Contoh
Pelaksanaan
31
PENDEKATAN BERTEMA
1. Mengenal Pasti Tema Yang Sesuai
Sebelum memulakan sesuatu tema PdP, guru perlu mengenal pasti tema yang
sesuai dengan murid. Persediaan awal ini akan membolehkan guru
mengetahui kecenderungan dan minat murid terhadap tema yang ingin
diperkenalkan. Guru juga boleh mencetuskan minat dan rasa ingin tahu murid
dengan mengadakan bahan atau alatan yang berkaitan dengan tema di dalam
kelas sebelum penetapan atau pemilihan tema dibuat.
Diri
Saya
Alam Alam
Sekitar Bahan
TEMA
Negara Dunia
Saya Teknologi
Alam
Fizikal
Rajah 6: Contoh Tema Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
Guru perlu merancang tajuk PdP mengikut
kesesuaian tahap perkembangan murid, minat,
peristiwa khas, isu atau trend semasa.
32
2. Menjana Idea Berkaitan Dengan Tema Yang Hendak Dipilih
Perbincangan antara guru dengan guru dan juga guru dengan murid berkaitan
dengan tema yang hendak dipilih hendaklah diadakan untuk menjana lebih
banyak idea.
Sumbang saran dalam
kalangan guru
Sumbang saran guru dan
murid
3. Membuat sumbang saran berdasarkan tema yang dipilih
Apabila tema telah dipilih, guru perlu berbincang dengan murid untuk
mendapatkan lebih banyak idea berkaitan dengan tema tersebut. Web tema
boleh digunakan untuk memberi gambaran secara grafik perkara yang telah
dibincangkan. Penggunaan web tema akan memudahkan murid memahami
kandungan tema.
33
Jinak Ternakan Liar
Jenis
Haiwan
Reban Susu
Kandang Tempat LADANG Hasil Telur
Tinggal Ladang
Rumah Makanan Daging
Rumput Daun
Bijian Dedak
Rajah 7: Contoh Web Tema
Guru boleh meneruskan sumbang saran berkaitan dengan kandungan tema
yang telah dipilih bagi memberi peluang murid berkongsi idea dan pandangan
mereka. Dengan cara ini, guru dapat mengetahui dengan lebih mendalam
kecenderungan dan minat murid.
34
4. Mengenal Pasti Aktiviti Berdasarkan Tunjang Dalam KSPK (Semakan
2017)
Selepas mengadakan sumban saran bersama-sama murid, guru perlu
mengenal pasti aktiviti yang boleh dilaksana berdasarkan Tunjang-tunja ng
yang terdapat dalam KSPK (Semakan 2017).
TUNJANG KEMANUSIAAN TUNJANG KOMUNIKASI TUNJANG PERKEMBANGAN
Mendengar dan menghayati FIZIKAL DAN ESTETIKA
cerita rakyat tentang haiwan Bahasa Melayu
di ladang Menyoal dan menjawab Perkembangan Fizikal dan
soalan mudah Penjagaan Kesihatan
TUNJANG KETERAMPILAN English Language Permainan menunggang kuda
DIRI Talk about their favourite
farm animals Kreativiti dan Estetika
Bekerjasama dan saling Meneroka pergerakan kreatif
membantu semasa aktiviti HAIWAN haiwan di ladang
kumpulan dijalankan DI LADANG
TUNJANG KEROHANIAN,
TUNJANG SAINS DAN SIKAP DAN NILAI
TEKNOLOGI
Pendidikan Islam
Matematik Awal Menunjukkan kasih sayang
Memadan dan mengelaskan terhadap haiwan
haiwan di ladang
Sains Awal Pendidikan Moral
Bercerita tentang kitar hidup Bersyukur terhadap
haiwan di ladang sumbangan haiwan di ladang
Rajah 8: Cadangan Aktiviti Mengikut Tunjang
35
5. Menyediakan Persekitaran Kelas dan Pusat Pembelajaran Yang
Bersesuaian Dengan Tema
Persekitaran kelas dan pusat pembelajaran perlu disesuaikan dengan tema
yang dipilih kerana ianya dapat merangsang pembelajaran murid. Guru boleh
melibatkan murid dalam penyediaan kelas dan pusat pembelajaran supaya
menjadi lebih berkesan dan bermakna.
Penyediaan Pusat Pembelajaran Bersesuaian Dengan Tema
6. Pelaksanaan Aktiviti
Dalam merancang aktiviti pembelajaran, guru perlu memberi penekanan
kepada konsep pembelajaran berpusatkan murid. Murid perlu dilibatkan secara
aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
36
7. Pelibatan Ibu Bapa
Semasa pelaksanaan pembelajaran bertema, guru boleh melibatkan ibu bapa
secara langsung atau secara tidak langsung dalam PdP. Ibu bapa boleh
dilibatkan untuk berkongsi pengalaman atau kepakaran di kelas prasekolah
serta membantu menyediakan bahan PdP.
Ibu bapa perlu dimaklumkan tentang tema dan kandungan yang sedang
dipelajari di sekolah supaya ibu bapa boleh menghubung kait atau
menceritakan perkara yang berkaitan dengan tema kepada anak mereka
semasa berada di rumah. Dengan cara ini, ibu bapa dapat memberi sokongan
dan dorongan terhadap pembelajaran anak mereka. Ini akan mewujudkan
kesinambungan pembelajaran murid dari sekolah ke rumah. Secara tak
langsung akan menjadikan pembelajaran bertema lebih menyeluruh,
menyeronokkan dan bermakna kepada murid. Disamping itu, perhubungan
antara anak dengan ibu bapa dan ibu bapa dengan sekolah akan menjadi lebih
erat lagi.
37
38
PENDEKATAN BERASASKAN PROJEK
Tajuk : Kek Cawan
Fasa 1: Permulaan
(i) Idea untuk mengadakan projek ini tercetus daripada kek yang disediakan untuk
menyambut hari lahir rakan mereka.
(ii) Guru bersoal jawab dengan murid untuk mendapatkan idea awal berkaitan tajuk
yang dipilih iaitu Kek Cawan.
(iii) Murid diminta mencari maklumat berkaitan dengan kek cawan.
Web idea awal berkaitan
projek
Projek Kek Cawan
aktiviti membuat kek
cawan
berkongsi kek cawan
dengan ahli keluarga
makan kek bersama-
sama ahli keluarga
Mencari maklumat
di internet
39
Fasa 2: Perkembangan
(i) Murid berkongsi maklumat yang diperolehi berkaitan dengan kek cawan.
Melukis dan mempamerkan gambar kek cawan
(ii) Guru dengan kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat telah menganjurkan
lawatan ke Kedai Kek Sakura yang terletak berdekatan dengan sekolah.
Demostrasi cara membuat kek Murid membuat kek cawan
cawan
(iii) Selepas lawatan ke Kedai Kek Sakura, guru membuat sumbang saran bersama-
sama murid tentang cara menghasilkan kek cawan.
40
Aktiviti percambahan minda
Hasil percambahan minda
Kek cawan yang telah dihias Merasa kek cawan
(iv) Murid membuat persiapan untuk mengadakan hari jualan kek cawan di sekolah.
41
Fasa 3: Penutup
(i) Murid menjual kek cawan di gerai yang telah mereka sediakan.
(ii) Hasil jualan kek cawan didermakan ke rumah kebajikan.
(iii) Guru membimbing murid untuk berfikir semula dan menyatakan pandangan dan
perasaan murid tentang semua aktiviti yang telah dijalankan oleh murid
sepanjang Projek Kek Cawan berlangsung.
42
Membuat refleksi setelah Contoh gambar lawatan ke kedai
selesai melaksanakan projek kek yang dilukis oleh murid
43
44
PUSAT Unit
PEMBELAJARAN
3
45
46
Unit 3
Pusat Pembelajaran
1.0 Pengenalan
Antara ruang pembelajaran yang perlu diwujudkan oleh guru di dalam kelas
prasekolah ialah pusat pembelajaran. Pusat Pembelajaran merupakan ruang yang
dilengkapi dengan bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan aktiviti
pembelajaran. Pusat pembelajaran yang disediakan perlulah lengkap dan kondusif
agar dapat merangsang dan memperkayakan pembelajaran murid. Murid peluang
untuk belajar secara kendiri sama ada berstruktur atau bebas..
2.0 Peranan Pusat Pembelajaran
Pusat Pembelajaran berperanan sebagai tempat murid berinteraksi dengan
persekitaran, bahan dan peralatan serta melaksanakan aktiviti secara hands-on
mengikut minat dan tahap pembelajaran mereka. Pusat pembelajaran dapat
menyediakan peluang pembelajaran sebenar kepada murid dengan:
(i) Menyediakan pelbagai pengalaman pembelajaran yang dapat memenuhi minat
dan tahap murid yang pelbagai.
(ii) Memenuhi keperluan murid untuk bergerak, meneroka dan meluahkan idea.
(iii) Menawarkan persekitaran yang kaya dengan aktiviti berpusatkan murid.
(iv) Kesepaduan pembelajaran berlaku secara berterusan bagi mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran murid.
(v) Menawarkan pengalaman pembelajaran yang aktif, konkrit dan relevan dengan
keperluan murid
47
Pusat pembelajaran yang disediakan dalam kelas prasekolah dapat:
(i) Membina pengetahuan dan kemahiran murid melalui interaksi dengan bahan
atau peralatan.
(ii) Mendorong murid belajar mengikut minat dan kecenderungan dengan memilih
pusat atau aktiviti yang disukai.
(iii) Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah.
(iv) Memberi peluang untuk murid bersosialisasi.
3.0 Susun Atur
Guru prasekolah perlu tahu cara menyusun dan menguruskan kelas dengan baik
kerana ia akan memberi kesan yang kuat ke atas tingkah laku dan pembelajaran murid
mereka. Dalam menyusun atur pusat pembelajaran, beberapa aspek perlu diberi
perhatian antaranya ialah keselamatan, pencahayaan, memudahkan pergerakan
murid dan boleh diubah suai dari semasa ke semasa.
Contoh Susur Atur di Pusat Pembelajaran
4.0 Cadangan Pusat Pembelajaran
Nama dan bilangan pusat pembelajaran yang hendak diwujudkan di dalam kelas
prasekolah boleh ditentukan oleh guru mengikut kesesuaian situasi, tema, projek atau
48
objektif pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru juga perlu mengambil kira
keluasan dan keadaan fizikal kelas semasa menentukan bilangan pusat yang hendak
diwujudkan. Pusat pembelajaran hendaklah diubah dari semasa ke semasa mengikut
keperluan PdP. Cadangan Pusat pembelajaran yang boleh diwujudkan di kelas
prasekolah adalah seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2: Cadangan Pusat Pembelajaran
Pusat Bahan Pertimbangan Tambahan
Pembelajaran Untuk Literasi
Rak buku, bakul, Pilih lokasi yang dan Numerasi
Membaca kotak tenang
Sediakan bahan
Designed by Freepik Pelbagai jenis bahan Sediakan suasana untuk aktiviti
bacaan yang mesra dan bercerita
Bahasa - Majalah ceria (contoh: props
cerita, boneka,
- Buku yang Pamer buku yang objek berkaitan)
dihasilkan oleh berkaitan
murid tema/projek Sediakan buku
semasa berkonsepkan
- Buku besar matematik
Sediakan bahan
Carta interaktif bacaan yang Sediakan carta
mencerminkan kelas untuk
Risalah, label budaya murid murid
mencatatkan
Tempat duduk yang bilangan atau
selesa atau bantal tajuk buku yang
mereka baca
Penunjuk atau jari
"lucu" Sediakan
sebahagian
Carta yang dinding untuk
dihasilkan oleh murid murid
melahirkan idea
Kotak puisi secara kreatif
dengan pelbagai
Poster jenis bahan
Huruf dan papan Labelkan bekas
peralatan dengan
Huruf dalam bentuk gambar atau
magnet, plastic dan perkataan
foam
Kertas surih
Stensil huruf
Papan tulis dan
kapur/marker
Carta poket dan kad
ayat
Permainan bahasa
49
Pusat Bahan Pertimbangan Tambahan
Pembelajaran Untuk Literasi
dan Numerasi
Menulis
Teka-teki huruf dan
Mendengar perkataan
Dulang pasir/ garam
untuk menyurih huruf
Kertas pelbagai saiz, Sediakan pelbagai Sediakan
warna dan jenis aktiviti yang dapat bahan untuk
Kad ucapan, poskad, merangsang murid membantu
untuk menulis murid menulis
sampul surat
Buku nota kecil Sediakan pusat Sediakan
Pensel, pen, pen berhampiran kamus
dengan dinding bergambar
marker, krayon, untuk murid
gunting, pemadam, melahirkan idea Sediakan
gam dan stapler secara kreatif buku aktiviti
matematik
Mesin taip Sediakan pusat
Kad nama berhampiran Sediakan peti
papan kenyataan surat untuk
Kad huruf supaya hasil kerja murid
Set cap (stamp set) murid boleh menghantar
dipamerkan surat
Stensil
Papan putih Berikan masa
untuk murid
berkongsi idea
Wujudkan situasi
sebenar yang
memerlukan murid
menulis (contoh:
menulis surat)
Pita rakaman dan Gunakan kertas Sediakan buku
fon kepala berwarna untuk dan cakera
melabelkan butang padat yang
Buku yang mula dan berhenti menyokong
disertakan cakera pada alat tema/projek
padat perakam. semasa
Label set buku dan
cakera padat
dengan pelekat
yang sama warna
50
Pusat Bahan Pertimbangan Tambahan
Pembelajaran Untuk Literasi
dan Numerasi
Matematik
Blok dan kad corak Perkenalkan Sediakan buku
Designed by Brgfx - Freepik.com Blok geometri bahan dan dan poster yang
Bahan untuk aktiviti menunjuk cara mempunyai
Sains kegunaan alat konsep
menyusun yang disediakan matematik
Designed by Brgfx - Freepik.com Kiub unifix
Dadu dan roda Simpan bahan di Sediakan kertas
dalam bekas dan pelbagai
berputar (spinners) plastik, kotak atau jenis alat tulis
bakul yang untuk murid
Kalkulator, jam dilabelkan. merekodkan
Tangram hasil kerja
Pembilang mereka
Penimbang
Pegboards dan pegs
Kanta tangan, Bahan yang Sediakan buku
kaledoskop disediakan perlu dan majalah
diubah mengikut
Termometer pembelajaran Sediakan bahan
semasa untuk dan peralatan
Alat penimbang mengekalkan dilabel
minat murid dan menggunakan
Magnet mencabar gambar atau
pemikiran mereka perkataan
Model haiwan
Menggalakkan Sediakan pensel
Objek untuk murid bercerita dan kertas untuk
merangsang soalan tentang objek yang merekod
dan kemahiran disediakan pemerhatian
pemerhatian
Memastikan Sediakan poster
Koleksi daripada peralatan yang saintifik mudah
bahan semula jadi disediakan sesuai
(contohnya, batu, dan selamat
cengkerang dan biji digunakan
getah)
Alat permainan yang
melibatkan konsep
sains
Tumbuh-tumbuhan
Haiwan
Baju makmal
51
Pusat Bahan Pertimbangan Tambahan
Pembelajaran Untuk Literasi
dan Numerasi
Komputer Komputer Sediakan jadual
penggunaan Sediakan
Designed by Brgfx - Freepik.com Meja komputer komputer perisian yang
berkaitan
Perisian yang dengan literasi
bersesuaian dengan atau numerasi
perkembangan
murid
Fon kepala
Main Drama Set permainan Ubah pusat main Sediakan buku
- Alat memasak drama mengikut nota dan alat
Designed by Freepik - Pelbagai jenis tema tulis
makanan pembelajaran
Boneka - Kit alatan doktor semasa Sediakan buku
nombor telefon
- Wang mainan, Sediakan bahan-
bakul membeli- bahan cetak yang Sediakan
belah atau kereta mencerminkan kalendar dan
troli tema (cth: sampul risalah
surat, setem, peta
- Telefon dunia untuk tema Sediakan
pejabat pos) kertas, dan
- Set meja dan alatulis seperti
kerusi Galakkan murid pen, marker
untuk dan krayon
- Patung mempersembahka untuk murid
n permainan membuat kad
Pakaian/kostum boneka kepada jemputan atau
- Pelbagai jenis baju rakan poster
- Pelbagai jenis topi
- Pelbagai uniform
Cermin besar
Bekas kosong
barangan makanan
(kotak, tin dan lain-
lain)
Pentas boneka atau
teater
Pelbagai jenis
boneka
52
Pusat Bahan Pertimbangan Tambahan
Pembelajaran Untuk Literasi
Gunting dan dan Numerasi
Tampal Pen, marker, krayon, Menyediakan Sediakan buku
gam, gunting, kawasan di mana berkaitan kraf
Melukis dan pensel, pita pelekat, karya seni boleh
Mewarna pengokot dan dikeringkan Lakukan aktiviti
penebuk lubang yang berkaitan
Designed by Freepik Menyimpan bahan dengan bentuk
Meja dan alat kraf dalam geometri
Main doh bekas atau kotak
Bahan-bahan kitar
semula seperti Sesuaikan jumlah
sarang telur, dan kuantiti bahan
gegulung kertas, yang dibekalkan
perca kain, kertas setiap kali aktiviti
dinding dan kotak
Mohon
Bahan kraft seperti sumbangan bahan
tali, reben, kayu, dan dan kepakaran
benang daripada ibu bapa
Pelbagai jenis kertas
Esel Terangkan cara Sediakan masa
Berus dan pelet yang betul untuk yang mencukupi
Kertas menguruskan hasil untuk murid
Warna karya bercerita
Span tentang lukisan
Apron Sediakan pusat ini mereka
berhampiran
dengan sumber
air.
Pastikan media
mencukupi
Menyediakan
kawasan di mana
karya seni boleh
dikeringkan
Doh atau tanah liat Gunakan doh yang Sediakan acuan
Alas atau dulang dihasilkan sama berbentuk abjad
ada oleh guru atau atau angka.
Penggelek dan murid sendiri
pelbagai jenis acuan Sediakan aktiviti
Galakkan murid membentuk
Alat pemotong untuk membuat huruf atau
aktiviti perkataan
Kad huruf atau menggunakan alas
nombor atau dulang. Paparkan buku
yang berkaitan
Menyimpan doh di dengan doh
dalam bekas yang (Cadangan
bertutup
53
Pusat Bahan Pertimbangan Tambahan
Pembelajaran Untuk Literasi
dan Numerasi
Main Blok
rujukan: penulis
Mainan dan Barbara Reid)
Puzzle
Sediakan kertas
atau penanda
untuk murid
melabelkan
hasil karya
mereka.
Blok pelbagai: Wujudkan pusat ini Label bekas
- Jenis berhampiran simpanan blok
- Bentuk dengan pusat main dengan gambar
- Saiz drama supaya dan perkataan
- warna main blok boleh
diintegrasikan Sediakan buku
Bakul dan kotak dengan main berkaitan
Topi keselamatan drama dengan
pembinaan,
Simpan blok dalam bangunan atau
bekas yang dilabel blok
dan mudah
diakses Sediakan
alatulis untuk
Tambahkan prop murid membuat
sokongan seperti tanda dan label
model haiwan, pada hasil
kereta, pokok, binaan mereka
orang dan lain-lain
Sediakan peta
lokasi seperti
kawasan
kediaman atau
bandar
Pelbagai jenis puzzle Labelkan puzzle Sediakan buku
Model haiwan dengan kod tentang mainan
nombor atau atau puzzle
Set kereta api simbol untuk yang
Set jalan raya setiap puzzle disediakan
Set ladang Simpan mainan Sediakan
Set lapangan atau puzzle di puzzle nombor
dalam bekas yang dan abjad
terbang, berlabel
Set anak patung dan Sediakan
Bersihkan mainan aktiviti yang
rumah untuk memastikan berkonsepkan
kebersihannya matematik
54
Pusat Bahan Pertimbangan Tambahan
Pembelajaran Untuk Literasi
dan Numerasi
Main Air
Air dan tempat main Sediakan tempat Sediakan huruf
air main air di luar atau nombor
atau di dalam plastik
Kincir air dan cawan kelas yang
penyukat berhampiran
dengan sumber air
Pelbagai jenis bekas
yang berbeza saiz Pastikan
dan bentuk kebersihan tempat
dan alat main air
Alat mainan yang
sesuai
Span, botol, tiub dan
corong
Apron
Main Pasir Pasir dan tempat Gunakan pasir Gunakan huruf
main pasir yang telah dibasmi dan nombor
Designed by Brgfx - Freepik.com kuman
Pengayak, dalam aktiviti
penyodok, baldi dan Pastikan murid main pasir
acuan cuci tangan
selepas bermain
Model: pasir
- Kenderaan
Pastikan murid
- Haiwan mengemas
- Tumbuh-tumbuhan selepas bermain
- Manusia
- Bangunan
Bekas pelbagai saiz
dan bentuk
Objek semula jadi
55
5.0 Penggunaan Pusat Pembelajaran
Penggunaan pusat pembelajaran boleh boleh disesuaikan dengan PdP. Bahan, alatan
dan susun atur pusat pembelajaran perlu diubah mengikut kesesuian PdP yang
dirancang. Selain itu, pusat pembelajaran juga boleh digunakan untuk melaksanakan
aktiviti pengayaan dan pemulihan.
Guru sebagai pemudah cara semasa aktiviti di pusat
pembelajaran.
Pusat pembelajaran yang disediakan boleh diguna dengan pelbagai cara, antaranya
adalah seperti berikut:
5.1 Penggunaan Pusat Pembelajaran Semasa Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema adalah strategi PdP yang menggunakan tema ke
arah mewujudkan pembelajaran yang aktif, menarik dan bermakna.
Semasa melaksanakan pendekatan ini, guru boleh menggunakan pusat
pembelajaran untuk menarik minat murid dan menggalakkan
pembelajaran kendiri secara aktif. Penggunaan pusat pembelajaran
semasa pendekatan bertema akan dapat meningkatkan lagi
keberkesanan dan kualiti PdP. Pelbagai pusat boleh diwujudkan mengikut
tema pembelajaran berasaskan minat murid. Alatan dan susun atur di
pusat pembelajaran perlu diubah apabila tema berubah.
5.2 Penggunaan Pusat Pembelajaran Semasa Pendekatan Berasaskan
Projek
Pendekatan berasaskan projek merupakan kaedah penyiasatan secara
mendalam berkaitan dengan sesuatu topik. Pendekatan ini menekankan
penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif murid dalam
pembelajaran. Pusat pembelajaran boleh dijadikan sebagai pusat di mana
murid merancang, berbincang tentang masalah dan penyelesaian dan
56
menjalankan uji kaji atau kajian. Murid juga boleh mempamerkan hasil
kerja, maklumat penyiasatan dan keputusan uji kaji atau kajian di pusat
pembelajaran.
5.3 Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran di pusat pembelajaran amat sesuai untuk
memperkembangkan pemikiran secara kritis dan kreatif serta menanam
sikap belajar secara kendiri murid. Murid diberi peluang untuk membuat
keputusan terhadap pembelajaran mereka sendiri dan menjalankan aktiviti
berasaskan minat, kebolehan dan kecenderungan sendiri. PdP di pusat
pembelajaran akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan
berkesan.
(i) Panduan Pelaksanaan
Untuk melancarkan pelaksanaan PdP di pusat pembelajaran,
guru perlu memastikan langkah-langkah berikut dilaksanakan
dan disampaikan kepada murid dengan jelas:
(a) Menetapkan peraturan seperti menjaga kebersihan bahan
dan peralatan, menggunakan bahan dan peralatan dengan
berhati-hati dan menyimpan semula bahan dan peralatan di
tempat asal selepas menjalankan aktiviti.
(b) Menentukan bilangan murid di sesebuah pusat
pembelajaran mengikut kesesuaian dari aspek ruang,
bahan, peralatan dan perancangan aktiviti.
(c) Menetapkan masa aktiviti di pusat pembelajaran mengikut
keperluan.
(d) Memastikan bahan dan peralatan di pusat pembelajaran
mencukupi, boleh diguna pakai dan dipelbagaikan dari
semasa ke semasa.
(e) Memastikan persekitaran di pusat pembelajaran bersih,
kemas dan selamat.
57
(ii) Tiga Fasa Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Secara amnya terdapat tiga fasa dalam pelaksanaan strategi PdP
di pusat pembelajaran. Fasa pertama, guru membuat persediaan
dan menyediakan murid dari segi mental sebelum PdP bermula.
Pada fasa kedua, guru menjalankan tugas sebagai fasilatator dan
pemerhati semasa murid menjalankan aktiviti. Fasa ketiga, guru
membimbing dan menggalakkan murid untuk membuat refleksi
apa yang telah dipelajari.
Fasa 1: Pengenalan
Guru perlu membuat perancangan dan menyediakan Rancangan
Pelajaran Harian (RPH) untuk PdP di Pusat Pembelajaran bagi
suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Contoh RPH bagi PdP
di Pusat Pembelajaran boleh dirujuk pada Lampiran 1-6.
Dalam merancang PdP di pusat pembelajaran, beberapa perkara
perlu dipertimbangkan iaitu:
(i) Bilangan pusat pembelajaran yang hendak diwujudkan
boleh ditentukan berdasarkan kriteria seperti kesediaan
murid, bahan dan alatan yang sedia ada dan kesediaan guru
sendiri.
(ii) Objektif PdP untuk setiap pusat pembelajaran perlu
mengambil kira minat dan kecenderungan murid. Objektif
juga akan menentukan jenis aktiviti dan bahan atau alatan
yang perlu disediakan.
58
Pusat pembelajaran perlu diubah suai berdasarkan
objektif PdP dan perkembangan murid dari semasa
ke semasa.
Sebelum melaksanakan PdP di pusat pembelajaran, guru perlu
membuat persediaan seperti berikut:
(i) Mengumpul murid dan memperkenalkan pusat-pusat
pembelajaran.
(ii) Menjelaskan peraturan yang harus dipatuhi semasa
menjalankan aktiviti.
(iii) Menunjuk cara penggunaan bahan dan peralatan.
(iv) Memberi peluang kepada murid untuk mencuba bahan dan
peralatan yang akan digunakan.
Fasa ini boleh dikecualikan sekiranya murid telah
jelas dengan penggunaan pusat pembelajaran.
Murid diberi peluang untuk mencuba bahan dan peralatan di pusat pembelajaran
59
Fasa 2: Pelaksanaan Aktiviti
(i) Murid diberi peluang untuk memilih pusat pembelajaran
yang diminati.
(ii) Murid meneroka di pusat pembelajaran yang dipilih.
(iii) Guru berperanan sebagai fasilitator semasa murid
menjalankan aktiviti di pusat pembelajaran.
(iv) Guru membuat pemerhatian semasa murid melaksanakan
aktiviti dan merekodkannya. Jadual 2 menunjukkan contoh
rekod penggunaan pusat pembelajaran.
(v) Murid perlu menyimpan bahan dan peralatan serta
mengemas pusat pembelajaran selepas menggunakannya.
(vi) Guru perlu mengambil kira keluwesan (flexibility) dalam
melaksanakan aktiviti.
Guru boleh mengambil gambar atau membuat
rakaman video semasa murid melaksanakan
aktiviti untuk tujuan pentaksiran.
Jadual 3: Rekod Penggunaan Pusat Pembelajaran
REKOD PENGUNAAN PUSAT PEMBELAJARAN
TARIKH: 15 Februari – 13 Mac 2016
Pusat Pembelajaran
Bil Nama Kraf & Bahasa Drama Block & Penerokaan
Kreatif Puzzle
1 Alifin
2 Alvin Tai 15/2 15/2
3 Aiman
4 Chia Ke Xin 15/2 15/2
5 Haris
6 Heng Jing Hwa 15/2 15/2
7 Praween
15/2
15/2
60
Fasa 3: Refleksi
(i) Murid berkumpul semula.
(ii) Murid digalakkan berkongsi pengalaman atau hasil dapatan.
(iii) Guru perlu menjalankan tindakan susulan untuk menambah
baik bahan, peralatan dan aktiviti di pusat pembelajaran
Guru harus memastikan semua murid dapat
berkongsi pengalaman dan tidak terhad kepada
murid atau kumpulan yang tertentu sahaja.
61
Merancang pusat pembelajaran Perancangan
Penambahbaikan Susun atur yang sesuai berdasarkan ruang, Pengajaran dan Pembelajaran
keperluan dan keselamatan
Sedia bahan/alatan asas
di setiap pusat pembelajaran
Menetapkan objektif/Standard Pembelajaran)
untuk setiap pusat pembelajaran
Sedia bahan/alatan berdasarkan
objektif/Standard Pembelajaran di setiap pusat
pembelajaran
FASA 1
Pengenalan kepada pusat pembelajaran
FASA 2
Pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran
FASA 3
Refleksi bersama-sama murid
FASA 3
Refleksi bersama-sama murid
Rajah 9: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran
62
Contoh Pelaksanaan PdP di Pusat Pembelajaran
Susunan dan pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran
Murid melaksanakan aktiviti di pusat pembelajaran
6.0 Rumusan
Pusat pembelajaran merupakan satu ruang yang penting dalam pendidikan
prasekolah kerana ia dapat membantu memenuhi keperluan dan tahap kemahiran
murid yang pelbagai. Pusat-pusat pembelajaran yang diwujudkan seharusnya dapat
membantu murid dalam pembentukan dan penyuburan dirinya secara menyeluruh
dan seimbang.
63
Guru juga boleh merangsang pembelajaran murid dengan menyediakan pusat-pusat
yang dapat menggalakkan aktiviti bebas kerana murid belajar dengan melakukan
(learning by doing). Murid dapat membina pengetahuan secara aktif melalui interaksi
dengan dunia di sekeliling mereka. Murid juga akan merasa seronok untuk belajar
dengan kerana mereka dapat mengaitkan pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari dengan kehidupan sebenar .
Guru perlu menggunakan pusat pembelajaran yang diwujudkan secara optimum
kerana pusat pembelajaran dapat memberi impak yang besar terhadap pembelajaran
murid prasekolah.
64
Contoh Rancangan Pelajaran
Harian Bagi Pengajaran dan
Pembelajaran di Pusat
Pembelajaran
65
66
Jadual 4: Perancangan Keseluruhan PdP di Pusat Pembelajaran
Bahasa Seni & Kraf Pusat Pembelajaran Sains & Teknologi Manipulatif
Pembinaan
BM 1.4.4 Berinteraksi KE 3.2.2 Memilih media MA 6.2.4 SA 1.1.2 Menunjukkan FK 1.1.1 Menunjuk cara
menggunakan ayat mudah yang sesuai dalam Menghasilkan bentuk sikap ingin tahu, kemahiran menggunakan
mengikut situasi penghasilan karya seni baharu dari gabungan sistematik, bekerjasama peralatan dan bahan
bentuk tiga dimensi dan bertanggungjawab dalam aktiviti yang
BM 2.6.1 Memilih bahan KE 3.3.4 Membuat corak melibatkan motor halus
bacaan yang digemari dan rekaan mengikut MA 6.3.3 Membuat SA 2.2.3 Mengumpul
kreativiti sendiri binaan menggunakan objek mengikut ciri yang FK 1.2.2 Memanipulasi
BM 2.6.3 Membaca pelbagai bahan dikenal pasti pelbagai objek
perkataan yang terdapat KE 3.3.5 Menghasilkan mengikut kreativiti dan menggunakan jari yang
dalam buku binaan kreatif menceritakannya SA 2.2.4 Menyatakan ciri melibatkan koordinasi
sepunya untuk setiap mata dan tangan
BM 2.6.5 Membaca bahan KE 3.3.7 Menghasilkan KD 3.2.4 Menghormati pengelasan yang telah
bacaan secara berkongsi karya kreatif menggunakan hak milik orang lain dibuat FK 5.1.9 Mengamalkan
dengan rakan bahan kitar semula kebersihan di :
KD 3.1.1 Menunjukkan MA 1.3.1 Menyusun objek
BM 2.6.6 Membaca bahan KD 3.2.1 Mengamalkan kepekaan terhadap mengikut kriteria berikut: i. kelas
bacaan dengan sendiri etika sosial dalam keperluan orang lain
perhubungan dan bertindak i. Kecil ke besar FK 5.3.5 Menunjuk cara
BM 3.2.1 Menulis huruf sewajarnya ii. Pendek ke panjang penggunaan alatan/bahan
kecil dengan cara yang KD 3.2.2 Berkongsi alat dan sebaliknya yang berbahaya dengan
betul dan bahan dengan orang PM 5.1.2 Bersopan betul dan selamat
lain semasa melaksanakan dalam pertuturan dan MA 1.4.4 Menghasilkan
BM 3.2.2 Menulis huruf aktiviti tingkah laku dengan pola mengikut kreativiti PM 11.1.3 Mengamalkan
besar dengan cara yang orang lain sendiri sikap rajin dalam
betul PM 13.1.3 Menunjukkan melaksanakan tugasan
sikap berjimat cermat PM 12.1.1 Menunjukkan
PM 14.1.2 Menunjukkan menggunakan alatan dan sikap bekerjasama dalam
sikap bertoleransi dengan sumber melaksanakan tugasan
rakan
67
Jadual 5: Perancangan Pusat Pembelajaran Bahasa
Tarikh : 15 Februari - 13 Mac 2017 (4 minggu) Masa : 60 minit/slot
Jumlah murid: 5 orang
Standard Pembelajaran Objektif Cadangan Aktiviti Alatan / Bahan
BM 1.4.4 Berinteraksi Pada akhir 1. Memilih dan 1. Pensil, krayon,
menggunakan ayat mudah pembelajaran murid membaca bahan pesil warna, pen
mengikut situasi dapat: bacaan yang marker, dan lain-
BM 2.6.1 Memilih bahan disediakan secara lain
bacaan yang digemari 1. Berinteraksi sendiri atau
BM 2.6.3 Membaca menggunakan berkongsi 2. Kertas pelbagai
perkataan yang terdapat ayat mudah saiz dan jenis,
dalam buku mengikut situasi 2. Memilih media papan putih saiz
BM 2.6.5 Membaca tulisan dan kecil
bahan bacaan secara 2. Memilih bahan menulis huruf
berkongsi dengan rakan bacaan yang besar atau kecil 3. Pelbagai jenis
digemari Bahan bacaan
BM 2.6.6 Membaca bahan
bacaan dengan sendiri 3. Membaca
perkataan yang
BM 3.2.1 Menulis huruf terdapat dalam
kecil dengan cara yang buku
betul
4. Membaca bahan
BM 3.2.2 Menulis huruf bacaan secara
besar dengan cara yang sendiri atau
betul berkongsi
dengan rakan
5. Menulis huruf
kecil atau besar
dengan cara
yang betul
6. Menunjukkan
sikap
bertoleransi
dengan rakan
PM 14.1.2 Menunjukkan
sikap bertoleransi dengan
rakan
68
Jadual 6: Perancangan Pusat Pembelajaran Kreativiti dan Kraf
Tarikh : 15 Februari - 13 Mac 2017 Masa : 60 minit/slot
Jumlah murid: 5 orang
Standard Pembelajaran Objektif Cadangan Aktiviti Alatan / Bahan
KE 3.2.2 Memilih media Pada akhir 1. Membuat aktiviti 1. Pensil, krayon,
yang sesuai dalam pembelajaran murid menggambar warna air, brush,
penghasilan karya seni dapat: art block, dan lain-
2. Membuat corak lain
KE 3.3.1 Menghasilkan 1. Menggunakan dan rekaan
warna sekunder dan alatan /bahan 2. Doh, tanah liat
mengeksplorasi warna yang disediakan 3. Membuat buku
asas untuk skrap 3. Alat jahit, kain
menghasilkan terpakai, baju lama,
KE 3.3.2 Menghasilkan karya seni butang, bean dan
karya kreatif melalui mengikut lain-lain
aktiviti menggambar kreativiti.
4. Bahan terpakai
KE 3.3.4 Membuat corak 2. Berkongsi alatan (recycle) contoh:
dan rekaan mengikut /bahan semasa kotak, pelbagai
kreativiti sendiri menjalankan saiz botol plastic,
aktiviti surat khabar lama,
FK 5.1.9 Mengamalkan majalah lama, egg
kebersihan di :(i) kelas 3. Mengamalkan tray dan lain-lain
kebersihan di
KD 3.2.1 Mengamalkan kelas semasa
etika sosial dalam menjalankan
perhubungan aktiviti
KD 3.2.2 Berkongsi alat 4. Mengamalkan
dan bahan dengan orang etika sosial dan
lain semasa meghormati hak
melaksanakan aktiviti orang lain
semasa
menjalankan
aktiviti
KD 3.2.4 Menghormati
hak milik orang lain
69
Jadual 7: Perancangan Pusat Pembelajaran Pembinaan
Tarikh : 15 Februari - 13 Mac 2017 Masa : 60 minit/slot
Jumlah murid: 5 orang
Standard Pembelajaran Objektif Cadangan Aktiviti Alatan / Bahan
MA 6.2.4 Menghasilkan Pada akhir 1. Membuat binaan 1. Blok kayu
bentuk baharu dari menggunakan 2. Set Pembinaan
gabungan bentuk tiga pembelajaran pelbagai bahan 3. Cawan kertas
dimensi murid dapat: yang disediakan 4. Mainan Lego
mengikut kreativiti 5. Kertas,
MA 6.3.3 Membuat 1. Menghasilkan
binaan menggunakan bentuk baharu 2. Menceritakan suratkhabar, kotak
pelbagai bahan mengikut dari gabungan hasil binaan pelbagai saiz
kreativiti dan bentuk tiga
menceritakannya dimensi
KD 3.2.4 Menghormati 2. Membuat
hak milik orang lain binaan
menggunakan
KD 3.1.1 Menunjukkan pelbagai bahan
kepekaan terhadap mengikut
keperluan orang lain dan kreativiti dan
bertindak sewajarnya menceritakan-
nya
PM 5.1.2 Bersopan
dalam pertuturan dan 3. Menghormati
tingkah laku dengan hak milik orang
orang lain lain
4. Menunjukkan
kepekaan
terhadap
keperluan
orang lain dan
bertindak
sewajarnya
5. Bersopan
dalam
pertuturan dan
tingkah laku
dengan orang
lain
70
Jadual 8: Perancangan Pusat Pembelajaran Sains dan Teknologi
Tarikh : 15 Februari - 13 Mac 2017 Masa : 60 minit/slot
Jumlah murid: 5 orang
Standard Pembelajaran Objektif Cadangan Aktiviti Alatan / Bahan
SA 1.1.2 Menunjukkan Pada akhir 1. Mengumpulkan 1. Bongkah kayu
sikap ingin tahu, atau 2. Kad mainan
sistematik, bekerjasama pembelajaran mengelaskan
dan bertanggungjawab murid dapat: bongkah kayu, pelbagai bentuk
kad, mainan dan dan warna
SA 2.2.3 Mengumpul 1. Menunjukkan blok mengikut ciri 3. Blok kayu
objek mengikut ciri yang sikap ingin tahu, yang dikenal berwarna
dikenal pasti sistematik, pasti, seperti 4. Kasut, buku,
bekerjasama warna, bentuk pembaris dan
SA 2.2.4 Menyatakan ciri dan atau saiz. pakaian yang
sepunya untuk setiap bertanggung- pelbagai size dan
pengelasan yang telah jawab 2. Menyusun objek panjang
dibuat mengikut kriteria 5. Manik berwarna
2. Mengumpul kecil ke besar
MA 1.3.1 Menyusun objek mengikut atau pendek ke
objek mengikut kriteria ciri yang dikenal panjang dan
berikut: pasti sebaliknya
dengan kasut,
iii. Kecil ke besar 3. Menyatakan ciri buku, pembaris,
iv. Pendek ke panjang sepunya untuk pakaian dan
dan sebaliknya setiap sebagainya.
pengelasan
MA 1.4.4 Menghasilkan yang telah 3. Menghasilkan
pola mengikut kreativiti dibuat pola mengikut
sendiri kreativiti dengan
4. Menyusun objek menggunakan
PM 12.1.1 Menunjukkan mengikut kriteria manik berwarna,
sikap bekerjasama berikut: kad bentuk dan
dalam melaksanakan (i) Kecil ke warna.
tugasan besar
(ii) Pendek ke
panjang dan
sebaliknya
5. Menghasilkan
pola mengikut
kreativiti sendiri
6. Menunjukkan
sikap
bekerjasama
dalam
melaksanakan
tugasan
71
Jadual 9: Perancangan Pusat Pembelajaran Manipulatif
Tarikh : 15 Februari - 13 Mac 2017 Masa : 60 minit/slot
Jumlah murid: 5 orang
Standard Pembelajaran Objektif Cadangan Aktiviti Alatan / Bahan
FK 1.1.1 Menunjuk cara Pada akhir 1. Membutang 1. Butang baju
kemahiran menggunakan pembelajaran 2. Mewarna gambar 2. Pelbagai jenis
gambar
peralatan dan bahan murid dapat: 3. Mengunting
pelbagai gambar 3. Kad pelbagai
dalam aktiviti yang 1. Menunjuk cara yang disediakan warna dan saiz
melibatkan motor halus kemahiran 4. Membuat corak 4. Dough
dengan
FK 1.2.2 Memanipulasi menggunakan menlekatkan 5. Pasir halus
pelbagai objek peralatan dan bentuk kad
menggunakan jari yang bahan dalam pelbagai warna 6. Manik pelbagai
aktiviti yang dan saiz untuk warna
menjadikan
melibatkan koordinasi melibatkan gambar
mata dan tangan motor halus 5. Main dough
FK 5.1.9 Mengamalkan 2. Memanipulasi
kebersihan di : pelbagai objek
(i) kelas menggunakan
jari yang
FK 5.3.5 Menunjuk cara melibatkan 6. Menulis atas pasir
penggunaan
alatan/bahan yang koordinasi mata halus.
berbahaya dengan betul
dan selamat dan tangan 7. Menguntai manik
3. Mengamalkan
kebersihan di :
(i) kelas
PM 11.1.3 Mengamalkan 4. Menunjuk cara
sikap rajin dalam
penggunaan
melaksanakan tugasan alatan/bahan
yang
berbahaya
dengan betul
dan selamat
72
TRANSISI Unit
4
73
74
Unit 4
Transisi
1.0 Pengenalan
Transisi merupakan satu aspek yang penting dalam pendidikan prasekolah. Transisi
ialah proses peralihan atau perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu
keadaan yang lain. Tujuan transisi adalah untuk menyediakan murid yang datang dari
pelbagai latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi bagi mengikuti pengajaran
dan pembelajaran. Transisi yang berkesan adalah penting untuk setiap murid dan
bukan hanya sebagai satu peristiwa yang berlaku. Transisi akan memudahkan murid
untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pembelajaran dalam masa yang
singkat. Oleh itu, transisi harus dilihat sebagai satu proses yang berterusan
melibatkan semua pihak iaitu murid, guru dan ibu bapa.
2.0 Jenis-Jenis Transisi
Transisi bagi murid-murid prasekolah terbahagi kepada tiga iaitu transisi dari rumah
ke prasekolah, transisi dalam PdP dan transisi dari prasekolah ke tahun satu seperti
dalam rajah 10.
Transisi dari rumah ke prasekolah
TRANSISI Transisi dalam pengajaran dan pembelajaran
Transisi dari prasekolah ke tahun satu
Rajah 10: Jenis-Jenis Transisi
75
2.1 Transisi Dari Rumah Ke Prasekolah
(i) Pengenalan
Melangkah ke prasekolah dilihat sebagai satu perkara normal
dalam kehidupan seorang murid. Namun, transisi ini adalah
peristiwa penting untuk seseorang murid dan mempunyai kesan
yang mendalam terhadap perkembangan mereka.
Guru prasekolah semestinya menghadapi cabaran pada awal
sesi persekolahan iaitu untuk menangani murid yang sukar untuk
menyesuaikan diri di dalam kelas. Bagi sebilangan murid, ini
mungkin kali pertama mereka berada di luar rumah secara
bersendirian. Manakala, bagi murid lain pula, ini merupakan
tempat baharu yang lebih mencabar.
Apabila murid mula melangkah masuk ke kelas prasekolah,
mereka mungkin mengalami kebimbangan pemisahan dan
tingkah laku regresif. Oleh itu, transisi dari rumah ke prasekolah
adalah proses persediaan yang diperlukan oleh murid untuk
masuk ke kelas prasekolah. Guru dan ibu bapa perlu
bekerjasama supaya murid bersedia menerima perubahan dari
rumah ke prasekolah atau dari taska/prasekolah ke prasekolah
yang baharu.
(ii) Tujuan
a) Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-
guru dan rakan-rakan yang baharu.
b) Mewujudkan hubungan yang positif antara murid dengan
guru, pembantu pengurusan murid, rakan dan warga
sekolah.
c) Meningkatkan keyakinan, minat dan semangat murid untuk
datang ke sekolah.
76
d) Murid bersedia dari segi emosi, sikap dan mental untuk
mengikuti PdP di kelas prasekolah.
(iii) Cadangan Aktiviti
a) Mengadakan lawatan ke rumah murid prasekolah
b) Mengadakan taklimat kepada ibu bapa sebelum sesi
persekolahan bermula supaya mereka tahu dan faham
berkaitan pendidikan prasekolah. Di samping itu juga,
mereka dapat membantu menyediakan anak-anak mereka
untuk masuk ke kelas prasekolah. Antara perkara yang
boleh :
Kurikulum prasekolah
Panduan kepada ibu bapa untuk menyediakan anak dari
segi psikologi dan sosial emosi
Peraturan di kelas prasekolah dan sekolah
Aktiviti dan rutin di kelas prasekolah
c) Mengadakan aktiviti bersama-sama dengan murid. Antara
aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
Berkongsi pengalaman dengan murid
Berceritakan tentang prasekolah
Menunjukkan video aktiviti di kelas prasekolah
Lawatan ke kelas prasekolah dan kawasan sekitarnya
Aktiviti menyanyi, melukis, menulis dan mengira
Bermain dalam kumpulan
Membaca buku dan bercerita
(iv) Peranan Guru
a) Menghargai ibu bapa sebagai pendidik pertama murid dan
berusaha untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan
dengan mereka.
b) Memberi maklumat yang jelas mengenai kelas prasekolah
kepada ibu bapa (kurikulum, pedagogi, amalan dan rutin
77
harian dalam kelas serta harapan sekolah terhadap murid
baharu).
c) Mengenali semua murid secara individu.
d) Membina keyakinan ibu bapa terhadap kelas prasekolah.
e) Sebagai penghubung antara ibu bapa dengan murid, ibu
bapa dengan pihak sekolah dan ibu bapa dengan ibu bapa.
2.2 Transisi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(i) Pengenalan
Transisi dalam PdP ialah masa peralihan dari aktiviti
pembelajaran ke aktiviti pembelajaran seterusnya atau semasa
waktu murid menunggu bagi melaksanakan aktiviti yang
seterusnya. Antara aktiviti transisi yang boleh dilaksanakan ialah
mainan mudah (quick games), muzik, lagu, permainan
menggunakan jari (fingerplay) dan boneka jari.
Transisi boleh dilaksanakan pada waktu berikut:
a) Waktu ketibaan
b) Waktu berkumpul untuk perbualan pagi, aktiviti kelas atau
aktiviti kumpulan
c) Waktu mengemas
d) Waktu beratur untuk bergerak ke tempat aktiviti yang
berlainan
e) Waktu rehat
f) Waktu bertukar kumpulan atau aktiviti
g) Untuk mendapatkan perhatian murid
h) Waktu menunggu
i) Waktu menamatkan sesi persekolahan harian
78
Kebijaksanaan guru melaksanakan transisi dapat memastikan
kelancaran dan keberkesanannya PdP.
Adakah anda bersedia melaksanakan transisi?
Latar Belakang
Guru perlu Kebolehan
mengambil kira Pengetahuan
tahap
perkembangan
kanak-kanak
Minat
(ii) Tujuan
a) Menyediakan murid dari aspek kognitif dan emosi sebelum
mengikuti aktiviti pembelajaran seterusnya.
b) Memastikan kelancaran aktiviti pembelajaran yang akan
dilaksanakan seterusnya.
(iii) Strategi untuk memastikan kelancaran transisi dalam PdP
a) Sebelum Transisi
Merancang jadual waktu supaya masa transisi dapat
diminimumkan.
Mempertimbangkan apa yang akan dilakukan oleh guru,
pembantu pengurusan murid dan murid pada masa
transisi.
Mengadakan isyarat lisan dan bukan lisan sebelum
transisi, jika perlu.
79
Mengurangkan masa transisi di mana semua murid
tidak perlu melakukan perkara yang sama dan pada
masa yang sama.
Mewujudkan dan mengekalkan rutin harian. Murid perlu
diberitahu jangkaan guru pada waktu rutin.
Transisi perlu difikirkan dan dijadikan sebahagian
daripada PdP.
Mengurangkan sebanyak mungkin masa menunggu
murid.
b) Semasa Transisi
Menyanyi lagu, bermain perkataan atau permainan
teka-teki, membaca puisi atau melakukan permainan
menggunakan jari dengan murid.
Memberikan arahan lisan yang mudah difahami.
Menggunakan bahasa badan atau alatan seperti loceng,
wisel, dan kerincing.
Merancang peningkatan atau penurunan tahap aktiviti
secara beransur-ansur (Contohnya, aktiviti fizikal luar
diikuti dengan waktu rehat dan makan) dan
keseimbangan antara aktiviti yang aktif dan kurang aktif
(Contohnya, aktiviti kumpulan kecil diikuti dengan sesi
bercerita).
Wujudkan aktiviti tambahan untuk murid yang telah
menyelesaikan tugasan lebih awal supaya mereka tidak
menunggu tanpa melakukan sesuatu.
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) perlu dilibatkan
semasa transisi dilaksanakan bagi memastikan kelancaran
PdP.
80