The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TATATERTIB EDISI 2.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cynels76, 2022-03-28 02:29:18

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TATATERTIB EDISI 2.0

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TATATERTIB EDISI 2.0

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 201

BAB 6

RAYUAN TATATERTIB

LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM PERATURAN 12(1)
P.U.(A) 396/1993
Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (LRTT) adalah terdiri daripada
anggota-anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). PERATURAN 14
P.U.(A) 396/1993
HAK MERAYU
PERATURAN 15(1)
Mana-mana pegawai yang terkilan dengan keputusan LTT termasuk pegawai yang P.U.(A) 396/1993
dibuang kerja melalui Warta boleh merayu terhadap keputusan tersebut kepada LRTT.
PERATURAN 15(2)
PROSEDUR RAYUAN P.U.(A) 396/1993

Suatu rayuan hendaklah dibuat secara bertulis oleh seseorang pegawai melalui Ketua PERATURAN 15(4)
Jabatannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan diserahkan kepada pegawai. P.U.(A) 396/1993

Apabila menerima rayuan daripada pegawai, KetuaJabatan hendaklah mengemukakan
rayuan itu berserta ulasannya kepada LTT yang berkaitan tidak lewat daripada 30
hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut.

Apabila menerima rayuan itu, LTT hendaklah mengemukakan surat rayuan tersebut
berserta salinan semua dokumen dan rekod prosiding tatatertib termasuk alasan
yang digunakan bagi membuat keputusan tatatertib berkenaan kepada LRTT tidak
lewat daripada 30 hari daripada tarikh penerimaan rayuan tersebut.

Suatu rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada:

PENGERUSI
LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F, No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya, Malaysia.

202 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB

Setelah menimbangkan rayuan pegawai, LRTT boleh membuat keputusan seperti berikut:

1 Menghantar balik kes itu kepada LTT untuk ditimbang
semula;

2 Mengesahkan keputusan LTT; PERATURAN 16(4)
P.U.(A) 396/1993
3 Mengesahkan keputusan LTT tentang salah laku perayu
itu, tetapi mengubah hukuman itu kepada hukuman
yang lebih ringan; atau

4 Mengakaskan keputusan dan hukuman LTT dan
membebaskan.

Berdasarkan Peraturan 16(5), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U(A) 396/1993],
keputusan LRTT adalah muktamad.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN KEPADA LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM

Dokumen yang perlu dikemukakan kepada LRTT adalah senarai semak yang terkandung dalam:

Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Bilangan 2 Tahun 2010 Bilangan 2 Tahun 2017

Garis Panduan Pengendalian Dokumen Untuk Keperluan Mengemukakan Dokumen Lengkap
Kes-Kes Rayuan Tatatertib Di Bawah Bidang Kuasa Bagi Urusan Pelantikan, Perkhidmatan, Rayuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Kenaikan Pangkat dan Kawalan Tatatertib.

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 203

PRINSIP PERUNDANGAN BERDASARKAN KES MAHKAMAH

Setelah menimbangkan rayuan pegawai, LRTT boleh membuat keputusan seperti berikut:
1. Hak untuk didengar (right to be heard)
Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan syarat wajib iaitu seseorang pegawai awam hendaklah diberikan
secara munasabahnya hak untuk didengar sebelum dibuang kerja atau diturunkan pangkat.
i. Knowing the case against him (pertuduhan yang lengkap)
Sesuatu pertuduhan yang dihadapkan kepada pegawai hendaklah mengandungi maklumat-maklumat yang tepat dan mematuhi
prinsip-prinsip keadilan asasi di mana pertuduhan dan alasan pertuduhan yang dikemukakan hendaklah tepat, jelas, berasas dan
mempunyai bukti yang mencukupi untuk tujuan pembelaan diri.
ii. Hak untuk mendapatkan dokumen
Dokumen tambahan selain surat pertuduhan hanya perlu diberikan kepada pegawai sekiranya terdapat permohonan untuk
mendapatkan dokumen daripada pegawai. Sekiranya pegawai membuat permohonan tersebut dan dokumen tambahan telah
digunakan semasa prosiding tindakan tatatertib, maka salinan dokumen tersebut hendaklah diberikan kepada pegawai.
iii. Hak untuk pendengaran lisan
Pegawai boleh diberikan perbicaraan secara lisan sepertimana yang dipohon dalam representasi bertulisnya, sekiranya dia
menafikan semua pertuduhan terhadapnya.

2. Taking into account irrelevent consideration
LTT dalam mempertimbangkan kes pegawai tidak boleh mengambil kira fakta-fakta lain yang tidak dipertuduhkan kepada
pegawai seperti kesalahan lampau.

3. Kelewatan (Delay) dan Pemaafan (Condonation)
• Tidak terdapat sebarang had masa untuk mengambil tindakan tatatertib.
• Di mana masa tidak dinyatakan, rujukan hendaklah dibuat kepada Seksyen 54A Akta Tafsiran 1948 dan 1967.
• Ianya hendaklah dilakukan dalam tempoh yang munasabah.

204 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

4. Rule against bias
Pengerusi atau ahli LTT yang menjadi pengadu atau mempunyai kepentingan selaku pihak yang membuat perakuan tindakan
tatatertib diambil terhadap pegawai sewajarnya tidak terlibat di dalam menimbangkan dan memutuskan kes pegawai.

5. Penggunaan percakapan beramaran dalam siasatan tatatertib
Rakaman percakapan beramaran yang dibuat di bawah peruntukan Akta atau Undang-Undang bagi tujuan siasatan kesalahan
jenayah tidak boleh digunakan bagi tujuan tindakan tatatertib ke atas pegawai.

6. Keputusan tatatertib: Dapatan salah dan hukuman yang dikenakan ke atas pegawai hendaklah dibuat
berasingan bagi setiap pertuduhan.

7. Keperluan menyatakan dapatan salah: Dapatan salah perlu dibuat oleh LTT sebelum hukuman boleh dibuat
kepada pegawai.

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 205

CARTA ALIR PEOSEDUR RAYUAN TATATERTIB

1 Keputusan Mesyuarat LTT (No.1/No.2) dikemukakan
kepada pegawai melalui Surat Keputusan LTT.

Serah Tidak terserah

Surat Akuan Penerimaan diterima pada 2

tarikh pegawai menerima serahan surat Surat Akuan Penerimaan tidak dapat

hukuman melalui serahan tangan/ Pos 2(a) 3 diserahkan kepada pegawai melalui
Berdaftar Akuan Terima (14 hari akan dikira serahan tangan/ Pos Berdaftar Akuan
Terima (14 hari akan dikira pada tarikh
pada tarikh tersebut sebagai permulaan notifikasi Pos Berdaftar).

tarikh rayuan). Sesalinan Surat Akuan 4 Pegawai menerima Surat Keputusan LTT dan
mempunyai hak merayu dalam tempoh 14 hari
Penerimaan perlu diberikan kepada Urus daripada penerimaan surat tersebut.

Setia LTT (No.2/No.1) untuk rekod.

Urus Setia LTT (No.1/No.2) menerima Surat Rayuan 5
pegawai dalam tempoh 14 hari tersebut berserta
Ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan pegawai
dalam tempoh 30 hari.

Urus Setia LTT (No.2) akan memanjangkan 6 Alasan LTT berserta rekod prosiding kepada LRTT
permohonan rayuan pegawai ke LRTT, SPA dan dalam tempoh 30 hari.
sesalinan kepada Unit Pengurusan Tatatertib Ibu
Pejabat. 7 Urus Setia LTT (No.1) akan memanjangkan
permohonan rayuan pegawai ke LRTT, SPA.
206 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021
SELESAI

PANDUAN PENGENDALIAN DOKUMEN UNTUK KES-KES RAYUAN TATATERTIB DI BAWAH BIDANG
KUASA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)

1. Bagi membolehkan urusan rayuan tatatertib dilaksanakan dengan lancar, berikut adalah dokumen yang diperlukan oleh SPA
bagi kes mahkamah.

1.1 Kategori A: Kes-Kes Rayuan Tatatertib Yang Timbul Dari Sabitan Jenayah iaitu kes di bawah Peraturan 29,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993]:

Contohnya seperti kes tatatertib atas sabitan mencuri, sabitan di bawah undang-undang jenayah syariah, atau dikenakan
perintah pengawasan akibat penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

i. Senarai dokumen yang diperlukan ialah:

a. Keputusan mahkamah;
b. Surat Pertuduhan Mahkamah (Charge Sheet);
c. Salinan Laporan Polis (Jika ada);
d. Salinan Resit Bayaran Denda (Jika ada);
e. Pengesahan bahawa tiada rayuan ke Mahkamah lebih tinggi daripada pihak yang berkaitan.

ii. Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan:

f. Laporan daripada Ketua Jabatan atau mana-mana pihak, termasuk dokumen-dokumen berkaitan;
g. Surat Perintah Tahan Kerja (Jika ada);
h. Surat Perintah Gantung Kerja (Jika ada);
i. Perakuan Ketua Jabatan;

Catatan: Ketua Jabatan hendaklah memperaku bahawa –

i) Pegawai Itu Patut Dibuang Kerja Atau Diturunkan Pangkat;
ii) Pegawai Itu Patut Dihukum Dengan Apa-Apa Hukuman Selain Buang Kerja Atau Turun Pangkat;

iii) Perkhidmatan Pegawai Itu Patut Ditamatkan Demi Kepentingan Awam; atau
iv) Tiada Hukuman patut dikenakan.

Bergantung kepada jenis dan keseriusan kesalahan yang telah dilakukan berbanding dengan takat
sabitan itu telah memburukkan perkhidmatan awam.

j. Minit Mesyuarat Lembaga Tatatertib (LTT) yang mengandungi alasan-alasan keputusan;

Catatan: LTT Jabatan perlulah bersidang untuk memutuskan kes pegawai dalam suatu tempoh yang munasabah.
Sekiranya minit mesyuarat tidak menyatakan alasan-alasan keputusan, LTT perlu mengemukakan surat/laporan
yang menyatakan alasan-alasan keputusan); dan

k. Surat Keputusan LTT berserta bukti penyerahan (Surat Akuan Terima, bukti pengeposan
dan sebagainya).

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 207

iii. Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang telah dikemas kini dan mengandungi maklumat berikut:

a) Nama Pegawai;

b) No. Kad Pengenalan;

c) Umur dan tarikh lahir;

d) Jawatan, gred dan tempat bertugas;

e) Mata gaji terakhir;

f) Ringkasan perkhidmatan yang mengandungi:

• Tarikh pelantikan;

• Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan;

• Tarikh diberi taraf berpencen;

• Tarikh naik pangkat; dan

• Maklumat penerimaan sebarang anugerah atau pingat kebesaran dan tarikh penerimaan (Jika ada)

iv. Alamat kediaman terkini pegawai;

v. Surat Rayuan Pegawai;

Catatan: Pegawai dikehendaki mengemukakan surat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat keputusan
diterima. Ini adalah sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1), P.U(A) 396/1993; dan

vi. Ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan pegawai.

Catatan: Peraturan 15(2), P.U(A) 396/1993 menyatakan Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan surat rayuan
pegawai bersama ulasannya terhadap rayuan tersebut kepada LTT Jabatan dalam tempoh 30 hari dari tarikh
surat rayuan diterima.

1.2 Kategori B: Kes-Kes Rayuan Tatatertib Yang Timbul Dari Perintah Tahanan, Buang Negeri dan
sebagainya iaitu kes di bawah Peraturan 32, P.U(A) 395/1993:

32(1)(a) Suatu perintah tahanan selain suatu perintah tahanan reman sementara menunggu perbicaraan
atau bagi maksud penyiasatan;

32(1)(b) Suatu perintah pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi; atau

32(1)(c) Suatu perintah yang mengenakan apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan, sama ada dengan bon atau
selainnya.

208 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

a) Salinan Perintah Tahanan, Buang Negeri dan sebagainya.

i. Salinan dokumen-dokumen yang berkaitan:

b. Laporan daripada Ketua Jabatan atau mana-mana pihak, termasuk dokumen-dokumen berkaitan;
c. Surat Perintah Tahan Kerja (Jika ada);
d. Surat Perintah Gantung Kerja (Jika ada);
e. Perakuan Ketua Jabatan;

Catatan: Ketua Jabatan hendaklah memperaku bahawa-

i) Pegawai Itu Patut Dibuang Kerja Atau Diturunkan Pangkat;

ii) Pegawai Itu Patut Dihukum Dengan Apa-Apa Hukuman Selain Buang Kerja Atau Turun Pangkat;

iii) Perkhidmatan Pegawai Itu Patut Ditamatkan Demi Kepentingan Awam; atau

iv) Tiada hukuman patut dikenakan.

Bergantung kepada takat keburukan yang telah dibawa oleh pegawai itu kepada perkhidmatan awam itu.

f. Minit Mesyuarat LTT yang mengandungi alasan-alasan keputusan;

Catatan: LTT Jabatan perlulah bersidang untuk memutuskan kes pegawai dalam suatu tempoh
yang munasabah. Sekiranya minit mesyuarat tidak menyatakan alasan-alasan keputusan,
LembagaTatatertib perlu mengemukakan surat/laporan yang menyatakan alasan-alasan keputusan); dan

g. Surat Keputusan LTT berserta bukti penyerahan (Surat Akuan Terima, bukti pengeposan
dan sebagainya).

ii. Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang telah dikemas kini dan mengandungi maklumat berikut:

a) Nama Pegawai;

b) No. Kad Pengenalan;

c) Umur dan tarikh lahir;

d) Jawatan, gred dan tempat bertugas;

e) Mata gaji terakhir;

f) Ringkasan perkhidmatan yang mengandungi:

• Tarikh pelantikan;

• Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan;

• Tarikh diberi taraf berpencen;

• Tarikh naik pangkat; dan

• Maklumat penerimaan sebarang anugerah atau pingat kebesaran dan tarikh penerimaan (Jika ada)

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 209

iii. Alamat kediaman terkini pegawai;
iv. Surat Rayuan Pegawai;

Catatan: Pegawai dikehendaki mengemukakan surat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat
keputusan diterima. Ini adalah sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1), P.U(A) 396/1993; dan

v. Ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan pegawai

Catatan: Peraturan 15(2), P.U(A) 396/1993 menyatakan Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan surat
rayuan pegawai bersama ulasannya terhadap rayuan tersebut kepada LTT Jabatan dalam
tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan diterima.

210 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 211

FORMAT ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN TATATERTIB

212 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

FORMAT ALASAN LEMBAGA TATATERTIB KES KATEGORI A & B

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 213

FORMAT SURAT IRINGAN KEPADA LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB
BAGI KES KATEGORI A DAN KATEGORI B

214 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

2. Bagi membolehkan urusan rayuan tatatertib dilaksanakan dengan lancar, berikut adalah dokumen yang diperlukan oleh SPA
bagi kes selain kes mahkamah dan siasatan integriti.

2.1 Kategori C: Kes-Kes Rayuan Tatatertib Selain Daripada Kategori A & Kategori B iaitu di bawah Peraturan 36
dan 37, P.U(A) 395/1993.

Contohnya seperti kes tatatertib kerana THB, lewat hadir bertugas, gagal mengetik kad perakam waktu, siasatan integriti dan
lain-lain.

i. Salinan dokumen-dokumen di peringkat LTT:

a. Laporan Pelanggaran Tatatertib;
b. Dokumen/keterangan sokongan yang menjadi bukti pelanggaran tatatertib;
c. Borang penentuan Pengerusi LTT di bawah Peraturan 35, P.U(A)395/1993;
d. Keputusan Pengerusi LTT membuat keputusan wujud kes prima facie;
e. Surat Pertuduhan dan bukti penyerahan Surat Pertuduhan (Surat Akuan Terima, bukti pengeposan dan

sebagainya);
f. Representasi pembelaan diri;

Catatan: Sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 36 dan 37, P.U(A) 395/1993, pegawai dikehendaki
mengemukakan surat representasi pembelaan diri kepada Lembaga Tatatertib dalam tempoh 21 hari
dari surat pertuduhan diterima.

g. Ulasan Ketua Jabatan ke atas jawapan kepada pertuduhan;
h. Laporan Jawatankuasa Penyiasatan (Jika ada);
i. Minit Mesyuarat LTT yang mengandungi alasan-alasan keputusan;
j. Surat Keputusan LTT berserta bukti penyerahan (Surat Akuan Terima, bukti pengeposan dan

sebagainya).

ii. Salinan Kenyataan Perkhidmatan Pegawai yang telah dikemas kini dan mengandungi maklumat berikut:

a) Nama pegawai;

b) No. Kad Pengenalan;

c) Umur dan tarikh lahir;

d) Jawatan, gred dan tempat bertugas;

e) Mata gaji terakhir;

f) Ringkasan perkhidmatan yang mengandungi:

• Tarikh pelantikan;

• Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan;

• Tarikh diberi taraf berpencen;

• Tarikh naik pangkat;

• Maklumat penerimaan sebarang anugerah atau pingat kebesaran dan

tarikh penerimaan (Jika ada).

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 215

iii. Alamat kediaman terkini pegawai;
iv. Surat Rayuan Pegawai;

Catatan: Pegawai dikehendaki mengemukakan surat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat keputusan diterima.
Ini adalah sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1), P.U(A)396/1993; dan

v. Ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan pegawai.

Catatan: Peraturan 15(2), P.U(A) 396/1993 menyatakan KJ dikehendaki mengemukakan surat rayuan

pegawai bersama ulasannya terhadap rayuan tersebut kepada LTT Jabatan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat

rayuan diterima.

216 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 217

FORMAT ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN TATATERTIB

218 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

FORMAT ALASAN LEMBAGA TATATERTIB KES KATEGORI C

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 219

FORMAT SURAT IRINGAN KEPADA LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB
BAGI KES KATEGORI C

220 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 221

BAB 7
PROSES TINDAKAN
PENAMATAN DEMI
KEPENTINGAN AWAM
(PDKA)

222 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 223

BAB 7

PROSES TINDAKAN
PENAMATAN DEMI
KEPENTINGAN AWAM
(PDKA)

1. Peruntukan Peraturan Tindakan PDKA: PENYALAHGUNAAN
DADAH

menyalahgunakan atau
menagih dadah boleh di
buang kerja atau ditamatkan

perkhidmatan demi
kepentingan awam

PROSIDING PDKA JENAYAH
JENAYAH
apa-apa kesalahan yang
terduduh melanggar meilbatkan fraud atau
peruntukan undang-undang ketidakjujuran atau
atau pelanggaran undang- tingkah laku keji
undang boleh dijatuhkan

hukuman yang bersifat
penderitaan seperti
penjara, sebat dan
denda

SABITAN JENAYAH

sabitan atau disabitkan
ertinya suatu dapatan oleh sesuatu
mahkmah jenayah termasuk Mahkamah
Syariah yang mempunyai bidang kuasa
wibawa di bawah mana-mana undang-
undang bertulis bahawa pegawai

itu bersalah atau suatu
kesalahan jenayah

224 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

2. Tanggungjawab Ketua Jabatan:

Peraturan 29(2) (c), P.U(A) 395/1993 Bergantung kepada jenis dan keseriusan kesalahan yang telah
Adalah menjadi tanggungjawab Ketua dilakukan berbanding dengan takat sabitan itu telah memburukkan
Jabatan jika pegawai telah disabitkan nama perkhidmatan awam.

kerana kesalahan jenayah

3. Pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) dalam kes sabitan dan tahanan:

Apabila suatu salinan perintah diterima, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada PBT yang berkenaan yang mempunyai
bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat beserta rekod perkhidmatan pegawai itu dan
perakuan Ketua Jabatan:

Peraturan 33(2) (c), P.U(A) 395/1993 Bergantung kepada takat keburukan yang telah dibawa oleh
- perkhidmatan pegawai itu patut pegawai itu kepada perkhidmatan awam itu.

ditamatkan demi kepentingan awam

4. Peraturan 49(1), P.U(A) 395/1993

Jika Kerajaan mendapati atau jika representasi dibuat kepada Kerajaan bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pegawai
ditamatkan demi kepentingan awam, Kerajaan bolehlah meminta laporan penuh daripada Ketua Jabatan di mana pegawai itu
sedang berkhidmat atau telah berkhidmat.

5. Peraturan 49(1), P.U(A) 395/1993

Jika, setelah menimbang laporan yang diterima di bawah subperaturan (1), Kerajaan berpuas hati bahawa, memandangkan
syarat-syarat perkhidmatan, kerja dan kelakuan pegawai itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan
awam untuk berbuat demikian, Kerajaan bolehlah menamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari tarikh yang hendaklah
ditentukan oleh Kerajaan.

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 225

6. Kesan PDKA di bawah Per.49(3), P.U(A) 395/1993:

Ditamatkan perkhidmatan dan boleh
dipertimbangkan faedah persaraaan jika pegawai
diberi taraf berpencen

Dibersarakan daripada perkhidmatan awam di bawah
Seksyen 10(5)(d), Akta Pencen 1980
(Akta 227)

7. Tindakan penamatan perkhidmatan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA):

Persaraan Pilihan Hanya boleh bersara setelah berumur 40 tahun ke atas dan
[Seksyen 12, berkhidmat 10 tahun atau lebih tetapi hanya mendapat faedah
Akta 227] persaraan pada umur yang tertakluk kepada tarikh pelantikan

Persaraan dengan pegawai berdasarkan Akta 227
kehendak Kerajaan
Demi Kepentingan Awam Demi Kepentingan Awam
[Sek.10(5)(d), Akta 227] [Sek.11(a)(ii), Akta 227]

Ditamatkan di bawah Per.49, P.U(A) Pegawai yang prestasinya merosot,
395/1993 demi kepentingan awam mempunyai masalah kesihatan tetapi
atas sebab yang menjurus kepada tidak boleh dibersarakan atas sebab

salah laku dengan pencen yang kesihatan atau pegawai yang tidak
disusutkan boleh di ambil/ disabitkan tindakan

tatatertib

226 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

8. Bidang kuasa LTT dalam Kes Sabitan Jenayah dan Perintah Tahanan:

Peraturan 33(1) (a),(b) dan (c), P.U(A)395/1993:
Pertimbangan PBT dalam kes sabitan dan tahanan

KJ dapatkan salinan keputusan PUNCA KUASA PDKA?
Syor tindakan PBT kepada P37

Buang kerja/ Peraturan 49(4),
turun pangkat P.U(A) 395/1993:

Selain buang kerja/ PBT yang berkenaan boleh
turun pangkat
mengesyorkan kepada
PDKA
Kerajaan bahawa perkhidmatan
Tiada Hukuman
seseorang pegawai itu

ditamatkan demi kepentingan

awam walaupun prosiding

tatatertib belum dijalankan di

bawah mana-mana peruntukan

Peraturan-Peraturan ini

dan Kerajaan boleh dengan

demikian menamatkan

perkhidmatan pegawai tersebut

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 227

9. PDKA VS PERSARAAN

Seksyen 13, Akta 227

Yang di-Pertuan Agong (YDPA) boleh, jika difikirkannya patut, memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang
pegawai yang bersara di bawah perenggan 10(5)(d) atau (f), tetapi amaunnya tidak lebih daripada amaun yang pegawai itu
sepatutnya layak mendapat jika sekiranya pencen, ganjaran atau faedah lainnya itu dihitung berdasarkan lama yang sebenar
perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira.

YDPA, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN),
berkenaan dengan pegawai negeri, boleh mengkehendaki mana-mana pegawai supaya bersara daripada perkhidmatan
awam di bawah Perenggan 10(5).

(d) atas alasan bahawa pekerjaan pegawai itu PDKA Boleh dilaksanakan
telah ditamatkan & tanpa diberikan peluang
membuat representasi
PERSARAAN

(f) atas alasan bahawa pegawai itu telah, bagi BUKAN PDKA, TETAPI Tidak boleh dilaksanakan
maksud pelantikannya ke perkhidmatan awam- DIBERSARAKAN melainkan pegawai itu telah

diberikan peluang yang
munasabah untuk membuat

representasi

(i) Membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat sama ada secara lisan atau secara bertulis,
sama ada bersumpah atau selainnya; atau

(ii) Membekalkan apa-apa dokumen,

yang adalah palsu, silap tidak tepat, tidak lengkap atau mengelirukan atau mungkin mengelirukan,
dan pelantikannya ke perkhidmatan awam telah dibuat sebahagiannya atau keseluruhannya
dengan bersandarkan atas pernyataan, maklumat atau dokumen itu:

dengan syarat bahawa persaraan itu di bawah perenggan ini tidak boleh dilaksanakan melainkan
pegawai itu telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi ke atasnya
kepada YDPA atau PBN, mengikut mana-mana yang berkenaan.

228 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

PROSES PENAMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM (PDKA)

1 Mesyuarat LTT (No.1) bagi penentuan hukuman
telah memutuskan PDKA terhadap pegawai

Di peringkat JPA Ketua Jabatan (KJ) mengemukakan perakuan
Pindaan
2 PDKA berserta laporan penuh ke Bahagian
Pindaan Perkhidmatan, JPA
Tidak setuju Urus Setia meneliti perakuan dan
menyediakan memorandum penamatan
6
3 Memorandum dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatan Kuasa Tatatertib

Setuju

4 Memorandum disemak oleh PUU

Setuju

5 Memorandum diangkat untuk persetujuan
Perdana Menteri

Tidak Setuju
berkenaan
7 Memorandum diangkat untuk perkenan YDPA

8 Urus Setia dapatkan baki cuti rehat

SELESAI Surat pemberitahuan penamatan dihantar kepada pegawai
melalui KJ

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 229

SENARAI SEMAK PROSES PENAMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM (PDKA)

230 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

FORMAT SURAT KETUA JABATAN KEPADA JPA

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 231

FORMAT KERTAS PERTIMBANGAN PENGERUSI LTT
PENENTUAN 35, P.U(A) 395/1993 BAGI KES PENAMATAN

DEMI KEPENTINGAN AWAM

...3/-

232 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Sambungan... -4-

-3-

...5/-
...4/-

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 233

-5- -6-

...6/-

234 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 235

FORMAT KERTAS PENENTUAN WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE
BAGI KES PENAMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM

236 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Sambungan...

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 237

Sambungan...

238 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Sambungan...

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 239

FORMAT SURAT PERTUDUHAN BAGI KES PENAMATAN
DEMI KEPENTINGAN AWAM

240 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Sambungan...

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 241

FORMAT KERTAS HUKUMAN TATATERTIB BAGI KES PENAMATAN
DEMI KEPENTINGAN AWAM

242 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Sambungan...

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 243

Sambungan...
244 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 245

BAB 8
PROSEDUR TINDAKAN
SURCAJ

246 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 247

BAB 8

PROSEDUR TINDAKAN
SURCAJ

TAKRIFAN SURCAJ

Surcaj adalah suatu kaedah bagi kerajaan mengutip balik segala kehilangan atau kerugian di pihak kerajaan yang telah dilakukan
oleh pegawai atas sebab berikut:

Gagal memungut wang yang mesti dibayar

03 Pembayaran wang yang tidak sepatutnya
04
05 Kehilangan, kekurangan atau kerosakan
harta kerajaan

Kegagalan menyelenggarakan rekod dengan
sempurna

Gagal atau melewatkan pembayaran yang
sepatutnya

248 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021

• Bukan hukuman tatatertib di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
[P.U(A) 395/1993].

• Pihak berkuasa yang boleh mengenakan surcaj dinyatakan di bawah Peraturan 51, P.U(A) 395/1993.

“Walau apapun apa-apa jua yang terkandung dalam peraturan-peraturan ini,
PBT boleh mengenakan surcaj terhadap mana-mana pegawai mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957.”

• Mempunyai unsur-unsur tindakan tatatertib.
• Hendaklah direkodkan dalam rekod perkhidmatan pegawai.

AKTA DAN PERATURAN BERKAITAN
i. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]
ii. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993]
iii. Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61)
iv. Arahan Perbendaharaan

SYOR SURCAJ
Tindakan surcaj yang diambil ke atas mana-mana pegawai adalah hasil daripada perakuan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa
Kewangan (Perbendaharaan). Surcaj tidak boleh diperakukan oleh Ketua Jabatan.

PIHAK BERKUASA MENGENAKAN TINDAKAN SURCAJ

01 PBT yang mempunyai kuasa selain daripada
mengenakan hukuman buang kerja atau
turun pangkat.

02 PBT yang diwujudkan di bawah Peraturan -
Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan
Awam 1993, [P.U.(A) 396/1993].

Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021 249

AMAUN SURCAJ

Seksyen 18, Akta 61
Amaun Surcaj Surcaj dikenakan dalam bentuk wang iaitu bagi kesalahan di bawah:
(i) 18(a), (b) dan (c) Akta 61, dikenakan amaun surcaj yang tidak boleh melebihi daripada amaun yang hilang.
(ii) 18(d) dan (e), 61, amaun surcaj adalah terpulang kepada budi bicara LTT.

KAEDAH TUNTUTAN SURCAJ
Seksyen 21, Akta 61

i. Surcaj yang dikenakan kepada seseorang pegawai merupakan hutang kepada kerajaan dan boleh dikutip secara tunai
atau dengan membuat potongan bulanan yang tidak melebihi ¼ daripada jumlah emolumen.
ii. Pegawai berpencen boleh dipotong daripada pencen bulanan dengan mendapatkan kebenaran bertulis daripada YB.

Menteri Kewangan.
iii. Pegawai yang meletakkan jawatan, boleh dituntut melalui tindakan undang-undang.

MENARIK BALIK SURCAJ
Seksyen 20, Akta 61

i. Lembaga Tatatertib boleh pada bila-bila masa menarik balik surcaj yang dikenakan ke atas mana-mana pegawai
apabila LTT berpuas hati bahawa surcaj tersebut tidak sepatutnya dikenakan.
ii. Pengerusi LTT berkenaan hendaklah dengan serta-merta memberitahu penarikan balik surcaj tersebut kepada
pegawai melalui KJ.

250 Garis Panduan Pengurusan Tatatertib JPJ Malaysia Edisi 2021


Click to View FlipBook Version