The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KLIBEST2020 Conference on business, education, social sciences and technology

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by COACH PAULINE, 2020-04-21 20:55:34

KAJIAN MS 112: KECERGASAN FIZIKAL DAN PRESTASI AKADEMIK MURID TAHUN 6 DI WP.LABUAN

KLIBEST2020 Conference on business, education, social sciences and technology

Keywords: kecergasan fizikal,prestasi akademik,physical fitness,kolerasi

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Analisis Kesalahan Newman diubahsuai supaya bersesuaian dengan analisis yang telah
dilakukan. Terdapat lima kategori dalam Analisis Kesalahan Newman iaitu masalah membaca,
kefahaman, membuat transformasi pemikiran, mengaplikasikan kemahiran proses, serta
membuat pengkodan atau algoritma secara bertulis. Selain itu terdapat masalah kecuaian dan
motivasi. Adaptasi Analisis Kesalahan Newman yang dapat digunakan untuk kajian ini adalah
masalah kemahiran proses, membuat pengekodan atau algoritma secara bertulis dan masalah
kecuaian.

Data temu bual yang diperoleh daripada peserta kajian dianalisis untuk menyokong dapatan
daripada ujian pencapaian. Memandangkan temu bual separa berstruktur yang digunakan, maka
perkara-perkara penting yang berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi peserta kajian
semasa menjawab ujian pencapaian dikategorikan mengikut adaptasi Analisis Kesalahan
Newman.

Setelah analisis temu bual dilakukan, analisis dokumen juga dilakukan sebagai data sokongan.
Dokumen yang dianalisis ialah buku latihan matematik peserta kajian. Fokus utama analisis
adalah pada topik bahagi. Analisis pada topik yang berkaitan dengan bahagi seperti nombor
bulat dan operasi asas yang lain juga dilakukan.

4. Dapatan Kajian

Berdasarkan Jadual 1, seramai 17 orang peserta kajian mendapat markah 0%. 17 orang peserta
tersebut sama ada salah semasa menjawab ataupun tidak menjawab langsung soalan ujian
pencapaian. Seterusnya seramai 5 orang peserta kajian yang memperoleh peratusan markah
11%, 3 orang peserta kajian memperoleh 22% dan 4 orang peserta kajian mendapat markah
33%. Selebihnya masing-masing seramai 5 orang peserta kajian (44%), 1 orang peserta kajian
(56%), 4 orang peserta kajian (67%), 5 orang peserta kajian (78%) dan 1 orang peserta kajian
(89%).

Jadual 1 Peratusan Markah Ujian Pencapaian

Peratusan Markah (%) Bilangan Peserta (orang)

0 17

11 5

22 3

33 4

44 5

56 1

67 4

78 5

89 1

Konstruk 1
Konstruk 1 mengandungi tiga soalan bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit. Ketiga-tiga
soalan menggunakan nombor 1 digit 2, 3 dan 8 sebagai pembahagi. Setelah dianalisis, dapatan
kajian bagi konstruk 1 ditunjukkan pada jadual 3. Analisis Ujian pencapaian bagi konstruk 1
menunjukkan seramai 20 orang peserta kajian (44%) menjawab salah bagi ketiga-tiga soalan.
Manakala 12 orang peserta kajian (27%) hanya berjaya menjawab 1 soalan yang betul, diikuti 7

98

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

orang peserta kajian (16%) menjawab 2 soalan dengan betul dan 6 orang peserta kajian (13%)
menjawab betul ketiga-tiga soalan.

Jadual 2 Konstruk 1

Bilangan Soalan Betul Bilangan Peserta Kajian (orang) Peratus (%)

0 20 44

1 12 27

2 7 16

3 6 13

Konstruk 2
Konstruk 2 dalam ujian pencapaian menguji peserta kajian tentang bahagi nombor bulat dengan
nombor 10 dan 100. Konstruk 2 juga mengandungi tiga soalan seperti konstruk 1. Seramain 21
orang peserta kajian (47%) menjawab ketiga-tiga soalan dalam konstruk 2 dengan salah.
Seramai 8 orang peserta kajian (18%) yang hanya berjaya menjawab satu soalan dengan betul
dalam konstruk 2. Seramai 7 orang peserta kajian (16%) dapat menjawab 2 soalan dengan betul
dalam konstruk 2. Hanya 9 orang peserta kajian (20%) yang berjaya menjawab dengan betul
ketiga-tiga soalan dalam konstruk 2. Jadual 3 menunjukkan secara keseluruhan prestasi peserta
kajian dalam ujian pencapaian untuk bahagian konstruk 2.

Bilangan Soalan Betul Jadual 3 Konstruk 2 Peratus (%)
0 73
1 Bilangan Peserta Kajian (orang) 9
2 33 13
3 4 4
6
2

Temu Bual
Temu bual yang dijalankan dalam kajian ini adalah temu bual separa struktur. Temu bual
separa struktur dipilih bagi kerana sesi temu bual dapat dijalankan dalam keadaan separa
struktur dan separa formal supaya peserta kajian dapat memberikan respon dengan mudah.
Selain itu, laras bahasa yang sesuai dapat membantu mendekati peserta kajian dengan lebih
mudah. Soalan juga dapat diubah suai bersesuaian mengikut situasi semasa temu bual
dijalankan. Hasil temu bual bersama dengan peserta kajian, pengkaji dapat mengenal pasti
tema bagi faktor-faktor kesilapan terhadap bahagi nombor bulat dalam kalangan murid tahap
dua sekolah rendah. Tema faktor-faktor kesilapan bahagi nombor bulat adalah seperti berikut:

1. Lemah dalam fakta asas tolak, darab dan bahagi.
2. Lemah dalam penguasaan algoritma pembahagian panjang.
3. Kecuaian dalam langkah pengiraan.
4. Kurang motivasi semasa menjawab soalan.

Analisis Dokumen
Analisis dokumen juga dilakukan sebagai data sokongan untuk tujuan tringulasi data supaya
dapatan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam kajian ini, dokumen yag dianalisis

99

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

adalah buku latihan matematik peserta kajian yang terlibat dalam ujian pencapaian dan temu
bual yang telah dijalankan. Apabila diteliti buku latihan peserta kajian, didapati mereka telah
menguasai nombor bulat dan operasi tambah sepenuhnya. Mereka mengenali nombor bulat dari
segi nombor dan perkataan. Mereka juga boleh melakukan penambahan dengan baik
berdasarkan soalan yang dijawab dalam buku latihan. Terdapat peserta kajian yang mempunyai
masalah tolak tetapi setelah dibimbing oleh guru matematik akhirnya mereka dapat menjawab
soalan berkaitan tolak yang diberikan dalam buku latihan matematik. Bagi soalan bahagi yang
telah diselesaikan dalam buku matematik, terdapat peserta yang tidak menyelesaikan kerja
dalam buku latihan yang berkaitan operasi darab. Perkara yang sama berlaku untuk operasi
bahagi. Soalan-soalan yang tidak diselesaikan dalam buku latihan matematik menunjukkan
mereka mempunyai masalah dalam operasi darab dan juga bahagi. Kesilapan yang sama
semasa menyelesaikan soalan bahagi nombor bulat ujian pencapaian kajian ini juga ditemui
dalam buku latihan matematik semasa langkah algoritma pembahagian panjang. Ini
mengukuhkan lagi bahawa kesilapan yang dilakukan peserta kajian semasa ujian pencapaian
kajian ini juga berlaku semasa pembelajaran dan pengajaran.

5. Perbincangan

Kesilapan-kesilapan Dalam Menjawab Bahagi Nombor Bulat
kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian boleh dikategorikan kepada dua iaitu
kesilapan sistematik dan kesilapan kecuaian. Terdapat tiga jenis kesilapan yang dinyatakan
dalam kajian yang dijalankan oleh Zakiah Salleh, Norhapidah Mohd Saad, Mohamad Nizam
Arshad, Hazaka Yunus & Effandi Zakaria (2013), iaitu kesilapan sistematik, kesilapan rawak
dan kesilapan kecuaian. Kesilapan sistematik perlu diberikan lebih perhatian berbanding
kesilapan kecuaian. Kesilapan yang paling banyak dilakukan adalah kesilapan urutan algoritma
pembahagian panjang. Algoritma pembahagian panjang adalah antara kaedah yang digunakan
oleh guru untuk menjawab soalan bahagi nombor bulat dalam kajian yang dilakukan oleh Hoi,
S. M., Sharifah Norul Akmal Syed Zamri & Nik Azis Nik Pa (2017). Fakta asas tolak dan
darab yang lemah menyebabkan kesilapan sistematik pada bahagian algoritma pembahgian
panjang berlaku.

Berdasarkan kesilapan-kesilapan dalam menjawab nombor bulat dengan nombor 1 digit, 2 digit
,10 dan 100, terdapat dua jenia kesilapan utama yang sering dilakukan oleh peserta kajian iaitu
kesilapan sistematik dan kesilapan kecuaian. Jenis-jenis kesilapan ini berdasarkan kajian yang
pernah dibuat oleh Zakiah Salleh, Norhapidah Mohd Saad, Mohamad Nizam Arshad, Hazaka
Yunus dan Effandi Zakaria (2013). Berikut merupakan kesilapan sistematik yang sering
dilakukan semasa menjawab soalan bahagi nombor bulat:

i. Kesilapan urutan yang betul dalam penggunaan algoritma pembahagian panjang untuk
menjawab soalan bahagi nombor bulat.

ii. Kesilapan fakta asas operasi tolak semasa membahagi memggunakan algoritma
pembahagian panjang.

iii. Kesilapan tidak dapat menggunakan sifir dengan betul dalam algoritma pembahagian
panjang.

iv. Kesilapan fakta asas operasi darab dalam membina sifir nombor 2 digit yang digunakan
dalam algoritma pembahagian panjang.

Selain kesilapan sistematik, kesilapan kecuaian punca kepada kesilapan-kesilapan yang
dilakukan dalam bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit, 2 digit, 10 dan 100.

100

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Faktor-faktor Kesilapan Dalam Menjawab Bahagi Nombor Bulat
Salah satu persoalan kajian ini adalah berkaitan tentang faktor-faktor kesilapan dalam
menjawab bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit, 2 digit, 10 dan 100. Berdasarkan
dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa terdapat empat faktor kesilapan dalam menjawab
soalan bahagi nombor bulat yang telah dikenalpasti. Berikut merupakan faktor-faktor kesilapan
dalam menjawab bahagi nombor bulat:

i. Lemah dalam fakta asas tolak, darab dan bahagi.
ii. Lemah dalam penguasaan algoritma pembahagian panjang.
iii. Kecuaian dalam langkah pengiraan.
iv. Kurang motivasi semasa menjawab soalan.

Faktor-faktor kesilapan dalam menjawab bahagi nombor bulat yang telah dikenalpasti ini amat
berkait rapat dengan kesilapan-kesilapan dalam menjawab bahagi nombor bulat.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, penguasaan fakta asas matematik akan mempengaruhi prestasi dalam mata
pelajaran matematik secara keseluruhannya. Bahagi nombor bulat adalah salah satu fakta asas
matematik yang dipelajari oleh murid semasa berada disekolah rendah. Walaupun diajar pada
peringkat sekolah rendah, masih terdapat murid yang gagal memahami konsep bahagi
sepenuhnya dan sering melakukan kesilapan semasa menjawab soalan bahagi terutamanya
apabila melibatkan algoritma pembahagian panjang. Kefahaman bahagi nombor bulat dalam
kalangan guru juga penting bagi memastikan guru mampu mencari penyelesaian terbaik dalam
menangani permasalahan bahagi nombor bulat yang timbul dalam kalangan murid. Murid-
murid yang bermasalah dalam fakta asas bahagi menjadi punca utama kesilapan sistematik
berlaku semasa menyelesaikan soalan yang melibatkan fakta asas bahagi. Melalui penelitian
kesilapan-kesilapan semasa menjawab soalan bahagi, faktor-faktor kesilapan terhadap bahagi
nombor bulat dapat dikenalpasti. Faktor-faktor kesilapan terhadap bahagi nombor bulat dapat
membantu dalam memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh murid dalam
fakta asas bahagi. Kajian ini boleh ditambah baik dengan memperluaskan lagi skop kajian
dalam bidang yang sama.

Rujukan

Bicknell, B., Young-loveridge, J., & Simpson, J. (2017). place-value understanding Using
quotitive division problems to promote, 22(2).

Clark, W. & Brechner, R. (2012). Applied Mathematics Second Edition. Boston: Pearson
Education, Inc.

Creswell, J. W. (2013). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five
Approaches. California: SAGE Publications, Inc.

Elias, N. A., Rosli, R., & Pendidikan, F. (2016). Operasi Darab, 1(October), 1129–1136.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2019). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Goldie, S. & Smith, A. (2010). Foundation GCSE Mathematics For Edexcel. London: UK

copyright.

101

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Hoi, S. M., Sharifah Norul Akmal Syed Zamri & Nik Azis Nik Pa. (2017). Pemahaman Guru
Matematik Sekolah Rendah Tentang Pembahagian Nombor Bulat. Jurnal Kurikulum
& Pengajaran Asia Pasifik, 5(4), 16-25.

Investigation, A., Teachers, P. M., Algorithms, B., & Numbers, W. (2018). An Investigation of
Prospective Mathematics Teachers’ Knowledge of Basic Algorithms with Whole
Numbers: A Case of Turkey. European Journal of Educational Research, 7(3), 513–
528. https://doi.org/10.12973/eu-jer.7.3.513

Joutsenlahti, J., & Kulju, P. (2017). Multimodal Languaging as a Pedagogical Model—A Case
Study of the Concept of Division in School Mathematics. Education Sciences, 7(1),
9. https://doi.org/10.3390/educsci7010009

Julianti Sepawie. (2006). Teman-temankan. Jurnal Penyelidikan Tindakan Kerjasama IPBL
dengan PPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak di bawah KPKIPBL,1, 42-
53.

Justin, C. (2017). Penguasaan Sifir Menggunakan Petak Sifir Dengan Kaedah ‘Plus 1 To 12’
(Pott) Dalam Kalangan Murid. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif
Risalah An-Nur (SPRiN2017), 37-41.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
Matematik Tahun 1. Putrajaya: bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
Matematik Tahun 2. Putrajaya: bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
Matematik Tahun 3. Putrajaya: bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
Matematik Tahun 4. Putrajaya: bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
Matematik Tahun 5 Edisi Bahasa inggeris. Putrajaya: bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
Matematik Tahun 6. Putrajaya: bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Lim, H. F., & Lim, H. L. (2016). Pengesahan Instrumen Sikap Terhadap Matematik Dalam
Kalangan Murid Tingkatan Empat Di Kedah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 4(1), 1-13.

Mohamad Nurizwan Bin Jumiran, B. DI, & Pendidikan Teknikal Fakulti Pendidikan Teknikal
dan Vokasional, S. (2014). KESAN TEKNIK " HunTTO SQUARE "
TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan.

Mousley, K., & Kelly, R. R. (2017). Developing Deaf Students Fraction Skills Requires
Understanding Magnitude and Whole Number Division. Journal of Education and
Learning, 7(2), 12. https://doi.org/10.5539/jel.v7n2p12

Nik Azis Nik Pa. (2014). Penghasilan Disertasi Berkualiti. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Norazilawati Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar Mansor, Noraini Mohamed Noh &

Norul Haida Reduzan. (2013). Konstruktivisme: Dari Kaca Mata Guru Sains Dan
Matematik. Proceeding of the International Conference on Social Science Research,
ICSSR 2013, 1231-1242.

102

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Nuari, L. F., Prahmana, R. C. I., & Fatmawati, I. (2019). Learning of Division Operation for
Mental Retardations’ Student Through Math Gasing. Journal on Mathematics
Education, 10(1), 127–142. https://doi.org/10.22342/jme.10.1.6913.127-142

Nurul Amalina Jajuli. (2018). Pembinaan Dan Keberkesanan Pembaris Garis Nombor
Terhadap Pencapaian Operasi Asas Matematik Dalam Kalangan Murid Prasekolah
(Disertasi Sarjana Pendidikan), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Prahmana, R. (2013). Designing Division Operation Learning in the Mathematics of Gasing,
391–398.

Prahmana, R. C. I., & Suwasti, P. (2014). Local instruction theory on division in mathematics
gasing: the case of rural area’s student in indonesia. IndoMS-JME, 5(1), 2014.

Putri, N. D. A., Salim, A., & Sunardi. (2017). the Effectiveness of the Use of Course Review
Horay ( Crh ) Methods To Improve Numeracy Division Skill of Children With Mild
Mental Retardation in Slb Negeri Surakarta , Indonesia Year 2016 / 2017. European
Journal of Special Education Research, 2(3), 32–42.
https://doi.org/10.5281/zenodo.252956

Siti Hajar Aishah, R., & Md Yusoff, D. (2017). Penggunaan Kaedah Petak Bijak Dalam
Mengatasi Masalah Mencari Hasil Darab Dan Bahagi : Satu Kajian Tindakan.
Simposium Pendidikan DiPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur, (2017), 65–76.

Siti Zaleha Khalin. (2014). Kebimbangan Matematik Dan Hubungannya Dengan Pencapaian
Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Perak Tengah (Disertasi Sarjana Pendidikan),
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Takker, S. (2018). A Case Study of the Long Division Algorithm. Teacher Knowledge and
Learning In-Situ, 43(3).

Vale, C. (2012). Multiplicative Thinking. Encyclopedia of the Sciences of Learning, 12(3),
2389–2389. https://doi.org/10.1007/978-1-4419-1428-6_5037

Yorulmaz, A., & Önal, H. (2017). Examination of the Views of Class Teachers Regarding the
Errors Primary School Students Make in Four Operations. Universal Journal of
Educational Research, 5(11), 1885–1895. https://doi.org/10.13189/ujer.2017.051105

Young-loveridge, J., Bicknell, B., & Lelieveld, J. O. (2013). PRIMARY CLASSES Teachers
and Curriculum , Volume 13 , 2013.

Yusri Abdullah, Rosnaini Mahmud, Habibah Ab. Jalil & Shaffee Mohd Daud. (2015). Analisis
Kesalahan dalam Menyelesaikan Operasi Penambahan dan Penolakan Pecahan
dalam Kalangan Murid Tahun Empat. International Journal of Education and
Training (InjET) 1(1), 1-8.

Zainudin Abu Bakar dan Mohd Rashidi Mat Jalil. (2007). Kaedah Petak Sifir: Kajian
Perbandingan Matematik Tahun 4 Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab. Jurnal
pendidikan universiti Pendidikan Malaysia, 12, 91-98.

Zakiah Salleh, Norhapidah Mohd Saad, Mohamad Nizam Arshad, Hazaka Yunus & Effandi
Zakaria. (2013). Analisis Jenis Kesilapan Dalam Operasi Penambahan Dan
Penolakan Pecahan. Jurnal Pendidikan Matematik, 1 (1),1-10.

103

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

GAYA PENGAJARAN GURU DALAM TOPIK OPERASI ASAS
MATEMATIK BAGI MURID SEKOLAH RENDAH

(Teacher’s Teaching Styles for Primary School on Basic Operation
in Mathematics)

Nuraziha binti Mohamad Sahran*, Roslinda binti Rosli

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]
______________________________________________________________________________________ ______

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pengajaran guru dalam pengajaran
topik operasi asas matematik sekolah rendah. Kajian yang dijalankan merupakan kajian
kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes ke atas sampel seorang guru sekolah
rendah. Sampel dipilih secara pensampelan bertujuan. Tiga instrumen digunakan bagi
memperoleh data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang diadaptasi dengan
menggunakan model gaya pengajaran guru daripada Grasha-Riechmann. Data dianalisis
dengan menggunakan analisis deskriptif berdasarkan pemerolehan kesemua data. Keputusan
kajian menunjukkan guru mengamalkan gaya pengajaran pakar dalam pengajaran operasi
asas matematik dan didapati lebih dominan dalam mengaplikasikannya sewaktu pengajaran
berlangsung.

Kata kunci: : gaya pengajaran guru, operasi asas matematik, matematik sekolah rendah

Abstract: The purpose of this study is to identify teacher’s teaching styles in teaching primary
school classes on basic operation in mathematics. A qualitative research was conducted
through case study of a sample provided by a primary school’s teacher. The sample was
selected by specific sampling. Three different instrument was used throughout the case study as
follows; observation, interview and document analysis that was adapted from Grasha-
Riechmann teaching approach model. Data was analysed through descriptive analysis based
on the data collected. The result of the study shows teachers practice expert teaching style in
teaching basic operations and determined to be more dominant in applying it during lessons.

Keywords: teaching approach, basic operations, primary school mathematics

______________________________________________________________________________________ ______

1. Pengenalan

Pengenalan kepada konsep bagi topik operasi asas telah bermula sejak murid berada di tahun 1
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015). Pembelajaran dalam topik ini terus berkembang
dengan lebih mendalam setelah murid memasuki tahun 2 dan tahun 3. Hal ini menunjukkan
bahawa pembelajaran konsep bagi topik operasi asas telah bermula sewaktu murid di tahap 1.
Seterusnya pengaplikasian bagi konsep ini akan diteruskan dengan menggunakan nombor yang
lebih besar apabila murid berada di tahap 2 (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015).
Bertepatan dengan hal ini adalah penting bagi murid menguasai secara keseluruhannya topik
operasi asas ini ketika murid berada di tahap 1. Sekiranya murid mengalami masalah dan masih
belum menguasai secara sepenuhnya maka murid akan terus lemah dalam penguasaan topik
selanjutnya sewaktu berada di tahap 2 sekolah rendah.

104

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Setiap daripada guru mempunyai cara, kaedah dan strategi penyampaian pengajaran yang
tersendiri. Kepelbagaian dalam gaya pengajaran ini juga memberikan kesan yang berbeza
kepada pemahaman murid (Siti Zubaidah Bt Che Mohd Noor & Abdul Razak Ahmad, 2015).
Terdapat murid yang dapat memahami pengajaran yang diajar jika guru hanya mengajar
dengan menggunakan kapur dan percakapan sahaja, namun terdapat juga murid yang terlalu
sukar memahami pengajaran guru walaupun guru menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik.
Hal ini menunjukkan bahawa gaya pengajaran guru adalah berbeza dan hasil daripada
pengajaran yang dilaksanakan juga adalah berbeza bagi setiap murid.

Umumnya, gaya pengajaran guru ini merupakan antara aspek pertama yang akan menarik
minat dan seterusnya mempengaruhi keputusan akademik murid dalam apa-apa sahaja subjek
(Mohd Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad, 2015). Hal ini menunjukkan bahawa
pentingnya bagi mengetahui gaya pengajaran yang berkesan dan sesuai dengan sesuatu tajuk
pembelajaran yang akan disampaikan oleh seorang guru ketika berada di dalam kelas.
Kepentingan inilah yang menjadikan asas kepada pembentukan asal kajian ini dijalankan.
Seiringan dengan keperluan semasa yang memerlukan guru peka dan sentiasa bersedia dengan
perubahan dan desakan pendidikan pada masa kini (Ifada Novikasari, 2013; Andi Prastowo,
2015). Variasi murid kini dan murid dahulu juga memerlukan guru perlu mengetahui adakah
gaya pengajaran yang sedia ada masih relevan dengan kehendak transformasi kini.

Jika dilihat dengan lebih mendalam kebanyakan murid tidak dapat menguasai dan mengalami
kesukaran dalam mempelajari topik matematik lanjutan. Hal ini kerana murid tidak memahami
dengan sepenuhnya konsep operasi asas dalam topik permulaan (Rosnee Ahad, Mohamad Zaid
Mustafa, Salina Supiyan & Abdul Rasid, 2018). Diketahui umum, subjek matematik didasari
oleh topik operasi asas dan sekiranya lemah penguasaan murid dalam topik ini akan
menjadikan murid kecundang menguasai keseluruhan subjek matematik (Faizatulhaida Md Isa,
Siti Hajar Said & Azlina Hassan, 2017). Masalah murid lemah di sekolah sering kali dikaitkan
dengan kurangnya penglibatan guru dalam menyampaikan pengajaran di sekolah (Mohd Yusof
Abdullah, Roslee Talip & Dayang Fatimah Majid, 2017). Guru sering dipersalahkan dan sering
menjadi punca jika murid tidak memahami isi pembelajaran yang disampaikan. Hal ini
menunjukkan bahawa dalam satu institusi pendidikan guru sewajarnya memainkan peranan
yang penting dan berusaha menambah baik potensi diri supaya dapat menjamin pemerolehan
pembelajaran yang eksplisit terhadap murid.

Bertepatan dengan hal ini, kajian ini dijalankan bagi mengetahui gaya pengajaran guru dalam
topik operasi asas supaya memudahkan guru untuk mengajar topik ini dengan lebih mantap
sekaligus menyumbang kepada pembangunan kecemerlangan murid dalam subjek matematik.

2. Ulasan Kajian Lepas

Gaya Pengajaran Guru
Terdapat pelbagai jenis gaya pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam melaksanakan sesi
pengajaran. Antaranya bercorak kepercayaan konstruktivis dan tradisional (Kul & Celik, 2017).
Gaya pengajaran secara konstruktivis ini menyatakan bahawa penyediaan bahan bantu
mengajar (BBM) adalah perlu bagi menjadikan pembelajaran lebih mudah. Manakala
kepercayaan tradisional pula menyatakan bahawa penyediaan BBM adalah perlu untuk
memudahkan pengajaran. Kedua-dua gaya ini memberikan dua konsep pengajaran yang
berbeza bagi seorang guru. Gaya pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah

105

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

sememangnya sukar diramal kerana ada ketikanya guru akan bertindak spontan dalam
mengaplikasikan gaya pengajaran bersesuaian dengan situasi murid.

Gaya pengajaran yang disukai oleh murid merupakan fasilitator iaitu murid mengharapkan
guru membantu dalam pembelajaran yang diperlukan oleh murid (Khalid, Akhter, & Hashmi,
2017). Fasilitator merupakan gaya pengajaran yang terkini dan sangat popular dalam
pembelajaran abad ke-21. Guru bertindak sebagai fasilitator iaitu hanya membimbing murid
sekiranya perlu supaya murid sentiasa berada pada landasan objektif pembelajaran yang
diingini dalam sesi tersebut. Namun demikian, sering menjadi persoalan adakah pengajaran
yang dilakukan bergantung dengan kepercayaan seseorang dan mengetahui bahawa melalui
kepercayaan yang manakah diaplikasikan kepada murid (Kul & Celik, 2017). Dalam hal ini
menunjukkan bahawa guru merupakan agen penting yang membina kepercayaan tersebut dan
guru jugalah yang akan menjadi perancang kepada penyampaian maklumat pembelajaran
kepada murid. Sekiranya guru menanamkan dalam diri bahawa kesemua muridnya faham
dengan pengajaran secara fasilitator maka guru akan mengaplikasikan gaya tersebut sewaktu
masuk ke bilik darjah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru merupakan watak utama dalam
pembentukan proses pembelajaran bagi membangunkan kemahiran asas murid yang akan
diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan sebenar.

Antara gaya pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru di dalam bilik darjah ialah gaya
pengajaran pakar. Grasha (1996) menyatakan gaya ini merujuk kepada seorang guru yang
sangat berpengetahuan dan berpengalaman dalam keperluan muridnya. Guru ini mampu untuk
membentuk pemikiran murid dengan sebaiknya. Gaya ini menunjukkan bahawa seorang guru
itu mampu memacu pengajaran dalam bilik darjah dengan lebih mantap kerana kepakaran yang
dimiliki olehnya. Namun demikian, adalah menjadi persoalan adakah murid mampu untuk
mengikuti pengajaran yang dibawakan oleh guru yang mengaplikasikan gaya pengajaran ini.

Gaya yang seterusnya ialah gaya pengajaran autoriti formal. Gaya ini menunjukkan guru
bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada murid bagi mengetahui tujuan dan
peraturan. Dalam gaya ini juga guru merupakan seorang individu yang sangat tegas dan hal ini
mengabaikan minat murid tersebut. Gaya ini memberi penekanan hanya kepada peraturan dan
aktiviti pembelajaran formal yang berlaku di dalam bilik darjah. Ini merujuk kepada guru
masuk ke dalam bilik darjah dan mengajar seperti biasa tanpa mengendahkan suasana lain yang
berlaku sewaktu pembelajaran berlangsung. Guru juga hanya mementingkan formaliti
pengajaran dan kurang memberi perhatian terhadap emosi murid sehingga boleh
mengakibatkan murid tercicir dengan pembelajaran yang berlangsung.

Seterusnya ialah gaya pengajaran model personal. Gaya ini menitikberatkan bagaimana ingin
berfikir dan bagaimana ingin berkelakuan. Guru akan menggalakkan murid untuk menilai dan
membuat sesuatu dengan menunjukkan hasilnya.

Gaya yang seterusnya ialah gaya pengajaran fasilitator. Gaya ini menunjukkan guru melayan
murid secara bebas bagi membentuk kebertanggungjawaban murid. Melalui gaya ini guru
hanya bertindak sebagai pembimbing dan tidak mengajar murid secara terus. Bimbingan yang
diberikan bagi membantu murid untuk membentuk sendiri pemahaman atas pembelajaran yang
berlangsung. Gaya pengajaran ini memerlukan tindak balas dan respon positif daripada murid
bagi menjadikan proses pengajaran dan pemudahcaraan berlangsung dengan jayanya.

106

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Gaya yang terakhir ialah gaya pengajaran delegator. Gaya ini memerlukan guru menjawab
soalan dan mengawal tugasan yang diberikan kepada murid (Apaydin & Cenberci, 2018);
(Khalid et al., 2017); (Emel, 2016); (Atasoy, Yangın, & Tolu, 2018).
.
3. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pengajaran guru dalam pengajaran topik
operasi asas matematik sekolah rendah. Seterusnya menyatakan gaya pengajaran yang
bersesuaian dan boleh diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran topik operasi asas matematik
di sekolah rendah.

4. Metodologi Kajian

Reka Bentuk dan Sampel
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah kajian kes.
Pemilihan reka bentuk kajian ini adalah untuk meneroka gaya pengajaran guru dengan lebih
mendalam dan terperinci. Seorang guru yang mengajar matematik di daerah Kapit dipilih
dengan menggunakan pensampelan bertujuan dalam kajian ini. Peserta yang dipilih juga
merupakan guru yang mengajar di sekolah pedalaman. Pemilihan peserta juga adalah untuk
mencungkil gaya pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam suasana kekurangan
persekitaran di sekolah tersebut.

Instrumen
Tiga instrumen iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen diguanakan dalam kajian
ini. Instrumen pemerhatian mengetengahkan aspek-aspek yang berkaitan dengan gaya
pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah dan dilakukan pemerhatian
sebanyak lima kali. Instrumen pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini dihasilkan oleh
pengkaji berdasarkan tujuan dan objektif kajian dijalankan.

Temu bual pula adalah lanjutan daripada data pemerhatian yang diperoleh bagi menambahkan
lagi pemahaman mengenai pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Item dan soalan yang
ditemu bual adalah secara separa berstruktur.

Instrumen yang seterusnya ialah dokumen yang berbentuk ujian gaya pengajaran. Instrumen ini
merupakan sebahagian daripada penyelidikan survei yang memberikan soalan dan jawapan
yang terhad untuk dipilih oleh responden (Siti Uzairiah, 2017). Ujian ini diadaptasi dan diubah
suai dari Inventori Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann (1996).

Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan dalam kajian ini boleh dicapai melalui perincian setiap langkah sewaktu
menjalankan kajian ini. Selain itu juga dilihat melalui prosedur mengutip data dan seterusnya
penganalisaan bagi memperoleh hasil kajian. Fokus dan perhatian yang lebih diberikan sewaktu
menjalankan analisis juga dapat menjamin kebolehpercayaan kajian ini. Pada akhirnya,
penulisan prosedur kutipan data dan analisis data yang terperinci merupakan aspek penting bagi
meningkatkan kebolehpercayaan kajian ini (Siti Uzairiah, 2017).

Kesahan kajian ini pula menggunakan kaedah triangulasi. Kaedah ini digunakan apabila hasil
dapatan dari triangulasi adalah tertumpu kepada satu dapatan yang saling mendukung bagi
mengukuhkan hasil dapatan kajian (Siti Uzairiah, 2017). Triangulasi juga merupakan kaedah
pelengkap yang melengkapi antara satu sama lain. Dalam kajian ini, penggunaan triangulasi

107

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

diaplikasikan melalui kepelbagaian kaedah dan instrumen bagi pengumpulan data kajian. Hal
ini bagi melihat data yang wujud dari pelbagai sudut dan mengukuhkan dapatan kajian.

5. Dapatan Kajian
Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan instrumen yang dihasilkan
iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan terdapat beberapa aspek yang diperhatikan
iaitu gaya guru memulakan pengajaran, cara interaksi dengan murid, aktiviti pembelajaran dan
cara penilaian murid.

Jadual 1: Rumusan Pemerhatian Gaya Pengajaran Guru

Aspek Dapatan

Gaya guru Memulakan pengajaran dengan bertanyakan soalan kepada murid, seterusnya memberi
peluang kepada murid untuk memberikan jawapan. Diikuti oleh pengajaran yang berasaskan
memulakan konsep dan contoh yang bersesuaian dengan pengajaran. Guru juga menyatakan hala tuju
pembelajaran yang perlu dicapai pada akhir pembelajaran.
pengajaran

Cara interaksi Guru mengaplikasikan komunikasi secara dua hala sepanjang pengajaran dan pemudahcaraan

dengan murid berlangsung. Komunikasi berlaku secara bertulis dan secara lisan.

Aktiviti Menggunakan bahan maujud dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan. Guru juga
pembelajaran mengaplikasikan pembelajaran berpusatkan murid dan memberikan arahan sebelum
mengagihkan bahan. Sewaktu aktiviti berlangsung guru bertindak sebagai pemerhati dan
hanya membantu jika perlu. Murid akan melakukan pembentangan pada akhir pembelajaran.

Cara penilaian Melalui soalan sepanjang pembelajaran berlangsung di samping latihan dalam buku aktiviti

murid dan buku teks murid. Selain itu, penglibatan dan respon murid juga diambil kira.

Bagi analisis temu bual pula, tema yang diperoleh ialah tahap akademik murid, variasi dalam
pengajaran, sudut pandang guru berdasarkan pengajaran, kelakuan murid dan persediaan guru
sebelum memulakan pengajaran.

Aspek Jadual 2: Rumusan Temu Bual Gaya Pengajaran Guru

Tahap akademik Dapatan
murid
Wujud jurang yang besar dari segi akademik dan guru mengaplikasikan pengajaran biasa
Variasi dalam kemudian memfokuskan kepada murid yang lemah.
pengajaran
Pengajaran tidak berbeza dalam semua pengajaran hanya berlaku sedikit perbezaan sekiranya
Sudut pandang ramai murid yang tidak hadir.
guru berdasarkan
Guru berpuas hati dengan pengajaran yang dilaksanakan kerana murid dapat memahami
pengajaran pengajaran walaupun bukan keseluruhannya. Namun, berpendapat perlu menambah baik dari

Kelakuan murid segi kawalan kelas dan kepelbagaian aras soalan.

Persediaan guru Berbeza kerana diperhatikan.
sebelum
Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dan menekankan penggunaan bahan dan
memulakan tindakan guru selepas pengajaran dilaksanakan.
pengajaran

Bagi analisis dokumen pula, ujian yang diberikan kepada guru menunjukkan guru cenderung
kepada gaya pengajaran pakar yang mana mementingkan perkongsian pengetahuan dan
kepakaran dengan murid. Di samping itu, guru menginginkan murid meninggalkan

108

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

pembelajaran topik ini dengan baik bagi menguasai pembelajaran lanjut dalam bidang
seterusnya. Guru juga sering menjadi pakar rujuk dalam menyelesaikan masalah yang kerap
diperselisih murid tentang isi pembelajaran. Murid memberi gambaran yang besar tentang guru
iaitu menggambarkan guru sebagai “gudang pengetahuan” yang membekalkan fakta, prinsip
dan konsep yang mereka perlukan. Dalam hal ini juga, guru merupakan sumber yang tersedia
untuk murid apabila murid memerlukan bantuan.

6. Perbincangan dan Kesimpulan

Perbincangan dapatan adalah berdasarkan kepada persoalan kajian iaitu ingin mengetahui gaya
pengajaran guru dalam topik operasi asas matematik. Berdasarkan kepada dapatan yang
diperoleh gaya pengajaran guru dapat dilihat menerusi beberapa aspek iaitu cara guru
melakukan pengajaran, interaksi antara guru dan murid, aktiviti pembelajaran dan cara
penilaian guru. Guru didapati menyediakan perancangan yang rapi dan menekankan objektif
pembelajaran yang jelas sebelum memulakan pengajaran (Norliza Hussin, 2017). Hal ini
merupakan satu perkara yang sememangnya penting bagi menjamin pemerolehan pembelajaran
murid sewaktu pembelajaran berlangsung. Dalam usaha guru untuk mencapai keberhasilan
pembelajaran yang maksimum, perancangan yang rapi akan membantu meyakinkan guru.
Pengajaran yang dirancang secara kreatif juga mampu untuk meningkatkan pencapaian murid
dan hal ini bergantung dengan usaha guru bagi menghasilkan pembelajaran tersebut (Siti
Norhaida, 2017). Interaksi yang digunakan oleh guru pula merupakan interaksi secara dua hala
dalam bentuk lisan dan bertulis. Proses interaksi yang dijalankan didapati membantu guru
meningkatkan potensi diri murid sewaktu pembelajaran berlangsung (Nurul Syuhada, Fathiyah
& Asmawati, 2017). Aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru pula adalah berpusatkan
kepada murid iaitu memberi peluang kepada murid untuk membentuk sendiri pemahaman
daripada pengalaman pembelajaran mereka (Noraini, Norazilawati, Wong & Mahizer, 2017).
Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa guru mengamalkan gaya pengajaran secara fasilitator.
Pada akhirnya, guru melakukan penilaian terhadap murid melalui penglibatan murid, respon
yang diberikan oleh murid sepanjang sesi pembelajaran berlangsung, serta soalan yang
diberikan oleh guru melalui buku aktiviti ataupun buku teks. Hal ini turut dipersetujui dan
menampakkan bahawa penilaian yang dilaksanakan sepanjang pembelajaran dapat menambah
baik pengajaran yang berlangsung (Lu’luil Maknun & Ahmad Royani, 2018).

Secara keseluruhannya, guru menunjukkan kepelbagaian dalam gaya pengajaran bersesuaian
dengan situasi dan aktiviti yang disediakan mengikut aras kognitif murid.

Secara kesimpulannya, gaya pengajaran yang diaplikasikan oleh guru adalah lebih menjurus
kepada gaya pengajaran pakar diikuti oleh gaya pengajaran model personal, autoriti formal,
delegator dan fasilitator. Walaupun terdapat beberapa pernyataan yang menunjukkan bahawa
guru juga kerap mengaplikasikan gaya fasilitator, namun berdasarkan ujian yang telah
dijalankan menunjukkan gaya yang lebih dominan adalah gaya pakar. Namun demikian,
sebagai guru yang mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa inginkan variasi dalam
mendidik murid supaya dapat mencapai hasil yang maksimum dalam pengajaran, gaya
pengajaran adalah tidak terhad kepada satu gaya sahaja dan perlu disesuaikan mengikut
keadaan dan situasi murid. Hal ini penting bagi menjamin kemenjadian murid pada tahap yang
terbaik. Diharapkan pada masa akan datang wujudnya kajian yang mendalam bagi mengkaji
gaya pengajaran yang sesuai dengan tahap kognitif murid dalam sesuatu topik pembelajaran
matematik supaya dapat membantu guru-guru mencapai hasil pembelajaran yang optimum.

109

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Rujukan

Apaydin, B. B., & Cenberci, S. (2018). Correlation Between Thinking Styles and Teaching

Styles of Prospective Mathematics Teachers. World Journal of Education, 8(4), 36.

https://doi.org/10.5430/wje.v8n4p36
Atasoy, E., Yangın, S., & Tolu, H. (2018). Relationship between Math Teachers’ Instructional

Styles and Their Educational Philosophical Backgrounds. Journal of Education and

Training Studies, 6(10), 54. https://doi.org/10.11114/jets.v6i10.3510

Emel, S. (2016). Relationship between philosophical preferences of classroom teachers and
their teaching styles. Educational Research and Reviews, 11(16), 1533–1541.

https://doi.org/10.5897/err2016.2787

Faizatulhaida Md Isa, A. B. (2017). Analisis Kesilapan Dalam Soalan Asas Dan Aplikasi

Pengamiran Kursus Matematik Kejuruteraan 2. Politeknik & Kolej Komuniti Journal

of Social Sciences and Humanities, Vol 1, eiSSN 0128-2875, 198-208.

Hussin, N. (2017). Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Pendidikan Islam. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 58-73.

Khalid, M., Akhter, M., & Hashmi, A. (2017). Teaching Styles of Secondary School English

Teachers and Learning Styles of their Students and Relationship of Teaching

Learning Style Match with Students’ Achievement. Bulletin of Education &

Research, 39(3), 203–220. Retrieved from

http://ezproxy.stir.ac.uk/login?url=http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=tru

e&db=ehh&AN=128442107&site=ehost-live
Kul, U., & Celik, S. (2017). Exploration of Pre-service Teachers’ Beliefs in relation to

Mathematics Teaching Activities in Classroom-based Setting. International Journal
of Research in Education and Science (IJRES), 3(1), 245–257.

Kurikulum, B. P. (2015). Matematik Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.

Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lu'luil Maknun, A. R. (2018). Telaah Kurikulum dan Sistem Pembelajaran Sekolah Dasar di

Finlandia Serta Persamaan dan Perbedaannya dengan Kurikulum 2013 di Indonesia.

Prosiding Seminar dan Diskusi Nasional Pendidikan Dasar 2018, 64-70.

Mohd Razak Mohd Nordin, M. A. (2015). Pendekatan Didik Hibur Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Sikap dan Minat Murid Orang

Asli di Negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 77-90.

Mohd Yusof Abdullah, R. T. (2017). Pengaruh Transformasi Pengajaran, Kesediaan dan

Kepemimpinan Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah.

Jurnal Kesidang Volume 2 , 96-202.

Noraini Mohamed Noh, N. A. (2017). Keberkesanan Pendekatan Flipped Class Room Dalam

Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik

Malaysia (JPSMM UPSI), 7 (2), 106-118.

Novikasari, I. (2013). Perkembangan Pendidikan Matematika Tingkat SD di Indonesia,

Malaysia, dan Jepang. Delta-Pi: Jurnal Matematika dan Pendidikan Matematika, Vol.

2, No. 2, 44-56.

Nurul Syuhada Johari, F. M. (2017). Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Ibadah Solat Guru

Pendidikan Islam Menurut Perspektif Murid. O-JIE: Onine Journal of Islamic

Education, 46-53.

Rahman, S. N. (2017). Pendekatan Gamifikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Terhadap

Murid Tingkatan Dua Bagi Topik Ungkapan Algebra. Masters thesis, Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia.

110

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Rosnee Ahad, M. Z. (2018). Keberkesanan Penggunaan Petak Sifir dalam Penguasaan Fakta
Asas Darab dalam Matematik tahun 2. Online Journal for TVET Practitioners.

Siti Zubaidah Bt Che Mohd Noor, A. R. (2015). Kreativiti Guru Dalam Meningkatkan
Kefahaman Dan Penghayatan Sejarah. Proceeding: 7th International Seminar On
Regional Education, 457-468.

Tobi, S. U. (2017). Kajian Kualitatif dan Analisis Temu Bual. Kuala Lumpur: Aras Publisher.

111

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

HUBUNGAN DI ANTARA KECERGASAN FIZIKAL DAN
PRESTASI AKADEMIK MURID TAHUN ENAM DI WILAYAH

PERSEKUTUAN LABUAN

Pauline Anthony Sigar1, Tajul Arifin Muhamad1*

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]
______________________________________________________________________________________ ______

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan di antara kecergasan fizikal dengan
pencapaian akademik murid sekolah rendah Tahun 6 di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian
ini merupakan kajian kolerasi untuk melihat hubungan di antara kecergasan fizikal dengan
pencapaian akademik murid yang menduduki peperiksaan UPSR berdasarkan jantina. Seramai
283 orang murid Tahun enam daripada 15 buah sekolah rendah di Bandar Labuan dipilih
sebagai reponden dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang
digunakan untuk mengutip data adalah soal selidik yang mengandungi 42 item yang terbahagi
kepada tiga konstruk iaitu Bahagian A ialah maklumat diri, Bahagian B berkenaan kecergasan
fizikal yang dibahagikan kepada dua komponen iaitu berlandaskan kesihatan dan lakuan
motor. Bahagian C ialah prestasi akademik. Dapatan kajian menunjukkan hasil kajian kolerasi
terdapat hubungan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan prestasi akademik r =
0.272**, p>0.01. Secara kesimpulannya, selaras dengan hasrat kerajaan dan KPM yang
memberi fokus kepada kecemerlangan murid adalah amat sesuai untuk meningkatkan tahap
kecergasan fizikal murid untuk dijadikan landasan ke arah melahirkan murid-murid yang
cergas, sihat dan pintar dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Sehubungan itu
murid-murid yang aktif dan cergas mampu berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran
dalam pelbagai bidang akademik yang menjurus abad ke-21.

Kata kunci: : Kecergasan fizikal, prestasi akademik, pendidikan jasmani, Ujian SEGAK

Abstract: This study was conducted to examine the relationship between physical fitness and
academic achievement of primary school year 6 pupils in Wilayah Persekutuan Labuan. This
study will also look into the relationship between physical fitness and students ' academic
achievement in terms of gender. A total of 283 students from 15 primary schools in Labuan city
were chosen as respondent using simple random sampling. The instrument used to collect data
is a questionnaire containing 42 items that are divided into three parts, where as part A is
personal information, part B of physical fitness which is divided into two divisions, based on
health and psychomotor skills. Part C is academic performance. Findings of study showed
there was a significant correlation between physical fitness and academic Performance R
=0.272 * *, p>0.01. In conclusion, in line with the government's aspiration, physical fitness
can be used as a platform to produce students who are active, healthy in terms of physical,
emotional, spiritual, intellectual and social. In this regard, active students are competitive and
able to master their skills in various academic fields to face the 21st century.

Keywords: Physical fitness, academic performance, physical education, SEGAK test

____________________________________________________________________________________________

112

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

1. Pengenalan

Prestasi akademik adalah aspek yang penting bagi melihat kecemerlangan murid-murid Tahun
Enam khususnya dalam penilaian UPSR. Dalam Dasar Pendidikan Malaysia, kemenjadian
murid dalam era globalisasi itu adalah satu elemen yang penting untuk sesebuah Negara. Murid
yang bergiat aktif di dalam aktiviti fizikal, sukan, rekreasi dan sosial adalah satu sistem formal
pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang aktif dan sihat. Untuk menjadi pemangkin
Negara yang maju, Malaysia memerlukam kurikulum pendidikan yang berkualiti untuk
melahirkan modal insan yang lebih berpengetahuan tinggi, mempunyai kemahiran yang tinggi,
mempunyai kepakaran dalam bidang dan pengkhususan yang diceburi, berkeperibadian tinggi
dan akhlak yang mulia, dan sebagai modal insan yang sihat dan cergas untuk meningkatkan
produktiviti negara agar dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa (Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006).Maka itu penerapan nilai-nilai jasmani dan
kesihatan perlu dipupuk dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa. Pengubalan dasar ini
telah mewajibkan semua murid terlibat dari Tahun 4 hingga Tahun 6 bagi sekolah rendah dan
murid peralihan hingga tingkatan enam di sekolah menengah termasuk murid berkeperluan
khas yang tidak mempuyai tahap kesihatan yang baik sekurang-kurangnya menyertai satu jenis
sukan dan permainan dalam kegiatan Ko-Kurikulum. Untuk mencapai tujuan dan matlamat ini,
pengajaran Pendidikan Jasmani yang berkesan dan holistic perlu dilaksanakan di sekolah
(Awang 2012).

Dalam aspek kecergasan fizikal ia meliputi dua komponen yang berlandaskan kesihatan yang
meliputi daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi
badan manakala komponen perlakuan motor pula terdiri daripada kelajuan, ketangkasan, kuasa
otot, imbangan dan koordinasi serta masa tindak balas. Di mana murid perlu diuji untuk
melihat kecergasan dan tahap kesihatan murid untuk membantu mereka dalam peningkatan
tahap kesihatan minda mereka serta pencapaian akademik sekolah. Oleh itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia juga telah memperkenalkan satu Dasar iaitu 1 Murid 1 Sukan (1M1S)
pada tahun 2011 untuk menggalakkan dan mewajibkan semua murid terlibat dalam aktiviti
sukan dan permainan. Ini adalah penting untuk melahirkan pelajar yang aktif dan melahirkan
generasi yang seimbang dari aspek akademik dan perkembangan fizikal. Seluruh sekolah di
Malaysia haruslah mengalami perubahan yang berterusan untuk mengekalkan dan
meningkatkan prestasi akademik serta keberkesanannya. Dengan termaktubnya misi
Pendidikan Malaysia (KPM), ini adalah satu wawasan dan agenda yang penting dan perlu
diberi fokus kepada usaha membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti, bertaraf dunia
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara. Justeru
itu kerajaan telah mengambil langkah yang proaktif utuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah yang bersifat holistic, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani)
dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Kebangsaan dan Kurikulum Standard
Rendah (KSSR). Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada komponen Pentaksiran
Sekolah, Pentaksiran pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan
Pentaksiran Psikometrik. Selain itu guru juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan
Pentaksiran Ujian SEGAK. Dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)
haruslah bersifat holistik, berasaskan standard, fleksibel dan seimbang yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan. Ini dilaksanakan melalui Peperiksaan Pusat (Pep) dan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS). Guru - guru di sekolah merupakan pelaksana sistem pentaksiran
ini. Sebuah perubahan dan keberkesanan pelaksana sistem pendidikan dalam sesebuah negara

113

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

sering dikaitkan dengan kualiti guru-guru dalam sesebuah sekolah (Kantrowitz & Wingert,
2000).

Melalui penyelidikan saintifik yang lepas, menunjukkan terdapat hubungan positif antara
penglibatan para pelajar dalam aktiviti fizikal, kecergasan, sukan dan rekreasi terhadap prestasi
akademik (Donnelly et al., 2016; Donnelly & Lambourne, 2011; Khan et al., 2012; Muñoz,
Sanchez-Bueno & Vos-Saz, 2017). Santana et al., (2017) dalam usaha menganalisis secara
sistematik hubungan antara kecergasan fizikal (PF) kanak-kanak dan remaja terhadap prestasi
akademik (AP) telah meneliti 45 artikel saintifik yang diterbitkan antara 1996 sehingga Jun
2016, dan mendapati terdapat bukti kukuh adanya perhubungan positif antara kecergasan
kardiorespiratori (CRF) dan kluster kecergasan fizikal (PF) terhadap prestasi akademik (AP).
Kajian-kajian terdahulu juga melaporkan para atlet di sekolah mencapai gred yang lebih baik
(Darling et al., 2005; Eccles & Barber, 1999; Eitle & Eitle, 2002; Silliker & Quirk, 1997),
mempunyai aspirasi lebih tinggi mengenai pendidikan dan pekerjaan (Darling et al., 2005;
Marsh & Kleitman, 2002; Otto & Alwin, 1977; Sabo et al., 1993), meluangkan lebih masa
menyiapkan tugasan (Marsh & Kleitman, 2002) dan mempunyai attitude lebih positif terhadap
persekolahan (Darling et al., 2005; Eccles & Barber, 1999) berbanding bukan atlet. Namun
Rees & Sabia (2010) dalam merumuskan dapatan di atas mengatakan ia tidak dapat
ditunjukkan dengan jelas korelasi antara bersukan dengan prestasi akademik sama ada ia
berlaku oleh kerana sebab akibat atau sebagai kesan tidak langsung dan pembuktian adalah
pada nilai yang kecil. Keeley & Fox (2009) turut sependapat sedemikian tetapi mereka
menegaskan bahawa aktiviti fizikal juga tidak memberi kesan negatif kepada proses
pembelajaran. Rasberry et al., (2011) turut melaporkan bahawa kekuatan perhubungan antara
aktiviti fizikal dan prestasi akademik adalah pada nilai yang kecil. Setelah menganalisis 43
artikel yang menyentuh topik aktiviti fizikal dan pencapaian akademik, kumpulan pengkaji ini
merumuskan bahawa lebih separuh daripada penyelidikan menunjukkan perkaitan positif
(50.5%) dan hanya nisbah kecil berkorelasi negatif (1.5%) manakala selebihnya adalah tidak
berkaitan (48%).

1.1 Objektif Kajian
Secara khususnya, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kecergasan murid
mengikut jantina di Sekolah Rendah Kebangsaan di WP.Labuan, mengenal pasti tahap
pencapaian UPSR di sekolah Rendah WP.Labuan dari aspek berasaskan komponen kesihatan
dan perlakuan motor, menganalisis hubungan dan perkaitan yang signifikan antara kecergasan
fizikal dengan prestasi akademik dan mengenalpasti perbezaan yang signifikan antara
kecergasan fizikal dengan jantina, kelas dan pengalaman murid dalam peringkat mewakili
sukan.

1.2 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab soalan-soalan kajian seperti berikut:

1. Apakah latarbelakang profil sampel kajian?
2. Apakah tahap kecergasan murid lelaki dan perempuan di Sekolah Rendah Kebangsaan

Wilayah Persekutuan Labuan?
3. Apakah tahap pencapaian UPSR di sekolah?
4. Adakah terdapat hubungan dan perkaitan yang signifikan antara kecergasan fizikal

dengan prestasi akademik.
5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan jantina,

kelas, dan pengalaman murid dalam mewakili sukan.

114

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

1.3 Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini diharapkan ia dapat digunakan sebagai rujukan kepada pihak yang
berkepentingan terutamanya di peringkat warga pendidik, guru-guru Pendidikan Jasmani,
murid yang menduduki UPSR dan juga pentadbir sekolah untuk membuat perancangan bagi
meningkatkan tahap kecergasan murid dalam masa yang sama dapat melonjakkan prestasi
akademik murid Tahun Enam.

2. Ulasan Kajian Lepas

Melalui penyelidikan saintifik yang lepas, menunjukkan terdapat hubungan positif antara
penglibatan para pelajar dalam aktiviti fizikal, kecergasan, sukan dan rekreasi terhadap prestasi
akademik (Donnelly et al., 2016; Donnelly & Lambourne, 2011; Khan et al., 2012; Muñoz,
Sanchez-Bueno & Vos-Saz, 2017). Santana et al., (2017) dalam usaha menganalisis secara
sistematik hubungan antara kecergasan fizikal (PF) kanak-kanak dan remaja terhadap prestasi
akademik (AP) telah meneliti 45 artikel saintifik yang diterbitkan antara 1996 sehingga Jun
2016, dan mendapati terdapat bukti kukuh adanya perhubungan positif antara kecergasan
kardiorespiratori (CRF) dan kluster kecergasan fizikal (PF) terhadap prestasi akademik (AP).
Kajian-kajian terdahulu juga melaporkan para atlet di sekolah mencapai gred yang lebih baik
(Darling et al., 2005; Eccles & Barber, 1999; Eitle & Eitle, 2002; Silliker & Quirk, 1997),
mempunyai aspirasi lebih tinggi mengenai pendidikan dan pekerjaan (Darling et al., 2005;
Marsh & Kleitman, 2002; Otto & Alwin, 1977; Sabo et al., 1993), meluangkan lebih masa
menyiapkan tugasan (Marsh & Kleitman, 2002) dan mempunyai attitude lebih positif terhadap
persekolahan (Darling et al., 2005; Eccles & Barber, 1999) berbanding bukan atlet. Namun
Rees & Sabia (2010) dalam merumuskan dapatan di atas mengatakan ia tidak dapat
ditunjukkan dengan jelas korelasi antara bersukan dengan prestasi akademik sama ada ia
berlaku oleh kerana sebab akibat atau sebagai kesan tidak langsung dan pembuktian adalah
pada nilai yang kecil. Keeley & Fox (2009) turut sependapat sedemikian tetapi mereka
menegaskan bahawa aktiviti fizikal juga tidak memberi kesan negatif kepada proses
pembelajaran. Rasberry et al., (2011) turut melaporkan bahawa kekuatan perhubungan antara
aktiviti fizikal dan prestasi akademik adalah pada nilai yang kecil. Setelah menganalisis 43
artikel yang menyentuh topik aktiviti fizikal dan pencapaian akademik, kumpulan pengkaji ini
merumuskan bahawa lebih separuh daripada penyelidikan menunjukkan perkaitan positif
(50.5%) dan hanya nisbah kecil berkorelasi negatif (1.5%) manakala selebihnya adalah tidak
berkaitan (48%).

3. Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini melibatkan kajian deskriptif iaitu kaedah
tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Pemilihan reka bentuk dan pendekatan
tersebut adalah bertepatan dengan saranan Hair et al. (2003) yang menyatakan bahawa tinjauan
adalah satu prosedur untuk mengumpul data primer berbentuk kepercayaan, pendapat, sikap,
gaya hidup hingga kepada maklumat berkaitan latar belakang umum seperti jantina, umur,
pendidikan, dan pendapatan individu. Tinjauan sesuai digunakan apabila projek penyelidikan
melibatkan pengumpulan maklumat daripada sejumlah sampel yang besar supaya hasilnya
dapat di generalisasi kepada populasi kajian (Hariyaty 2014).

3.1 Responden
Responden kajian ini adalah terdiri daripada 283 murid sekolah rendah yang berumur dua belas
tahun di Sekolah Rendah Kebangsaan sekitar Negeri WP.Labuan. Hanya murid Tahun enam

115

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

sahaja dipilih untuk kajian ini kerana dianggap lebih matang daripada murid Tahap Satu
(Mohamad Shafii 2013).Murid Tahun 6 telah mengikuti mata pelajaran PJ, dari tahap satu
hingga tahap dua, sekurang-kurangnya enam tahun dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan KSSR. Mereka diandaikan mampu menilai aspek kajian yang dibuat
mengikut pendapat yang sebenar.

3.2 Instrument Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik bagi mengenal pasti kecergasan
fizikal murid dan tahap pencapaian prestasi akademik murid di sekolah. Berdasarkan Cresswell
(2005), reka bentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik merupakan alat kajian yang paling
sesuai kerana versatility, efisien dan boleh membuat generalisasi. Satu set soal selidik
mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A (maklumat responden), Bahagian B (Kecergasan
Fizikal) dan Bahagian C (Prestasi Akademik). Ini bersesuaian dengan panduan yang digunakan
dalam Creswell (2005) iaitu instrumen kajian boleh digunakan ialah instrumen kajian yang
sedia ada, diubahsuai, hasil gabungan instrumen dan yang dibina sendiri. Kesemua instrumen
ini ditadbirkan dalam Bahasa Melayu dan akan diedarkan di 15 buah sekolah rendah dan soal
selidik ini ditadbir oleh penyelidik sendiri mengikut kesesuaian dan kehendak persoalan kajian.
Bahagian A mengandungi 11 soalan yang berkaitan latar belakang murid. Bahagian ini
bertujuan untuk mendapatkan maklumat demografi responden kajian seperti jantina, bangsa,
kelas, tinggi dan pengalaman murid tentang sukan, tahap pencapaian diri dalam arena sukan,
jarak kediaman dari sekolah untuk menentukan murid berada di lokasi Bandar atau luar
Bandar, jenis sukan yang diminati untuk diceburi dan jenis perwatakan seorang murid untuk
menentukan jenis keaktifan diri seseorang murid.

Bahagian B mengandungi soal selidik yang digubal untuk mendapatkan maklumat mengenai
motif penglibatan daripada soal selidik pengukuran tujuan lakuan aktiviti fizikal iaitu Motives
For Physical Activities Measure-Revised (MPAM-R) oleh Ryan et al.(1997). Soal selidik
MPAM-R ini mengandungi 12 item bagi mengukur lima kategori motif penglibatan murid
dalam kecergasan fizikal murid yang melibatkan aspek murid dan aspek guru. Soal selidik
MPAM-Rini merupakan versi semakan semula daripada MPAM (Motives For Physical
Activities Measure) sebelum ini oleh Frederick dan Ryan (1993) yang asalnya mengandungi
23-item dan hanya tiga matlamat sahaja. Walaubagaimanapun soal selidik ini telah diubahsuai
dan diadaptasi mengikut kehendak penyelidik sesuai dengan persoalan kajian yang perlu disoal
dalam kajian penyelidik. Berikut adalah pecahan item soal selidik yang dibangunkan sendiri
oleh penyelidik dengan mengambil kira tentang kehendak persoalan kajian sebanyak 19 item.
Pekali kebolehpercayaan dalaman untuk soal selidik MPAM-R ialah 0.78 (Ryan et al. 1997).
Manakala MPAM-R yang digunakan dalam kajian ini mengandungi inventori 19 item yang
dibahagikan kepada dua sub-skala yang mengukur kecergasan fizikal (5 item: 12 hingga 16)
dari kesihatan dan (7 item: 17 hingga 23) pandangan murid dari aspek lakuan motor. Manakala
Bahagian C pula mengandungi 19 item bagi mendapatkan maklumat mengenai peningkatan
prestasi akademik murid di sekolah. Soal selidik yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik
dengan mengambil kira keperluan kajian penyelidik mengenai cara dan sumber dapatan murid
untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam akademik murid.

116

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

4. Dapatan Kajian Dan Perbincangan

4.1 Profil Responden
Analisis statistik deskriptif jantina, responden kajian terdiri daripada murid tahun 6 lelaki dan
perempuan. Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan murid-murid Tahun 6 dalam
kalangan murid lelaki 51.6% (146 orang) lebih ramai berbanding murid Tahun 6 perempuan
48.4% (137 orang). Dari analisis juga menunjukkan bangsa murid tahun 6 lelaki dan
perempuan. Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan murid-murid Tahun 6 dalam
kalangan murid berbangsa melayu adalah majority dan lebih ramai dari iaitu 62.9 % (178
orang), diikuti murid berbangsa lain 34.3 % (97 orang), berbangsa Cina 2.5 % (7 orang) dan
0.4% (hanya seorang) yang berbangsa India.

Melalui analisis deskriptif berdasarkan kelas, murid tahun 6 lelaki dan perempuan dari
pelbagai aras menunjukkan murid-murid Tahun 6 dalam kalangan murid yang cemerlang 42%
(119 orang), diikuti murid yang sederhana adalah 30.7 % (87 orang), kelas yang baik 21.9%
(62 orang) dan kelas yang lemah hanya sedikit 5.3% (15 orang). Responden kajian yang terdiri
daripada perwatakan murid tahun 6 lelaki dan perempuan menunjukkan murid-murid Tahun 6
adalah murid yang cergas dan aktif 81.6% (231 orang), diikuti dengan murid yang pendiam
adalah 18.4% (52 orang). Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan murid-murid Tahun 6
adalah dari keluarga yang berpendapatan RM1000 ke atas 57.6% (163 orang) dan diikuti oleh
berpendapatan RM1000 ke bawah 42% (119 orang).

Murid Tahun 6 yang mempunyai berat badan di antara 20 kg hingga 40 kg sebanyak 54.4%
(154 orang), diikuti dengan 41 kg hingga 60 kg berat badan murid ialah 35.7% (101 orang),
berat 61 kg hingga 80 kg dalam paras kegemukkan ialah 8.5% (24 orang) dan murid obesity
ialah 1.4% (4 orang). Tambahan majoriti murid yang tinggi adalah 81cm hingga 100cm iaitu
62.5% (177 orang), kemudian tinggi 41cm hingga 60 cm ialah 19.4% (55 orang), tinggi 61cm
hingga 80 cm ialah 10.2% seramai (29 orang) dan murid renda 20cm hingga 40cm adalah 7.8%
(22 orang). kebanyakan murid-murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan W.P Labuan kurang
bergiat aktif dalam sukan kerana 44.5 % seramai 126 orang murid tidak terlibat dalam
mewakili sukan ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi pencapaian sukan yang hanya mewakili
sukan peringkat sekolah ialah 30.4% seramai 86 murid yang telah mewakili acara sukan
peringkat sekolah. Manakala yang mewakili sukan hingga peringkat MSSWPL ialah 17%
seramai 48 orang dan mewakili sukan hingga peringkat Kebangsaan ialah 7.8% seramai 22
orang.

Kebanyakkan murid-murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan W.P Labuan paling ramai terlibat
dalam sukan bola baling iaitu 21.2% (60 orang), kedua ialah olahraga 20.1% (57 orang), ketiga
lain-lain sukan 15.5% (44 orang), keempat bola jaring 13.1% (37 orang), kelima bola sepak
12.7% (36 orang), keenam sukan badminton 11.0% (31 orang), ketujuh sukan bola tampar
5.3% (15 orang) dan sukan paling kurang di minati atau diceburi oleh murid-murid Tahun 6 di
Sekolah Rendah Kebangsaan ialah acara renang hanya 1.1% hanya (3 orang) yang
mengikutinya. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan kebanyakkan murid-murid Tahun 6 di
Sekolah Kebangsaan W.P Labuan tinggal berdekatan dengan sekolah. Ada yang berjalan kaki
dan mengikuti pengangkutan sendiri ke sekolah. Murid yang tinggal jarak dekat sekitar 1
hingga 3KM ialah 58.3% (seramai 165 orang) manakala jarak yang jauh sedikit dari sekolah
dengan jarak 4 hingga 10 KM ialah 41.7% (118 orang). Murid yang tinggal berdekatan sekolah
mempengaruhi kesihatan fizikal kerana kebanyakkan murid yang tinggal sekitar dekat

117

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

persempadanan sekolah boleh berjalan kaki. Ini melibatkan daya tahan kardiovaskular kerana
ia juga salah satu yang menjadi faktor kecergasan fizikal yang tinggi.

4.2 Tahap kecergasan murid perempuan dan lelaki di Sekolah Rendah Kebangsaan WP.

Labuan

Berdasarkan nilai min skala likert mengikut lima tahap berada pada nilai skor min 1.81-2.60,
maka ia menunjukkan bahawa min 2.14 tahap kecergasan fizikal murid dengan berlandaskan
kesihatan di tahap rendah. Kecergasan murid dari sudut daya tahan kardiovaskular, daya tahan
otot, kekuatan otot, fleksibiliti badan dan komposisi badan dalam keadaan yang lemah. Ini
boleh mengakibatkan gangguan proses dalam kesihatan murid ketika proses pembelajaran di
sekolah kerana kekurangan kecergasan fizikal yang merangkumi fizikal dan otak. Murid yang
kurang cergas selalunya lemah, mengantuk dan tidak bermaya untuk menerima input dalam
proses pembelajaran di sekolah.

Jadual 4.2.1: Analisis Dimensi Kesihatan dan Lakuan Motor Mengikut Nilai Min

Dimensi Min Sisihan Piawai
Kesihatan 2.14 0.54
Lakuan Motor 3.01 0.70

Manakala bagi kecergasan fizikal murid berlandaskan lakuan motor min 3.01 adalah tahap
sederhana kerana berada di antara nilai skor min 2.61-3.40.Kecergasan fizikal murid yang
berlandaskan perlakuan motor iaitu melibatkan kelajuan, ketangkasan, kuasa otot, imbangan,
kordinasi dan masa tindak balas adalah di tahap sederhana. Murid lebih cergas cenderung untuk
membuat aktiviti seperti berjalan kaki, berlari dan lebih tangkas dalam melakukan sesuatu
aktiviti yang melibatkan kecergasan fizikal seperti juga dalam UJIAN SEGAK. Apabila murid
berada dalam tahap kecergasan yang memuaskan maka hasil kemenjadian seseorang murid
yang cergas mampu berdaya saing dari segi kekuatan mental dan emosi.

Jadual 4.2.2: Analisis Dimensi Kecergasan Fizikal Mengikut Keutamaan Nilai Min

Dimensi Min Sisihan Markah Tahap

Lakuan Motor Piawai (Berdasarkan Skor Min) Sederhana
Kesihatan Rendah
3.01 0.70 1

2.14 0.54 2

Hasil kajian dimensi lakuan motor merupakan dimensi utama dengan tahap skor min adalah
sederhana (Min = 3.01, Sisihan Piawai = 0.70). Ini diikuti dengan dimensi kesihatan adalah
sederhana (Min = 2.14, Sisihan Piawai = 0.54). Kedua-dua elemen ini merupakan dimensi yang
membentuk komponen kecergasan fizikal murid. Secara keseluruhannya, tahap kecergasan
fizikal yang berlandaskan lakuan motor dalam kecergasan fizikal murid adalah sederhana (Min
= 3.01, Sisihan Piawai = 0.70).

Taburan responden mengikut kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan menunjukkan tahap
kesihatan murid ialah pada tahap tinggi. Hal ini dapat dilihat daripada peratusan tertinggi yang
menunjukan 65.3 peratus (185 orang) dengan min 3.80. Guru-guru yang membuat pentaksiran
tahap kecergasan murid juga mempengaruhi ujian kecergasan murid. Dilihat dari guru-guru
yang membuat pentaksiran UJIAN SEGAK di antara yang kurang berpengalaman dengan

118

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

menunjukkan peratusan rendah iaitu 5.7 peratus (16 orang) murid yang terlibat dengan min
1.82. Manakala guru yang mempunyai sifat pilih kasih ketika membuat laporan UJIAN
SEGAK juga menujukkan peratusan yang rendah 12.4 peratus yang melibatkan (35 orang)
murid dengan min 2.00. Ini dapat mempengaruhi keputusan petaksiran kecergasan murid
kerana pengalaman guru yang kurang dan bukan opsyen di bidang Pendidikan Jasmani tidak
dapat menilai hasil kecergasan fizikal murid dengan betul.

Jadual 4.2.3 : Taburan responden mengikut Kecergasan Fizikal yang berlandaskan Kesihatan n=283

Penyataan/Item Skala Jum Min SP Tahap
12 3 4 5
Kesihatan
62.9 20.8 6.7 6.0 3.5 9.5 1.66 1.07 Sangat
B12. Saya tidak menjalankan UJIAN
SEGAK kerna masalah kesihatan (178) (59) (19) (17) (10) (27) Rendah

B13. Tahap kesihatan saya memuaskan 3.5 4.6 26.5 39.2 26.1 65.3 3.80 1.00 Tinggi
(10) (13) (75) (111) (74) (185)
B14. Saya mempunyai penyakit kronik
73.1 17.0 6.0 3.2 0.7 3.9 1.41 0.80 Sangat
B15. Guru-guru menjalankan UJIAN (11) Rendah
SEGAK kurang pengalaman (207) (48) (17) (9) (2)

50.5 25.4 18.4 3.2 2.5 5.7 1.82 1.00 Rendah
(143) (72) (52) (9) (7) (16)

B16. Guru-guru pilih kasih apabila merekod 50.9 18.0 18.7 6.0 6.4 12.4 2.00 1.23 Rendah

laporan SEGAK (144) (51) (53) (17) (18) (35)

1 Tidak Benar Sama Sekali (TBSS), 2 Tidak Benar (TB), 3 Tidak Pasti (TP), 4 Setuju(S), 5 Sangat Setuju (SS)

Disamping itu, murid yang tidak menjalankan UJIAN SEGAK kerana mempunyai masalah
kesihatan adalah di tahap sangat rendah dengan peratus 9.5 peratus (27 orang) dengan min 1.66
di tahap sangat rendah. Dan terakhir ialah murid yang menghidap penyakit kronik juga
menunjukkan 3.9 peratus (11 orang) dengan min 1.41 menunjukkan tahap min yang sangat
rendah. Jadual 4.6.4 di atas menunjukkan taburan responden mengikut kecergasan fizikal
berlandaskan Lakuan Motor. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid sekolah rendah di
WP.Labuan adalah murid yang yang aktif bersukan kerana tahap yang tinggi iaitu 57.6 peratus
(163 orang) dengan min 3.68. Kebanyakkan murid-murid di sekolah rendah kebangsaan
WP.Labuan ini adalah di kalangan atlit-atlit sukan yang terlibat dalam kejohanan sukan. Ini
dapat dilihat dengan peratusan sebanyak 34.6 peratus (98 orang) dan min 2.94 terlibat dengan
sukan di sekolah di tahap sederhana. Murid-murid juga menunjukkan penglibatan diri dalam
sukan dengan mewakili sukan ke peringkat sekolah dan negeri, dan ini menunjukkan 35 peratus
(99 orang) terlibat dengan min 2.73 berada di tahap sederhana. Murid-murid sekolah rendah
kebangsaan juga menunjukkan potensi dalam ujian kecergasan fizikal dengan larian 10 kali
pusingan acara trek dan padang di tahap sederhana dengan menunjukkan 21.9 peratus (62
orang) penglibatan dan skor min ialah 2.77. Dalam ujian kecergasan yang melibatkan lakuan
motor kiraan tekan tubi yang melebihi ulangan 20 ke atas adalah 48 peratus (136 orang) berada
dalam tahap sederhana iaitu skor min 3.30. Manakala ringkuk tubi separa melebihi 20 kali
ulangan berada di tahap sederhana dengan 42 peratus (119 orang) berada di skor min 3.17.

119

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Dalam lakuan motor, fleksibiliti iaitu kelenturan badan seperti jangkauan melunjur kurang
daripada 20cm ke bawah berada di tahap yang rendah iaitu 20.8 peratus (59 orang) dengan skor
min 2.46.

Jadual 4.2.4 : Taburan responden mengikut Kecergasan Fizikal yang berlandaskan Lakuan Motor n=283

Penyataan/Item Skala Jum Min SP Tahap
Lakuan Motor 1.00 Tinggi
B17. Saya seorang yang aktif bersukan 12 34 5 57.6 3.68
(163)
2.1 9.5 30.7 34.6 23.0
(6) (27) (87) (98) (65)

B18. Saya seorang atlit sukan 17.7 25.4 21.9 20.8 13.8 34.6 2.94 1.73 Sederhana

(50) (72) (62) (59) (39) (98)

B19. Saya mewakili sukan peringkat 28.3 21.2 15.5 18.7 16.3 35 2.73 1.46 Sederhana
sekolah/negeri
(80) (60) (44) (53) (46) (99)

B20. Saya boleh berlari10 kali pusingan 18.0 15.5 44.5 15.5 6.4 21.9 2.77 1.11 Sederhana
padang/trek (51) (44) (126) (44) (18) (62) 3.30 1.21 Sederhana

B21. Kiraan tekan tubi melebihi ulangan 20 11.3 12.0 28.6 31.4 16.6 48 1.28 Sederhana
(89) (47) (136) 1.21 Rendah
ke atas (32) (34) (81)

B22. Ringkuk tubi separa melebihi 20 kali 15.5 10.6 31.8 24.7 17.3 42 3.17
(44) (30) (90) (70) (49) (119) 2.46

B23. Jangkauan melunjur saya kurang 29.7 21.2 28.3 15.5 5.3 20.8
daripada 20cm ke bawah (84) (60) (80) (44) (15) (59)

1 Tidak Benar Sama Sekali (TBSS), 2 Tidak Benar (TB), 3 Tidak Pasti (TP), 4 Setuju(S), 5 Sangat Setuju (SS)

Kecergasan fizikal meliputi aspek sukan dan juga PJ merupakan satu mata pelajaran yang
penting dalam kurikulum pendidikan formal di Malaysia (Zuber 2004; Safani & Hamdan 2005)
dan diiktiraf sebagai salah satu kegiatan yang penting untuk membangunkan tabiat aktiviti
fizikal semasa remaja (Sallis & Mc Kenzi 1991; Lumpkin 2008; Julismah 2011). Matlamat
pelajaran PJ dibentuk untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu
bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif (Pusat Perkembangan
Kurikulum 2001).Semasa di sekolah tentulah hanya waktu mata pelajaran PJ sahaja para
pelajar boleh melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, maka sangat wajar semua pihak
bangkit membantu meningkatkan minat para pelajar untuk mengikuti aktiviti PJ. Mata
pelajaran PJ juga direka bentuk untuk menyemai keyakinan diri, mematuhi peraturan,
meningkatkan kemahiran dan menanam semangat kerjasama antara pelajar (Wuest & Fisette
2009).

4.3 Tahap pencapaian akademik
Taburan responden mengikut tahap pencapaian akademik murid Tahun 6 di Sekolah Rendah
Kebangsaan Negeri WP.Labuan. Mengikuti kelas tambahan adalah faktor yang penting untuk
mencapai pencapaian terbaik dalam akademik khususnya murid yang bakal menduduki UPSR
di kalangan murid Tahun 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan negeri WP.Labuan. Ini
menunjukkan peratus tertinggi iaitu 89.4 peratus (253 orang) merasakan kelas tambahan ni

120

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

adalah sangat penting untuk peningkatan prestasi akademik d sekolah. Ini dapat di buktikan
dengan skor min 4.47 di tahap sangat tinggi. Kesungguhan murid-murid Tahun 6 untuk
mencapai 4 A dalam UPSR adalah satu motivasi yang tinggi iaitu 86.6 peratus (245 orang)
murid berpandangan positif untuk berjaya dalam pelajaran. Skor min adalah 4.42 di tahap yang
sangat tinggi. Murid-murid ingin kemudahan dan tempat yang selesa untuk belajar
menunjukkan 82.3 peratus (233 orang) berharap dengan adanya kelengkapan pembelajaran
yang kondusif mampu meningkatkan suasana belajar yang lebih berkesan. Skor min di tahap
yang tinggi iaitu 4.20. Murid yang membaca buku rujukan tambahan untuk membantu
menyelesaikan soalan yang sukar adalah 78 peratus (221 orang) degan skor min 4.09 berada di
tahap yang tinggi. 77.1 peratus (218 orang) merasakan sangat penting untuk menggunakan
soalan-soalan ramalan lepas seperti sumber ADABI dan koleksi-koleksi soalan lepas UPSR
sebagai bahan ulangkaji murid. Skor min 4.14 di tahap yang tinggi.

Seterusnya menggunakan mentor guru adalah sebagai pembantu kecemerlangan akademik
murid. 76.7 peratus (217 orang) murid menggunakan mentor guru sebagai pakar rujuk untuk
subjek-subjek khusus atau guru pakar bidang tertentu. Nilai skor min adalah 4.11 di tahap yang
tinggi. Selain itu, 73.8 peratus (209 orang) murid terlibat untuk meningkatkan daya pemikiran
dengan pengambilan rancangan makanan tambahan seperti vitamin dan kismis dapat membantu
murid mempunyai keaktifan saraf dan kesihatan yang baik untuk menjana ilmu yang dipelajari.
Nilai skor min 4.06 berada di tahap yang tinggi. Selain itu juga, 70.7 peratus (200 orang) murid
merasakan kepentingan untuk mengangkat guru sebagai guru angkat pembimbing bagi murid
yang lemah. Nilai skor min 3.90 adalah di tahap yang tinggi. Mencari sumber dan ilham
daripada sumber bahan media dan Internet adalah 68.9 peratus (195 orang) dengan nilai min
3.81 berada di tahap yang tinggi. 62.9 peratus (178 orang) murid mencari sumber rujukan di
perpustakaan atau di pusat sumber sekolah. Min menunjukkan 3.76 berada di tahap yang tinggi.
56.6 peratus (160 orang) murid membuat kerja berkumpulan di perpustakaan. Nilai skor min
adalah 3.68 berada di tahap yang tinggi. 51.6 peratus (146 orang) memerlukan tuisyen di luar
rumah. Skor min 3.47 menunjukkan ini adalah di tahap yang tinggi. Peranan ibu bapa juga
penting kepada murid, kerana ketika murid membuat ulangkaji, ibu bapa harus duduk bersama
sebagai pemerhati. 50.6 peratus (143 orang) murid berada di nilai skor min 3.51 yang berada di
tahap yang tinggi. 50.2 peratus (142 orang) murid menggunakan khidmat PRS sebagai
pendorong dalam mata pelajaran. Nilai skor min 3.45 menunjukkan di tahap yang tinggi.
Sebagai tambahan 48.4 peratus ( 137 orang) murid menggunakan TV tutor/ ASTRO sebagai
alat bantu belajar dengan nilai min ialah 3.42 yang berada di tahap yang tinggi. 45.6 peratus
(129 orang) murid-murid yang cemerlang akan kekalkan latih tubi mata pelajaran teras selama
5 jam sehari dengan min 3.47 berada di tahap yang tinggi.

Adakalanya murid-murid menggunakan khidmat kaunseling sebagai tempat untuk berkongsi
masalah dan sebagai agen pembawa perubahan diri untuk peningkatan kendiri. 42 peratus (119
orang) murid menggunakan khidmat kaunseling dengan nilai skor yang ditunjukkkan ialah 3.20
di tahap yang sederhana. Bagi segelintir murid-murid yang menunjukkan peningkatan prestasi
akademik, 37.8 peratus (107 orang) murid memerlukan idiol atau guru Adiwira sebagai ikon
untuk menumpukan pelajaran dan lebih fokus. Nilai skor min bagi ini adalah 3.01 di tahap
yang sederhana. Dan yang terakhir 32.9 peratus (93 orang) murid memerlukan ganjaran seperti
hadiah sebagai pemangkin dan pendorong ke arah kecemerlangan dalam pencapaian
pembelajaran. Ini dapat ditunjukkan dengan skor nilai min 2.89 yang berada di tahap yang
sederhana.

121

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Jadual 4.3.1 : Taburan responden mengikut tahap pencapaian prestasi akademik murid n=283

Penyataan/Item Skala

Prestasi Akademik 1 2 3 4 5 Jum Min SP Tahap

27.2 28.6 23.0 51.6 3.47 1.19 Tinggi

C24 Memerlukan tuisyen di luar rumah 6.7 14.5 (77) (81) (65) (146)

(19) (41)

C25 Mengikuti kelas tambahan di sekolah 1.1 1.4 8.1 27.9 61.5 89.4 4.47 0.79 Sangat Tinggi

(3) (4) (23) (79) (174) (253)

C26 Membuat latih tubi MP teras 5.3 10.6 38.5 23.3 22.3 45.6 3.47 1.11 Tinggi
5jam/sehari (15) (30) (109) (66) (63) (129)

C27 Menggunakan khidmat kaunseling 10.6 15.5 31.8 27.2 14.8 42 3.20 1.19 Sederhana
(30) (44) (90) (77) (42) (119)

C28 Membaca buku rujukan tambahan 2.8 4.9 14.1 36.7 41.3 78 4.09 1.00 Tinggi
untuk membantu menyelesaikan (104) (117) (221)
soalan yang sukar (8) (14) (40)

C29 Berusaha ingin mencapai 4A dalam 1.1 3.2 9.2 25.8 60.8 86.6 4.42 0.86 Sangat Tinggi

UPSR (3) (9) (26) (73) (172) (245)

C30 Mencari sumber dan ilham daripada 1.1 10.2 19.8 44.2 24.7 68.9 3.81 0.96 Tinggi

Internet/bahan media (3) (29) (56) (125) (70) (195)

C31 Membuat kerja berkumpulan di 1.8 9.2 32.5 32.2 24.4 56.6 3.68 1.00 Tinggi
perpustakaan (91) (69) (160)
(5) (26) (92)

C32 Mencari sumber rujukan di 2.5 9.2 25.4 35.3 27.6 62.9 3.76 1.03 Tinggi

perpustakaan /pusat sumber sekolah (7) (26) (72) (100) (78) (178)

C33 Menggunakan mentor guru sebagai 1.1 3.2 19.1 37.5 39.2 76.7 4.11 0.89 Tinggi

pembantu kecemerlangan (3) (9) (54) (106) (111) (217)

C34 Menggunakan khidmat pembimbing 3.5 16.6 29.7 32.2 18.0 50.2 3.45 1.08 Tinggi

rakan sebaya sebagai pendorong dalam (10) (47) (84) (91) (51) (142)

pelajaran

C35 Menggunakan TV tutor/ASTRO 6.0 15.2 30.4 27.6 20.8 48.4 3.42 1.15 Tinggi
sebagi alat bantu mengajar (17) (43) (86) (78) (59) (137)

C36 Menggunakan soalan-soalan lepas 0.7 4.2 18.0 34.3 42.8 77.1 4.14 0.91 Tinggi
UPSR/ADABI untuk ulangkaji (97) (121) (218)
(2) (12) (51)

C37 Ibubapa duduk bersama ketika 6.7 13.4 29.3 23.7 26.9 50.6 3.51 1.21 Tinggi
membuat ulangkaji matapelajaran (19) (38) (83) (67) (76) (143)

C38 Guru angkat sebagai pembimbing 4.6 4.9 19.8 37.5 33.2 70.7 3.90 1.07 Tinggi
setiap pelajar yang lemah (13) (14) (56) (106) (94) (200)

C39 Ingin meningkatkan daya pemikiran 0.7 5.7 19.4 35.3 38.5 73.8 4.06 0.94 Tinggi

dengan mengambil makanan (2) (16) (55) (100) (109) (209)

rancangan tambahan seperti vitamin

dan kismis

C40 Ingin kemudahan dan tempat yang 1.1 4.6 12.0 37.8 44.5 82.3 4.20 0.90 Tinggi
selesa tempat belajar (107) (126) (233)
(3) (13) (34)

C41 Saya memerlukan ganjaran seperti 22.6 18.7 25.8 15.2 17.7 32.9 2.87 1.39 Sederhana
hadiah sebagai pendorong
kecemerlangan (64) (53) (73) (43) (50) (93)

C42 Saya memerlukan Idiol/Adiwira baru 18.0 19.1 25.1 19.4 18.4 37.8 3.01 1.36 Sederhana

saya menumpukan pelajaran (51) (54) (71) (55) (52) (107)

1 Tidak Penting Sekali (TPS), 2 Kurang Penting (KP), 3 Neutral (N), 4 Agak Penting (AP), 5 Sangat Penting (SP)

122

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

4.4 Hubungan dan perkaitan di antara kecergasan fizikal dan prestasi akademik murid
Hasil kajian kolerasi terdapat hubungan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan
prestasi akademik r = .272**, p<.000. Berdasarkan jadual nilai pekali koefisien korelasi ‘r’
maka dapatlah dinyatakan bahawa kedua-dua hubungan tersebut berada pada tahap hubungan
yang rendah sahaja. Oleh kerana hubungan antara kecergasan fizikal dengan prestasi akademik
adalah berhubungan yang positif maka ia membawa makna, semakin rendah kecergasan fizikal
murid maka semakin rendah prestasi akademik murid Tahun 6.

Jadual 4.4.1 : Hubungan Kolerasi Di antara Kecergasan Fizikal dan Prestasi Akademik

Correlations

Kecergasan Fizikal Prestasi Akademik

KecergasanFizikal Pearson Correlation 1 .272**

Sig. (2-tailed) .000

PrestasiAkademik N 283 283
Pearson Correlation .272** 1

Sig. (2-tailed) .000

N 283 283

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Kecergasan merujuk kepada aktif secara fizikal daripada keinginan untuk menjadi sihat dari
segi fizikal dan menjadi kuat serta bertenaga. Pukal KBSM (1992) mendefinisikan PJ dan
kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-
tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan, penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan
amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Barrow (1971) menyifatkan PJ
dalam konteks pengalaman pendidikan keseluruhan dan menegaskan bahawa pengalaman PJ
berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dan berkait dengan hal seumur hidup
individu. Bucher dan Thaxton (1979) menyatakan bahawa pelajaran PJ adalah merupakan
aktiviti pengalaman di sekolah yang melibatkan aktiviti, pengembaraan, penyelesaian masalah
dan kefahaman sistem tubuh badan manusia serta hubungannya dengan pendidikan pergerakan.
Menurut Raddick (1982),PJ adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang
menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ia menekankan tentang
pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan
dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ia
menekankan pendidikan melalui aktiviti PJ. Fox dan Biddle (1988) pula menyatakan bahawa
salah satu objektif yang utama PJ adalah untuk menanamkan kehidupan yang sihat dan
bersikap positif terhadap sukan, kesihatan, kecergasan dan senaman. Lumpkin (2008)
menyatakan bahawa PJ memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya terlibat
dengan pendidikan yang bercorak fizikal melalui aktiviti sosial dan mental.

Dapatan ini memberi implikasi kepada sistem pendidikan bahawa murid-murid harulah
mempunyai otak yang cergas, tubuh yang sihat dan fizikal yang kuat untuk mempertingkatkan
prestasi akademik murid. Ini bermaksud murid yang sihat dari segi
jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial dapat membantu dalam peningkatan pembelajaran
murid di rumah dan sekolah. Apabila murid tidak bermaya ini akan menyebabkan reputasi
akademik murid akan menurun. Oleh itu peranan guru sukan dan Pendidikan Jasmani untuk
menggalakan murid yang lemah dalam kegiatan sukan harus dipertingkatkan agar minda murid

123

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

juga turut cergas untuk menerima input pembelajaran. Selain itu juga peranan ibubapa untuk
menggalakkan anak-anak untuk menyertai kegiatan sukan atau riadah adalah amat diperlukan
agar murid tidak pasif dan mengalami obesity bagi murid yang bermasalah dalam BMI kerana
ia boleh menjejaskan masalah kesihatan serta fokus dalam prestasi akademik kerana ia
bersangkutan dengan keadaan kesihatan seseorang murid.

4.5 Analisis Ujian Independant Sample T-test melihat perbezaan yang signifikan antara
kecergasan fizikal dengan jantina, kelas dan penglibatan murid dalam mewakili sukan.

Hasil dapatan menunjukkan ujian perbezaan tahap kecergasan fizikal murid Tahun 6 dalam
prestasi akademik berdasarkan jantina. Melalui ujian Levene’s iaitu ujian kesetaraan mendapati
F yang diperolehi ialah 7.556 dan nilai ini tidak signifikan pada p=0.006. Ini menunjukkan
bahawa varian dari segi masalah yang dihadapi ketika pelaksanaan kecergasan fizikal di
sekolah zon Bandar dan luar Bandar adalah tidak berbeza secara signifikan. Dalam erti kata
lain, kedua-dua varian itu adalah sama kerana ia boleh dilihat dari segi min di antara murid
lelaki dan murid perempuan dalam pencapaian akademik min murid lelaki ialah 3.743 dan min
murid perempuan ialah 3.734. Melalui dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara jantina (lelaki dan perempuan) dengan prestasi akademik t (281) =
0.155, sig 0.877, p>0.05. Hal ini memberi makna bahawa kecergasan fizikal murid lelaki dan
murid perempuan adalah sama daripada segi untuk meningkatkan prestasi dalam pencapaian
akademik. Manakala dalam ujian t-test for Equalityof Means didapati nilai t=0.155, df= 281,
Sig. (2 tailed)=0.877 atau p>0.05 maka Hipotesis null diterima iaitu tidak terdapat perbezaan
skor antara lelaki dan perempuan dalam prestasi akademik.

Jadual 4.5.1 : Ujian Independant Sample T-test melihat perbezaan yang signifikan antara kecergasan
fizikal dengan jantina

Pembolehubah Kategori N Std. t df Sig
Bersandar jantina 283 Min Deviation .155 (2-tailed)

Prestasi lelaki 146 3.7430 .55825 281 .877
Akademik .42623
perempuan 137 3.7338

**Aras signifikan pada 0.05

Seterusnya ujian perbezaan tahap kecergasan fizikal murid Tahun 6 dalam prestasi akademik
berdasarkan kelas. Melalui ujian Levene’s iaitu ujian kesetaraan mendapati F yang diperolehi
ialah 18.095 dan nilai ini tidak signifikan pada p=0.000, tetapi ia boleh dilihat dari segi min di
antara murid cemerlang dan murid lemah dalam pencapaian akademik min kelas murid
cemerlang ialah 3.7218 dan min kelas murid lemah ialah 3.6386. Melalui dapatan kajian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kelas (cemerlang dan lemah)
dengan prestasi akademik t (132) = 0.634, sig 0.527, p>0.05. Hal ini memberi makna bahawa
kecergasan fizikal kelas cemerlang dan kelas lemah adalah sama daripada segi untuk
meningkatkan prestasi dalam pencapaian akademik. Manakala dalam ujian t-test for Equalityof
Means didapati nilai t=0.634, df= 132, Sig. (2 tailed)=0.527 atau p>0.05 maka Hipotesis null
diterima iaitu tidak terdapat perbezaan skor antara kelas cemerlang dan kelas lemah dalam
pencapaian akademik.

124

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Jadual 4.5.2: Ujian Independant Sample T-test melihat perbezaan yang signifikan antara kecergasan
fizikal dengan kelas

Pembolehubah Kategori N Std. t df Sig
Bersandar kelas 134 Min Deviation .634 (2-tailed)

Prestasi Cemerlang 119 3.7218 .43596 132 .527
Akademik .74826
Lemah 15 3.6386

**Aras signifikan pada 0.05

Ujian Independent Sample T-test menunjukkan perbezaan tahap kecergasan fizikal murid
Tahun 6 dalam prestasi akademik berdasarkan peringkat sukan yang diwakili murid. Melalui
ujian Levene’s iaitu ujian kesetaraan mendapati F yang diperolehi ialah 7.420 dan nilai ini

tidak signifikan pada p=0.007, tetapi ia boleh dilihat dari segi min di antara murid yang
mengikuti sukan ke peringkat sekolah ialah 3.7778 dan murid yang langsung tiada melibatkan
diri dalam sukan ialah 3.6520.

Jadual 4.5.3 : Ujian Independant Sample T-test melihat perbezaan yang signifikan antara kecergasan fizikal
dengan penglibatan murid dalam mewakili sukan

Pembolehubah Kategori N Std. t df Sig
Bersandar Peringkat 212 Min Deviation 1.781 (2-tailed)

Prestasi Sekolah 86 3.7778 .42232 210 .076

Akademik Tiada 126 3.6520 .55433

**Aras signifikan pada 0.05

Melalui dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara peringkat
yang diwakili (sukan dan tiada mewakili sukan) dengan prestasi akademik t(210) = 1.781, sig
0.076, p>0.05. Hal ini memberi makna bahawa kecergasan fizikal murid yang mewakili sukan
ke peringkat sekolah dan yang tidak menyertai sukan adalah sama daripada segi untuk
meningkatkan prestasi dalam pencapaian akademik. Manakala dalam ujian t-test for Equalityof
Means didapati nilai t=1.781, df= 210, Sig. (2 tailed) =0.076 atau p>0.05 maka Hipotesis null
diterima iaitu tidak terdapat perbezaan skor antara murid yang menyertai sukan sekolah
maupun tiada menyertai sukan dalam pencapaian akademik.

Ketiga-tiga ujian ini menujukkan hipotesis null diterima kerana tidak terdapat perbezaan skor
di antara antara lelaki dan perempuan dalam prestasi akademik, tiada perbezaan skor antara
kelas cemerlang dan kelas lemah dalam pencapaian akademik dan tidak terdapat perbezaan
skor antara murid yang menyertai sukan sekolah maupun tiada menyertai sukan dalam
pencapaian akademik. Kecergasan fizikal seperti sukan dan riadah adalah sebahagian daripada
pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan.

5. Cadangan Dan Kesimpulan

Melalui kajian yang sudah dijalankan oleh pengkaji, diharap agar ianya dapat digunakan dan
diperluaskan lagi kaedah untuk menguji tahap keberkesanan kecergasan fizikal dalam penilaian dan
aspek pembelajaran dalam peningkatan prestasi akademik murid di masa akan datang. Hasil kajian ini
boleh dijadikan sumber rujukan kepada jurulatih sukan dan juga guru-guru sukan terutamanya yang
mengajar sukan dan matapelajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu juga ia boleh digunakan sebagai

125

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

sumber rujukan pentadbir sekolah dalam pengumpulan data-data SEGAK dan penilaian prestasi
akademik UPSR sebagai rujukan sekolah dan dalam merangka strategi yang berkesan dalam melahirkan
kemenjadian murid di sekolah. Pembuat dasar d KPM juga perlu mendalami serta mengkaji hubungan
kecergasan fizikal murid berkesinambungan dengan peningkatan prestasi akademik murid.

Hasil dapatan kajian ini disokong dengan kajian-kajian terdahulu melaporkan para atlet di
sekolah mencapai gred yang lebih baik (Darling et al., 2005; Eccles & Barber, 1999; Eitle &
Eitle, 2002; Silliker & Quirk, 1997), mempunyai aspirasi lebih tinggi mengenai pendidikan dan
pekerjaan (Darling et al., 2005; Marsh & Kleitman, 2002; Otto & Alwin, 1977; Sabo et al.,
1993), meluangkan lebih masa menyiapkan tugasan (Marsh & Kleitman, 2002) dan
mempunyai attitude lebih positif terhadap persekolahan (Darling et al., 2005; Eccles & Barber,
1999) berbanding bukan atlet. Namun Rees & Sabia (2010) dalam merumuskan dapatan di atas
mengatakan ia tidak dapat ditunjukkan dengan jelas korelasi antara bersukan dengan prestasi
akademik sama ada ia berlaku oleh kerana sebab akibat atau sebagai kesan tidak langsung dan
pembuktian adalah pada nilai yang kecil. Keeley & Fox (2009) turut sependapat sedemikian
tetapi mereka menegaskan bahawa aktiviti fizikal juga tidak memberi kesan negatif kepada
proses pembelajaran. Rasberry et al., (2011) turut melaporkan bahawa kekuatan perhubungan
antara aktiviti fizikal dan prestasi akademik adalah pada nilai yang kecil. Setelah menganalisis
beberapa artikel yang menyentuh topik aktiviti fizikal dan pencapaian akademik, kumpulan
pengkaji ini merumuskan bahawa lebih separuh daripada penyelidikan menunjukkan perkaitan
positif (50.5%) dan hanya nisbah kecil berkorelasi negatif (1.5%) manakala selebihnya adalah
tidak berkaitan (48%). Aktiviti fizikal diketahui mempunyai pengaruh positif terhadap daya
tumpuan, keupayaan mengingat dan tingkah laku. Pengurangan masa pembelajaran akademik
untuk melakukan aktiviti fizikal tidak memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar.

Menurut Davis (1991), kecergasan fizikal dalam konteks sukan ialah keupayaan seseorang
individu untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti
sukan tanpa menyebabkan keadaan keletihan yang keterlaluan. Menurut Sarjit Singh dan
Sheikh Kamaruddin (1988), latihan bererti satu persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh
manakala kecergasan menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu untuk berfungsi
dengan cekap dan berkesan tanpa cepat berasa letih dan lesu. Tahap kecergasan seseorang itu
bukan hanya diukur dan dinilai melalui ketiadaan atau bebas daripada sebarang penyakit,
malah ianya juga ditentukan oleh tahap kecergasan fizikal individu tersebut. Oleh itu, tahap
kecergasan fizikal sebenarnya dapat dinilai berdasarkan kepada prestasi seseorang itu
melakukan sesuatu aktiviti.

Secara kesimpulannya, selaras dengan hasrat kerajaan dan KPM yang memberi fokus kepada
kecemerlangan murid adalah amat sesuai untuk peningkatan kecergasan fizikal dijadikan
landasan ke arah melahirkan murid-murid yang cergas, sihat dan pintar dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Sudah pasti murid-murid yang aktif dan cergas mampu
berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran dalam pelbagai bidang yang menjurus abad ke-
21. Dengan kaedah-kaedah yang pelbagai disalurkan kepada sekolah-sekolah sebagai contoh
kemudahan alat kecergasan fizikal yang sesuai diuji dan disarankan dapat meningkatkan
prestasi akademik murid terkhususnya dalam Ujian seperti UPSR dan peperiksaan setara. Di
samping itu, guru seharusnya mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan bagi memastikan proses
penyampaian ilmu yang berkesan kepada murid (King, Goodson, & Rohani, 2004).
Kemenjadian murid yang sihat, cergas dan pintar dapat membantu ke arah kecemerlangan
negara dan melahirkan generasi yang berwawasan dan berpendidikan tinggi untuk membantu
ke arah pembangunan ekonomi dan sosial negara itu sendiri

126

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Appendix

Jadual 1: Analisis Statistik Profil Responden

Jadual 2: Analisis Statistik Kecergasan Fizikal

Statistics

Statistics

b12kesi b13mem b14kr b15peng b16pilih
hatan uaskan onik alaman kasih

N Vali 283 283 283 283 283
d

Miss 0 00 00
ing 1.6643

Mean 3.7986 1.413 1.8163 1.9894
.99559 4 1.00433 1.23048
Std. Deviation 1.07041 3.0000 1.0000 1.0000
.8003
Percent 25 1.0000 3
iles 50 1.0000
1.000
0

4.0000 1.000 1.0000 1.0000
0

75 2.0000 5.0000 2.000 2.0000 3.0000
0

b17aktif b18atlit b19peringkat b2010kali b21tubi20atas b22tubilebih20 b23lunjurkrg20cm

N Valid 283 283 283 283 283 283 283

Missing 00 0 0 0 0 0
2.7350 2.7668 3.3004 3.1767 2.4558
Mean 3.6678 2.9435
1.21087 1.28157 1.21486
Std. Deviation 1.00138 1.73317 1.45515 1.11184

Percentiles 25 3.0000 2.0000 1.0000 2.0000 3.0000 2.0000 1.0000
50 4.0000 3.0000 3.0000 3.0000 3.0000 3.0000 2.0000
75 4.0000 4.0000 4.0000 3.0000 4.0000 4.0000 3.0000

Jadual 3 :Analisis Statistik Pencapaian Akademik

127

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Rujukan

Fadzil, N. S. H., & Ahmad, J. (2010, November). Kepentingan Kokurikulum Dalam
Pendidikan Di Sekolah Menengah. In Proceedings of The 4th International Conference
on Teacher Education.

PONTIAN, R. D., & SAILIN, M. A. B. PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH.

Mohd. Azeman Sailin. (2014). Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah
rendah Daerah Pontian(Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Sulaiman, H., Abdullah, S. S., & Yusop, F. D. (2004). Peranan Ibu Bapa dan Guru dalam
Membantu Pelajar-pelajar yang Menghadapi Masalah Pencapaian Akademik. Masalah
Pendidikan, 27, 75-86.

Mustaffa, C. S., Omar, N., & Nordin, M. Z. F. (2010). Antesedan kecerdasan emosi,
kecerdasan spiritual dan kecerdasan emosi spiritual (ESQ) dalam kalangan pelajar
sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian tinggi. Journal of Techno-Social.

Yahaya, A., Ghaffar, M. N., Ramli, J., Boon, Y., & Hamid, W. Z. W. (2007). Hubungan di
antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.

Maaruf, S. Z. (2014). Pembangunan Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional
Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah/Siti Zuraida binti Maaruf (Doctoral
dissertation, University of Malaya).

Yaakob, M. F. M., & Yusof, H. (2017). MODEL PENGUKURAN BUDAYA SEKOLAH:
KAJIAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN DI MALAYSIA. JuPiDi: Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 3(4), 58-71.

bin Syed Chear, S. L., bin Mohd, M. I., & Hamzah, S. H. (2018). KEPENTINGAN
AKTIVITI FIZIKAL DALAM MEMBINA PERSONALITI DAN MENINGKATKAN
PRESTASI AKADEMIK. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 7(1), 21-33.

Ambotang, A. S., Mohamad, B., Abdullah, M. Y., Taat, M. S., & Talip, R. KAJIAN
TERHADAP FAKTOR PENYUMBANG TERHADAP PENCAPAIAN SIFAR UPSR
DI SARAWAK.

Abdul Rahim Ahmad (1985). “Tanggapan Guru dalam Perancangan dan Pelaksanaan
Kurikulum Sejarah.” Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Abd. Rahim Abd. Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rahim Abd Rashid (1999). Strategi Pengajaran Sejarah KBSM. Petaling Jaya :

128

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Fajar Bakti.
Abd. Rahim Abd Rashid (1991). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bergier, B., Tsos, A., & Bergier, J. (2014). Factors determining physical activity of Ukrainian

students. Annals of Agricultural and Environmental Medicine, 21(3): 613–616.
Darling, N., Caldwell, L. L., & Smith, R. (2005). Participation in school-based
extracurricular activities and adolescent adjustment. Journal of Leisure Research, 37(1): 51–56.
Donnelly, J. E., Hillman, C. H., Castelli, D., Etnier, J. L., Lee, S., Tomporowski, P.,
Szabo-Reed, A. N. (2016). Physical Activity, Fitness, Cognitive Function, and Academic
Achievement in Children: A Systematic Review. Medicine & Science in Sports & Exercise,
48(6): 1197–1222.
Donnelly, J. E., & Lambourne, K. (2011). Classroom-based physical activity, cognition,
and academic achievement. Preventive Medicine, 52 (SUPPL).
Eitle, T. M., & Eitle, D. J. (2002). Race, cultural capital, and the educational effects of
participation in sports. Sociology of Education, 75(April (2)): 123–146
Othman, N., & Mohamad, K. A. (2014). Thinking skill education and transformational
progress in Malaysia. International Education Studies, 7(4), 27–32.
http://doi.org/10.5539/ies.v7n4p27
Peng, C. F., & Shashipriya Nadaraja. (2014). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif Dan
Kritis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komsas Di Sekolah Menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 10–24.
Pushpalatha, S. (2006). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sukatan Pelajaran Sejarah
Tingkatan Empat : Satu Kajian Kes. Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia,
UPSI.
Rahil Mahyuddin, Pihie, Z. A. L., Elias, H., & Konting, M. M. (2004). The Incorporation of
Thinking Skills in the School Curriculum. Kajian Malaysia, 22, 23–33.
Rajendran, N. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru
Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Kertas Kerja Ini Telah Dibentangkan
Dalam Seminar/ …, 1–13. Retrieved from
http://scholar.google.com/scholar?hl=en&btnG=Search&q=intitle:Pengajaran+Kemahiran
+Berfikir+Aras+Tinggi+:+Kesediaan+Guru+Mengendalikan+Proses+Pengajaran+Pembel
ajaran#0
Rosnani, H., & Suhailah, H. (2003). The teaching of thinking in Malaysia. Kuala Lumpur:
International Islamic University Malaysia., 11(1), 668–676. http://doi.org/10.1086/442722
Saido, G. A. M., Siraj, S., Nordin, A. B., & Al-Amedy, O. S. (2015). Teaching Strategies for
Promoting Higher Order Thinking Skills: A Case of Secondary Science Teachers.
Malaysian Online Journal Of Educationla Management (MOJEM), 3(4), 16–30.
Sanip, F. A. B. (2014). Penilaian Kesedaran Strategi Metakognitif Dan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi Dalam Kalangan Pelajar Biologi. Jurnal Penyelidikan Pendidikan (KPM)
Jilid 15.
Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis, A. A. Keprihatinan Guru
Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif,
2Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 19–31 (2012).
Sukiman, Noor, & Uzi. (2013). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Persepsi dan Amalan Guru
Matematik Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains
& Matematik Malaysia, 2(1), 18–36.

Sukiman Saad, N. S. S. dan M. U. D. (2014a). Pengajaran kemahiran berfikir. Jernal
Pendidikan, 2(1), 18–36.

129

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Sukiman Saad, N. S. S. dan M. U. D. (2014b). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Persepsi Dan
Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jernal
Pendidikan, 2(1), 18–36.

Silliker, S. A., & Quirk, J. T. (1997). The effect of extracurricular activity participation on the
academic performance of male and female high school students. School Counselor, 44(4):
288–294.

Sirard, J. R., Pfeiffer, K. A., & Pate, R. R. (2006). Motivational factors associated with sports
program participation in middle school students. Journal of Adolescent Health, 38(6), 696–
703.

Trudeau, F., & Shephard, R. J. (2008). Physical education, school physical activity, school
sports and academic performance. International Journal of Behavioral Nutrition and
Physical Activity, 5, 12.

Ventura, A. K., & Birch, L. L. (2008). Does parenting affect children’s eating and weight
status? International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity, Vol (5).

Abdullah, A. S. M., Wong, C. M., Yam, H. K., & Fielding, R. (2005). Factors related to
nonparticipation in physical activity among the students in Hong Kong. International
Journal of Sports Medicine, 26(7): 611–615.

Bergier, B., Tsos, A., & Bergier, J. (2014). Factors determining physical activity of Ukrainian
students. Annals of Agricultural and Environmental Medicine, 21(3): 613–616.

130

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

KEPIMPINAN ISTRUKSIONAL PENGETUA DI DAERAH
KUALA LANGAT

1 Sri Mohana a/p Karuppiah, 2 Aida Hanim binti A. Hamid

1,2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: 1 [email protected]
2 [email protected]

______________________________________________________________________________________ ______

Abstract: Kajian ‘Kepimpinan instruksional pengetua di daerah Kuala Langat’ telah
dijalankan di tiga buah sekolah menengah di daerah Kuala Langat, Selangor. Ini adalah
kajian jenis kuantitatif. Soal selidik sebagai instrumen telah digunakan dan responden adalah
seramai 188 orang guru telah dipilih dengan kaedah persampelan rawak mudah. ‘The
Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ)’ digunakan sebagai instrumen bagi
mengukur kepimpinan pengetua di daerah Kuala Langat. Instrumen tersebut menunjukkan
nilai alpha Cronbach iaitu sebanyak 0.93. Secara keseluruhan, kajian menyatakan bahawa
amalan kepimpinan pengetua di daerah Kuala Langat berada pada tahap yang tinggi.

Keywords: : kepimpinan, instruksional, pengetua

______________________________________________________________________________________ ______

1. Pengenalan

Di Malaysia, sekolah merupakan institusi sosial yang dibina untuk memberikan pendidikan
kepada golongan murid yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja untuk menjadi
insan yang berpendidikan dan berguna kepada negara. Menurut Sufean (2014), sekolah adalah
tempat di mana pelajar dapat menguasai pelbagai aspek seperti literasi asas, sosial, budaya,
ekonomi, agama dan sebagainya. Secara khususnya, pembelajaran dan pemudahcaraan,
pentadbiran dan kepimpinan diberi penekanan supaya sekolah dapat berfungsi dengan berkesan
untuk mencapai matlamat sekolah. Menurut artikel ini, seseorang pemimpin dan amalan
kepimpinannya adalah aspek penting yang menyumbang kepada pencapaian dan
kecemerlangan sesuatu organisasi. Hal ini disokong oleh Jamilah Ahmad dan Yusof Boon
(2011) yang menekankan bahawa kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada amalan
kepimpinan seseorang pengetua atau guru besar. Gregory (2010), juga menyatakan bahawa
tingkah laku instruksional seseorang pemimpin sememangnya mempengaruhi dan memberi
kesan positif kepada pembelajaran dan pemudahcaraan serta memastikan peningkatan murid
dalam bidang akademik.

KPM (Kementerian Pendidikan Negara, 2012) berhasrat untuk menempatkan pemimpin atau
ketua yang berpotensi dan yang mempunyai prestasi tinggi di setiap sekolah dan ini adalah
puncanya Kepimpinan Instruksional diberi penekanan. Ketua bagi sesuatu organisasi sangat
berkuasa dan perlu memainkan peranan penting dalam memastikan pengikutnya dapat
mencapai visi dan misi organisasi tersebut dan sentiasa mempunyai matlamat serta halatuju
tertentu untuk mencapai visi dan misi organisasi masing-masing. Terdapat pelbagai cabaran
dalam sektor awam dan sektor swasta dalam usaha mencapai visi dan misi sesuatu organisasi
iaitu organisasi harus memastikan segala rancangan samada rancangan untuk jangka pendek
atau untuk jangka panjang dapat dicapai serta dilaksanakan untuk mencapai objektif organisasi
tersebut. Ketua sebagai pentadbir harus berupaya untuk mengurus serta memimpin pengikutnya

131

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

dalam menjalankan tugas dengan sempurna. Ini adalah kerana keupayaan dan kebijaksanaan
ketua sesebuah organisasi itu adalah sangat penting bagi organisasi tersebut bagi mendapatkan
kejayaan yang cemerlang. Selain itu, para pengikut masing-masing haruslah berkualiti dan
dapat menjayakan tugasan dengan sempurna bagi memiliki kejayaan serta matlamat sesebuah
organisasi tersebut.

Disebabkan kecemerlangan, kesederhanaan dan kelemahan sesuatu sekolah bergantung pada
kualiti kerja yang ditunjukkan oleh ketua sekolah serta juga orang bawahannya di sekolah
tersebut, maka ianya adalah penting untuk pemimpin dan guru-guru mempunyai nilai moral
yang tinggi supaya dapat menjalankan tugasan harian dengan lebih berkesan. Jika pihak
sekolah termasuk pentadbir dan guru- guru tidak menunjukkan komitmen yang sewajarnaya, ia
akan membawa kepada kekurangan kualiti dalam kerja yang dilakukan. Hal ini sememangnya
menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dan juga menyebabkan kemerosoton
akademik pelajar di sekolah tersebut. Objektif dan matlamat sekolah juga tidak dapat tercapai
jika guru-guru tidak berdedikasi dalam menjalankan tugasan harian mereka. Oleh yang
demikian, pengetua haruslah lebih peka dan prihatin terhadap kebajikan dan keperluan guru-
guru supaya mereka dapat mempercayai pihak pentadbir malah menjalankan tugas dalam
suasana yang menyenangkan.

Menurut Fulmer (2006), kepimpinan instruksional pengetua adalah aspek penting yang
berterusan bagi memastikan kecemerlangan sekolah serta meningkatkan produktiviti sekolah.
Pengetua perlulah lebih fokus terhadap kepimpinan instruksional pengetua dalam pengurusan
sekolahnya. Ini adalah kerana pengetua memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dapat dijalankan dengan lancar tanpa
apa jua gangguan. Seseorang pemimpin sekolah dapat menentukan visi, misi dan objektif
sesebuah sekolah dan ia adalah sangat penting untuk pengetua mencari cara untuk mencapai
sesuatu objektif itu secara berkesan dengan kerjasama guru-guru yang sanggup mencurahkan
masa dan tenaga mereka demi mencapai kecemerlangan bersama. Terdapat pelbagai cara dan
jenis kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin di sekolah. Hal ini adalah disebabkan
pemimpin sentiasa berusaha untuk membentukkan suatu organisasi yang lengkap dengan visi,
misi dan objektif yang sempurna dan berusaha untuk menunjukkan kecemerlangan dengan
mencapai matlamat sekolah serta meningkatkan produktiviti sekolah.

Oleh yang demikian, seseorang ketua, pemimpin dan pengetua hendaklah sentiasa bijak dan
menunjukkan amalan kepimpinan instruksional yang sangat berkesan dan berfaedah di dalam
pengurusan sekolah.

2. Ulasan Kajian Lepas

Chinpuza, Omoruyi dan Samuel pada tahun 2011 telah menjalankan satu penyelidikan bagi
mengenali pandangan keadilan serta tingkah laku peranan tambahan untuk dikekalkan setelah
penstukturan semula bagi menggabungkan bank di Nigeria. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan 130 borang yang mengandungi item soal selidik diagihkan kepada
para pekerja bank yang bekerja di Lagos, Nigeria. Untuk kajian tersebut, instrumen oleh
Mansour-Cole pada tahun 1998 telah digunakan oleh pengkaji. Tingkah laku pekerja pula
diukur dengan menggunakan instrumen oleh Robinson dan Morrison pada tahun 2000.

Dapatan dari kajian ini menunjukkan amalan kepimpinan pengetua yang lebih prihatin dan
menunjukkan penglibatan aktif menunjukkan hubungan yang positif dengan motivasi pekerja.

132

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Pendekatan ini telah menghasilkan pekerja yang percaya bahawa diri mereka sangat dihargai
dan dihormati oleh pihak pentadbir. Di samping itu, pemimpin yang suka mengarah pula tidak
dapat menunjukkan hubungan yang baik dengan tahap motivasi pekerja. Ini adalah kerana
pekerja merasa tidak berpuas hati dan tidak adil apabila keputusan dibuat oleh orang atasan
tanpa melibatkan mereka.

Kajian ini sangat perlu dijalankan bagi mengetahui sama ada kepimpinan instruksional
digunakan oleh pengetua-pengetua di sekolah menengah supaya dapat memberikan kepuasan
kepada para guru di bawah pimpinanya. Pemimpin yang kerap mengamalkan kepimpinan
instruksional bersikap prihatin dan memberi keutamaan terhadap perkembangan pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPC) dan sentiasa menjaga keperluan dan kebajikan golongan di bawah
kepimpinanya. Ini dapat meningkatkan kepercayaan di kalangan guru supaya memberi
komitmen yang tinggi dalam usaha mencapai matlamat sekolah. Di Ankara Turki, menurut
Calik, Sezgin, Kilinc & Kavgaci (2012), kepimpinan instruksional yang sentiasa diamalkan
oleh pemimpin dapat menghasilkan amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) yang
berkesan.

Demografi Jadual 1: Demografi Responden Peratus (%)

Jantina Kekerapan (n) 26.6
Lelaki 73.4
Perempuan 50
Umur 138 17.6
Berumur kurang daripada 29 tahun 32.4
30 tahun hingga 40 tahun 33 50.0
40 Tahun dan ke atas 61
Kelayakan Ikhtisas 94 9.0
Diploma 78.2
Ijazah Sarjana Muda 17 12.8
Ijazah Sarjana 147
PhD 24 0
Pengalaman mengajar
1 hingga 5 tahun 0 22.3
6 hingga 10 tahun 17.0
11 hingga 15 tahun 42 16.5
16 tahun dan ke atas 32 44.1
31
83

Jadual 1 menunjukkan interpretasi skor min yang digunakan bagi analisis statistik deskriptif.
Skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan nilai min pada tahap rendah, skor 2.34 hingga 3.66
adalah nilai min pada tahap sederhana manakala skor nilai min 3.67 hingga 5.00 pada tahap
tinggi.

Tahap Kepimpinan Instruksional Pengetua Mengikut Dimensi Pertama: Mendefinisikan
Misi Dan Matlamat Sekolah.
Bahagian ini untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional pengetua berdasarkan
dimensi pertama iaitu mendefinisikan misi dan matlamat sekolah. Data kajian dalam bahagian
B soal selidik dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif.

133

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Jadual 3.1: Jadual taburan peratusan skor maklum balas responden mengenai tahap kepimpinan
instruksional pengetua mengikut dimensi pertama mendefinisikan misidan matlamat sekolah.

Tahap Kepimpinan N 1 2 34 5 Min SP
Bil Instruksional Pengetua: (%) (%) (%) (%) (%) 4.45 0.46

Dimensi mendefinisikan 188
Misi sekolah

Fungsi 1: Mendefinisikan
Matlamat Sekolah

1. Pengetua menggunakan 188 0 0 2.5 48.1 49.4 4.46 0.55
keputusan pencapaian
akademik murid bagi
menetapkan matlamat
akademik sekolah.

2. Pengetua merangka 188 0 0 2.5 49.4 48.1 4.45 0.55
0 4.9 46.9 48.1 4.43 0.59
matlamat sekolah
4.37 0.52
bersesuaian dengan guru

dan mudah dilaksanakan.

3. Pengetua menetapkan 188 0

matlamat tahunan sekolah

yang berfokus

Fungsi 2: Menyampaikan 188

matlamat sekolah

1. Pengetua menyampaikan 188 0 0 1.2 0 51.9 4.44 0.57

matlamat kurikulum sekolah

kepada semua guru.

2. Pengetua memastikan 188 0 0 3.7 49.4 46.9 4.43 0.56
matlamat akademik sekolah
dipaparkan dengan jelas
di sekolah.

3. Pengetua merujuk kepada 188 0 1.2 11.1 50.6 37.0 4.23 0.69

matlamat sekolah semasa

perbincangannya dengan

guru.

1-Sangat Tidak Bersetuju, 2- Tidak Bersetuju, 3- Kurang Bersetuju, 4- Setuju, 5- Sangat Bersetuju,

SP = Sisihan Piawai

Jadual 3.1 di atas menunjukkan tahap kepimpinan instruksional pengetua mengikut dimensi
pertama iaitu mendefinisikan misi dan matlamat sekolah, dalam dua fungsi iaitu merangka
matlamat sekolah dan menyampaikan matlamat sekolah.

Berdasarkan analisis, sebahagian besar golongan responden mengatakan tahap kepimpinan
instruksional pengetua sekolah mereka mengikut dimensi pertama iaitu mendefinisikan misi
dan matlamat sekolah menunjukkan fungsi pertama iaitu merangka matlamat sekolah adalah
tinggi dengan min 4.45 jika dibandingkan dengan fungsi kedua, menyampaikan matlamat
sekolah iaitu 4.37. Bagi fungsi satu dalam dimensi mendefinisikan misi dan matlamat sekolah
menunjukkan bahawa dapatan min untuk pengetua menggunakan keputusan pencapaian murid
bagi menetapkan matlamat akademik sekolah adalah yang tertinggi iaitu 4.46, diikuti oleh
pengetua merangka matlamat sekolah bersesuaian dengan guru dan mudah dilaksanakan oleh

134

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

guru iaitu 4.45 dan seterusnya adalah pengetua merujuk kepada matlamat sekolah semasa
perbincangannya dengan guru iaitu sebanyak 4.43.

Bagi fungsi kedua pula dalam dimensi mendefinisikan misi dan matlamat sekolah, iaitu
menyampaikan matlamat sekolah, dapatan menyatakan hasil min yang tertinggi adalah
pengetua menyampaikan matlamat kurikulum sekolah kepada semua guru iaitu sebanyak 4.44,
diikuti oleh pengetua memastikan matlamat akademik sekolah dipaparkan dengan jelas di
sekolah iaitu 4.43 dan ketiga pula pengetua sentiasa merujuk kepada matlamat sekolah semasa
perbincangannya dengan guru ialah 4.23.

Seterusnya, jadual 3.2 menunjukkan perincian tahap kepimpinan instruksional pengetua
disusun mengikut keutamaan amalan pelaksanaannya berdasarkan skor min bagi semua amalan
terbaik dalam kedua-dua fungsi yang dinyatakan.

Jadual 3.2: Tahap kepimpinan instruksional pengetua mengikut dimensi pertama mendefinisikan misi dan
matlamat sekolah berdasarkan susunan keutamaan.

Tahap Kepimpinan Instruksional Pengetua: Dimensi Mendefinisiskan Min Tahap Kepimpinan
Misi Sekolah 4.45 Pengetua
4.46 Tinggi
Fungsi 1: Merangka Matlamat Sekolah
1. Pengetua menggunakan keputusan pencapaian murid bagi menetapkan Tinggi

matlamat akademik sekolah

2. Pengetua merangka matlamat sekolah bersesuaian dengan guru dan mudah

dilaksanakan oleh guru 4.45 Tinggi

3. Pengetua merujuk kepada matlamat sekolah semasa perbincangan dengan 4.43 Tinggi
guru

Fungsi 2: Menyampaikan Matlamat Sekolah 4.37 Tinggi
1. Pengetua menyampaikan matlamat kurikulum sekolah kepada semua guru 4.44 Tinggi
4.43 Tinggi
2. Pengetua memastikan matlamat akademik sekolah dipaparkan dengan 4.23 Tinggi
jelas di sekolah

3. Pengetua sentiasa merujuk kepada matlamat sekolah semasa
perbincangannya dengan guru

Adalah dapat disimpulkan bahawa tahap kepimpinan instruksional pengetua sekolah dari
dimensi pertama mendefinisikan misi dan matlamat sekolah, dalam kedua-dua fungsi merangka
dan menyampaikan matlamat sekolah adalah tinggi dan baik.

4. Perbincangan dan Kesimpulan
Adalah dapat disimpulkan bahawa tahap kepimpinan instruksional pengetua sekolah dari
dimensi pertama mendefinisikan misi dan matlamat sekolah, dalam kedua-dua fungsi merangka
dan menyampaikan matlamat sekolah adalah tinggi dan baik.

Dapatan analisis kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap kepimpinan
instruksional pengetua berada pada tahap yang tinggi. Kajian yang telah dijalankan oleh
Zuraidah pada tahun 2002 telah menyatakan dapatan yang sama iaitu tahap kepimpinan

135

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

pengetua berada pada tahap yang tinggi manakala dapatan ini tidak sama dengan kajian yang
telah dijalankan oleh Aziz pada tahun 2003). Ini adalah kerana dapatan kajian Aziz (2003)
menunjukkan tahap kepimpinan pengetua di sekolah yang dikajinya telah berada pada tahap
sederhana.

Walaubagaimanapun, dapat dirumuskan bahawa tahap kepimpinan instruksional pengetua
dalam kajian ini berada pada tahap yang tinggi dan ini menunjukkan pengetua di tiga buah
sekolah menengah di daerah Kuala Langat ini memang disokong dan dihormati oleh guru-guru
dan diberi kepercayaan penuh di mana mereka sentiasa bersikap prihatin dan peka terhadap isu
yang saling berkaitan dengan sekolah serta menjaga dan memberi dorongan kepada para guru.
Pengetua juga sentiasa bersedia membantu dengan apa jua masalah yang timbul sambil sentiasa
berfikiran positif dalam menyelesaikan sesuatu masalah di sekolah. Pengetua juga dapat
menentukan visi dan misi sekolah dengan jelas serta berusaha meningkatkan produktiviti
sekolah. .

Menurut Berson dan Bruce (2004) berpendapat bahawa seseorang pemimpin yang
mengamalkan amalan kepimpinan dalam organisasinya merupakan satu faktor yang penting
yang dapat memberi kesan terhadap motivasi, kepuasan, kreativiti dan juga kepada
kecemerlangan serta kejayaan organisasi tersebut. Eyal dan Roth pada tahun 2012 menyatakan
bahawa amalan kepimpinan pengetua sekolah mampu mempengaruhi tingkah laku para guru.

Dapatan analisis kajian ini secara keseluruhannya juga disokong oleh teori laluan matlamat
yang menyatakan kepimpinan yang boleh dicontohi adalah di mana panduan dan penjelasan
yang sangat efektif diberikan bagi mencapai sesuatu matlamat atau kejayaan (House, 1971). Ini
menunjukkan amalan kepimpinan yang berkesan dapat memberikan kepuasan kepada orang
bawahan bagi mencapai objektif dan juga matlamat sesuatu organisasi secara bersama.
Menurut Boroumand pada tahun 2005, menyatakan bahawa ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan prestasi kerja yang berkesan, perolehan yang baik dan positif, kepuasan dan juga
semangat yang tinggi di sesebuah organisasi.

Kesimpulannya, pengetua sememangnya memainkan peranan penting di dalam pengurusan
sekolah dan beliau haruslah bersikap pro aktif serta sentiasa bersikap adil semasa membuat
sebarang keputusan. Amalan kepimpinan yang sesuai harus diamalkan oleh pengetua semasa
menjalankan tugas beliau supaya guru-guru dapat menyokongnya serta dapat menjalankan
tugas dengan cemerlang. Sikap pengetua yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan guru
dapat meningkatkan tahap kepuasan para guru untuk menjalankan pdpc yang lebih berkesan.
Hal ini menyumbang kepada proses pembelajaran yang berkualiti serta menyumbang kepada
pencapaian matlamat sekolah.

Rujukan

Abdul Majid Salleh (2008). Persepsi Guru-Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar Di
Empat Buah Sekolah Rendah Di Daerah Hulu Trengganu. Tesis Sarjana: UTM

Abdul Said Ambotang (2003).kajian Persepsi Hubungan Kepimpinan Pengetua dengan Tahap
Motivasiu Guru Sekolah Menengah di Daerah Beaufort, Sabah. Tesis Sarjana.
Universiti Malaysia Sabah.

Atkinson J. W. and Birch D. (1978). An Introduction to Motivation (2nd ed). New York: D.
Van Norstrand Company.

136

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Azizi Yahya, Halimah Maalip, Noordin Yahaya, Lim Ting Theng (2011). Hubungan Gaya
Kepimpinan Guru Besar Dengan Faktor-Faktor Kepimpinan di Sekolah Cemerlang.
Journal of Educational Management, 48–70.

Azman Othman, Naatyada Wanlabeh (2012). Teachers’ Perspectives on Leadership Practices
and Motivation in Islamic Private Schools, Southern Thailand. Journal Asia
Education and Development Studies, 237–250.

Bass, B. M. and Ruth Bass (2008). The Bass Handbook of Leadership: Theory, Research and
Managerial Application, (4th ed). New York: Free Press.

Berson, Y. and Bruce, J. A. (2004). Transformational leadership and the dissemination of
organization goals: A case study of a telecommunication firm. The Leadership
Quarterly, 15(5), 625–646.

Chipunza C., Omoruyi Q., Samuel M.O. (2011). Perceptions of Justice and Extra-role
Behaviours of Survivors after Organization Restructuring at A Consolidated Bank in
Nigeria. SA Journal of Human Resource Management, 9(1), 344.

Daft, R. L. (1988). Management. The Dryden Press, Chicago, IL.
Eyal. O., Roth. G. (2010). Principals’ Leadership and Teachers’ Motivation. Journal of

Educational Administration, 256–275.
Fieldler, F. E. (1967). A Theory of Leadership Efectiveness. New York: McGraw Hill.
Frederick, B. Sampson, K. B., Edith, A. A. Samuel, A. O. Felix, K. M. And Theophilus, F. G.

(2013). The Effect of Leadership Styles and Motivation on Employee Performance
in Public Institutions: Evedence from Ghana. International Journal of Current
Research, 5(09), 2667–2670.
Grooraki H, Noroozi H, Marhamati S, dan Behzadi F. (2013). The effect of leadership style on
the employees’ job motivation in health care centres in Shiraz. Journal Adv Med-
Rrof. 1(2):59-63.
Gunter, H., Rayner, S., Thomas, H., Fielding, A., Butt, G. & Lance, A. (2005). Teachers, Time
and Work: Finding from the Evaluation of the Transforming The School Workforce
Pathfinder Project. School Leadership and Management. 25(5):441-454.
House, R. J. (1971). A path-goal theory of leader effectiveness. Administration Science
Quarterly, 16,321-339.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Education and Psychological Measurement. 30:607-610.
Kyak, M., Bozaykut, T. Gengur, P. Aktas, E. (2011). Strategic Leadership Style and
Organization Financial Performance: A Qualitatve Study on Private Hospital,
Procedia-
Social and Behavioral Science.24:1521-1529
McClelland, D. C., (1961). The Achieving Society, Van Nostrand: Princeton, N. J.
Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mortimore, P. (1997). Key characteristics of effective school. Jendela Minda, 1(1), 1-35.
Mossadegh Red AM. (2005). Examine the leadership between leadership styles and
effectiveness of Isfahan hospital. Journal of Administration Sciences and Economy
24(1):132-151

137

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

PENEROKAAN KUALITATIF TERHADAP HALANGAN
PENGLIBATAN ORANG KURANG UPAYA DALAM SUKAN

(A Qualitative Exploratory On Barriers To Participation Of
Individuals With Disabilities In Sport)

Rodhy Edward Jalin1*, Manisah Mohd. Ali2

1,2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]
______________________________________________________________________________________ ______

Abstrak: Penglibatan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sukan mempunyai cabaran yang
tersendiri berbanding orang biasa. Banyak faktor penghalang yang menjadi halangan dalam
penglibatan tersebut. Kajian kes ini bertujuan untuk melihat faktor penghalang utama
penglibatan Orang Kurang Upaya dalam sukan. Satu temu bual telah dijalankan terhadap
empat orang atlet OKU yang telah mengikuti Sukan Paralimpik (boling padang, memanah,
boling dan powerlifting). Temu bual telah di transkrip secara verbatim dan dapatan telah
dibahagikan kepada tema. Terdapat lima faktor utama yang menjadi faktor penghalang
penglibatan golongan OKU dalam menceburi sukan iaitu alatan sukan, masa, kesihatan,
fasiliti dan polisi. Pihak berwajib perlu mencari pelapis atlet OKU dengan mengadakan
pelbagai program untuk menarik minat penglibatan golongan OKU ini. Peluang dan layanan
yang sama seperti atlet normal perlu diberi kepada golongan OKU agar jurang perbezaan
antara golongan ini dapat diminimumkan.

Kata kunci:penglibatan, penghalang, Orang Kelainan Upaya, atlet, sukan

Abstract: The participation of individuals with disabilities in sports have their own challenges
if compare to normal people. There are barriers influencing their involvement in sports. The
purpose of this case study is to examine the barriers that influenced the participation of
individuals with disabilities in sports. An interview was carried out on four athletes with
disability who were participated in the Malaysian Paralympics Sport Competition. The output
of the interview was transcribed verbatim and content analysis was carried out to identify the
common themes. The findings of the study found five main barriers that influenced
participation of individuals with disability in sports; sports equipment, time, health, facility and
policy. The right authorities (sports managements) have to organize many programs to attract
many new athletes to be involved in sports. Nevertheless, the athletes with disabilities should
be treated equally and be given similar opportunities to athletes without disabilities to
minimize the barriers.

Keywords: participation, barriers, individual with disabilities, athletes, sports

______________________________________________________________________________________ ______

1. Pengenalan

Sukan berperanan penting dalam kehidupan setiap lapisan masyarakat tanpa meminggirkan
golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Menurut Stefano (2011) bagi golongan OKU dengan
bersukan mereka dapat membentuk identiti sendiri. Kajian juga menyatakan aktiviti bersukan
boleh meningkatkan persepsi sendiri terhadap kebolehan dan kemahiran yang ada pada diri dari

138

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

aspek sosial, emosi dan juga ketidakupayaan yang ada. Ketidaksempurnaan fizikal yang
dimiliki bukan penghalang untuk OKU hidup aktif, bersukan, beriadah dan bergembira
bersama masyarakat sekeliling. Malah sukan turut mewujudkan persekitaran yang
membolehkan OKU lebih berdikari (Khumalo et al. 2013). Sehubungan itu, sukan merupakan
salah satu dari medium yang boleh digunakan oleh golongan OKU menonjolkan kemampuan
diri. Hal ini kerana kebanyakan OKU tidak mendapat peluang untuk menunjukkan bakat
mereka dan dianggap golongan yang tidak mampu menguruskan diri serta tidak mempunyai
bakat. Maka dengan itu, sukan boleh mengubah perspektif masyarakat terhadap OKU dengan
kemahiran sukan yang mereka ada tanpa mengira jenis kecacatan yang dialami.

1.1 Penglibatan OKU Dalam Sukan
Penglibatan OKU dalam sukan meningkat setiap tahun. O’Keefe (2016) menyatakan sebanyak
43% mereka yang mengalami ketidakupayaan bergiat aktif dalam sukan. Peratusan ini
menunjukkan hanya 20% kurang daripada data penglibatan orang normal dalam sukan dengan
catatan 65%. Data ini menunjukkan penglibatan OKU dalam sukan bertambah atas faktor diri
sendiri dan juga program- program yang dibuat oleh pihak berkaitan dalam pembangunan
sukan OKU. Program- program yang menarik mampu meningkatkan penglibatan golongan
OKU dalam sukan. Dalam laporan itu juga, banyak langkah- langkah yang diambil dan
dirancang untuk melibatkan OKU terlibat aktif dalam sukan. Melalui cara ini, OKU tidak akan
terpinggir dan sentiasa aktif.

Di negara Malaysia, penglibatan OKU dalam sukan mula dipandang oleh masyarakat setelah
beberapa kejayaan yang dirangkul oleh atlet orang kurang upaya di peringkat antarabangsa.
Dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia pada tahun 2015, tiga atlet Malaysia iaitu Mohamad
Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Mohd Ridzuan Puzi masing- masing dalam acara lontar
peluru F20, lompat jauh T20 dan 100m T36 telah berjaya merangkul pingat emas dalam
temasya tersebut. Kejayaan ini membuka mata masyarakat luar akan kemampuan luar biasa
golongan itu. Selain itu, altlet- atlet OKU ini terus melakar nama di temasya Sukan Paralimpik
2016 dengan mempertahankan kejuaraaan yang telah diraih sebelumnya. Kejayaan atlet- atlet
ini telah mengharumkan nama negara sekaligus mengangkat atlet golongan OKU dalam dunia
sukan. Di peringkat negeri masing- masing pihak yang bertanggungjawab mula menyasarkan
kebolehan OKU dalam sukan. Banyak program- program pembangunan sukan untuk OKU
mula dibuat di negeri masing- masing. Hasrat ini adalah untuk melonjakkan penglibatan OKU
dalam sukan. Maka dengan program yang telah dirancang akan menarik dan memberi rasa
seronok terhadap golongan OKU ini melibatkan diri dalam sukan. Ini terbukti dalam kajian
Omar-Fauzeee et. al (2010) apabila mendapati keseronokan merupakan faktor utama
penglibatan atlet OKU dalam sukan Paralimpik. Malahan sukan menjadi platform untuk atlet
OKU ini berkongsi kemahiran yang ada yang akhirnya akan melonjakkan pencapaian mereka
dalam sukan.

2. Ulasan Kajian Lepas

Penglibatan OKU dalam sukan sememangnya digalakkan. Malah dengan bersukan OKU boleh
menunjukkan bakat yang ada seperti golongan normal yang lain. Namun penyertaan golongan
OKU dalam sukan ini didorong oleh faktor penarik dan faktor penghalang tanpa mengira jenis
kecacatan yang mereka alami. Laporan WHO tahun 2011 menyatakan 15% populasi penduduk
di dunia adalah dari kalangan OKU. Namun penyertaan OKU dalam sukan sangat sedikit.
Golongan OKU juga menghadapi halangan melibatkan diri dalam sukan berbanding orang
normal. Masyarakat beranggapan bahawa OKU tidak mampu untuk bersaing kerana mereka

139

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

tidak boleh menguruskan diri dan kurang berbakat. Di peringkat sukan antarabangsa,
penyertaan negara- negara membangun dan negara maju dilihat menunjukkan jurang yang agak
ketara. Jurang ini dikaitkan dengan kekurangan program dalam Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, kekurangan pembiayaan bagi sukan, kemudahan dan peralatan sukan. Di samping
itu, kanak- kanak dan remaja yang mempunyai pelbagai masalah menyatakan bahawa
kecacatan yang mereka alami itu sendiri merupakan halangan peribadi (Jaarsma et al. 2014).

Masyarakat tidak sedar bahawa kesukaran untuk menempatkan diri dalam satu- satu tempat
menjadi penghalang kepada OKU untuk melakukan aktiviti. Malah ada yang beranggapan
bahawa OKU tidak mempunyai kesihatan yang baik kerana kecacatan yang dialami
menjadikan mereka tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Persepsi masyarakat sebegini
menghalang penglibatan OKU. Bagi OKU yang menghidapi kecerderaan saraf tunjang,
pergerakan mereka bergantung kepada penggunaan kerusi roda dalam menyempurnakan
tugasan harian. Walau bagaimanapun pegerakan mereka akan terbatas sekiranya menghadapai
masalah dari segi permukaan jalan yang tidak rata, jalan yang sempit dan sebagai nya.
Halangan ini menyebabkan mereka sukar melaksanakan sesuatu tugas. Kemampuan diri yang
terbatas akan melunturkan semangat mereka untuk terlibat dalam sukan. Oyster et al. (2012)
mengatakan keterbatasan menunjukkan kemahiran dalam sukan akan melunturkan semangat
golongan OKU. Di samping itu, kos penyelenggaraan alat sokongan asas sukan bagi OKU
mahal menyebabkan niat untuk bersukan terbantut. Oleh kerana itu, bagi mereka yang
mempunyai taraf ekonomi rendah dan tidak stabil mengalami masalah dan menyelenggara alat
sokongan asas seperti roda, sarung tangan, raket dan sebagainya. Khumalo et al. (2013)
mendapati dalam kajiannya, OKU berkerusi roda yang berpendapatan rendah cenderung untuk
tidak terlibat dengan sukan kerana tidak mampu menyelenggara kerusi roda.

Sehubungan itu, ramai OKU yang berminat melibatkan diri dalam sukan, namun peluang dan
ruang tidak diberikan kepada mereka. Ini kerana golongan ini kekurangan akses kepada
informasi dan sumber. Banyak informasi berkaitan sukan yang diadakan tidak sampai ke
pengetahuan mereka. Di samping itu, kemudahan pengangkutan juga isu yang timbul sebagai
penghalang penglibatan OKU dalam sukan. Tempat latihan dan juga tempat pertandingan
sukan yang jauh dari rumah memerlukan OKU bergerak sendiri ke tempat tersebut dan perlu
membayar sewa pengangkutan. Walaupun ada pengangkutan awam namun kekurangan akses
kepada pengangkutan menyukarkan pergerakan mereka. Malah pengangkutan awam tidak
pergi ke destinasi yang dituju. Selain itu masalah yang timbul ialah pengangkutan awam tidak
mempunyai kemudahan yang memenuhi keperluan mereka. Contohnya bas tidak mempunyai
lift atau tapak yang memudahkan OKU berkerusi roda masuk ke dalam bas. Oleh itu, sukar
untuk OKU menggunakan pengangkutan awam.

2.1 Faktor Penghalang Penglibatan OKU Dalam Sukan
Golongan OKU menghadapi banyak halangan dalam menyertai sukan berbanding orang biasa.
Halangan- halangan ini boleh terjadi atas faktor diri sendiri mahupun persekitaran. Kanak-
kanak dan remaja kurang OKU menyatakan bahawa setiap ketidak upayaan yang mereka alami
merupakan penghalang peribadi mereka (Pittet et al, 2009; Jaarsma, 2014). Williams, Smith &
Papathomas (2014) telah mengkaji halangan yang dihadapi pesakit saraf tunjang (spinal corde
injury). Kajian menunjukkan golongan ini juga menghadapi kesan yang signifikan dalam ciri
fizikal mereka. Secara biologi nya yang terjejas seperti keletihan, keseimbangan badan dan
kesihatan turut menjadi punca kepada halangan golongan ini menyertai sukan. Terdapat
golongan OKU yang tidak dapat menerima kenyataan terhadap diri mereka yang baru ditimpa
kemalangan sehingga menjadikan mereka menjadi golongan kurang upaya kekal. Keadaan ini

140

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

berlaku apabila individu tersebut sebelumnya sihat namun setelah ditimpa kemalangan atau
sebab tetentu menjadikan mereka OKU sekelip mata (Stephen et al, 2012). Sukar untuk
golongan ini menerima kenyataan dan seterusnya menghalang mereka untuk bergaul dengan
dunia luar yakni melibatkan diri dalam sukan. Ini merupakan faktor instrinsik iaitu dalam diri
OKU tersebut.

Kekangan masa turut menjadi faktor penghalang kepada penyertaan OKU dalam sukan.
Golongan OKU yang menghidapi sakit saraf tunjang mendapati kekangan masa dan tenaga
menurunkan tahap motivasi mereka untuk bergiat dalam sukan. Kajian oleh Elmagd et al.
(2018) mendapati 71 orang responden menyatakan kekangan masa sebagai halangan
penyertaan mereka dalam sukan. Bagi OKU berkerusi roda penyertaan mereka dalam sukan
seperti tenis tidak memberikan motivasi yang wajar kerana mereka tidak dapat bermain sukan
tersebut secara normal. Ini bermaksud sukan tenis yang dimainakan oleh OKU tidak seperti
sukan tenis yang dimainkan oleh orang normal. Malah ada segelintir yang beranggapan bahawa
penyertaan diri dalam sukan bukan suatu pertimbangan yang wajar dalam hidup (Kehn &
Kroll, 2009). OKU perempuan juga menganggap sukar untuk mereka menyertai sukan yang
dipelopori golongan lelaki kerana perempuan adalah minoriti (Levins et al 2004). Kurangnya
penglibatan dan latihan sukan bagi kanak- kanak perempuan turut menjadi faktor terhadap
penglibatan golongan ini dalam sukan (Grimes & French, 1987). Oleh itu ini menunjukkan
kurangnya galakkan terhadap OKU wanita tentang sukan sejak dari zaman kanak- kanak
berbanding OKU lelaki.

Persekitaran juga penghalang kepada penyertaan OKU dalam sukan. Persekitaran ini termasuk
pengangkutan, kemudahan fasiliti, peralatan dan polisi (Jaarsman et al. 2014) menyatakan
golongan OKU dewasa mempunyai masalah dalam pengangkutan. Kung & Tylor (2004) pula
mendapati OKU pergi ke tempat latihan sukan dari rumah (jarak dekat dalam 15 minit) dengan
menaiki kereta atau motorsikal. Sistem pengangkutan yang sukar diakses dan kekurangan
pengangkutan awam yang berdekatan fasiliti menjadi halangan kepada OKU terus melibatkan
diri dalam sukan. OKU terpaksa membayar tambang teksi yang mahal untuk sampai ke pusat
latihan sukan. Kos yang tinggi semestinya membantutkan niat OKU unutk bergiat aktif
bersukan. Orang kurang upaya sedar polisi yang dibuat oleh pihak- pihak tertentu kadang-
kadang tidak relevan untuk mereka. Malah ada polisi yang dibuat di pusat latihan sukan
memerlukan OKU menggunakan khidmat bantuan pembantu peribadi sekiranya ingin
menggunakan peralatan. Malahan masa yang diperuntukan untuk menggunakan fasiliti yang
tersedia terhad. Pengguna OKU berkerusi beroda melihat perlatan dan fasiliti sebagai
poenghalang bagi mereka dalam menceburi bidang sukan.

Golongan OKU remaja dalam kajian Rankin (2004) menyatakan peluang untuk mereka
mengambil bahagian dalam sukan terhenti selepas meninggalkan alam persekolahan kerana
kurangnya maklumat tentang peluang- peluang untuk bersukan. Natijahnya, golongan OKU
kurang berminat dengan sukan. Keadaan menjadikan golongan ini terus pasif dan akhirnya
tidak meminati sukan. Oleh hal yang demikian, perancangan dan strategi perlu dibuat agar
mereka tertarik untuk melibatkan diri. Faktor- faktor penghalang penglibatan mereka dalam
sukan perlu di nilai dan jurang ini perlu dikurangkan. Melalui kajian- kajian lepas banyak
aspek yang boleh ditambah baik agar OKU terus bergerak seiring dengan golongan normal.

141

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

3. Metodologi Kajian

Kajian kes dijalankan melalui kaedah temu bual. Maklumat temubual ditrankripsi secara
verbatim dan seterusnya dikelompokkan kepada tema-tema yang didkenalpasti. Seramai empat
orang sampel kajian (lelaki) berumur dalam lingkungan 15 tahun ke 60 tahun telah dipilih
dalam temubual ini. Mereka terdiri daripada atlet- atlet OKU yang pernah menyertai sukan
paralimpik dengan pencapaian tertentu dan pengalaman dalam sukan ( boling padang, boling,
memanah dan powerlifting ). Sebelum temu bual dijalankan kesemua sampel telah
menandatangani surat persetujuan temu bual untuk tujuan rakaman suara. Di samping itu,
keempat- empat sampel telah diberikan taklimat agar memahami tujuan sebenar kajian dan
dapat memberikan maklumat yang jujur dan tepat. Temu bual telah di transkrip secara verbatim
dan dapatan telah dibahagikan kepada beberapa tema.

4. Dapatan Kajian

Dapatan kajian telah dibahahagikan kepada dua bahagian iaitu faktor penghalang dan cadangan
penglibatan OKU dalam sukan. Sehubungan itu faktor penghalang penglibatan OKU dalam
sukan dilihat dari beberapa tema iaitu alatan, kos, masa, fasiliti, kesihatan dan polisi.

4.1 Faktor Penghalang OKU Dalam Sukan
Alatan
Responden (RB), (RC) dan (RD) menyatakan faktor alatan menjadi halangan dalam
penglibatan sukan. Kekurangan alatan menyukarkan para atlet berlatih. Malah peralatan sukan
yang tidak lengkap semestinya tidak memberi motivasi kepada atlet bersukan.

“ Emm…kan kalau angkat berat kita perlu baring..Jadi..err, tempat baring tu kecil.
So..bila nak angkat besi tu saya nak tumbang..tak stabil..jadi memang susahla bila
alatan tidak ok.” (RD)

Kos alatan
Kos alatan yang mahal turut dinyatakan oleh sampel sebagai halangan dalam menarik minat
mereka untuk melibatkan diri dalam sukan. Untuk suka seperti sukan memanah dan boling
padang memerlukan kos yang besar untuk membeli peralatan.

“ Kami kekurangan alatan..emm.. Bola, kasut,..sebab bola dan kasut ni mahal.
Apabila kita mencari pelapis, memang kita memerlukan bola untuk mereka
berlatih. Alatan yang mahal menyukarkan pelapis- pelapis ini turun berlatih.” (RB)

“ Yaa…alatan memang mahal la. Itu betul juga. Satu set achery tu dalam
RM8000….Macam saya dulu kena bagi set achery. Kalau tidak memang tidak dapat
main..haha..” (RC)

Masa
Walau bagaimanapun responden (RA) menyatakan masa sebagai halangan dalam sukan yang
diceburi. Ini kerana masa yang tidak menentu menyebabkan responden tidak dapat bermain.
Pada masa yang sama kebenaran daripada majikan juga perlu sekiranya ingin bermain dan
mengikuti mana- mana pertandingan kerana tarikh dan masa pertandingan menganggu masa
bekerja. Malah (RB) turut bersetuju dengan faktor masa sebagai halangan.

142

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

“ Macam saya cakap tadi la..sekarang dah kerja. Jadi masa tu susah sikit. Ditambah
lagi dengan boss ni payah bah. Kalau dah kerja bukan macam masa sekolah
dulu..Dulu..err boleh ikut cikgu bila- bila saja. Sekarang kalau nak main pun
rasanya perlu kebenaran boss juga. Kalau tak macamana nak dilepaskan bermain kan..
Waktu enda (tidak) ngam (sesuai). Ada karang (nanti) kena potong
gaji..hahaha..lalai main.” (RA)

“ Dari segi masa pun ya juga…sebab kita kerja kan..kadang- kadang masa kerja tu
susah untuk di atur.” (RB)

Fasiliti
Sehubungan itu, kemudahan fasiliti turut dibangkitkan dalam temubual ini. Fasiliti ini merujuk
kepada tempat latihan atlet untuk sukan yang diceburi. Tempat latihan yang baik boleh
mempengaruhi emosi atlet untuk turun berlatih selain daripada alatan yang digunakan.

“ Cuma sekarang kita di Labuan tak ada tempat main boling jadi sukan boling ini habis
macam tu saja…sayang eh..nak main tak dapat bila tiada tempat.” ( RA)

Namun begitu responden (RB) tidak mempunyai masalah dengan fasiliti dan kemudahan
bersukan. Tempat latihan bukan faktor halangan untuk berlatih. Responden (RB) menegaskan
tempat latihan sukan boleh didapati secara percuma dengan meminta kebenara bertulis kepada
pihak berwajib. (RC) pula berpendapat tempat latihan memanah senang kerana tidak
memerlukan tempat spesifik asalkan ada tempat luas untuk latihan sudah memadai.

“ begitu juga untuk penyewaan gelanggang. Biasa nya kami minta free la.” (RB)

“ Tempat latihan pun sama..Banyak padang maa..tempat luas. Senang saja apa susah..
Saya selalu main di Tanjung Aru sama Cikgu Adnan.” (RC11)

Kesihatan
Faktor kesihatan turut menjadi tema kepada faktor halangan dalam bersukan. Atlet yang
mempunyai masalah fizikal mengalami masalah kesihatan. Keupayaan fizikal untuk bermain
tidak mengizinkan.

“ Cuma sekarang haa..masalah kesihatan yang kadang- kadang menyebabkan susah
untuk bersukan..kaki pandai sakit ooo….Dua kali sudah kaki saya kena operate.. Last
operate masa lepas main di Thailand dulu.” (RC)

Responden (RB) dan (RD) juga bersetuju bahawa sukar untuk mendapatkan atlet pelapis yang
mengalami ketidakupayaan fizikal kerana Labuan kecil dengan jumlah penduduk yang tidak
ramai berbanding negeri- negeri lain. Malah kebanyakkan golongan OKU yang ada di Labuan
datangnya dari tempat luar untuk bekerja . Keadaan ini menyukarkan golongan ini menceburi
sukan dan kurang berminat kerana mereka menetap dalam tempoh singkat di Labuan.

“ Emm..macam saya cakap tadi..Labuan ni kecil jadi untuk kita mendapatkan pelapis-
pelapis tu susah. Maksudnya mendapatkan pelapis bagi atlet Lawan Ball yang
memerlukan ketidakupayaan fizikal. Banyak OKU fizikal di Labuan ni kebanyakkan
nya orang luar. Jadi tempoh masa mereka di Labuan kadang- kadang tidak lama. Mana
yang lama tu kami boleh tarik la untuk jadi pelapis.” (RB)

143

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

“ Bagi saya lah kan..macam kita di Labuan ni..tempat nya kecil..Jadi susah nak cari
orang OKU terutamanya macam saya ni.” (RD)

Polisi
Isu mengenai polisi yang dibuat oleh pihak penganjur turut dibangkitkan dalam temu bual ini.
Responden (RB) dan (RC) mengatakan bahawa had umur untuk atlet bertanding pada tahun
hadapan adalah sehingga umur 45 tahun. Faktor ini menyebabkan atlet yang sudah berusia
kurang bersemangat untuk meneruskan bersukan.

“Mulai next year dengar nya umur yang boleh menyertai sukan ni sampai 45 tahun
saja…Jadi, kalau macam kami yang sudah berumur 50 lebih tahun ni tak dapat main
lagi la kan…Apa la peraturan begini.” (RB)

“Tiada laa…itu saja.tapi kan sekarang untuk paralimpiad sampai umur 45 tahun
saja..Jadi lepas ini tidak boleh main sudah oo..haiyaa. Mana diaorang mau terima
sudah.” (RC)

Kesimpulannya golongan OKU menghadapi masalah melibatkan diri dalam sukan atas sebab
lima halangan utama tersebut iaitu alatan, masa, kesihatan, fasiliti dan polisi. Faktor- faktor ini
perlu diambil kira oleh pihak berwajib untuk menarik penglibatan golongan OKU dalam sukan.

4.2 Cadangan Peningkatan Penyertaan OKU Dalam Sukan
Analisis temu bual ini telah mendapati cadangan bagi peningkatan penyertaan OKU dalam
sukan dibahagikan kepada persatuan, penganjur, individu dan juga pihak luar. Hasil temu bual
untuk kesemua respoden (RA), (RB), (RC) dan (RD) mencadangkan agar pihak persatuan
bergerak dengan lebih aktif untuk menarik minat OKU menyertai sukan. Persatuan kena
memainkan peranan nya dengan mencari mana- mana atlet OKU dengan mengadakan
program- program pencarian bakat.

“ Kalau saya kan...pertama kita kena ada tempat boling dulu macam dulu- dulu…
Kemudian PESRON dan guru- guru boleh latih murid la..macam kami dulu.” (RA)

“ PESRON Kuala Lumpur suruh cari ramai lagi atlet powerlifting perempuan kerana
atlet powerlifting lelaki dah ramai..tapi..err perempuan kurang. Jadi di Labuan
sekarang kita tengah mencari la OKU yang macam saya ni untuk menyertai
powerlifting.” (RD)

“ Labuan buat masa ini kekurangan atlet. Jadi, kita perlukan sekolah- sekolah untuk
bekerjasama la dengan PESRON.” (RB)

“ Bagi saya, sukan- sukan ini kena bagitau orang la. PESRON kena bagitau la. Cari
orang. Memang susah la Labuan nak cari yang suka memanah.” (RC)

“ Bagi saya lah kan..macam kita di Labuan ni..tempat nya kecil..Jadi susah nak cari
orang OKU terutamanya macam saya ni. Jadi, PESRON perlu ambik peranan untuk
cari mana- mana atlet baru la. Mereka boleh bergerak kemana- mana.” (RD)

144

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Satu daripada empat responden (RB) menegaskan bahawa individu itu sendiri perlu ada
keyakinan untuk menceburi sukan tanpa ada rasa malu dengan ketidakupayaan yang dialami.
Latihan berterusan juga perlu untuk terus mengembangkan bakat sedia ada.

“Jangan malu tampil ke depan bersaing dengan orang- orang normal. Sebab
permainan ini sama juga dengan permainan orang normal. Cuma fizikal kami saja
la yang tidak sama dengan orang normal. Jadi jangan rasa rendah diri la..Kalau selalu
berlatih main Insyaallah boleh tu dapat pingat,,haha.”(RB)

Pihak penganjur juga perlu meneliti polisi- polisi yang dikeluarkan agar atlet- atlet kelainan
upaya yang sudah berumur boleh terus bersukan. Dua daripada empat responden tidak
bersetuju dengan had umur yang dikeluarkan oleh pihak penganjur dengan menetapkan peserta
sehingga umur 45 tahun sahaja yang kayak mengikuti pertandingan. Had umur yang ditetapkan
membuatklan atlet- atlet OKU yang sudah berumur meninggalkan sukan yang pernah diceburi
walhal sukan tersebut yang mereka minati.

“Oh ya.. satu lagi mengenai had umur. Mulai next year dengar nya umur yang boleh
menyertai sukan ni sampai 45 tahun saja…Jadi, kalau macam kami yang sudah
berumur 50 lebih tahun ni tak dapat main lagi la kan…Apa la peraturan begini.” (RB)

“ tapi kan sekarang untuk paralimpiad sampai umur 45 tahun saja..Jadi lepas ini tidak
boleh main sudah oo..haiyaa..Mana diaorang mau terima sudah.” (RC12)

Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua- dua reponden iaitu (RB) dan (RC) jelas
menunjukkan rasa tidak puas hati dengan peraturan baru yang akan dilaksanakan. Oleh hal
yang demikian, pihak penganjur perlu meneliti polisi- polisi yang dikeluarkan. Responden juga
memberi cadangan agar pihak luar seperti pihak sekolah, kampung, guru dan ibu bapa
memainkan perana mereka dalam menggalakkan penyertaan atlet OKU dalam sukan. Ini jelas
apabila ditegaskan dalam temu bual dengan (RA) dan (RB).

“ ..Kemudian PESRON dan guru- guru boleh latih murid la..macam kami ..Setiap
rabu memang murid pendidikan khas akan main boling. Kokum kita boling
kan..Jadi cara ini memang berkesan untuk menarik minat murid dan melahirkan
boling baru. Sebab bila dah main tu rasaa macam syok saja..haha.” (RA)

“ Labuan buat masa ini kekurangan atlet. Jadi, kita perlukan sekolah- sekolah untuk
bekerjasama la dengan PESRON.” (RB)

“ Bukan saja di sekolah la..macam di kampung- kampung kalau cikgu- cikgu
nampak orang OKU ni mereka boleh approach la.. Lagi bagus kalau bapa mama
budak yang kita jumpa..Boleh cerita- cerita untuk bekerjasama tarik minat anak
bersukan.

“ Sebab….emm…kadang- kadang ibu bapa yang ada anak OKU ni jarang la nak bagi
galakkan pada anak. Saya rasa guru la penting juga untuk bercakap dengan ibu
bapa.” (RB)

Responden (RB) juga menegaskan ajar pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat
perlu memberi sokongan dan galakkan dalam Jabatan Belia dan Sukan untuk mengadakan

145

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

program- program pencarian bakat muda. Melalui cadangan ini persatuan boleh mengesan
lebih ramai lagi golongan OKU yang berbakat untuk diberi peluang menceburi sukan yang
diminati.

“ Kami meminta untuk dihebahkan kepada Jabatan Kebajikan, sekolah- sekolah
tentang program- program dari Jabaran Belia dan Sukan melalui PESRON seperti
program i- trend dan i-talent. Maka dengan ini sedikit sebanyak dapat mecungkil
bakat- bakat baru dalam sukan OKU.” (RB)

3. Perbincangan dan Kesimpulan

Dalam temu bual, tiga responden menegaskan alatan sukan yang diceburi menjadi halangan
dalam penglibatan mereka bersukan. Respoden B, respoden C dan respoden D bersetuju
bahawa masa, kesihatan dan kos alatan sukan mempengaruhi minat mereka untuk meneruskan
sukan yang diceburi. Kajian ini selari dengan dapatan Bragaru, Dekker, Geertzen, & Dijkstra,
(2011) yang menyatakan halangan penglibatan gologan Orang Kelainan Upaya dalam sukan
adalah atas sebab kesihatan, pengangkutan, akses maklumat, jurulatih bertauliah dan alatan
sukan.

Temu bual bersama respoden menyatakan kos alatan mahal dan menjadi halangan dalam
penglibatan golongan ini. Mereka mempunyai latar belakang ekonomi pelbagai. Kebanyakkan
atlet bekerja sebagai pelajar, pekerja swasta dan juga penjawat awam dari kumpulan sokongan.
Oleh itu, dapat disimpulkan semua atlet menghadapai kekangan kewangan dalam menyediakan
peralatan sukan sendiri. Walaupun persatuan sukan ada menyediakan alatan sukan untuk
kegunaan latihan, namun adalah lebih baik sekiranya alatan sukan tersebut kepunyaan peribadi.
Penggunaan alatan sukan sendiri dapat memaksimakan latihan sukan dan boleh memberikan
hasil pencapaian yang baik (Sterling, 1993). Atlet juga menyatakan peralatan yang digunakan
tidak mesra pengguna. Dalam konteks ini atlet mendapati alatan yang digunakan semasa
latihan tidak memberi keselesaan. Keadaan ini menyukarkan atlet berlatih. Permasalahan yang
berterusan menimbulkan ketidakseronokan untuk terus berlatih dan seterusnya menjadi
halangan kepada penglibatan atlet dalam sukan. Hal ini turut dinyatakan dalam Model
Komitmen Sukan (Scanlan et al. 1993a) bahawa keseronokan adalam salah satu faktor dalam
komitmen atlet untuk bersukan.

Dapatan kajian juga mendapati faktor masa turut menjadi halangan dalam penglibatan atlet.
Bagi atlet yang bekerja dalam sektor swasta, sukar untuk mereka meluangkan masa semasa
latihan dan juga pertandingan. Ini kerana atlet- atlet ini terikat dengan waktu bekerja dan
majikan. Sesi latihan mungkin boleh dibuat pada hujung minggu namun kebiasaannya
pertandingan untuk sukan memerlukan masa yang lama. Hal ini menjadikan mereka sukar
mendapatlkan cuti. Malah terdapat majikan yang tidak membenarkan atlet ini melibatkan diri
dengan sukan untuk mengelakkan gangguan masa bekerja.

Sehubungan itu, kajian ini mendapati kesihatan mempengaruhi penglibatan golongan OKU
dalam sukan. Bagi golongan OKU yang sudah memasuki umur 50 tahun ke atas, masalah
kesihatan dianggap menjadi halangan kepada mereka. Atlet- atlet yang sudah berumur
menunjukkan keadaan kesihatan yang kurang baik. Dapatan temu bual mendapati atlet yang
sudah berumur dan mengalami masalah fizikal mengadu sakit kaki dan badan. Keadaan
kesihatan ini menyebabkan semangat bersukan luntur. Dapatan ini juga selari dengan kajian

146

Kuala Lumpur International Conference on Business, Education, Social Sciences & Technology
KLIBEST 2020 (eISBN: 978-967-17837-4-0)
Premiera Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

Dean et all (2012) menyatakan atlet yang mengalami masalah fizikal kurang melibatkan diri
dengan sukan.

Malah, melalui kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa cadangan penambabaikan oleh
respoden. Persatuan- persatuan sukan, pihak luar, penganjur pertandingan mahupun individu
itu sendiri perlu memainkan peranan masing- masing untuk memupuk penglibatan sukan di
kalangan golongan OKU. Persatuan bagi OKU perlu bergiat aktif untuk mencari bakat- bakat
baru dalam sukan- sukan yang dipertandingkan. Program- program pencarian bakat perlu
dibuat setiap awal tahun. Ini dinyatakan dengan jelas oleh keempat- empat iaitu responden A,
responden B, responden C dan responden D bahawa persatuan perlu memainkan peranan untuk
mencari atlet pelapis baharu. Dalam pada itu, penglibatan dan campur tangan guru sangat perlu
untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU mengenai kebaikan
menyertai sukan. Lantaran itu, sokongan ibu bapa sangat diperlukan dalam menyokong
penglibatan OKU dalam sukan. Dapatan kajian ini turut menyokong Teori Bronfenbrenner
bahawa pengaruh setiap lapisan masyarakat penting dalam perkembangan atlet OKU ini.
Kerjasama yang diberikan semua pihak sesungguhnya mampu memberi keyakinan kepada
golongan OKU menceburi bidang sukan yang diminati.

Kesimpulan nya, kajian ini telah mendapati halangan utama penglibatan OKU dalam sukan
ialah dari segi alatan sukan, masa, kesihatan, fasiliti dan polisi. Oleh hal yang demikian,
penyediaan prasarana tempat latihan yang kondusif, alatan sukan yang baik perlu disediakan
kepada atlet OKU ini. Majikan juga harus mengambil tahu sumbangan dan kemampuan pekerja
OKU nya. Malah pekerja OKU yang bergiat aktif dalam sukan perlu diangkat sebagai pekerja
yang perlu dicontohi oleh orang lain kerana mampu berdikari sendiri. Malahan, kebajikan
pekerja- pekerja OKU yang menyertai sukan perlu diambil kira. Begitu juga, pihak berwajib
yang berkaitan perlu bekerjasama untuk menarik lebih ramai lagi golongan OKU menyertai
sukan di samping meningkatkan fasiliti dan menambahbaik polisi yang berkaitan. Maka dengan
cara ini atlet senior bagi sukan- sukan OKU ini dapat diganti dengan atlet pelapis yang baharu.
Melalui langkah ini, Labuan akan sentiasa melahirkan atlet- atlet baharu ke sukan paralimpik.

Rujukan

Khumalo, B., Onyewandume, I., Bae, J., & Dube, S. (2013). An Investigation into Participation
Trends by Wheelchair Sports Players at the Zimbabwe Paralympic Games. Sport and
Art, 1, 1-12.

Bragaru, M., Dekker, R., Geertzen, J.H., & Dijkstra, P.U. (2011). Amputees and Sports. Sports
Medicine, 41, 721-740.

Deans, S., Burns, D., McGarry, A., Murray, K., & Mutrie, N. (2012). Motivations and Barriers
to Prosthesis Users Participation in Physical Activity, Exercise and Sport: A Review
of the Literature. Prosthetics and Orthotics International, 36(3), 260–269.
doi:10.1177/0309364612437905

Elmagd, M.A., Tiwari, U., Mossa, A.H. & Tiwari, D. (2018). Barriers of sports participation in
higher education in the UAE. Journal Physical Theraphy Sports & Medicine 2(2):40-
45.

Grimes, P.S., & French, L. (1987). Barriers to Disabled Women’s Participation in Sports.
Journal of Physical Education, Recreation & Dance, 58(23), 24-27.
doi:10.1080/07303084.1987.10609537

147


Click to View FlipBook Version