The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TATATERTIB EDISI 2.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cynels76, 2022-03-28 02:29:18

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TATATERTIB EDISI 2.0

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TATATERTIB EDISI 2.0

TATATERTIB JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
MALAYSIA

PENGURUSAN

PENYIASATAN PROSEDUR

GARIS PANDUAN
PENGURUSAN
TATATERTIB
(EDISI 2.0)

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA 1

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

DITERBITKAN OLEH

BAHAGIAN INTEGRITI
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
ARAS 3-5, NO. 26, JALAN TUN HUSSEIN, PRESINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62100 WP PUTRAJAYA
TEL: +60 3 8000 8000 FAKS: +60 3 8881 0194

HAK CIPTA TERPELIHARA | JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
Tiada bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang
bentuk atau dengan sebarang alat juga, sama ada cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran
bertulis daripada Bahagian Integriti, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia terlebih dahulu.

TATATERTIB JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
MALAYSIA

PENGURUSAN

PENYIASATAN PROSEDUR

GARIS PANDUAN (EDISI 2.0)
PENGURUSAN
TATATERTIB

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN 10 - 21

BAB 2 TAFSIRAN, PERIHAL KELAKUAN DAN TATATERTIB 22 - 37

BAB 3 PROSEDUR TATATERTIB AM 38 - 75

BAB 3.1 PROSEDUR KES TIDAK HADIR BERTUGAS 76 - 99

BAB 3.2 KESALAHAN KETIDAKPATUHAN PERATURAN KAD PERAKAM WAKTU/WAKTU BEKERJA 100 - 115

BAB 3.3 KESALAHAN GANGGUAN SEKSUAL 116 - 119

BAB 3.4 KESALAHAN KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN TANPA KEBENARAN 120 - 123

BAB 3.5 KESALAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH 124 - 129

BAB 3.6 KESALAHAN KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS 130 - 133

BAB 3.7 KESALAHAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM POLITIK 134 - 137

BAB 3.8 KESALAHAN KEHILANGAN WANG AWAM DAN ASET ALIH KERAJAAN 138 - 143

BAB 4 PROSEDUR PENGURUSAN PEGAWAI YANG TERLIBAT DENGAN KES JENAYAH 144 - 191

BAB 5 HUKUMAN TATATERTIB 192 - 199

BAB 6 RAYUAN TATATERTIB 200 - 221

BAB 7 PROSES TINDAKAN PENAMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM (PDKA) 222 - 245

BAB 8 PROSEDUR TINDAKAN SURCAJ 246 - 255

BAB 9 PROSEDUR PERMOHONAN TAPISAN MAKLUMAT TATATERTIB 256 - 261

BAB 10 PROSEDUR MELIBATKAN JAWATANKUASA PENYIASATAN 262 - 275

(BAGI PROSEDUR KES TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT SAHAJA)

BAB 11 PROSEDUR PELAPORAN TATATERTIB JABATAN 276 - 279

PENUTUP 283

RUJUKAN 284

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 286 - 329

SIDANG EDITOR 330



4 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garisan Panduan Pengurusan Tatatertib E5disi 2

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

SekaSpuririhPENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
KETUA PENGARAH

PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Bahagian Integriti,
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kerana telah
berjaya menerbitkan Buku Garis Panduan Pengurusan
Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2.0 ini. Penerbitan garis panduan
ini adalah merupakan kesinambungan daripada garis panduan
pengurusan tatatertib terdahulu yang mana telah diterbitkan
pada tahun 2018, yang mengandungi penambahbaikan
terhadap sistem kerja dan prosedur yang lebih berfokus.
Ianya amatlah bertepatan dengan hasrat Kerajaan, khususnya
Pengurusan Tertinggi JPJ untuk memberi pendedahan,
meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pegawai dalam
menguruskan kes-kes tatatertib yang sentiasa dinamik dan
semakin mencabar.

Sesungguhnya, adalah menjadi kewajipan bagi setiap pegawai Sehubungan itu, saya amat optimis agar garis panduan ini
khususnya di Jabatan ini agar mensuburkan sifat integriti dapat dijadikan sumber rujukan utama yang komprehensif
dan jati diri ketika melaksanakan tugas, tanggungjawab kepada semua kumpulan sasar dalam memberikan panduan
dan amanah yang telah diberikan agar ianya tidak disalah khususnya melibatkan kes-kes tatatertib di Jabatan ini agar
gunakan untuk kepentingan diri. Komitmen yang padu dalam nilai disiplin, integriti serta sahsiah warga JPJ sentiasa berada
membasmi kegiatan salah laku pegawai dalam apa jua bentuk di tahap yang cemerlang dan membanggakan.
kesalahan turut menjadi agenda integriti utama Jabatan.
DATO’ ZAILANI HJ HASHIM
Penerbitan garis panduan ini adalah amat bertepatan dengan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan
perancangan strategik Jabatan dalam memastikan setiap Malaysia
tindakan tatatertib yang diambil adalah mengikut prosedur
yang betul selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993].

6 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

KATA ALUAN

PENGARAH BAHAGIAN INTEGRITI

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Setinggi-tinggi kesyukuran saya ucapkan kepada Allah s.w.t di atas
izinNya jua Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2.0
berjaya diterbitkan.

Garis Panduan ini merupakan dokumen utama serta rasmi Jabatan
bagi tujuan memperkasakan pembudayaan dan amalan antirasuah
di setiap peringkat Jabatan serta mencegah berlakunya kesalahan
tatatertib, salah guna kuasa dan penyelewengan. Dengan keberhasilan
Garis Panduan ini, adalah diharapkan agar semua warga cemerlang JPJ
sentiasa merujuknya supaya berada di atas landasan integriti yang tepat.

Terima kasih kepada semua warga kerja Bahagian Integriti dan semua YBRS. TUAN HASBILAH BIN MOHAMAD SALLEH
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Pengarah Bahagian Integriti
menghasilkan Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
2021 ini.
(16 Ogos 2021 hingga kini)

KATA ALUAN

MANTAN PENGARAH BAHAGIAN INTEGRITI

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran kepada Allah s.w.t. di atas kekuasaanNya
dapatlah penerbitan Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2.0
direalisasikan jua.

YBRS. TUAN MOHD SHAHRIL CHE SAAD Penerbitan Edisi 2.0 ini adalah salah satu inisiatif daripada Unit Pengurusan Tatatertib,
Mantan Pengarah Bahagian Integriti Bahagian Integriti JPJ dalam memperluaskan panduan dan pengetahuan tatacara
pengurusan tatatertib Jabatan. Berbanding penerbitan Garis Panduan Pengurusan
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Tatatertib yang pertama pada 2018, kali ini Garis Panduan ini adalah lebih
komprehensif dan lebih jelas prosedurnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai
(13 Julai 2020 hingga 15 Ogos 2021) Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993] berdasarkan pelbagai senario
kesalahan dan perlanggaran tatatertib. Sehubungan itu, diharapkan Garis Panduan ini
dapat membantu pihak JPJ khususnya dalam pelaksanaan pengurusan kes tatatertib
yang lebih tersusun, teratur dan telus serta lebih efisyen di setiap peringkat Jabatan.

Akhir kalam, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
warga Bahagian Integriti di atas komitmen yang tinggi dalam menghasilkan Garis
Panduan ini agar dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga cemerlang JPJ.

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 7

SENARAI SINGKATAN

AADK Agensi Anti Dadah Kebangsaan

JPA Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

KJ Ketua Jabatan

KP Ketua Pengarah

LRTT Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam

LTT Lembaga Tatatertib

MOF Kementerian Kewangan Malaysia

MOT Kementerian Pengangkutan Malaysia

PBT Pihak Berkuasa Tatatertib

P.U(A) 395/1993 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993 & Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002

P.U(A) 396/1993 Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan

Awam 1993

PDKA Penamatan Demi Kepentingan Awam

PUU Penasihat Undang-Undang

SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

THB Tidak Hadir Bertugas

TPG Tarikh Pergerakan Gaji

YDPA Yang di-Pertuan Agong

8 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib Edisi 2021

Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) 9
&

Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2)
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

BAB 1
PENDAHULUAN

10 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 11

BAB 1

PENDAHULUAN

(a) TUJUAN

Buku Garis Panduan Pengurusan Tatatertib Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Edisi 2021 ini merupakan suatu inisiatif
yang dihasilkan oleh Bahagian Integriti JPJ dalam membantu serta melancarkan urusan pelaksanaan tindakan tatatertib oleh
pihak Urus Setia Lembaga Tatatertib (LTT) Jabatan terhadap mana-mana pegawai, kakitangan ataupun anggota penguatkuasa
di samping ianya turut dijadikan rujukan utama dan menyeluruh oleh Ketua Jabatan semasa menyediakan laporan pelanggaran
integriti atau tatatertib untuk dikemukakan kepada pihak Urus Setia LTT. Ia juga turut memberi panduan kepada Urus Setia LTT
JPJ Negeri supaya kes-kes tatatertib yang dilaporkan oleh Ketua Jabatan dapat diuruskan mengikut tatacara dan peraturan yang
berkuat kuasa sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
[P.U(A) 395/1993].

Berdasarkan penelitian dan pengalaman Bahagian Integriti JPJ dalam mengendalikan kes-kes pelanggaran tatakelakuan,
terdapat ruang untuk penambahbaikan yang perlu diambil dengan segera oleh pihak Jabatan sama ada dari aspek corrective
and punitive dalam memastikan isu pelanggaran tersebut ditangani dalam tempoh masa yang semunasabah yang mungkin.
Sebarang kecuaian mahupun kelewatan yang tidak berasas dalam membendung isu-isu salah laku ini berkemungkinan berpunca
daripada sikap lewa atau kekurangan pengetahuan oleh Ketua Jabatan/Penyelia dalam menguruskan kes-kes tatakelakuan
dengan teratur dan mengikut tatacara yang ditetapkan dalam prosedur tatatertib.

Beberapa kes tatatertib telah dikenal pasti yang mana merupakan majoritinya melibatkan ketidakhadiran bertugas tanpa
kebenaran Ketua Jabatan serta pelanggaran Arahan Jabatan mahupun Standard Operating Procedure (SOP) Jabatan oleh
pegawai, kakitangan ataupun anggota penguatkuasa selain kes-kes berkaitan dengan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan
lain-lain jenayah yang telah dihadapkan di mahkamah. Sehubungan itu, pengendalian kes-kes ini perlulah mengikut tatacara
dan prosedur yang ditetapkan, sebagaimana termaktub di dalam P.U(A) 395/1993. Pematuhan terhadap pelaksanaan tatacara
pengendalian kes tatatertib di peringkat Ketua Jabatan/Penyelia mestilah sentiasa dititikberatkan bagi tujuan mengelakkan
daripada sebarang keputusan tatatertib yang diputuskan oleh LTT Jabatan dipertikai dan dicabar di peringkat rayuan tatatertib
serta di mahkamah kemudian hari.

(b) PUNCA-PUNCA KUASA PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM

Punca-punca kuasa dalam melaksanakan urusan tatatertib Jabatan di dalam Perkhidmatan Awam khususnya di JPJ adalah
berpandukan kepada tiga (3) Peraturan berikut:

(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993];

(ii) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 [P.U(A) 246]; dan

(iii) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U(A) 396/1993].

12 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib Edisi 2021

(c) PUNCA KUASA PENUBUHAN BAHAGIAN INTEGRITI JPJ


Bahagian Integriti JPJ telah ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (Penubuhan Unit
Integriti Di Semua Agensi Awam) berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013 yang mana Bahagian ini turut merangkumi enam (6) teras

dan fungsi yang saling berkaitan dengan pelaksanaan kawal atur isu-isu yang berkaitan dengan antirasuah, tadbir urus dan

governans serta pelanggaran integriti termasuklah tatatertib.

Rajah 1.1: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib Edisi 2021 13

(d) STRUKTUR DAN FUNGSI UNIT PENGURUSAN TATATERTIB

Salah satu teras yang merupakan aspek penting integriti di Jabatan adalah terletak di Unit Pengurusan Tatatertib Bahagian
Integriti JPJ di mana tugas dan fungsi utamanya adalah menguruskan kes-kes tatatertib yang melibatkan pegawai-pegawai
awam yang tertakluk di bawah P.U(A) 395/1993. Unit ini melaporkan secara terus kepada Pengarah Bahagian Integriti JPJ serta
bertindak selaku Urus Setia LTT Jabatan di Ibu Pejabat manakala Unit Pengurusan Tatatertib JPJ Negeri-Negeri bertindak selaku
Urus Setia LTT Jabatan di Negeri-Negeri.

STRUKTUR PERJAWATAN BAHAGIAN INTEGRITI JPJ MALAYSIA

PENGARAH PEJABAT PENGARAH
Pegawai Siasatan (P54) Setiausaha Pejabat (N29)

TIMBALAN PENGARAH UNIT PENTADBIRAN
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M52) Penolong Pegawai Tadbir (N29)
Ketua Pembantu Tadbir (N22)
SEKSYEN PENGUATKUASAAN INTEGRITI SEKSYEN OPERASI & SIASATAN
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M48) Pegawai Penguatkuasa (KP48) Pembantu Tadbir (N19)
Pembantu Operasi (N14)

SEKSYEN GOVERNANS & INTEGRITI
Pegawai Penguatkuasa (KP48)

UNIT PENGURUSAN TATATERTIB UNIT PENGUKUHAN INTEGRITI UNIT PENGESANAN & PENGESAHAN UNIT PENGURUSAN ADUAN UNIT TADBIR URUS UNIT PEMERIKSAAN & PEMATUHAN
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M44) Pegawai Hal Ehwal Islam (S44) Pegawai Penguatkuasa (KP44) Pegawai Penguatkuasa (KP44) Pegawai Penguatkuasa (KP41)
Pembantu Penguatkuasa (KP19)
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Pegawai Siasatan (P44) Pembantu Penguatkuasa (KP19) DASAR PELAKSANAAN Pembantu Akauntan (W36)
(M41/M44) Pembantu Penguatkuasa (KP19) Pegawai Penguatkuasa (KP44) Pegawai Penguatkuasa (KP41/KP44) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Penolong Pegawai Penguatkuasa
Penolong Pegawai Tadbir (KP38) Pembantu Pegawai Penguatkuasa Penolong Pegawai Penguatkuasa (FA32)
(N32) Penolong Jurutera (JA29)
Penolong Pegawai Penguatkuasa (KP38) (KP32)
Pembantu Tadbir (N19/N22) (KP32)
Penolong Pegawai Penguatkuasa
Penolong Pegawai Penguatkuasa (KP32)
(KP32)
Pembantu Tadbir (N22 (KUP))
Penolong Pegawai Penguatkuasa
(KP32)

Pembantu Penguatkuasa
(KP19/22)

14 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

(e) CARTA ALIR PENGURUSAN TATATERTIB JABATAN

CARTA ALIR LEMBAGA TATATERTIB
KUMPULAN SOKONGAN (NO. 2) JABATAN

1 Surat Ketua Jabatan (KJ) Kepada Lembaga Tatatertib (LTT) (No.2)
berkaitan tatakelakuan pegawai

Jika Jenis Pelanggaran Tatatertib P37 2 Penyediaan Kertas Pertimbangan Jenis Pelanggaran Tatatertib
(P35) oleh Urus Setia Lembaga Tatatertib (LTT) JPJ Negeri/Ibu
Laporan KJ JPJ Negeri/ Bahagian Pejabat

dikemukakan kepada Urus Setia LTT 3(a) 3 Pengerusi LTT (No.2) menanda Pelanggaran Tatatertib P36/ P37.
(No.1) JPJ Ibu Pejabat.
Jika Jenis Pelanggaran Tatatertib P36
SELESAI
4 Urus Setia LTT (No.2) JPJ Negeri/ Ibu Pejabat menyediakan Kertas
Pertimbangan Prima Facie.

5 Kertas Pertimbangan Prima Facie dikemukakan kepada Pengarah
JPJ Negeri/ Pengarah Bahagian Integriti Ibu Pejabat.

6 Pindaan kepada Kertas Pertimbangan Prima Facie oleh Urus Setia
LTT (No.2) (sekiranya ada).

7 Surat Pertuduhan yang ditandatangani oleh Pengerusi LTT
(No.2) kepada pegawai dikeluarkan.

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 15

Sambungan...

Serah Tidak terserah

Surat Akuan Penerimaan diterima pada 8(a) 8
tarikh pegawai menerima serahan surat
pertuduhan melalui serahan tangan/ Pos Surat Akuan Penerimaan tidak dapat
Berdaftar Akuan Terima (21 hari akan dikira diserahkan kepada pegawai melalui
pada tarikh tersebut sebagai permulaan
tarikh representasi). Sesalinan Surat 9 serahan tangan/ Pos Berdaftar Akuan
Akuan Penerimaan perlu diberikan kepada Terima (21 hari akan dikira pada tarikh
Urus Setia LTT (No.2) untuk rekod. notifikasi Pos Berdaftar).

Pegawai menyediakan Surat Representasi 10 Tiada Representasi
dalam tempoh 21 hari dari penerimaan 11
surat pertuduhan.

Ada Representasi

Urus Setia LTT (No.2) menerima Surat 12 Urus Setia LTT (No.2) menerima surat
pemakluman tiada representasi daripada
Representasi pegawai berserta Ulasan KJ 11(a) pegawai berserta Ulasan KJ selepas
dalam tempoh 21 hari tersebut. tempoh 21 hari tersebut.

13 Mesyuarat LTT (No.2).

14 Keputusan Mesyuarat LTT (No.2)
dikemukakan kepada pegawai melalui
Surat Keputusan LTT.

16 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Sambungan...

Serah Tidak terserah

15

Surat Akuan Penerimaan diterima pada 15(a) 16 Surat Akuan Penerimaan tidak dapat
tarikh pegawai menerima serahan surat diserahkan kepada pegawai melalui
hukuman melalui serahan tangan/ Pos serahan tangan/ Pos Berdaftar Akuan
Berdaftar Akuan Terima (14 hari akan dikira Terima (14 hari akan dikira pada tarikh
pada tarikh tersebut sebagai permulaan notifikasi Pos Berdaftar).
tarikh rayuan). Sesalinan Surat Akuan
Penerimaan perlu diberikan kepada Urus
Setia LTT (No.2) untuk rekod.

17 Pegawai menerima Surat Keputusan LTT
dan mempunyai hak merayu dalam tempoh
14 hari daripada penerimaan surat tersebut.

Tiada Rayuan Ada Rayuan

Urus Setia LTT (No.2) tidak menerima surat 18

rayuan daripada pegawai selepas tempoh 18(a) 19 Urus Setia LTT (No.2) menerima Surat
Rayuan pegawai berserta Ulasan KJ dalam
14 hari rayuan tamat. tempoh 14 hari tersebut.

SELESAI

20 Urus Setia LTT (No.2) akan memanjangkan permohonan
rayuan pegawai ke LRTT, SPA dan sesalinan diberikan
kepada Urus Setia Tatatertib JPJ Ibu Pejabat.

SELESAI

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 17

CARTA ALIR LEMBAGA TATATERTIB
KUMPULAN SOKONGAN (NO. 1) JABATAN

1 Surat Ketua Jabatan (KJ) Kepada LTT (No.2)
berkaitan tatakelakuan pegawai

Jika Jenis Pelanggaran Tatatertib P36 2 Penyediaan Kertas Pertimbangan Jenis Pelanggaran Tatatertib
(P35) oleh Urus Setia JPJ Negeri/Ibu Pejabat.
Urus Setia LTT (No.2) JPJ Negeri/ Ibu 3(a)
Pejabat akan melaksanakan tindakan 3 Pengerusi Lembaga Tatatertib (LTT) (No.2) menanda Pelanggaran
tatatertib selanjutnya. Tatatertib P36/ P37.
Jika Jenis Pelanggaran Tatatertib P37
SELESAI
4 Laporan KJ JPJ Negeri/ Bahagian dikemukakan kepada Urus
Setia LTT (No.1) JPJ Ibu Pejabat.

5 Urus Setia LTT (No.1) Ibu Pejabat menyediakan Kertas
Pertimbangan Prima Facie.

6 Kertas Pertimbangan Prima Facie dikemukakan kepada PUU MOT.

7 Pindaan kepada Kertas Pertimbangan Prima Facie oleh Urus Setia
LTT (No.1) sekiranya ada (PUU MOT).

8 Surat Pertuduhan yang ditandatangani oleh Pengerusi LTT
(No.1) (KP JPJ) kepada pegawai dikeluarkan.

18 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Sambungan...

Serah Tidak terserah

9

Surat Akuan Penerimaan diterima pada 9(a) 10 Surat Akuan Penerimaan tidak dapat
tarikh pegawai menerima serahan surat diserahkan kepada pegawai melalui
pertuduhan melalui serahan tangan/ Pos serahan tangan/ Pos Berdaftar Akuan
Berdaftar Akuan Terima (21 hari akan dikira Terima (21 hari akan dikira pada tarikh
pada tarikh tersebut sebagai permulaan notifikasi Pos Berdaftar).
tarikh representasi). Sesalinan Surat
Akuan Penerimaan perlu diberikan kepada
urus setia LTT (No.1) untuk rekod.

11 Pegawai menyediakan Surat Representasi
dalam tempoh 21 hari dari penerimaan surat
pertuduhan.

Ada Representasi 12 Tiada Representasi
Urus Setia LTT (No.1) menerima Surat
13 Urus Setia LTT (No.1) menerima surat
Representasi pegawai berserta Ulasan KJ 12(a) pemakluman tiada representasi daripada

dalam tempoh 21 hari tersebut. pegawai melalui JPJ Negeri/ Pengarah
Bahagian di Ibu Pejabat berserta Ulasan KJ
selepas tempoh 21 hari tersebut.

14 Mesyuarat LTT (No.1).

15 Keputusan Mesyuarat LTT (No.1)
dikemukakan kepada pegawai melalui Surat
Keputusan LTT.

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 19

Sambungan...

Serah Tidak terserah

16

Surat Akuan Penerimaan diterima pada 16(a) 17 Surat Akuan Penerimaan tidak dapat
tarikh pegawai menerima serahan surat diserahkan kepada pegawai melalui
hukuman melalui serahan tangan/ Pos serahan tangan/ Pos Berdaftar Akuan
Berdaftar Akuan Terima (14 hari akan dikira Terima (14 hari akan dikira pada tarikh
pada tarikh tersebut sebagai permulaan notifikasi Pos Berdaftar).
tarikh rayuan). Sesalinan Surat Akuan
Penerimaan perlu diberikan kepada Urus
Setia LTT (No.1) untuk rekod.

18 Pegawai menerima Surat Keputusan LTT
dan mempunyai hak merayu dalam tempoh
14 hari daripada penerimaan surat tersebut.

Tiada Rayuan 19
Urus Setia LTT (No.1) tidak menerima surat
Ada Rayuan
rayuan daripada pegawai selepas tempoh 19(a)
20 Urus Setia LTT (No.1) menerima Surat Rayuan pegawai berserta
14 hari rayuan tamat. Ulasan KJ dalam tempoh 14 hari tersebut.

SELESAI

21 Urus Setia LTT (No.1) akan memanjangkan permohonan
rayuan pegawai ke LRTT, SPA.

SELESAI

20 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

CARTA ALIR PROSEDUR TATATERTIB
MELIBATKAN LEMBAGA TATATERTIB LUAR JABATAN

Surat Ketua Jabatan (KJ) Kepada LTT (No.2)/(No.1) berkaitan

1 tatakelakuan pegawai yang berada di penempatan di bawah
kuasa LTT (No.2)/(No.1) yang sama.

2 Urus Setia LTT (No.2)/(No.1) menyediakan kertas
pertimbangan tatatertib yang berkaitan.

Pegawai yang dikenakan tatatertib telah bertukar ke

3 negeri/jabatan lain. Maka Urus Setia LTT (No.2)/(No.1)
perlu memanjangkan kertas pertimbangan yang berkaitan
(termasuk keputusan siasatan dan lain-lain) kepada Urus
Setia LTT di penempatan terkini pegawai.

Urus Setia LTT (No.2)/(No.1) di penempatan terkini pegawai

4 perlu menguruskan dan menyelesaikan urusan tatatertib
yang belum selesai sehingga Hukuman Tatatertib dan
Rayuan Hukuman Tatatertib sekiranya ada.

Urus Setia LTT (No.2)/(No.1) di penempatan terkini pegawai

5 perlu memaklumkan keputusan Hukuman Tatatertib
pegawai kepada Urus Setia LTT (No.2)/(No.1) yang
memanjangkan kes pegawai untuk penutupan fail.

SELESAI

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 21

BAB 2
TAFSIRAN, PERIHAL
KELAKUAN DAN
TATATERTIB

22 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 23

BAB 2

TAFSIRAN, PERIHAL
KELAKUAN DAN TATATERTIB

(a) TAFSIRAN

Berikut adalah tafsiran kepada terma-terma yang digunapakai di dalam Buku Garis Panduan Tatatertib JPJ ini yang mana
bersumberkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993]:
(i) ‘Pegawai’ merujuk kepada seorang anggota perkhidmatan awam Persekutuan.
(ii) ‘Ketua Jabatan’ merujuk kepada seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Kementerian, Jabatan,

Institusi, Agensi atau Unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan
Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab
bagi Kementerian, Jabatan, Institusi, Agensi atau Unit untuk bertindak bagi pihaknya.
Di dalam konteks Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Ketua Jabatan (KJ) adalah merujuk kepada:
• Ketua Pengarah;
• Pengarah-Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat;
• Pengarah-Pengarah JPJ Negeri; dan
• Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia.

(iii) ‘Ketua Setiausaha Kementerian’ merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan dan bagi sesuatu
jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri itu sendiri, pegawai yang bertanggungjawab
bagi Jabatan berkenaan.

Di dalam konteks JPJ juga, Ketua Setiausaha Kementerian adalah merujuk kepada:
• Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia.

24 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

(iv) ‘Pihak Berkuasa Tatatertib’ merujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan yang bidang kuasanya meliputi
perkhidmatan yang pegawai tersebut ialah seorang anggota mengikut peruntukan-peruntukan Bahagian X
Perlembagaan Persekutuan, dan termasuklah seorang pegawai atau sesuatu lembaga pegawai dalam perkhidmatan
awam yang boleh menjalankan fungsi Suruhanjaya berhubungan dengan pengawalan tatatertib menurut Fasal (5A),
(5B), (6) atau (6A) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.”.

Selain daripada itu, berikut juga adalah tafsiran tambahan kepada terma-terma lain yang akan digunapakai di
dalam Buku Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ ini bagi tujuan memudahkan kefahaman semua pihak.

(v) ‘Penyelia’ merujuk kepada seseorang pegawai yang bertanggungjawab ke atas pegawai bawahannya. Pegawai penyelia
mestilah mempunyai hubungan taraf tinggi rendah dalam satu susunan kuasa (span of control) di mana jawatan yang
lebih tinggi itu bertanggungjawab secara langsung menyelia jawatan yang lebih rendah.

(vi) ‘Urus Setia Lembaga Tatatertib’ merujuk kepada pegawai yang diberi tanggungjawab dalam urusan tatatertib di Unit
Pengurusan Tatatertib Bahagian Integriti JPJ Ibu Pejabat dan di Unit Pengurusan Tatatertib JPJ Negeri.

Manakala, tafsiran kepada terma yang diguna pakai di dalam Buku Garis Panduan Tatatertib JPJ ini yang mana bersumberkan
P.U(A) 396/1993 adalah seperti berikut:

(vii) ‘Lembaga-Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam’ adalah selaras dengan peruntukan Peraturan 2, P.U.(A) 396/1993
seperti yang dinyatakan dalam ruang 1 Jadual dan setiap Lembaga Tatatertib hendaklah terdiri daripada anggota-anggota
yang dinyatakan dalam ruang 4 Jadual di bawah peraturan-peraturan yang sama.

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 25

Lembaga-Lembaga Tatatertib (LTT) ini adalah mempunyai bidang kuasa tatatertib mengikut seperti yang ditetapkan dalam
Jadual yang berkenaan yang pada keseluruhannya adalah berasaskan kepada kumpulan Perkhidmatan serta mengikut tempat
bertugas seseorang pegawai yang diambil tindakan tatatertib itu, iaitu seperti berikut:

PERINGKAT LEMBAGA BUKAN DENGAN TUJUAN DENGAN TUJUAN RAYUAN
TATATERTIB YANG BUANG KERJA / TURUN BUANG KERJA / TURUN

BERTANGGUNGJAWAB PANGKAT PANGKAT

Suruhanjaya Perkhidmatan Lembaga Tatatertib Lembaga Tatatertib Lembaga Rayuan Tatatertib
Awam Malaysia (SPA) Kumpulan Pengurusan Bagi Semua Kumpulan Perkhidmatan Awam
Tertinggi dan Pengurusan Pengurusan Tertinggi dan
dan Profesional (Gred 48 Pengurusan dan Profesional
dan ke atas) (LTTKP) (No.1)

JPJ Ibu Pejabat Lembaga Tatatertib Lembaga Tatatertib -
Kumpulan Kumpulan Sokongan (LTTKS)

Pengurusan (Gred 41-44) (No.1)
(LTTKP) (No.2)

JPJ Negeri dan Bahagian di Lembaga Tatatertib - -
Ibu Pejabat Kumpulan

Sokongan (LTTKS) (No.2)

26 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Dalam konteks Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, struktur LTT yang termaktub di bawah bidang kuasanya adalah seperti
berikut:

Lembaga LTT Kumpulan LTT Kumpulan LTT Kumpulan
Keahlian Pengurusan (No. 2) Sokongan (No.1) Sokongan (No.2)

JPJ JPJ JPJ

Pengerusi Ketua Pengarah Ketua Pengarah Pengarah JPJ Negeri dan
Pengarah Bahagian di Ibu

Pejabat

Anggota I Timbalan Ketua Pengarah Timbalan Ketua Pengarah Timbalan Pengarah JPJ
Anggota II Pengurusan Pengurusan Negeri dan Timbalan

Pengarah Bahagian di Ibu
Pejabat

Pegawai peringkat Penasihat Undang-Undang Pegawai peringkat
Pengurusan dan Profesional Kementerian Pengangkutan Pengurusan dan Profesional

yang dilantik oleh Ketua Malaysia yang dilantik oleh Ketua
Setiausaha Kementerian Setiausaha Kementerian
Pengangkutan Malaysia Pengangkutan Malaysia

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 27

(viii) ‘Kuorum Mesyuarat Lembaga Tatatertib’ merujuk kepada Peraturan 2(4), P.U.(A) 396/1993 di mana, kuorum bagi sesuatu
mesyuarat LTT hendaklah terdiri daripada Pengerusi dan mana-mana seorang anggota lain.

(b) PROSEDUR PENAMAAN PENGGANTIAN PENGERUSI DAN ANGGOTA LEMBAGA
TATATERTIB

Terma tambahan yang diguna pakai di dalam Buku Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ ini di mana terdapatnya keperluan
pengganti Pengerusi atau Anggota LTT bagi tujuan meneruskan prosiding Mesyuarat LTT Jabatan adalah seperti berikut:
(i) ‘Penggantian Pengerusi dan Anggota Lembaga Tatatertib’ boleh dirujuk kepada Peraturan 2(3), P.U.(A) 396/1993 iaitu

Ketua Setiausaha Negara (KSN) boleh atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkannya secara bertulis, menamakan mana-
mana pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib untuk menggantikan mana-
mana anggota LTT. Dalam keadaan di mana Pengerusi atau anggota LTT itu menjadi pengadu dalam tindakan tatatertib
terhadap seseorang pegawai, mereka tidak boleh bersidang sebagai Pengerusi atau Ahli LTT untuk mendengar kes
pegawai itu.
(ii) Pegawai yang memangku sesuatu jawatan berkenaan boleh menjadi Pengerusi atau Ahli LTT. Walau bagaimanapun bagi
pegawai yang menanggung kerja jawatan yang sepatutnya menjadi Pengerusi atau Ahli, kelulusan KSN adalah diperlukan.
Peraturan berhubung penggantian anggota LTT hendaklah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1995. Borang
penamaan hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia Unit Pengurusan Tatatertib, Bahagian Integriti, JPJ untuk diangkat
kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bagi mendapatkan kelulusan KSN. Format borang penamaan adalah
seperti berikut:

28 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 29

BORANG PENAMAAN PENGERUSI ATAU ANGGOTA GANTI LEMBAGA TATATERTIB
SELARAS DENGAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 1995

30 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

(c) PERATURAN DAN KELAKUAN TATATERTIB

Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam adalah diperuntukkan di bawah P.U(A)
395/1993. Secara keseluruhannya peraturan-peraturan ini mengandungi peruntukan seperti berikut:
(i) Peraturan-peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan/ kesalahan khusus;
(ii) Tanggungjawab serta tugas kawalan pengawasan tatatertib, prosedur dan tatacara tindakan tatatertib;
(iii) Prosedur dan tatacara tindakan tatatertib;
(iv) Hukuman tatatertib; dan
(v) Peruntukan pelbagai yang berkaitan.

(d) TATAKELAKUAN

Tatakelakuan (Code of Conducts) bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti mana diperuntukkan di bawah Peraturan 4,
P.U(A) 395/1993 iaitu:

“4(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong,
negara dan Kerajaan.

(2) Seseorang pegawai tidak boleh –

(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;



(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya

bercanggah dengan tugas awamnya;



(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa—

(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga

menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau

(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;



(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama

perkhidmatan awam;



(e) kurang cekap atau kurang berusaha;

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 31

(f) tidak jujur atau tidak amanah;

(g) tidak bertanggungjawab;



(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau

memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada

tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain;

(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah
sebagai ingkar perintah; dan

(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.”

(e) KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN

Seseorang pegawai awam hendaklah mematuhi peruntukan peraturan-peraturan ini dan pelanggaran mana-mana peruntukan
tersebut boleh menyebabkan dikenakan tindakan tatatertib. Seseorang pegawai dianggap telah melanggar peruntukan
peraturan-peraturan ini jika didapati telah melakukan apa-apa perbuatan atau salah laku yang bertentangan atau disifatkan
sebagai bertentangan dengan mana-mana peraturan tatakelakuan berkenaan.

32 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

(f) SURAT AKU JANJI

Selaras dengan penguatkuasaan Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2001, kegagalan seseorang pegawai memberi aku janji
sebagaimana dikehendaki atau gagal mematuhi terma-terma aku janji juga merupakan pelanggaran tatatertib.

Rajah 1.3 Surat Aku Janji Perkhidmatan Awam

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 33

SEMBILAN (9) PERKARA YANG DIGARISKAN DI
DALAM SURAT AKU JANJI:

01 Akan sentiasa taat kepada Yang 05 Tidak akan berkelakuan dengan cara yang
di-Pertuan Agong, Negara dan boleh menimbulkan syak yang munasabah
Kerajaan bahawa pegawai telah membiarkan
kepentingan peribadinya bercanggah
dengan tugas rasminya sehingga
menjejaskan dirinya sebagai Pegawai Awam

02 Akan sentiasa melaksanakan tugas 06 Tidak akan menggunakan
dengan cermat, bersungguh- kedudukan diri sebagai Pegawai
sungguh, cekap, jujur, amanah Awam bagi faedah dirinya
dan bertanggungjawab

03 Tidak akan membelakangkan 07 Tidak akan berkelakuan dengan
tugas awam demi kepentingan cara yang boleh memburukkan
peribadi atau mencemarkan nama
perkhidmatan awam

04 Tidak akan berkelakuan dengan 08 Tidak akan membawa atau cuba
cara yang mungkin menyebabkan membawa sebarang bentuk pengaruh
kepentingan peribadi bercanggah atau tekanan luar untuk menyokong
dengan tugas awam atau memajukan tuntutan pegawai atau
tuntutan pegawai awam lain berhubung
dengan perkhidmatan awam

09 Tidak akan ingkar perintah atau
berkelakuan dengan cara yang
boleh ditafsirkan sebagai ingkar
perintah

34 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 35

(g) PERANAN DAN TANGGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/ PENYELIA

Setiap Ketua Jabatan/ Penyelia perlu memastikan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas setiap kakitangan bawahannya.
Kawalan tatatertib merupakan satu mekanisme pengurusan yang penting dalam memastikan tadbir urus terbaik (good
governance) dan penyampaian perkhidmatan efektif dilaksanakan mengikut visi dan misi Jabatan.

Oleh itu, setiap Ketua Jabatan/ Penyelia perlu melaporkan dengan segera kes-kes tatakelakuan pegawai bawahannya ke Pihak
Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tujuan diambil tindakan tatatertib. Perkara ini adalah selaras dengan Peraturan 3C(1)
dan Peraturan 3C(2) P.U(A) 395/1993 yang menyatakan seperti berikut:-

“3C (1) Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan

tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang

mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

3C (2) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai
bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana
peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak
bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.”

Walau bagaimanapun, sebelum pelaporan tatatertib dibuat ke atas seseorang pegawai, adalah menjadi tanggungjawab setiap
Ketua Jabatan/ Penyelia dalam memastikan tindakan awal atau tindakan pencegahan (preventive) atau tindakan intervensi
(intervention) diambil terlebih dahulu dalam menangani isu-isu tatakelakuan yang berbangkit. Antara tindakan awal/pentadbiran
yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Teguran/ nasihat secara lisan, di mana ianya direkodkan dan didokumenkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia
sebagai bukti tindakan pencegahan awal

(ii) Surat Tunjuk Sebab (STS)/ Surat Penjelasan

(iii) Surat Teguran/ Surat Peringatan

(iv) Pemotongan Emolumen (Perintah Am Bab C 14A) (sekiranya melibatkan kes ketidakhadiran bertugas tanpa
kebenaran)

(v) Pengeluaran dari sistem gaji (payroll) untuk dibayar gaji harian

(vi) Rujuk ke sesi kaunseling secara dalaman atau luar Jabatan (bagi kes selain masalah kesihatan) & Pakar Perubatan
Kerajaan/ Pegawai Perubatan Kerajaan (bagi kes-kes melibatkan masalah kesihatan)

(vii) Pertukaran skop kerja secara dalaman (bagi skim perjawatan yang sama di bawah bidang kuasa Jabatan ini)

(viii) Pemantauan secara berkala dan berterusan

(ix) Apa-apa kaedah pemantauan lain yang relevan dan praktikal (perlu direkodkan dengan teratur dan disimpan
dengan selamat)

36 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Sekiranya pegawai masih mengulangi kesalahan yang sama selepas diambil tindakan pentadbiran oleh Ketua Jabatan/ Penyelia,
maka tindakan melaporkan dengan kadar segera kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan wajar dilaksanakan.

Diingatkan juga, tiap-tiap pegawai adalah bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas
kakitangan bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera. Kegagalan menjalankan tanggungjawab
ini hendaklah disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan
tatatertib.

CARTA ALIR TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/PENYELIA
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Pegawai dikesan melakukan
kesalahan atau melanggar peraturan
Jabatan yang berkuat kuasa

Penyelia bertanggungjawab
mendapatkan penjelasan awal sebab-
sebab pelanggaran dilakukan sebelum
memulakan proses tatatertib

Penyelia menimbangkan kemunasabahan
sebab-sebab pelanggaran dan melaporkan
kepada Ketua Jabatan sekiranya tidak
diterima atau ditolak berserta dokumen
sokongan pelanggaran yang dilakukan

Ketua Jabatan menerima laporan
dan mengarahkan Urus Setia
Tatatertib untuk meneruskan proses
tindakan tatatertib

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 37

BAB 3
PROSEDUR
TATATERTIB AM

38 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 39

CARTA ALIR PROSEDUR TATATERTIB

1 Surat Ketua Jabatan (KJ) Kepada LTT
(No.2) berkaitan tatakelakuan pegawai

Jika Jenis Pelanggaran Tatatertib P36 3(a) Penyediaan Kertas Pertimbangan Jenis

Urus Setia LTT (No.2) JPJ Negeri/ 2 Pelanggaran Tatatertib (P35) oleh Urus
Ibu Pejabat menyediakan Kertas Setia JPJ Negeri/ Ibu Pejabat
Pertimbangan Prima Facie.
3 Pengerusi LTT (No.2) menanda
Kertas Pertimbangan Prima Facie 3(b) Pelanggaran Tatatertib P36/ P37
dikemukakan kepada Pengarah JPJ Negeri/ Jika Jenis Pelanggaran Tatatertib P37
Pengarah Bahagian Integriti Ibu Pejabat.
4 Laporan KJ JPJ Negeri/ Bahagian
Pindaan kepada Kertas Pertimbangan 3(c) dikemukakan kepada Urus Setia LTT
Prima Facie oleh Urus Setia LTT (No.2) No.1 JPJ Ibu Pejabat
(sekiranya ada).
Urus Setia LTT (No.1) Ibu Pejabat
Surat Pertuduhan yang ditandatangani 3(d)
oleh Pengerusi LTT (No.2) kepada 5 menyediakan Kertas Pertimbangan
pegawai dikeluarkan. Prima Facie

6 Kertas Pertimbangan Prima Facie
dikemukakan kepada PUU MOT.

Pindaan kepada Kertas Pertimbangan

7 Prima Facie oleh Urus Setia LTT (No.1)
sekiranya ada (PUU MOT)

8 Surat Pertuduhan yang ditandatangani
oleh Pengerusi LTT (No.1) (KP JPJ)
kepada pegawai dikeluarkan

40 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Sambungan...

Serah Tidak terserah

9

Surat Akuan Penerimaan diterima pada 9(a) 10 Surat Akuan Penerimaan tidak dapat
tarikh pegawai menerima serahan surat diserahkan kepada pegawai melalui
pertuduhan melalui serahan tangan/ Pos serahan tangan/ Pos Berdaftar Akuan
Berdaftar Akuan Terima (21 hari akan dikira Terima (21 hari akan dikira pada tarikh
pada tarikh tersebut sebagai permulaan notifikasi Pos Berdaftar).
tarikh representasi). Sesalinan Surat
Akuan Penerimaan perlu diberikan kepada
Urus Setia LTT (No.2/No.1) untuk rekod.

11 Pegawai menyediakan Surat Representasi
dalam tempoh 21 hari dari penerimaan surat
pertuduhan.

Ada Representasi 12 Tiada Representasi
Urus Setia LTT (No.1) menerima Surat
13 Urus Setia LTT (No.1/No.2) menerima surat
Representasi pegawai berserta Ulasan KJ 12(a) pemakluman tiada representasi daripada

dalam tempoh 21 hari tersebut. pegawai melalui JPJ Negeri/ Pengarah
Bahagian di Ibu Pejabat berserta Ulasan KJ
selepas tempoh 21 hari tersebut.

14 Mesyuarat LTT (No.1/No.2)

15 Keputusan Mesyuarat LTT (No.1/No.2)
dikemukakan kepada pegawai melalui Surat
Keputusan LTT.

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 41

Sambungan...

Serah Tidak terserah

16

Surat Akuan Penerimaan diterima pada 16(a) 17 Surat Akuan Penerimaan tidak dapat
tarikh pegawai menerima serahan surat diserahkan kepada pegawai melalui
hukuman melalui serahan tangan/ Pos serahan tangan/ Pos Berdaftar Akuan
Berdaftar Akuan Terima (14 hari akan dikira Terima (14 hari akan dikira pada tarikh
pada tarikh tersebut sebagai permulaan notifikasi Pos Berdaftar).
tarikh rayuan). Sesalinan Surat Akuan
Penerimaan perlu diberikan kepada Urus
Setia LTT (No.2/No.1) untuk rekod.

18 Pegawai menerima Surat Keputusan LTT
dan mempunyai hak merayu dalam tempoh
14 hari daripada penerimaan surat tersebut.

Tiada Rayuan Ada Rayuan

19

Urus Setia LTT (No.1/No.2) menerima Surat Urus Setia LTT (No.1/No.2) menerima
surat pemakluman tiada rayuan daripada
Rayuan pegawai berserta Ulasan KJ dalam 19(a) 20 pegawai melalui JPJ Negeri/ Pengarah
Bahagian di Ibu Pejabat dalam tempoh
tempoh 14 hari tersebut 14 hari tersebut. Ulasan KJ dikemukakan
selepas tempoh tersebut

Urus Setia Tatatertib JPJ Ibu Pejabat akan 21 Urus Setia Tatatertib JPJ Ibu Pejabat
menerima surat pengesahan tiada rayuan
memanjangkan permohonan rayuan 19(a) dikemukakan oleh pegawai selepas
pegawai ke LRTT, SPA. tempoh rayuan tamat.

SELESAI

42 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

SENARAI SEMAK PROSEDUR KESALAHAN TATATERTIB

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 43

FORMAT SURAT PENYELIA KEPADA KETUA JABATAN

44 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

FORMAT SURAT KETUA JABATAN KEPADA LTT (NO.2)

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 45

FORMAT SURAT KETUA JABATAN KEPADA LTT (NO.1)

46 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

FORMAT KERTAS PERTIMBANGAN PENGERUSI LTT
PENENTUAN 35, [P.U(A) 395/1993]

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 47

Sambungan...
48 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

BORANG PENENTUAN OLEH PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB
DI BAWAH PERATURAN 35(1), PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM

(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 [P.U(A) 395/1993]

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 49

Sambungan...
50 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021


Click to View FlipBook Version