The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noursalsabila, 2022-08-21 23:48:39

DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

buku rujukan bagi kursus DUA6022

Keywords: DUA6022

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

a. Qaulan layyina

Perkataan qaulan layyina terdapat dalam surah Toha (20): 44, dalam rangkaian kisah Nabi Musa ketika
menghadap Firaun.

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka
berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia
ingat atau takut”.

Dalam perspektif ini, ayat di atas menunjukkan bahawa berdakwah kepada penguasa zalim seperti
Firaun hendaklah menggunakan bahasa dakwah qaulan layyina. Dalam bahasa Arab, perkataan layyin
mengandungi maksud berlawanan daripada kasar, iaitu halus dan lembut.

Dengan demikian dakwah qaulan layyina dapat difahami sebagai dakwah dengan kata-kata yang
lemah-lembut, iaitu kata-kata yang dirasakan oleh mad’u sebagai sentuhan yang halus, tanpa mengusik atau
menyentuh kepekaan perasaannya. Melalui perkataan yang lemah lembut, orang yang zalim dan kasar tidak
akan diberi peluang untuk menunjukkan kekasarannya, sehingga sekurang-kurangnya ada masa untuk
berkomunikasi dengan da’i. Kekuatan pendekatan lemah lembut yang sejuk, sekurang-kurangnya tidak
membuat marah penguasa zalim yang sedang menjadi mad’u, jika pada peluang yang pertama belum
berkesan menyedarkannya; paling tidak, boleh memberi waktu kepada penguasa untuk merenungnya.

Dialog panjang antara Musa dan Firaun dalam QS. Toha:42-49, menggambarkan tajamnya sikap lemah-
lembut seruan Musa, sehingga tidak memberi peluang kepada Firaun untuk bertindak terlebih dahulu dengan
melakukan kezaliman, tetapi mesti mengikuti rentak Nabi Musa (Ahmad Mubarok, 2000: 25).

b. Qaulan Baligha

Perkataan qaulan baligha yang dapat diterjemahkan menjadi perkataan yang membekas dalam jiwa terdapat
dalam al-Quran Surah al-Nisa (4): 63:

“Mereka itu adalah orang-orang yang rahsia hatinya diketahui Allah swt, kerana itu berpalinglah
kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang
berbekas pada jiwa mereka”.

Ayat di atas berkenaan dengan orang-orang munafik yang di hadapan Nabi Muhammad berpura-
pura baik, tetapi di belakang, mereka menentang dakwah nabi. Bagi orang yang berkarakteristik munafik,
perkataan lemah lembut tidak akan membekas ke dalam jiwanya, penyampaian dakwah yang tepat untuk
orang munafik bukan yang indah dan lembut, tetapi yang baligh.

Perkataan dakwah yang sesuai bagi orang munafik adalah perkataan yang tajam, pedas, tetapi benar,
baik dari segi bahasa, mahupun kesuluruhannya. Sebenarnya tingkah laku munafik sangat sukar diubah,
meskipun demikian dengan qaulan baligha, paling tidak orang munafik dibuat tidak dapat berkata-kata dan
menjadi kelu di depan da’i. Kepentingan qaulan baligha bagi mad’u orang munafik, bukan hanya untuk
membelenggu tingkah laku mereka, tetapi juga untuk penggunaan mad’u secara umum, agar mereka tidak
mudah dihasut oleh hasutan orang munafik. Dalam surah al-Baqarah: 8-20 merupakan contoh ayat yang

51

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

sangat tajam, tetapi benar menyangkut orang munafik, perintah al-Quran untuk bersikap keras kepada orang
kafir dan munafik secara tegas disebut dalam surah at-Taubah (9), 73:

“Wahai Nabi, lawanlah orang kafir dan munafik itu, bersikap keraslah terhadap mereka, tempat mereka
adalah jahanam, iaitu seburuk-buruk tempat kembali”.

c. Qaulan Maysura

Kalimah Qaulan Maysura terdapat dalam surah al-Isra’(17): 28.

“Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhan-Mu yang kamu
harapkan, maka katakanlah kepada mereka ucapan yang pantas”.

Dalam bahasa Arab kalimah maysura yang berasal dari kata yasara ( ‫ ) �ﺴﺮ‬erti mudah, lawan dari ma’sura (
‫) ﻣﻌﺴﻮرا‬, yang ertinya sukar, jika maysura menjadi sifat dari Qaul, maksudnya adalah perkataan yang mudah
diterima dan yang pantas didengar.

Qaulan Maysura menurut Jalaluddin Rahmat (1992), sebenarnya lebih tepat diertikan ucapan yang
menyenangkan, mempunyai hal-hal yang menggembirakan (Jalaluddin Rahmat, 1992: 91). Para ahli
komunikasi menyebut terdapat dua bentuk komunikasi. Ketika kita berkomunikasi, kita bukan hanya
menyampaikan isi (content), kita juga mendefinisikan hubungan sosial (relations) di antara kita. Isi yang
sama dapat mendekatkan da’i, atau menjauhkannya, menimbulkan persahabatan atau permusuhan. Bentuk
komunikasi yang kedua ini sering disebut metakomunikasi (Mafri Amir, 1999: 91). Salah satu prinsip etika
komunikasi dalam Islam ialah setiap komunikasi harus dilakukan untuk mendekatkan manusia dengan
tuhannya dan hamba-Nya yang lain. Meskipun komunikasi di atas lebih berbentuk dalam suasana tatap
muka, namun kehangatan komunikasi serta ungkapan lemah lembut, mudah difahami juga berlaku pada
dataran komunikasi massa.

d. Qaulan Karima

Kalimah qaulan karima terdapat dalam ayat yang mengajarkan etika pergaulan manusia kepada orang
tuanya yang sudah lanjut usianya, iaitu pada al-Quran surah al-Isra (17), 23:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat
baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut
dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya
perkataan “ah” dan janganlah engkau memaki keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya
perkataan yang baik”.

Surah al-Isra’ dan dua ayat seterusnya menunjukkan tatacara dan adab pergaulan dengan orang tua.
Seorang anak diperintah untuk berbuat baik kepada orang tuanya, dan jika salah seorang atau keduanya
lanjut usia mereka, maka janganlah berkasar dengan mereka, jika terpaksa menegur, maka haruslah menegur
dengan qaulan karima, iaitu dengan perkataan yang mudah dan lembut. Inilah tuntutan komunikasi dalam
Islam pada manusia yang posisinya lebih rendah kepada orang lain yang posisinya lebih tinggi. Apatah lagi

52

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

kepada orang tua sendiri yang sangat besar jasanya dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya.
Qaulan karima menyifatkan satu prinsip utama dalam etika komunikasi Islam iaitu penghormatan.
Komunikasi dalam Islam harus memperlakukan orang lain dengan penuh rasa hormat.

Oleh kerana itu, berdakwah kepada mereka seharusnya dengan penuh kelembutan. Jika orang kafir
mudah menentang dakwah kerana didorong oleh keingkarannya, maka orang tua yang lanjut usianya tidak
mudah menerima teguran yang keras kerana melemahkan kemampuan respon psikologi yang disebabkan
usianya yang lanjut.

e. Qaulan Sadida

Manusia di samping memiliki sikap dan watak yang berbeza-beza, juga memiliki kesamaan yang bersifat
universal. Pendekatan kepada manusia boleh dilakukan dengan pendekatan khusus, jika manusia itu
memiliki kekhususan yang menonjol, tetapi manusia sebagai kesatuan yang berbeza dengan kesatuan haiwan
adalah sebuah kesatuan entiti yang memiliki kesamaan ciri umum. Di antara ciri umum itu adalah
kemampuannya berfikir logik, manusia dalam pengertian di atas dapat diubah tingkah lakunya dengan
pendekatan-pendekatan yang logik, dalam perspektif ini al-Quran menyebut istilah qaulan sadida yang dapat
diterjemahkan sebagai perkataan yang lurus atau benar. Kalimah Qaulan Sadida disebut dua kali dalam al-
Quran, iaitu dalam surah an-Nisa ayat 9 dan al-Ahzab ayat 70-71.

“Wahai orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah swt dan katakanlah perkataan yang
benar, nescaya Allah swt memperbaiki bagimu amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-
dosamu, dan barangsiapa mentaati Allah swt dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapatkan kemenangan yang besar”.

(al-Quran, al-Ahzab: 70-71).

Menurut Ibn Manzhur dalam lisan al-Arab, perkataan sadid yang dihubungkan dengan qaul mengandungi
maksud berkaitan sasaran (‫( ) ﻳﺼيﺐ اﻟﻘﺼﺪ‬Ibnu Manzhur, tt: 1970), jadi mesej dakwah yang secara psikologi
menyentuh mad’u – sesiapapun mad’unya- adalah jika mesej yang disampaikan itu benar, baik dari segi
logik mahupun bahasa, dan disampaikan dengan ketakwaan.

f. Qaulan Ma’rufa

Salah satu pengertian ma’rufa secara etimologis adalah al-khair atau al-ihsan, yang bermaksud yang baik-
baik. Jadi qaulan ma’rufa mengandungi pengertian perkataan atau ungkapan yang baik dan pantas. Dalam
al-Quran ungkapan qaulan ma’rufa ditemukan pada empat tempat:

 Pertama surah al-Baqarah 2: 235; dalam ayat ini perkataan qaulan ma’rufa mengandungi pengertian
antara lain rayuan halus terhadap seorang wanita yang ingin dipinang, jadi ini komunikasi etis dalam
menimbang perasaan wanita, apatah lagi wanita yang diceraikan suaminya.

 Kedua dan ketiga, surah al-Nisa 4: 5; dalam ayat ini qaulan ma’rufa membawa pengertian
pembicaraan yang pantas bagi seseorang yang belum dewasa atau orang dewasa tetapi tergolong
bodoh. Kedua orang ini tentu tidak bersedia menerima perkataan bukan ma’ruf, kerana otaknya
belum bersedia menerima apa yang disampaikan, justeru yang menonjol adalah emosinya,
sedangkan pada ayat 8 dalam surah yang sama lebih mengandungi erti bagaimana menanggung

53

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

perasaan keluarga, anak yatim dan orang miskin yang hadir sewaktu membahagikan harta warisan.
Mereka tidak termasuk dalam senarai yang berhak menerima warisan, namun Islam mengajarkan
agar mereka diberi sekadarnya dan disandarkan dengan perkataan pantas.

 Keempat, surah al-Ahzab 23: 32, dalam ayat ini qaulan ma’rufa bererti tontonan pada wanita (isteri
Rasulullah), agar bercakap yang perlu sahaja, tidak perlu bermanja-manja, tersipu-sipu, bersikap
berlebihan yang akan mengundang berahi lelaki lawan bicara (Mafri Amir, 1999: 86). Jalaluddin
Rahmat (1992), menjelaskan bahawa qaulan ma’rufa bererti pembicaraan yang bermanfaat,
memberikan pengetahuan, mencerahkan pemikiran, menunjukkan pemecahan kesulitan. Kepada
orang lemah, bila kita tidak dapat membantu secara material, kita harus memberikan bantuan
psikologis (Jalaluddin Rahmat, 1992):

Berkomunikasi yang baik sebagaimana digambarkan ayat di atas adalah bagaimana seseorang
melakukan penolakan secara halus. Sementara maksud pemberian maaf di sini adalah bagaimana seseorang
dapat memaafkan tingkah laku yang kurang sopan dari si peminta. Apabila disampaikan melalui bahasa
tulisan, hikmah dapat menjelma sebagai tulisan yang baik, menarik, mudah difahami, menggunakan bahasa
yang sederhana dan dapat membangkitkan semangat pembaca untuk melakukan kebaikan sebagaimana yang
tersurat pada tulisan tersebut.

Selain itu, terdapat beberapa etika dakwah yang perlu diberi penekanan dalam menyampaikan
dakwah. Antaranya adalah:

1) Memiliki ilmu pengetahuan

Para pendakwah mesti mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta tidak harus berhenti daripada
belajar dan menimba ilmu pengetahuan. Ini menjadikan idea tidak kering dan minda akan sentiasa terjana
dengan baik di bawah kawalan rohani. Dalam kondisi masyarakat yang berbilang kaum dan agama di
Malaysia, pendakwah harus memiliki ilmu dan kefahaman mengenai silang budaya. Ilmu berkaitan
komunikasi dan psikologi juga boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada pendakwah. Kemampuan
memahami dan berinteraksi dengan masyarakat akan memudahkan lagi proses dakwah.

2) Menjadi role model

Pendakwah perlu menjaga adab dari segi percakapan, penulisan dan juga sikap. Ini kerana mereka sentiasa
menjadi role model kepada masyarakat. Misalnya apabila berlaku tuduh–menuduh atau perlabelan sesuatu,
mereka seharusnya menunjukkan perlakuan mulia menerusi percakapan mahupun penulisan serta sopan
dengan memelihara kehormatan dan adab sebagai golongan yang memiliki ilmu. Rasa hormat yang tinggi
dari masyarakat kepada pendakwah hendaklah dijaga dan dipelihara.

Seorang pendakwah juga hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah
melalui contoh teladan akhlak yang baik akan menjadi ikutan (qudwah hasanah) masyarakat. Sikap seperti
benar dalam percakapan, penuh rasa tanggungjawab, menepati janji, pemaaf, toleransi juga perlu wujud
dalam diri pendakwah.

54

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

3) Bersikap sopan

Kesopanan seorang pendakwah harus dijaga merangkumi perbuatan ataupun perkataan, cara mengenakan
pakaian, dan bentuk serta cara berpakaian. Ia harus dijaga sebaik mungkin, agar masyarakat menghormati
pendakwah tersebut. Etika dan cara berpakaian serta bentuk pakaian yang dikenakan harus dijaga dengan
sebaik mungkin dan tidak mencolok mata. Haruslah diingat bahawa pendakwah berperanan sebagai
penyampai ajaran kebenaran Islam, maka pakaian yang dikenakan mesti selari dengan syariat yang
ditetapkan dalam Islam iaitu menutup aurat, bersih dan sentiasa kemas. Hal ini sekaligus memberikan
persepsi yang baik dari masyarakat kepada pendakwah.

4) Jujur

Dalam menyampaikan aktiviti dakwah, seseorang itu hendaklah menyampaikan ilmu atau informasi dengan
jujur, seorang pendakwah juga harus menyampaikan sesuatu yang keluar dari lisannya harus sesuai dengan
perbuatannya, seorang pendakwah tidak boleh berkata bohong, apalagi sengaja berbohong dalam suatu tema
atau topik yang dibicarakan. Etika dalam berdakwah dengan mengambil kira prinsip–prinsip yang
dinyatakan penting untuk memastikan keberkesanan penyampaian dakwah.

Medium dakwah di Malaysia

Pada peringkat awal penyiaran di Malaysia, rancangan berunsurkan Islam hanya pada skala yang kecil dan
amat terhad berbanding rancangan–rancangan hiburan. Berdasarkan data yang diperolehi dari Jabatan
Penyiaran Malaysia, rancangan berbentuk kerohanian dan keagamaan mula disiarkan di radio pada awal
tahun 1960.

Walaubagaimanapun, menurut J.A Lent, terdapat arahan dari kerajaan supaya laungan azan
dikumandangkan oleh Radio Malaysia. Begitu juga dengan bacaan al-Quran pada permulaan dan penutup
rancangan.

Penggunaan media sebagai medium dakwah terus berkembang pesat pada penghujung tahun 1960
atas permintaan masyarakat Islam di Malaysia yang inginkan rancangan berbentuk kerohanian.
Pada tahun 1971, terdapat tiga belas buah rancangan agama yang disiarkan oleh Radio Malaysia antaranya
adalah Islam dan Masyarakat, Pendidikan Islam, Sinar Islam, Fardhu Jumaat, Kandungan Kitab Suci,
Kursus Al-Quran, Nasyid, Selintas Kisah, Renungan Sepintas Lalu, Berkat Illahi, Doa, Azan dan Bacaan al-
Quran.

Skop medium dakwah pada permulaan perkembangannya lebih tertumpu kepada televisyen dan
radio sahaja. Namun, perkembangan dan penyebaran dakwah kini adalah seiring dengan kepesatan teknologi
dan media massa. Terdapat pelbagai medium dakwah di negara kita dan ianya berkembang pesat mutakhir
ini.

Ledakan teknologi komunikasi pada masa kini membawa fenomena baru dalam bentuk komunikasi
manusia apabila fokus kini tertumpu kepada penggunaan media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan.

55

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Malah, penggunaan media sosial telah menjadi aktiviti yang popular di laman sosial (Socialnomics.net,
2012). penggunaan media sosial ini meliputi tuntutan pelaksanaan dakwah yang harus menggunakan
pelbagai metod mengikut kesesuaian zaman. Kebanjiran media sosial seperti Facebook dan Twitter dilihat
memberi peluang yang meluas terhadap penyebaran mesej dakwah kerana sifatnya yang pantas dan lebih
global. Ini jelas apabila terdapat pendakwah-pendakwah tersohor turut menjadikan media sosial sebagai
wadah penting penyebaran mesej dakwah mereka. Selain itu, berdakwah merupakan satu tuntutan dan
tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam dengan menitikberatkan konsep amar
makruf nahi mungkar (Zulkiple, 2001).

Antara medium dakwah yang sangat popular pada masa kini adalah:

MEDIA ELEKTRONIK

Media penyiaran Media baharu Gajet

TV Laman sosial Mobile Messenger
Facebook, Twitter,
- TV1, TV2, TV3, Tv9, TV WhatsApp, Line, FB
Hijrah, Astro Oasis Instagram Messenger, We Chat, Viber,

Radio Web TV, Blog, Website Keek

Ikim,fm, Salam,fm

Kemunculan media–media kini terutamanya media sosial seperti facebook, blog, twitter mahupun
instagram telah mewujudkan satu peluang baru dalam kalangan pendakwah disebabkan sifatnya yang
menarik, pantas dan sangat interaktif. Dengan ciri-ciri tersebut, media sosial dilihat mampu memberi impak
yang maksima terhadap aktiviti dakwah seterusnya mempengaruhi minat masyarakat agar lebih dekat
dengan mesej dakwah Islamiah.

56

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

BAB TIGA

CABARAN KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN DALAM ISLAM

Keprihatinan
sosial

Integrasi Konsep
budaya dalam persaudaraan

perayaan i) HUBUNGAN
SESAMA
MANUSIA

Batas-batas Konsep
pergaulan kejiranan

Rajah 3.1: Cabaran komunikasi & Penyiaran Islam (Hubungan sesama manusia)

57

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 10: KONSEP PERSAUDARAAN

Oleh:
Jamilah Ismail

Pengenalan

Islam menyatakan bahawa seluruh kaum muslimin adalah bersaudara iaitu berasaskan kejadian manusia
pertama yang dijadikan oleh Tuhan iaitu Nabi Adam A.S. Bertitik tolak daripada manusia pertama itulah
berkembang ke seluruh dunia sehingga sekarang. Persaudaraan secara umumnya adalah tanpa mengambil
kira kelompok, warna kulit dan sebagainya.

Konsep persaudaraan dapat didefiniskan kepada 2 bahagian:

1- Persaudaraan dari segi bahasa adalah terjemahan daripada perkataan Arab iaitu “ukhuwah” yang
berasal daripada kata “akhun” yang membawa maksud sahabat, teman, saudara dan sebagainya.

2- Persaudaraan dari segi istilah pula ialah perasaan kasih sayang, tolong-menolong, bertolak ansur
dan bermesra antara sesama umat Islam (Mustafa, 1982).

3- Persaudaraan ialah kesatuan hati, fikiran perasaan satu dan sama (Muhammad ‘Abdullah, 1990).

4- Al-Quran menjelaskan “ukhuwwah” membawa maksud persaudaraan seagama Islam dan
persaudaraan yang terjalinnya bukan kerana agama (M. Quraish Shihab, 1996).

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di
antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu
beroleh rahmat.

(al-Quran, al-Hujurat: Ayat 10)

Pengertian Persaudaraan Menurut Al-Ghazali

Persaudaraan menurut al-Ghazali ialah pertalian persaudaraan yang kuat tanpa perbezaan bangsa dan puak
akan meneguh kefahaman atau persepsi Islam malah tiada siapa lebih mulia di antara mereka kecuali
ketaqwaan kepada Allah SWT (Mustafa, 1982). Antara ciri-ciri persaudaraan adalah:

i) Persaudaraan itu dijalin atas dorongan untuk mendapatkan keseronokan. Hal ini berlaku apabila
seseorang itu merasa gembira melihat orang lain sama ada dari segi paras rupa, tingkah laku dan
sebagainya. Ini bererti seseorang itu menjadi sebab mengapa persaudaraan itu terjadi.

58

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

ii) Persaudaraan itu terjadi yang berpunca daripada tujuan seseorang untuk kepentingan dirinya
sendiri. Misalnya dengan persaudaraan itu kelak ia mendapat pertolongan di dalam bentuk
kebendaan, kewangan dan sebagainya. Ini bererti persaudaraan itu diraih semata-mata untuk
tujuan kebendaan dan tidak lebih dari.

iii) Adalah persaudaraan yang sengaja diusahakan, tetapi bukan dengan tujuan untuk keseronokan
memandang seseorang atau untuk kepentingan kebendaan tetapi semata-mata untuk
mendapatkan kebahagiaan di akhirat.

iv) Persaudaraan yang diikat erat di atas cetusan daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah
S.W.T. Dalam ertikata bahawa persaudaraan yang dijalin kerana semata-mata patuh, taat,
menyembah dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

v) Di mana sebarang daya usaha untuk berkasih sayang, cinta-mencintai, bermesra, hormat-
menghormati, bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam semata-mata
kerana beribadat kepada Allah S.W.T adalah merupakan ikatan persaudaraan yang sempurna
dalam ertikata yang sebenarnya.

Sahabat (saudara) yang ideal menurut al-Ghazali.

- Kebijaksanaan
- Akhlak yang mulia
- Tidak fasik
- Tidak melakukan bidaah
- Pemurah

Asas persaudaraan Islam.

1) Akhlak yang mulia.

Tidak dapat dinafikan lagi tentang betapa pentingnya akhlak dijadikan sebagai asas persaudaraan Islam.
Akhlak boleh ditakrifkan di dalam ungkapan yang paling singkat sepertimana yang dikemukakan oleh Al-
Ghazali sebagai segala tingkah laku atau perbuatan yang mulia berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith.

a) Akhlak Umum

Apabila memperkatakan akhlak yang umum, Al-Quran telah mempersembahkannya di dalam beberapa
bentuk yang disenaraikan di bawah ini:

- Bercakap benar, tidak dusta adalah salah satu daripada sifat akhlak umum Islam yang
disarankan oleh Al-Quran. Betapa pentingnya bercakap benar setiap masa dan tempat di
dalam mengeratkan ikatan persaudaraan tiada siapa yang meraguinya kerana ia merupakan
perkara yang dapat menimbulkan perasaan percaya mempercayai dan kasih sayang.
Sedangkan dusta adalah merupakan pengkhianatan yang menghancur-luluhkan kasih dan
menimbulkan kebencian.

59

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

- Menjauhkan diri daripada melakukan segala yang mungkar dan keji adalah ciri akhlak
umum Islam yang selanjutnya. Tidak dapat dinafikan terhapusnya amalan keji ini dapat
mengeratkan ikatan persaudaraan. Ini kerana ia sentiasa menggalakkan berkembang
perasaan kasih sayang, kebajikan, persefahaman dan menyuburkan perasaan saling
hormat-menghormati.

- Akhlak umum yang disarankan oleh Al-Quran selanjutnya ialah menggalakkan meluasnya
perkara kebajikan dan berusaha menghapuskan kemungkaran. Peranan kedua-dua unsur
akhlak ini di dalam pemupukan kasih sayang dan persaudaraan umat adalah begitu
menonjol sekali. Hal ini disebabkan tiada manusia yang tidak suka kepada kebajikan.
Setiap kali kebaikan yang diterimanya pasti ia merasa gembira dan senang hati. Kebajikan
yang berkekalan bertanggungjawab mencetuskan keamanan, kemakmuran, kesejahteraan,
persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam. Semua unsur ini saling bantu-
membantu menuju ke arah kemesraan dan kasih sayang.

- Perlaksanaan ibadat sama ada ibadat khusus atau ibadat umum. Manusia yang menyedari
hakikat matlamat penciptaan dirinya iaitu untuk patuh menyembah dan menyerah diri
kepada Allah S.W.T pasti akan terus sujud dan mengikut perintahNya dan meninggalkan
segala laranganNya.

b) Akhlak Khusus

- Menekankan pentingnya menunaikan janji. Kenyataan ini amatlah penting dan tepat
sekali, di mana menunaikan janji dapat mencetuskan perasaan kasih sayang dan terhutang
budi. Perasaan inilah yang memainkan peranan yang penting di dalam menyemai,
menyubur dan menghasilkan ikatan persaudaraan yang unggul.

- Sifat tolong-menolong, bantu-membantu, bekerjasama dan sempurna menyempurnakan.
Akhlak ini amatlah mustahak di dalam pengukuhan ikatan persaudaraan kerana tiada
manusia yang dapat menyempurnakan keperluan hidup secara sendirian. Justeru itu,
dengan wujud perasaan saling bantu-membantu dapat menyuburkan perasaan
persaudaraan.

- Akhlak khusus selanjutnya dijelaskan oleh Allah SWT sebagai merendah diri. Tawaduk
dan hidup dalam keadaan sederhana (zuhud). Sebaliknya Allah SWT melarang daripada
sifat bongkak, sombong, takbur, riak dan lain-lain. Sifat merendah diri tentu dapat menjadi
tenaga yang kuat untuk mengeratkan perpaduan apabila orang yang merendahkan diri itu
disukai dan tidak menimbulkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain.

2) Ikhlas.

Dari segi bahasa, perkataan ikhlas dalam bahasa Arab bererti kebersihan, kejernihan, kesucian dan
kemurnian. Oleh itu, perbuatan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan niat di hati ialah perbuatan yang

60

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
bersih, jernih, suci dan murni. Ikhlas dari segi istilah ialah pembersihan dan penyucian niat dari sebarang
kekotoran dan penyakit yang menodai keikhlasan untuk taqarrub atau menghampirkan diri kepada Allah
S.W.T semata-mata dalam segala perbuatan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.
3)Amanah.
Amanah dalam ertikata memelihara sesuatu yang diberikan kepercayaan kepada yang berhak menerimanya.
Di dalam hubungan persaudaraan, segala sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada umat Islam
yang diwajibkan pengagihannya kepada suadaranya adalah amanah yang mesti dipelihara dan
disempurnakan.

4) Belas Kasihan.
Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini, masyarakat manusia menjadi masyarakat binatang
yang suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya. Allah S.W.T
sememangnya mewajibkan agar umat Islam menghayati dan mengamalkan segala sifat-sifat kesempurnaan
Allah S.W.T sepertimana yang terkandung dalam Asma ul-Husna. Digalakkan umat Islam menjiwai
sebanyak dan sedalam yang mungkin. Sifat belas kasihan sentiasa menuju ke arah peningkatan iman, taqwa
dan amal soleh yang sekali gus berfungsi sebagai tali pengikat ikatan persaudaraan. Dijelaskan oleh Allah
S.W.T sesiapa sahaja yang mempunyai sifat pengasih dan penyayang serta menaruh belas kasihan kepada
makhluknya, diampuni oleh Allah S.W.T. Mereka juga dipelihara oleh Allah S.W.T daripada azab api
neraka.

61

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 11: KONSEP KEJIRANAN

Oleh:
Jamilah Ismail

Konsep jiran
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada Bahasa Arab yang membawa pengertian orang
yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan
kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga
bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana
hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah S.A.W iaitu:

Maksudnya: “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah S.A.W menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada
rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Jiran membawa
pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila
penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni
oleh kita.

Pembahagian jiran

Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai
pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam.
Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisaa’
ayat 36 iaitu:

Maksud-Nya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.
dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh [3] dan teman sejawat, ibnu sabil [4] dan
hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri.

Hak jiran yang perlu dipelihara

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk dipelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama.
Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam
sabda Rasulullah S.A.W iaitu:

62

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa mudharat. Sekalipun
jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan
pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-
orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagi mana tidak
membawa bahaya dan mudharat.

Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah
merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa
mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka
kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran.
Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan
kemanusiaan. Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan
kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan
mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda
antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah SAW iaitu:

Maksudnya: Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup)
maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali
menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan
memelihara hak-hak jiran di samping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagi mana tidak merosakkan
akidah dan akhlak.

Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling
memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang manusia boleh
hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat.
Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan
berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya.

Kedudukan Jiran Menurut keutamaan

Berikut ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan yang lebih berhak
diberi keutamaan berbanding yang selepasnya:

1) Jiran muslim yang paling dekat dengan pintu rumah

2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan

3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat

63

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah
5) Jiran yang fasiq dan ahli maksiat
6) Jiran yang kafir
Had Lingkungan Kejiranan

Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had lingkungan jiran disebabkan dalil yang
wujud terlalu umum berdasarkan perkataan Khalifah Ali radiallahuanhu yang menyebut:

“Barangsiapa yang mendengar azan maka dialah jiran”
Bermaksud bahawa sesiapa yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan tanpa
pembesar suara maka dialah jiran. Ada juga yang menetapkan bahawa jiran itu ialah yang berada dalam
satu lingkungan yang dapat mendengar iqamah solat, sebahagian yang lain mengatakan pula jiran ialah
mereka yang dapat bersolat berjemaah pada waktu subuh dan Jumaat bersama-sama. Manakala
berdasarkan pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah ra dan para tabien seperti Hasan Al-Basri, Al-
Auzaie dan Az-zuhri dan lain-lain ialah dalam lingkungan empat puluh buah rumah dari seluruh sisi
penjuru.

Kesimpulannya lingkungan kejiranan kembali kepada penakrifan umum dan adat setempat yang
terpakai dalam sesuatu masyarakat kerana setiap kawasan berbeza adat dan budaya. Sekurang-kurangnya
lingkungan dan jumlah bilangan jiran ialah 40 buah rumah dari segenap sisi penjuru dan selebih-lebihnya
ialah yang terpakai dan diamalkan oleh masyarakat setempat.

Memenuhi Hak Jiran
Berikut ialah di antara hak jiran yang wajar dipelihara:
1) Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.
2) Menghormati jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudharat.
3) Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.
4) Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan.
5) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.

64

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 12: BATAS-BATAS PERGAULAN

Oleh:
Solhal Huda Sahidan

Maksud pergaulan dalam Islam

Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan”
yang bererti bercampur. (Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Jilid 9, hlm. 120-121).

Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki
dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-
memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau
lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.

Batas-Batas Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Yang Dibolehkan

1. Pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana darurat

Dalam syarah Sahih Muslim, al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan
hukum berkhalwat antara perempuan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali dalam
keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu
perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang
lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada bahaya.

2. Pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana keperluan

a. Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk mengurus muamalah maliyah (urusan harta).

Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jual beli dan aktiviti
transaksi lain dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di
antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa muamalah maliyah (urusan harta)
dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas syarak seperti pakaian menutup aurat,
menundukkan pandangan dan percakapan biasa.

b. Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa bekerja.

Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan
perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat kedua-dua pihak menjaga batas-batas
syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang
tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah `Umar al-Khattab
pernah melantik al-Syafi, seorang perempuan sebagai pegawai penguatkuasa di pasar untuk
memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan. Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut

65

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

pegawai terbabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di pasar, lelaki dan perempuan.
Perlantikan perempuan bekerja sebagai penguatkuasa menunjukkan pergaulan semasa kerja
dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti khalifah `Umar tidak melantik
perempuan bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut menuntut berlakunya
pergaulan.

c. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi.

Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan
oleh syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi
saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.

d. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam kenderaan awam.

Pergaulan di dalam kenderaan dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak.
Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarak bahawa perempuan keluar rumah
bukan untuk tujuan yang tidak syar’ie seperti berfoya-foya. Ia mestilah bertujuan syar’ie
seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan
sebagainya. Di samping syarat-syarat di atas, batas-batas syarak dalam pergaulan lelaki dan
perempuan perlulah dijaga. Pakaian mestilah menutup aurat, pandangan ditundukkan dan
percakapan berlaku secara biasa dan normal.

3. Pergaulan mengikut kebiasaan adat dalam majlis-majlis

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis seperti kenduri kendara dibolehkan dengan
syarat menjaga batas-batas syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan
pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-batas syarak tersebut tidak
dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan. Walau bagaimanapun,
pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini
adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).

4. Pergaulan di antara lelaki perempuan semasa belajar

Perempuan meminta Rasulullah SAW menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama.
Ertinya, permohonan dibuat bukan kerana tegahan bergaul semasa belajar, tetapi atas dasar tabiat dan
fungsi lelaki dan wanita yang berbeza. Ia menatijahkan peluang bagi wanita untuk bersama dengan
Rasulullah s.a.w agak terbatas. Oleh itu, pengkhususan hari belajar bagi perempuan tidak
menunjukkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dilarang.

Model Komunikasi antara Individu dalam Islam

66

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Al-Quran menyediakan panduan yang lebih komprehensif tentang cara mewujudkan hubungan
komunikasi antara individu dalam Islam iaitu dalam pertukaran idea, nilai dan sikap (Muhammad A.
Siddiqui). Penekanan yang diberi ialah komunikasi yang berlaku, iaitu sumber mesti bersifat jujur,
amanah dan bertanggungjawab, manakala elemen lain seperti mesej, saluran, sasaran dan kesan juga
ditentukan beberapa kriteria asas. Sasaran misalnya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan suku
bangsa, begitu juga dengan kesan komunikasi mestilah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Abdul Rahman (1994) mengemukakan beberapa panduan tentang matlamat dan kaedah
komunikasi antara individu seperti yang digariskan oleh al-Quran seperti:

1. Berlaku adil (‘adl) (al-Quran 6: 90)
2. Berbuat baik (ihsan) al-Quran 10: 26
3. Melarang bercakap bohong (al-Quran 22:30)
4. Bersikap berpada @ qana’ah) iaitu tidak tamak
5. Sabar (al-Quran 2: 153)
6. Tawadduk (al-Quran 25: 63)
7. Menunaikan janji (al-Quran 17: 34)
8. Mementingkan kawan lebih daripada diri sendiri (ithar)
Komunikasi antara individu berkait rapat dengan interaksi manusia dan hubungannya dengan masyarakat
bertujuan memandu manusia meneruskan kehidupan dalam lingkungan yang harmoni dan sejahtera.

67

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 13: INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN

Oleh:
Solhal Huda Sahidan

Maksud integrasi

Integrasi juga sering disebut sebagai asimilasi budaya. Asimilasi budaya adalah proses yang terdiri
daripada integrasi budaya di mana anggota dari sebuah etnik atau kebudayaan.

Menurut Kamus Dewan, gabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dan lain-lain)
menjadi satu kesatuan (yang utuh). Usaha dilakukan untuk mewujudkan kaum ke arah satu masyarakat
beridentiti Malaysia.

Ini termasuk menyambut perayaan yang pelbagai seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Krismas, Gawai dan pelbagai lagi. Uniknya ia menjadi sambutan semua menandakan
semaraknya nilai kemuafakatan, perpaduan dan keharmonian sebagai simbol integrasi. Diwujudkan
perkongsian perayaan di peringkat nasional iaitu Kongsi Raya.

Selain etnik Melayu, Cina dan India, terdapat etnik-etnik lain seperti Orang Asli, Kadazandusun,
Bajau, Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Kepelbagaian ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan
kesemua etnik ini dapat hidup bersama dan berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka
dan tidak selamat. Komunikasi yang berkesan juga dapat mewujudkan keharmonian dan persefahaman
dalam kepelbagaian kaum di Malaysia.

Kebudayaan dan Perayaan Utama Kaum Majoriti di Malaysia

i) Masyarakat Melayu

Klasifikasi Jenis-jenis Huraian
Aidilfitri Hari raya Aidilfitri diraikan setahun sekali
Perayaan dalam bulan Syawal mengikut calendar
keagamaan Aidiladha Islam sebagai hari kemenangan dan hari
kegembiraan setelah umat Islam berpuasa
selama sebulan pada bulan Ramadan
(kalendar Islam), iaitu bulan sebelum bulan
Syawal.

Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai
Hari Raya Korban. Pada hari ini, masyarakat
Melayu akan berkorban binatang ternakan
mereka sebagai mengenang keyakinan Nabi
Ibrahim a.s yang teguh kepada Allah S.W.T.

68

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Muzik/ tarian Wayang kulit Wayang kulit merupakan persembahan
bayangan patung yang menggunakan Bahasa
Adat perkahwinan Merisik, bertunang, Melayu-Siam Selatan. Seni hiburan ini
pelamin dan popular di pantai timur serta mengandungi
bersanding unsur dan pengaruh daripada Hindu dan
Islam.
Jenis pakaian Sarung
Bermula dengan proses bertanya oleh
keluarga lelaki terhadap keluarga perempuan
sekaligus berjanji. Seterusnya, persetujuan
dan perjanjian antara dua pihak untuk
melangsungkan akad nikah. Pada hari
perkahwinan pengantin bersanding di atas
pelamin dan dianggap raja sehari.

Sarung boleh dipakai oleh wanita atau lelaki
dalam bentuk kain lepas yang diikat di
pinggang. Bagi wanita sarung dipakai
bersama baju kurung dan bagi lelaki, sarung
boleh dipakai bersama baju Melayu sahaja
ataupun bersama seluar dengan dijadikan
kain samping.

ii) Masyarakat Cina

Klasifikasi Huraian
Perayaan Tahun Baru Cina
Perayaan ini lebih mengutamakan perjumpaan keluarga yang diadakan
Perayaan Kuih Bulan menjelang hari tersebut. Persediaan bagi perayaan ini dibuat sejak hari ke-
24 bulan ke-12 lagi. Perayaan ini berlanjutan selama tiga minggu.
Pakaian tradisional
Cheongsam & Samfoo Perayaan Kuih Bulan diraikan pada hari ke-15 dalam bulan kelima.
Perayaan ini diraikan sempena mengingati kejayaan kumpulan pemberontak
Amalan upacara yang menentang pemerintahan kerajaan Mongol pada abad ke-14 di negara
pengebumian China.

Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk
yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini
selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain
lembut.
Samfoo terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar. Pakaian ini lebih kerap
digunakan oleh golongan tua.

Masyarakat Cina sering mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang
kematian. Perarakan ini akan diiringi bunyian muzik dan biasanya menelan
kos yang besar. Oleh itu, seseorang yang menyambut hari lahir yang ke-60
menandakan orang itu sudah layak untuk memasuki ‘persatuan keranda’
dan ia perlu membayar yuran bulanan supaya apabila ia mati kelak ia
mempunyai keranda yang baik.

69

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

iii) Masyarakat India

Klasifikasi Huraian
Perayaan Deepavali Perayaan ini juga dipanggil perayaan lampu. Diraikan dalam bulan
Perayaan Thaipusam ‘Kartika’ dalam Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau
November. Masyarakat India meraikan hari ini sebagai simbol keterangan
Pakaian sari dan dhotis yang boleh menghalau kuasa jahat (kegelapan).
Makanan
Thaipusam ialah perayaan yang mula dirayakan di Tamil Nadu (India
selatan). Perayaan ini sering diraikan secara besar-besaran di tiga buah kuil
utama di negara ini, iaitu di Kuil Sri Subramanian di Ipoh, Kuil
Balathandayuthabani di Pulau Pinang dan Kuil Sri Subramaniar di Batu
Caves, Kuala Lumpur.

Sari sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan pada
badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum
lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih.

Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi ataupun roti-roti tertentu.
Antara roti yang popular adalah ‘chappati’, ‘parratta’ dan ‘puri’. Nasi dan
roti dimakan bersama dengan kari atau dal. Masyarakat India tidak
memakan daging babi dan lembu.

70

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 14: KEPRIHATINAN SOSIAL

Oleh:
Hamdan Zakaria

Keprihatinan sosial

Keprihatinan sosial sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat kerana ia boleh menentukan halatuju
kehidupan sesebuah masyarakat. Sejauh mana kepekaan ahli dalam sesebuah masyarakat juga
menentukan keharmonian sesebuah komuniti tersebut. Keprihatinan ini boleh terhasil dari faktor dalaman
dan juga faktor luaran.

a. Faktor dalaman yang boleh mencetuskan keprihatinan sosial ini berpunca dari sikap ahli masyarakat
itu sendiri. Sikap yang positif dan cakna terhadap isu-isu yang berlaku di sekitar mereka mewujudkan
suatu kitaran masyarakat yang harmoni dan selesa.

b. Faktor luaran pula mungkin terhasil dari respon atau tindakbalas hasil dari sebaran media terhadap
sesuatu isu. Ia lebih kepada trend di mana bila majoriti masyarakat memperkatakannya, barulah
mereka juga memberikan respon yang sama. Pengaruh dari rakan sebaya juga menghasilkan sikap
prihatin ini. Remaja yang bersosial cenderung untuk melakukan perkara yang sama di dalam
kumpulan mereka.

Kepentingan keprihatinan sosial

Dalam konteks komunikasi masyarakat, sikap prihatin ini sangat penting untuk memastikan kelestarian
masyarakat yang harmoni terutamanya dalam masyarakat kita yang berbilang bangsa dan budaya. Budaya
cakna terhadap sesama ahli masyarakat boleh menjamin sebuah masyarakat yang terdiri dari ahli-ahli
yang intim sesama mereka.

Isu-isu semasa terutamanya perkembangan di dalam negara adalah pembolehubah yang tepat
dalam menilai sejauh mana kepedulian mereka. Jika zaman dahulu, sesuatu isu hanya dilihat bersifat lokal
namun hari ini ia berubah menjadi global. Sesuatu isu atau perkembangan cukup mudah tersebar dengan
bantuan teknologi komunikasi yang ada hari ini.

Sikap prihatin dalam masyarakat juga perlu dipupuk dan disemai kerana tidak semua individu
mempunyai tahap kepekaan yang sama. Dengan keterlibatan dalam aktiviti bermasyarakat, individu-
individu ini akan didedahkan dan dibiasakan dengan kepekaan terhadap isu-isu masyarakat. Institusi
pengajian tinggi memainkan peranan utama dalam proses ini melalui aktiviti kemasyarakatan di peringkat
kampus atau fakulti. Pihak pengurusan institusi memainkan peranan penting dalam menyediakan
akomodasi yang kondusif untuk penganjuran aktiviti yang memupuk sikap prihatin dalam masyarakat.

71

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Kebimbangan dan keperluan masyarakat
Sebuah masyarakat yang dinamik perlu kepada barisan ahlinya yang mempunyai keprihatinan sosial yang
tinggi. Kumpulan ini akan sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan isu-isu semasa. Tidak
mustahil mereka ini juga menjadi penentang (anti-establishment) kepada sistem sedia ada yang dilihat
sedikit terpesong dari matlamat asal mereka.

Peraturan sedia ada di dalam suatu sistem masyarakat akan menjadi tidak relevan apabila ada
mana-mana pihak dari dalam masyarakat itu sendiri merasakan peraturan itu menyusahkan mereka.
Keadaan begini boleh menimbulkan konflik di antara pemimpin masyarakat dan ahli bawahannya.

Halangan kepada keprihatinan sosial
Dalam dunia maklumat di hujung jari, sesiapa sahaja boleh akses kepada sebarang maklumat yang
diperlukan. Dari isu setempat hingga ke isu di peringkat dunia. Dari sekecil-kecil isu hingga ke isu yang
besar yang boleh mengganggu kepentingan mana-mana pihak. Apa sahaja isu yang melibatkan
masyarakat boleh menjadi viral dengan mudah. Situasi begini menyebabkan pihak-pihak yang
berkepentingan tidak selesa.

Contohnya sebarang isu yang melibatkan kebajikan pelajar, bila para pelajar bersatu dan
mewujudkan ‘student power’, pihak pentadbir tidak akan senang duduk dan terpaksa mengambil tindakan
yang mereka fikirkan wajar sama ada memenuhi tuntutan pelajar-pelajar tersebut atau mengabaikannya.
Jika pihak pentadbir tidak mahu menunaikan tuntuan pelajar tersebut, mereka akan mewujudkan suatu
sistem di mana pelajar harus tunduk kepada sistem tersebut dan melupakan tuntutan mereka. Tindakan
seperti membuang atau menghukum pemimpin pelajar yang memimpin tuntutan tersebut boleh
membantutkan proses kebangkitan keperihatinan sosial.

72

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

CABARAN KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN DALAM ISLAM

Perkauman

Khurafat dalam Hiburan
filem melampau

ISU-ISU
KONTEMPORARI

Kesantunan Etika
bahasa kewartawanan

Rajah 3.2: Cabaran komunikasi & Penyiaran Islam (Isu-isu kontemporari)

73

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 15: PERKAUMAN

Oleh:
Razak Nordin

Takrif Perkauman.

Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkauman bermaksud:

1. Hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dan lain-lain)
2. Hal atau perbuatan berkaum-kaum. Fahaman masih tebal dalam kalangan mereka.

Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkauman bermaksud:

1. Yang berkaitan dengan kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak saudara.
2. Yang berkaitan dengan golongan atau puak.
3. Yang berkaitan dengan sesuatu suku bangsa, kesukuan (bangsa dan lain-lain): perasaan –yang
keterlaluan di negara yang berbilang bangsa sangatlah berbahaya.

Takrif Kaum.

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, cetakan kesembilan (1993) Dewan Bahasa Dan Pustaka
(DBP), kaum bermaksud golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar; suku
bangsa. Kaum juga boleh diiktiraf sebagai perkataan lain bagi bangsa.

Kaum-Kaum Di Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga
kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu,
Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia
Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

Maksud Isu-Isu Perkauman dan Isu-Isu Sensitif

Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan
bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan
dan literatur, rasisme dan seumpamanya.

Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-
perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status

74

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara
stereotype.

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan
membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu
sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada
kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan
antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan
merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup
tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara
yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).

Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.
Kecenderungan menghasut mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan melakukan sesuatu yang
membawa kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada Raja atau kerajaan, membangkitkan
perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan kerajaan yang memerintah dengan cara yang tidak sah,
menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat, menyebarluaskan perasaan dan niat jahat serta
konflik antara kaum, mempersoalkan dalam apa jua bentuk atau sebarang perkara berkaitan Perkara 152,
153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan 1948).

Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum,
mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum
dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara
kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan
persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat
keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang
kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup
dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

Contoh yang ketara ialah ketika kempen Pilihanraya Umum 1969. Semasa kempen tersebut,
parti-parti politik pembangkang yang bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti
kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi
daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati dalam kalangan orang-orang
Melayu. Insiden ini disusuli dengan perarakan sempena kejayaan pembangkang (DAP dan GERAKAN)
yang memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga Parti Perikatan.
Orang-orang Melayu pula telah mengadakan perhimpunan susulan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan
akhirnya tercetuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Faktor-Faktor Masalah Perkauman.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya konflik etnik dan ras,
faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan negara lain. Terdapat beberapa faktor yang
utama yang mendorong kepada berlakunya masalah etnik dan ras ini:-

75

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek politik dan ekonomi,
perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang mencetuskan banyak peluang baru yang
menguntungkan telah memperhebatkan lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat. Setiap
kelompok atau kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu daripada kumpulan masing-
masing untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan persaingan itu. Keadaan ini boleh mewujudkan
konflik kerana terdapat penonjolan berbagai-bagai isu perkauman yang diutarakan untuk memenangi
persaingan. Apabila pilihanraya diadakan sudah tentu masyarakat majoriti akan mengalahkan masyarakat
minoriti. Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh menyebabkan atau
mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puashati dan mungkin boleh menyebabkan ketegangan
dalam kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok. Apabila kestabilan ekonomi tergugat, maka
masalah atau konflik akan bertambah hebat.

Diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata merupakan faktor yang utama pendorong
berlakunya konflik etnik dan ras. Terdapat sesetengah masyarakat negara-negara tertentu masih menilai
kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Ada kaum-kaum tertentu diletakkan pada
status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum lain yang status lebih rendah dalam soal
pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan. Permodenan dan
pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanfaatkan kaum yang berstatus rendah ini.

Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau kelompok terhadap individu
atau kelompok yang lain. Konflik akan hanya wujud apabila mereka memandang dan menganggap
bahawa perbezaan ras, kebudayaan, agama, kelas sosial atau lain-lain lagi sebagai sesuatu yang boleh
membezakan taraf, kedudukan dan sebagainya. Ini terletak pada pandangan mereka sendiri. Ia juga boleh
disebut sebagai diskriminasi. Andainya wujud hak kesamarataan atau beranggapan bahawa semua ahli
masyarakat adalah sama maka tidak akan wujud konflik. Ini dapat dilihat dari perspektif
"transcendentalisme" di mana sifat murni diri perlu wujud agar terhindar konflik etnik dan ras.

Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja menghadkan keanggotaannya kepada anggota dari
kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan kepentingan
kumpulan yang diwakilinya. Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang berasaskan etnik dan ras,
jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman itu dalam kalangan masyarakat.
Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh mendorong kepada peningkatan darjah
polarisasi etnik dan ras.

Salah satu punca berlakunya konflik adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan
kewujudan usaha pemeliharaan status quo dalam kalangan etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-unsur
integrasi nasional.

Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai tujuan politik mereka
dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan perkauman itu dijadikan mekanisma bagi
memperkuatkan persaingan atau perebutan kuasa dalam kalangan mereka. Golongan elit ini juga
seringkali akan menggunakan media massa samada surat khabar ataupun media elektronik untuk
menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.

76

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Cabaran Hubungan Etnik Di Malaysia

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan dan kemajuan pembangunan
negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk
mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan
penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti ekonomi,
lokasi tempat tinggal dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan
dalam kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.

Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985)„ ....

The road to a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the Malay
phrase, is full of “onak dan duri”.

Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi
bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran, di antaranya
adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari:

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Sosial

Aspek sosial ini dapat dilihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan
fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari
sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan
dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga
kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka
menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu
tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya
mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang
disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.

Implikasi Hubungan Etnik Dari Faktor Sosial

Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan
perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya
meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau persepsi yang
melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan
menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli bagi sesuatu
golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

77

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia
dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya,
keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya
mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia
untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing
dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah,
pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu,
pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
perantaraan, manakala pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem
persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan
peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi ini
menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan
etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima
bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah kerana mereka menganggap adalah tidak wajar dan tidak
penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana
setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang
kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak
juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk
mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik
mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin
negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri
daripada etnik yang berbeza.

Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap
enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat
adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat
sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS)
masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di
sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan
dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini,
masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah
Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana
merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak
mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang
perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

78

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomi

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan
perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang
yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak
tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang
lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India
pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah
membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan
tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha
mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang
pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu,
implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang
terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi
dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah
dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka
pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari
peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah.
Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak
diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran
mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tidak boleh
dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan
etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat
daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk
seandainya sebahagian besar penduduk kekal miskin dan peluang pekerjaan produktif yang tidak
mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan
bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol
dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politik

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman
boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu
tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik,
pastinya ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

79

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti
kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar
mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga
tidak wujud dalam kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara
mereka sendiri. Lambang bendera Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya
mementingkan hak etnik masing-masing.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Agama

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama,
bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India
mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap
kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang
sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau
“taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang
moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan
budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan
menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk
berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan
ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka.
Golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa
perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Globalisasi

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan
corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat
Malaysia pada masa kini.

Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui
pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan
Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh barat ini
juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi budaya hedonisme atau budaya kuning
yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana
budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti
terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari
segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-
pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang
memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga
datangnya daripada pengaruh barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat
Malaysia semakin terhapus dek pengaruh barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat

80

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus
pemodenan zaman.

Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku Pengajian Malaysia,
terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik
bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-
cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan
pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar
Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan
Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan
Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal
kerajaan dalam sektor pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi
keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Pelbagai Strategi Meningkatkan & Mengeratkan Hubungan Etnik di Malaysia

Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah:

i) Menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang
sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem
peperiksaan yang sama dan sebagainya.

Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat.
Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi
sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin
dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN
didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan.
Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara (JPN) dan Majlis Muhibah
Negara (MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah
ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan
kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan
JPN telah digabungkan pada 1 Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang
kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan
untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang
kaum. Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara
(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara
kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat
Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara
dan perubahan perlembagaan.

81

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari
MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan
Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan profesional, wakil dari perkhidmatan
awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru
dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka membuat perbincangan secara
berterus-terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu
ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan
iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan
menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun
Negara dengan prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat
membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai
pedoman dan hala tuju dalam merancang program pembangunan negara. Secara khususnya,
ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa
Malaysia dan ideologi negara.

ii) Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi,
politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global.

Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha
kerajaan bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik
dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan
negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan
Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara daripada
keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan
kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka
Panjang (RRJP) yang bermatlamat untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi
kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada
semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah
mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan
pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan
pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan
kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Seterusnya, Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai
pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN
merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan
digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk pembangunan seimbang yang
meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan.

82

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu
serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi
baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua
tumpuan utama iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif;
menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya
mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan penglibatan
sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memberi lebih tumpuan
kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai
matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

iii) Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali
sebagai Wawasan 2020.

Ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada
peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan
bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian,
kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah
negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika
yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas
kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadapan (1991) yang dibentangkan pada sidang
pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 menyatakan
terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan Wawasan 2020.
Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat itu.
Walaupun banyak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pembangunan
keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari
aspek politik, sosial dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang
seimbang dari setiap sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup
secara harmoni dan sejahtera.

Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari
2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan
perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang
dari pelbagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa
Kebangsaan, agama, kebudayaan, integrasi wilayah, keselamatan, pembangunan kawasan,
penggunaan tenaga manusia, media massa, kesukanan, pemasyarakatan perpaduan,
pertubuhan sukarela, penyelidikan dan penerbitan bahan bacaan, pemantauan isu-isu semasa
dan konflik, penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa
Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah
Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang
dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan
memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

83

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia luar, proses penjajahan barat dan
kemasukan orang asing merupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan
masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
“multiracial” dan “multiculture” yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan
masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa
Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Melalui konsep negara bangsa ini, semua
masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara
yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang
dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang
bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Masyarakat berperanan dalam
pemupukan hubungan etnik agar negara kita Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan
selesa.

Salah satu contoh peranan masyarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara
amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga-tiga golongan rakyat di
negara ini. Ciri- ciri Hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat Melayu.
Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang Cina yang
datang ke negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah diterima menjadi
warganegara Malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu
Melayu, Cina dan India berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah mementingkan
kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik. Di samping itu kepentingan
agama didahulukan. Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga
budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak
mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang
sentiasa dipatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan.
Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.

Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan
Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud
Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Kesemua adat resam
ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar
perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa·
adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung beragama Islam
hendaklah memmberi salam 'Assalamu'alaikum'. Pengunjung bukan Islam memadai
mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam rumah orang
Melayu perlu menanggalkan kasut.

Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada
keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum ialah
semasa memberi hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan
merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan kata-kata
yang bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu mestilah membuka kasut kecuali jika

84

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

tuan rumah membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari dan masa yang
dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari
Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta
diri daripada tuan rumah dengan mengatakan 'saya akan datang lagi' serta berjabat tangan.
Masyarakat Cina pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa
berkunjung ke rumah orang dan tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini
menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah.

Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah
berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu
mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan. Adat-adat ini
banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan
India sama-sama saling memahami adat dan kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak
timbullah persoalan ketidaksefahaman antara kaum.

Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah
terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan
sejahtera yang berpanjangan.

Cara Mengatasi Masalah Perkauman

Peranan Ibubapa

Oleh itu, ibubapa haruslah membimbing anak-anak mereka tentang pentingnya perpaduan kaum. Dengan
ini, anak-anak mereka akan mempunyai persefahaman antara kaum lain yang menebal serta tidak akan
menaruh perasaan negatif terhadap kaum lain dari sejak kecil lagi.

Selain itu, ibubapa juga turut menekankan dan meyampaikan ajaran agama kepada anak-anak
mereka kerana agama mempengaruhi seseorang untuk berpegang kepada nilai-nilai baik yang diajar oleh
ajaran agamanya seperti menghormati orang lain, bersedia membuat kebaikan dan sebagainya.

Oleh demikian, pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi satu pemangkin utama
dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Di samping itu, ibubapa haruslah menghantar anak-anak mereka ke tabika perpaduan apabila
berumur 5 tahun ke atas supaya anak-anak mereka dapat berinteraksi dan memahami budaya lalu
membentuk asas perpaduan yang lebih berkesan kerana semuanya bermula dari sejak kecil lagi.

Peranan Media Massa/ Elektronik/ Cetak

Tambahan pula, peranan media massa, baik media eletronik mahupun media cetak juga turut mendorong
ke arah perpaduan kerana media-media berkenaan merupakan saluran komunikasi yang berkesan untuk
menyalurkan pelbagai maklumat dari dalam dan luar negeri kepada masyarakat.

85

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Melalui media massa dan elektronik, kita bolehlah menyiarkan rancangan siaran langsung semasa
perarakan Hari Kebangsaan menerusi saluran televisyen bagi membolehkan semua rakyat Malaysia untuk
menyaksikan detik-detik kegemilangan puncak acara sambutan pada hari itu.

Dengan ini, pasti akan dapat menerapkan segala nilai-nilai perpaduan yang cuba dipaparkan
kepada semua lapisan masyarakat Malaysia. Selain itu, rancangan-rancangan tentang sejarah Malaysia
juga boleh disiarkan seperti sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Persekutuan Malaysia
supaya menyedari rakyat tentang perjuangan dan usaha pemimpin-pemimpin pada masa lalu dalam
menyatupadukan kaum-kaum di tanah air ini. Begitu juga menyiarkan lagu-lagu berunsur patriotik
melalui radio bagi menyemarakkan lagi semangat kebangsaan serta menghayati mesej-mesej yang hendak
disampaikan menerusi lagu-lagu tersebut dalam kalangan rakyat Malaysia. Manakala media cetak pula,
haruslah menjayakan ‘Program Promosi’ yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memperluaskan hebahan
kepada masyarakat agar kesedaran orang ramai terhadap kepentingan perpaduan dan integrasi
nasional yang sentiasa akan subur.

Di samping itu, media cetak juga boleh menerapkan semangat kebangsaan kepada para pembaca
melalui berita dan tulisan ataupun artikel. Oleh itu, media-media ini haruslah terus menjayakan usaha ke
arah perpaduan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.

Peranan Masyarakat

Akhirnya ialah peranan yang dimainkan oleh masyarakat. Jika negara kita ingin terus membangun dan
rakyatnya hidup dalam keadaan aman, damai dan makmur, satu masyarakat yang bersatu padu haruslah
diwujudkan terdahulu sebelum menjalankan strategi-strategi pembangunan Negara.

Justeru, kita haruslah membuang sikap atau perasaan negatif seperti sikap apati/ individualistik,
perasaan prasangka/ prejudis, diskriminasi, stereotaip, etnosentrisme dan lain-lain lagi. Sikap atau
perasaan tersebut akan mendatangkan kesan-kesan negatif dan menghalang seseorang untuk menjalin
hubungan baik antara kaum lain yang seterusnya mungkin mencetuskan keadaan masyarakat yang
tidak harmoni seperti rusuhan kaum 13 Mei 1969 atau peristiwa di Kampung Medan. Sebaliknya, kita
perlulah mempraktikkan semangat kejiranan/ kekitaan supaya dapat mewujudkan kedamaian dan
kesejahteraan bermasyarakat yang berbilang kaum.

Sebagai contohnya, kita boleh mengamalkan nilai-nilai kejiranan seperti mengutamakan
kepentingan dan kebaikan bersama, tolak-ansur, hormat-menghormati dan sebagainya lalu berbincang
dan bermuafakat dengan jiran tentang hal-hal kebajikan dan keselamatan bersama. Dengan ini, kita
dapat memahami dan menghormati agama dan kebudayaan jiran-jiran yang pelbagai kaum untuk
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, kita haruslah menubuhkan lebih banyak Rukun Tetangga di seluruh negara kerana ini
merupakan salah satu alat penyatuan kaum yang berkesan dalam proses perpaduan kaum. Dengan adanya
sektor Rukun Tetangga, jiran-jiran boleh bergaul sesama mereka tanpa mengira kaum terutama
semasa membuat rondaan di kawasan perumahan sendiri. Kerjasama dan tanggungjawab melalui
Rukun Tetangga dapat mengembalikan perasaan muhibah yang sedang dipupuk oleh kerajaan sekarang.
Namun begitu, kita bolehlah menganjurkan gotong-royong atau sukan perpaduan di kawasan perumahan
sendiri bagi meningkatkan lagi penglibatan penduduk-penduduk setempat dalam aktiviti-aktiviti tersebut

86

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
agar dapat mewujudkan perasaan saling kenal-mengenal dan sikap tolong-menolong antara satu sama lain
di dalam kawasan mereka tanpa mengira kaum. Oleh itu, melalui Rukun Tetangga adalah titik permulaan
yang baik untuk memupuk semangat setiakawan serta mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat
di sesebuah kawasan perumahannya.

Tambahan pula, kita sebagai rakyat Malaysia wajarlah menyambut Hari Kebangsaan ini daripada
menghabiskan masa untuk berhibur sahaja. Sebaliknya, kita perlulah menggunakan hari yang bersejarah
dan penuh bermakna ini untuk menyelami dan mengukur diri sendiri terhadap sumbangan diri ke arah
perpaduan negara. Fikirkan keadaan negara kita dan diri sendiri sekiranya kita semua tidak bersatupadu.
Begitu juga, jika kita tidak menyelami makna kemerdekaan, kita tidak akan menyedari perjuangan dan
usaha pemimpin pada masa lalu dalam menyatupadukan kaum-kaum di tanah air ini.

Di samping itu, kita bolehlah melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan seperti
bersama-sama membanteras gejala-gejala sosial yang berleluasa dalam kalangan masyarakat tanpa
mengira kaum serta memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan. Maka,
ini akan mendorong negara kita untuk mencapai perpaduan negara dan keharmonian sosial melalui
sosioekonomi yang seimbang di Malaysia.

87

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 16: HIBURAN MELAMPAU

Oleh:
Suhaila Mustaffa

Hiburan Melampau

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan
perkara-perkara hiburan yang melalaikan (1) yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai)
dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang
menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang
menghinakan.

(al-Quran, Surah Luqman: 6)

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah di dunia ini dikurniakan fitrah semulajadi yang
sewajarnya menjurus sebagai medium untuk mendekatkan diri kepadaNya. Antara fitrah yang
dikurniakan Allah dalam naluri manusia adalah keinginan untuk berhibur atau hiburan. Namun,
sejauhmana hiburan yang dibenarkan dan menepati kehendak Islam?. Dalam topik ini kita akan
membincangkan maksud hiburan dan perspektif hiburan menurut Islam serta apakah yang dimaksudkan
dengan hiburan yang melampau bertentangan dengan syariat Islam.

Definisi hiburan

Menurut Kamus Dewan hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan sebagainya untuk
menghiburkan hati.

Hiburan juga diertikan sebagai peristiwa, persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi
nikmat kepada penonton, walaupun contohnya untuk permainan komputer, "penonton" mungkin hanya
seorang sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera atau
secara aktif seperti dalam permainan komputer. Industri yang membekalkan hiburan digelar sebagai
industri hiburan. Pada umumnya, bermain dan membaca serta penghargaan seni, tidak dianggap sebagai
hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan
dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan komputer.

Menurut perspektif Islam

Dari segi Bahasa Arab, hiburan ialah al lahw iaitu suatu perkara yang melekakan manusia daripada
pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang menganggu tidur ia juga ada hubung kait dengan
permainan, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya.

Perlu difahami, hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari kepuasan murahan bagi
memenuhi tuntutan hawa nafsu tanpa batasan. Malah hiburan adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan

88

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak
terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.

Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari ‘Aisyah r.a. bahawa:

“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Mengapakah
tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”.

Dalam hadis ini menunjukkan Nabi S.A.W prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum
dalam majlis-majlis yang bertujuan untuk kegembiraan dan kesukaan seperti majlis perkahwinan. Maka
hiburan yang masih menurut batasan, amatlah dianjurkan dalam Islam.

Menurut Islam, konsep hiburan ialah untuk mencari kesejahteraan, ketenangan dan kepuasan,
terlepas dari perasaan bersalah, ketegangan dan keresahan. Ia dapat dilakukan di waktu lapang, secara
individu, bersama keluarga atau kawan-kawan, bahkan ketika beribadah seperti seni taranum membaca al-
Quran, gubahan sajak dan syair yang membesarkan Allah dan sebagainya.

Garis Panduan Program Hiburan Dalam Islam daripada JAKIM
Artis

• Keperibadian
 Peribadi yang mulia dan akhlak yang baik hendaklah sentiasa dikekalkan walaupun berada

di luar persembahan sesuai dengan mesej yang dibawa dan
 Tidak pernah disabitkan dengan mana- mana kesalahan jenayah sama ada di bawah

undang- undang syariah atau sivil.

• Penampilan
 Penampilan yang sopan dan beradab hendaklah sentiasa dikekalkan walaupun berada di

luar persembahan.
 Berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh

mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak
Islam.
 Adab berpakaian, tatarias dan dandanan rambut yang tidak menyerupai jantina yang
berlainan dan
 Hiasan dan dandanan hendaklah pada kadar yang bersesuaian dan sederhana, sesuai dengan
uruf masyarakat.

• Persembahan
 Ucapan, gerak laku dan sebagainya yang tidak mengandungi simbol-simbol yang dapat

ditafsirkan secara tersurat atau tersirat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan nilai-
nilai Islam. Sensitiviti mana- mana agama, budaya dan bangsa hendaklah sentiasa
dipelihara.
 Dalam keadaan yang bersesuaian untuk mengelakkan rasa tidak disenangi oleh orang yang
mendengar dan menonton.
 Plot penceritaan yang bukan realiti dan berasaskan khayalan adalah dibenarkan untuk

89

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

menyampaikan sesuatu mesej yang baik.
 Lawak jenaka hendaklah berpada-pada dan tidak melampaui batas iaitu sehingga

membawa kepada ketawa yang melampau.
 Lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius dan pada perkara yang perlu

ditangisi.
 Tidak mengandungi unsur pendustaan pada sesuatu fakta, kata- kata kesat, lucah atau

fitnah.
 Tidak mengandungi unsur yang menimbulkan penghinaan terhadap mana- mana individu

atau organisasi.
 Tidak mengandungi unsur keganasan.
 Tidak menimbulkan trauma atau gangguan emosi dan
 Tidak melakonkan watak menyerupai jantina yang berlainan.

Nyanyian
 Gerak laku, nyanyian, ucapan dan sebagainya yang tidak mengandungi simbol-simbol yang

dapat ditafsirkan secara tersurat atau tersirat yang bertentangan dengan ajaran dan nilai-
nilai Islam.
 Berinteraksi dengan penonton secara sopan sama ada melalui perkataan atau perbuatan.
 Keadaan fizikal, mental dan emosi penyanyi berada pada tahap yang baik.
 Persembahan diadakan dalam keadaan yang terkawal dan
 Tingkah laku tidak liar serta melampaui batas.

Tarian
 Gerak tari tidak mengandungi simbol yang dapat ditafsirkan sama ada secara tersurat atau

tersirat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan nilai- nilai Islam.
 Unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu

makhluk atau peribadi lain hendaklah dielakkan.
 Selari dengan kehendak syarak dan uruf masyarakat setempat.
 Penampilan diri tidak terdedah kepada eksploitasi penonton dan bercanggah dengan

kehendak Islam.
 Gerak tari yang tidak menimbulkan fitnah atau memberahikan walaupun dipersembahkan

oleh pasangan yang sah atau bersama mahram.
 Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh

menimbulkan fitnah dan
 Tidak mengandungi unsur yang menimbulkan penghinaan terhadap agama dan budaya

masyarakat tertentu.

Lagu
• Lirik
 Mengandungi kebaikan dan nilai- nilai murni.
 Memberi kesedaran dan membawa kepada keinsafan.
 Selari dengan adab kesopanan.
 Sensitiviti mana- mana agama, bangsa dan negara hendaklah sentiasa dipelihara.
 Boleh menggunakan terjemahan al- Quran dan hadith dengan menjaga adab yang selaras

dengan syarak.
 Ayat- ayat al-Quran tidak boleh dijadikan lirik lagu melainkan dengan kaedah iqtibas.
 Nasyid berbentuk doa adalah diharuskan.

90

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

 Tidak digalakkan menggunakan matan hadith kerana bimbang berlaku kesalahan pada
sebutan yang boleh membawa perubahan pada makna.

 Tidak mengandungi kalimah syahadah yang tidak sempurna.
 Tidak mengandungi ungkapan yang memanipulasi terjemahan al-Quran dan hadith untuk

tujuan yang salah
 Tidak mengandungi ungkapan yang memanipulasi kalimah-kalimah suci dalam Islam

untuk tujuan yang salah.
 Tidak mengandungi ungkapan mengutuk nasib dan mempersoalkan ketentuan Allah.
 Tidak mengandungi pemujaan kepada makhluk dan peribadi lain.
 Tidak mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata yang ditafsirkan

lucah.
 Tidak mengandungi unsur maksiat atau membawa kepada pelakuan yang diharamkan dan
 Tidak mengandungi unsur penghinaan, aib, cacian, fitnah dan merendah-rendahkan

seseorang.

• Peralatan Muzik
 Harus menggunakan peralatan muzik yang diharuskan oleh syarak dalam majlis-majlis

perkahwinan atau keraian tertentu.
 Tidak boleh digunakan untuk mengiringi bacaan al- Quran;
 Tidak boleh digunakan untuk mengiringi apa-apa program yang diadakan di dalam dewan

solat masjid dan surau serta di kawasan serambi masjid.

• Unsur Muzik
 Mendorong kepada suasana positif;
 Menyuntik ketenangan;
 Membangkitkan semangat yang baik;
 Tidak melambangkan pemujaan atau yang dianggap sakral oleh penganut agama lain;
 Tidak mendorong kepada kekacauan dan ketidakseimbangan pemikiran sehingga boleh

melalaikan diri daripada mengingati Allah;
 Tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam;
 Tidak mengganggu ketenteraman masyarakat awam; dan
 Tidak membawa kepada perbuatan maksiat

Penganjuran Program Hiburan
• Program hiburan yang dianjurkan hendaklah mengambil kira aspek-aspek berikut:
 Manfaat dan kesejahteraan kepada masyarakat;
 Tempat yang bersesuaian;
 Masa dan hari yang bersesuaian yang tidak menyentuh sensitiviti ajaran Islam dan

masyarakat; dan
 Mendapat kelulusan pihak berkuasa sebelum sesuatu program dianjurkan.

• Program yang dianjurkan tidak mengandungi perkara-perkara berikut:
 Unsur-unsur ritual, tanda atau simbol yang bertentangan dengan ajaran Islam secara

langsung atau tidak langsung;

91

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

 Perbuatan yang diharamkan dalam Islam atau maksiat serta perkara yang boleh mendorong
kepada keadaan- keadaan tersebut;

 Keadaan yang membawa kepada kekacauan atau gangguan terhadap ketenteraman awam;
 Acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan;
 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semasa mengadakan latihan atau raptai;
 Percampuran antara lelaki dan perempuan dalam kalangan penonton;
 Pembaziran dalam penganjuran program

Klip Video
 Rakaman visual diadakan dengan tujuan yang baik;
 Selari dengan garis panduan yang terkandung dalam perkara (1) Artis, (2) Persembahan,

(3) Lagu dan (4) Penganjuran Program Hiburan mengikut ‘tatabahasa visual’;
 Paparan visual mengandungi nilai- nilai yang baik dan membina minda serta akhlak yang

mulia; dan
 Paparan visual adalah sopan, teratur dan diterima mengikut tatabahasa.

• Klip video juga hendaklah tidak mengandungi aspek- aspek berikut:
 Unsur- unsur penghinaan terhadap individu dan kepercayaan masyarakat tertentu, agama,

bangsa dan negara;
 Paparan syot (foto atau gambar) yang tidak sopan dan syot- syot yang melanggar nilai dan

etika Islam;
 Gangguan kepada kesihatan emosi, mental dan pancaindera tertentu;
 Simbol visual yang secara tersurat atau tersirat yang bertentangan dengan akidah, syariah

dan nilai etika Islam; dan
 Paparan yang negatif sama ada dari segi gerak geri atau bahasa yang boleh merangsang

peniruan kepada golongan tertentu

Definisi hiburan melampau

Secara umumnya hiburan melampau boleh difahami dengan maksud sesuatu perkara yang
menggembirakan dan menyenangkan tetapi dilakukan secara berlebihan dan luar dari batasan syariat
Islam yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya dari
pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk menggembirakan diri dengan
hiburan. la juga sebagai agenda Yahudi dan Nasrani untuk merosakkan akhlak umat Islam dan ара yang
lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah umat Islam.

92

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Kategori hiburan melampau menurut Islam:
• Hiburan yang bercanggah dengan ajaran Islam, terutamanya hiburan yang mempunyai unsur-
unsur khurafat, syirik dan bidaah.

• Hiburan yang berunsurkan seks dan adegan lucah.

• Hiburan yang tidak membataskan atau mengamalkan percampuran antara lelaki dan perempuan
dalam satu tempat berlakunya hiburan tersebut.

• Hiburan yang tidak menitikberatkan masa atau waktu ibadat

• Hiburan yang tidak ada di dalamnya unsur-unsur kebaikan atau nilai tambah melainkan
kelalaian dan kelekaan sehingga sanggup berada di depan televisyen berjam-jam tanpa rasa
jemu atau bosan, dan mereka juga rela menghabiskan wang untuk mengirim sms bagi mengundi
bintang-bintang pujaan mereka.

Contoh- contoh hiburan melampau:
• Program hiburan seperti konsert, teater muzikal serta tarian yang mengamalkan percampuran
dan pergaulan bebas lelaki dan wanita, pendedahan aurat dan menghidangkan minuman
beralkohol.

• Program sukan sehingga mencetuskan jiwa fanatik dalam kalangan peminatnya justeru
wujudnya pergaduhan dan perkelahian.

• Permainan berkomputer/ android dan sebagainya berunsur judi dan pertaruhan.

• Mengamalkan fesyen berpakaian serta penampilan seperti gaya rambut yang melampau seperti
Punk, Mohawk dan sebagainya.

• Program realiti TV yang berunsur hiburan yang melalaikan sehingga menggalakkan pembaziran
masa dan wang.

• Budaya hedonisme iaitu melakukan sesuatu untuk keseronokan dan kebahagiaan tanpa melihat
kesan baik atau buruk pada diri dan masyarakat.

• Program lawak jenaka yang melampau sehingga mengubah penampilan seperti wanita dan
sebaliknya.

93

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Kesan Hiburan Melampau

Sasaran Kesan
Individu • Tidak mempedulikan masyarakat sekeliling.
• Emosi yang tidak stabil.
• Konflik identiti kerana banyak terpengaruh dan fanatik kepada artis barat dan

sebagainya.

Keluarga • Mewujudkan keluarga yang tidak harmoni.
• Melahirkan suasana keluarga yang tidak mengikut lunas Islam.
• Tiada unsur kasih sayang di antara ahli keluarga kerana sibuk dengan

keseronokan dan hiburan masing- masing.

Masyarakat • Melahirkan masyarakat yang hanya mementingkan keseronokan dunia.
• Masyarakat dan negara akan mudah ditindas kerana lalai dengan hiburan dan

keseronokan.

Negara • Kekurangan pelapis pemimpin negara yang benar- benar mempunyai jiwa
patriotik.

• Berhadapan dengan pelbagai masalah sosial akibat daripada aktiviti/ program
hiburan melampau.

Kesimpulan

Islam tidak melarang hiburan selagi ia tidak melalaikan dan tidak bercanggah dengan syarak. Kekosongan
jiwa perlu diisi dengan ibadat.

Kemuncak bagi segala ketenangan adalah dengan mengingati Allah SWT dan berjuang menegakkan syiar
Islam.

Firman Allah:

Maksudnya:“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (banyak
mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, maka tenang tenteramlah hati manusia”.

(al-Quran: Surah Al-Ra’du: 28)

94

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 17: ETIKA KEWARTAWANAN

Oleh:
Suhaila Mustaffa

ETIKA KEWARTAWANAN

Firman Allah SWT
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,
maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga
menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”

(al-Quran, Surah Al-Hujuraat: 6 )

Definisi wartawan

Kewartawanan sebagai satu profesion kerjaya penyebaran maklumat yang mempunyai peranan penting
dan kesan berterusan kepada individu dan masyarakat. Justeru kerjaya sebagai wartawan dari beberapa
aspek dilihat sebagai kesinambungan daripada kerjaya atau profesion sebagai pendidik dan juga
dipandang sebagai ibadat oleh Islam.

Peranan Wartawan

Sebagai seorang wartawan, tugas rutinnya adalah seperti mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang
berita terkini, orang ternama dan isu- isu yang relevan. Mereka juga berperanan sebagai pengarang,
editor, pemberita, penyiar, pembaca berita dan lain- lain.

Menurut perspektif Islam, peranan wartawan yang paling utama adalah sebagai agen perubahan
masyarakat. Melalui cerita atau berita yang disajikan mampu mengubah persepsi dan mempengaruhi
corak pemikiran masyarakat. Namun begitu, tergalas satu tanggungjawab besar pada seseorang yang
bergelar wartawan iaitu mereka perlu bertanggungjawab di atas segala maklumat yang disampaikan
samada ia sahih atau provokasi semata- mata.

Etika Kewartawanan

Islam mentitik beratkan soal kerahsiaan dan menjaga aib individu lain. Sehubungan dengan itu, dengan
adanya etika kewartawanan ini amat sejajar dengan tuntutan Islam dalam memastikan tugas

95

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

kewartawanan itu benar- benar menepati kehendak syarak. Etika kewartawanan dalam Islam adalah
seperti berikut:

ETIKA KEWARTAWANAN
• Melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang

benar;
• Menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat

ulasan dan kritik yang saksama;

• Menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar/ filem dan dokumen;

• Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan;

• Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita;

• Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada
plagiarisme dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun;

• Wartawan hendaklah menghindari siaran berita rencana yang bersifat perkauman, melampau
dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia;

• Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara
langsung dengan profesion mereka.

Dunia hari ini menyaksikan perkembangan teknologi canggih yang amat pantas dan pesat. Ekoran
dari perkembangan ini, medium penyampaian maklumat juga tidak lari dari mengikuti arus perubahan ini.
Maka, hari ini kita dapat melihat pelbagai medium sosial yang wujud bertujuan untuk mendapat dan
menyebarkan maklumat. Golongan- golongan wartawan juga pasti tidak ketinggalan menggunakan
saluran ini bagi menyampaikan maklumat. Yang menjadi isu permasalahan sekarang, adakah mereka
benar- benar menggunakan medium sosial ini selari dengan etika yang telah ditetapkan atau sebaliknya.

Firman Allah:

Maksudnya : “ Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji tersiar di
kalangan orang-orang yang beriman (di kalangan masyarakat), bagi mereka azab yang pedih di dunia
dan akhirat. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

(al-Quran, Surah An-Nur: 24)

96

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Menurut Saiful Nujaimi Abdul Rahman (2009), terdapat sembilan aspek permasalahan etika seperti
berikut:

PERMASALAHAN ETIKA KEWARTAWANAN
• Muslihat

Apabila bermuslihat dengan sumber demi mendapatkan berita.

• Konflik kepentingan
Apabila wartawan dan agensi memiliki kepentingan peribadi.

• Setiakawan
Apabila perlu melaporkan berita negatif yang melibatkan rakan-rakan

• Pemberian
Apabila diberikan cenderamata dalam pelbagai bentuk.

• Pemberitaan berbayar
Apabila agensi luar membeli kolum akhbar untuk memuatkan berita bercorak promosi dan
publisiti syarikatnya dalam bentuk berita sisipan.

• Kecenderungan peribadi
Apabila agensi atau wartawan berpihak kepada sesetengah parti politik, isu atau kempen
tertentu.

• Pencerobohan ruang privasi
Apabila wartawan menceroboh ruang privasi seseorang sumber atau figura atas alasan
melaksanakan tugas-tugas pemberitaan

• Mengekang maklumat
Apabila wartawan merahsiakan sesetengah maklumat yang diperolehi demi
menggunakan maklumat itu untuk kemudian hari.

• Penciplakan
Apabila wartawan menggunakan atau menyalin berita yang telah ditulis oleh rakan atau
agensi media lain untuk tujuan rujukan, tetapi tidak memberi penghargaan yang sewajarnya.

97

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Contoh Isu Permasalahan Wartawan
BINCANGKAN..
ISU 1:
“Leman bertugas sebagai seorang wartawan hiburan. Dia seringkali menjadi habuan
kritikan artis dan masyarakat sekeliling kerana sentiasa memaparkan berita dan
gossip yang kadangkala mengaibkan dan memalukan. Leman menganggap itu
lumrah dalam pekerjaannya dan dia merasakan hasil kerjanya berjaya kerana
mendapat respon dari pembaca.”
ISU 2:
“Sebagai seorang wartawan yang sangat sibuk dengan rutin harian, Suzie
kadangkala tidak dapat lari dari kesilapan dalam memaparkan hasil tulisannya.
Kadangkala Suzie menyiarkan kenyataan yang bertentangan dengan apa yang
disampaikan oleh orang yang diwawancaranya. Namun Suzie menganggap itu satu
kebiasaan kerana baginya manusia tidak boleh lari dari kesilapan.”

Kesan permasalahan etika wartawan
• Masyarakat tidak lagi mempunyai sumber yang boleh dipercayai.
• Wujudnya suasana yang tidak harmoni dan pertelingkahan kerana salah faham daripada berita
yang disampaikan.
• Profesion wartawan akan dilihat sebagai negatif secara keseluruhannya.
• Menjatuhkan imej dan maruah individu, keluarga, masyarakat dan negara serta agama.

98

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 18: KESANTUNAN BAHASA

Oleh:
Roshadah Abu Bakar

Pengenalan
Kesantunan bahasa sangat penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Hal ini menunjukkan adab
sesuatu bangsa yang perlu dihormati. Bagi bangsa Melayu adab yang halus dan sesuai dengan ajaran
Islam sangat ditekankan bagi menjaga keharmonian dan saling menghormati sesama manusia.

Takrif Kesantunan Bahasa
Menurut Kamus Dewan (1994) kesantunan ditakrifkan sebagai halus budi pekerti, beradab, sopan, berasa
kasihan, suka menolong dan mengambil berat kesusahan orang lain.

Menurut Hasuria Che Omar, takrif bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa yang
membuatkan pertuturan menjadi bermakna dari segi penyambungan bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai
hubungan dengan akal fikiran manusia dan merupakan alat komunikasi yang penting untuk
menyampaikan dan mengutarakan kehendak, maksud dan harapan. Menurut Asmah, kesantunan
berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-harian yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan
rasa tersinggung daripada pihak lain serta perlu juga menjaga air muka orang sekeliling.

Kehidupan masyarakat yang bersopan santun sudah pasti mampu mewujudkan suasana harmoni
dalam kehidupan berbilang bangsa yang memiliki ciri-ciri keperibadian yang mulia seperti berbudi
bahasa, lemah lembut, penuh keprihatinan terhadap orang lain. Tatacara atau peraturan yang wujud dalam
berbahasa dapat dilihat dalam interaksi antara individu dalam berkomunikasi yang mana dipenuhi dengan
norma budaya masyarakat setempat.

Kesantunan Bahasa Dalam Islam
Menurut al-Quran
Di dalam al-Quran cukup banyak ayat yang berkenaan dengan kesantunan di antaranya ialah:

(1) “...sungguh, Ibrahim itu seorang yang sangat lembut hatinya lagi
penyantun.” (QS 9 [At-Taubah]: 114).

(2) “Mereka berkata, “Wahai Syu’aib! ...sesungguhnya engkau benar-benar
orang yang sangat penyantun dan pandai.” (QS 11 [Hud]: 87).

(3) “...tetapi Allah benar-benar telah memaafkan mereka sungguh, Allah
Maha Pengampun, Maha Penyantun.” (QS 3[Ali Imron]: 155).

99

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

(4) “Sungguh, Dia (Allah) pasti akan memasukkan mereka ke tempat masuk
(surga) yang mereka sukai. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
Maha Penyantun.” (QS 22 [Al-Hajj]: 59).

Ayat (1) dan (2) menyatakan dua orang nabi yang penyantun, iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Syu’aib. Ayat
(3) dan (4) menyebutkan bahawa Allah itu Maha Penyantun.

Menurut as-Sunnah

Hadis-hadis yang berkaitan kesantunan ialah

(1) Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya Allah itu Mahalembut dan menyukai kelembutan dalam segala hal.”
(Muttafaq’alaih).

(2) Aisyah r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya,sifat lemah lembut itu,
bila berada pada sesuatu, pasti menghiasinya, dan lepas dari sesuatu, pasti jelas buruknya.”

(h.r. Muslim)

(3) Hairir bin Abdullah r.a. berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Barang
siapa tidak mempunyai sifat lemah lembut, maka ia tidak akan mendapatkan semua jenis
kebaikan.”

(h.r. Muslim)
Hadis di atas mengambarkan galakan dalam Islam agar mengamalkan budaya sopan santun dalam
kalangan hubungan sesama manusia.

Di Malaysia, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dilancarkan oleh kerajaan pada
awal tahun 2005 merupakan usaha yang penting untuk memupuk kesedaran dan penghayatan seluruh
warganegara terhadap pentingnya budi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, bahkan
dalam hubungan manusia sejagat.

Kesantunan bahasa merupakan salah satu aspek penting dalam kempen budi bahasa dan nilai-nilai
murni. Secara rasmi Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah memasukkan nilai-nilai murni sebagai salah
satu teras dasar dan sistem pendidikan, khususnya melalui program penyerapan nilai-nilai murni dalam
pendidikan antaranya nilai kesantunan bahasa yang merentas kurikulum

100


Click to View FlipBook Version