39 xi) Mengubah suai bahan bantu belajar mengikut keperluan MBK, seperti tulisan yang lebih besar atau warna yang lebih terang untuk MBK rabun dan grafik taktil serta bahan braille untuk MBK buta. xii) Menggalakkan MBK untuk mengoptimumkan penggunaan sisa penglihatan dengan berkesan. xiii) Mewujudkan pembimbing rakan sebaya untuk membantu pembelajaran MBK. xiv) Memberi masa tambahan kepada MBK kerana mereka memerlukan masa yang lebih untuk memproses maklumat dan menyiapkan tugasan. xv) Melatih MBK menggunakan peralatan TMK untuk membolehkan mereka belajar mengikut tahap masing-masing di samping meningkatkan keyakinan diri. 3.2.6 Kemahiran Asas MBK Ketidakupayaan Penglihatan Murid B1 perlu menguasai kemahiran prabraille dan kemahiran Orientasi dan Mobiliti (O&M) sebelum mengikuti PdP. Penguasaan kemahiran tersebut juga diperlukan oleh Murid B2 dan B3 yang berkemungkinan kehilangan deria penglihatan pada masa akan datang. i) Kemahiran Prabraille Kemahiran prabraille menyediakan latihan motor halus pada bahagian tangan bertujuan untuk meningkatkan kepekaan deria sentuh. Latihan ini dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan MBK dengan menggunakan kod braille sebagai medium tulisan. Kemahiran prabraille ini dapat membantu MBK untuk: mengenal pasti pelbagai tekstur objek mengesan kedudukan titik braille dan garisan dalam meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran melalui deria sentuh dan deria rasa memperkembang konsep kendiri yang positif membina keyakinan diri Secara umum, kemahiran prabraille memberi penekanan kepada kemahiran berikut:
40 a) Kemahiran Motor Halus Proses PdP kemahiran prabraille dilaksanakan secara berperingkat dan mengamalkan pendekatan pelbagai sensori. Aktiviti pengukuhan dan pengayaan yang bersesuaian amat digalakkan supaya MBK dapat menguasai kemahiran prabraille sebelum diperkenalkan literasi braille dalam proses PdP yang seterusnya. Pelaksanaan kemahiran prabraille adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 3: Rajah 3: Proses Pembelajaran dan Pengajaran Kemahiran Prabraille *Sila rujuk Garis Panduan Penggunaan Senarai Semak Kemahiran Prabraille (Bahagian Pendidikan Khas, 2017) b) Bacaan Awal Literasi Kanak-kanak (tulisan bercetak/ braille) Pada peringkat prasekolah, selain menguasai kemahiran prabraille, MBK akan diperkenalkan Literasi Braille. Secara umumnya, Literasi Braille terbahagi kepada dua tahap penguasaan iaitu Braille Tahap 1 dikenali sebagai Alphabetic Braille dan Braille Tahap 2 dikenali sebagai contraction iaitu proses penggunaan singkatan dan pemendekan perkataan berdasarkan tatacara yang ditetapkan dalam Buku Kod Braille. Bacaan Awal Literasi Braille Persepsi Sentuhan dan Kemahiran Mengesan Titik-titik Braille Menjejak (Tracking) Light Touch Kekuatan Tangan dan Jari Pergerakan Mengikut/ Melawan Arah Jam Biliteral Hand Use Kemahiran Motor Halus untuk Ibu Jari dan Jari Tangan Kemahiran Motor Halus untuk Tapak
41 Penguasaan Literasi Braille Tahap 1 membolehkan MBK mempelajari 26 huruf abjad dalam tulisan rumi yang dikodkan dalam sistem tulisan braille. Literasi Braille Tahap 1 perlu dikuasai oleh MBK. Manakala, Literasi Braille Tahap 2 akan diperkenalkan dalam mata pelajaran Kemahiran Asas Murid Ketidakupayaan Penglihatan di Tahun 2. Rajah 4 menunjukkan proses PdP Literasi Braille Tahap 1 seperti berikut: Rajah 4: Proses Pengajaran dan Pembelajaran Literasi Braille Tahap 1 3.2.7 Kemahiran Orientasi dan Mobiliti Kemahiran orientasi diperlukan oleh MBK untuk mengesan dan memahami konsep ruangan dan lokasi. Kemahiran mobiliti pula diperlukan oleh MBK untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan atau tanpa pemandu celik (sighted guide). Pada peringkat prasekolah, antara kemahiran O&M yang perlu dikuasai oleh MBK ialah: Literasi Braille Tahap 2 Menyalin Perkataan/Frasa/Ayat Mudah dalam Kod Braille dengan Betul Membaca dan Memahami Perkataan dengan Suku Kata Terbuka dan Tertutup Teknik Membaca Tulisan Braille (Membaca perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup) Pengenalan Titik Braille Nombor Pengenalan Titik Braille Abjad Pengenalan Asas Titik Braille Pengenalan kepada Peralatan Asas bagi Penulisan Braille
42 i) Perkembangan Konsep dan Latihan Deria ii) Pengurusan Kehidupan iii) Kemahiran Pratongkat Guru perlu memastikan MBK menguasai kemahiran O&M seperti Rajah 5 di bawah: Rajah 5: Proses Penguasaan Kemahiran Orientasi & Mobiliti *Sila rujuk Garis Panduan Senarai Semak Kemahiran Orientasi dan Mobiliti, (Bahagian Pendidikan Khas, 2017) 3.3 MBK Ketidakupayaan Pendengaran MBK Ketidakupayaan Pendengaran menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Ketidakupayaan pendengaran berlaku apabila deria pendengaran seseorang terganggu atau terhalang daripada menerima atau mengamati sesuatu bunyi, perbualan atau bisikan orang lain. Ini menyebabkan MBK tidak dapat mendengar dan mengenal bunyi bahasa serta menghayati pemikiran serta budaya melalui bahasa. 3.3.1 Jenis dan Punca Ketidakupayaan Pendengaran Ketidakupayaan pendengaran dibahagikan kepada tiga jenis yang utama berdasarkan punca yang telah dikenal pasti iaitu jenis konduktif, jenis sensori neural dan jenis campuran. Jenis masalah pendengaran ini ditunjukkan seperti Gambar 1 berikut: Tongkat Putih Kemahiran Asas Pratongkat Keperluan Orientasi dan Mobiliti (O&M) Perkembangan Konsep dan Latihan Deria
43 Gambar 1: Jenis Masalah Pendengaran Jenis dan punca masalah pendengaran yang berlaku kepada MBK ketidakupayaan pendengaran adalah seperti berikut: i) Masalah pendengaran konduktif (kurang pendengaran) Masalah pendengaran konduktif merupakan satu keadaan apabila getaran bunyi terhalang atau terganggu daripada memasuki telinga tengah. Kehilangan pendengaran ini kebiasaannya melibatkan pengurangan bunyi atau kemampuan untuk mendengar bunyi-bunyi yang jelas. Halangan dan gangguan ini berlaku disebabkan beberapa faktor utama seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9. Jadual 9: Jenis-Jenis Halangan dan Gangguan Pendengaran Bahagian Telinga Punca Kepekakan Telinga Luar Ketidaksempurnaan cuping telinga Ketidaksempurnaan saluran auditori luar Bendasing dalam saluran Otitis externa di luar telinga Ketumbuhan di saluran auditori luar Tahi telinga yang banyak Telinga Dalam Telinga Tengah Telinga Luar Konduktif Sensori Nueral Campuran
44 Bahagian Telinga Punca Kepekakan Telinga Dalam Bengkak di gegendang telinga Penebalan gegendang telinga Otitis media di telinga tengah Ketumbuhan di telinga tengah Otosklerosis Ketidaksempurnaan tetulang ii) Masalah pendengaran sensori neural (pekak) Masalah pendengaran sensori neural terjadi akibat berlakunya keterencatan di bahagian telinga dalam iaitu koklea atau saraf yang menghubungkan telinga dalam ke otak. Ini menyebabkan gelombang getaran gagal ditafsir oleh otak, maka pendengaran langsung tidak boleh mengesan bunyi-bunyian. Masalah pendengaran ini disebabkan beberapa faktor utama seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 10. Jadual 10: Punca Kepekakan Sensori Neural Bahagian Telinga Punca Kepekakan Telinga Dalam Penyakit atau virus Kecacatan dari lahir Penggunaan ubat yang tidak betul Masalah genetik Pendedahan terus kepada bunyi yang terlalu kuat Kemalangan yang mengakibatkan hentakan kuat di bahagian kepala Peningkatan umur Ketumbuhan iii) Masalah pendengaran bercampur Masalah pendengaran bercampur adalah kombinasi masalah pendengaran konduktif dan sensori-neural yang terjadi di telinga yang sama. Ini juga
45 bermaksud seseorang itu mengalami kerosakan pada kedua-dua anatomi telinga luar dan telinga dalam atau saraf auditori. Secara umumnya ketidakdakupayaan pendengaran boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut: sejarah keluarga jangkitan sebelum lahir kecacatan anatomi kepala dan leher berat badan semasa lahir kurang daripada 1.5 kg penyakit yang teruk disebabkan selaput di otak dan tulang belakang kekurangan oksigen ketika lahir jangkitan kuman rubella atau beguk demam panas trauma akibat hentakan, pembedahan atau penggunaan forsep ketika lahir terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat kesan penyalahgunaan dadah 3.3.2 Tahap Ukuran Pendengaran MBK ketidakupayaan pendengaran dikategorikan mengikut tahap kehilangan pendengaran mereka. Ukuran kehilangan pendengaran ditentukan mengikut keupayaan individu mendengar kekuatan bunyi dan diukur mengikut unit desibel (dB). The Royal National Institute for the Deaf menyatakan bahawa kehilangan pendengaran dapat diklasifikasikan mengikut tahap bunyi (dalam dB) paling rendah yang boleh didengar oleh seseorang individu. Setiap tahap kehilangan pendengaran akan memberi kesan yang berbeza terhadap kemampuan auditori atau pendengaran seseorang individu tersebut. Jadual 11 di bawah menunjukkan tahap kehilangan pendengaran dan kesannya terhadap kemampuan auditori MBK.
46 Jadual 11: Tahap Kehilangan Pendengaran Kehilangan Pendengaran (dB) Darjah Kepekakan Kesan 0 – 20 dB Normal boleh mendengar bunyi pertuturan 21 – 40 dB Rendah (Mild) sedikit masalah pendengaran, hanya ada masalah mendengar bunyi yang perlahan 41 – 70 dB Sederhana (Moderate) boleh mendengar jarak 1-1.5 meter dan dapat dibantu dengan menggunakan alat bantu dengar 71 – 90 dB Teruk (Severe) mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja >91 dB Sangat Teruk (Profound) hanya dapat mendengar bunyi yang kuat dan memerlukan alat bantu dengar Sumber: The Royal National Institute for the Deaf 3.3.3 Ciri-ciri dan Perkembangan MBK Ketidakupayaan Pendengaran Kehilangan pendengaran bukan sekadar melibatkan telinga tetapi juga fungsi otak. Pendengaran merupakan arahan pertama untuk memperkembang kemahiran komunikasi dan literasi. Kesan akibat kehilangan pendengaran yang dihadapi oleh MBK adalah seperti dalam Jadual 12: Jadual 12: Kesan Kehilangan Pendengaran Aspek Perkembangan Ciri-ciri Bahasa dan Komunikasi mengalami masalah perkembangan bahasa tidak dapat melahirkan atau menyatakan pengalaman secara nyata dengan bahasa isyarat mengalami masalah bahasa reseptif dan ekspresif sukar untuk menguasai bahasa
47 Aspek Perkembangan Ciri-ciri lemah dalam pertuturan, bacaan, kefahaman dan penulisan Intelek mempunyai keupayaan kognitif yang sama seperti murid normal pencapaian akademik lebih rendah berbanding murid normal tahap pengetahuan dan kefahaman mengenai persekitaran agak terhad Psikomotor keseimbangan dan daya koordinasi terjejas khususnya bagi MBK yang mengalami masalah pendengaran sensori neural Emosi dan Sosial kesukaran berkomunikasi sehingga mengakibatkan berlakunya kesukaran dari aspek sosial dan tingkah laku masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran menunjukkan tingkah laku yang tidak berkembang, mementingkan diri sendiri, tidak dapat mengawal diri dan bersikap negatif. 3.3.4 Penggunaan Alat Bantu Dengar Alat bantu dengar merupakan sejenis alat elektronik yang berbentuk kecil dan digunakan untuk membantu pendengaran. Terdapat 4 jenis alat bantu dengar yang lazim digunakan oleh MBK ketidakupayaan pendengaran iaitu: i) Behind the ear (BTE) ii) In the canal (ITC) iii) In the ear (ITE) iv) Completely in the Canal (CIC) Fungsi alat bantu dengar adalah seperti berikut: i) Membantu menguatkan bunyi yang membolehkan pemahaman makna bunyi ii) Membantu MBK mengenal pasti dan membezakan bunyi yang didengar iii) Menunjukkan kepada MBK punca bunyi
48 3.3.5 Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah untuk MBK ketidakupayaan pendengaran lebih berfokuskan kepada persekitaran bilik darjah yang dapat memenuhi keperluan MBK dalam pertuturan atau penggunaan bahasa isyarat. Pengurusan bilik darjah ini juga penting supaya MBK ketidakupayaan pendengaran dapat mengikuti PdP dalam suasana yang selesa dan kondusif. Pengurusan bilik darjah ini bertujuan untuk: Mewujudkan suasana yang menggalakkan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menggalakkan penyediaan bilik darjah yang bersesuaian dengan keperluan MBK. Memudahkan pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan hal ehwal MBK. Menarik minat MBK untuk belajar. i) Kedudukan MBK Kedudukan MBK ketidakupayaan pendengaran di dalam bilik darjah amat penting. Kedudukan MBK dari segi susunan dan posisi yang betul boleh membantu MBK mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan. Susunan kedudukan MBK dalam kelas yang betul, selesa dan sesuai bertujuan untuk membolehkan MBK melihat pergerakan mimik muka dan bibir semasa guru dan rakan sekelas bercakap serta mendengar suara guru dengan jelas. Selain itu, guru perlu menentukan kedudukan MBK tidak menghadap tingkap atau cahaya supaya tidak menyilau mata MBK untuk melihat wajah guru dan rakan sekelas. MBK yang menggunakan alat bantu dengar dicadang ditempatkan berhampiran dengan meja guru agar mereka dapat mendengar bunyi pertuturan guru dengan jelas. Semasa PdP, guru tidak digalakkan bercakap membelakangkan MBK atau menghadap papan tulis bagi memastikan MBK dapat melihat pergerakan bibir guru sepanjang proses PdP. ii) Meminimakan Bunyi Bising Terdapat beberapa cara atau langkah bagi mengurangkan bunyi latar belakang yang bising. Guru boleh mengurangkan bunyi bising dengan cara berikut:
49 Mengantungkan poster, papan buletin dan kalendar pada dinding kelas yang kosong. Meletakkan ambal atau tikar pada lantai bilik darjah bagi mengurangkan bunyi melantun. Mewujudkan sudut pembelajaran seperti sudut bahasa, matematik, kreativiti dan pertuturan. Menggunakan langsir atau bidai pada tingkap daripada bahan kedap bunyi. iii) Susunan Meja MBK Kedudukan MBK di kelas perlu dirancang supaya mereka boleh melihat guru dengan jelas. Meja dan perabot juga perlu disusun dengan kemas supaya tidak menghalang pergerakan. Contoh susunan meja yang dicadangkan bagi MBK adalah mengikut bentuk ladam kuda seperti di Gambar 2: Gambar 2: Contoh Susunan Meja Kelas MBK Ketidakupayaan Pendengaran 3.3.6 Panduan guru Guru perlu peka dengan keperluan MBK ketidakupayaan pendengaran dan membuat perancangan bagi memastikan mereka dapat mengikuti PdP dengan berkesan. Panduan berikut dapat membantu guru mengurus MBK semasa melaksanakan PdP.
50 i) Menulis ungkapan atau perkataan pada papan tulis. Kiu penglihatan ini dapat memudahkan MBK mengikuti PdP. ii) Mengingatkan MBK untuk bercakap atau berisyarat mengikut giliran dan tidak bercakap semasa rakan bercakap. iii) Menggalakkan MBK mengangkat tangan untuk memberi respons. iv) Mengulangi maklumat sekiranya MBK kurang faham. v) Mengajukan arah kepada MBK yang akan bercakap supaya bersedia. vi) Mengulangi arahan atau soalan sekiranya MBK tidak dapat melihat muka guru atau rakan sekelas. vii) Mengelakkan penggunaan bahasa kiasan dalam PdP bahasa. viii) Mengelak daripada bercakap sambil berjalan kerana MBK tidak dapat mengesan arah bunyi yang datang. ix) Memberi masa untuk berehat antara sesi PdP kerana MBK mudah rasa penat disebabkan mereka banyak memberi tumpuan terhadap pendengaran, bacaan bibir dan pergerakan tangan. 3.3.7 Penguasaan Kosa Kata Bagi MBK Ketidakupayaan Pendengaran MBK ketidakupayaan pendengaran yang mengalami masalah pendengaran sejak lahir biasanya mengalami kekurangan penguasaan kosa kata. Ini disebabkan mereka tidak dapat mendengar perkataan yang dituturkan oleh orang lain. Kekurangan kosa kata pada peringkat awal menyebabkan MBK gagal berinteraksi dengan berkesan. Oleh itu, pada peringkat prasekolah MBK perlu didedahkan dengan sebanyak mungkin kosa kata bagi membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya. MBK perlu dibimbing dalam mempelajari kosa kata menggunakan medium penguasaan kosa kata seperti berikut: i) Kod Isyarat Kod isyarat merupakan medium utama bagi MBK berkomunikasi. Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) atau Bahasa Isyarat Melayu (BIM) boleh digunakan bagi memperkenalkan kosa kata Bahasa Melayu. Sign Exact English atau American Sign Language (ASL) pula digunakan bagi memperkenalkan kosa kata Bahasa
51 Inggeris. Namun demikian, guru harus menggalakkan MBK yang mempunyai sisa pendengaran untuk bertutur dan bukan menggunakan kod isyarat sebagai medium penghantaran maklumat sepenuhnya. ii) Bahan Maujud Bahan maujud perlu digunakan dengan meluas dalam membantu MBK menguasai kosa kata kerana bahan ini mudah didapati sekeliling mereka. Bahan maujud dapat memberi pengalaman pembelajaran yang berkesan kepada MBK dalam menambahkan kosa kata serta memahami maksudnya. Selain itu, guru boleh menggunakan bahan maujud bagi membantu MBK memahami kandungan pelajaran. iii) Gambar Guru dicadang menggunakan gambar yang besar dengan warna realisitk bagi memberi gambaran yang sebenar tentang kosa kata yang hendak diajar. iv) Perkataan Guru perlu memperkenalkan perkataan baharu dan perkataan sama erti serta maksudnya kepada MBK. Sebagai contoh, dalam memperkenalkan perkataan alamat kepada MBK, guru boleh menjelaskan perkataan lain yang membawa maksud alamat seperti tempat tinggal, nama jalan, nombor rumah dan sebagainya. Guru juga perlu memberi pemahaman yang jelas kepada perkataan yang mempunyai pelbagai maksud agar MBK tidak keliru. Contohnya semak yang membawa maksud semak samun atau semak buku latihan. v) Ejaan Guru juga perlu memperkenalkan ejaan perkataan kepada MBK. Pastikan MBK mengeja perkataan dengan betul. vi) Ayat Guru perlu melatih MBK membina ayat mudah menggunakan perkataan yang telah dipelajari.
52 vii) Video Video yang digunakan harus mempunyai visual dan audio yang jelas serta mempunyai sari kata. Ini boleh memudahkan pemahaman MBK tentang kandungan video. Bagi memastikan MBK menguasai setiap kosa kata yang diajar, guru perlu menyediakan senarai semak bagi menguji penguasaan kosa kata mereka. Guru boleh merujuk contoh senarai semak kosa kata Bahasa Melayu untuk murid prasekolah seperti di Jadual 13. Jadual 13: Senarai Semak Kosa Kata Bahasa Melayu Nama Murid: __________________ Nama Guru:___________________ Kelas: _______________________ Bulan: _______________________ Tema: Anggota Badan Tuliskan tarikh pemerhatian dalam ruangan yang disediakan. Bil Kata dasar Mengecam kod Mengecam perkataan Mengeja perkataan 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1. mata 2. dagu 3. dahi 4. pipi 5. gigi 6. muka
53 3.3.8 Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran berkomunikasi sangat penting dikuasai oleh MBK bagi membolehkan mereka mengikuti PdP dan berinteraksi dengan orang lain. Tidak seperti murid normal, MBK perlu menguasai komunikasi seluruh, Kod Tangan Bahasa Melayu, Bahasa Isyarat Malaysia, Prinsip Ejaan Jari, Bacaan Bibir dan Bertutur. i) Komunikasi Seluruh Konsep komunikasi seluruh perlu diterapkan dalam PdP bagi MBK. Semua medium dalam komunikasi iaitu isyarat tangan, ejaan jari, bacaan bibir, gerak tubuh, ekspresi muka dan suara serta sisa pendengaran digunakan dalam konsep komunikasi seluruh ini. Bahasa isyarat yang merupakan komponen penting dalam komunikasi seluruh menggunakan bentuk tangan, ekspresi wajah, pergerakan dan bahasa tubuh sebagai medium untuk berkomunikasi. Dalam penghasilan isyarat, elemen yang perlu diberi perhatian ialah bentuk, lokasi dan pergerakan tangan, orientasi tapak tangan serta ekspresi muka. Semasa isyarat digunakan, guru perlu menyebut setiap perkataan yang diisyaratkan berserta dengan ekspresi muka dan pelbagai cara lain yang disepadukan secara serentak. ii) Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) KTBM merupakan kod isyarat yang digubal menurut asas dan tatabahasa serta prinsip Bahasa Melayu. MBK boleh menterjemahkan KTBM dalam penulisan kerana kod ini selari dengan struktur dan semantik Bahasa Melayu. iii) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) BIM ialah bahasa tulen yang digunakan secara meluas oleh Orang Pekak Malaysia (OPM). BIM digunakan di dalam dan luar bilik darjah yang memudahkan proses PdP bagi membantu MBK memahami kod-kod KTBM. iv) Prinsip Ejaan Jari Ejaan Jari (Finger Spelling) adalah penting dalam komunikasi MBK untuk mengeja kata nama khas dan mengeja perkataan yang tiada kod tangan. Pengejaan jari memerlukan penguasaan abjad kerana setiap kosa kata yang
54 hendak diperkatakan perlu dieja dengan betul dan cekap bagi memastikan komunikasi berkesan. v) Bacaan Bibir Bacaan bibir dikenali sebagai lip reading/ speech reading. Kaedah ini mengkehendaki MBK sentiasa melihat gerak bibir guru. Guru perlu memastikan terdapat pencahayaan yang baik dan berada dalam posisi yang strategik bagi membolehkan MBK melihat pergerakan bibirnya. vi) Bertutur Bagi MBK yang mempunyai sisa pendengaran, ujian diadakan untuk menentukan tahap kehilangan pendengaran dan menentukan saki baki pendengaran. Setelah itu kemahiran mendiskriminasi bunyi seperti kemahiran mendengar bunyi, mengesan dan mengarah, mengajuk, mengenal serta membezakan bunyi diajar kepada MBK. Guru boleh menggunakan kaedah Auditori Oral untuk mengajar MBK kemahiran mendengar dan bertutur. 3.4 Rumusan Pengurusan MBK pelbagai kategori perlu mengambil kira aspek domain perkembangan seperti yang dijelaskan dalam Unit 1. Dalam membantu MBK untuk mempertingkatkan kesediaan dan keupayaan untuk mengikuti kurikulum, guru prasekolah perlu memberi perhatian dalam memahami ciri MBK dan membuat pelbagai penyesuaian dan akomodasi berasaskan kepada ketidakupayaan mereka.
57 Dalam proses PdP, guru boleh mengubah suai aktiviti pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Peraturan Pendidikan Khas 2013), iaitu: Peraturan 8 (1) (c) “seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada: (i) kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran; (ii) masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti; (iii) susunan aktiviti; dan (iv) bahan bantu mengajar” Peraturan 8 (2) “Apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1) (c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.” 4.1 Matlamat KSPK Pendidikan Khas KSPK Pendidikan Khas bertujuan memperkembang potensi MBK berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri MBK agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. KSPK Pendidikan Khas menyarankan agar guru mempelbagaikan strategi dan kaedah PdP mengikut keperluan dan keupayaan MBK. PdP merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan sesuatu objektif pelajaran yang dirancang. Strategi merupakan susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. PdP yang berkesan memerlukan guru memahami dan mengaplikasi teori perkembangan dan pembelajaran mengikut kesesuaian MBK. Elemen belajar sambil bermain, didik hibur dan unsur terapi perlu disepadukan dalam PdP. UNIT 4 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
58 Pelaksanaan PdP yang berkesan melibatkan empat fasa seperti dalam Rajah 6. Rajah 6: Proses Pengajaran dan Pembelajaran Guru memainkan peranan penting sebagai pemudahcara untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di samping memenuhi keperluan khas MBK. Penyediaan bahan PdP yang bersifat maujud dan konkrit dapat menggalakkan pembelajaran MBK, di samping memberi keyakinan kepada MBK untuk meneroka persekitaran mereka. Guru juga perlu membuat adaptasi dan modifikasi terhadap bahan sumber mengikut keperluan MBK supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang digariskan dalam KSPK Pendidikan Khas. MBK mempunyai keperluan pendidikan yang pelbagai, khususnya dari segi bahan bacaan, alatan permainan dan teknologi peralatan khas. Pada masa yang sama, guru perlu mengupayakan deria yang lain bagi mengoptimumkan kefungsian MBK untuk mengakses maklumat yang terdapat di persekitaran mereka. 4.2 Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Guru hendaklah merancang dan melaksanakan PdP berdasarkan strategi yang sesuai dengan objektif, kesediaan dan minat MBK serta mengikut keperluan semasa. Beberapa cadangan strategi PdP yang sesuai untuk MBK prasekolah pendidikan khas adalah pendekatan bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran masteri, pendekatan bersepadu, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran kontekstual dan pendekatan analisis tugasan. Cadangan strategi ini boleh diaplikasikan mengikut kesesuaian MBK. Perancangan Pelaksanaan Refleksi Tindakan Susulan
59 4.2.1 Pendekatan Bertema Pendekatan bertema merupakan satu strategi yang menggunakan tema bagi mewujudkan PdP yang aktif, menarik dan bermakna. Pemilihan tema mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan, masa, tempat, minat dan latar belakang MBK. Pendekatan bertema boleh dijalankan melalui pelbagai aktiviti dan merentasi semua tunjang dalam KSPK Pendidikan Khas. Pendekatan ini memberi peluang kepada MBK untuk meneroka, merasai sendiri pengalaman baharu dan menjana idea secara kritis dan kreatif melalui tema yang dipilih. Pemilihan tema perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: i) Bersesuaian dengan persekitaran MBK ii) Pemeringkatan kandungan daripada mudah ke susah, dekat ke jauh dan konkrit kepada abstrak Langkah-langkah dalam pelaksanaan pendekatan bertema adalah seperti berikut: a) Mengenal pasti tema yang sesuai seperti yang digambarkan dalam Rajah 7 Rajah 7: Web Tema Tema Diri Saya Buah-buahan Pakaian Sayursayuran Pekerjaan Perayaan di Malaysia Kenderaan Haiwan
60 b) Menjana idea berkaitan dengan tema dengan menggunakan bahan maujud c) Menghasilkan web tema d) Membuat sumbang saran tentang kandungan topik e) Mengenal pasti aktiviti berdasarkan tunjang dalam KSPK f) Menyediakan persekitaran kelas yang bersesuaian dengan tema serta mengambil kira aspek keselamatan dan keselesaan MBK untuk bergerak. 4.2.2 Belajar Melalui Bermain Bermain adalah fitrah atau tingkah laku semula jadi kanak-kanak. Semasa bermain mereka mula membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara semula jadi. Strategi belajar melalui bermain hendaklah dirancang supaya MBK dapat belajar dalam suasana yang bebas, selamat, menggembirakan dan bermakna. Strategi ini memberi peluang kepada MBK untuk meningkatkan perkembangan fizikal, sosial, emosi, kognitif dan bahasa ke tahap yang maksimum. 4.2.3 Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri ialah satu strategi PdP yang memberi keutamaan kepada penguasaan sesuatu perkara atau tajuk yang dipelajari dalam satu unit pembelajaran sebelum meneruskan pembelajaran ke unit seterusnya. MBK diberi peluang untuk berkembang mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Setiap MBK mampu belajar mengikut keupayaan masing-masing dan guru perlu merancang aktiviti susulan seperti pemulihan dan pengayaan untuk mengoptimumkan pembelajaran MBK. 4.2.4 Pendekatan Bersepadu Pendekatan ini memberi peluang untuk penerokaan mendalam dan menyeluruh tentang tajuk/tema yang melibatkan pembelajaran yang lebih aktif dan menyeronokkan. Pendekatan ini mampu meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti MBK serta memperkembang kemahiran berbahasa dan berkomunikasi. Kesepaduan yang boleh dilakukan ialah: i) kesepaduan antara komponen, kaedah dan teknik ii) kesepaduan dalam tunjang, kemahiran dan nilai
61 iii) kesepaduan aktiviti dalam dan di luar kelas iv) kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan MBK v) kesepaduan teori dan amali vi) pengalaman langsung and tidak langsung 4.2.5 Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Projek memudahkan MBK menguasai kemahiran dan membina konsep melalui sesuatu projek. Projek yang dipilih MBK adalah berdasarkan perbincangan dan bimbingan guru. Penekanan diberi kepada penyelidikan dan penerokaan yang berasaskan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kebolehan MBK mengikut keupayaan masing-masing. Proses pembelajaran ini juga melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan laporan. Projek dijalankan mengikuti tiga fasa berikut iaitu: Fasa 1: Permulaan Sesuatu topik dipilih oleh MBK setelah berbincang dengan guru. Guru membimbing MBK membina web jangkaan bersama dan MBK digalakkan membina soalan berdasarkan apa yang mereka ingin tahu. Aktiviti berfokus juga dijalankan bagi mencungkil idea saintifik MBK. Fasa 2: Perkembangan Mengkaji semula web jangkaan dan merancang aktiviti penyiasatan yang sesuai. MBK berkongsi tentang apa yang dipelajari melalui lakaran, binaan atau bercerita. MBK membina produk kajian dan menjalankan refleksi tentang apa yang telah dipelajari dan yang perlu dipelajari lagi. Fasa 3: Kesimpulan MBK membentangkan hasil projek melalui pelbagai kaedah seperti demonstrasi, bercerita, main peranan dan sebagainya. 4.2.6 Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual merupakan strategi yang menekankan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Kaedah pembelajaran ini menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian MBK. Guru digalakkan merancang PdP dengan memilih atau mewujudkan
62 persekitaran pembelajaran yang kondusif merangkumi pelbagai pengalaman yang dapat memberi manfaat kepada MBK dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi. 4.2.7 Pendekatan Analisis Tugasan Pendekatan ini menekankan proses aktiviti PdP yang kompleks dipecahkan kepada langkah-langkah yang ringkas supaya sesuatu kemahiran dapat dikuasai oleh MBK. PdP dijalankan mengikut urutan yang sesuai, langkah demi langkah sehingga MBK mencapai keseluruhan kemahiran yang disasarkan oleh guru. Guru harus cekap dalam menganalisiskan sesuatu tugasan supaya bersesuaian dengan tahap keupayaan MBK. 4.2.8 Pendekatan Picture Exchange Communication (PEC) PEC adalah satu pendekatan unik bagi membantu MBK berkomunikasi dengan orang lain melalui sistem komunikasi augmentatif. Sistem ini membolehkan MBK untuk membuat permintaan, memilih item-item dan menyatakan perasaan dengan menggunakan kad gambar sebagai pertukaran kepada komunikasi dalam kalangan MBK bermasalah pembelajaran. PEC dijalankan dalam enam fasa bermula dengan pemerolehan perbendaharan kata, struktur ayat mudah dan seterusnya menjawab soalan.
63 4.3 Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran MBK Masalah Pembelajaran 4.3.1 Contoh Pelaksanaan Pendekatan Bertema bagi MBK Masalah Pembelajaran a) Menjana idea berkaitan tema yang dipilih Rajah 8: Web Umum Tema Kenderaan b) Mengenal pasti aktiviti berdasarkan tunjang dalam KSPK Rajah 9: Web Khusus Tema Kenderaan Nama Jenis Saiz Lagu Adab Warna Nombor plat Corak tayar Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu Menamakan kenderaan Bahasa Inggeris Listen and respond to sounds of vehicles Tunjang Sains dan Teknologi Sains Awal Mengelas kenderaan mengikut bentuk dan saiz Matematik Awal Memadan kenderaan mengikut saiz Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Kreativiti dan Estetika Menyanyi lagu kenderaan Membina model kenderaan Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Adab naik kenderaan Tunjang Ketrampilan Diri Sosioemosi Menunjukkan sikap positif semasa menaiki kenderaan Tunjang Kemanusiaan Menamakan kenderaan pasukan penyelamat KENDERAAN KENDERAAN
64 c) Pelaksanaan aktiviti Bil Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK 1. Membina model kenderaan i) Menyediakan bahan (kotak ubat gigi, tutup botol minuman, kertas warna, gam, gunting, kertas pelekat berwarna). ii) Menggunting kertas warna mengikut saiz kotak ubat gigi. iii) Membalut kotak ubat gigi dengan kertas warna iv) Melekatkan tutup botol minuman pada kotak dengan menggunakan gam untuk menjadi tayar. v) Menampalkan kertas pelekat berwarna sebagai tingkap dan pintu. vi) Mempamerkan dan bercerita tentang hasil kerja. i) Guru duduk di sisi MBK, memberi arahan dan bersamasama membina model kenderaan. ii) Bahan dan peralatan disusun mengikut keutamaan. 2. Memadan kenderaan mengikut saiz i) Menyediakan model kenderaan darat pelbagai saiz. ii) Menamakan jenis model kenderaan yang telah disediakan. iii) Menerangkan konsep saiz setiap model kenderaan (kecil-besar). iv) Menyusun kenderaan dari kecil ke besar (kecil, sederhana, besar). v) Mengulangi aktiviti menggunakan konsep saiz pendek-panjang. i) Guru duduk di sisi MBK, memberi arahan dan menerangkan konsep saiz kenderaan. ii) Guru membimbing MBK menyusun model kenderaan mengikut seriasi.
65 4.3.2 Contoh Pelaksanaan Strategi Belajar Melalui Bermain bagi MBK Masalah Pembelajaran Bil Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK 1. Pancing Warna Kenderaan i) Menyediakan bahan seperti kad gambar kenderaan pelbagai warna, chopstick, tali, magnet, klip kertas, satu besen besar, 3 bekas plastik yang berwarna asas, plastik kecil, gunting. ii) Memotong tali 0.5 meter dan diikat pada chopstick. iii) Mengikat magnet dengan tali. iv) Mengenalkan warna asas kepada MBK. v) Mengepilkan klip kertas pada kad gambar berwarna dan meletakkan di dalam besen. vi) Menunjuk cara memancing kad gambar kenderaan menggunakan magnet yang bertali. vii) Memancing kad gambar kenderaan mengikut warna dan meletakkan di dalam bekas berwarna yang disediakan. i) Guru berdiri di sisi MBK, memberi arahan dan menunjuk cara memancing kad gambar kenderaan. ii) Guru membimbing MBK memancing kad gambar kenderaan mengikut warna. iii) Guru membimbing MBK menyebut warna kad gambar kenderaan yang dipancing. 4.3.3 Contoh Pelaksanaan Pendekatan PEC bagi MBK Masalah Pembelajaran Bil Fasa Pelaksanaan Pengurusan MBK 1. Fasa 1 i) Guru menyediakan beberapa objek di hadapan MBK. ii) Selepas MBK memilih objek yang dikehendaki. Guru akan memberi kad gambar objek tersebut kepada MBK. i) Guru membuat pemerhatian untuk mengenalpasti objek yang dipilih oleh MBK berulangkali. ii) Selepas murid memilih sesuatu objek berulangkali, guru akan mengeluarkan objek lain. *Fasa 1 PEC – fasa ini mengajar MBK untuk berkomunikasi dengan menggunakan objek dan kad gambar.
66 Bil Fasa Pelaksanaan Pengurusan MBK 2. Fasa 2 i) Guru meletakkan kad gambar di hadapan MBK. ii) MBK memilih gambar yang dikehendaki dan mencari guru untuk mendapatkan objek tersebut i) Guru akan berada berjauhan dari MBK. Apabila MBK memberi kad gambar kepada guru, guru akan memberi objek kepada MBK. *Fasa 2 PEC – fasa ini membolehkan MBK mencari objek yang dikehendaki di persekitaran mereka. 3. Fasa 3 i) Guru meletakkan kad gambar (dua atau lebih gambar) di hadapan MBK untuk membolehkan MBK memilih kad gambar. i) MBK memahami konsep memilih. ii) Guru boleh menyediakan kad gambar di papan felt/ring binder. *Fasa 3 – guru mengajar MBK untuk mendiskriminasi kad gambar bagi mengenalpasti kad yang diperlukan/di pilih oleh MBK. 4. Fasa 4 i) Guru mula mengajar struktur ayat mudah seperti “Saya mahu ____” dengan menggunakan kad gambar. i) Guru perlu menyediakan kad struktur ayat dan gambar bagi memboleh MBK membina ayat mudah. *Fasa 4 – guru mengajar struktur ayat mudah kepada MBK. 5. Fasa 5 i) Guru menyoal MBK: Apakah kamu mahu? MBK mengambil kad ayat dan gambar untuk menunjukkan apa yang dikehendaki. *Fasa 5 – membolehkan MBK memberi respon kepada soalan yang diajukan oleh guru. 6. Fasa 6 i) Guru menyoal murid dengan menggunakan soalan-soalan lain. Contoh soalan lain: Apakah kamu dengar? Apakah kamu lihat? *Fasa 6 – MBK dilatih untuk meberi respons kepada soalansoalan lain. Saya mahu
67 4.3.1 Contoh Pelaksanaan Pembelajaran Analisis Tugasan Bagi MBK Masalah Pembelajaran Bil Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK 1. Kemahiran membutang (aras tinggi) i) Memperkenalkan peralatan membutang kepada MBK. ii) Menunjuk cara membutang kain felt ke riben. iii) Membimbing MBK memegang butang di tangan kanan dengan ibu jari dan jari telunjuk. iv) Membimbing MBK memegang kain felt di tangan kiri dengan ibu jari dan jari telunjuk. v) Membimbing MBK meletakkan kain felt berlubang di atas butang. vi) Membimbing MBK membutang dengan menolak butang menggunakan ibu jari kanan masuk ke atas lubang kain felt. vii) Membimbing MBK menarik butang yang ditolak masuk ke dalam lubang dengan ibu jari dan jari telunjuk kiri. viii) Membimbing MBK melakukan latih tubi aktiviti membutang. i) Guru duduk di sisi MBK, memberi arahan dan menunjuk cara membutang. ii) Guru membimbing MBK membutang langkah demi langkah dengan cara yang betul. 2. Aktiviti membasuh tangan (aras rendah) Fasa 1 i) Membawa MBK ke sinki. ii) Memperkenalkan peralatan membasuh tangan seperti sabun, air, pili air dan sinki. iii) Membimbing MBK membuka pili air dengan tangan. iv) Menunjuk cara membasuh tangan dengan betul. i) Guru berdiri di belakang MBK, memberi arahan dan menunjuk cara membasuh tangan. ii) Guru membimbing MBK membasuh tangan langkah demi langkah dengan cara yang betul. iii) Jangkamasa aktiviti ini bergantung kepada tahap keupayaan dan kesediaan MBK.
68 Bil Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK Fasa 2 i) Membimbing MBK menggosok kedua-dua tangan, celah-celah jari, dan menggaru kuku di atas tapak tangan kanan dan kiri. ii) Membimbing MBK menggosok kedua-dua tangan dengan cara yang betul dari bawah telapak tangan hingga ke hujung jari secara berulang kali. iii) Membimbing MBK menggosok celah-celah jari dengan cara menyilang jari tangan kanan di celah jari tangan kiri rapat ke telapak tangan dan digerakkan dari atas ke bawah secara berulang kali. iv) Membimbing MBK menggosok kuku kanan di atas tapak tangan kiri dengan cara menggaru dan mengulang untuk kuku kiri dengan cara yang sama. Fasa 3 i) Memegang tangan MBK dan membawanya menuju ke sinki. ii) Membimbing MBK membuka pili air dengan tangan. iii) Memegang tangan MBK, menghulurkannya di bawah pili air dan membasahkan kedua-dua tangan. iv) Memegang tangan MBK untuk mengambil sabun. v) Membimbing MBK melakukan semula aktiviti i) hingga iv) di fasa 2. vi) Memegang tangan MBK dan menghulurkannya di bawah pili air sambil mengulang semula aktiviti i) hingga iv) di fasa 2 sehingga bersih.
69 Bil Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK vii) Membimbing MBK menutup pili air dengan tangan. viii) Membimbing MBK untuk mengelap tangan menggunakan tuala tangan sehingga tangan kering. 4.4 Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran MBK Ketidakupayaan Penglihatan 4.4.1 Contoh Pelaksanaan Pendekatan Bertema a) Menjana idea berkaitan dengan tema seperti contoh pada Rajah 10 Rajah 10: Web Umum Tema Sayur Jenis sayur-sayuran mengikut warna, tekstur dan saiz Mengenali bahagian tumbuhan Cerita/lagu/puisi tentang sayur Menanam sayur Nama tempat/ lokasi jualan sayur Menu berasaskan sayur Sayur
70 b) Mengenal pasti aktiviti mengikut tunjang KSPK seperti contoh pada Rajah 11 Rajah 11: Web KhususTema Sayur Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu Menamakan sayursayuran Sayur Tunjang Sains dan Teknologi Sains Awal Mengenali bahagian pokok Matematik Awal Padanan objek mengikut saiz dan bentuk Tunjang Kemanusiaan Nama tempat/lokasi jualan sayur Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan selamat Kreativiti & Estetika Menyanyi lagu tentang sayur Orientasi & Mobiliti Menanam sayur
71 c) Pelaksanaan aktiviti Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK 1 Cari Padanan Saya i) Memperkenalkan kepada MBK beberapa jenis sayuran yang berbeza saiz dan bentuk, contohnya lobak merah, kobis, tomato dan kacang buncis. ii) Memberi peluang MBK meneroka untuk mengenal bentuk fizikal dan tekstur setiap jenis sayuran. iii) Mengumpulkan semua jenis sayuran ke dalam bakul. iv) Mengambil satu jenis sayur dan meletakkan di atas meja. v) Menyentuh dan menyebut nama sayuran. vi) Meminta MBK mencari sayur yang sama di dalam bakul. vii) Mencari sayur yang sama dan memadankannya dengan sayur di atas meja. viii) Mengulang aktiviti menggunakan sayur lain. i) Guru perlu meminta MBK memegang sayuran untuk membina pengetahuan melalui penerokaan bahan maujud. ii) Semasa MBK meneroka sayuran, guru perlu menyebut nama sayuran tersebut dan diikuti oleh MBK. iii) Guru memberitahu semua jenis sayuran telah diletakkan di dalam bakul dan bakul diletakkan di sisi MBK untuk memudahkan MBK mencapai sayur tersebut. iv) Sayur yang diasingkan diletakkan di sisi MBK iaitu di sebelah bakul. 2. Mari Tanam Bayam i) Memperkenalkan sayur bayam kepada MBK. ii) Meneroka sayur bayam. iii) Membawa MBK ke luar kelas. iv) Memperkenalkan alatan dan bahan untuk aktiviti menanam sayur seperti biji benih, tanah, pasu, sudip tangan, penggembur tangan, penyiram, sarung tangan dan topi kebun. i) Guru bersoal jawab dengan MBK semasa mereka meneroka sayur. Contohnya, daun bayam licin atau kasar?. ii) Guru meminta MBK supaya keluar dari bilik darjah menggunakan railing seperti gambar di bawah.
72 Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK v) Memberi peluang MBK meneroka setiap peralatan berkebun. vi) Membimbing MBK memakai sarung tangan dan topi kebun. vii) Membimbing MBK menggembur tanah. viii) Meminta MBK meletakkan biji benih bayam di dalam pasu. ix) Meminta MBK menyiram biji benih. x) Memastikan MBK menyiram sayur bayam setiap hari. xi) Menggalakkan MBK membuat pemerhatian tentang tumbesaran sayur bayam. iii) Guru boleh meminta murid B2/ B3 untuk membawa murid B1 keluar kelas. iv) Guru menjelaskan kepada MBK petunjuk kekal (landmark) yang ada di sepanjang laluan ke lokasi. Contohnya, tangga, tiang dan lain-lain seperti gambar di bawah. v) Guru menjelaskan kepada MBK petanda yang boleh berubah (clue) yang ada di sepanjang laluan. Contohnya tong sampah, pasu bunga dan lain-lain. vi) Guru perlu menekankan aspek keselamatan semasa MBK menggunakan peralatan berkebun.
73 Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK vii) MBK diberi peluang untuk meneroka tekstur tanah kering dan basah untuk merangsang deria sentuhan. viii) MBK perlu menggunakan jari untuk mengesan paras air di dalam penyiram semasa mengisi air seperti gambar di bawah. ix) MBK diberi peluang untuk meneroka bahagian sayur semasa proses tumbesaran sayur. Contohnya, bahagian batang, daun, pucuk dan sebagainya. 3. Kolaj tomato i) Memperkenalkan buah tomato dan memberi peluang MBK memegang buah tomato. ii) Memperkenalkan bahan untuk membuat kolaj iaitu kertas lukisan, kertas warna dan gam serta memberi peluang kepada MBK meneroka bahan tersebut. iii) Memberi pilihan kepada MBK untuk memilih kertas warna yang sesuai untuk buah tomato iaitu kertas warna merah atau jingga. i) Guru memberi rangsangan kepada MBK tentang tekstur, warna dan bentuk buah tomato. ii) Guru memperkenalkan satu persatu bahan dan memberi peluang kepada MBK untuk meneroka serta menyebut nama bahan tersebut. iii) Guru hendaklah memberi peluang kepada MBK untuk membuat keputusan memilih kertas warna.
74 Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK iv) Mengoyak kertas warna kepada cebisan yang kecil. v) Mengedarkan kertas lukisan yang telah dibuat sempadan timbul mengikut bentuk buah tomato kepada MBK. vi) Meminta MBK menyentuh sempadan timbul pada permukaan kertas lukisan untuk mengenal pasti bentuk buah tomato. vii) Menampal cebisan kertas warna untuk menghasilkan kolaj. viii) Bercerita tentang hasil kerja kolaj buah tomato bersama-sama rakan. iv) Guru hendaklah menggalakkan MBK untuk membuat aktiviti mengoyak kertas warna. v) Sebelum PdP aktiviti ini, guru perlu membuat sempadan timbul dengan menggunakan benang pastel untuk membantu murid B1 menampal di dalam ruang yang telah ditetapkan seperti gambar di bawah. vi) Guru perlu membimbing MBK menampal kertas warna di dalam ruangan yang telah ditetapkan. d) Pelibatan ibu bapa/ komuniti Guru boleh melibatkan ibu bapa, komuniti, guru dan murid di Tahap 1 dan 2 untuk pelaksanaan aktiviti pendekatan bertema.
75 4.4.2 Contoh Pelaksanaan Pendekatan Berasaskan Projek bagi MBK Ketidakupayaan Penglihatan Tajuk: Kenderaan Darat Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK Fasa 1: Permulaan Aktiviti 1 i) Pemilihan tajuk berkaitan kenderaan darat dan perbincangan bersama MBK. i) Membimbing MBK meneroka kenderaan yang ada di parkir sekolah. ii) Bersoal jawab dengan MBK bagi membentuk web jangkaan berkaitan dengan kenderaan darat. iii) Membimbing MBK memilih tajuk bas untuk pelaksanaan pendekatan berasaskan projek. i) Guru perlu memberi pengetahuan awal kepada MBK berkaitan kenderaan darat melalui aktiviti penerokaan. ii) Guru boleh menggunakan replika kenderaan untuk membina pengetahuan dan merangsang MBK. iii) Guru membimbing MBK membina soalan berdasarkan perkara yang mereka ingin tahu. iv) Pemilihan tajuk perlu mengikut tahap keupayaan MBK. Fasa 2: Perkembangan Aktiviti 1 i) Guru bekerjasama dengan ibu bapa/ komuniti setempat/ guru Tahap 1 dan 2 dengan membawa MBK menaiki bas i) Membuat penerangan dan menunjukkan demonstrasi kepada MBK cara menunggu bas di hentian bas. i) Guru mengedarkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa tentang pembelajaran berasaskan projek dan memohon kebenaran untuk membawa MBK menaiki bas. ii) Guru perlu memastikan MBK berjalan lurus mengikut curb/ tactile paving di laluan pejalan kaki dengan menggunakan
76 Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK Aktiviti 2 a) Membina replika bas i) MBK membuat replika bas seperti gambar di bawah. MBK mewarna kotak untuk replika bas MBK mewarna kotak kemahiran tongkat yang betul. iii) MBK diberi pendedahan menggunakan kemudahan untuk OKU di hentian bas. Contohnya railing, curb, tempat duduk dan sebagainya. iv) Guru memberi penerangan kepada MBK tentang tatacara beratur, menaiki bas, membeli tiket dan duduk di dalam bas. i) Hasil daripada lawatan, MBK boleh menghasilkan replika bas. ii) Guru memberi penerangan kepada MBK tentang ciri-ciri fizikal bas iaitu bentuk, saiz dan bahagian kenderaan tersebut. iii) MBK B2 boleh membimbing MBK B1 untuk membina model bas.
77 Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK Aktiviti 3 Main Peranan MBK melukis dan mewarna bas MBK mewarna tayar bas MBK main peranan menaiki bas i) Guru menyediakan bahan dan peralatan, contohnya kerusi, stereng bas dan papan tanda hentian bas. ii) Guru perlu menyediakan tempat yang sesuai untuk hentian bas dan kawasan bagi murid main peranan menaiki bas.
78 Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK Fasa 3: Kesimpulan Aktiviti 1 a) Guru membimbing MBK untuk berfikir semula dan menyatakan pandangan serta perasaan tentang aktiviti yang telah dijalankan sepanjang projek berlangsung. i) MBK bercerita semula pengalaman mereka menaiki kenderaan darat. i) Murid B1 boleh berkongsi pengalaman melalui bercerita semula, manakala murid B2 pula boleh melukis gambar. e) Contoh Pelaksanaan Pembelajaran Masteri Bagi MBK Ketidakupayaan Penglihatan Tajuk: Literasi Braille (Bacaan Awal) Kaedah a – j Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK 1. Murid menguasai literasi braille dengan memahami kedudukan titik braille 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. i) Guru boleh menggunakan BBM seperti bola saiz kecil, bola ping pong, bekas telur, bekas palet untuk MBK mengenal kedudukan titik braille. Bola berfungsi sebagai titik braille. ii) Guru perlu menyusun kedudukan bola di atas bekas telur/bekas palet dari kiri ke bawah (titik 1, 2, 3) dan dari kanan ke bawah (titik 4, 5, 6) seperti gambar di bawah. i) Setelah MBK dapat menguasai susunan kedudukan bola mengikut titik braille, guru boleh menggunakan butang bagi meneruskan aktiviti seperti gambar di bawah.
79 Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK iii) Guru membimbing MBK untuk mengenal kedudukan bola yang mewakili titik braille. iv) MBK meletak bola mengikut kedudukan titik braille yang betul berdasarkan arahan guru. ii) Kemahiran ansur maju diteruskan sehingga MBK dapat mengenal titik braille yang sebenar. iii) Guru perlu memastikan MBK menguasai kemahiran mengenal kedudukan titik braille 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 sebelum berpindah ke kemahiran seterusnya. 2. Mengenal kedudukan titik braille bagi huruf a, b, c dan d. i) Guru boleh menggunakan butang untuk MBK mengenal titik braille bagi huruf a, b, c dan d. ii) Guru menyusun butang mengikut titik braille: a = titik 1 b = titik 1, 2 c = titik 1, 4 d = titik 1, 4, 5 iii) Guru membimbing MBK untuk mengenal titik braille bagi huruf a, b, c dan d. iv) MBK perlu menyusun butang mengikut titik braille bagi huruf a, b, c dan d berdasarkan arahan guru. v) Guru boleh menggunakan aktiviti yang sama untuk MBK mengenal kedudukan titik braille bagi huruf yang seterusnya. i) Setelah MBK dapat mengenal kedudukan titik braille bagi huruf a, b, c dan d, guru boleh menggunakan pin board bagi meneruskan aktiviti ini seperti gambar di bawah. ii) Kemahiran ansur maju diteruskan sehingga MBK dapat mengenal titik braille yang sebenar. iii) Guru perlu memastikan MBK menguasai kemahiran mengenal kedudukan titik braille bagi huruf a, b, c dan d sebelum berpindah ke kemahiran seterusnya.
80 4.5 Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bagi MBK Ketidakupayaan Pendengaran 4.5.1 Contoh Pelaksanaan Pendekatan Bertema a) Menghasilkan web tema Rajah 12: Web Umum Tema Diri Saya Aktiviti harian Jantina Umur Kawan baik Bilangan adik-beradik Anak ke berapa Anggota badan saya Nama Diri Saya Makanan kegemaran Hobi
81 b) Mengenal pasti aktiviti berdasarkan tunjang dalam KSPK Pendidikan Khas Ketidakupayaan Pendengaran Rajah 13: Web Khusus Tema Diri Saya Tunjang Keterampilan Diri Memadankan kad emosi dengan kad gambar yang sesuai. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Pendidikan Islam Membuat simulasi cara bersuci. Pendidikan Moral Membuat aktiviti menjaga kebersihan diri. Tunjang Sains dan Teknologi Sains Awal Memadankan anggota badan pada tempat yang betul. Menyatakan/ mengisyaratkan fungsi anggota badan. Diri Saya Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu Mengenal pasti kad huruf pertama bagi nama MBK dan memperkenalkan kod isyarat huruf tersebut. English Language Join the broken line (eye, nose, mouth, hair, ear) and match to the correct pictures. Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan Membaling objek ke sasaran Kreativiti dan Estetika Menghasilkan gambar anggota badan dengan menggunakan pelbagai teknik. Tunjang Kemanusiaan Bercerita/ mengisyaratkan tentang diri sendiri.
82 c) Pelaksanaan aktiviti Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK 1. Melengkapkan gambar anggota badan dengan menggunakan teknik kolaj. i) MBK diminta mengambil lembaran gambar anggota badan (kepala, tangan, kaki), kertas warna dan gam. ii) MBK melihat isyarat arahan guru tentang cara mengoyak kertas warna supaya menjadi cebisan kecil. iii) MBK menyapu gam pada gambar anggota badan yang pertama. iv) MBK menampal cebisan kertas warna pada gambar anggota badan tersebut. v) MBK menyapu gam pada gambar anggota badan yang seterusnya dan menampal cebisan kertas warna pada gambar anggota badan tersebut. vi) MBK menjemur lembaran gambar anggota badan di tempat yang panas. vii) MBK menggunting gambar anggota badan (kepala, tangan, kaki) yang telah kering. viii) MBK diminta mengambil lembaran gambar kanakkanak memakai baju dan seluar pendek tanpa anggota badan yang lengkap. ix) MBK menampal gambar anggota badan yang telah digunting pada tempat yang sesuai pada lembaran gambar kanak-kanak. x) MBK mempersembahkan hasil kerja masing-masing kepada rakan dan guru. i) Guru berdiri di hadapan MBK dan memberi arahan secara komunikasi seluruh meminta MBK: Mengambil lembaran anggota badan yang diletakkan di hadapan guru. Mengambil kertas warna dan gam di pusat kreativiti. Menghasilkan gambar dengan menggunakan teknik kolaj. ii) Guru mengedarkan lembaran gambar kanak-kanak memakai baju dan seluar pendek tanpa anggota badan yang lengkap. iii) Guru membuat penilaian dan memberikan ganjaran kepada MBK terhadap hasil kerja mereka.
83 d) Contoh Pelaksanaan Belajar Melalui Bermain Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK 1. Bermain ‘Play-dough’ i) MBK diminta bergerak ke pusat kreativiti untuk mengambil bahan play-dough dan peralatannya. ii) MBK diminta membentangkan tikar sebagai alas untuk memastikan kebersihan kelas. iii) MBK diminta meneliti beberapa keping kad abjad yang ditampalkan di hadapan kelas. iv) MBK menguli doh seperti yang ditunjukkan oleh guru. v) MBK membentuk abjad menggunakan doh berdasarkan contoh abjad yang dipamerkan di papan kenyataan. vi) MBK mempamerkan abjad yang telah dibentuk. vii) MBK mengisyarat abjad yang telah dibentuk kepada rakan dan guru. i) Guru berdiri di hadapan MBK dan memberi arahan secara komunikasi seluruh tentang aktiviti yang akan dijalankan. ii) Guru menampal kad abjad pada papan kenyataan di hadapan kelas. iii) Doh dan peralatannya diletakkan di pusat kreativiti. iv) Guru berdiri di hadapan MBK dan memberi arahan secara komunikasi seluruh bagi menunjukkan cara-cara menguli doh menggunakan tangan. v) Guru menunjuk cara membentuk abjad yang telah dipamerkan menggunakan doh. vi) Guru membuat penilaian dan memberikan ganjaran kepada MBK.
84 4.5.2 Pendekatan Berasaskan Projek. a) Contoh Pelaksanaan Pendekatan Berasaskan Projek Bagi MBK Ketidakupayaan Pendengaran Tajuk: Bunga-bungaku Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK 1. Fasa 1: Permulaan a) Pemilihan tajuk selepas meneroka persekitaran di sekolah i) Guru memberitahu MBK mereka akan meneroka persekitaran di sekolah. ii) MBK keluar kelas untuk meneroka kawasan persekitaran sekolah. iii) MBK dan guru berbincang mengenai pemerhatian semasa meneroka di persekitaran sekolah. MBK bersetuju untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tumbuhan. iv) Guru bersoal jawab dengan MBK bagi membentuk web jangkaan berkaitan tumbuhan seperti berikut: iv) Guru membimbing MBK untuk menyenaraikan perkara yang ingin mereka ketahui mengenai tumbuhan. Contoh: a) Bagaimana menanam tumbuhan? i) Guru perlu memberi pengetahuan tentang perkara yang boleh diperhatikan oleh MBK. ii) Guru dan MBK berbincang mengenai perkara yang mereka perhatikan di persekitaran sekolah. iii) MBK membuat keputusan untuk meneroka tentang tumbuhan bersama guru. iv) Guru membimbing MBK membina web jangkaan dengan mencatatkan perkara yang mereka telah ketahui mengenai tumbuhan. v) Guru membimbing MBK membina soalan berdasarkan apa yang mereka ingin ketahui. vi) Guru membimbing MBK untuk memilih projek yang bersesuaian bagi membantu menjawab persoalan mereka. Tumbuhan besar kecil daun bunga biji buah warna bau hijau
85 Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK b) Bolehkah tumbuhan hidup dalam air? c) Apakah keperluan tumbuhan untuk hidup? 2. Fasa 2: Perkembangan Aktiviti 1 a) Perkongsian ilmu oleh tukang kebun b) Lawatan ke nurseri c) Memperolehi maklumat dari buku atau laman web d) Membuat keputusan tentang projek i) Berbincang dengan MBK untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tumbuhan dengan menjemput tukang kebun sekolah untuk bercerita tentang bagaimana menanam tumbuhan dan menjaga tumbuhan. i) Memberi penerangan tentang lawatan ke nurseri ii) Melawat nurseri dan melihat pelbagai jenis tumbuhan. iii) Berbincang tentang lawatan dan membuat keputusan untuk menjalankan projek menanam pokok bunga. i) Mendapatkan maklumat dari buku atau laman web dengan pertolongan ibu bapa tentang jenis-jenis bunga, cara penanaman bunga, penjagaan dan sebagainya. i) Berbincang bagi memilih jenis bunga yang hendak di tanam. i) Guru perlu berbincang dengan tukang kebun sekolah untuk perkongisan tentang tatacara penanaman dan penjagaan tumbuhan. ii) Guru perlu mengisyarat kepada MBK semasa tukang kebun membuat perkongsian. i) Guru mengedarkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa tentang pembelajaran berasaskan projek dan memohon kebenaran untuk membawa MBK ke nurseri. ii) Guru membimbing MBK untuk mengenal pasti jenis bunga untuk ditanam. i) Guru membimbing MBK mencari maklumat dari buku dan laman web yang sesuai. i) Guru memberi informasi tentang jenis-jenis bunga yang boleh ditanam dan bagaimana menanam
86 Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK Aktiviti 2 a) Menanam pokok bunga b) Penjagaan pokok bunga ii) Membuat keputusan untuk menanam bunga keembung atau bunga tiga bulan (hydrangea) mengikut kegemaran MBK. i) Memberi taklimat kepada MBK tentang tatacara menanam pokok bunga. ii) Menunjuk cara menanam pokok bunga keembung. iii) Menunjuk cara menanam pokok bunga tiga bulan. iv) MBK menanam bunga yang dipilih dengan bimbingan guru. i) Memberi taklimat tentang penjagaan pokok bunga. ii) Berbincang dengan MBK media yang boleh digunakan untuk merekod proses penjagaan dan pertumbuhan pokok bunga. iii) Merekod proses penjagaan dan pertumbuhan pokok bunga. iv) Berbincang mengenai proses pertumbuhan pokok bunga, bahagian-bahagian bunga sama ada dengan biji atau keratan batang. i) Guru menggunakan gambar untuk menerangkan tatacara penanaman bunga keembung dan bunga tiga bulan. ii) Guru menyediakan peralatan iaitu pasu bunga, tanah, baja, sudip tangan, penyiram, biji benih dan keratan batang. iii) Guru membimbing MBK ketika proses menanam bunga yang dipilih. iv) Guru boleh membimbing MBK menyediakan folio projek penanaman pokok bunga sekiranya MBK berminat. i) Guru menunjuk cara penyiraman pokok bunga mengikut kuantiti air yang sesuai pada peringkat awal. ii) Guru membimbing MBK dalam proses pemerhatian dan perekodan penjagaan pokok bunga. iii) Guru boleh mencadangkan untuk MBK menanam pokok bunga yang lain.
87 Bil. Aktiviti Pelaksanaan Pengurusan MBK pokok bunga, keperluan pokok bunga dan kepentingan bunga kepada ekosistem. 3. Fasa 3: Kesimpulan Guru membimbing MBK untuk berfikir semula dan menyatakan pandangan serta perasaan tentang aktiviti yang telah dijalankan sepanjang projek berlangsung. i) Membimbing MBK untuk membentangkan hasil projek mereka mengikut kaedah yang dipilih. i) MBK boleh bercerita tentang projek, membuat simulasi, menganjurkan pameran bunga atau gallery walk, menghadiahkan pokok bunga yang terbaik kepada orang yang disayangi. 4.6 Rumusan Perancangan yang rapi diperlukan untuk memilih strategi PdP yang sesuai untuk MBK mengikut kecenderungan, minat dan keperluan mereka. Guru harus peka dalam pemilihan strategi PdP dan ini bergantung kepada kandungan pembelajaran yang harus di perolehi oleh MBK. Refleksi merupakan satu proses penting yang perlu dilalui oleh guru selepas pelaksanaan PdP bagi membolehkan tindakan susulan dijalankan dengan tujuan menyediakan aktiviti pengayaan atau pemulihan dan memperbaiki PdP guru.