The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikynn ikynnrahim, 2020-03-09 01:53:46

Panduan_Melabur_di_Bursa_Malaysia

Panduan_Melabur_di_Bursa_Malaysia

www.mahersaham.com 96

Bila Harga Jatuh

Fundamental Analysis akan menyarankan anda membuat lagi pembelian, risiko
semakin rendah. Pembelian pertama yang anda buat sudah pasti berasaskan
anggapan dan perkiraan anda bahawa harga yang dibeli berada di bawah harga
sebenar (‘intrinsic value’) saham.

Jadi bila harga jatuh, anda sebenarnya sepatutnya beli lebih banyak sebab harga
yang lebih murah dan ‘diskaun’ berbanding harga sebenar saham tersebut.

Lain pula dengan Technical Analysis. Dalam TA, anda diajar tentang Risk and
Reward Ratio.

Risiko tidak boleh dihapuskan, tetapi ia boleh dikawal.

Trading plan tidak semestinya akan berjaya, jadi sekiranya trading plan anda tidak
menjadi, iaitu harga jatuh, maka adalah lebih baik anda mengurangkan potensi
kerugian anda dengan jual saham anda setelah paras ‘cut loss price’ pecah.

Jadi bila harga jatuh, nak tambah lagi atau nak kurangkan kerugian?

Sekiranya anda telah pun mengkaji sedalam-dalamnya berkaitan fundamental
syarikat, maka adalah munasabah untuk anda tambah pembelian anda (average
down). Walaubagaimanapun, plan anda untuk average down sepatutnya sudah
dirancang sewaktu pembelian anda yang mula-mula sekali.

Anda seharusnya telah memperuntukkan sebahagian modal anda untuk membeli
lebih banyak saham sekiranya harga saham jatuh. Anda juga akan cuba
mengurangkan risiko anda dengan membuat pecahan modal dan dibahagikan
kepada beberapa kaunter.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 97

Kelemahan average down adalah – analisis anda mungkin salah, dan anda
sebenarnya membuang duit. Risiko lain juga adalah, harga saham jatuh lebih
teruk berbanding apa yang anda jangkakan, padahal duit anda sudah kehabisan
untuk average down.

Untuk yang mengikuti analisa teknikal pula, kadang-kadang harga boleh jadi
‘volatile’ lebih daripada yang sepatutnya. Kejatuhan harga mungkin bersifat
sementara dan sekejap sahaja.

Jika seseorang itu meletakkan ‘cutloss’ pada ‘range’ harga yang kecil, seseorang
itu boleh terpaksa untuk ‘cutloss’ dengan mudah. Kemudiannya harga saham naik
tinggi dan menyebabkan ‘trader’ tersebut menyesal.

Bila Harga Naik

Fundamental Analysis mempunyai banyak mazhab atau aliran pemikiran. Benda
yang sama juga terjadi kepada Technical Analysis.

Sebagai contoh, harga saham yang naik tinggi, mungkin sudah pun melepasi ‘fair
value’ yang dikatakan harga munasabah bagi tersebut akan membuatkan
sesetengah pelabur FA menjual saham tersebut untuk mendapatkan keuntungan.

Namun pelabur FA yang lain mungkin tidak akan menjual saham tersebut.
Mereka berpandangan lebih jauh, mungkin apa yang mereka harapkan adalah
dividend yield yang tinggi sewaktu syarikat mencapai tahap ‘mature’.

Warren Buffett juga adakalanya menekankan bahawa, “time to sell a good stock is
never”. Kadangkala juga dia mengingatkan bahawa tindakan menjual saham anda
yang sedang naik tinggi untuk membeli saham lain yang perlahan adalah seperti

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 98

menjual kuda terbaik anda untuk membeli kuda yang lebih perlahan bagi memenangi
perlumbaan kuda – yang mana tindakan seperti itu tidak patut berlaku.

Pengkaji TA, atau pun ‘chartist’, akan menggunakan beberapa indikator dalam
chart mereka.

Sesetengah indikator tidak akan dapat menangkap pergerakan harga yang besar,
sell signal mungkin boleh keluar lebih awal dari yang sepatutnya.

Kadangkala juga, penggunaan beberapa indikator memberikan ‘mixed signals’
kepada trader untuk membuat keputusan yang betul.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 99

Persamaan Dan Perbezaan Fundamental dan Technical

Definisi Fundamental Analyis Technical Analysis
Mengkaji latar belakang Mengkaji pergerakan
Sumber Data syarikat menggunakan
Jangka Masa pelbagai faktor ekonomi. harga saham
(kebiasaan) Financial Statements, menggunakan chart.

Buy Entry News, Statistik untuk Chart dan Graf
Industri.
Istilah
Contoh Konsep Panjang Pendek

Objektif Bila harga saham berada Bila harga saham
Persamaan Cara
di bawah intrinsic value; membentuk pattern/

saham dijangka dapat keadaan tertentu yang

beri pulangan melebihi berpotensi tinggi untuk

‘required rate of return’ harga naik

Pelabur, Investor Peniaga, Traders

ROE, Return on Asset, Trendline, Reversal

Discounted cash flow Pattern, Overbought

Nak Untung

Menjangka Harga Pada Masa Akan Datang

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 100

Gabungan FA Dan TA

Dua jenis analisis tidak bermaksud anda perlu pilih salah satu dan ketepikan
analisis yang lain.

Analisis adalah analisis, ia cuba memberikan perspektif dan bantuan untuk anda
tentukan harga yang sesuai untuk beli saham tersebut.

Semua jenis analisis akan menggunakan beberapa anggapan dalam menganggar
nilai atau harga syarikat tersebut pada masa hadapan.

Di Mahersaham kami menggunapakai kedua-dua analisa ini. Tugas kami adalah
mencari pelaburan yang dapat memberikan keuntungan dalam masa yang singkat,
dengan risiko yang paling minima dan pulangan pelaburan yang maksima.

Berbekalkan ilmu tentang FA dan TA, kami dapat mengenal pasti sebab di
sebalik kemasukan volume besar ke dalam saham: adakah itu kemasukan
sindiket/spekulator ataupun institusi-institusi kewangan yang menggunakan
analisa fundamental.

Kami juga menggunakan TA dalam mengenal pasti ‘perfect entry’ bagi
membolehkan masa pegangan saham untuk mendapatkan pulangan besar adalah
singkat dan risiko kurang.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 101

Kesimpulan

Elakkan berfikiran sempit dengan hanya menjadi pentaksub satu jenis analisa
sahaja. Kadang-kadang mengisytihar satu jenis analisa adalah lebih baik daripada
analisa yang lain hanyalah satu taktik pemasaran bagi meraih populariti atau
pengiktirafan dari orang lain.

Jangan mudah terjerat dan pastikan anda sentiasa cuba mendalami ilmu saham
daripada pelbagai aspek. Teori kedua-dua analisis ini masih relevan dan wajib
dipelajari oleh kesemua pelabur walaupun kadangkala teori ini tidak akan
menjadi disebabkan faktor luaran yang tidak dapat diramalkan.

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

www.mahersaham.com 102

Terima kasih Pembaca Sekalian,
Moga Perkongsian Ini Memberi Panduan

PANDUAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA MAHERSAHAM

MA2 HPERROSDAUHKAM

BERMINAT NAK SERTAI?
KLIK GAMBAR INI!

BERMINAT NAK SERTAI?
KLIK GAMBAR INI!

ONLINE
COACHING

SILIBUS
PEffiBELAJA�AN

ANNUAL





















Testimoni Student
Premium Mahersaham

=.. '��,,... . C.

Alhamoollllah 1211 pu ,g Naik 3

Jual 400 rt12PM ..v bid dengan
pantas


Click to View FlipBook Version