The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NOORHANIS BT MOHD IDRIS KPM-Guru, 2023-11-08 03:36:18

Modul Usrah SUMUR

Modul SUMUR

1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


2 1. Tujuan 1.1. Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini disediakan sebagai rujukan kepada pentadbir, guru dan murid di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM. 1.2. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan : 1.2.1. Surat siaran Pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); 1.2.2. Surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa. 2. Pengurusan 2.1 Pengurusan SUMUR berada di bawah tanggungjawab guru penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan melibatkan semua warga sekolah. 2.2 Seorang penyelaras perlu dilantik dalam kalangan guru kanan/ketua bidang yang berperanan untuk memastikan SUMUR dilaksanakan mengikut garis panduan pelaksanaan yang dibekalkan oleh pihak BPI KPM. 3. Pelaksanaan 3.1 SUMUR merupakan aktiviti tahunan yang merangkumi empat teras utama iaitu; Berbudi Bahasa, Jati Diri, Penampilan Diri dan Cara Hidup Beragama.


3 3.2 Keempat-empat teras utama SUMUR iaitu; Berbudi Bahasa, Jati Diri, Penampilan Diri dan Cara Hidup Beragama ini perlu dilaksanakan dan dinilai secara serentak. 3.3 Pelaksanaan SUMUR mampu memperkukuhkan lagi pelaksanaan Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM) serta Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) kelolaan BPSH kepada semua murid di sekolah KPM kerana SUMUR menyediakan instrumen penilaian secara holistik terhadap sahsiah murid melalui aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah. 4. Kandungan 4.1 SUMUR ialah satu program bagi memberi pengetahuan dan membina kesedaran di samping untuk menilai amalan murid secara berterusan terhadap peningkatan akhlak (adab), kelakuan (etika dan tingkahlaku) serta sahsiah (keperibadian) murid melalui empat teras utama dalam pelaksanaan SUMUR iaitu Berbudi Bahasa, Jati Diri, Penampilan Diri dan Cara Hidup Beragama. 4.2 SUMUR menyediakan satu aktiviti perbincangan dalam kumpulan antara murid iaitu aktiviti Usrah SUMUR menggunakan modul yang terangkum dalamnya kandungan bagi keempat-empat teras SUMUR. 4.3 Aktiviti Usrah SUMUR melibatkan kumpulan murid (maksimum 15 orang) yang diketuai oleh seorang ketua dalam kalangan murid dan guru bertindak sebagai pembimbing. 4.4 Aktiviti Usrah SUMUR menjadi medan untuk murid berbincang dan menjalankan aktiviti menggunakan modul Usrah SUMUR yang dibekalkan oleh pihak BPI KPM. 4.5 Aktiviti Usrah SUMUR perlu dilaksanakan pada kadar minimum sekali sebulan dan peruntukan masa setengah jam (30 minit) di semua sekolah, sama ada di sekolah yang mempunyai asrama atau tiada asrama.


4 4.6 Pelaksanaan aktiviti Usrah SUMUR adalah di luar waktu persekolahan dan cadangan masa pelaksanaan serta lokasi adalah mengikut kesesuaian sekolah. 5. Penilaian 5.1 Penilaian bagi instrumen SUMUR adalah bersifat holistik yang menilai individu murid bagi semua program dan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah menggunakan Borang Instrumen Penilaian SUMUR pada pautan: https://forms.gle/54cTx4QHmhDnTb7E6 5.2 Kaedah penilaian adalah berdasarkan kepada penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya dan pemerhatian guru bagi semua aktiviti dan program sekolah. 6. Pemantauan 6.1 Aktiviti pemantauan bagi pelaksanaan SUMUR dilakukan oleh pegawai KPM, penyelaras SUMUR di JPN/PPD dan pentadbir di sekolah masing-masing menggunakan Borang Pemantauan SUMUR KPM. 6.2 Sebarang pertanyaan bagi pelaksanaan SUMUR di negeri hendaklah dirujuk kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan di Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.


52


5


6PERINCIAN TERAS 1 - TERAS BERBUDI BAHASA TERAS KRITERIA CIRI-CIRBERBUDI BAHASA Hormat Menghormati a. Menyapa atau ucap selarasa hormat b. Mengutamakan yang dyang muda dan bersikap terc. Mematuhi peraturan, norundang-undang Tolong Menolong a. Bersikap kebersamaan b. Bersikap prihatin c. Bersikap sukarela melakKesantunan Tutur Bicara a. Intonasi pertuturan yangb. Penggunaan kata gelarac. Bahasa badan yang sesu


6 RI PENERANGAN CIRI-CIRI amat bagi memupuk Memberi salam/bertegur sapa dewasa, menyayangi rbuka Berlapang dada dengan perbezaan pendapat rma masyarakat dan Memupuk nilai kepatuhan Bekerja dalam satu pasukan Mempunyai sifat simpati dan empati kukan kebaikan Memberi pertolongan tanpa mengharapkan balasan g bersesuaian Menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengari an rasmi Menggunakan kata panggilan sesuai bagi situasi rasmi/tidak rasmi uai dengan situasi Menampilkan raut wajah dan lengguk badan yang sopan


7PERINCIAN TERAS 2 - TERAS PENAMPILAN DIRI TERAS KRITERIA CIRI-CIRPENAMPILAN DIRI Pemakaian a. Berpakaian sopan/menutb. Bersih/kemas/lengkap c. Sesuai Tingkah Laku a. Perlakuan yang sopan b. Membataskan pandangac. Membataskan pergaulanKepimpinan a. Bijak membuat keputusab. Berkomunikasi dengan bc. Berwawasan/berpandan


7 RI PENERANGAN CIRI-CIRI tup aurat Memakai pakaian yang sopan/tidak menjolok mata Pakaian yang tidak berbau/tiadak kotoran Mematuhi etika berpakaian mengikut situasi Menjaga adab/tatasusila dalam kehidupan an Tidak melihat perkara yang merosakkan hati/bahan pornografi n Tidak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan an Membuat keputusan yang tepat berdasarkan keperluan dan rasional baik Berani memberi pendapat/mengutarakan soalan/komen/kritikan membina ngan jauh Mempunyai visi/misi yang jelas dalam kehidupan


8PERINCIAN TERAS 3 - TERAS JATI DIRI TERAS KRITERIA CIRI-CIRJATI DIRI Sabar dan Tabah a. Kesediaan untuk berubab. Tidak berputus asa c. Kesederhanaan Tetap Pendirian a. Tegas mempertahankanb. Bijak membuat keputusac. Bertanggungjawab atas Semangat Juang a. Cekal menjalankan tugab. Gigih dalam mencapai kc. Mempamerkan semanga


8 RI PENERANGAN CIRI-CIRI ah Bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik Sentiasa berusaha dan bersemangat untuk mencapai kecemerlangan Bersikap tidak keterlaluan dalam semua situasi n keputusan Berani menegakkan keputusan yang telah dibuat dengan berhikmah/bijaksana an Boleh memberikan justifikasi/rasional atas setiap tindakan yang dilakukan keputusan Membuat keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan/fakta yang betual/tepat asan Bersedia/boleh menghadapi cabaran kecemerlangan Bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan at patriotisme Mempunyai semangat cintakan negara


9PERINCIAN TERAS 4 - TERAS CARA HIDUP BERAGAMA TERAS KRITERIA CIRI-CIRCARA HIDUP BERAGAMA Kepercayaan kepada Tuhan a. Mematuhi ajaran/niagama/kepercayaan masingb. Membina keharmonian bec. Berdamai dengan takdir/kBersyukur a. Mensyukuri nikmat/dikurniakan b. Bersangka baik atas nikdikurniakan c. Mendoakan kesejahteraIntegriti a. Amanah b. Jujur c. Menepati masa


9 RI PENERANGAN CIRI-CIRI lai berdasarkan g-masing Melaksanakan ajaran/nilai berdasarkan agama/kepercayaan masing-masing eragama Menjaga sensitiviti antara agama/kepercayaan kaum di Malaysia ketentuan Tuhan Akur/patuh ajaran/nilai yang ditetapkan dalam agama/kepercayaan masingmasing /pemberian yang Selalu berterima kasih atas nikmat/pemberian yang diperolehi kmat/pemberian yang Berlapang dada dengan nikmat/pemberian yang dikurniakan an Mendoakan agar nikmat/pemberian yang dikurniakan untuk dimanfaatkan semua Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan Berkata benar/telus/berterus terang Sentiasa menghadirkan diri tepat pada masa yang ditetapkan


1CARTA PERBATUAN PBIL AKTIVITI 1 Surat Siaran Pelaksanaan dari BPI KPM untuk dipanjangkan ke sekolah 2 Mesyuarat Jawatankuasa SUMUR, perancangan TaSUMUR dan pelantikan AJK SUMUR peringkat seko3 Pelancaran SUMUR peringkat sekolah 4 Pelaksanaan SUMUR peringkat sekolah 5 Aktiviti Usrah SUMUR BIL AKTIVITI 6 Pelaksanaan SUMUR peringkat sekolah 7 Aktiviti Usrah SUMUR 8 Pengisian Borang Instrumen Penilaian SUMUR bakendiri, penilaian rakan sebaya dan penilaian berdpemerhatian guru pembimbing BIL AKTIVIT9 Pengisian Borang Instrumen Penilaian SUMUR bagdan penilaian berdasarkan pemerhatian guru pemb10 Pihak SPI JPN menghantar pencalonan pelaksana semasa kepada urusetia SUMUR di BPI KPM. 11 Urusetia SUMUR di BPI KPM menganalisa data yamenyenaraikan sekolah yang dinobatkan sebagai bpelaksana terbaik program SUMUR bagi tahun sem


10 ELAKSANAAN SUMUR APRIL MEI JUN JULAI 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 akwim olah OGOS SEPT OKT 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 gi penilaian asarkan TI NOV 1 2 3 4 gi penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya bimbing terbaik program SUMUR bagi tahun ang dihantar dalam MS Excel dan benchmark peringkat kebangsaan bagi masa.


11 LAMPIRAN D MODUL Usrah SUMUR SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA CYBERJAYA 2019


12 MODUL Usrah SUMUR SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) KELUARAN PERTAMA 2019 CETAKAN KEDUA 2022 © Kementerian Pendidikan Malaysia Diterbitkan oleh : Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia


13 KANDUNGAN Ex-Officio 3 Panel Pembina Modul Usrah SUMUR SUMUR 4 Kata-Kata Aluan Pengarah BPI KPM 6 Pendahuluan : Objektif Usrah SUMUR SUMUR 7 Pengisian Usrah SUMUR SUMUR 9 Adab-Adab Usrah SUMUR SUMUR 10 TERAS Berbudi Bahasa 11 TERAS Jati Diri 69 TERAS Penampilan Diri 99 Penghargaan 122


14 EX-OFFICIO Penasihat : Tn Hj Hassan Nudin bin A. Hamid Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM Pengerusi : Pn Noriah binti Haron Timbalan Pengarah Pembangunan Program Adab dan Nilai BPI KPM Timbalan Pengerusi I : Pn Farhana bt Abd Rashid Ketua Penolong Pengarah Kepimpinan Islam Pembangunan Program Adab dan Nilai BPI KPM Timbalan Pengerusi II : Tn Hj Arifuddin b Abd Hamid Ketua Penolong Pengarah Akidah dan Pemikiran Pembangunan Program Adab dan Nilai BPI KPM Timbalan Pengerusi III : Tn Hj Mohamad Shafie bin Ismail Ketua Penolong Pengarah Akhlak dan Syiar Islam Pembangunan Program Adab dan Nilai BPI KPM


15 PANEL PEMBINA MODUL Usrah SUMUR SUMUR Ketua : En Mohd Zamri bin Mohamed Noor Penolong Pengarah Akhlak dan Syiar Islam Pembangunan Program Adab dan Nilai BPI KPM Ahli Panel : En Wan Zayuhisham bin Wan Yusoff Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Selangor En Ismail bin bin Husain Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu Negeri Sembilan En Mohd Khusairi bin Che Ismail SMK Bahau 2 (MAHSAN), Bahau, Negeri Sembilan En Mohd Fazli bin Abdul Manaf SK Sungai Melut (A), Sepang, Selangor En Mohd Afandie bin Yahaya SK Kg. Baharu Lanjut, Sepang, Selangor En Khairul Azwar bin Ab Razak SK Puchong Utama, Puchong, Selangor Pn Suraya bt Md Saad SMK Puchong Perdana, Puchong, Selangor Pn Fa’izah bt Md Khamis SMK Pandan Jaya, Hulu Langat, Selangor Pn Azarina bt Karim SAM Hulu Langat, Kajang, Selangor Pn Rabiatun Adawiah bt Che Ramly SMK Bukit Tinggi, Klang, Selangor Pn Rodziah bt Idris SMK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor


16 Pembaca Proof : Pn Maryati bt Mohd Amin SMK Convent (M) Kajang, Hulu Langat, Selangor Pn Fatimah bt Bunyamin SK Desa Jasmin, Hulu Langat, Selangor


17 KATA ALU-ALUAN Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat serta keizinan-Nya telah memungkinkan usaha untuk menerbitkan Modul Usrah SUMUR Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) yang akan digunapakai di sekolah-sekolah KPM pelaksana SUMUR mulai tahun 2021. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersungguh-sungguh dalam usaha menjayakan penghasilan modul ini. Semoga segala usaha tersebut diberi ganjaran sebaik-baiknya di sisi Allah SWT. Besarlah harapan saya agar semua guru dan murid dapat menjalankan aktiviti Usrah SUMUR ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan melaksanakannya hanya kerana Allah SWT. Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa agar segala usaha kita ini akan mendapat keredhaan Allah SWT. Sekian, terima kasih HAJI HASSAN NUDIN BIN A.HAMID


18 PENDAHULUAN : OBJEKTIF Usrah SUMUR 1. Berkenalan Berkenalan antara satu sama lain merupakan objektif utama dalam pelaksanaan aktiviti Usrah SUMUR. Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang dalam erti kata mereka perlu menyedari dan memahami pengertian persahabatan sejati sesama saudara. Ahli Usrah SUMUR digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut. 2. Persefahaman Objektif kedua aktiviti Usrah SUMUR ialah persefahaman. Kita dituntut sepanjang masa untuk berpegang teguh kepada kebenaran. Setelah memeriksa diri sendiri, maka hendaklah saling nasihat menasihati antara satu sama lain apabila ada kekurangan pada saudara yang lain. Dalam memberi nasihat, yang diberi nasihat hendaklah bersedia menerima nasihat daripada saudaranya dan berterima kasih atas nasihat tersebut. Manakala pemberi nasihat pula, janganlah berburuk sangka terhadap saudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan hati itu sekadar jarak sehelai rambut sekalipun. Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu dan tidak menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya kepada orang lain. Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua kumpulan Usrah SUMUR jika merasa tidak berdaya untuk memperbaikinya. Dalam apa jua keadaan sekalipun, janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap saudara yang bersalah tadi, malah hendaklah memberikan kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yang dikehendaki. Saudara yang diberi nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya kepada pemberi nasihat. 3. Bantu-membantu/Keseimbangan Bantu-membantu adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada yang terbiar dan terdampar. Objektifnya hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama memikul bebanan dan tanggungjawab secara bersama. Untuk itu, kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, saling menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin. Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli Usrah SUMUR untuk mencapai objektif Usrah SUMUR ini dengan sebaik mungkin. Kita mesti saling percaya mempercayai dan menjaga kerahsiaan sesama ahli Usrah SUMUR. Oleh yang demikian, laksanakanlah amanah dan tugas ini dengan penuh keikhlasan dan cekal dalam perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana persahabatan sejati di kalangan ahli Usrah SUMUR. Mudah-mudahan hidup kita akan diberkati khususnya untuk membentuk negara Malaysia yang aman damai dan makmur berteraskan kepada perpaduan pelbagai kaum yang ada di seluruh negara.


19 PENGISIAN Usrah SUMUR 1. Membentangkan permasalahan dan kesalahan Setiap ahli Usrah SUMUR hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan yang dihadapi, kemudian ahli yang lain dalam kumpulan Usrah SUMUR turut mengambil berat untuk menolong anggota mengatasi masalah tersebut. 2. Perbincangan Kita digalakkan untuk bertukar-tukar pendapat berkaitan semua perkara dalam kehidupan seharian. Hendaklah menatap risalah-risalah dan taklimat yang diedarkan. Dalam setiap pertemuan Usrah SUMUR, janganlah ada sebarang pertengkaran dan pertikaman lidah. Perbincangan hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan dengan cara menghargai pendapat yang datang daripada semua pihak. 3. Kajian buku Kita juga digalakkan untuk mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu. Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan, maka hendaklah beralih untuk membincangkan isi kandungannya secara bersama dalam menjayakan erti persahabatan dan persaudaraan yang sebenar. 4. Program tambahan Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli Usrah SUMUR, maka perkara berikut perlu diambil berat : i) Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya. ii) Mengadakan perkelahan pada masa terluang. iii) Memupuk nilai saling ziarah menziarahi antara ahli dalam kumpulan Usrah SUMUR. iv) Mewujudkan nilai simpati dan empati dalam diri setiap ahli Usrah SUMUR. v) Saling bekerjasama dan memupuk nilai kekitaan di kalangan ahli Usrah SUMUR.


20 ADAB-ADAB Usrah SUMUR 1. Mengikhlaskan niat. 2. Datang ke tempat Usrah SUMUR tepat pada waktu yang ditetapkan. 3. Meminta izin untuk masuk dan keluar Usrah SUMUR serta memberi salam/ucap selamat sebelum masuk Usrah SUMUR. 4. Datang ke majlis Usrah SUMUR dalam keadaan bersih tubuh badan dan pakaian. 5. Datang ke majlis Usrah SUMUR dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan contohnya buku catatan. 6. Hadir aktiviti Usrah SUMUR dengan hasrat untuk mengukuhkan persaudaraan dan berazam untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. 7. Jangan mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar. 8. Sentiasa berusaha untuk merapatkan persaudaraan di kalangan ahli Usrah SUMUR. 9. Berada dalam keadaan sopan santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang dibangkitkan. 10. Bersalaman dan bermaafan selepas selesai sesi Usrah SUMUR.


21 TERAS BERBUDI BAHASA


22 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Hormat Menghormati CIRI-CIRI : Memberi salam/bertegur sapa ketika bersua AKTIVITI : Simulasi Salam MASA : 30 minit BAHAN : Nyanyian lagu yang mengandungi perkataan “Assalamualaikum/Salam Sejahtera”. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan konsep salam/bertegur sapa. ➢ Melafazkan ucapan salam/selamat sejahtera dengan sempurna. LANGKAH : ➢ Ahli diminta menyanyikan lagu komersial yang mengandungi perkataan “Assalamualaikum/Salam Sejahtera” di corong- corong radio. ➢ Ahli memberi sumbang saran galakan memberi salam/ucap selamat sejahtera dan menjawab salam. ➢ Ketua kumpulan Usrah SUMUR merumuskan aktiviti dengan sebuah kisah teladan berkaitan salam/ucap selamat sejahtera. REFLEKSI : Mendahulukan memberi salam/selamat sejahtera dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.


23 LAMPIRAN Adab pertama ➢ Urutan salam/ucapan selamat sejahtera yang Menggalakkan : o Orang berkenderaan memberi salam/selamat sejahtera kepada yang berjalan. o Orang yang berjalan memberi salam/selamat sejahtera kepada orang yang duduk o Rombongan yang sedikit memberi salam/selamat sejahtera kepada rombongan yang lebih banyak o Yang kecil (muda) memberi salam/selamat sejahtera kepada yang besar (tua) Adab Kedua Adab Ketiga ➢ Adab mendahulukan salam/selamat sejahtera kerana orang yang memulakan salam ialah orang yang paling mulia. ➢ Adab berjabat tangan. Selain mengucapkan salam/selamat sejahtera, adab yang indah bagi seorang ketika bertemu dengan saudaranya adalah berjabat tangan dengan erat. ➢ Berwajah manis iaitu memberi senyuman dan penampilan yang menyenangkan. ➢ Tidak memalingkan muka iaitu berusaha untuk menatap orang ketika berjabat tangan.


24 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Hormat Menghormati CIRI-CIRI : Mengutamakan orang dewasa dalam kebanyakan hal AKTIVITI : Say… “Hello!”/Assalamualaikum MASA : 30 minit BAHAN : Gambar atau kad imbasan dengan kata sapaan. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Mengenal pasti cara sapaan yang sesuai kepada orang dewasa daripada aspek panggilan. LANGKAH : ➢ Ahli Usrah SUMUR menyebut contoh sapaan semasa di rumah bersama ahli keluarga masing-masing. ➢ Ahli Usrah SUMUR menyebut mengenai sebab sapaan tersebut digunakan. Contoh-contoh panggilan kepada orang dewasa seperti “Tuan”, “Puan”, “Encik”, “Cik”, “Pak Long” dan sebagainya. ➢ Ketua kumpulan menjelaskan kesesuai sapaan mengikut protokol. REFLEKSI : Hormat menghormati ialah amalan yang mulia.


25 LAMPIRAN Kata Ganti Dan Sapaan dalam Masyarakat Hubungan Umur Kata Ganti Diri Erat Lebih tua daripada penutur/ Separuh umur Pak, pak cik, mak, mak cik Lebih Erat Lebih tua daripada penutur/ Separuh umur Pak cik + nama Pak + nama Contoh : Pak cik Man Pak Abu Mak cik + nama Mak + nama Contoh : Mak cik Limah Mak Bedah Kurang Rapat Jauh lebih tua daripada penutur Tok + nama Contoh : Tok Munah Rapat Jauh lebih tua daripada penutur Pangkat dalam keluarga Contoh : Tok Cik Nek + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Nek Ngah Rapat Lebih tua daripada penutur Abang + nama Contoh: Abang Zaki Kak + nama Contoh : Kak Tijah Rapat Lebih muda daripada penutur Nama sahaja (jika diketahui namanya) Kalau tidak tahu Usrah SUMURunakan panggilan adik sahaja. Rapat Sebaya Nama sahaja Kurang rapat Sebaya Saudara (lelaki) Saudari (perempuan)


26 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Hormat Menghormati CIRI-CIRI : Berdiri Ketika Bercakap Dengan Orang Lebih Dewasa AKTIVITI : #Hormat MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyenaraikan cara menghormati guru. ➢ Menunjukkan simulasi menghormati guru. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menyebut cara-cara menghormati guru. ➢ Tunjuk cara menghormati guru seperti berdiri, tunduk hormat, ucapan dengan nada sopan, senyum dan sebagainya. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan tentang perbuatan tunjuk hormat yang betul apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa. REFLEKSI : Hormat menghormati ialah amalan yang mulia.


27 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Hormat Menghormati CIRI-CIRI : Berlapang Dada Dengan Perbezaan Pendapat AKTIVITI : Telur @ Ayam? MASA : 30 minit BAHAN : Gambar ayam dan gambar telur. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan maksud perbezaan pandangan dalam sesuatu perkara. ➢ Mengetahui adab-adab perbezaan pandangan dalam sesuatu perkara. LANGKAH : ➢ Perbincangan tentang teka teki tentang kewujudan ayam atau telur. ➢ Setiap ahli berpeluang memberi pandangan masing-masing. REFLEKSI : ➢ Menghormati pandangan orang lain. ➢ Perbezaan pendapat ialah satu rahmat.


28


29 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Hormat-menghormati CIRI-CIRI : Menerima Kekurangan Dan Kelebihan Tanpa Syarat AKTIVITI : Sebutan Pantas MASA : 30 minit. BAHAN : Gambar lori merah dan kuning, jari tangan. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat : ➢ Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan dimiliki oleh setiap orang. LANGKAH : ➢ Ahli diminta menyebut frasa ‘Red Lorry Yellow Lorry’ secara bergilir-gilir. ➢ Ahli diminta menyebut frasa ‘Red Lorry Yellow Lorry’ secara berulang-ulang. ➢ Ketua kumpulan membuat penilaian ke atas setiap ahli seterusnya membuat rumusan ; ahli yang lancar menunjukkan ‘kelebihan’ dan ahli yang tergagap adalah sebaliknya. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli melihat jari masing-masing dan membuat refleksi. ➢ Ketua kumpulan mengaitkan aktiviti menyebut frasa di atas dengan fungsi jari. REFLEKSI : Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan umpama lima jari; jempol (ibu jari) yang selalu berkata baik; telunjuk yang suka memerintah; jari hantu yang sombong, paling panjang dan menghasut jari telunjuk; jari manis menjadi teladan baik dan sabar sehingga diberi hadiah cincin dan kelingking yang lemah tetapi menurut perintah. Namun, mereka tetap bersatu dan saling melengkapi.


30


31 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Tolong-menolong CIRI-CIRI : Memberi Pertolongan Tanpa Dipinta AKTIVITI : Ringan Tulang MASA : 30 minit BAHAN : Pen, wang OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat : ➢ Menerangkan konsep tolong-menolong dalam kehidupan. ➢ Menyenaraikan bentuk-bentuk pertolongan yang boleh dihulurkan. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan membawa banyak barang (buku, beg dan sebagainya) ➢ Ketua kumpulan menilai tindakan/reaksi daripada ahli sama ada menghulurkan bantuan atau sebaliknya ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan tentang reaksi tersebut. REFLEKSI : Bersikap pro-aktif dalam menghulurkan pertolongan.


32 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Tolong-menolong CIRI-CIRI : Ikhlas Memberi Pertolongan AKTIVITI : Hitam Itu Menawan MASA : 30 minit BAHAN : Kertas berwarna hitam saiz A4. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat : ➢ Menyatakan pengertian bantu-membantu. ➢ Menyatakan ciri-ciri ikhlas dalam bantu-membantu. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan meminta pandangan ahli tentang bencana alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang memerlukan perhatian dan bantuan contohnya banjir di Malaysia. ➢ Ketua kumpulan menerangkan bahawa setiap bantuan perlu ikhlas. ➢ Ketua kumpulan menuliskan sesuatu di atas kertas tersebut menggunakan pensil tanpa dilihat oleh semua ahli. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli meneliti kertas hitam dan meminta mereka menyatakan gambar yang terdapat pada kertas tersebut. ➢ Ketua kumpulan merumuskan dengan mengaitkan antara bantuan dan sifat ikhlas berdasarkan perumpaan kertas hitam dan aktiviti tadi. REFLEKSI : Kertas hitam sama seperti keikhlasan dalam beramal seumpama seekor semut yang hitam, berada di atas batu yang hitam, di malam yang gelap gelita.


33 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Tolong-menolong CIRI-CIRI : Mengambil berat terhadap orang di sekeliling AKTIVITI : Sharing Is Caring, Caring Is Loving MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat : ➢ Menyatakan kepentingan bekerjasama dalam pasukan ➢ Menyenaraikan kesan buruk jika tidak bekerjasama dalam pasukan. ➢ Menerangkan langkah-langkah mengukuhkan kerjasama secara konsisten. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan melukiskan lambang ‘love’ lalu bertanya kepada ahli Usrah SUMUR SUMUR tentang pengertian cinta kepada mereka. ➢ Ketua kumpulan meminta maklum balas ahli Usrah SUMUR tentang keutamaan dalam cinta. ➢ Ketua kumpulan menceritakan kisah teladan berkaitan perkara ini. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan pengajaran kisah teladan tersebut. REFLEKSI : Tolong-menolong dalam perkara kebaikan.


34 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Tolong-menolong CIRI-CIRI : Kebolehan Memahami dan Merasai Penderitaan Sebenar Orang lain (Empati) AKTIVITI : Sehati Sejiwa MASA : 30 minit BAHAN : Panadol /paracetamol/ubat yang pahit. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat : ➢ Menyatakan penderitaan ialah satu ujian kepada manusia. ➢ Menyenaraikan kepentingan sifat empati terhadap orang lain. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan menunjukkan Panadol kepada ahli Usrah SUMUR lalu bertanya tentang pengalaman mereka memakan ubat yang pahit. ➢ Ketua kumpulan mengaitkan rasa pahit ubat yang menjadi penawar kepada sakit dengan pengalaman pahit dalam hidup yang menjadi pendorong kejayaan. ➢ Ketua kumpulan meminta beberapa orang ahli Usrah SUMUR menceritakan peristiwa pahit/sedih yang pernah dialami. ➢ Ahli Usrah SUMUR menceritakan pengalaman masing- masing ➢ Ahli yang mendengar dibenarkan memberi pandangan ➢ Ketua kumpulan menilai reaksi daripada ahli Usrah SUMUR. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan tentang reaksi tersebut. REFLEKSI : Menyelami penderitaan orang lain memberi keinsafan dan melahirkan rasa syukur.


35 LAMPIRAN : Empati Simpati Maksudnya melakukan sesuatu kepada orang lain Jadi dengan kata lain empati adalah kemampuan kita dalam memberi maklumbalas terhadap keinginan orang lain yang tidak terucap secara lisan. Kemampuan memberi maklumbalas seperti ini dapat meningkatkan hubungan yang erat dengan orang lain. Pengertian simpati adalah melakukan sesuatu kepada orang lain dengan menggunakan cara yang baik dan menyenangkan menurut pandangan kita. Empati adalah suatu perasaan hiba yang muncul saat kita melihat seseorang dalam kesusahan dan terus bertindak seperti terus menghulur bantuan dan menyelesaikan masalahnya. Simpati adalah suatu perasaan hiba yang muncul saat kita melihat seseorang dalam kesusahan tetapi tidak membuat apa-apa tindakan.


36 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Tolong-menolong CIRI-CIRI : Bersungguh-sungguh Memberikan Bantuan dan Pertolongan AKTIVITI : The Power Of Love MASA : 30 minit BAHAN : Kertas A4, pen. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat : ➢ Menyatakan tiga bentuk bantuan kepada yang memerlukan. ➢ Menyenaraikan tiga langkah untuk memupuk sikap tolongmenolong. LANGKAH : ➢ Ahli diminta melukiskan gambar sebatang pokok yang bercabang tujuh. ➢ Ahli bebas melukis bilangan buah yang mereka kehendaki pada setiap cabang pokok. ➢ Ahli Usrah SUMUR menilai dan memberi pandangan terhadap lukisan ahli-ahli yang lain. ➢ Ketua kumpulan membuat kaitan sedekah seumpama sebiji benih yang akan tumbuh menjadi sebatang pokok yang mana setiap dahannya mengeluarkan buah yang banyak. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan tentang reaksi tersebut. REFLEKSI : Bersifat ringan tulang, suka bersedekah, suka menolong dan sebagainya meningkatkan rezeki pada masa hadapan


37 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Mengenang Budi / Menghargai CIRI-CIRI : Mengucapkan Terima Kasih Atas Sesuatu Pemberian Dan Pertolongan. AKTIVITI : Thank you MASA : 30 minit BAHAN : Gula-gula OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat : ➢ Menyebut ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan atas pemberian yang diterima. ➢ Menyenaraikan tiga sebab perlu berterima kasih. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan mengedarkan gula-gula kepada setiap ahli. ➢ Ketua kumpulan mengenalpasti ahli yang mengucapkan terima kasih ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan dengan menyebut ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli menyenaraikan sebab-sebab perlu berterima kasih. REFLEKSI : Menzahirkan kesyukuran melalui ucapan terima kasih dan menunjukkan cara memberi penghargaan kepada seseorang contohnya memberi hadiah. Terima Kasih Syukran Nandre Sey sey Arigato Haik


38


39 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Mengenang Budi / Menghargai CIRI-CIRI : Memberikan Tanda Ingatan Sempena Peristiwa Bermakna Kepada individu AKTIVITI : Dariku Untukmu MASA : 30 minit BAHAN : Kertas A4 dan pen. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat : ➢ Menyatakan keperluan memberi penghargaan sempena peristiwa yang bermakna kepada individu. ➢ Menjelaskan perasaan masing-masing setelah menerima penghargaan. LANGKAH : ➢ Ahli diminta menulis nama dan tarikh lahir masing- masing dalam sehelai kertas. ➢ Ketua kumpulan mengumpulkan dan mengedarkannya semula kepada orang yang berbeza. ➢ Ahli membuka kertas tersebut dan mengenalpasti pemilik kertas tersebut dan memberi ucapan selamat hari lahir kepada individu yang lahir pada tiga bulan yang hampir. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan tentang reaksi tersebut. REFLEKSI : Membudayakan melakukan kebaikan dalam hidup seharian.


40 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Mengenang Budi / Menghargai CIRI-CIRI : Menzahirkan Penghormatan Dalam Perlakuan AKTIVITI : Super Spontan MASA : 30 minit BAHAN : Koleksi gambar tingkah laku hormat/kad imbasan bertulis arahan. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat : ➢ Menunjukkan cara memberi penghormatan ketika bertemu. ➢ Menyenaraikan tiga tingkah laku sopan secara spontan dalam kehidupan. LANGKAH : ➢ Ahli melakonkan aksi spontan berdasarkan arahan dalam kad imbasan/koleksi gambar tingkah laku contohnya perkataan ‘bertemu’. Ahli akan melakonkan aksi berjabat tangan. Contoh koleksi gambar situasi/tulisan pada kad - situasi pertemuan (berjabat tangan) - berjalan di hadapan orang tua ( tundukkan badan) - orang tua melintas jalan (dipimpin) ➢ Ketua kumpulan menilai tindakan/reaksi daripada ahli. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan tentang reaksi tersebut. REFLEKSI : Membudayakan amalan mulia dalam kehidupan seharian.


41 LAMPIRAN :


TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Mendengar nasihat dan mematuhi sebarang arahan yang ditetapkan CIRI-CIRI : Mengenang Budi / Menghargai Budi AKTIVITI : Radio Rosak MASA : 30 Minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat : ➢ Bersedia menerima nasihat dan arahan yang diberikan ➢ Memberi perhatian dan fokus semasa arahan diterima LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan menerangkan cara permainan dikendalikan. ➢ Peserta diminta berada dalam satu barisan yang lurus dalam jarak sedepa antara satu sama lain ➢ Ketua kumpulan memberi arahan kepada seorang ketua kumpulan secara rahsia (Berbisik) ➢ Ketua kumpulan akan menyampaikan arahan yang diterima kepada peserta kedua secara rahsia (berbisik), arahan tersebut akan diteruskan sehingga peserta yang terakhir. ➢ Ahli Usrah SUMUR yang terakhir diminta tampil ke hadapan dan menyebut semula arahan yang telah diterimanya. REFLEKSI : Sentiasa bersedia untuk menerima dan menjalankan arahan dengan tepat. Katak ketip kuku kakinya. Kawan baik katak, kodok bertanya, “kenapa katak ketip kuku kakinya?” Kata Katak, “kuku kakinya memang kena ketip”. Kodok kata,36“ Kutip kuku lepas ketip”.


43 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Sentiasa menziarahi keluarga, rakan dan individu tertentu CIRI-CIRI : Mengenang budi/ menghargai AKTIVITI : Hari Ini Hari Raya MASA : 30 Minit BAHAN : Klip video lagu raya Hael Husaini, “Bersyukur Seadanya” OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan sebahagian adab berziarah ➢ Menyebut kelebihan berziarah LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan memberi gambaran situasi pada hari perayaan ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta menceritakan pengalaman masing- masing ketika menyambut hari raya bersama keluarga ➢ Ketua kumpulan menyebut tentang amalan ziarah yang merupakan aktiviti utama semasa perayaan ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan adab berziarah dan kelebihan daripada aktiviti berziarah REFLEKSI : Amalan ziarah-menziarahi wajar dijadikan budaya dalam kehidupan seharian. Ziarah dapat menghubungkan dan merapatkan ikatan persaudaraan.


44 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Kesantunan Tutur Bicara CIRI-CIRI : Penggunaan Intonasi Suara dan Bahasa Badan sesuai AKTIVITI : Ku Seru Namamu MASA : 30 Minit BAHAN : Sampul surat berisi teks ucapan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menggunakan intonasi suara yang sesuai dengan bahasa badan ➢ Menggunakan intonasi yang sesuai dan menarik perhatian seseorang LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan mengedarkan sampul surat berisi arahan tugasan secara rawak ➢ Setiap ahli yang menerima tugasan diminta untuk membacakan teks mengikut intonasi yang sesuai ➢ Setiap ahli Usrah SUMUR diberikan peluang untuk memberi komentar daripada ucapan tersebut ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan tentang teknik pengucapan yang betul REFLEKSI : Intonasi suara dan bahasa badan yang sesuai dapat mempengaruhi pendengar dalam menyebarkan dakwah.


Click to View FlipBook Version