The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU NOORAIDAH AHMAD, 2021-07-30 00:45:25

BONDA...CINTA LUAR BIASA

BONDA...CINTA LUAR BIASA

Bonda…

Cinta Luar Biasa



Bonda…

Cinta Luar Biasa

CIK SEHA
AISYAA FETYAA

Diterbitkan oleh:
Cik Seha Enterprise

(IP0453143-M)
No 811-92, Taliair 9, Pasir Panjang,

45400, Sekinchan, Selangor.

Facebook: Cik Seha
Instagram: Ciksehaofficial
Email: [email protected]

© Cik Seha, Aisyaa Fetyaa, 2018

Cetakan Pertama 2018

Semua hak terpelihara

Tiada mana-mana bahagian dalam buku ini boleh diterbit semula
atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau

disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun
termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain

tanpa mendapat izin daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Cik Seha
Bonda... Cinta Luar Biasa / CIK SEHA, AISYAA FETYAA.
ISBN 978-967-15969-0-6

1. Festschriften.
2. College teachers.
3. AisyaaFetyaa. II.Judul
378.1209595

Muka Taip Teks: Cambria
Saiz Taip Teks: 12/14

Dicetak oleh:
Polo Enterprise
16, Jalan 17/1A, Block B,
46400, Petaling Jaya, Selangor.

ISI KANDUNGAN

Bahagian Satu

Mawar Sakti 2
3
Aku dan Ibu 11
15
Perpustakaan
25
Warkah Bonda 32
39
Bahagian Dua 44
48
Impian 52
56
12 Purnama 60
64
Tumpang 69
73
Kenal

Penulisan Dakwah

Pertama Kali

Dakwah dan Retorik

Media Cetak Dakwah

Teman

4 Tahun Sekali

Puisi Cinta

Bahagian Tiga 78
Apa Kata Mereka Tentang Bonda? 81
82
Pandangan Jiwa
86
Harapan 88
90
Bahagian Empat
94
Kelahiran Cinta 95
97
Bahagian Cinta 101
102
Ilmu Cinta
106
Bahagian Lima

Sampai Masa

Peluang

Surat Cinta Buat Bonda

Menahan Rindu

Meniti Jalur Pelangi

Bahagian Enam
Potret Kenangan

DEDIKASI

Bonda… Cinta Luar Biasa

Tulisan ini dinukilkan istimewa buat
Dr. Nor Raudah Bt Hj. Siren, pensyarah di
Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan yang

mesra digelar bonda oleh para pelajar.

Tulisan ini ditulis khas buat ibu yang sentiasa
sabar melayan kerenah dan ragam anak-anaknya.

Tulisan ini sebagai catatan kenangan dan kasih
bersama seorang wanita yang sentiasa
menyebarkan cintanya.



TINTA PENULIS

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana impian
untuk menulis buku telah pun tercapai. Demi
merealisasikan impian mama yang tidak kesampaian
sewaktu usia mudanya, saya memasang impian untuk
cuba menulis dengan tekun. Saya mendapat galakan dan
sokongan penuh daripada mama untuk menulis.

Idea menulis buku bertajuk Bonda…Cinta Luar
Biasa ini tercetus ketika sedang memikirkan apa hadiah
yang ingin diberikan kepada pensyarah saya iaitu Dr. Nor
Raudah bt Hj. Siren sempena hari lahirnya yang muncul
hanya empat tahun sekali. Dr. Nor Raudah merupakan
pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Bidang
kepakaran beliau ialah penulisan, media dan retorik.

Antara subjek yang diajar oleh beliau ialah Media
Dakwah, Media Cetak Dakwah, Penulisan Dakwah,
Dakwah dan Retorik dan Multimedia Dakwah. Saya
berkesempatan mengambil empat daripada lima subjek

tersebut. Banyak sungguh ilmu-ilmu yang berkait
dengan minat saya peroleh melalui pengajaran beliau.
Beliau mengajar dalam keadaan santai dan sangat tegas
dalam kelembutan. Beliau mesra digelar bonda.

Di dalam buku ini saya berkolaborasi bersama
Aisyaa Fetyaa yang merupakan anak bonda mencatatkan
beberapa kenangan manis yang dilalui bersama. Saya
memilih untuk menulis bersama anak bonda untuk
menzahirkan ketulusan rasa cinta yang bonda curahkan.
Aisyaa Fetyaa merakamkan kasih sayang bonda
terhadap dirinya dan adik-beradiknya semenjak kecil.
Manakala saya mencoretkan detik perkenalan bersama
bonda.

Buku ini sebagai hadiah hari lahir bonda. Semoga
banyak lagi kenangan yang akan tercipta selepas ini.
Terima kasih kepada Aisyaa Fetyaa kerana sudi menulis
catatan bersama bondanya dan kawan-kawan yang
terlibat dalam menghasilkan catatan ini. Semoga
ukhuwah yang terjalin akan berkekalan.

KASIH HAMBA

Secebis kasih hamba
Seorang wanita mulia
Seorang ibu dan bonda
Buat insan-insan yang menyayangi

Secebis kasih hamba
Yang terhias dengan cinta
Wataknya gagah dan gigih
Mencorak kanvas realiti
Dengan lakaran memikat

Secebis kasih hamba
Mencoret lembaran hikayat
Dengan rasa yang tumbuh di hati
Menjalin ukhuwah mesra
Bersama jiwa-jiwa yang setia

Secebis kasih hamba
Pendidik jiwa ummah
Amanah dengan tugas
Dibahu tergalas tekun

Secebis kasih hamba
Srikandi zaman ini
Dihati kami mithali
Di sisi kami sejati

BAHAGIAN SATU

Sinaran kasih dan sayang
Menyedarkan aku hakikat kehidupan

Bangkit dari lena panjang
Meneruskan perjuangan

Demi sebuah bahagia

1

Mawar Sakti

Wahai bonda, ingin aku persembahkan puisi cinta
ini coretan khas daripadaku buatmu…

Aksara bonda mekar di jiwa
Bak mawar segar indah di mata
Tumbuhnya dia bukan biasa-biasa
Membawa beribu makna dan bahagia.

Dibiarkan duri memenuhi tangkainya
Dengan harapan dirinya terpelihara dari duka
nestapa
Walau kelopaknya semakin gugur
Namun serinya tetap ada.

Pesonanya terus memekar megah
Walau berjuta kali badai mendesah
Begitulah panahan cinta si mawar indah
Terus sakti dengan kekuatan ismullah!

-Aisyaa Fetyaa-

2

CATATAN SATU

Aku dan ibu

Pada tanggal 14 Oktober 2000, telah diizinkan
oleh Allah untuk aku lahir merasai nikmat sementara
dunia. Aku dilahirkan daripada rahim seorang wanita
mulia yang aku gelar ibu. Aku anak keempat daripada
enam adik beradik. Ibu adalah seorang wanita yang aku
kenal sebagai susuk tubuh yang sentiasa menzahirkan
kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam apa jua
keadaan dan cabaran yang dihadapinya.

Personaliti ibu cukup memberi inspirasi buat aku.
Aku juga sering mencuba untuk meniru sikap ibu yang

3

super kuat itu. Aku cuba untuk berlagak tenang dan
tampak kuat di hadapan manusia seperti mana yang
sering ibu lakukan di hadapan kami adik-beradik dan
orang di sekelilingnya. Ibu juga sentiasa tampak positif,
petah dan yakin ketika berbicara di hadapan khalayak
ramai. Setiap butir bicara ibu membuatkan diri ini
sentiasa termotivasi.

Ibu memang luar biasa!
Ibu bertugas sebagai pensyarah di Universiti
Malaya, Kuala Lumpur sejak tahun 1999 dan masih setia
berkhidmat hingga ke hari ini. Ketika aku masih belum
bersekolah tadika, aku sering menemani ibu bekerja.
Aku menemani ibu di dalam pejabat, di dalam kelas
ketika ibu sedang mengajar dan menemani ibu ke
program-program di Universiti Malaya yang ibu sendiri
anjurkan.
Kini, ketika aku meningkat remaja, ibu juga
sering menyuruh aku dan adik-beradik yang lain untuk
menyertai program-program anjuran universiti seperti
Kem Mantap Daie dan sebagainya. Daripada pengalaman
yang ibu beri ini sedikit sebanyak mengajar aku untuk
berani bersosial. Buktinya, aku menjadi seorang yang
berani dan aktif menyertai program-program kebajikan
dan pendidikan bersama rakan-rakan daripada

4

Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Tanpa aku
sedari sebenarnya sikap suka bersosialku ini mirip sekali
dengan ibu. Kata ibu, zaman ibu belajar sebagai
mahasiswi dahulu juga ibu aktif bersosial. Alhamdulillah,
aku sangat bersyukur dengan nilai-nilai yang ibu
terapkan dalam diri aku ini.

Berbalik semula kepada sikap ketabahan dan luar
biasa ibu, aku terfikir pasti ada sesuatu yang menguatkan
ibu. Ya, ibu juga manusia biasa yang punya kisah duka
sehingga dapat membuatkan dirinya sekuat itu. Menjadi
seorang pensyarah pastinya tidaklah semudah yang
dilihat melalui mata kasar. Menjadi bonda kepada anak-
anak didiknya pada siang hari dan juga menjadi ibu
kepada anak kandungnya pada sebelah malam. Jadual
ibu sentiasa padat dan sibuk. Setibanya hujung minggu
iaitu pada hari ibu cuti bekerja, ibu akan berehat
sepuasnya dan memanfaatkan waktu lapangnya
bersama ahli keluarga.

Aku teringat akan detik perbualan antara aku dan
ibu yang tidak dapat aku melupakannya. Hari itu
merupakan hari ibu cuti bekerja. Kelihatan dari jauh ibu
sedang menyemak kertas-kertas ujian semester anak-
anak didiknya. Ibu nampak letih dan agak tertekan. Aku
cuba mendekati ibu dan menghulurkan segelas air

5

mineral. Ibu menyambut huluranku dan meneguk
segelas air mineral tersebut sehingga habis. Haus benar
ibu nampaknya. Setelah itu, aku cuba untuk mengajak
ibu berbual dan bertanyakan hal-hal santai untuk
menghilangkan sedikit kekusutan ibu. Ibu berhenti
seketika dari memegang pen dan kertas ujian yang perlu
disemak tadi. Ibu senang berbual dan melayan
kerenahku.

Semenjak aku kecil hingga ke hari ini, aku
memang seorang anak yang manja dan rapat dengan ibu
kerana aku telah merasai peluang sebagai anak bongsu
selama 11 tahun. Kemudian barulah aku dikurniakan
adik-adik. Ya, aku mempunyai sepasang adik kecil.
Dalam kalangan ahli keluarga, aku sahaja yang
mempunyai panggilan manja iaitu ‘Ayo’. Entah
bagaimana wujudnya gelaran itu aku pun tidak pasti dan
tidak ketahui maknanya. Kata orang utara ayo
bermaksud air. Namun gelaran itu hanya selesa
dipanggil oleh ahli keluarga sahaja.

Sedang aku dan ibu asyik berbual, tiba-tiba ibu
mula ingin menceritakan sesuatu kepadaku. Aku hanya
menadah telinga dengan harapan lelah ibu akan sedikit
demi sedikit beransur pudar. Ibu memulakan bicara.

6

“Ayo untung tak sempat rasa zaman macam kak
Saadiah, abang Luqman dan abang Umar. Dulu, macam-
macam pekerjaan yang ibu dan abah buat untuk nak sara
anak-anak dan naikkan ekonomi keluarga kita. Ibu dan
abah dulu jadi penjual air soya dan pada masa itu ibu juga
menjadi guru ganti di sekolah rendah dan macam-
macam lagi pekerjaan sebelum ibu jadi pensyarah. Masa
tu rumah kita di Gombak. Syukur masa ibu
mengandungkan Ayo, ibu dapat tawaran bekerja sebagai
pensyarah di UM” Jeda. Ibu mengucap syukur dan
tersenyum. Tidak lama selepas itu ibu menyambung
cerita.

“Masa usia Ayo dua minggu selepas kelahiran,
kita terus pindah rumah di Puchong sebab kebetulan
abah sudah menyelesaikan urusan pembelian rumah di
situ. Alhamdulillah, semenjak ibu dapat kerja tetap dan
perniagaan abah pun dah stabil, barulah anak-anak ibu
dapat rasa kehidupan yang agak selesa. Alhamdulillah,
rezeki” Beritahu ibu panjang lebar.

Aku mengucap syukur. Tiba-tiba riak wajah ibu
bertukar sayu. Ibu seperti mahu mengadu sesuatu.

“Sebenarnya ibu dah penat dan rasa macam nak
pencen sebab dah lama sangat ibu jadi pensyarah. Tapi
apa yang buat ibu nak lagi berkhidmat di UM adalah

7

kerana beberapa faktor. Ayo nak tahu tak kenapa?” Soal
ibu. Aku mengangguk laju.

“Ibu fikir masih belum tiba masanya lagi untuk
ibu berhenti berkhidmat. Ibu fikir ibu masih perlu bantu
abah untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak.
Malah anak-anak masih belajar dan perlukan duit
belanja dan sebagainya. Ibu dan abah nak kamu semua
berpeluang untuk dapat sambung belajar dengan
cemerlang hingga ke peringkat yang tinggi. Belajarlah
rajin-rajin sementara ibu dan abah masih punya kudrat
untuk mencari wang” Pesan ibu.

Aku menjadi sebak dan terharu. Aku
mengucapkan insyaaAllah dan menganggukkan kepala.
Aku hanya mampu mengukir senyuman kelat.

Aku mengerti keadaan ibu. Ibu pasti penat turun
naik tangga ke tingkat empat setiap hari dan ke hulu ke
hilir bekerja dalam keadaan ibu yang semakin berumur.
Kata ibu, kadang-kadang ibu sanggup tak pergi kafe
untuk makan tengahari kerana kaki ibu selalu sakit
akibat turun naik tangga. Selain itu, aku juga tahu ibu
pasti letih melalui hari-harinya tanpa abah di sisi dek
abah sering outstation ke Johor untuk bekerja di sana.
Seminggu sekali abah akan pulang ke rumah dan berehat
bersama keluarga. Allahu… sungguh gigih dan terlampau

8

banyak pergorbanan ibu dan abah dalam membesarkan
kami.

Kadangkala aku perasan ibu sering saja menangis
sendirian. Menangis di atas tikar sejadah sambil berzikir,
menangis di dalam kereta sebelum masuk ke dalam
rumah setelah pulang daripada kerja dan ketika di dalam
bilik tidur. Ibu jarang menangis di hadapan anak-
anaknya. Aku tahu ibu mahu tunjuk kuat kerana mahu
anak-anaknya turut menjadi seorang yang kuat.
Begitulah cara ibu melepaskan lelahnya dengan
menangis sendirian atau dengan beribadah kepada
Allah.

Benar, di sebalik kebahagiaan yang terzahir pasti
adanya kedukaan yang menguatkan. Sikap
kebergantungan dan redha dengan segala ketentuan
Allah itulah yang perlu ada dalam diri setiap individu
agar terus menjadi seorang hamba yang kuat dalam apa
jua cabaran yang bakal dihadapi kelak.

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman,
sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam
keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini
melainkan orang yang beriman sahaja. sekiranya dia
dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka, jadilah

9

anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa
musibah, dia bersabar. Maka, jadilah musibah itu baik
untuknya” (Hadis Riwayat Muslim)

Tidak dinafikan lagi bahawa menjadi seorang ibu
semestinya teramatlah mencabar. Seringkali aku terfikir
“Mampukah aku menjadi sehebat ibuku? Mampukah aku
menjadi setabah ibuku? Mampukah aku mempunyai hati
yang mulia semulia hati ibuku?

Ya Tuhan, terima kasih kerana Kau telah hadirkan
wanita luar biasa dalam hidupku. Alhamdulillah ‘ala kulli
syaik!

10

CATATAN DUA

Perpustakaan

Sejak kami kecil lagi ibu sudah menerapkan
kepada kami sikap suka membaca dengan cara
membawa kami ke kedai buku Popular pada setiap
bulan. Kenapa setiap bulan? Sebab dalam masa sebulan
sahaja kami boleh menghabiskan semua buku yang telah
dibeli pada bulan lepas. Kami seakan ketagih untuk
membaca. Jadi ibu akan membawa kami ke kedai buku
tersebut setiap bulan untuk membeli buku yang baru
untuk kami adik-beradik.

11

Setiap kali kami pergi ke kedai buku Popular, ibu
akan memberikan wang sebanyak RM 50 kepada kami
setiap seorang untuk membeli buku. Kami boleh
membeli tiga hingga empat buah buku dengan wang
sejumlah itu. Ibu memberi kami kebebasan dalam
memilih jenis penulisan asalkan mempunyai moral dan
nilai-nilai murni yang dapat kami contohi.

Sebelum kami membuat pembayaran di kaunter,
kami wajib menyerahkan kepada ibu buku-buku yang
kami sudah pilih untuk ditapis daripada anasir negatif
yang terdapat dalam buku tersebut. Kemudian, barulah
kami boleh membuat pembayaran di kaunter. Ibu amat
teliti dalam pendidikan anak-anaknya di rumah.

Semestinya buku pilihan kami mengikut
kesesuaian peringkat umur kami ketika itu seperti novel
remaja, komik yang bermoral dan buku-buku pelajaran.
Hasil daripada itu, aku sendiri menjadi seorang yang
suka membaca hingga ke hari ini. Cuma sekarang aku
lebih suka kepada penulisan yang berunsur inspirasi,
motivasi, tarbiah dan fakta.

Alhamdulillah, bukan semua orang dapat merasai
nikmat seperti ini. Ada orang setahun sekali baru dapat
membeli buku baru. Tetapi, Allah itu Maha Adil. Firman
Allah dalam surah ar-Rahman yang bermaksud:

12

“Maka yang mana satukah antara nikmat-
nikmat Tuhan yang hendak kamu
dustakan(wahai umat manusia dan jin)?

Selain daripada mendidik anak-anaknya supaya
cintakan buku, ibu juga adalah seorang yang suka
membaca. Ibu dan buku tidak dapat dipisahkan.
Buktinya, kalau ibu sedang dalam waktu lapang, mesti
aku akan ternampak ibu membaca buku. Aku kenal
benar di mana tempat ibu ketika membaca buku di
rumah. Antaranya di ruang tamu, bilik tidur dan di
dapur.

Kesemua jenis penulisan untuk pelbagai
peringkat umur ibu akan baca. Semua jenis genre
termasuklah buku-buku berunsur thriller pun ibu akan
baca sehingga ke penghujung kulit buku. Bahkan buku
semasa aku kecil pun ibu sudah khatam. Ibu memang
ulat buku.

Buat pengetahuan pembaca, ibu juga adalah
seorang penulis. Antara jenis penulisan ibu adalah
mengenai media dakwah, retorik, kajian di penjara dan
banyak lagi penulisan berkaitan uslub dakwah di
Malaysia. Kadang-kadang aku seperti tidak menyangka
yang buku-buku itu semua hasil tulisan ibu. Tajuk buku

13

pun dah hebat apatah lagi penulisannya. Aku kagum
benar dengan semangat ibu dalam bidang dakwah dan
penulisan.

Oleh kerana ibu terlalu suka membaca, ibu
memasang impian mahukan sebuah perpustakaan mini
di dalam rumah sebagai tempat khas untuk ibu
membaca buku. Kata ibu, perpustakaan mini itu
terdapat banyak almari gergasi yang dapat
menempatkan semua koleksi bahan bacaan dan
penulisan ibu. Perpustakaan mini itu juga berfungsi
sebagai pejabat kedua ibu. Katanya lagi, perpustakaan
mini itu juga dapat memberikan ibu ketenangan
daripada sebarang gangguan ketika membaca dan
menulis buku.

Di dalam telefon bimbit ibu terdapat beratus
gambar perpustakaan mini di dalam rumah yang
dimuat turun dari internet sebagai sumber inspirasi
pada masa akan datang. Walau apapun, aku berharap
apa yang ibu impikan akan menjadi kenyataan di
samping ibu terus menjadi seorang pendakwah yang
hebat dalam bidang penulisan dan pelbagai lagi. Amin
ya Rabb.

14

CATATAN TIGA

Warkah bonda

Ibu ialah seorang yang gemar menulis. Genre
penulisan ibu ialah puisi, cerpen dan artikel ilmiah. Ibu
juga telah menulis banyak buku berkaitan metod
dakwah dan retorik. Antara tajuk penulisan ibu ialah
Retorik Penulisan Dakwah, Dakwah Islam terhadap
Orang Kurang Upaya, Falsafah Diri Remaja dan pelbagai
lagi. Aku bangga dengan hasil penulisan ibu. Doakan aku
agar dapat menjadi seperti ibu.

Apabila menyebut mengenai penulisan ibu, aku
teringat ketika aku masih bersekolah tahfiz di Johor

15

sewaktu berumur 14 hingga 17 tahun. Ibu sering
mengirim surat kepadaku melalui email atau pos surat
ke sekolah. Ibu lebih gemar mengirim surat berbanding
membuat panggilan atas talian persis orang dahulu kala.

Jika ibu mengirim surat melalui email, ustazahku
akan mencetak surat itu untukku di pejabat sekolah.
Perasaanku ketika menerima surat daripada kekasih hati
pastinya sangat gembira dan teruja. Manakan tidak,
ianya tidak pernah dibuat oleh ibu bapa pelajar lain di
sekolahku. Ibu memang ‘rare’. Jelas sifat kesusasteraan
dalam diri ibu. Oleh kerana aku sangat teruja menerima
surat daripada ibu, aku memberitahu sahabatku dengan
bangganya.

“Hafizah, ibu ana kirim surat! Haha. Jom baca
sama-sama”

Teruja kuasa dua. Sedang asyik kami membaca
surat daripada ibu, kami tidak perasan yang kami
sebenarnya sedang dikerumuni oleh kawan-kawan kami
yang lain. Aku membaca surat tersebut dengan penuh
perasaan. Rasa rindu yang teramat sangat terhadap ibu.
Pada rangkap terakhir dalam surat tersebut ibu
menyatakan kerinduannya padaku. Shuuu… automatik
air mataku mengalir deras. Tak peduli siapa yang sedang
melihat aku menangis ketika itu.

16

Maklumlah, tiga bulan sekali baru aku dapat
bertemu dengan keluarga. Dapat keluar bersama pun
jarang sekali. Boleh aku kira dengan jari berapa kali
sahaja ibu datang melawat dalam setahun. Tidak seperti
kawan-kawanku yang lain, setiap dua minggu sekali ibu
bapa mereka akan datang melawat dan membawa
mereka jalan-jalan serta membeli barang keperluan
peribadi mereka.

Tidak cukup bahagia lagi, setiap hujung minggu
mereka akan membuat panggilan telefon kepada ibu
bapa masing-masing. Pihak sekolah hanya menyediakan
tiga buah telefon untuk kegunaan pelajar. Kami tidak
dibenarkan membuat panggilan sendiri sebaliknya ibu
bapa kami sendiri yang akan membuat panggilan untuk
menghubungi kami atas sebab tertentu. Jadi, setiap ibu
bapa akan ada giliran masing-masing untuk
menghubungi anak-anak mereka.

Sejujurnya, bukanlah aku seorang yang bernasib
sebegitu. Ada juga kawan-kawanku yang senasib
denganku. Bagiku, ini semua ada hikmahnya. Beginilah
cara Allah mendidikku agar menjadi seorang yang lebih
matang dan kuat. Namun, aku juga patut bersyukur
kerana masih mempunyai ibu dan abah yang boleh
membiayai persekolahanku yang disertakan dengan

17

wang perbelanjaan untukku setiap bulan. Aku bersyukur
kerana punya ibu bapa yang masih diberikan kudrat
mencari wang buat keluarga.

Disebabkan ibu dan abahku terlalu sibuk bekerja,
aku perlu faham sebab mereka tidak berkesempatan
melawatku setiap dua minggu sekali bahkan sebenarnya
aku tidak peduli hal yang remeh-temeh seperti itu. aku
tidak pernah meletakkan masalah dengan ibu bapa,
guru-guru, kawan-kawan dan sekolah sebagai masalah
utama yang akan membuatkan aku lemah.

Sebenarnya, perkara yang membuatkan aku
menjadi lemah ialah diriku sendiri. Aku seorang yang
agak cepat putus asa disamping suka memendam
kesedihan. Aku juga seorang yang agak lambat dalam
menghafaz al-Quran. Walau bagaimanapun, terkadang
aku cuba memotivasikan diriku sendiri. Aku tetap akan
cuba usaha sehabis baik untuk menghafaz sepuluh
mukasurat dalam sehari ketika itu.

Setelah aku semak hafazanku dengan ustazah
yang bertugas, jarang sekali aku mendapat gred mumtaz.
Hafazanku tidaklah begitu memuaskan. Itulah yang
membuatkan aku sering menangis. Aku kecewa dengan
diriku. Ketika itu aku terfikir adakah hafazanku yang
sebegini teruk dapat menjadi syafaat buat kedua orang

18

tuaku? Apa gunanya jika aku menghafaz berbelas juzuk
tetapi aku tidak dapat menjaganya dengan baik? Aku
takut kerana neraka paling bawah dan seksaan yang
terpedih adalah balasan buat orang-orang yang
melupakan hafazan al-Quran. Allahu. Nauzubillahi min
zalik…

Aku menangis ketika menulis ini. Sebolehnya aku
tidak mahu ibu tahu tentang betapa peritnya aku lalui
sepanjang hari-hariku di sekolah. Tetapi kadang-kadang
aku rasa perlu menceritakan juga mengenai masalah
hafazanku ini kepada ibu bertujuan aku akan berasa lega
setelah menanggung pilu. Selain itu, aku juga mahu ibu
faham apakah sebab aku lambat menghabiskan 30 juzuk
al-Quran. Aku tidak mahu ibu salah erti bahawa aku tidak
serius di sekolah. Aku tidak pernah menceritakan
masalahku kepada ibu atau abah selain mengenai
hafazanku. Masalah lain aku tolak sahaja ke tepi.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana mempunyai
ibu bapa yang positif dan dapat memberiku kata-kata
semangat kala aku memerlukan. Aku tidak peduli
bagaimana cara sekalipun mereka menghubungiku
sama ada melalui surat, email ataupun panggilan telefon
asalkan aku dapat motivasi daripada ibu bapaku

19

sepertimana kawan-kawan yang lain walaupun tidaklah
kerap. Alhamdulillah.

Kepada ibu dan abahku, aku ingin memohon maaf
kerana aku sering melukakan hati kalian, melupakan
pengorbanan kalian, melebihkan dan mementingkan
orang lain selain kalian serta minta maaf sekiranya ada
sesuatu yang kalian harapkan daripadaku masih belum
dapat aku tunaikan.

Ya Allah, panjangkanlah umur kedua ibu bapaku.
Redhailah kehidupan mereka. Masukkanlah mereka ke
dalam syurga tanpa hisab. Sayangilah mereka
sepertimana mereka telah menyayangiku sejak aku
masih kecil. Aku tidak mampu membalas budi mereka.
Biarlah hanya Allah yang membalasnya dengan syurga
Firdausi.

Perginya kalian tiada ganti. Teruslah sakti dengan
cinta hakiki.

Tiba-tiba di telingaku terngiang-ngiang akan bait-
bait lirik lagu cinta bertajuk ‘sempurna’ nyanyian
Salamayn, liriknya ditulis oleh Aiman Banna dan cover
oleh Ed Sheeran-Perfect.

20

Ku temu syurga cinta
Sentiasa sempurna bersamaku
Tiada kata dalam puisi cinta
Yang dapat ceritakan
Kesempurnaannya

Dimulai dari rahim dia
Mula belajar bersuara bicara
Ingin tahu itu dan ini
Diperkenal langit dan bumi

Kini aku telah dewasa
Sudah pandai nyanyi lagu cinta
Terimalah puisi cinta ini, wahai ummi

Sayangku
Aku cinta kamu
Denganmu ku janji setia
Gembira bahagia di Firdaus
Sungai syurga mengalir indah
Di bawah istana cinta yang tuhan ciptakan
Sempurna tuk kita
Syurgaku,
Kamu yang sempurna

21

Inikah cinta?
Walau sebentar masa memisahkan
Sudah rindu tidak mampu hilang
Senyumannya

Inikah sempurna?
Walau aku lukakan hatinya
Dimaafkan, dilupa lalu dicinta

Walau sudah juta dosa noda
Pernah tertitis air mata
Tidak pernah berpaling muka
Meninggalkan
Segala khilaf, salah dan sampah
Dibalas dengan senyuman indah

Terimalah puisi cinta ini
Wahai ummi

Ummiku
Aku sayang kamu
Sembilan bulan di sana
Sehingga azan di telinga
Aku tidak akan lupa

22

Sehebat mana cinta rahimnya
Tidak akan sama agungnya cinta-Nya
Dialah ar-Rahman ar-Raheem
Allah
Aku cinta ummi kerana Yang Maha Sempurna.

23

BAHAGIAN DUA

Pertemuan
Permulaan sebuah perkenalan

Saksi jalinan
Terbinanya ikatan
Antara aku dan dirinya
Seorang guru yang dihormati

24

CATATAN SATU

Impian

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya
selepas SPM merupakan impian dan matlamat yang
dipasang semenjak tingkatan empat lagi. Inspirasi
daripada kakak saudara yang sedang belajar di sana
ketika itu, aku ingin juga sepertinya. Berkat doa dan
azam yang tinggi, setelah mengharungi beberapa ujian
dan cabaran akhirnya impian itu tercapai jua.

“Tahniah. Anda ditawarkan ke Asasi Pengajian
Islam, Universiti Malaya”

25

Gembira. Bahagia. Aku seakan tidak percaya.

Senyuman terukir selebar-lebarnya di bibir saat
ayat itu terpampang di skrin telefon bimbit. Hati ini
bagaikan dipenuhi oleh bunga-bungaan yang berwarna-
warni, kembang mekar dan menyebarkan haruman
kepada orang sekeliling yang melaluinya. Tiba-tiba aku
teringat kisah di sebalik tawaran tersebut.

“Keputusan UM dah keluar. Bolehlah semak.
Mana tahu ada yang terpilih untuk temuduga” Aisyah
Humaira memberitahu sebaik sahaja selesai ujian
kecergasan untuk kelayakan ke Institut Pendidikan Guru
(IPG). Aku juga baru selesai dan masih keletihan. Otot
kaki kejang. Muka kemerahan. Berpeluh. Haus. Lapar.
Beberapa orang lagi rakan kami akan menjalani ujian
tersebut pada sesi petang.

Aisyah Humaira merupakan kawan aku semenjak
tingkatan satu lagi. Dia juga mempunyai pertalian darah
dengan aku. Bau-bau bacang orang kata.

Mendengar makluman daripada Aisyah Humaira,
hati ini berdebar. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah
aku tidak banyak bercakap. Dalam fikiran hanya
memikirkan kemungkinan yang bakal diterima sama ada

26

layak atau tidak layak untuk menghadiri temuduga.
Sekiranya layak, maka sebelah kaki sudah berada di UM.
Sekiranya tidak, mungkin rezeki di universiti lain.
Sedihnya kalau tidak layak.

Laman web UM dibuka. Aku memasukkan
nombor kad pengenalan untuk proses semakan.

Dup dap dup dap. Jantung berdegup laju.
Terketar-ketar tangan menekan butang semak.
Internet perlahan. Aku menunggu dalam debar.
Dalam hati hanya berdoa agar berita gembira yang akan
muncul. Bibir terkumat-kamit membaca doa.
“Maaf, permohonan anda tidak berjaya”
Mukaku berubah. Berita gembira tidak kunjung
datang malah diganti dengan kehadiran berita yang
melukakan hati. Hati ini seperti disiat-siat dengan pisau
yang baru diasah. Impian yang aku pasang selama ini
musnah dan punah. Dinding azam yang dipasang bagai
dirobek-robek oleh pernyataan yang tertulis di skrin
komputer riba ketika itu.

27

Aku berlari mendapatkan mama yang sedang
menjahit pakaian. Air mata aku tahan agar tidak
melimpah jatuh. Dada ini sesak menahan sebak.

“Mama, tak dapat UM” Aku mengadu dengan bibir
muncung. Hati ini telah dikunjungi awan mendung
kemudian gerimis.

“Tak apa. Mungkin rezeki di universiti lain” Mama
cuba memujuk meskipun tahu aku sangat berharap
dapat memasuki UM. Namun apakan daya, Allah lebih
mengetahui tempat yang terbaik. Manusia hanya
merancang.

Aku redha.

Selang beberapa hari, aku mendapat panggilan
telefon.

“Assalamualaikum, ini daripada Universiti
Malaya. Kami nak memberitahu bahawa adik terpilih
untuk menghadiri temuduga” Aku membulatkan mata
mendengar pemberitahuan tersebut. Hairan. Pelik.

“Waalaikumussalam. Tapi saya semak di internet
katanya permohonan tidak berjaya”

28

“Ya, memang. Disebabkan ada sedikit masalah
dalam sistem, kami terpaksa menelefon beberapa orang
pelajar untuk memberitahu makluman ini”

“Baiklah. Terima kasih” Gagang telefon rumah
aku letak pada tempat asalnya.

Meskipun ianya dapat digambarkan sebagai
berita gembira, namun hati ini tetap sukar percaya.
Lebih-lebih lagi pada ketika itu sedang berleluasa isu
tawaran palsu ke institut pengajian tinggi.

“Betul ke UM? Entah-entah tipu. Sekarang ni
macam-macam panggilan palsu” Aku bermonolog
sendirian. Hati ini masih tidak percaya.

Ragu. Sangsi. Risau.

Aku mendapat idea. Aku mendail semula nombor
telefon tadi untuk mendapatkan kepastian. Jawapan
yang diberikan dengan penuh keyakinan bahawa ianya
sahih dan tidak menipu. Langkah seterusnya yang aku
lakukan untuk meyakinkan diri ialah aku membaca
nombor telefon yang tertera di laman web UM dan
melihat pula nombor telefon yang menelefon tadi.

Sama.

29

“Ok. Kali ni aku percaya. Alhamdulillah” Aku
meraup kedua-dua belah telapak tangan ke muka. Mama
sangat gembira mendengar perkhabaran itu.

Seawal jam 7 pagi, aku dan mama sudah sampai
ke perkarangan Akademi Pengajian Islam, UM. Sunyi.
Sementara menunggu waktu temuduga, aku dan mama
bersarapan di kafe. Berdebar-debar hati ini. Ini akan
menjadi pengalaman pertama ditemuduga dalam hidup.
Waktu terus berlalu. Peserta temuduga yang lain mulai
datang. Kami semua berkumpul di The Cube atau Balai
Ilmu untuk sesi pembahagian kumpulan. Mama setia
menunggu di kerusi bahagian belakang bersama ibu-
bapa yang lain.

Sementara menunggu giliran, aku cuba
menenangkan diri. Menurut kawan-kawan yang telah
menghadiri temuduga pada tarikh sebelumnya, mereka
dikehendaki bercakap dalam tiga bahasa iaitu Melayu,
Inggeris dan Arab. Aku takut sekiranya lidah ini kelu. Aku
berselawat banyak-banyak dalam hati dan berdoa agar
diberi kelancaran lidah semasa temuduga nanti.

“Alhamdulillah, selesai juga” Rasa syukur yang
tidak terkata kerana proses temuduga telah berjalan
dengan lancar. Aku menjadi terlebih petah pula tadi.

30

Pengalaman pertama disuruh menjadi moderator untuk
suatu perbahasan isu. Semestinya aku perlu petah untuk
memastikan perbahasan berinformasi dan tidak hambar.

“Semoga ada rezeki” Aku berdoa dalam hati.
Aku dan mama pulang dengan segunung harapan.

31

CATATAN DUA

12 purnama

Negeri Cik Siti Wan Kembang. Tanah Serendah
Sekebun Bunga. Negeri Serambi Mekah. Penerimaan
masuk ke Universiti Malaya Nilam Puri telah memberi
pengalaman pertama aku menjejakkan kaki ke negeri
yang ditadbir dengan slogan membangun bersama Islam
di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
ketika itu. Tulisan jawi menghiasi pemandangan di
sekitar negeri ini. Ia tiada di negeri lain.

Pada minggu pertama di sana, aku masih tidak
dapat menyesuaikan diri. Aku mendapat rakan sebilik

32

yang berasal dari Sabah dan Kelantan. Aku menjadi
pendiam kerana tidak memahami loghat mereka.

“Namo gapo?” Syafika yang berasal dari Kelantan
bertanya.

“Haa!” Aku mengerutkan dahi. Langsung aku
tidak memahami apa yang dikatakannya.

“Namo gapo”? Syafika mengulangi soalan.

“Tak ada apa-apa” Aku jawab sahaja apa yang
terlintas di fikiran walaupun tidak mengerti soalan
apakah yang ditanya sebenarnya.

Syafika ketawa kecil mendengar jawapan itu.
Jawapan yang sama sekali tidak menjawab soalannya.
Sekiranya aku yang berada di tempat Syafika, pasti aku
juga akan ketawa. Aku hanya tersengih melihatnya
ketawa. Syafika kemudian beredar bersama seorang
kawannya.

Sebagai anak Selangor yang tiada loghat dalam
percakapan, aku takut untuk bertegur sapa dengan
kawan-kawan lain dek mereka mempunyai loghat negeri
masing-masing. Namun, apabila bertemu dengan kawan-
kawan yang berasal dari Selangor juga, aku tidak lagi

33

risau. Adlin Auni, Atiyah, Najihah, Nabilah, Kamilah,
Farah Hanisah, Badrul Amin, Elisa, Aida Nazira, Aida
Nabila dan ramai lagi yang berasal dari Selangor. Anak-
anak Selangor di Nilam Puri ketika itu boleh dikatakan
aktif kerana seringkali keluar bersama-sama, pulang ke
kampung menaiki bas dan kapal terbang bersama-sama
dan pernah mengadakan lawatan bersama-sama.
Ukhuwah anak Selangor sangat rapat.

Jarum jam terus berputar. Waktu berjalan pantas.
Sekejap sahaja rasa. 12 purnama sudah aku berada di
negeri Kelantan, berteduh di bawah bumbung yang
mengajar aku erti perjuangan. Perjuangan menahan
rindu dengan keluarga tersayang yang berada jauh
beribu batu jaraknya. Pulang ke kampung halaman pada
waktu cuti semester dan cuti hari raya sahaja. Tiket
pergi balik mencecah RM 100. Jadi, aku perlu berjimat.

Sepanjang di Kelantan, aku berpeluang
berkunjung ke Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, KB
Mall, Bazaar Tok Guru, Pantai Irama di Bachok, Kuliah
Tok Guru dan beberapa tempat lain yang selama ini
hanya pernah mendengar melalui pengalaman dan cerita
orang lain. Apabila sudah berada di sana sendiri, ia satu
kepuasan. Selain itu, aku juga dapat merasai menaiki bas

34

dua tingkat yang sungguh menggerunkan dan
menyeramkan. Lebih-lebih lagi sekiranya mendapat
tempat duduk di tingkat atas. Gayat rasanya.

Pada semester tiga pengajian asasi, semua pelajar
dikehendaki membuat pilihan jurusan yang dikehendaki
untuk menyambung ke peringkat ijazah nanti. Hal itu
bermakna pengajian di Nilampuri sudah sampai ke
penghujungnya. Semester terakhir yang akan
menyimpulkan semua kenangan sepanjang perkenalan.
Kenangan terindah bagi insan-insan yang menghargai.

A 206.

Bilik yang berjasa. Bilik yang menyedarkan aku
dari lena. Bilik yang menjadi saksi aku sihat dan sakit.

Husna, Nabilah, Shafika dan Ira Shahirah.
Merekalah kawan rapat. Perkenalan dalam majmuah
lima telah mencipta banyak kenangan aku dengan
mereka. Hanya Shafika sahaja pelajar majmuah empat.
Namun, disebabkan biliknya berdekatan, kami jadi rapat.
Husna dari Kedah. Nabilah, Shafika dan Ira Shahirah dari
Perak. Aku selesa berkawan dengan mereka. Masing-
masing mempunyai perangai yang seringkali membuat
aku terhibur. Namun, hanya aku, Shafika dan Nabilah

35

yang akan menyambung pengajian di Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. Husna dan Ira Shahirah akan meneruskan
pengajian di Institut Pendidikan Guru. Kenangan
bersama mereka akan sentiasa dipahat dalam hati. Tak
akan sekali dilupa.

Aku tak tahu. Aku buntu untuk membuat pilihan.

“Angah, aku tak tahulah nak pilih apa?” Aku
mengadu rasa pada angah, kakak saudara yang juga
merupakan alumni Akademi Pengajian Islam, UM.

Angah menerangkan kepada aku serba sedikit
tentang setiap jabatan yang ada. Disertakan juga portal
rasmi untuk aku rujuk dan baca selanjutnya. Kemudian,
dia menyuruh aku membuat pilihan sendiri. Pesannya
jangan ikut kawan, tetapi ikut rasa hati.

Aku menuruti kata angah. Aku membuka portal
rasmi Akademi Pengajian Islam untuk membongkar rasa
hati yang masih belum muncul. Satu persatu latar
belakang setiap jabatan aku baca. Seterusnya aku
membuka ruangan pensyarah dan aku membaca
biodata-biodata mereka.

“Wah! satu daerah dengan aku, orang Sabak
Bernam” Aku teruja membaca biodata salah seorang

36

pensyarah. Ada juga orang daerah aku yang menjadi
pensyarah. Hebat sungguh.

Aku meneruskan pembacaan sehingga selesai.
Namun, hati ini masih belum membuat pilihan. Cuma aku
berkenan dengan jabatan-jabatan yang berada di bawah
Usuluddin.

“Mama, boleh tak kalau nak pilih Jabatan Akidah
dan Pemikiran Islam?” Aku minta pendapat.

“Kalau boleh pilihlah yang lain. Angah dah belajar
di Jabatan Akidah. Takkan nak sama. Nanti kalau jumpa
asyik cerita perkara sama. Kalau dalam bidang berbeza,
boleh bertukar-tukar cerita. Mama rasa Jabatan Dakwah
dan Pembangunan Insan macam sesuai dengan Seha”
Mama memberi cadangan.

“Kalau macam tu, seha pilih yang itulah” Aku
menuruti cadangan mama. Aku menulis nama Jabatan
Dakwah dan Pembangunan Insan pada ruangan atas
sekali, bermaksud pilihan pertama.

Akhirnya, aku diterima di Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan. Hanya dua orang rakan dari
majmuah lima yang bersama aku iaitu Musfirah.
Selebihnya daripada majmuah lain, STAM, STPM dan

37

diploma. Menjadi pelajar tahun satu seperti pelajar
tingkatan satu yang baru memasuki asrama. Masih takut-
takut untuk menegur senior. Masih takut-takut untuk
bercakap dengan pensyarah.

Kini, aku perlu melalui purnama-purnama
seterusnya di Kuala Lumpur. Aku perlu lebih bersedia
menghadapi jalanan berbatu dan berduri. Aku perlu
memacak bendera azam di puncak tertinggi hati agar ia
berkibar megah dalam sanubari.

38


Click to View FlipBook Version