REFLECTIONS
HIMPUNAN REFLEKSI AYAT-AYAT TERPILIH DARIPADA
JUZ 1-30 AL-QUR’AN AL-KARIM
Tajuk: REFLECTIONS - Himpunan Refleksi Ayat-Ayat Terpilih Daripada
Juz 1-30 Al-Qur'an Al-Karim
Edisi: Pertama
Cetakan Pertama: November 2019 C.E.
Penulis: Aisha Altaf
Rekacipta: Fathima Huzaifa Hussain
Diterjemah oleh: Afzan M., Izanin S., Juraida J., Karina M., Putri K., Zuraida R.
© 2019 Hak Cipta Terpelihara
Sebarang bahagian di dalam buku ini tidak dibenarkan diterbit semula dalam
bentuk elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi atau sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada penerbit.
Bagi sebarang pertanyaan, sila emel kepada: [email protected]
ISI KANDUNGAN REFLECTIONS
03 Kata Pengantar
05 Juz' 1 - Kesyukuran
09 Juz' 2 - Sakīnah
11 Juz' 3 - Tentang Hati
14 Juz' 4 - Baitullāh
17 Juz' 5 - Ucapan Salam
20 Juz' 6 - Kelebihan Wuduk
23 Juz' 7 - Mata Yang Menangis
25 Juz' 8 - Timbangan Yang Berat
28 Juz' 9 - Kuasa Istighfār
31 Juz' 10 - Hati Bersatu
33 Juz' 11 - Keberkatan Terhebat
36 Juz' 12 - Rezeki
39 Juz' 13 - Maafkan
42 Juz' 14 - Lebah
44 Juz' 15 - Ibu Bapa
48 Juz' 16 - Bantuan Sudah Hampir
50 Juz' 17 - Doa Di Saat Kesusahan
52 Juz' 18 - Jalan Menuju Kejayaan
55 Juz' 19 - Doa Untuk Hikmah
57 Juz' 20 - Keperluan Dipenuhi
60 Juz' 21 - Kehidupan Bahagia Yang Kekal
62 Juz' 22 - Tangan Yang Memberi
65 Juz' 23 - Saf Para Malaikat
68 Juz' 24 - Jangan Berputus Asa
70 Juz' 25 - Pengurusan Kemarahan
72 Juz' 26 - Persamaan Kaum
75 Juz' 27 - Mereka Yang Mendahului
77 Juz' 28 - Taubah Nasuha
79 Juz' 29 - Ibadah Di Waktu Malam
82 Juz' 30 - Amalan Yang Paling Dicintai
KATA PENGANTAR
Segala Puji bagi Allāh dan berkat serta salam ke atas Rasul-Nya dan hamba
terpilih, Muhammad ﷺ. Ia adalah kerana nikmat Allāh yang sangat besar
dan rahmat-Nya yang tidak terbatas, maka Dia telah mewahyukan Kitab
teragung, Al-Qur'an yang mulia, yang merupakan pengubat hati, makanan
jiwa dan kesedaran minda. Ia membimbing keluar dari kegelapan menuju
cahaya, memberikan jawapan kepada persoalan yang selalu ditanyakan oleh
manusia dan memberi penyelesaian kepada masalah harian. Ia memang
sumber panduan utama!
Rasulullah ﷺbersabda, “Kitab Allāh, Yang Maha Tinggi dan Maha Agung,
adalah tali Allāh. Sesiapa yang menurutnya (Kitab Allāh), beradalah dia
dalam hidayah petunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa
yang meninggalkannya, beradalah dia di dalam kesesatan.” [Muslim]
Mengambil pengajaran daripada hadis di atas, kami memutuskan untuk
menyusun buku kecil ini dengan renungan ringkas daripada setiap Juz'
(bahagian) Al-Qur'an. Setiap renungan mempunyai tema dan berkaitan
dengan hal-hal seharian yang merangkumi pelbagai topik daripada ibadah,
doa, moral dan etika, rezeki, ketetapan ilahi, hingga urusan dengan manusia
lain.
Buku kecil ini direncanakan untuk membolehkan pembaca yang sibuk
mendapat sedikit manfaat daripada banyak pengajaran yang diambil
daripada Al-Qur'an, dengan harapan, ia akan menjadi sumber bimbingan
rohani, emosi dan agama.
Ucapan terima kasih teristimewa untuk Ustazah Dr. Farhat Hashmi kerana
menjadi sumber inspirasi dan dorongan berterusan, dan kepada semua
pihak yang telah memberikan sumbangan kepada buku kecil ini dalam apa
jua bentuk. Semoga Allāh menerima karya ini dan menjadikannya sumber
manfaat dan kebaikan yang banyak.
AISHA ALTAF
- 03 -
- 04 -
REFLECTIONS
Juz' 1 | Al-Fātihah
٥﴾٥﴿٢ ﴾ُﻦ ﻴْﻢ٢َِﻋﻠَْﺴْﻴﺘ﴿َِﻬﻌ َكﺖَﻦﻧ٧إِﺎْﻤﻳﻟَﱠﺎ﴾ِﻤََﻴ٧َﺒُّﻦبُﺪأاَ﴿ﻧْﻟََْﻌَوﻌ ِﻟإِﻟِﻳَﱠطﻠﱠـﺎﱠﻀِﻪاَﺎﻟﱠكﻟِّﻴَِﺬرﻧَﻳَﻦْﻌ َِْﺻﻤﻻَﺮ﴾ُﺪاا٤ََوﺤ ﴿﴾ْاْﻢﻟ ِﻬ٦﴾ﻳ﴿ﻠَْﻴِﻦ١ِّﺪَﻋ ﴿ﻴَِاﻢبﻟ َﻣَِﻦاطﺎﻟْﻟِااَﻤﻟﻟْﱠِْﻐﺮُﻤﻚِﺣْﻳُﻀَﺴﻴْﺘَﻮﻮِﻢِِﻘم ِّﺼَْﻏﺣَْﻴﺮ﴾َاﻤـِٰﺮ٣ﺎ ااﻟ﴿ﻟﱠﺮ اﻟﱠﺮ ْﺣ َﻤـٰ ِﻦﺑِاﻟْﺴﱠﺮِﻢاِْﺣاﻫﻟﻴﻠِﱠﺪِـﻢﻧَِﻪ
(1) Dengan nama Allāh Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
(2) Segala puji bagi Allāh, Tuhan seluruh alam. (3) Yang Maha Pemurah,
Maha Penyayang. (4) Pemilik hari pembalasan. (5) Hanya kepada
Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon
pertolongan. (6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, (7) [iaitu] jalan
orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan [jalan]
mereka yang dimurkai, dan bukan [pula jalan] mereka yang sesat.
- 05 -
Juz' 1 | Al-Fātihah
PENGAJARAN YANG INDAH
Sūrah al-Fātihah memberi kita pengajaran indah
tentang kesyukuran, memuji dan mengagungkan
Tَﻦuﻴhِﻤaَﻟnَﻌﺎkْﻟiاtaِّب: اﻟْ َﺤ ْﻤ ُﺪ ﻟِﻠﱠـِﻪ َر
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
[al-Fātihah:2]
Semua pujian, dan setiap jenis dan bentuk pujian
itu adalah milik-Nya, kerana apa pun nikmat yang
kita miliki adalah daripada Allāh!
َوَﻣﺎ ﺑِ ُﻜﻢ ِّﻣﻦ ﻧِّْﻌ َﻤٍﺔ ﻓَِﻤ َﻦ اﻟﻠﱠـِﻪ
Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya)
daripada Allāh.
[al-Nahl:53]
SEMUANYA MEMUJI DIA
Sﺪِﻩeِgْﻤaﺤlَaِﺑmُﺢakِّﺒhَﺴluُﻳkﻻmإِﱠemْﻲٍءujَﺷi-Nﻦyaِّﻣ: َوإِن
Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan
memuji-Nya [al-Isrā':44]
Langit memuji Allāh, bumi memuliakan-Nya, setiap
sesuatu: setiap pokok, setiap batu memuji-Nya, cuma
kita tidak memahami cara mereka mengagumi-Nya.
Maka alangkah baiknya jika kita dengan sepenuh hati
mengucapkan: Alhamdulillāh!
- 06 -
Juz' 1 | Al-Fātihah
Rasulullāh ﺎ َﻣ ِﺔﷺbَﻴeِﻘrْﻟs اaَمbﻮdَْﻳa,اﻟﻠﱠـ ِﻪ ِﻋﺒَﺎ ِد أَﻓْ َﻀ ُﻞ
اﻟْ َﺤ ﱠﻤﺎ ُدو َن
“Sebaik-baik hamba Allāh pada hari kiamat adalah
‘Al-Hammādūn’ (orang-orang yang selalu memuji Allāh).”
[as-Silsilah as-Sahīhah]
- 07 -
Juz' 1 | Al-Fātihah
Sūrah al-Fātihah juga adalah satu doa; doa untuk mencari hidayah:
ٱ ْﻫ ِﺪﻧَﺎ ٱﻟ ِّﺼَٰﺮ َط ٱﻟْ ُﻤ ْﺴﺘَِﻘﻴَﻢ
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus [al-Fātihah:6]
Keperluan untuk hidayah adalah lebih besar daripada lain-lain keperluan kerana orang
yang memperolehi hidayah mencapai takwa dan orang yang mencapai takwa, maka
Allāh akan memberikan jalan keluar untuknya dan menyediakan rezeki untuknya dari
jalan yang tidak dapat dibayangkan:
﴾ َوﻳَْﺮُزﻗْﻪُ ِﻣ ْﻦ َﺣْﻴ ُﺚ َﻻ ﻳَ ْﺤﺘَ ِﺴ ُﺐ٢﴿ َوَﻣﻦ ﻳَﺘﱠِﻖ اﻟﻠﱠـﻪَ ﻳَ ْﺠَﻌﻞ ﻟﱠﻪُ َﻣ ْﺨَﺮ ًﺟﺎ
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allāh, nescaya Allāh akan mengadakan baginya jalan
keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. [al-Talāq:2-3]
Doa lain untuk hidayah:
َو َﺳ ِّﺪ ْدﻧِﻲ،اﻟﻠﱠُﻬﱠﻢ ا ْﻫ ِﺪﻧِﻲ
Ya Allāh berilah petunjuk hidayah kepadaku
dan luruskanlah perjalananku.
[Sahīh Muslim]
- 08 -
REFLECTIONS
Juz' 2 | Al-Baqarah
رﺑِّ ُﻜ ْﻢ٢ۚ ﱠ٤ﺔُﻦ٨َﻨَﻼﺔٌﺋ﴾ِ َِّﻣﻜ٢َِﻜﻤﻴ٤َْاﺳﻟ٨ُﻓِﻴِﻤِﻪﻠ﴿ُﻪ َُﻬوﺑَْﻢِﻘإِﻴﻧﱠَﺒِﺔٌﱠنﻴﱡُﻬِّﻣﻓِْﻢﱠﻤﻲﺎإِ ٰﺗﱠََذنﻟَِﺮآَﻳَكَﻚﺔَآَُﻣُﻵلْﻠﻳَﺔًُِﻜﻣﻟِﱠﻪﻮ ُأﻜََﺳْﻢنٰﻰإِﻳَﺄَْنوﺗِﻴَآ ُُُﻛلﻜﻨُﻢﺘَُﻫﻢاﺎﻟُﺘﱠرﱡﻣﺎْﺑوُﺆِﻮَﻣنﻨِﻴﺗَُتَﻦْﺤ ََوﻗَﺎَل ﻟ
(248) Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, “Sesungguhnya tanda-tanda
kerajaannya ialah datangnya Tabut* kepadamu yang di dalamnya terdapat
ketenangan daripada Tuhanmu dan sisa peninggalan keluarga Mūsa dan
keluarga Hārūn yang dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya, pada yang demikian
itu terdapat tanda [kebesaran Allāh] bagimu jika kamu orang beriman.”
*Tabut: peti tempat menyimpan Taurat
- 09 -
Juz' 2 | Al-Baqarah
Ayat ini digambarkan sebagai ‘Ayat Sakīnah’. Secara umumnya intelek terlalu lemah
untuk memahami bagaimana jiwa-jiwa
Sakīnah adalah kepuasan dan kedamaian yang yang jahat bangkit dan berperang
ditempatkan oleh Allāh dalam hati hamba- melawannya di saat dia dalam keadaan
hamba-Nya; ia membawa kedamaian dan lemah. Ibn Taimiyyah berkata, ‘Apabila
ketenangan kepada seseorang, ia membuat masalah ini menjadi semakin sulit, aku
seseorang itu tenang, ia memberi kekuatan telah berkata kepada kaum kerabat dan
dan keberanian pada saat ketakutan, sehingga semua yang berada di kelilingku: ‘Bacalah
fitnah tidak menggugatnya, ujian tidak Ayat Sakīnah’. Kemudian aku bebas
mengalihkan perhatiannya dan dia tidak daripada kesulitan ini, dan aku bangun
tenggelam dalam kesedihan malah iman dan seperti satu transformasi telah berlaku
keyakinannya semakin meningkat. dan tidak ada yang salah dengan aku
(penyakit itu hilang).’ Ibn al-Qayyim
Ibn al-Qayyim berkata tentang sakīnah: berkata, ‘Aku juga telah mencuba dan
“Ini adalah darjat antara darjat-darjat yang membaca Ayat Sakīnah ini ketika hati
Allāh anugerahkan; darjat ini bukan kerana menjadi gelisah disebabkan oleh apa yang
susah payah dan usaha manusia sendiri.” mempengaruhinya dan aku menyaksikan
kesan luar biasa dari ayat ini pada
Ibn al-Qayyim juga berkata: ketenangan hati dan kedamaiannya.’”
“Sesungguhnya Allāh menyebutkan ‘as- [Madarij as-Salikīn]
Sakīnah’ (Ketenangan) di dalam Kitab-Nya di
enam tempat: al-Baqarah: 248, al-Tawbah: Oleh itu, apabila kita merasa bimbang
26, 40, al-Fath: 4, 18, 26.” atau gelisah, ucapkanlah ayat ini,
inshāAllāh ia akan membawa kedamaian
Ibn al-Qayyim seterusnya berkata: dan ketenangan dalam hati.
“Shaykh Ibn Taimiyyah biasa membaca Ayat
Sakīnah apabila sesuatu perkara menjadi
sulit baginya. Dan aku pernah mendengarnya
berbicara tentang satu kejadian hebat yang
berlaku ketika dia sakit.
- 10 -
REFLECTIONS
Juz' 3 | Āle-'Imrān
ۚۚ ًِﻣﻦ ﻟﱠُﺪﻧ َﻚ َر ْﺣ َﻤﺔ٨ﻟَﻨَ﴾ﺎ٨َﻫ﴿ْﺐ َرﺑﱠﻨَﺎ َﻻ ﺗُِﺰ ْغ ﻗُﻠُﻮﺑَﻨَإِﺎﻧﱠ ﺑََْﻌﻚَﺪأَﻧإِ ْذَﺖ َاﻫﻟَْﺪَﻮﻳْﺘَﱠﻫﻨَﺎﺎ َُوب
(8) [Mereka berdoa dengan berkata]: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya
Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”
- 11 -
Juz' 3 | Āle-'Imrān
Ayat ini adalah doa untuk menjaga dan melindungi hati kerana
hati merupakan salah satu organ yang paling penting dalam tubuh
kita.
Iman yang kukuh datangnya daripada hati yang tenang. Takwa
juga letaknya di hati, dan ia merupakan benih kepada persepsi dan
pemahaman.
Oleh sebab itu, kita telah diajarkan pelbagai doa untuk menjaga
kesihatan rohani hati, seperti:
HATI YANG TERBIMBING:
اﻟﻠﱠُﻬﱠﻢ ا ْﻫ ِﺪ ﻗَْﻠﺒِﻲ َو َﺳ ِّﺪ ْد ﻟِ َﺴﺎﻧِﻲ َوا ْﺳﻠُ ْﻞ َﺳ ِﺨﻴ َﻤﺔَ ﻗَْﻠﺒِﻲ
Ya Allāh! Tunjukkanlah hatiku ke jalan yang benar, teguhkanlah
lisanku, cabutlah segala penyakit hatiku. [Abu Dawūd]
HATI YANG BERCAHAYA:
اﻟﻠﱠُﻬﱠﻢ ا ْﺟَﻌ ْﻞ ﻓِﻲ ﻗَْﻠﺒِﻲ ﻧُﻮًرا
Ya Allāh, jadikanlah cahaya di dalam hatiku. [Abu Dawūd]
HATI YANG KUKUH:
ﻳَﺎ ُﻣَﻘﻠِّ َﺐ اﻟُْﻘﻠُﻮ ِب ﺛَﺒِّ ْﺖ ﻗَْﻠﺒِﻲ َﻋﻠَﻰ ِدﻳﻨِ َﻚ
Wahai Yang mengubah hati, kuatkanlah hatiku pada Agama-Mu.
[al-Tirmidhī]
- 12 -
Juz' 3 | Āle-'Imrān
HATI YANG BERSIH:
اﻟَﻛﻠﱠَُﻤﻬﺎﱠﻢﻧَاﱠﻘْْﻴﻏ ِﺴَﺖْﻞاﻟﻗﺜَﱠْﻠْﻮﺒِﻲَبﺑِاَﻤﺎﻷَﺑِْءﻴَ اﻟﺜﱠَﺾْﻠ ِِﺞﻣ َﻦَوااﻟْﻟﺒََﱠﺮﺪﻧَِد َِوﺲﻧَِّﻖ ﻗَْﻠﺒِﻲ ِﻣ َﻦ اﻟْ َﺨﻄَﺎﻳَﺎ
Ya Allāh, bersihkanlah hatiku dengan air, salju dan embun, dan sucikanlah
hatiku daripada kesalahan, sebagaimana Engkau mensucikan baju putih
daripada kotoran. [an-Nasa'ī]
HAْﻦTﻣIِوYَAيNGِﺮBَﺼAIَﺑK:اﻟَﺷﻠﱠِّﺮُﻬ ﱠﻢﻟِ إَِﺴﻧِّﺎﻧِﻲﻲأَﻋَُوﻮِﻣذُْﻦﺑِ َﺷَﻚِّﺮ ِﻣﻗَْﻠْﻦﺒِﻲَﺷَِّﺮوِﻣ َْﺳﻦْﻤﻌَِﺷِّﺮﻲ َﻣَوﻨِِﻴِّﻣ ْﻲﻦ َﺷِّﺮ
Ya Allāh, aku berlindung pada-Mu dari kejahatan pendengaranku, dan dari
kejahatan penglihatanku, dan dari kejahatan lisanku, dan dari kejahatan
hatiku, dan dari kejahatan air maniku (i.e. keinginan seksual). [Abu Dawūd]
HATI YANG DIPERHIASI:
ﻟﱠﺮَوا َِﻛﺷِّﺮِﺪْﻩﻳ َإِﻦﻟَْﻴﻨَﺎ،زﻳِّْﻨَوﻪُا ْﻓِﺟَﻌﻲْﻠﻨَﻗﺎُﻠُِﻣﻮﺑَِﻨَﻦﺎ ا،َاَْواِﻹﻟْﻳﻌَِﻤﺎْﺼَﻴَنﺎ ََنو
اﻟﻠﱠُﻬﱠﻢ َﺣﺒِّ ْﺐ إِﻟَْﻴﻨَﺎ
اﻟْ ُﻜْﻔَﺮ َواﻟُْﻔ ُﺴﻮ َق
Ya Allāh! Jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di
hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta
masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.
[Musnad Ahmad]
Doa-doa ini adalah penting dan sangat bermanfaat, terutamanya apabila
seseorang merasakan kesempitan hati!
- 13 -
REFLECTIONS
Juz' 4 | Āle-'Imrān
٩٦﴾٩٦﴿ إِ ﱠن أَﱠوَل ﺑَْﻴ ٍﺖ ُو ِﺿ َﻊ ﻟِﻠﻨﱠﺎ ِس ﻟَﻠﱠ ِﺬي ﺑِﺒَ ﱠﻜﺔَ ُﻣﺒَﺎَر ًﻛﺎ َو ُﻫ ًﺪى ﻟِّْﻠَﻌﺎﻟَِﻤﻴ َﻦ
(96) Sesungguhnya rumah [ibadah] pertama yang dibangunkan untuk
manusia, ialah [Baitullāh] yang di Bakkah [Mekah] yang diberkati dan
menjadi petunjuk kepada seluruh alam.
- 14 -
Juz' 4 | Āle-'Imrān
Tiga perkara disebutkan tentang
Baitullāh di Mekah:
1) Ia adalah tempat ibadah pertama yang
didirikan di muka bumi ini.
2) Ia diberkati.
3) Ia adalah satu sumber hidayah bagi
seluruh alam.
Baitullāh diberkati dalam beberapa
aspek.
Apabila kita mengerjakan solat di rumah,
ganjaran pahala bagi solat tersebut
bersamaan sepuluh ganjaran pahala.
Tetapi apabila mendirikan solat di
Mekah, di Baitullāh, ganjaran pahala bagi
satu solat ialah 100,000 ganjaran pahala!
Rasulullāh ﷺbersabda, “Satu solat di
masjidku ini lebih baik daripada seribu
solat di tempat lain, kecuali Masjidil
Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih
baik daripada seratus ribu solat di tempat
lain.” [Musnad Ahmed]
Begitu juga dengan sedekah yang kita
berikan, bacaan Al-Qur’an, Tawāf yang
kita lakukan, Umrah atau Haji yang kita
laksanakan, ganjaran pahala untuk
semua perbuatan baik ini adalah berlipat
kali ganda. Inilah barakah!
- 15 -
Juz' 4 | Āle-'Imrān
Baitullāh juga Mubārak (diberkati), dan ini
bermakna mengerjakan Haji atau Umrah ke
Baitullāh membawa banyak faedah:
Rasulullāh ﷺbersabda, “Kerjakanlah Haji
dan Umrah dalam waktu yang berdekatan
(yakni terus menerus mengerjakan Haji dan
Umrah), kerana keduanya dapat
menghilangkan kemiskinan dan menghapus
dosa sebagaimana “al kir” (alat yang
digunakan oleh peniup besi) menghilangkan
karat besi, emas dan perak. Tidak ada balasan
haji mabrur kecuali syurga.” [al-Tirmidhī]
Perjalanan ke Baitullāh mungkin bukan
perjalanan yang mudah. Seseorang perlu
mengeluarkan hartanya untuk perbelanjaan
dan mungkin juga menanggung pelbagai jenis
kesusahan. Pada masa dahulu, para jemaah
menempuhi kesukaran berbeza dengan
menggunakan unta dan kuda sepanjang
perjalanan. Kesusahan hari ini tidak kurang
hebatnya. Kadang-kadang seseorang harus
menunggu berjam-jam di dalam barisan atau
bersesak-sesak di dalam ribuan manusia.
Tetapi kemanisan ibadah yang kita rasai di
Baitullāh sangatlah berharga jika
dibandingkan dengan semua kesukaran yang
kita hadapi untuk sampai ke sana.
Justeru, berniatlah dan bertekadlah untuk
mengunjungi Baitullāh meskipun kita tidak
dapat mengunjunginya atas sebab-sebab
tertentu. Ini kerana kita tetap mendapat
ganjaran atas niat itu!
Semoga Allāh memberi kita peluang dan
kemampuan untuk mengunjungi Baitullāh.
- 16 -
REFLECTIONS
Juz' 5 | Al-Nisā
٨ۗۗ٦و َ﴾ﻫﺎ٨رﱡد٦ُ ﴿أَْو ﺑِﺄََﺷْﺣْﻲٍَءﺴ َﻦَﺣِﻣِْﻨﺴﻴَﻬﺒًﺎﺎ ُﺣﻴِّﻴﺘُﻢ ﺑِﺘَ ِﺤﻴﱠٍﺔ ﻓَ َﺤﻴﱡﻮا إَِذاﱠنkَِوإk
اﻟﻠﱠـﻪَ َﻛﺎ َن َﻋﻠَ ٰﻰ ُﻛِّﻞ
(86) Dan apabila kamu dihormati dengan suatu [salam] penghormatan
maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah
(penghormatan itu yang sepadan) dengannya. Sesungguhnya, Allāh
menghitung segala sesuatu.
- 17 -
Juz' 5 | Al-Nisā
Apabila orang memberi salam kepada kita, KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN KASIH-
balaslah salam mereka; apabila orang berbuat SAYANG:
baik kepada kita, balaslah dengan berbuat
baik kepada mereka dan di sini secara khusus Rasulullāh ﷺbersabda, “Kamu tidak akan masuk
rujukannya adalah untuk mengucapkan Syurga sehingga kamu beriman dan keimanan
salam. Apabila seseorang memberikan salam kamu tidak sempurna sehingga kamu saling
kepada kita, balaslah mereka dengan salam. kasih-mengasihi. Mahukah kamu aku tunjukkan
sesuatu yang apabila kamu lakukan nescaya
Rasulullāh ﷺbersabda, “Sesungguhnya, As- kamu akan saling kasih-mengasihi?” Para
Salām itu adalah satu nama daripada nama- sahabat menjawab: Ya wahai Rasulullāh. Baginda
nama Allāh. Dia telah menetapkannya di ﷺbersabda, ” Sebarkan salam di antara kamu
bumi maka sebarkanlah salam antara kamu.” sekalian.” [Muslim]
[al-Adab al-Mufrad].
Apabila kita merasa kurang perasaan cinta dalam
MENYEBARKAN SALAM MEMBAWA hubungan, maka berpegang teguhlah pada
KEAMANAN: nasihat Rasulullāh ﷺini. Sebarkan salam dengan
banyaknya, hasilnya, cinta akan bertambah dan
Rasulullāh ﷺbersabda, “Sebarkanlah salam berkembang InshaAllāh.
nescaya kamu sekalian akan mendapat Ini juga akan menyelamatkan kita daripada
keamanan.” [al-Adab al-Mufrad]. masalah besar dalam kehidupan berkeluarga.
Apabila keluarga memberi salam kepada satu
KAEDAH UNTUK MENDAPAT sama lain, apabila perkara pertama yang suami
katakan kepada isterinya ketika dia bangun dan
PENGAMPUNAN: apabila perkara pertama yang isteri katakan
kepada suaminya ketika dia bangun adalah
Hani’ ibn Yazid meriwayatkan, “Aku berkata, salam, ketika ibu bapa memberi salam kepada
‘‘Wahai Rasulullāh, tunjukkanlah kepadaku anak-anak mereka dan anak-anak memberi salam
suatu amalan yang dapat memasukkanku ke kepada ibu bapa mereka, ketika mereka memberi
dalam syurga.” Beliau bersabda, “Di antara salam semasa meninggalkan dan memasuki
sebab mendapatkan pengampunan Allah rumah, maka ini akan mewujudkan persekitaran
adalah menyebarkan salam dan bertutur kata yang positif dan menyenangkan. Salam akan
yang baik.’” meningkatkan cinta, dan juga membawa
[as-Silsilah as-Sahīhah]. kedamaian InshaAllāh.
- 18 -
MEMULAKAN SALAM
Rasulullāh ﷺbersabda,
“Sesungguhnya orang yang
paling baik di sisi Allāh
adalah mereka yang pertama
memberi salam.”
[ABU DAWŪD]
REFLECTIONS
Juz' 6 | Al-Mā'idah
َـٰﻮُْﻐاَﺟﻢﻨﺎُِﻜﺒﺋًِإِﺎﻟَﻦِﻂﻰ٦ﻨٍَﺘجُﺴِﺪَﻦْﻳﻢَ﴾َُﺤاوُﻟﻜْﻟ٦ُﻜنﻓََﺣﻢﺎَ﴿وَْﺮﻣأَُﻛِﻳّْﻣ ﻣَوﻴَِِّّﻣوْﺒًُﻨﻦﻜَإِنﺎْﻢ ۚﺮَِﻫّﻃ ُِِْٰۚﺳﻢﱠﺗﻢَﻰَﻣُإِِﻜﺎﻧأِﺠَﻟَْْْﻌﻢوُﻳﺪُﻰَﻤِﺮَوﺘَوﻳااَﻋأَﻪﻟُﻠَُْﺪرَﻣٰﻰاﱠﺎَﺼﻋُﻟﺟﻠََءًﻠﱠﻠـَْﻴﻼَﺳﻪُﻓَِةُُﻜﻜَﺘَﻔﻟﻴَِْْﻢﻢٍﻓﻴﺮََﱠﺎﻤإﻟَِأَْﻟَْﺠﻏُﻤَْﻌوَﻌﻠﱠِﻮﻰﺴاَﻞﻠُُﻜاَﺟﻟْْﻮﻢﺎاَﻋَﺻَﻜءَﻠﺗََﻌِْﻴُْﻌوﻴأَﺒَْﺸْﻴًُﻜﺪُﺟَﺣاُِﻢﻜﻦﻮٌۚﺪ ۚﻳََُﺪْوﻢوَْاﻦﺴإِْﻟﺘُِﻣَﻴُونآُﻢأَََﺴﻣﻳﻄَْاﻨُﻟُِِّﻬﺪﻛُﻨِّﺤﻮﻨﻳَاﺮﺘُﻮَﺴُاﻜﻢإُِﻛﺎﻢَذْﺑِﻢءَاﱠﻣُﺮِّْﻣﺮﻓََﻗءُوُْﻨﻠَﻟِْﻪﻤُوﻴَُْﻢﺿﺘُﺘ ِۚﺬﻳَُﻣﻜ ۚﻳَﻓَﺎﺎﺑِاأﻟَُْﻮﻃﻳﱠﱡَﻤأَﱠَﻬﻬَُﺟْﺮﺎُوﺮاﻮﻓِاوﻳَُِﻟﻫﱠاِِﻻﺮﻖ
(6) Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak
melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke
siku, dan sapulah kepalamu, dan [basuh] kedua-dua kakimu sampai ke
kedua-dua buku lali. Jika kamu berjunub maka mandilah. Dan jika kamu
sakit atau dalam perjalanan atau kembali daripada tempat berhadas atau
menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak mendapat air, maka
bertayamumlah dengan debu yang baik [suci]; usaplah wajahmu dan
tanganmu dengan [debu] itu. Allāh tidak ingin menyukarkanmu, tetapi
Dia hendak membersihkanmu dan menyempurnakan nikmat-Nya
bagimu, agar kamu bersyukur.
- 20 -
Juz' 6 | Al-Mā'idah
Dengan mewajibkan wuduk sebelum solat, Allāh ingin menyucikan hamba-
Nya secara fizikal dan rohani, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepada
mereka. Satu nikmat yang kita sentiasa perlu syukuri!
Wuduk mungkin kelihatan seperti perbuatan yang mudah; membasuh
anggota badan tertentu, tetapi ia sebenarnya adalah perbuatan ibadah di
mana seseorang menjadi hampir dengan Allāh. Ia adalah separuh daripada
iman dan mempunyai banyak kebaikan.
PERHIASAN DI SYURGA:
Rasulullāh ﷺbersabda, “Perhiasan orang yang beriman (pada hari kiamat)
akan sampai ke tempat sampainya air wuduk (pada tangan dan kakinya).”
[Muslim]
- 21 -
Juz' 6 | Al-Mā'idah
KAEDAH UNTUK PENGAMPUNAN:
Rasulullāh ﷺbersabda, “Apabila seseorang hamba Muslim atau
Mukmin berwuduk, maka setelah dia membasuh wajahnya, keluarlah
daripada wajahnya segala dosa yang dilihat oleh kedua matanya
melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh
kedua tangannya, keluarlah daripada kedua tangannya setiap dosa
yang dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama
titisan air yang terakhir. Sewaktu dia membasuh kedua-dua belah
kakinya, keluarlah daripada kedua-dua kakinya setiap dosa yang
dilangkah oleh kedua-dua kakinya bersama air atau bersama air
terakhir sehinggalah setelah dia selesai berwuduk, dia bersih daripada
dosa-dosanya.” [Muslim]
Rasulullāh ﷺbersabda, “Barangsiapa yang mengambil wuduk
kemudian memperelokkan wuduknya (mengikut sunnah), maka akan
keluarlah dosa-dosa daripada badannya, sehingga keluar juga dosa-
dosa tersebut daripada kuku-kukunya.” [Muslim].
BERSERI PADA HARI AKHIRAT:
Para sahabat berkata: “Bagaimana engkau mengenali orang daripada
umatmu yang belum ada (lahir) saat ini, wahai Rasulullāh?”
Baginda ﷺkemudian menjawab: “Tidakkah engkau melihat, jika
seseorang memiliki kuda bertanda putih pada muka dan kaki-kakinya
berada di antara kuda-kuda hitam pekat, bukankah ia boleh
mengenali kudanya?” Mereka kemudian mengiyakan.
Lalu Baginda ﷺmenyambung lagi: “Mereka akan datang dengan
wajah putih bersinar dan kaki serta tangan yang bercahaya pada
bahagian air wuduk. Aku akan menunggu mereka di telaga.” [Muslim].
- 22 -
REFLECTIONS
Juz' 7 | Al-Mā'idah
ﺘِﻻﱠﻤَﻬﺎﻧﺎُْﺆاَﻋِْﻣَﺮﻷَﻓُُﻧﻦْﻮَﻬاﺑِﺎﺎُﻟرِﻣﻠﱠـَِﻪﻦ٨ْﻮِْﻣﺤَِم٥ﱠﺪﺎْاﻦﻣﻟﻟْ﴾َِﻨَﻊَﺗﻘَﺎ٨َﻣوﻟَِﻣﻣَﻊ٥يَا ِﺑﻣﱡِﺮﻨَ﴾ﺎ﴿َﻦ رﺠ٨ََُْﺾَﻦ٣ﺳﺘَُاَﺤْﺒوﻮﻟﻨَِﻠﱠِّٰـَذﺎﻖلﻟِﻪََُﻣﺗَوﺑََِﻧﻚَﺮَﻊَﻤﻄﺎْٰاىﻟََﺟﻤﻗََأﺰَﺎﱠُﻊﺸاﻟُْﺎﻋءُﻴأﻮَُِاﻫﻨَانﻟُِْﻬﺪﻳَُْﻤﻳﻢﺟُﻨﱠَْﻦﺪﺗﺎَْﺤِﻔِﺧِﻴٍﺴﻠَت﴿ﻨِﻨَﻴﺎﺗ ُُﻢْﻛ ْۚﺎﻟََﻦﻓََﻣﺄﻨَﱠِﻰﻣﺛﻓِﺎَﺎﻴاَﺑﻦَﻟَﻓَﻬُﱠﺎﻬﺎﺮا ۚﻟ ِﻨََﺎلﺎِﺪءَﻳ﴾ﻧإَِآ٨ﺧَرﺎِﺰَﺑﺟﻟﱠ٤َََوﻣﻮﺎَﻣ﴿َنﺎأُﻧ ُﻤِﻳَﺤﻌُﻴُﻘﻮاَﻮﻦﻟ ِِ ۖاَوﻟْإِاَذَﻟﺤاِّﻖﱠﺼ ۖﺎَﺳﻟ
(83) Dan apabila mereka mendengarkan apa [Al-Qur'an] yang diturunkan
kepada Rasul [Muhammad], kamu lihat mata mereka mengalirkan air mata
disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui [daripada kitab-kitab
mereka sendiri], seraya berkata, “Ya Tuhan, kami telah beriman, maka
catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi [atas kebenaran
Al-Qur'an dan kenabian Muhammad] (84) Dan tidak ada sebab bagi kami
untuk tidak beriman kepada Allāh dan kepada kebenaran Al-Qur’an yang
datang kepada kami, padahal kami ingin [dengan sepenuh harapan] agar
Tuhan kami memasukkan kami [ke dalam Syurga] bersama orang-orang
yang soleh.” (85) Maka Allāh memberi pahala kepada mereka atas
perkataan yang telah mereka ucapkan, [iaitu] syurga yang mengalir
di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah
balasan [bagi] orang-orang yang melakukan kebaikan.
- 23 -
Juz' 7 | Al-Mā'idah
Para solihin menangis ketika mendengar Kalām (ucapan) Allāh.
Al-Qur'an mempunyai kesan langsung pada hati, dan mata yang
menangis adalah tanda kesan tersebut. Air mata yang mengalir dari mata
mungkin nampak remeh, tetapi setiap titis yang tumpah dengan ikhlas
kerana takutkan Allāh menjadi penyebab mendapat pengampunan!
Rasulullāh ﷺbersabda: 'Tiga mata yang tidak akan melihat api neraka
pada hari Kiamat, mata yang menangis kerana takut kepada Allāh, mata
yang berjaga malam di jalan Allāh (waktu peperangan) dan mata yang
berpaling daripada melihat apa-apa yang diharamkan oleh Allāh."
[as-Silsilah as-Sahīhah]
Rasulullāh ﷺtelah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang
yang menangis kerana takut kepada Allāh sehingga air susu kembali ke
tempat asalnya." [al-Tirmidhī]
Ini untuk menunjukkan kemustahilan. Sama seperti tidak mungkin susu
masuk semula ke dalam kantung susunya, tidak mungkin orang seperti
itu masuk ke dalam api neraka, iaitu, dia akan diselamatkan daripadanya.
Semoga Allāh menjadikan kita di antara para solihin yang hatinya
dilembutkan apabila mengingati Allāh.
- 24 -
REFLECTIONS
Juz' 8 | Al-A'rāf
َُﺧﻫ ُﻢِﺴُﺮوا٩ﻟَـِٰﺬﺌِﻳ﴾َﻦَﻚ٩َﻚﻓَ﴿ﺄُاﻟﱠو ُﻧﱠﻓُﻔَﻮَﻤاْﺖﻦﺑِﺂَﺛﻣَﻳَُﺎَﻘﻮﺗﻠَِاﻨَِﺎزﻳْﺖﻨُﻳَﻪَُﻈﻣْﻠِﻓََﻮﺄُاُﻤِوزﻮﻟَﻳـٰﻨﺌَُِنﻪ ۚﻛَﺧﺎ َۚ اَوﺑِﻟَْﻣَﻤَﺤﺎْﻦﱡﻖ َﺴﻣﺌُِﻬ﴾ٍﺬﻢ٨َنأَﻧﻳَُﻔ﴿ْﻮ ُاﻟْ ُﻤْﻔﻠَِواﻟُْﺤَﻮﻮْزَن
(8) Timbangan pada hari itu [menjadi ukuran] kebenaran. Maka, barang
siapa berat timbangan [kebaikan]nya, mereka itulah orang-orang yang
beruntung. (9) dan barang siapa ringan timbangan [kebaikan]nya, maka
mereka itulah orang-orang yang telah merugikan dirinya sendiri,
kerana mereka mengingkari ayat-ayat Kami.
- 25 -
Juz' 8 | Al-A'rāf
Penimbangan amal pasti akan berlaku pada hari kiamat. Setiap perbuatan dan
catatan amalan akan ditimbang di atas neraca.
Neraca adalah timbangan nyata, yang ukurannya hanya diketahui oleh Allāh.
Rasulullāh ﷺbersabda, “Pada Hari Kiamat, mizan akan ditegakkan. Andaikan ia
digunakan untuk menimbang langit dan bumi, nescaya ia akan tetap lapang.
Maka malaikat pun berkata, “Wahai Rabb-ku, untuk siapa timbangan ini?”
Allah berfirman: “Untuk siapa sahaja daripada hamba-hamba-Ku.”
Maka malaikat berkata, “Maha suci Engkau, tidaklah kami dapat beribadah
kepada-Mu dengan sebenar-benarnya.””
[al-Hākim]
- 26 -
Juz' 8 | Al-A'rāf
TIMBANGAN YANG BERAT:
1. Kepercayaan yang benar dan murni terhadap Allāh
2. Adab yang baik
Rasulullāh ﷺbersabda, “Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam
timbangan amalan seseorang mukmin di hari kiamat selain daripada
akhlak yang mulia.”
[al-Tirmidhī]
3. Mengingati Allāh
Rasulullāh ﷺbersabda, “Dua kalimat yang dicintai oleh Ar Rahman,
ringan diucapkan di lisan, namun berat di atas timbangan (amalan)
iaitu: ‘SubhānAllāhi wa-bihamdihi, SubhānAllāhil-‘Adheem’
(Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya,
Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).”
[al-Bukhārī]
Rasulullāh ﷺbersabda, “Kebersihan itu separuh daripada iman dan
ucapan zikir Alhamdulillāh memenuhi neraca timbangan.”
[Muslim].
Rasulullāh ﷺbersabda, “Dua amalan yang tidaklah seseorang Muslim
memelihara akan keduanya melainkan dia akan masuk syurga (siapa
yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu
mudah, akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu
mensucikan Allāh (bertasbih SubhānAllāh) 10 kali, dan memuji Allāh
(Alhamdulillāh) 10 kali, dan membesarkan Allāh (Allāhu Akbar) 10 kali
di akhir setiap solat, maka yang demikian itu menjadi 150 kali pada
ucapan dan 1500 kali pada timbangan. Kemudian mensucikan Allāh
(SubhānAllāh) 33 kali dan memuji Allāh (Alhamdulillāh) 33 kali dan
membesarkan Allāh (Allāhu Akbar) 34 kali ketika hendak tidur, maka
yang demikian itu menjadi seratus (100) pada ucapan dan seribu (1000)
pada timbangan.”
[Musnad Ahmad]
Ya Allāh kurniakan timbangan yang berat bagi kami pada hari itu!
- 27 -
REFLECTIONS
Juz' 9 | Al-Anfāl
٣٣﴾٣٣﴿ۚۚ َﻳَوأَْﻧﺴﺘَ ْﻐَﺖِﻔُﻓﺮِﻴوِﻬَنْﻢ اُﻣﻟﻠَﻌﱠـﻪُِّﺬﺑَﻟُِﻴﻬُ َْﻌﻢ ِّﺬَﺑَوُﻬُﻫْﻢْﻢ َﻛﺎ َن َوَﻣﺎ َوَﻣﺎ
ُاﻟﻠﱠـﻪ َﻛﺎ َن
(33) Tetapi Allāh tidak akan menghukum mereka, selama
engkau [Muhammad] berada di antara mereka, dan Allāh
tidak [pula] akan menghukum mereka, sedang mereka
[masih] memohon keampunan.
- 28 -
Juz' 9 | Al-Anfāl
Salah satu nikmat Tuhan kita yang paling besar adalah rahmat dan
pengampunan-Nya. Apabila seseorang dengan ikhlas kembali kepada
Tuhannya untuk meminta pengampunan, dia akan menemukan
Tuhan yang Maha Pengampun!
Istighfār (mencari pengampunan) adalah penyelesaian untuk setiap
masalah, ia adalah cara untuk menghilangkan rintangan,
menghindari malapetaka, memperoleh keredhaan dan cinta Allāh
serta cara meningkatkan keberkatan dan rezeki.
Rasulullāh ﷺbersabda, “Sesiapa bangun pada waktu malam dan
berkata:
،ُﻻﱠَواُﻟﻫﻠﱠَﻮﻪ،َِﻪَُواﻟْﻻََﺤإِﻟَْﻤﻪَُﺪإ،ﻟﻠﱠَِﻪوﻟ،َُﺤﻤﺎْﻠ َنُﻚا.ْﺑَِوﻟَﺎﻟﻪُُﻠﱠﺳْﺒاِﻪﻟ،ﻻﱠ،ُلﻻَاَﻟْو ََﺷﺤﻻَِﺮْﻤﻳﻗُُﱠﺪﻮََةﻚﻟِﻠﱠإِﻟَِﻪﻪ.ََﺷﻠﱠﻪَُْوﻰٍءَوﻻَﻗَْﺣَِﺪﺣَﺪﻳْﻮﻩٌُﺮ،َوَﻋﻻَاﻠَﻟﻠإﱠِﻟﻰَﻪُﻪَأَُإِﻛْﻛِّﻻﻞﺒَﱠُﺮاﻟ
‘'Tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allāh semata, tiada sekutu
bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan untuk-Nya segala pujian, dan Dia
berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allāh, Maha Suci Allāh,
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allāh, Allāh Maha Besar. Dan
tidak ada daya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allāh.’
Kemudian ﻟِﻲmengucapkan: ‘( اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ا ْﻏِﻔْﺮYa Allāh! Ampunilah aku’)
Atau dia berdoa nescaya akan dimakbulkan untuknya. Apabila dia
berwuduk nescaya diterima solatnya.” [al-Bukhārī]
- 29 -
Juz' 9 | Al-Anfāl
Dari Abdullāh bin Umar, dia berkata, “Apabila kami hitung,
Rasulullāh ﷺmengucapkan istighfar sebanyak 100 kali di dalam satu
majlis:
َر ِّب ا ْﻏِﻔْﺮ ﻟِﻲ َوﺗُ ْﺐ َﻋﻠَ ﱠﻰ إِﻧﱠ َﻚ أَﻧْ َﺖ اﻟﺘﱠﱠﻮا ُب اﻟْﻐَُﻔﻮُر
‘Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan terimalah taubatku.
Sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang' ”.
[al-Tirmidhi]
Rasulullāh ﷺbersabda, “Tidak ada seorang hamba pun yang
melakukan dosa, lalu dia bersuci dengan sempurna selanjutnya berdiri
lalu melakukan solat dua raka’at, kemudian memohon ampun kepada
Allāh, kecuali Allāh pasti akan mengampuninya.”
[Abu Dawūd]
`Abdullāh bin Basr berkata, “Seorang lelaki pernah berkata kepada
Rasulullāh ﷺ, ‘Wahai Rasulullāh ﷺ, sesungguhnya syariat Islam itu
banyak, maka beritahu kepadaku sesuatu yang dapat aku jadikan
pegangan!’ Maka Rasulullah ﷺmenjawab,
ﻻَ ﻳََﺰا ُل ﻟِ َﺴﺎﻧُ َﻚ َرﻃْﺒًﺎ ِﻣ ْﻦ ِذ ْﻛِﺮ اﻟﻠﱠِﻪ
‘Hendaklah lisanmu sentiasa basah dengan berzikir pada Allāh.’”
[al-Tirmidhī]
- 30 -
REFLECTIONS
Juz' 10 | Al-Anfāl
ۖ ۖ ﻳ ُﺤ ُﻜ ْﻢ٤ِر٦ﻫ﴾َﺐ٤َ ْﺬ٦َ َ﴿وﺗ ﻪُإِ ﱠَنوَاﻻﻟﻠﱠـﺗَﻪَﻨَﺎََﻣزَﻊﻋُﻮااﻟ ﻓَﱠﺼﺘَﺎْﻔﺑِِﺮَﺸﻳﻠَُﻦﻮا َۚﻟ َۚوأَ ِﻃﻴﻌُﻮا اﻟﻠﱠـَوﻪَا َْوﺻﺒَِرُﺮُﺳواﻮ
(46) Dan taatlah pada Allāh dan Rasul-Nya dan janganlah kamu
berselisih, yang menyebabkanmu menjadi gentar dan hilang
kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya, Allāh bersama
orang-orang yang sabar.
- 31 -
Juz' 10 | Al-Anfāl
Ayat ini memberitahu kita tentang pentingnya
tidak bertelagah antara satu sama lain.
Perselisihan berlaku apabila manusia berbeza
pendapat dan minat serta tidak dapat
bertoleransi dengan orang lain.
Realitinya, akan ada perbezaan dan perselisihan
pendapat, kerana perbezaan adalah sebahagian
dari kehidupan! Namun perpaduan tidak
bermaksud penyatuan pendapat. Ia bermaksud
walaupun terdapat perbezaan, manusia masih
saling menghormati, bertoleransi antara satu
sama lain dan menahan diri daripada berselisih.
Apabila kita merendahkan diri dan
mengetepikan perbezaan kita dan bersatu dalam
mentaati Allāh dan Rasul-Nya, berpegang pada
Al-Qur’an dan Sunnah, maka ini membawa
kepada keharmonian dan kesatuan. “Bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.”
Berulang kali, kita diberitahu dalam Al-Qur’an
untuk bersatu kerana perpaduan adalah kunci
kejayaan, kekuatan dan cara untuk menerima
belas kasihan dan pertolongan daripada Allāh.
Yang paling utama, hati yang perlu bersatu!
Dari Abu Musa , Rasulullāh ﷺbersabda:
“Sesungguhnya seorang mukmin bagi mukmin
yang lain laksana satu bangunan, sebahagiannya
menguatkan sebahagian yang lain”, sambil
memasukkan jari-jari tangannya antara satu
sama lain (sambil berkata demikian).
[al-Bukhārī]
- 32 -
REFLECTIONS
Juz' 11 | Yūnus
َﻤﺘِﻲِﻪاﻟﻓَﺒِﱡٰﺼَﺬﻟُِﺪوَﻚِر٥ِْﺣﻓ٨َوﻟِّﺑِ﴾ََﻤﺮﺎ٥ٌﺎِﻪء٨ﻞو اِ﴿ﻟﺷﻠﱠَـﻔ َِﻳﻗَُﻦ ْْﻞﺠﱠرَﺑﺑﻤَِِّﻔﻌُُﻜﻮْﻢْﻀَن ﺔٌﱠﻤ﴾ﺎِّﻣ٥ﻈَِّﻣ٧ﱠﻣَﺧْﻮ﴿ْﻴٌِﻋﺮ ﻳََﺎو ُأﻫَﻳﱡًﺪَﻬﺎىاﻟَﻨﱠوﺎَر ُسْﺣﻓَْﻠَﻤﻗَﻴَﺔٌْْﻔﺪَﻟﺮِّْﻠَﺟُﺣُﻤﺎْﻮﺆءَاﺗِْﻣﻨُُِﻴﻫﻜَﻢﻮَﻦ
(57) Wahai manusia! Sesungguhnya, telah datang kepadamu pengajaran [Al-
Qur’an] daripada Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada di dalam dada,
dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. (58) Katakanlah
[Muhammad], “Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, hendaknya mereka
bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.”
- 33 -
Juz' 11 | Yūnus
Bergembiralah dan berbahagialah atas nikmat Al-Qur'ān kerana ia jauh lebih
baik daripada semua yang dikumpulkan oleh mereka di dunia ini.
Sekiranya semua kekayaan dan kesenangan dunia ini digabungkan, mereka akan
menjadi pudar dibandingkan dengan nikmat Al-Qur'ān, kerana Al-Qur'ān adalah
firman Allāh, ia adalah penyembuhan dan pengubat hati, sumber petunjuk dan
rahmat, dan sarana kebaikan, kemakmuran dan pahala yang melimpah ruah di
dunia dan akhirat.
Oleh yang demikian, kita harus sentiasa bersyukur kepada Allāh atas nikmat ini
dan mengekalkan hubungan yang erat dengan Al-Qur’an, membacanya,
mempelajarinya dan menyebarkannya!
- 34 -
Juz' 11 | Yūnus
Rasulullāh ﷺbersabda, “Ada di kalangan
hamba-hamba Allāh yang bukan Nabi
atau syahid; tetapi para Nabi dan para
syuhada akan iri hati pada mereka pada
hari kebangkitan kerana darjat mereka di
sisi Allāh, Yang Maha Tinggi.” Mereka
bertanya, "Wahai Rasulullāh ﷺ, siapakah
mereka?" Baginda ﷺmenjawab, “Mereka
adalah orang-orang yang saling
mencintai Kitab Allāh (iaitu Al-Qur'an),
tanpa ada talian persaudaraan dan urus
niaga berkaitan. Aku bersumpah dengan
Allāh, wajah mereka akan bersinar dan
mereka akan (duduk) di atas (mimbar)
cahaya. Mereka tidak akan merasa
ketakutan (pada hari) ketika orang-orang
lain merasai ketakutan, dan mereka tidak
akan bersedih ketika orang-orang lain
bersedih.”
Baginda ﷺkemudian membacakan ayat
di mana Allāh berfirman:
َﺧْﻮ ٌف َﻋﻠَْﻴِﻬ ْﻢ Sﻻeَsuِﻪnﻠﱠـَنgﻮﻟgاuُءَﻧhﺎَﺰnﻴَْﺤyِﻟaَﻢأَْﻳوwْ ﱠﻫنaُ lِإi-ﻻwوََﻻaََأli
Tidak diragukan!
Allāh, tidak ada kebimbangan (dari
sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka,
dan mereka pula tidak akan berdukacita.
[Yūnus:62]
[Abu Dawūd]
Semoga Allāh menjadikan kita orang
yang saling mencintai kerana Kitab Allāh.
- 35 -
REFLECTIONS
Juz' 12 | Hūd
٦﴾٦﴿ إُِﻛﱠﻻﻞﱞ ﻓَِﻋﻠَﻲﻰ اﻛِﻟﺘَﻠﱠـﺎِﻪٍبِرْزﱡﻣﻗُﺒِﻴَﻬﺎٍﻦ ض ِۚۚ َوﻳَْﻌﻠَُﻢ َوُﻣَﻣﺎْﺴﺘَِﻣَﻘﱠﺮﻦَﻫﺎَداﺑﱠَوٍﺔُﻣﻓِْﺴﻲﺘَْﻮاَْدﻷََﻋْرَﻬﺎ
(6) Dan tidak ada sesuatu pun makhluk yang bergerak [bernyawa] di
muka bumi melainkan semuanya dijamin rezeki oleh Allah. Dia
mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya.
Semuanya [tertulis] dalam Kitab yang nyata [Lauh Mahfuz]
- 36 -
Juz' 12 | Hūd
Allāh menciptakan bumi dan juga segala yang ada di
dalamnya termasuk manusia, jin, haiwan, burung, ikan dan
makhluk lain. Dan Allāh tidak hanya menciptakan dan
membiarkan makhluk-makhluk ini mengatur kehidupannya
sendiri, tetapi juga membuat pengaturan untuk bekalan
kehidupannya: “Dan tidak ada makhluk di bumi melainkan
pada Allāh adalah ketentuannya.” Ini luar biasa! Kita bahkan
tidak dapat mengetahui pelbagai jenis makhluk yang ada
apatah lagi jumlahnya, dan makanan yang dimakannya, tetapi
Allāh yang akan mencukupkan setiap rezeki untuk setiap
makhluknya, kerana Dialah Rāziq (Pemberi Rezeki).
Rezeki untuk setiap makhluk telah ditentukan dan pasti akan
sampai kepadanya:
Rasulullāh ﷺbersabda, “Kalaulah anak Adam lari dari
rezekinya sebagaimana ia lari dari kematian, nescaya
rezekinya akan mengejarnya sebagaimana kematian itu
mengejarnya.”
[al-Silsilah al-Sahīhah]
Daripada kurniaan dan nikmat Allāh yang sangat besar, Dia
telah mengatur keperluan manusia. Oleh sebab itulah, pada
satu sisi, kita harus bekerja keras, tetapi di sisi lain, kita tidak
perlu terlalu bimbang mengenai rezeki. Sebaliknya, kita
seharusnya lebih khuatir dan prihatin terhadap perbuatan
dan persiapan untuk Akhirat. Ini kerana, rezeki yang ditulis
untuk anda di sini pasti akan sampai kepada anda.
- 37 -
Hanya Allāh sahaja lah ar-Rāziq, maka mohonlah
rezeki daripada-Nya:
ْﺳﺄَﻟَُو َﻋَﻚَﻤًِﻋﻼْﻠ ًﻤُﻣﺎﺘََﻘﻧَﺒﱠﺎًﻓِﻼًﻌﺎ،اﻟَوﻠﱠِرُﻬْزﱠﻢﻗًﺎإِﻧِّﻃَﻲﻴِّﺒًأَﺎ
“Ya Allāh, aku memohon kepada-Mu ilmu yang
bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang
diterima.” [Ibn Mājah]
- 38 -
REFLECTIONS
Juz' 13 | Yūsuf
ۖۖ ُﻜ ْﻢ٩َﻟ٢ُاﻟﻠﱠـ﴾ﻪ٩ُﺮ٢ﻳَ﴿ْﻐِﻔ ۖ ۖ ﻗَﺎَل َﻻَوﺗَﺜُْﻫِﺮَﻮﻳ أََْرﺐ َﺣَﻋُﻢﻠَْﻴاﻟُﻜﱠﺮُﻢا ِاﺣﻟْﻴَِﻤْﻴﻮَمَﻦ
(92) Dia [Yusuf] berkata, “Pada hari ini tidak ada cercaan terhadap
kamu, mudah-mudahan Allah mengampuni kamu. Dan Dia Maha
Penyayang di antara para penyayang.
- 39 -
Juz' 13 | Yūsuf 2. Kemuliaan Bertambah
Kisah Yūsuf adalah kisah yang Rasulullāh ﷺbersabda, “Harta tidak akan
berkurangan di sisi Allāh dengan sebab
mengandungi banyak pengajaran. Kisah yang sedekah. Dan Allāh tidak menambah kepada
indah mengenai seorang adik yang seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang
memaafkan abang-abangnya, walaupun diberikan (kepada orang lain) melainkan
abang-abangnya telah banyak melakukan kemuliaan kepadanya dan tidak merendah diri
penganiyaan terhadap dirinya. Abang- seseorang itu melainkan Allāh akan
abangnya telah memisahkannya daripada si mengangkatkan darjatnya.”
ayah tersayang, lalu membuangnya ke dalam [Sahīh Muslim]
telaga sehingga dipungut oleh kafilah bahkan
dijual sebagai hamba di Mesir, di mana 3. Cara Meraih Kekuatan Emosi dan
banyak kesusahan yang dihadapinya. Kebahagiaan
Tetapi Yūsuf tidak mengenangkan Ketidakmampuan untuk memaafkan boleh
menimbulkan kemarahan dan kebencian
perkara yang lepas. Walaupun setelah apa seseorang di dalam perhubungan. Ini bahkan
yang dilakukan oleh abang-abangnya, membahayakan diri dan juga orang lain.
kesusahan demi kesusahan ditempuhinya Tetapi dengan memaafkan, anda memberi
beberapa dekad lamanya, apabila bertemu peluang untuk melepaskan kisah lalu dan terus
semula dengan abang-abangnya beliau sedikit mara ke hadapan, yang padanya ada jalan
pun tidak menyimpan dendam! Kisah Yūsuf penyembuhan. Anda tidak boleh mengubah
adalah kisah kemaafan! Inilah kisah perkara yang berlaku di luar kawalan anda dan
kesabaran dan kekuatan! juga tidak dapat mengawal tingkah laku orang
lain. Tetapi apa yang dapat dikawal adalah
KEBAIKAN MEMAAFKAN ORANG bagaimana anda bertindak balas terhadap
sesuatu perkara itu dan cara melihatnya.
1. Pengampunan Dosa
Apabila anda meninggalkan kemarahan yang
Rasulullāh ﷺbersabda, “Sesiapa yang tidak mengaburi pertimbangan anda, maka anda
menunjukkan belas kasihan kepada orang dapat berdamai dengan masa lalu dan terus
lain, maka Allāh tidak menunjukkan belas maju. Dikatakan bahawa: “Kebijaksanaan lahir
kasihan kepadanya, dan sesiapa yang tidak dari luka yang sembuh.”
memaafkan maka dia tidak dimaafi.” Anda juga akan merasa lebih positif dan
[Sahīh al-Targhīb] tenang apabila anda memaafkan orang lain
kerana anda telah melepaskan beban daripada
Sekiranya kita seikhlasnya ingin Allāh diri sendiri.
memaafkan segala kesalahan kita, maka kita
harus bersedia untuk melakukan yang sama
untuk orang lain.
- 40 -
Maafkan seseorang hari ini,
seperti anda mahukan kemaafan daripada Allāh!
REFLECTIONS
Juz' 14 | Al-Nahl
ﺎَﻦءٌُﺳاﺒﻟُﻟِّﻠﻨَﱠﻞﱠﺸﺎ َرَﺠِﺑِسِّﺮِۗﻚ٦ﺷِﻣَﻲﻔ٩ﻮﻴْﺳﺗًِﻪﻠﺎُ﴾ ِﻜَِو٦ُِﻴُﺎﻓ٩َﺎَﻮِِاتل﴿ﻧُﻪُﺑﻓ ُْﺤﺛُﻮَِﱠﻞﻢﻧﻚَِﻬأََﺎُﻛِﻵنﻠﻳَِﺔًاَﺷﻲﺗﱠَﺮﻟِّاَِِﻘﻣﺨْﻮٌِﺬﻦبٍميﱡﻣﻳَُﻛﺘََِِْﻣﻔﺨّﻞﺘََﻦﱠﻠِاﻜﻟُﺮﺜاﱠﻟٌَْوﻒﻤَِﺮَﺠنأَاﺒَﻟ ﻟﻨﺑﱠَُٰذ﴾ﻟِْﻄ٦ﻰﻦﻲا٨إُِجﱠإِن﴿ﻟَِﻓِﻣ ْۗﺎوذُﻟُﻳََﺣًْﻌﻼِٰﺮۚﻰ ُﺷﻳََرﺑﻮﱡْﺨَنَُﺮﻚ َﱠأﻤ َوِﻣَو
(68) Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, “Buatlah sarang di gunung-
ganang, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia,
(69) kemudian makanlah dari segala [jenis] buah-buahan lalu turutlah jalan
Tuhanmu yang telah dimudahkan [bagimu].” Daripada perut lebah itu keluar
minuman [madu] yang pelbagai jenis warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang
menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya, yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda [kebesaran Allāh] bagi orang yang berfikir.
- 42 -
Juz' 14 | Al-Nahl
Dari Abdullah bin 'Amr ia berkata, Rasulullāh ﷺbersabda,
“Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya,
sesungguhnya perumpamaan mukmin itu bagaikan lebah yang selalu
memakan yang baik dan mengeluarkan yang baik. Ia hinggap (di
ranting) namun tidak membuatnya patah dan rosak.”
[as-Silsilah as-Sahīhah]
- 43 -
REFLECTIONS
Juz' 15 | Al-Isrā'
ﻳﻤََْﺒﻤﺎﻠُِﺔﻐََوَﻗﱠُوﻦﻗُﻞِﻋﻞﻟﻨﱠَُﻬﱠﺪرَﻤَكﺎِّب٢َﺎُﻫْﺣ٤َﻬﻟإ﴾ِْﱠﺮﱠﺮﻣ ۚا ْۚﻨ٢ﻧًﺎَﺗَﻦ٤ﺬْﺣَِّلو﴿ََﺴِﻻﺎﻣ ﻤَُﺪَُوﻬﻼاواَُﻫﻤْﺎﺧَإِﻤِﱠﻔﺎﻻَﻛﻓَإَِْﻤَﻳﺾﱠﺎﻼﺎﻟَﻩَُﺗَرُﻬﺑُﻘﱠَوﻴََﻤﺑﺎِﺎﻞﺎﻧِﻟْﻟﱠَﻲﻮَُﺟاﻬﻨﻟََِﺎﻤَﺪﺎَﺻﻳَْحﻐِأُﻴِﻦاًﺮﻟٍاإِّفﱡ ِْﺗََْﻌﺣ﴾ﺒُﻛ٢أاَﻻْْرو٣ُﻫَﻚَﻤ﴿ﺎأَﱠ ﻗَاَْﻟْﻮوًﻗَِﻜﻻﺒَََﻀﺮَﻛٰﻰأَِﺮﻳََﺣرًﻤﺑﱡُﺪﺎ
(23) Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan
menyembah selain-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang di antara mereka atau kedua-duanya sudah sampai
usia tua dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu
mengatakan kepada mereka perkataan “ah” dan jangan lah kamu
membentak mereka, dan ucapkanlah perkataan yang baik-baik kepada
mereka. (24) Dan berbaktilah kepada kedua-duanya dengan penuh
kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Sayangilah kedua ibu
bapaku sebagaimana mereka telah mendidikku ketika kecil.”
- 44 -
Juz' 15 | Al-Isrā'
Tuntutan hak yang paling besar selepas hak Allāh adalah hak kepada kedua
ibu bapa. Mereka hanya layak untuk mendapat layanan yang baik. Di
dalam ayat ini, usia tua disebutkan secara khusus kerana pada usia itu
orang tua menjadi tidak berdaya dan lemah, manakala anak pula menjadi
kuat dan berkebolehan. Memandangkan ada perbezaan di antara cara
orang muda dan tua, ini boleh menimbulkan konflik.
Oleh itu, anak-anak diperintahkan di sini agar sentiasa merendahkan diri
di hadapan ibu bapa dan menyantuni mereka dengan penuh kebaikan,
penuh rasa hormat dan dihargai.
- 45 -
Juz' 15 | Al-Isrā'
PERLAKUAN BAIK TERHADAP IBUBAPA KHUSUSNYA IBU:
Seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullāh ﷺ, “Ya Rasulullāh, siapakah
orang yang harus aku utamakan baktiku di dunia ini.”
Rasul menjawab, “Ibumu.” Kemudian dia bertanya lagi, “Lalu siapa?”
Rasul menjawab, “Ibumu.” “Kemudian lagi, ya Rasul,” tanya orang itu.
Rasul menjawab, “Ibumu.” Lalu, lelaki itu bertanya lagi; “Kemudian, setelah itu
siapa, ya Rasul?” “Ayahmu,” jawab Rasulullāh. [al-Bukhārī]
LAYANAN BAIK TERHADAP IBU BAPA DI USIA SENJA MEMBAWA KE
SYURGA:
Rasulullāh ﷺbersabda, “Rugilah dan hinalah seseorang yang kedua orang
tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkannya ke
dalam Syurga (kerana kebaktiannya).” [Ahmad]
MEMBUAT IBU BAPA MENANGIS ADALAH SATU DOSA BESAR:
'Abdullah ibn 'Amr berkata, “Seorang lelaki telah datang kepada Nabi ﷺ
berbai`ah kepadanya untuk pergi berhijrah. Dia meninggalkan kedua ibu bapanya
dalam keadaan menangis. Nabi ﷺbersabda, ‘Pulanglah engkau kepada mereka
berdua dan buatlah mereka ketawa sebagaimana engkau buat mereka berdua
menangis.’” [Abu Dawūd]
Ibn 'Umar berkata, “Menyebabkan kedua ibu bapa menangis termasuk di
antara perkara derhaka dan dosa-dosa besar.”
[al-Adab al-Mufrad]
HORMATI IBU BAPA HENDAKLAH PADA SETIAP KEADAAN SEBAIK
MUNGKIN:
Abu Hurairah melihat dua orang lelaki dan berkata kepada salah seorang
daripada mereka, “Apakah kaitan lelaki ini dengan kamu?” “Dia adalah ayah
saya,” jawabnya. Dia berkata, “Jangan memanggilnya dengan namanya sendiri
atau berjalan di hadapannya atau duduk di hadapannya.” [al-Adab al-Mufrad]
BERDOA BUAT MEREKA:
Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullāh ﷺpernah bersabda, “Sesungguhnya
Allah mengangkat darjat seorang lelaki. Dia bertanya, ‘Wahai Tuhanku, dari
mana darjat yang tinggi ini?’ Allah berfirman, ‘Dari doa/istigfar anakmu
untukmu.’”[al-Adab al-Mufrad]
- 46 -
ﱠر ِّب اْر َﺣ ْﻤ ُﻬ َﻤﺎ َﻛ َﻤﺎ َرﺑﱠﻴَﺎﻧِﻲ َﺻﻐِﻴًﺮا
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada
mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil.”
[al-Isrā':24]
REFLECTIONS
Juz' 16 | Maryam
َُﻞإِاْذﻟﱠﺮﻧَأْﺎَدُسٰى َﺷَرْﻴﺑﺒًﱠﺎﻪ ﴾َﻌ٤َﺘ٢وا﴿﴾ْﺷ٤َ ﻨِِّﺮﻳﱠﻲ﴿ﺎ ﻟَﻗَْْﻛﺎﻢَُﺮألَ َُرﻛَر ْﻦﺣَِّبﻤﺑُِإِﺪِﻧِّﺖَﻋﺎﻲﺋَِرﺑَِّوَﻚَﻫَﻚََرﻦ َﻋاِْﺒّﻟْبََﻌﺪﻩُﻈَْﺷُﻢَِﻘزﻴﺎَِﻣﻛ ﴾َِوذ ﴾٣١﴿﴿ ﺎ ﻧِﻛَﺪاﻬﻴءًﻌ َﺧِﻔﺺﻴ
(1) Kaf, Ha, Ya, 'Ayn, Sad. (2) [Ini ialah] perihal limpahan rahmat
Tuhanmu [wahai Muhammad], kepada hamba-Nya Zakaria. (3)
[Ingatkanlah peristiwa] ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya
dengan doa permohonan secara perlahan. (4) Dia merayu dengan
berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -
tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku;
dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa
permohonanku kepadaMu.”
- 48 -
Juz' 16 | Maryam
Setiap doa yang ikhlas dijamin mendapat
jawapan daripada Allāh dengan salah satu
daripada tiga cara:
Daripada ayat ini, kita tidak hanya Rasulullāh ﷺbersabda, “Tidak ada
mempelajari doa Nabi Zakaria , tetapi
juga bagaimana cara untuk berdoa. seseorang Muslim berdoa yang doanya
Zakariamengubah doanya menjadi
perbualan sepenuh hati dengan tidak mengandungi dosa dan tidak
Tuhannya. Itulah sebuah doa yang mana
dia menunjukkan kerendahan hati, bertujuan memutus silaturrahim,
dengan menyebutkan kelemahan-
kelemahannya di hadapan Allāh tetapi melainkan Allāh SWT akan
pada masa yang sama menunjukkan
keyakinan yang mutlak! mengabulkannya dengan tiga cara: Allāh
Teruskan berdoa dan jangan pernah akan mengabulkan doanya sesegera
berputus asa. Sentiasa berharap agar doa
dimakbulkan Allāh. Ketika kita berada mungkin (dia diberikan apa yang dia
dalam keadaan yang sangat memerlukan
dan bergantung harap hanya pada Allāh, inginkan), Allāh akan menyimpan
maka ketika itulah kita akan mendapat
bantuan daripada Allāh. (menjadikannya pahala) baginya di akhirat
kelak, atau Allāh akan menjauhkan darinya
musibah yang setimpal.” Mereka (sahabat)
berkata, “Jika demikian halnya, kami akan
meminta lebih banyak!" Baginda berkata,
“Allāh memiliki lebih banyak lagi!”
[Ahmad]
Malam adalah paling gelap sebelum fajar;
kelapangan semakin dekat, pertolongan
Allāh semakin menghampiri, jadi teruslah
berpaling kepada-Nya, meminta kepada-
Nya, jangan putus harap daripada
rahmat-Nya dan jangan sekali-kali
menyangka bahawa apa yang kita minta
itu mustahil kerana bagi Allāh tidak ada
yang mustahil!
- 49 -