The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikynn ikynnrahim, 2020-03-09 01:53:46

Panduan_Melabur_di_Bursa_Malaysia

Panduan_Melabur_di_Bursa_Malaysia

ISI KANDUNGAN M/S

BIL. TAJUK 1
2
1. Jenis Pelaburan di Malaysia 4
i. Dua jenis pelaburan yang umum 5
ii. Pelaburan hartanah 6
7
iii. Pelaburan emas/perak 8
iv. Pelaburan Unit Trust 9
v. Pelaburan saham 11
vi. Bila masa yang sesuai untuk melabur? 12
2. 4 Langkah Newbie Saham Wajib Tahu Sebelum Membeli Saham
14
i. Langkah 1: Tahu apa itu saham sebelum anda membeli saham
ii. Langkah 2: Tahu kenapa kita hendak membeli saham sesebuah 15
17
syarikat 18
iii. Langkah 3: Pengurusan modal (money management) untuk kita 19
20
membeli saham 21
iv. Langkah 4: Tahu cara jual dan beli saham 22
3. Apa Itu Saham? 26
29
i. Saham adalah pelaburan untuk menjana keuntungan 29
ii. Definisi saham sebenar
iii. Lihat di sekeliling kita 29
iv. Saban tahun kos sara hidup meningkat, harga barang makin 30
30
mahal
v. Apa beza perniagaan biasa dengan saham?
vi. Kelebihan melabur saham
vii. Ok, saya dah faham melabur saham. Next step?



Buka akaun CDS


 Ketahui kos-kos yang terlibat dalam saham

Modal pelaburan

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

 31
 Ketahui jenis-jenis analisa saham 31
 Sentiasa gigih berusaha dan berada dalam komuniti saham
33
Langkah-langkah yang boleh diambil sekarang 34
4. Apa Itu Bursa Malaysia? Apa Itu Saham BSKL? 36
38
i. Sejarah penubuhan 39
ii. Fungsi Bursa Malaysia 40
5. Jenis-Jenis Saham Di Bursa Malaysia 40
i. Blue-Chip 43
ii. Medium cap
iii. Small cap 48
50
6. Halal Ke Saham Ni? 50
7. Adakah Saham Yang Anda Beli Patuh Syariah? 51
52
i. Kenapa status patuh syariah begitu penting? 54
ii. Proses audit saham patuh syariah 55
iii. Saham-saham yang dapat hak patuh syariah 56
iv. Saham-saham yang jatuh hak patuh syariah 58
v. Siapa yang bertanggungjawab audit saham patuh syariah? 59
vi. Mekanisme yang digunakan MPS dalam audit saham patuh
61
syariah
63
 66
68
Tanda aras aktiviti perniagaan 70



Tanda aras nisbah kewangan
vii. Syarikat pemerolehan kegunaan khas (SPAC)

8. Jenis-Jenis Akaun CDS Dan Bagaimana Hendak Main Saham
Tanpa Modal
i. Dua jenis akaun CDS dari sudut ‘syariah complianced’
ii. Dua jenis akaun CDS dari sudut status pegangan saham
iii. Jenis akaun berdasarkan modal yang boleh digunakan untuk trade
iv. Syarat-syarat untuk buka akaun CDS

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

9. Macam Mana Keadaan Pasaran Sekarang Ni? Macam Mana Nak 71
Tahu?
76
10. Apa Itu IPO Atau Saham Terbitan Awam? 85
11. Apa Itu Warrant? Ada Beza Tak Warrant WA, WB, WC dan CA? 87
87
i. Definisi Warrant 89
ii. Jenis-jenis Warrant 90
91
12. Belajar Saham Dengan Langkah Mudah Teknik ABCDE 92
i. A-Akaun CDS 92
ii. B-Bina modal/bantuan modal 92
94
iii. C-Cari kaunter saham untuk dibeli (Screener saham) 95
iv. D-Decide untuk beli saham
v. E- Experience 96
97
13. Analisa Fundamental VS Analisa Teknik 99
i. Dua Dunia : Fundamental vs Technical 100



Bila harga jatuh


 Bila harga naik

Persamaan dan perbezaan Fundamental dan technical
ii. Gabungan FA dan TA

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 1

JENIS PELABURAN DI MALAYSIA

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 2

Dua Jenis Pelaburan Yang Umum

Secara umumnya pelaburan terbahagi kepada dua iaitu real investment dan paper
investment.

Real Investment merujuk kepada pelaburan yang melibatkan harta fizikal dimana
perkara yang dilaburkan seperti hartanah, emas atau perak.

Apabila kita melabur dalam emas, kita dapat pegang emas. Jika kita melabur
dalam hartanah, kita dapat pegang dan tinggal di hartanah berkenaan. Inilah yg
dimaksudkan sebagai ‘real investment’ ataupun boleh juga disebut ‘physical
investment’.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 3

Paper Investment pula merujuk kepada jenis pelaburan yg hanya melibatkan kertas
(atau online) yang mewakili portfolio pelaburan seperti saham, forex atau unit trust.

Apabila kita melabur di sini, kita akan menerima penyata dalam bentuk kertas yg
mengandungi maklumat pelaburan yg kita miliki atau dalam format digital atau
online. Ia juga boleh disebut sebagai ‘virtual investment’.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 4

Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah dilihat sebagai jenis pelaburan yang menguntungkan. Terdapat 3
kategori utama iaitu subsale, lelong dan dalam pembinaan (undercon). Pasaran
hartanah tempatan dilihat berkembang pesat terutamanya di Kawasan Lembah Klang
apabila nilai hartanah meningkat berlipat kali ganda sejak tahun 2008.

Ada yang kata tak rugi beli rumah kerana harganya akan sentiasa meningkat.
Betul ke kenyataan itu? Tak dinafikan harga rumah memang akan sentiasa
meningkat bergantung kepada jenis hartanah dan lokasi. Tapi untuk mengatakan
beli rumah takkan rugi, kenyataan itu tidak tepat.

Ini kerana setiap pasaran akan mempunyai fasa turun dan naik, termasuklah
pelaburan hartanah. Apabila supply melebihi demand, harga rumah pasti akan
terjejas.

Cuba lihat keluhan pembeli rumah di Bukit Sentosa ini. Beliau terpaksa bersabar
untuk tempoh yang lama menunggu kenaikan harga rumah kerana kawasan
tersebut tidak mempunyai permintaan yang tinggi.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 5

Pelaburan Emas/Perak

Pelaburan emas atau perak boleh diperolehi sama ada melalui pembelian dalam
bentuk jongkong, coin, barang kemas atau buku akaun. Kebanyakan orang akan
memilih sama ada melabur dalam jongkong emas atau dinar dan dirham. Barang
kemas lebih sesuai untuk dijadikan kegunaan aksesori atau hadiah
memandangkan harganya tinggi kerana kos upah pembuatan (craftmanship).

Mengenai pelaburan emas/perak melalui buku akaun, terdapat isu hukum ketidak
patuhan syariah kerana ianya tidak menjual emas fizikal. Untuk mendapatkan
pengesahan lanjut mengenai status Syariah akaun pelaburan emas, boleh rujuk
pada kenyataan oleh Ustaz Zaharuddin.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 6

Pelaburan Unit Trust

Unit Trust merupakan satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur
yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan
mereka, yang kemudiannya dilaburkan dalam saham atau aset lain yang
diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Bergantung kepada jenis dana, pengurus dana mungkin melabur dalam aset
berikut:

 Bonds



 Stocks



 Derivatives



 Money market instruments



 Cash



 Property

Aset-aset ini merupakan aset yang produktif yang akan menjana keuntungan
kepada pemiliknya. Jadi sebagai pelabur unit trust, anda memiliki aset-aset ini
secara tidak langsung.

Jika anda melabur dalam unit trust, anda tidak perlu risau untuk menguruskannya
kerana dana ini dijaga oleh pengurus yang professional dengan bayaran service fee
yang berpatutan.Anda perlu tahu apa beza pelaburan antara unit trust dan saham.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 7

Pelaburan Saham

Pelaburan saham antara jenis pelaburan yang popular di Malaysia. Namun begitu,
pegangan saham dalam kalangan kaum Bumiputera masih lagi rendah. Untuk
memulakan pelaburan saham, anda memerlukan akaun CDS dan ketahui jenis-
jenis akaun CDS dan bagaimana hendak main saham tanpa modal.

Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti. Ini
bermaksud, apabila anda membeli saham sesuatu syarikat, anda secara langsung
telah menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut. Kita boleh membeli
sejumlah kecil atau sejumlah besar saham bergantung kepada wang yang kita
miliki.

Anda tidak perlu khuatir dengan pelaburan saham kerana ia merupakan pelaburan
yang dibenarkan oleh Bank Negara. Urusan jual beli saham diuruskan oleh Bursa
Malaysia menerusi pelbagai syarikat broker yang berdaftar. Manakala, untuk
mengelakkan penipuan terhadap pelabur kita ada Suruhanjaya Sekuriti (SC)
untuk mengawal selia bursa dan syarikat2 broker.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 8

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Melabur?

Setelah anda mengetahui jenis pelaburan yang ada di Malaysia, mungkin soalan
seterusnya yang anda akan tanyakan adalah: Bilakah masa yang sesuai untuk
melabur?

Pepatah Cina ada menyatakan,

“Waktu terbaik utk menanam pokok ialah 10 tahun yg lalu, dan
waktu kedua terbaik ialah sekarang”

Mungkin anda masih belum menangkap maksud pepatah tersebut. Pelaburan, seperti
pokok, mengambil masa yang lama jika mahu melihat hasil yang lumayan.

Ditambah lagi perlunya untuk membaja pokok tersebut – mendalami ilmu
pelaburan, merasai sendiri pengalaman jatuh bangun dalam pelaburan - pelaburan
yang sebenar bukan skim cepat kaya.

Namun demikian, jika anda belum memulakan pelaburan beberapa tahun lepas,
anda boleh mulakan sekarang. Lebih awal anda mula, lebih bagus dan ini
semestinya jauh lebih baik daripada tidak bermula langsung.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 9

4 LANGKAH NEWBIE SAHAM WAJIB
TAHU SEBELUM MEMBELI SAHAM

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 10

Kami akan terangkan 4 langkah untuk membeli saham yang wajib diketahui
sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki pegangan saham di Bursa
Malaysia.

Apabila ramai yang sudah mula berjinak-jinak dengan saham. Ramai juga yang
akan ada kesedaran dan mula mengambil langkah bijak dengan membuka akaun
CDS.

Ini adalah satu perkembangan yang sangat positif dan merancakkan lagi industri
ekonomi di Malaysia.

Namun, terdapat beberapa teori berkaitan mereka yang baru menceburi dalam
bidang saham ini antaranya ialah teori 90.

Teorinya ialah “90% orang akan rugi sebanyak 90% daripada modal yang
dilaburkan dalam masa 90 hari”.

Ini sangat membimbangkan kerana berdasarkan teori ini, hampir kesemua pelabur
tidak mampu untuk membuat untung dalam dunia saham atau bahasa mudahnya,
gagal dalam pasaran saham.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 11

Kesimpulan mudah yang boleh dibuat daripada teori 90 ini ialah, ramai yang terjun
ke bidang saham tanpa persediaan dan pengetahuan yang betul tentang saham.

Jadi, kami gariskan 4 perkara yang wajib diketahui oleh mereka yang baru ingin
berjinak-jinak dalam dunia saham ini.

Jika anda adalah termasuk dalam kelompok mereka yang masih newbie dalam
stock market, anda wajib baca sampai habis!

Langkah 1: Tahu Apa Itu Saham Sebelum Anda Membeli
Saham

Ini adalah perkara yang paling asas jika anda ingin menceburi bidang saham.

Anda wajib tahu bagaimana saham ini berfungsi, kenapa syarikat nak apungkan
kepada pasaran, dan macam mana kita boleh mendapat keuntungan daripada
saham ini.

Ramai yang salah sangka terhadap saham dan tidak dapat membezakan antara
saham, skim cepat kaya dan judi.

Kalau anda inginkan sesuatu yang terlalu pantas untuk membuat untung seperti
“harini beli pegangan saham dan esok terus jadi jutawan”, saham ni bukanlah
tempatnya.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 12

Langkah 2: Tahu Kenapa Kita Hendak Membeli Saham
Sesebuah Syarikat

Ramai dalam kalangan pelabur yang membeli sesuatu pegangan tanpa
mengetahui sebabnya. 100% bergantung kepada nasib.

Untung sabut timbul, untung batu?

Ini sangatlah bahaya dan bertentangan dengan perkara yang sepatutnya, kerana
untuk memiliki sesuatu pegangan, kita mestilah tahu sedikit sebanyak berkaitan
latar belakang syarikat yang kita berminat nak melabur didalamnya.

Kita ambil contoh dalam skop yang lebih kecil.

Jika ada kawan anda yang hendak yakinkan anda untuk melabur dalam bisnes
yang baru diceburinya, adakah anda terus beri sejumlah modal tanpa mengetahui
berkaitan bisnes yang kawan anda buat tu?

Sekurang-kurangnya, kita maklum dengan perkara-perkara seperti sejarah
kewangan, plan kasar untuk bisnes itu dan unjuran plan untuk beberapa tahun
akan datang. Barulah tidak melabur membuta-tuli.

Begitu juga yang berlaku dalam saham.

Malah, dalam saham lebih mudah kerana segala penyata kewangan boleh didapati
dengan mudah dan lengkap.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 13

Dalam saham, tertadapat banyak cara ataupun ilmu untuk menilai sesebuah
syarikat sebelum kita tetapkan untuk menjadikan syarikat itu sebagai syarikat
pegangan kita. Antaranya ialah ilmu ‘Fundamental Analysis (FA)’, ‘Technical
Analysis (TA)’, dan juga market sentimen.

Fundamental Analysis adalah cara untuk kita membaca sesebuah syarikat. Tahu
‘intrinsic value’ sesebuah syarikat, ‘Earning per Share (EPS)’, ‘Market
Capitalisation’, ‘PE ratio’, ‘Net Tangible Asset’, dan ‘Dividend yield’ (banyak
lagi sebenarnya). Kita boleh membedah laporan kewangan sesebuah syarikat ini
berdasarkan laporan kewangan yang boleh didapati dengan mudah di laman web
seperti malaysiastock.biz.

Technical Analysis pula berkaitan dengan cara untuk kita membaca chart.
Dengan membaca chart, kita boleh mengkaji sejarah sesuatu syarikat. Di dalam
chart juga kita boleh melihat emosi para pedagang iaitu emosi fear (takut) dan
juga greed (tamak). Namun, bukan senang nak mengkaji chart ni kerada terdapat
banyak perkara yang perlu diketahui seperti cara membaca candlestick, analisa
volume dan price, cara membaca indikator, cara tetapkan ‘support and
resistance’ dan cara untuk membaca trend.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 14

Langkah 3: Pengurusan Modal (Money Management) Untuk
Kita Membeli Saham

Untuk membeli saham, kita mestilah tahu macam mana nak mengawal modal
yang kita ada.

Sebagai contoh, kita ada modal sebanyak RM5000, kamudian kita nak membeli
sesuatu pegangan, lalu kita menghabiskan terus kesemua modal yang kita ada tu
ke dalam sesuatu syarikat.

Melainkan kalau kita ada kuasa melihat masa depan, dan yakin 100% bahawa
sesuatu saham itu pasti dan wajib akan naik (yang mana bagi manusia normal
memang tidak ada lah kebolehan macam ni).

Ada cara untuk kita posisikan pegangan kita untuk membeli saham.

Untuk sesetengah keadaan, kita juga memerlukan kepada analisa teknikal berkaitan
saham dengan memahami chart saham berserta penggunaan-penggunaan indikator.

Antara indikator-indikator yang ada adalah seperti RSI, Parabolic SAR dan
Ichimoku Kinko Hyo.

Yang ini perlu belajar lebih mendalam kerana ia agak subjektif dan memerlukan
penerangan yang agak panjang.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 15

Langkah 4: Tahu Cara Jual Dan Beli Saham

Apabila dah tahu syarikat apa kita nak beli dan juga dah tahu berapa banyak
modal kita nak laburkan, langkah seterusnya adalah, tahu macam mana hendak
buat pembelian dan penjualan pegangan saham.

Sebagai orang biasa, kita tak boleh membeli sesuatu pegangan tanpa melalui
orang tengah. Orang tengah yang dimaksudkan ialah ‘broker saham’.

Terdapat banyak broker di Malaysia antaranya ialah Malacca Securities,
Maybank, UOB, CIMB, Bank Islam, dan banyak lagi.

Tapi anda tidak perlu untuk berjumpa dengan sesiapa setiap kali nak membuat
pembelian dan penjualan sebab teknologi hari ini sangat membantu kita.

Anda boleh mebuat pembelian dan penjualan dengan mudah melalui platform
online. Anda hanya memerlukan internet dan juga komputer ataupun telefon
bimbit sahaja!

Jangan risau cara nak jual dan beli kerana perkara ini akan diajar secara detail
oleh remiser atau dealer anda yang telah mendaftarkan akaun CDS anda.

Apa? Akaun CDS pun belum ada?

Cadangan saya, buka sahaja akaun CDS walaupun anda masih newbie kerana
melalui akaun CDS ini, anda boleh melihat platform dan mengkaji setiap syarikat
yang didagangkan di Bursa Malaysia.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 16

Sebagai contoh, anda mungkin pernah terbaca berita tentang ECRL pada tahun
2018. Berita itu berkaitan dengan pengumuman ECRL yang diteruskan dan
kemudian anda boleh nampak kenaikan saham T7Global. Ini kerana, T7Global
ada kaitan dengan projek ECRL tersebut.

Jangan risau, anda tak dikenakan sebarang bayaran setiap kali anda ingin
mengakses ke platform akaun CDS anda ini.

Tak tahu nak pilih broker apa? Buka la dengan kami, Malacca Securities kerana
cajnya adalah antara yang paling murah.

Jangan risau, anda boleh memiliki banyak akaun CDS. Cuma hanya untuk
pembukaan yang pertama sahaja boleh dibuat secara percuma.

Pembukaan akaun CDS di broker lain yang seterusnya ialah RM10 setiap satu.

Ada sesetengah orang, mereka lebih suka untuk mendapat penjelasan lanjut dan
terperinci. Itu antara sebab kenapa kita di Mahersaham pun ada buat Kelas Asas
Saham di merata tempat.

Dalam Kelas Asas Saham, kita cuba mudahkan penjelasan saham ini agar newbie
atau yang masih baru, kurang arif berkenaan selok belok pelaburan saham di
Bursa Malaysia ini boleh mula melabur dalam pasaran saham dengan pantas.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 17

APA ITU SAHAM?

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 18

Saham Adalah Pelaburan Untuk Menjana Keuntungan

Survey yang pernah di buat ramai tidak tahu apa itu saham. Apabila ditanya
tentang soalan ini, ramai akan jawab:

“TAK TAHU”
“Saham ini untuk orang kaya,”
“Saham ini rugi je”
“Saham ini bukan untuk orang biasa-biasa”

Ayat-ayat seperti yang di atas adalah lebih hampir kepada mitos semata-mata.

Saham ini sebenarnya adalah satu pelaburan untuk menjana keuntungan.

Ia adalah satu bisnes (perniagaan).

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 19

Definisi Saham Sebenar

Dalam bahasa mudahnya “Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat
dalam bentuk ekuiti.”

Di Malaysia, selain dijalankan oleh individu, kebanyakan perniagaan adalah
dijalankan oleh syarikat.

Saham boleh jadi dimiliki secara ‘private’ ataupun ‘public’. Saham yang boleh
dimiliki oleh public atau orang ramai adalah syarikat-syarikat yang disenaraikan
di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat ini adalah jenis Berhad.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 20

Lihat Di Sekeliling Kita

Kita mungkin selalu isi minyak samada di Petron ataupun Petronas. Kita
gunakan tenaga elektrik dan setiap bulan kita kena bayar bil eletrik kepada TNB.

Hampir rata-rata daripada kita ada Astro dekat rumah. Jika cerita bab kereta pula,
ramai juga yang pakai kereta Proton kalau bukan Perodua.

Hakikatnya setiap hari kita ada berurusan atau menggunakan perkhidmatan dari
syarikat-syarikat yang kita sebut di atas.

Tahukah kita bahawa syarikat-syarikat ini ada diniagakan di Bursa Malaysia?

Stesen minyak Petronas diuruskan oleh Petdag (Petronas Dagangan) manakala
stesen minyak Petron ada kaitan dengan saham Petronm.

Astro dan Tenaga (TNB) turut disenaraikan. Proton adalah produk oleh salah
satu anak syarikat di bawah DRB-Hicom.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 21

Saban Tahun Kos Sara Hidup Meningkat, Harga Barang
Makin Mahal

Syarikat-syarikat yang kita sebutkan juga terpaksa menanggung kos yang semakin
meningkat. Namun kos tersebut sedikit sebanyak terkesan kepada pengguna.

Kita mengeluh sebab susah bil eletrik naik dan sebagainya. Syarikat-syarikat
tersebut juga yang untung.

Namun, jika anda mempelajari saham, anda akan berhenti mengeluh.

Sebab anda tidak lagi sekadar menjadi pengguna. Anda juga sebenarnya adalah
rakan kongsi syarikat yang turut menumpang kekayaan yang diperoleh oleh
syarikat.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 22

Apa Beza Perniagaan Biasa Dengan Saham?

Untuk lebih faham, kita bawakan penerangan tentang perniagaan dan apakah
perbezaan atau persamaannya dengan saham.

Contoh dalam gambar diatas, Hafiz seorang anak muda yang ingin berjaya.
Beliau buka sebuah perniagaan iaitu Restoran Hipster. Maka keuntungan yang
Hafiz akan dapat adalah apabila ada orang datang masuk makan di kedai beliau.

Ini adalah konsep Perniagaan secara umum, iaitu proses Jual Beli produk atau
servis di antara pengguna dengan penjual.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 23

Kita lihat pula syarikat A.

Syarikat A adalah syarikat yang menjual peralatan dapur kepada pelanggan. Abu
merupakan salah seorang pelanggan syarikat. Abu sangat berpuas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat A. Abu ‘recommend’ pada kawan-
kawan untuk beli juga produk Syarikat A.

Syarikat A pada asalnya diasaskan oleh Ali. Atas permintaan ramai, Ali berhasrat
kembangkan perniagaan beliau. Namun modal Ali tak mencukupi. Ali jemput
Guna dan Lim untuk menyumbang modal dan sebagai balasan, Ali memberikan
sebahagian pemilikan Syarikat A kepada Guna dan Lim.

Secara rasminya Guna dan Lim adalah rakan kongsi kepada Ali. Untung syarikat,
sebahagiannya adalah untuk Guna dan Lim juga.

Duit nak bayar gaji staf sebahagiannya datang daripada modal yang dilaburkan
oleh Guna dan Lim.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 24

Keuntungan syarikat tidak semestinya diagihkan kesemuanya terus kepada para
pelabur.

Ada sebahagian akan diagihkan dalam bentuk dividen, ada sebahagian diguna
pakai semula oleh syarikat untuk mengembangkan lagi syarikat bagi menjana
keuntungan yang berlipat kali ganda lebih BESAR!

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 25

Syarikat juga kadang-kadang akan melaksanakan beberapa jenis ‘corporate
exercise’ dalam usaha untuk memberi insentif kepada para pelabur. Antaranya,
bonus dan juga warrant.

Banyak lagi perkara dalam dunia saham yang kita perlu pelajari ke arah mencapai
kebebasan kewangan melalui pendapatan pasif sebagai pelabur.

Adakah anda sudah bersedia?

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 26

Kelebihan Melabur Saham:
1) Pilihan Di Tangan Anda

Tidak seperti memberikan wang anda kepada unit trust, ASB atau Tabung Haji
untuk ‘fund manager’ atau pihak ketiga menguruskan pelaburan anda, anda
sendiri boleh memilih saham atau syarikat mana yang anda hendak labur.

Anda mungkin boleh memilih dengan lebih teliti saham-saham yang patuh
syariah berbanding yang tidak patuh syariah.

2) Cair, Mudah Dijual Beli

Jika anda membeli hartanah, rumah banglo misalnya. Jika suatu waktu nanti anda
terdesak hendak perlukan duit, anda boleh putuskan untuk jual banglo tersebut.

Tapi sepantas mana anda boleh jual banglo tersebut?

Berbeza dengan saham, anda boleh jual saham anda hanya dengan menekan
‘mouse’ dan juga ‘keyboard’ anda.

Harga saham adalah harga pasaran, jelas dan terang untuk semua pelabur lain
perhatikan.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 27

3) Belajar Urus Bisnes Gaya Korporat

Ini sesuai sangat untuk orang bisnes.

Banyak kelas-kelas di luar sana yang cuba mengisi kekosongan ini. Pemilik bisnes
nak tahu bagaimana urus kewangan mereka, bagaimana struktur organisasi, apa
strategi-strategi yang boleh diguna pakai untuk kembangkan bisnes.

Selalunya mereka bayar mahal untuk akses ilmu tersebut.

Rupa-rupanya?

Semuanya ada dalam Annual Report untuk setiap syarikat yang diniagakan di
Bursa Malaysia.

Anda boleh belajar dari ramai CEO yang dah pun terbukti membawa syarikat
mereka ke tahap yang lebih tinggi, iaitu disenaraikan di Bursa Malaysia.

4) Boleh Dilakukan Secara Sambilan

Apa maksudnya?

Anda tak perlu monitor saham anda setiap masa. Cukup mungkin sehari sekali
atau beberapa kali seminggu.

Itu kalau anda melabur jangka masa panjang, dan sudah pun buat analisa yang
mendalam terhadap syarikat yang anda hendak laburkan itu.
Inilah namanya pendapatan pasif. Duit sendiri yang akan bekerja untuk anda!

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 28

5) Untung Dari Banyak Sudut

Atau dalam bahasa Inggeris kita panggil ‘Multiple Source of Income’.

Kenapa saya kata macam itu?

Sebab saham ini boleh menguntungkan kita melalui banyak cara. Ada orang beli
dan simpan, setiap tahun atau suku tahun akan dapat dividen sahaja. Ada juga
yang beli murah, saham naik, jual terus dapat untung.

Jadi banyak strategi, banyak peluang.

Cuma harapkan anda kreatif ataupun tidak sahaja.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 29

Ok, Saya Dah Faham Kepentingan Melabur Saham. Next
Step?

Buka Akaun Cds

Anda nak buat urus jual beli online, anda gunakan akaun simpanan bank. Kalau
anda terima gaji atau nak transfer atau pindahkan duit kepada orang lain,
biasanya melalui bank.

Dalam saham, kita juga perlu buka satu akaun khas yang dinamakan akaun CDS.

Akaun CDS ada banyak jenis, itu kita boleh baca dalam jenis-jenis akaun CDS.
Untuk pendaftaran CDS Percuma, bolehlah daftar dengan kami

Ketahui Kos-Kos Yang Terlibat Dalam Saham

Dalam apa-apa perniagaan sekalipun, kita mesti mengambil kira apakah kos-kos
yang terlibat dalam jual beli saham.

Antara kos permulaan adalah kos buka akaun CDS, biasanya RM10. Namun kos
tersebut percuma jika buka dengan kami.

Kos-kos selepas ini yang perlu kita ambil tahu adalah brokerage fee, clearing fee,
stamp duty.

Kos-kos ini ada diterangkan dalam kos-kos jual beli saham.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 30

Modal Pelaburan

Sesiapa yang selalu mengikuti sifu-sifu dalam perancangan kewangan, pasti tahu
tentang istilah ’emergency fund’.

Macam ni, saham adalah pelaburan. Seperti pelaburan yang lain, sebelum anda
mula gunakan duit untuk dijadikan modal pelaburan, lebih baik anda menyimpan
duit kecemasan iaitu dalam 3-6 bulan gaji bulanan anda.

Duit lebihan itu barulah anda boleh gunakan dalam saham.

Tapi langsung tak boleh ke nak letak modal dalam akaun CDS? Boleh tak letak
modal kecil je?

Kita akan cuba kupas isu modal untuk pelaburan saham dalam trade saham guna
modal kecil.

Ketahui Jenis-Jenis Analisa Saham

Kita dah ada akaun CDS, kita dah deposit duit kita ke dalam akaun CDS tersebut.

Sekarang ini, kaunter apa kita nak beli?

Sebelum kita nak beli saham, kita kena buat analisa saham terlebih dahulu. Ada dua
jenis analisa yang popular: Fundamental Analysis dan juga Technical Analysis.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 31

Sentiasa Gigih Berusaha Dan Berada Dalam Komuniti Saham

Saya ada tulis tentang pentingnya terus belajar dan berada dalam komuniti saham
dalam artikel Penambahbaikan Untuk Kelas Saham Supertrader.

Jadi di bawah saya tulis sekali lagi.

Untuk anda berjaya dalam pasaran saham, nak atau tidak tuan puan kena
tunjukkan kesungguhan juga, tidak belajar separuh jalan. Tuan puan perlu berada
dalam komuniti ‘like minded’ yang tahu kepentingan saham.

Antara Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Sekarang

Join Group Telegram Mahersaham PERCUMA di t.me/mahersaham (kena
install telegram dahulu)
Jadi Free Members di website Mahersaham dan habiskan tutorial berkaitan
Technical Analysis yang kami sediakan untuk Ahli Percuma
Rajinkan diri rujuk website ini dan meninggalkan komen untuk sebarang
ketidakpastian
Mungkin tuan puan suka tengok video, maka boleh subscribe youtube
Mahersaham di sini
Jangan Lupa juga Like kami di Facebook!
Hadiri kelas-kelas atau aktiviti yang kami anjurkan.

Sekian terima kasih kepada yang tidak henti-henti menyokong usaha-usaha
kami.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 32

Kesimpulan

Pelaburan saham merupakan antara cara yang sangat memainkan peranan ke arah
kebebasan kewangan.

Selain daripada itu juga, saham terbukti lebih mencelikkan kita tentang ekonomi
atau perniagaan yang sedang dijalankan di sekeliling kita. Untuk belajar saham,
kita haruslah sanggup untuk sabar, tenang dan sentiasa meningkatkan skill dari
masa ke semasa.

Tidak berputus asa.

Sebab suatu masa nanti, anda boleh wariskan ilmu dan kekayaan dari saham ini
ke anak cucu anda!

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 33

APA ITU BURSA MALAYSIA? APA
ITU SAHAM BSKL?

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 34

Bursa Malaysia atau nama lamanya bursa saham BSKL diibaratkan seperti
‘pasar’ yang menjadi tempat jual beli antara orang awam (pelabur) dan syarikat
(pemilik perniagaan). Nak tahu lebih lanjut tentang organisasi ini?

Sejarah Penubuhan

Bursa Malaysia dahulunya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
(KLSE, Kuala Lumpur Stock Exchange) bermula pada tahun 1930 apabila
Persatuan Broker-Broker Saham Singapura ditubuhkan sebagai satu pertubuhan
rasmi sekuriti-sekuriti di Tanah Melayu. Pada tahun 1937, ia didaftarkan semula
sebagai Persatuan Broker-Broker Saham Tanah Melayu, tetapi ia masih tidak
mendagangkan saham-saham awam.

Pada 1960, Bursa Saham Tanah Melayu telah ditubuhkan dan perdagangan
saham awam bermula pada 9 Mei. Pada 1961, sistem papan telah diperkenalkan
di mana dua buah bilik dagangan, masing-masing satu di Singapura dan Kuala
Lumpur, telah disambung oleh barisan-barisan talian telefon terus menjadi satu
pasaran tunggal dengan saham-saham serupa dan saham-saham yang
disenaraikan di satu set harga yang tunggal di kedua-dua papan.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 35

Bursa Saham Malaysia telah dibentuk secara rasmi pada tahun 1964 dan pada
tahun berikut, dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia, bursa saham terus
berfungsi di bawah Bursa Saham Malaysia dan Singapura (SEMS).

Pada 1973, dengan penamatan saling boleh tukaran matawang diantara Malaysia
dan Singapura, SEMS terpisah menjadi dua, Bursa Saham Kuala Lumpur Bhd
(KLSEB) dan Bursa Saham Singapura (SES). Syarikat-syarikat Malaysia terus
disenaraikan di SES dan sebaliknya. Sebuah syarikat berhad baru menurut
gerenti, Bursa saham Kuala Lumpur (BSKL) mengambil alih operasi sebagai
bursa saham KLSEB. Pada 1994, ia adalah dinamakan semula sebagai Bursa
Saham Kuala Lumpur.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 36

Fungsi Bursa Malaysia

Pasaran Saham merupakan satu tempat di mana syarikat boleh menaikkan modal
supaya sesuatu perniagaan boleh dimajukan. Biasanya ini berlaku apabila syarikat
itu ingin memperluaskan perniagaannya tetapi modal yang sedia ada tidak
mencukupi. Maka syarikat itu boleh mengambil keputusan untuk mengapungkan
syarikat secara awam, di mana sebahagian daripada syarikat itu akan dijual
kepada pelabur individu dan pelabur keinstituan.

Pembelian saham satu syarikat yang disenaraikan dijalankan melalui IPO atau
Tawaran Awam Permulaan. Informasi tentang kedudukan financial syarikat ini
boleh didapati melalui Bursa Malaysia. Jika seseorang inigin membeli stok atau
saham ini, dia perlu menjalankan urusniaga ini melalui perkhidmatan seorang
broker yang berdaftar.

Bursa Saham juga membuka laluan kepada pelabur individu, terutamanya orang
ramai yang tidak mempunyai modal yang besar, untuk membeli saham dan
mengaut keuntungan daripada pasaran saham. Selagi seseorang itu boleh
membeli lot minima yang ditawarkan, maka dia dapat memiliki saham dalam
sesebuah korporasi sama serperti pelabur professional lain.

Anda juga boleh membeli saham Bursa Malaysia itu sendiri kerana ia turut
tersenarai dalam papan utama (main market) dan dalam kategori financial
services. Tapi perlu diingatkan saham ini tidak patuh Syariah. Bagaimana prestasi
kaunter setakat ini? Jika dilihat sejak Mei 2012 sehingga sekarang kaunter ini
dalam keadaan uptrend.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 37

Bagaimana untuk melabur di Bursa Malaysia? Anda perlu membuka akaun CDS
terlebih dahulu dengan bayaran RM10. Mahersaham menyediakan bantuan
pendaftaran akaun CDS bersama broker M+ dan kami berikannya secara
percuma. Kami juga menawarkan perkhidmatan pembelajaran pelaburan saham
melalui online coaching.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 38

JENIS-JENIS SAHAM DI BURSA
MALAYSIA

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 39

Dalam Bursa Malaysia ini terdapat 3 jenis saham yang kita perlu tahu. Ini
memudahkan kita untuk detect dan manage saham yang kita beli.

1) Blue Chip

Blue chip merujuk kepada saham-saham yang perniagaannya memang cemerlang.
Harga saham ini pun agak tinggi berbanding yang biasa. Namun begitu tidak mesti
saham mahal je boleh buat keuntungan. Blue chip ini biasa Market Capitalization
RM1 billion dan keatas.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 40

Antara sebab saham-saham ini kukuh:

i. Rekod bisnes yang baik
ii. Keuntungan setiap tahun meningkat je
iii. Hutang yang tidak besar
iv. Harga sahamnya stabil seperti Nestle, F&N, Maybank, TNB & lain lain

lagi.

2) Medium Cap

Mid Cap adalah saham-saham di pertengahan di antara Blue chip & Small cap.
Mid Cap ini biasa Market Capitalization RM100 million hingga 1 billion.

3) Small Cap

Small Cap adalah saham-saham di paling bawah kategorinya berbanding Blue
chip & Mid Cap. Small Cap ini biasa Market Capitalization bawah RM100
million.

Macam mana nak kira Capitalization ini?

Formula yang digunakan adalah:

Market cap = Share Price x Share Issues

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 41

Contoh saham Nestle ini:
Number of share = 234.50 million
Share price = RM148.10

Market Capitalization = 234.50 million x RM148.10 =
RM34.73 billion

Namun begitu tidak mesti Saham Blue chip sahaja yang boleh buat keuntungan.
Ada Trader/Investor yang buat keuntungan hanya pada saham Small cap. So
apa yang kita nak buy sebenarnya bergantung kepada modal yang kita ada dan
berapa keuntungan yang kita nak.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

Contoh lah www.mahersaham.com 42

Saham A harga RM13/unit
Saham B harga RM0.76/unit

Modal ada RM3000

Kalau beli Saham A akan dapat 2 lot iaitu bersamaan 200 unit,
RM13 x 200 = RM2600

Kalau beli Saham B akan dapat 39 lot iaitu bersamaan 3900 unit,
RM0.76 x 3900 = RM2964

Jika dilihat kenaikan untuk jenis saham ini adalah berbeza-beza.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 43

HALAL KE SAHAM NI?

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 44

Halal Ke Saham Ini?

Bila sebut tentang pelaburan perkara pertama akan ditanya adalah Syariah ke?
Soalan ini bagus kerana masyarakat kita telah membuka mata untuk mencari
rezeki dari sudut yang Syariah. Mungkin dulu tidak dititik beratkan sangat namun
sekarang sudah ada. Syabas! Kerana mencari yang halal itu adalah Fardhu.

Selain itu bila buka cerita tentang pelaburan, masyarakat kita akan termimpi-
mimpi skim-skim pelaburan yang pernah mereka baca di dada-dada akhbar.
Mereka menjadi fobia. Bagus juga kerana dengan sikap ini mereka tidak mudah
terpengaruh.

Jadi kali ini, kita bercerita tentang Saham di Bursa Malaysia. Satu pelaburan
yang memang di kawal selia dengan undang-undang yang ada di Malaysia.
Bursa Malaysia ini merupakan platform di mana jual beli saham dijalankan.
Bursa Malaysia menjadi badan sah, berautoriti dan diiktiraf. Tak ada pelaburan
yang untung atas angin je.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 45

Jadi dalam Bursa Malaysia ini, badan yang menentukan sesebuah syarikat itu
Syariah atau tidak adalah SC-Security Commision. Dirujuk dari laman web
rasmi SC, gambar di bawah adalah Ahli Majlis penasihat SC:

(https://www.sc.com.my/my/members-of-the-scs-shariah-advisory-council/)

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM


Click to View FlipBook Version