The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengandungi Kesemua Kandungan Fail Portfolio Praktikum

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70431598, 2021-11-01 13:06:29

E_FAIL PORTFOLIO PRAKTIKUM

Mengandungi Kesemua Kandungan Fail Portfolio Praktikum

Keywords: Praktikum

h.
m

137

1. Merancang skrip video ucapan.
2. Membuat agihan tugas.
3. Membangunkan video ucapan serta menghantar
penyertaan sekolah.

Penyelaras
5 Video ucapan

hari guru

138

1. Membantu menyediakan dokumentasi Program.
2. Menyertai persembahan guru.

Jawatankuasa
6 Bulan

Kebangsaan

139

Disemak oleh: Disahk

………………………………………… ………
(PN EMI BINTI ABDUL RASID) (MARI
Guru Pembimbing Pensya

kan oleh:
……………………………………

IAH BINTI RABA-EE)
arah Penyelia

140

KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 2021

SK SEBANDI ULU, ASAJAYA

1. PENDAHULUAN

Program j-QAF yang diperkenalkan hasil daripada ilham mantan Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri bertindak memperkasa pengajaran dan
pembelajaran pengajian Islam bermula di peringkat sekolah rendah. Program ini
bertepatan dengan matlamat Pendidikan Islam itu sendiri untuk menghasilkan
muslim yang berilmu, beriman dan beramal soleh dan berakhlak mulia
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Untuk makluman, bagi program j-QAF ini
5 model telah dikenal pasti dan daripadanya adalah model ko-kurikulum yang
dikenali sebagai Model Kem Bestari Solat yang wajib dilaksanakan di semua
sekolah yang terlibat. Pelaksanaan kali ini dijalankan secara atas talian
memandang situasi negara masih lagi menghadapi pandemik Covid-19.

2. MATLAMAT
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan

murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan,
ilmu pengetahuan dan penghayatan bermula dari Tahun 1.

3. OBJEKTIF
3.1 Murid dapat berwudhuk dengan sempurna
3.2 Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardhu
3.3 Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan solat dengan betul
dan lancar
3.4 Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samada secara
bersendirian atau berjemaah

4. TEMA
“SOLAT TUNGGAK KEJAYAAN MURID”

5. KUMPULAN SASARAN
Semua murid tahun 1 hingga Tahun 6

141

6. MASA DAN TARIKH
Tarikh : 26 Oktober 2021 (SELASA) (Tahap 2)
: 28 Oktober 2021 (KHAMIS) (Tahap 1)

Masa : 2.00 petang- 5.00 petang

7. TEMPAT
Rumah masing-masing

8. JAWATANKUASA PELAKSANA
Lampiran 1

9. TENTATIF PROGRAM KEM BESTARI SOLAT 2018
Lampiran 2

10. PEMBAHAGIAN KUMPULAN
Lampiran 3

11. ANGGARAN PERBELANJAAN
Lampiran 4

11.0 PENUTUP

Semoga kem yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Usaha penganjuran yang
diajalankan secara atas talian ini adalah sebuah usaha yang baik daripada Penitia
Pendidikan Islam. Diharapkan semua aktiviti yang dirancang dapat mencapai objektif dan
sasaran yang ditetapkan. Mudah mudahan kem yang dirancang ini mendapat keredhaan
daripada Allah S.W.T.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………... ……………………………………..
(Ustazah Nur Mazarina Mizza Binti Derus) (Ustazah Emi Binti Abdul Rasid)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Agama Islam, Panitia Agama Islam,
SK Sebandi Ulu, Asajaya SK Sebandi Ulu, Asajaya

142

Disahkan oleh:
……………………………………….
(Puan Assna @ Asiah Binti Jamali,
Guru Besar,
Sk Sebandi Ulu, Asajaya

143

KERTAS KERJA

GERAKAN DEKAD

BAHASA KEBANGSAAN

PERINGKAT SEKOLAH 2021

TEMA :
BAHASA WADAH
PENYATUAN BANGSA

144

PENDAHULUAN

Bagi melahirkan pelajar yang holistik dan seimbang, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025, telah menitikberatkan akan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar.
Oleh itu, bagi merealisasikan objektif ini, penganjuran Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan ini
dilihat dapat membantu dalam memastikan pelajar mencapai kemahiran berbahasa khususnya
dalam bahasa Melayu dengan baik serta dalam usaha mendaulatkan dan memartabatkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Penganjuran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan anjuran Panitia Bahasa Melayu
SK Sebandi Ulu telah dianjurkan pada setiap tahun sebagai salah satu aktiviti tahunan, namun
bermula pada tahun 2020, ianya telah dijenamakan kepada Gerakan Dekad Bahasa
Kebangsaan (GDBK).

Pelbagai program yang dianjurkan menunjukkan tanda sokongan SK SU dalam
memeriahkan sambutan bulan bahasa di peringkat kebangsaan. Tema untuk tahun 2021 ini
adalah ‘Bahasa Wadah Penyatuan Bangsa’.

Namun begitu, oleh kerana Covid19 masih belum reda, maka semua aktiviti dilakukan
secara norma baharu, iaitu secara atas talian sahaja.

OBJEKTIF
Antara objektif Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan adalah untuk :

1. Menyediakan satu platform bagi memperkukuhkan penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar

2. Meningkatkan kecintaan terhadap penguasaan Bahasa Melayu
3. Memperkasakan jati diri dan citra bangsa Malaysia dalam kalangan pelajar dan warga

SKSU
TEMA

“Bahasa Wadah Penyatuan Bangsa”

145

Cadangan Tarikh:
4 Oktober hingga 3 November 2021

Tempat:

i. SK Sebandi Ulu
ii. Rumah masing-masing

Perasmian dan Penangguhan:
Puan Assna@Asiah binti Jamali (Guru Besar)

Kumpulan Sasaran:

i. Semua pelajar Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6
ii. Semua warga SK SU

Ajk Pelaksana: Puan Assna@Asiah binti Jamali (Guru Besar)
Pengerusi Encik Hadi bin Seli (PK 1)
Naib Pengerusi Encik Arman bin Seman (PK HEM)
Encik Sbeli bin Shahak (PK KK)
Penyelaras Puan Nila Kusma binti Julaihi (KP BM)
Puan Kamais binti Pandak ( S/U Panitia BM)

Setiausaha Puan Temah binti Bujang ( Kerani)
Bendahari Puan Rosmawatti binti Zaini ( Bendahari PIBG)

JAWATANKUASA KERJA:

146

Bacaan Doa Encik Mohd Sirajuddin bin Safae

Dokumentasi & Derus Puan Nila Kusma binti Julaihi
Mengumpul video yang Cik Nur Mazarina Mizza binti
dihantar
Puan Kamais binti Pandak

Edit Video Nyanyian Puan Nur Shahira Syazwani binti
Guru
Saidin Puan

Aisyah binti Bujang Masli

Persembahan Murid Prasekolah : Puan Norita
binti Bujang Sum
Puan Rafizawati binti Rajan

Tahun 1 : Puan
Halimah binti Aini

Tahun 2 : Puan Ira
Juliana

Tahun 3 : Cik Rosita
binti Jok

Tahun 4 : Puan Nila
Kusma binti Julaihi

Tahun 5 : Encik Hadi
bin Seli

 Tahun 6 : Puan

Nila Kusma binti Julaihi

Persembahan Guru Deklamasi Sajak /Syair:
Puan Kamais binti Pandak
Encik Sbeli bin Shahak
Puan Temah binti Bujang
Puan Aisyah bin Bujang Masli
Cik Rosita binti Jok
Puan Emi binti Abdul Rasid

Video Nyanyian Warga SKSU:
Puan Nur Shahirah Syazwani binti Saidin
Puan Aisyah binti Bujang Masli

Pantun:
Puan Rosmawatti binti Zaini
Puan Ira Juliana binti Mansoor
Puan Sepia ak Laba
Puan Nila Kusma binti Julaihi
Puan Nur Asyrah Qhalila
Puan Norita binti Bujang Sum
Puan Rafizawati binti Rajan
Encik Mohd Sirajudin bin Safai

Nyanyian:

147

Encik Arman bin Seman
Encik Hadi bin Seli

AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2021

Guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk mencari 2 wakil bagi setiap kelas untuk aktiviti
yang telah dinyatakan. Pelajar akan merakamkan segala aktiviti mereka dan menyerahkan
kepada penyelaras untuk dikumpulkan dan akan dipersembahankan pada penangguhan Dekad
Bahasa Kebangsaan nanti.

 Prasekolah : BACAAN MEKANIS

Puan Norita binti Bujang Sum
Puan Rafizawati binti Rajan

 Tahun 1 : BERPANTUN

Puan Halimah binti Aini

 Tahun 2 : NYANYIAN

Puan Ira Juliana

 Tahun 3 : BERCERITA

Cik Rosita binti Jok

 Tahun 4 : DEKLAMASI SAJAK
 Puan Nila Kusma binti Julaihi
 Tahun 5 : SYAIR

Encik Hadi bin Seli

148

 Tahun 6 : PENGUCAPAN AWAM Puan Nila Kusma

binti Julaihi
JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2021

BIL TARIKH AKTVITI CATATAN
1 6 Oktober 2021 • Tindakan semua
Pelancaran Dekad Bahasa Kebangsaan
Peringkat pihak
Sekolah • Melalui atas

Diwar-warkan dalam kumpulan talian sahaja.
Whatsapp@Telegram SKSU
Diwar-warkan dalam kumpulan
Whatsapp@Telegram Kelas

2 6 - 25 Oktober AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM DEKAD Tindakan
semua
2021 BAHASA penyelaras
aktiviti
KEBANGSAAN 2021 Dilakukan di
rumah
Semua pelajar dan guru mula masingmasih

melakukan aktiviti yang dinyatakan. Tindakan
penyelaras
Merakam video persembahan dokumentasi
Tindakan
masingmasing penyelaras
aktiviti
3 26 – 31 0ktober MENERIMA RAKAMAN AKTIVITI SEPANJANG

2021 PROGRAM DEKAD BAHASA KEBANGSAAN

2021

Semua pelajar dan guru menghantar

rakaman kepada penyelaras

Penyelaras mengumpul semua rakaman

untuk diproses menjadi satu

persembahan untuk majlis penangguhan

nanti.

4 3 November Majlis Penangguhan Program Dekad Bahasa ✓ Tindakan semua
2021 Kebangsaan pihak
-Tayangan persembahan

-jika bersemuka, akan ditayangkan dalam
perhimpunan kelas

149

- jika PdPR, akan ditayang dalam Telegram
Channel

PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah dikemukakan.
Sesungguhnya kejayaan Bulan Bahasa Kebangsaan 2021 peringkat sekolah yang dirancang ini
bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif daripada semua pihak yang terlibat.
Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah kejayaan program ini. Semoga semua
perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
‘BAHASA WADAH PENYATUAN BANGSA”
Disediakan oleh:

___________________
(PUAN NILA KUSMA BT JULAIHI)
Penyelaras Program Dekad Bahasa Kebangsaan
2021 SK Sebandi Ulu.Samrahan.
Disemak oleh;

_________________________
(ENCIK HADI BIN SELI)
Penolong Kanan 1
SK Sebandi Ulu,Samarahan.

Disahkan oleh;

___________________________
(PUAN ASSNA@ASIAH BT JAMALI)
Guru Besar
SK Sebandi Ulu,Samarahan

150

151

E01: FORMAT DAN CONROH PENULISAN JURNAL
152

153

154

155

E02: PENULISAN JURNAL MINGGUAN
Murid Keliru Penggunaan ‫ ءي‬dan ‫ ي‬Dalam Imbuhan Apitan

Nur Mazarina Mizza Binti Derus

PDPP Pendidikan Islam SK

MASALAH

Saya dapati segelintir murid-murid 3 Al Jazari masih tidak boleh membezakan
pengggunaan ‫ ءي‬dan ‫ ي‬dalam mengeja perkataan Jawi. Murid-murid Tahun 3 sedang belajar
imbuhan apitan. Rakan-rakan yang lain dilihat boleh mempraktikkan formula yang diterangkan
selepas beberapa aktiviti, namun 2 orang murid terlihat masih keliru. Walaubagaimanapun, tidak
semua soalan yang diajukan dijawab dengan salah. Namun kesalahan yang sedikit sudah
mampu menunjukkan bahawa mereka masih keliru. Hal ini kerana formula mengeja ‫ ءي‬dan ‫ي‬
adalah ringkas dan mudah.

ANALISA MASALAH

Perkembangan murid disekolah merangkumi pelbagai aspek termasuklah kognitif,
psikomotor, sosial dan emosi. Perkembangan kognitif kanak-kanak bermula di rumah dan
berlaku secara berterusan yang didapatkan dari persekitaran mereka. Dalam teori
perkembangan koginitif Jean Piaget, apabila seseorang individu memperoleh pengalaman,
mereka akan menyusun pengalaman tersebut dalam minda dan membentuk sistem yang
dipanggil skema. Skema yang ditemui kemudiaannya diadaptasi untuk membentuk skema baru.
Skema baru ini membantu kanak-kanak atau individu mendepani pengalaman baru.

Secara keseluruhannya, guru telah menggunakan teori perkembangan kognitif ini dalam
menjalankan pengajaran. Guru menerangkan formula iaitu memberi murid skema untuk
mengeja. Kemudian guru membantu murid untuk mengadaptasi skema dengan menggunakan
contoh-contoh lain. Proses asimilasi dan akomodasi skema tersebut membolehkan murid-murid
mengeja contoh lain dengan betul dan tepat. Mayer (2003) menyatakan bahawa pembelajaran
perlulah bermakna bukan secara hafalan sahaja. Perkara ini dapat dikaitkan dengan teori kognitif
Jean Piaget di mana murid bukan sekadar menghafal skema atau formula yang diberikan tetapi
mampu mengaplikasi formula tersebut untuk menyelesaikan masalah lain dengan bantuan orang
sekeliling.

Walaubagaimanapun, 2 orang murid ini masih keliru dan tidak mampu untuk
mengadaptasi skema ataupun formula yang telah diterang oleh guru. Aktiviti yang dijalankan
untuk mengaplikasikan formula tersebut juga Nampak kurang membantu pemahaman murid.

156

Menurut teori gaya pembelajaran Dunn & Dunn (1967), gaya pembelajaran terbahagi kepada 4
gaya iaitu gaya pembelajaran pendengaran, penglihatan, sentuhan dan pergerakan. Masalah
yang dihadapi oleh 2 murid ini berkait rapat dengan gaya pembelajaran murid. Berdasarkan
pemerhatian terhadap pengajaran yang telah dijalankan, guru mendapati:

1. Murid memahami formula semasa penerangan dijalankan oleh guru.

2. Murid menjawab dengan salah apabila diminta untuk menentukan penggunaan ‫ ءي‬dan ‫ي‬.

3. Murid kurang interaksi dengan guru, murid hanya menjawab apabila nama dipanggil

Masalah yang berlaku terhadap dua murid ini mungkin berkait rapat dengan gaya
pembelajaran murid. kebanyakkan murid di dalam kelas ini boleh berinteraksi dengan baik
semasa guru mengajar menjadikan mereka lebih mudah memahami pelajaran. Kedua-dua murid
yang mengalami kekeliruan dalam menggunakan imbuhan ‫ ءي‬dan ‫ ي‬ini kedua-duanya
cenderung dengan gaya pembelajaran visual, namun gaya sentuhan dan juga pergerakan
mungkin boleh diaplikasi untuk menambah pemahaman mereka. Hal ini kerana dengan adanya
sentuhan dan pergerakan menguatkan lagi ingatan murid.

Jika kekeliruan ini tidak diatasi dari awal, kemungkinan besar murid-murid ini akan
berdepan dengan kepayahan untuk menerima pelajaran akan datang. Hal ini keranan imbuhan

‫ ءي‬dan ‫ ي‬akan kerap ditemui dalam pengajaran-pengajaran akan datang. Adalah sebuah
pendekatan yang baik sekiranya kekeliruan ini dapat diselesaikan di awal perkenalan murid
dengan imbuhan ‫ ءي‬dan ‫ ي‬ini.

CADANGAN

Menurut Dunn & Dunn gaya pembelajaran murid berbeza-beza. Seorang guru perlu
menganalisis latar belakang murid untuk memastikan pemilihan kaedah pengajaran adalah
bersesuaian dengan murid-murid. perkembangan kognitif individu berlaku dengan mengambil
skema daripada skema yang sedia ada. Guru telahpun menyediakan skema bagi murid, maka
untuk penambahbaikan, guru boleh membantu mengatasi kekeliruan murid dengan membantu
mereka semasa proses asimilasi. Di mana guru memperbetulkan murid penyamaan formula
dengan contoh baru. Sekiranya terdapat kesalahan semasa proses asimilasi, maka guru perlu
menjadi pembimbing kepada murid. berbekalkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan
teori gaya pembelajaran Dunn & Dunn, saya merancang untuk membantu perkembangan murid
dengan menyediakan bimbingan khas kepada dua murid tersebut. Antara Langkah yang saya
ambil untuk mengatasi masalah ini ialah:

1) Menyusun jadual pertemuan khas dengan murid bermasalah

2) Membangun bahan bantu mengajar fizikal yang diserahkan kepada murid

157

3) Mengadakan bimbingan menggunakan gaya pembelajaran pergerakan untuk menguat ingatan
murid

TEMPOH PELAKSANAAN
1 minggu 2 kali perjumpaan (27 Ogos - 3 september)

TINDAKAN SUSULAN
Walaupun bimbingan khas dijalankan hanya selama seminggu, namun perkembangan

murid tetap harus dipantau secara berterusan. Pemilihan kaedah bimbingan adalah bebas ke
atas guru mengikut keperluanc murid. Sebagai langkah susulan, saya merancang untuk terus
membuat pengulangan sekiranya terdapat tajuk yang berkaitan, terutamanya dalam bidang Jawi.
Begitu juga sekiranya terjumpa perkataan yang boelh dikaitkan dengan tajuk imbuhan ini, maka
penyoalan secara berulang-ulang akan ditujukan kepada kedua-dua murid ini.
Walaubagaimananpun, kaedah ini tidaklah mengabaikan murid-murid yang lain. Mereka juga
terlibat dalam pengulangan ini namun lebih tertumpu kepada murid bermasalah tersebut.
Menurut Noraini, Nur Rawaidah & Wan Noor Syamimi (2009) kaedah ulangan ini dapat
menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengulangan secara berterusan yang saya jalankan ini
diharap dapat membantu murid-murid ini untuk mengaplikasikan kaedah mengeja Jawi dengan
betul dan tepat.

KESIMPULAN
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memikirkan bimbingan bagi murid-murid yang

bermasalah dalam pembelajaran. Guru perlu menjalankan pentaksiran secara berterusan agar
perkembangan murid dapat dikenal pasti. Selain itu, guru juga haruslah merancang kaedah
penyelesaian dengan mengambil kira keperluan murid tersebut. Memahami teori-teori
perkembangan kanak-kanak serta penguasaan terhadap kemahiran pedagogi terkini sedikit
sebanyak membantu guru dalam menangani masalah perkembangan murid.

158

RUJUKAN
Abdul Latif Gapor. (2003). Pengenalan Teori-Teori Pembelajaran. Nota Kuliah Kursus
Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6043). Fakulti Teknologi dan Sains
Maklumat. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Azizi Yahaya & Zainuddin Abu Bakar. Bab 2 Teori Teori Perkembangan:
https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-teori_Perkembangan
Dunn, R., Dunn, K., & Price, G. E. (1975, 1978, 1984, 1985, 1987, 1989, 1990, 1996). Learning
Style Inventory. Lawrence, KS: Price Systems, Inc.
Noraini Ishak, Nur Rawaidah Rahmat & Wan Noor Syamimi (2009). Kaedah Ulangan
Berbantukan Pelbagai Kit Pembelajaran untuk Murid Bermasalah Pendengaran:
https://www.scribd.com/doc/31098165/Kaedah-Ulangan-Berbantukan-Pelbagai-Kit-
Pembelajaran
Piaget, J. (1964). Part I: Cognitive Development In Children: Piaget Development And Learning.
Journal Of Research In Science Teaching, 2(3), 176.

159

Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Dengan 3-7 Suku Kata

Nur Mazarina Mizza Binti Derus

PDPP Pendidikan Islam Sekolah Rendah

MASALAH

Saya dapati segelintir murid-murid 4 Al Battani masih belum lancar membaca perkataan
atau teks dalam tulisan jawi. Saya dapati kumpulan ini boleh membaca perkataan- perkataan
dengan 2 suku kata dengan baik. Namun apabila menjumpai perkataan yang memiliki 3 suku
kata dan lebih, bacaan mereka akan lebih lambat dan berhati-hati. Manakala rakan-rakan yang
lain dilihat sudah boleh membaca perkataan dengan suku kata yang banyak dengan lancar.

ANALISA MASALAH

Menurut Zulkifley Hamid (1994) kemahiran membaca tidak akan dimiliki seseorang
pelajar melainkan setelah beliau mampu melakukan proses-proses; mengenali dan membezakan
fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa, menggabungkan simbol-simbol fonem untuk
membentuk perkataan dan memindahkan lambang- lambang yang dibacanya itu kepada sistem
saraf untuk diterjemahkan (kepada bunyi- bunyi bahasa yang diwakili oleh simbol-simbol fonem)
dan difahami apa yang dibaca. Daripada pernyataan beliau, dapatlah kita fahami bahawa
menguasai kemahiran membaca memerlukan seseorang untuk mengenal dan membezakan
huruf atau simbol yang terlibat dalam bahasa tersebut. Dalam konteks kemhairan membaca
tulisan Jawi, murid-murid perlulah menguasai serta boleh membezakan huruf-huruf hijaiyah
terlebih dahulu barulah mudah untuk menguasai kemahiran membaca.

Selain itu, kita perlu faham bahawa membaca adalah kemahiran yang membantu individu
memahami sesuatu perkara. Sekiranya seseorang itu tidak boleh membaca, adalah lebih sukar
bagi mereka untuk memahami sesebuah perkara. Perkara ini juga disokong oleh Yahya (2005)
dimana beliau menyatakan bahawa tujuan membaca adalah bagi memahami teks yang dibaca
dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca. Ini bermaksud kebolehan membaca
bukanlah hanya murid itu membaca tetapi juga membolehkan murid itu boleh memahami apa
yang dibaca.

Di dalam kelas ini, penekanan diberikan kepada kebolehan membaca teks Jawi kerana
dengan membaca mereka boleh memahami kandungan pelajaran. Kemahiran membaca teks
Jawi ini penting terutamanya bagi bidang Jawi itu sendiri dan bidang Ulum. Murid-murid di
sekolah rendah sudah mempelajari kaedah membaca tulisan Jawi bermula pada tahun 1. Mereka
diajarkan asas membaca seperti mengenal huruf hijaiyah, membunyikan suku kata terbuka, suku

160

kata tertutup, membaca perkataan mudah yang mengandungi 2 suku kata dan lebih dan
sebagainya. Ramai murid di dalam kelas ini sudah mula menguasai bacaan tulisan Jawi dengan
baik, namun masih terdapat beberapa murid yang perlu diberi perhatian. Berdasarkan
pemerhatian terhadap pengajaran yang telah dijalankan, guru mendapati:

1. Murid boleh membaca perkataan dengan suku kata yang sedikit

2. Murid mengambil masa yang panjangn untuk membaca perkataan dengan suku kata yang
banyak

3. Murid faham apa yang dibacakan

Masalah yang berlaku terhadap dua murid dalam kelas ini mungkin berkait rapat teknik
pengajaran yang digunakan oleh guru. Jika guru inginkan murid-murid menguasai kemahiran
membaca tulisan Jawi yang baik, maka guru haruslah mengukuhkan dahulu asas bacaan Jawi.
Guru perlu mengambil pendekatan memberikan teknik asas semula kepada murid-murid yang
bermasalah. Hal ini bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca perkataan
dengan suku kata yang banyak dengan lebih lancar. Perkara ini penting kerana pola bacaan yang
mernagkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan
makna bacaan (Abdul Rasid Jamian, nd). Jika bacaan murid lancar, maka pemahaman terhadap
isi pelajaran adalah lebih tinggi.

Jika kekeliruan ini tidak diatasi dari awal, kemungkinan besar murid-murid ini akan
berdepan lebih banyak ketinggalan untuk masa akan datang. Penguasaan dalam kemahiran
membaca tulisan Jawi ini perlu ditingkatkan segera agar murid mempunyai peluang untuk
memperbaiki kemahiran membaca mereka sebelum terlambat.

CADANGAN

Mansor Embong mengemukakan 3 kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam
mengajar murid membaca bagi Bahasa Melayu. Melihat kepada kaedah yang dicadangkan,
terdapat beberapa kaedah yang dirasakan boleh diimplementasikan dalam meningkatkan
penguasaan kemaharian membaca murid-murid ini. Dalam usaha memastikan murid-murid
dapat dibantu dalam meningkatkan kemahiran membaca mereka, Kerjasama di antara guru dan
ibu bapa adalah sangat penting. Hal ini kerana pengajaran serta pembelajaran sekarang berlaku
dari rumah. Guru pula sebagai fasilitator yang membimbing murid dari jauh. Selain itu, selain
daripada bimbingan daripada guru dari segi penerangan dan Teknik bacaan, guru juga perlu
mempertimbangkan untuk menyediakan alat bantu mengajar yang boleh digunkan oleh murid
sepanjang proses menambah baik kemahiran membaca. Bahan bantu mengajar ini sebaiknya
sesuatu yang mudah dan tidak mengelirukan murid-murid. Antara langkah yang saya ambil untuk
mengatasi masalah ini ialah:

161

1) membangun formula serta bahan bantu yang boleh menjadi rujukan murid.
2) membincangkan masalah yang dihadapi oleh murid dengan ibu bapa murid.
3) mengadakan bimbingan berkala khas bagi murid bermasalah membaca

TEMPOH PELAKSANAAN
2 minggu, 4 kali bimbingan (4 September - 17 september)

TINDAKAN SUSULAN
Bimbingan yang diberikan kepada 2 murid yang mengalami masalah belum lancar

membaca teks Jawi diberikan dengan bantuan ibu bapa di rumah. selain guru menyediakan video
kaedah menggunakan kad huruf Hijaiyah dalam membantu murid membaca Jawi dengan betul.
Walaupun bimbingan khas dijalankan hanya selama 2 minggu sahaja, namun bimbingan secara
berterusan masih diberikan dari semasa ke semasa. Guru bercadang untuk memberikan teks
bacaan ringkas sebagai bahan bacaan bagi murid di rumah. dengan amalan membaca teks Jawi
secara berterusan, murid akan terbiasa dengan suku kata serta perkataan-perkataan Jawi baru
yang ditemui dalam teks. Selain itu, untuk mengembangkan tahap yakin diri dalam diri murid,
maka guru akan banyak memberikan peluang kepada murid tersebut sekiranya menjalankan
aktiviti bacaan di dalam kelas. Hal ini kerana peneguhan yang diberikan oleh guru setelah murid
itu berjaya membaca teks yang diberikan akan memotivasikan murid untuk terus memperbaiki
bacaan dari semasa ke semasa.

KESIMPULAN
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memikirkan bimbingan bagi murid-murid yang

bermasalah dalam pembelajaran. PBD yang diperkenalkan oleh kementerian merupakan sebuah
usaha yang dapat membantu guru mengetahui prestasi semasa murid-muridnya. Maka guru
berhak untuk memikirkan inisiatif yang mampu membantu murid-murid mengembangkan potensi
dalam diri mereka sama ada dari aspek kognitif, kemahiran, sosial, rohai dan sebagainya. Tidak
dinafikan dalam menjalankan PdPR sekarang ini, usaha membimbing murid tidak dapat berjalan
sepenuhnya sekiranya tidak mendapat Kerjasama daripada ibu bapa. Oleh itu, hubungan baik
antara guru dan ibu bapa wajar diwujudkan untuk menjamin Pendidikan yang berterusan dalam
kalangan murid.

162

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (n.d). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar: https://core.ac.uk/download/pdf/11491577.pdf
Mansor Embong. (n.d). Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu:
https://www.academia.edu/39095375/Bab_8_Kemahiran_Membaca_dalam_Bahasa_Melayu
Yahya Othman. (2004). Mengajar Membaca: Teori dan Aplikasi. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi Psikolingusitik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

163

LAMPIRAN
164

Menangani Masalah Pengurusan Masa Guru

Nur Mazarina Mizza Binti Derus

PDPP Pendidikan Islam Sekolah Rendah

MASALAH

Saya dapati pengajaran saya pada minggu ini berjalan dengan baik dan lancar.
Walaubagaimanapun, saya telah mengambil lebih 4 minit daripada masa yang telah
diperuntukkan. Usaha memperbaiki penggunaan masa di dalam kelas ini mendapat perhatian
daripada pensyarah serta guru pembimbing saya. Oleh hal yang demikian, beberapa Langkah
dijalankan untuk memperbaiki penggunaan masa mengajar saya bertepatan dengan masa yang
diperuntukkan dalam Rancangan Pengajaran Harian saya.

ANALISA MASALAH

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian cemerlang murid-murid. Bukan
sahaja disebabkan oleh diri murid, namun guru juga bertanggungjawab dalam pencapaian murid.
Antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru ialah pengurusan masa. Menurut Muhammad
Abdillah & Haleefa Mahmood (2011), selain daripada ketepatan masa memasuki kelas, kualiti
pengurusan masa dalam kelas juga diambil kira selain dari kesanggupan guru membuat kerja
lebih masa tanpa ganjaran material. Berdasarkan daripada kenyataan ini, aspek pengurusan
masa ini amat signifikan dalam diri guru. Dalam masalah saya pada minggu ini, saya menghadapi
masalah pengurusan masa dalam kelas iaitu seamasa menjalankan pengajaran. Saya tidak
mampu menjalankan aktiviti yang dirancang seiring dengan peruntukan masa yang telah saya
tetapkan dalam RPH saya.

Isu pengurusan masa yang lemah ini didapti selepas saya menjalankan refleksi terhadap
pengajaran pada hari tersebut. Berdasarkan refleksi pemerhatian yang dijalankan, saya
mendapati saya telah melebihi peruntukan masa semasa menjalankan aktiviti pada langkah 2.
Oleh yang demikian, ianya telah memjejaskanpersembahan pengaajran saya pada langkah 3
dan penutup kerana perlu mengejar masa yang semakin singkat. Namun usaha untuk
menamatkan pengajaran dalam lingkungan masa yang dirancang masih gagal. Berikut
merupakan antara factor yang mungkin menjadi punca masalah kawalan masa bagi pengajaran
saya pada kali ini.

I) Pengulangan Aktiviti

pada langkah 2, saya telah merancang sebuah aktiviti bagi membantu murid mencapai objektif
yang digariskan. Walaubagaimanapun, saya turut meletakkan kuiz ringkas yang perlu dijawab

165

oleh murid pada akhir langkah tersebut. Menurut perbincangan dengan pensyarah bimbingan
saya, kuiz tersebut merupakan aktiviti berulang kerana aktiviti yang saya jalankan di awal langkah
2 sudah memadai bagi membantu sekaligus menilai pencapaian murid.

Ii) Kawalan Penggunaan TMK

Saya turut menghadapi masalah dalam mengendalikan bahan bantu mengajar yang saya
sediakan. Pada hari tersebut, link yang disediakan tidak boleh diakses oleh murid mengakibatkan
saya pelru memperuntukkan masa untuk memperbaikinya sebentar. Walaupun sebentar, namun
perkar itu telah menggangu peruntukan masa yang telah dirancang. Menurut Presiden Ikatan
Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan:

"warga pendidik, khususnya guru, perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
mengenai penguasaan dalam teknologi digital yang baharu dan menguasai ilmu berkaitan e-
pembelajaran supaya lebih senang untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar."

Berita Harian, 23 Julai 2020

Seperti kenyataan di atas, penguasaan dalam TMK pastinya akan memudahkan guru dalam
menjalankan pengajaran lebih-lebih lagi secara atas lain seperti sekarang. Sekiranya guru tidak
menguasai penggunaannya, maka banyak perkara lain yang akan terganggu salah satunya
masalah pengurusan masa seperti yang berlaku kepada saya. Oleh itu, dalam menggunakan
TMK, guru perlu menguasai penggunaannya dengan baik agar dapat mengurangkan masalah
ketiga menggunakannya dalam pengajaran nanti.

Sekiranya masalah pengurusan masa semasa PdPC ini tidak diatasi dari awal, saya
berkemungkinan akan menghadapinya lebih kerap pada masa akan datang. Perkara ini memberi
kesan buruk terhadap pencapaian objektif pengajaran saya. Gagal mengawal masa di awal
langkah pengajaran akan mengakibatkan saya terkejar-kejar semasa melaksanakan aktivti pada
langkah yang berikutknya. Kesannya, pencapaian murid akan terganggu serta prestasi murid
juga berada pada tahap yang lemah.

CADANGAN

Sebagai seorang guru praktikum, saya berpeluang untuk membincangkan isu yang saya hadapi
bersama pensyarah serta guru pembimbing saya. Hal ini kerana mereka sudah pastinya memiliki
pengalaman yang banyak dan pasti boleh memberi pandangan mereka dalam menyelesaikan
isu yang saya hadapi. Hasil daripada perbincangan serta sedikit pembacaan mengenai isu
pengurusan masa PdPC yang saya hadapi, berikut merupakan cadangan yang saya akan
jalankan:

166

1) Merancang RPH Secara Realistik
Merancang RPH secara realistik bermaksud saya perlu memikirkan kebolehlaksanaan aktiviti
yang dirancang dalam masa yang diperuntukkan. Jika dilihat dalam RPH yang lalu, saya
memasukkan 2 aktiviti bagi setiap langkah pengajaran saya. Bagi penulisan RPH yang
seterusnya, saya perlu mengurangkan kepadatan aktiviti dalam satu-satu langkah agar 1 aktiviti
yang dipilih itu dapat dilaksanakan sebaiknya. Kesan dari pemilihan aktiviti ini membantu saya
mengurus masa mengajar dengan baik. Oleh itu, isu lebih masa mengajar akan dapat
diselesaikan.
2) Tegas Dalam Pengurusan Masa
Selain itu, saya juga perlu bersikap tegas dalam mengurus masa mengajar saya. Jika dilihat
dalam pengajaran yang lalu, saya masih menjalankan tawar menawar masa semasa murid
menjalankan aktiviti pencarian maklumat dan kuiz ringkas. Saya menambah masa bagi
membolehkan murid mendapat maklumat yang diperlukan. Kesannya, langkah tersebut melebihi
masa yang dirancang. Oleh itu, selepas daripada pengajaran kali ini, saya perlu bertegas dalam
menguruskan masa mengajar. Sekiranya sesebuah aktiviti tersebut memperuntukkan 2 minit
untuk menyesaikannya, maka saya perlu mematuhi peruntukkan tersebut. Ini bagi memastikan
semua rancangan yang tertulis dalam RPH saya dapat dijalankan dengan baik dan teratur.
2) Mempersiapkan Diri Dengan Kemahiran Pengunaan TMK
Bagi mengelak kejadian yang sama berulang Kembali, saya merancang untuk berusaha
mempersiapkan diri dengan menguasai aplikasi atau software yang saya sediakan dengan baik.
Ini bagi memastikan pelaksanaan aktiviti dengan menggunakan BBM ini berjalan dengan baik
seterusnya mampu mengelakkan saya daripada membazir masa untuk menyesaikan masalah
teknikal dalam menggunakan BBM ini.

TEMPOH PELAKSANAAN
Cubaan mengatasi masalah ini akan dilakukan secepat mungkin. Proses penambahbaikan kualiti
pengurusan masa mengajar ini akan berlangsung setiap minggu dan laporan penggunaan masa
akan direkodkan dari minggu ke minggu.

TINDAKAN SUSULAN
Selain daripada kesemua cadangan di atas dijalankan dalam kadar yang segera, langkah

susulan bagi memastikan isu pengurusan masa PdP ini tidak timbul semula tetap dititikberatkan.

167

Sebagai seorang guru praktikum, semestinya saya berpeluang untuk mendapatkan nasihat
daripada guru serta pensyarah pembimbing saya. Dengan mendapatkan ulasan berterusan
daripada mereka dapat memastikan pengurusan masa PdP ini berada dalam keadaan yang baik.
Saya akan menggunakan peluang selama 10 minggu ini untuk mendapatkan sebanyak yang
boleh nasihat serta penambahbaikan daripada kedua-dua pembimbing saya sebagai bekalan
untuk menghadapi alam pekerjaan sebenar kelak.
KESIMPULAN

Seorang guru yang berwawasan akan sentiasa menjalankan refleksi kendiri terhadap
pelaksanaan pengajaran mereka. Perkara ini penting supaya guru dapat melihat kelebihan serta
kelemahan yang terdapat dalam pengajaran mereka. Sekiranya terdapat kelemahan, maka guru
perlulah memikirkan langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut daripada
berulang. Dengan penambahbaikan ini, maka kemahiran mengajar guru akan dapat
dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan pastinya memberi manfaat yang positif dalam
kalangan anak-anak murid mereka.

168

RUJUKAN
Faizma. (2013). Mampukah Pendidik Bergerak Sepantas Perkembangan Teknologi?:
https://www.google.com.my/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/mampukah-pendidik-
bergerak-sepantas-perkembangan-teknologi-24321%3Famp=1
Muhamad Abdillah Royo & Haleefa Mahmood. (2011). Faktor-Faktor Kelemahan Yang
Mempengaruhi Pencapaian Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta:
https://core.ac.uk/download/pdf/11788638.pdf
Nn. (n.d). Pengurusan Masa: https://www.scribd.com/document/256704595/Pengurusan-masa
Ong Yao Ping. (2020). Guru Perlu Kuasai Teknologi Digital Penuhi Tuntutan Pdp:
https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/rencana/minda-
pembaca/2020/07/714249/guru-perlu-kuasai-teknologi-digital-penuhi-tuntutan-pdp

169

Meningkatkan Penghayatan Adab Belajar Dalam Kalangan Murid Tahun 3 Al Jazari

Nur Mazarina Mizza Binti Derus
PDPP Pendidikan Islam Sekolah Rendah

MASALAH

Saya dapati penyertaan murid dalam pengajaran saya pada kali ini amat
memberansangkan. Hasil pemerhatian mendapati semua murid berusaha untuk menyertai
aktiviti yang dijalankan secara aktif. Walaubagaimanapun, saya mendapati terdapat juga murid-
murid yang tidak menjaga adab mereka semasa mengikuti pengajaran. Hal ini dikenalpasti
semasa murid membuka kamera masing-masing.

ANALISA MASALAH

Dalam Islam, guru bukan sahaja diangggap sebagai seorang muaallim, bahkan juga
seorang muaddib yang berfungsi sebagai seorang yang mendidik individu menjadi modal insan
yang beradab. Asmawati Suhid (2005) mengambil pendapat Imam Al Ghazali yang juga
menekankan maksud pendidikan ialah menanam perangai baik dalam diri kanak-kanak supaya
mereka "dapat menilai antara yang benar dan salah". Pernyataan ini membawa maksud bahawa
pendidikan dalam islam bukan sahaja mementingkan isi kandungan pelajar, bahkan adab dalam
diri murid juga perlu ditekankan bagi melahirkan individu yang boleh membezakan perkara yang
benar dan salah. Perkara ini sangat jelas berdasarkan pandangan Syed Muhammad Naquib Al-
Attas (1980) yang menegaskan bahawa pendidikan merupakan proses penerapan adab ke
dalam diri seseorang. Adalah sebuah kejayaan yang besar sekiranya guru-guru berjaya
menghasilkan modal insan yang berakhlak mulia dan memelihara adab dalam kehidupan
mereka.

Dalam Malaysia, penerapan nilai adab ini telah diusahakan dari semasa ke semasa. Hal
ini dibuktikan dengan penyusunan kurikulum di sekolah yang turut merangkumi penerapan adab
dan nilai. Dalam subjek Pendidikan Islam itu sendiri telah dirangkumkan bidang Adab untuk
diajarkan kepada murid-murid. Bahkan bagi murid-murid tahun 3, adab menuntut ilmu
merupakan salah satu tajuk dalam bidang adab yang telahpun murid-murid ini pelajari.
Walaubagaimanapun, pelaksanaan pengajaran dari rumah ini sedikit sebanyak memberikan
kejutan baru dalam diri murid-murid. Pengajaran bersemuka di sekolah telah melatih murid-murid
ini mengamalkan adab belajar dengan baik. Sebagai contoh, murid kebiasaannya sudah
bersedia dengan keperluan subjek yang akan mereka pelajari seperti buku teks, alat tulis dan

170

sebagainya. Mereka juga sudah dibiasakan dengan rutin bacaan doa, mengemas tempat duduk,
duduk dengan sopan, tidak bercakap semasa guru memberi penerangan dan sebagainya.

Namun, dalam pengajaran atas talian ini, saya dapati terdapat murid-murid yang mula
mengabaikan adab-adab belajar ini. Dalam kelas ini, saya dapati terdapat murid yang meletakkan
kaki satu aras dengan telefon semasa kelas sedang dijalankan. Bahkan murid tersebut duduk
secara tidak sopan dan dapat dilihat oleh saya dan rakan yang lain. Selain itu, terdapat juga
murid yang bersembang sesama sendiri semasa saya sedang memberi penerangan. Perkara ini
kerap berlaku dalam kalangan murid yang berkongsi peranti. Perbuatan kurang beradab semasa
mengikuti pengajaran ini kemungkinan berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti di
bawah:

I) Tidak Menguasai Penggunaan Google Meet

Oleh kerana murid-murid kelas ini masih belum mahir menggunakan butang-butang yang ada
dalam Google Meet, besar kemungkinan mereka beranggapan bahawa perbuatan mereka tidak
diakses oleh guru dan rakan lain. Oleh itu, mereka merasa bebas untuk menjalankan aktiviti
mereka sendiri.

Ii) Tiada Pemantauan Daripada Ibu Bapa

Oleh kerana murid-murid yang bersama dalam pengajaran saya kali ini merupakan murid-murid
tahap satu, kebanyakan daripada mereka mengikuti pengajaran dengan ditemani oleh ibu bapa.
Di mana ibu bapa selalunya sebagai pengawal yang mengawal tingkah laku mereka seterusnya
menyediakan keperluan dari segi gajet yang mereka perlukan. Namun, saya dapati terdapat
beberapa murid yang dibiarkan menggunakan telefon dengan sendiri dan tiada pemantauan
daripada ibu dan bapa mereka. Maka aktiviti mereka di rumah adalah sedikti tidak dipantau
sehingga kerap berlakunya perlakuan kurang beradab dalam kalangan murid-murid.

iii. Guru Tidak Menetapkan Peraturan Yang Tegas

Sebagai seorang guru, saya amat menghargai penyertaan murid di dalam kelas saya
kerana saya mengetahui adalah tidak mudah bagi murid-murid ini untuk ikut serta dalam kelas
segerak memandangkan mereka berdepan dengan capaian internet yang lemah dan berkongsi
peranti. Oleh sebab yang demikian, saya tidak meletakkan peraturan yang terlalu banyak dalam
menjalankan pengajaran saya. Hal ini bagi mengelakkan murid berasa tidak seronok dan terikat
dengan peraturan yang saya kemukakan.

Walaubagaimanapun, adab murid terhadap guru dan pelajarannya tidak wajar dilupakan
meskipun pembelajaran berlaku secara atas talian. Kajian oleh Syahirah Nazim (2021)

171

menggariskan terdapat lapan adab menurut Ibn Jama’ah yang sangat sesuai untuk diaplikasikan
oleh murid dalam konteks pembelajaran dalam talian khasnya yang berbentuk pembelajaran
segerak. Antaranya ialah menjaga penampilan diri, menepati masa, menunmpukan perhatian
terhadap guru, memberikan respon sewajarnya, tidak malu untuk bertanya, tidak melakukan
urusan lain sewatu guru mengajar, tidak meremehkan pengajaran guru dan mendoakan guru.
Adab-adab ini perlu diterapkan dalam diri murid agar murid tidak lagi kerap melakukan perbuatan
yang menunjukkan kurang adab terhadap guru dan pelajaran.

CADANGAN

Dalam usaha memastikan masalah sahsiah dalam murid ini dapat diperbaiki, saya
bercadang untuk mengambil beberapa langkah. Menurut Dr Hasnizam Hashim, Pensyarah
Kanan/Ketua Program Sarjana Muda Fiqh & Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-undang,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan, adab dan etika pembelajaran juga
perlulah difahami dan diikuti oleh setiap pelajar bagi memastikan proses menuntut ilmu dapat
dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektifnya. Murid-murid peerlu sentiasa menjaga adab
dan tingkah laku semasa menjalani pembelajaran atas talian untuk memastikan mereka dapat
mecapai dan menguasai isi pelajaran dengan baik kesan daripada tumpuan serta tingkah laku
baik yang diamalkan. Berikut merupakan cadangan yang saya akan jalankan:

1) Menetapkan peraturan kelas

Saya merancang untuk tidak lagi mengabaikan tingkah laku kurang baik dalam kalangan murid
semasa mengikuti PdPR. Saya merancang untuk menggariskan beberapa peraturan yang akan
memandu murid untuk sentias berkelakuan baik sepanjang kelas dijalankan. Peraturan yang
saya ketengahkan termasuklah peraturan dari segi pakaian, cara duduk, ketetapan masa,
penggunaan mikrofon dan kamera serta persediaan sebelum kelas. Dengan peraturan sebegini
dapat mengelakkan murid-murid untuk terus mengulang perbuatan yang sama. Peraturan ini
merupakan amaran secara tidak langsung kepada murid supaya tidak lagi mengulangi kesilapan
yang sama. Ini sangat bertepatan dengan Teori Pelaziman Skinner yang mengetengah
peneguhan negative agar dapat mengelakkan murid mengulangai kesalahan mereka.

2) Membangun kerjasama dengan ibu bapa

Selain itu, saya juga akan berusaha untuk membina jaringan yang baik dengan ibu bapa. Hal ini
kerana murid-murid in menghabiskan banyak masa di rumah kesan daripada Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang berlaku di negara kita. Oleh itu sudah pastikan semasa kelas dijalan,

172

murid-murid sedang berada di rumah dan ditemani oleh ibu bapa. Oleh yang demikian, saya
berusaha untuk mencapai ibu bapa penjaga bagi murid-murid yang berkaitan untuk meminta
kerjasama mereka dalam pengawal murid semasa kelas PdPR dijalankan. Kerjasama yang baik
ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah sahsiah iaitu adab belajar dalam diri murid.

TEMPOH PELAKSANAAN
Cubaan mengatasi masalah ini akan dilakukan secepat mungkin. Peraturan kelas yang saya
sediakan akan diperkenalkan pada minggu depan dan digunakan sepanjang masa. Manakala
bagi menjalin kerjasama yang baik dengan ibu bapa, saya merancang untuk menghubungi terus
ibu bapa murid untuk membantu saya memantau aktiviti murid di rumah. Ibu bapa perlu
dimaklumkan mengenai masalah yang berlaku dalam kalangan anak-anak mereka agar mereka
dapat membuat teguran dan membantu memperbaiki serta mengingatkan anak-anak tentang
adab belajar.

TINDAKAN SUSULAN
Selain daripada tindakan yang nyatakan diatas, saya bercadang untuk menjalankan

pendekatan berterusan yang diharap mampu memupuk adab belajar yang tinggi dalam diri murid.
Saya ada menyebut mengenai memperkenalkan peraturan kelas. Selain daripada perturan itu,
saya berusaha mengamalkan peneguhan dalam pengajaran saya. Semestinya saya akan
melakukan peneguhan positif yang mampu mendorong murid-murid ini untuk berkelakuan baik
sepanjang kelas dijalankan. Walaubagaimanapun, peneguhan negative seperti teguran dan
amaran juga saya lihat wajar diberikan untuk mencegah murid-murid ini berterusan mengulangi
kesalahan yang sama.

KESIMPULAN
Seiring dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengimpikan modal insan

yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sahsiah, maka adab-adab dalam
kehidupan seharian wajar diterapkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hal ini bagi
memastikan murid-murid bukan sahaja berkembang dari segi pengetahuan bahkan juga dari
aspek kehidupan yang memerlukan murid berkomunikasi dengan orang lain seperti adab dengan
ibu bapa, guru, rakan, orang tua dan sebagainya. Maka dari itu akan lahirlah individu yang
berpengatahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

173

RUJUKAN
Asmawati Suhid. (2005). Kerelevanan Pendidikan Nilai Dan Agama Dalam Pembentukan

Masyarakat Madani. Jurnal Pendidikan Islam, jilid 11, Bil.2, hal. 69-82.

Asmawati Suhid. (n.d). Pengajaran Adab & Akhlak Islam Dalam Membangunkan Modal Insan:
https://core.ac.uk/download/pdf/11490266.pdf

Dr Hasnizam Hashim. (2020). Adab Tuntut Ilmu Walau Belajar Secara Dalam Talian:
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1870416

Syahirah Nazim. (2020). Adab Murid Terhadap Guru Menurut Ibn Jama'ah: Aplikasinya Dalam

Konteks Pembelajaran Dalam Talian:

https://www.researchgate.net/publication/349310975_ADAB_MURID_TERHADAP_GURU_ME

NURUT_IBN_JAMA'AH_APLIKASINYA_DALAM_KONTEKS_PEMBELAJARAN_DALAM_TALI

AN_Student_Manners_toward_Teachers_According_to_Ibn_Jama'ah_Its_Application_in_The_

Context_of_Online_Learn

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (1980). The concept of education in Islam. Kuala Lumpur:
ABIM

174

Cabaran dalam Menjalankan Pentaksiran Lisan Atas Talian

Nur Mazarina Mizza Binti Derus

PDPP Pendidikan Islam Sekolah Rendah

MASALAH

Oleh kerana Praktikum kali ini dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran Dari
Rumah (PdPR), maka aktiviti pentaksiran dan penilaian yang dijalankan sepenuhnya secara atas
talian. Saya sering menjalankan pentaksiran formatif bagi stiap sesi pengajaran saya dan
kebanyakkannya pentaksiran adalah menggunakan kuiz atas talian dan juga pentaksiran lisan
seperti perbincangan dan aktiviti berkumpulan. Masalah timbul apabila pentaksiran dijalankan
secara lisan di mana kebolehpercayaan terhadap pencapaian murid diragui kesan daripada
bantuan daripada ibu bapa. Isu ini berlaku jelas apabila dalam sesi perbincangan di mana murid
tidak memberikan pendapat sendiri tetapi bergantung kepada idea yang diberikan oleh ibu bapa
di sebelah mereka.

ANALISA MASALAH

Perkembangan serta pencapaian murid-murid perlu ditaksir dari semasa ke
semasa. Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) 2019, PBD merupakan pentaksiran
yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid di samping memberi maklum balas
tentang pengajaran guru. Dalam menjalankan PdPR, pentaksiran ini boleh dijalankan
menggunakan aplikasi mudah seperti Quizizz, Google Form, juga boleh dijalankan secara
pemerhatian terhadap aktiviti murid seperti perbincangan, pembentangan, tingkah laku murid dan
sebagainya. Guru juga perlu bijak dalam merancang dan melaksana PBD mengikut kesesuaian
peruntukan masa dalam PdP. Ini membuktikan bahawa guru perlu merancang aktiviti yang sesuai
dalam usaha mengenalpasti tahap pencapaian semasa murid.

Masalah yang berlaku pada kali ini tidak tertumpu kepada jenis penilaian yang dipilih oleh
guru dalam menjalankan PBD. Ianya lebih cenderung kepada permasalahan sikap ibu bapa yang
bersikap terlalu melindungi (overprotective) dan mahukan anak-anak mencapai prestasi yang
cemerlang dalam setiap perkara. Sikap ini adalah baik pada dasarnya namun sekiranya ibu bapa
tidak memberi peluang kepada anak-anak dalam meneroka ilmu serta berinteraksi sendiri
bersama rakan-rakan, maka sikap ini akan memberikan impak tidak baik dalam aspek
perkembangan sosial mereka. Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh menyatakan bahawa
menjadi ‘guru kedua’ di rumah dalam menjayakan proses PdPR adalah cabaran besar bagi ibu

175

bapa. Di mana mereka perlu menyediakan kemudahan serta peralatan seperti computer dan
telefon pintar, talian internet yang baik, buku-buku yang diperlukan dan alat tulis. Ini merupakan
Kerjasama yang diperlukan oleh guru daripada ibu bapa sepanjang PdPR berlangsung.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan perkara yang berlaku di kelas saya di
mana ibu bapa bukan sahaja menyediakan keperluan untuk anak-anak menjalani pengajaran,
bahkan mereka turut sama menyertai perbincangan anak-anak. Perkara ini telah mengganggu
proses pentaksiran yang dijalankan oleh guru. Mana tidaknya, ibu bapa yang banyak membantu
anak-anak mencari jawapan bukannyan murid itu sendiri. Perkara ini bukan sahaja menghalang
guru menjalankan pentaksiran yang telus, tetapi juga telah melimitkan komunikasi dan interaksi
di antara murid-murid sekumpulan. Hal ini kerana murid-murid tidak berani menyuarakan
pendapatan atau idea kesan daripada terdapat ibu bapa murid dalam perbincangan mereka.
Berdasarkan pemerhatian terhadap pengajaran lepas, saya mendapati perkara-perkara beriku
berlaku:

1) murid yang diarahkan menjalani membincangkan subtopik bersama rakan tidak
membincangkannya bersama rakan kerana ibu bapa murid sudah memberi jawapan kepada
murid.

2) rakan sekumpulan tidak berani menyuarakan pendapat

3) murid membuat aduan selepas kelas

Secara keseluruhannya, pentaksiran yang dijalankan oleh guru ialah secara
pemerhatian dan lisan. Pemerhatian adalah berdasarkan kerjasama serta interaksi murid dalam
kumpulan manakala pentaksiran lisan adalah secara pembentangan. Pentaksiran yang dipilih
oleh guru adalah pentaksiran yang tepat untuk melihat perkembangan kognitif serta sosial murid.
Namun, campur tangan ibu bapa semasa pentaksiran ini telah menyukarkan guru dalam memberi
Tahap Penguasaan semasa murid. Bukan sahaja guru tidak dapat memperoleh maklum balas
tahap pencapaian sebenar murid, bahkan proses perkembangan aspek sosial murid lain turut
terganggu. Walaupun persembahan atau hasil tugasan dapat dibentangkan dengan baik semasa
pembentangan, namun hasil tugasan murid bukanlah datang daripada murid itu sendiri. Maka
kebolehpercayaan terhadap prestasi murid wajar dipertikaikan.

Sekiranya perkara ini tidak dicegah dari awal, maka pretasi sebenar murid sukar
diperoleh. Hal ini kerana setiap pentaksiran yang murid jalankan dibayangi oleh ibu bapa murid.
Sebagai guru, langkah pencegahan perlu diambil namun perlu juga mengambil kira langkah yang
tidak mendatangkan masalah lain antara guru dan ibu bapa.

CADANGAN

176

Dalam usaha memastikan masalah ini dapat diatasi, saya akan mengambil beberapa
langkah. Walaubagaimanapun, langkah yang diambil ini bukan melibatkan peranan saya semata-
mata tertapi juga melibatkan kerjasama murid dan ibu bapa. Sudah tentunya setiap
permasalahan yang berlaku di dalam kelas adalah tanggungjawab Bersama guru, murid dan ibu
bapa. Berikut merupakan cadangan yang saya akan jalankan:

1) Menyampaikan arahan dengan jelas
Guru perlu menyampaikan arahan dengan jelas dalam setiap aktiviti yang akan

dijalankan. Hal ini bagi memastikan murid dapat menjalankan aktiviti seperti yang diinginkan oleh
guru. Oleh itu, saya merancang untuk menambahbaik arahan apabila menjalankan aktiviti
berkumpulan. Saya perlu menegaskan bahawa murid-murid perlu bekerjasama dalam
menyiapkan tugasan. Murid-murid hanya boleh bertanya dan berbincang bersama rakan
sekumpulan dalam menyiapkan tugasan. Ketegasan guru dalam memberikan arahan dapat
memastikan murid-murid ini bekerjasama dengan baik dalam kumpulan.

2) Penerangan pelaksanaan pentaksiran dengan ibu bapa
Selain itu, saya juga akan berusaha untuk membina jaringan yang baik dengan ibu bapa.

Saya perlu mengadakan penerangan kepada ibu bapa murid mengenai pelaksanaan kelas
secara atas talian. Di mana saya akan menjelaskan peranan ibu bapa dari segi penyediaan
alatan keperluan untuk anak-anak menyertai kelas dan sebagainya. Penerangan juga akan
menyentuh isu pentaksiran murid untuk memberi pemahaman kepada ibu bapa agar ibu bapa
tidak mencampuri aktiviti anak-anak semasa kelas sedang berjalan. Penerangan ini diharap
dapat mengurangkan penglibatan ibu bapa dalam sesi pengajaran anak-anak.

TEMPOH PELAKSANAAN
Cubaan mengatasi masalah ini akan dilakukan secepat mungkin. Peraturan kelas yang saya
sediakan akan diperkenalkan pada minggu depan dan digunakan sepanjang masa. Manakala
penerangan Bersama ibu bapa akan dijalankan secara offline di dalam kumpulan Telegram kelas.

TINDAKAN SUSULAN
Selain daripada tindakan yang nyatakan diatas, saya bercadang untuk menjalankan

pendekatan berterusan yang mampu menyelesaikan isu ini secara perlahan-lahan. Perlu diambil
berat bahawa isu ini berkait rapat dengan ibu bapa murid. Maka setiap langkah yang diambil

177

perlulah telah menimbang baik dan buruknya untuk masa hadapan. Setelah penerangan
diberikan kepada ibu bapa, dan isu ini masih berlaku, saya berkemungkinan perlu menghubungi
ibu bapa murid tersebut secara individu. Ini adalah bertujuan untuk memastikan ibu bapa ini tidak
tersinggung dengan amaran yang diberikan di dalam kumpulan Telegram. Saya juga perlu
berhati-hati dalam melontarkan penerangan kepada ibu bapa yang terlibat. Pemahaman yang
baik akan membantu menyelesaikan isu pentaksiran ini dapat diselesaikan. Besarlah harapan
semoga pelaksanaan pentaksiran atas talian ini mendapat Kerjasama yang baik daripada ibu
bapa untuk menjamin kesahan serta kebolehpercayaan pelaksanaannya.

KESIMPULAN

Oleh kerana pentaksiran dalam bilik darjah ini perlu dijalankan secara berterusan, setiap
guru perlulah memikirkan kaedah yang sesuai dalam menjalankannya. Guru juga perlu
berpegang kepada kaedah cuba jaya dalam memilih instrument pentaksiran yang terbaik. Oleh
kerana pentaksiran ini dijalankan sepenuhnya secara atas talian, maka guru juga sudah pastinya
perlu menjalin hubungan baik dengan ibu bapa murid untuk memastikan pentaksiran ini relevan
dan boleh digunapakai. Secara keseluruhannya, adalah tidak mustahil untuk menjalankan
pentaksiran secara atas talian ini dengan mengambil kira kerjasama di antara guru, murid dan
juga ibu bapa.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Malaysia. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Dr Natasya Abdullah. (2020). Cabaran pelaksanaan penilaian dalam talian di IPT. Tinta Minda:
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1849732
Irfan Fauzi & Iman Hermawan Sastra Khusuma. (2020). Teachers’ Elementary School In Online
Learning Of COVID-19 Pandemic Conditions. Jurnal Iqra': Kajian Ilmu Pendidikan, 5(1), pp.58-
70.

Masfarizan binti Maslan & Mohammed Yusoff bin Mohd Nor. (2020). Kebolehlaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Secara Atas Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) Di Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Prosiding Seminar Nasional FIP 2020. Hal. 213-218

Mohd Nizam Mohamad Yatim. (2021). Ibu bapa, guru perlu kerjasama. Utusan Malaysia:
https://www.utusan.com.my/rencana/2021/03/ibu-bapa-guru-perlu-kerjasama/

Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. Pandangan Guru Terhadap
Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh

178

Pandemik COVID-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature. Jil. 11.
Hal. 46-57.

179

Cabaran Menggunakan Aplikasi Atas Talian bagi Murid Sekolah Rendah

Nur Mazarina Mizza Binti Derus
PDPP Pendidikan Islam Sekolah Rendah

MASALAH

Oleh kerana Praktikum kali ini dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran Dari
Rumah (PdPR), maka saya banyak mengetengahkan aplikasi atas talian semasa menjalankan
pengajaran. Walaupun sudah kerap menjalankan pengajaran dengan menggunakan aplikasi
atas talian, namun isu murid tidak mahir menggunakan aplikasi atas talian tetap berlaku. Pada
minggu ini, saya mencuba aplikasi baru iaitu Jamboard. Isu timbul apabila murid tidak tahu
menggunakan aplikasi tersebut semasa menjalankan aktiviti pengajaran.

ANALISA MASALAH

Pengunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau dikenali juga
sebagai ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sudah tidak asing lagi sama ada dalam
kalangan guru mahupun murid-murid. Hal ini selaras dengan relovolusi 4.0 yang berpusatkan
kepada Internet of Things (IOT) di mana zaman kini majoriti aktiviti manusia dihubungkan oleh
internet. Dalam bidang pendidikan, penggunaan internet adalah untuk meransang murid belajar
secara berkesan dengan bantuan internet selain membantu mereka dalam meningkatkan
kemahiran komunikasi atas talian. Pengajaran berteraskan internet secara atas talian juga
mampu mewujudkan susasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk inkuiri
dalam kalangan murid.

Pelaksanaan PdPR telah banyak memaksa ibu bapa murid untuk mengusai ICT.
Prof. Madya Dr. Khairunesa Isa (2021) menyatakan sama ada di peringkat sekolah rendah atau
menengah, di bandar mahu pun luar bandar ibu bapa terpaksa mengambil tahu selok-belok
penggunaan ICT. Di mana PdPR telah mewujudkan kelas secara atas talian sama ada segerak
atau tidak segerak, pembelajaran kendiri, distance learning dan sebagainya. Bahkan murid lebih
fleksibel menimba ilmu pada bila-bila masa dengan wujudnya bahan pembelajaran atas talian
yang disediakan oleh guru. Walaubagaimanapun isu integrasi internet dalam pendidikan ini
masih berlaku walaupun dunia kini banyak bergantung kepada internet. Ahmad Al Munzir (2021)
dalam penulisannya menyatakan faktor kemahiran komputer, iaitu tidak mengetahui bagaimana
untuk mengakses maklumat serta faktor kemahiran bahasa dan literasi iaitu tidak dapat
membaca dan memahami bahasa internet dengan baik antara isu yang melemahkan sistem

180

pengajaran berintegrasikan internet ini. Kurang kemahiran menggunakan ICT dalam kalangan
murid menjadikan objektif pembelajaran mereka tidak dapat dicapai dengan baik.

Kedudukan sekolah luar bandar yang agak sukar mendapat capaian internet yang
baik bahkan telah menyebabkan literasi asas komputer atau ICT ini lebih sukar dicapai. Aktiviti
pengajaran kebanyakkannya berlaku secara offline. Oleh hal yang demikian, murid-murid kurang
terdedah dengan aplikasi-aplikasi atas talian bagi tujuan pembelajaran. Apa yang berlaku di
dalam kelas saya ialah murid-murid tidak mengetahui fungsi butang-butang dalam aplikasi yang
saya gunakan. Sebagai contoh dalam aplikasi Jamboard, murid tidak tahu bagaimana
menambah teks jawapan, mengalihkan bentuk atau gambar, memadam kesalahan dan
sebagainya. Kesannya, akitviti yang dirancang tidak berjalan dengan lancar. Sesi pengajaran
saya juga mengambil masa yang lebih lama daripada waktu yang diperuntukkan. Di samping
aktiviti murid menjadi kacau dan tidak teratur kesan daripada tidak faham menggunakan aplikasi
atas talian tersebut. Berdasarkan pemerhatian terhadap pengajaran lepas, saya mendapati
perkara-perkara berikut berlaku:

1) murid tidak tahu fungsi butang-butang yang ada.

2) murid tidak dapat bekerjasama dengan rakan kerana mereka tidak tahu apa yang perlu
dilakukan

3) murid bertanya kepada guru secara serentak mengenai penggunaan aplikasi

Secara keseluruhannya, masalah sebegini berlaku disebabkan oleh beberapa
sebab. Kemungkinan besar disebabkan oleh murid-murid ini kurang pendedahan penggunaan
aplikasi atas talian. Kurang kemahiran menggunakan aplikasi atas talian ini juga kesan daripada
guru tidak memberikan penerangan ringkas cara menggunakan aplikasi sebelum aktiviti
dimulakan. Hal ini menjadikan murid tidak mendapat gambaran fungsi-fungsi butang yang ada
sehingga menjadikan mereka senyap dan tidak aktif dalam menjalankan aktiviti. Selain itu,
bantuan atau tunjuk ajar daripada ibu bapa mengenai fungsi mudah pada Google Meet seperti
bantuan mengaktifkan mikrofon dan kamera turut tidak diberikan. Oleh hal yang demikian, situasi
murid tidak menutup mikrofon semasa aktiviti dijalankan turut menyebabkan sesi pengajaran dan
aktiviti perbincangan agak terganggu.

Sekiranya perkara ini tidak dicegah dari awal, maka ianya akan terus berulang
untuk pengajaran akan datang. Pengajaran guru pula akan terjejas kerana murid-murid hanya
tertumpu kepada soalan-soalan mengenai aplikasi berbanding dengan soalan tentang pelajaran.
Selain itu, bagi murid yang introvert atau pasif, mereka akan cenderung untuk kekal senyap
kesan daripada tidak mahir menggunakan aplikasi yang diketengahkan oleh guru. Kesannya,
aktiviti perbincangan yang dijalankan oleh guru tidak mencapai objektif yang dirancang. Bahkan
kemahiran murid-murid dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi juga tidak
dapat dikembangkan.

181

CADANGAN
Dalam usaha memastikan masalah ini dapat diatasi, merancang untuk menjalakan

beberapa langkah. Adalah menjadi tugas guru untuk mengambil berat mengenai masalah yang
berlaku dalam kalangan murid-muridnya. Setiap masalah yang berlaku itu pula perlu disusuli
dengan langkah penyelesaiaan untuk memastikan ianya tidak lagi menggangu proses
pembelajaran serta perkembangan murid-murid. Berikut merupakan cadangan yang saya akan
jalankan:

1) Menerangkan fungsi-fungsi dalam aplikasi
Saya merancang untuk menyediakan penerangan mudah kepada murid mengenai fungsi-

fungsi butang yang terdapat dalam aplikasi. Hal ini bagi memberi gambaran awal kepada meraka
mengenai bagaimana mereka hendak menggunakan aplikasi tersebut semasa aktiviti ini
dijalankan. Selain itu, penerangan awal tentang penggunaan aplikasi ini membantu murid untuk
menyiapkan tugasan dengan mudah dan lancar. Mereka tidak lagi perlu bertanya kepada guru
secara kerap bagaimana menggunakan aplikasi tersebut.

2) Menjalin Kerjasama dengan ibu bapa murid
Selain itu, saya juga akan berusaha untuk membina jaringan yang baik dengan ibu bapa.

Saya perlu mengadakan penerangan kepada ibu bapa murid mengenai penggunaan perkara
asas dalam Google Meet. Hal ini bagi memastikan mereka dapat membantu anak-anak semasa
mengikuti pengajaran bersama saya. Kesannya, gangguan-gangguang teknikal mudah dapat
dielakkan dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar.

TEMPOH PELAKSANAAN
Cubaan mengatasi masalah ini akan dilakukan secepat mungkin. Penerangan

penggunaan aplikasi akan dijalankan secara ringkas setiap kali saya menggunakan aplikasi
baharu. Manakala penerangan kepad aibu bapa pulan dijalankan selepas tamat kelas Al Quran
pada 12 Oktober 2021 nanti.

TINDAKAN SUSULAN

182

Selain daripada tindakan yang nyatakan diatas, saya bercadang untuk menjalankan
pendekatan berterusan yang mampu menyelesaikan isu ini secara perlahan-lahan. Perkara lain
yang juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam
menggunakan aplikasi atas talian ialah dengan penggunaan aplikasi tersebut secara berulang.
Ini bagi memastikan murid-murid ini dapat menguasai kemahiran menggunakan aplikasi tersebut
secara total. Saya merancang untuk menggunakan satu jenis aplikasi sekurang-kurangnya 2 kali
dalam seminggu. Ini bagi memastikan murid-murid tidak lupa serta mahir menggunakan aplikasi
yang saya perkenalkan. Seterusnya pada minggu berikutnya barulah saya memperkenalkan
aplikasi baru di samping turut menggunakan aplikasi-aplikasi sebelum ini secara berselang seli.
Perkara ini bertujuan untuk memastikan murid tidak lupa kaedah menggunakan aplikasi-aplikasi
sebelum ini.

KESIMPULAN

Oleh kerana bidang pendidikan zaman kini berteraskan kepada teknologi, adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk mendedahkan murid-murid dengan kemahiran menggunakan internet
untuk pendidikan. Ini bagi memastikan murid tidak kekok dan ketinggalan dalam arus pemodenan
yang kian berkembang. Pendedahan seawal peringkat sekolah rendah pastinya dapat
mengelakkan murid berdepan masalah apabila menjejakkan kaki di peringkat sekolah menengah
nanti. Sudah pastinya lebih banyak serta mendalam kemahiran yang perlu mereka kuasai. Oleh
itu, literasi serta pendedahan awal wajar diberikan kepada murid-murid bagi melahirkan murid-
murid celik IT dan berdaya saing sejajar murid-murid di peringkat global.

RUJUKAN

Shukor & Masitah. (2006). Penggunaan Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di

Institut Pengajian Tinggi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Khairul Hasni Kadir. (2013). Tahap Kemahiran ICT di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah (Satu

Tinjauan Awal):

https://www.academia.edu/7023888/Tahap_Kemahiran_ICT_di_Kalangan_Pelajar_Sekolah_M

enengah_Satu_Tinjauan_Awal

Ahmad Al Munzir. (2021). Isu semasa penggunaan aplikasi ICT dalam Pengajaran dan
Pembelajaran:
https://www.academia.edu/13947850/Isu_semasa_penggunaan_aplikasi_ICT_dalam_Pengajar
an_dan_Pembelajaran

183


Click to View FlipBook Version