The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PENGURUSAN TINGKAH LAKU PENDIDIKAN KHAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nouratika, 2023-01-27 01:48:07

MODUL PENGURUSAN TINGKAH LAKU PENDIDIKAN KHAS

MODUL PENGURUSAN TINGKAH LAKU PENDIDIKAN KHAS

Keywords: prasekolah,pendidikan khas,modul prasekolah

Chewy tube


Fidget Spinner


Gym Ball


Squishy mesh ball


SENSORY INTERVENTION IDEAS FOR TEACHERS


Pengenalan Terdapat beberapa teknik yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa dan guru bagi mengatasi masalah sensori dalam kalangan murid berkeperluan khas. Teknikteknik ini boleh diaplikasi dalam konteks persekitaran di rumah mahupun di sekolah. Dalam bengkel ini, teknik intervensi bagi mengatasi masalah sensori difokuskan kepada 7 jenis teknik: (1) memberus atau brushing (2) tekanan sendi atau joint compression (3) urutan atau deep touch pressure (4) stimulasi oral atau oral stimulation (5) balutan atau wrapping. UNTUK


Pengenalan Teknik ini merupakan salah satu daripada teknik dalam Protokol Wilbarger yang diasaskan oleh Patricia Wilbarger, seorang terapis carakerja dan psikologis klinikal dari Amerika Syarikat. Teknik ini mengaplikasikan sentuhan dan tekanan terhadap anggota badan seperti tangan dan kaki bagi meransang sensori. Summation Technique Objektif • Merawat masalah sensory defensiveness dengan mengurangkan tahap arousal (lebih tenang) • Menormalkan respon terhadap sentuhan • Membantu kanak-kanak lebih relaks • Menjadi lebih sedar mengenai tubuh mereka • Meningkatkan perhatian serta pergerakan yang bermakna. /


Bahan-bahan : BERUS SENSORI • Berus sensori – berus khas yang lembut dan diperbuat daripada plastik. • Berus yang sering digunakan untuk pelaksanaan teknik ini. /


LANGKAH KESELAMATAN 1. Elakkan memberus pada permukaan kulit yang mempunyai luka atau kawasan sensitif. 2. Elakkan memberus hingga menyebabkan kulit berubah warna kepada merah. 3. Jangan memberus di bahagian muka, celah dalam peha atau perut kerana boleh menyebabkan muntah dan peningkatan denyutan jantung. 4. Jangan memberus di bahagian kepala, leher dan dada. 5. Gunakan berus yang telah dicadangkan oleh terapis. 6. Sesi lengkap memberus hanya mengambil masa 2 minit sahaja. 7. Teknik ini hanya sesuai dilakukan untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga 7 tahun (mengikut kesesuaian) kerana peringkat kematangan seksual masih lagi berada pada tahap yang rendah. /


VIDEO BRUSHING


Pengenalan Teknik ini juga merupakan salah satu daripada teknik dalam Protokol Wilbarger yang diasaskan oleh Patricia Wilbarger, seorang terapis carakerja dan psikologis klinikal dari Amerika Syarikat. Teknik ini mengaplikasikan tekanan terhadap sendi seperti: 1) Pergelangan Tangan 2) Siku 3) Pergelangan Bahu 4) Pergelangan Kaki 5) Lutut 6) Sendi Paha dan Punggung


Kesesuaian Teknik ini amat berfaedah untuk kanak-kanak yang mempunyai: Masalah tumpuan Hiperaktif Bermasalah tingkah laku Kanak-kanak yang pasif atau lembab dalam memberi tindakbalas.


VIDEO JOINT COMPRESSION


Using music in behaviour management


"Anak saya ada tabiat suka mengibas-ngibas tangan, bagaimana cara nak kurangkan tingkah laku ini?"


1. Beri mereka objek atau mainan untuk dipegang • Selalunya flappy hands berlaku apabila tangan bebas daripada memegang objek atau apa-apa barang. • Boleh beri kereta mainan atau buku, atau permainan kegemaran mereka untuk dipegang. Sibukkan tangan mereka untuk memegang.


2. Ajar untuk letak tangan dalam poket. • Boleh diguna pakai juga dalam ketika kita terlupa bawa mainan atau tak mahu anak kita terlalu bergantung kepada objek atau mainan.


3. Ajar untuk tepuk tangan jika terasa mahu flap hands.


4. Boleh guna teknik social story (visual)


KAEDAH CERITA SOSIAL


Kaedah Cerita Sosial-Social Story Social Story - Kaedah bercerita menggunakan gambaran visual. Mengapa kena menggunakan Social Story Kanak-kanak autisme mempunyai masalah pemahaman yang sesuai dengan situas i sosial. Tingkah laku kanak-kanak autisme berkemungkinan besar menjadi tidak sesuai dengan keadaan, kelihatan kasar atau tidak elok pada pandangan umum. Ini adalah kerana kanak-kanak autisme tidak memahami perbezaan pendapat orang lain terhadap tingkah laku mereka.


Kaedah Cerita Sosial-Social Story


Fungsi kaedah sosial story atau cerita sosial digunakan untuk memperbaiki tingkah laku kanak-kanak. Kaedah cerita sosial juga digunakan untuk membentuk tingkah laku yang baru melalui gambaran visual. Kaedah ini digunakan untuk mengubah rutin harian seseorang kanak-kanak melalui gambaran cerita rutin yang baru. Kaedah cerita sosial digunakan untuk menetapkan respon positif terhadap sesuatu tingkah laku. Fungsi Kaedah Bercerita


Contoh Pengunaan Kaedah Bercerita untuk Mengurangkan Tingkah Laku Kurang Sesuai di Khalayak Umum


KAEDAH JADUAL VISUAL


Kaedah Jadual Visual Ibu bapa atau guru juga boleh menggunakan jadual visual bagi membentuk rutin harian agar boleh diikuti oleh kanak-kanak pada sesuatu masa tertentu. Jadual visual menggunakan gambar bagi menunjukkan apa yang akan berlaku pada sesi tersebut atau pada hari tersebut. Dengan kaedah ini, kanak-kanak boleh menjangka apa yang akan berlaku kepada mereka pada hari tersebut. Ini akan mengurangkan tingkah laku tantrum atau cemas bagi kanak-kanak.


Kaedah Jadual Visual


Kaedah Jadual Visual ©Mahfuzah Zainol 2019


Kaedah Jadual Visual


Kaedah Jadual Visual


CADANGAN AKTIVITI PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Objektif Permainan Cadangan Aktiviti Gambar Meningkatkan kebolehan untuk memberi tumpuan Menambah masa tumpuan seseorang kanak-kanak Peg board Menyusun blok Puzzle bertema Aktiviti memadan gambar yang sama Lego Pengenalan kepada konsep asas seperti bentuk, warna, saiz dan lain-lain yang sesuai. Ibu bapa boleh menggunakan peralatan mainan yang berwarna terang dan berloceng untuk latihan tumpuan. Letakkan pada aras mata. Gerakkan mainan/ objek ke kiri dan ke kanan sambil memerhatikan pergerakan mata dan fokus bayi. Ibu bapa perlu mengelakkan gangguan yang boleh mengganggu fokus dan tumpuan anak seperti televisyen atau alatan permainan lain. Kemahiran Memberi Tumpuan


Objektif Permainan Cadangan Aktiviti Gambar Ibu bapa perlu menggunakan bantuan visual dan alat permainan untuk menarik perhatian dan menambah fokus anak. Ibu bapa menggalakkan anak meniru perbuatan ketika bermain, contohnya meniru gaya menggerakkan kereta. Ibu bapa memberi masa untuk anak mengulang arahan yang diberi oleh ibu bapa ketika bermain. Kemahiran Memberi Tumpuan


Objektif Permainan Cadangan Aktiviti Gambar Mengurangka n hiperaktif sebelum aktiviti bermula. Menggunakan bilik atau ruang yang senyap dan tiada gangguan. Bermain dengan blok kayu berwarna. Bermain lego Menggunakan aktiviti sensori yang melibatkan penggunaan visual, sentuhan dan audio Mulakan dengan aktiviti fizikal seperti berjalan, melompat, berbasikal dan lain-lain yang sesuai. Ini adalah untuk menyelesaikan keperluan sensori seseorang kanakkanak hiperaktif. Ibu bapa atau guru boleh menggunakan bantuan visual dan alatan permainan yang berfokus seperti permainan kad untuk rangsangan fokus. Kemahiran Memberi Tumpuan


Objektif Permainan Cadangan Aktiviti Gambar Untuk menggalakkan kanak-kanak memandang mata orang yang sedang berinteraksi dengannya. Alatan mainan dengan tekstur berbeza Alatan mainan yang mengeluarkan bunyi Permainan seperti belon air dan bola. Finger puppets Permainan sembunyisembunyi Memanggil nama untuk mendapat perhatian. Memandang mata ketika bercakap dengan kanak-kanak untuk mendapat hubungan mata. Aktiviti dilakukan pada aras mata kanak-kanak. Permainan diberi haruslah mempunyai unsur rangsangan sentuhan dan audio. Memberi galakan atau pujian apabila kanak-kanak membuat hubungan mata semasa bermain. Kemahiran Membuat Hubungan Mata


Objektif Permainan Cadangan Aktiviti Gambar Mengelakkan tingkah laku mencederakan diri sendiri. Mengelakkan tingkah laku agresif. Mengurangka n masalah mengamuk atau tantrum. Menggunakan Picture Exchange Communication System (PECS). Menggunakan makanan atau alat permainan kegemaran. Menggunakan sticker. Menggunakan permainan berbentuk fizikal dan perlu berikan ganjaran kepada kanak-kanak. Menggunakan teknik time out jika tingkah laku agresif ditunjukkan oleh kanak-kanak. Menenangkan kanak-kanak dengan memberikan tugasan-tugasan pendek agar mereka tidak berasa terbeban. Menggunakan kaedah komunikasi melalui gambar, PECS, jadual visual atau cerita sosial. Kemahiran Intervensi Tingkah Laku


Objektif Permainan Cadangan Aktiviti Gambar Menggalakkan interaksi sosial dalam kumpulan seperti menyediakan makanan atau minuman atau aktiviti luar. Mengurangka n tantrum. Permainan dalam kumpulan yang melibatkan penggiliran (turn taking). Permainan berunsurkan fokus atau table task activity. Kanak-kanak bermain permainan yang melibatkan mereka menunggu giliran. Kanak-kanak memperkenalkan diri sendiri kepada rakan-rakan yang lain melalui verbal ataupun visual. Ibu bapa atau guru serta rakanrakan memberikan pujian jika mereka berjaya berinteraksi. Berikan masa untuk mereka bersosial dalam kumpulan. Kemahiran Kemahiran Sosial


Objektif Permainan Cadangan Aktiviti Gambar Berikan tugasan mudah pada satusatu masa. Tetapkan peraturan dalam kumpulan. Berikan arahan dan peraturan yang jelas dalam bentuk verbal atau visual. Tetapkan rutin sosial secara konsisten. Kemahiran Kemahiran Sosial


MEMAHAMI TINGKAH LAKU MURID BERKEPERLUAN KHAS


Memahami Tingkah Laku Kanak-Kanak Cara Memahami Tingkah Laku Kanak-Kanak Luangkan masa bersama kanakkanak (sebagai rapport dan mendapat kepercayaan kanakkanak), untuk tempoh singkat, berbual mengenai mereka sekurang-kurangnya 5 minit, kenali minat dan kesukaan mereka untuk mendapat kepercayaan. Membina hubungan positif ibu bapa atau guru dengan kanak-kanak


Memahami Tingkah Laku Kanak-Kanak Cara Memahami Tingkah Laku Kanak-Kanak Membina hubungan positif ibu bapa atau guru dengan kanak-kanak Lakukan aktiviti yang kanak-kanak sukai bersama-sama untuk mendapat kepercayaan dan membina hubungan positif.


Memahami Tingkah Laku Kanak-Kanak Cara Memahami Tingkah Laku Kanak-Kanak Bercakap dengan kanak-kanak. Menjadi pendengar yang baik kepada cerita kanak-kanak. Beri galakan kepada kanak-kanak untuk bercakap dengan memberi bantuan verbal secara minimum. Beri respon kepada soalan, komen atau permintaan mereka. Beri penjelasan ringkas kepada kanak-kanak tentang sesuatu perkara.


Memahami Tingkah Laku Kanak-Kanak Cara Memahami Tingkah Laku Kanak-Kanak Menunjukkan kasih sayang dan perhatian. Berikan kasih sayang secara fizikal seperti peluk dan mendukung. Berikan kata-kata positif dan lembut. Beri perhatian terhadap apa yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti membantu ketika bermain dan sebagainya.


Memahami Tingkah Laku Kanak-Kanak Cara Memahami Tingkah Laku Kanak-Kanak Menunjukkan kasih sayang dan perhatian. Wujudkan rasa dihargai. Bermain permainan yang digemari oleh kanak-kanak. ©Mahfuzah Zainol 2019


9 JENIS PENEGUHAN POSITIF


9 Jenis Peneguhan Positif Ganjaran fizikal seperti memeluk, menggeletek dan ciuman. Ganjaran secara verbal seperti kata pujian. Makanan Muzik atau aktiviti yang kegemaran Ganjaran token seperti pemberian bintang atau sticker.


Click to View FlipBook Version