1 T1/BAB 1/UNIT 1.1/ SAINS ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEHIDUPAN SEHARIAN. Arahan: Nota: rujuk buku teks ting.1 dan link video youtube Salin dan jawab semua soalan di bawah . 1. Apakah maksud Sains? (buku teks m/s 4) Sains ialah disiplin ilmu yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang sistematik terhadap fenomena alam semula jadi. 2. Nyatakan 4 contoh kepentingan sains dalam kehidupan seharian. (buku teks m/s 5) a) Menyumbang kepada bidang kejuruteraan seperti pembinaan bangunan pencakar langit yang canggih b) Penciptaan satelit menyebabkan komunikasi menjadi lebih cepat dan efektif c) Meningkatkan hasil tanaman dengan penemuan baja, racun serangga dan penggunaan kaedah hidroponik d) Penemuan vaksin dan antibiotik dalam bidang perubatan membantu mengawal penyakit berjangkit dan mengurangkan kadar kematian Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • Menghubungkaitkan aktiviti seharian dengan Sains. • Mengitlak maksud Sains. • Merumuskan kepentingan bidang Sains dalam kehidupan seharian. • Memerihalkan bidang Sains.
2 3. Bina 1 peta pokok tentang: a) pengkelasan bidang sains (buku teks m/s 6) b) kerjaya dalam bidang sains (buku teks m/s 7) 4. Selesaikan praktis formatif 1.1 (buku teks m/s 9) Sila cuba dahulu sebelum rujuk jawapan (buku teks m/s 278) • 1. Pertumbuhan bayi, kejadian siang dan malam • 2.(a) pemerhatian, eksperimen (b) biologi • 3. Biologi – ahli botani, kimia-ahli farmasi, fizik-ahli astronomi
3 T1/BAB 1/UNIT 1.2/ MAKMAL SAINS ANDA Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: ▪ mengenal pasti dan menyatakan fungsi radas. ▪ mengenal pasti simbol dan contoh bahan berbahaya dalam makmal. ▪ melukis dan melabel radas yang biasa digunakan dalam makmal dan mengelas berdasarkan kegunaannya. Arahan: Nota: rujuk buku teks ting.1 dan link video youtube Salin/Cetak dan jawab semua soalan di bawah . 1. Makmal sains ialah satu bilik yang dikhaskan untuk menjalankan kajian atau eksperimen saintifik.(rujuk buku teks m/s 9) 2. Apakah fungsi tabung didih? (rujuk buku teks m/s 10) Untuk memanaskan bahan kimia dalam kuantiti yang kecil 3. Lukis simbol radas makmal. (rujuk buku teks m/s 10-11) RADAS UNTUK MENGUKUR ISIPADU Silinder penyukat Buret Pipet
4 RADAS UNTUK MEMANASKAN BAHAN KIMIA Tungku kaki tiga Tabung didih Penunu bunsen Kasa dawai
5 RADAS UNTUK MENGISI BAHAN KIMIA DALAM KUANTITI YANG BESAR Bikar Kelalang kon Kelalang dasar leper Untuk memegang / menyokong sesuatu radas Untuk mengumpul gas Untuk tujuan penyejatan Kaki retort Balang gas Piring sejat
6 4. Label simbol-simbol amaran berbahaya di dalam makmal. (rujuk buku teks m/s 12) a)bahan merengsa c)bahan mengakis d)bahan beracun / toksik b)bahan radioaktif
7 5. Nyatakan peraturan-peraturan makmal. (rujuk buku teks m/s 13) a) Jangan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran b) Jangan mulakan ekperimen sebelum diarahkan oleh guru_ c) Baca arahan dan fahami arahan eksperimen terlebih dahulu d) Gunakan semua bahan kimia dan peralatan dengan betul dan cermat e) Dilarang minum, makan dan bermain-main di dalam makmal f) Dilarang mengeluarkan peralatan dan bahan kimia ke tempat simpanan asal jika dialihkan g) Kembalikan peralatan dan bahan kimia ke tempat simpanan asal jika dialihkan h) Pastikan tempat menjalankan eksperimen sentiasa kemas dan bersih i) Cuci semua peralatan dan buang bahan buangan mengikut kaedah yang betul j) Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum meninggalkan makmal e)bahan mudah meletup f)bahan mudah terbakar
8 6. Nyatakan langkah-langkah keselamatan di dalam makmal. (rujuk buku teks m/s 13) a) Jangan halakan hujung tabung uji ke arah diri sendiri atau orang lain b) Jauhkan bahan kimia yang mudah terbakar daripada sebarang sumber api c) Gunakan cermin pelindung mata ketika mencampurkan atau memanaskan bahan kimia d) Jangan merasa atau menghidu bau kecuali dibenarkan oleh guru 7. Suhaimi terlihat kebakaran kecil berlaku di atas meja makmal. Apakah tindakan yang perlu diambilnya? (rujuk buku teks m/s 13) Laporkan kepada guru. Jika boleh, tutup dahulu bekalan elektrik. Dengan bantuan guru, gunakan pemadam api yang sesuai untuk memadamkan api. Jika tidak pasti, tinggalkan makmal dengan secepat mungkin. (semak jawapan buku teks m/s 278) T1/BAB 1/UNIT 1.3/ MAKMAL SAINS ANDA Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: ▪ mengenal pasti dan menggunakan unit yang betul bagi kuantiti fizikal yang berbeza ▪ mengenal pasti maksud symbol dan nilai symbol bagi imbuhan yang digunakan dalam pengukuran ▪ menukar unit kuantiti asas iaitu jisim, panjang dan masa seperti gram kepada kilogram, sentimeter kepada meter, saat kepada jam dan sebaliknya. ▪ Mewajarkan kepentingan penggunaan unit S.I dalam kehidupan harian Arahan: Nota: rujuk buku teks ting.1 dan link video youtube Salin/Cetak dan jawab semua soalan di bawah .
9 1. Kuantiti fizik dalam sains ditakrifkan sebagai sifat fizikal yang boleh dihitung, diukur dan dikira. (rujuk buku teks m/s 15) 2. Lengkapkan jadual kuantiti fizik asas di bawah: (rujuk buku teks m/s 15) Kuantiti asas Unit S.I Simbol unit S.I Panjang a)meter_ m Jisim Kilogram b)kg c)masa saat s Suhu d)kelvin K Arus elektrik Ampere e)A 3. Mengapakah unit Sistem Antarabangsa atau Systeme Internasional d’Unites (S.I) diseragamkan penggunaannya? (rujuk buku teks m/s 15) Hal ini membolehkan pertukaran data dan pengetahuan saintifik dilakukan ke seluruh dunia dengan lebih tepat 4. Imbuhan digunakan sekiranya kuantiti fizik terlalu besar atau terlalu kecil. Lengkapkan jadual nilai imbuhan dan simbol untuk nilai unit kuantiti fizik di bawah. *peringatan( Simbol mesti ditulis dengan teliti seperti nota. Huruf besar/huruf kecil membawa makna yang berbeza) (rujuk buku teks m/s 16) Nilai Bentuk piawai Simbol Imbuhan 1 000 000 000 109 G giga 1 000 000 106 f)1 000 000 a)mega 1 000 103 g)1 000_ b)kilo 0.1 10-1 h)0.1_ desi
10 0.01 10-2 c c)senti 0.001 10-3 m d)mili 0.000 001 10-6 i)µ e)mikro 0.000 000 001 10-9 j)0.000 000 001_ nano *G M Klang Di Sini Milik mr Nano 5. Selesaikan soalan di bawah: (rujuk buku teks m/s 16) 6. Penggunaan unit ukuran yang sama boleh memudahkan ahli sains untuk berkomunikasi di peringkat antarabangsa. (rujuk buku teks m/s 17) T1/BAB 1/UNIT 1.4/ PENGGUNAAN ALAT PENGUKURAN, KEJITUAN, KEPERSISAN, KEPEKAAN DAN RALAT Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • Menggunakan alat pengukuran yang betul dan dengan cara yang betul, untuk mengukur dengan persis dan jitu kuantiti panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik • Menggunakan alat pengukuran yang lebih jitu bagi membandingkan kejituan, kepersisan dan kepekaan dalam pengukuran • Menerangkan bagaimana mengatasi ralat sistematik dan ralat rawak • Menganggar panjang, luas, jisim atau isipadu sesuatu objek dengan membuat pengukuran sebenar • Arahan: Nota: rujuk buku teks ting.1 dan link video yang diberikan untuk lebih kefahaman. 13cm 0.018kg 4 000 000µm 24kg 6mA
11 Salin/Cetak dan jawab semua soalan di bawah . 1. Untuk tujuan pengukuran, alat pengukur yang berbeza diperlukan bagi mengambil data dalam sesuatu eksperimen. (rujuk buku teks m/s 18) 2. Ralat paralaks wujud disebabkan kedudukan mata yang tidak betul semasa mengambil ukuran. (rujuk buku teks m/s 19) 3. Rekod bacaan cecair di bawah: 4. Lengkapkan jadual di bawah: (rujuk buku teks m/s 19-27) KUANTITI FIZIK MAKSUD UNIT S.I CONTOH ALAT Panjang Jarak antara 2 titik Meter (m) #Milimeter (mm) #Centimeter (cm) • Pembaris • Pita pengukur • Angkup vernier digital* • Tolok skru mikrometer digital* Jisim Kuantiti jirim yang terkandung di dalamnya Kilogram (kg) #gram (g) #miligram (mg) • Neraca tuas • Neraca tiga alur • Penimbang digital* Isi padu A: = 64ml Isi padu B: = 46.5ml Isi padu C: = 26_ml
12 Masa Menunjukkan waktu Saat (s) #jam (j) #hari/bulan/tahun • Jam randik • Jam randik digital* Suhu Darjah kepanasan / kesejukan sesuatu objek Kelvin (K) #darjah celsius (⁰C) • Termometer makmal • Termometer klinik • Termometer digital* Arus elektrik arus elektrik dalam sesuatu litar Ampere (A) • Ammeter_ • Ammeter digital* Isipadu Kuantiti ruang yang diisi Liter (l) #mililiter (ml) • Silinder penyukat • Buret* • Pipet* Luas Besar sesuatu kawasan Meter2 (m2 ) • Kertas graf • Objek berbentuk sekata(rumus) Tanda * alat pengukur lebih peka untuk mendapatkan bacaan yang lebih jitu Tanda # unit lain yang ada digunakan 5. Lengkapkan jadual di bawah: (rujuk buku teks m/s 18) Maksud Contoh data/bacaan Kejituan Kebolehan alat pengukur untuk mendapatkan bacaan menghampiri atau menepati_ nilai sebenar Nilai sebenar: 15.0kg Alat pengukur A: 14.9 kg Alat pengukur B: 15.2 kg Alat pengukur C: 15.3kg ** alat pengukur A lebih jitu kerana bacaan yang ditunjukkan meghampiri nilai sebenar
13 Kepersisan Kebolehan alat pengukur memberikan bacaan yang hampir sama apabila pengukuran diulang Bacaan: 12.0 kg, 12.1 kg, 12.2 kg ** bacaan hampir sama Kepekaan Kebolehan alat pengukur mengesan perubahan kecil sesuatu kuantiti yang diukur Bacaan alat pengukur A: 4.11cm Bacaan alat pengukur B: 4.1cm Bacaan alat pengukur C: 4.112cm ** alat pengukur A lebih peka kerana bacaan yang ditunjukkan mempunyai lebih banyak tempat titik perpuluhan 6. Lengkapkan peta pokok di bawah: (rujuk buku teks m/s 22-23) 7. Bacaan sebenar = Bacaan alat pengukur – bacaan ralat sifar (rujuk buku teks m/s 22) * alat pengukur: angkup vernier / tolok skru mikrometer Fungsi: mengukur panjang yang kecil Angkup vernier Kejituan: 0.1 mm / 0.01cm kegunaan: mengukur ketebalan, diameter luar, diameter dalam dan kedalaman sesuatu objek Tolok skru mikrometer Kejituan: 0.01 mm / 0.001 cm Kegunaan: Mengukur ketebalan dan diameter objek kecil seperti kertas dan alas bebola
14 Angkup vernier dan tolok skru mikrometer (Rujuk buku teks m/s 22-23) 8. Rekodkan bacaan panjang objek di bawah: 9. Selesaikan. Angkup vernier a) . Ralat sifar 4.30 0.05 4.35cm 2.5 0.38 2.88mm + 0.03 = 2.06 – (+0.03) = 2.03 cm
15 b) . Tolok skru mikrometer a). Ralat sifar Bacaan ralat = ________________ mm Bacaan betul = -0.06 = 6.43 – (-0.06) = 6.43 + 0.06 =6.49cm -0.03 = (2.0 + 0.22) – (-0.03) = 2.22 + 0.03 = 2.25 mm
16 10.Lengkapkan peta pokok di bawah: (Rujuk buku teks m/s 26) Ralat Ralat sistematik Ralat malar pada sesuatu alat pengukuran yang diperoleh setiap kali pengukuran Contoh: *Ralat sifar *alat pengukur yang tidak jitu cara mengatasi: * mengendalikan eksperimen dengan berhati-hati *mengulangi eksperimen dengan menggunakan alat pengukuran yang berbeza Ralat rawak ketidakpastian pengukuran yang disebabkan oleh pemerhati semasa membuat pengukuran Contoh: *ralat paralaks, *kecuaian pemerhati semasa mengambil bacaan *salah teknik Cara mengatasi: *mengambil bacaan ukuran beberapa kali dan membuat purata *mengurangkan kesan ralat paralaks
17 11. Anggarkan luas sehelai daun di bawah. (Rujuk buku teks m/s 27) *Petak yang lengkap dan juga separuh lengkap atau lebih perlu dikira sebagai 1cm2 12.Kira isipadu gabus. (Rujuk buku teks m/s 27) Isipadu awal (air + batu) = 50 cm3 Isipadu akhir (air + batu + gabus) = 53cm3 Isipadu gabus = 3cm3 Jumlah petak bertanda (√ ) =18 Anggaran luas = 18 cm2
18 T1/BAB 1/UNIT 1.5/ KETUMPATAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • Menyusun mengikut urutan bahan berdasarkan ketumpatan • Meramalkan sama ada bahan akan terapung dan tenggelam berdasarkan ketumpatan • Mendefinisikan secara operasi maksud ketumpatan • Mengira ketumpatan menggunakan rumus (ketumpatan=jisim / isipadu) dan dengan kaedah sesaran air • Menerangkan fenomena yang berkaitan dengan perbezaan ketumpatan dalam kehidupan seharian • Membuat inovasi objek, makanan / minuman menggunakan konsep ketumpatan Arahan: Nota: rujuk buku teks ting.1 dan link video yang diberikan untuk lebih kefahaman. Salin/Cetak dan jawab semua soalan di bawah . 1. Ketumpatan sesuatu bahan ialah jisim per isipadu bahan tersebut. (rujuk buku teks m/s 28) 2. Rumus ketumpatan: (rujuk buku teks m/s 29) Ketumpatan= jisim_(g) isipadu(cm3 ) Unit ketumpatan = g/cm3 atau gcm-3 3. Kira ketumpatan besi berjisim (7.87g) jika isipadu petrol (0.80 cm3 ) Ketumpatan besi = 7.87 0.80 3 = 9.84 g/cm3
19 4. Bahan yang kurang tumpat akan terapung dan berada di atas bahan yang lebih tumpat daripadanya. (rujuk buku teks m/s 30) 5. Bahan yang lebih tumpat akan tenggelam dan berada di bawah bahan yang kurang tumpat daripadanya. (rujuk buku teks m/s 30) 6. Semakin bertambah jisim, semakin bertambah ketumpatan objek. 7. Lengkapkan peta alir mengikut urutan bahan berdasarkan jadual di bawah: (rujuk buku teks m/s 30) Bahan Besi Kuprum Kayu Gabus Jisim (g) 7.87 8.96 0.70 0.25 Ketumpatan semakin bertambah 8. Kaedah sesaran air digunakan untuk menentukan ketumpatan objek yang tidak sekata. (rujuk buku teks m/s 31) 9. gabus kayu besi kuprum 12g 60ml
20 Kira: a) Jisim batu = 12g b) Bacaan awal isipadu = 50cm3 c) Bacaan akhir isipadu = 60cm3 **Isipadu batu = bacaan akhir isipadu – bacaan awal isipadu d) Ketumpatan= 10. Selesaikan soalan di bawah: a) Mengapakah telur ayam tenggelam? Telur ayam lebih tumpat daripada air b) Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengapungkan telur ayam itu di dalam air? Terangkan jawapan anda. Dengan menambahkan garam. Supaya air menjadi larutan garam dan lebih tumpat daripada telur. 12 g 60-50 cm3 = 1.2 g/cm3
21 11.Aplikasi konsep ketumpatan dalam kehidupan harian. Gariskan jawapan yang betul: (rujuk buku teks m/s 32) a) Kayu balak dihanyutkan melalui sungai ke kilang papan. Hal ini demikian kerana kayu balak (kurang / lebih) tumpat daripada air. b) Kapal selam boleh tenggelam atau timbul apabila jumlah air di dalam tangki balast berubah. Hal ini demikian kerana udara adalah (kurang / lebih) tumpat daripada air. 12.Bagaimanakah cara untuk membuatkan buah oren tenggelam? Terangkan. **soalan dalam rakaman video Mengupas kulit buah oren. Maka, buah oren akan menjadi lebih tumpat daripada air dan tenggelam Ruang penumpang kapal selam Kapal selam: *tenggelam apabila air memenuhi ruang tangki balast (kapal menjadi lebih tumpat daripada air) *timbul apabila air dikeluarkan,hanya udara berada di dalam tangki balast. (kapal menjadi kurang tumpat daripada air)
22 PROJEK PBL 1 (**Tiada paksaan untuk buat projek ini. Boleh buat jika mahu mendapatkan band 6) Tugasan: Kapal selam ialah satu kenderaan air yang besar dan berat. Bagaimanakah kenderaan air ini dapat timbul dan tenggelam dalam air? Reka cipta secara kreatif satu model kapal selam dengan mengintegrasikan pengetahuan tentang konsep ketumpatan untuk menerangkan kejadian di atas. Ubah keapungan model kapal selam itu dengan mengubah kuantiti air atau udara. Anda hendaklah merancang pembinaan model kapal selam yang berfungsi dalam air. Dalam projek ini, barangan terpakai seperti botol plastik air mineral dapat dimanfaatkan sebagai bahan buatan mainan. Tindakan susulan: Hantar rakaman video perbentangan/penerangan hasil projek murid kepada guru. Penerangan tentang bahan yang digunakan dan tunjuk cara (demonstrasi) hasil projek. Cara pembuatan tidak perlu. Wajah murid perlu ditunjukkan dalam video rakaman. ***sila rujuk video contoh perbentangan yang guru berikan. Tarikh akhir penghantaran: 31 march 2021. (rabu)
23 T1/BAB 1/UNIT 1.6/ LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYIASATAN SAINTIFIK Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • Membezakan setiap kemahiran proses sains • Membuat urutan langkah dalam menjalankan penyiasatan saintifik mengikut urutan yang betul • Menjalankan satu penyiasatan saintifik bagi menyelesaikan satu masalah yang mudah Arahan: Nota: rujuk buku teks ting.1 dan link video yang diberikan untuk lebih kefahaman. Salin/Cetak dan jawab semua soalan di bawah . 1. Kaedah saintifik ialah kaedah sistematik yang digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam sains. (rujuk buku teks m/s 34) 2. Lengkapkan carta alir di bawah: 9 langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik. (rujuk buku teks m/s 34-35) Mengenalpasti masalah a)membina hipotesis b)mengawal pembolehubah c) merancang eksperimen d)menjalankan eksperimen e)mengumpul data Menulis laporan g)membuat kesimpulan f)menganalisis dan mentafsirkan data
24 3. Lengkapkan laporan eksperimen di bawah: (rujuk buku teks m/s 36-37) Eksperimen 1.1: Bandul ringkas Pernyataan masalah Bagaimanakah panjang bandul mempengaruhi masa satu ayunan lengkap? Hipotesis Semakin bertambah panjang bandul (pm), semakin bertambah tempoh diambil untuk satu ayunan lengkap (pb) Tujuan Mengkaji hubungan antara panjang bandul (pm) dengan tempoh diambil untuk satu ayunan lengkap (pb) Bahan dan radas Kayu, kaki retort, bandul, benang, jam randik, pembaris meter Susunan radas Pemboleh ubah: Dimanipulasi (pm) Panjang bandul Bergerak balas (pb) Masa untuk 10 ayunan lengkap Dimalarkan Jisim ladung, sudut ayunan Prosedur 1. Bandul dengan panjang minimum 20cm digunakan 2. Bandul ditarik ke tepi bersudut 9o dan dilepaskan supaya 10 ayunan lengkap dibuat oleh bandul. 3. Masa yang diambil untuk 10 ayunan lengkap direkodkan dan dikira purata. 4. Eksperimen diulang dengan panjang bandul, 30cm, 40cm, 50cm, dan 60cm dan direkodkan.
25 Keputusan Perbincangan Kesimpulan 1. Hipotesis diterima. 2. Semakin bertambah panjang bandul _(pm), semakin bertambah tempoh diambil untuk satu ayunan lengkap (pb) Praktis formatif 1.6 (cuba dulu baru rujuk buku teks m/s 278) 4. Apakah inferens? Inferens adalah alasan atau sebab bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan 5. Nyatakan pemboleh ubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan semasa menjalankan eksperimen penyejatan air daripada bekas yang mempunyai luas permukaan berbeza. Pembolehubah manipulasi (pm) Luas permukaan bekas Pembolehubah bergerak balas (pb) Isipadu awal air dalam bekas, suhu persekitaran, tempoh eksperimen Pembolehubah dimalarkan Kuantiti air selepas 30 minit
26 T1/BAB 1/UNIT 1.7/ SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI DALAM MENJALANKAN PENYIASATAN SAINTIFIK Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • Menyokong sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh ahli sains • Mewajarkan keperluan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiasatan Arahan: Nota: rujuk buku teks ting.1 dan video yang diberikan. Salin/Cetak dan jawab semua soalan di bawah . 1. Nyatakan 3 sikap saintifik yang perlu diamalkan? (rujuk buku teks m/s 37) a) Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling b) Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data c) Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar 2. Berikan 5 contoh nilai murni yang perlu diamalkan semasa penyiasatan saintifik. (rujuk buku teks m/s 37) a) .menyedari bahawa pengetahuan sains merupakan satu cara untuk memahami alam b) Menghargai dan mengamalkan cara hidup bersih dan sihat c) Menghargai keseimbangan dalam alam semula jadi d) Berhemah tinggi dan hormat-menghormati e) Mensyukuri nikmat alam semulajadi kurniaan Tuhan 3. Buat soalan praktis formatif 1.7 buku teks m/s 38. (cuba dahulu, kemudian rujuk buku teks m/s 278) • 1) jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data data dan bersikap positif • 2)bertanggungjawab terhadap kesihatan sejagat dan keselamatan alam sekitar
27 T1/PRAKTIS SUMATIF 1/RANGKA JAWAPAN: SOALAN BUKU TEKS M/S 41 & 42 Salin / Cetak soalan dahulu, kemudian jawab menggunakan rangka jawapan yang diberikan. Jawab soalan 1 hingga 10. Gambar tidak perlu lukis. A. Soalan 1, 2, 3, 4, dan 6 (semak jawapan dengan merujuk buku teks m/s 278) • 1) bahan mengakis • 2) V – R – P – T – Q – W – U – S • 3)0.1kg • 4) a) neraca tuas, (b) angkup vernier • 6) 34 petak x 1cm2 = 34 cm3 . Luas kedua-dua sayap =34 cm3 B. Rangka jawapan: Soalan 5: a) Sentiasa memakai peralatan pelindung diri untuk melindungi diri daripada tumpahan cecair. b) Mengendalikan alcohol dalam hud pelepasan kimia / di dalam bilik yang telah diperiksa dengan baik c) Ketahui kedudukan alat pemadam api. **pilihan jawapan: pemadam / tumpahan / bilik Soalan 7: Graf pada soalan perlu dilukis. • Kadar penyejatan (y) bertambah secara linear dengan luas permukaan (x) Rujuk nota di bawah untuk menentukan hubungan y dengan x / kesimpulan.
28 Soalan 8: Alat pengukuran Q. Hal ini kerana alat ini digunakan untuk mengukur ketebalan dan diameter objek kecil dengan nilai terkecil 0.001cm / 0.01 mm. (rujuk buku teks m/s 23) Soalan 9: a) melaporkan kepada guru. b) Membawa Aisyah ke bilik kesihatan untuk mendapatkan rawatan. **pilihan jawapan: rawatan / melaporkan Soalan 10: (hipotesis) Semakin bertambah suhu persekitaran, semakin berkurang masa yang diambil untuk kain kering. **pilihan jawapan: berkurang / bertambah **Pilihan jawapan: • Berkadar terus • Bertambah secara linear • Berkadar songsang • Berkurang secara linear
29 T1/BAB 2/UNIT 2.1/ SEL-STRUKTUR, FUNGSI DAN ORGANISASI Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: ▪ menerangkan benda hidup dibina daripada sel yang menjalankan fungsi hidup dan mengalami pembahagian sel. ▪ menunjuk cara penyediaan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan mengikut prosedur yang betul. ▪ berkomunikasi mengenai fungsi setiap struktur dalam sel dan membanding dan membezakan sel haiwan dengan sel tumbuhan. ▪ menjelaskan dengan contoh ciri organisma unisel dan multisel bagi kedua-dua haiwan dan tumbuhan. ▪ membezakan jenis dan fungsi sel haiwan dan sel tumbuhan. ▪ mengkonsepsikan pembentukan tumbuhan dan haiwan mengikut urutan tahap organisasi. ▪ mengagumi dan menghargai kewujudan pelbagai organisma. Arahan: Nota: rujuk buku teks ting.1 dan link video yang diberikan. Salin/Cetak dan jawab semua soalan di bawah . 1. Sel ialah unit asas bagi semua benda hidup. (rujuk buku teks m/s 46) 2. Sel menjalankan semua fungsi hidup seperti pertumbuhan, respirasi, pembiakan dan perkumuhan. (rujuk buku teks m/s 47) 3. Proses pembahagian sel berlaku apabila satu sel tunggal membahagi menjadi dua sel berasingan dan seterusnya untuk pertumbuhan sel-sel baharu dan menggantikan sel-sel yang rosak. (rujuk buku teks m/s 47) 4. Eksperimen: Mengkaji sel haiwan (sel pipi manusia) dan sel tumbuhan (bawang) Kaedah / Cara: (rujuk buku teks m/s 48,49) Keputusan: i. Label struktur sel haiwan dan sel tumbuhan di bawah: (rujuk buku teks m/s 50,51)
30 ii. Lengkapkan jadual di bawah: (rujuk buku teks m/s 50,51) Struktur Fungsi Membran sel Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel Nukleus Mengawal keseluruhan aktiviti sel Sitoplasma Bertindak sebagai medium tindak balas kimia berlaku Mitokondria Menghasilkan tenaga untuk tindak balas **Dinding sel Memberikan sokongan, perlindungan dan bentuk yang tetap kepada sel **Kloroplas Menyerap tenaga cahaya **Vakuol Memberikan sokongan kepada sel apabila dipenuhi sap sel ** hanya sel tumbuhan yang ada a) Membran sel _ b) Nukleus c) Sitoplasma _ d) Mitokondria e) Dinding sel ___ f) Kloroplas ___ g) Vakuol ___ Sel haiwan Sel tumbuhan
31 5. Lengkapkan peta pokok di bawah: (rujuk buku teks m/s 53) 6. Lengkapkan urutan organisasi sel: (rujuk buku teks m/s 56) Organisma a)Unisel_ (terdiri daripada 1 sel) Multisel (terdiri lebih daripada 1 sel) d)mucor Hydra e)spirogyra Amoeba b)paramecium c)chlamydomonas Yis Euglena sel a)tisu b)organ c)sistem Organisma Petunjuk : bergabung /bekerjasama membentuk
32 7. Padankan jenis dan fungsi sel (haiwan). (rujuk buku teks m/s 54) Jenis (sel haiwan) Fungsi Sel saraf • Membentuk lapisan yang melindungi organ badan Sel epitelium • Menghantar impuls saraf ke seluruh badan Sel darah merah • Mengandungi hemoglobin untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan Sel darah putih • Sel sperma membawa bahan genetik lelaki manakala sel ovum membawa bahan genetik perempuan Sel pembiakan • Mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan badan Sel otot • Melindungi badan daripada jangkitan mikroorganisma 8. Lengkapkan jadual jenis sel dan fungsi sel (tumbuhan): (rujuk buku teks m/s 55) Jenis (Sel tumbuhan) Fungsi a) sel epirdemis Berfungsi untuk mengurangkan kehilangan air, membolehkan pertukaran gas dan penyerapan air dan nutrien b)sel palisad Mengandungi klorofil untuk menyerap cahaya dan menjalankan proses fotosintesis c)sel pengawal Mengawal pembukaan dan penutupan stoma d)sel rerambut akar Menyerap lebih banyak air dan nutrien dari tanah
33 9. Lengkapkan carta alir di bawah: (rujuk buku teks m/s 56) a. Sel haiwan: b. Sel tumbuhan: 10.Kenalpasti sistem dalam badan manusia. (rujuk buku teks m/s 57,58) Sistem Organ terlibat Fungsi a)Perkumuhan Kulit, peparu, ginjal Menyingkirkan hasil perkumuhan b)rangka Tengkorak, tulang Menyokong badan c)limfa Limfa Mempertahankan badan terhadap penyakit d)pencernaan Mulut, esofagus, perut, usus besar, usus kecil Mencerna makanan e)otot Otot Membolehkan pergerakkan badan f)integumen Kulit Melindungi badan daripada kekeringan & mengawal suhu badan g)saraf Otak, saraf tunjang, saraf Menghantar impuls (maklumat) h)peredaran darah Jantung, salur darah Mengangkut oksigen & nutrien i)respirasi Hidung, peparu Membolehkan pertukaran gas j)endokrin (P) pituitari, ovari (L) tiroid, adrenal, pankreas, testis Menghasilkan hormon k)pembiakan (P) ovari (L) testis, zakar Menghasilkan sel-sel pembiakan (sperma, ovum) Sel epitelium Tisu epitelium a)perut_ b)Sistem pencernaan Organisma Petunjuk : bergabung/bekerjasama membentuk Sel epidermis Tisu epidermis c)daun_ d)Sistem pengangkutan Organisma Petunjuk : bergabung/bekerjasama membentuk
34 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK: BAND 6 Menghasilkan brosur kesedaran penyakit kanser. (pilih 1 penyakit kanser sahaja) • Tajuk: Kanser ________________ • Tanda-tanda / gejala yang dialami • Cara kanser __________ dikesan. • Rawatan T1/BAB 2/UNIT 2.2/ RESPIRASI SEL DAN FOTOSINTESIS Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: ▪ berkomunikasi mengenai respirasi sel. ▪ berkomunikasi mengenai proses fotosintesis. ▪ membezakan antara proses respirasi sel dan fotosintesis. ▪ menerangkan bagaimana proses respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi. Arahan: Nota: rujuk buku teks ting.1 dan link video yang diberikan. Salin/Cetak dan jawab semua soalan di bawah . 1. Respirasi terbahagi kepada respirasi luar (pernafasan) dan respirasi dalam (respirasi sel). (rujuk buku teks m/s 59) 2. Respirasi sel ialah proses pengoksidaan dan penguraian glukosa yang berlaku di dalam sel hidup untuk membebaskan tenaga. (rujuk buku teks m/s 59) 3. Lengkapkan jadual perbezaan respirasi sel dengan fotosintesis: (rujuk buku teks m/s 59,64) respirasi sel fotosintesis Glukosa + oksigen Air + Karbon dioksida matahari klorofil Karbon dioksida + air + tenaga Glukosa + oksigen
35 Wujud dalam manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma Wujud dalam tumbuhan dan mikroorganisma sahaja Berlaku dalam Berlaku dalam Proses menggunakan tenaga kimia dalam makanan Proses yang menyerap tenaga daripada cahaya matahari Sentiasa berlaku Berlaku ketika ada cahaya 4. Eksperimen: Ujian kehadiran kanji. (rujuk buku teks m/s 60) Pemerhatian Warna biru tua terhasil apabila larutan iodin dititiskan ke atas cebisan-cebisan daun. Analisis a) Daun dididihkan untuk melembutkan dan memecahkan dinding sel b) Daun direndam dalam etanol untuk menyingkirkan klorofil c) Daun dididihkan semula untuk melembutkannya d) Larutan iodin dititiskan untuk menguji kehadiran kanji Kesimpulan Daun hijau mengandungi kanji. 5. Lengkapkan kitar di bawah: (rujuk buku teks m/s 65) **pilihan jawapan: fotosintesis / respirasi sel 6. Lengkapkan laporan eksperimen berikut: a) Eksperimen 2.1: Cahaya diperlukan untuk fotosintesis (rujuk buku teks m/s 61) a)respirasi sel b)fotosintesis Karbon dioksida + air Oksigen + glukosa mitokondria kloroplas
36 Pernyataan masalah Adakah tenaga cahaya diperlukan dalam proses fotosintesis Hipotesis Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis Tujuan Mengkaji keperluan cahaya matahari untuk fotosintesis Pemboleh ubah Dimanipulasikan: Kehadiran cahaya matahari Bergerak balas: Perubahan warna larutan iodin Dimalarkan: Jenis tumbuhan Bahan / radas Dua tumbuhan yang sama jenis dalam pasu yang berasingan, air panas, etanol, larutan iodin, tabung didih, jubin putih, penitis, forseps, bikar, penunun bunsen, kaki retort, tungku kaki tiga, kasa dawai Susunan radas Prosedur 1. Dua tumbuhan yang sama diletakkan di dalam bilik gelap selama dua hari untuk menghilangkan kanji 2. Selepas dua hari, satu tumbuhan diletakkan di bawah cahaya matahari 3. Selepas seminggu, daun dipetik daripada kedua-dua tumbuhan tersebut 4. Ujian kanji dijalankan pada kedua-dua daun itu dan pemerhatian dicatatkan. Keputusan Tumbuhan Pemerhatian Di dalam keadaan gelap Tiada perubahan
37 Di bawah cahaya matahari Biru tua Analisis a) Tumbuhan manakah dapat menjalankan fotosintesis? Tumbuhan di di bawah cahaya matahari b) Daripada jawapan anda di (a), berikan penerangan. Cahaya matahari diperlukan untuk fotosintesis. Kesimpulan Hipotesis diterima. Cahaya diperlukan untuk fotosintesis. b) Eksperimen 2.2: Klorofil diperlukan untuk fotosintesis (rujuk buku teks m/s 61,62) Eksperimen 2.2: Klorofil diperlukan untuk fotosintesis Pernyataan masalah Adakah klorofil diperlukan dalam proses fotosintesis? Tujuan Mengkaji keperluan klorofil untuk fotosintesis Hipotesis Tumbuhan memerlukan klorofil untuk fotosintesis Pemboleh ubah Dimanipulasikan: Kehadiran klorofil Bergerak balas: Perubahan warna larutan iodin Dimalarkan: Jenis tumbuhan Bahan / radas Daun bervariegasi, air panas, etanol, larutan iodin, tabung didih, jubin putih, penitis, forseps, bikar, penunu bunsen, kaki retort, tungku kaki tiga, kasa dawai Susunan radas Prosedur 1. Sehelai daun bervariegasi yang telah terdedah kepada matahari selama beberapa jam dipetik 2. Gambar rajah yang menunjukkan taburan warna hijau pada daun dilukis 3. Ujian kanji dilakukan pada daun tersebut 4. Pemerhatian direkodkan
38 Keputusan Bahagian daun Pemerhatian Variegasi (bukan hijau) Sedikit warna biru tua Bahagian hijau Biru tua Analisis a) Bahagian daun manakah dapat menjalankan fotosintesis? Bahagian daun yang berwarna hijau b) Daripada jawapan anda di (a), berikan penerangan. Terdapat banyak klorofil di bahagian ini. c) Apakah peranan klorofil? Menyerap karbon dioksida untuk proses fotosintesis. Kesimpulan Hipotesis diterima. Tumbuhan memerlukan klorofil untuk fotosintesis. c) Eksperimen 2.3: Karbon dioksida diperlukan untuk fotosintesis (rujuk buku teks m/s 62,63) Pernyataan masalah Adakah karbon dioksida diperlukan dalam proses fotosintesis? Hipotesis Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk fotosintesis Tujuan Mengkaji keperluan karbon dioksida untuk fotosintesis Pemboleh ubah Dimanipulasikan: Kehadiran karbon dioksida Bergerak balas: Perubahan warna larutan iodin Dimalarkan: Jenis tumbuhan Bahan / radas Dua tumbuhan yang sama jenis dalam pasu yang berasingan, air panas, etanol, larutan iodin, larutan kalium hidroksida, serkup kaca, tabung didih, jubin putih, penitis, forseps, bikar, penunun bunsen, kaki retort, tungku kaki tiga, kasa dawai, plat kaca disapu vaselin
39 Susunan radas Prosedur 1. Dua tumbuhan yang sama diletakkan di dalam gelap selama dua hari untuk menghilangkan kanji 2. Tumbuhan diletakkan di dalam serkup kaca dan dilabelkan A dan B setiap satunya 3. Dalam serkup kaca A, satu bikar larutan kalium hidroksida diletakkan. Larutan kalium hidroksida berfungsi untuk menyerap gas karbon dioksida di dalam udara 4. Kedua-dua tumbuhan dalam serkup kaca ini diletakkan di bawah cahaya matahari selama empat hari. 5. Ujian kanji dilakukan pada daun dari kedua-dua tumbuhan tersebut. 6. Pemerhatian direkodkan Keputusan Tumbuhan Pemerhatian A Biru tua B Tiada Analisis a) Set radas tumbuhan yang manakah tidak dapat menjalankan fotosintesis? Terangkan. B. Ini kerana Karbon dioksida tidak hadir dalam set radas B. b) Apakah pendapat anda tentang kepingan kaca yang disapu dengan vaselin? Untuk menghalang udara daripada memasuki serkup kaca. Kesimpulan Hipotesis diterima.
40 Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk fotosintesis. d) Eksperimen 2.4: Air diperlukan untuk fotosintesis (rujuk buku teks m/s 63) Pernyataan masalah Adakah air diperlukan dalam proses fotosintesis? Hipotesis Tumbuhan memerlukan air untuk fotosintesis Tujuan Mengkaji keperluan air untuk fotosintesis Pemboleh ubah Dimanipulasikan: Kehadiran air Bergerak balas: Perubahan warna larutan iodin Dimalarkan: Jenis tumbuhan Bahan / radas Dua tumbuhan yang sama jenis dalam pasu yang berasingan, air, air panas, etanol, larutan iodin, tabung didih, jubin putih, penitis, forseps, bikar, penunun bunsen, kaki retort, tungku kaki tiga, kasa dawai Susunan radas Prosedur 1. Dua tumbuhan yang sama diletakkan di dalam gelap selama dua hari untuk menghilangkan kanji 2. Selepas dua hari, kedua-dua tumbuhan tersebut diletakkan di bawah cahaya matahari 3. Satu tumbuhan disiram air setiap hari manakala satu lagi tidak disiram air. 4. Selepas seminggu, sehelai daun dipetik daripada keduadua tumbuhan tersebut 5. Ujian kanji dilakukan pada daun dari kedua-dua tumbuhan tersebut.
41 6. Pemerhatian direkodkan Keputusan Tumbuhan Pemerhatian A Biru tua B Tiada perubahan Analisis a) Tumbuhan yang manakah dapat menjalankan fotosintesis? Terangkan. A. Proses fotosintesis berlaku dengan kehadiran air. Kesimpulan Hipotesis diterima. Tumbuhan memerlukan air untuk fotosintesis. T1/PRAKTIS SUMATIF 2/RANGKA JAWAPAN: SOALAN BUKU TEKS M/S 67-69 Salin / Cetak soalan dahulu, kemudian jawab menggunakan rangka jawapan yang diberikan. Jawab soalan 1 hingga 10. Gambar tidak perlu lukis. Soalan 1, 2, 3, dan 4. (semak jawapan dengan merujuk buku teks m/s 278) Soalan 1: P = Sitoplasma, Q=Nukleus, R=Mitokondria Soalan 2: Ginjal, peparu Soalan 3: a)ovum, b)sel darah merah, c)sel saraf Soalan 4: sel tumbuhan mempunyai dinding sel, kloroplas, vakuol dan berbentuk tetap Soalan 5: Kulit merupakan organ sebab terdiri daripada gabungan tisu epilium, tisu penyambung, tisu otot, tisu darah dan tisu saraf. Tisu-tisu ini bertindak secara bersepadu untuk menjalankan fungsi tertentu. **pilihan jawapan: bersepadu / organ / saraf Soalan 6: Manusia tidak dapat menjalankan fungsi tertentu jika kehilangan salah satu organ. Misalnya kerosakan ginjal akan menyebabkan proses perkumuhan tidak dapat dijalankan. Tanpa proses perkumuhan, darah akan menjadi beracun dan merosakkan organ-organ lain. Hal ini boleh membawa kematian jika racun itu tidak disingkirkan melalui penggunaan mesin dialisis. **pilihan jawapan: perkumuhan / ginjal / dialisis / beracun
42 Soalan 7: Sistem peredaran darah. Fungsinya mengangkut oksigen, nutrient dan hormone yang diperlukan ke semua bahagian badan. (Rujuk buku teks m/s 58) Soalan 8: Respirasi sel (lembu) menghasilkan ________________________________ yang diperlukan dalam proses fotosintesis (rumput). Proses fotosintesis menghasilkan _________________________________________ yang diperlukan oleh lembu untuk respirasi sel. **pilihan jawapan: atau Soalan 9: Organisma di atas ialah euglena. Ia mempunyai ciri-ciri tumbuhan dan haiwan. Ini kerana ia mempunyai klorofil yang membolehkannya membuat makanan sendiri (proses fotosintesis) seperti tumbuhan dan mempunyai flagella atau ekor membolehkannya bergerak seperti haiwan ke arah cahaya matahari. **(rujuk buku teks m/s 53) Soalan 10: Q. Hal ini kerana sel otot berfungsi untuk mengecut dan mengendur yang dapat menyebabkan pergerakkan organ mengepam jantung. **(rujuk buku teks m/s 54) Soalan 11: Keetha betul. Sebab terdapat organisma unisel dan multisel di sekeliling kita. Organisma unisel adalah organisma yang terdiri daripada satu sel manakala organisma multisel adalah organisma yang terdiri daripada lebih daripada satu sel. Contoh organisma unisel ialah ameba dan yis manakala contoh multisel ialah hidra dan manusia. Walaupun organisma unisel terdiri daripada satu sel, organisma itu boleh menjalankan semua proses kehidupan seperti pertumbuhan dan pembiakan. **(rujuk buku teks m/s 53) Oksigen dan glukosa Karbon dioksida dan air Oksigen dan glukosa Karbon dioksida dan air
43 T1/BAB 3/UNIT 3.1/ HOMEOSTASIS DALAM BENDA HIDUP Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • berkomunikasi maksud homeostasis. • menjelaskan dengan contoh sistem yang terlibat dengan homeostasis dalam manusia dan haiwan. • menjelaskan dengan contoh sistem yang terlibat dengan homeostasis dalam tumbuhan. • menghargai kepentingan homeostasis kepada manusia dan benda hidup. Arahan: Nota: rujuk buku teks ting.1 dan link video yang diberikan. Salin/Cetak dan jawab semua soalan di bawah . 1. Homeostasis ialah kebolehan untuk mengekalkan keadaan persekitaran dalam badan sesuatu organisma supaya berada dalam keadaan seimbang dan stabil. (rujuk buku teks m/s 72) 2. Lengkapkan jadual di bawah: (rujuk buku teks m/s 74, 75,76) Kawal atur kandungan: Air Suhu (normal 37oc) Sistem terlibat Sistem endoktrin (SE) & Sistem perkumuhan (SP) Organ terlibat Ginjal, otak Kulit, otak, otot rangka Perubahan kandungan Dikesan oleh otak Pusat kawalan otak Meningkat • SE merembeskan hormon • Penghasilan air kencing oleh ginjal a)bertambah • Salur darah mengembang • Bulu roma mencondong • Kulit berpeluh • Aktiviti otot rangka & perembesan hormon c)berkurang • Air kencing d)berkurang
44 Menurun • SE merembeskan hormon • Penghasilan air kencing oleh ginjal b)berkurang • Berasa dahaga • Salur darah mengecut • Bulu roma menegak • Kulit kurang berpeluh • Otot rangka bergerak secara aktif menyebabkan seseorang menggigil untuk meningkatkan kadar metabolisma badan **piihan jawapan: berkurang/bertambah 3. Laporan eksperimen 3.1 (rujuk buku teks m/s 76,77) Pernyataan masalah Kita berpeluh dalam keadaan panas atau sejuk? Hipotesis Kita berpeluh dalam keadaan panas Tujuan Mengkaji tindakan biologi yang memberikan gerak balas kepada perubahan suhu Pembolehubah Dimanipulasikan Suhu persekitaran Bergerak balas Kehadiran peluh Dimalarkan Masa yang diambil Bahan/Radas Jam randik, satu murid dari setiap kumpulan Susunan radas Prosedur 1. Kipas tidak dipasang selama 10 minit setelah masuk ke dalam bilik makmal sains. 2. Sama ada anda berpeluh atau tidak direkodkan 3. Kemudian, kipas dipasang selama 10 minit 4. Sama ada anda berpeluh atau tidak direkodkan Keputusan Suhu persekitaran Kehadiran peluh Panas (tanpa pasang kipas) Berpeluh Sejuk (kipas dipasang) Tidak berpeluh Analisis a) Apakah yang berlaku kepada badan dalam suhu persekitaran yang panas? Berpeluh
45 Kesimpulan • Hipotesis diterima • Kita berpeluh dalam keadaan panas. 5. Laporan eksperimen 3.2 (rujuk buku teks m/s 77,78) Pernyataan masalah Adakah kiraan nasi semakin meningkat apabila melaksanakan tugas yang berat? Hipotesis Kiraan nadi semakin meningkat apabila melaksanakan tugas yang berat Tujuan Mengkaji tindakan biologi yang memberikan gerak balas kepada kiraan nadi Pembolehubah Dimanipulasikan Jenis aktiviti Bergerak balas Kiraan nadi Dimalarkan Masa yang diambil Bahan/Radas Jam randik, seorang murid daripada setiap kumpulan Susunan radas Prosedur 1. Seorang murid daripada setiap kumpulan dipilih untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan iaitu keadaan rehat, berjalan dan berjoging. Aktiviti berjalan dan berjoging dilakukan selama 10 minit. 2. Kemudian, kiraan nadi setiap murid diambil selama satu minit seperti dalam rajah yang ditunjukkan. 3. Keputusan direkodkan. Keputusan Nombor kumpulan Nama murid Kiraan nadi keadaan rehat berjalan berjoging 1 2 3 4 Analisis a) Apakah yang ditunjukkan oleh data yang diperoleh?
46 Kadar denyutan nadi semakin bertambah apabila aktiviti lebih berat dilakukan b) Mengapakah peluh dihasilkan apabila aktiviti yang lebih berat dilakukan? Apabila melakukan aktiviti berat, suhu badan meningkat. Otak merangsang kelenjar peluh untuk menghasilkan lebih banyak peluh bagi menyejukkan kulit apabila peluh tersejat. Kesimpulan • Hipotesis diterima • Kiraan nadi semakin meningkat_ apabila melaksanakan tugas yang berat 4. Haiwan seperti kucing dan anjing tidak mempunyai kelenjar peluh kecuali di tapak kaki. (rujuk buku teks m/s 78) 5. Lengkapkan jadual homeostasis dalam haiwan di bawah: (rujuk buku teks m/s 78,79) Haiwan Persekitaran panas Persekitaran sejuk a)kucing, anjing Menjilat buku untuk mengurangkan suhu Menegakkan bulu untuk memerangkap udara & haba Cicak (haiwan berdarah sejuk) • Mempercepatkan pergerakan • Meningkatkan kadar metabolisma badan • Meningkatkan suhu badan • Memperlahankan pergerakan • Mengurangkan kadar metabolisma badan • Menurunkan suhu badan b)siput babi • Menutup badan dengan mukus yang dirembes untuk mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan • Berpindah ke tempat lembap • Menutup badan dengan mukus yang dirembes untuk mengelakkan bendalir badan membeku • Mencari tempat untuk berhibernat c)lebah • Mempunyai lapisan kulit yang berlilin & spirakel boleh ditutup antara dua gerakan pernafasan • Ini dapat mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan • Mengibarkan abdomen & kepak untuk menjanakan haba 6. Transpirasi ialah proses kehilangan air daripada tumbuhan dalam bentuk wap air ke persekitaran melalui stoma pada permukaan daun. (rujuk buku teks m/s 80)
47 7. Nyatakan 2 kepentingan transpirasi kepada tumbuhan. (rujuk buku teks m/s 80) a) Membantu tumbuhan menyerap dan mengangkut air dan mineral dari tanah keseluruh bahagian tumbuhan b) Dapat menyejukkan tumbuhan melalui penyejatan air daripada daun pada hari panas. 8. Lengkapkan ayat di bawah: (rujuk buku teks m/s 81) a) Pada waktu siang, stoma terbuka supaya lebihan air tersejat daripada daun melalui transpirasi b) Pada suhu yang terlalu tinggi, stoma akan tertutup untuk mengurangkan air yang tersejat daripada daun melalui transpirasi. 9. Apakah kepentingan kawalan homeostasis kepada manusia dan benda hidup? (rujuk buku teks m/s 83) Untuk menyediakan satu keadaan optimum dalam badan supaya sel dapat menjalankan aktiviti metabolismenya dengan cekap. Hal ini kerana, semua tindak balas kimia dalam sel hidup dikawal oleh enzim yang peka kepada perubahan persekitaran. Justeru, perubahan suhu akan mempengaruhi aktiviti enzim itu. **************************************************************************************************** PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (BAND 6) Projek yang menunjukkan proses homeostasis dalam badan manusia Membuat slide gambar: Tajuk : Proses kawalan homeostasis. a) Kawal atur kandungan air (Gambar) • Bersenam • Berpeluh • Otak (kepala) • Minum air • Tandas
48 T1/PRAKTIS SUMATIF 3/RANGKA JAWAPAN: SOALAN BUKU TEKS M/S 85 - 86 Salin / Cetak soalan dahulu, kemudian jawab menggunakan rangka jawapan yang diberikan. Jawab soalan 1 hingga 9. Gambar tidak perlu lukis. Graf perlu lukis. Soalan 1, 2, 3, dan 4. (semak jawapan dengan merujuk buku teks m/s 278, 279) Soalan 1: • Melalui proses transpirasi yang membantu tumbuhan menyerap dan mengangkut air serta garam mineral dari tanah ke seluruh bahagian tumbuhan bagi menggantikan air yang telah hilang ke persekitaran daripada daun. Air hilang daripada daun secara penyejatan berupaya membantu menyejukkan tumbuhan pada hari panas. Soalan 2: • Salur darah mengecut untuk mengurangkan pembebasan haba ke persekitaran. Bulu roma menegak untuk memerangkap lapisan udara yang lebih tebal ini menghalang kehilangan haba daripada badan ke persekitaran. Kurang berpeluh bagi mengurangkan haba dibebaskan melalui penyejatan. Otot rangka mengecut dan mengendur secara aktif dan menyebabkan seseorang menggigil bagi meningkatkan suhu badan. Pada masa yang sama, hormon tertentu dirembeskan untuk meningkatkan metabolisme badan. Soalan 3: • Salur darah mengembang untuk membolehkan lebih banyak darah mendekati kulit supaya melepaskan lebih banyak haba ke persekitaran. Soalan 4: • Membolehkan enzim berfungsi secara optimum pada suhu 37oc untuk mengawal semua tindak balas kimia dalam sel hidup. Soalan 5: (rujuk buku teks m/s 74,76) • Badan banyak kehilangan air apabila berpeluh. Oleh itu, kita perlu minum air untuk menggantikan air yang telah hilang melalui penyejatan ketika berpeluh. **pilihan jawapan: penyejatan / berpeluh / air Soalan 6: (rujuk buku teks m/s 76)
49 • Selepas bersenam, suhu badan meningkat. Salur darah mengembang untuk membolehkan lebih banyak darah mendekati kulit bagi membebaskan tenaga haba. Muka akan kelihatan merah. • Selepas sejuk, salur darah mengecut untuk membolehkan lebih banyak darah menjauhi kulit bagi mengurangkan pembebasan haba. Muka kelihatan pucat. **pilihan jawapan: mengecut / mengembang Soalan 7: (Rujuk buku teks m/s 75, 76) a) Gariskan (berkurang / bertambah) - rujuk graf pada soalan Hal ini berlaku untuk mencegah suhu darah daripada meningkat. Air peluh yang dirembes oleh kelenjar peluh dapat menyerap haba pendam yang tinggi dan terbebas ke persekitaran apabila air peluh menyejat. Penyejatan ini menyebabkan suhu badan menurun dan kembali ke aras normal. **pilihan jawapan: menyerap/menurun/meningkat b) Gariskan (berkurang / bertambah) - rujuk graf pada soalan Hal ini berlaku kerana air lebih banyak diserap semula ke dalam darah bagi mengimbangi air yang banyak hilang melalui perpeluhan. Otak merembeskan sejenis hormon agar ginjal mengurangkan penghasilan air kepada air kencing. **pilihan jawapan: penghasilan /merembeskan / mengimbangi c) Apabila suhu badan bertambah, kuantiti peluh turut bertambah untuk menurunkan suhu badan melalui penyejatan manakala kuantiti air kencing pula berkurang kerana kuantiti air dalam darah telah berkurang disebabkan oleh perpeluhan. Maka kuantiti air kencing yang dihasilkan di ginjal menjadi sedikit dan lebih pekat. **pilihan jawapan: berkurang / bertambah Soalan 8: a) Ini kerana kuantiti makanan dan minuman adalah pemboleh ubah yang dimalarkan, maka perlu dipastikan sama pada ketiga-tiga hari itu. b) Hari kedua. Kuantiti air kencing adalah paling kurang pada hari kedua. Apabila melakukan aktiviti cergas, suhu akan bertambah dan air dalam badan hilang dalam bentuk peluh. Otak merembeskan sejenis hormone supaya ginjal mengurangkan penghasilan air kencing. **pilihan jawapan: bertambah / kedua / dimalarkan
50 Soalan 9: • Udara di antara setiap lapisan kain memerangkap lebih banyak haba. Bulu roma yang menegak berfungsi sama dengan beberapa lapisan kain nipis ini iaitu memerangkap haba. **pilihan jawapan: menegak/memerangkap / haba **************************************************************************************************** T1/BAB 4/UNIT 4.1/ PEMBIAKAN SEKS DAN ASEKS Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: • membanding dan membezakan pembiakan seks dan aseks bagi haiwan dan tumbuhan. • menaakul kepentingan pembiakan. • mensyukuri kebolehan membiak untuk menyambung zuriat sebagai kurniaan Tuhan. Arahan: Nota: rujuk buku teks ting.1 dan link video yang diberikan. Salin/Cetak dan jawab semua soalan di bawah . 1. Apakah pembiakan? (rujuk buku teks m/s 90) Proses penghasilan individu baharu oleh organisma hidup. 2. Lengkapkan jadual pembiakan seks dan aseks (rujuk buku teks m/s 91) Pembiakan Seks Aseks Persamaan Menghasilkan organisma baru untuk kesinambungan spesies Melibatkan sel pembiakan Ya tidak Bilangan induk dua satu Melibatka gamet Ya tidak Melibatkan persenyawaan Ya tidak Ciri genetik anak Mewarisi dari induk Serupa dengan induk Variasi pada anak Berbeza daripada induk Tiada variasi Contoh • manusia • Haiwan peringkat tinggi (Mamalia, burung, ikan, reptilia & amfibia) • Tumbuhanberbunga • Tumbuhan (bawang, halia, ubi kentang) • Organisma ringkas (Amoeba, Hydra, Paramecium)