The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU NOORAIDAH AHMAD, 2021-07-30 00:45:25

BONDA...CINTA LUAR BIASA

BONDA...CINTA LUAR BIASA

melahirkan mawaddah wa rahmah dalam kehidupan
seharian.

• Peringkat keempat

Cinta di peringkat keempat ialah cinta sesama
muslim dalam usaha untuk mengeratkan jalinan
ukhuwah seperti yang dituntut dalam al-Quran. Di atas
muka bumi ini, Allah menjadikan umat manusia itu
pelbagai warna kulit, keturunan, bangsa dan bahasa
untuk saling berkenal-kenalan.

• Peringkat kelima

Cinta seterusnya lahir daripada sifat simpati yang
wujud dalam diri setiap orang terhadap apa-apa masalah
dan musibah yang berlaku. Sifat simpati ini seperti
adanya nilai kemanusiaan dalam diri dan rasa ingin
membantu menyelesaikan masalah tersebut.

• Peringkat keenam

Perasaan cinta pada peringkat akhir ini sangat
bahaya kerana boleh mendatangkan kelalaian dan
kealpaan kepada manusia. Cinta ini diberikan kepada
perkara selain daripada manusia seperti terlalu
mencintai harta sehingga menjadi sombong. Antara

89

manusia yang pernah terpedaya dengan cinta ini ialah
Qarun.

Berdasarkan pembahagian cinta itu, kita boleh
menilai sejauh mana sucinya cinta yang lahir dalam diri
kita. Cinta bukan sebarang rasa. Cinta itu mampu
mengubah tingkah lahu dan personaliti seseorang. Cinta
tidak pernah salah. Kesalahan dalam cinta daripada
pelakunya yang gagal merancang cintanya ke arah
kebaikan.

Ilmu Cinta

Kurang ilmu menyebabkan cinta tersasar jauh
sehingga terjatuh ke dalam kota yang hina. Tidak
dinafikan, banyak perkara yang menyebabkan cinta
menjadi fitnah kepada dunia hari ini. Lebih-lebih lagi
pada zaman kini kita terdedah kepada teknologi yang
begitu mudah untuk menyebarkan sesuatu tidak kira
sama ada ianya benar ataupun dusta. Manusia pula
begitu mudah mempercayai berita-berita yang tersebar.
Tidak sepatutnya itu terjadi. Setiap kali sesuatu

90

perkhabaran sampai kepada kita, seharusnya kita
memandang dalam banyak sudut sebelum menilainya
dan mempercayainya.

Bagaimana mahu mencari cinta sejati?

Hidup di zaman moden telah memudahkan
penyampaian maklumat dan pergerakan. Banyak
peluang dan ruang tersedia untuk kita. Pengertian cinta
hakiki itu boleh diketahui melalui pembacaan terhadap
buku-buku yang ditulis oleh pakar, ceramah-ceramah
ilmu oleh para ulama’ dan tokoh-tokoh agamawan dan
banyak lagi. Laman sosial seperti facebook dan
Instagram telah digunakan sebagai medium hebahan
segala program-program keilmuan.

Ilmu-ilmu bermanfaat yang dikutip melalui
program-program tersebut boleh dipraktikkan dengan
sebaik-baiknya. Berdoalah kepada Allah yang memiliki
hati agar dikurniakan cinta luar biasa dan mampu
menyebarkannya kepada insan-insan lain.
Sesungguhnya rasa cinta itu penting untuk melahirkan
umat yang saling berkasih sayang antara satu sama lain
dan menzahirkan perpaduan.

91

Cinta Luar Biasa. Cinta yang disertai dengan
pengorbanan dan ketulusan hati. Cinta yang disemai
dengan menjadikan cinta kepada Pencipta sebagai cinta
nombor satu melebihi cinta kepada manusia.

92

BAHAGIAN LIMA

Cinta itu
Bukan hanya untuk pasangan kekasih

Tetapi cinta itu
Untuk insan-insan yang menghargai kasih

Cinta itu
Sukar diungkap dengan bicara

Tetapi,
Zahirnya terusik melalui rasa

93

Sampai Masa

Cepat sungguh masa berlalu. Banyak ilmu yang
aku tadah daripada bonda. Ilmu penulisan, ilmu media,
ilmu retorik, ilmu media cetak dan lain-lain. Pada usia
aku yang sudah menginjak 20-an, aku rasa sudah sampai
masanya untuk aku mempraktikkan ilmu tersebut ke
arah jalan yang aku minati. Galakan daripada mama yang
menjadi sumber kekuatan dan kemampuan aku untuk
berdiri atas minat sendiri.

Pepatah arab mengatakan “Masa itu seperti
pedang. Sekiranya kita tidak cuba memotongnya, maka
masa yang akan memotong kita”. Jarum jam terus
bergerak. Aku pun mesti bergerak dan terus melangkah
sedikit demi sedikit. Tiada alasan lagi untuk bertangguh.
Masanya sudah tiba.

94

Bonda, dirinya tidak jemu memberi kata
semangat dan nasihat untuk anak-anak muridnya
menceburi bidang yang diminati. Bonda, jiwanya tegas
dalam lembut. Bonda, tidak pernah kedengaran dirinya
meninggikan suara kepada anak didiknya. Tegurannya
dengan hikmah.

Putaran jarum jam tidak akan sesekali menunggu
orang-orang yang malas. Setiap ilmu yang dipelajari,
usah sesekali dilupakan biarpun ia sekcil-kecil ilmu.
Bonda, ilmu-ilmu yang dicurahkan sangat dekat dengan
jiwa aku. Ia minat yang sudah meresap ke jiwa. Ingin
sekali aku sepertinya. Sampai masanya aku merancang
hidup ke arah minat itu.

Peluang

Dalam hidup ini, peluang tidak datang banyak
kali. Kadang-kadang ia menjelma depan mata tetapi kita
seringkali tidak menyedarinya. Mata fizikal yang

95

dikurniakan kepada kita sebenarnya belum cukup celik
untuk memandang dan menghargai semua nikmat yang
diberi. Begitu mudah dua mata kita menjadi kabur
kerana terpedaya dengan kelalaian yang hanya memberi
keseronokan sementara. Tetapi, mata hati yang suci
lebih bijak menilai antara permata dan kaca. Setiap apa
yang kita mahu lakukan, ia perlu diteliti dan dipeduli
oleh mata hati yang lebih mengenali dan memahami jiwa
kita sendiri.

Dalam hidup, apa sahaja yang merentasi garis
masa kehidupan kita hendaklah dianggap sebagai
peluang. Aku teringat kata mama yang menyuruh agar
mencipta peluang bukannya menunggu peluang. Ya,
benar sekali. Peluang sebenarnya boleh dicipta melalui
bakat dan kreativiti yang dianugerahkan oleh Allah.
Aktifkan diri untuk meraih kejayaan biarpun perlu
melalui jalanan berbatu dan berdebu. Aku bersyukur
kerana Allah memberiku peluang untuk mengenali
bonda, seorang wanita luar biasa.

Bonda, aku beruntung sekali dapat mengenalinya.
Beliau bukan sahaja pensyarah di UM, tetapi juga seperti
ibu yang sangat disayangi. Sukar sebenarnya untuk aku
meluahkan rasa hati ini di depannya. Lafaz kasih tidak

96

dapat aku ungkap dengan bicara lisan. Bila lagi untukku
memanfaatkan peluang ini jika bukan sekarang. Dalam
kerinduanku padanya yang sedang berada di tanah suci
untuk mengerjakan ibadah umrah, di tengah keheningan
dan kegelapan malam, aku memanfatkan peluang ini
dengan menterjemahkan isi hati melalui kalam bisu
untuk meraikan cintanya. Tiada lain dihatiku melainkan
ingin menjadi kuat dan hebat sepertinya.

Surat Cinta Buat Bonda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ke hadapan Dr. Nor Raudah atau bonda yang aku

kasihi dan sayangi. Semoga sentiasa dalam keadaan sihat
dan gembira bersama ahli keluarga tersayang.
Bonda,

Kalau diikutkan bahasa, bonda itu merupakan
panggilan untuk ibu yang melahirkan. Namun,
disebabkan jiwa keibuanmu turut dirasai oleh anak-anak

97

didikmu, tidak salah untuk menggunakan perkataan itu
sebagai gelaran pada dirimu. Sesungguhnya, gelaran
bonda itu sememangnya layak sekali dianugerahkan
kepadamu.

Mengenalimu merupakan antara nikmat yang
paling berharga buat diriku. Di kota metropolitan ini, aku
berjauhan dengan keluarga. Di sisi aku tiada abah dan
mama. Dalam kerinduan aku pada mereka, Allah
pertemukan aku dengan dengan bonda, seorang wanita
yang tabah, gigih dan hebat. Jika diadakan majlis
anugerah pensyarah di universiti, tiada yang lain
namamu akan aku cadangkan sebagai seorang pendidik
yang berjaya.

Sepertimana yang aku tulis dalam catatan
sebelumnya, aku teruja sekali apabila mengetahui ada
seorang pensyarah di UM yang merupakan anak
kelahiran Sabak Bernam, daerah tanah tumpah darahku
juga. Keterujaan itu semakin berseri apabila aku
dipertemukan dengan pensyarah itu selalu di Jabatan
Dakwah dan Pembangunan Insan. Jujur aku katakan, hati
ini sangat selesa berbicara denganmu bonda. Jiwaku
seperti burung-burung yang riang berkicauan dan
memecahkan kesunyian pagi.

98

Bonda,

Aku kagum sekali dengan semangatmu. Membaca
biodatamu menaikkan semangatku untuk seperti itu juga.
Dalam kesibukan sebagai wanita bekerjaya dan ibu
kepada anak-anak, engkau gigih belajar. Tidak semua
orang sanggup mengharungi kesibukan sedemikian.
Namun, engkau kuat untuk menghadapinya. Itu
merupakan satu contoh yang wajar diikuti oleh anak-
anak murid yang lain dalam menuntut ilmu.

Sebagai pensyarah, pastinya tugasmu sangat
berat. Kerjaya sebagai pendidik dipandang mulia dalam
agama kita. Aku teringat satu kata hikmah yang
mengatakan bahawa jika seorang doktor gagal
melakukan pembedahan, dia seperti telah membunuh
satu nyawa. Tetapi jika seorang guru itu gagal mendidik
anak muridnya, maka ia umpama telah membunuh
beribu-ribu jiwa anak bangsa. Engkaulah guru yang
berjaya.

Apabila Allah aturkan pertemuan, ia telah
memberi peluang kepadaku untuk mengenalimu. Bonda,
aku rasakan seperti aku dan dirimu telah diikat dengan
satu jiwa yang sama. Bonda dan mama seperti bersatu
dalam jiwaku. Aku dilahirkan daripada rahim seorang ibu

99

yang berjiwa seni. Kemudian aku dipertemukan dengan
seorang guru yang mempunyai jiwa yang sama. Aku
bersyukur kerana dengan cadangan mama, aku dapat
berjumpa dan mengenali bonda.

Bonda,

Dari kacamata seorang manusia, keikhlasan itu
dapat dirasai oleh hati melalui gambaran pertama dalam
sebuah pertemuan. Di Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan, kami anak-anak didikmu merasai
keikhlasan yang terserlah pada dirimu. Nasihatmu,
teguranmu dan ceritamu memberi inspirasi kepada kami
semua. Seronok sekali mendengar kisah pengalamanmu.

Akhir kata, banyak kenangan yang tersimpul
dalam satu jalinan ukhuwah antara aku dan dirimu.
Bonda, dirimu telah melalui pelbagai cabaran hidup. Aku
pula sedang menuju alam dewasa dan bakal merasai
asam garam kehidupan. Dalam usia kita yang semakin
bertambah, aku berharap agar dirimu sentiasa dalam
rahmat Yang Maha Penyayang dan dilindungi. Namamu
akan sentiasa aku pahatkan dalam galeri hati.

Terima kasih bonda. Ampun dan maaf dipinta
kerana diri ini terlalu banyak kesilapan yang dilakukan

100

sepanjang tempoh perkenalan. Doakan aku dapat
mencapai apa yang dihajatkan.
Yang Ikhlas dari anak didikmu.

Menahan Rindu

Malam hari Ahad yang sunyi kerana rakan
sebilikku pulang ke kampung. Aku berseorangan dalam
bilik sejak hari sabtu. Hanya kedengaran bunyi kipas
yang menemani malamku. Kadangkala tegak juga bulu
roma apabila duduk bersendirian. Aku membuka laman
youtube dan memasang lagu untuk menghiburkan hati
dan menjadi halwa telinga. Setidaknya dapat
menghilangkan rasa seram yang cuba menghampiri.

Sambil telinga khusyuk mendengar lagu, aku
melayari laman facebook untuk mengetahui isu-isu
semasa yang tular. Tiba-tiba,

“Rindunya” Bibirku berkata perlahan. Aku
terlihat bonda menulis di laman facebook beserta

101

beberapa gambar di tanah suci. Aku melihat setiap
gambar yang disertakan. Sebak hati ini.

Secara tidak langsung lirik dan irama indah lagu
Menahan Rindu nyanyian penyanyi baru Wany Hasrita
bermain-main di fikiran. Telingaku sudah tidak fokus
pada lagu yang terpasang di youtube. Bertambah sebak
hati ini. Mengalir juga akhirnya air mata. Beberapa hari
aku menahan rindu kepada seorang pensyarah yang
disayangi. Seorang wanita yang hebat dan dihormati.

Aku menanti kepulangannya. Semoga mendapat
umrah yang mabrur. Setiap masa pasti aku akan
merinduinya.

Meniti Jalur Pelangi

Pelangi muncul selepas hujan. Oh! indahnya pada
pandangan mata. Tujuh jalurnya memikat. Merah, jingga,
kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Cantik dan
menawan. Pastinya setiap orang mahukan yang indah-
indah saja dalam kehidupan. Namun, bukan semudah itu

102

melalui hari-hari indah seperti mana jalur pelangi yang
menghiasi langit. Sebelumnya air hujan menyimbah
bumi dahulu. Begitulah jua realitinya hidup ini.
Kesusahan mesti dihadapi pada mulanya sebelum
bertemu jalanan indah.

Bonda telah melalui detik-detik kenangan dalam
hidup sebelum bergelar pensyarah. Dirinya seorang
anak desa di daerah paling hujung di negeri Selangor.
Kemudian merantau ke kota besar Kuala Lumpur untuk
menadah ilmu sehingga ke peringkat tertinggi. Kini,
bergelar pendidik kepada generasi pewaris masa
hadapan negara dan bangsa.

Apabila aku membaca catatan Aisyaa Fetyaa
tentang ibunya, hati ini sebak dan kagum dengan
semangat dan kecekalan bonda membina kehidupan
yang selesa. Kecekalan bonda melalui hari-harinya
dengan berdikari saat suami jauh di sisi. Jadual
hariannya sibuk namun masih gagah menjalankan
amanah yang diberikan. Tidak sekali bonda
menzahirkan kesedihan di hadapan ramai.

Bonda, kekuatanmu, ketabahanmu, kecekalanmu,
kesungguhanmu, semangatmu dan nasihatmu inspirasi
buat aku. Jalanan warna-warni persis pelangi belum aku

103

temu. Aku perlu meneroka pelbagai haluan sehingga aku
dapat berjumpa dengan bayang-bayang yang mampu
membawa aku ke satu tempat yang dilimpahi cahaya
kehidupan yang sebenar. Bonda pula sudah mengecapi
pahit manisnya sepanjang perjalanan sehingga berjaya
meniti di atas jalur pelangi.

104

BAHAGIAN ENAM

Manusia itu sifatnya lupa
Manusia itu seringkali leka
Bukan mudah mengenang cinta
Bukan selalu menghargai kasih

Oleh itu
Di sini dilakar potret kenangan

Untuk tatapan hari esok

105

Potret Kenangan

Bonda akan meluangkan masa bersama
keluarga sepuas-puasnya ketika
sedang cuti bekerja.

Antara koleksi buku anak-anak bonda
semasa kecil.
106

Vaksinasi Ummah merupakan salah satu karya bonda
mengenai dakwah.

Retorik Penulisan Dakwah merupakan
buku yang ditulis oleh bonda mengenai
retorik.

Bonda mengajak anaknya mewakili Kelab Mantap Daie
dalam turut serta program Mahabbah bersama warga emas di

Rumah Seri Kenan.gan, Cheras dengan kerjasama ABIM,
JAKIM, MACMA dan MVM.

107

Menyertai Kem Inspirasi Da’I yang dianjurkan
oleh Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan
dengan kerjasama Kelab Mantap Daie. Bonda
sebagai penasihat.

Kelas Media Dakwah.

Majlis makan malam Jabatan Dakwah
dan Pembangunan Insan.
108

TENTANG PENULIS

Cik Seha atau nama sebenarnya Nurul Fasehah
Binti Mohd Azhar berasal dari Sabak Bernam, Selangor.
Merupakan anak kedua daripada lima beradik dan
menetap di Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Kini,
sedang melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda
Usuluddin (Dakwah dan Pembangunan Insan), Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya. Cik Seha boleh
dihubungi melalui:

Facebook: Cik Seha
Instagram: @Ciksehaofficial
Email: [email protected]

109

Nur Aisyah Al-Humayra' Binti Norazha atau nama
penanya Aisyaa Fetyaa berasal dari Puchong, Selangor.
Merupakan anak keempat kepada Dr. Nor Raudah Bt Hj.
Siren dan berumur 18 tahun. Aisyaa Fetyaa boleh
dihubungi melalui:

Facebook: aisyaa fetyaa
Instagram: @aisyaa_fetyaa
Email: [email protected]

110


Click to View FlipBook Version