KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
1
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Prakata
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarga baginda serta para sahabat RA.
Dipanjatkan kesyukuran kerana dengan limpah kurniaNya buku ini dapat disiapkan dengan sempurna.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Jabatan Pengajian Am, Puan Azlida Ahmad atas
sokongan yang diberikan serta semua yang terlibat khususnya Ketua Kursus Pengajian Islam dan Moral,
Ustaz Razak Nordin dan pensyarah-pensyarah Kursus Pengajian Islam dan Moral Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin di atas kerjasama semua dalam menyumbangkan idea-idea melalui penulisan bab-bab yang
terdapat di dalam buku ini.
Buku Komunikasi dan Penyiaran Islam ini merupakan karya ilmiah yang diterbitkan selepas kursus
DUA6022-Komunikasi dan Penyiaran Islam ditawarkan kepada pelajar-pelajar politeknik. Terdapat 3 bab
utama yang terkandung di dalam buku ini iaitu konsep komunikasi, konsep penyiaran serta cabaran
komunikasi dan penyiaran dalam Islam serta terdapat 19 topik keseluruhan merangkumi ketiga-tiga bab
tersebut. Penulisan topik-topik ini juga adalah merujuk kepada hasil penulisan dan kajian sarjana-sarjana
dalam bidang komunikasi dan penyiaran Islam.
Buku ini sesuai dijadikan panduan dan rujukan khususnya untuk para pelajar politeknik dan amnya kepada
masyarakat yang ingin menerokai bidang komunikasi dan penyiaran Islam. Selain itu, buku ini juga disertai
dengan latihan-latihan serta cadangan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Semoga dengan penerbitan buku ini dapat memberi manfaat serta membantu pelajar dan
pensyarah dalam memantapkan ilmu dan pengetahuan mengenai komunikasi dan penyiaran Islam.
Penyunting,
Rosmawati Razak
Nor Hafizah Ghazali
Roshadah Abu Bakar
2
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI
DAN PENYIARAN
ISLAM
Disunting oleh :
Rosmawati Razak
Norhafizah Mohd Ghazali
Roshadah Abu Bakar
Unit Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
3
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Prakata ISI KANDUNGAN
BAB SATU
KONSEP KOMUNIKASI
Topik 1 Konsep Komunikasi……………………………………………………………………………..2
Topik 2 Rosmawati Razak
Topik 3
Hubungan Iman, Islam & Ihsan dengan Komunikasi………………………8
Rosmawati Razak
Bentuk-bentuk & Jenis-jenis Komunikasi…………………………………………11
Zuraiha Mohd Zain
Borhannudin Ya
BAB DUA
KONSEP PENYIARAN
Topik 4 Konsep Penyiaran Islam…………………………………………………………………….15
Topik 5 Rosmawati Razak
Topik 6
Topik 7 Akta Penyiaran………………………………………………………………………………….18
Topik 8 Norzira Ahmad
Topik 9
Etika Penyiaran Islam……………………………………………………………………….23
Azirah Seman
Bentuk-bentuk Penyiaran……………………………………………………………….26
Rosmawati Razak
Peranan Penyiaran Islam…………………………………………………………………31
Norhafizah Mohd Ghazali
Penyiaran Islam sebagai Medium Dakwah……………………………………41
Ainul Farhaan Harun
BAB TIGA
4
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
CABARAN KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
BAHAGIAN 1 HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
Topik 10 Konsep Persaudaraan…………………………………………………………………......53
Topik 11 Jamilah Ismail
Topik 12
Topik 13 Konsep Kejiranan………………………………………………………………………………57
Topik 14 Jamilah Ismail
Batas-batas Pergaulan……………………………………………………………………60
Solhal Huda Sahidan
Integrasi Budaya dalam Perayaan……………………………………………….63
Solhal Huda Sahidan
Keprihatinan Sosial…………………………………………………………………………..66
Hamdan Zakaria
BAHAGIAN 2 ISU-ISU KONTEMPORARI
Topik 15 Perkauman………………………………………………………………………………………69
Topik 16 Razak Nordin
Topik 17
Topik 18 Hiburan Melampau…………………………………………………………………………82
Topik 19 Suhaila Mustaffa
Etika Kewartawanan………………………………………………………………………89
Suhaila Mustaffa
Kesantunan Bahasa…………………………………………………………………………93
Roshadah Abu Bakar
Unsur-unsur Khurafat dalam Filem………………………………………………99
Roshadah Abu Bakar
Rujukan 105
Latihan Pengukuhan
5
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
BAB SATU
KONSEP KOMUNIKASI
Konsep
komunikasi
KONSEP
KOMUNIKASI
Bentuk-bentuk & Hubungan iman,
jenis-jenis Islam dan ihsan
komunikasi dengan komunikasi
Rajah 1: Konsep Komunikasi
TOPIK 1: KONSEP KOMUNIKASI
6
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Oleh:
Rosmawati Razak
Pengertian komunikasi
Komunikasi merupakan suatu fitrah kepada manusia. Setiap manusia perlu kepada komunikasi
walaupun dengan cara yang berbeza-beza. Komunikasi bukan hanya berbentuk lisan tetapi juga wujud dalam
bentuk-bentuk yang lain.
Menurut Zulkefli & S.Salahudin (2016), secara umumnya istilah komunikasi adalah terjemahan
daripada Bahasa Inggeris, iaitu communication berasal daripada perkataan communicare yang bermaksud to
make common atau mewujudkan persamaan. Ia juga merujuk kepada maksud penyertaan, perkongsian dan
pemberitahuan. Istilah komunikasi juga menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok, serta sifat
ingin mempengaruhi orang lain.
Sekurang-kurangnya terdapat 4 pengertian komunikasi yang menjurus kepada penekanan atau fokus
tertentu iaitu:
Memfokuskan kepada aspek penyebaran atau pengiriman sesuatu maklumat,
pemikiran, sikap dan emosi.
Memfokuskan aspek perkongsian makna.
Memfokuskan aspek tingkah laku.
Memfokuskan aspek pembujukan.
Dalam proses komunikasi, terdapat juga unsur-unsur dalam komunikasi yang perlu difahami.
Antaranya ialah:
Unsur-unsur Maksud
komunikasi
Sumber merupakan punca sesuatu utusan. Semua orang mampu menjadi sumber
Sumber tidak kira sama ada dia seorang individu, satu kumpulan, persatuan atau sebuah
organisasi. Di dalam proses komunikasi sumber ialah sesiapa yang mempunyai
Penerima pendapat, fikiran, perasaan, atau utusan yang ingin disampaikan kepada orang
lain. Jika seseorang sumber itu berkata sesuatu atau menerangkan sesuatu perkara
Mesej kepada orang lain, proses itu dinamakan mengkod mesej atau dengan kata lain
proses-proses membentuk mesej.
Penerima dalam proses komunikasi ialah sasaran sesuatu utusan. Penerima boleh
terdiri daripada seorang individu, kumpulan kecil, sebuah organisasi ataupun
sejumlah orang ramai. Dalam komunikasi massa, penerima utusan dikenali
sebagai khalayak. Sepertimana punca atau sumber, penerima mempunyai ciri-ciri
tertentu seperti kemahiran komunikasi, sikap, tahap pengetahuan serta
kedudukannya dalam suatu sistem sosiobudaya.
Mesej adalah maksud yang terkandung dalam perkataan-perkataan atau simbol-
simbol yang digunakan oleh sumber untuk menyampaikan dan melafazkan
sesuatu maksud. Ia adalah hasil daripada proses enkod yang dijalankan oleh
punca berdasarkan kepada pemikirannya. Di dalam mesej tersebut terkandung
perutusan idea dan perasaan yang ingin disampaikan oleh punca kepada penerima.
Mesej mengandungi idea serta perasaan yang ingin dikongsi antara sumber dan
penerima. Namun, idea dan perasaan hanya dapat dikomunikasikan menerusi
simbol tertentu sama ada secara lisan, konkrit, abstrak mahupun bukan lisan.
7
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Saluran Saluran boleh didefinisikan sebagai alat atau perantara yang menyalurkan mesej
dari sumber kepada seorang penerima atau beberapa orang penerima. Pemilihan
Gangguan saluran dalam komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan
Maklum balas komunikasi. Dalam masa yang sama, setiap saluran mempunyai kelemahan dan
Rangka rujuk kekuatan tertentu. Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, kaedah
menggunakan beberapa saluran untuk menyampaikan sesuatu utusan merupakan
Konteks cara yang paling efektif. Pada amnya saluran terdapat dalam bentuk-bentuk
berikut:
- Saluran media
- Saluran bersemuka
- Saluran mesej bukan lisan
Gangguan ialah sebarang bentuk halangan yang berlaku dalam proses
komunikasi. Gangguan berlaku apabila penerima tidak dapat menerima utusan
dengan jelas atau tepat sebagaimana yang disampaikan oleh sumber. Bunyi bising
umpamanya menghalang mesej dari disampaikan, diterima dan difahami dengan
tepat.
Maklum balas merujuk kepada respon yang berlaku apabila penerima
memberikan reaksi terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber. Dalam
komunikasi antara individu, maklum balas adalah spontan. Misalnya, apabila
sumber bertanya “bagaimana keadaan anda sekarang?” dan penerima utusan
menjawab “Baik-baik saja”. Maklum balas mungkin ditunjukkan pada riak wajah
sambil menjawab. Jawapan dan air muka penerima itu merupakan maklum balas
terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber.
Rangka rujuk adalah pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu perkara yang
menjadi tajuk komunikasi. Komunikasi tidak akan mendatangkan kesan jika
sumber dan penerima tidak mempunyai rangka rujuk yang sama.
Komunikasi berlaku dalam konteks-konteks tertentu. Komunikasi tidak berlaku
dalam “kekosongan”. Komunikasi juga kadang-kadang terjadi dalam keadaan
yang semulajadi tanpa disedari. Konteks komunikasi merujuk kepada suasana
atau keadaan sekeliling di mana komunikasi itu berlaku.
Rajah 1.1: Elemen-elemen asas dalam proses komunikasi
8
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Komunikasi menurut perspektif Barat
i) Takrifan oleh Verdeber & Verdeber (2002)
Komunikasi merupakan proses membentuk dan berkongsi makna dalam perbualan tidak formal,
interaksi kumpulan atau perucapan publik. Proses komunikasi itu melibatkan komunikator,
konteks, mesej, saluran, elemen gangguan (bising) dan maklumbalas.
ii) Takrifan oleh Gamble (2002)
Komunikasi didefinisikan sebagai proses pemindahan makna sama ada secara sengaja atau
tidak. Gamble mengaitkan pengalaman dengan perlakuan yang diperhatikan dan tanggapan
terhadap perlakuan tersebut. Jika perlakuan yang diperhatikan itu diinterpretasikan sebagai
mesej atau ianya memberi kesan kepada perlakuan seseorang yang lain, bermakna komunikasi
telah berlaku.
iii) Takrifan oleh Hybels & Weaver (2001)
Komunikasi merupakan proses perkongsian idea, maklumat dan perasaan yang melibatkan
penuturan, penulisan, perlakuan, pergerakan badan dan stail. Pendek kata, apa sahaja reaksi yang
memberi makna terhadap mesej merupakan komunikasi. Komunikasi bererti membentuk
hubungan kemanusiaan yang berlaku dalam kumpulan, organisasi atau masyarakat, bagaimana
ia saling mempengaruhi, memberitahu dan diberitahu, dihiburkan atau memberi hiburan.
Berdasarkan definisi yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa komunikasi dari perspektif barat
telah dilihat dari pelbagai aspek seperti berikut:
Melibatkan komunikator, konteks,
mesej, saluran dan elemen gangguan
Menyebar, mengirim TAKRIFAN Berkongsi dan
dan menyampaikan KOMUNIKASI menginterpretasi makna
mesej BARAT dan idea
Membentuk Memberitahu
hubungan
Rajah 1.2: Takrifan komunikasi menurut perspektif barat
9
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Komunikasi menurut perspektif Islam
Komunikasi atau communication dalam Bahasa Inggeris apabila diterjemahkan di dalam Bahasa Arab (al-
Quran) disebut dengan istilah “ittisol” bererti sampaikan atau “wasola” iaitu sebutan asal kepada ittisol.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman kami (al-Quran) kepada mereka supaya
mereka memperoleh peringatan (lalu beriman). (al-Quran, al-Qasas: 51)
Al-Quran menjelaskan bahawa komunikasi merupakan salah satu perkara fitrah manusia sebagaimana
tersebut dalam firman Allah SWT :
“Allah yang Maha Pengasih, Mengajarkan al-Quran, Mencipta Insan, Mengajarkannya al-bayan”
(al-Quran, al-Rahman: 1-4)
Al-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir menyatakan al-bayan sebagai kemampuan untuk berkomunikasi.
Selain itu, masih terdapat dalam al-Quran dan hadith Rasulullah SAW yang menggambarkan maksud
komunikasi atau menerangkan aktiviti komunikasi seperti berikut (Ghazali 2007):
Berpesan-pesan (al-Asr: 3)
Penggunaan Sampaikan (al-Maaidah: 67)
istilah Khabarkan (al-Nisa’: 138)
komunikasi di
dalam al-Quran
& al-Hadith
i) Takrifan oleh Zulkefli & S. SalahudinM(2e0n1y6e)ru (ali-Imran: 104)
Komunikasi Islam juga dikenali sebagai komunikasi dakwah iaitu komunikasi yang membawa
risalah keislaman dalam konteks mengajak dan memanggil kelompok manusia agar menganut
ajaran Islam, memberi maklumat mengenai amar makruf nahi mungkar untuk mencapai
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
ii) Takrifan oleh Naim (2011)
Komunikasi Islam dapat diungkapkan sebagai satu sistem, proses dan kaedah penyampaian
mesej dimulakan dengan nama Allah dan niat yang baik, menggunakan pelbagai bentuk dan
saluran media sama ada media abstrak atau konkrit atau kombinasi keduanya, bertujuan
menerapkan nilai Islam, amar makruf nahi mungkar dan menyebarluaskan dakwah untuk
kesejahteraan umat manusia dan seluruh alam. Komunikasi Islam datangnya dari Allah, kepada
manusia, untuk manusia dan kembali kepada Allah SWT.
10
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
iii) Takrifan oleh Ghazali (2007)
Pengertian komunikasi menurut Islam ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada
seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan,
kemahiran, sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat Islam.
iv) Takrifan oleh Mohd. Yusof (1990)
Komunikasi Islam merupakan proses menyampai atau bertukar perutusan dan maklumat dengan
menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadith.
v) Takrifan oleh Mahyuddin (1984)
Komunikasi Islam ialah proses membekalkan khalayak dengan hakikat kebenaran agama Islam
yang berterusan bersandarkan kepada al-Quran dan al-Hadith secara langsung atau tidak, melalui
perantaraan media umum atau khusus, bertujuan membentuk pandangan umum yang betul
berasaskan hakikat kebenaran agama yang memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam
aspek akidah, ibadah dan muamalah (dlm. Zulkiple, 2003).
Kesimpulannya, komunikasi Islam merupakan satu proses untuk menyampaikan mesej-mesej
agama kepada masyarakat dengan menggunakan pelbagai medium berdasarkan prinsip dan
kaedah-kaedah yang terdapat di dalam al-Quran bertujuan untuk membawa manusia kepada
Allah SWT demi mencapai kesejahteraan umat manusia dan seluruh alam.
11
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Dengan nama Allah dan niat Input
Sistem, proses dan kaedah penyampaian mesej Proses
Pelbagai bentuk media dan situasi
Penggunaan dan tujuan
Terapan nilai Amar makruf nahi mungkar Dakwah
Kesejahteraan manusia dan seluruh alam Output
Rajah 1.3: Konsep Komunikasi Islam yang diubahsuai daripada Naim (2011)
12
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TOPIK 2: HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN IHSAN SERTA KAITANNYA
DENGAN KOMUNIKASI ISLAM
Oleh:
Rosmawati Razak
Islam adalah agama yang membimbing manusia dalam segala urusan kehidupan termasuk perkara-perkara
yang berkaitan dengan komunikasi. Namun penguasaan bidang komunikasi dan penyiaran ini perlu
berlandaskan kepada konsep asas Islam iaitu iman, Islam dan ihsan.
i) Pengertian iman
Maksud Iman pada bahasa ialah “pembenaran dengan hati”. Maksudnya menerima segala apa yang dibawa
oleh Rasulullah SAW.
Dari segi istilah iman bermaksud:
Pembenaran dengan hati, pengakuan dengan lisan, dan amal dengan anggota badan. Oleh sebab itu iman
boleh bertambah dan berkurang sebagaimana amal juga bertambah dan berkurang.
ii) Pengertian Islam
Dari segi bahasa, perkataan ‘Islam’ berasal daripada bahasa Arab, iaitu salima yang bermaksud selamat.
Daripada perkataan itu, terbentuklah pekataan aslama yang bererti menyerahkan diri atau tunduk dan patuh.
Menurut istilah, Islam ialah agama Allah SWT yang diwahyukan kepada rasul-rasulNya sejak nabi Adam
AS hingga nabi terakhir Muhammad SAW. Agama Islam mengatur seluruh aspek kehidupan manusia baik
keyakinan kepada:
Allah dan perkara-perkara ghaib lainnya (akidah),
Ibadah khusus dan umum,
Muamalat (bersosial),
Munakahat dan aspek kekeluargaan,
Hukum-hakam, politik, ekonomi dan sebagainya.
Firman Allah SWT:
“Bahkan, barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan, maka baginya pahala
di sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula bersedih hati”
(Al-Quran, al-Baqarah: 112)
13
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
iii) Pengertian ihsan
Ihsan dari segi bahasa bermaksud kesempurnaan atau terbaik. Dari segi istilah ihsan membawa maksud
seseorang menyembah Allah SWT seolah-olah ia mampu melihatNya dan jika ia tidak mampu
membayangkan melihatNya sesungguhnya Dia (Allah SWT) melihatnya.
Hadith Rasulullah SAW juga telah menceritakan tentang Islam, iman dan ihsan melalui komunikasi
Jibril AS dan Rasulullah SAW:
Daripada Umar bin Khathab RA berkata: Suatu ketika, kami (para sahabat) duduk di dekat Rasululah SAW.
Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat
hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami yang
mengenalnya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan
meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata: “Hai, Muhammad! Beritahu
kepadaku tentang Islam.”
Rasulullah SAW menjawab,”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar
melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; mendirikan solat; menunaikan
zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu
melakukannya,” lelaki itu berkata, “Engkau benar,” maka kami hairan, ia yang bertanya ia pula yang
membenarkannya.
Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahu kepadaku tentang Iman”. Nabi menjawab, “Iman adalah, engkau
beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhir, dan beriman kepada
takdir Allah yang baik dan yang buruk,” ia berkata, “Engkau benar.”
Dia bertanya lagi: “Beritahu kepadaku tentang ihsan”. Nabi SAW menjawab, “Hendaklah engkau
beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak melihatNya,
sesungguhnya Dia melihatmu.”
Lelaki itu berkata lagi: “Beritahu kepadaku bilakah akan terjadi Kiamat?”
Nabi menjawab, “Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”
Dia pun bertanya lagi: “Beritahu kepadaku tentang tanda-tandanya!”
Nabi menjawab, “Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang
bertelanjang, tanpa memakai baju (miskin papa) serta pengembala kambing saling berlumba dalam
mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”
Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku : “Wahai,
Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?”
Aku menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui,” Beliau bersabda, “Dia adalah Jibril yang
mengajarkan kalian tentang agama kalian.”
(Hadith Riwayat Muslim)
14
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Berdasarkan hadith di atas, iman atau akidah merupakan tunjang agama. Setiap muslim wajib
mengesakan Allah dan beriman dengan apa yang diperintahkan. Segala amalan yang terkandung di dalam
syariah yang terdiri daripada muamalah, munakahat, jinayat dan ibadat adalah manifestasi daripada iman
seseorang. Oleh itu, Islam, iman dan ihsan sangat berkait rapat dengan komunikasi. Dalam mempraktikkan
ilmu komunikasi, sudah pasti perlu kepada Islam untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan
menjauhi segala laranganNya. Segala bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan alat komunikasi dan
penyiaran yang melanggar tuntutan Islam perlu dihindarkan. Dalam mengejar kemodenan dan kecanggihan
teknologi yang wujud, harus diimani bahawa segala sumber teknologi yang ada semuanya bersumberkan
Allah SWT. Hasil ciptaan hendaklah bertujuan membawa kebaikan dan ketaatan kepada Allah serta tidak
digunakan untuk kerosakan, maksiat serta penyelewengan. Ihsan dalam komunikasi pula amat perlu kerana
ia menggambarkan akhlak diri seseorang.
Kesimpulannya, komunikasi adalah alat paling utama untuk berinteraksi dengan tuhan dan mengenal
bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain dan apa saja yang berada di sekeliling untuk dipelajari.
Muslim yang baik tidak cukup sekadar mempunyai ilmu yang baik, amalan yang baik, dan akhlak yang baik,
tetapi mestilah pula menjadikan orang disekitarnya juga orang yang baik seterusnya menjadikan insan di
dunia ini muslim yang baik. Kalau tidak dengan sistem komunikasi yang betul, ilmu yang sarat sekalipun
ada dalam diri seseorang, namun penyampaian yang tidak tepat menyebabkan ajaran Islam itu agak lambat
sampai ataupun langsung tidak sampai kepada sasarannya. Islam tidak memadai tanpa iman dan iman tidak
sempurna tanpa ihsan. Ianya saling berhubungan antara satu dengan yang lain. Dari pengertian inilah kita
mengetahui bahawa Islam, iman dan ihsan adalah kesempurnaan yang ada dalam ajaran agama yang
disampaikan oleh Rasulullah SAW dan komunikasi yang baik adalah manifestasi daripada ketiga-tiga
perkara tersebut.
15
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TOPIK 3: BENTUK-BENTUK & JENIS-JENIS KOMUNIKASI
Oleh:
Zuraiha Mohd Zain
Borhannudin Ya
Bentuk-bentuk komunikasi dapat dibahagikan sebagai yang berikut:
i) Komunikasi vertical (menegak)
Komunikasi vertical atau menegak adalah komunikasi dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas atau
komunikasi dari pimpinan kepada bawahan dan dari bawahan kepada pimpinan secara timbal balik.
Dimensi menegak boleh dibahagikan menjadi ke bawah dan ke atas.
a. Ke bawah:
Komunikasi yang mengalir dari satu tahap dalam suatu kelompok atau organisasi ke suatu tahap
yang lebih bawah. Kegunaan daripada komunikasi ini memberikan penetapan matlamat,
memberikan arahan kerja, memaklumkan dasar dan prosedur kepada orang bawahan, menunjukkan
masalah yang memerlukan perhatian dan mengemukakan maklum balas terhadap prestasi.
b. Ke atas:
Komunikasi yang mengalir ke suatu tahap yang lebih tinggi dalam kumpulan atau organisasi
digunakan untuk memberikan maklum balas kepada atasan, memaklumkan kepada mereka
mengenai kemajuan ke arah tujuan dan meneruskan masalah-masalah yang ada.
ii) Komunikasi horizontal (komunikasi mendatar)
Komunikasi mendatar atau horizontal adalah komunikasi secara mendatar, misalnya komunikasi antara
pekerja dengan pekerja dan komunikasi ini sering kali berlangsung tidak formal yang berlainan dengan
komunikasi menegak yang berlaku secara formal.
Dalam dimensi lateral, komunikasi yang berlaku di antara kumpulan kerja yang sama, di antara ahli
kumpulan-kumpulan kerja pada tahap yang sama, di antara pengurus-pengurus pada tahap yang sama
(Robbins, 2002).
16
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
iii) Komunikasi diagonal (komunikasi menyilang)
Komunikasi pepenjuru atau komunikasi diagonal yang sering juga dinamakan komunikasi silang iaitu
seseorang dengan orang lain yang satu dengan yang lain berbeza dalam kedudukan dan bahagian (Effendy,
2000). Pendapat lain menyebutkan, komunikasi dapat mengalir secara menegak atau lateral (menyisi).
Komunikasi silang (cross communication) adalah komunikasi antara pihak pengurusan dengan pekerja.
Komunikasi ini merupakan komunikasi yang memotong jalur menegak dan mendatar. Sebagai contoh, ahli
kakitangan junior boleh terus pergi ke atasannya, telefon, e-mel dan lain-lain. Komunikasi silang boleh
melibatkan komunikasi pengurusan peringkat yang lebih tinggi kepada pengurusan peringkat bawahan.
Komunikasi silang merupakan komunikasi yang berlangsung dari satu pihak kepada pihak lain dalam
kedudukan yang berbeza, di mana kedua-dua pihak tidak berada pada jalur struktur yang sama. Komunikasi
silang digunakan oleh dua pihak yang mempunyai level berbeza tetapi tidak mempunyai bidang kuasa
langsung kepada pihak lain. Komunikasi ini merupakan saluran komunikasi yang jarang digunakan dalam
organisasi, namun penting dalam situasi di mana ahli tidak boleh berkomunikasi secara berkesan melalui
saluran lain. Konsep komunikasi silang telah diperkenalkan untuk menangani cabaran komunikasi baru yang
berkaitan dengan bentuk organisasi baru. Walaupun kedua-dua komunikasi menegak dan mendatar penting
tetapi masih tidak dapat memenuhi keperluan komunikasi dan aliran dalam organisasi yang terkini.
JENIS-JENIS KOMUNIKASI
Terdapat beberapa jenis komunikasi yang melibatkan pelbagai konteks yang berbeza-beza berdasarkan
bentuk-bentuk komunikasi yang telah dibincangkan. Antaranya ialah:
i) Komunikasi Intrapersonal
ii) Komunikasi Interpersonal
iii) Komunikasi dalam kumpulan
iv) Komunikasi awam
v) Komunikasi massa
vi) Komunikasi antara budaya
Jenis-jenis komunikasi Pengertian
Secara umum komunikasi intrapersonal merujuk kepada bagaimana
1. Komunikasi
Intrapersonal seseorang berkomunikasi dengan dirinya sendiri. Individu itu
sendiri berperanan sebagai sumber dan penerima. Mesej terdiri
2. Komunikasi daripada pemikiran dan perasaan manakala salurannya ialah otak
Interpersonal yang memproses mesej (Mohd Baharudin & Mohd Khairie, 2007).
Komunikasi interpersonal juga dikenali sebagai komunikasi antara
individu yang berlaku secara bersemuka. Ia melibatkan proses
bagaimana seseorang itu mencipta makna, mewujudkan
perkongsian idea melalui interaksinya secara langsung dengan
individu lain (Siddiqui, 1988).
Komunikasi dalam kumpulan terbentuk dari interaksi antara
17
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
3. Komunikasi individu yang terjalin dari semasa ke semasa sehingga membentuk
dalam satu entiti. Komunikasi dalam kumpulan melibatkan interaksi yang
Kumpulan mempunyai tujuan yang khusus, menyelesaikan masalah,
membentuk idea-idea baru dan pengalaman-pengalaman baru.
4. Komunikasi
Awam Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk
menyampaikan maklumat kepada sejumlah orang yang ramai
5. Komunikasi misalnya pensyarah memberi syarahan motivasi kepada pelajar-
massa pelajar. Komunikasi awam berlaku di tempat-tempat awam seperti
di dalam dewan, bilik kuliah atau di tempat orang ramai berhimpun.
6. Komunikasi Dalam komunikasi awam ini, penceramah adalah sumber dan
Antara Budaya khalayak adalah penerima maklumat.
Suatu proses komunikasi yang melibatkan individu atau organisasi
mengirim mesej tertentu kepada sejumlah khalayak dalam bilangan
yang besar dan pelbagai dengan peluang yang terhad untuk
memperoleh maklum balas terutama maklum balas lisan (Mohd
Baharudin & Mohd Khairie, 2007).
Gamble & Gamble (2002) melihat komunikasi antara budaya
sebagai proses menginterpretasi dan berkongsi makna dengan
seseorang dari latar belakang budaya yang berbeza. Perbezaan
maksud budaya yang dimaksudkan boleh dilihat dalam beberapa
corak, umpamanya antara ras, antara etnik dan komunikasi
intrabudaya.
18
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
BAB DUA
KONSEP PENYIARAN ISLAM
Penyiaran Konsep Akta
Islam sebagai penyiaran penyiaran
medium Islam Etika
dakwah penyiaran
KONSEP
Peranan PENYIARAN Islam
penyiaran
ISLAM
Islam
Bentuk-
bentuk
penyiaran
Rajah 2: Konsep Penyiaran Islam
19
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TOPIK 4: KONSEP PENYIARAN ISLAM
Oleh:
Rosmawati Razak
Definisi penyiaran Islam
Definisi penyiaran dari segi bahasa adalah proses, cara dan perbuatan menyiarkan. Menurut Kamus Dewan
(2007), penyiaran merupakan aktiviti mengadun atau memancarkan rancangan radio dan televisyen kepada
khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan sistem
analog, satelit atau kabel. J.B Wahyudi (1996) mendefinisikan penyiaran sebagai proses komunikasi yang
disampaikan kepada audien, iaitu satu proses pengiriman maklumat daripada seseorang kepada masyarakat
melalui proses pemancaran elektromagnetik atau gelombang yang lebih tinggi.
Penyiaran Islam pula merupakan aktiviti yang dipancarkan kepada khalayak berasaskan nilai-nilai
keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Menurut Zulkiple (2003), secara global sistem penyiaran yang beroperasi di seluruh dunia boleh
diklasifikasikan kepada tiga bentuk model iaitu permissive model, paternalistik sistem dan authoritarian
sistem.
i) Permissive Model
- Pemilikan bebas
- Contoh media penyiaran bebas adalah seperti Cable News Network (CNN).
- Sistem penyiaran yang menjalankan operasinya yang tersendiri.
- Sistem penyiaran yang menentukan jenis kandungan dan matlamat yang tersendiri.
- Penerbitan dan penyiaran bagi media berautonomi ini adalah untuk tujuan keuntungan.
- Sistem penyiaran ini bebas daripada penapisan oleh pihak ketiga ataupun pihak-pihak lain.
- Akta penerbitan dan penyebaran ataupun pengagihan patut terbuka kepada individu dan
kumpulan tanpa permit ataupun lesen.
- Dana diperolehi daripada iklan-iklan.
ii) Paternalistik Sistem
- Perbadanan awam.
- Separa autonomi.
- Contohnya seperti Perbadanan Penyiaran British atau British Broadcasting Corporation (BBC).
- Media penyiaran ini memikul tanggungjawab social terhadap masyarakat.
- Media memenuhi kewajipan untuk menyampaikan maklumat, memberitahu, menghibur dan
mendidik masyarakat.
- Kawalan dikenakan dengan mematuhi etika profesionalisme seperti etika kewartawanan, etika
perhubungan awam dan etika tindakan pelanggan.
- Media ini terbuka dan dapat mencerminkan kepelbagaian masyarakat dengan membuka peluang
kepada pelbagai pendapat dan kebebasan menyuarakan pendapat ataupun menjawab.
20
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
iii) Authoritarian Sistem
- Old Union of Soviet Socialist Republics (USSR).
- Penguasaan kerajaan pusat.
- Sistem penyiaran ini tidak dimiliki oleh syarikat persendirian tetapi adalah hak milik mutlak
pihak berkuasa.
- Antara negara yang mengamalkan bentuk model ini adalah negara sosialis dan komunis seperti
bekas Soviet Union-Rusia dan China. Negara-negara ini masih mengamalkan teori ini demi
keselamatan negara.
- Media penyiaran ini tidak dibenarkan mengkritik objektif-objektif pemerintah negara.
- Pemimpin media ini dianggap anggota yang taat setia kepada pemerintah.
Di Malaysia sistem penyiaran masih mempunyai kawalan oleh kerajaan iaitu melalui sekatan
undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Namun, dalam
beberapa keadaan sistem penyiaran di Malaysia boleh menyuarakan pandangan dan mempunyai kebebasan
bersuara. Namun, ia tetap dikawal oleh pemerintah, parti politik, organisasi atau institusi keagamaan.
Apabila terdapatnya kawalan oleh sesuatu organisasi maka media ini adalah terkawal dari
aspek perlaksanaan dan operasinya. Oleh itu sistem penyiaran di Malaysia dapat dikategorikan
sebagai sistem penyiaran separa autonomi. Contohnya seperti TV1 dan TV2 yang dimiliki oleh kerajaan
serta TV3, NTV7 dan lain-lain yang dimiliki oleh stesen swasta yang masih dikawal untuk mengelakkan
kebebasan media yang keterlaluan sehingga boleh menggugat kestabilan negara.
Selain itu, kebergantungan kepada barat terhadap teknologi mewujudkan satu karakter yang hampir
sama di semua stesen penyiaran di negara-negara umat Islam iaitu ikutan dan pengiktirafan terhadap cara
berfikir secara sekular dalam operasi media penyiaran. Namun pada pandangan Ibrahim (1984), rujukan
konsep penyiaran Islam yang asasi bergantung kepada tasawwur kemanusiaan seperti yang dilihat dari
perspektif Islam iaitu hubungan tiga segi antara Allah, manusia dan masyarakat (Islamic triangular
relationship).
Menurut Zulkiple (2003), seperti bidang kehidupan yang lain, doktrin tauhid menjadi asas sebagai
garis panduan kepada operasi penyiaran Islam. Tasawwur Islam terhadap manusia ialah mereka dicipta
untuk mengabdikan diri kepada Allah. Untuk merealisasikan objektif tersebut, manusia telah dilengkapkan
dengan keupayaan mendengar, melihat, kognitif dan boleh membezakan antara yang baik dan yang tidak
baik. Selaku khalifah, manusia dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dilakukannya. Dari perspektif
tauhid ini, penyiaran dianggap sebagai “jalan” bagi mengenali Allah.
Pada pandangan Islam, manusia tidak hanya berkomunikasi sesama mereka tetapi berkomunikasi
secara vertikal dengan Allah. Naluri berkomunikasi dengan Allah adalah untuk memenuhi asas penciptaan
dan kewujudan mereka. Kemuncak hasil kepada komunikasi ialah ketaqwaan kepada Allah SWT. Melalui
konsep Tauhid ini, segala hasil daripada teknologi penyiaran yang melanggar perintah Allah adalah tertolak
manakala ianya dianggap ibadah apabila bertepatan dengan syariat. Selain itu, berpandukan kepada prinsip
amar makruf nahi mungkar, produk penyiaran yang menghasilkan keselamatan dan kesejahteraan kepada
masyarakat adalah sangat diperlukan bagi mencapai objektif tertinggi penyiaran Islam iaitu memperoleh
keseimbangan spiritual dan fizikal masyarakat.
21
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Program
Prosedur
Proses
Peranan
Prinsip
Falsafah
Dasar komunikasi negara
ALLAH
Falsafah komunikasi kebangsaan
INSAN MASYARAKAT Polisi komunikasi Islam
Garis panduan patuh syariah
ISLAMIC WORLDVIEW Kebebasan memberikan pendapat
Rajah 2.1: Konsep penyiaran Islam (Zulkifli, 2016)
22
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TOPIK 5: AKTA PENYIARAN
Oleh:
Norzira Ahmad
Pengenalan Akta Penyiaran di Malaysia
• Bahan Penyiaran – apa-apa isyarat atau semboyan yang dipancarkan oleh sesuatu stesen penyiaran
samada bagi penerimaan audio atau visual dan apa-apa muzik, sandiwara atau hiburan lain, konsert,
syarahan, ceramah, ucapan, berita dan apa-apa jenis maklumat yang dipancarkan untuk penerimaan
orang awam.
• Malaysia pada asalnya tidak mempunyai sebarang akta rasmi dan peraturan untuk mengawal aktiviti
penyiarannya terutama untuk mengawal siaran radio dan televisyen iaitu sejak mula penubuhan
Radio Dan Televisyen Malaysia (RTM).
• Isu akta ini telah dibangkitkan apabila kerajaan memperkenalkan dan melancarkan dasar
penswastaan. Apatah lagi dengan penubuhan stesen TV swasta pertama iaitu TV3 oleh Sistem
Televisyen Malaysia Berhad pada Jun 1984 yang telah menimbulkan persoalan tentang kawalan
kandungan siaran TV.
• Bertitik tolak daripada perkara tersebut kerajaan telah membentuk Akta Penyiaran 1988 yang mula
dikuatkuasa pada tahun 1989 yang kemundiannya dibuat penambahbaikan sebanyak beberapa kali
berdasarkan perkembangan masyarakat dan teknologi semasa.
Objektif Akta Penyiaran Secara Umum:
a. Dasar Am: melindungi kepentingan orang awam, negara dan kerajaan daripada anasir-anasir
yang boleh mengancam perpaduan dan pertumbuhan negara yang disebarkan oleh media
penyiaran.
b. Tujuan: memastikan semua bentuk penyiaran melalui radio dan televisyen di Malaysia
memenuhi dasar-dasar dan aspirasi negara ke arah pencapaian wawasan 2020.
c. Sasaran: ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran apa jua bahan
siaran di radio dan tv.
d. Liputan: semua stesen radio dan tv yang dilesenkan di bawah Akta Penyiaran milik kerajaan
melainkan stesen-stesen penyiaran berlanggan.
23
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Bahan-Bahan Siaran
a) Ciri Bahan Yang Digalakkan:
• Menyokong wawasan negara
• Menghormati sensitiviti/ kepekaan rakyat
• Memaparkan keindahan dan kemajuan negara
• Mengutamakan objektiviti, kreativiti dan pemaparan fakta.
• Menggambarkan masyarakat berbilang bangsa.
b) Ciri Bahan Yang Tidak Digalakkan:
Ideologi & Menonjolkan ideologi yang bertentangan dengan ideologi negara Malaysia.
Politik Bahan siaran dari negara-negara komunis atau dari negara yang tidak
mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melainkan dengan
kebenaran.
Menjejaskan imej Malaysia dan memperkecilkan-kecilkan negara yang ada
hubungan baik dengannya.
Mengeksploitasi isu-isu perkauman.
Menggambarkan negara Malaysia yang tidak kemaskini dan mengandungi
fakta-fakta yang tidak tepat.
Keagamaan Mempunyai unsur-unsur tidak mempercayai tuhan melainkan berkesudahan
dengan keimanan dan keinsafan.
Ketertiban &
Ketatasusilaan Merosakkan kerukunan umat beragama.
Mengandungi penghinaan terhadap mana-mana agama di Malaysia.
Memaparkan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran,
Sunnah dan Mazhab Syafie.
Menyinggung perasaan dan sentimen mana-mana kaum atau penganut
agama.
Mengandungi hasutan untuk melakukan perbuatan–perbuatan yang
bertentangan dengan undang-undang dan peraturan negara.
Memaparkan “modus operandi” kejahatan secara terperinci dan mudah
menimbulkan rangsangan untuk menirunya.
Mendorong penonton untuk bersimpati terhadap pelaku kejahatan dan
perbuatan jahat itu sendiri.
Memenangkan kejahatan atas keadilan dan kebenaran.
Menimbulkan sentimen kesukuan, keagamaan, asal keturunan dan antara
golongan.
Menunjukkan kezaliman, kekejaman, keganasan, kekerasan dan kengerian
di antara manusia sesama manusia dan manusia terhadap binatang.
Memaparkan adegan jenayah yang menunjukkan kemenangan penjenayah
24
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
pada akhirnya.
Menunjukkan perlakuan mengghairahkan.
Menunjukkan perlakuan yang tidak senonoh atau kurang sopan dan
bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Menunjukkan “close up” pakaian baju mandi atau seluar pendek lelaki dan
perempuan kecuali siaran liputan sukan.
Sosial & Bercanggah dengan peruntukkan Akta Hasutan 1948.
Budaya Merosak, membahayakan dan tidak sesuai dengan norma-norma kesopanan
umum di Malaysia.
Mengandungi ejekan dan menimbulkan kekeliruan terhadap adat istiadat
yang diamalkan di Malaysia.
Mengarahkan simpati kepada pelaku-pelaku serta perbuatan tidak bermoral
dan jahat.
Memberi perangsang dan pengalaman kepada perkembangan “counter-
filter”.
Menetapkan identiti satu-satu kaum di negara ini dengan jenis pekerjaan
tertentu.
Menonjolkan/ mengagung-agungkan agama lain selain daripada agama
Islam.
Mengandungi adegan babi.
Mengagung-agungkan “martial arts” asing seperti kungfu melainkan
dengan kebenaran.
Berita
Ciri-Ciri Siaran Berita Yang Boleh Ciri-Ciri Siaran Berita Yang Tidak Boleh
Disiarkan Disiarkan
• Bersesuaian dan meyakinkan rakyat • Sebarang kecaman terhadap
akan dasar dan rancangan-rancangan
semasa negara. peruntukkan dalam Akta Hasutan 1948
• Semua liputan berita atau laporan (Disemak 1969) walaupun dibuat oleh
kenyataan, fakta dan perangkaan yang
digunakan adalah benar dan boleh wakil rakyat di Parlimen.
dipertanggungjawabkan.
• Mencemarkan nama baik seseorang
• Gambar-gambar orang ramai yang individu atau pertubuhan sebagai yang
mencerminkan masyarakat berbilang terkandung dalam mana-mana undang-
kaum. undang bertulis.
• “Gesture” asing yang boleh diterima • Menjejaskan imej kerajaan.
• Melibatkan keselamatan negara seperti
kegiatan anasir subversif, rusuhan
kaum, tunjuk perasaan dan lain-lain
25
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM kejadian yang menjejaskan
oleh masyarakat Malaysia yang ketenteraman awam.
membayangkan perasaan muhibbah
antara pemimpin Malaysia dengan • Melibatkan aktiviti-aktiviti negara asing
negara luar. yang boleh menimbulkan perbandingan
yang memburuk-burukkan Malaysia.
• Berita mengenai Y.A.B Perdana
Menteri dan Y.A.B Timbalan Perdana • Mengenai negara-negara lain yang
Menteri serta Y.B Menteri-menteri memperkecil-kecilkan negara yang
kabinet boleh disiarkan di samping isu- bersahabat dengan Malaysia.
isu semasa (dalam dan luar negeri) yang
dianggap layak diberi siaran terkemuka.
• Menunjukkan pembukaan rumah
berhala oleh pemimpin-pemimpin yang
beragama Islam.
• Mengandungi sebarang kenyataan atau
tanggapan yang bertentangan dengan
kesusilaan atau menyakiti hati
sebahagian/ seluruh orang ramai dari
segi agama, bangsa, politik dan lain-lain
perkara yang sensitif kepada rakyat
negara ini.
• Menunjukkan gambar-gambar “close-
up” salib, kuasa salib, lambang Yahudi
dan simbol-simbol kepercayaan lain.
Hiburan
Ciri-Ciri Siaran Hiburan Yang Digalakkan Ciri-Ciri Siaran Hiburan Yang Tidak Boleh
Disiarkan
• Lagu-lagu yang sesuai dengan citarasa
majoriti masyarakat Malaysia dan • Tarian-tarian yang tidak sopan dan
mencerminkan keperibadian bangsa dan bertentangan dengan seni tari Malaysia
nilai-nilai murni. (counter-culture).
• Muzik, nyanyian, seni tari yang • Senikata yang menggalakkan
membina watak dan peribadi manusia tingkahlaku liar seperti kebebasan seks,
yang sihat, berbudi bahasa, cergas dan penagihan dan penyalahgunaan dadah
maju. serta perbuatan ganas.
• Senikata yang mengagungkan negara-
negara asing.
• Senikata lagu yang mencemarkan
26
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
penggunaan bahasa.
• Lagu-lagu yang tidak diluluskan untuk
siaran oleh Kementerian.
• Lagu yang dinyanyikan atau ditulis –
digubah oleh seseorang artis yang telah
terbukti melanggar tatatertib artis.
Klasifikasi Untuk Penontonan TV dan Filem Ialah:
U Sesuai ditontoni oleh semua golongan.
18 SG Untuk 18 tahun ke atas dengan tidak mempunyai keganasan
i. yang keterlaluan atau gambar yang menggerunkan orang.
18 SX Untuk 18 tahun ke atas dengan tidak mempunyai gambar-
gambar seksual yang keterlaluan.
18 PA
Untuk 18 tahun ke atas dengan elemen-elemen yang
18 PL menyentuh isu-isu politik, agama dan sosial.
P 13 Untuk 18 tahun ke atas dengan gabungan daripada dua elemen
atau elemen yang lebih.
Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan
pengawasan & bimbingan ibubapa atau penjaga ketika
menonton.
27
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TOPIK 6: ETIKA PENYIARAN ISLAM
Oleh:
Azirah Seman
Prinsip etika penyiaran menurut pandangan Islam adalah seperti berikut:
i) Menggunakan cara yang bijaksana dan berhikmah
Perlulah menggunakan cara yang bijaksana dan terbaik dalam menyiarkan maklumat terutamanya berkaitan
keagamaan. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah
mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang
tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”
(al-Quran, An-Nahl: 125)
Hikmah dalam ayat Al-Quran di atas adalah merujuk kepada kesesuaian waktu, tempat dan keadaan
masyarakat (contohnya masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama).
ii) Mengandungi pengajaran dan pendidikan yang baik
Kandungan yang terdapat dalam penyiaran hendaklah mengandungi nilai pendidikan yang baik. Seperti
dapat mendorong manusia untuk maju dalam kehidupan, menjadi masyarakat yang baik, sejahtera, memiliki
budi pekerti yang luhur serta berakhlak mulia.
iii) Bertukar pendapat
Orang yang menyampaikan maklumat disarankan bertukar-tukar pendapat melalui perbincangan seperti
rancangan bual bicara, forum, dialog dan sebagainya. Namun demikian Islam memerintahkan kepada umat
Islam supaya bersatu dan bermuafakat serta melarang berpecah belah dan berselisih pendapat. Ini bertepatan
dengan firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-
berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu),
lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka
menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara”
(al-Quran, Ali-Imran: 103)
28
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
iv) Menyampaikan maklumat yang benar
Maklumat yang disampaikan kepada masyarakat hendaklah sesuatu yang benar dan sahih. Oleh itu, bidang
kewartawanan perlulah bersih daripada penipuan dan pembohongan. Maklumat yang tidak sahih tidak perlu
dilaporkan dan disampaikan kepada masyarakat.
v) Memberi hiburan dan peringatan
Hiburan tidak dilarang di dalam Islam. Di dalam menyampaikan maklumat, sama ada maklumat umum
ataupun keagamaan, hendaklah ada hiburannya. Namun demikian hendaklah disertakan dengan peringatan
kepada penonton agar penonton tidak lalai ataupun melanggar batas syariat Islam.
vi) Larangan memfitnah
Fitnah ialah menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik
seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuk mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang
tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang memfitnah itu akan ditimpa azab yang amat
pedih. Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan
perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab
(neraka) yang sangat pedih”.
(al-Quran, Al-Buruj: 10)
vii) Larangan membuka atau menyiarkan aib orang lain
Aib adalah merujuk kepada rasa malu oleh seseorang atau orang yang dekat dengan seseorang akan sesuatu
keadaan yang tidak elok mengenai seseorang itu terdedah atau diketahui umum. Ajaran Islam melarang
keras aib seseorang itu didedahkan atau diceritakan. Islam mengajar kita orang-orang beriman tidak sekali-
kali berkata-kata walau apa dan macam mana sekalipun tentang sesuatu keadaan yang tidak elok mengenai
seseorang. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu
mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip
keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan
keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadith riwayat at-Tirmidzi)
viii) Larangan mengadu domba
Nabi Muhammad S.A.W melarang perbuatan mengadu domba antara seseorang/ sekelompok orang dengan
orang/ kelompok orang lain kerana dapat menimbulkan perpecahan dan pergaduhan. Dari Hudzaifah R.A
katanya:
29
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak dapat masuk syurga seseorang yang gemar mengadu domba".
(Muttafaq 'alaih)
ix) Mengajak berbuat baik dan mencegah berbuat jahat
Para ulama Islam bersepakat bahawa mengajak berbuat baik dan mencegah berbuat kejahatan adalah
keharusan setiap muslim. Kandungan penyiaran yang baik haruslah menjiwai seluruh kegiatan komunikasi
serta dapat mencapai saranan Islam tersebut. Contohnya mengajak penonton mendekatkan diri kepada Allah,
saling nasihat-menasihati serta mengarahkan kepada kebaikan. Firman Allah S.W.T:
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan. Menyuruh
(berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”
(al-Quran, Ali-Imran: 104)
30
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TOPIK 7: BENTUK-BENTUK PENYIARAN
Oleh:
Rosmawati Razak
Di Malaysia terdapat 2 bentuk media yang memainkan peranan yang penting dalam menjadi penggerak
kepada penyampaian maklumat kepada masyarakat iaitu media elektronik dan media cetak.
i) Media Elektronik
Media elektronik ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat elektronik
moden seperti radio, televisyen dan lain-lain (Kamus Dewan, 2005). Media elektronik juga merupakan alat
sebaran yang menggunakan teknologi elektronik untuk dicapai oleh pengguna seperti radio, televisyen,
komputer, telefon dan lain-lain. Penggunaan media elektronik di Malaysia bermula sekitar tahun 1930-an
melalui kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur menerusi udara. Pada tahun 1959, radio mula beroperasi
di Kuala Lumpur manakala Televisyen Malaysia dilancarkan pada 28 Disember 1963 (Marzuki et al., 2016).
Kepelbagaian media elektronik seperti televisyen, radio dan juga media baharu telah menjadi suatu
teknologi media masa kini yang digunakan oleh manusia di serata dunia. Oleh itu, kepesatan teknologi
media elektronik ini telah memberi suatu kesan yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia dan ia boleh
mendatangkan banyak faedah dan membantu dalam penyampaian maklumat pada era ini. Kepelbagaian
media elektronik khususnya di Malaysia adalah seperti rajah di bawah (Monika & Nik Mohd Zaim, 2014):
Rajah 2.2: Kepelbagaian media elektronik di Malaysia (Monika & Nik Mohd Zaim, 2014)
31
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
a) Televisyen
Sehingga tahun 2014 terdapat 6 stesen televisyen yang memainkan peranan penting sebagai alat
hiburan dan pendidikan kepada masyarakat. Menurut R. Karthigesu (1990), televisyen menjadi perkara
utama dalam agenda sosial di kebanyakan negara. Di negara Barat sendiri, televisyen dianggap sebagai satu
alat komunikasi paling berpengaruh dalam kehidupan terutamanya dari aspek sosial, ekonomi dan politik.
Kemunculan stesen TV seperti AlHijrah yang cuba menyajikan rancangan-rancangan berbentuk keagamaan
merupakan suatu usaha yang murni dalam mendidik masyarakat untuk memahami dan mengamalkan Islam
dengan lebih sempurna. Selain itu, antara siaran televisyen yang turut menyediakan rancangan-rancangan
berbentuk keagamaan adalah seperti Astro Oasis, TV1, TV2, TV3 dan TV9.
1) Radio Televisyen Malaysia (RTM1 & RTM2)
Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan
mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio
nasional, 16 saluran radio negeri, dan 7 saluran radio daerah serta 2 saluran televisyen. Moto utamanya dari
1984 hingga 2004 ialah “Teman Setia Anda”. Pada tahun 2007, RTM menguasai 17% pasaran penonton
televisyen di Malaysia, di belakang Media Prima 54% dan Astro 29%. RTM1, RTM2 dan stesen-stesen radio
ini dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur (Muhamad Zaki &
Mazni, 2011).
2) Media Prima Berhad (TV3 & TV9)
TV3 dilancarkan pada tahun 1984 dengan tema “Berita Terkini, Hiburan Sensasi”. Sistem Televisyen
Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 telah diperbadankan pada tahun 1983 sebagai televisyen perdagangan
pertama di Malaysia. TV3 memulakan penyiarannya di Lembah Klang pada 1 Jun 1984. Semenjak
pelancarannya, TV3 telah mendahului stesen televisyen yang lain di Malaysia dan telah menjangkau 51%
bahagian penontonan. Pada Januari 2005 Channel 9 telah mengumumkan pemberhentian operasinya dan
dibeli oleh Media Prima dan dinamakan TV9. TV9 memulakan siaran percubaannya pada April 2006 dan
operasi sepenuhnya bermula 22 April 2006 (Muhamad Zaki & Mazni, 2011).
3) Televisyen Kabel di Malaysia
Astro (MYX: ASTRO) merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama
di Malaysia, tetapi telah berkembang ke negara Brunei dan Indonesia. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah
kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Astro dimiliki
sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro All Asia Networks plc.
Astro memulakan siarannya pada 1996 menggunakan satelit MEASAT-1 yang hanya menawarkan 22
saluran televisyen dan 8 saluran radio. Kini, Astro menawarkan lebih 80 saluran televisyen, 17 saluran radio
di samping perkhidmatan interaktif. Astro juga menawarkan keenam-enam saluran terrestrial tempatan
(RTM1, RTM2, TV3, NTV7, TV9 dan 8TV) dan menyediakan saluran televisyen antarabangsa kepada
penonton. Astro Oasis merupakan saluran Astro yang menyajikan pengisian berbentuk Islam yang meliputi
program ilmiah, maklumat, drama, dokumentari dan juga hiburan (Muhamad Zaki & Mazni, 2011).
32
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
4) TV Alhijrah
TV AlHijrah atau TVAH merupakan stesen televisyen swasta terrestrial nasional di Malaysia. Dimiliki
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM), ia
beroperasi dari Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Sebelum penubuhan TVAH, JAKIM sudah memiliki
radio hal ehwal Islam sendiri, iaitu Salam FM. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) saluran TV AlHijrah yang
pertama, Bukhari Che Muda (Allahyarham) juga bekas Ketua Pegawai Operasi (CEO)
saluran TV9 milik Media Prima.
TV Alhijrah memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula jam 3
petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat,
Sabtu dan Ahad. TV AlHijrah dapat ditonton menerusi Astro saluran 114 bermula 1 Jun 2011. Siarannya
telah dipanjangkan dari 12 tengah hari hingga 12 malam pada Isnin hingga Khamis manakala bersiaran dari
pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pada 1 Januari 2012, TV Alhijrah
mula menambah jumlah masa penyiaran bermula dari 6 pagi berbanding dahulu iaitu bermula 12 tengah hari
dengan beberapa lagi rancangan tambahan bagi memuaskan hati penonton. Siaran percuma yang bertemakan
"Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17
tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan
siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari
negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki, Palestin dan Belanda.
b) Radio
SEJARAH radio di Malaysia bermula pada 1921 apabila Al Birch, seorang jurutera elektrik kerajaan Johor
membawa set radio pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor yang
memulakan siarannya melalui gelombang 300 meter. Kemudian beliau menubuhkan persatuan yang serupa
di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Malaysia di Kuala Lumpur.
Pada 1930, Sir Earl daripada Lembaga Pelabuhan Singapura melancarkan siaran gelombang pendek
setiap dua minggu sama ada pada hari Ahad atau Rabu. Usaha itu kemudian diteruskan oleh Persatuan
Wireless Malaysia, yang melancarkan siarannya dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325
meter. Ini diikuti usaha Sir Shenton Thomas yang membuka Studio Perbadanan Penyiaran British dengan
menggunakan pemancarnya di Caldecott Hill, Singapura pada 11 Mac 1937. Seterusnya Perbadanan
Penyiaran British Malaya diambil alih oleh Negeri-Negeri Selat dan menjadi sebahagian daripada
Kementerian Penerangan British yang lebih dikenali dengan nama Perbadanan Penyiaran Malaya.
Pada 1942, berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tamatnya era pemerintahan Britian di
Singapura, Jepun telah mengambil alih saluran radio sedia ada dan memperkenalkan saluran radio di Pulau
Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura untuk menyiarkan propaganda mereka.
Bagaimanapun, pada 1943, British kembali berkuasa dan mengambil alih semula stesen-stesen radio
tersebut.
Pada 1 April 1946, Jabatan Penyiaran ditubuhkan di Singapura. Pembangunan perkhidmatan radio
dilihat bertambah penting apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Pada awal 1950-an, penyiaran di
33
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Malaya beroperasi sementara di Jalan Young, Kuala Lumpur (kini dikenali Jalan Cenderasari ) dan pada
1956 pula berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Bermula dari situ, bidang penyiaran di Malaysia
berkembang dan beberapa stesen radio kemudian diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan
Sarawak.
Pada tahun 1960, buat pertama kalinya iklan komersial disiarkan di radio dan ia menjadi sumber
pendapatan baharu kerajaan. Ketika Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, juruhebah bertugas
menggunakan "INILAH RADIO MALAYSIA" yang dijadikan pengenalan oleh juruhebah bertugas pada
ketika itu. Bidang penyiaran membuka satu lagi lembaran dengan Angkasapuri yang memulakan siarannya
pada 6 Oktober 1969.
Radio dan televisyen kemudian bergabung di bawah Kementerian Penerangan Malaysia.
Pertumbuhan saluran pertama, Rangkaian Satu, mengggalakkan pembentukan saluran kedua pada 17
November 1969. Di Kompleks Angkasapuri, pembangunan pesat berlaku di bidang penyiaran sama ada
radio atau televisyen. Rangkaian radio nasional bermula 24 jam untuk memberi perkhidmatan kepada semua
golongan pendengar,terutama mereka yang bekerja pada waktu malam (RTM, 2013).
c) Filem
Dalam membincangkan mengenai filem, ia mempunyai dimensi yang sangat luas dan pelbagai. Ini
kerana filem adalah sebuah karya kreatif yang bersifat perbincangan serta melibatkan idea dan pemikiran
dalam pelbagai kemahiran dan kepakaran. Menurut Asiah et al. (1996) filem didefinisikan sebagai imej yang
terhasil dalam bentuk visual bergerak yang mengandungi unsur-unsur penceritaan yang ditulis, diolah dalam
bentuk dialog, visual dan bunyi, yang kemudiannya dirakamkan menggunakan kamera, diolah dengan
menggunakan berbagai-bagai kepentingan dan matlamat untuk dipamerkan secara tayangan di panggung-
panggung wayang dan televisyen. Filem yang kini tergolong dalam kategori media skrin dan telah
berkembang dalam pelbagai bentuk lain seperti pita video, cakera video, cakera padat, cakera padat digital,
cakera digital video (Naim, 2011) dan telah menjadi alat penyampaian mesej secara visual dan audio
(Rosmawati & Md Rozalafri, 2011).
Selain itu, filem merupakan antara jenis media komunikasi (Salasiah et al., 2014; Zaheril, 2006;
Bandura, 2001) yang berperanan untuk merakam semula realiti masyarakat dan imaginasi manusia ke dalam
satu situasi atau kejadian yang dimanipulasi untuk dipercayai (Schirato & Yell, 2000). Filem dapat
membentuk, tingkah laku, mempengaruhi pemikiran khalayak serta mampu meninggalkan kesan yang
mendalam kepada jiwa khalayak melalui penontonannya (Naim, 2011; Asiah, 2003; al-Qarāḍawī, 2005;
Bandura, 2001). Filem juga mampu menjadi model sosial yang mempengaruhi idea, nilai, kognitif mahupun
tingkah laku penonton (Rosmawati, 2013).
Filem bukan hanya sebagai alat hiburan malah menjadi media pendidikan secara tidak langsung
terhadap golongan remaja (Zulkiple, 2003; Dusuki, 2000). Menurut Maszlee (2014), menonton filem-filem
yang berkualiti, mempunyai nilai falsafah dan ideologi serta mempunyai pelajaran adalah amat digalakkan.
Sekiranya filem yang dipertontonkan mempunyai unsur-unsur pengajaran sudah tentu remaja boleh
mencontohi perlakuan yang baik yang ditiru dari filem (Zaheril, 2006). Hakikatnya, filem merupakan
wahana untuk mendidik dan melahirkan masyarakat yang bertamadun serta mempunyai kesedaran citra,
bangsa dan budaya (Abd. Ghani et al., 2001).
34
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
ii) Media Cetak
Media cetak merupakan alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan objek fizikal
seperti akhbar, buku, risalah, komik, majalah dan lain-lain (Kamus Dewan, 2005). Media cetak juga
merupakan media yang menyampaikan pesan-pesan dengan menggunakan kertas atau kain. Unsur-unsur
utama media cetak ialah tulisan (teks), gambar visual atau kedua-duanya.
Dennis McQuil (1987) media cetak sebagai media yang mengandungi maklumat-maklumat yang
berkait rapat dengan kepentingan masyarakat seluruhnya dan tidak terbatas pada kelompok tertentu sahaja.
Hal ini kerana, media cetak digunakan untuk mengembangkan budaya, seni, simbol, norma-norma dan gaya
hidup (Marzuki et al., 2016). Antara contoh media cetak adalah seperti surat khabar, majalah, buku, jurnal,
risalah, komik, novel dan lain-lain.
Menurut Mohd Sarim et al. (1988) akhbar mula diterbitkan di Malaya pada 1824. Ia adalah hasil
pemindahan teknologi yang dibawa masuk oleh penjajah British. The Prince of Wales Island Gazette adalah
akhbar pertama di Malaya yang juga diterbitkan oleh British di Pulau Pinang pada tahun 1805. Ini diikuti
dengan akhbar bahasa Cina, The Chinese Monthly, yang diterbitkan di Melaka pada tahun 1815. Akhbar
pertama dalam bahasa Melayu Jawi Peranakkan, telah yang diperkenalkan pada tahun 1876 seterusnya
akhbar pertama dalam bahasa Tamil, Singai Warthanani mula diterbitkan pada tahun 1875.
35
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TOPIK 8: PERANAN PENYIARAN ISLAM
Oleh:
Norhafizah Mohd Ghazali
Antara peranan penyiaran Islam adalah:
i) Konsep Amar Makruf Dan Nahi Mungkar
Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 110:
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari
yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka,
di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(al-Quran, Ali-Imran: 110)
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Dari Abu Sa’id Al Khudry r.a berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa di antara
kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah dengan tangannya, jika tidak mampu
hendaklah ia merubah dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah
keimanan yang paling lemah.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Dua dalil di atas menunjukkan bahawa konsep amar makruf dan nahi mungkar sangat diutamakan.
Pada dalil yang pertama umat Islam dianjurkan supaya menjalankan konsep amar makruf dan nahi mungkar,
malahan umat Islam juga disebut sebagai umat terbaik apabila dikaitkan dengan konsep ini. Pada dalil yang
kedua pula Nabi Muhammad saw memberikan solusi mengenai cara-cara menjalankan konsep amar makruf
dan nahi mungkar ini. Justeru, umat Islam sebagai umat Nabi Muhammad saw harus melaksanakan amanat
berkenaan bagi mencapai kedudukan sebagai umat terbaik seperti yang diperkatakan.
Al-`amru bil-ma’ruf wannahyu ’anil-munkar adalah frasa bahasa Arab yang memberi maksud
sebuah perintah untuk mengajak atau menganjurkan hal-hal yang baik dan mencegah hal-hal yang buruk
bagi masyarakat. Makruf merupakan setiap perbuatan yang dipandang baik menurut akal dan agama.
Mungkar pula adalah apa sahaja yang dipandang buruk, diharamkan dan dibenci oleh syarak. Umat Islam
dituntut untuk berdakwah mengikut kemampuan masing-masing. Amar makruf nahi mungkar boleh
menjauhkan perkara keji dari berlaku dalam masyarakat. Nasihat dan tegur menegur merupakan salah satu
cara untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
Amar makruf dan nahi mungkar merupakan kewajiban kepada umat Islam sesuai dengan
kemampuan masing-masing. Antara sifat-sifat yang perlu ada pada individu yang melaksanakan konsep ini
ialah mempunyai ilmu pengetahuan, sentiasa beramal dengan ilmu yang dimiliki dan memiliki akhlak yang
mulia. Amar makruf dan nahi mungkar mestilah dilaksanakan dengan penuh berhikmah iaitu dengan
36
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
menggunakan dalil Al-Quran atau hadis nabi berkaitan perkara tersebut, melalui nasihat yang baik (mau’izah
hasanah) serta berbincang dengan cara yang baik. Antara cara lain yang boleh dilakukan ialah dengan
memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat seperti mengelak dari memalukan individu di
khalayak ramai. Selain itu, nasihat dengan suara dan kata-kata yang lembut dan sopan juga penting bagi
melembutkan hati individu yang diberi teguran. Kisah-kisah umat terdahulu boleh diceritakan sebagai iktibar
dan pengajaran.
Media penyiaran mempunyai kelebihan untuk menyampaikan mesej kepada khalayak dengan cepat
dan jumlah yang besar (Zulkiple, 2014). Justeru, melalui media penyiaran seperti radio dan televisyen,
konsep amar makruf dan nahi mungkar dapat dilaksanakan dalam skala yang besar. Radio terutamanya
merupakan alat sebaran am yang paling pantas, berkesan dan mampu melangkaui sempadan batas daerah,
negeri mahupun negara. Penggunaan radio meluas dan tidak mensyaratkan pendengarnya celik huruf
menjadikan ia sebagai medium dakwah yang paling mudah dan berkesan. Rancangan keagamaan di radio
dapat memupuk nilai-nilai kerohanian yang murni kerana kebanyakan rancangan agama ini memberi fokus
kepada menyampaikan informasi mendidik dan hiburan bermesej seperti melalui nasyid. Contoh lain
rancangan agama radio yang mendapat sambutan pendengar ialah Kapsul Agama dan Intisari al-Quran.
Interaksi melalui telefon antara pendengar dan tetamu jemputan khas radio mampu menarik minat pendengar
untuk setia dengan rancangan dakwah berkenaan.
Media penyiaran televisyen juga turut mempunyai rancangan-rancangan dakwah antaranya seperti
al-Kuliyyah, Forum Perdana Ehwal Islam dan al-Hidayah. Selain rancangan dakwah, salah satu cara
melaksanakan konsep amar makruf dan nahi mungkar melalui media penyiaran televisyen ialah menerusi
drama-drama yang berunsurkan dakwah. Drama dakwah merupakan genre drama yang semakin mendapat
perhatian para penonton pada masa kini (Nor Hizwani & Nor Raudah, 2015). Melalui drama yang
berkonsepkan dakwah ini, media penyiaran menjadi salah satu alternatif kepada pendakwah untuk
menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat umum. Karya seni yang memberi mesej bermanfaat
sebegini memerlukan gabungan idea yang mantap serta kepakaran dari golongan agama dan juga penggiat-
penggiat seni. Drama menjadi medium yang paling berkesan dalam melaksanakan konsep amar makruf dan
nahi mungkar dalam masyarakat kerana ia memaparkan pelbagai aspek dalam kehidupan seperti hubungan
manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia sebagaimana yang diajarkan dalam Islam.
Oleh itu, para penggiat seni perlu lebih kreatif dalam menghasilkan drama dakwah agar lebih menarik dan
mampu memberikan impak yang besar kepada penonton.
Selain drama dakwah, filem dokumentari juga dapat menarik perhatian penonton dan dikatakan
sebagai senjata dakwah paling berkesan pada masa kini kerana ia mampu menampilkan fakta tentang Islam
dalam bentuk yang kreatif (Juwairiah, Norrodzoh & Muhammad, 2015). Filem dokumentari merupakan satu
kaedah penceritaan dan pelaporan realiti kewujudan alam, kehidupan dan manusia serta sebarang unsur yang
berkaitan dengannya dalam bentuk audio visual. Pelbagai genre filem dokumentari mula diterbitkan seperti
travelog, majalah dan dokudrama. Filem dokumentari ini dapat mempelbagaikan kaedah dakwah kepada
masyarakat. Antara siri dokumentari yang mendapat sambutan hangat penonton ialah seperti Jejak Rasul,
Syahadah dan Ziarah. Kewujudan stesen penyiaran Islam pertama di Malaysia iaitu TV Al-Hijrah telah
membuka peluang kepada penerbit-penerbit filem dokumentari berunsur dakwah untuk menerbitkan produk
mereka (Juwairiah, Norrodzoh & Muhammad, 2015).
Islam menggalakkan umatnya menyampaikan dakwah melalui pelbagai saluran. Rasulullah S.A.W
sendiri menarik perhatian sasaran dakwah apabila menyampaikan dakwah melalui media tertentu seperti
37
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
khutbah, tulisan dan surat (Ab Aziz, 1997). Kemajuan teknologi pada masa kini memungkinkan proses
dakwah dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Filem animasi terutamanya mampu menarik minat masyarakat.
Filem animasi yang pada mulanya hanya menarik minat dan perhatian kanak-kanak kini turut menjadi
perhatian golongan dewasa. Justeru, dakwah dapat dilaksanakan dalam bentuk yang lebih canggih. Menurut
Siti Aisyah Yap (2015), dakwah menerusi animasi dapat mendidik rohani selain dari tujuan hiburan semata-
mata. Penyampaian animasi memerlukan isi kandungan berteraskan ajaran Islam seperti pengenalan ilmu
akidah, syariat dan akhlak agar filem animasi ini mampu menjayakan konsep amar makruf dan nahi
mungkar. Salah satu contoh siri animasi yang memberi kesan positif kepada masyarakat umum ialah Pada
Zaman Dahulu yang mempunyai beberapa kisah seperti Kancil & Singa, Ayam & Helang, Anjing &
Bayang-bayang dan sebagainya. Setiap kisah yang dipaparkan mempunyai elemen dakwah seperti tema
persahabatan, kemanusiaan, pengorbanan dan setiakawan (Nurul Akma, 2015).
Kesimpulannya, media penyiaran memainkan peranan penting dalam konsep amar makruf dan nahi
mungkar kerana ia merupakan media yang berjaya mempengaruhi cara berfikir, emosi dan budaya
masyarakat dengan pantas dan berkesan. Media penyiaran juga mampu menukar sikap dan karakter
seseorang individu.
ii) Nilai-Nilai Murni Dalam Penyiaran Islam
Nilai murni ialah nilai yang menjadi asas kepada pembentukan akhlak dan amat penting untuk
diterapkan kepada setiap individu. Nilai murni didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan (Latifah, Wan Nasyrudin
& Nurul Hidayah, 2012). Nilai murni juga merupakan asas bagi membina individu dan masyarakat yang
sejahtera dan bebas daripada penyakit sosial dan krisis moral. Kemerosotan nilai-nilai murni akan
menyebabkan meluasnya pelbagai gejala keruntuhan akhlak dalam masyarakat. Masyarakat juga akan hilang
pedoman dan hala tuju dalam mengejar kemajuan dan perubahan.
Nilai-nilai murni dapat diklasifikasikan kepada beberapa bidang iaitu perkembangan diri,
kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi, demokrasi serta keamanan dan keharmonian. Antara nilai-
nilai murni dalam bidang perkembangan diri ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, harga diri,
bertanggungjawab, hemah tinggi, toleransi, berdikari, rajin, kasih sayang, keadilan, rasional, kesederhanaan,
ikhlas, dedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih dan bersyukur. Nilai-nilai murni dalam bidang
kekeluargaan pula seperti kasih sayang terhadap keluarga, hormat menghormati sesama ahli keluarga dan
tanggungjawab terhadap keluarga. Dalam bidang alam sekitar, nilai-nilai murni yang berkaitan ialah seperti
menyayangi dan menghargai alam sekitar serta hubungan harmoni antara manusia dengan alam sekitar.
Nilai-nilai murni yang dikaitkan dengan bidang patriotisme pula ialah perasaan cinta akan negara, kepatuhan
dan kesetiaan kepada raja dan negara serta kerelaan berkorban untuk negara. Antara nilai-nilai murni dalam
bidang hak asasi ialah melindungi hak kanak-kanak, menghormati hak wanita, melindungi hak pekerja,
melindungi hak pengguna dan menghormati hak golongan kurang upaya. Nilai-nilai murni dalam bidang
demokrasi pula ialah mematuhi peraturan dan undang-undang, kebebasan bersuara, kebebasan beragama,
bersikap terbuka dan kebebasan untuk melibatkan diri dalam pembangunan negara. Dalam bidang keamanan
dan keharmonian, nilai-nilai murni yang berkaitan ialah hidup bersama secara aman tanpa mengira bangsa,
agama dan budaya, saling membantu dan bekerjasama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk
mencapai sesuatu matlamat serta saling menghormati antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
38
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Media penyiaran merupakan medium terbesar dalam melaksanakan tanggungjawab membentuk
masyarakat dari segenap lapisan agar memiliki nilai-nilai murni seiring dengan tuntutan agama. Ini
disebabkan media penyiaran mampu menyampaikan nilai-nilai kehidupan yang sangat efektif dalam
pelbagai bentuk seperti rancangan berunsur keagamaan, drama dakwah dan filem bermesej. Media penyiaran
juga mampu mempengaruhi masyarakat dari segi pembentukan sikap, nilai dan persepsi individu. Justeru,
pihak-pihak yang terlibat dalam bidang penyiaran terutamanya radio dan televisyen mempunyai peluang
yang sangat besar dalam menjalankan tanggungjawab membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan
masyarakat.
Media penyiaran mampu menyebarkan pesanan-pesanan dan menyampaikan mesej yang berbentuk
nilai-nilai murni dan unsur keagamaan kepada masyarakat dengan lebih berkesan. Terdapat banyak
rancangan berunsur keagamaan yang mampu mengajak penonton dan pendengar untuk berfikir dan membuat
penilaian. Sebagai contoh filem bermesej yang ditakrifkan sebagai filem yang mengandungi jalan cerita yang
menyeru kepada nilai-nilai kehidupan, sindiran untuk menyedarkan, unsur-unsur dakwah, ideologi-ideologi
politik, kritikan terhadap situasi- situasi yang dilakonkan dan sebagainya boleh menjentik dan menyentuh
jiwa penonton (Nur Hasniza, Nathrah, Nurulain, Fatin ‘Aqilah & Rosmawati, 2015). Nilai-nilai positif yang
berbentuk motivasi memberi impak kepada jiwa-jiwa masyarakat yang menonton sekaligus berjaya
menyebarkan mesej dan mengendalikan moral masyarakat ke arah peningkatan akhlak dalam kehidupan
seharian mereka.
Antara nilai-nilai kebaikan yang biasa ditonjolkan oleh media penyiaran ialah seperti amalan berbuat
baik kepada ibu bapa, seorang isteri yang taat kepada suami, seorang yang amanah, saling tolong menolong
antara satu sama lain, berusaha menuntut ilmu, sentiasa berterima kasih dan pelbagai lagi mesej yang bukan
sekadar menghibur dan memberi maklumat bahkan mampu mendidik dan membina minda masyarakat.
Namun, tidak dinafikan masih terdapat nilai-nilai negatif yang dipaparkan media penyiaran seperti
mendedahkan aurat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, media penyiaran perlu
mengambil pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif dalam menarik minat masyarakat tanpa memaparkan
nilai-nilai yang bertentangan dengan syariat Islam.
Kesimpulannya, penyiaran Islam mampu membentuk nilai-nilai murni dalam masyarakat dengan
cara mendidik masyarakat supaya menjaga tatasusila serta menghormati kesopanan dan peradaban sesebuah
masyarakat. Oleh itu, media penyiaran perlu mewujudkan dan mengekalkan kestabilan sistem sosial
masyarakat dengan cara tidak memaparkan sub-sub budaya yang bertentangan dengan nilai agama dan
budaya.
iii) Tanggungjawab Sosial
Tanggungjawab sosial bermaksud komitmen atau penyertaan dalam memberi sumbangan terhadap
keperluan sosial masyarakat atau komuniti yang bertujuan ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup
masyarakat. Tanggungjawab sosial menurut perspektif Islam lebih menjurus kepada pendekatan kerohanian.
Pendekatan yang dilakukan ini dapat membantu masyarakat dan mendatangkan kesan yang positif bukan
sahaja kepada masyarakat itu sendiri malah turut memanfaatkan agama, bangsa dan negara. Antara
tanggungjawab sosial yang dijalankan termasuklah menitikberatkan kesihatan masyarakat, keselamatan,
pendidikan, pekerjaan, alam sekitar dan pembangunan ekonomi masyarakat.
39
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Media penyiaran turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan tanggungjawab sosial ini.
Penyiaran Islam khususnya berperanan sebagai pendidik (muaddib) masyarakat agar menjadi knowledge
society. Menurut Azarudin & Khadijah (2015) media penyiaran amat berpengaruh dalam memberi panduan
kepada tingkahlaku masyarakat, mencorakkan kehidupan dan mempengaruhi norma-norma hidup
masyarakat. Mesej-mesej yang disampaikan mampu memberi pelbagai impak seperti menyentuh perasaan
sekaligus mempengaruhi pemikiran dan membawa perubahan dalam tiga aspek yang utama iaitu kognitif,
afektif dan psikomotor. Tugas mendidik ini sangat mulia dan bukanlah mudah untuk dilakukan. Media
penyiaran juga mempunyai kuasa besar dalam membangkitkan minat masyarakat, memberi motivasi dan
rangsangan belajar, mempengaruhi psikologi dan membantu lahirnya kesedaran sivik. Oleh itu, bagi
memastikan tugas mendidik ini berjaya dilakukan, media penyiaran perlu menggariskan program-program
yang lebih berbudaya, berakhlak mulia dan mengandungi nilai-nilai budaya yang baik agar dapat memberi
kesan positif kepada masyarakat. Tanpa pemilihan dan penapisan program secara teliti, dibimbangi
masyarakat akan tersasar dari landasan yang sepatutnya. Bagi memastikan media penyiaran bergerak sebagai
pendidik masyarakat sebenar, penguatkuasaan undang-undang perlu lebih tegas dan tindakan mewujudkan
panel syariah sebagai penasihat juga amat diperlukan (Aminudin, Mohamad Sabri & Nik Yusri, 2009).
Selain berperanan sebagai pendidik, media penyiaran juga menjadi agen maklumat (musaddid)
kepada masyarakat. Media penyiaran menjadi salah satu alat utama untuk mendapatkan maklumat dan
pengetahuan dengan cepat sehingga masyarakat mampu menjadi komuniti yang mempunyai banyak
maklumat selain mewujudkan jaringan sesama komuniti (Azarudin & Khadijah, 2015). Media penyiaran
juga merupakan sumber utama maklumat tentang kejadian yang berlaku di seluruh dunia dan ia berkuasa
membentuk tanggapan masyarakat mengenai banyak hal bahkan ia mampu mempengaruhi seseorang agar
mempercayai bahawa berita yang dipaparkan itu adalah benar. Penyiaran Islam khususnya memainkan
peranan sebagai agen informasi yang menyampaikan maklumat benar tentang Islam dan bertanggungjawab
meningkatkan kefahaman masyarakat tentang Islam. Oleh itu, media penyiaran perlu mengadakan bahan
yang sesuai untuk ilmu pengetahuan am, penerangan am seperti kualiti maklumat, kebenaran, ketepatan dan
kesesuaian serta menghindari mesej-mesej yang boleh memudaratkan masyarakat dan negara.
Tanggungjawab sosial lain yang digalas oleh media penyiaran ialah sebagai pembaharu (mujaddid).
Dalam konteks ini, media penyiaran Islam menjadi penyebar fahaman dan pengajaran amalan Islam.
Menurut Mohd Yusof (2010), hari ini masyarakat awam tidak lagi melihat ajaran Islam melalui apa yang
dinyatakan dalam al-Quran, hadis atau pandangan ilmuwan Islam yang berwibawa, sebaliknya masyarakat
melihat bagaimana media menceritakan dan menerangkan tentang Islam. Media terutamanya media
penyiaran bukan sekadar menyampaikan maklumat dan mesej, tetapi ia juga dapat membentuk tasawur atau
pandangan alam manusia. Segala pandangan, maklumat dan mesej yang disampaikan melalui media
biasanya menjadi perbualan dan rujukan masyarakat awam. Oleh itu, media penyiaran perlu memaparkan
fakta yang benar agar mesej tersebut menjadi lebih bermakna serta bersifat membina pemikiran dan
bukannya meruntuhkan.
Selain itu, penyiaran Islam juga berperanan sebagai penyatu (muwahhid). Media penyiaran dapat
membantu mewujudkan perpaduan, membentuk satu kebudayaan nasional dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum dan membentuk pertalian berdasarkan kepentingan dan minat yang sama tentang sesuatu.
Media penyiaran khususnya penyiaran Islam mampu membina kembali hubungan antara dua pihak yang
bertelagah, mampu menjadi jambatan yang menyatupadukan umat Islam serta dapat memperkukuh integrasi
40
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
nasional. Pengaruh media penyiaran yang memaparkan unsur-unsur keagamaan Islam membolehkan
komuniti bukan Islam memahami nilai sebenar agama Islam dan sedikit sebanyak mengubah persepsi
mereka terhadap agama Islam (Azarudin & Khadijah, 2015). Di samping itu, dalam kehidupan seharian
masyarakat awam yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dapat saling memperkaya fahaman masing-
masing dengan mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan tradisi melalui proses bekerjasama, berkomunikasi
dan hidup bersama-sama.
Media penyiaran juga bertindak sebagai pejuang (mujahid) kerana ia mempunyai peranan sebagai
agen yang membantu mencorakkan masyarakat. Menurut Aminudin, Mohamad Sabri & Nik Yusri (2009)
media memainkan peranan sebagai instrumen pembinaan insan soleh dan solehah melalui mesej yang
dibawa yang mengandungi unsur-unsur kebajikan. Antara peranan penyiaran Islam sebagai mujahid ini ialah
menyebarkan agama Islam, memperjelaskan isu-isu yang berkaitan umat, menggunakan pendekatan
berhikmah dalam menjayakan komunikasi tersebut, menangkis salah faham yang dipaparkan oleh media
barat terhadap agama Islam dan melindungi ummah dari sebarang anasir yang menyesatkan. Oleh itu,
penyiaran Islam perlu memainkan peranan yang positif dalam usaha membentuk komuniti yang bersatu padu
biarpun berbeza pandangan dan agama. Mesej-mesej yang disampaikan mestilah menonjolkan prinsip yang
selari dengan ajaran yang ditetapkan oleh Islam.
Kesimpulannya, media penyiaran yang mempunyai kesedaran sosial mampu membawa pelbagai
manfaat kepada masyarakat dan negara. Masyarakat harmoni dan negara cemerlang dapat diwujudkan
melalui pengaruh positif media penyiaran.
iv) Mentafsir Maklumat Yang Tepat
Antara peranan penyiaran Islam juga adalah mentafsir maklumat yang tepat. Ia merangkumi 3 aspek iaitu:
a) Tujuan maklumat mestilah baik.
Dalam bidang penyiaran maklumat yang disebarkan mestilah bertujuan baik sama ada untuk
memberitahu, menghindari keburukan, menyatupadukan masyarakat dan sebagainya. Daripada Umar al-
Khattab R.A sabda Nabi S.A.W:
“Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung dengan niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan
dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan
keredhaan) Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan RasulNya. Dan sesiapa
yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin
dinikahinya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
b) Meneliti sumber dan jenis maklumat.
Antara perkara yang menggugat ketenteraman awam ialah tersebarnya fitnah dalam masyarakat. Islam
dari awal mengingatkan betapa bahaya fitnah yang tersebar secara meluas. Sehubungan itu, al-Quran
menganjurkan apa jua perkhabaran/ berita atau urusan yang diterima perlu mendapatkan kepastian
daripada pihak yang berwajib terlebih dahulu sebelum disebarkan. Atas sifat integriti juga pihak
bertanggungjawab perlu menjelaskan kebenarannya. Firman Allah S.W.T:
41
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Maksudnya:
Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu
menyiarkannya dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil amri di antara mereka,
tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka
(Rasul dan ulil amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu
mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).
(al-Quran, al-Nisa’: 83)
Imam Ibnu Kathir mentafsirkan ayat tersebut dengan penjelasannya bahawa ayat ini merupakan
suatu bentuk keingkaran ke atas siapa sahaja yang membuat tafsiran sendiri mengenai sesuatu perkara
atau berita sebelum dipastikan kebenarannya lantas disebarkannya kerana kemungkinan apa yang
disebarkannya itu belum pasti kesahihannya (Tafsir Ibn Kathir). Sehubungan dengan itu, Rasulullah
SAW memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang membuat interpretasi sendiri terhadap apa jua
khabar yang diterima tanpa dipastikan atau dirujuk kepada sumber yang sebenar atau tempat seharusnya
dirujuk. Daripada Abu Hurairah RA baginda bersabda:
“Memadailah suatu pembohongan dengan seseorang itu hanya apabila dia menyebarkan dengan apa
sahaja yang ia dengari”
(Hadith Riwayat Muslim)
Begitu juga Syu’bah, seorang cendekiawan Islam muslim menjelaskan:
“Isnad itu adalah sebahagian dari agama, kalau tiada isnad nescaya akan berkatalah sesiapa sahaja yang
dia mahukan”
Kenyataan di atas membuktikan bahawa kita harus prihatin terhadap sesuatu khabar berita yang
diterima dengan cara mempastikan dari mana datangnya khabar tersebut dan siapa yang
menyampaikannya.
c) Memastikan isi maklumat adalah benar.
Menurut Nik Yusri (2015), dalam bidang penyiaran setiap berita yang disiarkan atau dipaparkan perlu
dipertanggungjawabkan. Andai apa yang ditulis/ dipapar dan ditonjolkan memberi keinsafan, kesedaran
serta mengembalikan manusia kepada fitrah kebaikan, pastinya akan diberi ganjaran. Andainya apa yang
dipaparkan berbentuk kebejatan akhlak atau kekeliruan perasaan serta menjauhkan manusia dari fitrah
kebaikan maka pastinya akan menerima akibatnya. Ini dapat difahami dari kenyataan al-Quran melalui
firman Allah SWT:
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji tersiar dalam kalangan
orang-orang yang beriman (dalam kalangan masyarakat), bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di
akhirat. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(al-Quran, al-Nur 24: 19)
42
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Dan hadis daripada Thawban dari Nabi SAW:
Janganlah kamu menyakiti hamba-hamba Allah dan jangan sekali-kali kamu mengaibkan mereka dan
jangan kamu dedahkan aurat mereka, kerana sesiapa yang mencari-cari/mendedahkan keaiban
saudaranya semuslim nescaya Allah juga akan mendedahkan keaibannya hatta Allah dedahkan
keaibannya (yang berlaku) dalam rumahnya.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Kesimpulannya, Islam adalah agama yang amat menekankan keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat. Justeru itu, masyarakat perlu dijaga dan dididik dengan kebenaran dan kebaikan dan tidak
didedahkan dengan kemungkaran serta kemaksiatan melalui maklumat yang disampaikan.
v) Menyediakan kepelbagaian dan variasi
Di Malaysia terdapat dua media penyiaran yang memainkan peranan penting dalam menjadi penggerak
kepada penyampaian maklumat kepada masyarakat iaitu media televisyen dan radio. Televisyen dan radio
yang pada awalnya menjadi alat utama bagi badan kerajaan bagi tujuan penyampaian mesej-mesej
pembangunan. Segala rancangan program televisyen dan radio disusun bagi memenuhi keperluan setiap
lapisan masyarakat dan sebagai alat hiburan dan juga pendidikan. Oleh itu, rancangan-rancangan agama di
radio dan televisyen disasarkan untuk memenuhi beberapa objektif seperti berikut:
i) Untuk menguatkan akidah umat Islam supaya dapat mengelak daripada pengaruh ajaran yang
bertentangan dengan Islam dalam konteks membasmi ajaran sesat.
ii) Untuk memupuk semangat cintakan Allah, Rasul dan negara dalam konteks mukmin yang
sebenar.
iii) Memupuk semangat perpaduan, muhibah dan toleransi dalam konteks Islam agama untuk
kesejahteraan.
iv) Mendorong umat Islam kuat berusaha, berdikari dan mengejar setiap lapangan kemajuan dalam
konteks Muslim yang kuat dan maju lebih diredhai oleh Allah dari Muslim yang lemah.
v) Memupuk nilai-nilai kerohanian yang murni supaya tidak dipesongkan oleh nilai-nilai yang
bertentangan dengan Islam dalam konteks kesempurnaan ajaran Islam dan tidak ada ajaran lain
yang mengatasi kemampuannya.
vi) Untuk menyerap kepercayaan tentang keluhuran Islam dengan menekankan konsep ‘al-Din’
atau ‘The Way of Life’ berasaskan agama Islam itu sentiasa sesuai dengan sebarang masa,
keadaan dan tempat.
43
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Lazimnya setiap rancangan agama adalah untuk menguatkan syiar Islam. Antaranya ialah untuk:
i) Iktikad atau kepercayaan
ii) Ibadat dan kemasyarakatan
iii) Akhlak atau budi pekerti
iv) Sejarah Islam
v) Falsafah
Menurut Monika & Nik Mohd Zaim (2014) media penyiaran di Malaysia juga turut mengalami
perkembangan dari semasa ke semasa. Semuanya menyajikan pelbagai program kepada setiap lapisan
masyarakat bermula dari kanak-kanak sehinggalah untuk orang dewasa. Program agama turut disajikan
kepada masyarakat bagi tujuan pendidikan dan penyebaran ilmu.
Justeru, program-program keislaman di televisyen perlu selari dengan konsep al thabat (tetap) dan
murunah (fleksibel) yang dianjurkan oleh Islam. Penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan Islam
dilihat sebagai satu perubahan yang mengikut peredaran masa dan sesuai di alaf-21 ini. Malah media
penyiaran Islam dilihat semakin mendapat perhatian dan mencetuskan fenomena positif dalam kalangan
masyarakat. Menurut Dr. Muhyiddin Abdul Halim, media Islam berperanan untuk menggalas
tanggungjawab dan matlamat seperti yang berikut:
i) Memantapkan media massa ummah dengan memberi kefahaman hakikat agama Islam untuk
melindungi masyarakat Islam dari segi kejahilan terhadap ajaran agama.
ii) Membentuk suasana media massa yang sesuai dengan tuntutan agama, membentuk akhlak,
khususnya golongan belia untuk melahirkan generasi yang beriman dan cintakan negara dengan
mengukuhkan asas kebenaran, kebaikan, keutamaan dan menerapkan nilai-nilai Islam.
iii) Menentang pengaruh fahaman kebendaan yang menjadi budaya zaman moden kini yang
menguasai pemikiran serta mencorakkan tindak balas mereka terhadap pelbagai isu.
iv) Memperbaiki interaksi dan komunikasi antara sesama manusia.
v) Memperkukuh kecenderungan dalam melaksanakan ibadat.
vi) Membanteras keyakinan palsu dan salah faham yang tersebar dalam kalangan masyarakat
dengan menonjolkan tafsiran keilmuan yang betul terhadap hakikat Islam.
vii) Menggunakan konsep agama untuk meyakinkan masyarakat mengenai idea-idea baharu dan isu-
isu semasa yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
viii) Menggunakan hakikat dan fakta-fakta keagamaan, membimbing media massa ummah secara
yang tepat dengan cara mempengaruhi pemikiran dan hati budi mereka.
Kini Malaysia sudah terdapat media penyiaran yang berobjektifkan semata-mata untuk penyebaran ilmu
Islam iaitu TV Alhijrah, Astro Oasis, Radio IKIM dan Radio SALAM.fm. Keempat-empat media penyiaran
44
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
ini memainkan peranan masing-masing dalam menggalas tanggungjawab bagi menyebarkan ilmu Islam
kepada masyarakat. Terdapat kepelbagaian dan variasi yang disediakan oleh keempat-empat stesen TV dan
radio ini merangkumi program-program untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Hal ini selari dengan tujuan
dan matlamat penubuhan bagi setiap media penyiaran tersebut dan keberadaan stesen televisyen dan radio
Islam ini di Malaysia memudahkan masyarakat untuk memahami ilmu Islam itu sendiri yang ternyata
merangkumi kesemua aspek kehidupan seperti akidah, syariah dan akhlak serta bagi mencapai matlamat
akhir bagi seseorang Muslim itu iaitu mendapat keredaan Allah SWT dan kesejahteraan kehidupan yang
hakiki.
45
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TOPIK 9: PENYIARAN ISLAM SEBAGAI MEDIUM DAKWAH
Oleh:
Ainul Farhaan Harun
Pengertian dakwah
Dakwah berasal dari bahasa Arab yang menjadi bentuk masdar yang bererti seruan, ajakan, atau panggilan.
Seruan yang digunakan dalam dakwah bertujuan untuk mengajak seseorang baik dalam melakukan sesuatu
kegiatan atau dalam merubah pola serta kebiasaan hidup.
Pengertian Dakwah Secara Terminologi
Dakwah diertikan sebagai usaha yang dilakukan oleh seorang pendakwah agar kembali ke jalan yang benar.
Dalam pembahasan ini pendakwah merujuk pada seseorang muballigh atau penceramah yang
menyampaikan dakwah.
Dakwah juga boleh digunakan dalam menyampaikan ancaman yang diberikan ketika seseorang tidak
melakukan sesuatu yang baik mengikut landasan agama.
Dakwah atau seruan ini dalam bentuk lisan mahupun perbuatan. Dengan kaedah dan metod yang pelbagai.
Syeikh Ali Mahfud menjelaskan bahawa dakwah adalah suatu proses pemberian motivasi kepada individu
untuk melakukan kebaikan. Seruan dalam dakwah adalah berlandaskan kepada melakukan kebajikan dan
mencegah daripada kemungkaran. Tujuan dari pelaksanaan ini adalah untuk mencapai kebahagiaan dunia
dan akhirat.
Pengertian dakwah menurut tokoh Islam
Dakwah menurut Abdul Karim Zaidan (1980) adalah bermaksud “Seruan kepada Allah S.W.T. iaitu seruan
ke arah agama Allah iaitu Islam”. Beliau juga membahagikan dakwah kepada empat rukun yang utama iaitu
maudhu’ dakwah iaitu Islam, da’ie iaitu pendakwah, mad’ue iaitu sasaran dakwah dan uslub dakwah iaitu
gaya atau cara dakwah disampaikan.
Dr Ahmad Ahmad Ghallush (1978) mentakrifkan dakwah dari sudut bahasa bermaksud “percubaan
atau perbuatan sama ada dari segi pergerakan atau kata-kata untuk menarik perhatian manusia terhadapnya”.
Manakala dari sudut istilah pula bermaksud: Suatu ilmu yang melibatkan seni penyebaran dan penyampaian
Islam terhadap manusia yang meliputi seluruh ilmu Islami iaitu merangkumi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
Dr.Yusuf al-Qaradawi (1978) memberi penjelasan lebih mendalam iaitu dakwah sebagai usaha
membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala
46
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
ketetapanNya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat
kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang
terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan
dan mencegah segala kemungkaran, dan berjihad pada jalan-Nya.
Daripada tiga definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa usaha dakwah ialah suatu usaha menyeru
manusia daripada kegelapan dan kesesatan kepada cahaya dan kebenaran, tidak membiarkan manusia
daripada terus menerus berada dalam kejahilan.
Penggunaan Kata Dakwah dalam Al -Quran.
Bahasa dakwah penting untuk difahami, kerana ianya dapat membimbing pendakwah dalam menyampaikan
dakwah secara lebih tepat, disesuaikan dengan keadaan mad’u yang dihadapi. Pemilihan kata-kata yang tepat
ketika berdakwah, diklasifikasikan al-Quran dalam beberapa bentuk sesuai dengan mad’u yang dihadapi.
Penggunaan kata dakwah di dalam Al-Qur'an memiliki fungsi dan peranan yang berbeza. Kata dakwah di
dalam Al-Qur'an digunakan sebanyak 198 kali dan perkataan dakwah juga merujuk kepada beberapa
pengertian. Perkataan dakwah dalam Al-Quran digunakan dalam bentuk:
1. Dakwah sebagai ajakan
Perkataan dakwah merujuk kepada ajakan yang dilakukan oleh seseorang agar orang lain mengikuti
keinginannya. Ajakan tersebut adalah melalui ceramah atau nasihat secara individu agar seseorang
bersedia untuk melakukan apa yang dikehendaki si pendakwah. Dalam hal ini, baik atau buruknya isi
sesuatu dakwah bergantung kepada si penyampai. Surah An-Nahl ayat 125 menjelaskan bahawa
serulah kepada mereka agar menjadi bijak dan belajar dalam hal kebaikan.
2. Dakwah sebagai doa
Nabi Nuh adalah nabi yang berdakwah dengan salah satu cara berdoa kepada Allah. Tujuan doa yang
disampaikan oleh nabi Nuh adalah supaya umatnya dapat kembali ke jalan yang benar sehingga Allah
tidak menjatuhkan hukuman kepada kaumnya berupa banjir yang sangat besar. Berdasarkan situasi
tersebut, perkataan dakwah dapat juga diertikan sebagai usaha yang dilakukan seseorang agar doa yang
disampaikan kepada Allah S.W.T dimakbulkan.
Kaedah dakwah
Kaedah yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti dakwah tertumpu kepada kebijaksanaan,
kemahiran melaksanakan penerangan dan penyusunan program dengan tersusun rapi. Dalam uslub dakwah
pula mengandungi wasilah yang bersifat kebendaan berbentuk alat-alat ataupun saluran yang bersesuaian
untuk menjalankan sesuatu aktiviti dakwah (Abdul Ghafar Don & Hailan b. Salamon, 2009). Dalam al-
Quran, Allah telah menggariskan 3 kaedah (metod) yang baik dalam menjalankan dakwah sebagaimana
firman Allah yang maksudnya:
47
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara
yang lebih baik;
(al-Quran, al-Nahl: 125)
Allah telah mengemukakan cara dakwah yang harus dilakukan oleh setiap pendakwah, iaitu dengan cara bi
al-hikmah, al-mauizah al-hasanah (nasihat yang baik), dan al-mujadalah al-husna (perbincangan, dialog
dan perbahasan yang terbaik). Ketiga-tiga cara tersebut merupakan asas utama kepada metodologi dakwah.
Dalam mengaplikasi asas metod dakwah tersebut, adalah amat penting berdasarkan bentuk dan gaya
persembahan isi yang selaras dengan minat dan kegemaran sasaran dengan tujuan mempengaruhi mereka.
Kaedah pada gaya persembahan isi ialah bentuk sesuatu isi atau mesej dipersembahkan atau disampaikan
kepada sasaran. Isi dakwah yang terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak perlu disampaikan mengikut
kesesuaian sasaran. Al-Quran dan hadis juga telah mengemukakan gaya persembahan isi dengan bentuk
yang pelbagai. Ab. Aziz Mohd Zin (2005: 136) menyatakan bentuk-bentuk tersebut sama ada dalam bentuk
biasa, mengajak berfikir, cerita, perbandingan, keras, pujukan, ransangan dan lain-lain yang bertujuan
supaya dapat membangkitkan minat dan pengaruh kepada sasaran terhadap mesej atau maksud dari
kandungan atau isi yang disampaikan.
Terdapat banyak ayat di dalam Al Quran yang menyatakan secara jelas tentang dakwah dari pelbagai aspek
(Ibrahim al Diib, 2004 ) antaranya:
Firman Allah SWT:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah
mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang
siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat
petunjuk"
(al Quran, al-Nahlu: 125)
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf,
dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah
itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah
orang-orang yang fasik”.
(al Quran, Ali Imran: 110)
“Dan jika kamu berpaling niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka
tidak akan seperti kamu ini”.
(al Quran, Muhammad: 38)
48
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Jenis-jenis dakwah
1. Fiqhud-dakwah
Fiqhud dakwah bermaksud proses memahami aspek serta tatacara yang berkaitan dengan dakwah, tujuan ini
adalah menyampaikan suatu khabar atau seruan dengan cara-cara yang benar sehingga terhindar dari
perbuatan fasik. Anjuran dalam menyampaikan dakwah yang sesuai dengan kebenaran Islam dalam
menyampaikan risalah al-Islamiyah.
2. Dakwah fardiah
Dakwah fardiah adalah suatu kaedah dakwah yang ditujukan kepada individu atau kelompok kecil dan
disampaikan secara terbatas. Dakwah fardiah biasanya disampaikan secara tidak formal dan tidak
berstruktur. Kaedah dakwah ini adalah seperti menasihati orang lain ketika melakukan kesalahan secara
langsung dalam bentuk teguran atau contoh dalam melakukan sesuatu. Menziarahi orang yang sakit,
memberikan ucapan selamat atau tahniah seperti acara kelahiran juga boleh dikategorikan dalam dakwah
fardiah.
3. Dakwah ammah
Dakwah ammah adalah satu kaedah berdakwah dengan cara menyampaikan sesuatu secara lisan kepada
kelompok yang ramai. Tujuan dakwah ammah adalah untuk menanamkan kefahaman agar orang yang
mendengar terpengaruh dengan ucapan yang disampaikan. Contohnya ceramah atau khutbah.
4. Dakwah bil-lisan
Dakwah bil-lisan merupakan kaedah dakwah yang dijalankan secara lisan. Kata lisan merujuk pada kata
ceramah atau komunikasi menggunakan lidah atau ucapan. Dakwah jenis ini menjadi lebih berorientasikan
kepada ceramah dan pidato.
5. Dakwah bil-haal
Dakwah bil-haal merupakan kaedah dakwah dengan memberikan contoh melalui perbuatan secara langsung.
Kaedah dakwah ini bertujuan menjadi teladan kepada individu atau masyarakat hasil dari sikap dan
perbuatan terpuji para pendakwah. Beberapa kajian dari aspek psikologi menyatakan dakwah bentuk ini
lebih memberi kesan dan pengaruh yang tinggi berbanding dakwah melalui lisan.
6. Dakwah bit-tadwin
Dakwah bit-tadwin adalah kaedah dakwah yang dilakukan melalui penulisan. Kaedah dakwah ini
disampaikan berkisar kepada penulisan–penulisan yang positif dalam menyeru ke arah yang positif.
49
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Penulisan tersebut disalurkan melalui pelbagai media-media yang popular seperti majalah, blog, laman web
dan juga media sosial.
7. Dakwah bil hikmah
Dakwah bil hikmah adalah teknik menyampaikan dakwah atau seruan secara bijaksana. Iaitu, dengan
memberi kesempatan bagi para pendengar untuk mengambil keputusan sendiri dan tidak melalui paksaan
sehingga pelaku benar-benar melakukan perubahan ke arah jalan positif kerana Allah. Kaedah dakwah ini
adalah paling sulit namun paling bermakna, biasanya ditujukan pada mereka yang belum memeluk agama
Islam.
Etika dakwah
Beberapa prinsip yang harus dijadikan sebagai garis panduan etika dalam berdakwah.
a) Memahami hakikat dakwah dan apa yang diajarkan dengan landasan ilmu yang benar. Hal ini sesuai
dengan petunjuk al-Quran dalam surah Yunus ayat 108 iaitu:
Katakanlah “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu (Al-Quran) dari tuhanmu sebab
itu barang siapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya
sendiri. Dan barang siapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatan itu mencelakakan dirinya
sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap hidup dirimu”.
b) Etika dakwah yang juga sebagai prinsipnya adalah tidak memaksa kehendak. Hal ini mengingat
ketetapan Allah dalam banyak ayat Al-Qur’an surah Yunus ayat 99.
“Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi
seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang
yang beriman semuanya”
c) Jangan mempersulit masalah dan berusaha untuk memudahkan sesuatu perkara. Hal ini ditetapkan
Allah dalam firmannya di surah Al-Baqarah ayat 145. “Allah menghendaki kemudahan bagi kalian
dan tidak menghendaki kesukaran dirimu”.
Di samping itu, ada beberapa prinsip yang harus dijadikan acuan etika dalam berdakwah. Dalam
proses berkomunikasi dakwah, seseorang pendakwah wajib mempertimbangkan kewajaran sesuatu pesanan
yang disampaikan kepada mad’u. Misalnya pesanan yang boleh menyinggung perasaan umat beragama,
suku, ras dan golongan tertentu. Al Quran banyak menyarankan kepada etika berkomunikasi yang baik dan
berkesan dalam menjalankan dakwah.
Selain itu, dakwah juga amat berkait rapat dengan komunikasi. Oleh yang demikian, enam prinsip
berkomunikasi yang sepatutnya menjadi panduan bagi seorang da’i dalam menyampaikan dakwah. Selari
dengan pandangan Ahmad Mubarak (2000: 251), yang menyebut istilah-istilah tersebut dengan ‘Bahasa
Dakwah’. Bahasa dakwah yang harus difahami oleh setiap pendakwah itu adalah:
50