak buat majlis kita pulak. Kesihanlah
sikit orang tua tu....” jawab Murni.
“Itu lah seba, kita buat sekali harung aje macam yang I cadangkan tu..” Zamri memberikan
pendapat 2 centnya.
“Zam you giler ke apa? Kurang dari 4 bulan ni? Mana ada persiapan langsung, ingat ni
nak kahwin macam main pondok-pondok tu ke? Atau you nak kita kahwin cowboy aje?”
gumam Murni.
“Kita belum kursus. Persedian hapah tak ada..” tambah Murni lagi
“Tak kesahlah. kahwin pondok-pondok ke, kahwin cowboy ke? kita buat kecil-kecil aje,
ikut syarat cukup. You ni tak faham-faham memang I dah giler, giler kan you..”kata Zamri.
Bulat mata Murni dengan jawapan bersahaja Zamri. Jika benar dia sudah giler, Murni
terpaksa berfikir dua kali, malah sepuluh kali. Siapa yang hendak bersuamikan orang gila..
Nauzubillah.. Murni tahu, Zamri membuat pengakuan Zamri mengaku dirinya tergila-
gilakan janda beranak satu yang berada di hadapannya ini. Dirinya sendiri.
“Memanglah I nak buat kecil-kecil aje, I ni kan ibu tunggal. Zam, nak kahwin hari ini pun
boleh, tak perlu ada walipun.. “ jawapan Murni mengusik Zamri.
Ingin melihat apa reaksi Zamri.
130
“Jom..” tiba-tiba Zamri menarik tangan Murni untuk berdiri. Eh! Apake halnya pulak ni..
“Nak gi mana pulak ni.!.” termangu-mangu Murni diheret oleh Zamri untuk berdiri.
“Nikah..” pendek sahaja jawapannya.
Hanya satu perkataan. Perkataan yang bukan boleh dibuat main. Sah, Zamri sudah hilang
satu skru di kepalanya..sudah mereng..
“Eeheh.. Zam.. I main-main aje la. Okey, kita tunang sebelah pagi dan nikah lepas Zohor
pada hari yang sama,.macammana, puas?” jelas Murni.
Zamri melepaskan tangan Murni dan duduk semula.
“Jadi, seminggu sebelum majlis Khira, keluarga I datang hantar cincin kat rumah you di
Johor, .and then nikah. Jadi kenduri Khira nanti, you dah jadi isteri I, macam tu..?” Zamri
masih tidak percaya dengan apa yang telah dirancang oleh Murni.
Memang dia tidak percaya, ingatkan Murni hanya akan bersetuju dengan majlis
pertunangan, ini tidak, terus bernikah.. biar betul!! Berjaya juga rancangannya memujuk
Murni untuk nikah terus. Hatinya sudah tidak dapat berkata apa-apa, dia gembira, dia jadi
clueless.
“Setuju tak cadangan I, I dah malas yang meriah-meriah, bagi I you terima I seadanyapun
dah cukup baik..” mendatar sahaja suara Murni.
“Of course sayang I setuju, giler tak hendak setuju, I sayang you dan Mila.. Murni.. please
understand that..” Zamri meluahkan hatinya yang sangat gembira.
“I know.., dah jom balik ofis, nanti kita cerita panjang lagi, lepas I cakap dengan mama
pasal hal ni..”kata Murni dan terus bangun.
Zamri hanya mengekori Murni yang sudah berjalan mendahuluinya menuju ke keretanya
yang terpakir untuk pulang ke pejabat. Hatinya berbunga-bunga, akhirnya terjawab sudah
penantiannya.
Malam tadi, apalah agakya yang membuat perempuan ini membuat keputusan yang jauh
dari perancangan. Tidak kesah apa yang berlaku kepada dirinya malam tadi, yang penting,
131
tidak lama lagi Murni akan menjadi Mrs. Zamrizal. Tanpa Zamri ketahui, Murni ada
agendanya yang tersendiri!
132
Musim hujan telah berlalu, cuaca pun tidak sesejuk sebelumnya. Mentari sudah tidak
malu-malu lagi untuk bersinar, sudah kerap menyinarkan cahayanya untuk menerangkan
alam semesta tanpa jemu. Tidak pernah lupa menjalankan tugasnya walaupun sesaat.
Murni senyum, sambil mengeliat dan membuat pergerakan ringan. Sungguh segar rasanya.
Menghirup udara yang diberi percuma, tidak pernah ada bill setiap bulan. Mila
menghabiskan kerja sekolah di ruang tamu, terdengar sesekali suara TV yang dibiarkannya
bersiaran. Perlahan-lahan Murni merapati si anak yang sedang tekun. Janjinya kepada si
anak, boleh menonton televisyen selepas kerja sekolah selesai.
Seperti selalu Murni akan menanam pokok bunga baru. Mereka ke Forever Buds Nursery
untuk membeli anak-anak bunga yang baru, di kepala sudah terbayang pasu-pasu bunga
yang akan dibelinya kelak.
Bunga dahlia, merry gold, dan bunga-bunga lain yang dia rasa berkenan.
"Mila nak tanam bunga apa ye tahun ini?.." 'Murni yang sedang memandu, memulakan
bicara dengan Mila yang duduk disebelah, sedang leka membelek beg sandang kecil. Beg
pemberian Wan Seri dua tahun lalu sewaktu dia pulang memunaikan umrah. Cantik
begnya, dengan sulaman bunga dan manik yang berwarna warni. Budak perempuan,
biasalah suka benda-benda yang berwarna warni. Tambahan juga dengan sulaman cermin-
cermin kecil. Nama saja beli di Mekah, tetapi buatan India sebenarnya. Manalah negara
Arab Saudi ada hasil tangan mereka sendiri, semua diimport, kecuali minyak petrol mentah
dan yang paling masyhur, ialah Kota Mekah. Tak mengapa, buatan dari negara manapun,
asalkan mendapat berkat pemberian dari tanah suci.
"Ma...Mil nak tanam bunga ros lah ma... boleh tak?” tanya Mila, jari-jari kecilnya masih
memintal tali beg kecil tersebut.
"Mil nak tanam ros? Ros apa?” Tanya Murni, ingin menyelami hati anak perempuannya.
"Ros merah, yang macam jual kat kedai bunga kat pekan tu. Kalau dia berbunga nanti,
133
masa Valentine, bolehlah Mil beri pada mama.." beriya-iya Mila menerangkan hasratnya
untuk memiliki bunga ros kepada mamanya.
“Apa Mil? Ros?” ulang Murni.
“Hah! Ros..” jawab Mila mendatar.
“Iyalah.. nanti Mila pilih, ros yang mana ya sayang..” kata Murni, memberi semangat
kepada anaknya.
Murni tersenyum, amboi bukan main besar angan-angan Mila, ingat senang wahai anak ku
hendak mendapat hasil bunga seperti yang dijual di kedai. Tak usah hendak cerita tentang
bunga, jika pokok itu hidup pun sudah cukup baik. Senyum tak sudah Murni dibuatnya.
Tahun lalu Murni membelikan Mila pokok kekwa. Pokok yang senang dijaga dan tidak
memerlukan tangan seorang pakar tumbuhan untuk menjaganya. Pokoknya memang hidup,
tetapi sampai sekarang tidak berbunga langsung. Itu pokok yang senang dijaga, inikan pula
pokok Ros yang manja, yang memerlukan penelitian yang lebih. Tidak mengapa, Murni
tetap akan membelikan Mila anak bunga ros, sama ada hidup atau berbunga adalah
menjadi faktor kedua.
Di nursery Murni membeli beberapa kampit tanah, tanah hitam dan tanah merah yang akan
dicampurkannya nanti. Baja semestinya, beserta dengan beberapa buah pasu. Pasu ada
banyak lagi di rumah. Ini hanya sebagai tambahan sahaja. Mila sudah hilang di celah-celah
pokok ros. Mencari ros yang dia berkenan. Murni sudah memilih semua pokok bunga
yang dirancangnya. Kini hanya menunggu Mila dengan si ros.
Majlis bertunangan dan nikah, tinggal sebulan sahaja lagi, tetapi Murni relax sahaja, tanpa
membuat apa-apa persiapan. Dia sudah memaklumkan Zamri, apa yang akan diberi dari
pihaknya sebagai hantaran nanti. Hanya 7 dulang sahaja yang syarat. Dia hanya akan
menyediakan bunga rampai, sirih junjung, bunga telur. Semua sudah ditempahkannya
dengan Maria, satu-satunya kedai persiapan pengantin di Raub, minggu lalu. Lagi 4 barang
akan disediakan oleh mama Seri. Pandailah orang tua itu menguruskannya nanti. Gubahan
makanan nampak gayanya, jika tidak wajik sirat Mak Som, kek masam manis atau buah
hulu Kak Noor, itu kebiasaan yang dibuat hantaran. Murni juga sudah menempah baju
134
kurung moden warna beige untuk dirinya dan Mila, agar dia nampak sedondon dengan
anaknya. Zamri juga menempah baju melayu warna yang sama agar nampak sedondon
kelak. Amboi, sudah mula sedondon.
Rasanya sudah cukup persiapannya yang simple. Bukan hendak beriya sangat, yang
penting majlis nikah, itu wajib, yang lain ikut syarat sahaja. Tambahan pula ini adalah
pengalamannya kali kedua. Teringat dia kepada persiapan yang bersungguh-sungguh
semasa perkahwinan terdahulu, sepuluh tahun yang silam. Sampai sakit jari dan pinggang,
membuat seribu biji bakul telur dari ribbon sendirian. Hendak rasa sendiri macammana
penat membuat persediaan orang hendak berkahwin, bukan sekadar mendengar cerita dari
kakak-kakak senior. Memang penat, menyediakan persiapan dari A sampai Z, semua
Murni cuba sedaya upaya melibatkan dirinya. Dari membeli barang hantaran sehingga
memilih tempahan pakaian pengantin, untuk dirinya. Waktu itu belum ada lagi wedding
planner seperti sekarang. Jika adapun, mahal tak termampu, Tetapi apa kesudahannya,
tidak sampai dua tahun memegang gelaran “Puan”, sudah mendapat gelaran “Cik” semula.
Dari pengalaman itulah Murni hanya memberikan penglibatan yang paling minima.
Tidak mahu terlalu ghairah seperti yang lepas. Penglibatannya didalam persediaan
perkahwinan mungkin 20 peratus sahaja ditumpukan. 10 peratus persiapan dan 10 peratus
lagi kehadiran semasa nikah nanti. Lagi 80 peratus semua diuruskan oleh Mama Seri dan
Zamri. Yang penting penting sahaja, ikut syarat sudahlah katanya setiap kali ditegur mama
Seri, seperti tidak serious sahaja lagaknya. Mama Seripun naik bingong, si Murni ni setuju
atau tidak dengan majlis ini.
Kena paksa ke apa?
“Ma.. Mil ambik yang ni..” tersentak Murni dari lamunannya apabila terdengar suara Mila,
yang sedang menunjukkan bunga ros yang sudah ada bunga sekuntum berwarna merah,
kecil sahaja kelopaknya. Sebenarnya untuk membeli bunga, jangan membeli yang sudah
berbunga kembang, jawabnya tidak bertahan lama bunga tersebut kerana ianya sudah
kembang. Hendak harapkan untuk ianya berbunga lagi? Entah bila tahun. Sepatutnya pilih
135
yang masih berkudup ataupun bunga yang baru hendak kembang, sekurang-kurangnya
dapat juga menekmati bunga tersebut lama sedikit. Tetapi tidak mengapa, jika itu sudah
yang Mila pilih, Murni juga ingin mengajar anaknya agar belajar membuat pilihan sendiri
dengan yakin. Tidak mahu dia terlalu berharap kepada dirinya untuk membuat keputusan.
Dari kecil perlu dididik untuk yakin dalam setiap keputusan yang dia buat.
“Hemm.. okeylah tu, letak sini, biar taukey tu kira..” Murni meminta Mila meletakkannya
pasu bunga ros Mila ditempat longgokan tanah.
“Mr. Lee,. boleh kira sekarang..Kasi bagus punya harga ya?” pinta Murni kepada tuan
punya nursery mengira berapa jumlah yang perlu dibayar.
Mr. Lee yang sedang menyusun pasu di bangsal, datang menuju ke arah Murni apabila
namanya dipanggil. Tangan memegang calculator hitam kecil. Nasib baik calculator, kalau
sempoa, jenuh pula Murni hendak faham. Tersenyum Murni melihat Mr. Lee yang sekali
sekala mengelap peluh di lehernya yang pendek dengan tuala putih good morning.
“Cik Muni, sudah angkat itu tanah 5 peket hitam punya plus 5 peket merah..ah.. saya kila
halaga untuk sembilan aja ma..satu kasi flee.. okey..” Bercakap terhenti-henti tetapi jari
laju menekan calculator.
“Bunga los RM14, lagi bunga taik ayam..10 bungkus RM20, itu dahlia RM10, 4 pasu besar,
lagi baja.. kasi awak..cincai cincai punya halaga ..semua kasi RM102.. kasi lagi discount..
RM100 cukup la..” jawabnya.
Seronok pula mendengar pelat carca marba Mr. Lee. Lelaki cina separuh umur yang sudah
Murni kenal sejak menjadi pemastautin tetap Bukit Fraser.
Murni menghulurkan dua keping note RM50 kepada Mr. Lee. Note bergambar agong
berwana biru bertukar tangan, Mr. Lee memasukkan calculator ke poket seluarnya dan
mengeluarkan buku resit pula. Hebat peniaga cina ni, semua benda berada di badannya.
136
Mudah dan handy, tak perlu berulang alik masuk ke pejabat. Selesai sahaja menulis resit,
salinan diberikan kepada Murni. Buku Resit dimasukkan semula ke dalam poket seluar .
Tangan lelaki cina itu terus memasukkan semua tanah ke dalam bonet suzuki swift Murni
yang sudah sedia terbuka, dan bunga pula di tempat kaki di seat belakang. Mila sudah
menunggu di tempat duduk, di sebelah kerusi pemandu. Selesai semua belian dimasukkan
ke dalam kereta, Murni memandu perlahan pulang. Murni perhatikan Mila sudah terkuap-
kuap di sebelah. Penat agaknya budak ni, memang betul telahannya, tahu-tahu Mila sudah
terlentok di sebelah. Ini baru memilih bunga yang sudah ditanam, belum lagi tugas
menanam, dah nampak letih. Yang hairannya, apabila kereta sampai sahaja depan rumah,
Mila terjaga dengan sendirinya. Sampai di rumah hari sudah masuk asar, Mila membantu
mamanya mengeluarkan barang beliannya. Dia hanya mengambil yang ringan-ringan
sahaja, seperti tanah dan bunga yang di dalam polithin beg. Yang berat seperti pasu, Murni
uruskan. Memandangkan sudah asar, malas pula Murni hendak menanam pokok bunga
yang telah tersusun di depan rumah.
Esok sahaja, lagipun esok hari Ahad. Apalah yang hendak dikejarkan, pokok-pokok bunga
itu bukannya pokok-pokok itu ada kaki yang boleh cabut lari!.
137
Murni mengikat scaft di kepala. Lantas mencapai sarung tangan kain yang selalu
digunakan untuk berkebun. Pagi ini dia ingin mengalih beberapa pasu bunga yang sudah
sempit ke dalam pasu yang lebih besar sedikit agar pokok-pokok tersebut boleh bercambah
lagi.
Sudah terbayang di mata, apa yang hendak dibuatnya dengan pokok-pokok bunga itu. Dia
tahu, dia bukannya ada sijil di dalam hal horticulture. Menanam pokok bunga hanya
sebagai hobi, itupun dia main hentam sahaja.
Adalah juga sikit-sikit ikut panduan dari youtube. Tetapi kebanyakan panduan bagi pokok
bunga di negara yang mempunyai empat musim. Dan tidak semua kaedah yang diberi
tunjuk ajar itu akan menjadi. Mungkin 50% sahaja yang berjaya.
Di tanah air, mana ada majalah khas mengenai panduan penjagaan pokok bunga yang
boleh dijadikan panduan. Tahu sahajalah, di tanah air hanya banyak menjual majalah
mengenai gossip artis atau kesah politik. Kerana cerita-cerita begitu yang laris dan
mendapat sambutan. Berapa kerat sangat pembaca yang hendak membeli majalah
mengenai cari berkebun. Murni membebel sendirian. Hendak menanam beberapa pasu
bunga sahaja, itupun perlu memerlukan panduankah?
Okey! Projek pertama penanaman, dimulakan dengan pokok bunga merrygold atau bunga
taik ayam. Pokok bunga ini akan ditanamnya berderet di tepi pagar. Murni hendak
mengambil kesempatan sementara cuaca tidak berapa panas.
Berpeluh-peluh Murni membuat lubang di sepanjang tepi pagar sedalam 10 inci lebih
kurang dan meletakkan sederet bunga merry gold a.k.a bunga taik ayam yang sudah
dikeluarkan dari polibeg hitam. Murni menarik nafas dan memandang sambil bercekak
138
pinggang. Cantik pula warna kuning bercampur merah hati, sungguh menenangkan hati,
ditambah dengan haruman yang keras.
Pokok-pokok jenis ini bagus ditanam di halaman kerana sebagai penghalau serangga
kerana baunya yang keras.
Projek kedua, bunga ros Mila. Murni hendak menyalin ke pasu yang besar sedikit.
Berikutnya urusan pokok ros jepun yang sedia ada, hendak ditanam semula agar dapat
berbunga lebih banyak lagi tahun ini.
Lengan tangan mengelap dahi yang sudah mengalirkan peluh. Murni suka begini,
sekurang-kurang badannya berpeluh. Tidak perlu berjoging, bersilat dengan pokok-pokok
bunga sudah membuat dia berpeluh, sama seperti dia berjoging, beriadah melalui hobi
yang dia suka,yakni berkebun.
Mila tidak membantu hari ini. Mila di dalam bilik menghabiskan kerja-kerja sekolah yang
tertangguh. Jika tidak, dia juga turut sebok, suka berkebun seperti Murni. Ke mana pula
tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi.
Set! Semua urusan selesai, Murni puas hati, harap-harap semuanya hidup. Penanaman
semula bunga jari lipan yang dipanggil japanese rose juga sudah selesai, banyak yang
berwarna merah jambu yang sedang kembang, yang berwarna merah pekat dan puteh
hanya sedikit. Kelakar juga bunga japanese rose ini, ianya hanya akan kembang apabila
matahari rembang. Jika tidak ada cahaya matahari, ianya tidak kembang. Jawabnya,
terpaksa menunggu matahari bersinar, barulah dapat menekmati bunga ini in full bloom.
Tak kesah, kerana kita tahu, negara kita diberi nekmat oleh Allah dengan sinaran matahari
yang sentiasa terang sepanjang tahun.
Tinggal satu lagi projek, iaitu mengalih pokok dahlia ke pasu yang besar sedikit. Berat
pula pasu yang baru dibelinya tadi.. Belum diisi tanah sudah berat, bagaimana pula nanti
bila sudah berisi tanah?
Murni berfikir sejenak..
Ha..ada idea!
139
Murni mengolekkan pasu yang besar itu terus ke tempat yang hendak ditempatkan. Dengan
cara itu, dia tidak perlu mengangkatnya lagi. Setelah campuran tanah dimasukkan setengah
ke dalam pasu, Murni mengeluarkan pula pokok bunga dari pasu yang kecil ke pasu yang
sudah ada tanah setengah itu. Kemudian menambah tanah bagi menutup pangkal pokok
sehingga pasu hampir penuh. Pokok tersebut dibiarkan di hujung pagar, kerana di situ
sedikit teduh. Murni mendongak ke langit, cuaca sungguh indah, walaupun sedikit
berbahang. Dia lega kerana dapat menyelesaikan penananam semula pokok-pokok
bunganya seperti yang direncanakan.
Macamlah kebunnya besar?
Sedangkan sekangkang kera sahaja, tidak sampai 20 langkah sudah bertemu dinding pagar!
Kini hanya tinggal untuk mengemas pasu-pasu yang telah kosong untuk disimpan ke
belakang rumah. Untuk mengelakkan Murni berulang alik, Murni mengangkat 3 pasu
sekali gus.
“Alamak berat pulak..”bisik hatinya.
”Tak apalah, angkat perlahan-lahan“ omelnya lagi.
“Pranggg…!!!.” Terdengar seperti benda pecah dan diikuti dengan perkataan “Aduh”.
Murni mengerang kesakitan. Entah apa yang tidak kena, mungkin Murni tidak memegang
pasu-pasu yang telah disusunnya, dengan betul. Akibatnya, salah satu pasu telah jatuh ke
atas kakinya. Pasu yang pecah telah menghimpap kaki Murni dan pancaran darah sudah
mula keluar di hujung jari kakinya.
Dengan terjingkit-jingkit Murni masuk ke dalam rumah mencari apa sahaja kain yang
bersih untuk menahan darah yang tidak henti-henti keluar dari luka. Berjejeran kesan darah
mengikut arah Murni membawa kakinya. Teruk lukanya, mungkin dalam..
Mila yang terdengar suara mamanya mengerang, segera keluar dari bilik dan turun
mendapatkan Murni. Di lihat mamanya sedang mengelap kaki dengan tissue puteh yang
sudah berwarna merah.
“Ma..ma.. kenapa? Lah!.. kaki ma luka teruk tu..apa Mil boleh tolong mama ni..!” cemas
sahaja bunyi suaranya.
Mila panik!
140
Air mata sudah berjujai turun, takut apa-apa terjadi kepada mamanya. Dia belum bersedia
menjadi anak yatim piatu. Sudahlah dia tidak ada ayah, jika mamanya tiada, di mana dia
hendak bergantung.. Sedangkan Murni hanya luka di kaki aje pun. Tetapi kanak-kanak
apalah yang dia tahu, jika darah dah banyak keluar, dia ingatkan kematian sahaja!
“Sayang.. ambikkan mama minyak gamat dalam first aid kit yang mama simpan kat bilik
study...cepat! cepat!.” pinta Murni membantunya.
Tanpa menunggu lama, Mila berlari naik menuju ke bilik study, mengikut sahaja arahan
Murni. Tidak lama kemudian, dia muncul dengan bekas first aid yang tidak lengkap mana,
lalu dihulurkannya kepada Murni.
Mila berlari semula ke tingkat atas. Tanpa disuruh dia membuat panggilan. Orang yang
dipanggil, sudah tentu uncle Zam. Hanya lelaki ini yang pertama muncul di kepala otaknya.
“Uncle .. Mila ni.. mama entah kenapa, kaki dia berdarah..” nada suara Mila cemas
menyampaikan berita membuat Zamri kaget.
“Hah!.. mama kena apa Mil.?.” Zamri juga turut cemas, dia mengetahui Mila tidak akan
menghubunginya jika tidak ada perkara yang betul-betul memerlukan pertolongan.
“Apa hal pula Muni ni..” bisik hati Zamri.
“Entah uncle..Mil tak tau.. tapi Mil nampak kaki ma berdarah. Ma sapu minyak gamat
aje..” ujar Mila
“Uncle.. mama panggil Mil ni.. bye..” terus Mila memutuskan talian, sebaik sahaja
terdengar suara Murni memanggilnya.
Zamri kaget dan terus bersiap untuk ke rumah Murni. Dia perlu tahu apa yang sebenarnya
berlaku. Yang dia faham, ada sesuatu yang berdarah.
“Mila buat apa tu..?” terdengar suara Murni dari dapur di tingkat bawah.
“Tak ada apa-apa, Mil turun ni..” Mila bergegas semula ke arah Murni.
“Ya.. ma..” tercungap-cungap Mila di hadapan Murni yang masih sebok mengelap darah
yang masih keluar, walaupun sudah disapu minyak gamat, darah dari luka masih juga
keluar. Teruk nampaknya luka di kaki Murni.
“Ma nak gi klinik tak..?” aju Mila, bercakap seperti dia boleh membawa mamanya ke
klinik.
141
“Tak apa, tak teruk mana pun.. ma nak stop bleeding ni aje dulu.. lepas tu kita boleh gi
klinik. Kalau tak macammna ma nak drive..?” jelas Murni
Mila hanya menganguk.
Bersetuju dengan apa sahaja rancangan Murni.
“Assalamulakum.. “ suara Zamri memberi salam.
Murni menoleh dengan wajah hairan. Kenapa mamat ni datang dan bagaimana pula dia
tahu yang Murni cedera? Tiada orang lain, segera pandangan tepat ke arah Mila yang
hanya buat tidak tahu.
“Muni.. you okey ke.?. “.tanya Zamri dan terperanjat apabila melihat kaki Murni yang
sudah berbebat, namun masih kelihatan pancaran darah yang masih keluar.
“La.. kaki cedera teruk tu.. jom I bawak pegi klinik ..” sama ada Murni setuju atau tidak
Zamri tetap akan membawanya ke klinik.
“Mil.. ambil beg mama dengan kunci rumah..jom ikut uncle, kita bawa mama gi klinik”
jelas Zamri.
“I okeylah Zam.. sikit aje ni..” Murni masih enggan ke klinik bersama Zamri.
“Sikit apanya, tengok tu masih berdarah! Sebelum kena infection baik pergi klinik cepat..”
tegas Zamri, kini dengan nada memaksa.
“I okey!” Murni mula dengan sifat degilnya.
“Okeynya apa, kalau macam tu, tengok, masih berdarah tu…dah! Jangan degil?” Zamri
tetap memaksa.
“Ishy! You ni..” jawab Murni sambil mengerutkan mukanya.
Mahu tidak mahu, Murni terpaksa menurut. Mila sudah sedia dengan beg tangan Murni
tersandang di bahunya.
Zamri terus mengunci pintu rumah Murni setelah memapah Murni masuk ke kereta
bersama Mila. Berhati-hati dengan pemanduan perlahan, Zamri menuju ke klinik yang dia
tahu. Bukannya banyakpun klinik di Bukit ini.
142
Di klinik, Zamri hanya bertanyakan bagaimana boleh terjadi begitu Bila ditanya Mila,
jawapannya dia berada di bilik, dan hanya mengetahui mamanya cedera setelah mendengar
mamanya mengerang kesakitan.
Bila ditanya Murni, Zamri hanya mendapat jawapan “Dah nak jadi, pasu terlepas”. Yang
dia mengangkat 3 pasu sekali kerana malas hendak berulang alik, tidak diceritakan.
Yang mangsa kena tuduh adalah pasu!
Pasu bukan boleh membela dirinyapun apabila di tuduh.
Setelah doktor merawat luka di kaki Murni, doktor memberikan dua hari cuti rehat. Cuti di
beri kerana lukanya agak dalam dan mungkin akan bengkak untuk beberapa hari. Murni
diminta tidak membuat banyak pergerakan di kaki tersebut agar luka tidak terus
mengeluarkan darah.
“Thanks Zam. I dah menyusahkan you aje, sebenarnya memang I nak pergi klinik bila dah
boleh drive!” Murni bersuara selepas keluar dari bilik pemeriksaan, hanya menunggu
nama dipanggil untuk mengambil ubat.
Mila mendekatinya, dirautnya Mila rapat ke badan dan mengucup atas kepala anaknya.
Mila, satu-satunya harta yang dia ada. Bagaimanalah agak kehidupannya tanpa budak
perempuan ini di sisinya.
“Macammnalah boleh jadi macam ni, nasib baik Mil call. Nak harap you, bila kaki tu dah
bengkak agaknya baru you nak call?” Tinggi juga suara Zamri, antara marah dengan
simpati.
Takut juga dia hendak marah lebih-lebih, takut Murni mengubah fikirannya, akibatnya
Zamri gigit jari.
Bukan macam tu, I tak mahu menyusahkan you, dah banyak benda you bantu I. I dah
banyak terhutang budi” keluh Murni.
“Murni, I bukan orang lain lagi dengan you, you bakal isteri I, ingat tu! Kalau tak I yang
jaga you, siapa lagi? Lain kali jangan buat macam ni lagi,.janji!” Zamri sudah mula
berleter macam mak nenek.
143
Murni hanya diam, tak gunapun membantah, memang salah dirinya, hendak tunjuk pandai
konon.
“Nombor kita tu, you duduk, I yang pergi ambil ubat...” Zamri mengarahkan Murni hanya
duduk sahaja sementara dia yang mengambil dan membuat pembayaran kepada ubat yang
akan dibekalkan oleh farmasi klinik tersebut.
Murni hanya diam, tangan masih mengusap rambut Mila yang duduk di kerusi sebelahnya.
Mila hanya mendongak apabila Murni mengusap rambutnya, Mila mengetahui mama
sayang kepadanya. Mamapun sudah selamat, tidak jadi meninggalkannya. Dia juga
sayangkan mama, tetapi Mila merasa sedikit risau apabila uncle Zamri menjadi sebahagian
dari keluarganya kelak. Mama terpaksa membahagikan kasih sayang. Jika kini seluruh
kasih sayang hanya untuk dirinya seorang. Nanti dia akan berkongsi dengan uncle Zamri.
Adakah dia akan disisihkan oleh mama? Mila berharap agar itu tidak terjadi, kerana dia
juga sayang kepada uncle Zamri. Mila hanya memandang lelaki yang bakal menjadi bapa
tirinya berjalan menuju kepadanya.
“Dah jom. Kita balik.” Zamri menghulurkan bungkusan ubat kepada Mila dan memapah
Murni yang berjalan terjingkit-jingkit dengan sebelah kaki menuju ke keretanya.
“Assalamulaikum Kak, Zamri ni..ha.. nak beritahu, Murni cedera kat kaki dan dapat cuti
sakit dua hari..” Zamri menghubungi Kak Romlah memberitahu apa yang berlaku sebaik
sahaja sampai dirumah Murni.
“Ha.. ya… kak..saya kat rumah Murni ..” Zamri berhenti bersuara kerana memberi laluan
Kak Romlah berbicara dihujung talian.
“Okeylah kak saya tunggu.. assalamulaikum..” menamatkan perbualannya.
“I dah inform Kak Romlah. Kejap lagi dia sampai, at least ada orang dewasa sementara
you tak boleh bergerak banyak. kalau perlu apa-apa.. call I..okey..jangan degil.. makan
ubat tu” tegas bunyi arahan Zamri.
Murni hanya mengangguk. Tidak guna berdegil, lagipun nasihat Zamri adalah betul. Jika
melarat, lagi susah.
144
“Mila tolong tengokkan mama, kalau dia degil tak makan ubat, beritahu uncle ya!.” Zamri
memberitahu Mila yang terkebil-kebil mendengar arahan uncle Zam, kemudian
mengangguk laju.
“Murni.. I better go now. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah pulak, tak sempat nak
buat majlis kita bulan depan. Terus nikah free..unless you still want me to stay..I will stay!”
Zamri bergurau, cuba menghiburkan hati Murni.
Eh..eh.. pakcik ni.. sempat lagi bergurau. Murni jeling geram.
Sempat pula hendak bergurau senda disaat-saat orang sedang sakit..
“Mengada-ngada..” pendek sahaja jawapan Murni.
“Macammana Muni .. Zam..” bersuara Kak Romlah, Zamri tidak menyedari keujudan Kak
Romlah yang muncul tiba-tiba.
“Muni okey aje kak.. kaki dia tak boleh gerak banyak, takut berdarah semula..” jelas Zamri
“Macammana pulak pasu tu boleh jatuh.. Isssy…tak apa la.. akak tidur sini malam ni..
takut bengkak nanti, tentu Muni sakit..” tukas Kak Romlah dan dia akan mengikut
rancangan yang sudah diatur Zamri. Meminta dirinya menemani Murni, prihatin sungguh
Zamri kepada perempuan yang bakal menjadi orang rumahnya, selebihnya memang dia
sayang.
“Akak jangan risau, jauh dari nyawa..” kata Zamri sambil mata melerek ke arah Murni,
cuba bergurau lagi.
Dah tahu jauh dari nyawa, yang amanat menjela-jela tu kenapa?
“Nanti kau, sekarang bolehlah perli-perli, Mentang-mentang kita sakit” Murni mengomel
di dalam hati.
“I gerak dulu, jangan lupa pesan I tu.. okey sayang.. see you tomorrow..” laju sahaja Zamri
bercakap dan meninggalkan Murni yang ternganga dengan ungkapan “sayang” dari Zamri
yang makin hari semakin berani meluahkan hatinya.
Dia tidak perasankah dengan kehadiran Kak Romlah yang sudah senyum simpul.
Membuat muka Murni memerah. dek kerana malu. Cukup tak senonoh si Zamri ni.
Sedangkan Zamri hanya meluahkan perasaan yang sudah lama disimpan, hanya Murni
sahaja tidak mamahami, atau dia sengaja tidak mahu faham.
145
Seperti yang dijanjikan, setiap hari Zamri akan singgah ke rumah Murni selepas waktu
pejabat.
Malas ulang alik untuk angkat pasu konon sekali angkat senang.
Tengok! Apa sudah jadi.
Kenapa hanya ambil sekali tiga?
Kenapa tidak ambil empat atau lima pasu sekali?
Boleh hempuk kedua-dua belah kaki, baru adil. Ini sebelah sahaja yang cedera! Zamri
memerli Murni dengan cerita itu.
Murni masam berkerut, ada ke buat main-main orang tengah sakit, kecederaan dijadikan
jenaka, tak patut betul!.
Ada-ada sahaja Zamri, dia sebenarnya ingin meghiburkan Murni. Tetapi Murni salah
faham.
Kak Romlah tidak pulang ke rumahnya, dia menumpang tidur di rumah Murni sepanjang 2
hari tersebut. Kak Romlah kasihankan Mila, memandangkan Murni tidak boleh berjalan
tanpa bantuan. Nasib baik anak-anak Kak Romlah sudah besar dan dia mempunyai suami
yang memahami. Abang Kamal memang seorang lelaki yang baik. Sejak dari dulu lagi dia
sanggup beralah, apabila ada hal mengenai Murni yang Kak Romlah terpaksa bantu. Besar
sungguh budi pasangan ini.
Nampaknya bengkak di kaki sudah susut dan luka sudah tidak bernanah dan nampak
hampir kering. Esok Zamri perlu membawa Murni ke klinik semula untuk rawatan susulan.
Kelmarin Shiha dan beberapa rakan sepejabat datang melawat dengan membawa sejambak
bunga kiriman khas dari Tuan Megat Qalif, boss mereka. Mereka hairan bagaimana boleh
pasu terhempap di kaki, Murni berbohong dengan mengatakan dia tersadung kampet tanah.
Sebenarnya, dia juga tidak mengetahui puncanya. Yang nyata adalah kecuaian diri sendiri,
ingin buat kerja cepat tetapi tidak berhati-hati.
146
Mereka memerli, macammana hendak jadi pengantin jika sudah tempang. Cerita Murni
akan bernikah sudah tidak menjadi rahsia lagi, semua orang di Pejabat Daerah sudah
mengetahui. Cepat betul berita mengenai dirinya dan Zamri tersebar. Namun Murni sudah
tidak kesah, memang benarpun dia akan bertunang dan bernikah dengan Zamri, dia
melakukan perkara baik, ingin membina masjid. Diharap terhentilah gossip-gossip mereka
nanti kerana sudah tidak ada isu lagi yang hendak digossip. Nampaknya mereka yang suka
bergossip terpaksa mencari mangsa mereka yang baru.
Siapalah agaknya yang malang itu?
Doktor memberi Murni dua hari lagi cuti sakit, walaupun kakinya sudah tidak bengkak dan
luka sudah kering, namun doktor berharap agar Murni berehat sahaja di rumah, berjalan
hanya jika diperlukan sahaja. Kerana ingin segera masuk bertugas, Murni mengikut nasihat
doktor. Dia betul-betul berehat, memang sungguh dia juga tidak mahu menjadi pengantin
yang jalan terhenjut-henjut atau tempang. Segala kerja rumah diuruskan oleh Kak Romlah.
Tidak kecuali Zamri yang setiap pagi dan petang muncul dengan membawa makanan. Ada
sahaja yang dibekalkannya, jika dia sampai di sebelah pagi, dia akan membawa sarapan.
Jika dia muncul di sebelah petang, adalah goreng pisang atau cokodok pisang sebagai
minuman petang. Semuanya untuk dikongsi bersama Murni, Mila dan Kak Romlah
semestinya.
Sempat juga dia berbincang mengenai hal majlis pertunangan dan pernikahannya kelak.
Nampaknya Murni sudah tidak ragu-ragu mahu menerima Zamri sebagai sebahagian dari
hidupnya. Lelaki yang bakal dipanggil suami. Sekali gus memberi status ayah kepada Mila.
Murni sudah memberitahu Mama dan abah rancangannya. Mereka menyambut dengan hati
yang girang. Abah sudahpun mengatur persiapan pertunangan dan pernikahannya.
Kemudian akan ke rumah Zamri minggu berikutnya, serentak dengan majlis nikah Syakira
seperti yang dicadang Zamri sebelum ini. Nampaknya Mek Ros menerima dua menantu
147
sekali gus, seorang menantu perempuan dan seorang menantu lelaki, malah dapat cucu
segera yang sudah besar. Cuma Murni tidak mahu bersanding, cukup sekadar meraikan
majlis persandingan Syakhira sahaja. Zamri tiada halangan, asalkan Murni sah menjadi
isterinya, itupun sudah cukup baginya.
“Zam, apa kata Mek Ros dengan rancangan kita tu.?.” tanya Murni seraya tangan mencapai
goreng pisang yang baru sahaja diletakkan oleh Kak Romlah di atas meja ke dalam piring
dan dihulurkannya kepada Zamri. .
“Mek!.orang tua tu setuju aje.. kenapa?” Zamri hairan dengan soalan Murni.
“Baba?” Murni bercakap dengan mulut yang berisi goreng pisang.
Kaki aje yang sakit, langsung tidak menjejaskan seleranya.
“Emm.. baba,.dialah yang paling gembira bila I beritahu rancangan kita, semua happy,
sebab dah lama sangat I tunggu you, you aje yang tak faham-faham. Suka menyeksa
perasaan I” omel Zamri.
Muka manis Lee Min Ho terserlah apabila bergurau. Membuat Murni baru perasan, kacak
juga rupanya dia. Mana hendak perasan, Murni menutup pintu hatinya rapat sehingga tidak
ada ruangpun untuk sesiapa menjengah.
“Ialah awak tu! sekarang siapa seksa siapa sebenarnya ni?” bidas Murni.
“Munilah seksa I, nasib baik tak jadi bujang terlajak sebab lama sangat tunggu jawapan
dari you..” katanya.
“Macammana nak ada jawapan? Sebab tak ada soalan yang hendak dijawab?” kata Murni
lagi.
“Ah! Murni, selama ni yang I duk tanya tu bukan soalanke?” Bila bersama ada sahaja
bahan untuk dijadikan modal bertekak.
Itu belum serumah, jika serumah entah mahu terangkat bumbung agaknya, bertekak
sepanjang masa.
Murni melerek matanya ke arah Zamri yang terus mengigit goreng pisang yang dibelinya.
Malas dia hendak menyambung bertekak. Murni lalu menuang air teh kosong yang telah
disediakan oleh Kak Romlah.
148
Menghulurkan air agar kesah “soalan dan jawapan” tidak berpanjangan. Kak Romlah naik
ke atas untuk memanggil Mila agar dapat minum petang bersama. Yang sebenarnya dia
hendak beri ruang kepada Zamri dan Murni bersendirian.
“I tak sangka, lagi sebulan I akan jadi suami you. Macam tak percaya aje. You betul-betul
ke dah sedia ni?”tanya Zamri.
Murni kerut muka, soalan apa pula yang diajukan oleh mamat ni?
Tersenyum Zamri memikirkan keputusan yang tergesa-gesa dari Murni, bagaikan dia
bermimpi. Kini hanya menunggu hari, untuk mereka akan diijabkabulkan, dalam masa
sebulan lagi.
Muka Murni kelat! Kalau jawab “tidak” adakah dia akan tercekek goreng pisang yang
sedang dikunyahnya. Murni tidak berani mengambil resiko itu. Tidak mahu pula dia
menjadi janda buat kali kedua sebelum menjadi isteri.
Persoalan sedia atau tidak sedia harus ditolak tepi.
Persoalan “mampu” atau “tidak” yang perlu diambil kira.
Oh ya, lagi satu, yang paling utama, Murni perlu seorang lelaki yang mampu melindung
dan membantunya menghadapi rintangan hidup, seandainya bekas suaminya muncul tiba-
tiba untuk menuntut haknya.
Murni perlukan seorang Wira untuk menyelamatkannya dan Mila.
Zamri, kaulah WIRA itu!
Bukan SAGA tau!
W.I.R.A…
149