Terbitan 2018 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA. ISBN 978-967-420-343-6 Terbitan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Senarai Jadual iv Senarai Rajah i Senarai Gambar vi Rukun Negara vii Falsafah Pendidikan Kebangsaan viii Kurikulum Kebangsaan ix Kata Alu-Aluan x Unit 1 Pengenalan 3 Unit 2 Transisi 11 Unit 3 Pengurusan Murid Berkeperluan Khas 21 Unit 4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 57 Unit 5 Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran 91 Unit 6 Rancangan Pelajaran 107 Unit 7 Pentaksiran 113 Rujukan 127 Rujukan Tambahan Guru 128 Panel Penulis 129 KANDUNGAN
iv SENARAI JADUAL Jadual Muka Surat Jadual 1 Peranan Guru, Pentadbir Sekolah dan Ibu bapa/Penjaga 13 Jadual 2 Peranan Guru, Pentadbir Sekolah dan Ibu bapa/Penjaga 17 Jadual 3 Ciri-Ciri MBK Autisme 22 Jadual 4 Ciri-Ciri MBK ADHD 23 Jadual 5 Ciri-Ciri MBK Perkembangan Lewat 24 Jadual 6 Ciri-Ciri MBK Disleksia 27 Jadual 7 Langkah-Langkah Pengurusan Tingkah Laku 30 Jadual 8 Peralatan Khas MBK Ketidakupayaan Penglihatan 36 Jadual 9 Jenis-Jenis Halangan dan Gangguan Pendengaran 43 Jadual 10 Punca Kepekakan Sensori Neural 44 Jadual 11 Tahap Kehilangan Pendengaran 46 Jadual 12 Kesan Kehilangan Pendengaran 46 Jadual 13 Senarai Semak Kosa Kata Bahasa Melayu 52 Jadual 14 Cadangan Pusat Pembelajaran 94 Jadual 15 Rekod Penggunaan Pusat Pembelajaran 102 Jadual 16 Peruntukan Waktu Minimum Pengajaran dan Pembelajaran 108 Jadual 17 Cadangan Jadual Waktu Prasekolah Pendidikan Khas 109 Jadual 18 Contoh Senarai Semak 117 Jadual 19 Contoh Skala Kadar 118 Jadual 20 Contoh Rekod Anekdot 119 Jadual 21 Contoh Rekod Berterusan 120 Jadual 22 Contoh Persampelan Masa 121 Jadual 24 Contoh Persampelan Peristiwa 122
v SENARAI RAJAH Rajah Muka Surat Rajah 1 Transisi MBK Prasekolah 11 Rajah 2 Contoh Aktiviti Transisi di Kantin 16 Rajah 3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Prabraille 40 Rajah 4 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Literasi Braille Tahap 1 41 Rajah 5 Proses Penguasaan Kemahiran Orientasi & Mobiliti 42 Rajah 6 Proses Pengajaran dan Pembelajaran 58 Rajah 7 Web Tema 59 Rajah 8 Web Umum Tema Kenderaan 63 Rajah 9 Web Khusus Tema Kenderaan 63 Rajah 10 Web Umum Tema Sayur 69 Rajah 11 Web Khusus Tema Sayur 70 Rajah 12 Web Umum Tema Diri Saya 80 Rajah 13 Web Khusus Tema Diri Saya 81 Rajah 14 Tiga Fasa Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran 100 Rajah 15 Proses Pentaksiran 115
vi SENARAI GAMBAR Gambar Muka Surat Gambar 1 Jenis Masalah Pendengaran 43 Gambar 2 Contoh Susunan Meja Kelas MBK Ketidakupayaan Pendengaran 49 Gambar 3 Contoh Susun Atur Pusat Pembelajaran 92 Gambar 4 Contoh Hasil Kerja yang telah Dianalisis 123
vii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
viii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
ix KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU (A) 531/97]
x Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) Pendidikan Khas digubal untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta mempunyai ilmu yang relevan dengan kehendak semasa serta keperluan masa hadapan. Selaras dengan itu, pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan keupayaan pengurusan diri dalam kalangan murid berkeperluan khas (MBK). Buku Panduan Guru Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) Pendidikan Khas dapat membantu guru merancang dan melaksanakan PdP di dalam bilik darjah mengikut keupayaan dan perkembangan murid. Guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan PdP dengan mengadaptasi kandungan pembelajaran sesuai dengan latar belakang dan minat MBK dan bersifat fleksibel. Di samping itu, MBK dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Adalah diharapkan agar Buku Panduan Guru Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) Pendidikan Khas dapat membantu guru memenuhi matlamat dan hasrat pendidikan negara serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan buku panduan ini. Wassalam SHAZALI BIN AHMAD Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KATA ALU-ALUAN
3 Program Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada murid berkeperluan khas (MBK) bermula dari peringkat prasekolah hingga peringkat menengah atas (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025). Khidmat sokongan berterusan juga disediakan bagi meningkatkan kesediaan MBK untuk belajar dan menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang digariskan dalam kurikulum. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Pendidikan Khas telah digubal bagi memperkembangkan potensi individu MBK untuk membentuk konsep kendiri yang positif, menanam keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran. Pelaksanaan KSPK Pendidikan Khas ini dijelaskan sepenuhnya dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7 Tahun 2016. Buku Panduan Guru Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Semakan 2017) ini telah digubal bagi memastikan guru prasekolah dapat melaksanakan KSPK Pendidikan Khas dengan lebih berkesan. Maklumat di dalam buku panduan ini diharap dapat membantu guru prasekolah mengenali MBK dari aspek ketidakupayaan, potensi individu dan dasar fleksibiliti yang diberikan kepada guru dalam melaksanakan kurikulum. UNIT 1 PENGENALAN Guru prasekolah juga perlu merujuk kepada bahan terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia dan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan guru di sekolah untuk memantapkan PdP dan membantu MBK. Senarai bahan rujukan tambahan juga terdapat dalam buku ini bagi membantu guru memahami murid di kelas masing-masing dengan lebih dekat dan merancang PdP dengan mengambil kira minat dan keperluan murid mereka.
4 1.1 Kategori Murid Berkeperluan Khas Guru prasekolah perlu memahami potensi individu MBK yang terdiri daripada pelbagai kategori ketidakupayaan dalam merancang strategi pembelajaran bersesuaian. Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan khas) 2013, “murid berkeperluan pendidikan khas” ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai: i) Ketidakupayaan Penglihatan ii) Ketidakupayaan Pendengaran iii) Ketidakupayaan Pertuturan iv) Ketidakupayaan Fizikal v) Masalah Pembelajaran vi) Pelbagai Ketidakupayaan (Multiple Disabilities) Semua enam kategori MBK ini mempunyai potensi individu yang pelbagai bergantung kepada tahap domain perkembangan diri (developmental milestones) yang berbeza. Guru prasekolah perlu memahami ciri MBK berdasarkan aspek domain perkembangan yang berasaskan Domain Perkembangan Denver iaitu: i) Domain Kognitif ii) Domain Komunikasi / Bahasa iii) Domain Sosio-emosi iv) Domain Tingkah Laku v) Domain Motor Kasar vi) Domain Motor Halus Maklumat mengenai domain perkembangan ini penting dalam mengenal pasti baseline dan menyaring tahap keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas bagi menyediakan program intervensi awal yang bersesuaian. Kanak-kanak berkeperluan khas dari umur 1 hingga 6 tahun perlu disaring untuk mengenal pasti isu perkembangan (risiko kerumitan impak ketidakupayaan dan masalah kesihatan) yang akan menjadi halangan untuk mereka belajar dengan lebih baik. Contoh instrumen
5 saringan yang boleh digunakan di pasaran adalah Denver Developmental Screening Test II (DDST-II) atau guru dan ibu bapa boleh menggunakan instrumen LINUS Domain atau Instrumen Menentu Penempatan Murid Berkeperluan Khas (IMPaK) 4– 6 Tahun yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.2 Intervensi Awal Program Intervensi Awal ialah suatu program peningkatan kesediaan MBK untuk belajar dalam pendidikan formal dengan meminimumkan impak ketidakupayaan. Perkhidmatan ini membantu MBK yang mengalami kelewatan perkembangan atau mempunyai masalah kesihatan tertentu. Intervensi awal dapat membantu MBK mencapai perkembangan emosi, sosial, psikomotor dan kognitif bagi meningkatkan kesediaan mereka di sekolah dan kehidupan harian. Intervensi awal boleh dilaksanakan dengan pelibatan keluarga dan komuniti sama ada di hospital, pusat perkhidmatan pendidikan khas (3PK) dan pusat kesihatan. Intervensi ini memberi peluang kepada MBK untuk mengikuti aktiviti yang berstruktur dan berterusan dengan sokongan dan bimbingan pakar profesional. Mereka dapat menjalani terapi mengikut keperluan masing-masing seperti terapi pertuturan, terapi carakerja, fisioterapi, kaunseling dan rehabilitasi. 3PK yang disediakan oleh KPM menyediakan perkhidmatan seperti berikut: i) Audiologi Perkhidmatan yang disediakan khusus untuk MBK yang mengalami masalah pendengaran seperti pengujian tahap pendengaran. ii) Terapi Pertuturan Perkhidmatan yang disediakan ialah mengenal pasti, menilai dan membuat diagnostik serta melakukan rehabilitasi dalam masalah bahasa, pertuturan dan komunikasi. Selain itu, mereka juga terlibat dalam penilaian dan pengendalian masalah suara serta masalah menelan.
6 iii) Terapi Carakerja Perkhidmatan yang disediakan ialah melakukan penilaian untuk mengenal pasti tahap perkembangan MBK dari aspek perkembangan motor kasar, motor halus, kognitif dan tingkah laku dengan menggunakan teknik projektif, aktiviti terapeutik dan latihan tertentu untuk pemulihan fizikal, kognitif serta psikososial. iv) Psikologi Psikologi merupakan perkhidmatan sokongan melalui ujian penilaian dan diagnostik, perkhidmatan intervensi serta konsultasi berkaitan masalah psikologi kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas. v) Peripatetik Peripatetik menawarkan perkhidmatan sokongan dari segi intervensi dan konsultasi berkaitan pendidikan dan penempatan serta cadangan keperluan bantuan sokongan peralatan yang diperlukan MBK, guru-guru dan ibu bapa. Guru prasekolah perlu memberi penekanan kepada aktiviti intervensi awal untuk disepadukan dalam aktiviti pembelajaran kerana masih terdapat MBK yang belum diberikan intervensi awal sebelum memasuki prasekolah. Pelibatan ibu bapa dalam intervensi awal adalah penting terutamanya semasa sesi terapi dan rehabilitasi bagi membolehkan intervensi diteruskan di rumah secara konsisten bagi membantu perkembangan MBK. 1.3 Program Pendidikan Khas Prasekolah Program pendidikan khas yang disediakan untuk MBK prasekolah adalah seperti berikut: i) Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) SKPK ialah sekolah khas yang diwujudkan bagi MBK. Program prasekolah disediakan bagi murid ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan penglihatan dan masalah pembelajaran di SKPK di seluruh negara. ii) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) PPKI ialah satu program pendidikan khas yang khusus untuk MBK yang belajar di kelas pendidikan khas secara integrasi di sekolah kerajaan atau di
7 sekolah bantuan kerajaan. PPKI menyediakan program bagi murid prasekolah ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan penglihatan dan masalah pembelajaran. iii) Program Pendidikan Inklusif (PPI) PPI menyediakan akses dan peluang pendidikan kepada MBK bersama-sama murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. PPI untuk prasekolah dilaksanakan secara inklusif penuh dan separa. MBK belajar sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana di kelas inklusif penuh, manakala di kelas inklusif separa, MBK hanya mengikuti aktiviti pembelajaran tertentu mengikut keupayaan mereka bersama-sama murid arus perdana. 1.4 Pelaksanaan Kurikulum Pengubahsuaian diberikan kepada guru dalam melaksanakan kurikulum bagi MBK seperti mana yang dijelaskan di dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. Pengubahsuaian ini memberi ruang untuk guru menggabungjalin aktiviti PdP dengan aktiviti intervensi awal. Dalam menggunakan kurikulum prasekolah pendidikan khas, guru boleh membuat pengubahsuaian seperti berikut: i) kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran; ii) masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti; iii) susunan aktiviti; dan iv) bahan bantu mengajar. Guru perlu sentiasa memahami dan memberi penekanan kepada kekuatan dan keperluan MBK semasa merancang aktiviti PdP di bilik darjah. Guru digalakkan menggunakan asas konsep differentiation yang menekankan kepelbagaian kandungan, aktiviti, metadologi dan sumber dengan mengambil kira pelbagai minat, keperluan dan pengalaman MBK. Guru perlu seimbangkan aktiviti secara kumpulan dan individu berdasarkan potensi dan keupayaan MBK.
8 1.5 Rumusan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan kemudahan pendidikan dan perkhidmatan sokongan khususnya bagi membantu meningkatkan kesediaan MBK di prasekolah untuk pembelajaran yang seterusnya. Pelaksanaan kurikulum disokong dengan akta, peraturan dan kod amalan yang bersesuaian supaya MBK dapat menikmati kemudahan pendidikan mengikut keperluan, latar belakang dan minat masing-masing.
11 MBK perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam perkembangan fizikal, kehidupan harian, pengalaman baharu dan hubungan dengan ibu bapa, ahli keluarga, guru, rakan sebaya serta komuniti setiap kali berlakunya peralihan dari rumah ke prasekolah dan seterusnya. Keupayaan MBK melalui proses peralihan tersebut bergantung kepada sokongan ahli keluarga, guru, rakan sebaya dan komuniti sekolah. Kefahaman dan pelibatan aktif ibu bapa dan guru bagi memahami keupayaan MBK menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu merupakan asas kepada pelaksanaan transisi yang berjaya. Kejayaan MBK di awal proses transisi (dari rumah ke prasekolah) dapat membantu mereka untuk transisi seterusnya sehingga tamat persekolahan. Transisi ialah satu proses yang penting bagi MBK kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru dan kawan baharu di dalam kelas. MBK mempunyai keperluan yang berbeza mengikut ketidakupayaan masing-masing. Oleh itu, guru perlu mengambil kira keperluan setiap MBK dalam membuat perancangan program transisi dan PdP. Guru perlu mengenal pasti keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek MBK secara menyeluruh sebelum memulakan proses PdP di kelas prasekolah. Transisi MBK prasekolah dibahagi kepada tiga peringkat seperti di Rajah 1: Rajah 1: Transisi MBK Prasekolah UNIT 2 TRANSISI Transisi Dari rumah ke prasekolah Dalam PdP Dari prasekolah ke Tahun 1
12 2.1 Transisi Dari Rumah ke Prasekolah Transisi dari rumah ke prasekolah adalah proses peralihan yang dirancang oleh guru supaya MBK bersedia menerima perubahan daripada pendidikan yang tidak formal di rumah kepada pendidikan formal di prasekolah. Proses ini memerlukan usaha guru dan ibu bapa dalam membantu MBK supaya dapat membiasakan diri dengan suasana atau persekitaran prasekolah. Transisi dari rumah ke prasekolah bertujuan untuk: i) menyesuaikan MBK dengan persekitaran, guru-guru dan rakan-rakan baharu ii) mewujudkan hubungan yang positif antara MBK dengan guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM), rakan dan warga sekolah iii) meningkatkan keyakinan, minat dan semangat MBK untuk datang ke sekolah iv) bersedia dari segi emosi, sikap dan mental supaya dapat menyesuaikan MBK untuk belajar secara formal Pelaksanaan fasa transisi adalah seperti berikut: a) Sebelum Merancang aktiviti transisi bersama-sama pentadbir sekolah dan PPM Menetapkan tarikh dan membuat persediaan tempat, bahan serta peralatan Menyediakan maklumat berkaitan kemudahan di sekolah bagi MBK Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga b) Semasa Menyampaikan taklimat kepada ibu bapa/penjaga mengenai: - kurikulum prasekolah pendidikan khas - kemudahan yang disediakan bagi MBK di sekolah - program yang ditawarkan bagi membantu MBK - aktiviti intervensi awal - keperluan khusus MBK - panduan untuk menyediakan MBK dari segi psikologi dan sosio emosi - peraturan di kelas prasekolah dan sekolah - khidmat sokongan di luar sekolah bagi membantu MBK
13 Pendaftaran MBK Orientasi MBK c) Selepas Mesyuarat post-mortem Menyediakan laporan Kejayaan pelaksanaan transisi dari rumah ke prasekolah amat bergantung kepada peranan guru dan ibu bapa/penjaga seperti yang diterangkan dalam Jadual 1: Jadual 1: Peranan Guru, Pentadbir Sekolah dan Ibu bapa/Penjaga Guru Pentadbir Sekolah Ibu bapa/penjaga Mendapatkan maklumat MBK melalui rekod kesihatan, senarai semak dan temu bual bersama ibu bapa/penjaga Menyalurkan dan menyampaikan maklumat berkaitan pendidikan prasekolah kepada ibu bapa Sebagai penghubung antara ibu bapa dengan MBK, ibu bapa dengan pihak sekolah dan ibu bapa dengan ibu bapa Membantu memantau dan merekod perkembangan MBK Bersedia menyediakan keperluan, pengurusan dan prasarana Peka dengan aktiviti transisi yang dilaksanakan Mewujudkan kolaborasi dengan ibu bapa dan komuniti Bersedia untuk menyerahkan MBK kepada guru (Separation Anxiety) Menyesuaikan rutin harian MBK dengan rutin prasekolah seperti waktu tidur malam dan naptime Bersedia memberi maklumat MBK dan bekerjasama dengan pihak sekolah Membantu dan memantau perkembangan MBK Membina hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam aktiviti yang boleh membantu perkembangan MBK
14 2.2 Transisi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Transisi dalam PdP ialah jangka masa peralihan aktiviti pembelajaran ke aktiviti pembelajaran seterusnya yang bersesuaian dan bermakna dengan MBK. Guru harus bijak mengendalikan transisi dalam PdP bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan PdP tersebut. Transisi dalam PdP membolehkan MBK: i) bersedia dari aspek kognitif dan emosi sebelum mengikuti aktiviti pembelajaran seterusnya ii) menyesuaikan diri dengan situasi atau konteks baharu Pelaksanaan transisi memerlukan guru membuat perancangan dengan mengambil kira faktor berikut: i) jadual waktu PdP ii) kaedah pengajaran mengikut kelas, kumpulan dan individu iii) aktiviti pembelajaran sebelum dan selepas transisi iv) minat, latar belakang dan kebolehan MBK Guru boleh melaksanakan transisi dengan: i) memberikan arahan lisan yang mudah difahami ii) menggunakan bahasa badan (body language) iii) menggunakan alat seperti loceng, wisel dan kerincing Pelaksanaan transisi dalam PdP perlu fleksibel bergantung kepada situasi semasa seperti faktor kesediaan MBK untuk mengikuti aktiviti pembelajaran seterusnya dan keselesaan serta emosi MBK. Selain itu, guru perlu melibatkan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) semasa transisi dilaksanakan bagi memastikan kesediaan MBK dan kelancaran PdP.
15 2.3 Transisi Prasekolah ke Tahun Satu Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu dirangka untuk menyediakan MBK dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal bagi mengikuti pendidikan secara formal di tahun satu pendidikan khas. Transisi ini perlu kerana MBK terdiri daripada pelbagai kategori dan latar belakang agar mereka dapat menyesuaikan diri serta bersedia untuk meneruskan pembelajaran secara formal. Pelaksanaan tempoh masa transisi ini hendaklah fleksibel dan bergantung kepada kesediaan MBK. Guru perlu mengambil kira tahap perkembangan dan keperluan MBK seperti latar belakang, kebolehan, pengetahuan sedia ada dan minat. Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan untuk melaksanakan transisi dalam PdP? Bilakah masa untuk melaksanakan transisi dalam PdP? Semasa pertukaran daripada satu aktiviti kepada aktiviti seterusnya.
16 Tujuan transisi prasekolah ke tahun satu adalah untuk: i) membolehkan MBK menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru dan kawan baharu dalam masa yang singkat ii) membantu guru untuk memotivasi MBK supaya datang ke sekolah dan mengikuti pembelajaran Guru boleh merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti transisi prasekolah ke tahun satu semasa minggu akhir persekolahan. Antara yang boleh dilaksanakan ialah: i) mengadakan lawatan ke kelas tahun satu dan persekitaran sekolah seperti kantin, padang, surau, tandas, pejabat dan bilik guru ii) berada di dalam kelas tahun satu bagi mengalami situasi sebenar Rajah 2: Contoh Aktiviti Transisi di Kantin Transisi prasekolah ke tahun satu perlu dilaksanakan kerana dapat memberi manfaat terutamanya kepada MBK. Antara faedah transisi ini kepada MBK ialah: i) bersedia dan menyesuaikan diri untuk mengikuti PdP dalam persekitaran pembelajaran yang formal ii) meningkatkan sosio emosi dan memupuk keyakinan diri Berjalan dalam kumpulan ke kantin Beratur dan mengambil makanan serta minuman Menikmati makanan dan minuman Mengambil tempat dan membaca doa Membersihkan tangan 1 2 3 Meletakkan pinggan 5 4 dan cawan ke dalam bekas yang disediakan Membersihkan tangan 7 6
17 iii) meningkatkan disiplin MBK sebelum ke tahun satu dan memudahkan mereka mengikuti peraturan sekolah iv) mengurangkan kebergantungan kepada ibu bapa/penjaga Kelancaran pelaksanaan transisi prasekolah ke tahun satu amat bergantung kepada perancangan guru dan pentadbir sekolah serta kerjasama ibu bapa/penjaga seperti yang diterangkan dalam Jadual 2: Jadual 2: Peranan Guru, Pentadbir Sekolah dan Ibu bapa/Penjaga Guru Pentadbir Sekolah Ibu bapa/penjaga menyediakan MBK daripada aspek emosi dan mental untuk ke tahun satu membantu MBK menyesuaikan diri di kelas tahun satu membantu MBK memahami kesinambungan pembelajaran dari prasekolah ke tahun satu membantu pembangunan identiti diri dan meningkatkan keupayaan MBK merekodkan hasil dapatan transisi dalam RPI membina jaringan maklumat dengan guru tahun satu untuk intervensi menyediakan keperluan, pengurusan dan prasarana yang kondusif untuk MBK peka dengan aktiviti transisi yang dilaksanakan mewujudkan kolaborasi dengan ibu bapa dan komuniti i) membantu MBK bersedia dari aspek emosi dan mental ii) membantu MBK memahami kesinambungan pembelajaran dari prasekolah ke tahun satu iii)memberi sokongan moral secara berterusan
18 2.4 Rumusan Transisi merupakan satu proses yang penting dalam membantu MBK menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu mereka. Guru berperanan mengenal pasti keperluan, minat dan sikap MBK semasa menyediakan aktiviti transisi. Transisi merupakan satu platform yang menjalin hubungan dan mampu membantu MBK menangani emosi, menghadapi situasi baharu, menyesuaikan diri dan bersedia untuk pembelajaran.
21 MBK mempunyai keperluan yang berbeza mengikut jenis ketidakupayaan yang dihadapi. Guru perlu mengenal pasti ketidakupayaan MBK dan menyediakan data serta maklumat berkaitan MBK. Hak MBK sebagai seorang individu perlu diberikan penekanan dan guru tidak boleh membuat persepsi berdasarkan perbezaan mereka dengan murid lain. Guru perlu merancang PdP yang efektif dan bermakna bersesuaian dengan keperluan MBK seperti aspek berikut: i) Keupayaan MBK ii) Kekuatan dan potensi MBK iii) Keunikan diri MBK iv) Memahami cabaran MBK 3.1 MBK Masalah Pembelajaran MBK masalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Ketidakupayaan yang dialami oleh MBK masalah pembelajaran boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian iaitu kebolehan kognitif dan tingkah laku sosial. Kategori tersebut bergantung kepada kerumitan masalah kesihatan dan ketidakupayaan yang dialami MBK. Kategori yang dikenal pasti adalah Autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), Perkembangan Lewat (Developmental Delay), Sindrom Down, Palsi Sereberal dan Disleksia. 3.1.1 Kategori Masalah Pembelajaran Kategori MBK masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut: UNIT 3 PENGURUSAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
22 i) Autisme MBK autisme mengalami gangguan perkembangan seperti masalah komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain, tingkah laku dan emosi. Ciri-ciri MBK Autisme adalah seperti di Jadual 3: Jadual 3: Ciri-Ciri MBK Autisme Ciri Huraian Komunikasi perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan perkara yang dikatakan oleh orang lain kurang bercakap dan menggunakan gerak badan untuk berinteraksi sukar diajak bercakap kadang-kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan bertutur dalam bahasa yang tidak difahami meniru perbualan atau perkataan orang lain (echolalia) dapat meniru ayat atau nyanyian tanpa memahami maksudnya suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu Interaksi Sosial tidak suka bersosial tiada eye contact dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain tidak gemar bermain dengan orang lain suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut Gangguan Deria sensitif pada sentuhan tidak suka dipegang atau dipeluk sensitif terhadap bunyi yang kuat dan menutup telinga suka mencium dan menjilat mainan atau objek lain kurang sensitif pada rasa sakit atau takut Pola Bermain tidak suka bermain suka memutar-mutar/melambung/menyambut alat mainan atau apa-apa sahaja objek yang dipegang
23 Ciri Huraian suka dengan objek yang berputar, contohnya kipas angin terus memegang dan membawa objek yang disukai ke manamana sahaja Tingkah Laku hiperaktif melakukan perbuatan atau gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepakkan tangan, menepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari ataupun berjalan mundar-mandir tidak suka pada perubahan dapat duduk tanpa membuat apa-apa dan tanpa reaksi Emosi sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk apabila kemahuannya tidak dituruti atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya merosakkan objek yang ada di sekitar jika emosinya terganggu menyerang sesiapa sahaja yang berhampiran jika emosinya terganggu suka mencederakan diri sendiri secara tiba-tiba tiada rasa simpati tidak memahami perasaan orang lain ii) Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) MBK ADHD mengalami gangguan otak yang menyebabkan kanakkanak ini kurang penumpuan, hiperaktif dan impulsif yang mengganggu perkembangan atau kefungsian mereka. Ciri-ciri MBK ADHD adalah seperti di Jadual 4: Jadual 4: Ciri-Ciri MBK ADHD Ciri Huraian Tidak Memberi Tumpuan sukar memberi tumpuan pada sesuatu aktiviti sukar mengikut arahan yang berturutan, contohnya untuk menyelesaikan operasi matematik yang panjang kerap terlupa menyiapkan tugasan
24 Ciri Huraian Hiperaktif sentiasa aktif sepanjang masa sukar duduk diam di satu tempat berlari atau memanjat dengan tidak terkawal bergerak secara berlebihan semasa tidur Impulsif bertindak tanpa berfikir cepat bosan dan mudah hilang tumpuan kesukaran mengawal motor halus contohnya mengendali sesuatu aktiviti perlukan perhatian yang lebih sukar menunggu giliran iii) Perkembangan Lewat (Developmental Delay) MBK Perkembangan Lewat mempunyai masalah perkembangan dari segi kognitif, psikologi dan tingkah laku. Mereka menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran tertentu, bersikap negatif terhadap pembelajaran dan bertingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang keyakinan diri. Mereka biasanya mengambil masa yang lama untuk mencapai objektif pembelajaran yang mudah dan mempunyai daya rangsangan serta pengamatan yang lemah. Ciri-ciri MBK Perkembangan Lewat adalah seperti di Jadual 5: Jadual 5: Ciri-Ciri MBK Perkembangan Lewat Ciri Huraian Kognitif lemah dalam akademik sukar memahami konsep sukar membuat hubungkait tumpuan singkat dan mudah terganggu Psikologi emosi tidak stabil kurang keyakinan diri kurang matang dari segi umur
25 Ciri Huraian Tingkah Laku kurang pergaulan lambat memberi tindak balas tidak berminat untuk ke sekolah iv) Sindrom Down Sindrom Down adalah kecelaruan kromosom yang menyebabkan ketidakupayaan intelektual. MBK Sindrom Down mengalami keadaan genetik yang abnormal iaitu mempunyai 47 kromosom. Mereka mengalami masalah kognitif, biologikal dan kesihatan. Antara ciri MBK Sindrom Down adalah seperti berikut: a) rupa paras yang hampir sama b) jari-jari yang pendek c) mengalami masalah lewat perkembangan motor halus d) mempunyai daya ingatan jangka pendek e) mengalami masalah pengamatan penglihatan f) mengalami masalah pendengaran dan jantung v) Palsi Sereberal Palsi Sereberal membawa pengertian ketidakupayaan mengawal pergerakan otot. MBK Palsi Sereberal mengalami gangguan fungsi otak dan jaringan saraf yang mengakibatkan ketidakupayaan kawalan otot dan koordinasi. Ketidakupayaan MBK ini bergantung kepada darjah kerosakan pada bahagian otak. Ciri-ciri MBK palsi sereberal adalah seperti berikut: a) ketegangan otot b) gangguan dalam mobiliti c) masalah pertuturan d) sawan (epilepsi) e) lewat perkembangan
26 MBK Palsi Sereberal mengalami pergerakan secara “postural tone” iaitu kesediaan otot untuk memberi respon kepada mesej yang diberikan oleh otak. “Postural tone” MBK berubah tanpa kesediaan otot menyebabkan mereka sukar untuk mengembangkan kemahiran kefungsian tanpa sebarang bantuan. Terdapat beberapa jenis palsi sereberal bergantung kepada bahagian otak yang telah rosak. Setiap jenis dapat dikenalpasti melalui cara “postural tone” yang berubah mengikut aspek berikut: Spastik MBK Spastik biasanya mengalami ketegangan otot pada tahap yang tinggi dan semakin meningkat semasa menjalankan aktiviti. Ketegangan otot dan sendi ini mengakibatkan pergerakan terhad serta kaku. Athetosis MBK Athetosis biasanya mengalami masalah kawalan otot di bahagian anggota badan yang bergerak berlebihan tanpa dapat dikawal. Otot boleh menjadi keras atau lembik pada suatu masa. Ataxia MBK Ataxia mengalami kesukaran dari segi imbangan dan koordinasi anggota badan. Otot MBK sentiasa bergetar apabila cuba bergerak. Mereka mungkin akan mengeraskan diri untuk mengatasi masalah ini. Hypotonia Otot sentiasa lembik. vi) Disleksia MBK Disleksia mengalami kelainan dalam struktur dan fungsi otak yang menyebabkan mereka sukar menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Ini menyebabkan kesukaran untuk membaca dan menulis walaupun tahap kecerdasan mereka adalah normal. Kesukaran ini menyebabkan kemerosotan dari segi ketepatan membaca perkataan, kefasihan bacaan dan pemahaman bacaan. Mereka juga mempunyai
27 daya memori yang lebih singkat dan sukar untuk mengingati sesuatu turutan. Ciri-ciri utama MBK Disleksia adalah seperti di Jadual 6: Jadual 6: Ciri-ciri MBK Disleksia Ciri Huraian Aspek Kemahiran Membaca sukar untuk menggabung huruf vokal dan konsonan bagi membentuk perkataan mudah keliru dengan perkataan yang mempunyai ejaan yang hampir sama, contohnya ‘bapa’ dan ‘pada’ tidak boleh mengikut baris ayat dan akan tercicir perkataan semasa membaca mengambil masa yang lama untuk membaca tidak mempunyai ekspresi muka dan mengabaikan tanda bacaan ketika membaca Aspek Penulisan keliru dengan bentuk huruf yang hampir sama, contohnya b/d, p/q, n/u dan m/w menulis dalam ejaan perkataan secara terbalik seperti ‘bagi’ untuk ‘pagi’ sentiasa membuat kesalahan ejaan dan tertinggal perkataan atau huruf semasa menyalin nota serta mencampurkan huruf besar dan kecil lemah dalam penulisan berbanding kebolehan lisan tulisan kurang cantik dengan ejaan yang luar biasa dan tidak bersesuaian dengan umur dan kebolehan Aspek Sistem Angka keliru dalam turutan nombor dan mengenal simbol sukar mengingat sistem seperti sifir Aspek Kemahiran keliru dengan konsep kedudukan dan arah seperti kanan atau kiri koordinasi mata tangan yang lemah, contohnya mengikat tali kasut dan menulis 3.1.2 Pengurusan MBK Masalah Pembelajaran MBK Masalah Pembelajaran perlu dibantu, dibimbing dan diberi sokongan untuk mempertingkatkan kemahiran pengurusan diri, kemahiran asas psikomotor dan pengurusan tingkah laku bagi menjalani kehidupan harian dengan bantuan yang minimum. Selain itu, kemahiran tersebut perlu diberi penekanan bagi memastikan MBK dapat mengikuti PdP.
28 i) Kemahiran Pengurusan Diri Kemahiran pengurusan diri memberi penekanan pada aspek berikut: a) kemahiran kendiri yang berkaitan pengurusan anggota badan, panggilan diri sendiri dan orang lain serta memakai pakaian. b) kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang melibatkan amalan kebersihan dan keselamatan diri, penjagaan kebersihan pakaian, kebersihan dan keselamatan di dalam/luar bilik darjah. c) penggunaan tandas dan bilik mandi yang memberi penekanan kepada aspek latihan ke tandas (toilet training) dan tatacara penggunaan tandas serta bilik mandi yang betul. d) adab dan tatasusila memberi penekanan kepada kawalan emosi asas diri serta perlakuan positif dalam pelbagai situasi termasuk adab makan dan minum. ii) Kemahiran Asas Psikomotor Kemahiran asas psikomotor merangkumi penguasaan kemahiran motor kasar dan motor halus. Kemahiran motor kasar melibatkan pergerakan asas bahagian kepala, tangan dan kaki. Pergerakan asas bahagian kepala meliputi pergerakan mendongak, menoleh, menggeleng dan mengangguk. Pergerakan asas bahagian tangan termasuk meregang, menghayun, menolak atau menarik tangan dan memusing mengikut arah atau lawan jam. Pergerakan asas yang melibatkan bahagian kaki pula adalah seperti membengkok dan meluruskan lutut, mengangkat kaki, menendang, berjalan, berlari dan melompat. Kemahiran motor halus terbahagi kepada dua kategori iaitu pergerakan motor halus tanpa bahan dan pergerakan motor halus dengan bahan. Pergerakan motor halus tanpa bahan seperti menggenggam dan membuka jari, menepuk mengikut bilangan dan meramas. Bagi pergerakan motor halus dengan bahan pula melibatkan kemahiran seperti merenyuk, meramas, memicit, mencubit, mengoyak dan menggentel. Koordinasi melibatkan tiga aspek iaitu koordinasi mata tangan, koordinasi tangan kaki dan keseimbangan. Koordinasi mata tangan meliputi aktiviti zap
29 on, membutang, menguntai manik dan menggunting. Koordinasi tangan kaki merangkumi pergerakan menjulur tangan dan kaki, merangkak serta berguling. Manakala keseimbangan merujuk kepada aktiviti meniti papan imbangan serta naik dan turun tangga. iii) Pengurusan Tingkah Laku MBK Masalah Pembelajaran biasanya menghadapi tingkah laku bermasalah negatif yang boleh mengganggu pembelajaran. Tingkah laku bermasalah negatif ialah tingkah laku distruktif, distruptif, pengasingan diri, kebimbangan dan sikap kebergantungan yang berlebihan. Oleh itu, pengurusan tingkah laku sangat diperlukan untuk membantu MBK menjalani kehidupan harian. Pengurusan tingkah laku merupakan program tingkah laku berbentuk saintifik untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial positif bagi MBK. Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi aspek perancangan yang rapi, penggunaan teknik intervensi yang berkesan, penilaian secara objektif dan penentuan individu atau kumpulan mengikut kategori ketidakupayaan. MBK perlu diberikan intervensi untuk mengurus tingkah laku negatif agar tidak mengganggu pembelajaran mereka. Peranan dan tanggungjawab guru dalam pengurusan tingkah laku MBK penting bagi perubahan tingkah laku yang positif. Guru perlu bijak mengenal pasti tingkah laku yang perlu diperbaiki, teknik pengurusan yang sesuai dan mengatur langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam pengurusan tingkah laku MBK. Antara teknik pengurusan tingkah laku yang digunakan ialah ganjaran, dendaan, pengasingan, shaping (pembentukan), prompting (tegahan), pelenturan, modelling, kontrak perjanjian dan kaunseling. Dalam masa yang sama, pengurusan tingkah laku juga perlu mengambil kira faktor fizikal, emosi, mental, tahap keseriusan tingkah laku, persekitaran dan jangkamasa sebelum sesuatu pengurusan tingkah laku dilaksanakan untuk MBK.
30 Beberapa langkah dalam proses pengurusan tingkah laku boleh diambil untuk memodifikasi tingkah laku MBK. Langkah-langkah tersebut adalah seperti di Jadual 7: Jadual 7: Langkah-Langkah Pengurusan Tingkah Laku Bil. Langkah Huraian 1. Membuat pemerhatian dan penilaian serta merekodkan tingkah laku bermasalah mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan memerhati dan merekod tingkah laku 2. Memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan memilih tingkah laku yang perlu diubah terlebih dahulu iaitu berdasarkan impak negatif yang paling ketara 3. Menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai mengenal pasti dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini 4. Menetapkan masa yang sesuai bagi melaksanakan sasaran mengenal pasti masa pelaksanaan bagi setiap peringkat 5. Memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai memilih kaedah dan strategi yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi 6. Menentukan ganjaran dan dendaan menentukan ganjaran (shaping, token, pujian) bagi MBK yang dapat memodifikasi tingkah laku menentukan dendaan (time-out/ pengasingan) bagi MBK yang tidak dapat memodifikasi tingkah laku 7. Melaksanakan program melaksanakan program pengurusan tingkah laku berdasarkan perancangan disediakan 8. Melakukan penilaian secara berterusan atau berkala melakukan penilaian secara berterusan melakukan penilaian berkala sekiranya tingkah laku negatif berkurangan
31 Bil. Langkah Huraian 9. Tindakan/intervensi susulan membuat keputusan untuk menamatkan intervensi jika modifikasi tingkah laku berjaya melaksanakan intervensi susulan jika modifikasi tingkah laku tidak mencapai sasaran 10. Memastikan tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang dipulih adalah dikekalkan atau ditingkatkan meneruskan pemerhatian bagi memastikan tingkah laku yang dipulih dikekalkan atau ditingkatkan. 3.1.3 Panduan guru Guru perlu peka dengan keperluan MBK masalah pembelajaran dan membuat perancangan bagi memastikan mereka dapat mengikuti PdP dengan berkesan. Panduan berikut dapat membantu guru mengurus MBK semasa melaksanakan PdP. i) Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berstruktur bagi aktiviti rutin dan PdP, dapat memberi keselesan dan keyakinan kepada MBK untuk mengikuti pembelajaran. ii) Mewujudkan suasana yang mengalakkan MBK untuk berinteraksi sesama rakan dan guru di dalam bilik darjah. Ini dapat membantu meningkatkan interaksi sosial dan membina keyakinan diri MBK untuk berkomunikasi. iii) Membantu MBK dengan mengambil kira keperluan dan sensitiviti mereka bagi mengurangkan stress dan reaksi yang tidak diingini. Keselesaan MBK perlu diberi keutamaan. iv) Menyusun tempat duduk MBK berdekatan dengan guru dan jauh dari elemen yang boleh menggangu mereka seperti bunyi dan pencahayaan. v) Merancang PdP secara sistematik dengan pemeringkatan aktiviti yang mudah diikuti. vi) Menggunakan ayat mudah, tepat dan jelas semasa berkomunikasi dengan MBK. vii) Memberi MBK masa yang mencukupi untuk memproses ayat yang didengari bagi mereka memberi respons secara verbal dan menyiapkan aktiviti PdP.
32 viii) Merancang PdP dengan menggunakan bahan bantu belajar (visual) yang sesuai dengan keperluan MBK dan juga melibatkan pelbagai rangsangan sensori seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. 3.2 MBK Ketidakupayaan Penglihatan Deria penglihatan memainkan peranan penting dalam perkembangan seseorang individu. MBK ketidakupayaan penglihatan pada peringkat umur 4 hingga 6 tahun mengalami limitasi untuk: i) memperoleh pengalaman pembelajaran melalui deria penglihatan ii) bergerak bebas untuk meneroka persekitaran iii) mengesan rangsangan visual dan perubahan yang berlaku di persekitaran iv) menguasai kemahiran sosial v) akses kepada maklumat Dari perspektif perubatan, masalah penglihatan merupakan situasi apabila seseorang individu mengalami gangguan dalam sistem oftalmologi (penglihatan) dan tidak dapat diperbetulkan sepenuhnya dengan menggunakan cermin mata atau pun kanta lekap. Masalah penglihatan boleh berpunca daripada faktor kongenital (sejak lahir), keturunan, usia, jangkitan kuman, kemalangan, komplikasi perubatan dan penyakit mata. 3.2.1 Kategori Masalah Penglihatan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengklasifikasikan masalah penglihatan berdasarkan tahap gangguan visual yang dihadapi oleh seseorang individu. Gangguan visual tersebut diukur berdasarkan ketajaman visual atau kurangnya ‘visual acuity’ yang dapat diukur secara kuantitatif oleh pakar. Secara umumnya, MBK ketidakupayaan penglihatan telah diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu buta dan penglihatan terhad. i) Buta MBK Buta turut dikenali sebagai Kategori B1. Kategori B1 didefinisikan sebagai individu yang tidak mempunyai persepsi cahaya pada mata sehingga tidak berkemampuan untuk mengenal bentuk tangan pada mana-mana jarak
33 atau arah. Kod Braille merupakan medium literasi utama untuk MBK ketidakupayaan penglihatan kategori B1. ii) Penglihatan terhad Penglihatan terhad terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut: a) Ketidakupayaan Penglihatan Kefungsian MBK yang mengalami ketidakupayaan penglihatan kefungsian atau kategori B2 mempunyai daya penglihatan yang sangat terhad. MBK B2 mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti bentuk tangan serta mempunyai sisa penglihatan lebih kurang 3% hingga 5%. MBK B2 boleh membaca teks dalam jarak yang sangat dekat iaitu 4 sentimeter atau 1.6 inci dan memerlukan peralatan khas untuk membaca. Penggunaan braille agak ketara dalam populasi ini. b) Rabun Teruk MBK rabun teruk turut dikenali sebagai kategori B3. MBK B3 masih menggunakan penglihatan mereka untuk membaca. Bahan cetakan perlu diadaptasikan mengikut keperluan individu untuk membantu MBK membaca. MBK B3 masih mempunyai separa penglihatan dengan ketajaman penglihatan antara 2/60 hingga 6/60 dan/atau medan penglihatan antara 5 hingga 20 darjah. Anggaran penglihatan berfungsi bagi MBK B3 adalah kirakira 10% dan boleh mengesan lambaian tangan dengan bantuan cermin mata. Jarak membaca teks adalah sejauh 10 sentimeter atau 3.9 inci. Penggunaan bahan cetakan dengan tulisan bersaiz besar dan alat bantuan khas seperti mesin pembesar video – ‘Closed Circuit Television System’ (CCTV) amat membantu dalam aktiviti literasi. c) Buta atau bermasalah penglihatan di sebelah mata Kategori B4 mengalami ketidakupayaan penglihatan di sebelah mata dan mempunyai ketajaman penglihatan antara 6/60 hingga 6/24. Anggaran penglihatan berfungsi bagi MBK B4 adalah kira-kira 25% dan medan penglihatan yang lebih daripada 20 darjah. MBK B4 masih boleh membaca cetakan biasa dengan bantuan cermin mata.
34 3.2.2 Perkembangan MBK Ketidakupayaan Penglihatan Tahap perkembangan setiap MBK ketidakupayaan penglihatan adalah berbeza berdasarkan ciri-ciri dan limitasi masing-masing. Antara ciri-ciri dan limitasi tersebut adalah seperti berikut: i) Perkembangan Bahasa a) Kurang menguasai kemahiran bahasa pada peringkat awal literasi kerana tiada pengalaman bagi pembelajaran bahasa yang memerlukan rangsangan visual b) Setelah MBK diberi pengalaman pembelajaran bahasa, kecacatan yang dialami tidak melambatkan perkembangan penguasaan bahasa mereka c) Penggunaan kemahiran mendengar lebih dominan berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis d) Kesukaran untuk mengakses bahan bercetak ii) Keupayaan Kognitif a) Mempunyai keupayaan kognitif yang sama seperti murid normal iii) Keupayaan Konseptual a) MBK yang mengalami ketidakupayaan penglihatan selepas lahir (acquired blindness) mempunyai konsep visual yang lebih baik berbanding dengan MBK yang mengalami ketidakupayaan penglihatan secara kongenital b) MBK bergantung kepada deria lain iaitu deria sentuh, bau, dan rasa untuk bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan iv) Perkembangan Sosial a) Mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja tetapi kurang menguasai komunikasi bukan lisan b) Suka meniru gaya percakapan orang lain c) Suka mencelah dalam sesuatu perbualan d) Tidak dapat melihat ekspresi sosial (senyuman, mimik muka, bahasa badan dan lain-lain)
35 e) Kurang keyakinan diri f) Tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran visual g) Memerlukan bantuan daripada orang di sekeliling untuk melakukan suatu tugasan apabila berada di persekitaran baharu. Contohnya melintas jalan, mengambil makanan, membaca bahan cetakan biasa apabila cetakan braille tidak disediakan dan sebagainya v) Keadaan Fizikal dan Pergerakan/Mobiliti a) Kebanyakannya tidak mempunyai postur yang betul, kelihatan kaku dan terlalu lurus apabila berdiri atau berjalan b) Pergerakan perlahan kerana kurang yakin akan keselamatan diri (contohnya bimbang terlanggar objek di sekeliling) c) Sebahagiannya turut mengalami masalah kesihatan dan mempunyai temu janji yang kerap dengan pakar perubatan vi) Perlakuan Stereotaip a) Pengulangan pergerakan seperti body rocking, gosok mata, geleng kepala, tepuk tangan, ketuk meja dan sebagainya. vii) Keupayaan Visual a) Kurang menggunakan sisa penglihatan sebaliknya lebih gemar menggunakan braille. b) Perkembangan psikomotor lambat kerana tiada pengalaman visual 3.2.3 Penggunaan Peralatan Khas Peralatan khas yang digunakan oleh MBK adalah berbeza mengikut kategori ketidakupayaan penglihatan. Antara peralatan khas yang digunakan adalah seperti di Jadual 8 berikut:
36 Jadual 8: Peralatan Khas MBK Ketidakupayaan Penglihatan Bil. Peralatan Khas Kegunaan 1. Kanta pembesar Berfungsi untuk membesarkan saiz tulisan/gambar bagi membantu MBK rabun/penglihatan terhad. 2. Handheld Electronic Magnifier Digunakan untuk membesarkan teks/gambar rajah (grafik taktil) dengan sistem sambungan ke skrin. Peralatan ini adalah mudah alih dan boleh dibawa sebagai alat bantu membaca bagi murid rabun. 3. Closed Circuit Television System (CCTV) Berfungsi sebagai alat pembesar bagi bahan bacaan bercetak dan digunakan oleh murid rabun dan penglihatan terhad untuk membaca mengikut saiz fon yang sesuai dengan mereka. 4. Mesin Braille (Perkins) Digunakan dalam proses PdP sebagai alat tulis bagi menggantikan pen atau pensil untuk murid buta dan rabun.
37 Bil. Peralatan Khas Kegunaan 5. Mountbatten Brailer (pembaharuan mesin Braille Perkins) MBK juga mempunyai kekangan untuk mengakses maklumat berbentuk grafik pada komputer. Oleh itu, guru perlu memastikan komputer di bilik darjah telah dipasang perisian khas seperti Job Access with Speech (JAWs), NonVisual Desktop Access (NVDA), Open Book dan Duxburry Braille Translator. Bagi membantu guru merancang pengajaran yang berstruktur dan bersistematik, buku PdP Kod Braille Bahasa Melayu dihasilkan khusus untuk membantu guru dalam aspek pengajaran Kod Braille untuk MBK ketidakupayaan penglihatan. 3.2.4 Pengurusan Bilik Darjah Persekitaran pembelajaran yang kondusif penting untuk MBK melibatkan diri dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Penyediaan bilik darjah yang mesra MBK, perlu mengambil kira kriteria berikut: i) Tempat duduk MBK diletakkan berdekatan dengan guru supaya mereka dapat mendengar dengan jelas dan dapat memaksimumkan penggunaan deria penglihatan. ii) Bilik darjah perlu berada jauh dari punca bunyi yang kuat bagi mengurangkan gangguan terhadap keupayaan pendengaran MBK. iii) Bahan pembelajaran dan peralatan yang biasa digunakan diletakkan di tempat yang sama supaya mudah diakses oleh MBK dan dilabelkan dengan tulisan braille.
38 iv) Tahap pencahayaan di dalam bilik darjah perlu disesuaikan mengikut keperluan MBK. v) Bahan cetakan braille atau cetakan besar perlu disediakan di ruang atau pusat pembelajaran. vi) Pengudaraan dan perabot yang mesra MBK. vii) Kawasan sekolah perlu dilengkapi rel (railing) dan curb yang standard untuk memudahkan pergerakan MBK. 3.2.5 Panduan Guru Guru perlu peka dengan keperluan MBK ketidakupayaan penglihatan dan membuat perancangan bagi memastikan MBK dapat mengikuti PdP dengan berkesan. Panduan berikut dapat membantu guru mengurus MBK semasa melaksanakan PdP. i) Memperkenalkan diri terlebih dahulu. ii) Bercakap dengan posisi menghadap MBK dan dalam keadaan statik. iii) Memberi arahan secara tepat dan jelas serta mengulangi arahan menggunakan ayat yang sama. iv) Memberi arahan secara spesifik dan mengelak menggunakan perkataan seperti ‘di sana’ atau ‘di situ’ kerana boleh mengelirukan MBK tentang kedudukan objek. v) Memberi latihan awal stimulasi visual untuk merangsang dan meningkatkan perkembangan psikomotor dan kognitif. vi) Menyediakan pelbagai objek maujud untuk memberi pengalaman kepada MBK. vii) Menerapkan kemahiran spatial dalam sesi PdP pada peringkat awal bagi meningkatkan penyesuaian MBK dengan persekitaran. viii) Merancang aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelbagai rangsangan sensori seperti pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. ix) Menggalakkan penggunaan deria rangsangan yang lain secara optimum untuk membantu MBK memahami perkara yang berlaku di persekitaran. x) Memberi penjelasan dengan lebih terperinci tentang sesuatu konsep visual dan ruang seperti lebih terang, lebih gelap atau lebih luas.