173
Modul Tajwid al-Quran Versi Braille: Inovasi Pembelajaran Tanpa
Sempadan
Ahmad Yunus Mohd Noor [1]* Asmilyia Mohd Mokhtar, [2] Abdul Hadi Azman [3]
[1] Pusat Kajian Usuluddin & Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
[2] Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
[3] Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
*[email protected]
Di Malaysia program Pendidikan Khas yang dilaksanakan untuk golongan cacat penglihatan adalah
sebahagian daripada Dasar Pendidikan Nasional. Walaubagaimanapun, program ini menimbulkan
cabaran tertentu bagi mereka yang mempunyai masalah pembelajaran kerana kekurangan alat
bantu mengajar dari sumber yang pelbagai. Bahan modul kursus untuk Tajwid al-Quran dalam
braille terlalu sedikit dan buku teks Tajwid al-Quran juga tidak terdapat dalam versi braille. Oleh itu,
inovasi ini yang dihasilkan merupakan satu modul Tajwid al-Quran versi braille untuk meningkatkan
sistem pendidikan khas di Malaysia. Penghasilan modul Tajwid al-Quran braille penting bagi
mereka yang mempunyai masalah pembelajaran terutama mereka yang mempunyai masalah
penglihatan. Bagi memastikan matlamat dan objektif modul Tajwid al-Quran braille tercapai,
kerjasama dan persefahaman dari semua pihak sama ada pembuat dasar, pelaksana dan
masyarakat sangat penting. Inovasi ini telah melalui penilaian keberkesanannya oleh 10 pakar
terdiri daripada ahli akademik, ahli Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),
guru serta pelajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur. Kaedah
temubual juga digunakan untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan pandangan pensyarah
mengenai Tajwid al-Quran versi braille. Inovasi ini berjaya dihasilkan untuk dijadikan rujukan dan
bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pembelajaran Tajwid al-Quran di sekolah pendidikan
khas di Malaysia. Modul ini telah dihantar ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
(CRIM) melalui system e-IPR serta didaftarkan hakcipta dan patern (No. fail: UKM.IKB.800-4/1/3722).
Modul ini merupakan inovasi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberi impak
yang sangat besar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ahli akademik, ahli Persatuan
Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), dan Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia.
Katakunci: Modul, Braille, Tajwid al-Quran, Pendidikan Khas, Inovasi
174
Kelenturan Penyebaran Ilmu Kejuruteran Ergonomik Melalui Medium
Penulisan Popular
Mohd Nasir Selamat & Rusyda Helma Mohd
Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Bidang ergonomik sinonim sebagai satu bidang sains yang berkaitan manusia dan alam
kejuruteraan seperti mesin dan alatan-alatan lain. Fokus utama bidang ini adalah untuk menjadikan
keselesaan dan keselamatan pengguna produk, maka perincian dan penelitian secara khusus
diperlukan untuk merekabentuk apa jua produk yang disifatkan mempunyai ciri-ciri ergonomik.
Kajian mendapati masih ramai masyarakat umum tidak mengetahui dan sedar akan kewujudan
bidang ini yang sebenarnya mampu menyumbang kepada produktiviti dan prestasi individu
mahupun organisasi. Penyebaran maklumat dan intipati aspek ergonomik boleh dijadikan sebagai
150
satu usaha untuk memastikan lebih ramai masyarakat sedar akan kepentingan aspek ergonomik
ini. Antaranya termasuklah meningkatkan kesihatan dan keselamatan pada diri, terhindar daripada
penyakit tidak berjangkit, mempermudahkan urusan kerja dan seterusnya menyumbang kepada
produktiviti yang tinggi. Kaedah penulisan popular atau dikenali sebagai penulisan secara santai
bagi membolehkan masyarakat membaca dan memahami dengan cara lebih mudah berkenaan
aspek ergonomik. Penulisan popular boleh dijadikan sebagai satu inovasi untuk medium
penyebaran ilmu ergonomik kepada masyarakat secara umum. Kefahaman terhadap input teknikal
dan kejuruteraan manusia disampaikan melalui pendekatan yang bersahaja, terkini dan kreatif
akan memberi peluang kepada masyarakat mengetahui dan mendalami ilmu ergonomik dengan
cepat dan mudah. Tanpa penerangan secara saintifik dan teknikal yang sukar difahami akan
membuka ruang yang lebih banyak untuk masyarakat umum sedar aspek ergonomik dalam
kehidupan seharian. Oleh itu, satu pendekatan aktif, kreatif dan inovatif telah dirangka untuk
memberi peluang kepada para pelajar mengaplikasikan input-input pengajaran dalam kursus
SKPX3153 – Ergonomik dengan membuat penulisan popular secara. Perkongsian ilmu dan input
bidang ergonomik yang meliputi pelbagai aspek dapat dikongsi secara umum melalui
penyampaian tidak formal dan penggunaan bahasa serta ayat yang santai. Inovasi ini bertujuan
untuk mencungkil bakat-bakat penulisan, percambahan idea kreatif dan kritis pelajar, aktiviti
pemerhatian serta pembacaan yang spesifik dan juga mengasah bakat pelajar untuk membuat
perbandingan secara logik dalam menyampaikan ilmu-limu ergonomik secara mudah dan
berimpak. Sebelum penulisan disebarkan penilaian secara teliti tentang kesesuaian dan kualiti idea
para pelajar adalah yang terbaik dan mudah diterima umum. Diharapkan inovasi penyebaran ilmu
teknikal dan kejuruteraan manusia atau ergonomik ini dapat menyumbang kepada peningkatan
kesedaran elemen ergonomik terutama melibatkan aspek pekerjaan dan kehidupan seharian.
175
Travelog BO
Najwa binti Rosli, Aina Zafirah binti Mohd Najib, Norihan binti Md Zain
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected] ,
Travelog BO merupakan sebuah inovasi pembelajaran bahasa Melayu yang menawarkan elemen
penambahbaikan kepada kamus simpulan bahasa yang sedia ada di pasaran kini. Tarikan utama
Travelog BO ini ialah penggunaan ilustrasi berkomik digital yang mudah disebarluaskan melalui
aplikasi Wixsite. Menepati elemen New Pedagogical Deep Learning (NPDL), bahasa sebagai
elemen utama digabungjalinkan dengan subjek Sejarah, Sains dan Matematik demi memberikan
pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada murid. Pada asasnya, Travelog BO
dihasilkan untuk memberikan kefahaman mengenai maksud simpulan bahasa dan menjadi
medium pembelajaran akses kendiri yang mesra pengguna. Hal ni adalah kerana, merujuk Hamsiah
dan Ibrahim (2017:349), tinjauan yang dijalankan mendapati penguasaan makna simpulan bahasa
murid tahap dua belum mencapai tahap memuaskan. Maka, produk ini menyasarkan pengguna
utama dalam kalangan murid tahap dua berdasarkan Dokumen Standard Kandungan dan
Pentaksiran (DSKP). Menyentuh keberkesanan Travelog BO kepada sasaran pula, kami telah
memberikan satu set soalan simpulan bahasa kepada 40 orang murid tahun empat di Sekolah
Kebangsaan Teluk Ketapang. Setelah menggunakan Travelog BO (post), 40 peratus murid dapat
menjawab kebanyakan soalan dengan betul berbanding 20 peratus murid sahaja sebelum (pre)
menggunakan Travelog BO ini. Justeru, dapatan ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam
pencapaian simpulan bahasa murid selepas menggunakan bahan inovasi ini. Antara pengiktirafan
yang telah diterima oleh Travelog BO ialah pingat emas di Kolokium Nukleus Amalan Terbaik 2019
dan di International Summit of Innovation & Design Exposition (InSIDE) 2020. Maklum balas yang
diterima daripada kesemua pertandingan ini telah ditambah baik dalam Travelog BO kini. Travelog
151
BO juga telah diterbitkan secara digital dalam academia.edu pada tahun 2019 dan telah dirujuk oleh
kira-kira puluhan yang lain. Konklusinya, sememangnya Travelog BO dapat memberikan manfaat
terhadap bidang pendidikan bahasa Melayu di sekolah rendah dan mampu dikembangluaskan ke
seluruh sekolah di Malaysia.
Kata kunci: travelog, PdPC, NPDL, simpulan bahasa. digital.
176
Pendekatan Berbeza Pengajaran Pertolongan Cemas Atas Talian
Semasa Pandemik COVID-19
Farah Diyana Ariffin, Nornazatul Shima Muhammad Zain, Atiah Ayunni Abdul Ghani, Mohd
Raizal Roslin, Flavia Longik, *Mazrura Sahani
Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri (KPKI), Pusat Kajian Toksikologi dan
Kesihatan Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
Pandemic COVID-19 membawa kepada norma baru kehidupan termasuk dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Pengajaran dan kemahiran pertolongan cemas atau
basic life support (BLS) dengan matlamat menyelamatkan nyawa merupakan salah satu keperluan
teknikal pelajar Ijazah Sarjanamuda Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (KPKI). Kemahiran ini
dapat menyiapsiagakan pelajar dalam pengurusan dan tindakan kecemasan di tempat kerja
sebagai barisan hadapan (front-liners). Topik BSL merangkumi subtopik yang lain seperti kaedah
Cardiopulmonary Resusitation (CPR) dan rawatan tercekik. Covid-19 dan penjarakkan fizikal yang
menghalang pengajaran BSL dibuat secara bersemuka serta ketiadaan dana untuk membeli
mannequin yang mahal. Satu pendekatan berbeza telah diambil untuk pengajaran BSL iaitu melalui
bengkel secara atas talian sepenuhnya. Bengkel ini diwajibkan kepada pelajar tahun 2 KPKI untuk
keperluan Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NE2483) tanpa dikenakan yuran
penyertaan dan juga dibuka penyertaan kepada kakitangan UKM dengan yuran minimum.
Bengkel dua hari ini dikendalikan dengan teori asas pada hari pertama dan hari kedua melibatkan
sesi praktikal. Sesi praktikal dijalankan menggunakan barang-barang DIY yang murah seperti dua
rol kertas tisu dan penutup botol untuk amali CPR. Di akhir sesi praktikal, semua pelajar dan peserta
diberikan ujian atas talian untuk menilai kefahaman peserta bengkel. Ujian atas talian tersebut
digunakan sebagai salah satu komponen pentaksiran bagi kursus NE2483. Seramai lebih 200
peserta telah menyertai bengkel ini dan telah memberi maklumbalas yang positif kepada
pengendalian bengkel ini. Di samping dapat memenuhi keperluan kursus dan memberi kemahiran,
bengkel ini juga dapat menjana pendapatan. Ia juga dapat menjimatkan masa di mana semua
subtopik, amali asas pertolongan cemas serta penilaian dapat diselesaikan dalam masa dua hari
sahaja. Pelajar juga turut mempunyai sijil yang boleh dijadikan nilai tambah untuk kerjaya mereka.
Kesimpulannya, walaupun dalam keadaan pandemik sedang melanda negara, teori dan amali
berkenaan asas pertolongan cemas dan pelan tindakan kecemasan dapat dijalankan dengan
lancar walaupun secara atas talian.
Kata kunci: Pengajaran atas talian, bengkel, pertolongan cemas, pentaksiran, pandemic COVID-19
152
177
CodeZinger: Makmal Pengaturcaraan Maya bagi Mengoptimumkan
Pengurusan Pembelajaran Pengaturcaraan
Noor Faridatul Ainun Zainal, Zarina Syukur, Shahrina Shahrani, Masura Rahmat,
Azura Ishak, Rohizah Abd Rahman
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
[email protected]
Pengenalan Pengaturcaraan adalah kursus asas yang mesti diambil oleh pelajar jurusan komputer.
Kursus ini dianggap sebagai kursus yang sukar untuk dipelajari sejak dari dulu lagi. Mulai tahun
2020, pandemik Covid19 menyebabkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ditutup kepada pelajar.
Proses pembelajaran pengaturcaraan menjadi semakin sukar kerana tenaga pengajar berada jauh
dari pelajar yang berada di dalam dan luar negara. Oleh itu, CodeZinger yang merupakan salah
satu Makmal Pengaturcaraan Maya (VPL), digunakan sebagai inisiatif untuk menggantikan kelas
makmal yang sebelumnya diadakan secara bersemuka. Kajian ini telah mengunakan CodeZinger
kepada dua kursus pengaturcaraan yang terdiri daripada 266 pelajar tahun satu, iaitu kursus
Pengaturcaraan Komputer (sem1) dan Struktur Data (sem2). Soal selidik penerimaan CodeZinger
diedarkan secara dalam talian kepada 266 pelajar tetapi hanya 186 borang soal selidik yang
dikembalikan. Temu ramah dalam talian juga dilakukan kepada lima orang tenaga pengajar. Hasil
kajian menunjukkan bahawa pelajar mendapati bahawa CodeZinger membantu mereka dalam
pengurusan pembelajaran pengaturcaraan secara optimum kerana CodeZinger mempunyai
penilaian automatik. Output input yang pelbagai yang diberikan oleh tenaga pengajar menjadikan
mereka lebih mahir dan kritikal dalam melakukan pengaturcaraan. Kesimpulannya, CodeZinger ini
membantu pelajar dalam mengoptimumkan pengurusan pembelajaran pengaturcaraan. Walau
bagaimanapun, perlu ada kajian mengenai kesan emosi pada pelajar yang mempunyai masalah
akses internet dan motivasi pelajar.
Katakunci: Codezinger, Makmal Pengaturcaraan Maya, Pembelajaran Pengaturcaraan, Penilaian
automatik
178
Aktiviti kumpulan maya (Eg) Perkasa pembelajaran aktif dan Fikiran
kreatif pelajar-pelajar kejururawatan
Maziah Ahmad Marzuki
Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan UKM
Aktiviti kumpulan maya (eG) adalah aktiviti belajar berkumpulan yang dilakukan secara maya.
Pelajar-pelajar dibekalkan dengan bahan bacaan, diberi masa 1 - 2 hari membaca, diberi senario
dengan pelbagai soalan, tugasan diselesaikan, pembentangan dan refleksi sebagai penutup
kepada pengajaran pembelajaran maya. Kaedah eG diperkenalkan apabila pelajar dilihat bosan
belajar, mengantuk dalam kelas, pembelajaran tidak aktif, soalan tanpa jawapan daripada pelajar,
dan sukar mentafsir kefahaman pelajar. Situasi menjadi lebih rumit apabila pengajaran
pembelajaran perlu dilakukan secara maya. Justeru kajian kes dijalankan dengan kaedah eG ke
atas 48 orang pelajar kejururawatan yang mendaftar kursus FFFJ3324 Modul Onkologi, iaitu kursus
yang mengandungi topik-topik berbentuk fakta yang memerlukan kefahaman mendalam pelajar
dalam memahami dan mempraktiskan ilmu tersebut. Hasil kajian mendapati majoriti pelajar, iaitu
melebihi 80% pelajar aktif dalam kelas, belajar secara kreatif, tinggi tahap kefahaman dan kurang
153
bosan ketika belajar. Kesimpulannya kaedah eG mampu meransang kognitif pelajar berfikir di luar
kotak pemikiran dalam memahami topik sukar, serta memperkasakan pemikiran kreatif, kritis dan
pembelajaran aktif maya pelajar-pelajar kejururawatan. Kaedah eG terbukti boleh meransang
pembelajaran ‘flipped’ yang lebih positif.
179
Implementation of Home Based Experiments And Projects Using
Smartphones and IOT Platform to Enrich Online Teaching During
COVID-19 Pandemics
[1],[2]* Mohamad Hanif Md Saad, [2] Afida Ayob, [3] Aini Hussain, [3]Maisarah Hamdan
[1] Institut IR4.0, UKM,
[2] Jab. Kej. Mekanik & Bahan UKM,
[3] Jab. Kej. Elektrik, Elektronik & Sistem UKM
[email protected], [email protected]
Numerous students worldwide are having their education disrupted due to the spread of the easily
transmissible virus (COVID-19). Though they can learn online, experiments and physical projects
cannot be given to them during lockdown. This constitutes a challenge for the entire educational
environment, forcing academics to adopt remote learning and novel techniques to conduct
experiments and projects. Access to laboratory facilities has been limited, and the unavailability of
laboratory apparatus complicates the learning process. This innovation utilizes smartphones and a
cloud-based IoT platform via a Cloud based IOT platform called ThingsSentral to enhance the
online teaching experience for students and educators during COVID-19. Using smartphones as
the gateway device, data may be collected from the numerous sensors built in a smartphone from
the comfort of the students’ home or campus. The data captured on the smartphone will be
uploaded to ThingsSentral. This enables students to create their own innovative and home-based
experiments, such as (i) utilizing the phone's light intensity and sound sensor to determine the
optimal pace for study in their home and (ii) utilizing the light sensor to determine the optimal
location in their home for growing indoor plants and studying the effect of light intensities and (iii)
many others. A survey was conducted on the students who used the system to gather their
perspective and make further system improvements. Good responses were obtained showing that
students were very excited about the innovation and its applications and benefit.
Keywords: Intelligent Systems , IoT, Cloud Based Systems.
180
Interactive Mobile Virtual Reality Application for Chemistry
Laboratory
Siok Yee Tan[1]*, Chun Fei Leow[1], Meng Chun Lam[1], Sook Yee Liew[2]
[1] Mixed Reality and Pervasive Computing Lab, Center for Artificial Intelligence Technology,
Faculty of Information Science & Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,
Selangor, Malaysia. [2] Chemistry Division, Centre for Foundation Studies in Science, University of
Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
[email protected]
Students are not able to interact, use or handle the apparatus and chemicals/materials as they
cannot attend physically to the laboratory during the Covid-19 pandemic. The students miss out on
practical and not be able to learn the proper technique or skill in handling a chemistry experiment.
154
Furthermore, chemistry laboratories present more hazards than are typically found in other science
laboratories. Virtual reality (VR) is an interactive tool for chemistry laboratory learning to overcome
the mentioned problem. However, its application and assessment for chemical education are still
limited. Thus, an educational VR chemistry experiment that allows immersive interactions should
be designed. This study aims to develop an interactive mobile VR application that allows students
to carry out experiment virtually and immersive using VR Box and joystick. The topics included in
the proposed application are focuses on Malaysia’s secondary school syllabus; Form 5’s Chapter 4:
Thermochemistry, Form 4’s Chapter 3: Chemical Formulae and Equation, Form 4’s Chapter 6:
Electrochemistry and Form 4’s Chapter 7: Acid. The development methodology included two
phases. Phase 1 is to design the VR application and create 3D modelling. 3D model is created using
Blender software. VR application is developed using Unity 3D software in Phase 2. The proposed
application able to allowed users to carry out chemistry experiment without attend physically to
the laboratory and able to avoid hazards in real life.
Keywords: Covid-19, chemistry experiment, virtual learning, virtual reality.
181
Kenali Kromosom di Hujung Jari dengan Easy ID Chromosome
Caricature
Nurul Farhana Jufri[1]*, Farah Wahida Ibrahim[1], Siti Fathiah Masre[1],
Sayyidi Hamzi Abdul Raub [2], Shaznira Lee Ann Rosmanizam[2]
[1] Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
[2] Pantai Premier Pathology, Pantai Medical Center, Kuala Lumpur
*[email protected]
Pengenalpastian kromosom manusia secara tepat sangat penting dalam bidang sitogenetik bagi
tujuan pendiagnosan penyakit. Masalah yang sering dihadapi dalam mengenalpasti kromosom
terutamanya di kalangan pelajar adalah kesukaran dalam membezakan jenis kromosom. Bagi
menangani masalah ini, Easy ID Chromosome Caricature direka untuk membantu pelajar
mengenalpasti kromosom manusia. Inovasi ini terdiri daripada koleksi rujukan kromosom sebagai
panduan dan pelajar perlu untuk mengenal pasti ciri khas yang diberikan dalam bentuk santai.
Seterusnya, pelajar akan mentransformasi kromosom ke bentuk karikatur unik menggunakan
perisian grafik agar pengenalpastian kromosom dapat dilakukan dengan lebih mudah ketika
melakukan pengkariotaipan di masa depan. Inovasi ini pertama kali diperkenalkan sebagai
intervensi kepada 87 pelajar Sains Bioperubatan tahun akhir yang mendaftar dalam kursus
sitogenetik. Pelajar telah menggunakan pelbagai perisian grafik seperti Procreate, Adobe
Photoshop, PowerPoint, ibis Paint X dan Canva. Maklum balas dikumpulkan daripada pelajar
sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Selepas intervensi, terdapat peningkatan
kemampuan pelajar untuk mengenal pasti setiap kromosom. Mereka dapat menghafal ciri unik
kromosom dengan cara yang menyeronokkan. Di samping itu, inovasi ini juga dapat dilihat untuk
meningkatkan kemahiran pelajar yang melibatkan kreativiti dan pemikiran kritis. Secara
keseluruhan, alat pembelajaran ini memangkin kemampuan pelajar untuk meningkatkan
pengetahuan asas mereka dalam mengenal kromosom. Rekaan ini telah difailkan dalam
perlindungan harta intelek UKM.IKB.800-4/1/3521.
Kata kunci: karikatur; sitogenetik; perisian grafik; memori
155
182
I-AMKTANDAS Adab Masuk dan Keluar Tandas
Nur Fatihah M. Shukri, Rohana M. Ariffin, Nuni Natassa M. Sani,
Ili Asmaa M. Napiah, N. Rozialnida N. Lah & M. Khalid M. Nasir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
*[email protected], [email protected]
I-AMKTANDAS dicipta dengan gabungan inovasi pembelajaran mengenai adab masuk dan keluar
tandas yang menggunakan kaedah interaktif branching scenario iaitu salah satu cabang dalam H5P.
Ini bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu dan proses pembelajaran tidak
terhenti akibat Covid-19. I-AMKTANDAS ini disasarkan untuk murid pra sekolah berusia enam tahun.
Tiga objektif yang ingin dicapai adalah supaya murid dapat membaca dan mendengar lima adab
masuk dan keluar tandas dengan betul, dapat menyatakan lima adab semasa di dalam tandas
dengan betul dan dapat memilih sekurang-kurangnya tiga daripada lima adab masuk dan keluar
tandas dengan betul. Melalui cara ini, murid akan dapat mempraktik dan mengulangkaji adab
masuk dan keluar tandas yang telah dipelajari apabila menggunakan I-AMKTANDAS dan
menjawab soalan yang disediakan. Kaedah penilaian keberkesanan pengaplikasiannya dalam
pembelajaran yang pertama adalah apabila murid seronok tidak merasa bosan belajar
menggunakan cara ini. Murid boleh mencuba untuk menjawab soalan yang sama berulang kali
apabila jawapan pertama kali adalah salah. Keberkesanan penggunaan kaedah I-AMKTANDAS
alternatif ini adalah apabila murid boleh menghafal doa masuk dan keluar tandas, memilih adab
masuk dan keluar tandas dengan betul.
Kata kunci: H5P, Branching Scenario, Adab, I-AMKTANDAS, Pembelajaran dalam Talian.
183
Inovasi HIGH5 BEST Solat
Rohana M. Ariffin, M. Khalid M. Nasir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
[email protected] & [email protected]
Kem bestasri solat (KBS) adalah aktiviti wajib dan dilaksanakan bagi memastikan murid Tahun 3
dapat menunaikan solat dengan sempurna. Oleh kerana, ujian pendamik Covid-19 yang melanda
dunia menjadi asbab guru-guru mencari altenatif supaya perlakasaan KBS dapat diteruskan. Setiap
pelaksanaan KBS akan dicatat dalam borang penilaian dan diisi oleh ibu bapa atau guru untuk
menilai tahap pencapaian murid. Oleh itu, HIGH5 BEST Solat ialah satu aplikasi gabungan
penggunaan kandungan interaktif di dalam H5P yang mampu menarik minat murid kerana pelbagai
elemen dan pendekatan yang disediakan. HIGH5 BEST Solat juga boleh di akses bila-bila masa.
Objektif pembelajaran melalui apliksasi ini ialah memberi pendedahan kepada murid tentang
sejarah, cara solat, tatacara berwuduk, dan kepentingan solat agar dapat amalkan dalam
kehidupan seharian. Di samping itu, memberi pendedahan mengenai cara solat yang sempurna
dan betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang di tetapkan, serta perkara yang membatalkan
solat. Pelaksanaan inovasi HIGH5 BEST Solat ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada
peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam
bidang ibadat. Seterusnya dapat membantu guru-guru melengkapkan dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik.
Kata kunci: Kem bestasri solat (KBS), H5P, HIGH5 Best Solat, Pendidikan Islam, Sekolah Rendah.
156
184
LAMANQu Pendidikan Quran Interaktif
Nur Fatihah Mohd Shukri, M. Khalid M. Nasir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM)
*[email protected], [email protected]
Pada musim pandemik COVID-19 ini, pelbagai kaedah dan sumber pengajaran dan pembelajaran
digunakan oleh guru untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
dilaksanakan dengan jayanya. Antara salah satu inovasi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek
Pendidikan Islam Quran sekolah rendah ialah Laman Interaktif Pendidikan Islam Quran (LAMANQu)
Tahun 2 menggunakan aplikasi H5P telah direkabentuk. LAMANQu ini amat membantu guru untuk
memastikan semua aspek ditekankan merangkumi tilawah dan hafazan kepada murid dengan
lebih berkesan. Penggunaan kandungan interaktif di dalam H5P memudahkan murid untuk belajar
secara interaktif mengikut tahap pembelajaran mereka. Pembelajaran yang berkesan membantu
murid untuk seronok belajar meneroka apabila aspek audio, animasi, video dan latihan kuiz secara
dalam talian digabungjalinkan dalam laman tersebut. Murid boleh memilih sendiri bahagian yang
perlu mereka kuasai pada laman interaktif tersebut dan boleh mengulangi pembelajaran secara
kendiri di rumah. Laman interaktif yang mesra pengguna menjadikan murid boleh menggunakan
mana-mana peranti yang sesuai.
Kata Kunci: H5P, Kandungan Interaktif, PdPR, Pendidikan Islam Quran, Sekolah Rendah
185
iFLIP COLOUR (Interactive Preschool Workbook)
Noor Liana Athirah Rosliza, Nor Diyana M. Azan, M Khalid M. Nasir
Fakulti Pendidikan, Universiti kebangsaan malaysia
[email protected], [email protected]
iFlip Colour merupakan sebuah buku interaktif yang dicipta menggunakan pelbagai bahan digital
seperti video, gambar, lukisan dan quiz. Buku digital ini dihasilkan menggunakan kaedah interactive
presentation iaitu salah satu jenis kandungan yang disediakan dalam H5P. tujuan penggunaan
interactive presentation sebagai kaedah penyampaian ialah disebabkan kaedah ini mudah dikawal
oleh kanak-kanak yang berumur 3 - 6 tahun dibawah pengawasan ibu bapa dan juga guru-guru
mereka. iFlip colour merangkumi topik mengenai warna asas atau dikenali sebagai primary colours.
Penghasilan iFlip colour ini dilakukan dengan cara berkomunikasi dengan kanak-kanak prasekolah
menggunakan butang yang disediakan sebagai panduan interaktif kepada mereka. Watak yang
dicipta dalam buku interaktif tersebut melambangkan guru atau kawan yang menemani pelajar
dalam proses menerokai topik berkaitan warna tersebut. Pada setiap pengenalan mengenai warna
asas atau primary colour, kuiz pendek disediakan bagi menguji kefahaman serta kebolehan
mengingati apa yang dipelajari tersebut. iFlip Colour ini bukan sahaja memberi pendedahan
kepada kanak-kanak mengenai warna asas, malah ia juga meningkatkan kemahiran berfikiran
menggunakan otak kanan iaitu memfokuskan terhadap pemikiran secara kreatif. iFlip Colour ini
membolehkan kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi mereka secara bebas tanpa batasan
dan pada masa yang sama mereka dapat mempelajari mengenai warna- warna asas.
Kata kunci: H5P, Prasekolah, PDPR, iFLIP COLOUR, Warna Asas.
157
186
i-RUKUN dalam Pengajaran dan Pembelajaran Akidah Islamiyah
sekolah rendah
A. Fikrul Amin Shanusi ,M. Khalid M. Nasir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
*[email protected], [email protected]
Akidah merupakan salah satu daripada cabang kepada islam selepas fiqh dan akhlak. Ia diajar
disekolah dalam mata pelajaran pendidikan islam yang bertujuan untuk melahirkan murid yang
beriman dan mengamalkan cara hidup islam. Oleh itu, bahan pengajaran yang interaktif seperti i-
RUKUN dicipta bagi menggabungkan elemen teknologi, pedagogi dan kandungan dalam satu
platform pengajaran. H5P merupakan salah satu platform yang memberikan kemudahan dari segi
mencipta kandungan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan bahan. Kandungan i-
RUKUN direka berasakan pengajaran makro yang lengkap bermula dengan pendahuluan, set
induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Seterusnya i-RUKUN juga dapat menarik minat
pelajar apabila ia dapat memenuhi gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai. Ini kerana H5P
menyediakan pelbagai kemudahan seperti video, quiz, muzik dan lain – lain sebagai rangsangan
kepada pelajar yang visual, auditori dan kinestetik. Di akhir pembelajaran, murid mampu untuk
menyebut rukun islam iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji dengan betul dan mengikut
turutan. Justeru itu, penilaian dalam i-RUKUN digunakan sebagai medium untuk mengukur tahap
kefahaman pelajar dengan menjawab pelbagai soalan dalam bentuk objektif dan subjektif. Pada
masa yang sama i-RUKUN juga dapat menganalisis dan memberi data yang terperinci terhadap
jawapan dalam masa yang singkat. Kesimpulannya, i-RUKUN merupakan salah satu medium yang
interaktif dan sesuai digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran akidah di sekolah
rendah yang direka berasaskan kandungan H5P.
Kata kunci : H5P, i-RUKUN, Rukun Islam, Pengajaran dan Pembelajaran, Akidah
187
SUCI3 IBADAH Pendidikan Islam
Atiqah Abd Rahim, M.Khalid M.Nasir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected], [email protected]
Suci3 Pendidikan Ibadah Tahun 3 merupakan antara alternatif yang dipilih oleh guru Pendidikan
Islam demi menggamit kembali sifat inkuiri para murid terhadap subjek ini terutama semasa Covid-
19. Inovasi dalam persembahan pengajaran ini menggunakan Course Presentation yang
dimanfaatkan daripada aplikasi H5P menggabungjalinkan penyampaian dalan bentuk durasi video
yang pendek, penerangan mengenai topik dalam tajuk Suci3 Ibadah dan rantaian soalan yang
bertitik tolak daripada perbincangan yang telah dihuraikan. Objektif tunjang bagi transformasi
dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi tajuk Hadas Besar dalam Pendidikan
Islam ini adalah supaya murid mengikuti PdPR secara optimum. Tuntasnya, Suci3 Ibadah dihasilkan
melalui variasi warna warni dalam penyampaian digital ini diharapkan berupaya untuk merangsang
minat murid belajar.
Kata kunci: Suci3 Ibadah, Pendidikan Islam, H5P, Course Presentation, PdPR
158
188
Nous4Nouns – Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Inggeris
Imran Mustapha, M. Khalid M. Nasir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
*[email protected], [email protected]
Nous4Nouns adalah satu teknik pembelajaran mudah yang sistematik untuk memudahkan pelajar
mempelajari tatabahasa bahasa Inggeris iaitu Nouns. Dewasa ini, ramai pelajar tidak memberi
penumpuan untuk mendalami kosa kata dalam bentuk Nouns iaitu kata nama. Oleh yang demikian,
teknik pembelajaran ini direka khas untuk membolehkan pelajar mempelajarinya secara sistematik.
Dalam pembelajaran ini, penggunaan kandungan H5P adalah menjadi tunjang dalam
mengintegrasikan content delivery dan gamification. Kedua-dua elemen ini menjadi tarikan dan
motivasi kepada pelajar untuk belajar. Objektif Nou4Nouns ini adalah untuk memperkenalkan
konsep kata kerja dalam bahasa Inggeris dan seterusnya meningkatkan kosa kata kerja dikalangan
pelajar. Seterusnya diharapkan mampu meningkatkan perbendaharaan kata pelajar untuk
kegunaan dalam penulisan, pembacaan, pendengaran serta pertuturan. Kaedah yang digunakan
dalam Nous4Nouns ini adalah memperkenalkan konsep Nouns bermula daripada asas kepada
lebih spesifik.
Kata Kunci : Nous4Nouns, Nouns, H5P, tatabahasa, pembelajaran interaktif.
189
sayITright – Kemahiran Berkomunikasi
Imran Mustapha, Anis Asri, Marina Yunus, Nurhidayah M Hussin, M. Khalid M. Nasir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
*[email protected], [email protected]
sayITright adalah satu aplikasi yang direkacipta berdasarkan pemerhatian persekitaran dengan
memperkenalkan inovasi pembelajaran yang menngunakan H5P sebagai satu medium
pembelajaran interaktif. Elemen branching scenario yang terdapat dalam H5P digunakan untuk
menyampaikan isi kandungan pembelajaran kepada pelajar sekolah rendah. Objektif yang ingin
dicapai adalah untuk menunjukkan cara komunikasi yang berkesan dengan pelanggan ketika
mengendalikan aduan, cara bertutur dengan sopan dan sesuai. Dengan menggunakan kaedah
branching H5P iaitu soalan yang diajukan dalam elemen ini, murid akan dapat menjawab dengan
cara yang terbaik untuk melayan masalah pelanggan. Kaedah yang digunakan dalam inovasi
pembelajaran ini adalah dengan menggunakan penilaian berterusan bagi setiap branching dan
penerangan bagi setiap jawapan yang dipilih. Hasil daripada pembelajaran interaktif melalui
sayITright, pelajar dapat mengenalpasti penggunaan perkataan, reaksi dan penggunaan bahasa
yang tepat semasa berkomunikasi.
Kata Kunci : sayITright, kemahiran berkomunikasi, H5P, PdPR, branching scenario
159
190
Penggunaan Teknik Peta Tesis untuk Meningkatkan Kefahaman
Pelajar Terhadap Penguasaan Penulisan Tesis (Flow Thesis)
[1][2]Salmy Edawati Yaacob
[1] Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia;
[2] Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
*[email protected]
Subjek Kaedah Penyelidikan menjadi subjek wajib di setiap IPTA/IPTS di Malaysia terutama yang
menawarkan pengajian di peringkat siswazah. Namun, subjek ini juga antara subjek killer di
universiti kerana kesukaran pelajar untuk mengintegrasikan ilmu (teori) dengan penulisan sebenar
(praktikal) dalam tesis. Ini kerana terdapat pelbagai disiplin lmu perlu dihadam oleh pelajar bermula
dari memahami cara membuat kajian lepas (literature review), mencari gap kajian, memahami jenis
dan reka bentuk kajian, menguasai kaedah pengumpulan dan penganalisisan data, penentuan
teoritikal dan kenseptual kajian sehinggalah kepada jangkaan hasil. Penggunaan Teknik Peta Tesis
boleh membantu pelajar dalam memahami flow penulisan tesis. Peta Tesis merupakan satu inovasi
dalam pengajaran kaedah penyelidikan yang menggunakan susunan aliran tesis dalam kotak
secara visual. Peta Tesis memerlukan pelajar mengisi 7 kotak utama berdasarkan kajian masing-
masing. Keistimewaan teknik ini adalah pelajar mampu menguasai flow thesis, mengesan
kelemahan dan kekurangan literatur dan ketidakrelevanan jangkaan hasil dengan persoalan kajian
yang timbul. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis keberkesanan penggunaan
teknik Peta Tesis terhadap penguasaan dan kefahaman flow penulisan tesis. Rekabentuk kajian
tindakan digunakan bagi melihat perubahan pencapaian pelajar dalam penguasaan flow penulisan
tesis. Seramai 4 orang pelajar PhD daripada subjek Kaedah Penyelidikan-PPPY6283 terlibat dalam
kajian ini. Para pelajar diajar teknik Peta Tesis selama 1 semester iaitu bermula bulan April sehingga
Julai 2021. Analisis keberkesanan dinilai menggunakan tiga instrumen iaitu Ujian-Sebelum
Tindakan dan Ujian-Selepas Tindakan, pemerhatian dan pembentangan proposal penyelidikan.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan kefahaman pelajar terhadap flow penulisan
tesis melalui perbandingan keputusan Ujian Sebelum-Tindakan dan Ujian Selepas-Tindakan. Hasil
dapatan daripada pemerhatian juga mendapati pelajar menunjukkan minat, semangat dan
penguasaan terhadap subjek yang diajar. Keberkesanan teknik ini juga dibuktikan dengan
perolehan markah pembentang proposal yang cemerlang antara 36-39 daripada keseluruhan
markah 40. Oleh itu, pendekatan teknik Peta Tesis merupakan medium alternatif yang efektif bagi
subjek Kaedah Penyelidikan. Implikasinya, UKM akan lebih terbilang dengan hasil penyelidikan
siswazah yang berkualiti dan berimpak.
Katakunci: penulisan tesis, proposal, peta minda, siswazah, kaedah penyelidikan
191
Kaedah Pelaksanaan dan Penilaian Simulasi Kerja Lapangan
Berkaitan Penguatkuasaan Keselamatan Makanan Dalam Talian
Siti Shahara Zulfakar, Nornazatul Shima Muhammad Zain, Mohd Raizal Roslin dan Flavia Longik
Program Kesihatan Persekitaran & Keselamatan Industri, Pusat Kajian Toksikologi dan Penilaian
Risiko Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
*[email protected]
Kemahiran melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Makanan 1983 (pemeriksaan premis
makanan dan pengambilan sampel makanan) merupakan antara kemahiran utama yang perlu
160
dikuasai oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran. Latihan bagi aktiviti ini kepada
pelajar lazimnya dilaksanakan secara latihan kerja lapangan di premis makanan terpilih. Namun,
ekoran daripada pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, sesi kerja lapangan ini tidak
dapat dilaksanakan secara fizikal seperti kelazimannya. Walaupun pendedahan terhadap aktiviti
penguatkuasaan ini masih boleh dilaksanakan secara tayangan video demonstrasi oleh pengajar,
penilaian terhadap kefahaman dan kemahiran psikomotor pelajar tidak dapat dilaksanakan hanya
dengan melalui kaedah tayangan video ini sahaja. Oleh yang demikian, inovasi ini mengambil
pendekatan simulasi secara dalam talian bagi memastikan penilaian sesi kerja lapangan bagi aktiviti
penguatkuasaan ini masih dapat dilaksanakan dalam cabaran pandemik. Modul simulasi ini
mengandungi 2 bahagian iaitu simulasi prosedur i) pemeriksaan premis makanan dan ii)
pengambilan sampel makanan secara dalam talian yang merangkumi kaedah pelaksanaan, soalan
penilaian, rubrik penilaian pelajar serta soalan sesi refleksi. Hasil penilaian ke atas pelajar yang diuji
(semester 1 sesi 2020/2021) bagi modul ini menunjukkan julat markah pelajar berada di antara 32 -
40 bagi kedua-dua kerja lapangan tersebut (markah penuh setiap penilaian adalah 40 markah). Ini
menunjukkan bahawa pelajar masih mampu memahami serta menguasai kemahiran yang
diperlukan walaupun dilaksanakan secara atas talian. Hasil tinjauan mendapati 88% pelajar
bersetuju bahawa kaedah ini masih memberikan pengalaman kerja lapangan berkaitan
keselamatan makanan yang diperlukan walaupun dilaksanakan secara atas talian. Selain itu,
seramai 64% pelajar bersetuju jika modul simulasi dalam talian ini juga digunakan sebagai latihan
pengukuhan pelajar sekiranya aktiviti kerja lapangan secara fizikal telah boleh dilaksanakan semula
di masa hadapan. Secara kesimpulannya, pendekatan baharu ini boleh dijadikan sebagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian alternatif bagi aktiviti kerja lapangan, serta sesuai
untuk dilaksanakan dalam talian.
Kata kunci: Kerja lapangan, dalam talian, modul simulasi, penguatkuasaan keselamatan makanan,
penilaian alternatif
192
Papan Visual Kehadiran Murid Berkeperluan Khas
Aliza Alias, Samiah Bujang, Nur Zalikha Shaharudin, Noor Syuhada Mohd Yusof, Suhaiza Sali
Makmal Pembelajaran Autisme, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
Setiap hari, guru bertugas bertanggungjawab menguruskan ketibaan dan kepulangan murid
berkeperluan khas di pusat intervensi. Penggiliran guru yang berbeza ketika bertugas pada waktu
ketibaan menyebabkan guru kurang mengenal murid dan penempatan untuk dihantar ke kelas
masing-masing. Manakala sewaktu pulang, guru perlu mengenal pasti murid serta menjemput di
kelas untuk diserahkan kepada ibu bapa yang menunggu di pintu masuk. Sebahagian besar murid
di pusat ini mengalami autisme dan 50 peratus daripadanya mempunyai kesukaran dalam
komunikasi dan sehingga tidak dapat memaklumkan kepada guru bertugas nama kelas masing-
masing. Sementara itu, guru bertugas juga perlu peka dengan bilangan kehadiran murid dan
memastikan tidak ada murid yang tertinggal tanpa disedari sewaktu kepulangan. Justeru itu, papan
visual kehadiran telah dibina untuk memudahkan urusan guru dalam menguruskan murid sewaktu
ketibaan dan kepulangan murid berkeperluan khas di pusat ini. Papan visual kehadiran ini ditampal
pada dinding berhampiran pintu masuk ke pusat intervensi ini dan sangat jelas dalam
mempamerkan jumlah kehadiran murid pada setiap hari. Gambar murid digunakan sebagai
pengenalan murid bukan sahaja memudahkan guru mengenal pasti murid tetapi turut membantu
murid memahami konsep kehadiran dengan membuat pengecaman gambar sendiri. Papan
kehadiran ini mula dilaksanakan di pusat intervensi ini sejak bulan Ogos 2018 sehingga sekarang.
Pelaksanaan papan kehadiran ini memberi impak yang positif ke atas guru, perjalanan operasi
ketibaan dan kepulangan di pusat intervensi ini dan murid berkeperluan khas. Ia dibina selari
161
dengan gaya pembelajaran visual dan teori konstruktivisme. Penyediaannya yang mudah, kos
rendah dan tahan lasak. Papan visual kehadiran ini merupakan sebahagian daripada modul
ketibaan dan kepulangan murid berkeperluan khas yang kini dalam proses pembangunan. Ia
berpotensi dipasarkan kepada pengguna seperti guru, murid tadika dan pusat intervensi swasta
serta berpotensi untuk ditambahbaik dan dibangunkan dalam bentuk aplikasi mudah alih selari
dengan perkembangan teknologi masa kini melalui kolaborasi dengan pakar dalam bidang
berkenaan.
Kata kekunci :berkeperluan khas, ketibaan, kepulangan, sokongan visual, papan kehadiran
193
Grammar Big Book (GRABB) Your Tenses
Ahmad Akmal Haikal Ahmad Nizam, Izz Norazhan Abdul Karim, Muhammad Mustaqim Md Nor,
Arnold Pedro, Sakhiyyah A. Rahim, Zuraini Kartini Saleh
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
The innovation of Grammar Big Book (GRABB) Your Tenses was created to help the pupils to
improve their grammar knowledge specifically in the topic of tenses - Past, Present and Future
tense. Based on the test administered for Year 4 pupils in a school at Kuala Nerus, Terengganu,
results had shown that 70% of the pupils were unable to answer the grammar item (tenses)
correctly. Hence, the main purpose of the innovation is to aid the pupils in understanding the tenses.
Other than that, it is also created to help the teacher to vary the teaching method instead of only
using the traditional approach. For the innovation, GRABB Your Tenses was inspired from the popup
book, which is mainly to grab the children's attention. Based on a research study done by Sri Adelia
& Agung (2018) on Learning Activities of Students using Developed Innovative Pop-up Book,
students are more enthusiastic and motivated in following the learning process when using
innovative popup book. In addition, GraBB Your Tenses includes a timeline of tenses which can
help a lot for the students to understand the abstract concept of tenses (Ihsan & Fitrawati, 2018). It
can also be considered as all-in-one kit since it can be used for the 3P teaching stages (presentation,
practice, production).
Keywords: GRABB, grammar, tenses, popup book, all-in-one kit.
194
Keberkesanan Kit ‘PaSiKes’ 3.0 dalam Membantu Murid
Mengaplikasikan Kemahiran Mengatakan ‘TIDAK’ Terhadap Sentuhan
Tidak Selamat.
Zul Aizam bin Yassin, Nazifa Nabilah binti Khairul Anuar,
Nurul Aizzah binti Abdul Razak @ Mr Royak Kade, Nurul Farzana binti Fahrurrazi
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
[email protected]
Gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak merupakan perkara yang membimbangkan di
Malaysia (Alias Azhar, Siti Khadijah Mohd Khair dan Kamini, 2017). Secara purata, umur kanak-kanak
antara 4-12 tahun sangat berisiko untuk mendapat gangguan seksual dari persekitaran mereka.
Perkara ini berpunca daripada sikap kanak-kanak yang sukar untuk mengatakan ‘Tidak’ apabila
berhadapan dengan situasi sentuhan tidak selamat kerana kekurangan pengetahuan terhadap
aspek keselamatan diri. Bagi mengukuhkan lagi kenyataan ini, ujian pra dijalakan di SK IPG Kampus
162
Dato’ Razali Ismail terhadap 50 orang responden. Melalui ujian ini, data analisis menunjukkan
responden gagal untuk mengetahui dan secara tidak langsung gagal mengaplikasikan kemahiran
menyatakan ‘Tidak’ terhadap setuhan tidak selamat. Inovasi Kit ‘PaSiKes’ 3.0 yang dijadikan sebagai
BBM menunjukkan keberkesanannya apabila sebanyak 97% responden dapat menguasai topik ini.
KIT pasikes 3.0 merupakan singkatan kepada Kit Pastikan Si Kecil Selamat dan dijadikan sebagai
satu inovasi untuk membantu kanak-kanak meningkatkan pengetahuan mereka terhadap
sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat sekali gus mengaplikasikan kemahiran mengatakan
‘Tidak’ terhadap sentuhan tidak selamat. Produk inovasi ini telah berdaftar dengan Perbadanan
Harta Intelek Malaysia (myIPO) dan telah memperoleh anugerah gangsa dalam International
Innovation Competition (INNOCOM) yang diajurkan oleh The Academic International Dialogue (AID
Conference). Kit ini dilengkapkan dengan 7 komponen iaitu Paparan Jalan, Kad Imbas, Figura Ally
dan Aboy, Carta Markah, Kad Misteri, Kad Markah dan Skema Markah. Pembaharuan yang dibawa
oleh Kit ‘PaSikeS’ 3.0 ialah penghasilan kit dalam bentuk yang lebih menarik dari segi cetakan dan
pembungkusan kotak. Secara keseluruhannya, Kit ‘PaSikeS’ 3.0 sangat membantu murid untuk
mengaplikasikan kemahiran menyatakan tidak terhadap sentuhan tidak selamat.
Kata kunci: Kit PaSiKes, sentuhan selamat, sentuhan tidak selamat, kemahiran menyatakan ‘Tidak’.
195
Keberkesanan “Kit Dynamic Step” Bagi Meningkatkan Penguasaan
Pergerakan Kaki Dalam Aktiviti Sukan
Muhammad Isyraf Fathi Bin Izani, Nurul Afifi Binti Zaharul, Muhammad Amirul Fauzan Bin Ahmad
Refaat, Muhammad, Khadzir Bin Tahir, Zul Aizam Bin Yassin
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu
[email protected]
Kajian mendapati bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan komponen penting
dalam kurikulum pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas
melalui penekanan aspek psikomotor, kognitif, afektif dan kecergasan fizikal. Sehubungan dengan
itu, mata pelajaran Pendidikan Jasmani menjadi wadah penting untuk membina kemahiran fizikal
yang baik dalam diri pelajar. Selari dengan itu, terdapat masalah yang dihadapi oleh guru
Pendidikan Jasmani berhadapan dengan kesukaran dalam mengajar dan melatih pelajar terutama
dalam aspek penguasaan kemahiran pergerakan kaki. Perkara ini perlu diatasi memandangkan
terdapat pelbagai jenis sukan yang memerlukan pelajar untuk mahir dalam peraturan pergerakan
kaki. Kit pengajaran DYNAMIC STEP merupakan satu produk inovasi yang dicipta sebagai
kemudahan kepada guru Pendidikan Jasmani untuk mengajar kemahiran pergerakan kaki. Kit
Dynamic Step ini mengandungi alat latihan kemahiran pergerakan kaki yang telah diubahsuai bagi
memudahkan guru-guru Pendidikan Jasmani untuk melaksanakan proses pengajaran serta murid
berpeluang untuk memperoleh pengalaman secara individu dengan melaksanakan pergerakan
kaki mengikut panduan yang telah dicipta melalui produk ini. Hal ini demikian kerana, pengalaman
merupakan pemangkin kepada peningkatan dalam sesuatu kemahiran. Di samping itu, alatan yang
terdapat pada kit ini juga mempunyai tarikan bentuk dan warna yang dapat menarik perhatian serta
mengikut kesesuaian khususnya kepada murid sekolah rendah untuk lebih mudah memahami
pergerakan-pergerakan kaki dalam sukan. Masalah pergerakan kaki juga dikenal pasti semasa
murid-murid melaksanakan latihan olahraga. Satu kajian telah dijalankan kepada murid tahun
empat untuk menilai sejauh mana tahap penguasaan mereka dalam peraturan pergerakan kaki
bagi sukan bola jaring, bola baling dan olahraga. Maka, analisis dapatan kajian mendapati bahawa
DYNAMIC STEP dapat memperbaiki dan meningkatkan penguasaan pergerakan kaki. Kit ini telah
berdaftar di bahawa Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) serta telah merangkul pingat emas
dalam INNOHELP Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, pingat emas dalam
163
International Summit on Innovation and Design Exposition (InSIDE) 2020, pingat perak dalam
International Innovation Competition (INNOCOM) 2020 dan perak dalam Pertandingan MinD Inovasi
2020.
Kata kunci : DYNAMIC STEP, pergerakan kaki, bola jaring, bola baling, latihan olahraga.
196
What happens post-pandemic?: Adaptation of assessment in
University Malaya Medical Programme (UMMP)
Nurashikin Moh Dat, Nur Shahidah Mardhiyyah Alwi, Asma Aziz, Nurul Atira Khairul Anhar Holder,
*Wei-Han Hong, Jamunarani Vadivelu, Jess Cockburn
Medical Education & Research Development Unit (MERDU),
Faculty of Medicine, University Malaya, Kuala Lumpur
*[email protected]
Medical education experienced a robust change in assessing students during the pandemic, given
the restrictions and limitations involving students, patients, academic staff and administrators.
Written assessment took a change from being administered physically to online platform where
the assessments are proctored manually. OSCEs were conducted in the presence of standardised
patients and students conduct history taking sessions virtually with videos being recorded. VCAs
are used for clinical postings assessments. All these involved enormous effort and preparation
from administrators, academic staff and students at large to ensure the scheduling, connectivity
and fairness of assessment are well organized. However, the challenges in conducting
assessments in this fluid situation includes connectivity issues, resistance in adaptation, insufficient
of equipment for assessments, fatigued examiners, inadequate training of the examiners, student
honesty, and laborious hours spent to setup and test the platform for online assessment. Numerous
efforts were taken to ensure the challenges are overcome in ensuring progression of students in
medical school. Despite the challenges, the assessments format here is recommended given the
current pandemic situation. The university will enhance the reliability, validity and ensure students’
integrity by introducing an e-proctoring tool for online assessments.
Keywords: Assessments, Virtual clinical assessment, Medical programme, COVID-19 pandemic,
Medical education
197
Meningkatkan Kefahaman dan Skil Pelajar dalam Kursus Pengurusan
Strategik Melalui Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan
[1] Nor Liza Abdullah & [1],[2] Mohamad Rohieszan Ramdan
[1]Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43000 Bangi, Selangor
[2] Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim,
Perak
*[email protected]
Dalam usaha melahirkan modal insan yang berdaya saing, pembangunan pelajar dalam aspek
pembuatan keputusan adalah penting. Bertepatan dengan ciri-ciri pengurusan strategik, elemen
persaingan yang menjadi cabaran dalam pembuatan keputusan strategik memerlukan pelajar
dilatih untuk membuat keputusan dalam situasi yang kompetitif. Namun begitu, untuk
menyampaikan elemen-elemen yang terlibat dalam satu pakej yang menyeluruh adalah agak
sukar jika proses pembelajaran dibuat secara tradisional dan satu hala. Pendekatan yang lebih
164
inovatif perlu diperkenalkan untuk memastikan pelajar dapat mengalami secara “hands-on” senario
yang dihadapi oleh pengurusan atasan di dalam membuat keputusan strategik dengan
menggabungkan elemen persaingan, analisis dalaman dan analisis luaran. Kajian lepas
menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan permainan adalah satu kaedah pengajaran yang
efektif dalam menyampaikan kandungan kursus di samping memberi pelajar pengalaman
pembuatan keputusan dalam suasana yang kompetitif. Inovasi yang dihasilkan bertujuan untuk
menghasilkan satu alat bantuan mengajar dalam bentuk permainan kad yang berperanan untuk
menilai kefahaman pelajar dalam kursus pengurusan strategik dan dalam masa yang sama
mewujudkan semangat persaingan dan pengalaman pembuatan keputusan berasaskan penilaian
dalaman dan luaran yang menjadi teras kepada konsep pengurusan strategik. Pada asasnya,
pembelajaran berasaskan permainan ini berupaya menambahkan realisme dalam pengajaran
kursus pengurusan strategik yang mana ianya akan mendorong pelajar untuk berfikir secara
matang dengan membuat penilaian persekitaran dalam menghasilkan pembuatan keputusan yang
tepat dan pantas. Tambahan pula pembelajaran berasaskan permainan dapat menjadikan
pengajaran dan pembelajaran pengurusan strategik menjadi lebih menarik. Inovasi ini akan
menyokong pembelajaran kursus “capstone” yang mencabar untuk disampaikan oleh pensyarah
kerana ciri-ciri kursus yang menggabungkan kursus-kursus awal yang menjadi teras kepada
pentadbiran perniagaan.
Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Permainan, permainan kad, Pengurusan Strategik,
persaingan
198
Penilaian Tilawah al-Quran pada Video-video Bacaan Pelajar bagi
Subjek PPPN1902 Kemahiran Tilawah al-Quran
Wan Hilmi Wan Abdullah, Hamdi Ishak
Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam,
Fakulti Pengajian Islam, UKM
* [email protected]
Penilaian atau penaksiran adalah sesuatu yang penting dalam pembahagian wajaran markah. Ia
menentukan kebolehan dan pencapaian pelajar yang sebenar dalam sesuatu mata pelajaran atau
kursus. Salah satu kursus yang ditawarkan kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ialah
subjek PPPN1902 Kemahiran Tilawah al-Quran. Kursus ini bertujuan memindahkan pengetahuan
yang berkaitan dengan tilawah al-Quran kepada pelajar agar mereka dapat menguasai asas
kemahiran dalam pembacaan al-Quran melalui tiga indeks maqam lagu yang telah ditetapkan.
Justeru, kajian ini akan menilai pencapaian pelajar melalui video-video bacaan yang telah dirakam
serta dimuat naik ke dalam aplikasi E-Learning Tarannum Course dengan menggunakan borang
Rubrik Penilaian Tilawah yang telah direka bentuk khas. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif.
Pengumpulan data diperoleh melalui video-video rakaman bacaan 1 dan 2. Data-data dianalisis
menggunakan borang Penilaian Bacaan al-Quran Subjek PPPN1902 Kemahiran Tilawah al-Quran
A dan B (Google Form) dan borang Rubrik Penilaian Tilawah al-Quran (Excel) untuk menilai
pencapaian pelajar. Borang-borang tersebut telah dijana secara automatik (Auto Generate). Hasil
kajian mendapati penaksiran pencapaian pelajar menggunakan borang Penilaian Bacaan al-Quran
Subjek PPPN1902 Kemahiran Tilawah al-Quran A dan B dan borang Rubrik Penilaian Tilawah al-
Quran (Excel) adalah amat mudah dan praktikal. Hasil penilaian telah merekodkan pencapaian
pelajar adalah skor di antara 22.6% - 65% bagi video 1 dan bagi video 2 meningkat kepada 45.3% -
97%. Implikasi kajian adalah penilaian bacaan al-Quran menggunakan borang Penilaian Bacaan al-
Quran Subjek PPPN1902 Kemahiran Tilawah al-Quran A dan B dan borang Rubrik Penilaian Tilawah
165
al-Quran (Excel) membantu memudahkan lagi pengukuran bacaan al-Quran dan kewajaran
pembahagian markah secara praktikal.
199
Kesan Penggunaan Kit Pengajaran Petak Butang Bermagnet
(BUMAG) Bagi Mata Pelajaran Matematik Untuk Tahun 2 Di Sekolah
Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, Hulu Kinta
Noradzimah Abdul Majid, Roslan b. Saari, Harizon bt Suffian, Liew Phaik Hoon,
Ravikumar a/l Varatharaj, Suriati bt. Abdul Aziz
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
[email protected]
Penggunaan Kit Pengajaran Petak Butang Bermagnet (BUMAG) merupakan satu inovasi dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) khususnya matepelajaran Matematik di Sekolah
Rendah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan
Kit BUMAG ini dapat membantu mempertingkatkan minat, kerjasama dan seterusnya dapat
membantu guru dan murid tahun 2 dalam pengajaran dan pembelajaran untuk tajuk Operasi
Bahagi Nombor Bulat dalam lingkungan 1000 dengan nombor satu dan dua digit tanpa baki dan
berbaki. Teknik persampelan bertujuan dipilih dengan memfokuskan kepada lapan orang murid
Tahun Dua yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam kemahiran operasi bahagi
nombor bulat di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, Hulu Kinta, Ipoh. Kajian ini mengaplikasi
kaedah campuran/mix method (kuantitatif & kualitatif) iaitu membuat pemerhatian ke atas
perubahan tingkah laku murid-murid secara berkumpulan dan menganalisis perbandingan markah
ujian pra dan pos murid-murid dalam bentuk peratus dan purata. Hasil dapatan menunjukkan
bahawa minat murid berada pada tahap yang tinggi, aspek kerjasama menunjukkan murid-murid
saling bantu membantu semasa melakukan aktiviti membahagi nombor bulat dan murid boleh
menguasai operasi bahagi nombor bulat dengan lebih baik menggunakan alat ini. Berdasarkan
dapatan, di dapati penggunaan kit BUMAG dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk
subjek Matematik telah dapat merangsang aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
kalangan murid-murid yang menjadi tunjang utama program transformasi sekolah bagi membantu
memperkasakan pendidikan dan kemenjadian murid.
Katakunci: Kit Butang Bermagnet, Matematik, Operasi Bahagi Nombor Bulat, Inovasi, Kemenjadian
murid.
200
ELeT with Braille
Syed Bukharizaffan bin Syed Badrulzaman, Sufiyani binti Othman,
Wan Khadijah binti Wan Ngah, Wan Safi Rauhah binti Wan Abd Salam
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
ELeT with Braille merupakan satu kit pembelajaran yang dihasilkan untuk membantu murid
mengetahui huruf-huruf alQuran serta memahami hukum nun sakinah dan tanwin sekaligus
mengetahui cara bacaan untuk setiap hukum. Sebahagian besar murid hatta golongan dewasa
sekalipun kurang mengendahkan hukum nun sakinah dan tanwin ini. Natijahnya, mereka
melakukan kesalahan semasa membaca al-Quran. Kajian juga membuktikan bahawa guru tidak
mempunyai bahan bantu mengajar dari sumber yang luas dalam pengajaran Tilawah al-Quran
166
pelajar-pelajar bermasalah penglihatan ini (Hajarul Bahti Zakaria, Mohd. Huzairi Awang, Bani
Hidayat Mohd. Shafie & Nor Hayati Fatmi Talib, 2015). Oleh hal yang demikian, ELeT with Braille ini
dihasilkan bagi membantu golongan Orang kelainan upaya(OKU) terutamanya mereka yang
mempunyai masalah penglihatan (buta) sebagai bahan bantu untuk mempelajari ilmu berkenaan
hukum nun sakinah dan tanwin. Secara khususnya, ELeT with Braille merupakan satu kit yang
mengandungi tiga bahan iaitu Piramid Tajwid, Kad ProTaj dan Tajwid Braille Block (TBB). Ketiga-
tiga bahan ini mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri bagi membantu individu mempelajari
hukum nun sakinah dan tanwin dengan lebih mudah dan berkesan. Piramid Tajwid merupakan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) manakala Kad ProTaj ialah satu permainan untuk mengukuhkan lagi
kefahaman mereka berkaitan hukum nun sakinah dan tanwin. Kad Protaj ini juga dilengkapi dengan
QR code yang akan mengeluarkan contoh bacaan bagi setiap hukum. Tujuan QR code ini
diletakkan adalah bagi memudahkan urusan guru serta menarik minat murid untuk mempelajari
hukum-hukum tajwid (Muhammad Zulazizi Mohd Nawi & Muhammad Amirul Mohd Nor, 2021)
Kedua-dua bahan ini juga sesuai digunakan untuk mereka yang tidak mempunyai sebarang
masalah. Tajwid Braille Block (TBB) pula merupakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai
digunakan untuk golongan OKU. Dengan menggunakan ketiga-tiga bahan ini, seorang guru
mampu memberikan kefahaman yang penuh terhadap murid yang diajar dan dapat membantu
golongan kurang upaya untuk memahami hukum tajwid dengan lebih berkesan.
Kata kunci: hukum nun sakinah dan tanwin, kit pembelajaran, OKU, masalah penglihatan, Braille.
201
Makmal Konvensional Kejuruteraan Kimia ke Makmal Hibrid- Usaha
Inovasi Menghadapi Pandemik
Noorashikin Md Saleh, Teow Yeit Haan, Abdullah Amru Indera Luthfi, Darman Nordin, Shuhaida
Harun, Asmawati Maarof, Hasni Zainal Abidin, Muhammad Zamri Mohd Zulkafli
Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 UKM Bangi, Selangor.
*[email protected]; [email protected];
Kursus makmal konvensional yang ditawarkan pada setiap semester II untuk pelajar Tahun 2 dan
Tahun 3 di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses (JKKP, FKAB) ini adalah kursus makmal secara
berkumpulan yang mengandungi beberapa siri amali diikuti dengan pembentangan di akhir
semester. Walaubagaimanapun, pelaksanaan kursus makmal konvensional semasa pandemik
Covid-19 kini cukup mencabar bagi para pendidik dalam bidang kejuruteraan untuk mengekalkan
hasil pembelajaran yang efektif. Kursus makmal konvensional bertujuan untuk mengintegrasi
konsep teori dan aplikasi yang dicerap daripada kursus-kursus wajib yang telah dipelajari di dalam
Program Kejuruteraan Kimia untuk memberi kefahaman yang lebih jelas di kalangan para pelajar.
Ia juga dapat menguatkan lagi para pelajar dalam kemahiran komunikasi dan semangat
keserakanan dalam menyempurnakan projek berkumpulan. Sebelum pandemik, makmal
dijalankan secara fizikal sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan. Namun, pandemik Covid-
19 yang berlaku pada 2019 telah menggangu rancangan makmal dimana makmal konvensional
secara fizikal tidak dapat berlangsung seperti yang dirancangkan atas SOP yang menghadkan
kehadiran dan nombor pelajar di makmal. Justeru, objektif kertas kerja ini adalah untuk
membangunkan kaedah pelaksanaan kursus makmal konvensional secara hibrid iaitu secara fizikal
dan juga secara virtual sebagai strategi dalam menangani cabaran pendidikan kejuruteraan di era
pandemik Covid-19 yang tidak menentu. Bagi mencapai objektif ini, 2 proses utama yang perlu
dilalui adalah: (i) melakukan aktiviti amali secara fizikal selama kira-kira 7 minggu; (ii) melakukan
aktiviti amali secara atas talian; (iii) pembentangan akhir makmal secara atas talian melalui platform
MS Teams. Aktiviti amali yang dijalankan secara fizikal di makmal JKKP FKAB itu telah dilakukan
167
mengikut SOP yang ketat. Jumlah pelajar yang dibenarkan masuk ke makmal adalah mengikut
kapasiti yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Makmal JKKP FKAB. Sebanyak 8 amali dengan
tajuk yang berbeza dijalankan secara serentak dalam makmal yang berbeza. Oleh itu, setiap
kumpulan pelajar menghantar wakil 2 orang untuk melakukan amali fizikal. Manakala 2 orang lagi
pelajar akan menonton video amali yang sama di kolej kediaman masing-masing. Video amali ini
telah disediakan lebih awal oleh Demonstrator dan Staf Makmal setiap amali. Video ini
menunjukkan Demonstrator sedang melakukan amali dari awal sehingga data dicerap dan
langkah-langkah yang perlu dilakukan sehingga amali tamat. Setelah 2 orang wakil setiap
kumpulan tamat melakukan amali fizikal di makmal, pelajar ini akan pulang ke kolej kediaman
masing-masing. Selepas itu, sesi perbincangan atas talian akan diadakan sesama pelajar bagi
menyiapkan laporan pendek yang perlu dihantar pada hari yang sama. Laporan Panjang perlu
dihantar pada seminggu selepas amali dijalankan. Bagi aktiviti amali yang dijalankan secara atas
talian pula, setiap pelajar dalam kumpulan akan menonton video amali yang telah disediakan oleh
Demonstrator dan Staf Makmal yang terlibat. Selepas itu, disusuli dengan sesi perbincangan atas
talian bersama Penyelaras Makmal, Demonstrator dan Staf Makmal bersama pelajar dalam
platform MS Teams. Kesimpulannya, pembelajaran secara hybrid atas talian dan fizikal dapat
dijalankan dengan jayanya. Pelbagai cabaran semasa pandemik Covid-19 ini memberikan peluang
kepada Penyelaras Makmal, Demonstrator, Staf Makmal dan pelajar mencuba teknik pembelajaran
berkesan bagi membolehkan ilmu dapat disampaikan kepada pelajar dengan jayanya.
Kata Kunci: Makmal Konnvesional, hibrid, fizikal, atas talian, MS Teams.
202
E-Pembelajaran ERP Berasaskan Web Interaktif bagi Pelajar Program
Teknologi Maklumat UKM
[1] Shalini A/P Kaanabathyrao, [1]*Amelia Natasya Abdul Wahab,
[2] Shafinah Kamarudin, [3]Siti Munirah Mohd
[1] Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
[2] Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
[3] Kolej Genius Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan
*[email protected]
Kaedah pembelajaran dan pengajaran kursus Perancangan Sumber Enterpris (ERP) bagi program
Teknologi Maklumat UKM adalah secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian. Namun,
terdapat kekangan dalam kaedah pembelajaran semasa yang melibatkan pemahaman, minat dan
kehadiran pelajar dalam musim pandemik kini. Adalah sangat penting untuk mempunyai platform
e-pembelajaran yang berkesan supaya capaian bahan pembelajaran dan komunikasi dua hala
dapat dilakukan dengan mudah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mendigitalisasikan kaedah
pembelajaran tradisional kursus ERP di UKM melalui pembangunan platform e-pembelajaran yang
berasaskan web interaktif dikenali sebagai ERP@UKM. Model ADDIE digunakan sebagai
metodologi kajian yang merangkumi lima fasa utama iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan,
Pelaksanaan dan Penilaian. Perisian yang digunakan untuk pembangunan laman web dan Bahasa
pengaturcaraan adalah Adobe Dreamweaver, HTML dan PHP. Sistem ini menerapkan gabungan
elemen multimedia dan teks bagi fungsian ruangan nota, koleksi soalan peperiksaan, kuiz, video,
animasi dan ruangan interaksi chat. Laman web interaktif bagi tujuan capaian bahan pengajaran
ERP ini diharap dapat meningkatkan minat pelajar Teknologi Maklumat UKM untuk terus
mempelajari kursus ERP dengan lebih berkesan.
Keywords: ERP, perancangan sumber enterpris, perancangan sumber perusahaan, e-
pembelajaran, LMS.
168
203
Pemerkasaan Belia untuk Kemahiran Penjagaan Wargaemas
Berdasarkan Permintaan dan Keperluan
Rosnah Sutan[1], Ruhizan Mohammad Yasin[2], Nur syuhada Mokhsan[1]
[1]Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
[2] Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
Pemberdayaan dan peningkatan keupayaan kemahiran membantu belia mengurus dan mengatasi
masalah menyediakan perawatan wargaemas. Malaysia menuju kearah penuaan yang pesat
dimana golongan belia menyumbang kepada separuh dari populasi dan golongan warga emas
satu persepuluh bahagian. Latihan berdasarkan keperluan semasa dan kehendak belia disesuaikan
mengikut keperluan wargaemas yang dijagai mampu meningkatkan tahap kualiti hidup kedua
pihak. Pakej intervensi khusus untuk pemberdayaan belia disesuaikan mengikut pilihan dapat
memberi satu tarikan penglibatan belia. Dengan kemajuan maklumat digital media sosial tanpa
sepadan, penerapan maklumat kepada pengguna untuk keperluan kehidupan seharian perlu
dipetakan untuk pemahaman yang berkesan. Memastikan kualiti hidup, sokongan sosial, dan
kesejahteraan psikologi pada kedua pihak pemberi (belia) dan penerima (warga emas) perlukan
satu kerangka yang bersesuaian dalam pengajaran kemahiran. Penelitian dari kajian sebagai
pembuktian kehendak dan keperluan membolehkan perancangan latihan kemahiran yang
bersepadu. Setiap modul diterapkan berasaskan keperluan oleh kedua pihak belia dan wargaemas.
Penggunaan teknik komunikasi barasaskan scenario dan penyelesaian masalah serta dijalankan
oleh pengajar terlatih dalam bidang dapat menarik penglibatan dan membuka peluang untuk
interaksi positif. Pemantauan secara berkala dan sokongan atas talian membantu pelatih
memahami kandungan modul untuk diaplikasikan dengan lebih baik. Pendekatan kepada pakej
asas dan diikuti dengan pakej pertengahan dapat memberikan penyerapan ilmu yang lebih
menyeluruh. Pakej asas berfokus pada domain: kepentingan pendekatan mencari maklumat
kesihatan, gaya hidup sihat dengan persekitaran kesihatan, diet sihat dan pengenalpastian masalah
risiko sosial. Pakej pertengahan mengfokuskan domain: kemahiran sokongan emosi, mengenali
rangkaian sokongan sosial, penilaian kesihatan fizikal dan pencegahan kecederaan untuk
penjagaan orang tua. Penilaian sebelum semasa dan selepas latihan kemahiran dianalisa untuk
menilai keberkesanan program.
169
PENGHARGAAN KEPADA JURI
JURI INDUSTRI
1. Encik Abdur Rahim Mohamed Sirajudin (TPM Corporation Sdn Bhd)
2. Encik Ahmad Fakhri Hamzah (HumanCapient Consulting Sdn Bhd)
3. Encik Ahmad Hanazir Abdul Halim (TM Berhad)
4. Encik Hardy Andrian Chin (Sifira Concept)
5. Encik Mohamad Hilmi Mohamad Bakhari (Digital Technologies and
Engineering, RHB)
6. Encik Mohammad Faiz Zakaria (Tamco Switchgear (M) Sdn Bhd)
7. Encik Mohd Hassan Hafiz Mamat (Indkom Engineering Sdn Bhd)
8. Encik Mohd Mizi Mohd Nor (Duopharma Consumer Healthcare Sdn
Bhd)
9. Encik Mohd Shazlan Mohd Anwar (Virtual Instrument & System
Innovation Sdn Bhd)
10. Encik Mohd Suhaimi Abdul Razak (Samsung C&T UEMC JV Sdn
Bhd)
11. Encik Mohd Zamre Khan Ahmad Khan (Boston Scientific
Corporation)
12. Encik Muhammad Hazamin Harun (Inteam Records Sdn Bhd)
13. Encik Muhammad Rusaimi Mohd Yussof (Signature Cabinet Sdn
Bhd)
14. Encik Muhammad Syafiq Suresh (Qfive Communications)
15. Encik Muhammad Zamir Abd. Rashid (Innoveam Sdn Bhd)
16. Encik Suhaizam Ismail (EPF Learning Centre)
17. Encik Zulhafizi Kamaruddin (Malaysia Automotive, Robotics and
IoT Institute (MARii) )
18. Mr. Victor Khor Eng Swee (Bank Negara Malaysia)
19. Puan Jamilah Samian (Cool Mum Super Dad Consultancy)
20. Puan Nani Mansor (Sifira Concept)
21. Puan Norhaslita Ramli (Prasarana Malaysia Berhad)
22. Puan Nuraizah Shamsul Baharin (MADCAT World Sdn Bhd)
23. Puan Roslin Mohd Shafie (TNB Labs Sdn Bhd)
24. Puan Wan Noraini Wan Daud (Apple Malaysia)
25. Ts. Dr. Mohd Zaliman Mohd Yusoff (ILSAS)
26. Ts. Khairuddin Rais (MyREF)
170
JURI AKADEMIK
1. Dr. Burhan Che Daud (UMK)
2. Dr. Lim Chee Leong (Taylors)
3. Dr. Nor Nazrina Mohamad Nazry (UM)
4. Dr. Renuka A/P V.Sathasivam (UM)
5. Prof. Datin Dr. Norizan Abd. Razak (UKM)
6. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Nasir Hj. Saludin (KUIM)
7. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim (UKM)
8. Prof. Dr. Alyani Ismail (UPM)
9. Prof. Dr. Faizah Abd. Majid (UiTM)
10. Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor (UKM)
11. Prof. Dr. Lazim Abdullah (UMT)
12. Prof. Dr. Ma’an Fahmi Rashid Alkhatib (UIA)
13. Prof. Dr. Mohd. Zaidi Omar (UKM)
14. Prof. Dr. Ts. M. Iqbal Saripan (UPM)
15. Prof. Dr. Zarina Shukur (UKM)
16. Prof. Madya Dr. Adelina Asmawi (UM)
17. Prof. Madya Dr. Dorothy Dewitt (UM)
18. Prof. Madya Dr. Faizal K.P. Kunchi Mohamed (UKM)
19. Prof. Madya Dr. Juliana Othman (UM)
20. Prof. Madya Dr. Maisarah Ahmad (IDR)
21. Prof. Madya Dr. Nor Azura Adzharuddin (UPM)
22. Prof. Madya Dr. Nurkhamimi Zainuddin (USIM)
23. Prof. Madya Dr. Rafiza Abdul Razak (UM)
24. Prof. Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah (UTM)
25. Prof. Madya Ts. Dr. Rosilah Hassan (UKM)
26. Prof. Madya Ts. Dr. Sharipah Ruzaina Syed Aris (UiTM)
171
PANEL PENILAI PEMBENTANGAN MAKALAH
1. Dato’ Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat
2. Dr Zurina Mahadi
3. Nor Zila Abd Hamid
4. Prof.Madya Dr. Kaseh Abu Bakar
5. Dr. Siti Hidayah binti Muhad Saleh
6. Dr. Faszly Rahim
7. Dr. Nur Hana Hamzaid
8. Dr. Nurul Akmal Mohamed
9. Dr Hanis Mastura Yahya
10. Prof.Madya Dr Mardzelah binti Makhsin
11. Dr Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil
12. Dr. Afifuddin Husairi Bin Mat Jusoh @ Hussain
13. Dr Norhelyna Razali
14. Dr Zaizul Ab Rahman
15. Ts. Dr. Mohd Khalid Mohamad Nasir
16. Dr Iszan Hana Kaharudin
17. Dr. Dian Indrayani Jambari
18. Dr Muhammad Adnan Pitchan
19. Dr. Nuryazmin Ahmat Zainuri
172
PENGHARGAAN KEPADA PENAJA
173
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
kepada moderator bicara tuntas pertandingan
inovasi, pembentangan makalah dan
semua pihak yang menjayakan
acara kNOVASI 2021
174
175