95 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Sikap positif dan proaktif CIRI-CIRI : Menyelesaikan tugas menepati masa yang ditentukan AKTIVITI : C.O.L.G.A.T.E. MASA : 30 minit BAHAN : Kertas mahjung OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima perkataan daripada huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan COLGATE ( BM / BI ). LANGKAH : ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta memilih pasangan masing-masing. ➢ Ketua kumpulan mengedarkan kertas kepada setiap pasangan. ➢ Berpandukan perkataan COLGATE, Ketua kumpulan meminta setiap pasangan membina sebanyak mungkin perkataan daripada huruf COLGATE. ➢ Ahli Usrah SUMUR diberi masa lima minit sahaja. ➢ Pasangan yang terbanyak membina perkataan akan diminta menyebutkan perkataan tersebut dan dinobatkan sebagai juara. ➢ Ketua kumpulan membuat ulasan. REFLEKSI : Mampu menyelesaikan tugas sebaik yang mungkin
96 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Sikap positif dan proaktif CIRI-CIRI : Suka membantu semua orang yang memerlukan bantuan AKTIVITI : Kutip Sampah MASA : 30 minit BAHAN : Plastik sampah OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Bersegera dalam memberi bantuan. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan memohon pertolongan ahli Usrah SUMUR untuk mengutip sampah ( tempat ditentukan ). ➢ Ketua kumpulan membuat penilaian berdasarkan pemerhatian ahli Usrah SUMUR yang bertindak cepat atau lambat. ➢ Kemungkinan besar ada ahli Usrah SUMUR yang cepat bertindakbalas membantu dan ada yang lambat. ➢ Ketua kumpulan membuat ulasan bahawa sikap cepat membantu disukai oleh masyarakat. REFLEKSI : Bantu membantu adalah satu amalan yang mulia.
97 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Sikap positif dan proaktif CIRI-CIRI : Mampu menyumbang idea yang kritis dan bernas AKTIVITI : Brain storming MASA : 30 minit BAHAN : Kertas A4 OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyenaraikan punca serta penyelesaian bagi setiap masalah. LANGKAH ➢: Ahli Usrah SUMUR dipecahkan kepada tiga kumpulan. ➢Setiap kumpulan diberi tugasan selama tiga minit. Kumpulan satu : Masalah buku teks yang sering rosak (punca dan penyelesaian). Kumpulan dua : Masalah ahli Usrah SUMUR tidak solat (punca dan penyelesaian). Kumpulan tiga : Masalah ahli Usrah SUMUR bercakap menggunakan perkataan yang tidak baik (punca dan penyelesaian). ➢ Setiap kumpulan diberikan masa dua minit untuk sesi pembentangan. ➢Ketua kumpulan membuat ulasan. REFLEKSI : Segala masalah dapat diselesaikan secara berkumpulan/ bersama.
98 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Sikap positif dan proaktif CIRI-CIRI : Sentiasa terkehadapan dalam memberi idea dan melaksanakan tugas dengan baik AKTIVITI : Saya Seorang Pengetua MASA : 30 minit BAHAN : tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Sentiasa terkehadapan dalam memberikan idea. ➢ Dapat melaksanakan tugas dengan baik. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan memberikan satu situasi masalah di sekolah seperti masalah ponteng, gaduh, vandalisme dan lain-lain. ➢ Ahli Usrah SUMUR diminta membayangkan diri mereka sebagai pengetua dan dikehendaki memberi ucapan berkaitan situasi yang diberikan selama dua minit seorang. ➢ Ketua kumpulan memilih (secara undian) beberapa orang ahli Usrah SUMUR untuk memberikan ucapan. ➢ Ketua kumpulan memberi ulasan bagi aktiviti di atas. REFLEKSI : Sentiasa terkehadapan dalam memberi idea untuk menangani masalah.
99 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Sikap positif dan proaktif CIRI-CIRI : Mengamalkan gaya hidup sihat AKTIVITI : Aku Sihat MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Menyenaraikan dua amalan gaya hidup sihat dalam aspek pemakanan dan aktiviti seharian. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan meminta setiap ahli Usrah SUMUR membincangkan amalan gaya hidup sihat. ➢ Ketua kumpulan berbincang dengan ahli Usrah SUMUR tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat. ➢ Ketua kumpulan memberi ulasan. REFLEKSI : Memiliki tubuh badan yang sihat menjamin kualiti ibadah.
100 TERAS : Penampilan diri KRITERIA : Sikap positif dan proaktif CIRI-CIRI : Berintergriti dalam berilmu AKTIVITI : SPRM MASA : 30 minit BAHAN : Tiada OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat : ➢ Memberikan pendapat berdasarkan kisah yang diutarakan. LANGKAH : ➢ Ketua kumpulan memberi satu situasi : Seorang pelajar telah ditahan oleh pengawas kerana kesalahan datang lewat ke sekolah. Dia meminta ihsan pengawas itu supaya melepaskannya. Namun pengawas tersebut telah meletakkan syarat supaya diberi ganjaran. ➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR memberikan pendapat dan mengaitkannya dengan integriti. REFLEKSI : Sifat amanah, telus dan ikhlas dalam kehidupan seharian pemangkin integriti.
101 PENGHARGAAN Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada : En Mohd Zamri bin Mohamed Noor - BPI KPM En Wan Zayuhisham bin Wan Yusoff - SPI JPN Selangor En Ismail bin bin Husain - PPD Jempol & Jelebu En Mohd Khusairi bin Che Ismail - SMK Bahau 2 (MAHSAN) En Mohd Fazli bin Abdul Manaf - SK Sungai Melut (A) En Mohd Afandie bin Yahaya - SK Kg. Baharu Lanjut En Khairul Azwar bin Ab Razak - SK Puchong Utama Pn Suraya bt Md Saad - SMK Puchong Perdana Pn Fa’izah bt Md Khamis - SMK Pandan Jaya Pn Azarina bt Karim - SAM Hulu Langat Pn Rabiatun Adawiah bt Che Ramly - SMK Bukit Tinggi Pn Rodziah bt Idris – SMK Seksyen 7 Pn Maryati bt Mohd Amin - SMK Convent (M) Kajang Pn Fatimah bt Bunyamin - SK Desa Jasmin
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E