Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa
Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa
anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan
menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di
surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik
yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari
kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan
seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin
mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan
perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat
bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik
Kristal.
BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu,
Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut
adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang
projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang
dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar
mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan
Langit Gelap.
BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti
pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman
tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak
susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan
kepalnya disarung dengan kain gelap.
BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada
di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila
melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia
diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan
dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang
perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa
ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak
dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai
sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka
masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh
mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan
seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran
Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau
bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik
disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.
Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas
yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun
Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang
penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang
penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah
ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah
diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas
tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.
6.3 5 KEKUATAN :
Antara kekutan yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari yang saya kaji di Tingkatan
Empat ialah penulis sangat konsisten dengan jalan penceritaa kerana tidak menyimpang dari
plot utama.Selain itu, novel ini memberi ilmu pengetahuan baru iaitu tentang kelip-kelip.Di
samping itu, penulis mengolahkan isu pencemaran cahaya.Seterusnya,penulis juga
mengetengahkan isu mencintai alam sekitar.Akhir sekali,pengakhiran novel ini sangat teratu
dan tidak tergantung.
6.4 5 KELEMAHAN :
Antara kelemahan novel ini ialah watak antagonis kurang menonjol dan hampir tidak
memunculkan diri.Seterusnya,konflik tentang watak sampingan agak memeningkan
pembaca kerana lebih menonjol daripada watak utama.Selain itu, kisah percintaan watak
utama tanpa perngorbanan agak membosankan.Di samping itu,penceraian antara Tan Sri
Muhaimin juga tidak jelas dan menimbulkan tanda tanya kepada pembaca.Akhir sekali,
matlamat watak utama juga tidak tercapai.
6.5 5 CADANGAN PENAMBAHAIKAN :
Antara cadangan penambahbaikan dalam novel ini ialah mewujudkan watak antagonis yang
lebih ekstrem untuk menjadikan cerita lebih menarik.Selain itu, watak utama hendaklah
lebih menonjol dan tidak ditenggelami oleh watak sampingan.Di samping itu,penulis perlu
menjelaskan punca penceraian Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham dengan terperinci
agar tidak mengelirukan para pembaca.Akhir sekali, watak sampingan tidak boleh melebihi
konflik watak utama dalam sesuatu cerita.
BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu
dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima
pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.
7. NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
8.1 PENGENALAN
a) Ringkasan Novel
Novel Silir Daksina bertemakan kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal
berpunca daripada penceraian umi dan ayahnya, Abdullah Kayan.Perceraian tersebut
menyebabkan Haikal terpisah jauh dari Ayahnya. Haiqal dipelihara oleh uminya dan ayah
tirinya, Walid. Mereka menetap di Kuala Terengganu. Haikal tidak dapat menemui atau
mengenali ayah kandungnya sehinggalah ayahnya meninggal dunia.Suatu hari, Haiqal telah
didatangani manuskrip lama hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan
manuskrip itu dan bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di
sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya
mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab
tertentu.Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti
arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk ke
sana.Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung.
Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung Haiqal seorang yang sangat disegani di
sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui
peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.
b) Biografi Nizar Parman
NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973
di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya,
Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada
tahun 1992.Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab
Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada
Open University of Malaysia.Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut
di MPKI. Beliau terdorong untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis
oleh Sasterawan Negara dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana.
7.2 SINOPSIS NOVEL SILIR DAKSINA
Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah
Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi
telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat
Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya.
Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia
kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam
manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga
adalah guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan
kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di
Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal.
Adakah haiqal mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip lama itu
menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan?
a) Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal
bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di
Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan
daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.Hubungan umi
dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa
Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal
kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti
arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal
ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana.
Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ.Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam
novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal
mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama
kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.Sebelum pulang, Haiqal
ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari
bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberikan
sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang
ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
b) Sinopsis Setiap Bab
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika.
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.
BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka
bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-
tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba
bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah.
Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya
daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang
seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan
pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun
berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim
mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak
ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal
menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta
peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim
seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan
untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim
berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh
papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya.
Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang
menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai
Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku
menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching
dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke
sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke
sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching
diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling
bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di
sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan
rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan
memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang-
bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu
Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun
Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang
diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek
Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling.
Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat
dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling
tidak selesa.
ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke
Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku
menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling
menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu
Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran
aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia
susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap
Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke
sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim
meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi
menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang
akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.
iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling
begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam
memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan
membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu
rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk
memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur
begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan
menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian
tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut.
Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang
dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak
lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri
sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya
sendiri.
iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang
pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di
dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling
memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai
Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak
pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai
Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus
mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah
tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama
Aiman di bibirnya,
v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke
Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca
puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara
aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali
berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan
berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman
Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru
yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa
orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat
mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati. Fikiran
aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata
Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan
hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk
berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping
potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup
aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling
vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam
itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula
mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati
terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama
memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil
yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha
penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu
dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk
mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan
D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan
itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di
kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika
golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan
peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.
vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun
kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai
Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku
memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling
bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan
aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus
dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.
viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi
yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju
mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat
bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali
seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program
yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang
baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku
membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam
balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi
orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan
menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya
kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung
jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat
persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya
akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk
dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan
di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini
aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.
BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-
benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna..
Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa
cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna
kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul.
Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit
yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri.
Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang
mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga
seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan
cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa
bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada
kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan
umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.
BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula
terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal
tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan
ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga
Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya
mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan
hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal
terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh
tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal
sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid
ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus
tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.
BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya.
Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap
berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke
kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami
perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara diam-diam.
BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.
BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah
ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.
BAB 11: SUASANA BAHARU
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal
banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam
tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik
tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung
tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal
selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah
menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung.
Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah
hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut
dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-
gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa
arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang
bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.
BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung
Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16: BERMULALAH EPISOD
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi
bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.
7.3 5 KEKUATAN :
Antara kekuatan novel Silir Daksina yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah semangat
kemasyarakatan yang teguh antara satu sama lain.Di samping itu, novel ini tidak
menyimpang daripada plot utama.Seterusnya,novel ini memperkenalkan tarian zapin yang
berasal dari Johor.Selain itu,jalan cerita novel ini juga ltidak meleret-leret kerana tidak
membincangkan perkara yang tidak penting dan isu-isu kecil.Akhir sekali, watak sampingan
juga dijelaskan secara spesifik tanpa pembaca mempersoalkan kewujudan watak tersebut.
8.4 5 KELEMAHAN :
Antara kelemahan novel ini ialah kewujudan watak sampingan kurang memberi impak
kepada cerita ini. Seterusnya,novel ini lebih memfokuskan cerita tentang watak sampingan
yang kurang berkait dengan watak utama.Selain itu,matlamat watak ini agak biasa untuk
dicapai iaitu isu alam sekitar.Akhir sekali, perkembangan cerita agak perlahan walaupun
tidak meleret-leret.
8.5 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan penambahbaikan untuk novel ini ialah penulis perlu bijak memilih tajuk
novel yang bersesuaian dengan jalan cerita. Seterusnya, peristiwa lampau watak utama
boleh ditambah supaya jalan cerita lebih menarik .Selain itu, pembahagian jalan cerita juga
perlu dititikberatkan agar tidak terlalu meleret.Akhir sekali,pengakhiran cerita perlulah
menarik dan menyentuh hati agar pembaca dapat mengingati karya penulis.
RUJUKAN
1 Abdul Latip Talib. (2008) Leftenan Adnan Wira Bangsa PTS Publications & Distributors Sdn
Bhd.
2. Dayang Noor (2012) Di Sebalik Dinara. UTM & Utusan Publications
3. Ruhaini Mat Darin (2009). Jendela Menghadap Jalan Utusan Publications & Distributions
Sdn Bhd.
4. Azmah Nordin (2014). Pantal Kasih. Edisi Murid: Pekan limu Publications Sdn. Bhd.
5. Khairuddin Ayip (1993). Songket Berbenang Emas Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
6. Beb Sabariah (2008). Tirani. Dewan Bahasa dan Pustaka
7. Sri Rahayu Mohd Yusop (2011). Bimasakti Menari. Utusan Publications & Distributions
Sdn Bhd.
8. Nizar Parman (2010). Silir Daksina. Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd
9. https://www.academia.edu
10. https://karangan.net
11. https://bmblogr.blogspot.com
12. https://goodreads.com
13. https://www.ipendidikan.my
14. https://www.bumigemilang.com
15. https://cikgumuzz.blogspot.com