The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan Guru Pelaksanaan KSPK PK Semakan 2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nouratika, 2023-01-27 01:53:10

Buku Panduan Guru Pelaksanaan KSPK PK Semakan 2017

Buku Panduan Guru Pelaksanaan KSPK PK Semakan 2017

Keywords: prasekolah,modul prasekolah,pendidikan khas

91 Pusat pembelajaran merupakan ruang yang dilengkapi dengan bahan dan peralatan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap keupayaan MBK. Pusat pembelajaran memberi peluang kepada MBK untuk meneroka, mencuba dan berinteraksi dengan peralatan serta persekitaran mengikut minat dan keupayaan masing-masing. Pusat pembelajaran berfungsi sebagai satu ruang yang kondusif untuk MBK melaksanakan aktiviti sama ada secara berstruktur atau bebas. 5.1 Fungsi Pusat Pembelajaran Pusat pembelajaran yang disediakan di kelas prasekolah mempunyai pelbagai fungsi seperti berikut: i) Menyediakan ruang untuk guru mempamerkan bahan dan peralatan mengikut kesesuaian PdP. ii) Memberi ruang kepada MBK untuk meneroka bahan serta peralatan bagi meningkatkan pengetahuan dan memberi pengalaman baharu. iii) Memberi peluang kepada MBK untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah menggunakan bahan dan peralatan. iv) Membolehkan MBK berinteraksi dengan bahan atau peralatan pembelajaran secara individu atau kumpulan bagi membantu membina pengetahuan dan kemahiran. v) Memberi peluang kepada MBK untuk belajar mengikut minat dan kecenderungan dengan memilih pusat dan aktiviti yang disukai. vi) Memberi peluang kepada MBK untuk bersosialisasi. UNIT 5 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PUSAT PEMBELAJARAN


92 5.2 Susun Atur Susun atur di pusat pembelajaran hendaklah kemas, tersusun, bersih dan menarik. Dalam menyusun atur pusat pembelajaran, guru perlu mengambil kira aspek keselamatan, memudahkan pergerakan murid dan boleh diubah suai dari semasa ke semasa. Gambar 3: Contoh Susun Atur Pusat Pembelajaran 5.3 Perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menggunakan Pusat Pembelajaran Penggunaan pusat pembelajaran perlu dirancang bagi memastikan kelancaran PdP dan pusat dapat digunakan secara optimum. Guru perlu mempertimbangkan perkaraperkara berikut sebelum, semasa dan selepas melaksanakan aktiviti PdP di pusat pembelajaran: i) Menentukan bahan dan peralatan di pusat pembelajaran sesuai dengan aktiviti atau tema. ii) Memastikan bahan dan peralatan di pusat pembelajaran boleh diguna pakai dan dipelbagaikan dari semasa ke semasa. iii) Menentukan bilangan bahan dan peralatan yang akan digunakan mengikut kesesuaian ruang dan aktiviti serta bilangan MBK di sesuatu pusat pembelajaran.


93 iv) Menyediakan peraturan penggunaan pusat pembelajaran, bahan dan peralatan. Contoh peraturan am penggunaan pusat pembelajaran adalah seperti berikut: v) Menetapkan masa melaksanakan aktiviti di pusat pembelajaran. vi) Memastikan persekitaran di pusat pembelajaran bersih, kemas dan selamat. vii) Memastikan MBK menggunakan bahan dan peralatan dengan berhatihati. viii) Memastikan MBK bertolak ansur sesama rakan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. ix) Memastikan MBK berdisiplin dan mematuhi peraturan penggunaan pusat pembelajaran x) Memastikan MBK menyimpan semula bahan dan peralatan di tempat asal selepas menjalankan aktiviti. Penggunaan Pusat Pembelajaran Peraturan Am 1. Patuhi arahan guru/PPM. 2. Bertolak ansur dengan rakan untuk menggunakan bahan dan peralatan. 3. Berhati-hati semasa menggunakan bahan dan peralatan. 4. Gunakan bahan dan peralatan secara berhemah. 5. Sentiasa berdisiplin semasa melaksanakan aktiviti. 6. Bersihkan bahan dan peralatan yang telah digunakan. 7. Simpan semula bahan dan peralatan selepas menggunakannya.


94 5.4 Cadangan Pusat Pembelajaran Pusat pembelajaran yang diwujudkan hendaklah mengikut kesesuaian objektif pembelajaran, situasi, tema atau projek. Bilangan pusat pembelajaran bergantung kepada keadaan fizikal kelas seperti saiz dan lokasi. Pusat pembelajaran perlu diubah suai mengikut kesesuaian PdP. Bahan dan peralatan di pusat pembelajaran perlu dilabel dan bagi MBK ketidakupayaan penglihatan, kod braille digunakan untuk melabel. Cadangan pusat pembelajaran yang boleh diwujudkan di kelas prasekolah berkeperluan khas adalah seperti dalam Jadual 14. Jadual 14: Cadangan Pusat Pembelajaran Pusat Pembelajaran Bahan/Peralatan Nota Media/ Teknologi Komputer Meja komputer Televisyen Kemudahan Internet Fon kepala Mikrofon Cakera padat Projector Tablet Pita rakaman Smart board Jadual penggunaan komputer Perisian JAWS Aspek keselamatan perlu diambil kira semasa menggunakan bahan elektronik. Pemilihan bahan/peralatan perlu mengambil kira kategori MBK. Manipulatif Set LEGO Magnetic sand Kinetic sand Bongkah, butang dan manik yang pelbagai saiz, jenis, bentuk dan warna Puzzle Bahan dan peralatan hendaklah disimpan di dalam kotak/dulang/bekas bertutup dan diletakkan di rak serta dilabelkan. Bahan yang dipamerkan dan aktiviti yang dirancang hendaklah memberi peluang kepada


95 Pusat Pembelajaran Bahan/Peralatan Nota Doh/tanah liat Topi keselamatan Set jalan raya Penggelek dan pelbagai jenis acuan Alat pertukangan Alat elektrik yang rosak Kertas pasir Alatan berkebun Pelbagai jenis tali Sensory board Terapati Wheelbarrow walking Kain felt Papan geo dan gelang getah Trampolin Pegboard Skru dan nat Model patung lelaki/ perempuan bersaiz kanak-kanak MBK untuk mengelas, membentuk dan menjalin. Aspek keselamatan dalam penggunaan bahan perlu diambil kira. Bahan dan peralatan yang disediakan hendaklah ringan dan mudah dikendalikan. Sensory board - meningkatkan kestabilan MBK semasa berjalan. Wheelbarrow walking - meningkatkan kestabilan badan MBK dan input sensori. Trampolin - meningkatkan kawalan badan MBK semasa melompat. Terapati - meningkatkan kekuatan otot di jari, koordinasi kedua-dua belah tangan dan koordinasi mata tangan. Papan geo dan gelang getah - meningkatkan kawalan tangan, meningkatkan kemahiran pegangan yang betul kepada jari-jari. Bahasa Kemahiran/Aktiviti Menulis Huruf dalam bentuk magnet, plastik dan foam Kertas surih Carta poket dan kad perkataan Stensil huruf Papan putih dan pen maker Dinding atau papan putih disediakan di kelas untuk MBK melahirkan idea kreatif. Pelbagai jenis alat tulis yang non-toxic perlu disediakan. Kad huruf dan perkataan yang disediakan


96 Pusat Pembelajaran Bahan/Peralatan Nota Dulang pasir untuk menyurih huruf Kertas pelbagai saiz, warna dan jenis Kad ucapan, poskad dan sampul surat Sticker whiteboard/ blackboard Mesin braille Set capan Alat tulis hendaklah terdiri daripada kertas pasir. Bahan dan peralatan dicadangkan bersaiz besar. Susun atur alatan mengikut aras mata MBK supaya mudah dicapai. Kemahiran/Aktiviti Membaca Pelbagai jenis bahan bacaan Buku cerita/ bergambar Hasil kerja murid Majalah Carta Brosur/ risalah Kad huruf Kad suku kata Kad perkataan Kad gambar Cop huruf CCTV – Telesensory Kanta pembesar Reading magnifiers Rak buku, bakul, kotak Bahan bercetak braille Huruf pelbagai saiz Reading magnifiers disimpan oleh guru. CCTV digunakan dengan bimbingan guru. Bahan yang disediakan mengikut tema. Buku yang berasaskan nilai murni dan pengajaran. Bahan bacaan yang mempunyai pengasingan suku kata. Tempat duduk yang sesuai dengan keperluan murid. Bahan mengandungi grafik dan ilustrasi yang menarik. Kemahiran/Aktiviti Mendengar Pita rakaman Fon kepala Bahan/peralatan diletakkan di sudut/stesen mendengar.


97 Pusat Pembelajaran Bahan/Peralatan Nota Cakera padat Radio/ video player Pembesar suara Matematik Blok dan set geometri Kiub unifix Dadu Jam Tangram Penimbang Kad nombor braille Model nombor Abakus Pelbagai jenis bahan pembilang Bahan dan peralatan dicadangkan bersaiz besar, berwarna-warni, ringan dan mudah dibawa. Guru perlu menyediakan kad nombor braille dan bahan tactile. Setiap alatan disimpan dalam bekas bertutup yang dilabelkan. Sains Model haiwan, buahbuahan, tumbuhtumbuhan dan kenderaan Koleksi daripada bahan semula jadi seperti batu, cengkerang dan biji getah Bahan maujud Jangka suhu Magnet Magnetic sand Set anatomi Kanta pembesar Alat permainan yang melibatkan sains Bahan dan peralatan dicadangkan bersaiz besar, berwarna-warni, ringan dan mudah dibawa. Guru perlu menyediakan bahan tactile dan rajah timbul bagi perincian objek. Bahan disimpan dalam bekas bertutup yang dilabelkan. Kreativiti dan Estetika Bahan kraf Tali, reben, benang Kayu, batang ais krim, straw Kapas dan polisterin Cengkerang Bahan disediakan bersesuaian dengan aktiviti dan keperluan MBK.


98 Pusat Pembelajaran Bahan/Peralatan Nota Pita pelekat velcro Pasir berwarna Pelbagai jenis kekacang dan bijirin Bahan kitar semula Sarang telur Sarung buah Surat khabar lama Gegulung kertas keras Perca kain Kotak Botol, tin minuman, cawan kertas Pinggan kertas dan polisterin Pembungkus makanan ringan Penutup botol Kotak mancis Bahan disediakan mesti dalam keadaan yang bersih dan selamat. Bahan dan peralatan melukis dan mewarna Pensil warna, krayon, warna air Berus, span, bekas palet Alat tulis Gam Kertas lukisan Papan esel Pita pelekat Apron Kain pengelap Alas Memilih lokasi yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti.


99 Pusat Pembelajaran Bahan/Peralatan Nota Main peranan Boneka Kostum Pentas Cermin besar Backdrop Set alat permainan seperti kit alatan doktor, wang mainan, bakul/ troli membeli belah Kotak/ tin/ botol makanan/ minuman Kostum perlu digantung mengikut aras ketinggian murid. Bahan dan peralatan disusun mengikut keperluan kandungan PdP. Bahan dan peralatan disusun mengikut saiz iaitu yang bersaiz kecil diletakkan di atas dan diikuti bersaiz besar di bawah. Rak perlu dilabel mengikut kategori. Main air Bekas main air yang mudah alih atau kekal Alat penyukat yang berbeza saiz dan bentuk Alat mainan Span, corong, botol, tiub getah dan pelampung MBK perlu memastikan tahap kedalaman air dengan cara memasukkan tangan/ kaki ke dalam bekas main air. Aspek keselamatan dalam penggunaan bahan/ peralatan perlu diberi perhatian. Main pasir Pasir Bekas main pasir Pengayak, penyodok, pencakar, cangkul, baldi, dan pelbagai jenis acuan Model haiwan, tumbuhtumbuhan, bangunan dan kenderaan Batu berwarna-warni dalam pelbagai saiz Jaring penutup Pasir yang digunakan telah dibasmi kuman. Aspek keselamatan dalam penggunaan bahan/ peralatan perlu diberi perhatian.


100 5.5 Penggunaaan Pusat Pembelajaran mengikut strategi PdP Pusat pembelajaran boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti secara bebas atau terancang. Semasa di pusat pembelajaran MBK boleh menjalankan aktiviti secara berkumpulan, berpasangan atau individu. Guru boleh melaksanakan pelbagai pendekatan PdP di pusat pembelajaran pada bilabila masa mengikut kesesuaian. Pendekatan PdP yang boleh dilaksanakan di pusat pembelajaran adalah seperti berikut: 5.5.1 PdP di Pusat Pembelajaran PdP di pusat pembelajaran dapat memperkembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta menanam sikap belajar secara kendiri. MBK diberi peluang untuk membuat keputusan terhadap pembelajaran mereka sendiri dan menjalankan aktiviti berasaskan minat, kebolehan dan kecenderungan masing-masing. PdP di pusat pembelajaran akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Secara amnya terdapat tiga fasa dalam pelaksanaan strategi PdP di Pusat Pembelajaran. Rajah 14: Tiga Fasa Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran Fasa 1: Pengenalan Pada fasa ini, guru membuat persediaan dan menyediakan MBK dari segi mental sebelum PdP bermula. Guru perlu membuat perancangan dan menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) untuk PdP di Pusat Pembelajaran bagi suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Dalam merancang PdP di Pusat Pembelajaran, beberapa perkara perlu dipertimbangkan iaitu: Fasa 1 Pengenalan Fasa 2 Pelaksanaan Aktiviti Fasa 3 Refleksi


101 i) Bilangan pusat pembelajaran yang hendak diwujudkan boleh ditentukan berdasarkan kriteria seperti tahap keupayaan MBK, ruang kelas, bahan dan peralatan yang sedia ada dan kesediaan guru sendiri. ii) Objektif PdP untuk setiap pusat pembelajaran perlu mengambil kira minat dan tahap keupayaan MBK. Objektif juga akan menentukan jenis aktiviti, bahan dan peralatan yang perlu disediakan. iii) Pusat Manipulatif dicadang diwujudkan terlebih dahulu untuk memberi peluang kepada MBK mengukuhkan kemahiran motor halus. Sebelum melaksanakan PdP di Pusat Pembelajaran, guru perlu membuat persediaan seperti berikut: i) Memperkenalkan pusat-pusat pembelajaran ii) Menerangkan susun atur di pusat pembelajaran. iii) Menjelaskan peraturan yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. iv) Menunjuk cara penggunaan bahan dan peralatan. v) Memberi peluang kepada MBK untuk mencuba bahan dan peralatan yang akan digunakan. Fasa 2: Pelaksanaan Aktiviti Pada fasa kedua, guru menjalankan tugas sebagai fasilitator, pemerhati dan melaksanakan pentaksiran. Antara langkah pelaksanaan aktiviti PdP adalah seperti berikut: i) Memberi peluang MBK memilih pusat pembelajaran yang diminati. ii) Memberi peluang MBK meneroka pusat pembelajaran yang dipilih. iii) Semasa MBK melaksanakan aktiviti, guru membuat pemerhatian dan merekodkannya. Guru juga digalakkan mengambil gambar atau membuat rakaman video. iv) Memastikan MBK menyimpan bahan dan peralatan serta mengemas pusat pembelajaran selepas menggunakannya.


102 v) Guru perlu merekodkan kekerapan MBK menggunakan pusat pembelajaran seperti di Jadual 15. Rekod ini menunjukkan pola penggunaan pusat pembelajaran oleh MBK. Sekiranya MBK tidak atau kurang menggunakan pusat pembelajaran tertentu, guru harus menggalakkan mereka berbuat demikian. Jadual 15: Rekod Penggunaan Pusat Pembelajaran Rekod Penggunaan Pusat Pembelajaran Kelas: Prasekolah Cemerlang Tarikh: 13 Jun – 11 Ogos 2017 Bil Nama Pusat Pembelajaran Manipulatif Bahasa Kreativiti & Estetika 1. Adam √ √ √ 2. Hafiz √ √ 3. Qaisara √ √ 4. Siti √ Fasa 3: Refleksi Pada fasa ketiga, guru membimbing dan menggalakkan MBK untuk membuat refleksi apa yang telah dipelajari seperti berikut: i) MBK berkumpul semula. ii) Semua MBK diminta berkongsi pengalaman atau hasil dapatan masingmasing. iii) Guru perlu menjalankan tindakan susulan seperti menambah baik bahan, peralatan dan aktiviti PdP di pusat pembelajaran.


103 5.5.2 Pendekatan bertema Pendekatan bertema merupakan strategi PdP menggunakan tema ke arah mewujudkan pembelajaran yang aktif, menarik dan memberi pengetahuan baharu serta pengalaman bermakna kepada MBK. Penggunaan pusat pembelajaran semasa pendekatan bertema akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan PdP. Pusat pembelajaran boleh diwujudkan mengikut tema pembelajaran mengikut saiz dan ruang kelas, minat serta tahap keupayaan MBK. 5.5.3 Pendekatan berasaskan projek Pendekatan ini menekankan kaedah penyiasatan secara mendalam berkaitan sesuatu topik. Pendekatan ini menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan rangsangan guru dalam pembelajaran. Pusat pembelajaran boleh dijadikan sebagai pusat untuk MBK merancang, berbincang tentang masalah dan penyelesaian serta menjalankan uji kaji atau kajian. MBK juga boleh mempamerkan hasil kerja, maklumat penyiasatan dan keputusan uji kaji atau kajian di pusat pembelajaran. 5.6 Rumusan Guru perlu bijak membuat perancangan untuk melaksanakan PdP di pusat pembelajaran supaya dapat memberi impak dalam pembelajaran MBK. Perancanagn yang baik juga boleh menarik minat MBK untuk meneroka dan mengikuti aktiviti di pusat pembelajaran yang akhirnya dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai MBK sebagaimana dihasratkan dalam kurik


107 Penyediaan rancangan pelajaran yang sistematik dan teratur dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dengan berkesan. Rancangan pelajaran yang komprehensif sepatutnya mengandungi kandungan, objektif, cadangan aktiviti PdP dan pentaksiran. Rancangan pelajaran perlu disediakan berdasarkan latar belakang dan keperluan MBK. 6.1 Rancangan Pelajaran Tahunan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (SPI Bil. 3/1999). RPT ialah suatu kerangka PdP yang dirancang sebagai panduan pelaksanaan PdP untuk satu tahun persekolahan. RPT perlu disediakan sebelum sesi persekolahan bermula pada setiap tahun. Semasa menyediakan RPT Prasekolah Pendidikan Khas, guru perlu mempertimbangkan beberapa perkara berikut: i) Tahap perkembangan MBK ii) Kandungan kurikulum prasekolah pendidikan khas iii) Strategi PdP iv) Takwim sekolah v) Bahan sumber Penulisan RPT diorganisasikan mengikut kandungan/isi pelajaran dan kemahiran bermula daripada mudah ke sukar. Selain itu, kandungan/isi pelajaran disusun mengikut minggu atau bulan bersesuaian dengan strategi yang dipilih. Guru dicadang untuk mempelbagaikan strategi PdP bagi sesuatu kandungan/isi pelajaran. UNIT 6 RANCANGAN PELAJARAN


108 6.2 Jadual waktu Waktu PdP bagi MBK yang berumur 5+ tahun adalah sekurang-kurangnya 240 minit sehari (termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 1,200 minit seminggu. Manakala bagi MBK yang berumur 4+ tahun adalah sekurang-kurangnya 210 minit sehari (termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 1,050 minit seminggu (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2016). Jadual waktu bagi kelas prasekolah pendidikan khas mestilah berdasarkan peruntukan waktu minimum PdP seperti di Jadual 16. Jadual 16: Peruntukan Waktu Minimum Pengajaran dan Pembelajaran Bil. Bidang Pembelajaran Peruntukan Masa Seminggu (minit) 1. Bahasa Melayu 60 2. Bahasa Inggeris 60 3. Bahasa Cina/ Bahasa Tamil 60 4. Aktiviti Luar 120 6. Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 120 7. Matematik Awal 40 8. Pembelajaran Bersepadu Masalah Pembelajaran Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup) Aktiviti Pembelajaran Pengurusan Diri 800 Ketidakupayaan Penglihatan Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup) Aktiviti Pembelajaran Kemahiran Braille Pengurusan Diri Orientasi dan Mobiliti Ketidakupayaan Pendengaran Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup) Aktiviti Pembelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi Jumlah 1200


109 Cadangan jadual waktu prasekolah pendidikan khas adalah seperti di Jadual 17: Jadual 17: Cadangan Jadual Waktu Prasekolah Pendidikan Khas 6.3 Rancangan Pendidikan Individu (RPI) MBK prasekolah yang berada di SKPK, PPKI dan PPI perlu diberikan program intervensi awal seperti mana yang telah dirancang, diperincikan dan dipersetujui oleh pihak sekolah dan ibu bapa di dalam dokumen Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 telah menegaskan bagi pelaksanaan pendidikan khas, seseorang guru hendaklah menyedia dan melaksanakan RPI bagi setiap MBK. RPI yang disediakan bersama oleh guru (guru pendidikan khas dan guru arus perdana), ibu bapa, pentadbir sekolah dan pasukan pelbagai disiplin (Multi-Disciplinary Team atau MDT). RPI merupakan satu rekod bertulis yang menjelaskan pernyataan berkenaan: i) Tahap perkembangan seseorang MBK. ii) Perancangan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi seseorang MBK. iii) Matlamat jangka pendek dan panjang yang boleh dicapai oleh MBK. iv) Maklumat yang mengandungi satu siri objektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenal pasti. v) Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi menentukan tahap perkembangan. vi) Satu huraian berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh MBK. Masa Hari 8.00- 8.20 8.20-8.40 8.40-9.10 9.10-9.40 9.40- 10.10 10.10 - 10.40 10.40- 11.10 11.10- 11.30 11.30- 11.50 11.50- 12.00 Isnin PA Main Bebas BM PI / PM R AP Penutup Selasa PA Matematik Aktiviti Fizikal PI / PM E AP Penutup Rabu PA Main Bebas PI / PM BI H AP Penutup Khamis PA Matematik Aktiviti Fizikal BM A AP Penutup Jumaat PA Main Bebas PI / PM BI T AP Penutup


110 vii) Perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang disediakan untuk MBK. viii) Satu perancangan dan persediaan untuk membantu MBK menghadapi persekitaran. Guru prasekolah perlu memahami keperluan individu MBK melalui kerjasama dan perbincangan dengan pihak ibu bapa dan ahli keluarga dalam membuat perancangan dan keputusan penggunaan dan adaptasi kaedah PdP terbaik (Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas, 2015). Kerjasama ini direalisasikan melalui penubuhan panel pemuafakatan RPI yang terdiri daripada ibu bapa, pihak pengurusan sekolah, kumpulan MDT, guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan juga komuniti. RPI digunakan selari dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan melaksanakan aktiviti intervensi awal mengikut kaedah dan tempoh masa yang telah diperincikan dalam RPI. Guru boleh menyediakan RPI samada secara manual atau online melalui sistem e-RPI. Guru juga boleh merujuk Panduan Pengguna: RPI Secara Dalam Talian (e-RPI) yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Khas. 6.4 Rumusan Penyediaan rancangan pelajaran merupakan perkara yang penting dalam merancang kesemua kandungan yang perlu disampaikan kepada MBK dengan sistematik dan teratur. Perancangan ini perlu mengambilkira keperluan dan kebolehan MBK dengan kemahiran, pengetahuan serta nilai yang perlu dikuasai. Perancangan tahunan yang teliti dapat membantu guru dalam penyediaan rancangan pelajaran harian. Rancangan Pendidikan Individu pula penting bagi membantu MBK memperoleh kemahiran yang perlu dikuasai dengan merancang intervensi yang diperlukan oleh mereka.


113 Pentaksiran prasekolah merupakan satu proses mendapatkan maklumat tahap perkembangan dan kemajuan MBK secara sistematik dan berterusan. Pentaksiran dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, interaksi (lisan dan bukan lisan) dan penilaian hasil kerja MBK. Guru perlu menggunakan standard prestasi bagi menentukan tahap perkembangan MBK bagi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pentaksiran bertujuan mengenal pasti perkembangan MBK dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor serta tindakan susulan yang sesuai bagi membantu MBK mencapai objektif. Pentaksiran di kelas prasekolah pendidikan khas membantu guru untuk menentukan bentuk sokongan yang diperlukan MBK. Pentaksiran juga dapat digunakan oleh guru untuk mengoptimumkan potensi MBK. Maklumat pentaksiran berstatus sulit dan guru perlu menyimpan dokumen di ruang yang selamat untuk menjaga kerahsiaan maklumat tersebut. 7.1 Ciri-ciri Pentaksiran Pentaksiran prasekolah pendidikan khas bertujuan untuk membantu pembelajaran MBK. Ciri-ciri utama pentaksiran adalah seperti berikut: i) Lebih mementingkan proses berbanding produk. ii) Dijalankan secara tidak langsung, dalam suasana semula jadi dan tidak formal. iii) Tidak bertujuan untuk melabel dan membuat perbandingan antara MBK. iv) Dijalankan secara berterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran. v) Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan. vi) Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan. vii) Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangan MBK. UNIT 7 PENTAKSIRAN


114 7.2 Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru Dan MBK Kepentingan pentaksiran prasekolah pendidikan khas kepada guru dan MBK adalah seperti berikut: i) Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai MBK. ii) Mengenal pasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi MBK yang boleh diperkukuhkan. iii) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan MBK. iv) Mengesan keberkesanan pengajaran. v) Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan. vi) Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada MBK dan ibu bapa. vii) Membolehkan MBK memahami tujuan mereka belajar. viii) Membantu MBK mengetahui tahap perkembangan mereka. ix) Memberi motivasi dan meningkatkan keyakinan diri MBK. 7.3 Proses Pentaksiran Pelaksanaan pentaksiran melibatkan beberapa proses berikut: i) Merancang ii) Membina instrumen iii) Melaksanakan pentaksiran iv) Merekod v) Menganalisis data vi) Melapor


115 Rajah 15: Proses Pentaksiran TIDAK YA Merancang Membina Instrumen Melaksanakan Pentaksiran melalui Pemerhatian Tindakan Susulan/Aktiviti Pengayaan Tindakan Susulan/Aktiviti Bimbingan Kemahiran Baharu/Hasil Pembelajaran Baharu Sudahkah MBK menguasai? Merekod Menganalisis dan Melapor


116 7.3.1 Merancang Sebelum melaksanakan sesuatu pentaksiran, guru hendaklah menentukan: i) Tujuan mentaksir ii) Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak ditaksir iii) Instrumen yang akan digunakan iv) Siapa yang hendak ditaksir v) Bila hendak mentaksir vi) Tempoh pemerhatian 7.3.2 Membina Instrumen Berdasarkan kandungan kurikulum guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai supaya MBK berpeluang untuk menunjukkan tahap perkembangan yang diharapkan. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan perkara yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor MBK. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkan evidens bagi mengenal pasti tahap penguasaan MBK. 7.3.3 Melaksanakan Pentaksiran Kaedah pentaksiran yang bersesuaian di kelas prasekolah ialah pemerhatian. Pemerhatian bermaksud pengamatan kepada tingkah laku, interaksi dan proses pembelajaran MBK yang boleh dilaksanakan secara berkala atau tidak berkala. Pemerhatian dilaksanakan tanpa disedari oleh MBK. Pentaksiran dilakukan secara berterusan untuk melihat proses kerja, hasil kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan secara konsisten. Pentaksiran boleh dijalankan dengan melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu pengurusan murid, ahli keluarga atau ahli komuniti. Pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru membuat keputusan yang lebih jelas dan tanpa ragu-ragu.


117 7.3.4 Merekod Terdapat pelbagai jenis instrumen pemerhatian yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi menjalankan proses perekodan. Antaranya ialah senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan dan sebagainya. i) Senarai Semak Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan MBK dari aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan tahap keupayaan. Senarai item tersebut menentukan: a) Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan b) Kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku c) Sesuatu tingkah laku telah berlaku Jadual 18: Contoh Senarai Semak bagi MBK Senarai Semak: Mengenal Kekunci Mesin Braille Nama Murid: Adam Farris Umur : 6 tahun Tarikh / Masa: 15.4.2017 / 9.00 pagi Kelas: Prasekolah Bestari Kategori: B1 Kemahiran Ya Tidak Catatan Mengenal kekunci titik Mesin Braille √ Mengetahui kedudukan kekunci titik 1, 2, 3 √ Mengetahui kedudukan kekunci titik 4, 5, 6 √ Keliru dengan kedudukan kekunci titik Mengenal kedudukan bar ruang √ Mengenal kedudukan penjarak baris √ Masih belum mengenal pasti kedudukan penjarak Mengenal kedudukan pengundur baris dan pengundur ruang ruang √


118 ii) Skala Kadar Skala kadar menunjukkan darjah kemajuan pencapaian MBK. Skala boleh digambarkan secara angka atau gred. Semasa merancang guru perlu menentukan: a) Tajuk b) Kemahiran /tingkah laku/ aktiviti dinyatakan dengan jelas c) Penerangan skala d) Pemerhatian secara individu, kelas atau kumpulan Jadual 19: Contoh Skala Kadar bagi MBK Skala Kadar: Kemahiran Membaca Nama Murid: Siti Khadijah Umur: 5 tahun Kelas: Prasekolah Bestari Pemerhati: Puan Nurul Hafizah Arahan: Sila nyatakan tarikh dan tandakan √ dalam ruangan yang sesuai Kemahiran Skala Catatan 1 2 3 Boleh mengecam semua huruf 15/1 √ 12/2 √ Dapat mengecam setelah mengikuti latihan pada setiap hari Boleh mengisyaratkan semua huruf dan suku kata terbuka 7/3 √ 13/4 √ Boleh mengisyaratkan suku kata terbuka (kv) dan membina perkataan mudah 23/4 √ Skala: 1 – belum menguasai atau menguasai sebahagian kecil 2 – sedang menguasai atau menguasai 50 % kemahiran 3 – telah menguasai atau menguasai sebahagian besar


119 iii) Rekod Anekdot Rekod anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku MBK yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkah laku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap MBK secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif tentang perkara yang berlaku selepas pemerhatian dilaksanakan. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain Jadual 20: Contoh Rekod Anekdot Rekod Anekdot Murid: Nur Farhana binti Ali Umur: 5 tahun Tarikh / Masa: 15.1.2018 / 10.00 pagi Kelas: Prasekolah Cahaya Guru: Pn. Rohaya binti Ismail Pemerhatian Ulasan Apabila guru memasang radio untuk PdP kreativiti dan estetika, tiba-tiba Nur Farhana menutup telinga dengan kedua-dua belah tangan sambil menjerit. Nur Farhana kemudiannya mengamuk dan menggigit diri sendiri apabila guru cuba memujuknya tetapi tidak berjaya. Kemudian, guru menutup radio barulah Nur Farhana menghentikan tingkah laku tersebut. Nur Farhana seorang autisme dan tidak suka suasana bising. Apabila guru memasang radio Nur Farhana akan mula memberontak. Guru terpaksa menutup radio untuk menghentikan tingkah laku tersebut.


120 iv) Rekod Berterusan Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita naratif untuk individu atau kumpulan MBK semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan perkara yang ditutur oleh MBK akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian biasanya dilaksanakan dalam tempoh lima hingga sepuluh minit. Berbeza dengan rekod anekdot, pemerhatian ini dirancang (masa, tempat, situasi dan tingkah laku) oleh pemerhati. Jadual 21: Contoh Rekod Berterusan Murid: Aariz bin Ayob Umur: 5 tahun Tarikh/ Masa: 15.01.2018 / 9.00 – 10.05 pagi Kelas: Prasekolah Bestari Guru: Pn. Rohaya binti Ismail Pemerhatian Ulasan Semasa aktiviti bermain bongkah, Aariz kelihatan tidak selesa. Dia menggigit bongkah. Kemudian Cikgu menegur, “Aariz, tak elok gigit bongkah.” sambil cikgu mengambil bongkah tersebut dari tangan Aariz. Tetapi, Aariz masih lagi menggigit bongkah tersebut. Cikgu pun bertanya, “Aariz lapar ke? Nak makan ke?” Aariz segera bangun dan memberi isyarat tangan untuk membawanya ke ruang makan. Aariz berkomunikasi secara gerak laku dengan menunjukkan reaksi lapar iaitu menggigit bongkah. Ini menunjukkan Aariz mempunyai masalah pertuturan iaitu kelewatan bertutur speech delay. Perlakuan Aariz menunjukkan yang Aariz masih belum boleh mengikut rutin kelas iaitu waktu makan pada masa yang telah ditetapkan. v) Persampelan Masa Persampelan masa ialah satu kaedah pengumpulan data yang merekodkan bilangan tingkah laku tertentu telah diperhatikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pemerhati merekod kekerapan sesuatu tingkah laku berlaku dalam satu jangka masa yang ditetapkan.


121 Persampelan masa digunakan untuk mendapatkan pemahaman tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan. Untuk memastikan maklumat yang dikumpul merupakan perwakilan tepat, data dikumpul untuk banyak selangan masa (interval). Guru boleh melaksanakan persampelan masa dengan cara berikut: i) Menetapkan perincian tingkah laku yang boleh diperhati. ii) Memerhati tingkah laku yang ditetapkan terhadap seseorang individu atau kumpulan. iii) Merekod kekerapan sesuatu tingkah laku berlaku dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Jadual 22: Contoh Persampelan Masa Rekod Persampelan Masa Tingkah Laku: Pergi ke tandas Murid: Azahar bin Mohd Umur: 5 tahun Tarikh/ Tempoh Masa: 15.03.2018 / 2 jam Kelas: Prasekolah Bestari Selang Masa (Interval): 15 minit Guru: Pn. Suhaila binti Musa Arahan : Tandakan √ ( satu √ bermaksud satu tingkah laku) Masa: 9.00 - 11.00 pagi Bilangan Selang Masa Jumlah tingkah laku diperhatikan 1 2 3 4 5 6 7 8 √ √ √ √ √ 5 vi) Persampelan Peristiwa Persampelan peristiwa memberi tumpuan kepada peristiwa tertentu untuk memerhati corak tingkah laku MBK dalam tempoh masa beberapa hari atau minggu. Sebagai contoh untuk mengetahui perkara yang menimbulkan tantrums MBK atau cara MBK bertindak balas apabila menunjukkan perlakuan agresif di kelas prasekolah.


122 Persampelan peristiwa adalah cara yang berguna untuk mengesan jika MBK mempunyai masalah tingkah laku yang memerlukan bantuan atau rujukan kepada profesional. Persampelan peristiwa membantu untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada perubahan tingkah laku MBK, contohnya untuk mengetahui punca MBK bertindak agresif. Guru boleh menggunakan persampelan peristiwa untuk membuat catatan sama ada MBK itu diganggu, atau peristiwa itu berlaku pada masa-masa tertentu atau berapa lama tingkah laku tersebut berlaku. Guru boleh menggunakan persampelan peristiwa sebagai rujukan untuk mendapatkan bantuan daripada terapi cara kerja. Guru boleh melaksanakan persampelan peristiwa dengan cara berikut: i) Memerhati perlakuan yang dipilih dan merekod peristiwa yang berlaku. ii) Mencatatkan kejadian yang menyebabkan sesuatu perlakuan atau kekerapan perlakuan terjadi. iii) Menentukan keadaan yang menyebabkan sesuatu perlakuan dapat ditentukan. Jadual 23: Contoh Persampelan Peristiwa Rekod Persampelan Peristiwa Perkara: Memerhati tingkah laku Mei Lin (6 tahun) Guru: Pn. Rohaya binti Ismail Kelas: Prasekolah Bestari Tarikh / Hari Masa Sebelum Tingkah Laku Tingkah Laku Selepas Tingkah Laku 06/02/2018 (Selasa) 8.20 pagi Mei Lin merengek dan mendengus dengan nada yang kuat. Mei Lin mengetuk botol air di atas meja beberapa kali. Mei Lin terus ke sudut manipulatif. 07/02/2018 (Rabu) 8.45 pagi Mei Lin menumbuk meja dan menggoyangkan kerusi. Mei Lin mengetuk botol air di atas meja beberapa kali. Mei Lin terus ke sudut manipulatif.


123 7.3.5 Menganalisis Data Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan, persampelan masa dan persampelan peristiwa perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai MBK. Selain daripada itu, hasil kerja MBK juga perlu dianalisis untuk mendapatkan rumusan berkaitan perkembangan mereka. Gambar 4: Contoh Hasil Kerja yang telah Dianalisis Analisis guru: Rayyan sudah boleh mengisyaratkan - Cicak - Gajah - Ayam - Badak sumbu Analisis guru: Anisya sudah boleh mengira nombor dan memadankan dengan bilangannya.


124 7.3.6 Melapor Melapor ialah proses menyampaikan maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian MBK kepada pihak berkepentingan seperti ibu bapa, pentadbir dan lain-lain. Guru boleh melapor perkembangan MBK dengan cara berikut: i) Dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan tindakan susulan diambil. ii) Dibuat secara telus dan menyeluruh merangkumi aspek pengetahuan, penguasaan kemahiran, amalan nilai, potensi dan keterampilan diri MBK. 7.4 Portfolio Portfolio ialah satu himpunan evidens atau keterangan yang mengandungi maklumat berkaitan perkembangan dan kemajuan MBK dalam jangka masa yang ditetapkan. Portfolio boleh diwujudkan dalam pelbagai medium seperti kotak, fail, album, bahan sofcopy dan lain-lain. Portfolio boleh mengandungi hasil kerja MBK yang unik dan menunjukkan kemajuan serta pencapaian seperti berikut: i) Rekod Pelaporan Perkembangan MBK Rekod Peribadi Rekod Perkembangan dan Kemajuan MBK ii) Gambar pelaksanaan aktiviti Gambar MBK menyiapkan tugasan Hasil kerja di pusat pembelajaran yang bukan dalam bentuk kekal (aktiviti membuat doh, membina lego atau eksperimen) iii) Hasil Kerja MBK Lembaran kerja Hasil kerja seperti lukisan Nota: Semua hasil kerja MBK perlu dianalisis


125 iv) Bahan audio dan video Audio dan video di mana MBK bercerita, membaca sajak, berkomunikasi, menyelesaikan tugasan dan semasa bermain. Nota: MBK juga digalakkan untuk memilih hasil kerja yang ingin mereka masukkan dalam portfolio. 7.5 Rumusan Pentaksiran adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu diljalankan oleh guru untuk membantu MBK mempertingkatkan atau memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari. Pentaksiran juga membantu guru memperbaiki PdP sekiranya pengajaran kurang berkesan dan bermanafaat kepada MBK. Guru juga boleh menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran bagi merekod tahap perkembangan MBK untuk dilaporkan kepada ibu bapa, pihak sekolah dan pihak berkepentingan.


127 1. Jamila K.A. Mohamed (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Selangor. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Buku Panduan Khas Kod Amali. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas. 3. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Buku Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran Kod Braille Bahasa Melayu. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas. 4. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Buku Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Orientasi & Mobiliti. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas. 5. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya. 6. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). DSKP Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Masalah Pembelajaran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. 7. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). DSKP Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Ketidakupayaan Pendengaran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. 8. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). DSKP Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Masalah Penglihatan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. 9. Mohd. Sharani Ahmad (2004). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd 10. Sheila Devaraj & Samsilah Roslan (2006). Apa itu Disleksia? Panduan untuk Ibu Bapa & Guru. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. RUJUKAN


128 1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Garis Panduan Pembinaan Grafik Taktil. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas. 3. Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Modul Latihan Cubarithm dan Slate & Stylus. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas. 4. Kementerian Kesihatan Malaysia (2016). Pengenalan Enam Siri Manual Pengendalian Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga 5. Kementerian Kesihatan Malaysia (2016). Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Motor Kasar. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. 6. Kementerian Kesihatan Malaysia (2016). Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Motor Halus. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. 7. Kementerian Kesihatan Malaysia (2016). Manual Pengendalian Aktiviti Kehidupan Harian. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. 8. Kementerian Kesihatan Malaysia (2016). Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. 9. Kementerian Kesihatan Malaysia (2016). Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Tingkahlaku dan Sosial. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. 10.Kementerian Kesihatan Malaysia (2016). Manual Pengendalian Kanak-Kanak Bermasalah Penglihatan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. RUJUKAN TAMBAHAN GURU


129 1. Dr.Madinah binti Mohd Yusof IPGK Pendidikan Ilmu Khas 2. Dr.Masitah binti Taib IPGK Pendidikan Ilmu Khas 3. Mageswari a/p Marie IPGK Bahasa Melayu 4. Zainal Abidin bin Nasir IPGK Pendidikan Ilmu Khas 5. Norhayati binti Othman Bahagian Pendidikan Khas 6. Juliza Adira binti Mohd@ Ariffin Bahagian Pendidikan Khas 7. Alya Qasdiana Ng Ai Lee Bahagian Pendidikan Khas 8. Zuhairah binti Muhammad Bahagian Pendidikan Khas 9. Noratiqah binti Jumien SK (L) Jalan Batu, Kuala Lumpur 10. Marzian binti Mahat SK Bandar Baru Seri Petaling (1) 11. Arnida binti Ayob SK Desa Tasik 12. Munirah bte Ali@Abu Bakar SK Pendidikan Khas Jln Batu (B) 13. Nurul Hafiza binti Liza SK Pendidikan Khas Jln Batu (B) 14. Rosnani binti Mohammad Piddin SK Pendidikan Khas Kg Baharu 15. Naizatul Akmal binti Mat Rahim SK Pendidikan Khas Selangor 16. Mohd Alhafiz Bin Omar SK Pendidikan Khas Jln Peel (P) 17. Marzian binti Mahat SK Bandar Baru Seri Petaling 18. Noorazura binti Zainal Abiddin SKPK Seremban Turut Menyumbang: 1. Norashikin binti Hashim Bahagian Pembangunan Kurikulum 2. Aida Farzlina binti Rosly Bahagian Pembangunan Kurikulum 3. Mohd Hafiz bin Baharom Bahagian Pembangunan Kurikulum 4. Syaiful Azam Khoo Abdullah Bahagian Pembangunan Kurikulum 5. Regina Joseph Cyril Bahagian Pembangunan Kurikulum 6. Mohd. Hariz bin Che Hamid Bahagian Pembangunan Kurikulum 7. Nor Amilia binti Amerudin Bahagian Pembangunan Kurikulum 8. Kogila a/p Pelanisamy Bahagian Pembangunan Kurikulum 9. Rohani binti Abdul Bahagian Pembangunan Kurikulum 10. Rusni binti Che Adnan Bahagian Pembangunan Kurikulum PANEL PENULIS


Click to View FlipBook Version