9 Jenis Peneguhan Positif Alat mainan dan hiburan. Pembelajaran seperti buku kegemaran dan lain-lain. Aktiviti di rumah bersama ibu bapa seperti memasak, membuat kek dan sebagainya. Lain-lain seperti bermain dengan haiwan peliharaan, bermain dengan tab atau telefon atau menonton televisyen rancangan kegemaran.
9 Jenis Peneguhan Positif
9 Jenis Peneguhan Positif Contoh Peneguhan Positif Star chart
9 Jenis Peneguhan Positif Contoh Pujian Pujian boleh diberikan kepada kanak-kanak, namun begitu, ibu bapa dan guru harus berhati-hati dengan pujian yang diberikan agar tidak berlebihan. Pujian yang berlebihan boleh menyebabkan kanak-kanak mengesyaki ketidakikhlasan ibu bapa atau guru kepada mereka. Jika pujian terlalu berlebihan, kanak-kanak berkemungkinan berhenti menunjukkan tingkah laku positif.
9 Jenis Peneguhan Positif Contoh Pujian
8 STRATEGI MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU
8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Alihkan perhatian kepada aktiviti atau persekitaran yang lain . Ibu bapa dan guru harus peka mengenalpasti tanda-tanda awal tingkah laku mencabar. Alihkan perhatian sebelum tingkah laku mencabar ditunjukkan. Dapatkan perhatian kanak-kanak dan ubah kepada aktiviti atau persekitaran lain perlahan-lahan.
Tidak lupa memberikan perhatian sewajarnya sebelum mereka meminta perhatian dengan cara yang kasar (tingkah laku mencabar). Berikan galakan dan pujian jika tingkah laku yang baik ditunjukkan (untuk membentuk tingkah laku yang diingini). 8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Alihkan perhatian kepada aktiviti atau persekitaran yang lain .
Tidak terlalu banyak peraturan. Peraturan yang ditetapkan mesti jelas dan mudah diikuti. Peraturan seeloknya mempunyai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. 8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Menetapkan kontrak atau peraturan. Contoh Boleh bermain. Tidak boleh menjerit.
Perlu konsisten dan tegas dengan peraturan. Berlaku adil kepada semua ahli keluarga dan kanak-kanak lain. 8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Menetapkan kontrak atau peraturan. Berbincang dengan mereka bagi mengatasi sesuatu masalah . Ceritakan kepada kanak-kanak bagaimana untuk memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Dapatkan perhatian kanak-kanak dengan demonstrasi bagi menyelesaikan masalah. Sentiasa menggalakkan tingkah laku yang baik.
8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku yang tidak diingini. Elakkan pandangan mata. Teruskan seperti biasa tanpa memberi perhatian kepada tingkah laku tersebut. Terus beri perhatian segera apabila tingkah laku mencabar tersebut dihentikan. Tidak beri perhatian jika tingkah laku mencabar ditunjukkan sekali lagi (kemungkinan kanak-kanak menginginkan perhatian dan menguji ibu bapa atau guru).
8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Sentiasa bertenang. Cuba dapatkan perhatian kanak-kanak. Berikan arahan yang jelas kepada kanak-kanak. Beri respon kepada soalan, permintaan atau komen yang dikemukakan oleh kanak-kanak. Berikan respon yang ringkas. Berikan masa kepada kanak-kanak untuk mengingat semula arahan yang telah diberikan (latihan memori). Memberi arahan kepada kanak-kanak.
8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Beri masa untuk kanak-kanak berfikir. Beri pujian. Ulang semula arahan. Ulang arahan dengan sebab yang logik. Jika tingkah laku tidak diingini masih ditunjukkan, gunakan teknik lain yang lebih sesuai (kemungkinan kanak-kanak masih belum memahami situasi sosial secara kognitif). Memberi arahan kepada kanak-kanak.
8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Pilih cara bagaimana kanak-kanak itu boleh berkomunikasi apa yang mereka mahu melalui bantuan visual, perkataan atau isyarat. Mengajar mereka untuk menyatakan apa yang dikehendaki tanpa menunjukkan tingkah laku tidak diingini. Tunjukkan kepada anak bagaimana untuk meminta pertolongan. Berikan pujian apabila mereka berjaya lakukan dengan baik. Mengajar kanak-kanak berkomunikasi
8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Pilih cara bagaimana kanak-kanak itu boleh berkomunikasi apa yang mereka mahu melalui bantuan visual, perkataan atau isyarat. Mengajar mereka untuk menyatakan apa yang dikehendaki tanpa menunjukkan tingkah laku tidak diingini. Tunjukkan kepada anak bagaimana untuk meminta pertolongan. Berikan pujian apabila mereka berjaya lakukan dengan baik. Mengajar kanak-kanak berkomunikasi
8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Gunakan isyarat fizikal untuk menyatakan tidak kepada tingkah laku tersebut seperti meletakkan tangan di mulut agar tidak menggigit, memegang tangan dan sebagainya. Beritahu apa yang tidak boleh dilakukan seperti Jangan menggigit atau jangan berlari. Beritahu apa yang perlu dilakukan seperti angkat buku, tutup mulut dan sebagainya. Berikan pujian. Menghalang tingkah laku tidak diingini
8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Kaedah ini tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mengambil jalan keluar untuk masalah tingkah laku untuk melarikan diri dari situasi atau aktiviti. Kaedah ini juga tidak sesuai untuk kanak-kanak yang sentiasa mencederakan diri mereka sendiri apabila ditinggalkan bersendirian untuk tempoh masa tertentu. Beritahu kanak-kanak untuk menghentikan masalah tingkah laku yang tidak diingini. Jika tingkah laku masih berterusan, keluarkan kanakkanak daripada persekitaran tersebut untuk jangka masa yang tertentu. Time-out
8 Strategi Megurangkan Masalah Tingkah Laku Letakkan kanak-kanak di satu sudut jauh dari ahli keluarga atau rakan-rakan. Jika kanak-kanak bersetuju untuk mengikut arahan guru atau ibu bapa, benarkan mereka untuk menyambung aktiviti yang terhenti. Time-out
INSTRUMEN RINGKAS MENGENALPASTI TINGKAH LAKU MENCABAR DALAM BILIK DARJAH
Terdapat pelbagai jenis adaptasi Borang Kejadian Tingkah Laku (Behavior Incident Form) yang boleh direkodkan oleh guru atau ibu bapa di rumah dan di sekolah. Dengan merekodkan tingkah laku kanak-kanak, ibu bapa atau guru berpeluang untuk menganalisis dan mengambil langkah yang terbaik bagi mengatasi tingkah laku mencabar tersebut jika berulang. Dalam borang tingkah laku, ibu bapa atau guru boleh merekod tingkah laku kanak-kanak, situasi yang menjadi punca kepada tingkah laku yang ditunjukkan, langkah yang telah diambil sama ada secara efektif mahupun secara tiba-tiba dalam keadaan panik. Behaviour Incident Form
Setelah direkodkan semua perkara, ibu bapa atau guru boleh membuat eksperimen dengan mengambil tindakan/ langkah apabila tingkah laku mencabat tersebut berulang. Ibu bapa atau guru boleh menilai tindakan yang paling efektif untuk seseorang kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku mencabar. Borang tingkah laku tidak terikat kepada sesuatu format namun boleh diubah suai mengikut keperluan dan kesesuaian tempat atau keadaan kanak-kanak tersebut. Penulis hanya meletakkan beberapa contoh borang tingkah laku yang sedia ada dan terpulang kepada ibu bapa dan guru untuk mengubahsuai borang tersebut mengikut keperluan masing-masing. Behaviour Incident Form
SEKIAN, TERIMA KASIH