KOLOKIUM PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL KALI KE-5 (KOPSAS 5.0) Exploring the Dynamics of Education and Society: Unveiling New Perspectives 20 JULAI 2023 THURSDAY
NO SENARAI TAJUK PEMBENTANGAN (JABATAN PENGAJIAN AWAL KANAK KANAK) 1. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DI PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN Noorfarah Syafinah Binti Nasoha, Farah Adiba Binti M.Rizal Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK), Universiti Selangor [email protected], [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dalam kalangan guru prasekolah. Objektif kajian adalah mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mengenal pasti strategi penerapan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran guru di prasekolah, serta mengenal pasti cabaran pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Seramai 61 responden yang terdiri daripada guru prasekolah di sekitar daerah Kuala Selangor terlibat, bagi melihat amalan,strategi dan cabaran pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dalam kalangan guru. Reka bentuk kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dan soal selidik diberikan melalui “google form”. Soal selidik mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A mengenai latar belakang responden, Bahagian B mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru. Bahagian C mengenai strategi penerapan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran guru di prasekolah sekolah kebangsaan. Manakala Bahagian D mengenai cabaran pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 di prasekolah. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 26, yang melibatkan analisis kekerapan, skor min, sisihan piawaian dan juga peratusan. Dapatan kajian menunjukkan nilai yang tertinggi bagi amalan penagajaran dan pembelajaran abad ke 21 adalah ( M=4.66, SP=0.36, n=61) iaitu guru lebih mengamalkan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 bersama kanak-kanak. Manakala bagi strategi pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 (M=4.62, SP=0.37, n=61) iaitu guru lebih merancang strategi pengajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bersesuai dengan abad ke 21. Seterusnya, bagi cabaran pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 (M=3.90, SP=0.37, n=61) iaitu guru mengalami beberapa cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 ini. Kata kunci: Pengajaran, Pembelajaran, Abad Ke-21, Guru, Prasekolah
2. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI MAIN BEBAS DALAM KALANGAN PENDIDIK TASKA SWASTA Siti Nur Atiqa Binti Kalil & Najwa Fadzliyana Binti Mohammad Jafri Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK), Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menemukan amalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Aktiviti Main Bebas dalam kalangan pendidik TASKA swasta. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan pendidik TASKA swasta dalam penggunaan AMB semasa PdP dijalankan di dalam kelas. Kajian juga ingin mengenal pasti keberkesanan amalan PdP Aktiviti Main Bebas dalam kalangan pendidik TASKA swasta. Seramai 52 orang responden terlibat dalam kajian ini, yang terdiri daripada pendidik TASKA swasta di daerah Kuala Selangor. Reka bentuk kajian melibatkan kaedah kuantitatif dan instrumen soal selidik menggunakan aplikasi Qualtrics yang mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Kajian rintis dijalankan melibatkan 30 orang responden, dan Dapatan data kajian yang diperoleh dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi 29. Statistik melibatkan kekerapan, skor min, sisihan piawaian dan juga peratusan. Dapatan kajian menunjukkan nilai yang tertinggi bagi tahap kesediaan adalah (M=4.42, SP=0.54) iaitu pendidik lebih kerap menyediakan Aktiviti Main Bebas bersesuaian dengan objektif pengajaran. Manakala bagi keberkesanan amalan PdP Aktiviti Main Bebas, yang paling tinggi adalah (M=4.52, SP=0.51) iaitu kanak-kanak lebih bersemangat apabila pendidik menggunakan pendekatan bermain. Kata kunci: Amalan, Pengajaran, Pembelajaran, Aktiviti Main Bebas, TASKA
3. AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN MASTERI DALAM KALANGAN PENDIDIK DI TABIKA KEMAS Muhammad Hakimudin Bin Jalaludin Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] Nur Syazwanis Binti Fadzly Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggunakan kaedah pengajaran pendekatan masteri adalah salah satu pendekatan pengajaran yang berkesan kerana murid akan menguasai sesuatu unit dahulu sebelum beralih ke unit seterusnya. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana amalan pengajaran pendekatan masteri ini dilaksanakan dalam kalangan pendidik di Tabika Kemas Bandar Puteri Jaya Hillpark, mengenal pasti cabaran pendidik dalam menggunakan pendekatan masteri dan kesan pengajaran pendekatan masteri ini terhadap tingkah laku dan pencapaian kepada lima orang kanak-kanak yang dalam kategori sederhana di Tabika Kemas tersebut sahaja. Data kajian yang teliti dan telus diperlukan untuk mencapai objektif kajian, maka dapatan kajian dijalankan dengan kaedah kualitatif dimana menggunakan instrumen soalan temu bual dan pemerhatian melalui senarai semak secara langsung di lapangan kajian. Hasil dapatan kajian, jelas menunjukkan bahawa pendidik telah didedahkan berkenaan pengajaran pendekatan masteri seperti yang telah dinyatakan di dalam KSPK tetapi dalam sesi PdP, pendidik kurang menggunakan pendekatan pengajaran masteri sekaligus memberikan impak kepada tingkah laku dan pencapaian lima orang kanak-kanak yang diperhatikan dan diambil datanya melalui senarai semak yang telah disediakan. Cabaran pendidik dalam melaksanakan pendekatan pengajaran masteri ini telah dinyatakan di dalam dapatan kajian. Kata kunci: Pengajaran pendekatan masteri, pendidik, Tabika Kemas Bandar Puteri Jaya Hillpark, cabaran, kesan, kanak-kanak.
4. KEMAHIRAN SOSIAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH SEMASA PANDEMIK: SATU TINJAUAN Rabia'tul Adawiah Binti Ardain & Nur Izzati Binti Airul Azman Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak, Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian in bertujuan mengkaji perkembangan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak semasa pandemik. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu mengenal pasti tahap perkembangan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak prasekolah semasa pandemik, mengenal pasti pandangan guru terhadap perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah semasa pandemik dan, mengenal pasti cabaran guru meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah semasa pandemik. Data kajian yang teliti secara telus diperlukan untuk mencapai objektif kajian, maka dapatan kajian telah dijalankan dengan kaedah satu kajian kes berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan menggunakan google form. Sampel kajian in adalah guru-guru yang bertugas di Prasekolah. Hasil daripada kajian ini, mendapati tahap perkembangan sosial kanak-kanak, pandangan atau cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah untuk meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak semasa pandemik berlaku. Implikasi kepada kanak-kanak adalah perkembangan kemahiran sosial merupakan proses kanak-kanak untuk menyesuaikan diri terhadap dunia luar untuk bersosial. Manakala implikasi kepada guru adalah dapat membina strategi dengan baik untuk mengembangkan kemahiran sosial melalui PdpR semasa pandemik dalam kalangan kanak-kanak. Kata kunci: prasekolah, kemahiran sosial, kanak-kanak, pandemik
5. AMALAN PENTAKSIRAN DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH. SATU TINJAUAN DALAM ASPEK PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP. Nurul Fatihah Azzahrah & Nurul RabiatulAdawiah binti Mohammad Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK), Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pentaksiran dalam kalangan guru prasekolah. satu tinjauan dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian yang dijalankan ini mempunyai tiga objektif iaitu mengenalpasti tahap pengetahuan guru prasekolah swasta di Kuala Selangor dalam melaksanakan pentaksiran, menilai tahap kemahiran guru semasa didalam bilik darjah bersama kanak-kanak prasekolah, dan bagaimana pengurusan sikap guru dalam kalangan murid prasekolah. Metadologi kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang diedarkan melalui pautan Google Form kepada pendidik-pendidik yang mengajar di beberapa buah prasekolah swasta di Kuala Selangor. Soal selidik dalam kajian ini juga mempunyai empat konstruk soalan yang merangkumi demografi responden, pengetahuan oleh guru prasekolah dalam amalan pentaksiran dalam kalangan guru prasekolah, kemahiran guru dalam melaksanakan amalan pentaksiran dalam kalangan guru prasekolah dan sikap guru prasekolah untuk meningkatkan pelaksanaan dalam amalan pentaksiran. Selain itu, soal selidik yang dibuat telah diedarkan kepada 80 orang responden yang merangkumi daripada kalangan pendidik di beberapa buah prasekolah swasta di daerah Kuala Selangor. Dalam kajian ini, kami telah menggunakan Statistic Package Sosial Sciences (SPSS) sebagai alat untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk min, sisihan piawan dan peratus. Kata kunci: amalan pentaksiran, pengetahuan, kemahiran dan sikap, guru prasekolah.
6. PERSEPSI GURU TADIKA TERHADAP PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DI SELANGOR Nur Khairunnisa binti Suhaimi Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak Universiti Selangor [email protected] Siti Mariam binti Ismail Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang persepsi guru tadika di Selangor terhadap Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21). Objektif kajian ini untuk mengkaji persepsi guru tadika di Selangor tentang konsep, standard dan kemahiran PAK21. Metodologi kajian adalah berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik yang telah diadaptasi daripada jurnal telah diedarkan menggunakan Google Form kepada 113 orang responden yang terdiri daripada guru tadika swasta di seluruh daerah negeri Selangor. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif iaitu kaedah kekerapan dan peratusan melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Dapatan kajian secara keseluruhan mendapati majoriti guru mempunyai persepsi yang baik terhadap konsep PAK21 (sangat setuju = 50.4%), manakala bagi standard PAK21 memperoleh peratusan yang memberangsangkan (sangat setuju = 46%) dan kemahiran PAK21 juga mendapat peratusan yang tinggi (sangat setuju = 62.8%). Sehubungan itu, pengetahuan guru tadika di negeri Selangor terhadap konsep, standard dan kemahiran PAK21 adalah sangat baik. Kajian ini dapat membantu guru, pihak kementerian ataupun mana-mana pihak berkepentingan dalam mengenal pasti persepsi guru tadika terhadap pembelajaran abad ke-21. Kata kunci : Persepsi Guru, Pembelajaran Abad Ke-21
7. AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN BERASASKAN KEPELBAGAIAN KECERDASAN DALAM KALANGAN GURU TADIKA DI SELANGOR Maisara Binti Ghazali Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] Nur Ismah Solehah Binti Mohamad Rizk Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran pendekatan berasaskan kepelbagaian kecerdasan dalam kalangan guru tadika di Selangor. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti amalan guru prasekolah dalam merancang, melaksanakan dan membuat refleksi pengajaran berasaskan kepelbagaian kecerdasan. Metodologi kajian adalah berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik yang telah diadaptasi daripada jurnal telah diedarkan menggunakan Google Form kepada 82 orang responden yang terdiri daripada guru tadika di Selangor. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif iaitu kaedah kekerapan dan peratusan melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Dapatan kajian secara keseluruhan mendapati bahawa majoriti guru memilih sumber pangajaran yang bersesuaian dengan elemen kepelbagaian kecerdasan (setuju = 62.2%) manakala kecerdasan kepelbagaian dari aspek verbal linguistik adalah kecerdasan yang paling kerap digunakan semasa guru menjalankan aktiviti pengajaran (sangat setuju = 42.7%) dan majoriti guru didapati membuat refleksi berdasarkan pengajaran berasaskan elemen kepelbagaian kecerdasan (setuju= 68.3%). Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu guru untuk mengenalpasti pengajaran yang mereka amalkan berdasarkan pendekatan berasaskan kepelbagaian kecerdasan. Kata kunci: Guru tadika, pendekatan kepelbagaian kecerdasan, amalan, pengajaran.
8. PELAKSANAAN AKTIVITI MAIN BEBAS DALAM KALANGAN GURU TADIKA DI SELANGOR Nurul Nafisah binti Zailani Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] Muhammad Nazli bin Razali Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Aktiviti main bebas ini ialah satu kaedah dalam pembelajaran iaitu melibatkan aktiviti yang dilakukan secara spontan dan tidak berstruktur atau tiada sekatan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap peranan guru semasa aktiviti main bebas, cabaran yang dihadapi oleh guru semasa perlaksanaan aktiviti main bebas, dan manfaat main bebas terhadap kanak-kanak di tadika. Metodologi kajian adalah berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik yang telah diadaptasi daripada jurnal telah diedarkan menggunakan Google Form kepada 108 orang responden yang terdiri daripada guru tadika di negeri Selangor. Dapatan kajian secara keseluruhan mendapati majoriti guru tadika mempunyai persepsi bahawa guru berperanan sebagai fasilitator sewaktu aktiviti main bebas (setuju = 52.8%), manakala cabaran utama yang dihadapi oleh guru adalah kehendak ibu bapa yang menyasarkan pencapaian akademik kanak-kanak yang perlu dipatuhi (setuju = 43.5%). Bagi persepsi guru terhadap manfaat main bebas kepada kanak-kanak pula mendapati main bebas dapat mengembangkan emosi positif dalam diri kanak-kanak (sangat setuju = 65.7%) dan dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak (sangat setuju = 65.7%). Kajian ini dapat membantu guru, pihak kementerian ataupun mana-mana pihak berkepentingan dalam mengenal pasti persepsi guru terhadap perlaksanaan aktiviti main bebas di tadika. Kata kunci: Aktiviti main bebas, Persepsi guru, Kanak-kanak Tadika
9. PERSEPSI GURU PRA PERKHIDMATAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) Muhammad Burhanuddin bin AL-Helmy bin Abd Manaf Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] Nurardini binti Abdul Razak Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Isu kekurangan guru pra perkhidmatan yang kritikal pada masa kini sentiasa dikaitkan dengan pelbagai masalah disiplin di institusi pengajian tinggi hari ini. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji persepsi guru pra perkhidmatan dalam bidang Pendidikan awal kanakkanak yang menyebabkan kurangnya guru pra perkhidmatan untuk memilih dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Objektif di dalam kajian ini adalah untuk mengkaji isu dan halangan yang dihadapi oleh guru pra perkhidmatan semasa guru membuat persediaan. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik melalui google form, seramai 30 orang pelajar di bawah Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak di Universiti Selangor telah dipilih sebagai responden. Data dan maklumat yang diperolehi melalui borang soal selidik yang telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 26. Hasil dapatan kajian mendapati isu sukar mengawal keadaan kelas dan mengawal tingkah laku kanak-kanak merupakan isu utama yang menjadi kekangan terhadap guru pra perkhidmatan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di universiti Selangor. Kata kunci: guru pra perkhidmatan, pendidikan awal kanak-kanak, universiti Selangor.
10. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (NILAI MURNI) DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH DAN TADIKA SWASTA Amirah Nasreen Zulaikha binti Abdul Rahim & Nur Aina Sofea binti Mohd azri Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor. [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan pengajaran dan pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum (nilai murni) dalam kalangan guru tadika swasta. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kaedah pengajaran guru dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam menerapkan amalan nilai murni. Kajian ini melibatkan dua orang responden yang terdiri daripada guru tadika swasta yang terpilih di daerah Klang. Persampelan dibuat secara rawak mudah. Kajian ini berbentuk kualitatif dan memilih instrumen kajian soal selidik untuk dilaksanakan bagi mendapatkan kadar respon yang diperlukan, Data dipilih secara deskriptif. Implikasi yang dapat dilihat adalah dari segi penyelidikan kajian secara khusus kepada pendidik tadika. Kata kunci: Elemen Merentas Kurikulum, kaedah pengajaran, tadika swasta, nilai murni
11. AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN PROJEK DALAM KALANGAN GURU TADIKA DAN PRASEKOLAH DI DAERAH SUNGAI BULOH Nur Ain Nazurah Binti Mohamad Jasmi & Nur Syazwina Binti Abdul Talib Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak, Universiti Selangor. [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Amalan Pengajaran Pendekatan Projek dalam kalangan guru tadika dan prasekolah di daerah Sungai Buloh. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti tahap persepsi guru dalam menggunakan pendekatan projek dan mengenal pasti isu dan kekangan dalam melaksanakan pendekatan projek di kalangan guru. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik dan diedarkan secara dalam talian. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada guru-guru di beberapa buah tadika dan prasekolah di daerah Sungai Buloh. Data yang diperoleh telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 20.0 untuk mendapatkan nilai alpha serta analisis deskriptif berbentuk Frekuensi dan Peratusan (%). Hasil daripada kajian mendapati bahawa pengetahuan sedia ada guru terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan projek perlu ditambah baik dengan menghadiri kursus yang berkaitan bagi meningkatkan amalan pengajaran serta menambah baik mutu pelaksanaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci: pendekatan projek, guru tadika dan prasekolah, kanak-kanak
12. PENDEKATAN PENGAJARAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM KALANGAN GURU-GURU DI PRASEKOLAH Nurul Nasuha Faihanah binti M Zain & Qurratu A’yuni binti Hakimin Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak, Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Strategi pengajaran elemen merentas kurikulum (EMK) yang berasaskan motif pembelajaran untuk menerapkan unsur-unsur nilai tambah selain daripada standard kandungan bagi mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap amalan dan keberkesanan pengajaran elemen merentas kurikulum dalam kalangan guru-guru prasekolah. Kajian di lakukan di daerah Banting, Selangor. Rekabentuk kajian kuantitatif digunakan dengan mengadaptasi borang soal selidik daripada Alias & Hamzah (2022) dan Wahab & Yasin (2022). Skop kajian mencakupi empat perkara iaitu menentukan tahap pengetahuan guru terhadap pendekatan strategi EMK (9 item), amalan dalam bilik darjah (10 item), dan profesionalisme guru (7 item) serta faktor-faktor menjayakan strategi pengajaran EMK (6 item). Soal-selidik diedarkan kepada tadikatadika swasta yang telah dikenal pasti secara serahan tangan iaitu pengkaji hadir ke tadika-tadika berkenaan dan melalui google form. Seramai 86 orang guru telah menjawab soal selidik berkenaan. Kajian ini berjaya menjawab dua persoalan utama kajian. Pertamanya, tahap pengetahuan dan profesionalisme guru mempunyai hubungan yang positif terhadap amalan pengajaran guru dalam bilik darjah iaitu keupayaan untuk melaksanakan strategi pengajaran EMK. Kedua, semua faktor sokongan iaitu fasiliti, profesionalisme guru, kemahiran, sokongan dan kerjasama pihak bersangkutan, pilihan strategi serta kesesuaian kandungan memainkan peranan untuk menjayakan strategi pengajaran EMK. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh kalangan pentadbir prasekolah khususnya di sektor swasta untuk merangka strategi pembangunan guru bagi meningkatkan amalan dan keberkesanan strategi pengajaran EMK. Kata kunci: strategi pengajaran elemen merentas kurikulum (EMK), pengajaran dan pembelajaran (pdp), kanak-kanak prasekolah, tadika swasta
13. PENDEKATAN PENGAJARAN KONTEKSTUAL DI PRASEKOLAH Nurul Syafirah binti Abdul Malik & Nur Afiqah Nazurah binti Abdullah Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak, Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Pendekatan pengajaran kontekstual yang berasaskan motif pembelajaran untuk diaplikasi oleh kanak-kanak terhadap situasi sebenar di sekeliling kehidupan mereka semakin mendapat perhatian para pendidik. Justeru kajian ini bertujuan untuk menilai tahap amalan dan keberkesanan pengajaran kontekstual dalam kalangan guru-guru prasekolah. Kajian di lakukan di daerah Hulu Selangor, Selangor. Rekabentuk kajian adalah mengggunakan borang soal selidik diadaptasi darpada Kadir (2013) dan Hartoyo (2009). Skop kajian mencakupi empat perkara iaitu menentukan tahap pengetahuan guru terhadap pendekatan pengajaran kontekstual (7 item) dan amalan dalam bilik darjah (7 item), perubahan tingkahlaku kanak-kanak (10 item), serta faktor-faktor menjayakan pengajaran kontekstual di prasekolah (6 item). Soal-selidik diedarkan kepada tadika-tadika swasta yang telah dikenal pasti secara serahan tangan iaitu pengkaji hadir ke tadikatadika berkenaan dan melalui google form. Seramai 84 orang guru telah menjawab soal selidik berkenaan. Kajian ini berjaya menjawab dua persoalan utama kajian. Pertamanya, tahap pengetahuan guru mempunyai hubungan yang positif terhadap amalan pengajaran guru dalam bilik darjah dan perubahan tingkah laku kanak-kanak. Kedua, semua faktor sokongan iaitu memiliki prosedur yang sistematik, penetapan hasil pembelajaran yang spesifik, contoh-contoh dalam pengajaran yang berdasarkan persekitaran sekeliling, kaedah penilaian yang standard, kesinambungan pengajaran dan kesungguhan guru memainkan peranan untuk menjayakan amalan pengajaran kontekstual di prasekolah. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh kalangan pentadbir prasekolah khususnya di sektor swasta untuk merangka strategi pembangunan guru bagi meningkatkan amalan dan keberkesanan pengajaran kontekstual. Kata kunci: Pendekatan kontekstual, kanak-kanak prasekolah, tadika swasta
14. AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN BERASASKAN KECERDASAN PELBAGAI DI TABIKA KEMAS IJOK SELANGOR Nurulhuda Natasha Binti Nizaruddin & Nur Nadhirah Binti Mohd Zain Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan pelbagai dalam kalangan kanak-kanak serta mengenal pasti strategi pengajaran yang digunakan oleh guru Tabika Kemas untuk mengajar kanak-kanak di Tabika Kemas Ijok Selangor menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai. Kajian ini telah melibatkan guru Tabika Kemas di Ijok Selangor yang menggunakan teori kecerdasan pelbagai dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Metodologi kajian ini melibatkan satu set soalan temu bual yang mengandungi 4 soalan demografi dan 8 soalan temu bual. Kajian tinjauan kualitatif adalah menyentuh elemen kefahaman dan perspektif guru mengenai strategi mengajar berdasarkan daripada komponen-komponen di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Seramai 5 orang guru Tabika Kemas Ijok Selangor yang terlibat di dalam kajian ini. Maklumat yang diperoleh dalam bentuk temu bual. Dapatan kajian ini telah menemukan amalan pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai di Tabika Kemas Ijok Selangor melalui perspektif KSPK adalah berada pada tahap yang memuaskan. Ini menunjukkan guru telah memahami konsep pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai. Tambahan, daripada hasil dapatan, menunjukkan aspek kecerdasan interpersonal adalah paling tinggi yang dikuasai oleh kanak-kanak. Manakala, strategi pengajaran yang dipersetujui adalah dengan merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kelapan-lapan komponen dalam kecerdasan pelbagai. Kata kunci: pengajaran, kecerdasan pelbagai, Tabika Kemas, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
15. AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN MASTERI DALAM KALANGAN GURU TADIKA DI KUALA SELANGOR. Gopalakrishnan A/L Ramadas & Kavinashri A/P Balu Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran pendekatan masteri dalam aspek pengetahuan dan kemahiran. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dengan mengedarkan instrumen kajian yang terdiri daripada satu set soal selidik kepada guru-guru tadika yang mengajar di sekitar tadika di daerah Kuala Selangor. Seramai 30 orang responden yang terlibat di dalam kajian ini. Set soal selidik mempunyai tiga bahagian iaitu merupakan maklumat latar belakang, pengetahuan dan berkaitan dengan sikap dan peranan mereka dalam melaksanakan amalan pengajaran pendekatan masteri. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru tadika di Kuala Selangor adalah berpengetahuan mengenai konsep pendekatan masteri, namun dapat menunjukkan amalan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan masteri masih boleh ditambahbaik. Kajian ini diharapkan dapat memberi kebaikan kepada pihak guru tadika dalam pelaksanaan pengajaran Pendekatan masteri. Sehubungan dengan itu, pihak guru tadika perlu merancang pengajaran pendekatan masteri yang lebih berkesan dan bermakna. Kata Kunci: Pendekatan Masteri, TADIKA, amalan pengajaran dan pembelajaran
16. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KALANGAN GURU TABIKA KEMAS DI SELANGOR Nurul Azlina Salman & Nur Amanina Bt Mohd Nor Rasidi Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kalangan guru Tabika Kemas di Selangor. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik menggunakan Google Form kepada 50 orang responden yang terdiri daripada guru Tabika Kemas di Selangor. Penyelidik memberikan tiga bahagian soalan iaitu bahagian A untuk demografi responden, manakala bahagian B untuk kaedah dan strategi pengajaran guru tabika kemas, serta di bahagian C untuk alat bantu mengajar yang diaplikasikan di dalam pengajaran guru Tabika Kemas di Selangor. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kalangan guru Tabika Kemas adalah sederhana. Oleh itu, kaedah dan strategi yang boleh meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kalangan guru adalah dengan menggalakkan penglibatan murid secara aktif semasa aktiviti pembelajaran berlangsung sebanyak 72.9% peratusan persetujuan responden, tambahan yang kedua adalah dengan memberi peluang kepada murid untuk memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan guru menjadi pemudahcara semasa proses pembelajaran berlangsung sebanyak 72.4%. Manakala untuk bahagian alat bantu mengajar terdapat dua item yang merekodkan nilai min paling tinggi iaitu guru masih menggunakan papan putih sebanyak 98.3% peratusan persetujuan dan kedua adalah dengan guru menyediakan cabinet atau rak fail untuk menyimpan bahan koleksi fail seperti bahan ilmiah dan bahan rujukan untuk guru mahupun kanakkanak. Oleh itu, amalan pengajaran dan pembelajaran ini perlu dititikberatkan lagi dengan amalan-amalan yang lebih berkesan serta penggunaan alat bantu mengajar yang lebih menarik oleh semua guru Tabika Kemas untuk mendidik anak bangsa yang holistik pada masa hadapan dan perlu selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kata kunci: Amalan pengajaran dan pembelajaran, TABIKA KEMAS, strategi, alat bantu mengajar.
17. TINJAUAN PEMERKASAAN KEMAHIRAN BAHASA MELALUI AKTIVITI PERMAINAN DALAM KALANGAN KANAKKANAK DI RUMAH Norshafika Binti Mohd Arief & Pravina Rajamanikam Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor. [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kemahiran bahasa merupakan aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak yang melibatkan kemampuan berkomunikasi, membaca, menulis dan memahami bahasa. Walau bagaimanapun, terdapat kanak-kanak menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran bahasa. Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan aktiviti permainan terhadap pemerkasaan kemahiran bahasa kanak-kanak. Pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian. Maklum balas diterima daripada 50 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia lima hingga enam tahun. Analisis data menunjukkan aktiviti permainan dapat meningkatkan kemahiran bahasa seperti kefahaman, kosa kata, dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Implikasi kajian ini adalah ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti permainan yang sesuai dengan peringkat perkembangan mereka di rumah untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak. Kata kunci: pemerkasaan kemahiran bahasa, permainan, kanak-kanak, rumah.
18. PERSEPSI PELAKSANAAN PERBUALAN PAGI OLEH GURU TERHADAP KANAK-KANAK DI TABIKA KEMAS DI DAERAH KUALA SELANGOR Aisyah Binti Muhammad Hatta & Weitei Kinsim Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK), Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap kalangan guru-guru tadika apabila melaksanakan aktiviti perbualan pagi. Pengumpulan data adalah melalui pemerhatian dan temubual. Responden kajian terdiri daripada 10 orang guru di Tabika Kemas, Kuala Selangor, Selangor. Analisis data kualitatif menunjukkan bahawa guru-guru menyedari bahawa perbualan pagi membantu meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi, kognitif, dan emosi kanak-kanak. Aktiviti yang sering dilakukan dalam perbualan pagi termasuk lagu-lagu, cerita pendek, permainan, dan aktiviti fizikal. Antara cabaran yang dihadapi adalah masa yang terhad, kurangnya sumber dan bahan rujukan yang sesuai. Dapatan kajian ini memberikan pemahaman yang lebih baik tentang keberkesanan perbualan pagi terhadap perkembangan kanak-kanak di prasekolah. Kata kunci: perbualan pagi, pembentukan personaliti, kanak-kanak, prasekolah
19. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENTAKSIRAN SEKOLAH (STANDARD PRESTASI) DALAM KALANGAN GURU TADIKA SWASTA Athirah Izaani Binti Shahrul Nizam & Aufa Adilah Binti Ahmad Bahrin Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap kaedah pentaksiran, cabaran guru melaksanakan pentaksiran dalam pendidikan awal kanak-kanak dan perbezaan mengikut kelayakan akademik dalam amalan pengajaran dan pembelajaran pentaksiran sekolah (standard prestasi) dalam kalangan guru tadika swasta. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan. Data dan maklumat dikumpul menggunakan instrumen soal selidik dan “Google form”. Seramai 62 orang responden terdiri daripada guru-guru tadika swasta di Klang, Selangor telah dipilih secara pensampelan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif untuk melihat tahap pengetahuan guru, cabaran guru tadika swasta dan kelayakan akademik para guru bagi melakukan penilaian pentaksiran perkembangan kanak-kanak. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru, cabaran guru dan kelayakan akademik guru tadika swasta dalam melakukan pentaksiran sekolah berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai (Min = 3.88, SP = 0.429). Analisis ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan terhadap kelayakan akademik guru Tadika Swasta dan tahap pengetahuan guru dalam menjalankan pentaksiran sekolah terhadap perkembangan kanak-kanak dengan nilai F(3.20) =0.617 p<0.002. Manakala analisis korelasi Pearson pula menunjukkan kuat dan sederhana antara kelayakan akademik dan tahap pengetahuan dalam kalangan guru tadika swasta. Kesimpulannya, melalui kajian ini, dapat dikenalpasti bahawa tahap pengetahuan, cabaran guru dan juga kelayakan akademik memainkan peranan yang penting dalam menjalankan pentaksiran sekolah kerana ia dapat memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak di tadika swasta tersebut. Kata kunci:- Tahap pengetahuan guru, cabaran guru, kelayakan akademik, guru tadika swasta.
20. KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU TERHADAP PENDIDIKAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN KANAK – KANAK PRASEKOLAH Siti Nur Ain Binti Ali Ahmad & Fatimatul Aqeelah Binti Mohd Rabiq Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor. [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru terhadap Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di daerah Petaling, Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan. Seramai 92 orang responden, terdiri daripada guru – guru di prasekolah di Petaling, Selangor, telah dipilih secara pensampelan rawak, dalam menjalankan kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat tahap pelaksanaan guru dalam PAK21, tahap pengetahuan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran PAK21 dan tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi proses, pengajaran PAK21. Hasil dapatan kajian menunjukkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru terhadap PAK21, dalam kalangan kanak - kanak prasekolah berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai untuk tahap pelaksanaan (Min = 1.74, SP = 0.44), tahap pengetahuan (Min = 1.79, SP = 0.42) dan tahap kemahiran (Min = 1.99, SP = 0.44). Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa setiap tahap pelaksanaan, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran bidang teknologi dalam PAK21 ini mempunyai kesan yang positif kepada guru bagi mengaplikasikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang baru terhadap kanak - kanak prasekolah. Oleh itu, implikasi kajian ini sangat penting untuk membantu guru memperolehi pembinaan dalam kemahiran pengajaran dan pembelajaran PAK21 kepada kanak-kanak, untuk mengakses teknologi maklumat dan komunikasi bagi mengikuti garis panduan PAK-21. Kata kunci: Kemahiran teknologi, pengajaran dan pembelajaran, pendidikan abad ke-21.
21. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU DI TADIKA SWASTA Nur Alia Izainie Binti Dahliza & Nurul Hamiza Binti Mohd Suhaimi Jabatan pengajian awal kanak-kanak, university Selangor. [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran, strategi, dan kepentingan pengetahuan dan proses pengajaran guru terhadap elemen dalam pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam bentuk temu bual. Sampel kajian ini mempunyai enam orang responden, terdiri daripada guru yang mengajar di dua buah tadika swasta yang berbeza. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sesetengah guru memahami konsep dalam mengaplikasikan pengajaran PAK21 di dalam kelas.Walau bagaimanapun, masih terdapat guru yang menggunakan cara pengajaran yang lama dalam sesi PAK21, dengan mencampuradukkan cara pengajaran yang lama di dalam kelas. Kesimpulannya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekolah perlu mengambil inisiatif tambahan seperti menyediakan latihan dalam perkhidmatan, kursus, dan bengkel yang berkaitan PAK21 supaya guru dalam menerapkan elemen nilai murni dan etika dalam PAK21 di tadika swasta. Kata kunci: Cabaran, Strategi, Kepentingan, PAK21, Guru tadika swasta.
22. AMALAN PENGAJARAN PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN DALAM KALANGAN PENDIDIK TASKA DI DAERAH MELAKA TENGAH Noor Fatihah Ibrahim Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] Nur Hafizah Binti Sabram Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran yang efektif untuk meningkatkan perkembangan deria dan pemahaman dunia alam sekitar dalam kalangan guru taska. Perkembangan deria dan pemahaman persekitaran adalah aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak dan membantu meletakkan asas dalam perkembangan kognitif, sosial dan emosi. Kajian ini melibatkan penyelidikan kuantitatif yang menggunakan soal selidik serta sampel kajian terdiri daripada seratus orang pendidik taska yang dipilih secara rawak di kawasan Daerah Melaka Tengah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran pendidik tentang kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam memupuk pemahaman dunia persekitaran di dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, menambahbaik dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memperkukuhkan perkembangan deria dan menjelaskan masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam meningkatkan kemahiran pendidik di taska terhadap amalan pengajaran perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran. Secara ringkasnya, penyelidikan tentang perkembangan deria dan pemahaman tentang persekitaran dunia adalah amat penting untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang tahap perkembangan deria kanak-kanak dan pemahaman tentang persekitaran, pendidik boleh merancang dan melaksanakan program pembelajaran yang lebih sesuai dan relevan. Kata kunci: Pendidik Taska, Kaedah, Menambahbaik, Kemahiran, Amalan Pengajaran
23. PERANAN GURU DAN AKTIVITI PENGAJARAN KONTEKSTUAL DALAM KALANGAN GURU TADIKA SWASTA Muhamad Haiqal Bin Saipol Bahari Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] Muhammad Akmal Bin Rosli Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini untuk mengenal pasti peranan guru dan aktiviti pengajaran kontekstual dalam kalangan guru tadika swasta. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji bagaimana guru tadika melaksanakan peranan mereka sebagai guru serta faktor – faktor yang menyebabkan guru mengalami kekangan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran kontekstual. Kajian ini menggunakan kaedah kajian berbentuk kuantitatif di mana penyelidik menggunakan borang soal selidik yang menggunakan pautan digital (google form). Responden adalah seramai 30 orang guru tadika swasta di daerah Kuala Selangor. Dengan usaha penyelidikan ini, penyelidik berharap agar mendapat cari punca kekangan berkaitan aktiviti pengajaran kontekstual dan memberi manfaat kepada para guru supaya dapat meningkatkan kualiti pengajaran dalam melaksanakan aktiviti pengajaran kontekstsual di tadika swasta. Kata kunci: Peranan Guru, Tadika, Swasta, Kontekstual
24. KEKANGAN DAN STARTEGI KEMAHIRAN PENGAJARAN ABAD KE-21 KALANGAN GURU PRASEKOLAH DI DAERAH KLANG Nor Misha Binti Idris Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] Nor Tasha Binti Idris Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kekangan dan strategi kemahiran pengajaran abad ke-21 dalam kalangan guru prasekolah di daerah Klang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap halangan pengajaran abad ke-21 dalam kalangan guru prasekolah dan menganalisis tahap strategi kemahiran pengajaran abad ke-21 dalam kalangan guru prasekolah di daerah Klang. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan maklum balas yang diperlukan, seramai 100 orang responden terlibat dalam kajian yang dilaksanakan. Instrumen yang disediakan mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) versi 27. Dapatan kajian menunjukkan halangan pengajaran abad ke-21 dalam kalangan guru prasekolah adalah menggunakan teknologi abad ke21 dapat meningkatkan kecekapan dalam pembelajaran iaitu sebanyak 57% dan bagi strategi kemahiran pengajaran pengajaran abad ke-21 dalam kalangan prasekolah adalah perlu mencipta suasana kelas yang menyeronokkan bagi menarik perhatian kanak-kanak iaitu sebanyak 57%. Kata kunci: Guru Prasekolah, Kekangan, Strategi, Pengajaran dan Pembelajaran
25. AMALAN PENGAJARAN DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH Nur Naimah Binti Che Man1 dan Siti Najihah Binti Yusof2 Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor [email protected] dan [email protected] ABSTRAK Kajian bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan pengajaran didik hibur dalam kalangan guru prasekolah. Objektif kajian adalah mengenal pasti amalan pengajaran didik hibur dalam kalangan guru prasekolah dan mengenal pasti kemahiran guru prasekolah dalam pengajaran didik hibur. Seramai 60 orang responden dilibatkan dalam kajian ini, yang terdiri daripada kalangan guru-guru prasekolah di daerah Kuala Selangor. Kaedah kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan satu set instrumen berbentuk soal selidik yang melibatkan tiga bahagian, iaitu Bahagian A (Demografi Responden : Jantina, Umur, Lokasi Prasekolah, Tempoh Berkhidmat, Kelulusan Akademik, Kelulusan Ikhtisas, dan Opsyen Ikhtisas), Bahagian B (Kandungan : Konstruk Perancangan, Konstruk Persediaan, Konstruk Pelaksanaan, Konstruk Penilaian, dan Konstruk Penambahbaikan) dan Bahagian C (Pendapat Umum : Menyelesaikan isu pengajaran Didik Hibur ). Data kajian dalam kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 22 bagi mengdapatkan hasil kajian dalam bentuk min, sisihan piawan dan peratus. Kata kunci : didik hibur, prasekolah, pengajaran, amalan.
26. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI “NATURE WALK” DALAM KALANGAN PENDIDIK TASKA Nurshahira Binti Ismail1 dan Nik Nur Eisya Izzati Binti Nik Lah2 Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor [email protected] dan [email protected] ABSTRAK Kajian bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran aktiviti “nature walk” dalam kalangan pendidik Taska . Objektif kajian untuk mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran aktiviti “nature walk” dalam kalangan pendidik Taska dan mengenal pasti penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran aktiviti “nature walk” dalam kalangan pendidik Taska. Seramai 50 orang responden dilibatkan dalam kajian ini, yang terdiri daripada kalangan guru-guru prasekolah di daerah Selangor. Kaedah kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan satu set instrumen berbentuk soal selidik yang melibatkan tiga bahagian, iaitu Bahagian A ( Demografi Responden : Jantina, Umur, Lokasi Taska , Tempoh Berkhidmat, Kelulusan Akademik, dan Kelulusan Ikhtisas,), Bahagian B ( Kandungan : Konstruk Amalan Pengajaran Melalui Pendekatan, Konstruk Amalan Pengajaran Melalui Kaedah, Konstruk Amalan Pengajaran Melalui Aktiviti, Konstruk Amalan Pengajaran Melalui Strategi, dan Konstruk Amalan Pengajaran Melalui Teknik ) dan Bahagian C ( Pendapat Umum :Penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran aktiviti “nature walk”). Data kajian dalam kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 22 bagi mendapatkan hasil kajian dalam bentuk min, sisihan piawai, dan peratus. Kata kunci : nature walk, taska, pengajaran, amalan
27. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH 2 dan Khairunnisa Binti Abdul Majid Nur Sabrina Binti Zamrose Nasri1 Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor 2 [email protected] dan [email protected] ABSTRAK Kajian bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang amalan pengajaran pendidikan keusahawanan dalam kalangan guru prasekolah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan Pendidikan Keusahawanan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di prasekolah, mengenal pasti kaedah pengajaran Pendidikan Keusahawanan yang diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan mengenal pasti keberkesanan Pendidikan Keusahawanan kepada murid-murid di prasekolah. Kajian yang dijalankan berbentuk kuantitatif dan memilih alat kajian soal selidik untuk dilaksanakan bagi mendapatkan kadar responden. Seramai 60 orang responden yang telah dipilih dalam kajian yang dilaksanakan. Instrumen yang disediakan terdapat 2 bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A merangkumi demografi responden iaitu jantina, umur, kelulusan akademik, pengalaman perkhidmatan lokasi prasekolah dan jenis prasekolah. Manakala bahagian B merangkumi 3 konstruk iaitu amalan, kaedah dan keberkesanan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 20 dalam mendapatkan nilai hasil kajian yang berbentuk min, sisihan piawai dan juga peratusan. Kata kunci: amalan, pengajaran, pembelajaran, pendidikan keusahawanan, prasekolah.
28. AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN BERASASKAN PELBAGAI KECERDASAN DALAM KALANGAN PENDIDIK TASKA AGENSI Nurul Farzana Binti Muhamad Rodzi Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] Nurhazalifah Binti Norhisham Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Teori kecerdasan pelbagai oleh Gardner mencadangkan sembilan kecerdasan yang berbeza haluan dalam kecerdasan manusia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran pendekatan berasaskan pelbagai kecerdasan dalam kalangan pendidik Taska Agensi, melihat perbezaan amalan pengajaran berasaskan pelbagai kecerdasan yang dilakukan oleh pendidik Taska Agensi dan mengetahui pandangan pendidik taska dalam pendekatan berasaskan kecerdasan pelbagai. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik yang diedarkan kepada pendidik taska. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang pendidik taska di bawah Agensi. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa amalan pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan peguasaan ilmu. Proses pembelajaran juga menjadi lebih seronok, mudah dan cepat untuk murid faham kerana penerapan pembelajaran yang pelbagai. Kata kunci : pendekatan, pelbagai kecerdasan, amalan, pengajaran, agensi.
29. PENGUASAAN PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH SK Aminatul Ardini Binti Ahmat Zainudin Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak Universiti selangor [email protected] Hafizha Nurhanani Binti Husin Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak Universiti selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap perkembangan kerohanian, tahap perkembangan moral dan faktor-faktor yang membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan perkembangan kerohanian dan moral dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Pembentukan kerohanian kanak-kanak memberi fokus kepada penghayatan Islam, manakala pembentukan moral dapat mendidik kanakkanak untuk mengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni dalam masyarakat majmuk. Kajian ini dijalankan melalui metodologi kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik sebagai instrumen dalam bentuk Google Form. Analisis data akan dilakukan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS). Kata kunci: Penguasaan, kerohanian, moral, prasekolah, kanak-kanak
30. PENGUASAAN PERKEMBANGAN KEROHANIAN & MORAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH SWASTA Nur Anis Zahira Binti Zaharuzaman Jabatan Pengajian Awal Kank-kanak Universiti Selangor [email protected] Marissa Farida Binti Abdullah Jabatan Pengajian Awal Kank-kanak Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat penguasaan perkembangan kerohanian dan moral dalam kalangan kanak-kanak prasekolah yang berpandukan teori Ekologi Mikrosistem oleh Urie Brofenbrenner. Teori Mikrosistem ini melibatkan persekitaran kanak-kanak yang akan mempengaruhi perkembangan mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap perkembangan kerohanian dan moral dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, dan mengenal pasti kaedah pengajaran perkembangan kerohanian dan moral dalam kalangan kanakkanak prasekolah. Responden kajian terdiri daripada 100 orang guru prasekolah di sekitar kawasan Shah Alam. Kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian yang diperoleh kelak menghuraikan tentang penguasaan perkembangan kerohanian dan moral dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di sekitar kawasan Shah Alam. Kajian ini juga akan membuktikan bahawa penguasaan perkembangan kerohanian dan moral dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat penting. Kata kunci: Perkembangan Kerohanian, Perkembangan Moral, Perkembangan, Kuantitatif, SPSS.
31. AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN BERASASKAN PELBAGAI KECERDASAN DALAM KALANGAN PENDIDIK TASKA SWASTA Nurul Farah Nabila Binti Fauzi Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] Ain Nur Hidayah Binti Wa Eling Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran pendekatan berasaskan kecerdasan pelbagai dalam kalangan pendidik taska swasta, mengetahui jenis kecerdasan pelbagai digunakan di kalangan pendidik dan tahap pendekatan kecerdasan pelbagai yang difahami oleh pendidik di taska. Seramai 50 orang responden yang terlibat terdiri daripada pendidik-pendidik taska swasta di sekitar Rawang, Selangor. Reka bentuk kajian melibatkan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik ini terdiri daripada bahagian A mengenai demografi responden dan bahagian B mengenai lapan kecerdasan pelbagai. Data dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) bagi mendapatkan jumlah peratusan kajian. Hasil kajian menunjukkan kecerdasan pelbagai di kalangan pendidik taska dapat dikenalpasti bahawa pendekatan berasaskan kecerdasan linguistik yang paling tinggi digunakan oleh pendidik-pendidik di taska. Kata kunci : pendekatan kecerdasan pelbagai, amalan, pengajaran, pendidik
32. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GURU TABIKA KEMAS Muhammad Aizat Bin Ululazmi Jabatan Pengajianwal kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] Muhammad Haikal Bin Vandi Jabatan Pengajian Awal kanak-Kanak Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti mengenai penerapan amalan Pendidikan Keusahawanan melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Tabika Kemas. Malangya, Pendidikan Keusahawanan untuk kanak-kanak di Tabika Kemas tidak dilaksanakan di dalam kurikulum ataupun silibus pembelajaran organisasi mereka, jadi objektif kajian ini akan tertumpu bagi mendapatkan jawapan untuk mengkaji adakah amalan keusahawanan diterapkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di Tabika Kemas. Bukan itu sahaja, penyelidik juga akan mengkaji adakah faktor-faktor yang menyebabkan guru di Tabika Kemas terhalang untuk mengamalkan pengajaran dan pembelajaran keusahawanan di dalam bilik darjah. Bagi kaedah yang akan dijalankan, penyelidik memilih kaedah yang berbentuk kuantitatif yang di mana penyelidik akan menggunakan borang soal selidik dan juga senarai semak (pemerhatian) sebagai kaedah kajian ini. Akhir sekali, bagi sampel kajian pula, penyelidik menjalankan kajian ini terhadap dua puluh (20) orang guru yang berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 50 tahun dan data dianalisis dengan menggunakan “korelasi pangkat Spearman” dalam perisian Statistical Product and Service Solutions (SPSS) versi 20. Penyelidik memilih lokasi Tabika Kemas di kawasan bandar yang di mana sosioekonominya berada di tahap sederhana dan ke atas. Dengan usaha penyelidikan ini dijalankan, ia berharap dapat mencari punca mengapa Pendidikan Keusahawanan tidak diterapkan dalam pendidikan serta memberit maanfat kepada pendidik di masa akan datang. Kata kunci: Pendidikan, Keusahawanan, Prasekolah, Guru, Amalan.
33. AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN MASTERI DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH SWASTA Nur Atiqah binti Mohd Shahni Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] Ilyana Nabila binti Badrul Hisham Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini membincangkan amalan pengajaran pendekatan masteri dalam kalangan guru di prasekolah swasta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Amalan merujuk kepada tindakan atau kegiatan yang dilakukan secara teratur dalam kehidupan sehari-hari. Sebagai pendidik, guru memainkan peranan penting dalam membimbing murid-murid untuk memahami proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Oleh itu, amalan pengajaran yang sesuai perlu diamalkan dengan sepenuhnya untuk membantu murid-murid menguasai pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pendekatan masteri dalam kalangan guru prasekolah swasta. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik, yang telah diberikan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada guru-guru prasekolah swasta. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Perisian Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 26 untuk mengenal pasti amalan pengajaran pendekatan masteri dalam kalangan guru di prasekolah swasta. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan pengajaran pendekatan masteri adalah satu strategi yang sering digunakan oleh guru prasekolah pada masa kini, walaupun kurang diperluaskan. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan masteri diterapkan secara positif oleh guru-guru prasekolah dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Oleh itu, pengkaji berharap agar amalan ini terus diamalkan oleh guru-guru prasekolah dan menjadi budaya dalam PdP harian mereka. Kata Kunci: Amalan Pengajaran, Pendekatan Masteri, Guru Prasekolah
34. AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN BERASASKAN INKUIRI DALAM KALANGAN GURU TADIKA SWASTA Muhammad Fakrul Ashraf Bin Mohd Don Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] Nur Aidilla Natasha Binti Khairul Nazri Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini menganalisis berkaitan dengan amalan pengajaran menggunakan pendekatan berasaskan inkuiri dalam kalangan guru tadika swasta. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji bagaimana guru prasekolah swasta melaksanakan strategi pengajaran berasaskan inkuiri di dalam bilik darjah dan cabaran yang dihadapi dalam melakukannya. Kajian dijalankan melalui reka bentuk kualitatif menggunakan temubual sebagai kaedah pengumpulan data utama. Sebanyak dua guru tadika swasta telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah swasta mempunyai persepsi positif tentang pengajaran berasaskan inkuiri dan mengakui potensi pendekatan ini untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Walau bagaimanapun, dua guru tersebut menghadapi kesulitan dalam melaksanakan pengajaran berasaskan inkuiri secara menyeluruh disebabkan oleh kekurangan sumber seperti bahan bantu mengajar yang sesuai, latihan dan sokongan dari institusi masing-masing seperti kekangan masa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat keperluan untuk pembangunan profesional dan sokongan institusional yang lebih lanjut untuk mempromosikan pelaksanaan pengajaran berasaskan inkuiri yang efektif di dalam prasekolah swasta. Kata kunci : Amalan Pengajaran, Pendekatan Berasaskan Inkuiri, Guru Prasekolah
35. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI MAIN BEBAS DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH Nuratikah binti Hasnizam & Fatin Nurwajihah binti Khalid Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pengajaran dan pembelajaran aktiviti main bebas dalam kalangan guru prasekolah KEMAS. Kajian yang dijalankan ini mempunyai tiga objektif iaitu mengenalpasti jenis aktiviti main bebas yang digunakan oleh guru prasekolah KEMAS dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, mengetahui bagaimana aktiviti main bebas dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal dan estetika dan mengenalpasti strategi yang digunakan oleh guru prasekolah KEMAS untuk meningkatkan perkembangan fizikal dan estetika dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Metadologi kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang diedarkan melalui pautan Google Form kepada pendidikpendidik yang mengajar di beberapa buah prasekolah KEMAS di Kuala Selangor dan Gombak. Soal selidik dalam kajian ini juga mempunyai empat konstruk soalan yang merangkumi demografi responden, jenis aktiviti main bebas yang digunakan oleh guru prasekolah KEMAS dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, bagaimana aktiviti main bebas dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal dan estetika dan strategi yang digunakan oleh guru prasekolah KEMAS untuk meningkatkan perkembangan fizikal dan estetika dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, soal selidik yang dibuat telah diedarkan kepada 60 orang responden yang merangkumi daripada kalangan pendidik di beberapa buah prasekolah KEMAS di daerah Kuala Selangor dan Gombak. Dalam kajian ini, kami telah menggunakan Statistic Package Sosial Sciences (SPSS) sebagai alat untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk min, sisihan piawan dan peratus. Kata kunci: amalan, pengajaran dan pembelajaran, aktiviti main bebas, guru prasekolah, KEMAS
36. PENGARUH AKTIVITI BERMAIN DALAM PERKEMBANGAN SAINS AWAL KANAK-KANAK DALAM KALANGAN GURU DI TADIKA SWASTA Nurshafiqa Fitri binti Rais Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor Email: [email protected] Nursyahirah Aqilah binti Othman Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor Email: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi melaksanakan penyelidikan ke atas pengaruh aktiviti bermain dalam perkembangan sains awal kanak-kanak dalam kalangan guru di tadika swasta. Kajian ini juga wujud disebabkan dengan perhubungan yang ada untuk melihat persepsi guru-guru tadika swasta terhadap kemahiran guru menggunakan kaedah bermain dalam pengajaran, melihat adakah dengan bermain pengaruh kepada kanak-kanak serta persepsi guru-guru dalam menjayakan aktiviti belajar sambil bermain dalam Pendidikan. Seramai 40 orang responden telah diambil untuk mendapatkan data-data serta hasil kajian, dimana responden ini terdiri daripada guru-guru tadika swasta yang berkhidmat di negeri Selangor. Kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik yang mempunyai empat bahagian. Bahagian ini dapat dinyatakan kepada Bahagian A yang berkaitan dengan demografi responden, Bahagian B yang terdiri objektif pertama, Bahagian C yang terdiri daripada objektif kedua dan Bahagian D adalah objektif ketiga. Hasil kajian akan di analisis secara statistik diskriptif dengan menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian ini akan mendapatkan satu bentuk hasil yang positif berkaitan dengan tajuk kajian yang dibuat. Kata kunci: Pengaruh aktiviti bermain, kanak-kanak, guru di tadikan swasta
37. PENGARUH PERANTI TEKNOLOGI KEPADA PERKEMBANGAN SOSIAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK Siti Nabilah Binti Kamaruzaman Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor Email: [email protected] Sharifah Fahira Binti Syed Faizal Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor Email: [email protected] ABSTRAK Penggunaan peranti teknologi dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat. Walaupun peranti teknologi memberi kemudahan kepada aktiviti pembelajaran kanak-kanak, namun pengawalan peranti teknologi menjadi bertambah sukar apabila melibatkan penglibatan ibu bapa. Kemajuan teknologi terkini telah memberi kesan positif dan negatif ke atas perkembangan sosial kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk menjelaskan kesan penggunaan peranti teknologi terhadap kanak-kanak sekaligus memberi rumasan berkenaan kaedah dalam mengurangkan ketagihan kanak-kanak terhadap peranti teknologi. Selain menganalisa peranan ibu bapa sebagai pembimbing dalam membantu kanak-kanak mengawal penggunaan peranti teknologi secara berlebihan serta beberapa isu berkaitan, kajian ini juga menyediakan maklumat yang boleh dijadikan sebagai garis panduan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan penggunaan peranti teknologi pada masa kini. Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk kualitatif, merupakan kajian kes yang disokong oleh data kajian yang diperolehi daripada kaedah soal selidik. Oleh itu, mengawal penggunaan gajet terhadap kanak-kanak iaitu dengan kawalan melalui aplikasi gajet, latihan melalui disiplin dan pembinaan kawalan dalaman diri anak-anak. Kata kunci: Peranti Teknologi, Kesan Penggunaan, Peranan Ibu Bapa, Kanak-kanak
38. PENDEKATAN MELALUI BERMAIN UNTUK MENINGKATKAN PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK DI TASKA. Nurul Nabila Naziha Bt Mohd Razi Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak Universiti Selangor Email: [email protected] Nureen Auni Izzati Binti Ishak Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak Universiti Selangor Email: [email protected] ABSTRAK Pendekatan melalui bermain banyak memberikan kebaikan yang dapat diperolehi oleh kanak-kanak di peringkat taska terutama sekali dalam membantu perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak agar mereka dapat melalui fasa tumbesaran yang baik. Masalah dalam perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak sering berlaku terutama sekali kepada kanak-kanak di peringkat taska yang dapat menjejaskan perkembangan tumbesaran mereka dengan baik. Kajian ini adalah bagi menyelesaikan masalah serta meningkatkan perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak di taska melalui pengunaan pendekatan melalui bermain. Penyelidik akan menggunakan kaedah reka bentuk kualitatif bagi mendapatkan data yang sesuai dengan persoalan kajian agar dapatan kajian mempunyai kesahan. Pendekatan yang digunakan adalah berpusatkan guru. Penyelidik akan menggunakan instrumen temubual dan juga borang soal selidik. Seramai 55 orang responden terdiri daripada guru di taska sekitar Selangor yang terlibat dalam soalan kajian yang telah disediakan. Hasil kajian mendapati masalah tingkah laku kanak-kanak yang banyak berpunca dari orang sekeliling terutama sekali ibu bapa dan guru memberi kesan yang buruk terhadap perkembangan bahasa dan komunikasi mereka dan kajian ini juga membuktikan bahawa setiap aspek dari ciri dan juga jenis yang ada pada pendekatan melalui bermain sangat sesuai digunakan untuk kanak-kanak di taska bagi membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan komunikasi. Kata kunci: Pendekatan melalui bermain, Perkembangan bahasa dan komunikasi, Kanak-kanak, Taska.
39. TAHAP PENGUASAAN PERKEMBANGAN AWAL SAINS DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH KEMAS Parvenaa A/P Siva Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor Email: [email protected] Jenifer A/P James Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak Universiti Selangor Email: [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan perkembangan awal sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran, serta keberkesanan strategi dalam kalangan guru prasekolah KEMAS di Daerah Kuala Selangor. Responden terdiri daripada 36 orang guru prasekolah KEMAS yang telah dipilih secara rawak di Daerah Kuala Selangor. Kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan instrumen soal selidik tahap penguasaan perkembangan awal sains. Pengkaji menggunakan Skala Likert untuk mengkaji kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan adalah Kaedah Pemisahan Separa (split- half). Instrumen soal selidik kajian ini mengandungi tiga bahagian soalan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa satu soalan dari perkembangan awal sains adalah tinggi, disebabkan ramai responden iaitu guru menyokong untuk mengajar membuat ramalan dengan rangsangan di dalam kelas dan di luar kelas. Namun, teknik pengajaran awal sains menunjukkan dapatan kajian yang setara. Kesimpulannya, Nilai Alpha menunjukkan >.730 iaitu, tahap penguasaan perkembangan awal sains boleh diterima dalam kalangan guru prasekolah KEMAS. Cadangan kajian adalah, guru perlu menghadiri kursus tambahan pengajaran awal sains untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, strategi dan teknik dalam pengajaran awal sains. Kata kunci: Tahap penguasaaan, Perkembangan Awal sains, Guru Prasekolah, Pengajaran dan pembelajaran.
40. PERUBAHAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK DALAM PENGGUNAAN GAJET DI TADIKA SWASTA Noor Iyra Qamarina Binti Noor Azreen Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] Nur Khairunnisa Atirah Binti Kamarudin Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perubahan tingkah laku kanak-kanak dalam penggunaan gajet di Tadika Swasta. Tujuan kajian ini adalah bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa terhadap perubahan tingkah laku kanak-kanak. Justeru, tahap pemantauan dan tindakan ibu bapa sangat penting dalam mengatasi permasalahan isu penggunaan gajet yang berlebihan dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini. Kajian ini juga mendapati bahawa bukan hanya berlaku pada perubahan tingkah laku, namun turut memberi kesan dalam penggunaan gajet yang berlebihan dan tidak terkawal. Secara tidak langsung, perubahan ini turut memberi impak kepada aspek perkembangan sosial dan emosi serta menjejaskan tahap penglihatan kanak-kanak. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk pendekatan kuantitatif dan kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk diedarkan serta dikumpulkan data-data dengan melibatkan seramai 80 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah di Tadika Swasta sekitar negeri Selangor. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian statistical package for social science (SPSS) versi 29 dan menggunakan kaedah deskriptif untuk menghuraikan data-data kajian ini. Hasil daripada keputusan analisis data yang diperolehi telah menunjukkan 60% iaitu daripada ibu bapa yang setuju bahawa penggunaan gajet mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak dan 72.5% ibu bapa atau penjaga mengawal setiap aplikasi yang digunakan dalam gajet kanak-kanak serta menetapkan kata laluan pada setiap kali ingin menggunakan gajet tersebut kepada kanak-kanak. Kata kunci: perubahan tingkah laku, Penggunaan gajet, Tahap pemantauan, Ibu bapa dan kanak-kanak, tadika swasta
41. AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH Nurul Najwa Binti Hamdan Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] Julia Farisya Binti Mohd Rais Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah bagi mengenal pasti amalan pengajaran pendekatan kontekstual dalam kalangan guru Prasekolah. Penyelidik menjalankan kajian ini berlandaskan kepada tiga objektif iaitu mengenal pasti amalan pengajaran pendekatan kontekstual dalam kalangan guru Prasekolah. Selain itu, penyelidik juga menjalankan kajian untuk mengetahui tahap keberkesanan amalan pengajaran pendekatan kontekstual dalam kalangan guru Prasekolah. Seterusnya, penyelidik juga ingin mengenal pasti kelebihan amalan pengajaran pendekatan kontekstual dalam kalangan guru Prasekolah. Penyelidik telah memilih kawasan di Daerah Puncak Alam, Selangor iaitu di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2. Kajian penyelidik adalah kanak-kanak dan guru Prasekolah bagi mengetahui amalan pengajaran pendekatan kontekstual dalam kalangan guru Prasekolah. Pendekatan yang digunakan oleh penyelidik adalah pendekatan kualitatif. Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif adalah berbentuk temubual, pemerhatian dan analisis dokumen bagi mendapatkan maklumat daripada sampel kajian. Hasil kajian mendapati amalan pengajaran pendekatan kontekstual menunjukkan keberkesanan yang baik apabila guru menggunakan pendekatan kontekstual di dalam bilik darjah dan kanak-kanak menunjukkan tindak balas yang positif. Kata kunci: Kontekstual, Pendekatan, Prasekolah
42. PENGUASAAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH Nur Hidayah Binti Naimun Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] Nur Shahirah Aqilah Binti Husman Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan perkembangan sosialisasi dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah. Antara lain, objektif kajian ialah menentukan tahap penguasaan perkembangan sosialisasi dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah dan menentukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah untuk meningkatkan penguasaan perkembangan sosialisasi dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah. Seramai 80 orang responden yang terdiri daripada guru Prasekolah terlibat dalam kajian penyelidikan ini. Pendekatan kajian penyelidikan yang dijalankan adalah merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk soal selidik dan akan dianalisis melalui software Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26 bagi menentukan tahap penguasaan perkembangan sosialisasi dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah. Melalui kajian ini, hasil dapatan kajian menyatakan penggunaan pendekatan pengajaran serta pembelajaran yang sesuai mampu meningkatkan perkembangan sosialisasi dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah dan juga mampu meningkatkan tahap penguasaan perkembangan sosialisasi mereka. Rumusnya, cadangan yang telah diberikan oleh pengkaji dalam kajian adalah berdasarkan soal selidik yang menepati konstruk setiap objektif yang telah dinyatakan bagi meneruskan peningkatan penguasaan perkembangan sosialisasi dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah. Kata kunci: Penguasaan perkembangan sosialisasi, kanak-kanak prasekolah, pendekatan pengajaran, tahap penguasaan.
43. KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU DALAM MENERAPKAN PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR KANAK-KANAK DI TADIKA SWASTA Sarah Aleszadatul Arissa Binti Samsi, Nurul Shafiqah Binti Rahmathullah Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK), Universiti Selangor [email protected], [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat pengajaran dan pembelajaran guru berkaitan psikomotor kanak-kanak. Objektif kajian adalah mengenal pasti keberkesanan pengajaran yang dilaksanakan guru dalam usaha memperkembangkan kemahiran psikomotor kanak-kanak, dan mengenal pasti tahap penguasaan perkembangan psikomotor kanak-kanak di tadika swasta. Reka bentuk kajian yang dijalankan melibatkan kaedah kuantitatif secara edaran soal selidik dalam bentuk “google form”. Soal selidik mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A mengenai demografi responden, bahagian B berkaitan keberkesanan pembelajaran yang dilakukan guru bagi perkembangkan kemahiran psikomotor kanak-kanak. Manakala bahagian C mengenai tahap penguasaan perkembangan psikomotor kanak-kanak. Pemilihan responden kajian dilakukan secara sampel rawak mudah melibatkan 110 orang guru tadika swasta di daerah Petaling, Selangor. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26, yang melibatkan nilai kekerapan, min, peratusan dan sisihan piawai, yakni maklumat daripada ketiga-tiga bahagian dalam soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden kajian terdiri daripada 13.6% guru lelaki (15 orang) dan 86.4% guru perempuan (96 orang), mengetahui keberkesanan pengajaran yang dilaksanakan guru mampu memperkembangan psikomotor kanak-kanak (M=4, SP=0.497, N=110) iaitu guru melaksanakan pembelajaran menggunakan tunjang fizikal dan estetika serta tahap penguasaan perkembangan psikomotor kanak-kanak (M=3, SP=0.544, N=110) iaitu kanak-kanak mampu mengimbangi badan sambil menendang bola ke hadapan tanpa terjatuh. Kata kunci : Psikomotor, Swasta, Pembelajaran, Perkembangan, Guru Tadika
44. AMALAN PENGAJARAN BERASASKAN KECERDASAN MUZIKAL DALAM KALANGAN GURU TADIKA SWASTA Muhammad Faisal Bin Mohamad Shukri, Muhamad Najib Hadi Bin Mohd Zaker Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak, Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan pengajaran berasaskan kecerdasan muzikal dalam kalangan guru tadika swasta di Kawasan puncak alam, daerah kuala selangor. Kajian ini melibatkan tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti bagaimana guru tadika mengimplementasikan kecerdasan muzikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran di tadika, mengetahui impak kepada kanak-kanak setelah guru mengimplementasikan kecerdasan muzikal dalam pengajaran, serta mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan pengajaran berasaskan kecerdasan muzikal. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Seramai dua orang guru tadika swasta di temu bual sebagai responden bagi menjawab setiap persoalan untuk mencapai objektif kajian. Data yang diperoleh melalui temu bual ditranskripsi dan dianalisis menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian ialah guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam implementasikan amalan pengajaran berasaskan kecerdasan muzikal ini. Misalnya pendekatan berasaskan sumber dan pendekatan berpusatkan murid. Guru juga melihat dengan mengimplementasikan kecerdasan muzikal dalam pengajaran, mampu memberi kesan kepada kanak-kanak seperti pembelajaran lebih bermakna, mencungkil bakat kanak-kanak dan mengembangkan perkembangan kanak-kanak. Kata kunci: Amalan, Pengajaran, Kecerdasan Muzikal, Guru, Tadika
45. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM KALANGAN PENDIDIK TASKA SWASTA ‘Athirah Jannnah binti Abd Rahim & Muhammad Alif bin Ahmad Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, universiti Selangor. [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan pengajaran dan pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum dalam kalangan pendidik TASKA swasta. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan dan cabaran pengajaran dan pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum dalam kalangan pendidik TASKA swasta serta mengenal pasti kesan kepada kanak-kanak daripada amalan pengajaran dan pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum dalam kalangan pendidik TASKA swasta. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan maklum balas yang diperlukan, Seramai 60 orang responden terlibat dalam kajian yang dilaksanakan. Instrumen yang disediakan mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagaian B dan Bahagain C. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) versi 25. Dapatan kajian menunjukkan nilai yang tertinggi bagi amalan pengajaran dan pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum adalah (M=4.35, SP=0.606, n=60) iaitu pendidik mengamalkan pendekatan belajar melalui bermain. Seterusnya, nilai tertinggi bagi cabaran pengajaran dan pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum adalah (M=4.30, SP=0.591, n=60) iaitu cabaran yang dihadapi adalah persekitaran pengajaran dan pembelajaran dan juga penggunaan Bahasa yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala nilai tertinggi bagi kesan terhadap kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum adalah (M=4.43, SP=0.563, n=60) iaitu meningkatkan semangat kerjasama antara murid. Kata kunci: Taska, Pengajaran, Pembelajaran, Elemen Merentas Kurikulum
46. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI MAIN BEBAS DALAM KALANGAN PENDIDIK DI TASKA SWASTA Suzana Binti Abdullah & Ayuni Hairunnissa Binti Asmadi Jabatan Pengajian Kanak-Kanak, FPSS, Universiti Selangor [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengesan amalan pengajaran dan pembelajaran aktiviti main bebas di TASKA swasta. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran aktiviti main bebas dalam kalangan pendidik di TASKA swasta, mengenal pasti cabaran pengajaran dan pembelajaran aktiviti main bebas dalam kalangan pendidik di TASKA swasta dan mengenal pasti kesan pengajaran dan pembelajaran aktiviti main bebas kepada kanak-kanak di TASKA swasta. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik dan diedarkan melalui pautan Google form kepada para pendidik di beberapa buah TASKA swasta di Shah Alam. Soal selidik ini mengandungi bahagian demografi responden, konstruk amalan pengajaran dan pembelajaran aktiviti main bebas dalam kalangan pendidik di TASKA swasta, konstruk cabaran pengajaran dan pembelajaran aktiviti main bebas dalam kalangan pendidik di TASKA swasta dan konstruk kesan pengajaran dan pembelajaran aktiviti main bebas kepada kanak-kanak di TASKA swasta. Soal selidik telah diedarkan kepada seramai 100 orang responden yang terdiri daripada kalangan pendidik di beberapa buah TASKA swasta. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Hasil kajian menunjukkan amalan yang digunakan oleh pendidik TASKA adalah signifikan positif iaitu 0.876. Kata kunci: Aktiviti Main Bebas, TASKA Swasta, Kanak-Kanak
47. PENGUASAAN PERKEMBANGAN SOSIALISASI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK TADIKA SWASTA DI DAERAH KUALA SELANGOR. Muhammad Fauzul Hakim Bin Azhar Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor Email: [email protected] Nurul Shazuana Binti Safry Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak (JPAKK) Universiti Selangor Email: [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji berkaitan dengan perkembangan sosial dalam kalangan kanak-kanak Tadika Swasta di Daerah Kuala Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pandangan ibu bapa terhadap kepentingan perkembangan kemahiran sosial untuk kanak-kanak Tadika Swasta di Daerah Kuala Selangor serta mengenal pasti peranan ibu bapa dalam membantu perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak semasa aktiviti bermain. Metadologi kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif dan instrumen yang dipilih adalah soal selidik untuk dilaksanakan bagi mendapatkan kadar responden. Seramai 50 orang responden yang telah dipilih dan mengambil bahagian dalam kajian yang telah dilaksanakan. Instrumen yang disediakan terdapat tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan Bahagian C. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistic Package Sosial Science (SPSS). Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa aspek kemahiran sosial perlu diambil perhatian sewajarnya dalam membantu meningkatkan tahap kemahiran sosial kanak-kanak yang lebih baik untuk masa hadapan. Implikasi daripada kajian ini ialah perkembangan kemahiran sosial sangat penting kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul dengan orang lain. Kata kunci: Penguasaan, perkembangan, kemahiran sosial, ibu bapa.
48. AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL DALAM KALANGAN GURU TADIKA Mohamad Sharezan Bin Selamat & Nur Auni Aqilah Binti Mazlan Jabatan Pengajian Awal Kanak-kanak, Universiti Selangor ABSTRAK Pengajaran pendekatan kontekstual adalah pendekatan yang menjurus kepada kaedah proses menyediakan pembelajaran yang sangat konkrit bagi proses aktiviti yang bersifat hands-on dan minds-on. Amalan pendekatan kontekstual sangat mengutamakan pengalaman peribadi kanak-kanak yang dilalui dalam kehidupan sebenar dan menjurus kepada terhasilnya pengalaman untuk diterjemahkan dalam sesi pembelajaran di dalam kelas. Objektif kajian adalah mengenal pasti amalan pengajaran konstekstual untuk kanak-kanak serta pendidik menggunakan kaedah berpusatkan murid dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Hasil pengalaman pendidik yang dibawa ke dalam sesi pembelajaran dan pengajaran untuk diproses ke pengetahuan sebenar dan akhir sekali, kesan guru tidak mengaplikasikan amalan pengajaran konstekstual. Kajian ini berbentuk kualitatif untuk mengumpul data dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian dalam mengumpulkan data. Pengkaji telah memilih 3 orang guru yang berbeza latar belakang, pengalaman, umur dan kelayakan bagi menentukan hasil kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa perbezaan latar belakang guru dapat menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru harus memilih persekitaran pembelajaran yang pengalaman sama ada konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang diinginkan. Kata kunci: Pendekatan kontekstual, amalan pengajaran dan pembelajaran, pengalaman guru.