The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikynn ikynnrahim, 2020-03-09 01:53:46

Panduan_Melabur_di_Bursa_Malaysia

Panduan_Melabur_di_Bursa_Malaysia

www.mahersaham.com 46

Majlis penasihat ini akan berlangsung 2 kali setahun, iaitu Mei dan November.
Keputusan akan di keluarkan untuk memberitahu kaunter yang patuh syariah
dan tidak. Dari sini bagi kita Trader/Investor yang Islam hanya memilih kaunter-
kaunter yang patuh syariah sahaja. Untuk info jugak Mahersaham adalah dibawah
broker Malacca Securities Sdn Bhd. Salah satu produk Mplus adalah Islamic
Stockbroking Window dalam bahasa mudah CDS Islamic. Cds islamic yang
bestnya, jika kita tertekan buy kaunter yang tidak syariah, kita tidak akan dapat
kaunter itu. Akan auto decline. So dari sudut halal itu memang sudah dititik
beratkan.

Selain itu, untuk info, broker yang menawarkan perkhidmatan berkaitan saham
yang islamik sehingga sekarang ada 14 broker seperti berikut :

1) Affin Hwang Investment Bank Berhad
2) AmInvestment Bank Berhad
3) BIMB Securities Sdn Bhd
4) CIMB Investment Bank Berhad
5) Hong Leong Investment Bank Berhad
6) Jupiter Securities Sdn Bhd
7) Kenanga Investment Bank Berhad
8) Malacca Securities Sdn Bhd
9) Maybank Investment Bank Berhad
10) RHB Investment Bank Berhad
11) INTER-PASIFIC Securities Sdn. Bhd.
12) MIDF Investment
13) Public Investment Bank
14) TA Securities

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 47

Disini kita boleh lihat yang saham ini sangatlah selamat dan patuh syariah. Hanya
kita perlu mencari ilmu untuk menguasai bidang saham ini dari segi ilmu
Fundamental Analysis dan juga Technical Analysis.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 48

ADAKAH SAHAM YANG ANDA
BELI PATUH SYARIAH?

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 49

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 50

Bagi trader Muslim, mereka wajib semak saham-saham itu patuh syariah ataupun
tidak.

Jadi artikel kali ini menerangkan tentang penilaian patuh syariah yang di buat
oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Kenapa Status Patuh Syariah Begitu Penting?

Kita sebagai Muslim memang wajib untuk pilih saham yang halal.

Jangan ragu-ragu lagi untuk membeli saham patuh syariah, kerana ianya perlu
melalui proses audit yang ketat.

Proses Audit Saham Patuh Syariah

Untuk makluman trader semua, proses audit saham patuh syariah yang di buat oleh
Suruhanjaya Sekuriti adalah 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan November.

Untuk 2018/2019 sehingga Mei keputusan audit telah keluar iaitu pada 30
November 2018 yang lalu.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 51

Saham-Saham Yang Dapat Hak Patuh Syariah

Dari gambar rajah ini kita boleh lihat 33 sekuriti yang mendapat patuh syariah.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 52

Saham-Saham Yang Jatuh Hak Patuh Syariah

Dari gambar rajah ini kita boleh lihat 34 sekuriti yang mendapat patuh syariah.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 53

Cara Nak Tahu Saham Patuh Syariah Atau Tidak ?

Ramai trader newbie akan bimbang tentang ini.
Jangan risau, untuk mengenali saham patuh syariah ianya mudah sahaja.

Bila anda login platform tidak kisah di handphone atau PC, anda dapati selepas
nama kaunter tersebut ada simbol bulat. Ini bermaksud kaunter tersebut patuh
syariah.
Rujuk gambar di bawah ini

Contoh gambar diatas ini kita ambil QL, selepas nama kaunter QL ada simbol
bulat yang bermaksud QL itu adalah saham yang patuh syariah.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 54

Siapa Yang Bertanggungjawab Audit Saham Patuh Syariah?

Dalam Suruhanjaya Sekuriti, pihak yang bertanggungjawab untuk mengaudit
adalah Majlis Penasihat Syariah Suruhunjaya Sekuriti. Antara-antara insan hebat
dalam MPS ini adalah :

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 55

Mekanisma Yang Digunakan MPS Dalam Audit Saham Patuh
Syariah

Dalam mengklasifikasikan sekuriti ini, MPS menerima input dan sokongan
daripada SC yang mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut melalui
laporan tahunan dan pertanyaan yang dibuat kepada pihak syarikat.

MPS melalui SC, akan terus mengkaji status syariah sekuriti-sekuriti yang
tersenarai di Bursa Malaysia pada setiap tahun, berdasarkan penyata kewangan
tahunan terkini syarikat yang diaudit.

MPS mengadaptasi pendekatan kuantitatif dua peringkat yang mengguna pakai
tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan, dalam
menentukan dan mengklasifikasikan status syariah sekuriti-sekuriti tersenarai.

Oleh yang demikian, sekuriti-sekuriti akan diklasifikasikan sebagai patuh syariah
sekiranya nisbah aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka berada di
bawah tanda aras tersebut.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 56

Tanda Aras Aktiviti Perniagaan

Sumbangan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh syariah kepada perolehan
kumpulan dan keuntungan sebelum cukai kumpulan sesebuah syarikat akan
dikira dan dibandingkan dengan tanda aras aktiviti perniagaan yang relevan
seperti berikut:

Tanda Aras Lima Peratus

Tanda aras lima peratus ini diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut:

Perbankan
konvensional; Insurans
konvensional; Perjudian;
Arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
Babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
Makanan dan minuman tidak halal;
Hiburan tidak patuh syariah;
Tembakau dan aktivi ti-aktiviti berkaitan dengannya;
Pendapatan faedah-faedah daripada akaun dan instrumen konvensional
(termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan
mahkamah atau penimbang tara)
Dividen-dividen daripada pelaburan tidak patuh syariah
Aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh syariah.

Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada
perniagaan/aktiviti tidak patuh syariah kepada perolehan kumpulan atau
keuntungan sebelum cukai kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada
lima peratus.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 57

Tanda Aras 20 Peratus

Tanda aras 20 peratus ini diguna pakai bagi perniagaan berikut:
Jualbeli saham
Pembrokeran saham
Sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh syariah
Aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh syariah

Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada
perniagaan/aktiviti tidak patuh syariah kepada perolehan kumpulan atau
keuntungan sebelum cukai kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada
20 peratus.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 58

Tanda Aras Nisbah Kewangan

Bagi tanda aras nisbah kewangan, MPS mengambil kira perkara berikut:

i. Tunai ke atas jumlah aset – Tunai yang diambil kira ialah tunai yang
ditempatkan dalam akaun dan instrumen konvensional, manakala tunai
yang ditempatkan dalam akaun dan instrumen Islam tidak diambil kira
dalam pengiraan ini.

ii. Hutang ke atas jumlah aset- Hutang yang diambil kira ialah hutang yang
berteraskan faedah, manakala pembiayaan secara Islam ataupun sukuk
tidak diambil kira dalam pengiraan ini.

Setiap nisbah di atas, yang bertujuan untuk menilai riba dan elemen berteraskan
riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikat, mestilah kurang
daripada 33 peratus.

Di samping kriteria kuantitatif dua peringkat di atas, MPS juga mengambil kira
aspek kualitatif yang melibatkan persepsi masyarakat umum atau imej aktiviti
syarikat dari perspektif pengajaran Islam.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 59

Syarikat Pemerolehan Kegunaan Khas (SPAC)

Dalam mengklasifikasikan sekuriti SPAC, MPS mempertimbangkan kriteria-
kriteria berikut:

i. Aktiviti perniagaan yang dicadangkan hendaklah patuh Syariah.

ii. Keseluruhan hasil kutipan daripada penerbitan tawaran awam permulaan
hendaklah ditempatkan dalam akaun Islam.

iii. Sekiranya hasil kutipan dilaburkan, keseluruhan pelaburan berkenaan
hendaklah patuh Syariah.

Sekuriti-sekuriti patuh Syariah termasuk saham biasa dan waran (diterbitkan oleh
pihak syarikat sendiri).

Ini bermakna waran diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah dengan syarat
saham pendasarnya juga patuh Syariah.

Selain itu, stok pinjaman dan bon adalah sekuriti tidak patuh Syariah melainkan
ianya distruktur berdasarkan keputusan, konsep dan prinsip Syariah yang
diluluskan oleh MPS.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 60

Kesimpulan

Bagi yang membuka akaun CDS jenis Islamik, ia tidak menjadi masalah besar
kerana hanya saham yang patuh syariah sahaja yang boleh dijual beli.Jika tersilap
tekan beli saham tidak patuh syariah ia tidak akan berjaya. Itu kelebihan bagi
yang membuka akaun CDS jenis Islamik dan kita tiada lagi rasa was-was dalam
aktiviti jual beli. Sumber yang kita dapat pun memang halal kerana akaun Islamik
jauh dari riba.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 61

JENIS-JENIS AKAUN CDS DAN
BAGAIMANA HENDAK MAIN SAHAM

TANPA MODAL

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 62

Akaun CDS ada banyak jenis, bergantung kita hendak mengasingkan akaun CDS
tersebut berdasarkan kriteria apa.
Secara umumnya kita boleh asingkan atau bezakan akaun CDS dari sudut :
Shariah Complianced
Status Pemegang Saham Atau Hak Milik Sebenar Akaun
Modal Yang Boleh Digunakan Untuk Melabur

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 63

Dua Jenis Akaun CDS dari Sudut ‘Shariah Complianced’

Ramai sudah tahu yang nak mula melabur dalam Bursa Malaysia, perlu ada
akaun CDS untuk mula trade. Namun begitu ramai lagi tidak tahu yang dalam
akaun CDS ini terbahagi kepada dua iaitu:

1) Akaun CDS Islamik
2) Akaun CDS Konvensional
Ramai pakat buka sahaja tanpa tahu yang di buka itu adalah Islamik atau
konvensional. Itu satu hal. Yang kedua kita sebagai muslim memang wajib untuk
mengambil yang Islamik.

Untuk perbezaan Islamik dan konvensional boleh rujuk gambar dibawah:

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 64

Kelebihan Akaun CDS Islamik

Ringkasnya, kelebihan akaun CDS jenis Islamik adalah :

1) Anda tidak perlu pening kepala atau takut terbeli saham yang tidak patuh
syariah. Akaun CDS anda tidak akan terbeli saham tak patuh syariah.

2) Duit lebihan seperti dividen daripada duit yang anda letak dalam trust CDS
– tapi anda tak gunakan untuk trade – adalah halal tanpa was-was.

3) Kurang risiko. Kebiasaan akaun Islamik adalah jenis cash. Jadi anda tidak
terdedah dengan risiko kehilangan duit yang bukan milik anda.

Carta alir hubungan antara‘market participant’ dalam hal
berkaitan sistem pelaburan patuh syariah

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 65

Senarai Broker Yang Menawarkan Akaun CDS Islamik

Dalam website Bursa Malaysia, kita boleh lihat ada 11 broker yang menawarkan
akaun CDS Islamik samaada “full-fledged” atau “window basis”.

Senarai broker-broker tersebut adalah:

1) Malacca Securities Sdn Bhd
2) BIMB Securities Sdn Bhd
3) Affin Hwang Capital
4) Aminvestment Bank
5) Maybank Investment Bank
6) RHB Investment Bank
7) HongLeong Investment Bank
8) Public Investment Bank
9) MIDF Investment
10)Jupiter Securities Sdn Bhd
11)Kenanga

13)Inter-pacific Securities Sdn Bhd
14)CIMB Securities

Sumber: Bursa Malaysia

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 66

Dua Jenis Akaun CDS Dari Sudut Status Pegangan Saham

Direct CDS

Akaun ini akan berdaftar atas nama anda. Ini bermaksud, nama anda sendiri yang
akan berdaftar dalam daftar pemegang saham syarikat yang anda labur.

Nominee CDS

Akaun ini tidak didaftarkan atas nama anda sebaliknya menjadikan syarikat
broker sebagai wakil anda.
Anda sudah faham maksud berikut, jadi mari lihat gambar rajah yang sudah
disediakan ini perbezaan diantara direct dan nominee.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 67

Rakuten Adalah Akaun Jenis Nominee

Mungkin ramai yang masih belum mengenali Rakuten, namun ianya mula
mendapat tempat dalam komuniti saham.

Tetapi…

Akaun CDS Rakuten bukanlah akaun jenis direct. Jadi seperti ulasan di atas, anda
tak dapat buat banyak perkara, iaitu :

1) Anda tidak layak untuk menghadiri Annual General Meeting (AGM). Dalam
erti kata lain, akaun ini tak sesuai untuk investor.

2) Corporate exercise seperti pemberian dividen, terpaksa melalui orang tengah
iaitu Rakuten. Ini akan menyebabkan mereka mengenakan caj tambahan.

3) Akaun jenis nominee tidak boleh digunakan untuk beli saham IPO (Initial
Public Offering). Jadi anda kurang peluang untuk memperoleh keuntungan
dengan pelaburan atau perdagangan IPO.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 68

Jenis Akaun Berdasarkan Modal Yang Boleh Digunakan
Untuk Trade

Dalam tajuk post ini kita sertakan sekali persoalan “Bagaimana Hendak Trade
Saham Tanpa Modal”.

Logik ke untuk trade atau main saham tanpa modal ni?

Jawapannya, logik.

Tak ramai yang tahu jawapan ini kerana kurangnya kefahaman tentang jenis-jenis
akaun. Jadi tanpa membuang masa kita pergi kepada jenis-jenis akaun
berdasarkan modal yang boleh digunakan untuk melabur saham.

Jenis-jenis akaun tersebut adalah :

1) Akaun Jenis Cash, atau dikenali sebagai Cash Upfront
Akaun jenis ini memerlukan anda deposit duit anda ke dalam akaun CDS
terlebih dahulu. Jika tidak, anda tidak boleh trade. Duit yang anda boleh
trade adalah sama atau kurang sedikit dari duit yang anda deposit (tolak
tepi sebahagian untuk dijadikan sebagai reserve). Senang cerita, cash x1.

2) Akaun Jenis Collateral atau Limit Account

Akaun ini juga memerlukan anda meletakkan sebahagian duit atau pun
saham ke dalam akaun trust atau CDS anda. Aset yang anda deposit kan –
sebagai contoh mudah, anda masukkan rm10k, maka pihak broker akan
memberikan 2 atau 3kali ganda cash yang anda ada menjadikan jumlah
modal yang anda boleh trade adalah rm20-30k.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 69

3) Akaun Jenis Margin

Akaun jenis margin pula hampir sama dengan collateral atau limit. Cuma
untuk akaun limit, anda hanya ada beberapa hari sahaja sebelum anda akan
‘dipaksa’ untuk lunaskan hutang anda – duit tambahan berganda yang
diberikan oleh broker. Manakala untuk margin account, duit hutang boleh
digunakan selagi belum berhadapan dengan ‘margin call’.

4) Akaun Jenis Istimewa : ‘Clean Limit’

Akaun jenis istimewa ini memerlukan anda mempunyai hubungan baik
dengan remisier anda. Dalam hal ini, anda tidak perlu letakkan modal pun
tak mengapa. Anda boleh trade saham mengikut kelulusan fund yang
diberikan oleh remisier anda.

Jika untung, duit memang masuk dalam akaun trust anda. Namun, jika rugi
duit remisier anda yang akan ditolak. Ini antara sebab kenapa tak ramai yang
nak offer akaun jenis ini.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 70

Syarat-Syarat Untuk Buka Akaun CDS

Kalau habis baca ini, masih belum mempunyai akaun CDS cuba baca lagi syarat
untuk ada akaun CDS iaitu:

1) 18 tahun keatas
2) Tidak bangkrap
3) Ada RM10 (Kos Ini kita bagi percuma jika buka akaun CDS melalui pihak

kami)
4) Ada email
5) Ada akaun bank

Cukup syarat-syarat ini, anda layak untuk membuka akaun CDS untuk
memulakan langkah pertama dalam dunia saham.

Kesimpulan

Ketika membuka akaun CDS, bakal pelabur hendaklah cakna mengenai akaun
CDS yang bakal dibuka bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kelak. Setiap
akaun CDS yang berlainan jenis, mempunyai perbezaan dan tidak sama
manfaatnya. Pelabur muslim diseru untuk membuka akaun CDS Islamik bagi
mengelakkan daripada membeli saham tidak patuh syariah.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 71

MACAM MANA KEADAAN PASARAN
SEKARANG NI? MACAM MANA NAK

TAHU?

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 72

Keadaan pasaran di sesebuah negara boleh diukur dengan Indeks Pasaran negara
tersebut.

Di Malaysia, indeks yang melambangkan pasaran Malaysia keseluruhannya ialah
Indeks KLCI.

Indeks ialah pergerakan gabungan pengiraan level harga beberapa syarikat yang
termasuk dalam sesuatu kumpulan.

Kita ambil indeks KLCI sebagai contoh. Indeks KLCI ialah satu kumpulan
yang menggabungkan 30 syarikat terbesar yang terdapat di Bursa Malaysia.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 73

30 syarikat terbesar itu ialah:

1 AIRPORT 16 MAXIS(S)
2 AXIATA(S) 17 MAYBANK
3 CIMB 18 MISC(S)
4 DIALOG(S) 19 NESTLE(S)
5 DIGI(S) 20 PBBANK
6 GENM 21 PCHEM(S)
7 GENTING 22 PETDAG(S)
8 HAPSENG 23 PETGAS(S)
9 HARTA(S) 24 PMETAL(S)
10 HLBANK 25 PPB(S)
11 HLFG(S) 26 RHBBANK
12 IHH(S) 27 SIME(S)
13 IOICORP(S) 28 SIMEPLT(S)
14 KLCC(S) 29 TENAGA(S)
15 KLK(S) 30 TM(S)

(S yang berada dalam kurungan itu menandakan syarikat itu patuh syariah)

Indeks ini digunakan sebagai indikator untuk menilai prestasi syarikat-syarikat
secara keseluruhannya.

Secara kasarnya, jika kita hendak tahu bagaimana keadaan pasaran pada waktu
ini, kita boleh terus merujuk indeks KLCI ini kerana ia melambangkan keadaan
pasaran di Bursa Malaysia.

Kalau di Amerika, indeks ‘KLCI’nya dikenali sebagai ‘Dow Jones Industrial
(DJI)’, di Jerman dikenali sebagai ‘DAX’, di Jepun pula dikenali sebagai
‘Nikkei’. Jadi sama juga seperti di Malaysia, secara kasarnya, jika kita nak tahu
macam mana keadaan pasaran di Amerika, rujuk saja DJI, dan kalau kita nak tahu
keadaan pasaran di Jerman, rujuk sahaja indeks DAX, dan begitulah seterusmya.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 74

Di Malaysia, terdapat juga beberapa indeks yang lain selain indeks KLCI,
masing-masing mewakili gabungan syarikat yang tertentu. Jom kenali indeks-
indeks yang terdapat di Malaysia:
1. Indeks KLCI: Mewakili 30 syarikat terbesar di Malaysia

2. Indeks Mid 70: Mewakili 70 syarikat terbesar di Malaysia selepas 30 syarikat
indeks KLCI.

3. Indeks Top 100: Mewakili gabungan antara indeks KLCI dan indeks Mid 70.
4. Indeks Hijrah Syariah : Mewakili 30 syarikat terbesar yang patuh syariah

5. Indeks EMAS: Mewakili gabungan antara indeks Top 100 dan juga Indeks
Small Cap

6. Indeks ACE: Mewakili syarikat yang terdapat di ACE market.
Lebih mudah jika anda rujuk gambar yang disertakan ini.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 75

Kesimpulan

Untuk para pelabur, indeks pasaran Bursa Malaysia boleh di lihat pada paparan
trading platform yang disediakan oleh syarikat-syarikat broker. Secara ringkas dan
mudahnya, jika bacaan indeks hijau, ini bermaksud pasaran Malaysia berada dalam
keadaan yang baik. Jika bacaan indeks berwarna merah, pasaran Malaysia berada
dalam keadaan tidak’sihat’ pada ketika itu. Jadi, para pelabur boleh membuat
kesimpulan mengenai aktiviti pasaran saham dengan melihat indeks sahaja.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 76

APA ITU IPO ATAU SAHAM
TERBITAN AWAM?

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 77

Tahukah anda saham sedia ada yang para pelabur selalu jual beli di trading
platform merupakan pasaran peringkat kedua. Jika sesebuah syarikat ingin mula
disenaraikan di Bursa Malaysia, ia perlu dilakukan melalui Initial Public Offering
(IPO) atau saham terbitan awam terlebih dahulu.

Setiap syarikat yang ingin membuat IPO perlu mendapatkan kelulusan daripada
Suruhanjaya Sekuriti sebelum IPO tersebut boleh dilaksanakan. Dalam
mempertimbangkan sesuatu cadangan IPO, Suruhanjaya Sekuriti akan mengkaji
secara keseluruhan kesesuaian syarikat yang membuat IPO.

Setelah mendapat kelulusan, syarikat berkenaan dikehendaki untuk menerbit satu
prospektus yang menerangkan tentang syarikat dan pemiliknya, bidang
perniagaan, prestasi syarikat serta ramalan masa depan syarikat

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 78

Kenapa Syarikat Laksanakan IPO?

Terdapat banyak sebab untuk syarikat mewujudkan isu baru antaranya ialah bagi
mendapatkan pembiayaan tambahan bagi membayar hutang, menambah modal
kerja atau menampung pembiayaan projek pelaburan syarikat.

Bagi mendapatkan maklumat terbaru mengenai IPO, anda boleh rujuk pada
laman web rasmi Bursa Malaysia di IPO Summary.

Status Syariah IPO

Untuk pengetahuan anda, setiap IPO atau saham terbitan awam yang baru tersenarai
belum mempunyai status patuh Syariah. Jadi jika anda ingin mengetahui sama ada
syarikat menjalankan perniagaan yang halal atau tidak, anda perlu merujuk kepada
Prospektus mereka. Selain itu, status Syariah sesebuah IPO juga boleh diketahui
melalui broker BIMB Securities Sdn Bhd. Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh
rujuk dengan remisier anda untuk keterangan lanjut.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 79

Kepentingan Mengkaji Prospektus Sebelum Membeli Saham
Terbitan Awam

Seperti biasa, sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli saham, anda
perlu melakukan kajian terlebih dahulu sama ada kajian fundamental atau kajian
teknikal. Memandangkan saham IPO adalah saham baru dan belum ada sebarang
technical chart, anda tiada panduan untuk mengkaji arah pergerakan harga saham.

Jadi alternatif yang ada ialah dengan membuat kajian fundamental berdasarkan
maklumat yang diperolehi dari prospektus. Info yang perlu anda kaji termasuklah:

Maklumat Perniagaan – Apakah perniagaan syarikat?
Maklumat Kewangan – Ambil kira prestasi kewangan syarikat yang lampau dan
unjuran kewangan masa depan
Pemegang Saham, Pengarah dan Pengurusan – Siapakah mereka yang
mengendalikan perniagaan?
Pertimbangan Risiko – Adakah pelaburan yang dicadangkan selamat? Dalam
bahagian ini, syarikat akan menerangkan contoh jangkaan risiko yang mungkin
dihadapi dalam perniagaan mereka.

Contoh Kajian Prospektus

Ini merupakan contoh prospektus bagi syarikat Tri- Mode System (M) Berhad
yang dijadualkan untuk IPO pada 14 Mei 2018. Seperti yang anda dapat lihat
dalam gambar, tarikh propektus dikeluarkan pada 18 April 2018, lebih kurang
sebulan sebelum penyenaraian berlaku.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 80

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 81

Kandungan prospektus selalunya tebal. Untuk Tri-Mode sendiri, ia mempunyai
hampir 200 muka surat. Tapi jangan risau, bukan semua maklumat perlu dibaca.
Seperti yang kami kongsikan tadi, anda hanya perlu lihat pada bahagian
maklumat perniagaan, maklumat kewangan, lembaga pengarah dan pengurusan
syarikat dan jangkaan risiko.

Jadi anda perlu ke bahagian Table of Contents untuk mendapatkan petikan
kandungan yang penting. Dengan cara ini, anda dapat jimatkan masa dan buat
keputusan sama ada patut memohon atau tidak IPO tersebut.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 82

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 83

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 84

Kesimpulan

Risiko tetap wujud di dalam apa jua bentuk pelaburan termasuklah pembelian
IPO. Harganya mungkin naik atau jatuh pada hari pertama tersenarai di papan
Bursa. Apa yang penting ialah anda sudah melakukan kajian dan mempunyai
trading plan tersendiri supaya dapat melabur dengan risiko yang terkawal.
Pemilihan syarikat hendaklah berdasarkan keyakinan setelah menilai prospectus.
Kalau nak belajar banyak lagi tentang IPO, lawati blog mahersaham.com.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 85

APA ITU WARRANT? ADA BEZA
TAK WARRANT WA, WB, WC DAN

CA?

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 86

Warrant adalah antara istilah dalam saham yang pelabur-pelabur akan selalu
jumpa. Lebih-lebih lagi untuk yang masih baru, istilah ini pastinya menimbulkan
banyak tanda tanya dan jika maklumat dicari di enjin carian seperti Google,
kadang-kadang lebih menambahkan kekeliruan.

Kalau kita buka platform, pasti akan terjumpa kaunter-kaunter yang belakang
nama kaunter tersebut itu ada huruf seperti berikut:

WA WB WC WD WE
CA CB CE CD WR HB

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 87

Definisi Warrant

Ia adalah sijil kebenaran yang membenarkan seseorang itu untuk membeli saham
sesebuah syarikat pada harga diskaun dalam tempoh yang ditetapkan. Namun
begitu pemilik warrant bukan pemegang saham kerana saham sebenar belum
dimiliki lagi.

Dalam erti kata lain pemegang warrant tidak layak terima sebarang dividen,
bonus yang syarikat akan berikan dan yang paling penting tidak layak mengundi
bagi sesi mesyuarat agung tahunan syarikat tersebut.

Jenis-Jenis Warrant

1) WA, WB, WC, WD, WE
Ia dipanggil WARRANT. Warrant ini dikeluarkan oleh syarikat tersebut dan
minima memegang warrant ini adalah 5 tahun malahan ia boleh ditukar ke mother
share dan pergerakan turun naik harga berdasarkan mother share.

2) CA, CB, CE, CD
Ia dipanggil CALL WARRANT. Dikeluarkan oleh bank atau pihak ketiga
bukannya syarikat tersebut. berstatus tidak syariah. Diantara contoh bank atau
pihak ketiga tersebut adalah macquarie. Minima perlu pegang warrant ini adalah
6 bulan dan maksima 1 tahun selain itu ia tidak boleh tukar kepada mother share.
Pergerakan turun naik harga berdasarkan indicator sahaja tidak mempengaruhi
pergerakan mother share.

3) WR

Borang untuk dapatkan warrant.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 88

4) H

Ia dikenali sebagai Hedging dan ia adalah Put Warrant yang dikeluarkan oleh
third-party bukannya bank atau syarikat dengan bertujuan mengimbangi kerugian
dan pergerakannya berlawanan dengan mother share. Berstatus tidak syariah.

Kesimpulan

Ringkasnya, warrant adalah sejenis instrumen dalam saham yang juga dibenarkan
untuk diniagakan atau dijual beli. Pelabur lebih tertarik untuk membeli saham
warrant berbanding syarikat induk berkemungkinan disebabkan harganya yang
lebih murah daripada saham syarikat induk. Mempelajari selok belok
berkaitannya adalah penting untuk memaksimakan keuntungan kita dalam
pasaran saham Bursa Malaysia. Terdapat juga komponen-kompnen yang perlu
dipertimbang oleh pelabur sebelum membeli saham warrant. Hal ini disebabkan
saham yang dijual adalah sedikit berbeza daripada saham-saham yang biasa
didagangkan di pasaran Bursa Malaysia.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 89

BELAJAR SAHAM DENGAN 5
LANGKAH MUDAH TEKNIK ABCDE

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 90

Dengan teknik mudah ABCDE ini anda sudah tidak perlu pening kepala
tentang hala tuju anda dalam saham! Tak perlu pergi kelas ribuan ringgit
untuk mula belajar saham.

Masih baru dalam bidang saham dan tercari-cari panduan untuk melabur?
Gunakan kaedah mudah A-B-C-D-E ini sebagai panduan.

A- Akaun CDS

Central Depository System (CDS) merupakan akaun yang anda wajib ada
sebelum mula membeli saham. Ia diibaratkan seperti akaun simpanan bank
dimana semua transaksi jual beli saham akan direkodkan dalam akaun ini.

Umur minima untuk memohon akaun CDS ialah 18 tahun dan anda boleh
mempunyai lebih dari satu akaun. Sebagai contoh jika anda sudah ada akaun
melalui broker Maybank Investment anda boleh memohon akaun seterusnya
bersama broker M+ pula.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 91

Akaun CDS mempunyai tempoh sah laku sebelum diisytiharkan sebagai akaun
dormant. Jika tiada sebarang transaksi selama 3 tahun, akaun menjadi tidak aktif dan
anda perlu hantar semula permohonan untuk mengaktifkan semula akaun CDS.

Semasa kewujudan cukai GST, bayaran pendaftratan CDS ialah RM 10.60 tapi
kini hanya RM 10. Berita baik jika anda ingin mendaftar akan CDS bersama M+
dan ingin menjadi sebahagian komuniti Mahersaham, kami subsidize bayaran
pendaftaran untuk anda.

B - Bina Modal/ Bantuan Modal

Setelah mempunyai akaun CDS, anda akan turut mempunyai akaun trading untuk
menjalankan proses jual beli saham. Sebelum itu, anda perlu mempunyai modal
permulaan terlebih dahulu untuk membeli sesuatu saham.

Kami selalu mengingatkan agar pelabur mula membeli saham dengan duit
lebihan. Jangan sesekali melabur dengan wang pinjaman atau melabur sebelum
mempunyai simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji.

Jika anda masih belum mempunyai modal yang cukup, mula asingkan 10% –
20% duit gaji bulanan untuk menabung demi pelaburan. Sebagai contoh jika gaji
bulanan sebanyak RM3k, asingkan RM 300 – RM 600 mengikut kesesuaian bajet
anda.

Pada masa yang sama, tingkatkan juga ilmu saham anda sama ada melalui
pembacaan buku, blog, atau menghadiri mana-mana kelas pelaburan. Kami
sediakan kelas trading pada harga yang munasabah, confirm takkan mengecewakan.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 92

C – Cari Kaunter Saham Untuk Dibeli (Screener Saham)

“Saham apa nak beli ye?” antara soalan yang paling kerap diterima. Untuk
menjawab soalan ini, pertama sekali anda perlu tetapkan terlebih dahulu
matlamat sama ada ingin melabur untuk jangka masa panjang atau pendek kerana
kriteria pemilihan saham berbeza antara kedua ini.

Jika anda ingin melabur dan hold kaunter untuk tempoh lama, kajian terperinci
perlu dilakukan mengenai isu fundamental kewangan serta potensi perkembangan
syarikat. Sebaliknya jika hanya ingin keuntungan dalam masa pendek, anda perlu
mengkaji pergerakan harga saham

D – Decide Untuk Beli Saham

Setelah kajian dilakukan, kini masa untuk bertindak! Saya masih ingat pengalaman
pertama beli kaunter saham. Rasa seram sejuk untuk tekan buy order sebab takut set
up tak menjadi. Gangguan emosi adalah lumrah untuk semua newbies, malah mereka
yang dah lama trade pun emosi ke laut juga kadang-kadang.

Pegang kuat dengan konsep usaha, ikhtiar, doa dan tawakal. Jika anda sudah
melakukan kajian saham secara menyeluruh, mempunyai trading plan di mana
anda tahu dimana entry price, target price dan cut loss serta mempunyai niat
yang baik untuk mencari pendapatan tambahan melalui pasaran saham, In Sha
Allah ada hasilnya.

E – Experience

Akhir sekali, konsistensi dalam keuntungan pelaburan saham dapat diperolehi
melalui experience (pengalaman). Pengalaman anda bersusah- payah membelek

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 93

setiap satu kaunter saham, pengalaman merasai manisnya keuntungan dan
pahitnya kerugian.

Jika berkesempatan, cuba baca buku Stock Market Wizards: Interviews with
America’s Top Stock Traders tulisan Jack D. Schwager. Kesemua trader tersohor
didunia yang tersenarai dalam buku tersebut pernah mengalami kerugian yang
besar, mereka tidak mengaku kalah dan bangkit semula untuk berjaya.

Kesimpulan

Anda perlu faham bahawa investing is a marathon, not a sprint. Letakkan
matlamat keuntungan yang realistik, kawal money management and enjoy the
process! Pelabur juga hendaklah sedar risiko kerugian yang bakal dihadapi.
Pelabur hendaklah mengetahui beberapa teknik pengurusan risiko bagi
mengelakkan kerugian yang lebih besar.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 94

ANALISA FUNDAMENTAL VS
ANALISA TEKNIK

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 95

Dua Dunia: Fundamental Vs Technical

Dalam bahagian jenis-jenis analisa dalam saham kita didedahkan dengan dua
analisis yang utama dalam saham, iaitu analisa fundamental dan juga analisa
teknikal.

Dua analisis yang utama ini juga lah yang kebiasaannya mengelirukan komuniti
saham.

Dalam sesetengah keadaan, apa yang diajarkan oleh fundamental sangat
bertentangan dengan technical analysis.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM


Click to View FlipBook Version