45 LAMPIRAN : ADAB MENYAMPAIKAN UCAPAN : • Berselawat sebelum menyampaikan ucapan • Mewujudkan suasana mesra dengan khalayak • Jangan tergesa-gesa menyampaikan ucapan • Memulakan dengan bercerita pendek berkenaan tajuk ceramah • Sentiasa memuji khalayak dan selalu senyum • Bercakap dengan sopan dan tertib • Berdiri dengan yakin • Memandang khalayak di hadapan • Jangan menghentam khalayak atau mengutuk • Layan pertanyaan dengan adil • Tegaskan idea utama sebelum berhenti • Mohon kemaafan sebelum berhenti PETUA KOMUNIKASI BERKESAN : • ACCURATE (TEPAT) Maklumat yang disampaikan mesti betul, tepat dan boleh dipercayai • BRIEF(RINGKAS) Maklumat disampaikan secara padat dan mudah difahami • CLEAR (JELAS) Jelas dari segi suara, alat bantu, penjelasan dan ayat • DIRECT (LANGSUNG) Berterus-terang dan tidak berbelit • EASY (MUDAH) Penyampaian maklumat secara mudah dan tidak mengelirukan • FAST (LANCAR) Penyampaian maklumat mesti lancar, tiada sebarang gangguan • GOOD TASTE (SEDAP DENGAR) Menggunakan bahasa yang bagus, sopan, ada jenaka dan memuji
46 CARA MENINGKATKAN KREDIBILITI SEMASA MENYAMPAIKAN UCAPAN / CERAMAH : • Bersifat dinamik, bertenaga, aktif dan bersungguh-sungguh (minat) • Konsisten sepanjang sesi ucapan / ceramah • Keramahan seperti bersifat mesra dengan khalayak, anggap khalayak lebih tahu, mohon kerjasama • Kejujuran dan bercakap benar • Keikhlasan dalam menyampaikan maklumat • Memberi penekanan terhadap mesej utama / penting • Menjawab soalan-soalan khalayak sebaik mungkin • Prihatin terhadap khalayak • Kepakaran dalam bidang diperkatakan • Punya daya tarikan peribadi seperti cara bercakap, berpakaian, kepetahan berhujah dan sebagainya.
47 Contoh Teks Ucapan : TEKS UCAPAN KETUA PENGAWAS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ PADA 29 MEI 2016 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berusaha, Puan Rozita Binti Ahmad - Pengetua SMKCJ Puan Sofia Nor Binti Molhit - Penolong Kanan Encik Othman Bin Omar - PK HEM Puan Anita Mazlina Bt Azman Arash - PK Kokurikulum Encik Termizi Bin Mohd Tahir - PK Petang Yang dihormati, Ketua-ketua bidang, Guru-guru Cemerlang, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG Guru-guru, Kakitangan sekolah, Dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
48 Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mengungkapkan kata-kata dan menyusun bicara pada hari yang penuh bersejarah ini. Sebaris kata P.Ramlee, tiada kata secantik bahasa, tiada gambar secantik lukisan, untuk dicurahkan perasaan. Sebagai mewakili lebih daripada 2000 orang pelajar SMKCJ di sini, ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada seluruh warga pendidik yang pernah mengajar kami, walaupun di mana jua berada. Gurulah yang menjadi arkitek untuk pembinaan tamadun sesuatu bangsa. Sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara ini dimulakan oleh para guru. Merekalah yang meniup api kebencian terhadap penjajah sehingga bangkitlah semangat nasionalisme yang kental dalam kalangan rakyat. Usaha membangunkan rakyat melalui Dasar Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Negara juga diletakkan di pundak para guru. Lahirnya pemimpin ternama, pakar bedah, peguam terkenal, usahawan terulung, jurutera, angkasawan, dan sesiapa sahaja yang membangunkan negara ini juga bermula daripada jasa guru. Jelaslah bahawa guru berperanan untuk membina negara bangsa. Guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian, Ingin saya ungkapkan betapa syukurnya dan bertuahnya kerana berpeluang menerima didikan di SMK Cheras Jaya ini. Para gurunya amat berdedikasi dan komited dalam menjalankan tanggungjawab. Para guru juga sanggup berkorban masa dan tenaga demi kejayaan anak- anak didikannya. Istilah jemu dan keluhan tidak pernah menerpa ke kuping telinga kami. Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan dan adik-adik sekalian untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru. Usahlahlah dihimpunkan segala kesumat di dada walau sekelumit sekali pun. Marilah kita sama-sama mengucapkan ungkapan keramat ‘Selamat Hari Guru’. Sebagai penutupnya, selaku Ketua Pelajar ingin memohon maaf kerana sambutan hari guru di sekolah ini tidaklah semeriah mana, namun begitu kepada kami, kecil atau besar sesuatu majlis itu bukanlah kayu pengukur kepada penghargaan seorang ahli Usrah SUMUR SUMUR kepada gurunya. Sesungguhnya insan yang bergelar guru ialah insan yang paling mulia di sisi-Nya. Sekian, terima kasih.
49 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Kesantunan Tutur Bicara CIRI-CIRI : Penggunaan bahasa yang sopan dan lembut AKTIVITI : 5S5T (5 Situasi + 5 Tempat Berbeza) MASA : 30 Minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Bercakap menggunakan bahasa yang sopan dan lembut ➢ Menyatakan kelebihan bercakap dengan bahasa yang betul dan sopan LANGKAH REFLEKSI : : ➢ Ahli Usrah SUMUR diberi tugasan melafazkan gaya percakapan di lima tempat berdasarkan situasi yang berbeza: a. Kaunter bank (meminta bantuan untuk mengisi borang) b. Klinik kerajaan (bertanya lokasi bilik rawatan) c. Padang bola (meminta bantuan untuk mendapatkan peralatan) d. Stesen bas ( mendapatkan kepastian platform bas yang akan dinaiki) e. Restoran (cara memanggil pelayan restoran) ➢ Setiap ahli Usrah SUMUR dibahagikan tugas untuk membawa watak percakapan situasi di atas Berhati-hati dalam berkata-kata.
50 TERAS : Berbudi Bahasa KRITERIA : Penggunaan Kata-kata penghormatan yang tetap CIRI-CIRI : Kesantunan Tutur Bicara AKTIVITI : Salutasi Majlis MASA : 30 Minit BAHAN : Kertas A4, Pen & Lampiran Salutasi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyebut sapaan yang sesuai dengan kedudukan seseorang semasa dalam majlis ➢ Menyenaraikan kelebihan sapaan yang betul dalam majlis LANGKAH : ➢ Ahli Usrah SUMUR membuat cabutan nombor giliran sebagai Pengacara Majlis : o Kejohanan Sukan Sekolah o Hari Kantin Sekolah o Majlis Mesyuarat Agung PIBG o Majlis Anugerah Kecemerlangan o Majlis Pelancaran Minggu 3K ➢ Ahli Usrah SUMUR berkolaboratif untuk mengacara majlis REFLEKSI : Budi Bahasa Budaya Kita
51 LAMPIRAN Sapaan Hormat (Pergaulan formal) KATA GANTI DIRI ORANG YANG DITUJUKAN Tuan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur (dari segi status pekerjaan) Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis Contoh : Tuan Pengerusi Majlis Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor. Contoh : Tuan Hakim Usrah SUMURunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi. Contoh : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai Encik Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin Orang perempuan yang memegang jawatan Contoh : Puan Pengetua Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi Contoh : Puan-puan sekalian. Cik Orang perempuan yang belum kahwin Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur.
52 Saudara (lelaki) / Saudari (perempuan) Orang yang baru dikenali Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis Usrah SUMURunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan b. Gelaran warisan Gelaran Bahasa Sapaan Tun Toh Puan Tan Sri Puan Sri Datin Paduka Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan,Puan, Encik atau Cik kecuali mempunyai gelran lain seperti Doktor, Profesor , Tengku atau Haji. Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad c. Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran Bahasa Sapaan Profesor Doktor Cikgu Ustaz Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Contoh : seseorang guru agama dipanggil Ustaz Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor. Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor d. Gelaran Keagamaan Gelaran Bahasa Sapaan Haji HajahIm am Lebai Tuan Haji / Pak Haji Osman Puan Hajah / Mak hajah Esah / Cik Haji (bagi lelaki / perempuan) Tuan Imam Pak Lebai
53 Protokol Protokol Panggilan Hormat Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah • Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. • Duli Yang Maha Mulia Tuanku……..(nama) • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku……(nama) • Duli Yang Maha Mulia Sultan………(nama) • Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah……(nama) • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan …….(nama) Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara-negara Asing / Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi • Tuan Yang Terutama Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di-Hilir Perak • Duli Yang Teramat Mulia Tuanku……(nama) • Duli Yang Amat Mulia Tuanku…….(nama) • Yang Amat Mulia Undang……..(nama) • Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku……(nama) Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri / Menteri Besar / Ketua Menteri / Menteri-menteri / Timbalan Menteri / Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri / Pegawai / Kaki Tangan Kerajaan • Yang Amat Berhormat • Yang Amat Berhormat Mulia • Yang Berhormat • Yang Berhormat Mulia • Tuan Yang Dipertua • Yang Mulia Tuan Yang Dipertua • Yang Berhormat Senator • Yang Berhormat Mulia Senator
54 Tun / Toh Puan / Kerabat Diraja / Syed / Syarifah • Yang Amat Berbahagia • Yang Amat Mulia • Yang Mulia Ketua Hakim Negara / Hakim Besar / Hakim • Yang Amat arif Tuan Ketua Hakim Negara • Yang Amat Arif Tengku…. • Yang Arif Tuan Hakim Besar / Tuan Hakim Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk Patinggi / Datin Patinggi / Datuk / Datuk Amar / Datin / Datin Paduka • Yang Berbahagia • Yang Mulia (untuk kerabat diraja) Mufti / Kadi / Haji / Hajah • Yang Berbahagia Tuan Mufti • Sahibussamahah tan Sri/ Datuk Mufti…..(nama) • Yang Mulia ( kerabat diraja) • Yang Mulia Tuan Haji • Yang Mulia Puan Hajah Ketua Pengarah / Pengarah / Setiausah / Setiausaha Agung / Pengurus Besar / Pengurus • Yang Berbahagia Residen / Pegawai Daerah / Penghulu / Orang Kaya-raya/ Sidang • Yang Berbahagia Ustaz / Ustazah / Imam / Pengetua / Guru Besar / Pemangku Ketua • Yang Berbahagia
55 Syed / Syarifah / Profesor / Profesor Madya / Drs / Dra / Encik / Nik / Wan / Abang / Megat / Meor / Ahmad / Cik / Puteri / Pengerusi Majlis • Yang Mulia Tuan Syed • Yang Berbahagia Tuan… • Yang Mulia Cik… • Yang Mulia Tuan / Puan Pengerusi
56 TERAS JATI DIRI
57 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Kepercayaan Kepada Tuhan CIRI-CIRI : Keyakinan wujudnya Tuhan AKTIVITI : Sorok Ayam MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menjelaskan bahawa setiap perkara yang dicipta ada tuannya. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan menggunakan teknik penceritaan. (lampiran cerita) ➢ Ketua kumpulan bersoal-jawab dengan ahli Usrah SUMUR tentang cerita yang disampaikan. Soalan:- 1. Apa pengajaran yang kamu dapat melalui cerita ini? 2. Kenapa ahli Usrah SUMUR tersebut dipuji oleh gurunya? 3. Apakah nilai yang sepatutnya diterapkan dalam diri anda sebagai seorang pelajar? ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan terhadap maklum balas ahli Usrah SUMUR. REFLEKSI : ➢ Sedar tentang adanya pencipta dan setiap perbuatan manusia diperhatikan. Kesannya, dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah kehinaan.
58 “Terdapat sepuluh orang ahli Usrah SUMUR akan menamatkan ilmu pengajiannya, lalu mereka pun menghadap tuan gurunya. Sebelum pulang ke kampung masing-masing, setiap orang ahli Usrah SUMUR tersebut telah diberikan seekor ayam oleh tuan gurunya. Guru itu mengarahkan setiap orang ahli Usrah SUMUR menyembunyikan ayam tersebut daripada pandangan orang lain. Masing- masing menyembunyikan ayam tersebut. Setelah selesai, mereka berkumpul semula. Semua ahli Usrah SUMUR dapat menyembunyikan ayam kecuali seorang. Lalu gurunya bertanya “Mengapa kamu tidak mengikut arahan saya untuk menyembunyikan ayam tersebut?” Jawab ahli Usrah SUMUR itu, “Bagaimana saya ingin menyembunyikannya sedangkan Allah SWT mengetahui di mana sahaja saya sembunyikan ayam ini.” Tindakan beliau telah dipuji oleh gurunya.
59 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Kepercayaan Kepada Tuhan CIRI-CIRI : Mematuhi segala ajaran AKTIVITI : “Your Responsibility” MASA : 30 minit BAHAN : Kertas Mahjung dan marker pen OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan tanggungjawab masing-masing mengikut bahagian yang diberi. LANGKAH : Ahli Usrah SUMUR dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibekalkan dengan kertas mahjung dan marker pen. ➢ Setiap kumpulan diminta membuat Peta i-Think tentang tanggungjawab sebagai anak, pelajar dan pemimpin. ➢ Ketua kumpulan meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka. ➢ Ketua kumpulan merumuskan hasil pembentangan setiap kumpulan. REFLEKSI : Setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan setiap tanggungjawab akan dipersoalkan kelak. *Peta I-Think sebagai lampiran.
60 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Kepercayaan Kepada Tuhan CIRI-CIRI : Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan AKTIVITI : Mari Jadi Komposer MASA : 30 minit BAHAN : Kertas A4 dan pen OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima nikmat yang dikurniakan. LANGKAH : ➢ Ahli Usrah SUMUR dibahagikan kepada tiga kumpulan. ➢ Ketua kumpulan meminta setiap kumpulan memilih sebuah lagu dan mengubah lirik tersebut bertemakan syukur. ➢ Setiap kumpulan dikehendaki menyanyikan lagu tersebut di hadapan. ➢ Ketua kumpulan meminta setiap kumpulan memberikan ulasan terhadap lirik lagu kumpulan mereka. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan tentang aktiviti tersebut. REFLEKSI : ➢ Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan sama ada di darat, di langit dan di lautan.
61 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Berkeyakinan CIRI-CIRI : Tidak Mudah Terpengaruh AKTIVITI : Plus Minus MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Ahli Usrah SUMUR dapat menyatakan kepentingan memberi tumpuan ketika dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. ➢ Ahli Usrah SUMUR menjelaskan kepentingan fokus dalam melakukan setiap aktiviti. LANGKAH : ➢ Ahli Usrah SUMUR diarahkan mencari pasangan masing-masing. ➢ Ketua kumpulan menamakan ahli Usrah SUMUR A dan B. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menyebut perkataan yang baik manakala ahli Usrah SUMUR B menyebut perkataan yang berlawanan. Contohnya : Lulus lawannya gagal. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR bertukar menggunakan idea yang sama antara ahli Usrah SUMUR B dan A. ➢ Ketua kumpulan meminta setiap ahli Usrah SUMUR memastikan pasangan memberikan perkataan berlawanan yang betul. ➢ Sesiapa yang memberikan perkataan berlawanan yang salah dikira kalah. ➢ Beberapa orang ahli Usrah SUMUR diminta memberikan pendapat mereka tentang aktiviti yang mereka buat. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan. REFLEKSI : Yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan faktor persekitaran adalah salah satu amalan yang baik.
62 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Berkeyakinan CIRI-CIRI : Berwawasan / Berpandangan jauh AKTIVITI : Vision Board MASA : 30 minit BAHAN : Kertas dan pen OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan impian yang ingin mereka kecapi. ➢ Menyatakan tiga tindakan yang perlu diambil untuk mencapai impian itu LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan memberikan sehelai kertas kepada setiap individu dan meminta supaya mereka melipat kertas tersebut kepada tiga bahagian. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR untuk menulis impian mereka pada setiap lipatan. ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta berkongsi impian masing-masing. ➢ Pada akhir aktiviti, Ketua kumpulan merumuskan bahawa setiap impian sepatutnya dibahagikan dalam tiga fasa kehidupan akan datang iaitu lima tahun, sepuluh tahun dan 20 tahun supaya ahli Usrah SUMUR dapat meletakkan sasaran impian yang mampu mereka capai. REFLEKSI 1. : Setiap manusia mempunyai impian dalam kehidupan. 2. Setiap impian mesti diterjemahkan dalam tindakan. 3. Setiap impian mesti ada sasaran untuk menjadikan impian itu satu kenyataan.
63 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Berkeyakinan CIRI-CIRI : Beridea Kritis AKTIVITI : Apakah itu? MASA : 30 minit BAHAN : Objek nyata (contoh: pen, jam dan kasut) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan idea masing-masing dengan tujuan melatih ahli Usrah SUMUR SUMUR berfikir dengan kritis. ➢ Menyatakan kepentingan setiap ciptaan. LANGKAH : ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta menunjukkan objek nyata yang ada di sekitar mereka. ➢ Mereka diminta menceritakan andai kehidupan mereka seperti objek nyata yang mereka pegang bermula dengan ayat : “Jika saya sebatang pen………….” (contoh) ➢ Selepas beberapa ahli Usrah SUMUR berkongsi idea mereka, ahli Usrah SUMUR membuat kesimpulan. ➢ Ketua kumpulan membuat kesimpulan bahawa setiap benda mempunyai peranan masing-masing yang berbeza. Contohnya setiap jari kita mempunyai tugas yang berbeza-beza. REFLEKSI 1.: Setiap sesuatu yang diciptakan ada peranan masing-masing. 2. Setiap kelebihan tersebut hendaklah digunakan untuk kebaikan.
64 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Berkeyakinan CIRI-CIRI : Sentiasa Menunaikan Kewajipan AKTIVITI : Tiru Macam Saya MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Mengikut arahan yang betul dengan teliti. ➢ Ahli Usrah SUMUR perlu mengutamakan kewajipan . LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan memberi arahan: “Sentuh anggota badan yang saya sebut bukan anggota badan yang saya sentuh.” Contoh: Ketua kumpulan menyebut, “Hidung.” Sedangkan Ketua kumpulan memegang telinga. ➢ Ahli Usrah SUMUR sepatutnya memegang hidung bukan memegang telinga. ➢ Ahli Usrah SUMUR perlu mengikut kata-kata Ketua kumpulanbukannya pergerakan. ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta memberi pandangan tentang aktiviti yang baru sahaja dijalankan. ➢ Ketua kumpulan membuat kesimpulan dari aktiviti tersebut. REFLEKSI : ➢ Mendengar dan mematuhi arahan merupakan perkara yang penting untuk menjadi insan yang cemerlang.
65 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Berkeyakinan CIRI-CIRI : Kesungguhan Yang Tinggi AKTIVITI : Menara Impian MASA : 30 minit BAHAN : Kertas A4 dan klip kertas OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Mengaitkan atau menceritakan aktiviti yang dijalankan dengan perjalanan mengejar cita-cita dan impian dalam kehidupan. LANGKAH : ➢ Ahli Usrah SUMUR dibahagikan kepada tiga kumpulan. ➢ Ketua kumpulan meminta supaya setiap kumpulan membina menara menggunakan kertas dan klip kertas setinggi mana yang mereka mampu. ➢ Ahli Usrah SUMUR mempersembahkan hasil ciptaan bangunan mereka di hadapan ahli Usrah SUMUR lain dan mengaitkannya dengan perjalanan mengejar cita-cita dan impian dalam kehidupan. ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta memberi pandangan tentang aktiviti yang baru sahaja dijalankan. ➢ Ketua kumpulan membuat kesimpulan dari aktiviti tersebut. REFLEKSI : 1.Perancangan yang rapi sebelum melakukan sesuatu amat penting untuk mencapai kejayaan. 2.Kerjasama dalam kumpulan dan kesungguhan amat penting bagi menghasilkan gerak kerja yang sempurna.
66 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Sabar dan Tabah CIRI-CIRI : Mudah menerima nasihat AKTIVITI : Telefon Buruk MASA : 30 minit BAHAN : Pen dan Kertas OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan kepentingan mendengar sesuatu dengan teliti sebelum menyampaikannya kepada orang lain. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR membuat satu barisan. ➢ Ketua kumpulan memberikan keratan kertas yang mengandungi ayat kepada orang pertama dan memberi masa sebanyak satu minit untuk membaca ayat tersebut. ➢ Ketua kumpulan mengambil semula keratan kertas tersebut dan dalam masa yang ditetapkan ketua berbisik kepada ahli di belakang dan seterusnya sehingga ahli Usrah SUMUR terakhir. ➢ Ahli Usrah SUMUR terakhir menulis ayat yang disampaikan kepadanya dan membacakannya di hadapan ahli Usrah SUMUR lain dan menyatakan ayat yang mereka dapat. ➢ Ayat cadangan. ➢ ”KUMBANG HINGGAP DI KEMBANG. KEMBANG DATANG KUMBANG TERBANG” ➢ Ahli Usrah SUMUR Sdiminta memberi pandangan tentang aktiviti yang baru sahaja dijalankan. ➢ Ketua kumpulan membuat kesimpulan. REFLEKSI 1.: Mendengar dengan teliti sebelum menyampaikan sesuatu berita yang diterima supaya tidak menjadi fitnah. 2. Memastikan setiap berita itu benar dan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain.
67 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Sabar dan Tabah CIRI-CIRI : Bertolak Ansur AKTIVITI : Sporting and Understanding MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Ahli Usrah SUMUR menyatakan mendengar arahan dan memberikan kerjasama dalam kumpulan dan masyarakat memainkan peranan penting dalam kehidupan. LANGKAH : ➢ Ahli Usrah SUMUR diberi arahan supaya berdiri dalam bulatan. ➢ Ketua kumpulan berdiri disuatu sudut diluar bulatan. ➢ Ahli Usrah SUMUR bergerak seorang demi seorang menghampiri Ketua kumpulan. ➢ Ketua kumpulan membisikan perkataan “Ayam” kepada ahli Usrah SUMUR pertama, perkataan “Itik” kepada ahli Usrah SUMUR kedua dan perkataan “Kucing” kepada ahli Usrah SUMUR ketiga. ➢ Langkah di atas diulang kepada ahli Usrah SUMUR keempat dan seterusnya. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR mencari rakan-rakan berdasarkan bunyi dan gaya binatang yang sama. ➢ Ahli Usrah SUMUR membunyikan dan menggayakan binatang yang dibisikkan kepada mereka. ➢ Ahli Usrah SUMUR mencari rakan dan berkumpul mengikut kumpulan binatang yang sama. ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta memberi pandangan tentang aktiviti yang baru sahaja dijalankan. ➢ Ketua kumpulan membuat kesimpulan. REFLEKSI : Mendengar arahan dan memberikan kerjasama dalam kumpulan serta masyarakat memainkan peranan penting dalam kehidupan.
68 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Sabar dan Tabah CIRI-CIRI : Respon dalam semua majlis AKTIVITI : Apakah benda ini? MASA : 30 minit BAHAN : Sebarang objek (pen, batu, kertas, daun dan lain-lain) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan tindak balas dan maklum balas terhadap apa jua yang berlaku di persekitaran kita. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan menunjukkan satu objek. ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta untuk menyatakan sesuatu tentang objek tersebut dan dilarang mengulang penyataan yang sama. ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta memberi pandangan tentang aktiviti yang baru sahaja dijalankan. ➢ Ketua kumpulan membuat kesimpulan. REFLEKSI : Setiap orang berhak menyatakan pandangan dan bertindak pantas dalam merebut peluang.
69 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Sabar dan Tabah CIRI-CIRI : Tabah dan Tidak Putus Asa AKTIVITI : Kisah dan Teladan MASA : 30 minit BAHAN : Lampiran kisah teladan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan nilai kesabaran dan ketabahan. ➢ Menyebut sifat-sifat yang boleh dicontohi melalui kisah teladan yang dipaparkan. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan mengedarkan lampiran kisah teladan kepada ahli Usrah SUMUR. ➢ Ahli Usrah SUMUR dikehendaki membaca dan memahami kisah tersebut dalam masa lima minit. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menceritakan semula kisah tersebut beserta pengajarannya. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan. REFLEKSI : Tabah dan tidak berputus asa ialah sifat yang wajib dicontohi oleh semua.
70 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Tetap Pendirian CIRI-CIRI : Memberikan hujah dengan idea yang bernas AKTIVITI : Debat MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Mempertahankan hujah tentang tajuk yang diberi. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan membahagikan ahli Usrah SUMUR kepada dua kumpulan. ➢ Setiap kumpulan menghantar tiga orang wakil untuk aktiviti debat. ➢ Ketua kumpulan memberikan tajuk dan membahagikan ahli Usrah SUMUR pencadang. ➢ Ahli Usrah SUMUR memberikan hujah masing-masing dengan bimbingan Ketua kumpulan. ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta memberi pandangan daripada aktiviti tersebut. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan : 1. Berani kerana benar. 2. Bercakap benar walaupun pahit. 3. Melatih ahli Usrah SUMUR memberi idea yang positif dan bernas. REFLEKSI : Berani menegakkan kebenaran.
71 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Tetap Pendirian CIRI-CIRI : Tegas Mempertahankan Keputusan AKTIVITI : Yang Mana Satu? MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan dua kepentingan mempertahankan keputusan. . LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan melontarkan pertanyaan, “Antara telur dan ayam, yang mana wujud dahulu?” ➢ Ahli Usrah SUMUR diarahkan supaya memikirkan hujah masing- masing. ➢ Bicara spontan dimulakan dengan membuat cabutan giliran yang diambil di dalam kotak beracun yang mengandungi nama ahli Usrah SUMUR. ➢ Ahli Usrah SUMUR yang mendapat giliran pertama dikehendaki memulakan bicara dan diikuti giliran yang seterusnya. ➢ Ahli Usrah SUMUR menyatakan pendapat masing-masing tentang kewujudan telur dan ayam, mana yang dahulu wujud di dunia ini secara spontan. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan bahawa kedua-dua jawapan betul. Namun, cara kita mempertahankan sesuatu hujah itulah yang menentukan sama ada kita berhujah secara ilmiah atau sekadar hujah kosong. REFLEKSI : Tegas dalam menyatakan keputusan.
72 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Tetap Pendirian CIRI-CIRI : Bertanggungjawab atas keputusan AKTIVITI : The Power Of Love MASA : 30 Minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Bertanggungjawab atas setiap keputusan yang dibuat. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menyenaraikan lima orang yang paling disayangi. Contohnya ahli keluarga, kawan atau saudara mara. ➢ Seterusnya ahli Usrah SUMUR diminta memadamkan satu demi satu nama tersebut sehingga tinggal satu nama sahaja. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menerangkan sebab empat nama lain dipadamkan dan hanya satu nama yang dipilih. ➢ Ketua kumpulan membuat ulasan. Kadang-kala kita perlu membuat keputusan yang sukar dalam hidup. Namun, keputusan mesti dibuat dan setiap orang mesti bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. REFLEKSI : Kita mestilah bijak dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab atas keputusan tersebut.
73 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Tetap Pendirian CIRI-CIRI : Bijak membuat keputusan AKTIVITI : Titanic MASA : 30 Minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan ketegasan ahli Usrah SUMUR terhadap keputusan yang dipilih. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan memberikan situasi di dalam sebuah kapal yang akan karam. Di dalamnya terdapat tukang masak, perempuan tua, kanakkanak, pakar ICT, peguam dan beberapa orang awam. ➢ Untuk mengelakkan kapal tersebut daripada karam, semua orang perlu dikeluarkan kecuali dua orang. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menyatakan dua orang yang perlu kekal berada di dalam kapal tersebut. ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta memberikan rasional dua orang tersebut perlu selamat di dalam kapal tersebut. REFLEKSI : Berani menyatakan sesuatu penegasan.
74 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Tetap Pendirian CIRI-CIRI : Sanggup berkorban AKTIVITI : Apa Sahaja Untukmu MASA : 30 minit BAHAN : Apa yang ada pada ahli Usrah SUMUR pada ketika itu. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan kepentingan membantu antara satu sama lain. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan menyatakan situasi tentang seorang pelajar di sekolah yang menghidap penyakit kritikal dan memerlukan dana untuk membiayai perubatan di hospital. ➢ Ketua kumpulan meminta semua ahli Usrah SUMUR meletakkan wang yang ada di hadapan mereka sebagai sumbangan. ➢ Ketua kumpulan melahirkan rasa terharu dan berbesar hati atas kesudian dan keikhlasan ahli Usrah SUMUR atas sumbangan dan menyatakan situasi tersebut hanya untuk menduga keikhlasan ahli Usrah SUMUR. ➢ Sebelum Usrah SUMUR tamat, Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR mengambil semula wang masing-masing. REFLEKSI : Tolong-menolong amalan yang mulia.
75 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Semangat Juang CIRI-CIRI : Aktif dalam setiap aktiviti AKTIVITI : Brain Game MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR Sdapat : ➢ Menyatakan fokus adalah perkara penting untuk mencapai kejayaan. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan membahagikan ahli Usrah SUMUR kepada dua kumpulan. ➢ Ketua kumpulan menyebutkan satu ayat kepada ahli Usrah SUMUR: “PAK BUSU TANAM BUNGA DALAM PASU” ➢ Ketua kumpulan memberi penerangan: - Apabila Ketua kumpulan menyebut “Pak …”, kumpulan yang ditunjuknya mesti menyebut “Busu”. - Apabila Ketua kumpulan menyebut “…tanam bunga dalam …” kumpulan yang ditunjuknya mesti menyebut “pasu”. ➢ Seterusnya Ketua kumpulan akan menyebut dengan cepat dan menunjukkan ke arah mana-mana kumpulan yang dikehendaki dengan pantas. ➢ Di sini tumpuan setiap ahli Usrah SUMUR sangat penting kerana perlu peka terhadap sebutan Ketua kumpulan. ➢ Pada akhir permainan, Ketua kumpulan akan menyebut “lembu minum?...” Ahli Usrah SUMUR sepatutnya menyebut “susu”. ➢ Melalui jawapan akhir ahli Usrah SUMUR, Ketua kumpulan membuat rumusan tentang kepentingan fokus dalam kehidupan. REFLEKSI : Fokus dalam melakukan sesuatu perkara amat penting untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
76 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Tetap Pendirian CIRI-CIRI : Tekun sewaktu menjalankan tugas AKTIVITI : Menara Kasut MASA : 30 minit BAHAN : Kasut OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Membina binaan yang tinggi dengan menggunakan kasut. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan membahagikan ahli Usrah SUMUR kepada dua kumpulan. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR mengumpulkan kasut masing- masing dalam kumpulan. ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta membina menara yang tinggi dan kukuh dengan menggunakan kasut ahli kumpulan sahaja. ➢ Ketua kumpulan meminta pandangan ahli Usrah SUMUR dan Ketua kumpulan membuat rumusan. REFLEKSI : Perancangan dan kerjasama penting untuk menjayakan sesuatu perkara.
77 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Tetap Pendirian CIRI-CIRI : Bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan AKTIVITI : Jurutera Kapal Pencen MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan perlunya menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua keadaan. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan mengedarkan lampiran. ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta membaca cerita tersebut secara senyap dalam masa tiga minit. ➢ Ketua kumpulan bersoal jawab dengan ahli Usrah SUMUR tentang cerita tersebut dan meminta ahli Usrah SUMUR menyatakan pandangan masing-masing. ➢ Ketua kumpulan membuat rumusan. REFLEKSI : 1. Bersungguh-sungguh asas kejayaan. 2. Istiqamah / konsisten dalam pekerjaan. Seorang jurutera kapal yang sangat hebat ingin bersara daripada kerjayanya. Majikannya meminta jurutera kapal tersebut untuk membina sebuah kapal yang terakhir sebelum beliau bersara. Jurutera tersebut mengambil jalan mudah dengan membina sebuah kapal tanpa mempertimbangkankan ciri- ciri keselamatan dan seni bina yang menarik kerana pada pendapatnya, ‘Untuk apa aku bersusah- payah membina kapal yang indah dan canggih sedangkan kapal ini bukan untukku.’ Apabila kapal tersebut siap dibina, majikannya memberitahu bahawa beliau menghadiahkan kapal tersebut kepada jurutera itu atas perkhidmatan dan jasa baktinya selama ini.
78 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Tetap Pendirian CIRI-CIRI : Bersaing mencapai kecemerlangan AKTIVITI : Karipap MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan dua kebaikan bersaing dalam mencapai kecemerlangan. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan menyatakan tentang permainan “Karipap”. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menadah tangan kanan dan menghulurkannya ke sebelah kanan. Hujung jari telunjuk tangan kiri diletakkan di atas tapak tangan kanan kawan di sebelah kiri. (rujuk gambar di bawah). ➢ Ketua kumpulan memberitahu, beliau akan menyampaikan sebuah cerita, sekiranya beliau menyebut perkataan “Karipap”, ahli Usrah SUMUR yang menadah tangan hendaklah cuba menangkap jari telunjuk yang berada di atas tapak tangannya. Dalam masa yang sama, ahli Usrah SUMUR mesti mengelakkan jari tangan kirinya daripada ditangkap.
79 ➢ Teks cerita : Pada suatu hari, ayah meminta ibu untuk membuat kari. Ibu meminta kakak pergi ke kedai untuk membeli bahan membuat kari. Kakak menyangka ibu hendak membuat karipap. Kakak membeli tepung gandum, kentang, rempah kari, dan udang kering. Setelah pulang dari kedai kakak membantu ibu membuat kerja. Karipap ibu saya sangat sedap. Ayah saya juga memuji keenakan karipap ibu saya. ➢ Ketua kumpulan bersoal jawab denganahli Usrah SUMUR tentang kepentingan fokus mendengar dan bertindak. REFLEKSI : Deria mendengar dalam kehidupan dan pantas bertindak penting
80 TERAS : Jati Diri KRITERIA : Tetap Pendirian CIRI-CIRI : Berani AKTIVITI : Akronim perkataan “BERANI” MASA : 30 minit BAHAN : Kertas dan pen OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan keberanian dalam menegakkan suatu kebenaran. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan mengedarkan kertas A4 kepada setiap ahli Usrah SUMUR. ➢ Ketua kumpulan memberi penerangan kepada ahli Usrah SUMUR supaya membuat akronim daripada perkataan BERANI. ➢ Selepas masa diberi tamat, ahli Usrah SUMUR dikehendaki menyebut di hadapan semua ahli Usrah SUMUR lain. CONTOH : B – best E – excellent R – respect A – action N – network I – inspire ➢ Ketua kumpulan merumuskan semua ahli Usrah SUMUR begitu berani menyatakan idea masing-masing. ➢ Semua jawapan ahli Usrah SUMUR adalah tepat berdasarkan hujah masing-masing. ➢ Ketua kumpulan mengucapkan tahniah kepada semua ahli Usrah SUMUR. REFLEKSI : 1. Berani kerana benar. 2. Sentiasa berani kerana Allah SWT.
81 TERAS PENAMPILAN DIRI
82 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Pemakaian CIRI-CIRI : Sopan / Bersih dan rapi / Kemas dan lengkap / Sesuai mengikut tempat , keadaan dan majlis / tidak terlalu ketat AKTIVITI : Hiasi diri MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyatakan batasan kesopanan dalam berpakaian. ➢ Menyatakan ciri-ciri berpakaian yang sopan. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan memilih dua orang ahli kumpulan yang sopan untuk dijadikan model (model pakaian, rambut dan seumpama dengannya). ➢ Model yang dipilih diminta berdiri di hadapan ahli Usrah SUMUR. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menyatakan ciri-ciri pemakaian yang sopan. ➢ Peneguhan daripada Ketua kumpulan berdasarkan perbincangan dalam kalangan ahli Usrah SUMUR. REFLEKSI : Berpakaian sopan adalah penting bagi mengelakkan kecenderungan kepada masalah salah laku sosial.
83 LAMPIRAN :
84 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Adab sopan CIRI-CIRI : Bercakap dengan lemah lembut ( rendah suara ) AKTIVITI : Ayat sama, intonasi berbeza MASA : 30 minit BAHAN : Kertas tertulis perkataan “Jangan Pandang Belakang”. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Mengaplikasikan intonasi yang betul dalam percakapan. ➢ Berkomunikasi secara lemah lembut. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan memberi perkataan “jangan pandang belakang”. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR melafazkan tiga intonasi yang berbeza berdasarkan ayat tersebut. contoh : 1) Bercakap dengan nada yang lembut 2) Bercakap dengan nada marah 3) Bercakap dengan nada berbisik ➢ Ketua kumpulan meminta pandangan ahli Usrah SUMUR tentang aktiviti tersebut. ➢ Ketua kumpulan membuat ulasan. REFLEKSI : Semua agama menyarankan umatnya bercakap dengan nada yang lembut dan sopan kerana ia melambangkan personaliti mukmin sejati.
85 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Adab sopan CIRI-CIRI : Menumpukan perhatian terhadap ajaran guru AKTIVITI : Perbincangan MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyenaraikan kesan positif sekiranya memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. ➢ Menyenaraikan kesan negatif sekiranya tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan membahagikan ahli Usrah SUMUR kepada dua kumpulan (Kumpulan A dan Kumpulan B) ➢ Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan dan melakonkan situasi di dalam kelas yang menunjukkan bahawa terdapat ahli Usrah SUMUR yang memberi tumpuan juga sebaliknya terhadap pengajaran guru. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Kumpulan A memberi komen terhadap lakonan Kumpulan B dan sebaliknya. ➢ Ulasan dari Ketua kumpulan. REFLEKSI : Kita hendaklah memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu adab terhadap guru.
86 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Adab sopan CIRI-CIRI : Menyayangi yang lebih muda AKTIVITI : Hari Lahirku MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyebut dan mengingati tarikh lahir sekurang-kurangnya tiga orang ahli Usrah SUMUR. ➢ Memberi gelaran terhadap ahli Usrah SUMUR mengikut turutan usia LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menyatakan tarikh lahir masing- masing. ➢ Ketua kumpulan menyusun kedudukan ahli Usrah SUMUR mengikut tarikh lahir. ➢ Ahli Usrah SUMUR bergerak dan menyusun turutan mengikut haribulan dan bulan dari bulan Januari hingga Disember bermula dari kanan ke kiri. ➢ Ketua kumpulan meminta setiap ahli Usrah SUMUR untuk menentukan panggilan seperti di dalam sebuah keluarga seperti along, angah, ucu dan lain-lain lagi. REFLEKSI : Islam mementingkan persaudaraan bagaikan hubungan dalam sebuah keluarga yang bahagia.
87 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Adab sopan CIRI-CIRI : Sentiasa membataskan pandangan dan pergaulan AKTIVITI : Percampuran antara lelaki dan perempuan MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Membezakan pergaulan yang harus dan yang haram. ➢ Menceritakan tentang adab pergaulan yang positif. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan membuka ruang perbincangan berkaitan pergaulan yang berlaku dalam masyarakat dan persekitaran sekolah. ➢ Ketua kumpulan mengemukakan soalan tentang isu yang berlaku mengenai usaha dan peranan yang mereka boleh lakukan bagi memantapkan sahsiah diri . ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR memberi pandangan. ➢ Ketua kumpulan memberi ulasan mengenai batas pergaulan yang diharuskan agar syariat terpelihara. REFLEKSI : Batasan / adab dalam pergaulan Setiap individu mesti menjaga pergaulan bagi memelihara agama.
88 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Kepimpinan CIRI-CIRI : Bijak membuat keputusan AKTIVITI : Pesawat Kehidupan MASA : 30 minit BAHAN : Lampiran gambar kapal terbang / replika kapal terbang OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Memberi hujah yang baik mengikut situasi. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan menceritakan tentang sebuah pesawat yang akan berlepas. ➢ Ketua kumpulan memberikan 10 watak yang terdapat dalam pesawat tersebut kepada ahli Usrah SUMUR : • Juruterbang • Ibu yang sarat mengandung • Doktor • Pemimpin negara • Pramugari • Imam muda • Kanak-kanak • Orang tua • Guru • Diri sendiri ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta memilih dan memberikan pandangan siapa yang perlu diberikan keutamaan sekiranya berlaku kecemasan.
89 ➢ Ketua kumpulan menghentikan perbincangan dan mengulas bahawa perlunya ada hujah / sebab dalam membuat keputusan. REFLEKSI : ➢ Melatih diri bijak membuat keputusan dalam sesuatu masalah yang dihadapi. LAMPIRAN :
90 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Kepimpinan CIRI-CIRI : Tegas mempertahan keputusan bersama AKTIVITI : Debat WhatsApp dan Telegram MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua kebaikan. ➢ Membentuk sifat berani. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan membahagikan ahli Usrah SUMUR kepada dua kumpulan. ➢ Satu kumpulan diberi nama WhatsApp dan satu kumpulan lagi Telegram. ➢ Setiap kumpulan dikehendaki memberi hujah akan kelebihan aplikasi masing-masing. ➢ Ketua kumpulan akan bertindak sebagai moderator dan memberi ulasan. REFLEKSI : Tegas mempertahankan keputusan bersama. Berani menegakkan kebenaran dan menyuarakan pendirian sebagai ciri pemimpin alaf baru.
91 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Kepimpinan CIRI-CIRI : Mampu berkomunikasi dengan baik AKTIVITI : Ucapan 1 minit MASA : 30 minit BAHAN : Bekas kecil ( dimasukkan tajuk-tajuk –rujuk lampiran ) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menggunakan bahasa komunikasi yang baik dalam penyampaian. ➢ Menghilangkan perasaan gemuruh semasa bercakap di hadapan khalayak. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan menulistajuk-tajuk yang diberi di atas kertas kecil dan meletakkannya di dalam bekas kecil. ➢ Ahli Usrah SUMUR dikehendaki mencabut satu tajuk. ➢ Ahli Usrah SUMUR dikehendaki memberi kuliah selama satu minit berpandukan tajuk yang dicabut. ➢ Ketua kumpulan memberi ulasan. REFLEKSI : Mampu berkomunikasi dengan baik dalam masa yang singkat.
92 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Kepimpinan CIRI-CIRI : Berwibawa dan disegani AKTIVITI : Pemimpinku Idolaku… MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Memilih seorang pemimpin yang mereka segani dan kagumi. ➢ Menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang berwibawa. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR memilih seorang pemimpin yang dikaguminya beserta sebabnya. ➢ Setiap ahli diberi masa selama dua minit untuk memikirkan ulasan mereka. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR memberitahu nama pemimpin pilihan mereka beserta alasannya dan membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada setiap pemimpin. ➢ Ketua kumpulan memberi ulasan. REFLEKSI : Setiap manusia merupakan pemimpin di atas muka bumi ini.
93 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Kepimpinan CIRI-CIRI : Menjadi role-model ( dicontohi ) AKTIVITI : KAU ILHAMKU MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Mempamerkan gaya ucapan pemimpin pilihan mereka. ➢ Menyenaraikan sifat positif pemimpin pilihan mereka. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan membahagikan ahli kepada tiga kumpulan. ➢ Ketua kumpulan meminta setiap kumpulan menggayakan ucapan pemimpin pilihan mereka dalam masa satu minit. ➢ Setiap wakil kumpulan memberikan sebab pemimpin tersebut menjadi pilihan mereka. ➢ Ketua kumpulan membuat ulasan. REFLEKSI : Setiap orang perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik.
94 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Sikap positif dan proaktif CIRI-CIRI : Aktif di dalam dan di luar kelas AKTIVITI : Binaan Surat Khabar MASA : 30 minit BAHAN : Surat khabar lama OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Mempamerkan binaan sebarang jenis replika masingmasing. ➢ Membentangkan hasil binaan mereka. LANGKAH : ➢ Ahli Usrah SUMUR dipecahkan kepada tiga kumpulan. ➢ Setiap kumpulan diminta membina replika daripada surat khabar yang dibekalkan dalam masa lima hingga sepuluh minit. ➢ Pembentangan ahli kumpulan selama satu minit bagi setiap kumpulan. ➢ Ketua kumpulan membuat ulasan tentang perlunya kerjasama dari semua ahli kumpulan. REFLEKSI : Kebersamaan dalam semua aktiviti menghasilkan keputusan yang terbaik.