1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
A01: BIODATA PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM, 98009 MIRI
Telefon: 085-421201, 421202 Faks : 085-424178
BIODATA PELAJAR
Nama Pelajar NUR MAZARINA MIZZA BINTI DERUS
Kad 961202 – 13 - 5070
Pengenalan
Angka Giliran 2020022400079
Telefon 011-31483296
Jantina Lelaki / Perempuan Taraf Perkahwinan Bujang / Berkahwin
Program PDPP Ambilan OKTOBER 2020 Semester III
Teras PENDIDIKAN ISLAM Elektif TIDAK BERKENAAN
Teras
Sekolah SK SEBANDI ULU Telefon 0138600385
Praktikum / Sekolah
Internship
Nama Pensyarah Penyelia Nama Guru Pembimbing / Mentor
USTAZAH MARIAH BINTI RABA-EE USTAZAH EMI BINTI ABDUL
RASIT
Teras PENDIDIKAN ISLAM Teras
SAINS
Elektif Teras BAHASA ARAB Elektif PENDIDIKAN ISLAM
Teras
Maklumat Kelas
Bil. Mengajar di Tingkatan / M/P Teras Bilangan M/P Bilangan
Tahun Waktu Elektif Teras Waktu
1 TAHUN 3 PAI/TAS 6 - -
2 TAHUN 4 PAI/TAS 2 - -
Kokurikulum Praktikum/ Internship (jika berkenaan)
Sukan & Permainan BOLA JARING
Kelab / Persatuan
Unit Beruniform
12
13
A02: SURAT PENGENALAN DIIRI
14
15
16
PENGENALAN PELAJAR
17
18
A03: PERNYATAAN PROFESIONAL
PENGENALAN
Praktikum merupakan salah satu kursus yang terangkum dalam amalan professional
yang wajib diikuti oleh semua pelatih di bawah Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia tidak
kira jenis mod pengajian yang sedang diikuti. Bagi pelatih Program Diploma Pendidikan
Pascasiswazah pula, Praktikum ini dijalankan dalam semester III iaitu semerter akhir
pengajian. Praktikum ini perlu dilengkapkan selama 10 minggu mengikut tentative yang telah
disediakan oleh Unit Praktikum. Saya menjalankan Praktikum pada kali ini di Sekolah
Kebangsaan Sebandi Ulu, di bawah PPD Samarahan, Sarawak.
Tujuan utama Praktikum ini disusun dalam rancangan semester pelatih adalah untuk
memberi peluang kepada pelatih menjalani sendiri situasi sebenar di sekolah sebagai “real
workplace” iaitu tempat kerja sebenar sebelum pelatih ditempatkan di sekolah nanti. Guru
pelatih yang terlibat dalam Praktikum diberi peluang untuk mengaplikasikan semua teori yang
telah dipelajari sepanjang menuntut selama 2 semester. Selain, Praktikum ini merupakan
kursus yang istimewa kerana kesemua guru Praktikum mendapat bimbingan daripada
Pensyarah serta guru pembimbing dalam tempoh masa 10 minggu. Guru Praktikum juga akan
mengikuti penilaian beberapa kali bertujuan menilai pencapaian guru Praktikum dalam
melaksanakan pengajaran mengikut kemahiran yang betul.
PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM
Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu dilihat sebagai sebuah sekolah yang masih
berfungsi sebagai sebuah institusi pendidikan dengan baik walaupun dalam Perintah Kawalan
Pergerakan. Hal ini dapat dilihat dari segi penyertaan murid dalam perjalanan PdPr dan juga
kemudahan serta perancangan yang disediakan untuk guru bagi melaksanakan PdPr ini
seperti kewujudan sistem pengambilan dan penghantaran lembaran kerja, pembahagian
penggiliran subjek dalam jadual waktu dan sebagainya. Pelaksanaan Praktikum di sekolah ini
diharap dapat memberikan pengalaman yang berharga berkat kerjasama daripada
pentadbiran sekolah.
Sebelum melaksanakan Praktikum, beberapa siri takklimat telah diikuti oleh kami bagi
menghadapi semester akhir ini. Taklimat bukan sahaja melibatkan pelajar, bahkan
pentadbiran sekolah serta Guru Pembimbing dari SK Sebandi Ulu turut terlibat. Taklimat
Praktikum yang dianjurkan oleh Unit Praktikum dan Pensyarah Pembimbing ini membantu
mendapat gambaran awal untuk melaksanakan Praktikum ini. Antara perkara penting yang
dititikberatkan semasa taklimat ialah pematuhan kepada tentatif Praktikum yang telah
disediakan, selain penyediaan RPH perlu sesuai dengan perbincangan dengan pensyarah
pembimbing masing-masing. Selain itu, taklimat juga menekankan semua guru Praktikum
menyusun pertemuan sama ada semasa lawatan sosial, bimbingan kolaboratif mahupun
19
penyeliaan bersama antara pihak IPGM dan juga sekolah. Ini bagi memastikan informasi
sampai dengan tepat dan penjadualan yang disusun dapat berjalan dengan lancar. Praktikum
bagi kumpulan PDPP Ambilan Oktober 2020 akan bermula pada 23 Ogos 2021 sehingga 5
Oktober 2021 iaitu selama 10 minggu.
PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM
Sepanjang Praktikum ini, saya telah diamanahkan untuk menjalankan pengajaran
bersama murid-murid Tahun 3 Al Jazari dan Tahun 4 Al Battani SK Seabandi Ulu. Saya
menjalankan pengajaran bagi subjek Pendidikan Islam merangkumi bidang Al Quran, Ulum
dan Jawi bagi Tahun 3, manakala bagi Tahun 4 merangkumi bidang Ulum. Oleh kerana situasi
pandemik di negara kita, pengajaran selama 10 minggu berjalan secara atas talian
sepenuhnya. Sepanjang 10 minggu pelaksanaan Praktikum ini, banyak perkara yang perlu
dilengkap isi dan disempurnakan.
Dalam bidang kurikulum, adalah menjadi tugas asas sebagai guru untuk menyediakan
Ranacangan Pengajaran Harian (RPH) sebelum memulakan setiap pengajaran. RPH
disediakan mengikut bidang dan dirancang berdasarkan objektif ynag ingin dicapai. Setiap
RPH yang dirancang akan disemak oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing bagi
tujuan bimbingan dan penambahbaikan. Dalam merancang RPH ini, saya perlu mengambil
kira latarbelakang murid dari segi gaya belajar, pencapaian semasa, kebolehcapaian internet,
pemilikan gajet dan sebagainya bagi memastikan aktiviti yang dirancang dapat berjalan
dengan lancar dan baik.
Selain itu juga, pelaksanaan pengajaran atas talian bagi Praktikum kali ini adalah
sesuatu yang baru bagi guru Praktikum. Oleh itu, sepanjang pelaksanaan pengajaran dalam
tempoh Praktikum ini, saya berusaha menyiapkan diri dengan kemahiran TMK yang baik
untuk membantu kelancaran pengajaran saya. Bahkan bahan bantu mengajar yang
disediakan pula perlu disesuaikan untuk 2 kumpulan murid iaitu kumpulan yang boleh
menyertai kelas segerak (atas talian) dan juga tidak segerak (luar talian). Manakala
pentaksiran yang dijalankan bersama murid sepanjang Praktikum ini juga telah dipelbagaikan
dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pentaksiran pensil dan kertas. Inovasi baharu
yang boleh digunakan oleh guru-guru lain juga turut sempat dihasilkan sepanjang menjalani
Praktikum. Antaranya ialah pentaksiran atas talian seperti Live WorkSheet, Quizizz, serta
WordWall. Selain saya turut memperkenalkan kaedah pengumpulan tugasan murid
menggunakan Padlet.
Dalam menjalankan Praktikum, pelaksanaannya bukan sahaja melibatkan aktiviti
dalam bidang pengajaran (kurikulum) bahkan turut merangkumi pelaksanaan aktiviti
Kokurikulum. Bagi Praktikum kali ini, saya diberi peluang untuk menyelaras Kelab Bola Jaring
bersama dengan dua orang guru dari sekolah ini. Dengan itu, saya berpeluang menjalankan
20
sebanyak 4 kali perjumpaan dengan ahli Kelab Bola Jaring dalam tempoh Praktikum.
Sepanjang Praktikum, Kelab Bola Jaring telah Berjaya menghantar penyertaan dalam
Pertandingan Kemahiran Bola Jaring peringkat Daerah yang melibatkan 3 orang peserta.
Peluang melaksanakan perjumpaan Bola Jaring ini telah memberikan saya pengalaman
menguruskan aktiviti di luar bilik darjah. Di mana pengalaman ini amat berharga bagi
menghadapi alam kerja sebenar kelak.
Di samping itu, penilaian berkala yang telah disusun dalam tentatif Praktikum juga
perlu dilalui oleh semua guru Praktikum. Penilaian ini sebenarnya membantu memberi
motivasi kepada guru Praktikum untuk menyediakan RPH yang terancang dan bertepatan
dengan keperluan murid. Seterusnya ia membantu menjamin setiap objektif yang dirangka
dapat dicapai sebaik mungkin. Tambahan pula, penilaian ini turut membantu guru Praktikum
mendapatkan ulasan serta refleksi daripada pensyarah dan guru pembimbing. Respon
sebegini membolehkan kami sebagai guru Praktikum menambah baik kualiti serta kemahiran
mengajar kami.
Menjalani Praktikum di sekolah ini turut memberi peluang kepada saya khasnya
mengasah kemahiran komunikasi. Bukan sahaja bersama dengan murid-murid, bahkan saya
juga perlu berhubung dengan pihak pentadbiran untuk beberapa urusan. Oleh itu, saya
berpeluang mengenali lebih ramai kakitangan dalam bidang yang sama sambil-sambil
menambah pengetahuan mengenai persekitaran sekolah. Walaupun saya tidak
berkesempatan untuk menyertai banyak aktiviti bersemuka dengan warga sekolah, namun
saya masih berpeluang menyertai beberapa aktiviti anjuran bersama seperti Sambutan Bulan
Kemerdekaan, Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan, Program Jom Kembali ke Sekolah dan
sebagainya. Pengalaman ini membantu mengukuhkan lagi kemahiran berkomunikasi dengan
orang lain selain memberi peluang untuk merasai kemeriahan dan keakraban silaturahim
yang terjalin dalam kalangan pentadbir, guru dan warga sekolah. Keakraban yang ditonjolkan
adalah bukti kerjasama serta semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan warga kerja
sekolah ini yang pastinya membantu kelancaran proses pendidikan di institut ini.
21
PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUM
Secara keseluruhannya, Praktikum pada kali ini dapat disempurnakan sesuai dengan
Takwim yang telah disusun oleh Unit Praktikum. Taklimat umum daripada Ketua Unit Praktikum,
En Nicholas dan taklimat terperinci daripada Pensyarah Pembimbing saya telah menjadikan
Praktikum ini selesai dengan jayanya. Tidak dilupakan juga segala bimbingan, cadangan
penambahbaikan, komen membina daripada Pensyarah Pembimbing serta Guru Pembimbing
yang telah banyak membawa saya kepada perancangan serta pelaksanaan pengajaran yang
cemerlang. 10 minggu di bawah selian Pensyarah dan Guru Pembimbing telah melengkapkan
saya dengan kandungan pelajaran, kemahiran pedagogi, kawalan kelas, kemahiran teknologi,
kemahairan komunikasi yang baik sebagai bekalan untuk menghadapi alam pekerjaan yang
sebenar.
Selain itu, asas yang saya lihat turut menyumbang tinggi dalam kejayaan
menyempurnakan Praktikum ini adalah berkat kerjasama bersama dengan pentadir sekolah dan
juga guru-guru. Hal ini merupakan perkara yang perlu diambil berat oleh setiap guru Praktikum.
Kita tidak akan dapat menyempurnakan Praktikum tanpa adanya hubung jalin dengan "tuan
rumah" iaitu pihak sekolah. Praktikum ini telah memberikan saya kesedaran bahawa untuk
merealisasikan pendidikan yang lancar, kita perlu menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak.
Kerjasama telah mula terjalin dari awal lagi bermula daripada agihan jadual waktu bersama
pentadbir dan guru terlibat. Seterusnya tidak dilupakan juga kerjasama dengan Anggota
Kumpulan Pelaksana (AKP) yang banyak membantu dari segi insfrastruktur dan maklumat-
maklumat sekolah yang diperlukan. Berkat ringan mulut dengan warga sekolah yang berkenaan,
maka urusan dan segala keperluan sepanjang praktikum dapat diselesaikan dengan baik.
Tidak dilupakan juga kerjasama dengan ibu bapa dan murid. Di mana mereka merupakan
rakan kolaborasi yang memastikan Praktikum dapat berjalan dengan lancar. Hubungan baik
antara guru dengan ibu bapa ini penting untuk memastikan mereka dapat memberikan
kerjasama dalam pengajaran yang dijalankan. Terutamanya dalam fasa sekarang di mana
pengajaran kesemuanya berjalan secara atas talian. Maka hubungan baik dengan ibu bapa
adalah tuntutan yang besar dan perlu dibina dengan baik. manakala hubungan dengan murid-
murid pula juga perlu diambil berat. Sama ada interaksi di dalam bilik pengajaran mahupun di
luar bilik pengajaran. Praktikum telah melatih saya menjadi seorang guru yang mengambil berat
tentang kebajikan anak-anak murid. Hal ini kerana Praktikum kali ini tidak dijalankan secara
bersemuka, maka jaringan antara guru dan murid perlu dibina dengan kerap bertanya kabar,
berkongsi cerita sama ada di dalam kelas dan di luar kelas. Perkara ini adalah nilai tambah yang
perlu ada dalam diri guru agar mempunyai daya tarikan tersendiri untuk murid tertarik menimba
ilmu bersama dengan guru.
Praktikum yang bergantung sepenuhnya dengan pengajaran atas talian ini juga telah
memberi banyak peluang kepada saya untuk meneroka pengajaran secara atas talian. Daripada
penggunaan platform seperti Google Classrom, Google Meet, Voice Call, Telegram dan
22
sebagainya sehinggalah kepada pelaksanaan pentaksiran secara atas talian. Praktikum telah
memaksa saya untuk meneroka banyak aplikasi atas talian yang boleh digunakan untuk
mentaksir murid. bermulalah daripada Teknik mudah iaitu dengan pembinaan Google Form
sehingga kuiz-kuiz berteraskan gamifikasi seperti Quizizz, QuizWhizzer, Kahoot dan
sebagainya. Pengenalan kepada aplikasi atas talian lain yang sesuai untuk menjalankan kelas
atas talian juga diperolehi sepanjang menjalankan Praktikum kali ini. Antaranya ialah Jamboard,
Google Site, Padlet dan banyak lagi. Pengetahuan baharu ini sangat membantu saya dalam
melangungkan pengajaran atas talian dengan sistematik dan efektif.
Secara keseluruhannya, Praktikum ini telah memberikan saya pengalaman sebenar
dunia pendidikan dengan berjaya menggunakan teori pengajaran dan kemahiran mengajar yang
telah dipelajari. Selain itu, saya juga berpeluang sepenuhnya menjalankan kawalan kelas serta
tindakan susulan bagi isu-isu yang berlaku sepanjang pengajaran. Perkara ini merupakan
peluang keemasan untuk saya mencuba untuk menghubungkaitkan teori-teori pembelajaran
dengan isu sebenar. Segala pengalaman, ilmu baharu yang saya perolehi ini nantinya akan
diaplikasikan dalam sesi pengajaran sebenar selepas tamat pengajian. Diharap agar saya
mampu melengkapkan diri sebagai bakal pendidik yang memiliki kesemua kemahiran serta
keperluan pendidikan masa kini sejajar dengan perubahan semasa pendidikan.
23
24
25
B01: PETA LOKASI, PELAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH
SK Sebandi Ulu merupakan sebuah sekolah dalam daerah kecil Asajaya. Ianya
terletak di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan. Terletak di dalam
kampung kecil yang dikenali sebagai Kampung Sebandi Ulu. Majoriti penduduk kampung
merupakan masyarakat beragama Islam dan berbangsa Melayu. Manakala enrolmen murid
menunjukkan kepelbagaian bangsa murid yang turut merangkumi murid bangsa Melayu, Iban,
Melanau dan sebagainya. Sk Sebandi Ulu juga terletak berhampiran dengan beberapa
sekolah rendah lain seperti SK Sambir dan juga SK Sebandi Matang. Berikut merupakan peta
lokasi sekolah, pelan sekolah serta pelan kelas bagi SK Sebandi Ulu:
26
27
PETA LOKASI SK SEBANDI UL
LU PANDANGAN JAUH
28
PETA LOKASI SK SEBANDI UL
LU PANDANGAN DEKAT
29
PELAN SEKOLAH SK
SEBANDI ULU
30
PELAN KELAS 1 AL KAR
RAJI DAN 3 AL JAZARI
31
PELAN KELAS 2 AL FARAB
BI DAN 6 AL KHAWARIZMI
32
PELAN KELAS 4 ALBATT
TANI DAN 5 AL GHAZALI
33
34
B02: CARTA ORGANISASI SEKOLAH
Seperti institusi Pendidikan yang lain, sekolah ini turut mempunyai carta organisasi
yang menjadi panduan warga sekolah dalam menjalankan tugasan masing-masing. Carta
organisasi utama sekolah ini dikenali sebagai carta jawatankuasa induk sekolah yang
merangkumi kesemua pembahagian jawatan dalam segenap bidang. Manakala bagi bidang
kurikulum pula, jawatankuasa terbahagi kepada jawatankuasa panitia matapelajaran dan juga
jawatankuasa masing-masing panitia. Berikut merupakan carta organisasi SK Sebandi Ulu
yang digunapakai bagi tahun 2021:
35
CARTA 1: JAWATANKUASA INDU
UK KURIKULUM SK SEBANDI ULU
36
CARTA 2: JAWATANKUASA PA
ANITIA MATA PELAJARAN 2021
37
CARTA ORGANISASI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK SEBANDI ULU 2021
38
39
B03: VISI DAN MISI SEKOLAH
Visi dan misi sekolah adalah selaras dengan visi dan misi yang telah digariskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia iaiti Pendidikan Berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera sebagai visi sekolah,
manakala melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangun indibidu bagi memenuhi
aspirasi negara merupakan misi sekolah ini. Manakala moto dan matlamat sekolah seperti yang tertera
dalam gambar di bawah:
VISI, MISI, MOTO DAN MATLAMAT SEKOLAH
40
41
B04: TAKWIM SEKOLAH
i) TAKWIM KURIKULUM
Aktiviti sepanjang tahun sekolah telah disussun dengan baik oleh pihak pentadbiran, manakala bagi
aktiviti kurikulum adalah hasil perbincangan bersama panitia-panitia matapelajaran. Berikut merupakan
takwim penuh aktiviti kurikulum Sk Sebandi Ulu yang merangkumi program pembangunan kurikulum
termasuklah tarikh pentaksiran, dialog prestasi, hari permuafakatan dan sebagainya.
BIL TARIKH AKTIVITI/PROGRAM TINDAKAN CATATAN
JANUARI
Sesi Persekolahan Bermula En Hadi Semua guru & ibu
Pn Halimah bapa Thn 1
1 20.01.2021 Program Transisi & Guru
Penyayang 2021
2 26.01.2021 Mesyuarat Kurikulum Bil 1/ 2021 En Hadi Semua guru & AKP
FEBRUARI
3 01.02.2021 Mesyuarat Panitia BM Bil 1/2021 Pn Nila Kusma Semua guru mp
Mesyuarat Panitia BI Bil 1/2021 Pn Nurshahira BM& BI
4 02.02.2021 Mesyuarat PAI Bil 1/2021 Pn Rahmah Semua guru mp
Mesyuarat P. Moral Bil 1/2021 En Arman PAI & PM
Mesyuarat Panitia M3 Bil 1/2021 Pn Rosmawatti Semua guru mp
Pn Halimah M3 & TMK/RBT
5 03.02.2021 Mesyuarat Panitia TMK/RBT Bil
1/2021
Mesyuarat Panitia Sains Bil
6 04.02.2021 1/2021 Pn Ira Juliana Semua guru mp
Mesyuarat Panitia Sejarah Bil En Murat SN dan Sejarah
1/2021
Mesyuarat PJK Bil 1/2021 En Jaslan Semua guru PJK &
Pn Aishah PSV /Muzik
7 08.02.2021 Mesyuarat PSV & Muzik Bil
1/2021
8 09.02.2021 Mesyuarat Pemulihan Bil1/2021 Pn Kamais Semua staf
En Hadi
9 10 hingga 14. 2.2021 CUTI TAHUN BAHARU CINA
Penetapan TOV Tahun 6 & En Hadi Semua staf dan ibu
10 15.02.2021 Program Bacalah Sayang Pn Nila Kusma bapa Thn 6
Bermula
42