MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU
TAJUK : KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 &
TINGKATAN 5 EMPAT ZON DI MALAYSIA
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD DANISH AIMAN BIN MOHD FAIROL
NO.MAKTAB : PB190239
HOMEROOM : CIKGU FATEHA
NAMA GURU : PUAN SITI NORAKMA BINTI MUHAMMAD ARIFFIN
ISI KANDUNGAN
- Penghargaan
- Tingkatan 4
1) Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
2) Di sebalik Dinara
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
3) Novel Jendela Menghadap Jalan
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
4) Novel Pantai Kasih
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
-Tingkatan 5
1) Novel Songket Berbenang Emas
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
2) Novel Tirani
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
3) Novel Bimasakti Menari
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
4) Novel Silir Daksina
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
-Rujukan
1) Rujukan Setiap Novel
2) Rujukan Link Web
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua murid dan juga guru guru yang tercinta.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
guru bahasa melayu saya iaitu Puan Siti Norakma dan guru guru Bahasa Melayu tingkatan 4 yang
telah banyak memberikan didikan,sokongan dan galakkan kepada saya sepanjang saya melakukan
folio ini. Selain itu, ribuan terima kasih juga ditujukan kepada kedua dua ibu bapa yang saya hormati
lagi sayangi selama lamanya. Mereka sentiasa memberikan dorongan,sokongan dan tunjuk ajar
sepanjang saya melakukan folio ini sehingga selesai dengan sempurnanya. Ucapan terima kasih juga
diucapkan kepada ahli keluarga saya yang telah banyak menolong dan memberikan sokongan saya
dalam melakukan dan menyelesaikan tugasan ini. Disamping itu, saya juga ingin megucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu saya semasa saya menyiapkan
tugasan ini dan membantu saya dalam menyelesaikan masalah saya sewaktu menyiapkan folio ini.
Akhir sekali, penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung
mahupun tidak dalam proses menyiapkan folio ini. Hanya Allah subhanawata’ala sahaja yang
mendapat membalas segala budi dan bakti kepada semua yang telah menolong saya dalam
menyiapkan tugasan ini.
1. NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB
1.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mengisahkan keberanian dan keperwiraan seorang
anggota tentera Melayu dalam mempertahankan tanah air dari dijajah ole kuasa
asing.Leftenan Adnan Bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil
serta mendapat dorongan daripada bapanya untuk menjadi askar.Keperwiraan beliau
terbukti apabila beliau berjuang hingga ke penghujung nyawa.
b) Biografi Abdul Latif Talib
Abdul Latip bin Talib ialah seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia. Beliau mula
menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada tahun 1999. Beliau
terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang
dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam. Abdul Latip Talib yang juga sinonim dengan
panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun
1954.
1.2 SINOPSIS NOVEL LEFTENAN ADNAN
Karya penulisan ini mengisahkan tentang Adnan yang merupakan watak utama. Beliau yang
dilahirkan di Sungai Ramal, Selangor, hidup di dalam suasana kemiskinan kampung.
Kehidupan mereka bergantung kepada hasil sawah padi dan kebun getah yang cukup-cukup
makan sahaja. Adnan dibesarkan oleh kedua ibu dan bapanya iaitu Pak Saidi dan Mak Milah.
Adnan yang merupakan anak sulung mempunyai dua adik-beradik iaitu Ahmad dan
Amarullah. Watak utama novel ini mempunyai nilai kerajinan dan taat kepada perintah
orang tuanya. Sejak usia sepuluh tahun, beliau membantu orang tuanya di kebun getah
setiap pagi. Moyang kepada Pak Saidi adalah orang buruan Inggeris, maka beliau sengaja
merahsiakan keturunan pahlawannya kerana khuatis diburu. Semangat patriotik itu dilihat
diwarisi oleh Adnan. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya di kampung
justeru beliau memiliki keazaman untuk memastikan masa depan anak-anaknya lebih baik.
Pak Saidi sedar hanya dengan ilmu pengetahuan anak-anaknya boleh menabur bakti kepada
agama, bangsa dan tanah air. Beliau berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah
aliran Inggeris tetapi mendapat tentangan orang kampung kerana risau akan dipengaruhi
anasir yang tidak diinginkan. Adnan telah dihantar untuk bersekolah di sebuah sekolah
aliran Inggeris dan menjadi seorang peljar yang disenangi oleh rakan-rakan serta guru
kerana sikapnya yang rajin dan pintar. Setelah tamat persekolahan, beliau menjadi guru
pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah minatnya,
sebaliknya cita-cita Adnan adalah untuk menjadi seorang Askar. Tersebar berita tentera
British ingin menubuhkan askar Melayu yang terdiri daripada anak-anak Melayu. Selepas
mendapat restu ayah dan ibunya, Adanan serta beberapa pemuda kampungnya menyertai
latihan ketenteraan di Port Dickson. Dengan kesungguuhan menjalani latihan ketenteraan,
Adnan berjaya direkrut ke dalam pasukan Askar Melayu. Beliau ditugaskan untuk ke
Singapura, kemudian menerima kenaikan pangkat sebagai Sarjan seterusnya terpilih untuk
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama selepas itu, Adnan
dinaikkan pangkat sebagai seorang Leftenan dan telah berkahwin dengan seorang guru di
kampungnya bernama Sophia. Hasil perkahwinannya melahirkan tiga orang zuriat dan
mereka menetap di Pasir Panjang, Singapura di Kem Rejimen Askar Melayu. Apabila Perang
Dunia kedua mula berlaku, terdapat ura-ura bahawa Jepun akan menyerang Singapura.
Leftenan Adnan terpaksa menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung mereka
demi keselamatan keluarganya. Askar Jepun telah pun berjaya mendarat di Kelantan dan
menyebabkan ramai Askar Melayu tumpas dan terkorban. British juga tidak berjaya untuk
menghalang pergerakan Askar Jepun untuk mendarat di Tanah Melayu pada ketika itu
kerana aset ketenteraan seperti kapal perang telah diserang terlebih dahulu. Pihak British
ketika itu yakin kubu pertahanannya di Singapura kebal daripada serangan Askar Jepun.
Namun, seramai 42 anggota Rejimen Askar Melayu telah terkorban termasuk Leftenan
Adnan yang berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Jepun berjaya menakluki
Singapura tetapi tidak lama setelah Amerika Syarikat mengebom pangkalan tentera Jepun di
Hiroshima. British kembali memerintah Tanah Melayu.
a)Sinopsis Keseluruhan
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkankeberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota AskarMelayu, termasuk 7
pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan keRejimen Askar Melayu
terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban ituadalah Leftenan Adnan bin
Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehinggake titisan darah yang
terakhir.Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisahkeberanian dan
keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa. . Pada
peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnansemasa kecil. Beliau dilahirkan
di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Ratarata penduduk kampung itu masih berada dalam
kemiskinan. Kehidupan merekabergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar
cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, ialtu bapa dan ibu
Adnanyang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnanmerupakan
anak sulung keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantukeluarganya dan merupakan anak
yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupunusianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi
Adnan akan pergi ke kebun getahmembantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia turut
membantu keluarganyamengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka
membuang masa dengan duduk bersembang di kedai-kedai kopi.Pak Saidi sebenrnya berketurunan
pahlawan. Beliau sengaja merahsiakanketurunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah
kerana moyangnyamenjadi orang buruan Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam
jiwaAdnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amatmengambil
berat tentang sejarah tanah air. Beliau senantiasa menekankan peripentingnya orang-orang Melayu
mengubah kehidupan di negara sendiri. Parapenjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan
menjadikan kaum peribuminyahidup dalam kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak
terbela. Pak Saiditidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak Saidi yang
luastentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya. Pak Saidibanyak
membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al Hadi.Keberanian pahlawan
Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan DatukSiamang Gagap sering menjadi
inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotismeyang ada dalam dirinya. Pak Saidi tidak
mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikanterbaik kepada anak-anaknya. Beliau
mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa, dan tanah air. Oleh sebab itu, Adnan telah
dilengkapli dengan ilmukeagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu
pengetahuansahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak
sukaorang Melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperoleh mereka setakat bolehmembaca dan
menulis sahaja. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantaranak-anaknya ke sekolah aliran
Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada
masyarakat kampung yangkhuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan
seterusnyamenjadi murtad. Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat
PakSaidi untuk menghantar anakanaknya menimba ilmu di sekolah aliran Inggeris. BagiPak Saidi,
masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih majudalam pelbagai bidang
keilmuan. Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmupengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk
mengambil alih pemerintahan negaraini daripada tangan penjajah.Adnan bersekolah di sebuah
sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan terkenalsebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan
tulangnya amat disenangi olehteman-teman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-
citanya untukmenjadi askar. Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih
diSekolah Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah minatnya. Citacitanya hanyalah
satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah terpilih menjadi askardalam suatu sesi temu duga yang
diadakan di Port Dickson. Kejayaan Adnan terpilihuntuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah
mulut di pelusuk kampung.Konfiik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk
menjaditentera. Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barutInggeris.
Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliaumenjadi pengasas Kampeni
Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah25 orang. Kegigihan Adnan membolehkan
beliau terpilih mewakili platun AskarMelayu dalam perbarisan memberikan hormat bagi menyambut
upacara pertabalanKing George VI di London. Adnan telah berkahwin dengan Sophia, anak Pak
Fakih,Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksamenghantar
anak-anak dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita bahawa Jepun mahu
menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu. menyakinkan Mejar G.Mc Bruce
mengenai kemampuan anak-anak muda Melayumenjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut
baharu. Pada 1 Januari 1935,pasukan percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen
Asker Melayu dengan kekuatau anggota sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepat
pengambilananggata baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua
kompenidilengkapi dengan platun mesingan, seksyen semboyan, dan unit tambur. Pada 1Januari
1938, Batalion Pertama Askar Melayu dltubuhkan dengan dianggatai 17pegawai British, 6 pegawai
Melayu, 11 pegawai waran, 759 pegawai dan lain-lainpangkat. Pada bulan Mac 1941, Rejimen Askar
Melayu ditambah kekuatan menjadidua batalion. Mereka diberi tanggungjawab mempertahankan
Tanah Melayu daripada serangan Jepun.Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah
berlangsung di Manilyang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan
British.Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menujuAsia. Risikan
mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringioleh kapal tempur, kapal
penjajah, dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat yang jelas
bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang DuniaKedua.Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan
di Kelantan menentangpendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai
Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka
telahditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yangberkubu di
sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telahmelepaskan tembakan di
sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban. Namun, pada hari yang ketiga, askar Melayu
yang sedangbertempur diarahkan berundur. Dengan itu, askar Jepun berjaya mendarat diKelantan
setelah tiga hari bertempur.Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Sinopsis Novel Leftenan
AdnanWira Bangsa Program Bahasa Melayu EdubestMitos keunggulan ketenteraan British di Tanah
Melayu dapat dihancurkan olehJepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya
mendarat di KotaBharu, Kelantan. Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh
tenteraMelayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun. Kemudian,mereka terus mara hingga ke
Singapura dan dalam masa hari Inggeris terpaksamenyerah kalah kepada Jepun.Pada mulanya British
begitu yakm akan kekuatan tenteranya untuk menangkisserangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja
mendapat laporan tentera Jepun mendaratdi Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya
berkubu di sepanjang pantai.Bntish juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales
dan Repulseuntuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah kapal
perangkebanggaan British itu berjaya ditengelamkan oleh kapal terbang Jepun yangmelakukan
serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telahmengejutkan British sekali
gus melemahkan moral dan semangat askarnya.Namun, mereka masih pereaya satu-satunya kubu
pertahanan yang dianggapkebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak
akan dapatditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantandan di
Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangatkeperwiraan yang hebal.
Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 pegawaiMelayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar
Melayu terkorban. Antara pegawai askarMelayu yang terkorban rtu termasuklah Leftenan Adnan bin
Saidi. Beliau bersamasama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga
titisandarah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapurasetelah
berlaku pertempuran hebal. Akhirnya, British terpaksa menyerah kalahkepada Jepun.
b) Sinopsis Setiap Bab
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 1
Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan
Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan
sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang
Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu
kerana sentimen‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu.
Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu
menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumidaripada Tanah Melayu.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 2
Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di
kampung menjadi kelam-kabut, api menulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus
penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang
terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang
aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar
Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke
sawah.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 3
Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi
loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-
anaknya yang sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan
membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya.
Mereka gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana
sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan
tanggungjawab walau ketika membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-
anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan
meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 4
Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak
Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab
itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan
menyebabkan orang kampung menynanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu
menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa
asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia
pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya
penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said
dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga
menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sjak itulah orang
Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 5
Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan
hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju
kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak
Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding
sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang
pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman
sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang standing
dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di
sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan
senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 6
Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu
malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan
berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-
anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 7
Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya
di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan
Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak
menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya
mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya
orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan
penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin
menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak
mengenakan Pak Saidi.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 8
Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang Berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia
marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal
anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di
tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungo
oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan
dia menyekolahkan adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu
juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan
akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai
Pian.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 9
Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris.
Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa
perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia
belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa
agama dan tidak berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya
dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan
bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya
dapat mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi
oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu
lari lintang pukang, walaupuan ada seorang yang mengena belautinya. Rupa-rupanya
mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang
sakit kaki. Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang
pada malam tempohari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian
atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan
kepada Cikgu Anderson.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 10
Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal
baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila
dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka
Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 11
Yakin Boleh
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan
pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya
Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak
berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semnangat
Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan
semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji
akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong
mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 12
Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak
berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal
dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh
anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab.
Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan
berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan
mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa
Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin
pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan
menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih
mendengar pesan ayahnya.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 13
Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatihmengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi
seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak kecil
Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula
pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda
terutama dalam kalangan guru-guru.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 14
Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan
Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan
terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi
tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 15
Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 16
Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 17
Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi
dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih
Muda
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 18
Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di
Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di
Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 19
Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepunbersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang
sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan
berjaga-jaga.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 20
Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir
Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa
British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang
Candu kepunyaan Inggeris. Merekapun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut
kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan
memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong.
Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya
mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketatkan
kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat
surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan
selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan
perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 21
Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan
serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.
Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan
Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau,
dapatlah pihak Britsih mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan
diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua
lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan
pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-
rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 22
Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang
melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit
Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di
udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di
lautan yang dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk
berpaerang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan
konvoi Angakatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat
pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga.
Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan
kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah.
Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia
takut kehilangan Adnan.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 23
Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau
penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga
bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia
berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar
Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah
juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya
tetap risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada
adik-adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh
demi tanah air.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 24
Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan
oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun
sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan
Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu
diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi
mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan
dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh
banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai
orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam
bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan
dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami
terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah
kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah
mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera
Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini.
Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka
dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak
ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas,
kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula
berundur.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 25
Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera
British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jenera; Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara
di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di SOngkhla dan
Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen
Keretapa Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jeragkap samar yang dipasang di Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya
tentera Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengakalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN
Awajisan Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang
Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di
Kuantan., Aloe Setar dan Sungai Petani.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 26
Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam
masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan
British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan.
Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu Berjaya dikesan oleh pihak Jepun.
Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakuka serangan kamikaze terhadap dua buah
kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan
oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen
Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta
kebal bagi menyrang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita
memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau
Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap
kawsan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera
infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau
bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di
dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar
laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 27
Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun.
Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-
mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu
persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang
selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di
Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan ajwtaan dan digantikan oleh Leftenan
Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjunga Tanah
Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah
Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad
dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari
maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix
dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa
kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 28
Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian
utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri
Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas
tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang
udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejmen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan
yang masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu.
Adnan dan aggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun
anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang
tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 29
Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang
adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan.
Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun.
Malam keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga
orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang
tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah
taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat
pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan,
akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera
Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix
bagai membiarkan sahaka askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 30
Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anngotanya
bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu
berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempura berlaku antara
kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit
Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan
berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan
tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan
hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Buit Candu akan diserang.
Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak
sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang
tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 31
Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut
hingga musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera
Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah
musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama
kemudian kapal terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata
pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof
turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah.
Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh
askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan
berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana
tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 32
Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjatadigunakan, termasuk
bom tangandan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis
Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam
pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan
berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah
terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk
bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang
musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu
diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan
yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai
rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di
bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh
Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat
oleh Koperal Yaakob.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 33
Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit
Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu
memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang
putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata
tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral
Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan
darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu
lalu mengebumikannya.
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 34
Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan
Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi
menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi
menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu
Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Bab 35
Perjuangan Belum Berakhir
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Komsas Tingkatan 4 2015-2020Penduduk Pekan Sungai
Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-
peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung
yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi,
pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah
akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oelh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan
menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal
dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama
memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya
mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas
empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap
penyakit leukimia.
2.3 5 KEKUATAN :
Antara kekuatan yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa yang saya kaji di
Tingkatan Empat ini ialah nilai perjuangan watak utama dalam mempertahankan tanah air
hingga ke penghujung nyaw. Selain itu, ilmu keagamaan yang dititikberatkan dalam
kehidupan watak dapat menjadi tauladan kepada pembaca. Seterusnya, sikap rajin dan ingin
belajar dalam diri watak utama boleh mmeberi inspirasi kepada para pembaca. Di samping
itu, semangat patriotik Pak Saidi untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah juga
harus dipuji. Akhir sekali, didikan Pak Saidi kepada anak-anaknya untuk berbakti kepada
negara sangat terpuji.
2.4 5 KELEMAHAN :
Antara kelemahan yang terdapat dalam novel ini ialah jalan cerita yang agak
membosankan.Selain itu, cerita terlalu panjang dan seperti membaca buku
sejarah.Kelemahan ketiga pula, kulit buku hadapan yang tidak menarik.Seterusnya,
penceritaan tentang beakhirnya watak seseorang itu tidak jelas. Akhir sekali, sesetengah
bahagian cerita yang tergantung menimbulkan tanda tanya kepada pembaca.
2.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara penambahbaikan yang perlu dibaiki ialah menambahbaik kreativiti pada kulit buku
hadapan novel. Seterusnya, jalan cerita perlu diperjelas dengan lebih dalam.Di samping itu,
cara penceritaan yang tergantung hendaklah dijelaskan secara spesifik selain memperbaiki
jalan cerita menjadi lebih menarik.Akhir sekali, penulis perlulah menambah plot plot cerita
yang lebih menarik untuk lebih menyentuh hati pembaca.
1. NOVEL DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
2.1
a)Ringkasan Novel
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga
menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn
sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat
daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn
dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh
kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia
meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem
komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.
b)Biografi Dayang Noor
Dayang Noor atau nama sebenarnya Nor Aziza Sulaiman merupaan seorang penulis novel
sambilan. Beliau juga merupakan pemegagng Ijazah Kejuruteraan( Komputer & Elektronik).
Beliau dilahirkan di Pahang pada tahun 1974 dan bersekolah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tun Fatimah , Johor Bahru dalam aliran Sains. Beliau juga mempunyai 15
pengalaman dalam bidang IT.
1.2 SINOPSIS NOVEL DI SEBALIK DINARA
Novel Di Sebalik Dianra dimulakan dengan watak Farisha yang berada di LapanganTerbang
Antarabangsa Senai untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri mnesyurat diNusajay
.Farisha Berasa sangat letih kerana telah berkejar sehari dari Kuala Lumpur keNusajaya dan
pulang ke Kuala Lumpur.Di sini, Farisha mengenal seorang pemuda dan merekabertemu lagi
apabila Farisha menghadikan diri di symposium yang berlangsung di
HotelRenaissance.Pemuda itu telah menawarkan projek mini yang bernilai tinggi kepada
Farisha diSoftlab,Cyberjaya.Novel Di Sebalik Dinara terus berkembang apabila Farisha
memulakan tugasnya disoftlab dengan ditemani oleh Aqram.Di sini, Farisha berkenalan
dengan Doktor Maxi dansaintis hebat yang bernama Karl.Farisha mula mengkaji projek yang
perlu diggodamnya iaituDinara dengan batuan Alia dan Aqram.Semasa bekerja di
Softlab,Farisha dan Shida mengesanpelbagai maklumat berkaitan Dinara.Shida
menimbulkan kemuskilan apabila menemuipembantu penyelidik Medina.Pada peringkat
ini,beberapa konflik telah berlaku.Sebagaicontoh,Farisha diberitahu oleh abangnya tentang
Farisha merupakan anak angkat.Hal ini telahmenjadikan Farisha sedih dan menangis
sepanjang malam dan tidak dapat melelapkanmata.Konfik juga berlaku di pejabat Farisha
iaitu Softlab,Cyberjaya.Hal ini dikatakan demikiankerana Farisha telah jatuh pengsan dan
dihantar ke hospital dan perkara ini telah menjadikansesi komunikasi bawah sedar antara
Farisha dan Karl tidak dapat deteruskan.Oleh Itu, DoktorMaxi,Aqram dan Khairul Anwar
telah membuat keputusan untuk menjadi Shida sebagaipenganti untuk Farisha supaya
komunikasi bawah sedar antara Karl dapat diteruskan.Novel Disebalik Dinara sampai ke
puncak apabila shida terpaksa mengambil alih tempatFarisha untuk sesi komunikasi bawah
sedar dengan Karl. Karl berasa marah kera dia hanyamahukan sesi komunikasi dilakukan
antara Farisha.Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidakdijangka.Dia meronta-ronta dan
membanting diri kerana dia tidak pernah mengalami situasisebegini.Karl telah masuk ke
tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasa Dinara.Tiba-tiba,Medinasampai ke Dr.Maxi untuk
membalas dendam terhadap Karl. Di sinilah berlaku perdebatan yanghebat antara Medina
dengan Karl (Shida).Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang,.Novel Di Sebalik Dinara telah
sampai ke penyelesaian apabila Karl sedang nazak dirumah agamnya di Puchong. Semua
orang bergegas ke rumah Karl. Farisha menangis apabilamenjumpainya bapnyadan Medina
berasa menyesal meninggalkan Karl..Mereka diberipeluang terakhir untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir.Tepat pada 7.00 malam,Karlmenghembus nafas terakhir.Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar dan abunya ditabur diSelat Melaka.Upacara dijalankan
di Port Dickson.
a) Sinopsis Keseluruhan
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan
Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek
mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya
terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka
berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa
malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan
RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan
oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana
mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan
arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang
meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang
kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan
tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri
secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah
persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle
Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua
orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam
kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu
bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada
keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha
tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.
Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada
fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur
tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan
Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti
Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah
sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan.
Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida
yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda
Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus
yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan
manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab.
Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang
didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran
tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa
dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00
malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram
berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari
mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup
meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
b) Sinopsis Setiap Bab
Bab 1 – Farisha yang merupakan seorang jurutera keselamatan sistem selesai bermesyuarat
di Nusajaya. Di Lapangan Terbang Senai, dia berkenalan dengan Aqram sepanjang
perjalanan ke KLIA. Farisha terkejut apabila melihat pintu rumahnya dipasang retinal
scanner dan terpaksa menunggu Shida, kawan serumahnya untuk masuk ke dalam
apartment mereka. Farisha ingin berehat kerana keesokan hari, dia akan menghadiri satu
simposium di Hotel Renaissance. Aqram yang duduk disebelah Farisha berjaya mencuri
cawan minuman Farisha semasa si dalam kaapl terbang dan bekerjasama dengan Dr. Maxi
untuk mengkaji DNA Farisha.
Bab 2 – Keesokannya, Farisha dan pembantunya Rosman menghadiri sebuah simposium. Dia
kecewa Philips Young hanya menyampaikan ucaptama beliau melalui hologram. Farisha
bertemu dengan Aqram tanpa diduga dan Aqram menyatakan keinginan mencari
jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Aqram sebenarnya sudah sebulan
menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Bab 3 – Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram berikutan tawaran untuk menjadi
jururunding untuk sebuah projek. Aqram bersetuju membincangkan perkara ini di Puchong,
iaitu di rumah Karl. Tetapi sebelum itu, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman
kepada Dr. Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka untuk
menggodam komputer Soft Lab. Farisha meminta sedikit waktu sebelum membuat
keputusan. Mereka juga melihat Karl yang terlantar kerana sakit barah sebelum pulang.
Bab 4 – Farisha bersetuju untuk berjumpa dengan Aqram di Soft Lab, Cyberjaya. Dia
menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di tempat
sama. Pejabat Soft Lab yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang canggih mengujakan
Farisha sehingga dia menemui Dinara di Pusat Data. Farisha menjalankan tugasnya untuk
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara sehingga waktu petang dan pulang bersama
Shida. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang mengenai rancangan mereka. Mereka
perlukan Farisha dan Shida di Soft Lab dan Dr. Maxi memakan ingatan Alia, sebuah cyborg
canggih supayarancangan mereka tidak diganggu.
Bab 5 – Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Aqram menjelaskan kepada Farisha
bahawa Karl yang membangunkan Dinara dan ia kini diancam sebuah virus setelah
diceroboh. Pada petang itu, Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak akan bersamanya
kerana mendapat tawaran yang lebih lumayan di Senawang dan Farisha berasa tugasnya
amat berat. Cyborg Alia bertengkar dengan Dr. Maxi kerana tindakan memadam ingatannya
dan cemburu dengan kehadiran perempuan lain di sisi Karl. Farisha mengalami mimpi ngeri
sehingga terlambat bangun.
Bab 6 – Keesokannya, Farisha lewat dan berasa kepalanya berat serta tidak sedar Alia telah
memasukkan cip ke dalam tubuhnya untuk berkomunikai dengan Karl. Karl telah meminta
tolong daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Alia menjadi cemburu dan marah
kerana tidak mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl. Selepas beberapa ketika, Farisha
sedar dan segar apabila makan pil yang diberikan oleh Aqram. Shida membincangkan
dengan Farisha tentang kehilangan seorang penyelidik bernama Medina yang bekerja di Soft
Lab.
Bab 7 – Farisha, Shida dan Rosman berjumpa pada sebelah malam di pejabat Secured Shell
untuk meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Farisha tiba-tiba sakit kepala setelah
melihat sebuah cahaya putih yang memancar ke arahnya. Mereka terus pulang. Dua hari
selepas itu, Farisha diundang untuk makan malan di rumah Abang Azraai bersama
keluarganya Kak Mariah, anak-anaknya Aina dan Dina. Farisha telah mendapat tahu
abangnya mengalami sakit jantung dan dirinya merupakan anak angkat kepada ibu dan
ayahnya.
Bab 8 – Keesokannya Farisha pengsan dan dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.
Maxi hairan kerana Farisha tiada latar belakang penyakit yang membimbangkan. Mereka
bergegas ke arkib untuk berjumpa Shida dan bertanyakan hal yang sama.
Bab 9 – Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar merancang Plan B iaitu untuk menggantikan
Farisha dengan Shida tetapi mereka berdua amat berbeza. Shida pulang ke rumah untuk
mencari bukti penyakit Farisha namun tidak jumpa tetapi mendapat tahu Shida merupakan
anak angkat. Shida dan Rosman melawat semula Farisha yag kelihatan lemah di hospital.
Farid dan Amin datang ke katil Farisha untuk masuk ke ruang fikiran Farisha yang sebelum
ini dilingdungi oleh Wall. Farisha yang lemah telah membuatkan Wall menjadi lemah. Aqram
pula mencari amkklumat pada badan Farisha menggunakan sebuah alat dan menunjukkan
kesihatan Farisha pada tahap yang tidak memuaskan. Dr. Maxi menyarankan Shida akan
menggantikan tempat Farisha.
Bab 10 – Shida telah dibedah untuk menanam microchip seperti Farisha tanpa sedar oleh
Alia. Tetapi tindak balasnya lebih teruk dan Dr. Maxi berdegil lalu memberhentikan ujikaji
selepas lima minit. Dalam masa yang sama, Farisha berkomunikasi dengan “Mummy” di
bawah sedar. Farid dan Amin berasa hairan melihat seorang perempuan tua yang menyuruh
mereka melakukan perkara tersebut menjerit gembira. Farid menyanggah perbuatan
perempuan tersebut kerana sanggup melakukan ujikaji terhadap anaknya sendiri. Dia tidak
peduli asalkan beliau telah membuktikan dirinya lebih hebat daripada “lelaki itu”. Manakal
Shida tetap murung dan tidak pulang ke rumah, tidak bercakap, makan ataupun minum.
Aqram gagal untuk memasuki minda Shida.
Bab 11 – Farisha yang boleh bangun dan berjalan mendapatkan penjelasan daripada Azraai
tentang ibu kandungnya. Azraai berkata Farisha menjadi adik angkatnya kerana ingin
menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujian. Terdapat beberapa orang yang
diamanahkan untuk menjaga keselamatan Farisha. Farisha memberitahu di dapat
berkomunikasi dengan ibunya, Azrai berasa cemas dan membawa Farisha keluar dari
hospital. Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk mempengaruhi otak Shida dan akhirnya Dr.
Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl. Karl mengarahkan untuk membawa Farisha ke situ
kerana virus di dalam Dinara bukan sahaja akan memusnahkan Dinara tetapi ribuan
manusia. Farisha yang dalam perjalanan ke Kulai bersama Azraai telah diculik oleh orang
suruhan ibunya. Di Soft Lab, Karl bercakap melalui Shida bahawa Khairul anwar merupakan
seorang budak pengemis yang telah diganti ingatannya dan Karl telah memukul seorang
wanita sehingga cacat.
Bab 12 – Farid dan Amin yang menculik Farisha dalam perjalanan ke Seremban untuk
bertemu dengan ibunya Marilyn. Di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan
memberitahu wanita cacat itu adalah dirinya yang dipukul oleh Karl serta nama asalnya
adalah Rusmina. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar yang menyaksikan perbualan tersebut
turut berasa sedih. Menurut laporan daripada Dinara, Dr Maxi memberitahu Aqram dan
Khairul Anwar bahawa ujikaji tersebut pernah dijalnkan terhadap Medina. Alat pengesan
pintar Rosman mengesan arah Farisha dilarikan iaitu menuju ke Soft Lab Cyberjaya. Farisha
tersedar di dalam kereta bersama Farid dan Amin dan berasa marah serta ketakutan untuk
berjumpa dengan ibunya. Sebaliknya Farisha mahu dihantar ke abangnya Azraai tetapu tidak
dipeduli. Di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan Karl dan mendapat tahu bahawa Karl gagal
mendapatkan cinta Medina. Alia masih berasa cemburu. Di sebuah stesen minyak, Marilyn
berjumpa dengan Farisha tetapi ditempelak dan memarahi ibunya kerana ingin
membunuhnya dahulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan wall Farisha dihidupkan
Bab 13 – Dr Haris yang merawat Karl menyatakan kesihatannya semakin teruk tetapi Dr.
Maxi terus cuba untuk berkomunikasi dengan Karl. Melalui Shida, Karl sedar dan bertindak
menggunakan komputer untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Marilyn akhirnya tiba
bersama Farisha, Farid dan Amin. Rahsia dibongkar iaitu Marilyn / Medina merupakan ibu
Farisha dan Karl bapanya yang sanggup mengeksploitasi anaknya untuk kajian di Soft Lab.
Marilyn bermusuh dengan Karl kerana telah mensabotaj fikirannya, akibat tindakan itu
Marilyn menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi dan Aqram
menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya.
Bab 14 – Karl semakin tenat dan semua kenalannya, bergilir-glir mendekati Karl. Farisha
mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Karl meninggal dunia
dan mayatnya dibakar serta abunya ditabur di Selat Melaka. Shida masih bersikap aneh dan
mengajak Aqram untuk pulang ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram yakin
masih terdapat Karl di dalam Shida.
1.3 5 KEKUATAN :
Antara kekuatan novel Di Sebalik Dinara yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah memberi
pencerahan kepada dunia sains dan teknologi. Selain itu, novel ini mengandungi ilmu
pengetahuan yang banyak. Seterusnya, novel ini tidak seperti novel lain yang lebih focus
kepada aksi dan percintaan. Di samping itu, novel ini lebih memfokuskan pada bahagian
teknologi dan futuristic. Akhir sekali, novel ini juga mempunyai jalan yang cerita yang
menarik dan tidak membosankan.
1.4 5 KELEMAHAN :
Antara kelemahan novel ini ialah pengakhiran cerita yang tidak jelas.Selain itu,
perkembangan watak utama tidak sebegitu mantap seperti watak Leftenan
Adnan.Seterusnya, watak antagonis dalam novel ini tidak terlalu mencabar.Di samping itu,
kulit muka hadapan novel ini juga tidak terlalu menarik dan menyerlah. Akhir sekali, tajuk
cerita tidak menggambarkan jalan cerita yang disampaikan.
1.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan penambahbaikan dalam novel ini ialah menambahbaik pengakhiran cerita
dalam novel ini. Seterusnya,perkembangan watak harus sesuai dengan jalan cerita. Selain
itu, kulit muka hadapan novel perlulah lebih menarik.Penulis hendaklah menjelaskan
tentang bagaimana tajuk novel ini dan jalan ceritanya. Akhir sekali,watak antagonis
hendaklah mengalami perkembangan watak sesuai dengan watak yang dipegang.
2. NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
3.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Kecekalan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.Semasa
berada di Kampung sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di kuala Lumpur untuk
mengadu masalah.Dia berusaha sedaya upaya menempuh ujian dengan semangat yang
kental.Walaupun pernah ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk,
peristiwa itu tidak mematahkan semangatnya.Peristiwa itu menguatkan lagi keinginannya
untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan seterusnya cuba membantu.Lili cekal
mengikuti perkembangan kisah jendela rumah di kampung itu yang menghadap jalan.
b) Biografi Ruhaini Matdarin
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah
sepenuh masa hamba Allah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan,
pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di
beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community
Collegge sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula
tahun 2016 memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah
kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai
dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk
membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup
Penulis Nasional (PENA). Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri
Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah.
Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK, sebuah program bicara karya
eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang dianjurkan setiap bulan bermula bulan
Ogos 2017. Pengasas bersama program bicara santai Kupi & Snek Sastera Malaysia - sejak
Oktober 2020.
3.2 SINOPSIS JENDELA MENGHADAP JALAN
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan
perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan
neneknya.Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih
kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak
mereka yang masih muda.Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan
muda dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di
atas surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya
ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara
pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di
situ.Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka
mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari
bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak
diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh
Danel.Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan
anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat
dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga
pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah
kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.
3.3 5 KEKUATAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Antara kekuatan dalam novel yang saya kaji ini ialah sikap watak utama yang sangat
menghormati ibunya.Selain itu, watak utama yang baik hati dan taat akan perintah ibunya.
Di samping itu, watak utama tidak berat utuk membantu oaring yang berada di dalam
kesusahan seperti Che Jah dan anak-anaknya yang didera oleh suami Che Jah. Seterusnya,
pemikiran rasional watak-watak dalam novel ini berkaitan penyakit moden lebih berkesan
berbanding rawatan tradisional pada masa kini. Akhir sekali,
a) Sinopsis Keseluruhan
Plot berkisar pada watak utama iaitu Lili, seorang anak remaja yang menetap di bandar. Dia
pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Lili menurut kata-
kata ibunya walau batinnya melawan agar tidak melukakan hati ibunya. Melalui latar
tempat di kampung terdapat beberapa watak remaja lagi yang diperkenalkan kepada para
pembaca. Ada antara mereka yang menjadi rakan Lili seperti, Danel dan Geetha. Bagi
melengkapkan plot penceritaan penulis turut memperkenalkan watak remaja yang berfifat
antagonis dalam novel ini seperti Rafik dan Haziq.Watak remaja yang bersifat dinamik turut
diwujudkan sebagai panduan kepada para pembaca sekalian. Penulis ingin mengingatkan
pembaca bahawa watak yang berperwatakan jahat bukan selama-lamanya jahat. Mereka
mampu berubah jika diberi peluang untuk melakukan anjakan paradigma. Penulis juga ingin
memberi motivasi kepada para remaja bahawa ruang untuk berbuat baik dan bertaubat
sentiasa terbuka luas jika seseorang itu berkeinginan untuk melakukannya.Lili menetap di
kampung bersama dengan datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung yang jendelanya
menghadap jalan. Ketika berada di kampung Lili berasa penduduknya pelik-pelik belaka.
Watak datuk dalam novel ini sangat berpegang kepada adat tradisional tetapi watak remaja
pula digambarkan sebagai 'penentang' kepada adat tradisional datuk itu. Datuk tetap
menolak kehidupan moden dengan beranggapan bahawa cara hidup moden bakal
memusnahkan adat dan warisan yang diwarisi turun temurun. Nanun begitu, watak remaja
dalam novel ini pula tidak menghukum adat tradisional kesemuanya. Mereka berpendapat
bahawa segala yang diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan
kehidupan manusia agar lebih senang untuk dikendalikan.Plot novel ini menjadi lebih
dramatik apabila berlakunya kes penculikan Lili. Ekoran peristiwa tersebut penceritaan lebih
tertumpu kepada keluarga Che Jah iaitru ibu kepada watak Rafik dan Haziq yang telah
menculik Lili tanpa disengajakan.Kesimpulannya, novel ini sesuai dibaca oleh semua
peringkat masyarakat terutamanya remaja. Pembaca dapat mencontohi nilai keberanian
dan kesungguhan watak-watak remaja yang ditampilkan dalam novel ini terutamanya watal
Lili, Danel dan Geetha. Novel ini telah berjaya menyerlahkan ciri-ciri remaja yang seharusnya
ada dalam diri mereka.
b) Sinopsis Setiap Bab
Bab Satu.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di
kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya
perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-
pura demi menjaga hati ibunya.
Bab Dua.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim
tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama
lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat
Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun
satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin
menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari
bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.
Bab Tiga.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili
sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili
disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya.
Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu
kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.
Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang
luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya
khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah
masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.
Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula
datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan
lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan
pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan
untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi
segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu
kepastiannya.
Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin
yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata
kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa
India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala
Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri
keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah,
ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar
berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi
kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut
Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan
datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit
teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat.
Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan
tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga
kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan
tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.
Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu
menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya.
Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah
berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat
belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah
berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah
tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa
keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang
Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di
surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak
mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah
bagi tujuan membina rumah sewa.
Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang
hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau.
Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat
atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk
membina kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan
tanah. Disamping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan
moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh
Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung
termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah
perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana
semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya
penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa
berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih
ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati
datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah
yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat
mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel.
Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk
kampung termasuk William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi.
Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak
sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah
penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk
sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik
sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu
datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak
bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan.
Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur
supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan
arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila
melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin
keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili
menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan
yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak
ketahui.
Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama
ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan
penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah
Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat
bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini
tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman
kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada
penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk
menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan
seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya
balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan
lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-
perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut.
Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan
keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang
yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.
Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala
Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh
daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk.
Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya
berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada
sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk
menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang
bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili
memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid,
tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-
sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang
Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu
tidak berjawab.
Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya
kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya,
Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak
menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya
sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di
perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung
tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu
keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran
dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya
stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan
khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek
berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam
kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan
di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan
herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan
membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut
kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.
Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka
bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh
Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah
berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di
rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya
pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam
perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa orang
pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan
mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut
apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya
menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu
baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara
panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara
besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini
juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa
sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan
hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan
pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan
disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit
pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan
seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu
ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili
yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak
Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran
nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya.
Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai
pisang.
Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji
burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit
darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan
masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak
tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan
campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan,
seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka
pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan
Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang
berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara
yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan
masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang
dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat
perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada
penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah
dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu
rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah
dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut
ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek
menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan
cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.
Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah
keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar
berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-
penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili
tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan
Haziq. Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang
bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan
Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili,
Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian
semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon
kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor
keselamatan.
Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka.
Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan
kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik
sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke
dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh
ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan
seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan
melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal
sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang
apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah
memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk
dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia
tidak menolak pelawaan itu.
Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang
boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh
belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman
suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja
garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan
dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak
dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa
tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah
mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.
Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat
berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu
kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk
kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai
tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada
kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah
surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini
lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili
perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan
masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada
datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah
surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan
harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga
barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos
perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan
sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh
ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan
Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali
ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26.
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah
masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman
terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang
berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula
telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan
dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas
membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk
tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang
Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che
Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas
ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti
apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki,
pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika
itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan
keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak
siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada
seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat
tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak
sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih
dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul
anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk
kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit
wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita
tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan
Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil
perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan
rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah
mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah
untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang
dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga
1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan
dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk
dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil
membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan
dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan
dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari
Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya
menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan
Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu
Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang
bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi
pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain
membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah
tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan
terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk
menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah
terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar
mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret
Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua
beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan
Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk
mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak
bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah.
Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan
surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di
balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk
dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau
kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa
mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh
diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai
kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai
penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan
yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk
pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari
kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman
rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah
kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk
membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan
tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha
Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan
dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.
Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke
Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid
diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke
kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis
perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang
tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam,
sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan
sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah
menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah
pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan
Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan
menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel
berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah
mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis
artikel tentang pisang.
3.3 5 KEKUATAN :
Antara kekuatan dalam novel yang saya kaji ini ialah sikap watak utama yang sangat
menghormati ibunya.Selain itu, watak utama yang baik hati dan taat akan perintah ibunya.
Di samping itu, watak utama tidak berat utuk membantu oaring yang berada di dalam
kesusahan seperti Che Jah dan anak-anaknya yang didera oleh suami Che Jah. Seterusnya,
pemikiran rasional watak-watak dalam novel ini berkaitan penyakit moden lebih berkesan
berbanding rawatan tradisional pada masa kini. Akhir sekali,sikap berbudi bahasa dalam
berkomunikasi dengan orang yang lebih tua seperti Danel terhadap Datuk Lili.
3.4 5 KELEMAHAN :
Antara kelemahan dalam novel ini ialah konflik yang tidak jelas dan tidak logik. Sebagai
contoh, penduduk kampong bergaduh hanya kerana isu kubah. Seterusnya, sikap watak
utama yang terlalu baik untuk mengasihani orang yang telah menculiknya. Selain itu, sikap
tidak rasional datuk yang tidak dapat menerima kenyataan tentang rawatan moden lebih
berkesan daripada rawatan tradisional yang agak tidak relevan pada zaman kini.Di samping
itu,jalan cerita novel ini agak membosankan dan terlalu meleret.Akhir sekali, cara mereka
menyelesaikan masalah isu kubah itu tidak masuk akal dan memakan masa yang lama untuk
perkara yang kecil.
3.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan penambahbaikan untuk novel ini ialah mengubah konflik cerita yang lebih
logic. Seterusnya, perkembangan watak utama perlu diperbaiki.Di samping itu,memperbaiki
jalan cerita agar menjadi lebih menarik minat pembaca.Selain itu, jalan cerita hendaklah
diperbaiki agar tidak meleret dan membosankan. Akhir sekali, kesalahan ejaan harus
diperbaiki agar mudah difahami oleh pembaca.
3. NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
4.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Tema novel ini ialah ketabahan hati seorang wanita dalam menghadapi pelbagai
rintangandalam hidupnya. Raiha tabah menghadapi halangan ayahnya yang
tidakmenggalakkannya menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan Doktor Sadiz. Dia
jugatabah menjalani dugaan memiliki anak yang cacat, malahan anaknya itu mati
dalamkebakaran kereta. Doktor Raiha juga tabah menghadapi cabaran dalam kerjayanya,
iaitupencerobohan di tempat kerjanya oleh bekas pelajar perubatan yang tidak tamat
pengajiandan kompilasi yang dialami oleh seorang pesakit yang tidak sembuh-sembuh
meskipun telah menjalani lima pembedahan.
b) Biografi Azmah Nordin
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10
Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah
dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan
menetap di sana.Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu
dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada
awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.
3.2 SINOPSIS PANTAI KASIH
Karya penulisan novel ini mengisahkan tentang seorang doktor muda yang bernama Raiha.
Beliau telah menghadapi pelbagai cabaran sebelum berjaya menjadi seorang doktor bedah.
Raiha juga gagal dalam perkahwinannya bersama Dr. Sadiz. Selepas itu, Raiha menerima
pelawaan mentornya, Doktor Uwang untuk bekerja di sebuah pusat rawatan mewah yang
dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha merasakan sesuatu yang aneh sepanjang
bertugas di pusat rawatan tersebut kerana pesakit yang sama mempunyai komplikasi yang
serupa beberapa kali. Dalam masa yang sama, Raiha dihantui kisah silamnya bersama bekas
suaminya. Walau bagaimanapun dia tetap tabah meneruskan kerjaya dalam bidang
perubatan. Dr. Raiha cuba meluahkan keanehan yang dilihat di pusat perubatan kepada
Doktor Uwang, tetapi mentornya tidak senang dengan luahannya. Raiha juga sebenarnya
berminat dengan Dr. Uwang sejak menjadi pelajar di IPT dahulu. Peristiwa aneh berlaku
semakin kerap sehingalah Dr. Uwang mengalami kemalangan jalan di pusat rawatan.
Akhirnya, kejadian antara Raiha dan bekas suaminya dihuraikan dan Raiha sedar bahawa di
merupakan seorang mangsa keadaan.
a) Sinopsis Keseluruhan
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan
dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan. Di samping itu,
Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan
dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh
semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan. Apabila dia
cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya
itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator
dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan
dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada
sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya. Tetapi, apabila
bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih
tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali,
pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.
Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di
jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya, sebagai
seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang
dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang
digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
b) Sinopsis Setiap Bab
Novel Pantai Kasih - BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor
Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong
Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke
atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan
dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus
berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke
bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh
mungkin telah mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan
kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam
selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan
terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan
seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan
hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua
orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan
Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan
pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan
tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah
kepadanya dalam jangka masa panjang. Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak
pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan
sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang
lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia
berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini
menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya
hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang
menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor
Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di
hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga
sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang
farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia
dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang
telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas
permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam
dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk
mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.
Novel Pantai Kasih - BAB 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya
ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun
dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya
itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor
Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja.
Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang
doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada
halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor
Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.Doktor Uwang
menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-
kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan
yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering
mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat
membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk
melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada
Raiha.Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi
yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi
dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi
sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan Raiha tidak
bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat
kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa
membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh
peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
Novel Pantai Kasih - BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika
itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima
bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan
berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini
perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister
Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya
seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya
begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan
dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang
sedang marak membakar kereta mewah doktor itu. Selepas meneladeni pesakit yang
bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil
teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia
mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang
kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga
sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya
yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu