The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PENGURUSAN TINGKAH LAKU PENDIDIKAN KHAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nouratika, 2023-01-27 01:48:07

MODUL PENGURUSAN TINGKAH LAKU PENDIDIKAN KHAS

MODUL PENGURUSAN TINGKAH LAKU PENDIDIKAN KHAS

Keywords: prasekolah,pendidikan khas,modul prasekolah

PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID BERKEPERLUAN KHAS


Masalah tingkah laku berlaku kepada semua kanak-kanak pada pelbagai peringkat. Kemungkinan besar masalah tingkah laku disebabkan oleh ketidakupayaan untuk berkomunikasi dengan baik dalam menyatakan kehendak kendiri atau menginginkan perhatian daripada individu dalam persekitaran mereka. kanakkanak dengan autisme, attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), ketidakupayaan intelek (intellectual disability) dan masalah lain seperti pendengaran dan penglihatan kebiasaannya mempunyai masalah tingkah laku.


Masalah tingkah laku yang biasa ditunjukkan: Menyakiti orang lain dan diri sendiri Mengamuk Marah Tingkah laku negatif yang berulang-ulang Tingkah laku destruktif atau merosakkan barang Menggunakan kata kesat Menghantuk kepala dan menggigit diri sendiri dan orang lain.


Dengan masalah perkembangan yang dihadapi oleh mereka, kanak-kanak berkeperluan khas berkemungkinan besar menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini seperti : Masalah tumpuan Hiperaktif Masalah mengekalkan hubungan mata Mencederakan diri sendiri Tingkah laku agresif Tingkah laku agresif


Dengan masalah perkembangan yang dihadapi oleh mereka, kanak-kanak berkeperluan khas berkemungkinan besar menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini seperti : Tingkah laku berulang-ulang Tidak boleh memberikan kerjasama Masalah dalam jadual tidur Mengamuk (tantrum) Masalah untuk berinteraksi dan bersosial dengan baik Masalah dalam jadual tidur


Tingkah laku yang disebutkan boleh menjadi lebih teruk dan mencabar apabila : Mengganggu proses pembelajaran. Mengancam keselamatan kanak-kanak lain yang berdekatan atau ibu bapa dan guru. Menghalang kanak-kanak tersebut menjalankan aktiviti harian dalam komuniti yang melibatkan orang lain : Sukar mengajar kanak-kanak hiperaktif yang mempunyai tumpuan singkat dan tingkah laku impulsif.


Apakah Tingkah Laku Mencabar? Mencubit Menggigit Menghantuk kepala Mencederakan diri sendiri atau orang lain Mengeluarkan kata-kata kesat Membahayakan keselamatan diri sendiri atau orang lain Mengamuk Menangis berpanjangan


Tingkah Laku Mencabar Memukul Mencederakan Diri Menghantuk Kepala Mengamuk Menangis Tidak Henti


Mengapakah Tingkah Laku Mencabar ditunjukkan Mendapatkan perhatian daripada orang sekeliling Mendapatkan barang/aktiviti yang dikehendaki Mengelakkan daripada melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti yang tidak digemari Mempunyai masalah sensori Mempunyai masalah kesihatan dan tidak berasa selesa


PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Mengurangkan tingkah laku tidak diingini Meningkatkan tingkah laku yang baik Memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan sosial Mendapatkan rutin harian yang bermanfaat Menggunakan arahan yang jelas dan spesifik seperti strategi visual (simbol, gambar, Picture Exchange Communication System [PECS]) Prinsip Pengurusan Tingkah Laku


Menggunakan arahan verbal yang jelas dan spesifik seperti gabungan strategi verbal dan bahasa badan atau bahasa isyarat. Meningkatkan kemahiran pengendalian kanak-kanak bermasalah tingkah laku oleh ibu bapa dan guru. Menyediakan persekitaran yang kondusif dan menyokong matlamat mendapatkan tingkah laku yang positif. Prinsip Pengurusan Tingkah Laku


8 ASAS UTAMA STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Mewujudkan suasana tenang dan positif. Konsisten, tegas dan sabar. Tugasan berstruktur dan jelas. Mewujudkan rutin yang sesuai di rumah dan di sekolah. Menetapkan rutin masa atau waktu agar dapat diikuti oleh kanak-kanak. Arahan mesti jelas, tepat, mudah dan konsisten. Mengulang arahan dalam suara yang tenang dan positif. Membantu menyediakan keselesaan kepada kanak-kanak. 8 Asas Utama dalam Strategi Tingkah Laku


Kanak-kanak hiperaktif sangat mudah stress apabila perkara yang diingini tidak dapat dipenuhi. Keadaan ini menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi dan tidak dapat mengawal tingkah laku seterusnya menunjukkan tingkah laku mencabar.


BAGAIMANA MENGURUS TINGKAH LAKU?


Bagaimana Mengurus Tingkah Laku Memerhati keadaan tingkah laku kanak-kanak yang ditunjukkan. Memahami mengapa mereka bertindak sedemikian. Meletakkan matlamat untuk memperbaiki tingkah laku berdasarkan keperluan kanak-kanak serta tahap perkembangan mereka. Merancang untuk mencapai matlamat dalam langkah-langkah kecil. Apabila tingkah laku kanak-kanak dapat diperbaiki, cuba untuk berkomunikasi secara natural dengan mereka secara berperingkat.


TEKNIK ABC


Teknik ABC Carta ABC sering digunakan sebagai panduan untuk memahami tingkah laku bermasalah sebelum menjalankan sebarang intervensi. Carta ABC digunakan untuk membuat analisis tingkah laku dan mencatat corak tingkah laku yang ditunjukkan serta situasi yang menyebabkan tingkah laku tersebut. Carta ABC amat berguna bagi merekodkan ringkasan masalah tingkah laku dalam langkah : A – Antecedent (Kejadian sebelum) B – Behaviour (Tingkah laku) C – Consequences (Akibat daripada tingkah laku)


Teknik ABC


Teknik ABC Analisis tingkah laku dalam bentuk carta ABC boleh membantu ibu bapa dan guru mendefinisikan masalah tingkah laku dan menyelesaikannya dengan memberi intervensi yang sesuai. A B C Bapa tidak mahu membeli alat mainan. Hadif mengamuk dan menendangnendang lantai di depan kedai permainan. Bapa memarahi Hadif di khalayak ramai. Contoh


Langkah Pengunaan Carta ABC 1. Dimulakan dengan mencatat apakah tingkah laku yang ditunjukkan. 2. Mencatat perkara yang berlaku selepas kejadian, apakah tindakan ibu bapa untuk menghentikan tingkah laku tersebut. 3. Mengingat kembali apakah perkara yang berlaku sebelum tingkah laku tersebut ditunjukkan.


Antecedent (Kejadian sebelum) Amirul baru datang ke pusat intervensi dari rumah Behaviour (Tingkah laku) Tujuan Tingkah laku Consequence (Selepas kejadian) Tingkah Laku sasaran Langkah Pengunaan Carta ABC Menangis, meraung, memukul ibu Amirul tidak mahu masuk bilik terapi Mengelak melakukan tugasan semasa intervensi terapi Amirul mahu menyertai sesi terapi dengan rela hati


Bagaimanakah Menggunakan Carta ABC “A” ANTECEDENTS • Apa yang menyebabkan tingkah laku mencabar ditunjukkan? “B” BEHAVIOUR “C” CONSEQUENCES • Apakah tingkah laku yang ditunjukkan? • Apa yang kanakkanak lakukan? • Bila dan di mana tingkah laku tersebut berlaku? • Siapakah individu yang terlibat atau berada di tempat tingkah laku ditunjukkan? • Apakah yang ibu bapa atau guru lakukan untuk menghentikan tingkah laku tersebut? • Apakah yang berlaku setelah ibu bapa atau guru lakukan untuk menghentikan tingkah laku?


Contoh 1 “A” ANTECEDENTS “B” BEHAVIOUR “C” CONSEQUENCES Bermain dengan punat televisyen, menekan butang berulang kali. Membuka siaran televisyen dengan kuat Televisyen dibiar terbuka. Tingkah laku dibentuk bahawa membuka televisyen dengan kuat adalah dibenarkan dan tidak mengganggu orang lain. Tiada ketegasan dalam membentuk tingkah laku.


Contoh 2 “A” ANTECEDENTS “B” BEHAVIOUR “C” CONSEQUENCES Nenek sedang menyuap makanan kepada adik. Adik tidak duduk diam dan berlari ke sana sini sesuka hati. Nenek mengikut adik yang bergerak mengikut adik sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. Tingkah laku dibentuk dengan cara bahawa tidak menjadi masalah jika bergerak ke sana sini sambil disuap makanan. Tiada peraturan ditetapkan ketika makan.


Contoh 3 “A” ANTECEDENTS “B” BEHAVIOUR “C” CONSEQUENCES Adam mahu pergi ke kedai permainan di dalam kompleks membeli-belah. Ibu ingin segera pulang ke rumah kerana ada hal yang penting yang perlu diuruskan. Adam menjerit dan meronta-ronta sehingga terbaring di lantai. Ibu tidak menghiraukan perlakuan Adam. Adam dapat menenangkan dirinya setelah beberapa ketika menangis dan kembali seperti biasa. Tingkah laku tidak sihat tidak dibentuk. Ibu tidak mengendahkan tingkah laku tidak sihat tersebut.


Mengapakah Tingkah Laku Itu Ditunjukkan?


Apa Sasaran Tingkah Laku yang Dicadangan?


Apa Sasaran Tingkah Laku yang Dicadangan?


STRATEGI REAKTIF STRATEGI PREVENTIF


Strategi Antara strategi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau guru ialah bertenang dan menarik nafas jika tingkah laku mencabar ditunjukkan. Guru dan ibu bapa boleh mengambil langkah untuk tidak menghiraukan tingkah laku mencabar tersebut. Perhatian tidak diberikan kepada kanak-kanak yang sedang menunjukkan tingkah laku mencabar.


Strategi


Strategi


Strategi - Strategi Reaktif


Strategi - Strategi Reaktif Caranya ialah dengan membawa mereka ke tempat yang lebih tenang atau ‘calming room’ seperti ke dalam kereta atau pulang ke rumah.


Strategi - Strategi Reaktif Kaedah reaktif yang boleh digunakan ialah mengalihkan perhatian kanak-kanak kepada aktiviti yang baru atau persekitaran yang lain. Ibu bapa atau guru boleh menggunakan alatan permainan yang menarik perhatian kanak-kanak. Namun begitu, permainan baru tersebut harus diberi apabila kanak-kanak tersebut dalam keadaan tenang.


Strategi - Strategi Reaktif


Strategi - Strategi Reaktif


Strategi - Strategi Preventif Terdapat 3 kaedah preventif yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau guru bagi menangani masalah tingkah laku kanak-kanak. Antaranya ialah : Positive Behaviour Support Mengubah persekitaran Mengajar tingkah laku


Positive Behaviour Support Teknik Positive Behaviour Support adalah teknik yang sering digunakan bagi menghalang tingkah laku negatif. Antara strategi dalam teknik ini ialah hanya menggunakan peneguhan positif, tiada denda mahupun peneguhan negatif diamalkan. Strategi ini menggunakan ganjaran sama ada dalam bentuk fizikal, verbal mahupun token bagi menggalakkan kanakkanak bermotivasi melakukan tingkah laku positif.


Teknik Ganjaran Ganjaran yang diberikan kepada kanak-kanak bagi membentuk tingkah laku positif haruslah mempunyai ciri-ciri yang sesuai. Ganjaran harus diberi apabila perlu sahaja agar kanakkanak tidak keliru. Ganjaran harus relevan dengan tugasan atau aktiviti yang dilaksanakan. Ganjaran yang diberi sesuai dengan kesukaran tugasan. Ganjaran yang diberi tidak berlebihan sehingga menyebabkan kanak-kanak muak dan tidak berhajat kepada ganjaran itu lagi.


Ibu bapa dan guru perlu mengenalpasti bahawa tingkah laku yang ditunjukkan adalah disebabkan masalah sensori kanak - kanak tersebut. Ini adalah kerana masalah sensori boleh menjadi penyumbang kepada isu tingkah laku.


IDEA UNTUK MASALAH OVER-RESPONSITIVITY Memberi input pengalaman sensori sencara teratur dan sistematik Limit the amount of sensory experience given Guna earplug Guna topi keledar Engage in small group / limit large group exposure Kurangkan gangguan persekitaran Establish comforting routine Incorporate small breaks into daily task Beri input proprioseptif untuk menenangkan Provide designated area for work/class


IDEA UNTUK MASALAH SENSORI UNDERRESPONSITIVITY Meningkatkan kepelbagaian pengalaman sensori Gunakan visual cues, senarai semak untuk memberi tugasan Perbanyakkan pendedahan kepada kepelbagaian pengalaman sensori Gunakan alarm sebagai reminder Guna visual cues dengan warna yang terang


IDEA UNTUK MASALAH SENSORY SEEKING Tingkatkan intensity of sensory experience Chewy tube Beri tugasan fizikal Beri kelonggaran untuk memegang fidgety toys Guna therapy gym ball


SENSORY TOOLS


Click to View FlipBook Version