The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Perantisan 2 CHW SRGH 1 2_2019 FLIPBOOK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHUNG HENG WENG -CHWENG, 2019-10-05 20:58:32

Laporan Perantisan 2 CHW SRGH 1 2_2019 FLIPBOOK

Laporan Perantisan 2 CHW SRGH 1 2_2019 FLIPBOOK

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2 NPQEL
AMBILAN 2 / 2019

PROGRAM ‘CAKNA, CEMERLANG’
CHUNG HENG WENG
750207-08-6319
SRGH 1

PENSYARAH PENYELIA
EN. KARPANAN A/L MANIKAM

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2
DISERAHKAN KEPADA

INSTITUT AMINUDDIN BAKI
SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2 NPQEL
AMBILAN 2 / 2019

PROGRAM ‘CAKNA, CEMERLANG’

CHUNG HENG WENG
750207-08-6319
SRGH 1

PENSYARAH PENYELIA
EN. KARPANAN A/L MANIKAM

LAPORAN PROGRAM PERANTISAN 2
DISERAHKAN KEPADA

INSTITUT AMINUDDIN BAKI
SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan
ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya.

Tandatangan :

27 SEPTEMBER 2019 ( CHUNG HENG WENG )

Saya mengesahkan bahawa Projek Perantisan 2 yang bertajuk ‘Cakna, Cemerlang’
telah dilaksanakan di sekolah ini.

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja peserta NPQEL sendiri kecuali nukilan-
nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya.

Tandatangan :

27 SEPTEMBER 2019 ( NGOO SIEW HONG )

Cop Pengetua / Guru Besar
Sekolah Perantisan 2

i

PENGHARGAAN

Saya sangat bersyukur kerana berkemampuan untuk menyiapkan tugasan ini yang
bertajuk ‘Cakna, Cemerlang’.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, En. Karpanan A/L
Manikam kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan
program ini. Di bawah penyeliaan beliau semasa kursus NPQEL, beliau banyak
memberi dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan terutamanya pandangan
fulturistik yang munasabah bagi menyelesaikan masalah. Saya memperoleh
kemahiran dan ilmu pengetahuan daripada beliau.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SJKC
San Min No.1, Pn. Ngoo kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam
pelbagai aspek terutamanya dalam pengurusan pentadbiran sekolah. Dalam program
ini , beliau juga banyak membimbing saya untuk menyiapkan tugasan.

Akhir sekali tidak lupa ucapkan terima kasih saya kepada semua warga SJKC San
Min No.1 kerana telah memberi kerjsama kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Di samping itu, sepanjang 6 minggu menjalankan perantisan 2 saya di sekolah ini,
sikap tanggungjawab sebagai seorang guru yang profesion yang ditonjolkan oleh
mereka amat saya kagumi. Semoga dapat peluang untuk bekerjasama lagi pada masa
akan datang.

Sekian, terima kasih.

CHUNG HENG WENG
SRGH 1 NPQEL 2 / 2019
27 SEPTEMBER 2019

ii

ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman
Pengakuan i
Penghargaan ii
Isi kandungan iii
Senarai Jadual iv
Senarai Rajah v
Senarai Gambar vi

BAB 1 PENGENALAN 1 – 13

BAB 2 REFLEKSI KEPIMPINAN 14 – 25
2.1 Amalan pemimpin Sekolah Perantisan 2
2.2 Cadangan tambah baik amalan Pemimpin Sekolah Perantisan 2
2.3 Refleksi mempimpin intervensi.
2.4 Harapan sebagai Pemimpin Pendidikan

BAB 3 RUMUSAN 26 – 27

BAB 4 PENUTUP 28 – 29

RUJUKAN 30

LAMPIRAN BORANG P2-1 HINGGA P2-6 31 - 75

KERTAS KERJA DAN LAPORAN AKTIVITI 76 - 117

iii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL MUKA SURAT

Jadual 1 Enrolmen Murid Tahun 2019 8

Jadual 2 Analisis Kehadiran Murid Bagi Tahun 2019 9

Jadual 3 Bilangan Guru Mengikut Gred 10

Jadual 4 Kehadiran dan Keberadaan Guru 10

Jadual 5 Perbandingan Keputusan UPSR tahun 2016-2018 11

Jadual 6 Peratus Kehadiran Aktiviti Kokurikulum 12
Jadual 7 Pencapaian Kokurikulum Jan – Julai 12

iv

SENARAI RAJAH MUKA SURAT
NO. RAJAH 6
Rajah 1 Pelan Sekolah 7
Rajah 2 Carta Orgranisasi Pentadbiran 11
Rajah 3 Keputusan UPSR 2016 - 2018

v

SENARAI GAMBAR MUKA SURAT
NO. GAMBAR 1
Gambar 1 Gambar Sekolah

vi

BAB 1 : PENGENALAN

Latar Belakang SJKC San Min No.1
Profil Sekolah

KOD SEKOLAH : ABC 5085
GRED SEKOLAH : GRED A
LOKASI SEKOLAH : BANDAR
TEL : 05-6221891
FAKS : 05-6221891
EMAIL : [email protected]
FROG VLE URL : ABC5085.1bestarinet.net

Gambar 1 : SJK(C) San Min No.1
1

Maklumat Asas Guru Be

Jawatan GB PK1
En. Goh K
Nama Pn. Ngoo Siew Hong 651212-0
67087
No. Kad Pengenalan 651115-08-5200 DG38 (KU
STPM
No. Fail JPN 66837 Sijil Pergu
01.01.199
Gred DG42 (KUP) 01.01.199
01.01.200
Kelulusan Akademik SPM 01.01.201
01.01.201
Kelulusan Ikhtisas Sarjana Muda Pend. -
-
Tarikh Lantikan DG29 01.01.1994 60 Tahun
KK – 18.1
Tarikh Sah Pertama 01.01.1997 HEM – 01
PK1 – 16.
Tarikh Naik Pangkat DG32 01.11.2004

Tarikh Naik Pangkat DG34 01.11.2012

Tarikh Naik Pangkat DG38 -

Tarikh Naik Pangkat DG41/DG42 01.12.2016(DG42)

Tarikh Naik Pangkat DG44 -

Opsyen Persaraan 60 Tahun
Menyandang Jawatan KK – 16.11.2007
HEM – 16.11.2013
PK1 –16.02.2016

2

esar dan Penolong Kanan

Kian Heong PK HEM PKKK
08-5077 Pn. Tan Hui Huang En. Tan Hang Teong
650821-08-5510 820810-08-5485
UP) 64548 A18346
DG44 (KUP) DG42 (KUP)
uruan Asas SPM SPM
95 Sarjana Muda Pend. Sarjana Muda Pend.
98 11.12.1995 01.08.2007
05 11.12.1998 01.08.2008
13 01.01.2006 01.08.2015
18 - -
- -
n 31.12.2008(DG41) 01.12.2016(DG42)
12.2008 31.12.2013(DG44) -
1.04.2011 60 Tahun 58 Tahun
.12.2015 KK- 16.10.2009 KK- 16.12.2016
HEM – 18.11.2014

2

1.1 Sejarah Ringkas Sekolah

TAHUN PERISTIWA
12.2.1929
Sekolah ini ditubuhkan hasil daripada gabungan 3 buah sekolah iaitu:
1941 i) Sekolah Rendah Hua Chiau
iij Sekolah Rendah Pei Hua
1945 iii) Sekolah Perempuan Teluk Anson
1948
1958 Pembinaan bangunan baru yang mengandungi 20 buah bilik darjah dan
1959 mulai digunakan pada bulan Julai tahun 1941.
1964
Sekolah ini terpaksa ditutup pada penghujung tahun 1941 kerana
1967 meletusnya Peperangan Dunia Kedua. Sekolah ini dijadikan Pusat
Pentadbiran Tentera Jepun.
12.11.1968
1973 Sekolah ini dibuka semula sebaik sahaja tamatnya Peperangan Dunia
1983 Kedua.
6.11.1984
1995 Kelas-kelas untuk peringkat sekolah menengah mulai ditubuhkan.
1996
2003 Bahagian sekolah menengah diasingkan daripada sekolah ini.

Sekolah ini telah dibahagikan kepada dua sekolah iaitu Sekolah Rendah
San Min (Pagi) dan Sekolah Rendah San Min (Petang).

Kedua-dua sekolah telah menukarkan nama iaitu Sekohh Rendah San Min
(Pagi) ditukar kepada SRJK San Min No.1 dan SekoIah Rendah San Min
(Petang) ditukar kepada SRJK San Min No.2

Pembinaan sebuah bangunan baru dua tingkat yang mempunyai 3 buah
bilik darjah di tingkat bawah dan bilik pejabat, bilik Guru Besar dan bilik
guru yang berasingan bagi kedua-dua sekolah I di tingkat atas.

Perasmian bangunan baru oleh Y.B Menteri Pelajaran En. Khir Johan.

Satu blok bangunan baru dua tingkat yang mtmpunyai 6 buah bilik darjah
siap dibina.

Sebuah Dewan Serbaguna yang mengandungi dua buah gelanggang bola
keranjang siap dibina.

Perasmian Dewan Serbaguna oleh Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran, Datin
Paduka Chew Pob Kheng, DPMD

Sebuah bangunan baru yang mempunyai 18 buah bilik darjah siap dibina.

Sebuah bangunan baru yang mempunyai 15 buah bilik darjah dalam proses
pcmbinaan dan dijangka akan siap pada 1997.

SJK (C) San Min No.1 dan SJK (C) San Min No. 2 menjalankan program
persekolahan satu sesi. Kedua-dua sekolah ini masing-masing mempunyai
bilik darjah dan pejabat sendiri.

3

1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kebanyakan Falsafah Sekolah adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
supaya semua aktiviti dan program yang dilaksanakan terarah kepada pembangunan
potensi murid, akhlak dan keperibadian mulia yang seterusnya menyumbang kepada
pembangunan negara.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan berharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

1.3 Visi Sekolah & Misi Sekolah

Visi dan misi sekolah telah disebarluas oleh pihak sekolah kepada semua warga
sekolah dan ibu bapa supaya dapat mencapai matlamat sekolah.

Visi Sekolah – Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Misi Sekolah – Melestarikan system pendidikan yang berkualiti untuk

membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

1.4 Objektif

Melahirkan insan yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan serta berupaya memberi
sumbangan positif terhadap masyarakat, bangsa dan negara.

4

1.5 Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan SJKC San Min No.1 adalah seperti berikut.

Kami Warga SJKC San Min No.1 Dengan Penuh Tekad Dan Itizam Berjanji Akan
Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :

1. Memastikan semua murid SJKC San Min No.1 Mendapat tempat belajar pada
hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
2. Memastikan usaha Hal Ehwal Murid diselesaikan dengan cermat dan tepat pada
masanya.
3. Memastikan semua persuratan dijawab lebih awal atau tepat pada tempohnya.
4. Mengurus dan menyelesaikan masalan perjawatan dan perkhidmatan personal
dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain
dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan.
5. Menentukan tenaga pengajar adalah sentiasa seimbang dengan nisbah pelajar.
6. Memastikan pejabat guru sentiasa dalam suasana mesra.
7. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.
8. Memastikan pejabat SJKC San Min No.1 sentiasa peka dan responsive kepada
kehendak-kehendak pelanggan.
9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran
yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan
dan kecemerlangan akademik.

5

Rajah 1: Pelan Sekolah
6

h SJKC San Min No.1
6

SEK JEN KEB CINA SAN MIN 1 吴绣凤校长 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TELUK INTAN, PERAK. PN. NGOO SIEW HONG KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

陈慧芳 副校长 2 吴典雄 副校长 1 陈汉忠 副校长 3
PN. TAN HUI HUANG EN. GOH KIAN HEONG EN. TAN HANG TEONG

林瑞阴师 刘秋燕师 陈宝红师 钟秀群师 罗伟俐师 郑湲霓师 陈泉通师 李宝聪师
PN. LIM PN. LAW PN. TAN CIK. CHONG PN. LOW PN. TEE EN. TAN CIK. LEE
SWEE IMM CHIEW YEN POH HONG SIEW KUANG YEAN NEE CHUAN TOONG CHENG SONG
SU EMIS/Data SU UPSR SU Pep Sekolah WEI LI SU SPBT SU Bim & Kaun
SU Kurikulum SU HEM SU Kokurikulum SU PBS SU Ladap SU MSAS SU ICT
SU JWTU Guru Kelas 5M Guru Kelas 5K SU Frog VLE SU P. BC Guru Kelas 6K Ketua P. TMK/RBT SU P.G. PENYAYANG
Guru Kelas 3H

江袖蘋师 陈淑薇师 PN. CHAN 曾妙丝 苏丽美师 郑丽丝师师 蔡美玲师 何玉婵师
PN. KWONG PN. TAN YOKE YEING CIK. CHUNG PN. SU PN. TEE PN. CHUAH PN. HO
SWEE PHENG SU WEI SU Disiplin Sek MEOW SEE LEK MOI LAY SEE YOKE SIM
Ketua P. Moral Ketua P. BC Ketua P. BM BEE LENG Ketua P. Sains
SU PSS SU Pemulihan/IPP2M Guru Kelas 5H SU P.SENI Ketua P. BI Ketua P. Mat Guru Kelas 6M
SU Buku Panduan 2 J.L Syarahan BM J.P.Speaking SU P.Aset Kerajaan
SU Media/Nilam SU TMK&RBT TK. MBMMBI
SU Program 3K Guru Kelas 6H Guru Kelas 4K
Guru Kelas 1H

吴绮媚师 黄鏸莹师 哈蜜达师 余珊慧师 陈毖樻师 林穗芳师 诺莱娜师 陈秀萍师
PN. NGOO PN. ENG PN. HAMIDAH PN. YU CIK. TAN PN. LIM PN. NORLAILA PN. TAN
SEOW JIN BINTI BUYONG SEN HUEY PECK KOOI HOI FANG SIEW PING
YEE MEI Ketua PJ&PK Ketua P.Agama Ketua P. Muzik Ketua P. Seni SU P. Matematik BINTI ISHAK SU P.Sejarah
Ketua P. Sejarah SU Sains J.L Syarahan BM SU P.Inggeris SU PJ&PK SU SSDM2 SU MBMMBI SU P.Muzik
SU Sukan J.L Story Telling BI Guru Kelas 1K Guru Kelas 4H SU P.Agama Guru Kelas 2K
SU Buku Panduan 1 Jurulatih T.Solo

Guru Kelas 2H

廖永珍师 余佩敏师
PN. LIAW PN. OI PEI
YOON CHIN
MENG
Guru P.MT/Julatih Kuiz SU P.BM
SU RMT
Guru Kelas 3K

RAJA ASMAH ARNIDA
PT N19 PO N11 PT N19

Rajah 2: Carta Organisasi Pentadbiran SJKC San Min No.1

7

1.6 Enrolmen Murid Tahun 2019

Berdasarkan data yang didapati, sebanyak 333 orang murid Cina, 25 orang murid
Melayu dan 12 orang murid India yang belajar di sekolah ini. 95% murid di sekolah
ini adalah tinggal berdekatan dengan sekolah.

Jadual 1 : Enrolmen Murid Tahun 2019
(Sumber : Data APDM)

Bil. Jantina L Jumlah Murid P Jumlah Murid Jumlah Murid

Darjah C M I Lelaki C MI Perempuan Setiap Darjah

1 1H 14 4 0 18 14 1 0 15 33

2 1K 16 0 2 18 14 0 0 14 32

3 2H 16 1 2 19 10 1 0 11 30

4 2K 13 4 1 18 11 0 0 11 29

5 3H 11 0 0 11 6 10 7 18

6 3K 11 1 0 12 7 20 9 21

7 4H 13 3 0 16 13 1 0 14 30

8 4K 16 0 0 16 12 0 1 13 29

9 5H 13 0 0 13 14 0 0 14 27

10 5K 9 2 2 13 8 01 9 22

11 5M 11 0 1 12 9 11 11 23

12 6H 14 0 0 14 13 0 0 13 27

13 6K 13 1 0 14 10 1 0 11 25

14 6M 10 1 0 11 12 0 1 13 24

Jumlah 180 17 8 205 153 8 4 165 370

8

1.7 Kehadiran Murid Bulan Mei – Julai Tahun 2019

Kehadiran murid di sekolah ini melebihi KPI yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu
95%. Daripada pemerhatian saya, guru kelas di sekolah ini menelefon murid yang
tidak hadir ke sekolah setiap hari untuk memastikan sebab ketidakhadiran murid
dengan ibu bapa mereka, justeru masalah ponteng sekolah di sekolah ini tidak berlaku.

Jadual 2 : Analisis Kehadiran Murid Bagi Tahun 2019

BIL. DARJAH MEI JUN JULAI PERATUS KEHADIRAN
MENGIKUT DARJAH

1 1H 97.37 98.92 97.52 97.94

2 1K 94.17 97.54 96.59 96.10

3 2H 99.11 95.48 98.94 97.84

4 2K 96.78 97.29 94.83 96.30

5 3H 100 99.21 99.49 99.57

6 3K 98.33 96.79 95.23 96.78

7 4H 98.22 98.57 94.55 97.11

8 4K 97.93 98.28 98.28 98.16

9 5H 100 98.41 97.14 98.52

10 5K 100 96.75 96.90 97.88

11 5M 100 97.20 97.04 98.08

12 6H 99.75 98.94 98.99 99.23

13 6K 96.80 97.14 95.82 96.59

14 6M 97.78 97.32 97.73 97.61

PERATUS KEHADIRAN 98.16 97.72 97.04 97.69
MENGIKUT BULANAN

PURATA KEHADIRAN KESELURUHAN

9

1.8 Bilangan Guru Mengikut Gred dan Kehadiran Guru

Berdasarkan data, sebanyak 17 / 26 orang guru adalah lepasan ijazah. 9 / 26 adalah
lepasan diploma. Kebanyakan guru mempunyai lebih 15 tahun pengalaman mengajar.
Kehadiran guru sekolah ini mencapai KPI yang ditetapkan oleh KPM, iaitu 90%.
Namun, pada bulan Julai, ada beberapa orang guru mengiringi murid menyertai
aktiviti kokurikulum dan menghadiri kursus, oleh itu kehadiran guru pada bulan Julai
tidak mencapai 90%

Jadual 3 : Bilangan Guru Mengikut Gred

No. Gred Jawatan Bilangan Guru

1 32 1

2 38 5

3 41 2

4 42 11

5 44 7

Jumlah 26

Jadual 4 : Kehadiran dan Keberadaan Guru Tahun 2019

Bil Mei Jun Julai
Hadir Berada Hadir Berada Hadir Berada
Purata Kehadiran /
Keberadaan 24.5 24.4 25.2 25.2 20.9 20.1
Peratus Purata Kehadiran /
Keberadaan 93.00% 92.20% 94.40% 94.00% 93.10% 88.20%

1.9 Keputusan UPSR tahun 2016 – 2018

Didapati BM penulisan dan BI penulisan adalah kritikal subjek di sekolah ini. Guru
sekolah ini bertungkus-lumus membuat program agar dapat meningkatkan prestasi
UPSR murid pada tahun ini.

10

Jadual 5: Perbandingan Keputusan UPSR Tahun 2016 - 2018

M/P 2016 2017 2018
BM (Pm) 85.54 82.95 80.30
BM (Pn) 75.90 73.86 77.27
BI( Pm) 91.57 84.09 80.30
BI( Pn) 74.70 73.86 72.73
85.54 89.77 89.39
MT 91.57 94.32 98.48
SN 85.54 89.77 83.33
BC (Pm) 87.95 87.50 84.85
BC (Pn) 68.67 68.18 63.64
MTM

100 2017 2018
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
2016

BM (Pm) BM (Pn) BI( Pm) BI( Pn)

MT SN BC (Pm) BC (Pn)

Rajah 3 : Keputusan UPSR 2016 – 2018

11

1.10 Kehadiran kokurikulum dan Pencapaian KK 2019

Kehadiran kokurikulum mencapai 95% ke atas. Pencapaian kokurikulum
memuaskan tetapi boleh dipertingkatkan lagi. Berdasarkan data, kebanyakan
pencapaian adalah dalam pertandingan ko-akademik, pencapaian aktiviti permainan
dan unit-beruniform tidak memuaskan.

Jadual 6: Peratus Kehadiran Aktiviti Kokurikulum Tahun 2019

Bil Persatuan / Permainan / Unit Beruniform Jan Feb Mac
1 Badminton 98.75 98.75 100
2 Ping Pong 100 98.78 98.78
3 Bola Tampar 95.50 98.78 100
4 Olahraga 97.00 95.50 95.50
5 Catu 97.72 96.59 97.72
6 Bahasa Cina 100 100 100
7 Bahasa Melayu 100 96.32 100
8 Bahasa Inggeris 98.44 100 99.42
9 Matematik 98.75 100 100
10 Pendidikan Islam 100 98.78 98.78
11 Seni dan kaligrafi 95.50 98.78 100
12 Tarian 97.00 94.00 95.50
13 Pusat Sumber 97.72 96.59 97.72
14 Pengakap 100 98.68 98.68
15 St John Ambulans 100 100 100
98.43 98.10 98.81
Peratus Keseluruhan

Jadual 7: Pencapaian Kokurikulum Jan - Julai Tahun 2019

Bil Aktiviti Pencapaian
1. Kejohanan Ping Pong Johan
2. Kejohanan Bola Keranjang Naib Johan
3 Pertandingan Catur Naib Johan
4. Pertandingan Bercerita Bahasa Cina Saguhati
5. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak BC Naib Johan
6 Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Tempat Ketiga
7 Pertandingan Menulis Esei BI Naib Johan

12

Keberadaan Peserta di Sekolah Perantisan 2 dan Sekolah Asal
NPQEL Tahun 2019

Nama Peserta : Chung Heng Weng Kumpulan : SRGH 1
Ambilan : 2/2019
No. KP : 750207-08-6319

Sekolah Perantisan 2 : SJK(C) San Min No.1, Teluk Intan

Sekolah Asal : SJK(C) Batu Dua Belas, Teluk Intan

Mingg Tarikh Hari Sekolah P2 Sekolah Asal
u
1 19.08.2019 Isnin 1
20.08.2019
2 21.08.2019 Selasa 1
22.08.2019
3 23.08.2019 Rabu 1
26.08.2019 Khamis 1
4 27.08.2019
28.08.2019 Jumaat 1
5 28.08.2019
30.08.2019 Isnin 1
6 02.09.2019
03.09.2019 Selasa 1
04.09.2019 Rabu 1
05.09.2019
06.09.2019 Khamis 1
09.09.2019
10.09.2019 Jumaat 1
11.09.2019
12.09.2019 Isnin Cuti gantian Awal Muharam
13.09.2019
16.09.2019 Selasa 1
17.09.2019
18.09.2019 Rabu 1
19.09.2019
20.09.2019 Khamis 1
23.09.2019
24.09.2019 Jumaat 1
25.09.2019
26.09.2019 Isnin Cuti Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong
27.09.2019
Selasa 1

Rabu 1

Khamis 1

Jumaat 1

Isnin Cuti Hari Malaysia 1
Selasa

Rabu 1
Khamis 1

Jumaat 1

Isnin 1
Selasa 1
Rabu 1

Khamis 1

Jumaat 1

Jumlah 18 9

13

BAB 2 : REFLEKSI KEPIMPINAN

2.1 Amalan pemimpin sekolah perantisan 2

Kehadiran Pn. Ngoo dapat dirasai di mana-mana sahaja di sekolah, tetapi beliau
bukan bersifat autokratik dan mengamalkan kepimpinan diskributif serta menurunkan
kuasa kepada ketua-ketua kumpulan menjalankan aktiviti. Beliau melantik guru yang
berkebolehan dan mengupayakan mereka melaksanakan tugas yang relevan. Sebaik
sahaja tugas diserahkan kepada guru berkenaan, beliau menghormati kuasa guru
dalam bidang tersebut untuk membuat keputusan. Namun, beliau tidak melepaskan
tangan begitu sahaja, beliau meminta guru yang bertanggungjawab melaporkan
perkembangan dan halangan yang dihadapi dari semasa ke semasa dalam mesyuarat.
Di samping itu, beliau mampu mendapat kerjasama daripda komuniti setempat dan
ibu bapa dalam usaha membangunkan kemudahan sekolah, contohnya pendawaian
elektrik semula dan penghiasan bilik kelas agar keselamatan dan keselesaan murid-
murid diutamakan.

Pn. Ngoo mengamalkan gaya kepimpinan berperikemanusiaan, beliau lebih
mengutamakan kebajikan guru-guru, murid-murid dan staf sokongan. Malahan itu,
beliau lebih mementingkan keadaan persekitaran kerja yang lebih teratur dan selesa.
Contohnya, beliau mencari penaja-penaja untuk membiayai murid-murid yang
berpendapatan rendah. Ini telah dapat meringankan tanggungan ibu bapa. Selain itu,
beliau telah mendapat kebenaran daripada PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah dan
seterusnya mendapat peruntukan daripada mereka untuk mengecat semula dinding
dan memasang penghawa dingin baharu di bilik guru.

Kepimpinan gaya berperikemanusiaan juga menggalakkan kewujudan
semangat kerjasama, hormat-menghormati antara pihak atasan dan guru. Pemimpin
gaya berperikemanusiaan akan memastikan tiada konflik yang akan berlaku di antara
pihak atasan dan guru serta di antara guru dan guru. Sekiranya konflik berlaku pihak
atasan akan mempertimbangkan dan menyelesaikan konflik tersebut. Contohnya,
bebanan guru yang semakin bertambah pada masa kini telah menimbulkan rungutan
daripada guru-guru. Pn. Ngoo telah memberi dorongan dan galakan kepada guru-

14

guru dari semasa ke semasa. Beliau sentiasa mengambil berat tentang keperluan
guru-guru.

Pn. Ngoo telah mencetus pelbagai idea baharu kepada semua guru semasa
Dialog Prestasi Pencapaian Percubaan UPSR. Beliau telah mengemukakan idea-idea
untuk membantu murid-murid agar dapat meningkatkan prestasi mereka. Beliau
berjaya meyakinkan warga sekolah untuk bekerjasama dan menyokong idea
perubahan walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Beliau
menjalankan pemantauan WAYS setiap hari untuk memastikan semua kegiatan
kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah berjalan lancar. Beliau meminta semua guru
mengambil berat tentang kehadiran semua murid dan memeriksa buku latihan dengan
teliti.

Guru besar merupakan peneraju utama yang membentuk pasukan bekerja
di sekolah. Salah satu faktor utama yang menjadi penyumbang kepada pembentukan
budaya kerja yang dinamik adalah melalui kemahiran menyampai dan menerima
maklumat secara positif yang spesifiknya diistilahkan sebagai kemahiran
berkomunikasi. Cara berkomunikasi Pn. Ngoo sangat terang, tepat atau jitu yang
memberi kesan kepada kelakuan dan prestasi kepada guru-gurunya. Semasa
mesyuarat, beliau telah mengamalkan kepimpinan demokratik dan mengadakan
komunikasi dua hala untuk mendapat respon daripada guru-gurunya. Beliau
menggalakkan gurunya memberi pandangan dan membuat cadangan untuk
penambahbaikan masalah.

Kebolehan Pn. Ngoo menyampaikan maklumat dengan berkesan serta tidak
mengelirukan akan membangkitkan dorongan bekerja yang tinggi, mampu
mengelakkan konflik dan salah faham serta membangkitkan perasaan saling
mempercayai antara satu sama lain. Guru dan staf sokongan jelas dengan peranan dan
tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka secara individu atau berkumpulan.
Mereka juga dapat berinteraksi dengan sangat baik antara satu sama lain kerana
maklumat yang disalurkan adalah maklumat yang sama, tepat dan jelas. Pola amalan
komunikasi sedemikian memberi impak yang positif kepada guru kerana unsur
tekanan tidak wujud terhadap guru.

Pn. Ngoo terlebih dahulu memberi penerangan berhubung apa yang perlu
dilakukan oleh guru, memaklumkan kepada guru-guru apabila berpuas hati dengan

15

tugas yang dijalankan, berbual mesra dengan guru dan selalu mempertimbangkan
pendapat guru. Reaksi positif dalam komunikasi ini mampu membentuk pasukan
kerja yang dinamik dalam usaha sekolah mencapai matlamat yang telah ditetapkan
oleh guru besar. Pasukan kerja yang dinamik ini merupakan pasukan kerja yang
mempunyai tenaga dan kekuatan serta mampu membuat penyesuaian dalam usaha
memajukan sekolah.

Pn. Ngoo memastikan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah. Semua
kemudahan di sekolah berada dalam keadaan yang baik. Jika didapati sebarang
kerosakan, beliau akan menghubungi pihak berkenaan untuk membaiki benda yang
berkenaan. Contohnya, ada guru mengadu penghawa dingin di bilik guru sudah rosak,
Pn. Ngoo segera menghubungi mekanik untuk membaiki pendingin hawa agar bilik
guru dalam keadaan yang kondusif supaya semua guru bekerja dalam keadaan yang
selesa.

Pn. Ngoo berjaya mengawal organisasinya dengan baik dan membentuk satu
pasukan yang berjaya melaksanakan segala arahan yang diberikan. Beliau juga
seringkali memberikan penghargaan kepada guru-guru dan murid melalui pelbagai
cara apabila segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Beliau juga bersama guru kanan menyelia dan menilai pengajaran yang merangkumi
aktiviti sokongan pembelajaran, pemantauan pengajaran di dalam bilik darjah melalui
lawatan tidak formal dan melaraskan amalan-amalan di dalam bilik darjah dengan
berfokuskan kepada matlamat yang hendak dicapai.

2.2 Cadangan tambah baik amalan pemimpin sekolah perantisan 2

Pn. Ngoo terlalu memberi kelonggaran kepada guru-guru untuk mengambil cuti rehat
khas dan cuti sakit. Terdapat seorang guru yang senantiasa mengambil cuti pada hari
Isnin. Walaupun guru tersebut guru berpengalaman, namun Pn. Ngoo sepatutnya
berbincang dengan guru tersebut dan memberikan nasihat tentang tanggungjawab
sebagai seorang guru. Ini adalah kerana terdapat sebilangan guru telah merungut
bahawa ketidakhadiran guru tersebut mengakibatkan mereka dikehendaki mengganti

16

kelasnya sedangkan dalam bulan peperiksaan UPSR ini, sekolah ini ada banyak
program yang hendak dijalankan.

Aktiviti kokurikulum merupakan landasan terbaik dalam usaha
membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati
diri selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penglibatan murid
dalam aktiviti kokurikulum sebagai usaha ke arah memupuk pembangunan sahsiah
murid turut diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Pencapaian
akademik murid perlu seimbang dengan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum bagi
melahirkan pemimpin yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Justeru, sebagai
pelengkap kepada satu sistem pendidikan yang seimbang, kerajaan telah menetapkan
komponen markah 10 peratus dalam aktiviti kokurikulum sebagai syarat kemasukan
ke universiti awam bagi menunjukkan kepentingan kokurikulum sebagai penentu
masa depan murid. Matlamat meningkatkan pencapaian kokurikulum murid menjadi
matlamat utama bagi pentadbir dan guru-guru dalam membantu semua murid
mencapai markah yang maksimum dalam aktiviti kokurikulum. Oleh yang demikian,
pencapaian dalam bidang kokurikulum tidak boleh dipandang ringan memandangkan
pencapaian kokurikulum kini turut menjadi ukuran dalam sistem pendidikan negara.

Menyedari bahawa aktiviti kokurikulum menjadi kepentingan dalam sistem
pendidikan negara, Pn. Ngoo mesti memastikan segala perancangan, pentadbiran dan
pengelolaan perlu diberi perhatian khususnya dari aspek pengurusan gerak kerja
supaya aktiviti kokurikulum memberi sumbangan positif kepada pencapaian
kokurikulum murid. Pencapaian kokurikulum murid yang memberangsangkan tidak
mungkin akan dicapai sekiranya tanggungjawab yang diamanahkan kepada guru-guru
tidak dilaksanakan sepenuhnya. Justeru, peranan dan kompetensi guru adalah sangat
penting dalam menarik minat murid terhadap aktiviti kokurikulum yang disertai
mereka. Pengetahuan, kemahiran dan sikap guru yang berdedikasi menjadi tunjang
utama bagi mendorong murid untuk bergerak aktif, seterusnya dapat memberikan
impak yang positif terhadap pencapaian kokurikulum murid.

Selari dengan kepentingan aktiviti kokurikulum dalam sistem pendidikan kini,
Pn. Ngoo harus memastikan guru-guru melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang kokurikulum bagi memupuk minat murid secara aktif serta

17

dapat membantu pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum mereka. Sikap guru
yang menganggap aktiviti kokurikulum tidak sepenting akademik perlu ditangani
kerana sikap dan tindak-tanduk guru seterusnya akan memberi kesan kepada
pencapaian kokurikulum murid. Kini, aktiviti kokurikulum tidak boleh diambil
mudah oleh semua pihak memandangkan penilaian aktiviti kokurikulum adalah
sebahagian daripada sistem pendidikan dalam menentukan masa depan murid.

Pengurusan sistem fail panitia perlu diuruskan dengan sistematik supaya
mudah dirujuk dari semasa ke semasa. Fail panitia yang disediakan tidak mudah
diakses. Justeru, Pn. Ngoo haruslah berusaha membuat penambahbaikan dalam
pengurusan sistem fail sekolah seperti menjemput pegawai untuk memberi ceramah
tentang penyediaan fail. Semua maklumat boleh disimpan dalam Google Drive agar
senang dirujuk pada masa depan dan maklumat tidak akan hilang. Selain itu, Program
Lawatan Penandaarasan ke sekolah untuk mempelajari pengendalian sistem fail yang
lebih sistematik juga boleh dilaksanakan.

Keberadaan guru di pintu pagar menyambut kehadiran murid ke sekolah perlu
ditingkatkan. Ada beberapa orang guru lewat sampai di sekolah. Pn. Ngoo haruslah
bersikap tegas untuk memberi amaran kepada guru yang tidak menepati masa agar
menjadi role-model kepada murid-murid.

Murid didedahkan kepada amalan memberi salam dan menghormati guru, staf
dan rakan-rakan, contohnya berucap “selamat pagi” kepada guru dan kawan di mana-
mana sahaja. Sikap menghormati mestilah dipupuk di kalangan murid.

Perhimpunan sekolah diadakan pada setiap hari Jumaat di dewan serbaguna
sekolah. Satu perkara yang perlu membuat penambahbaikan ialah sebilangan murid
tidak menyediakan buku catatan atau nota untuk mencatat maklumat yang
disampaikan oleh guru-guru dan pihak pentadbir. Catatan nota adalah sangat penting
kerana murid-murid dapat memberikan perhatian semasa ucapan guru-guru sebelum
mencatat maklumat dalam buku nota. Nota atau catatan juga boleh dijadikan sebagai
bahan rujukan apabila murid-murid terlupa sesuatu maklumat.

18

Sebenarnya terdapat banyak kebaikan membuat catatan dan nota seperti semasa
murid membuat nota, murid menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik
dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa guru berucap atau maklumat-
maklumat yang dipaparkan atas skrin. Oleh itu, cadangan untuk sekolah ialah
menggalakkan murid-murid membuat catatan pada buku nota bagi menjadikan satu
budaya dalam sekolah ini. Dengan adanya budaya mencatat semasa perhimpunan, ini
akan membiasakan murid-murid membuat catatan pada bila-bila masa dan di mana-
mana sahaja. Ini dapat membantu murid-murid mempelajari membuat catatan
malahan juga dapat membantu guru dalam PdPc dari semasa ke semasa kerana
kebiasaan murid-murid mencatat dapat meningkatkan kemahiran menulis mereka.

2.3 Refleksi memimpin intervensi

Semasa berbincang tentang projek “Cakna, Cemerlang”, Pn. Ngoo telah memberikan
sokongan yang sepenuhnya dengan hasrat bengkel ini dapat mempertingkatkan
kompetensi guru. Beliau memahami untuk mencapai kemenjadian murid, salah satu
elemen penting adalah PdPc guru dalam bilik darjah. Ubben dan Hughes (1997) dan
Rahimah (2001) berpendapat, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah merupakan aktiviti utama yang perlu dimainkan oleh pihak sekolah.

Penggunaan ICT dalam proses PdPc banyak memberi impak yang baik kepada
murid dan juga guru. Penggunaan ICT membantu warga pendidik menjalankan sesi
PdPc dengan lebih cekap, praktikal dan mampu menarik minat murid, sekaligus
memaksimumkan keberkesanan hasil pembelajaran. Tekonologi ini membolehkan
guru membuat persiapan lebih awal bagi menjalankan sesi PdPc kerana guru dapat
mencari sebarang maklumat yang diperlukan dengan pengajaran yang hendak
disampaikan dengan lebih pantas dan berkesan.

Terdapat pelbagai aplikasi kuiz yang boleh digunakan oleh warga pendidik
secara percuma. Antaranya Kahoot!, Quizizz, Anyflip, Google Form, Plickers,
Edpuzzle, FrogPlay dan lain-lain lagi. Kahoot merupakan aplikasi online yang
membolehkan guru membina kuiz interaktif terdiri daripada soalan pelbagai pilihan
serta boleh menambah pelbagai media seperti imej, gambar rajah dan video ke dalam

19

soalan-soalan yang dibina. Kuiz tersebut boleh dimainkan secara serentak di dalam
kelas.

Penjimatan kertas, kuiz yang dibina boleh digunakan berulang kali dan boleh
diubah suai dari semasa ke semasa mengikut keupayaan murid. Kuiz interaktif atas
talian ini menjadi tumpuan para pendidik untuk menggunakannya di dalam kelas pada
masa kini. Analisis item dan prestasi murid juga dapat diperolehi secara langsung dan
ini membolehkan guru mendapat maklumat yang segera tentang pencapaian murid.

Dengan adanya ICT, guru dapat mempelbagaikan proses PdPc dan bukan
hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan. Kemahiran menggunakan aplikasi ICT
membolehkan guru dan murid mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini
dengan lebih cepat serta efisien bagi digunakan dalam aktiviti pembelajaran.

Di samping itu, Kuiz Bahasa Melayu memberi banyak faedah kepada murid-
murid. Murid dapat merasai pertandingan dengan cara yang lebih seronok dan
interaksi yang lebih berkesan dibandingkan dengan cara lama iaitu menjawab soalan
dalam kertas. Guru juga menjimatkan banyak masa kerana tidak perlu lagi memeriksa
kertas jawapan kerana Kahoot dapat menjana keputusan dalam bentuk file Excel dan
mendapat kedudukan serta-merta setelah Kuiz selesai dijalankana. Murid juga dapat
cuba menjawab pelbagai soalan dengan lebih pantas dan mengetahui jawapan yang
betul.

Kelemahan semasa menjalankan program ini ialah kekangan masa. Kebetulan
sekolah ini mempunyai terlalu banyak aktiviti sama ada dalaman atau luaran
sehingga menjejaskan PdPc guru dan murid, contohnya, Hari Kemerdekaan, Minggu
Peperiksaan UPSR dengan adanya projek pecut, projek anak angkat dan kelas
ulangkaji, Pertandingan Matematik, Kejohannan Bola Keranjang dan sebagainya.
Semua aktiviti ini telah menjejaskan projek perantisan peserta. Tempoh pelaksanaan
program ini menjadi terlalu singkat, pendedahan terhadap aktiviti terhad dan data
yang dikumpul juga menjadi kurang.

Pelaksanaan program perantisan ini hanya mengambil masa 6 minggu sahaja.
Selepas mengambil kira satu minggu peperiksaan dan satu minggu untuk aktiviti

20

Hari Kemerdekaan dan pertandingan maka hanya tinggal 4 minggu untuk
melaksanakan projek ini. Untuk melaksanakan sesuatu projek, saya memerlukan
seminggu untuk membuat persediaan seperti perbincangan dengan Guru Besar
tentang projek dan mengadakan mesyuarat projek. Oleh itu, hanya tinggal masa yang
singkat untuk mengadakan projek dan menjalankan penilaian projek.

Pelaksanaan program ini sedikit sebanyak telah memberikan perubahan teknik
mengajar guru daripada tradisional kepada PAK 21. Ini telah menjadikan mereka
kurang biasa dan perlu belajar ilmu baharu. Walau bagaimanapun, sikap guru yang
komited dan bersedia menerima perubahan telah dapat mengatasi masalah yang
dihadapi oleh mereka ke tahap yang minima.

Projek ini telah memberikan impak yang positif kepada peningkatan
kompetensi guru dalam PdPc PAK 21 kepada guru-guru. Disebabkan kekangan
masa, saya hanya sempat melaksanakan aplikasi Kahoort, Google Forms dan QR code
dalam Bengkel Pembudayaan Pembelajaran Abad Ke-21.. Cadangan untuk
penambahbaikan, aplikasi Anyflip, Google Drive, Quizz dan Plikers harus didedahkan
kepada guru-guru untuk kegunaan PdPc pada masa kelak. Ini dapat menarik
perhatian murid-murid dalam PdPc.

Masa untuk menjalankan perantisan 2 ini perlu dipanjangkan dan disesuaikan
dalam tempoh masa supaya impak pelaksanaan program yang telah dijalankan dapat
dilihat dengan lebih berkesan.

Untuk memantapkan kompetensi PdPc guru, pihak sekolah boleh mengadakan
lawatan penandaarasan di sekolah lain untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian
ilmu dalam bahagian pedagogi ini. Lawatan penandarasan ini bukan sahaja dapat
memantapkan lagi kompotensi PdPc guru, ia juga dapat menyakinkan guru lagi dalam
PdPc dari semasa ke semasa.

Semua aktiviti PdPc PAK 21 dan gambar didokumentasikan untuk dijadikan
rujukan pada masa depan.

21

2.4 Harapan sebagai pemimpin pendidikan

Kecemerlangan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh kualiti pentadbirannya.
Ini bermakna guru besarlah yang dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan
atau mundur ke belakang untuk mencapai kecemerlangan. Kecemerlangan akademik
sekolah merupakan aspek yang semakin diberikan fokus utama sama ada oleh ibu
bapa mahupun pihak media sebagai manifestasi keprihatinan masyarakat umum alaf
kini. Dalam usaha mencapai pembangunan pendidikan yang berteraskan
kecemerlangan, sudah tentu kepemimpinan guru besar dilihat sebagai fokus utama.
Guru besar bertanggungjawab menggerakkan sekolah mencapai matlamat seperti
yang dirancang.

Cabaran terbesar kepada guru besar adalah untuk memastikan organisasi
sekolah dapat berjalan dengan efisien dan efektif. Menurut Al Ramaiah (1999),
kepemimpinan guru besar mempunyai kesan yang signifikan terhadap inovasi
pendidikan. Sweeney (1982) mengatakan bahawa ciri-ciri guru besar yang berjaya
memimpin sekolah ke arah kecemerlangan ialah guru besar yang sentiasa memberikan
sokongan yang bermakna dan seterusnya memotivasikan guru-guru.

Seorang guru besar yang berkesan mestilah mempunyai wawasan dan
sanggup mengambil risiko terhadap tindakannya. Salah satu sebab sekolah kurang
berkesan dan timbulnya pelbagai masalah di kalangan guru dan pelajarnya ialah
kerana guru besar tidak mempunyai wawasan. Jika adapun, wawasan itu tidak
disampai dan dijelaskan kepada guru dan pelajarnya. Sebagai seorang pemimpin
pendidkan, saya akan senantiasa berkongsi misi dan visi dengan guru-guru saya agar
kita dapat berusaha bersama-sama demi mencapai target yang dtetapkan. Di samping
itu, saya juga akan memastikan kebajikan guru-guru dan murid-murid saya dijaga
dengan baik, contohnya mencari penaja untuk memberi pertolongan kepada keluarga
yang kurang berkemampuan agar dapat meringakan beban ibu bapa. Dari segi
kebajikan guru, saya akan memastikan guru-guru saya bekerja dalam suasana yang
seronok. Saya akan sentiasa berjuang bersama dengan mereka agar guru-guru saya
tidak berasa tekanan untuk membuat sesuatu perkara dan ini dapat merapatkan
hubungan saya dengan guru-guru.

22

Adalah tidak mencukupi bagi guru besar dengan hanya mengetahui kekuatan
dan kelemahan sekolah mereka. Menurut Whitaker (1997), terdapat empat kemahiran
penting di dalam kepemimpinan pengajaran guru besar iaitu yang pertama ialah
pemberi sumber. Saya akan mengenal pasti keinginan guru dan menghargai guru
yang telah menjalankan tugas dengan baik, contohnya memberi sijil penghargaan
kepada guru. Kemahiran yang kedua ialah sumber yang instruksional. Guru-guru
bergantung kepada guru besar sebagai sumber maklumat mengenai trend semasa dan
latihan pengajaran pengajaran yang berkesan. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin,
saya mestilah mahir dalam isu-isu berkaitan kurikulum, pedagogi yang berkesan dan
penilaian. Kemahiran yang ketiga ialah saya perlu berkomunikasi dengan baik
dengan guru-guru saya. Guru besar perlu menzahirkan mengenai pandangan mereka
berkenaan pembelajaran. Akhir sekali, kemahiran yang keempat ialah guru besar
perlulah sentiasa ada di sekolah (visible presence). Ini termasuklah fokus terhadap
objektif pembelajaran dan mereka bentuk program dan aktiviti pengajaran.

Guru besar yang berkesan perlu mempunyai kepimpinan yang berkualiti.
Menurut Azmi Zakaria (1996), pengetua/guru besar yang berkesan perlu mempunyai
ciri-ciri kualiti kepimpinan seperti berikut:

i.Kemahuan yang tinggi untuk memimpin dan tabah bertindak menghadapi
cabaran.

ii.Pintar dan berinisiatif tinggi.
iii.Berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan

pengajaran.
iv.Bekerja keras dan menjadi contoh yang baik kepada staf yang lain.
v.Memberi peluang kepada guru menonjolkan kepimpinan mereka.
vi.Mengetahui batasan kepimpinan formal dan tidak formal seperti kemahiran

interpersonal, ramah dan baik hati.
vii.Proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas.

Oleh itu, sebagai guru besar yang berkesan pada masa depan, saya boleh
menghadapi cabaran dan masalah-masalah sekolah secara profesional dan
berkesan. Mengikut Edmonds (1979), kepimpinan guru besar yang berkesan
membolehkan "principals can make difference". Manakala Mortimore (1995),
mengatakan salah satu faktor sekolah berkesan ialah guru besar yang mempunyai

23













RUJUKAN

Abd. Razak Wahid (2000). Ciri-Ciri Pengetua Yang Unggul Bagi Menangani
Masalah-Masalah Yang Terdapat Di Sekolah Menengah Di Malaysia. (Artikel
yang tidak diterbitkan).

Ahmad Tajuddin bin Abd. Hamid (1989). Peranan Pengetua Dalam Kepimpinan
Pengajaran. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. (Disertasi M.Ed. yang
tidak diterbitkan).

Alias bin Ngah (2000). Ciri-Ciri Pengetua Yang Unggul Bagi Menangani Masalah-
Masalah Yang Terdapat Di Sekolah Menengah Di Malaysia. (Artikel yang
tidak diterbitkan).

Azizah bte. Isa (2000). Apakah Pengetua-Pengetua di Malaysia Menjalankan Tugas
Sebagai Pemimpin Pengajaran atau Pemimpin Pentadbir? (Artikel yang tidak
diterbitkan).

Brookover, W.B. dan Lezotte, L.W. (1979). Changes in School Characteristics
Coincident with Changes in Student Achievement. East Lansing: Michigan
State University: College of Urban Development.

Covey, S. (1990). Principle-Centered Leadership. New York: Fireside, Simon &
Schuster.

Fadzilah bin Hj. Md. Noor (1990). Tingkah Laku Pentadbiran dan Kepimpinan
Pengetua Sekolah Menengah di Pahang. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
(Disertasi M.Ed. yang tidak diterbitkan).

Hussein Mahmood (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf
Pelajaran di Sekolah-Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robiah Sidin (1994). Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

30


31

BORANG ANALISI
Nama Peserta: CHUNG HENG WENG
Kod Sekolah / Nama Sekolah: ABC5085 SJK(C) SAN MIN N
ARAHAN: Borang analisis persekitaran ini mesti dilengkapkan oleh

ELEMEN KEKUATAN KELEM

Kepimpinan Berkesan S1 Guru Besar yang W1 Bimb
komited dan kepad
(Rujuk SKKSM: berpengalaman. masih
Pengurusan Organisasi SKPMg2 yang
Pengurusan Kurikulum Standard 1
Pengurusan HEM dengan skor W2 Peny
Pengurusan Kokurikulum 95.78% kuran
Pengurusan Kewangan)
S2 Program W3 Peng
pembangunan Goog
akademik VLE
ditakwimkan. tahap

S3 Guru Besar W4 Kura
komited kemu
membangunkan comp
infrastruktur guru.
sekolah.
W5 Progr
S4 Barisan penolong yang
kanan yang tiada
komited. morte

S5 Prestasi W6 Peng
pengauditan dalam
kewangan hanya
sekolah mencapai
tahap baik. W7 Kura
bimb
S6 Kehadiran murid pengu
melebihi KPI tentan
(95%) pengu

3

P2-1

IS PERSEKITARAN

No. KP: 750207-08-6319

NO 1, TELUK INTAN

h peserta berasaskan data dan maklumat

MAHAN PELUANG ANCAMAN ISU

bingan O1 Sekolah T1 Ibubapa Pengurusan
da guru-guru berhampiran campur tangan kurikulum
h di tahap dengan PPD dalam urusan masih belum
sederhana. Hilir Perak. sekolah. mencapai tahap
yeliaan PdPc cemerlang.
ng mantap. O2 PPD, SIP+ T2 Enrolmen
ggunaan dan SISC murid semakin
gle Drive dan membimbing kurang sebab
Frog di dalam persaingan.
p rendah. pengurusan
ang dan T3 Sebahagian
udahan pentadbiran kecil guru tidak
puter untuk sekolah berpuas hati
. sekurang- dengan
ram sekolah kurangnya 10 pengurusan
dijalankan kali setahun. pihak
post pentadbir.
em.
ggunaan ICT T4 Maklumat dari
m PdPc luar yang tidak
a 20% tepat.
ang
bingan pihak
urusan
ng
urusan fail.

32

ELEMEN KEKUATAN KELEM

S7 Pencerapan PdPc
2 kali setahun
mengikut jadual.

S8 Kehadiran
kokurikulum
murid melebihi
95%.

S9 Tahap disiplin
murid cemerlang.

S10 SKPMg2
Standard 4 yang
mencapai 80 ke
atas.

S11 Guru
mengaplikasikan
60% soalan
KBAT dalam
PdPc.

Persekitaran S1 Suasana W1 Penca
Pengajaran dan pembelajaran UPSR
Pembelajaran yang kondusif. darip
Bermakna (Tahu
S2 85% kelas ada kepad
(Rujuk SKKSM: smartboard. (Tahu
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan HEM S3 Akses internet W2 % M
Pengurusan Kokurikulum yang sangat baik. Tahu
Pengurusan Fizikal) Ujian
S4 Pusat sumber Julai
mempunyai 53.33
bahan bacaan
yang banyak. W3 2 ora
tahun
S5 Aktiviti E dal
kokurikulum dan
pertandingan 3

MAHAN PELUANG ANCAMAN ISU

apaian O1 Sekolah T1 Keselamatan Pencapaian
R menurun berdekatan
pada 68.67% dengan murid agak akademik
un 2016) sekolah-
da 63.64% sekolah terancam masih belum
un 2018) aliran lain.
MTM murid kerana sekolah mencapai tahap
un 6 dalam
n Bulanan terletak di tepi cemerlang.
2019 hanya
3%. jalan raya dan
ang murid
n 6 mendapat sibuk
lam semua

33

ELEMEN KEKUATAN KELEM

Guru Berkualiti: koakademik mata
(Rujuk SKKSM: berjalan lancar. W4 % M
Pengurusan Sumber S6 3 pasukan
Manusia berjaya hingga ke pelaja
Pengurusan Kurikulum peringkat negeri. penul
Pengurusan HEM S7 90% guru dan B
Pengurusan mengajar opsyen Ujian
Kokurikulum) mereka sendiri Julai
seperti BI dan bawa
BC. W5 29.54
Tahu
adala
berat
obesi
BMI
SEGA

S1 Mempunyai 3 W1 60%

orang guru meng

opsyen BI. PAK

S2 80% guru PdPc

berijazah muda. W2 60%

S3 5 guru pemeriksa mem

kertas UPSR iaitu kaeda

3 Bahasa W3 68%

Inggeris, 1 Sains penge

dan 1 Bahasa kema

Cina. W4 Pema

S4 90% guru midd

mengajar kuran

melebihi 5 tahun. dilak

S5 3 orang guru W5 60%

telah mengajar 30 panit

tahun. mahi

S6 Keberadaan guru pengu

3

MAHAN PELUANG ANCAMAN ISU

pelajaran.
MTM mata

aran
lisan BM
BI dalam
n Bulanan
2019 di
ah 65%.
4% murid
un 4 – 6
ah berlebihan
t badan dan
iti mengikut
dalam
AK.

guru tidak O1 PPd sangat T1 JPN tidak Penggunaan

gaplikasikan mengambil mengagihkan ICT dalam

K 21 dalam berat guru bimbingan PdPc masih

c. pencapaian kaunseling belum

guru kurang sekolah. yang mencapai tahap

mpelbagaikan O2 SISC sangat bertauliah. cemerlang.

ah PdP. membantu T2 Sekolah banyak

guru kurang pedagogi guru digunakan

etahuan dan mata pelajaran untuk

ahiran ICT. BM, BI dan menjalankan

antauan oleh MM. aktiviti daerah

dle leaders dan luar.

ng

ksanakan.

ketua

tia kurang

ir dalam

urusan

34

ELEMEN KEKUATAN KELEM

Sokongan PIBG dan melebihi 90%. kewa
Komuniti: S7 Seorang jurulatih panit
(Rujuk SKKSM: W6 Kepa
Pengurusan Hubungan Bola Keranjang peme
Luar peringkat negeri. tidak
Pengurusan Kurikulum S8 Jadual tugas sepen
Pengurusan HEM disusun secara
Pengurusan adil dan sesuai
Kokurikulum) dalam kurikulum,
HEM dan
kokurikulum.

S1 80% sokongan W1 40% ibu

dan komitmen aktif me

yang kuat dari ahli program

PIBG dan W2 Maklum

komuniti program

setempat. sekolah

S2 LPS dan PIBG sampai

aktif dalam komuni

aktiviti sekolah. W3 Tahap k

S3 Sumbangan bapa / p

kewangan dan komited

material dari aktiviti s

pembekal buku adalah re

sekolah.

3

MAHAN PELUANG ANCAMAN ISU

angan
tia.
akaran guru
eriksa kertas
k digunakan
nuhnya.

u bapa tidak O1 Penglibatan T1 60% sikap ibu Kesedaran ibu
bapa / penjaga bapa / penjaga
engikuti dan sokongan mempertahan- terhadap
kan kesalahan pendidikan
m PIBG. dari Pegawai murid. masih belum
40% murid mencapai tahap
mat tentang Perhubungan tinggal bersama cemerlang.
penjaga.
m PIBG Polis, NGO 30% murid
berasal dari
h tidak seperti T2 keluarga yang
bercerai.
kepada pasukan Kewangan
PIBG dan LPS
iti. RELA, tidak mantap.
Sosio ekonomi
kesedaran ibu Bomba T3 keluarga pada
tahap
penjaga Sukarela sederhana.

d dengan dalam aktiviti

sekolah sekolah.

endah. O2 Sokongan T4

pemimpin

masyarakat

yang baik iaitu T5

Ahli Parlimen

memberi

sumbangan

dana.

35

Berasaskan isu yang dinyatakan, pilih satu (1) isu yang paling kritikal

Isu : Penggunaan ICT dalam PdPC masih belum mencapai tahap c

Justifikasi : Penggunaan ICT dalam pendidikan bermakna m

sebagai pemangkin perkembangan dunia pendidikan.

perkakasan atau gajet (hardware) sebagai peralatan

disampaikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kec

Penggunaan ICT dalam proses PdP dan sesi PdP

membantu warga pendidik menjalankan sesi PdPc deng
memaksimumkan keberkesanan hasil pembelajaran. Te

menjalankan sesi PdPc, kerana guru dapat mencari seb

mahu disampaikan dengan lebih pantas dan baik serta m

Dengan adanya ICT, guru dapat mempelbag

pengkuliahan. Kemahiran menggunakan aplikasi I

pengetahuan terkini dengan lebih cepat serta efisien bag

Dengan pesatnya pertumbuhan aplikasi dan web

murid dalam pembelajaran menjadi semakin baik. Mu

lebih banyak pembangun aplikasi gamifikasi pembe

platform pembelajaran sedia ada. Melalui cara ini kuali

Tandatangan Peserta:
Nama: CHUNG HENG WENG
Tarikh: 26.08.2019

3


Click to View FlipBook Version