The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN GURU
Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(Semakan 2017)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Huda Sofe, 2020-12-16 03:58:15

BUKU PANDUAN GURU KSPK

BUKU PANDUAN GURU
Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(Semakan 2017)

Keywords: Buku Panduan KSPK,Panduan KSPK,Panduan Guru Prasekolah,Panduan Guru Tadika,Buku Panduan Pelaksanaan KSPK

c) Selepas Transisi

 Memberi respons atau maklum balas yang positif
kepada murid-murid jika transisi berjalan dengan lancar.
Contohnya, apabila murid mengemaskan mainan
selepas bermain, guru harus memberi pujian dan
penghargaan ke atas tindakan mereka.

2.3 Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu

(i) Pengenalan
Transisi prasekolah ke tahun satu ialah untuk menyediakan murid
dari segi kognitif dan emosi bagi menghadapi pendidikan secara
formal di arus perdana. Persediaan ini diperlukan kerana murid
terdiri daripada pelbagai latar belakang, sosio ekonomi,
persekitaran dan pengetahuan agar mereka dapat menyesuaikan
diri dan bersedia untuk meneruskan pembelajaran secara formal.
Pelaksanaan transisi prasekolah ke tahun satu ini hendaklah
fleksibel, bergantung kepada kesediaan murid.

(ii) Tujuan
a) Mengukuhkan keyakinan dan konsep kendiri dan emosi
murid sebelum mengikuti pendidikan formal pada tahun satu.
b) Menyesuaikan murid dengan persekitaran, guru-guru dan
kawan-kawan baharu dalam masa yang singkat.
c) Menyelaraskan keperluan murid dari aspek kognitif, emosi
dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di
Tahun Satu.
d) Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke
sekolah tanpa banyak masalah.

81

(iii) Cadangan Aktiviti

Merancang dan melaksanakan aktiviti transisi di akhir sesi
persekolahan seperti:
a) Mengadakan lawatan ke kelas tahun satu dan persekitaran

kawasan sekolah.
b) Mengadakan lawatan ke kantin dan mengalami proses

membeli dan makan di kantin.
c) Berada seketika di dalam kelas Tahun Satu bagi mengalami

situasi sebenar di dalam kelas formal.

(iv) Faedah Transisi
a) Murid
 Bersedia untuk menerima PdP secara formal.
 Dapat memantapkan sosio emosi dan menyesuaikan
diri dalam persekitaran pembelajaran yang formal.
 Memupuk keyakinan diri dan disiplin yang tinggi
sebelum ke tahun satu.
 Kurang kebergantungan kepada ibu bapa dan guru.
 Mudah menerima pengetahuan dan kemahiran asas
bagi mengikuti pelajaran tahun satu.
 Memudahkan murid mengikuti peraturan sekolah.
 Lebih bersedia dari aspek fizikal, sosio, emosi, dan
kognitif.

b) Guru
 Memahami keperluan dan perkembangan murid
 Membina jaringan maklumat.
 Membantu murid menyesuaikan diri di kelas tahun satu.
 Memahami kesinambungan pendidikan prasekolah
dengan tahun satu.
 Mengetahui pendidikan prasekolah dan tahun satu.
 Membantu membina identiti diri murid.

82

c) Pentadbir
 Lebih bersedia dengan menyediakan keperluan,
pengurusan dan prasarana.
 Mewujudkan kolaborasi dengan ibu bapa dan komuniti.

d) Ibu bapa
 Dapat membantu anak bersedia dari aspek mental dan
emosi.
 Memahami skop pembelajaran peringkat prasekolah ke
tahun satu .
 Dapat memberi sokongan moral secara berterusan.

3.0 Rumusan

Memulakan alam persekolahan merupakan waktu yang penting dan mengujakan bagi
murid-murid. Persediaan untuk memulakan alam persekolahan merupakan satu
proses yang melibatkan beberapa perubahan pada diri murid. Setiap individu murid
bertindakbalas terhadap perubahan secara berbeza bergantung kepada pengalaman,
keyakinan dan persediaan murid itu sendiri. Bagi sesetengah murid, perubahan
membawa kegembiraan kerana mereka dapat mengenali rakan baharu dan belajar
perkara baharu. Manakala bagi murid yang lain pula, perubahan boleh membuatkan
mereka merasa gementar dan sedih. Murid yang membuat permulaan yang positif
lebih cenderung untuk berasa selesa, tenang, teruja dan bermotivasi untuk belajar.

Pelaksanaan transisi yang baik bukan hanya dapat meningkatkan keyakinan diri murid
tetapi juga kualiti pembelajaran mereka. Murid juga dapat membangunkan kemahiran
sosial, emosi dan pembelajaran untuk menghadapi cabaran baharu. Amalan transisi
yang baik akan menggalakkan hubungan yang erat antara guru dengan ibu bapa serta
sokongan untuk pembelajaran berterusan di rumah.

Selain itu, kelancaran PdP di kelas prasekolah banyak bergantung kepada bagaimana
transisi dikendalikan. Transisi yang berkesan akan memberi peluang kepada guru

83

menggunakan lebih banyak masa untuk aktiviti yang lebih bermakna. Perancangan
dan amalan transisi dalam PdP yang baik dapat mengurangkan masa yang digunakan
oleh guru untuk menangani isu-isu tingkahlaku dan disiplin murid. Murid dapat
mengikuti PdP dan menjalankan aktiviti dengan mudah, seronok dan lancar tanpa
merasa terganggu.
Guru juga boleh menjadikan aktiviti rutin di kelas prasekolah sebagai transisi. Ini akan
menjadikan murid lebih yakin dan dapat memberi kerjasama kerana mereka telah
biasa dengan aktiviti tersebut dan tahu apa yang perlu dibuat. Diharapkan aktiviti-
aktiviti yang dicadangkan di dalam Unit 4 ini dapat dijadikan panduan kepada guru
prasekolah untuk melaksanakan transisi dengan lebih lancar berkesan dan bermakna.

84

PENTAKSIRAN Unit

5

85

86

Unit 5

Pentaksiran

1.0 Pengenalan

Pentaksiran prasekolah merupakan satu proses mendapatkan maklumat tahap
perkembangan dan kemajuan murid secara sistematik dan berterusan. Pentaksiran
melibatkan penilaian terhadap tingkah laku, interaksi (lisan dan bukan lisan) dan hasil
kerja murid.

Pentaksiran bertujuan mengenal pasti perkembangan murid dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor serta tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid
mencapai objektif pembelajaran berdasarkan standard pembelajaran di prasekolah.
Pentaksiran juga dapat digunakan oleh guru untuk mengoptimumkan potensi murid.

2.0 Ciri-Ciri Pentaksiran

Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran murid. Ciri-ciri
utama pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut:
(i) Mengambil kira psikologi dan sifat semula jadi Kanak-kanak.
(ii) Lebih mementingkan proses berbanding produk.
(iii) Dijalankan secara tidak langsung.
(iv) Dijalankan dalam suasana semula jadi.
(v) Dijalankan dalam suasana tidak formal.
(vi) Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid.
(vii) Tidak melabelkan murid.
(viii) Dijalankan secara berterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran.
(ix) Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan.
(x) Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan.
(xi) Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangan murid.

87

3.0 Kepentingan Pentaksiran

3.1 Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru

(i) Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat
umur.

(ii) Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dikuasai murid.

(iii) Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa.

(iv) Mengenal pasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi
murid yang boleh diperkukuhkan.

(v) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut
keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.

(vi) Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid.
(vii) Mengesan keberkesanan pengajaran.
(viii) Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan

pengayaan.

3.2 Kepentingan Pentaksiran Kepada Murid
(i) Memahami tujuan mereka belajar.
(ii) Mengetahui tahap perkembangan mereka.
(iii) Memberi motivasi dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

4.0 Proses Pentaksiran

Pelaksanaan pentaksiran melibatkan beberapa proses berikut:
(i) Merancang
(ii) Membina instrumen
(iii) Melaksanakan pentaksiran
(iv) Merekod
(v) Menganalisis data
(vi) Melapor

88

Proses melaksanakan pentaksiran ditunjukkan dalam Rajah 11.

Merancang
Menentukan konstruk dan kaedah penilaian

Membina Instrumen
Membina instrumen dan menentukan Standard Prestasi

Melaksanakan Pentaksiran
Pemerhatian tingkah laku, interaksi/lisan/hasil kerja murid

Merekod

Menganalisis Data dan Melapor

Tidak Ya Tindakan
Susulan/Aktiviti
Tindakan Sudahkah murid
Susulan/Aktiviti Menguasai Pengayaan

Bimbingan

Kemahiran Baharu/Hasil Pembelajaran
Baharu/Ke Tahun Satu

Rajah 11: Proses Melaksanakan Pentaksiran

4.1 Merancang
Sebelum melaksanakan sesuatu pentaksiran, guru hendaklah
menentukan:
(i) Tujuan mentaksir
(ii) Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard
Prestasi yang hendak ditaksir
(iii) Instrumen yang akan digunakan

89

(iv) Bila hendak mentaksir
(v) Tempoh pemerhatian

4.2 Membina Instrumen
Berdasarkan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi, guru boleh membina instrumen serta mengatur
aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang memberi
respon yang diharapkan. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai
dengan apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid
dan persekitaran mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan
untuk mendapatkan evidens bagi lebih daripada satu konstruk.

4.3 Melaksanakan Pentaksiran
Terdapat pelbagai kaedah untuk melaksanakan pentaksiran antaranya
ujian, pengukuran atau penilaian secara formatif atau sumatif. Namun,
kaedah pentaksiran yang paling sesuai di kelas prasekolah adalah
pemerhatian. Pemerhatian bermaksud pengamatan kepada tingkah
laku, interaksi dan proses pembelajaran murid yang boleh
dilaksanakan secara berkala atau tidak berkala. Pemerhatian
dilaksanakan dalam suasana semula jadi tanpa disedari murid. Ujian
dan peperiksaan formal tidak harus dilaksanakan di kelas prasekolah.

Pentaksiran dilakukan berterusan untuk melihat proses kerja, hasil
kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan secara konsisten. Pentaksiran
boleh dijalankan dengan melibatkan orang lain seperti rakan sebaya,
pembantu guru, ahli keluarga atau ahli komuniti. Pengumpulan
maklumat daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan
dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru membuat
keputusan yag lebih jelas dan tanpa ragu-ragu.

90

4.4 Merekod

Terdapat pelbagai jenis instrumen rekod pemerhatian yang boleh
digunakan oleh pemerhati bagi menjalankan proses perekodan di
prasekolah. Antaranya ialah senarai semak, skala kadar, rekod
anekdot, rekod berterusan dan lain-lain.

(a) Senarai Semak

Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk
mengenal pasti perkembangan murid dari aspek pengetahuan,
kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item tersebut
menentukan:
 Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan
 Kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku
 Sesuatu tingkah laku telah berlaku

Contoh Senarai Semak untuk mengecam huruf vokal bagi seorang
murid adalah seperti di Jadual 4.

Jadual 10: Contoh Senarai Semak

Nama murid: Ahmad Fawwaz Umur : 6 tahun
Tarikh / Masa: 23.2.2016 / 9.00 pagi Kelas: Prasekolah Sukses

Aspek Pemerhatian: Mengecam huruf vokal

Kemahiran Ya Tidak Catatan

Mengecam huruf vokal ‘a’ √ √ Masih keliru dengan vokal
‘a’ dan bunyi vokal ‘e’
Membunyikan huruf vokal ‘a’ √

Mengecam huruf vokal ‘e’ √

Membunyikan huruf vokal ‘e’

91

(b) Skala Kadar

Skala kadar boleh diguna untuk menunjukkan darjah kemajuan
dan pencapaian sesuatu tingkah laku yang menggambarkan
pencapaian murid. Skala boleh digambarkan secara angka, gred
atau simbol. Semasa merancang guru perlu menentukan:
 Tajuk
 Kemahiran/tingkah laku/aktiviti dinyatakan dengan jelas
 Penerangan skala dinyatakan
 Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas atau

kumpulan

Contoh Skala Kadar untuk kemahiran mengecam dan menyebut
abjad bagi seorang murid adalah seperti di Jadual 5.

Jadual 11: Contoh Skala Kadar

Nama murid: Fayyad Bin Fairus Umur : 6 tahun
Kelas: Prasekolah Sukses
Pemerhati: Puan Zuhana Ali

Konstruk Standard Prestasi Pemerhatian Catatan
(SPi) 123
Kemahiran
mengecam 1: Belum boleh Kadang-kadang
dan mengecam semua
menyebut abjad 7/3 masih keliru
abjad dengan huruf b,
(BM 1.3, 2: Boleh mengecam
BM 2.2) dan menyebut d dan p.
semua abjad

3: Boleh mengecam 29/4
dan menyebut
semua abjad serta
membunyikan suku
kata terbuka (kv)

92

(c) Rekod Anekdot

Rekod anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu
peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan
signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian
tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan
tingkah laku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap
murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam
kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah
laku ini.

Catatan hendaklah ditulis secara objektif tentang apa yang
berlaku selepas pemerhatian dilaksanakan. Antara maklumat
yang boleh direkodkan adalah peristiwa yang menggambarkan
tentang perkembangan bahasa, pola interaksi sosial, kemahiran
menyelesaikan masalah dan lain-lain seperti di Jadual 6.

Jadual 12: Contoh Rekod Anekdot

Masa: 10.00 pagi Kelas: Prasekolah Seri Anggun Bestari
Tarikh: 18 Februari 2016
Pemerhati: Pn. Aina Amin

Pemerhatian Ulasan

Waktu makan, semasa pertandingan Devi prihatin, mengambil berat dan
bola jaring mini, Devi membantu sedia membantu rakan yang lebih
Raudah (5 tahun) membuka bungkusan muda walaupun berlainan kaum.
nasi lemak, membahagikan telur
kepada cebisan kecil menggunakan Devi berusaha guna komunikasi
sudu, gaul nasi dengan sambal. Devi isyarat.
mengambil sudu lalu mencedok nasi,
telur, kacang, ikan bilis dan memberi
isyarat untuk Raudah makan

(d) Rekod Berterusan

Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita naratif
yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa
berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang
ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh

93

pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan
dalam tempoh lima hingga sepuluh minit. Berbeza dengan rekod
anekdot, pemerhatian ini dirancang (masa, tempat, situasi dan
tingkah laku) oleh pemerhati seperti di Jadual 7.

Jadual 13: Contoh Rekod Berterusan

Nama Murid: Alma Ali Umur: 6 tahun
Masa: 10.00 – 10.05 pagi Kelas: Prasekolah Ceria

Pemerhatian Ulasan

Alma mengambil berus gigi merah Alma belum memahami nilai
jambu kepunyaan Yani. Farah menghormati hak orang lain.
menyuruh Alma pulangkan berus gigi
tersebut kepada Yani namun tidak Alma juga belum memahami nilai
diendahkan. kebersihan diri.

Alma berkata, “Saya nak berus gigi Alma boleh menerima pandangan
warna ni”. daripada Farah.

“Ohhhhh, itu warna pink”, kata Farah.

“Cikgu kata tak boleh ambil berus gigi
orang lain,” tambah Farah.

“Saya suka warna pink”, kata Alma.

“Kalau macam tu, esok suruh mak
awak beli berus gigi warna pink tu
ye”, kata Farah.

“Ok, esok saya suruh mak saya beli
berus gigi warna pink”.

Sambil mengangguk, Alma
memulangkan berus gigi yang
diambil kepada Yani.

(e) Persampelan Masa

Pensampelan masa adalah satu kaedah pengumpulan data yang
merekodkan berapa kali tingkah laku tertentu telah diperhatikan
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pemerhati merekod
kekerapan sesuatu tingkah laku berlaku dalam satu jangka masa
yang ditetapkan. Guru boleh memerhati tingkah laku yang
ditetapkan terhadap seorang murid secara individu atau dalam

94

kumpulan. Guru juga harus menetapkan perincian tingkah laku
yang boleh diperhati.

Pensampelan masa digunakan untuk mendapatkan pemahaman
tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan. Untuk memastikan
maklumat yang dikumpul merupakan perwakilan tepat, data
dikumpul untuk banyak selangan masa (intervals). Contoh
Persampelan Masa adalah seperti di Jadual 8.

Jadual 14: Contoh Persampelan Masa

Nama murid: Aiman
Tingkah Laku: Pergi ke tandas
Tarikh : 15 Mac 2016
Masa: 2 jam
Selang Masa (Interval Length): 15 minit

Masa: Bilangan Interval Jumlah

9.00- Tingkahlaku
11.00am 1 2 3 4 5 6 7 8 diperhatikan

Ya /
Tidak

(f) Persampelan Peristiwa

Persampelan Peristiwa memberi tumpuan kepada peristiwa
tertentu untuk memerhati corak tingkah laku murid dalam tempoh
masa beberapa hari atau minggu. Sebagai contoh untuk
mengetahui apa yang menimbulkan tantrums murid atau
bagaimana murid bertindak balas apabila ditinggalkan ibu bapa
mereka pada permulaan setiap hari di kelas prasekolah.

Persampelan Peristiwa adalah cara yang berguna untuk
mengesan jika murid mempunyai masalah tingkah laku yang
memerlukan bantuan atau rujukan kepada profesional.

95

Persampelan Peristiwa membantu untuk menjelaskan apa yang
sebenarnya berlaku kepada perubahan tingkahlaku murid.
Sebagai contoh untuk mengetahui kenapa murid bertindak agresif.
Guru boleh menggunakan Persampelan Peristiwa untuk
membuat catatan adakah murid itu diganggu, adakah peristiwa itu
berlaku pada masa-masa tertentu atau berapa lama tingkah laku
tersebut berlaku.

Persampelan Peristiwa menumpu kepada masalah yang timbul
dan berusaha untuk menguruskan tingkah laku Kanak-kanak itu
dengan lebih berkesan.
 Pemerhati memerhati perlakuan yang dipilih dan merekod

peristiwa yang berlaku
 Digunakan untuk mencatatkan kejadian yang menyebabkan

sesuatu perlakuan atau kekerapan perlakuan terjadi
 Perlakuan ditentukan dan keadaan yang menyebabkan

sesuatu perlakuan dapat ditentukan

Contoh Persampelan Peristiwa adalah seperti di Jadual 9
dan 10.

Jadual 15: Persampelan Peristiwa (Contoh1)

Nama murid: Aiman Umur : 6 tahun

Aspek pemerhatian : Interaksi Aiman dengan rakan

Aktiviti 12/3 13/3 14/3 15/3 16/3 17/3
Perbualan Awal
Aktiviti Luar
Rehat
Penutup

96

Jadual 16: Persampelan Peristiwa (Contoh 2)

Nama murid : Hariz bin Harun
Perkara : Memerhati tingkah laku agresif Hariz

Tarikh / Masa Sebelum Tingkah Tingkah Selepas Tingkah
Hari Laku Laku Laku

8.20 pagi Hariz bermain Hariz Hariz terus
kereta di pusat tumbuk bermain, Amir
pembelajaran, Amir Amir menangis dan
ingin main mengadu kepada
28/3/2016 bersama cikgu
(Isnin)
Hariz sambung
10.10 Hariz mewarna Hariz mewarna walaupun
pagi lukisannya, Alvin tumbuk Alvin memarahinya
datang cuba Alvin
membantu

4.5 Menganalisis Data

Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar,
rekod anekdot, rekod berterusan, persampelan masa dan persampelan
peristiwa perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan
mengenai murid. Selain daripada itu, hasil kerja murid juga perlu
dianalisis untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan
murid.

Contoh hasil kerja yang telah dianalisis
97

Contoh hasil kerja yang telah dianalisis

4.6 Melapor
Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari
semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran,
penerapan nilai, sikap dan pencapaian murid.

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti
berikut:
(i) Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut

keperluan untuk membolehkan guru dan ibu bapa mengambil
tindakan susulan yang sewajarnya.
(ii) Laporan perkembangan murid seharusnya menyeluruh
merangkumi kepelbagaian kecerdasan, perolehan pengetahuan,
penguasaan kemahiran, penerapan nilai, potensi dan
keterampilan diri murid.
(iii) Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat daripada hasil
analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil
kerja murid.

98

5.0 Portfolio

Portfolio adalah satu himpunan evidens atau keterangan yang mengandungi
maklumat berkaitan perkembangan, kemahiran dan kemajuan murid dalam jangka
masa yang ditetapkan. Portfolio boleh diwujudkan dalam pelbagai cara seperti dalam
bentuk sofcopy, kotak, fail, album, dan lain-lain.

“Portfolio mengandungi hasil kerja kanak-kanak yang dirasakan unik dan dapat
menggambarkan kemajuan serta pencapaian mereka...” dan “Kanak-kanak
digalakkan untuk membuat pilihan terhadap hasil kerja yang mereka rasa dapat
menunjukkan kemajuan untuk dimasukkan ke dalam portfolio" (Gestwicki, p. 304).

“Portfolio harus mempersembahkan kebolehan unik, pencapaian dan kemajuan
Kanak-kanak yang dipaparkan melalui sampel yang sahih” (Batzle, p. 60).

5.1 Kandungan Portfolio

Antara perkara yang boleh dimasukkan dalam portfolio ialah:
(a) Rekod

 Rekod Peribadi
 Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid

(b) Gambar murid menjalankan aktiviti
 Murid menumpukan perhatian semasa menyiapkan tugasan
 Hasil kerja di pusat pembelajaran yang bukan dalam bentuk
kekal (aktiviti membuat doh, membina lego atau eksperimen)

(c) Hasil kerja murid
 Perlu dinilai dan diberi ulasan
 Telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian
 Pemilihan hasil kerja murid dari setiap Tunjang.

(d) Audio dan video
 Audio dan video di mana murid bercerita, membaca sajak,
berkomunikasi, menyelasaikan tugasan dan semasa main
merupakan rekod yang bernilai terhadap perkembangan
murid.
99

 Audio dan video merupakan rekod beraksi murid yang
berharga bagi ibu bapa sebagai bukti perkembangan anak
mereka.

Cadangan kandungan portfolio adalah seperti di Rajah 12

Rekod Gambar Hasil Kerja Audio Dan
Murid Video
Pelaporan Murid
Perkembang Menjalankan

an Murid Aktiviti

Rajah 12: Cadangan Kandungan Portfolio

6.0 Rumusan

Murid prasekolah membina pengetahuan bukan hanya melalui aktiviti menggunakan
kertas dan pensil sahaja tetapi melalui pengalaman, interaktif, bahan konkrit dan
hands-on. Oleh itu, guru prasekolah perlu merancang kaedah pentaksiran yang sesuai
untuk murid-murid mereka.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian
daripada proses PdP yang penting dan dijalankan secara berterusan. Pentaksiran
ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat dan
membuat keputusan berasaskan maklumat yang diperolehi. Tanpa pentaksiran, PdP
guru kurang berkesan kerana tidak mempunyai maklumat mengenai tahap
perkembangan dan kemajuan murid mereka. Dengan itu, guru harus menjalankan

100

pentaksiran bagi memastikan maklumat dapat dikumpul dan digunakan untuk
meningkatkan kualiti PdP.
Rekod pentaksiran merupakan satu rekod yang penting dan perlu dikongsikan dengan
ibu bapa supaya mereka dapat mengetahui perkembangan dan kemajuan anak
mereka di kelas prasekolah. Selain itu, ibu bapa juga dapat mengetahui kekuatan dan
kelemahan anak mereka serta dapat merancang bagaimana untuk meneruskan
pembelajaran di rumah.

101

102

AKTIVITI LUAR Unit

6

103

104

Unit 6

Aktiviti Luar

1.0 Pengenalan

Aktiviti Luar bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar kelas. Luar kelas merupakan
salah satu persekitaran pembelajaran yang terbaik untuk murid prasekolah kerana
murid secara semulajadinya tertarik untuk bermain secara aktif di luar kelas. Aktiviti di
luar kelas membolehkan murid untuk meneroka alam sekitar, membina kekuatan otot
dan koordinasi serta meningkatkan keyakinan diri.Pelaksanaan aktiviti di luar kelas
merupakan nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran murid serta
menggalakkan kesejahteraan dan perkembangan fizikal yang menyeluruh.

Aktiviti Luar dibahagikan kepada Aktiviti Fizikal dan Main Bebas. Tujuan Aktiviti Luar
adalah untuk membina kecergasan dan merangsang kecerdasan murid serta
memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meneroka persekitaran.
Peruntukan masa untuk Aktiviti Fizikal ialah 30 minit bagi setiap sesi dan dilaksanakan
2 kali seminggu, manakala Main Bebas ialah 20 minit bagi setiap sesi dan
dilaksanakan 3 kali seminggu seperti di Rajah 13.

Aktiviti Luar

Aktiviti Fizikal Main Bebas

30 minit 2 kali 20 minit 3 kali
setiap sesi seminggu setiap sesi seminggu

Rajah 13: Aktiviti Luar
105

2.0 Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal adalah suatu aspek yang unik dan amat penting untuk perkembangan
murid dan merupakan asas kepada kesihatan dan kehidupan yang aktif. Aktiviti fizikal
mempunyai banyak faedahnya jika murid diberi peluang untuk mencuba dan
melakukan pelbagai aktiviti.
Aktiviti Fizikal sebagaimana yang terkandung dalam KSPK (Semakan 2017) ialah
aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh yang akan menggerakkan tubuh badan dan
memerlukan tenaga untuk meningkatkan kecerdasan fizikal dan kesihatan diri. Selain
daripada itu, Aktiviti Fizikal juga dapat membantu memupuk kecergasan badan,
ketangkasan dan koordinasi serta perkembangan kognitif, kecekapan sosial dan
kematangan emosi murid.
Pelaksanaan Aktiviti Fizikal adalah berdasarkan Tunjang Perkembangan Fizikal dan
Estetika meliputi kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar, kemahiran
manipulatif dan pergerakan berirama seperti di Rajah 14.

Rajah 14: Aktiviti Fizikal

106

2.1 Perkembangan Motor Halus

Kemahiran motor halus merujuk kepada kemahiran yang melibatkan
pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari
tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Selain itu, kemahiran motor halus
juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria
seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

2.2 Perkembangan Motor Kasar

Pergerakan motor kasar melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor.
(a) Pergerakan Lokomotor

Pergerakan lokomotor ialah kemahiran pergerakan yang
melibatkan perubahan tapak sokongan secara mendatar dan
menegak. Antara pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari,
melompat, mengconglang (galopping), menggelongsor (sliding)
dan berskip.

(b) Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang statik
atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh
badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar.
Pergerakan bukan lokomotor ialah kemahiran pergerakan yang
melibatkan badan kekal di tempat yang sama tetapi memusing di
sekitar paksi mendatar atau menegak. Antara pergerakan bukan
lokomotor ialah membongkok, mengayun, memusing, mengilas,
meregang, menolak, menarik dan mengimbang.

Kedua-dua pergerakan ini perlu dilakukan dengan mengambil kira
aspek kesedaran ruang. Kesedaran ruang merujuk kepada ‘ke mana’
badan seseorang kanak-kanak bergerak. Konsep kesedaran ruang ini
merangkumi:

107

(a) penggunaan ruang diri (ruang yang mengelilingi individu iaitu
sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan) dan
menghormati ruang orang lain.

(b) penggunaan ruang am (kawasan yang digunakan secara
keseluruhan semasa melakukan pergerakan) dengan selamat.

(c) pergerakan dalam pelbagai arah – ke hadapan, ke belakang, ke
kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah.

(d) pergerakan dalam pelbagai aras – bawah, sederhana dan tinggi.
(e) pergerakan dalam pelbagai laluan – lurus, melengkung, spiral dan

zig zag.

2.3 Kemahiran Manipulasi
Kemahiran manipulasi merupakan satu pergerakan yang memerlukan
kemahiran asas yang menyediakan murid prasekolah untuk
mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini
melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar dan
sebagainya. Kemahiran manipulasi alatan merupakan perkembangan
daripada kemahiran motor halus dan motor kasar dan ianya adalah
penting untuk murid prasekolah kerana ia membolehkan mereka
memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza
dari segi saiz, bentuk dan komposisi seperti menendang, membaling
dan menggolek.

Kemahiran manipulasi alatan juga dapat meningkatkan koordinasi
anggota badan antaranya mata-tangan, mata-kaki dan sebagainya
seperti membaling objek ke arah sasaran dan juga menyambut objek
dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.

108

2.4 Pergerakan Berirama
Pergerakan berirama merupakan medium penting untuk
menggalakkan murid kreatif dan menguasai kemahiran sosial.
Pergerakan berirama bagi murid prasekolah memberi penekanan
kepada kemahiran pergerakan seperti pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor mengikut irama. Menerusi pergerakan berirama ini,
murid juga boleh melakukan pergerakan bebas dan mencipta
pergerakan kreatif menggunakan alatan.

3.0 Main Bebas

Main Bebas memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan secara bebas
tentang apa, bila dan bagaimana untuk bermain. Mereka juga bebas untuk
menentukan peraturan dan peranan semasa bermain.

Main imaginatif adalah sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal
dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa
dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka
berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan
mereka lebih kreatif. Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan bagi mengawal keadaan
yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar
(Kraus, 1990).

Main Bebas memberi banyak faedah kepada pembelajaran murid dari aspek fizikal,
emosi, kognitif dan kemahiran sosial. Selain murid menikmati kegembiraan, murid
juga belajar cara berinteraksi dan berunding dengan berkesan; berkongsi dan
bekerjasama dengan orang lain; serta kemahiran menyelesaikan masalah.

109

3.1 Pelaksanaan Main Bebas

Main bebas boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara antaranya:
(a) Bermain di taman permainan yang terdapat alatan permainan

seperti buaian, jongkang - jongket, palang besi, terowong, papan
imbangan dan gelongsor.
(b) Bermain dengan bahan dan alatan yang disediakan oleh guru
seperti gelung rotan, kon, bola, kotak, tali, pundi kacang, pasir dan
air.
(c) Bermain dengan bahan yang terdapat di persekitaran seperti
ranting kayu, upih, daun, biji getah dan tumbuh-tumbuhan.
(d) Bermain tanpa alat seperti permainan sosial seperti ‘Datuk
Harimau’ dan ‘Ibu Ayam Dengan Helang’.

3.2 Peranan Guru

Semasa pelaksanaan Main Bebas, guru berperanan untuk:
(a) Memastikan persekitaran dan alatan yang digunakan sesuai dan

selamat.
(b) Memastikan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas

aktiviti dijalankan.
(c) Menetapkan ruangan dan sempadan yang sesuai dan selamat

untuk murid melaksanakan aktiviti.
(d) Mengurus tingkah laku murid.
(e) Menjadi fasilitator, teman bermain dan pemerhati.
(f) Membuat pemerhatian terhadap perkembangan murid.

4.0 Rumusan

Aktiviti Luar adalah satu aktiviti yang memberi makna kepada murid kerana murid
secara semula jadinya tertarik dengan aktiviti di luar bilik darjah. Pelaksanaan Aktiviti
Luar membolehkan murid bermain secara aktif serta bebas untuk meneroka dan
menjelajah persekitaran, mendapat keseronokan dan menentukan peraturan
permainan sendiri.

110

Aktiviti Luar bukan hanya memberi faedah kepada perkembangan fizikal tetapi juga
kognitif dan sosioemosi. Murid dapat membina kekuatan otot, koordinasi dan
keyakinan diri serta meningkatkan pemahaman berkaitan konsep ruang. Di samping
itu, murid juga dapat bersosialisasi, menyelesaikan masalah serta belajar
bekerjasama dan bertolak ansur. Aktiviti Luar juga penting bagi memupuk
kesejahteraan hidup dan kesedaran tentang gaya hidup yang sihat.
Aktiviti Luar merupakan salah satu aktiviti yang menggunakan tenaga. Pelaksanaan
aktiviti ini penting kerana ia dapat mengeluarkan tenaga berlebihan di mana apabila
disimpan ia akan menyebabkan murid menjadi tegang, gementar, meragam dan
terlalu aktif.
Kesimpulannya, Aktiviti Luar adalah amat penting kepada murid prasekolah. Oleh itu,
guru perlu membuat perancangan dengan teliti bukan hanya berkaitan aktiviti tetapi
juga dari aspek persekitaran, penggunaan bahan atau alatan dan keselamatan serta
keperluan pembelajaran dan perkembangan murid. Berdasarkan KSPK (Semakan
2017), Aktiviti Luar perlu dilaksanakan di luar kelas. Walau bagaimanapun,
kelonggaran diberikan jika keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan kekangan dari
segi fizikal. Pelaksanaan Aktiviti Luar juga boleh diubahsuai mengikut situasi dan
keperluan semasa.

111

112

RANCANGAN Unit
PELAJARAN
TAHUNAN DAN 7
JADUAL WAKTU

113

114

Unit 7

Rancangan Pelajaran Tahunan Dan
Jadual Waktu

1.0 Pengenalan

Kejayaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta tercapainya Standard
Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) sebagaimana yang dihasratkan
dalam KSPK (Semakan 2017) bergantung kepada perancangan guru yang lengkap
dan sistematik. Penyediaan perancangan PdP juga memerlukan ketelitian dan
kreativiti guru. Guru perlu menyediakan perancangan PdP untuk kelas prasekolah
masing-masing kerana memberi kesan yang positif kepada pengajaran guru dan
pembelajaran murid.

Penyediaan rekod PdP adalah wajib bagi setiap guru. Rekod PdP boleh disediakan
dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Rekod
PdP dan bahan sokongan lain berkaitan dengan penyediaan RPT perlu dikemukakan
dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

2.0 Rancangan Pelajaran Tahunan

Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) ialah satu kerangka PdP yang menyeluruh
untuk satu tahun persekolahan. RPT perlu disediakan pada awal tahun sebelum sesi
persekolahan bermula. RPT berfungsi sebagai panduan kepada guru dalam
pelaksanaan sesuatu PdP. RPT mengandungi SK dan SP yang merangkumi semua
tunjang dalam KSPK (Semakan 2017).

115

Dalam merancang RPT, guru perlu mengambil kira keenam-enam tunjang dalam
KSPK (Semakan 2017). Selain daripada itu, SK dan SP dalam tunjang-tunja ng
tersebut perlu disusun mengikut tahap perkembangan dan kebolehan murid serta
bersesuaian dengan strategi PdP yang dipilih sama ada pendekatan bertema,
pendekatan berasaskan projek atau PdP di pusat pembelajaran.
RPT Prasekolah disedia berdasarkan:
(i) Tunjang dalam KSPK (Semakan 2017).
(ii) Kesesuaian kelas.
(iii) Tahap perkembangan murid.
(iv) Takwim sekolah dan prasekolah.
(v) Strategi PdP yang dipilih.

Walau bagaimanapun, RPT yang disediakan boleh diubah suai mengikut keperluan,
minat dan tahap perkembangan murid. Guru perlu membuat catatan jika terdapat
perubahan pada RPT yang disediakan.

Contoh-contoh RPT Prasekolah adalah seperti dalam Jadual 11, 12 dan 13 mengikut
suku tahun dan juga pembahagian mengikut bulan dalam setahun yang sesuai bagi
melaksanakan strategi PdP dihasratkan.

Jadual 17: Rancangan Pelajaran Tahunan (Contoh 1)

Bulan Tunjang SK SP CATATAN
Januari - Mac
1) Pendekatan Bertema
April - Jun 2) Pendekatan Projek

Julai – September 1) Pendekatan
Berasaskan Projek
Oktober – November
2) PdP di Pusat
Pembelajaran

1) Pendekatan Bertema
2) Pendekatan

Berasaskan Projek

1) Pendekatan
Berasaskan Projek

2) PdP di Pusat
Pembelajaran

116

Jadual 18: Rancangan Pelajaran Tahunan (Contoh 2)

Tunjang: SK SP Catatan
Bulan Pendekatan Bertema

Januari - Februari

Mac - Mei SK PdP di Pusat Pembelajaran
Jun - Julai
Pendekatan Berasaskan
Ogos – September Projek
a) Pendekatan Bertema
Oktober – November b) PdP di Pusat
Tunjang:
Pembelajaran
Bulan Pendekatan Berasaskan
Januari - Februari Projek

SP Catatan

Pendekatan Bertema

Mac - Mei PdP di Pusat Pembelajaran
Jun - Julai
Ogos – September Pendekatan Berasaskan
Oktober – November Projek

a) Pendekatan Bertema
b) PdP di Pusat

Pembelajaran

Pendekatan Berasaskan
Projek

117

Jadual 19: Rancangan Pelajaran Tahunan (Contoh 3)

Bulan: Januari – Mac

Tunjang:

SK SP Catatan

Pendekatan Bertema
PdP di Pusat pembelajaran
Pendekatan Berasaskan Projek

SK SP Catatan
Pendekatan Bertema
Tunjang: PdP di Pusat pembelajaran
SK Pendekatan Berasaskan Projek

SP Catatan
Pendekatan Bertema
PdP di Pusat pembelajaran
Pendekatan Berasaskan Projek

SK SP Catatan

Pendekatan Bertema
PdP di Pusat pembelajaran
Pendekatan Berasaskan Projek

118

3.0 Jadual Waktu

Waktu PdP bagi murid yang berumur 5+ tahun adalah sekurang-kurangnya 240 minit
sehari sehari (termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 1,200 minit seminggu. Manakala
bagi murid yang berumur 4+ tahun adalah sekurang-kurangnya 210 minit sehari
(termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 1,050 minit seminggu.

Bagi memastikan RPT dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dapat dilaksanakan
dengan lancar, jadual waktu yang mantap perlu disediakan. Pembinaan jadual waktu
bagi kelas prasekolah mestilah berdasarkan peruntukan waktu minimum PdP
sebagaimana yang telah ditetapkan seperti Jadual 14.

Jadual 20: Peruntukan Waktu Minimum PdP

Peruntukan Waktu Seminggu
(minit)

Bil. Bidang Pembelajaran Bahasa Pengantar
selain Bahasa
Bahasa Pengantar Melayu
Bahasa Melayu

1. Bahasa Melayu 60 60
2. Bahasa Inggeris 60 60
3. Bahasa Cina/ Bahasa Tamil - 60
4. Aktiviti Luar 120 120

6. Pendidikan Islam/ 120 120
Pendidikan Moral

7. Matematik Awal 40 40
8. Pembelajaran Bersepadu 800 740
1200 1200
Jumlah

Selain peruntukan waktu minimum PdP, guru prasekolah juga perlu menggambil kira
agihan waktu mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan bagi penggunaan bahasa
instruksional semasa menyusun jadual waktu. Peruntukan waktu bagi penggunaan
bahasa instruksional dinyatakan dalam Jadual 15.

119

Jadual 21: Penggunaan Bahasa Instructional

Peruntukan Waktu Seminggu (minit)

Bil. Bahasa Instruksional Bahasa Pengantar Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu selain dari Bahasa
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Melayu
3 Bahasa Cina / Bahasa Tamil
600 400
Jumlah
600 400

- 400

1200 1200

3.1 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
a) Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam
dalam sesebuah tadika, maka murid-murid itu hendaklah
diberikan pengajaran Pendidikan Islam oleh guru yang bertauliah,
sekurang-kurangnya 120 minit seminggu; dan
b) Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan beragama
Islam dalam sesebuah tadika, maka murid-murid itu hendaklah
diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya 120
minit seminggu.

3.2 Aktiviti Luar
Aktiviti Luar merangkumi Aktiviti Fizikal dan Main Bebas. Peruntukan
masa untuk Aktiviti Fizikal ialah 30 minit bagi setiap sesi, 2 kali
seminggu. Manakala, peruntukan masa untuk Main Bebas ialah 20
minit bagi setiap sesi, 3 kali seminggu.

3.3 Pembelajaran Bersepadu
Pembelajaran Bersepadu merangkumi aktiviti rutin (Perbualan Awal,
Rehat dan Aktiviti Penutup) dan Aktiviti Pembelajaran seperti dalam
Rajah 15.

120

Pembelajaran Bersepadu

Aktiviti Rutin Aktiviti
Pembelajaran

Perbualan Rehat Aktiviti
Awal Penutup

Rajah 15: Pembelajaran Bersepadu

Agihan waktu untuk Perbualan Awal, Rehat, Aktiviti Penutup dan Aktiviti
Pembelajaran adalah seperti Jadual 22.

Jadual 22: Agihan Waktu Pembelajaran Bersepadu

a) Perbualan Awal Waktu Per Waktu Seminggu (Minit)
b) Rehat Sesi (Minit) SK SJK
c) Aktiviti Penutup 100 100
d) Aktiviti Pembelajaran 20 150 150
30 50 50
10 500 440
800 740
Jumlah

3.4 Perancangan dan Pembinaan Jadual Waktu Kelas

Dalam merancang penyediaan jadual waktu, perkara yang perlu
dipertimbangkan oleh guru prasekolah ialah murid, guru, persekitaran
dan sesi persekolahan. Susunan dan agihan waktu dalam jadual waktu
adalah fleksibel. Namun, guru perlu mematuhi peruntukan waktu
minimum seperti yang ditetapkan dalam KSPK (Semakan 2017).

Contoh agihan waktu dalam seminggu adalah seperti jadual 13, 15, 17,
19, 21 dan 23. Manakala contoh jadual waktu prasekolah adalah seperti
dalam Jadual 14, 16, 18, 20, 22 dan 24.

121

Guru dicadang menyediakan jadual agihan
peruntukan waktu berdasarkan waktu bahasa
instruksional yang dipilih sebelum membina
jadual waktu.

4.0 Rumusan

Siapakah yang menyediakan RPT? RPT perlu disediakan sendiri oleh guru sama ada
secara individu ataupun berkumpulan. Tujuan utama RPT disediakan ialah sebagai
panduan yang menyeluruh kepada guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
Penyediaan RPT juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik dalam
sesuatu mata pelajaran teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid.

Oleh itu, dalam menyediakan RPT, guru perlu menyusun Standard Kandungan (SK)
dan Standard Pembelajaran (SP) bagi setiap tunjang mengikut pemeringkatan tahap
kemahiran serta strategi yang dipilih. Guru juga perlu memastikan strategi PdP yang
dipilih dapat menyepadukan pelbagai disiplin ilmu supaya pembelajaran murid
berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

Selain daripada merancang RPT, guru juga perlu menyediakan jadual waktu PdP.
Semasa menyediakan jadual waktu, guru perlu mengambil kira peruntukan waktu dan
kriteria yang telah di tetapkan. Jadual waktu ini akan dapat membantu guru
mengorganisasikan PdP dengan lebih sistematik dan berkesan.

Dengan penjelasan dan cadangan yang diberikan dalam Bab ini diharap akan
memberi idea kepada guru dalam merancang RPT dan jadual waktu. Perancangan
yang baik akan dapat memastikan pelaksanaan PdP yang berkesan dapat
dilaksanakan seperti dihasratkan.

122

Cadangan Jadual Waktu
Untuk Kelas Prasekolah Yang
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

123

Jadual 23a: Agihan Peruntukan Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Bahasa Instructional Jumlah Masa
(minit)
Bil Bidang Pembelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
100
1 Perbualan Awal (PA) 60 40 150
2 Rehat 50
3 Penutup 90 60 60
4 Bahasa Melayu (BM) 60
5 English Language (BI) 20 30 120
6 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (PI/PM) 40
7 Matematik Awal (Mate Awal) 60 - 60
8 Aktiviti Fizikal (Fizikal) 60
9 Main Bebas - 60 500
10 Aktiviti Pembelajaran (AP) 1200
120 -
Jumlah seminggu
40 -

30 30

20 40

160 340

600 600

124

Jadual 23b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Hari Masa 8.00 -8.20 8.20 - 8.50 8.50 – 9.20 9.20 -9.40- 9.40 - 10.10 - 10.50 - 11.30 - 11.50-
BM 10.10 10.50 11.30 11.50 12.00

Isnin PA AP Main R PI/PM Mate Awal AP Penutup
Bebas

Selasa PA Fizikal BM AP E PI/PM AP AP Penutup

Masa 8.00 – 8.40 8.40 – 9.00 9.00 – 9.30 9.30 – 10.00 – 10.20 – 11.50 11.50 –
Hari 10.00 10.20 12.00

Rabu PI/PM PA AP H Main Bebas AP Penutup

Hari Masa 8.00 -8.20 8.20 - 8.50 8.50 – 9.20 9.20 -9.40- 9.40 - 10.10 - 10.30 - 11.10 - 11.50-
BI 10.10 10.30 11.10 11.50 12.00

Khamis PA AP Main A AP Penutup
Bebas

Jumaat PA Fizikal BI AP T AP Penutup

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

125

Jadual 24a: Agihan Peruntukan Waktu Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Bil Bidang Pembelajaran Bahasa Instructional (Minit) Jumlah (Minit)
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
1. Perbualan Awal (PA) 100
2. Rehat - 100 150
3. Aktiviti Penutup (Penutup) - 150 50
4. Bahasa Melayu (BM) 50 - 60
5. English Language (BI) 60 - 60
6. Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (PI/PM) - 60 120
7 Matematik Awal (Mate. Awal) 120 - 40
8. Aktiviti Fizikal (Fizikal) 40 - 60
9. Main Bebas - 60 60
10 Aktiviti Pembelajaran (AP) - 60 500
330 170 1200
Jumlah Seminggu 600 600

126

Jadual 24b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Masa 9.10- 10.50-
9.40 11.20
Hari 7.30-7.50 7.50-8.10 8.10-8.40 8.40-9.10 9.40-10.20 10.20-10.50 11.20-11.30

Isnin Main PA AP BI R AP PI/PM Penutup
Bebas PA AP BM
8.00-8.20 8.20-8.50 8.50-9.10
Selasa Main E AP Penutup
Bebas 9.40-10.20 10.20-10.40
Masa 9.10- 10.40- 11.20-11.30
Hari 7.30-8.00 9.40 11.20

Rabu Fizikal PA BI AP H PI/PM Mate Awal Penutup

Masa 9.10- 10.40-
9.40 11.20
Hari 7.30-7.50 7.50-8.20 8.20-8.50 8.50-9.10 9.40-10.10 10.10-10.40 11.20-11.30
A
Khamis PA AP Main BM AP Penutup
7.50-8.20 8.20-8.50 Bebas 9.20-
Masa 9.50 9.50-10.10 10.10-10.40 10.40- 11.20-11.30
Hari 7.30-7.50 8.50-9.20 11.20

Jumaat PA Fizikal AP PI/PM T AP Penutup

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

127

Jadual 25a: Agihan Peruntukan Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Bil Bidang Pembelajaran Bahasa Instructional (Minit) Jumlah (Minit)
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
1 Perbualan Awal (PA)
2 Rehat 60 40 100
3 Aktiviti Penutup (Penutup)
4 Bahasa Melayu (BM) 90 60 150
5 English Language (BI)
6 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (PI/PM) 20 30 50
7 Matematik Awal (Mate. Awal)
8 Aktiviti Fizikal (Fizikal) 60 - 60
9 Main Bebas
10 Aktiviti Pembelajaran (AP) - 60 60

Jumlah seminggu 120 - 120

40 - 40

- 60 60

60 - 60

150 350 500

600 600 1200

128

Jadual 25b: Jadual Waktu Kelas Prasekolah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

ISNIN SELASA RABU

7.30 – 7.50 Main Bebas 7.30 – 8.00 Fizikal 7.30 – 7.50 Main Bebas

7.50 – 8.10 Perbualan Awal 8.00 – 8.20 Perbualan Awal 7.50 – 8.10 Perbualan Awal
8.20 - 9.20 Aktiviti
8.10 – 9.10 Bahasa Melayu 9.20 – 9.50 8.10 – 9.10 Pendidikan Islam
Pembelajaran
9.10 – 9.40 Rehat 9.10 – 9.40 Rehat
Rehat 9.40 – 11.20
11.20 – 11.30 Aktiviti
9.40 – 10.40 Pendidikan Islam 9.50 – 11.20 Aktiviti Pembelajaran
11.20 – 11.30 Pembelajaran
10.40 – 11.20 Matematik Awal Penutup
Penutup

11.20 – 11.30 Penutup

KHAMIS JUMAAT

7.30 – 8.00 Fizikal 7.30 – 7.50 Main Bebas

Bahasa Melayu 8.00 – 8.20 Perbualan Awal 7.50 – 8.10 Perbualan Awal
Bahasa Inggeris
8.20 - 9.20 English Language 8.10 – 9.00 Aktiviti
9.00 – 9.30 Pembelajaran
9.20 – 9.50 Rehat 9.40 – 11.20
9.50 – 11.20 Aktiviti 11.20 – 11.30 Rehat
11.20 – 11.30 Pembelajaran
Aktiviti
Penutup Pembelajaran

Penutup

129

130


Click to View FlipBook Version