sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan
tersebut. Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa
benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs
Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor
Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula
memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak
saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga
teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas
menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan
berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu
pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia
teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama,
tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu
selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha
sudah menjadi doktor. Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya.
Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu
sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut
dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang
kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz
mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata
golongan masyarakat elit.
Novel Pantai Kasih - BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak
jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam
misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya
dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan
bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di
Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.Raiha juga teringat akan Doktor
Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia
mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan
permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana
kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut
yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak
dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi
tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya
bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan Dotu
Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya
sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas
daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh
isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan
kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi
serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini. Doktor Uwang juga
teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan
kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam
kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa
sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali
ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka
mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil
menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak
pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri. Felicia memasuki bilik
farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan rawatan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang
infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun
dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu
tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia
memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya
menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja
menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu
hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi
berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Novel Pantai Kasih - BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor
Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu
hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Doktor Uwang
yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang
pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan
akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat
pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab
malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi
anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-
tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat. Felicia
berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini
seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia
juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat
panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan
berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam
di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa
khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia
didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia
tergelincir di situ.
Novel Pantai Kasih - BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya.
TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan
merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor
Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor
Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam
kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor
Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor
Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati
Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz
muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada
panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa
Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat
penting. Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak
tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang
sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di
tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa
resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering
datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang
melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’
menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia
menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan
pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.Raiha berpendapat bahawa walau apa juga
yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar
begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut
terlibat dalam preawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada
badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang
segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah
arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui
hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah
tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram
dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar
dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Novel Pantai Kasih - BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’
iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia
berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia
masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu.
Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat
melupakan kisah silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah
merupakan rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan.
Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia
sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan
golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada
diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang
dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya
semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia
didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan
mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor
Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia
sanggup percaya dengan doktor muda itu. Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan
Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak
lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan
antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang
dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia
kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia
menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa
mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang
membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah
pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa
doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada
di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja
dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali
ini.
Novel Pantai Kasih - BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia
berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan
ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan
anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu
agar dipelihara oleh orang lain. Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan
bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor
dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron
menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang
tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang
menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati
penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru
masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong
Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta
penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron
menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan
sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.
Novel Pantai Kasih - BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang
juga terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali
keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun
bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah
seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-
kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu
hidupnya belakangan ini. Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan
Felicia Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru.
Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche
bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk
membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah
malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga
menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ. Doktor Uwang
juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah
waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya
tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah
sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah
urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila
dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali
kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai
Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu. Novel Pantai Kasih
Komsas Tingkatan 4 2015-2020Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan
memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan
hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar
melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak
dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang memngekori lori minyak
petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya
kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-
pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelematkan
nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian
pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada
anggota tersebut.Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan
dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya
berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan
membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul
di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah
dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah
mangsa keadaan.
3.3 5 KEKUATAN :
Antara kekuatan dalam novel Pantai Kasih yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah
permulaan cerita yang jelas kerana penulis menceritakan tentang masa lampau mereka.
Seterusnya, watak-watak dalam novel ini juga mempunyai masa lampau mereka dan
dijelaskan dengan terperini.Di samping itu, novel ini disertakan dengan dialog dan monolog
yang tidak mengelirukan pembaca.Selain itu, penulis menjelaskan situasi lampau dengan
baik.Akhir sekali,terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan tauladan contohnya
Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan menajadi doctor walaupun
ditentang oleh ayahnya.
3.4 5 KELEMAHAN NOVEL :
Antara kelemahan dalam novel ini ialah perkembangan watak utama yang tidak mantap dan
terlalu naif.Seterusnya, watak utama yang terlalu baik dengan memaafkan sahaja orang
yang telah berbuat zalim kepadanya.Di samping itu, watak sampingan terlalu kejam dan
tidak memikirkan sensitiviti orang lain.Akhir sekali,konflik dan pergaduhan yang terlalu
banyak agak memeningkan pembaca.
3.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan penambahbaikan untuk novel ini ialah menambahkan situasi saspens agar
pembaca lebih teruja untuk meneruskan pembacaan.Seterusnya,penulis perlulah
mewujudkan konflik yang lebih menarik dan tidak ‘cliche’.Di samping itu, plot cerita dan
situasi perlulah lebih tersusun agar pembaca dapat memahami situasi yang berlaku.Selain
itu, perkembangan watak perlulah lebih mantap dan tidakmembosankan. Akhir sekali, jalan
cerita perlu diubah menjadi lebih menarik dan tida meleret-leret.
4. NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
5.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Ketabahan seorang gadis dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh cabaran. Dahlia
sebagai anak sulung dalam keluarganya terpaksa memikul tanggungjawab untuk membantu
ayahnya menguruskan rumahtangga setelah ibunya, Saleha, dihantar ke Taman Bahagia.
Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang dan
Anggerik. Satu persatu masalah yang menimpa Dahlia. Dia difitnah oleh jirannya, Aton.
Anggerik mengalami demam yang berpanjangan. Ayahnya dipatuk ular tedung dan terpaksa
dirawat beberapa hari di hospital. Namun, dalam menjalankan tanggungjawabnya, Dahlia
tidak pernah melupakan impiannya untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam STPM.
b) Biografi Khairuddin Ayip
Khairuddin Ayip yang dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. Beliau telah
menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (1969 hingga 1974), Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Ismail (1975 hingga 1979), dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Datuk Bentara Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim (1982 hingga 1984) dan Universiti Putra Malaysia (1996
hingga 1999). Novel Songket Berbenang Emas - Komsas Tingkatan 5Beliau banyak
menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya
dalam bidang penulisan kreatif.Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah seperti
tempat ketiga Sayembara Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku Jua),
tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), hadiah
penghargaan Novel Remaja Utusan-Public Bank 1989 (bukan Untukku), tempat pertama
Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas), tempat kedua
Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1991(Mawar Putih Mawar Merah) dan tempat
kedua Peraduan Menulis Cerpen Kanak-kanak Hari Guru Kebangsaan 2000 (Semerah
Saga).Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches + (SISC
+) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
4.2 SINOPSIS NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk
belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga
adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
a) Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh
teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital
Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar
kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing
peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat
pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda
keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula
beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah
yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding
anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah
mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga
Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan
balasan atau ganjaran.Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian
kepadakeluarganya. Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama
penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1
1/2 tahun) masih belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia
terpaksa memilih untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah
kelurganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang
bagi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya
walaupun dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad,
kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka
sekeluarga pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m)
yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji
pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen
Sri Gading). Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang
serong oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan
Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau
bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya.
Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk
menyambung pelajarannya semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal
seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta
kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan
diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan.Berkat kesabarannya menghadapi
pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus
Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan
mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari.
Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang cemerlang.
Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan
berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30
Disember iaitu pada hari pertunangannya. Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya
kerana keluarga Azhari terlambat sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari
yang menjadi jurucakap majlis pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung
telah menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji
Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada
Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau
bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala
Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket
merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan
budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.
b) Sinopsis Setiap Bab
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap. Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang
lelaki mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama
Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung
ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke
rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih
belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari
kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia
tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa
orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya
“tak betul”. Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi.
Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang
terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala
Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara
hutang. Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar
emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-
benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya
menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab
Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya.
Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di
tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya
mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya
sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang
berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua
yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya,
memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa
agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek
Kiah, ibu kepada emaknya. Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah
Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah
memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah
membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup
senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang
dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha
mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa
ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis
yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari
mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari
untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh
Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari
rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia
dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia
bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya
beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau
terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak
mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut,
beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Embong mengimbas kembali
perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan
keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin
tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan
sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah
memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang
mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa
lemah. Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak
menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu
kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong
juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada
keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik
ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis.
Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada
hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya
oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada
petang itu. Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat
emak, Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada
pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari
Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat
emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia
risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran
wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak
dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa
ke Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat
terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang
melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana
rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain
pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan
pintu tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap
dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu.
Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di
tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke
dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh
seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan
jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling
rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah
tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan
kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.
Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak
tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya,
Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong
terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok
orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-
kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong
terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang
semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu
mencari musuh. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke
Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah
tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru
pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong
mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di
dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong
kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan
kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya.
Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa
sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular
sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga
menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok
ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said. Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya.
Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang
mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata
orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka. Embong pulang
membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat
Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa
ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan
dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran
sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba,
Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India
yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak
hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa
adiknya ke klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek
Kiah. Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya
Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari
ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila
mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh
Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan
Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang
pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi
untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang
motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-
tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya
yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar
memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang
emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia
pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah
kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke
Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor
Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia
terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di
situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan
Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya
juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu
abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di
kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya
telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana
kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang.
Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual
kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya
atau milik orang lain. Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun
telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya
dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia
dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan
keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong
sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga.
Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala
Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan
Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja.
Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong
telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP. Sewaktu Dahlia melawat abahnya di
Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan
menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu
Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat
salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan
dalam pelajaran. Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang
demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu
akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak
bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya
yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,
Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa
dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja. Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian
emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke
Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk
bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika
keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000
kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara
itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan
sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk
menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta
Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-
adiknya yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada
beberapa orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu
akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak
tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan
dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke
rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah
telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah
bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.
Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada
Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan
kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang
dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher.
Selepas itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau
mahu Dahlia belajar hingga ke universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan
menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah
supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau
ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada
di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan
kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih
berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang
terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton
tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu
Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya.
Abu Bakar juga telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri
kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya. Sewaktu
mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik,
butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang
yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-
barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam. Dahlia
mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di
kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan
didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja,
tidak lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati
emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada
bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah
terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya. Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai
raya. Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman,
banjir yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa banjir
pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada
penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling
membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga
berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa
projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji
Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong membina
rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan
perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat
terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti
bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya. Selepas tamat
peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia
juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang
untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu ketika dia datang
untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia
teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-kawan
Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur
akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai.
Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur.
Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas
Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang
berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis
yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah
menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari
juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar
menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
4.3 5 KEKUATAN :
Antara kekuatan yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas yang saya kaji di
Tingkatan Empat ialah kisah percintaan yang lebih menarik berbanding novel lain yang
dikaji.Seterusnya, momen momen dalam novel ini sangat menyentuh hati pembaca.Di
samping itu, nilai-nilai murni yang boleh dijadikan tauladan seperti nilai bertanggungjawab
dan kasih saying seorang kakak.Akhir sekali, nilai yang terdapat pada watak utama sangat
dekat dengan pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
4.4 5 KELEMAHAN :
Antara kelemahan yang terdapat dalam novel ini ialah perkembangan watak yang kurang
memberangsangkan.Seterusnya, sebahagian watak tidak memberi sebarang impak terhadap
penceritaan novel.Selain itu, novel ini mengandungi kurang semangat bermasyarakat.Akhir
sekali, pengakhiran cerita ini juga tergantung dan tidak dijelaskan secara terperinci.
4.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan penambahbaikan untuk novel ini ialah penulis perlu mengurangkan imbas
kembali dalam cerita agar tidak membosankan para pembaca.Seterusnya, penulis perlu
mengurangkan penggunaan dialog agar cerita menjadi lebih menarik.Selain itu,penulis perlu
menambah plot cerita dalam novel ini agar prmbaca dapat menganalisis situasi
sebenar.Akhir sekali, perkembangan cerita perlu diolah menjadi ayat yang menarik supaya
dapat menambat hati pembaca.
5. NOVEL TIRANI KARYA BEN SABARIAH
6.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Tema novel ini ialah kecantikan fizikal seseorang hanya bersifat sementara tetapi ilmu
pengetahuan yang dimiliki mampu melindungi kelemahan diri. Contohnya, Waheeda yang
bijak dan gigih berusaha dalam memajukan perniagaannya, telah melakukan pembedahan
rekonstruksi hidung bagi menjadikan dirinya cantik kerana hidungnya pesek, tambahan pula
hidungnya itu digigit oleh seekor monyet. Pembedahan itu menjadikan hidung Waheeda
mancung dan dia kelihatan berwibawa. Namun begitu, kecantikannya itu menyebabkan
dirinya dibebani pelbagai tugas dan harapan. Meskipun dia mempunyai pengetahuan dan
motivasi diri yang tinggi, Waheeda tidak berupaya untuk memikul semua tugas tersebut
sepenuhnya. Malahan, dia gagal dalam rumah tangga kerana suaminya yang cemburu
meragui status anak mereka kerana wajah bayi itu tidak mewarisi kecantikan Waheeda.
b) Biografi Ben Sabariah
Beb Sabariah atau nama penuhnya puan Hajah Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet.Beliau
lahir di Kampung Hulu, Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak pada 7 November 1949.
Beliau bersekolah dasar di Sekolah Melayu Pusa dan Sekolah Rendah Enche BuyongKuching.
Beliau ke sekolah menengah di Madrasah Melayu Kuching sebelum ke SekolahMenengah
Kerajaan Green Road Kuching. Beliau meneruskan pendidikan ikhtisas di MaktabPerguruan
Rajang Bintangor, Sarikei, Sarawak dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,Johor
Bahru, Johor.Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre
cerpen, puisi dan rencana.
5.2 SINOPSIS NOVEL TIRANI
Novel Tirani mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Waheeda yang mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya yang pesek. Waheeda juga ingin
mencapai kemajuan atas namanya sendiri dalam bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai
isteri. Untuk menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet telah
melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang
hidung palsu sehingga menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Setelah wajahnya
menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang
diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di
Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh
Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Walau bagaimanapun harapannya
tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu telah merosakkan
kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan
orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak mampu memikulnya.Dalam
novel Tirani ini, cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga dia
mengalami sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu
oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai
pelancong termasuklah Zahid. Akhir nya mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di
sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang
hanyalah satu tirani.
a) Sinopsis Keseluruhan
Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuhberbagai-bagai
cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental,Cerita novel ini dimulakan
dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggiuntuk melakukan pembedahan plastik pada
wajahnya yang bertujuan untukmembaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri. Sebagai
pengurus inap desaTajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan
dankemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanyadengan
dibantu oleh sanak saudaranya.Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya,
Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana
dianggapbertentangan dengan hukum syarak dan konvensi agama. Suara
Kamrimengejutkan Waheeda, Fatimah, dan para pengunjung tentang kehadiranmonyet
Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan chalet mereka.Semua pekerja dan
penghuni bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Waheedatelah dicederakan oleh salah
seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnyahingga dia dikejarkan ke hospital oleh
Fadhil sambil ditemani oleh ibunya,Raidah.Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk
menjalani prosespembedahan mata dan hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda
dirumahnya di Yishun Street dengan membuat kejutan, iaitu menjengul secaratiba-tiba dari
belakang pintu. Keesokan harinya, Waheeda berbincang danmenyerahkan dokumen sejarah
kesihatan dan pemeriksaan amnya kepada Dr.Alma Hollis Chen tentang prosedur
pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC.Waheeda memaklumkan kepada Bazilah
bahawa pembedahan hidung danmata yang akan dilaluinya memakan masa antara 10
hingga 15 jam. Raidahmeminta Ghazi membelikan tiket kapal terbang dan meminta
Kamrimembelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong ketupat lepas atauketupat
tolak bala sebagai sebahagian adat orang Melayu Sarawak.Menurut Dr. Alma Chen,
pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr.Shirrim Ghazizadeh, pakar bedah mata yang
berpengalaman manakalapembedahan hidungnya akan diketuai oleh Dr. Averroes.
Waheeda melangkahkeluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya setelah menjelaskan
sebahagiankos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda
selamatmenjalani pembedahan mata dan hidungnya.Petang itu, Waheeda menerima satu
berita yang menggembirakan apabilapihak pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya
untuk temu dugajawatan Pegawai Perhubungan di resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de
LaRossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa,
Zahidmemperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Vasser Arief. Anatimenceritakan
pengalaman manisnya menemani Waheeda yang terlibat dalamPertandingan Ratu
Pelancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel.Kenangan menjadi lebih manis
apabila Waheeda dinobatkan sebagai juarapertandingan pada malam itu.Zahid menelefon
Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisikpihak perempuan daripada pihak
lelaki telah selesai dijalankan dan Waheedakini merupakan sebahagian miliknya. Zahid
memujuk Waheeda agarmemberikan notis berhenti kerja di Hotel Flamingo de La Rossa
tetapi Waheedaenggan berbuat demikian atas alasan kontraknya yang masih terikat
denganpihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi untuk
memaklumkanProgram Bahasa Melayu Edubest - Sinopsis Novel Tirani 2Program Bahasa
Melayu Edubestbahawa tulang rawan hidungnya yang dirasakan runtuh. Dr. Rushdi
memintaWaheeda datang ke SMC untuk pembedahan segera pada bahagian
hidungnya.Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheedadengan
Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkasantara Ghazi dengan
Fatimah. Majlis perkahwinan antara Zahid denganWaheeda dijalankan dengan meriah dan
berlandaskan adat serta budaya MelayuSarawak. Waheeda tidak bersetuju dengan idea
bapa mentuanya, Datuk VasserArief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet
Tajau Emas menjadisatu syarikat perniagaan. Zahid mencari dan menemui Waheeda di salah
sebuahbilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas. Peristiwa itu
mewujudkanperasaan cemburu serta salah sangka yang mendalam terhadap
kesetiaanWaheeda.Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan
dibilik wad eksklusif, Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan olehsuaminya, Zahid.
Waheeda meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya,Raidah. Raidah memberikan
nasihat kepada Waheeda agar bersabar dansentiasa berfikir secara positif atas ketentuan
Allah. Waheeda meminta da merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi
dipertikaikan oleh suaminya.Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda
dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau
itu.Waheeda yang terlalu mencintai suaminya itu mengalami masalah kemurungandan
migraine rneroyan akibat tindakan suaminya yang kejam itu. GhazidanRaidah menemani
Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmatkaunseling di Pusat Rawatan Islam
(Pusrawi, Kuala Lumpur. menyatakan keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika
diSemenanjung selepas selesai menjalani rawatannya di Pusrawi.Waheeda dan Ghazi
membeli Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik AbdulAziz yang terletak di Cameron Highlands dan
menukarkan nama chalet itukepada Aya-Sajinah setelah pengurusan chalet itu bertukar
tangan. Waheedatetap cekal membangunkan chalet itu walaupun berasa sedih kerana
terpaksaberjauhan dengan anak kesayangannya, Izzati yang bersekolah di
Sarawak.Waheeda bersyukur kerana anaknya, Izzati kini sudah membesar sebagai gadissunti
yang bijak dan amat berdikari, serta boleh membantu Lias menyelia CafeIwani dan Restoran
Iwana.Izzati bersembang dengan ibunya, Waheeda mengenai kertas laporanDNA yang
sedang diteliti oleh ibunya, gambar majlis konvokesyennya, dankecantikan rupa paras
ibunya yang berbeza daripada wajahnya. Zahid danAiman yang kebetulan menginap di
Chalet Aya-Sajinah berehat di Cafe Iwani.Mereka berbual-bual tentang berbagai-bagai
perkara seperti perihal keinsafanatas kesilapan masa lalunya dan kemalangan jalan raya
yang dialaminya di LosAngeles hingga mendatangkan kecacatan pada kakinya itu. Lais dapat
mengesan bahawa pemuda yang bernama Zahid itu ialah bekas suamimajikannya,
Waheeda. Izzati terkejut apabila Zahid memberitahunya bahawanama anak gadis yang
sebaya dengan dirinya ialah Izzati.Di bilik penginapan, Zahid menyatakan kekesalannya
terhadap sikapnyayang enggan melihat laporan DNA yang dihulurkan oleh Waheeda pada
20tahun lepas. Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawaIzzati
merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati ialah insan yangdicarinya selama ini.
Waheeda terkejut lalu bergegas meninggalkan Cafe Iwaniapabila dia terpandang akan bekas
suaminya, Zahid yang sedang berbual- tdengan Lais dan Izzati. Izzati memberitahu ibunya
tentang penyesalan Zahidatas kesalahan masa lampaunya tetapi perkara itu sukar diterima
oleh Waheedalantaran kekecewaan hatinya akibat tindakan kejam Zahid itu. Zahid
berasakesal atas kesalahannya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati.Lais
cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pulamemujuk ibunya
agar memaafkan kesalahan bekas suaminya, Zahid.
b) Sinopsis Setiap Bab
BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess
dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi
ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa
memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta
Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat
diredakan.Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan
lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang
dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk
menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini
adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan
bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak.
Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan
pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di
kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di
situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.
BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke
Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk
dipamerkan bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan
yang hadir.Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan
dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan
plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak
menggalakkankan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus
memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah
menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan
dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk
melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan
yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri
Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi
Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar
Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah
melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis.Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura,
Waheeda menuju kerumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan
tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura
yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi
niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok
semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda
tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan
diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda
akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka
berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah
diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari
merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.
Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang
akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia
berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Disini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.
BAB 5: DOA SELAMAT
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli
tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya
itu kononnya untuk menolak bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai
di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya.
Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas
dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya.
Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa
dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah.
Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda.
Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati
yang tabah demi kecantikan wajahnya.
BAB 6: METAMORFOSIS
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil
masa selama 12 jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
BAB 7: KE PULAU SENTOSA
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah
alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga
menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan
bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
BAB 8: HADIAH ALAM
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah
tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari
Greek. Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr
Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong
halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran
Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah
juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan
tersebut.
Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh
syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan chalet
ayahnya yang mugkin jauh ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda
memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.Dengan tidak disangka, Waheeda
menerima berita gembira untuk menghadiri satu temuduga pegawai Perhubungan di
Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri
bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu,
Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo
Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
BAB 9: WAJAH PESONO
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort
telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada
itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di
Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong
meninggalkan Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama
Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar
sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang
mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang
selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan
yang mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda
menganggap tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda mengambil keputusan
untuk berpindah ke Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat
yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat
Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau
Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.Dalam
pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak
berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda
sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan
pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu
diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.Setelah Halloway beredar,
Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu
teruja dan hati mereka terus berbunga.
BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser
berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu
berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke
Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda
terlekat dalam lamunan Zahid.
Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S
eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan
ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan
Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.
BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan
punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga
Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima
bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan
Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar
kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser
akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik
ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan
tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibut mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus
menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan
tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.Kesibukan
persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan
mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah,
dia tidak berapa sihat dan sering selsema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel Flamingo
tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangna, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
BAB 13: MATI HIDUP SEMULA
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan
yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira
kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai
RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda
yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada
itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid
yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi
Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya
tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia
ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas
kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis
kenduri doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah
diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran
Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi
ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya
Raidah dan telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui
apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal
sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk
merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun,
proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak
wangi selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
BAB 14: BAGAIKAN PUTERI
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi
tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya
pelancong dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak
dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan
pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan
termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas
menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafas nikah
dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah dan
menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara
mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari
berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan
majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua
keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
BAB 15: HIDUP RANGGI
Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran
bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut.
Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching
menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan
hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid
dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta
keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.
BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-
tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini
pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong
tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke
nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan.
Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR,
singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus
hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di
sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama.
Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka
banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil
oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan
dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar
cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi
Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya,
Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana
Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana
ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin.
Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
BAB 17: KONFLIK
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri.
Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-
bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam
dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall
Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di
farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit
kepalanya. Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.Bagi
Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda
begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan
peristiwa semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.Pada malam itu,
Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudahpun
tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil
mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.Ibunya, Raidah tidak
menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak
ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitivity hanyalah pembawaan
anak dalam kandungan.
BAB 18: DILANDA NOSTALGIA
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu
Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid tidak
pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya.
Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.Riadah, ibu Waheeda termenung di
katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya
jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri
memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke
dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan
kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes
seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang
zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin.
Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa
kehadiran Zahid.
BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital
Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid
sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar
Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya
banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda
telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah
mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi
untuk member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi
kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan .
Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid
melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah
dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah
meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap
Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan
Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami
oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan
agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan
tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan
mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun
strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan
sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada
Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan
berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung
lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka
di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju
dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat
berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan
pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas
dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan
Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.
BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan
rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu.
Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak
yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet
Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi
oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan
Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan
Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang
pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu
hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara,
kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi
tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar
akan perbualan antara Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para
pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan
masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk
mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi.
Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur
dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada
malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais
dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan
menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid
berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh
isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga
menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA
tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los
Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi
berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendenagar terkedu.anakala Lais pula lebih daripada
terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah
dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat
pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang
agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat
akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu
dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan
Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
BAB 24: KAMA HATI
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman,
wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah
entiti dirinya.dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah
memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang
dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin
menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya
mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah
Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah
telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya
memaafkan ayahnya.
5.3 5 KEKUATAN :
Antara kekuatan yang terdapat dalam novel Tirani yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah
memberi ilmu pengetahuan tentang masyarakat dan etnik di Sarawak.Seterusnya,
perkembangan watak utama yang bagus kerana tidak lemah dan mampu berdikari.Di
samping itu, plot cerita dalam novel ini tidak berulang-ulang dan tidak membosankan.Akhir
sekali, penamat cerita yang bagus kerana pembaca dapat mengambil iktibar dan tidak
mencontohi sikap Zahid.
5.4 5 KELEMAHAN :
Antara kelemahan novel ini ialah kisah percintaan watak utama sangat tidak rasional.Selain
itu, plot cerita dalam novel ini banyak tersasar dari plot utama.Seterusnya,konflik tentang
Zahid tidak mengaku anak kerana bentuk hidung tidak sama sangat tidak masuk akal.Di
samping itu, perwatakan Zahid yang tidak matang dan kebudak-budakan menjadikan novel
ini tidak menarik.Akhir sekali, pengakhiran cerita agak tergantung kerana pembaca tertanya-
tanya tentang pengakhiran mereka .
5.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan penambahbaikan untuk novel ini ialah perkembangan watak utama agar
menjadi lebih matang.Selain itu, kulit buku hadapan juga tidak menarik dan menggunakan
warna yang suram.Di samping itu, penulis hendaklah menggunakan jalan cerita daripada
plot utama agar tidak tersasar.Seterusnya,penggunaan bahasa juga hendaklah
dititikberatkan dalam penulisan novel.Akhir sekali, penulis perlulah peka dengan
penggunaan tanda baca agar tidak mengelirukan pembaca.
6. NOVEL BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
7.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
b) Biografi Sri Rahayu Mohd Yusop
Sri Rahayu Mohd Yusop dilahirkan pada tanggal 18 Jun tahun 1976 di Tanjong
Karang,Selangor. Beliau mendapatkan pendidikan di Sekolah Menengah Tun Fatimah
sebelum melanjutkan pengajian ke Maktab Perguruan Ilmu Khas,Cheras dan melanjutkan
lagi pelajarannya di University of Otago,New Zealand dan Dunedin College of Education,New
Zealand pada tahun 1994 hingga 1999. Beliau akhirnya menjadi guru Bahasa Inggeris di SMK
Dato Harun,Tanjung Karang pada tahun 2000 hingga 2003 sebelum mengajar di SMK Pandan
Jaya,Ampang pada tahun 2003 hingga 2020.
6.2 SINOPSIS NOVEL BIMASAKTI MENARI
Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3, baris 3. Nurul
Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari Hiroshima
Jepun di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala
Selangor. Nurul Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik dan kajian falak,
Universiti Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa bertugas.Watak
sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan seterusnya menjadi judul bab 2.
Watak utama kedua (hero), Muhammad Taufik, anak kepada Maryam @ Marion Wickham
Abdullah dan Tan Sri Muhaimin (yang telah berpisah) melengkapkan cita-cita perjuangan
Nurul Hafsa, iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.Kemudian muncul
satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji Yassir (bapa Nurul Hafsa), Tan Sri
Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan Sri Muhaimin), Dato' Haji Mustofa al-Hamidi
(pegawai daerah Kuala Selangor) dan menteri besar Selangor (tidak disebut nama).Konflik /
pergolakan bermula dengan kemunculan watak penentang (antagonis), iaitu Dato' Johann-
Arlington-Majid (campuran Melayu-Irish) yang kebetulan pernah berebut kasih Marion
Wickam dengan Tan Sri Muhaimin. Dia pembekal lampu utama Kuala Selangor, serta
sahabat baik Dato' Mustofa. Projek Nurul Hafsa bersama Muhammad Taufik dan Budiman
suatu ancaman besar perniagaannya, lalu dia merancang komplot dengan mengupah tiga
orang samseng.Mangsa pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi setelah
tayar keretanya pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang dipasang bersama besi
tajam) yang sengaja diletak di situ. Setelah itu Nurul Hafsa sendiri diculik, tetapi dia tidak
diapa-apakan kerana dia hanya sebagai umpan untuk mendapatkan semula Muhammad
Taufik. Akhirnya pihak polis berjaya menggempur tempat Muhammad Taufik
disembunyikan.Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah yang
tersembunyi. Tan Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham. Malah,
Muhammad Taufik sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul Hafsa yang diterima
dengan senang hati.
a) Sinopsis Keseluruhan
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi
oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul
Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah
bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat
diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk
mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik
dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah
diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
b) Sinopsis Setiap Bab
BAB 1: JANJI SRIKANDI
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari
Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat
buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap.
Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada
malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang
pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam
dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan
keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat
melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan
menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan
penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
BAB 2: WICHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai
Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal
dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-
benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun
Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan
mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk
berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada
malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip
Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang
sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.
BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,
Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah
tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta
oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan
tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum
ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang
dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.
BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk
anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah
apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap
bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan
pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas
isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana
perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.
BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati
agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada
undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul
hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun
yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini
adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin
tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang
sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan
bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang
dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan
masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini
tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya
berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar
sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman
pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan
lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka
buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan
folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua
sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda
sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan
pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba
mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul
Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia
belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad
Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan
bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di
Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya
lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari
kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman
kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip
mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon
maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul
Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan
langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk
menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya
Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa
usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia
bernama Muhaimin dan Maryam.
BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang
sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh
keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa
bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor
untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka
berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti.
Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka.
Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk
menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi
kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan
Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam
tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.
BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul
Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah
ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.
BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan
pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad
Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji
Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan
mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang
pertama di negara ini.
BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia
tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat
miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang
dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di
hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama
seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun
Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.
BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul
Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut
kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri
Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut
banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri
Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan
Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender
dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam
diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan
projek tersebut.
BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan
terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan
walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia
menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa
kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan
lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon
ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis
memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun
mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada
mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan
stabil.
BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA